Monday 31 October 2011

Aku Jatuh Cinta

2005.. di satu malam.. pukul berapa, aku pun tak pasti.. agak lewat kerana semua bilik di asrama aku sudah gelap.. hanya ada beberapa orang yang masih berkeliaran di sekitar asrama.. tapi di bilik aku hanya sunyi... mungkin, pelajar lain sudah nyenyak tidur ataupun berpura-pura tidur.. aku pun tidak pasti kerana ini hanya imbasan secebis memori aku di masa lepas.. 

hatiku berbunga-bunga.. ingin meluahkan sesuatu yang aku rasa telah 'menyentuh' hati ini.. perasaan yang ganjil.. satu perasaan yang tidak pernah aku alami sebelum ini.. perasaan yang aneh namun mengujakan.. namun aku sendiri tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan 'kata hati' ini.. ergh... terasa ingin meluahkan segala apa yang aku rasakan ini..

aku menuju ke katil teman baik ku.. dia sedang berselimut.. mungkin sudah bersedia untuk tidur.. 

aku memandang wajahnya sambil tersenyum..

"aku ada benda nak cakap ni..."

dia hanya terdiam.. tapi memandang aku.. bersedia untuk mendengar apa yang aku ingin sampaikan..

"macam mana nak cakap ye.. ergh.. hmm... aku rasa aku sudah jatuh cinta.."

dia hanya memandang aku.

"tapi... dia seorang lelaki.."

!!!

aku terdiam.. tiba-tiba terasa amat ganjil apabila aku mengatakan bahawa aku sudah jatuh cinta.. lebih ganjil lagi apabila aku memberi tahu bahawa orang itu adalah seorang lelaki.. perasaan yang agak aneh.. aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh berkata sedemikian rupa..

teman aku hanya berdiam diri.. reaksi dirinya, aku tidak ingat.. aku juga mendiamkan diri... satu perasaan aneh mula muncul dalam diri... kemudian, aku beredar dari tempat tidur teman ku... fikiran aku kosong...

ini kali pertama aku berkata, "aku jatuh cinta..."









First Love, Utada Hikaru (english version)








# haha.. kalau difikirkan semula, aku ni macam shinchan gak... muda-muda lagi dah cakap diri sudah jatuh cinta.. kelakar... tak tahulah macam mana aku boleh cakap benda macam tu... lebih-lebih lagi beri tahu pada teman sendiri yang aku 'jatuh cinta dengan seorang lelaki'.. bwa haha...

# muda-muda lagi, still innocent lah.. tak faham apa benda yang dimaksudkan dengan 'gay' ni.. aku rasa teman aku tu pun still tak faham gak.. tapi, seriously, bila aku cakap macam tu tiba-tiba aku berasa pelik.. memang patut aku berasa pelik pun... tapi aku memang tak faham sangat dengan hal-hal ni semua.. memang tak faham pun..

# eh.. jap... kata nak offline.. tapi still update blog gak.. bwa haha... rasa pelik lah bila tengok blog sendiri takde update terbaru...


Thursday 27 October 2011

the Unmarried Father



waktu aku tengah online PR, tiba-tiba ada seorang lelaki ni tengok profile aku.. aku lihatlah siapa dia.. buka profile dia.. tengok dan baca profile dia.. umur 30 tahun.. dalam profile ada tulis dia adalah seorang unmarried father.. ada seorang anak lelaki yang sekarang ni sudah berumur 3 tahun.. baca status seksualiti dia, seorang gay.. dalam hati aku berkata, "menarik ni.."

then aku cuba tegur dia..

aku: macam mana unmarried father tu? ambil anak angkat ke?
dia: yupp..
aku: ok.. btw, that's nice!!


satu persoalan yang menarik.. sebelum ni aku ada baca dekat blog Mus cakap pasal hal perkahwinan.. ini adalah antara konflik yang melanda golongan yang macam aku ni.. honestly, aku pun teringin gak nak ada family.. teringin nak ada anak sendiri.. (padahal aku muda lagi.. tapi ini isu pada masa hadapan) persoalannya, dengan siapakah aku akan membina 'family' aku? honestly, aku ada fikir yang aku akan try kahwin dengan perempuan.. tak kisahlah perempuan macam mana.. cantik or tak cantik.. so, bila aku dah kahwin nanti, aku akan try jaga isteri aku dengan baik.. jaga makan minum dia.. and bla bla bla...

tapi bila aku baca komen Prince Patrick, tiba-tiba aku terfikir, "kenapa nak rosakkan kehidupan orang lain, i mean bakal isteri aku kalau diri sebenarnya takde nafsu dengan perempuan? mampu kah aku memberi kebahagian kepada isteri aku, malah kebahagian buat diri aku sendiri?"

ergh... rumitnya hidup ini...

tak nak fikir dah.. umur masih muda tapi dah fikir macam-macam... haish..

sejujurnya, aku mengharapkan di satu masa nanti aku akan merasai bagai manakah perasaan apabila kita sudah bergelar seorang ayah.. mencium dahi dia sebelum tidur.. memberikan kasih sayang dan perhatian buat dirinya.. mengajar dia akan erti kehidupan.. mengatakan kepada dirinya bahawa "ayah sayangkan kamu..."

memberi kasih sayang yang selama ini aku tak pernah merasai dari seorang ayah...

ada tapi seakan tidak pernah wujud...

tapi aku tidak akan membuat perkara yang sama kepada 'kurniaan' ini..

itu janji aku...



Monday 24 October 2011

Cinta Tanpa Noktah



siapa pernah baca buku ini? kalau siapa tak pernah baca lagi biar aku jelaskan sikit mengenai kisah dalam novel ini.. 

novel ini bertemakan kehidupan lelaki yang homoseksual (walaupun aku pun tak sure hero dalam novel ini seorang yang abnormal juga).. aku ringkaskan, si hero bernama Art seorang lelaki berumur 20 tahun yang belajar di sebuah kolej.. seperti biasalah, kalau dah nama hero tu, mestilah dia seorang yang hensem dan diminati ramai.. pendek kata, dia ni dah cukup pakej lah.. mula-mula Art ni seorang budak baik je, tapi tidak lama lepas itu dia berubah menjadi seorang yang bermasalah.. dia ni ada seorang kawan lelaki bernama Jali yang homoseksual.. Jali ni memang dah lama suka dengan Art dan sanggup melakukan apa saja demi Art.. pun begitu, Art ni jenis yang tidak mengambil berat akan perasaan kawan dia ni.. hakikatnya, dia sendiri pun tahu yang Jali memang suka dengan dia.. so, dia selalu mengambil kesempatan ke atas kebaikan Jali.. pun begitu, dalam diam, Art sebenarnya mengambil berat terhadap Jali..

ada lagi satu watak bernama Zul.. agak berusia dalam umur 30 macam tu kot.. not sure lah.. Zul ni sama juga lah macam Art, hensem dan diminati ramai.. tapi Zul ni sebenarnya sama macam Jali, seorang yang homoseksual.. pada masa yang sama, Zul ada kekasih sendiri dan kekasih dia ni memang tak tahu yang Zul ni sebenarnya suka dengan lelaki.. konflik yang dihadapi oleh Zul iaitu kekasih dia sering kali mendesak agar perkahwinan mereka dipercepatkan.. sejujurnya, Zul sayang akan kekasih dia ni tapi dia tidak pastilah sama ada dia mampu untuk menipu diri sendiri malah kepada kekasih dia sendiri..

nak dipendekkan cerita, Art dengan Zul telah dipertemukan pada satu peristiwa.. dari saat tu, Zul dengan Art mulai rapat malah mereka juga mula tinggal serumah.. Zul ni dalam diam ada juga menyimpan perasaan terhadap Art tapi dia kawal perasaan suka tu.. kira, Zul ni walaupun dia seorang yang homoseksual, tapi semangat dia untuk melawan nafsu tu memang kuat.. so, dia just anggap Art sebagai adiknya je, tak lebih dari itu.. 

ergh... hmm.. macam mana nak cerita ye? aku tak pandai nak beri ringkasan cerita novel ini.. dalam novel ini, langsung tidak ada perkataan macam 'gay' or ''homoseksual'.. tapi dari segi cerita, kita boleh faham akan naluri watak tu sebenarnya.. Art pula bagi satu kes berbeza.. honestly, aku pun tak pasti sama ada dia seorang yang homoseksual or tidak sebab dia sebenarnya jatuh cinta dengan seorang perempuan.. dia memang sayang sangat-sangat dengan kekasih dia itu.. tapi, dalam masa yang sama, dia juga memberikan perkhidmatan seks kepada lelaki.. malah, abang angkat dia, Zul sendiri pernah dirogolnya.. tapi pada saat tu, Art ni dalam keadaaan separuh sedarlah.. kalau nak dikatakan Art ni seorang yang biseksual, bagi aku, dia just layan lelaki bukan disebabkan nafsu tapi sebab nak duit.. not sure lah..

secara keseluruhannya, bagi aku novel ini agak bagus juga untuk dibaca.. tak sangka aku di Malaysia pun ada novel macam ni.. i mean novel genre yang taboo tapi diluluskan untuk dipasarkan.. memang susah nak cari novel genre macam ni.. aku suka akan novel ini sebab ia tidak begitu direct.. i mean, bagaimana penulis menceritakan lelaki itu adalah seorang homoseksual tanpa menggunakan perkataan 'gay', 'homo' or 'plu'.. ada banyak isu juga yang menarik perhatian aku seperti kes perkahwinan antara Zul dengan kekasih dia.. bagi aku, hal ini adalah perkara yang sangat serius sebab mungkin di satu masa lagi, aku mungkin menghadapi masalah yang sama.. katakanlah, kamu seorang yang homoseksual tapi mempunyai kekasih perempuan dan akan melangsungkan perkahwinan.. pilihan cuma ada dua, pertama meneruskan perkahwinan itu or menolaknya... inilah konflik yang melanda diri Zul.. 

adakah kamu ingin berkahwin semata-mata nak tunjuk pada semua orang bahawa diri kamu normal? kalau kamu berkahwin, mampukah kamu memberi nafkah batin? beranikah kamu memberi tahu kepada calon isteri bahawa kamu sebenarnya seorang homoseksual?? persoalan-persoalan inilah menjadi satu isu yang amat penting kepada diri aku.. dalam novel ini pula langsung tidak menyentuh mengenai bab-bab agama.. ia adalah sebuah novel yang neutral.. akan tetapi, dipengakhiran novel ini masih lagi tidak dapat memceritakan nasib lelaki yang bergelar homoseksual.. tiada jalan penyelesaian yang begitu kukuh kerana ia hanya tergantung begitu sahaja.. mungkin begitulah pengakhiran kehidupan manusia seperti ini.. manusia seperti aku...

mungkin kerana itu lah tajuk novel ini "Cinta Tanpa Noktah" sebab tiada perakhiran yang pasti...

Friday 21 October 2011

Make Me Strong

aku tahu kehidupan ini tidak semestinya indah.. dan aku juga tahu, tidak akan ada manusia ini yang akan terlepas daripada cubaan-Nya..

namun...

adakalanya aku merasakan dugaan ini terlalulah sukar buat diriku... biarpun aku tahu hakikat bahawa setiap ujian yang diberikan-Nya tidak akan melampaui batas kemampuan diriku...

namun...

aku masih tercari-cari akan jalan itu.. panduan yang mana membuatkan aku melihat dugaan ini tidaklah sesukar mana.. aku harap diriku tabah menghadapi dugaan ini.

biarpun mungkin di satu saat nanti aku mungkin akan tertewas...

aku harap, Engkau akan sentiasa memaafkan hamba-Mu yang lemah ini....



I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok



I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me





Help me find my way








aku suka lagu ini.. salah satu artis kegemaran aku, Sami Yusuf.. dan lagu ini, Make Me Strong aku rasa memang kena mengena dengan diri aku.. setiap lirik lagu membuatkan aku berfikir akan hal diriku.. dalam diam, aku mengalirkan air mata di saat ku menghayati lagu ini...

ya Allah...

Make Me Strong...

I know the road is long


I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok



I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me





Help me find my way



:-(

Thursday 20 October 2011

Planet Romeo

rasanye aku tak perlu terangkan kepada anda semua apa itu Planet Romeo.. tak pastilah sama ada korang turut memiliki account dalam laman sosial tu.. honestly, aku tidak pernah tahu akan kewujudan laman sosial ni.. kan aku ni jenis yang innocent.. banyak benda yang aku tidak tahu dan tidak pernah cuba.. tapi bila aku cakap perkara ni, tidak bermaksud aku nak cuba banyak perkara yang boleh membawa aku ke arah sesuatu yang negatif.. honestly, bila aku secara tidak sengaja mengetahui laman sosial tersebut, jauh di sudut hati ku berkata, "aku selangkah menghampiri dosa.." ayat yang aku tulis di bawah tajuk blog aku ini.. kenapa aku cakap begitu? honestly, aku sudah tertarik dengan laman sosial ini...

pertama kali aku mengetahui akan kewujudan laman sosial ni pada beberapa hari sebelum raya tahun ini.. aku tidak pasti lah berapa hari.. rasa-rasanya empat hari sebelum raya kot.. in short, aku still barulah dalam ruangan tersebut.. macam mana aku mengetahui kewujudan Planet Romeo? haha.. pernah sekali orang yang aku jumpa di PR bertanyakan soalan tersebut.. honestly, aku kata aku tak tahu macam mana aku boleh tahu.. pelik kan? macam mana pula tidak boleh ingat? aku kata pada dia, "aku tidak ingatlah.. mungkin tidak penting sangat kot, sebab tu boleh lupa.." tapi, aku sendiri pun curious gak macam mana aku boleh tahu kewujudan PR? fikir punya fikir, baru aku ingat yang aku terjumpa link dari fb.. haha.. aku ada lihat profile sorang jejaka ni.. mestilah lelaki tu mempunyai rupa yang menarik, sebab tu aku tertarik nak lihat profile dia.. then, dari account fb dia tu lah aku terjumpa link PR.. aku curious, "apa benda ni?" then aku buka link tu.. dari saat tu, bermulalah satu kisah baru dalam hidup aku mengenali laman sosial yang khas untuk orang yang abnormal macam aku ni..

bila aku cerita semua ini, aku nak kata yang kehadiran aku dalam PR bukanlah disebabkan ingin mencari pasangan untuk melakukan seks.. aku baru sedar yang kebanyakan orang dalam PR sebenarnya mempunyai tujuan sedemikian.. ada juga yang ingin mencari partner.. so, kenapa pula aku nak buat account dalam PR? ada orang tanya, "cari apa di sini?" aku akan balas, "tidak cari apa-apa.. seriusly, aku tak ada tujuan langsung.. aku just ikut gerak hati aku.. aku buat account.. then.. lihat apa yang akan berlaku selepas ini.." in short, aku memang tidak ada tujuan langsung kenapa aku buat account di PR.. nak cari kawan? partner? sex? tidak satu pun dari perkara tersebut terlintas di fikiran aku.. aku just suka-suka je buat account tu..

so, kenapa pula aku tertarik dengan PR? honestly, dengan mengenali PR secara tidak langsung aku sudah selangkah memasuki dunia PLU.. dan dari saat itu ayat ini muncul dalam fikiran aku, "aku selangkah menghampiri dosa.." tidak tahu kenapa aku berfikiran macam tu.. satu perkara yang aku suka mengenai PR, aku merasakan diri aku tidak keseorangan.. aku melihat bertapa banyaknya orang yang sama nasibnya seperti aku.. aku merasakan perasaan yang selama ini aku pendam sedikit sebanyak dapat diluahkan kepada insan yang sama seperti aku.. insan yang memahami kerana mereka juga merasainya.. perasaan yang mana aku tidak boleh bicarakan kepada teman-teman ku yang lain.. parah jika aku meluahkan.. sepanjang umur aku, untuk tempoh 19 tahun aku pendam perasaan ini, dan akhirnya aku dapat membicarakan, berkongsi kisah ini kepada mereka yang sudi mendengarnya tanpa ada sedikit perasaan benci.. kerana mereka juga sama seperti aku... dan kerana itu aku mula menyukai PR..

banyak perkara yang aku pelajari dari PR.. aku mula sedar golongan abnormal ni sebenarnya kebanyakan terdiri daripada lelaki yang kelihatan normal.. aku tidak pernah sangka pula.. adakalanya kita melihat orang tu macam normal namun hakikatnya mengalami masalah naluri.. aku pernah membuat post mengenai hal ini dalam post "Tidak Bersendirian" (klik di sini).. 

aku tahu kebanyakan orang dalam PR mempunyai tujuan yang negatif.. semua orang mempunyai tujuan yang berbeza kenapa mereka ada di PR.. tapi, so far aku tidak pernah pula melakukan perkara yang negatif.. bercakap mengenai PR, sudah semestinya aku tidak akan lepas daripada ajakan orang untuk berkenalan or melakukan seks.. kalau ajakan seks tu, aku dengan serta merta akan menolaknya.. namun untuk berkenalan, aku boleh terima juga lah.. tapi, ada juga yang ajak aku untuk pergi berjumpa.. tapi aku selalu menolak.. bukannye apa.. takut perkara yang tidak baik akan berlaku pula.. ye lah.. aku ni still muda lagi.. masih innocent.. tapi itu tidak bermakna aku stupid... kalau ada yang ajak aku untuk berjumpa, aku akan lihat dulu profile mereka.. tengok rupa, boleh percaya ke tak.. dan aku juga lihat sama ada mereka top, bottom or versatile.. hehe.. bukan untuk tujuan seks tapi kalau mereka adalah top or versatile, kemungkinan untuk aku dirogol tu agak tinggi lah juga.. sebab kita tak tahu apa tujuan mereka.. tapi kalau mereka yang bottom, aku rasa selamat sikit.. ye lah, kemungkinan untuk dirogol tu kurang sikit.. kecualilah aku yang jadi perogol.. haha.. tapi, aku tidak akan buat perkara terkutuk tu sebab aku faham apa tujuan aku.. (tapi kalau yang bottom tu goda aku pula, macam mana?).. satu lagi perkara untuk mengelakkan diri daripada tidak dirogol, aku akan pasti dia tidak akan mendominasi aku.. contohnye, naik kereta dia.. sebab bila sudah masuk kereta, mereka lah yang kawal keadaan.. entah ke mana dia nak bawa aku pun tidak tahu.. kata nak pergi ke tempat ni, last-last tipu bawa tempat lain.. sebab tu aku akan pastikan aku tidak akan ikut mereka masuk kereta.. kalau nak berjumpa tu mesti di tempat public.. rasa selamat sikit...

so far aku tidak lah lebih-lebih dalam PR.. dalam post "Unofficial Blind Date" tu je lah orang pertama aku jumpa.. sebabnya dia sebaya umur dengan aku.. dan lagi aku lihat profile dia more pada bottom.. so, aku rasa selamat sikit.. kalau yang berumur tu, aku rasa dia agak menjadi lebih mendominasi.. ye lah.. aku ni kan lelaki budiman.. kena lah hormat pada yang lebih tua.. honestly, kebanyakan orang yang melihat profile aku or nak berkenalan dengan aku adalah mereka yang lebih berusia.. mungkin sebab aku ni comel hensem lah katakan.. haha.. ala-ala macam orang korea or jepun.. bwa haha.. perasan giler!! 

in short, aku tak nak lah lebih-lebih dalam PR.. cukup aku merasa diri aku diterima sudah boleh membuatkan aku berasa gembira.. nak berjumpa dengan orang? seriusly aku jenis yang berhati-hati.. pandai-pandailah aku nak menyelidik latar belakang orang tu dulu.. jangan terkejut jika aku tahu banyak hal orang lain.. 

hmm.. tak tahulah sampai bila aku berada dalam PR.. aku masih menunggu masa.. mungkin suatu hari nanti aku akan delete gak account aku.. aku harap aku tidak lama di PR..

(kot2 korang yang ada account PR pernah terjumpa aku.. kalau pernah tersempak tu, diam-diam je lah ye.. hehe)

Tuesday 18 October 2011

Filem Pendek Gay Melayu



ada di antara anda semua pernah melihat filem pendek ni?? hehe.. kalau pernah tengok, apa pendapat korang? seriusly, lawak giler!! aku sendiri pun tak sanggup nak tengok.. geli dengan bahasa yang terlalu 'puitis' tu.. haha.. memang lawak... dah lama video ni.. suddenly aku teringat balik dengan video ni.. saje nak share pada anda semua...

Monday 17 October 2011

Unofficial Blind Date

kisah bermula apabila aku berkenalan dengan seorang lelaki ni yang aku jumpa di laman ____.. hehe.. dari laman tu, kita orang mula chat kat ym... agak selalu juga lah kita orang berchatting.. honestly, aku lebih selesa berbual dengan dia sebab dia sebaya dengan aku.. sebelum ni, ada juga kenalan chat yang lain, tapi rata-rata umur lebih tua dari aku.. bukan tidak suka nak berbual dengan mereka yang lebih berusia, namun adakalanya aku merasakan yang aku perlu menjaga gaya bahasa aku bila berbual dengan mereka.. ye lah.. aku masih muda lagi, mestilah kena hormat sikit kan.. tapi aku pun suka gak berbual mereka yang lebih berusia sebab mereka dah banyak pengalaman.. pernah juga aku berbual dengan lelaki yang sama seperti aku (suka dengan lelaki) tapi sudah berkahwin... aku just curious untuk mengetahui bagaimana kah perasaan bila kita tahu yang kita sebenarnya suka dengan lelaki, namun melangsungkan perkahwinan dengan perempuan.. macam mana kita nak handle perkara ni? itu yang aku nak tahu sebab di masa depan nanti aku tidak tahu apa yang terjadi pada diri aku sendiri...

btw, berbalik kepada lelaki yang aku nak cakap kan ni.. aku suka berbual dengan dengan dia sebab dia tidak pernah menggunakan perkataan yang bagi kurang menyenangkan.. ada orang, first chat dengan aku dah awal-awal lagi siap panggil aku sayang lagi.. balik-balik nak kiss.. wei!! geli lah!! tapi lelaki ni bagi aku ok lah.. walaupun ada sedikit manja.. then mulai saat itu, bagi aku antara kami berdua ada keserasian.. setiap malam kita orang chat.. kadang-kadang guna sms.. keserasian dalam konteks ini bagi aku adalah kita suka nak berkawan dengan seseorang, bukan keserasian dari sudut perasaan.. sebab masih terlalu baru lagi hubungan kita orang.. plus, dia pun sebenarnya sudah ada partner.. jadi aku tak nak lah nak kacau daun.. walaupun dia selalu mengatakan yang partner dia macam tidak perdulikan dia lagi.. 

diringkaskan cerita, dia selalu juga ajak aku untuk bejumpa tapi aku menolak dengan alasan sibuk dengan study.. tapi memang betul pun aku sibuk.. tapi aku takut juga nak berjumpa dengan dia sebab sebelum ni aku tidak pernah berjumpa dengan mana-mana yang sama seperti aku.. honestly, banyak juga yang ajak aku keluar berjumpa tapi aku masih tidak bersedia... takut perkara yang tidak diingini akan berlaku.. kot-kot aku diliwat ke.. plus, aku memang tidak pernah pun buat perkara terkutuk tu selama ini.. dan aku juga tidak pernah terfikir untuk melakukannya.. tapi seakan takdir, tiba-tiba ada festival fotografi di area tempat dia bekerja... aku memang suka gila dengan bab-bab fotografi ni.. ia adalah antara minat aku yang membuatkan aku obses sangat-sangat... so, aku terfikirlah nak berjumpa dengan dia.. alang-alang pergi ke tempat tu, nak tahu juga dia macam mana...

kisah bermula pada 08-10-11, bila aku pergi ke festival fotografi tersebut.. mula-mula tu aku rancang tidak mahu beri tahu dia yang aku nak datang ke tempat dia bekerja.. tapi, kemudiannya aku pun memberi tahu dia... tapi aku tidak cakap lah bila aku nak pergi.. bila fikir balik-balik, tak best lah kalau dia tahu.. then aku tipu dia, cakap aku tidak jadi pergi.. cakap ada hal nak dibuat.. nak buat surprise katakan.. then, pada hari sabtu aku pergi ke tempat tu.. aku cari tempat dia bekerja dan akhir jumpa.. sembunyi-sembunyi tengok dia dari jauh... honestly aku cakap, hati aku berkata, "apasal rupa tak sama macam kat dalam fb?" tapi aku tahu orang itu dia... lama juga aku berlegar-legar di luar tempat dia bekerja... sebenarnya aku takut... seriously aku memang penakut berjumpa orang yang tidak dikenali.. tapi kalau fikir balik-balik, alang-alang sudah datang, better pergi jumpa... then aku masuk ke kedai tempat dia bekerja...

bila masuk tu, aku boleh nampaklah wajahnye dari dekat.. tapi dia still tak sedar yang aku datang.. ye lah, aku kan dah tipu dia yang aku tak jadi nak datang.. padahal aku sebenarnya nak buat surprise.. lama gila aku di dalam kedai tu... tidak tahu nak buat apa... seriously aku gementar... takut nak mengorak langkah.. takut untuk melakukan perkara yang aku tidak pernah lakukan sebelum ini... strategi aku macam ni, dia sedang berada di tempat cashier... so, untuk berjumpa dengan dia (kemunculan yang tidak disangkakan) aku perlu beli barang then pergi ke tempat dia nak bayar... tapi, honestly, aku tidak tahu nak beli apa... fikir punya fikir, aku beli benda yang sebenarnya aku dah ada.. haha.. semata-mata nak jumpa dengan dia.. tapi, still aku gementar gak.. punye lah lama.. aku rasa aku di kedai tu dalam setengah jam kot.. lama nak cari kekuatan, semangat nak jumpa dengan dia.. akhirnya aku cuba memberanikan diri pergi ke tempat dia.. tarik nafas dalam-dalam... apa nak jadi lepas ni, jadi lah... 

aku pergi ke tempat dia... dia ternampak aku, then aku senyum.. jeng jeng jeng.. surprise!! haha... akhirnya dua insan ini bertentangan mata juga... aku still tersenyum... dia pula buat muka selamba.. (pada pandangan aku dia macam rileks, tapi dia kata sebenarnya nervous gila-gila).. tempoh itu tidak begitu lama... aku bayar barang yang aku beli tu sambil tersenyum memandang dia.. kemudian dia kira baki duit aku... lepas tu beri kat aku, then aku blah.. macam tu je.. tanpa ada perbualan pun.. i mean perbualan yang menunjukan kita orang sebernarnya saling mengenali.. buat macam biasa, pembeli dan penjual... then, aku pergi dari tempat tu.. terasa bangga gak sebab aku dapat melawan rasa gementar aku...

beberapa jam selepas tu, tiba-tiba dia beri sms kat aku..

dia: helo.. awak ke tu? kenapa x cakap nk dtg? gementar sy tgk awk tiba2 muncul...
aku: kan dah kata nak buat surprise kn.. 
dia: jahat!! kejam!! nasib baik x short td tau...
aku: selama ni pakai short ke pergi kerja?
dia: huh? bukan sy maksud seluar.. i mean duit.. takut terlebih beri baki..
aku: ye ke? sorie.. x tahu pula sy... apasal sy tgk muka awk rileks je?
dia: rileks awk kata? tahu x sy betul2 gementar tgk awk.. btw, apasal tangan awk sejuk?
aku: ada tersentuh tangan sy ke td.. tangan sy memang mcm tu.. jenis yg sejuk.. mudah lembab..
dia: ye ada.. hmm... awk still kat area kawasan ni ke?
aku: ye.. knp?
dia: jom jumpa.. sy tgh rehat skrg ni...

(kira-kira perbualan kita orang macam tu lah)

akhirnya kita orang berjumpa.. dia di mata aku still nampak macam rileks je.. tapi di hati tidak tahu lah.. kita orang bersalaman.. just tersenyum.. berbual-bual sedikit.. nak pergi ke mana... tapi, honestly, kita orang tidak tahu nak pergi ke mana.. semuanya memang bukan dalam perancangan pun.. aku datang just nak beri surprise je.. oleh kerana masa rehat dia sudah hampir tamat, so dia perlu balik ke tempat kerja.. perjumpaan kita orang begitu ringkas.. just jalan-jalan tanpa arah tujuan.. berjumpa kurang dari tempoh setengah jam.. lepas tu berpisah.. that's all... btw, lepas tu dan sampai skrg ni, kita orang still berhubung.. mungkin semakin rapat sebab masing-masing sudah selesa untuk meluahkan perasaan masing-masing.. share masalah dan sebagainya.. 

in short, walaupun secara tidak rasmi, dia adalah orang yang pertama aku berjumpa dari kenalan internet aku.. satu pengalaman baru buat aku.. walaupun pertemuan tidak dirancang dengan begitu baik, namun aku berasa bangga yang aku dapat lawan rasa gementar aku.. bolehkah aku mengatakan ia adalah satu 'date'? haha.. macam tidak sesuaikan.. honestly, selama ni aku tidak pernah ada date dengan sesiapa... kalau peristiwa ini boleh dikatakan sebagai satu date, kira ini adalah yang pertama kali... 

my unofficial blind date...

the Naked Woman


this sexy lady still xleh nak goda aku


hari ini dalam perjalanan dari tempat aku study nak balik ke student house, kawan perempuan ada menceritakan satu kisah yang menarik.. hehe.. sebelum tu, aku nak cakaplah kita orang semua budak tajaan JPA, so tempat tinggal kita orang agak mewah juga kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang ditempatkan di INTEC or tempat-tempat lain.. kawasan tempat kita orang tinggal pun rata-rata orang yang kaya-kaya... malah, orang kata, harga sebuah rumah di tempat kita orang tinggal pun boleh tahan gak.. dengar cerita, rumah junior kita orang harga dalam satu ringgit macam tu.. tapi rumah tempat aku tinggal tidaklah harga satu juta, tapi still mahal juga lah..

setiap hari, kalau nak pergi kelas or nak balik, ada van khas yang akan bawa kita orang semua.. dalam kisah ni berlaku ketika dalam perjalanan pulang dari kelas nak balik ke student house.. kawan perempuan aku tiba-tiba bercerita yang dia ternampak perempuan berbogel sedang menjemur baju... usia dalam kira-kira 30 lebih macam tu... then, semua kawan-kawan aku teruja je nak dengar cerita pasal perempuan berbogel tu.. kawan lelaki aku orang Kelantan tanya, "perempuan tu cun tak?" dia kata cun sangat-sangat.. kalau nak beri gred, mungkin perempuan gred A- macam tu lah.. then, ada lagi pertanyaan yang agak gatal sikit dari kawan lelaki aku asal Selangor ni, "besar tak buah dada dia? jenis macam mana?" dia kata, "mungkin jenis C or D kot.." (jap.. bercakap pasal saiz buah dada perempuan ni, baru aku tahu ada jenis gred juga.. kalau saiz A tu kecil, tapi kalau D kira besarlah.. tidak begitu?)

semua kawan lelaki aku semakin teruja nak mendengar cerita pasal perempuan berbogel jemur baju ni.. malah pemandu van kita orang pun turut sama mendengar.. honestly, sebelum ni tidak pernah pun berlaku hal macam ni.. kawan perempuan aku asal Perlis pula tanya, "kau serius ke ni? aku selalu je tengok kat luar rumah.. tidak nampak pun.. kau pasti ke yang kau lihat manusia?" dia kata, "seriuslah.. aku nampak clear habis... memang jelas.."

akhirnya kita orang pun sampai ke student house.. kawan perempuan aku tu pun tunjuklah di rumah mana dia ternampak perempuan berbogel tu... dia tunjuk, rumah No. 70... hati aku berkata, "huh?" macam tidak percaya... sebab rumah tempat aku tinggal di rumah No. 71.. just berdepanan dengan rumah kita orang je... seriusly, aku pun selalu gak tengok-tengok kawasan luar rumah... malam-malam, aku selalu naik ke beranda tingkat tiga rumah bergayut-gayut dengan telefon... tidak nampak pun sebelum ni... eh! sekejap!! aku telefon kawan biasanye malam-malam... bila masa pula orang jemur baju di malam hari.. patutlah tidak nampak...

honestly, kalau aku ternampak perempuan berbogel jemur baju tu, bukannye boleh buat aku teransang pun... reaksi aku mungkin macam ni, hati akan berkata, "Ya Allah!!" then melarikan pandangan... pastilah aku malu... yang pasti aku akan trauma lah... sebelum ni, aku ternampak _____ kawan aku punya pun aku boleh trauma... hehe... btw, just imagine kalau yang ternampak orang berbogel jemur baju tu adalah lelaki yang hot.. apakah reaksi aku?? hehe.. tidakleh nak bayangkan.. tapi honestly, mungkin aku akan curi-curi tengok.. kalau perempuan berbogel pandai pula menjaga pandangan mata... 

Friday 14 October 2011

Tahap Penderitaan Naluri

dalam dunia ni, aku membahagikan manusia dari segi naluri dalam beberapa kategori.. ada dua jenis naluri manusia, yang pertama adalah manusia yang normal dan kedua pula abnormal... dalam kategori ini aku berada dalam golongan abnormal... namun manusia yang tergolong dalam golongan abnormal pula terbahagi kepada kategori lagi.. dan di setiap kategori ini mempunyai tahap penderitaan naluri yang berbeza dan mempunyai masalah yang berbeza... 

aku tidak mahu nak cakap banyak, so ini adalah antara list dalam senarai aku mengenai jenis-jenis manusia...



Pertama: Straight (normal)
tidak payah nak cakap banyaklah.. kita tahu manusia yang normal itu bagaimana.. dari segi naluri, mereka ini tidak menghadapi apa-apa masalah.. mereka mampu mengikut fitrah manusia... naluri mereka tidak menderita.. tidak payah nak fikir mengenai soal perkahwinan sebab kalau mereka jatuh hati dengan seseorang, sudah semestinya orang itu halal untuk dikahwini.. dari segi hubungan antara manusia pun mereka tidak ada masalah.. mereka dengan mudah boleh memberi tahu siapakah couple mereka.. kat public pun kalau nak manja-manja orang yang melihat tidak kisah sangat (tapi kalau terlebih manja tu lain ceritalah).. in short, tidak ada diskriminasi...

Kedua: Biseksual (separuh abnormal)
kita tahu mereka yang biseksual adalah orang yang suka dengan perempuan ataupun lelaki.. (honestly, kalau aku memang ditakdirkan untuk menjadi lelaki yang mempunyai masalah naluri, aku mahu menjadi golongan ni).. dari segi penderitaan naluri, bagi aku golongan ini lah yang paling tidak bermasalah bagi kategori abnormal.. mereka mampu untuk menyatakan cinta kepada mereka yang opposite sex.. dari segi soal perkahwinan, tidak bermasalah sebab mereka mampu untuk memberikan nafkah batin kepada si suami or si isteri... kerana itu aku melabelkan mereka sebagai separuh abnormal... mereka ini tidak ada masalah kalau nak cover pasal naluri mereka.. still boleh bawa pasangan mereka bersiar-siar ke tempat public.. nak bermanja-manja pun boleh gak.. (selagi pasangan mereka itu yang opposite sex lh)

Ketiga: Homoseksual- perangai straight (abnormal)
homoseksual tu bagi aku banyak jenis.. namun untuk kategori mereka yang berpewatakan seperti normal bagi aku kurang sedikit masalah mereka.. namun dari segi naluri, mereka still terseksa.. kenapa aku mengatakan mereka kurang sedikit masalah? sebab mereka kurang didiskriminasi oleh golongan yang normal mahupun golongan yang abnormal.. mereka ni senang nak cover hal naluri mereka.. orang normal yang lain still boleh bergaul dengan mereka tanpa ada sedikit diskriminasi... selagi orang tidak tahu akan naluri songsang mereka lh.. mereka ini senang nak cari pasangan gak sebab kebanyakan golongan abnormal suka akan mereka yang berpewatakan seperti normal.. 

Keempat: Homoseksual- perangai separuh straight (abnormal)
dalam kategori ini, aku beri satu contoh: lelaki yang tidak berpakaian seperti wanita namun dari segi tingkah laku ada sedikit sikap kewanitaan.. tahap penderitaan mereka ini bagi aku bergantung kepada orang-orang disekitar mereka.. ada orang yang still boleh terima namun ada juga yang tidak.. kalau nak berkawan dengan sesiapa bagi aku mereka tidaklah mengalami masalah.. still boleh involve dengan mana-mana golongan manusia.. namun dari segi hubungan, bagi aku peluang mereka agak kurang sedikitlah sebab kebanyakan gologan abnormal yang lain suka kepada mereka yang berpewatakan completely macam normal..

Kelima: Homoseksual- perangai tidak straigth langsung (abnormal)
faham apa yang aku maksudkan dalam kategori ini? senang cakap mereka ini aku beri contoh seperti pondan, mak nyah ataupun pengkid.. honestly, bagi aku dalam semua kategori, naluri mereka ini paling terseksa.. contonya seorang mak nyah... mereka tidak merasakan yang mereka sebenarnya adalah lelaki.. naluri mereka memang perempuan.. dengan kata lain, dari segi rohani adalah perempuan namun zahirnya adalah lelaki.. penyeksaan naluri yang paling merana.. terperangkap ditubuh yang tidak diinginkan.. ditambah lagi diskriminasi oleh masyarakat terhadap mereka.. golongan normal membenci mereka malah ada juga golongan abnormal yang tidak suka dengan mereka.. mereka susah nak bergaul dengan masyarkat kerana sukar mereka untuk diterima.. disebabkan ini, aku mengatakan mereka lah paling terseksa di antara semua orang... penyeksaan naluri yang teramat sangat!!

Thursday 13 October 2011

-Pasangan-

orang mengatakan setiap insan sudah ditakdirkan untuk memiliki pasangan mereka masing-masing.. dan disebabkan itu, muncul lah ungkapan, "jangan mengejar cinta kerana jodoh itu pasti akan datang juga.." persoalannya sekarang ini adalah, "memang betul kah begitu?" jika memang disaat seorang manusia itu dilahirkan telah termaktub mereka dilahirkan berpasangan (dengan erti kata lain mempunyai jodoh masing-masing) aku tertanya-tanya siapakah pasangan ku itu? bagaimana kah rupa paras wajahnya? dan yang paling penting, adakah dia seorang perempuan?

jika dia adalah seorang perempuan, aku tidak mampu untuk mengatakan apa yang telah tersimpan di dalam hati ini.. untuk saat ini, aku tahu bahawa aku tidak mampu untuk mencintai seorang perempuan.. ia adalah persoalan mengenai hati dan perasaan.. adakah aku mampu tertarik terhadap seorang perempuan.. sesungguhnya aku harap begitu namun untuk saat ini hati merasakan ia adalah begitu sukar untuk terjadi.. 

dan aku tertanya-tanya, "apa yang akan berlaku jika aku melawan jodoh?" jika benar seorang lelaki itu telah dilahirkan memiliki pasangan sendiri (perempuan), aku rasa aku tidak akan menemukan perempuan itu pada saat ini.. kerana aku seorang yang abnormal.. jika aku mampu mengubah keadaan ini, sesungguhnya aku ingin mencari 'dirimu'... 

mungkin aku telah tersesat... aku telah lari dari ketentuan ini... memikirkan tentang 'dirimu', aku tertanya-tanya apa yang akan terjadi jika aku berterusan 'sesat' di dunia yang aku sendiri tidak inginkanya? bolehkah kau mencari pengganti diriku? maafkan aku... 

dunia ini begitu sukar buat diriku... aku juga tidak memahaminya... mungkin juga kerana aku tidak mahu memahami diriku... 

Wednesday 5 October 2011

People Like Us

honestly, selama ni aku tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan 'PLU' tu sebenarnya... tapi, aku faham akan konteks perkataan tu yang merujuk lebih kepada orang yang homoseksual... tapi apa yang dimaksudkan dengan disebalik perkataan 'PLU' tu aku tidak tahu.. 'P' maksud untuk apa? 'L' untuk apa? 'U' tu apa pula?

samalah dengan kes perkataan 'kimak'.. 'kimak' tu apa benda? tapi dari segi konteks aku faham ia adalah bahasa mencarut... sesuatu yang negatif... macam di tempat daerah kelahiran aku.. faham-faham je lah Sarawak macam mana.. melayu bukan majoriti... kat daerah aku kaum majoriti ialah Lun Bawang.. then mereka pun ada bahasa mencarut gak.. bunyinya kira-kira macam ni.. "be' che".. ayat ni kira agak popular gak lah, even dikalangan melayu sendiri pun guna perkataan "be' che".. (Sarawak memang bervariasi.. memperlajari bahasa kaum lain sudah menjadi kebiasaan).. tp, maksud perkataan "be' che" tu aku tidak tahu.. aku tahu ia bahasa mencarut...

bila aku study kat Kuching, word mencarut paling popular ialah 'kimak'.. aku tanya kawan aku, "apa benda 'kimak' tu sebenarnye?" dia kata, "tidak payah ambil tahu lah".. seriously, aku ingat word 'kimak' just digunakan di Sarawak.. rupanye kat Semenanjung pun guna gak.. 

in short, aku katakan yang fikiran aku ni memang innocent gila-gila.. tidak dicemari dengan perkataan yang teruk-teruk macam ni.. plus, aku tidak mencarut pun.. memang susah nak mencarut.. cukuplah aku faham dari segi konteks word tu, bukan akan erti sebenar perkataan tu...

berbalik kepada wor 'PLU'.. sekali lagi aku kata, aku just faham dari segi konteks je.. tapi aku pernah teka akan maksud sebenar word tu.. sebelum ni dalam topik 'Innocent' dalam blog ni aku pernah cerita.. (klik kat sini)  aku just teka maksud dia 'people like us'.. tu memang perkataan pertama yang bermain difikiran aku.. ye lah.. mestilah maksud dia macam berahsia sikit.. sebab ada juga orang tanya, "kau ni plu ke?"

entah kenapa aku tiba-tiba Google cari maksud word tu.. memang betul lah maksud dia 'People Like Us'!! hebat tak jangkaan aku?? haha.. kata hati aku selalu je betul.. memang pandai aku meneka.. aku baca kat Wikipedia.. rupa-rupanye perkataan 'PLU' ni tidaklah universal sangat.. just digunakan di sekitar Malaysia dengan Singapura je.. kalau di negra lain, mungkin diorang tidak akan faham... 

btw, aku rasa fikiran aku mula dicemari... entah lepas ni word apa lagi aku akan mula faham...


sumber http://en.wikipedia.org/wiki/People_Like_Us_(Singapore)

Sunday 2 October 2011

Tentang Perempuan

sejak kebelakangan ini aku mula melayan lagu-lagu K-Pop.. aku tidaklah minat sangat.. aku just tahu kumpulan SNSD dengan Super Junior je.. group lain tu, aku tahulah juga tapi tidak sangatlah... honestly, aku memang suka dengan SNSD or Girls Generation. mula-mula terdedah dengan muzik K-Pop ni waktu zaman menengah atas.. tidak ingatlah sama ada waktu aku Form 4 or 5.. waktu tu, group Wonder Girls dengan SNSD memang tengah hot di sekolah aku.. Wonder Girls dengan lagu Nobody, SNSD dengan lagu Gee.. memandangkan aku dulu sekolah di sekolah berasrama penuh, so memang banyak bendalah yang aku alami.. waktu mula-mula mendengar lagu Nobody dengan Gee, budak-budak lelaki lain sedang berkumpul beramai-ramai melihat video clip lagu kumpulan tu.. aku hairanlah.. apa yang buat mereka teruja sangat? so, aku pun cuba lah mengetahui.. then, mula saat tu lah aku mula tahu muzik K-Pop..

faham-faham je lah orang korea macam mana.. perempuan-perempuan mereka semua cantik-cantik.. kawan-kawan lelaki aku yang lain berebut-rebut nak memilih perempuan mereka sendiri.. maksud aku, perempuan dalam group Wonder Girls dengan SNSD.. kata perempuan yang ini, itu, aku punya.. awal-awal lagi dah nak booking.. macam lah betul mereka dapat perempuan tu.. haha

apa yang aku ingin sampaikan adalah hal mengenai reaksi lelaki terhadap perempuan cantik.. pernah sekali waktu aku sudah masuk ke IPTA, aku tidak menyangka lah yang roommate-roommate aku tu banyak yang tidak tahu mengenai K-Pop.. waktu tu pada tahun 2010.. aku pun peliklah.. ye lah.. aku tinggal di Sarawak pun tahu, kenapa tidak mereka? so, aku pun tunjukkanlah video lagu Gee kepada mereka.. (sebab aku suka SNSD) reaksi mereka? haha.. mereka cakap macam ni, "oh tidak!! aku baru je lepas mandi! takkanlah nak kena mandi wajib lepas ni?" mereka berkata lagi, "oh tidak!! aku tidak tahan nak tengok!!" mereka begitu teruja.. faham apa yang aku ingin sampaikan? artis perempuan korea kan seksi-seksi... kalau lelaki normal melihat mereka, mesti akan teruja...

tapi apa yang ingin aku sampai sebenar-benarnya adalah reaksi aku ketika melihat perempuan cantik lagi seksi.. honestly, bila aku tengok perempuan macam ni, dalam hati aku just berkata, "cantiknye mereka.. comel.." tapi aku tidak pernah merasakan nafsu aku teransang bila melihat perempuan-perempuan yang cantik di mata lelaki normal malah di mata aku sendiri juga.. walau seksi banyak mana pun, aku still boleh mampu melihat perempuan tu tanpa nafsu aku bergelora sedikit pun.. 

so, bila aku melihat reaksi kawan-kawan aku tu, aku tertanya-tanya, "jadi macam ni lah apa yang dirasakan oleh lelaki normal bila melihat perempuan cantik lagi seksi?" aku ulang lagi, aku tidak pernah merasakan perasaan itu.. tidak ada perasaan ghairah langsung.. sebab tu aku boleh je dengan selamba layan video clip lagu korea waktu bulan puasa.. biar seksi mana pun mereka, tidak akan mampu membuatkan nafsu aku bergelora.. (agak-agak aku berdosa tak melihat aurat perempuan pada bulan puasa? tapi, aku memang tidak ada nafsu langsung pun)

bercakap mengenai aurat perempuan.. honestly, bila aku terlihat aurat mereka di sekeliling aku, (maksud aku perempuan kenalan aku lah) hati aku akan berkata, "oh tidak! jangan lihat!" tapi apabila aku tidak sengaja terlihat aurat lelaki, hati aku tidak akan berkata apa.. tapi rasa teringin sangat nak pandang.. hehe.. ini adalah pengakuan aku yang jujur...

persoalannya sekarang, adakah aku melihat aurat perempuan itu berdosa walaupun hakikatnya dengan melihatnya tidak akan mampu mencabar nafsu aku sedikit pun? bagaimana pula dengan melihat aurat lelaki? itu semua aku tidak tahu... berdosa kot.. mestilah berdosa juga...




hari ni aku layan video clip lagu daripada kumpulan baru ni, Sistar.. bagi aku mereka cukup seksi.. dan aku sendiri boleh mengatakan mereka sangat cantik.. tapi aku just boleh kata macam tu je.. seseksi mana pun mereka, semanja mana pun mereka tidak mampu menggoda aku.. honestly, itu lah apa yang aku rasakan... dan aku boleh melihat video clip lagu ni dengan 'rasa selesa'..

bagaimana pula dengan anda?