Tuesday 20 September 2011

The Misery





aku menemukan satu komen yang sangat menarik perhatian aku... satu luahan kata yang amat menyentuh perasaan aku... bagi aku, ia mewakili semua kesengsaraan yang aku hadapi sekarang ini... adakalanya aku ingin berkta, "wahai dunia!! dengarkanlah ini!! aku harap kamu memahaminya.." 

orang yang normal begitu senang untuk mengatakan itu dan ini mengenai insan seperti aku... dan mereka juga boleh mengatakan banyak perkara untuk pelbagai tujuan... ada yang untuk membimbing, namun ada juga yang bertujuan untuk memperlekehkan... hakikatnya, mereka ini tidak akan faham akan penderitaan ini... kerana insan seperti aku yang merasainya... 



Myb this just my opinion but I hope you all can reconsider this.
I think bebudak gay nie, kalu diikutkan arr, lagi bnyak cabaran (dugaan) yg perlu dihadapi compare to straight guy. Lemme list it some (nie from my observation n opinion jew ok)
[b]1. Dugaan diri ‘lain dari yang lain’[/b]
They dun want to be a gay but ia mcm dh tertulis dlm takdir. Allah nk uji these guy whether they can resist nafsu tu. U know diaorg lagi byk diuji dr straight one.
[b]2. Dugaan dari ‘tomahan masyarakat’[/b]They all x terlepas dari dikutuk oleh masyarakat yg x open terhadap situasi ini. mereka boleh buat sedemikian as diaorg rase diorg perfect enough and discriminate gay like an aliens from the other planet. better tht community just keep quiet and act nothing drpada kutuk org merata2. Mintak jauh dr jadi masyarakat cmni. Comfem diorg dpt keturunan tu, baru tau. Dh tau org tu gay, buat biase sudah, asal kite x terjebak sudah. Mcm smoke arr, xkn nk disriminate diaorg jugak kalu dh kawan bertahun-tahun, just try avoid arr anyting yg membuatkan kteorg smoke.
Setahu ak, mmg arr kaum Sodom tu kene laknat di Allah tp xde plak dengar nabi luth buat public execute, bunuh puak2 Gay tu. Cume bumi kene terbalik sbb xdengar perintah Nabi Luth and Allah.
[b]3. Dugaaan terhadap ‘hidup berpasangan’[/b]Ni satu hal, kte manusia mmg fitrah utk hidup berpasangan. Sama arr jugak bg yg gay tu. Mmg arr x boleh couple ngn same jenis tp kalu yg couple berlainan jenis tu, tak kahwin, jd perosak institusi keluarga plak. lahir anak luar nikah (bawak susah kat ari tua korunk jgak) or bg jalan mudah buang baby (ak pantang sgt sal nie, dh la x pakai condom, kalu pakai pun, x reti. Please arr, pikir jauh2 dulu sebelum zina. Ingat muka mak dulu sebelum buat)
Gay pun cm2 jugak, x terlepas dr keinginan cmtu. bg yg kuat iman, diaorg x buat arrr sex luar tabii tu. Kalu yg telanjur tu nk wat cmne. Myb rosak institusi gender, tp atleast x bunuh baby yg x dosa langsung tu (baby tu adalah manusia wei, kucing pun ak x sanggup bunuh). Celake arr kat couple yg bunuh anak luar nikah tu. :bloody:
[b]4. Dugaan nikmat ‘berkahwin’[/b]
Of course we cant allow gay/lesb marriage or this condition will spread up like a virus. Bg yg baek, diaorg tau x leh buat seks luar tabii. Nafsu diaorg pun ad bergelora jugak, mcm yg straight. U know, tht muslim are prohibited to get marry if they know they can work out for nafkah zahir n batin. Kalu gay kene force kahwin, thing not going to work out at all. Myb someday they will back to their old orientation and left their family just like tht. Cerai wei, Arasy Allah bergegar tu. Allah x suke cm2. Sorry to say, but if they know the limits then they will avoid it (the seks luar tabii tu) and masturbate all their lifetime. Kesian x dengar, tp tu arr cara diaorg nk survive, banyak dugaan tau.
[b]5. Dugaan sbb ‘ujian yg besar’[/b]Korg ingt jd gay tu kehendak diaorg ke, at first. It’s come naturally. but when they grow up, then they start to decide either to stay like tht or make a change. and making change need a lots of effort and strength. Kte suh org berubah tp try tgk mcm mane kalu kite plak kt situasi tu. belum tentu boleh. Diaorg, si gay, kalu nk compare lagi byk bersabar dr yg straight. Kte, yg straight trus melenting sbb gelar kte gay. Mcm mane dgn diaorg yg dh lame tahan benda tu.
Mcm nie arr, diaorg nk dekat 20 tahun kene kutuk gay. They all telan jew, masyarakat pandang serong, even x buat ape2. Kte kene gelar gay skit dh melenting bawak parang. kalu mcm tu arr happen kat malaysia, msti a new news headlines, “holocaust kat malaysia sbb gelar-mengelar”. So, bagi pengutuk tu, sedar2 arr sbb myb this issue (orientation) terbawak2 ke anak cucu. I see this before my eyes and I believe in karma.
This comment is sincerely come from a guy who support WORLD HUMAN EQUALITY. No matter who you are, just be yourself and stop dicriminating people…
[i]Please vote me to be the UN (PBB) member so I can change the world into a better place. (haha, just kiddin’)[/i]
:beurk:

the Denial

sejujurnya, adakalanya aku melihat diri aku di cermin, hatiku mengatakan, "kenapalah kau boleh suka dengan lelaki? aku tidak boleh nak faham.." mungkin orang akan mengatakan, "terima diri dengan seadanya.." namun bagaimana mungkin aku boleh menerima hakikat ini dengan setulus hati? popular culture mengatakan ia adalah salah, dan aku pengikut popular culture ini.. aku begitu takut jika aku lari daripada norma.. aku tidak mampu untuk membuat 'culture' aku sendiri... 

aku melihat mereka yang sama seperti aku... aku tahu, ada di antara mereka mempunyai permikiran yang sama seperti aku.. namun, ada juga yang dengan selesanya mampu melakukan apa yang mereka fikirkan.. dan adakalanya apabila aku melihat wajah-wajah mereka ini, aku akan berkata, "muka dah elok... memang sangat manis dipandang... namun sayangnya kenapa ada kecacatan pada naluri?" 

dunia ini begitu rumit.. begitu juga perkara yang berkaitan hati dan perasaan... adakalanya orang akan mengatakan, "kita perlu menjadi diri sendiri... perlu fahami naluri kita... dengan itu, kita faham apa yang kita inginkan sebenarnya.." namun, selama ini aku tidak pernah menjadi diri aku sendiri... dan aku juga tidak mahu memahami perasaan aku.. berterusan untuk menafikan naluri... aku tidak faham kenapa... aku perlukan petujuk... aku tahu, aku boleh menikmati kehidupan ini dengan bahagia... di mana aku mampu menerima diri aku sendiri dengan setulus hati... 

aku perlukan pertunjuk itu... 

Friday 9 September 2011

The Question

my friend keep asking me, "siapakah orgnya?" org yg mencuri perhatian aku.. he never know about the abnormal feeling that i have.. how can i explain to him actually that person is a 'guy'?

Thursday 8 September 2011

Perubahan








KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis akan membimbing seorang pondan, Natasha bagi membantunya kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki.Pengarahnya, Abdul Malik Hussin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah memberi nasihat serta buku agama sebagai rujukan untuk mengubah dirinya sekali gus melupakan niat menjalani kehidupan songsang dengan teman lelaki.Menurut beliau, jabatan itu akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi melihat perubahan yang dijanjikan Natasha dalam pertemuan di rumahnya semalam."Pegawai saya telah menemuinya bagi melihat keadaannya dan menasihati mengenai hukum, agama dan fitrah seorang lelaki."Dia akur dengan penjelasan kami dan berjanji mahu berubah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Natasha untuk menjalani kehidupan bersama teman lelakinya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, di luar negeri ini.Tindakan itu berikutan hubungan mereka dicemburui pihak tertentu sehingga Mohd. Hafizuddin disimbah asid pada Sabtu lalu ketika berada di rumah sewanya di Taman Seri Bakau di sini.- Kosmo! Online




aku memikirkan perkara ini.. ia adalah mengenai perubahan.. boleh ke seorang yang homoseksual berubah menjadi heterosekual? aku pernah mencuba namun ternyata begitu sukar.. sesetengah orang mengatakan masalah ini adalah berpunca daripada kekurangan ilmu agama.. namun bagi aku sendiri pendapat itu adalah salah.. ia lebih kepada masalah hati dan naluri.. 

adakalanya orang berkata, "apasal lah mereka buat macam tu? tidak ingat Tuhan ke?" 

betul kah begitu? aku rasa ia adalah salah.. malah adakalanya seorang yang homoseksual itu lebih takut kepada Tuhan dan sentiasa mengingati-Nya.. cuma dirinya adalah seorang homoseksual... 

aku memikirkan perkara ini.. bolehkah aku berubah.. pernahkah orang seperti aku berjaya melupakan naluri ini? bolehkah begitu? sesungguhnya aku ingin mengetahuinya.. namun, jika seorang lelaki straight boleh berubah menjadi seorang homoseksual, kenapa tidak untuk kembali kepada heteroseksual? namun persoalannya sekarang ini adalah, "aku pernah mendengar cerita seorang lelaki straight menjadi homoseksual, namun bagitu sukar untuk mendengar kisah seorang yang homoseksual mampu meninggalkan naluri songsang ini.."

the Sin

aku ada kawan.. dia seorang lelaki... orangnya sangat baik, sopan dan gentleman.. dari segi agama, mungkin aku boleh katakan dia antara orang yang cukup alim.. apa yang aku nak katakan adalah, dia sama seperti insan yang normal yang lain.. kawan yang cukup baik... 

ada perkara yang dia berasa pelik tentang aku.. apabila aku disuruh untuk menjadi imam, aku akan menolak keras.. dia curious dan bertanyakan aku akan sebabnya.. jawapan aku, "I have my own reason.. tapi ia tidak ada kaitan dengan agama.."

dan aku tahu, dia sentiasa tertanya-tanya akan kenapa aku sering kali menolak keras untuk mengetuai solat berjemaah.. sebenarnya, aku ingin mengatakan kepada bahawa aku berasa diri berdosa.. aku tidak layak untuk menjadi imam apabila solat berjemaah.. 

kebanyakan orang berfikiran bahawa aku seorang yang baik.. namun hakikatnya, aku tahu diriku yang sebenarnya.. aku tahu apa yang aku lakukan.. sesuatu yang mungkin aku tidak tunjukan kepada orang lain.. honestly, aku rasa bukan sebaik yang disangkakan.. namun, aku tidaklah juga seorang yang sangat teruk.. aku berada di tengah-tengah.. hakikatnya, aku tahu kenapa aku asyik mengatakan diri ini berdosa.. ia ada kaitan sedikit dengan ke'abnormal'an naluri aku..

dia seorang kawan yang cukup baik.. alim.. kita boleh berbicara banyak perkara kepada dirinya.. dan aku pernah berbicara dari hati ke hati dengan dirinya.. dan aku selalu cakap kepada dia, "aku sebenarnya seorang yang 'jahat'.. tiada sesiapa yang pernah mengenali diri aku.."

dia hanya berdiam diri.. namun aku tahu dia curious untuk mengetahui... dan aku biarkan dia terus tertanya-tanya...

aku ulang sekali lagi.. dia seorang yang cukup baik, mesra, peramah, gentleman dan alim.. dia menganggap aku sebagai kawan dia.. namun dia pernah berkata...

"I don't like gay.."

di hati ku berkata.. "kalau kau mengetahui hakikat diriku, kau akan membenci aku.."





simpanlah rahsia ini selama-lamanya.. kerana.. apabila diketahui, seorang kawan yang baik sekalipun mungkin akan meninggalkan kita... ini adalah realiti yang aku perlu hadapi...





Soal Hati





kawan aku selalu bertanyakan satu soalan kepada aku, "siapakah orangnya?" dia maksudkan adalah orang yang istimewa kepada diriku.. dia selalu bertanyakan aku soalan ini.. agak curious.. semuanya bermula apabila dia terbaca sesuatu yang telah aku tulis dalam blog aku (bukan blog ini).. isinya adalah berkenaan hati dan perasaan.. dalam blog itu, aku mengatakan yang aku dilanda dua masalah.. pertama adalah mengenai pelajaran aku yang semakin merosot.. keduanya adalah mengenai soal hati.. 

konflik mengenai perasaan... aku tahu ia tidaklah seperti yang aku fikirkan, tapi aku berterusan mengiakan perasaan ini biarpun hakikatnya ia tidaklah setulus mana... (maafkan aku, setiap hari aku memikirkan dirimu... aku harap aku akan bosan dengan perasaan ini... menganggap kau seperti insan yang lain... aku sentiasa menunggu sapaan dan balasan mu d FB... kau buat aku gembira... jika kau ingin tahu, page FB dirimu slalu ku lawati... ingin mengetahui perkembangan dirimu... aku akan teruja jika nama mu muncul online... biarpun pada itu kita x sapa menyapa.. oh.. patutkah aku menjauhi dirimu dengan memutuskan persahabatan kita di FB tanpa kau ketahui?? kau mungkin berfikir aku sangat baik namun aku lebih memahami diriku.. aku tidaklah sebaik yang disangkakan.. kerana itu aku terfikir untuk menjauhi dirimu...   
-SoLAcE-

dia adakalanya cuba untuk membongkar rahsia itu.. dan kami berdua mula berbual dari hati ke hati.. berbual mengenai girlfriend.. dia mengisahkan tentang dirinya dan aku juga begitu.. sejujurnya kalau ada orang bertanya sama ada aku pernah ada girlfriend, aku akan berkata "Ya.. aku pernah ada sekali.. tapi sesuatu yang tidak official.." haha.. sesuatu yang tidak official? macam mana tu?? diringkaskan cerita, aku pernah jadi boyfriend kontrak.. haha.. macam mana tu?? fikir-fikirlah sendiri..

kami bersembang lama.. hanya di antara aku dan dia.. cerita dan bercerita.. akhirnya dia bertanya, "kau ada gambar dia tak? nak tengok.." aku kata ada, tapi aku tak mahu tunjukkan.. dia berkata lagi, "nanti aku cuba cari.. kot-kot ada dalam laptop kau.." hatiku berkata, "cubalah cari kalau kau dapat.."

dia tidak pernah tahu hakikat diriku yang sebenarnya.. macam mana aku boleh aku memberi tahu orang yang aku suka adalah seorang lelaki? dia tidak pernah tahu akan masalah naluri yang aku alami.. namun adakalanya hatiku berkata, "i hope i can tell you the truth about me..."

dan kami berdiam... tiada perkataan yang dibicarakan.. sejujurnya, aku jarang bebicarakan mengenai soal hati dan perasaan dengan orang lain.. aku berasa janggal.. namun kepada dia, aku pertama kali berbicara mengenai persoalan ini..

akhirnya aku berkata, "dalam kes aku adalah macam ni.. bayangkanlah ada seorang ini suka pada seseorang.. tapi dia tidak pernah memberi tahu akan perasaannya.. dan aku adalah orang seperti ini.. adakalanya, bila aku berjumpa dengan si dia, aku akan berkata 'hei kawan, jom ambil gambar bersama'.. kelihatan cuma sekadar ambil gambar suka-suka.. namun hakikatnya hati berkata, 'yeah.. aku dapat gambar dia.. gambar yang hanya ada aku dan dirinya'... can you understand it?"

diringkaskan cerita, ia adalah mengenai perasaan suka yang dirahsiakan.. aku harap aku boleh membicarakan mengenai perasaan ini secara terbuka... hakikatnya tidak boleh.. sesuatu yang parah bila aku membicarakanya... i hope, di suatu masa ketika kau mengetahui hakikat aku yang sebenarnya, kau melihat insan ini tidaklah sehina yang disangkakan...



Tuesday 6 September 2011

Tension of Opposites

aku pernah memikirkan perkara ini, "Ya Allah, aku harap aku dilahirkan semula di dunia ini.. dilahirkan untuk menjadi seorang yang sama seperti insan yang lain.."

satu harapan kerana kekurangan yang ada pada diri ini... kelihatan sempurna, hakikatnya ada kecacatan yang terselindung...

namun, jauh di sudut hatiku berkata, "aku takut meninggalkan perasaan ini.. aku takut meninggalkan perasaan cinta ini terhadap dirinya.."

Ya! aku takut untuk meninggalkan cinta.. kerana aku telah dilahirkan sebegini, i learn how to love people that is special to me.. aku telah belajar untuk mengenal cinta biarpun hakikatnya perasaan ini dikatakan salah..

takut kelihangan cinta yang telah tersemai kepada dirinya..

i can't understand myself..

Friday 2 September 2011

Innocent

pertama sekali, aku bukan nak cerita mengenai seks.. jangan salah faham ye.. ia adalah berkenaan hidup aku.. jalan cerita kehidupan diriku.. hidup ini penuh dengan kejutan..

katakanlah kalau ada orang ingin bertanya aku mengenai satu soalan, "seks tu apa?" honestly jawapan aku adalah, "seks tu apabila seorang lelaki tidur dengan seorang perempuan." then, orang bertanya lagi, "so, macam mana pula kalau orang nak 'buat' anak?" honestly jawapan aku, "ergh... hmm.. macam mana ye? bukan dengan cara kalau seorang lelaki tu tidur dengan perempuan ke? ergh... tak tahulah." 

hahaha.. faham tak apa yang aku maksudkan? apa yang ingin aku sampaikan adalah kalau orang nak melakukan seks or nak 'buat' anak adalah dengan tidur dengan seorang perempuan TANPA melakukan perkara lain.. senang cakap aku tak tahu apa 'process' yang terjadi.. dalam fikiran aku, bila lelaki tu tidur dengan perempuan, esoknya mungkin perempuan tu akan mengandung.. tapi aku tidak tahu apa yang tersirat dalam semua perkara ini, maksud aku kenapa tidur dengan seorang perempuan boleh buat perempuan tu mengandung? ini adalah pengakuan aku yang sejujur-jujurnya.. 

aku belajar sains, belajar biologi.. kita tahu yang seorang bayi terhasil daripada pertembungan sperma dengan ovum.. dan sperma tu datang dari air mani lelaki.. tapi konsep air mani tu sendiri aku tak faham.. orang kata ia seperti air liur.. reaksi aku.. "ergh... hmm... ok." haha.. adakah ini sesuatu perkara yang memalukan? jangan salahkan aku kalau aku tidak tahu.. tidak akan ada orang akan ajar kita dengan membawa sampel dan mengatakan "ini air mani." jangan salahkan aku kalau tidak mengetahui akan erti sebenar seks dan macam mana orang nak 'buat' anak.. pernah ke filem tayangkan macam mana orang melakukannya? malah dalam filem, bila orang lelaki nak merogol seorang perempuan, yang ditunjukan adalah lelaki tu pukul-pukul perempuan tu, buka baju, perempuan tu tak rela, perempuan tu terjerit-jerit minta tolong.. esoknya, perempuan tu tak pakai baju, then pergi buat test kehamilan untuk mengesahkan sama ada dia mengandung atau tak.. tapi apa yang berlaku ketika perempuan tu dirogol tidak ditunjukan, dan kerana itu aku tidak tahu.

honestly, aku tidak tahu bagaimana orang buat seks sehinggalah aku menjadi pelajar tingkatan 4 or 5 (tak ingatlah bila). hidup ini penuh dengan kejutan.. teringat lagi apabila ada kawan pernah menunjukan satu lukisan lucah orang tengah buat seks.. masa tu kalau tidak silap ketika aku masih lagi di tingkatan 3.. reaksi aku, "apa benda ni?" tapi waktu tu aku masih tidak faham lagi.. then, bila aku menjadi pelajar menengah atas, baru aku faham semuanya.. caranya? hahaha.. melalui perpustkaan sekolah!! aku boleh lah dikatakan orang yang agak rajin pergi library.. baca buku pun buku yang ilmiah-ilmiah je macam encyclopedia.. satu hari ni, tengah aku khusyuk membaca satu buku (berkenaan tentang manusia) tiba-tiba aku terlihat satu diagram... diagram yang sangat clear.. melalui diagram tu aku mula faham semuanya.. haha.. diagram macam mana, aku tak nak beri tahu.. hahaha..

hidup ini penuh dengan kejutan.. adakalanya kita mempelajari sesuatu perkara melalui kejutan ini.. aku jenis orang yang kurang bertanya, dan kebiasaanya untuk aku memahami sesuatu perkara adalah melalui cara yang aku tidak pernah fikirkan.. honestly, apabila aku melihat diagram tu dan mula faham, hati aku mula berkata, "apasal scary sangat, huh?" hahaha

honestly, untill now i don't know apa yang dimaksudkan dengan perkataan PLU. aku faham maksud dia refer untuk apa, tapi ada yang bermaksud disebalik P.. L.. U.. macam 'lol'.. pada usia 18 tahun baru aku tahu 'lol' tu bermaksud untuk apa.. tapi diminda aku ada terfikir benda ni. "ia bermaksud 'people like us' kn?" hahaha.. cuma sekadar meneka.. tak tahu apa maksudnye...

-Kawan-




cuba bayangkan hakikat ini...

apabila mereka tidak mengetahui siapakah diri kita yang sebenarnya, mereka akan melayan kita dengan layanan yang begitu mesra. adakalanya mereka akan berkata "kamulah kawan aku yang paling baik sekali!!" "sudikah kau menjadi kawanku selamanya?" n bla bla bla...

diri ini mungkin pernah menjadi seorang penasihat yang paling laku apabila dilanda pelbagai masalah. setiap hari diri tidak pernah berpisah dengan kawan-kawan yang lain. mereka begitu senang mengatakan "i love you, my friend..." tidak dinafikan semua yang dituturkan adalah sesuatu yang ikhlas yang lahir hati.. kawan adalah anugerah yang tidak ternilai.. hidup ini akan membosankan tanpa kehadiran mereka.. mereka memerlukan diri kita, seperti mana kita memerlukan diri mereka.. semuanya adalah indah, namun hanya apabila tidak mengetahui hakikat ke'abnormal'an perasaan ini..

apakah yang akan terjadi apabila mereka mengetahui siapakah diriku yang sebenar? masih samakah layanan mereka terhadap diriku tanpa ada perasaan prejudis sedikit pun? inilah hakikat bahawa kemungkinan semuanya tidak akan sama seperti dulu.. rahsia ini perlu dijaga biarpun kita tahu diri ini adalah kawan yang baik bagi mereka. hakikatnya juga mereka tahu diri ini tidaklah sehina mana.. diri ini masih sama di saat mereka tidak mengetahui rahsia terbesar aku.. dan diri ini tetap akan sama di saat mereka sudah mengetahui hakikat ini.. hanya yang berbeza mereka akan mengetahui yang dalaman diriku adalah abnormal.. namun, mengapakah mereka berkemungkinan akan meninggalkan diriku??

lebih baik semuanya menjadi rahsia selama-lamaya...


the Light




"ia adalah menyedihkan apabila menyedari Allah akan menghukum aku kerana sesuatu yang mungkin aku lakukan..."

ayat di atas adalah ungkapan yang pernah ku dengari daripada insan seperti aku. memikirkannya adakalanya membuatkan diri menjadi takut.. takut untuk melakukan dosa.. takut untuk berdepan dengan Yang Berkuasa. ketakutan terhadap dosa yang mungkin aku lakukan.. dosa yang begitu senang untuk menggoda aku..

jika mencintai seorang yang sama jantina dengan diri sendiri adalah satu dosa, aku mungkin sudah berdosa. biarpun hakikatnya aku tidak pernah mengatakan "aku cinta kau", namun di satu saat apabila aku mungkin dihanyuti perasaan ini, aku takut aku akan berdosa.. dan aku semakin menghampiri dosa itu apabila aku mula merasakan sesuatu perasaan yang aneh di dalam hati ku. aku harap semuanya tidak bergitu...

persoalan taboo iaitu mengenai seks sesama jantina mungkin juga akan menghantui aku.. biarpun hakikatnya aku tidak pernah melakukannya, tidak terfikir hendak melakukannya dan aku tidak akan melakukannya, namun mungkinkah semuanya bergitu? mungkin di saat ini aku berkata tidak, namun di hari muka siapa tahu? adakah aku akan menjadi seperti seorang 'nun'? aku tidak tahu.. sejujurnya aku tidak mahu melakukan dan memikirkan perkara ini.. namun apabila menyedari hakikat seks itu sesuatu fitrah manusia.. ia adalah 'basic need'.. lebih-lebih lagi aku adalah lelaki.. seperti mana ungkapan, "perempuan mengunakan seks untuk mendapatkan cinta, lelaki mengunakan cinta untuk mendapatkan seks". aku harap aku tidak bergitu.. dan aku harap aku bukan lelaki jenis macam ni..

ini pendapat aku, perasaan suka itu bukanlah satu dosa namun apabila melakukan sesuatu seperti seks sesama jantina adalah berdosa. mungkin aku terlalu naif.. dan aku memang begitu.. aku masih begitu muda.. fikiran masih tidak begitu matang.. adakalanya diri tidak dapat untuk menafikan adanya harapan-harapan yang aku inginkan di dunia ini.. sesuatu yang tidaklah begitu bermanfaat kepada diriku, namun tidak juga menyeksa diriku.. aku cuma ingin melihat kebenaran.. kebenaran mengenai jalan yang diredhai-Nya mengenai dunia ini.. aku harap aku dapat melihat cahaya kebenaran membimbingku ke jalan itu...