Saturday 30 June 2012

Gay and Relationship




recently aku dapat satu mesej yang amat panjang sekali... dari seorang PLU yang stay kat oversea juga.. tak tinggal kat Malaysia lah maksudnya.. kat mesej tu, dia nak minta pendapat lah tentang masalah yang dia hadapi.. tapi, honestly aku nak cakap yang aku ni memang naif tentang soal hati dan perasaan.. kurang berpengalaman hal-hal berkenaan dengan 'cinta' ni.. so, aku nak share cerita dia pada pembaca blog ni yang aku tahu ada yang berpengalaman tentang hal macam ni.. sama-sama lah kita memberikan pendapat untuk membantu 'pembaca dari oversea' ni..






Ak ada sorg kwn ni..kitaorg study sama2 kt oversea, same uni, same class, mostly la..awal2 ak anggap dy hensem je pon, so ada la little crush...tp ak kwn dy mcm biasa la la,mybe sometimes ak pay more attention to him and layan dy lebih dri org lain..so lama2 yg crush became bigger..ak dh develop feeling for him..2 yg mslahnya..ak xtw la dy st8 ke ape sbb sometimes, kitaorg ada mcm satu moment..tp dy xpnh kutuk org gay, n dy tgok je pon cita yg ak pon rasa malas nk tgok sbb ak rasa mcm super gay mcm glee ..keh3.. (aku yg gay ni pun x layan glee)..tp dy org sport la, main bola, mnat bola, fanatic bola, bukan macam ak.. (ada je PLU yg suka sport.. yg biseksual mostly suka sport.. gay mcm kurang sikit..) so 2 yg ak konfius..tp ak kdg2 dpt je gay vibe dri dy... (gay vibe tu apa benda? gay video?) ok back to my prob..ak igt ni crush je..tp dh dekat setahun lebih dh ak ada crush or to be more precisely setahun 8 bulan la..ntoh le, ak rasa ak dh ada feeling for him..n dy ada kawan baik...n kawan baik dy pon kwn baik ak jgk..sb awal2 2 ak igt nk rapat ngn dy, so ak rapat la dgn kwn baik dy..n ak tw jgk psal rhsia kwn baik dy yg ak x confirm dy tahu ke x..iaitu kwn baik dypon plu mcm ak...n kwn baik dy pon x tahu ak tahu, sbb bnda ni terkntoi bila ak terguna laptop kwn baik dy wk2 kwn baik dy tidor n terjumpa bnd2 yg tuttt...if u know what i mean..hehe.. (kalau nak tahu aku ni gay or tak, cuba selidik laptop aku.. serius aku cakap yang aku akan halang orang guna laptop aku.. hehe) tp ak xbgtw la ak tw..sbb ak pon malu ngn diri ak, nk bgtw org lain lg la ak x mau.ak try lawan bnda ni, cth bila ak try avoiding dy, tp ak dpt rasa yg dy perasan ak avoid dy..tp dy try bt cool n lepas 2 dy bt macm biasa tegur ak balik..ak pulak xpndi nk bt krg hajar, bila org tgur ak, ak layan blik..so ak backfire plan ak sendri...ak ada ja perempuan yg ak suka secara feeling but not sexually at all, sbb ak mmg sexually not attracted to women,  (sama mcm aku lah..) n satu hari dy suruh ak xyh tunggu dy ..tp ak xsedih lgsg, mybe sbb pda masa 2 ak mmg dh in love sgt ngn mamat ni.. (aku waktu putus dgn gf aku, aku menangis kot.. first time aku mengalirkn air mata sebab perempuan) kmi ni nk kta kwn baik ke x xtw la..tp agak rapat la...n sometimes, ak tw byk jgk rhsia dy..n kdg2 tertahu byk rhsia susah jgk..dy ni sorg yg agk secretive la psl love story dy, tp ak korek2 jgk la, n ak dpt tahu yg dy ada jgk prmpn yg dy suka, n one day pompn 2 stop pay attention kt dy mcm ak n dy sedih sgt..n bnda ni berlku before ak ada deep feeling kt dy so ak xkisah sgt..n bru2 ni ak dpt tw yg dy secretly ada relationship ngn prmpuan lain yg sekali uni n class sbb ak check dy pnya inbox fb..hehe. (oo.. you memang suka hack fb orang lain ye? haha) .but the problem when i read that message, ak rasa sgt2 la sakit hati cemburu n berbagai..n lepas 2 ak sje2 sindir dy and dy bt xtw je. (sindir macam mana tu??) .tp dlm hati ak sedih sgt..n 2 yg bhya..ak xsuka bila feeling ak ni terlalu mnganggu ak pnya hidup..kdg terlupa Tuhan..so feeling ni mmg susah to get over it..lagi2 bila besday dy yg akan dtg ni..mcm2 ak rncg nk bt..n ak dpt rasa yg relationship dy prmpuan yg bru2 ni dh over sbb perangai dy sama mcm wk2 dy break up ngn prmpuan awal2 dulu..tp ak xla try ambek kesempatan ke ape...ak penah decide bila ak balik malaysia tahun ni, ak nk tell him the truth about my feeling, because i think that i wont ever get over this feeling until i confess to him..sbb ak susah sgt nk let go this feeling..sbb ak try nk avoid dy, tp ,mslahnya kmi akan hidup sama2 lg berapa2 tahun kt oversea ni, ak jumpa dlam kelas la...so ak mst xbole nk avoid dy..so ak pikir kalo ak confess kt dy, mybe somehow dy akan avoid ak, n ak akan sng lupakan dy, so apa pndpt korg?Btw sori cerita pnjg, ak sorg plu, n ak malu mnjd plu, n ak xpnh bgtw org ak plu, n ak really2 need to let it out from chest a while..










hmmm... nak cakap macam mana ye? pendapat aku macam ni, aku still percaya dalam hubungan PLU ni kalau nak menjadi, 'the first rule' mesti kena pass dulu.. apa itu the first rule? aku dah banyak kali cakap, orang yang you suka tu straight or PLU? kalau dia straight, the first rule dah fail, better jangan menaruh hati or you sendiri nak merana.. kalau dia PLU, then terpulang pada you lah nak buat langkah apa seterusnya.. berdasarkan cerita di atas, adakah yang disukai itu PLU juga? ada girlfriend tak semestinya straight... bergantung pada instinct jika you rasa dia PLU ke tak.. sebab orang PLU ni kan ada 'gaydar'.. bagi aku, jika dia PLU, pasti dia adalah seorang biseksual.. 

then, you nak confess perasaan pada dia..  perkara ni mengingatkan aku tentang kejadian beberapa hari lepas.. aku ada tertarik dengan seorang lelaki ni, setiap malam aku akan tengok picture dia.. kat PR lah.. aku memang susah nak jatuh hati kat sesiapa.. tapi jatuh hati tu bukan bermaksud cinta lah.. still perasaan awal untuk menyukai.. aku takut nak tegur dia sebab takut dia tak nak layan aku.. tapi aku fikir macam ni, daripada aku syok sendiri tentang dia better aku cuba tahu macam mana layanan dia kat aku dulu.. then aku try tegur dia, aku cakap salam tak guna 'hi'.. aku bukannya PLU tipikal lain yang guna 'hi' dalam PR.. tapi, dia tak pernah balas mesej aku, dan aku rasa macam kena reject.. pedih giler perasaan tu.. sebab aku syok kat orang tu tapi awal-awal lagi dah kena reject.. haha.. shit giler! aku tegur bukan nak ajak jadi couple, syok kat orang tu tak semestinya nak jadi partner dia.. nak berkenalan sebab nak jadi kawan pun dah kena reject? hmm.. tapi aku sentiasa optimistik lah.. better aku tahu yang dia memang tak nak layan aku daripada aku berterusan syok kat dia.. at least bila dah tahu jawapan 'No' dari dia aku boleh lupa kan lah.. aku boleh berhenti dari suka kat dia..

kalau you nak confess perasaan memang bagus.. tapi dari sudut lain you kena ready lah akan reaksi dia macam mana.. apa jadi kalau dia ni straight?? maybe you akan jadi orang yang dia benci.. maybe hubungan you akan jadi renggang.. dapat kah you terima risiko itu semua? tapi you fikir akan senang untuk melupakanya, tapi adakah kau akan gembira jika hubungan kau dengan dia jadi renggang? apa yang kau akan rasa jika orang kau suka benci kat kau? 

kalau kau nak jadi orang terbaik dalam hidup dirinya, kadang-kadang kau kena gembira terhadap semua yang dia suka.. jika dia adalah straight dan menyukai perempuan, kau patut rasa gembira.. sekurang-kurangnya dia tidak terlibat dalam dunia PLU yang amat sukar.. aku sampai sekarang ada suka pada seseorang yang nun jauh di Malaysia.. dia adalah straight di mata aku.. dan aku tidak mahu dia jadi PLU macam aku.. kalau dia ada girlfriend, aku sendiri tumpang gembira.. walaupun recently aku rasa dia sebenarnya adalah seorang biseksual, tapi aku tidak gembira dengan hal itu semua.. aku tetap menidakkan dirinya adalah biseksual sebab aku harap dia tak terlibat langsung dalam dunia PLU.. aku tak mahu dia jadi macam aku.. selagi dia berada di 'dunia yang lurus', selagi itu lah aku akan berasa gembira.. saat dia putus dengan girlfriendnya, aku turut berasa simpati.. aku tetap berharap yang dia akan terus gembira dengan kehidupannya.. dia tetap straight di mata aku.. dan aku gembira dia adalah lelaki straight..

aku gembira selagi aku masih boleh berada dengannya.. aku gembira selagi aku masih boleh berbual mesra dengannya.. aku akan terus gembira untuknya biarpun tanpa menjadi orang istimewa bagi dirinya.. 






dia tetap straight di mata aku.. dan aku gembira dia adalah lelaki straight..



Thursday 28 June 2012

Gay Bergaduh







malam ni aku 'bergaduh' dengan orang Pinoys sebab isu gay.. biar pun aku ni songsang juga, tapi aku still menentang apa yang dibanggakan oleh Pinoys tu semua.. bangga sebagai negara Asia pertama menganjurkan Gay Pride Parade sebagai simbol demokrasi..

last-last, aku kena halau oleh admin.. sesungguhnya admin tu tak professional langsung!!



if you have any problem with this post and u hate this page bcoz of of this then leave ;) all I know is that I did not post anything wrong and as a youth i've attended many UN conference in Rome, so i just wanna protect every Human right.

oleh si admin..





freedom...

is our right?

or..

privilege?


aku rasa untuk kes ni, freedom is privilege...








Wednesday 27 June 2012

Vacation






minggu depan aku nak pergi Sydney.. sekarang ni dah masuk musim sejuk.. suhu sekarang pun dah jatuh -5 darjah celcius.. aku perlu pergi ke utara sedikit kawasan yang lebih panas, lari dari kesejukan winter di Launceston..

by the way.. untuk Unspeakable Love part 5, aku akan siapkan sebelum aku pergi Sydney..







Sydney!! aku datang!!

Monday 25 June 2012

Antara Realiti dan Fiksi



aku ada buku ni...



sejak aku menulis cerita Unspeakable Love yang kini sudah masuk Part 4, ada bamyak persoalan juga yang aku terima daripada pembaca.. aku memang suka bila ada orang beri reaksi sebab aku ni baru je nak start tulis cerita... bukannya banyak pengalaman pun.. so, memang still ada kelemahan.. so, aku anggap komen-komen tu sebagai komen yang membina lah menjadikan cerita Unspeakable Love ke arah yang lebih baik..

kali ni aku nak cerita mengenai trivia, apa ada di sebalik cerita yang aku karang itu... jujur aku cakap, cerita Unspeakable Love tu sedikit sebanyak diambil daripada pengalaman aku sendiri.. tapi tentu sekali aku ubah cerita tu agar ia tak lah begitu berkaitan dengan kehidupan aku.. sebab bagi aku, kalau kita tulis satu cerita berdasarkan pengalaman kita, ianya akan jadi lebih baik lah sebab kita sendiri pernah merasakannya.. dan di sebabkan itu aku pernah cakap pada Pakcik Adam and galakkan pada Encik Koko untuk tulis cerita mereka sendiri sebab i know mereka ni banyak pengalaman lah.. dan jujur aku cakap cerita Unspeakable Love ni mungkin akan jadi kurang menarik or tak macam real sebab aku sendiri tak begitu merasakan bagaimana kehidupan PLU yang sebenarnya.. in reality, kehidupan aku macam lelaki normal yang lain.. in short, aku nak cakap yang aku 'tak cukup PLU' untuk tulis cerita PLU.. faham kan maksud aku macam mana? so, cerita tu mostly berdasarkan kehidupan aku yang 'tak cukup PLU' ni, tentang pendapat aku mengenai isu PLU itu sendiri..

berbalik kepada trivia.. biar aku list kan mengenai antara realiti dan fiksi dalam cerita Unspeakable Love. bermula dari part 1 hingga part 4..



Part 1: A Guy from Planet Romeo

Tajuk cerita
seperti yang aku dah cakap awal-awal, tajuk Unspeakable Love tu aku ambil daripada sebuah buku yang bertajuk 'Unspeakable Love, Gay and Lesbian Life in the Middle East'. tapi tentu sekali ia tiada kaitan langsung dengan buku yang original.. cerita Unspeakable Love yang aku punya memang original idea aku, tajuk je sama, dan yang pasti keseluruhan cerita ini akan berkait rapat dengan tajuk, iaitu Unspeakable Love sebagai tema utama..


Fahri sebagai architecture student
rasanya korang dah boleh agak yang aku sekarang ni study apa.. tentu sekali lah aku ni architecture student.. aku mahu buat cerita yang memang berdasarkan pengalaman aku, so tak kan lah aku nak tulis kehidupan pelajar yang ambil course perubatan or kejuruteraan.. sebab aku mana lah tahu kehidupan mereka macam mana, tapi aku memang faham macam mana life style budak yang nak jadi architect.. sebab life budak engineering dengan architecture mana sama, nak compare dengan budak-budak doktor lagi lah berbeza.


Password Fahri untuk account PR
dalam part 1, username Fahri adalah Putera87 manakala password pula 'ihsan-hamidi'.. so, apa kaitan dengan ni semua? actually, last time aku punya username pun guna nama Putera__, tapi sekarang dah tak de dah.. sebab aku dah lama delete account PR aku, so, kalau korang search nama tu konfirm tak de lagi.. untuk password, Fahri guna nama Ihsan sebagai passwordnya.. in reality, sampai sekarang password aku untuk blog ni, ym, fb, account bank dan yang lain-lain aku guna nama 'lelaki lain' untuk password aku.. kiranya nama lelaki yang telah jadi password aku tu adalah orang yang special lah dalam hidup aku sampai dijadikan password untuk namanya.. kononnya macam 'Your name is a key to reveal all of my secrets'.. haha.. setiap hari tulis nama orang tu.. setiap hari ingat nama orang tu.. dah nama password, takkan lah nak dilupakan? tak begitu?? aku pernah cerita tentang ni dalam post yang lepas bertajuk Password..


Fahri kurang berkenan dengan profile ada tulis 'sexdate' dan 'open relationship'
username Saiful iaitu Blueheart, kat profile ada tulis 'open relationship' untuk status relationship dan tulis 'Looking for sexdate, friends, relationship'.. Fahri asalnya kurang berkenan untuk membalas mesej or berkenalan dengan Saiful sebab kat profile ada tulis 'sexdate' dan 'open relationship'.. in reality, aku memang macam tu.. waktu aku online PR aku memang kurang berkenan nak kenal dengan orang yang ada dua perkataan tu dalam profile mereka.. sebab bagi aku macam 'kurang bagus untuk dikenali'.. walaupun aku tahu ada tulis sexdate tak semestinya dia nak seks, tapi bagi aku kalau dah ada tulis perkataan tu orang tu dah macam tak kisah nak buat seks dengan random people.. tapi kadang-kadang aku still layan gak..


Fahri tanya Saiful kenapa tak nak cari girlfriend
bila Fahri mengetahui Saiful adalah seorang yang biseksual, dia beri pendapat agar Saiful better cari awek daripada cari boy friend.. in reality, aku selalu cakap macam tu kepada golongan biseksual yang aku kenal kat dalam PR.. kenapa still nak cari bf, bukan gf? kalau diri biseksual, still ada nafus pada perempuan, jangan susahkan diri nak cari bf sebagai partner.. better cari yang halal sebab still ada nafsu dengan perempuan.. mostly bila aku berbalas mesej dengan lelaki biseksual kat PR, aku akan cakap macam tu lah..


Fahri tak suka guna perkataan gay


Saiful: 
btw, kat dlm profile u x tulis pun sama ada u ni biseksual ke or gay.. sje2 lh nk tahu.. 

Fahri:
nk ckp mcm mana ye? hmm.. 

sy anggap diri sy hanya ada nafsu pd lelaki.. so, u faham kn mksud sy?

Saiful:
faham.. you are a gay! hehe

Fahri:
i x guna word itu untuk describe seksualiti saya... hmm..

Saiful:
kenapa pula? so u apa lh?

Fahri:
gay is a negative connotation in our society.. every time u use it to describe about yourself, ianya mcm u sebut prkataan buruk tentang diri u.. i just rasa sebahagian drpd diri sy still xleh nk trima siapa diri sy yg sbnr.. 


perbualan di atas adalah berdasarkan perbualan di realiti yang sebenar.. dulu aku tidak suka kata aku gay sebab aku anggap word gay tu adalah negative connotation.. bila kita guna word negatif kepada diri sendiri seperti macam kita bercakap buruk terhadap diri kita sendiri.. tapi sekarang aku selalu dah sangat tulis word gay dan PLU.. manusia akan berubah juga mengikut masa.. tak begitu??


Assalamualaikum
haha.. dalam part 1, Fahri berasa terkejut bila Saiful memberikan salam pada awal mesej.. in reality, memang macam tu.. kat PR mana ada orang nak beri salam dulu, semuanya mula dengan perkataan 'Hi'... walaupun sesama muslim, orang akan start dengan 'Hi' juga.. kadang-kadang bila orang tulis 'Hi' aku akan balas 'waalaikumsalam'.. hehe

nama Fahri
nama watak utama ini sebenarnya di ambil dari watak utama novel Ayat-ayat Cinta.. Fahri adalah watak novel kegemaran aku.. 



Part 2: The First Rule

kisah mengenai ubat Panadol
kisah ni sebenarnya adalah kisah sebenar yang terjadi.. macam mana 'ubat panadol' yang diberikan oleh Shahir kepada Fahri telah membuatkan hati Fahri tersentuh.. ianya sebagai tanda sikap prihatin Shahir terhadap Fahri secara diam-diam.. korang baca sendiri, then akan faham lah macam mana.. tapi, sudah semestinya ianya adalah fiksi yang direka berdasarkan realiti..


hubungan awal antara Fahri dan Shahir
pada awal perkenalan antara Fahri dan Shahir, Fahri kurang berkenan dengan Shahir sebab dia macam bersikap dingin terhadap dirinya.. kadang-kadang dia merasakan dirinya macam wujud tak wujud dalam kehidupan Shahir walaupun hakikatnya mereka berdua sebilik.. dan adakalanya Fahri terfikir sebab Shahir kurang senang dengan dirinya kerana mengesyaki dirinya adalah gay.. dan lagi aku cakap, kisah ni berdasarkan realiti tapi telah diubah suai.. tiba-tiba je aku teringat dengan ex-roommate aku yang sekarang ni berada di Melbourne.


Fahri menyimpan perasaan suka terhadap roommatenya
dalam diam, Fahri menyukai Shahir iaitu teman sebiliknya.. in reality, sampai sekarang aku still setia dengan 'si dia', my ex-ex-roommate.. bukan yang berada kat Melbourne tapi sekarang ni dia berada kat Malaysia.. aku suka dengan dia tapi dia tak tahu lah.. sebab dia bukannya PLU.. hehe.. tapi, until now entah kenapa aku still setia dengan dia walaupun aku tahu dia tak akan suka kat aku.. manusia ni kadang-kadang pelik juga...


Tajuk 'The First Rule'
tajuk The First Rule ni diambil dari post sebelum ini yang bertajuk Peraturan Nombor Satu.. sila refer post tu untuk hal selebihnya..



Part 3: One Ticket to Heaven

Gunung yang didaki oleh Fahri dan Ihsan
gunung yang didaki mereka berdua sebenarnya adalah wujud.. Mount Wellington namanya.. semuanya diinspirasikan oleh gunung tu gak lah.. aku pernah mendaki gunung tu.. dalam post Apabila PLU Kena Peluk aku ada menceritakan tentang hal ini.. sila refer post tu untuk keterangan yang lebih mendalam..


Kata-kata Ihsan mengenai hubungannya dengan Fahri..
"If God permits it, at this time you are my lover.."
"You are my best friend.. mungkin lebih daripada sekadar teman yang baik.. tapi, aku tidak akan meletakkan diri kau sebagai kekasih aku.."
"... ada kalanya lebih baik cinta itu terus bisu.. biarkan ia tetap menjadi satu unspeakable love.."

ayat-ayat di atas adalah kunci utama untuk cerita ini.. ia juga mengisahkan bagaimana pendapat aku mengenai persoalan cinta dalam dunia PLU..


Tajuk 'One Ticket to Heaven'
tajuk ini diubah daripada perkataan 'one ticket to Hell'.. aku pernah terbaca satu komen ketika aku sedang menonton filem pendek PLU kat Youtube yang bertulis, 'gay already got one ticket to Hell'.. then aku reverse kan Hell menjadi Heaven.. sebab apa? sila baca part 3, tu lah penjelasan aku...



Part 4: Falling Heart

Jodoh lelaki dengan lelaki
Fahri berkata yang kadang-kadang hal ni macam stupid bila orang PLU bercakap mengenai soal jodoh.. in reality, memang ada PLU yang kata nak cari jodoh, walhal nak cari jodoh dengan lelaki.. aku sendiri pun ada PLU yang suka kat aku sebelum aku fly pergi Aussie dia berkata, "kalau ada jodoh, tidak akan ke mana.." ianya diinspirasikan daripada blog Hal Dunia Lelaki yang berkata 'gay yang bercakap jodoh lelaki dengan lelaki lain memang sudah giler.." tapi Saiful membalas persoalan Fahri dengan berkata, "kalau kita sudah jatuh cinta, memang kita betul-betul kita sudah jatuh cinta.."


Fahri suka mengayakan rambut
setiap hari, Fahri akan mengayakan rambut yang berlainan.. in reality, kawan cina aku (dalam diam aku tahu dia PLU) memang suka mengayakan pelbagai jenis style rambut.. hampir setiap hari dia dengan style rambut berbeza-beza.. dari first time aku kenal dia sampai sekarang ni (dia kat Melbourne) gaya rambutnya mesti lain.. berubah-rubah.. metrosexual lah katakan..


Girlfriend Shahir, Liyana
Liyana ni memang wujud.. nama ni diambil daripada perempuan yang aku kenal ni lah.. tapi untuk cerita Unspeakable Love, Liyana hanya sekadar fiksi.. semua watak-watak lain adalah fiksi..


Model bangunan Fahri
gambar model bangunan tu di ambil daripada model yang sebenar.. tapi, ianya bukan lah hasil kerja aku.. saja-saja nak guna picture tu..






ada banyak kecelaruan berlaku dalam cerita ini.. mesti korang konfius, setting cerita Unspeakable Love ni kat mana?? kat Malaysia or Australia?? dalam part 3 kata gunung yang didaki adalah Mount Wellington kat Australia.. 

biar aku jelaskan.. memang tak dapat nak dinafikan cerita ni ada banyak kelemahannya.. biasalahh, aku ni penulis bebas yang tak berpengalaman.. dalam Part 1 ceritanya macam bertempatkan di Malaysia sebab ada sebut nama Malaysia manakala part 3 macam kat Australia.. to be honest, bermula dari Part 2 hingga part 4 aku tak nak sebut kat mana kah cerita ni berlaku.. ia bukan kat Malaysia, bukan juga kat Australia.. semuanya adalah fiksi.. sebab tu aku tak mention nama kota raya dan gunung yang didaki dalam cerita ini.. semuanya adalah rekaan.. ianya boleh berlaku di mana-mana.. tentang Part 1 ada sebut nama Malaysia, aku akan edit semula.. 

mengenai kolej kediaman tempat Fahri dan Shahir tinggal di tingkat 3.. untuk menjawab soalan Pakcik Adam, adalah design kolej kediaman macam tu.. ada yang memiliki tingkap di tepi pintu (tempat Fahri skodeng Shahri dan lelaki misteri dalam bilik mereka)... tapi kebiasaanya memang tak ada lah.. tapi memang ada pun.. 


Fahri = Aku
kalau baca penjelasan aku, mesti ada di antara korang semua berfikir yang Fahri ni macam tentang diri aku sendiri.. mungkin ya, mungkin juga tidak.. sebab semuanya adalah fiksi semata-mata.. tak ada kaitan antara hidup dan mati..






Saturday 23 June 2012

Unspeakable Love -Part 4-





Part 4 : Falling Heart


i tahu yg u dulu ada kata skrg ni u x nk cari partner.. u lebih selesa jd open relationship je.. hmm.. i'm just curious, apasal u kata mcm tu? knp u x nk cari partner?

aku bertanyakan soalan itu kepada Saiful.. sekarang ini, kami mula berbual melalui YM, bukan di PR lagi.. entah kenapa aku rasakan yang aku mula selesa berbual dengannya.. mungkin aku patut katakan yang aku mula tertarik untuk berbual dengan Saiful.. 

i think u dh lupa sesuatu yg i pernah ckp dulu.. cinta org PLU ni bukannya setia sgt pun.. semuanya penuh dengan kepura-puraan.. masing-masing mahu mengkhianati pasangan sendiri.. 

so, sblum ni u pernah ada couple lh?

yupp.. dulu-dulu lh.. kita org putus pd bulan ogos tahun lepas.. 

tapi knp putus?

sbb i dlm diam mengkhianati dia.. i slalu main dgn PLU lain.. hehe.. dan akhirnya dia dpt tahu, then dia nk hubungan kami diputuskn.. so, nk buat mcm mana klu tu yg dia nk.. putus je lah.. btw, actually i pun tahu gak yg dia dlm diam pun main dgn PLU lain.. dia yg khianat dulu.. sbb tu i khianat gak..

u sblum dpt tahu pengkhianatan dia, u memang betul2 syg dia x? i mean, cinta...

x tahu nk ckp mcm mana... entah.. dulu memang i slalu ckp pd dia yg i betul2 cinta kn dia tp bila i dpt tahu tentang... hmmm.. malas nk ungkit semula.. tp yg pasti i betul2 marah sgt.. then pd saat tu i dh mula x prcayakn dia.. klu dia boleh mengkhianati i, mcm tu lh i akn buat kat dia.. bila dia dpt tahu yg i khianat, dia betul2 marah.. tp, x adil giler kn? i mean, dia yg mulakn dulu.. dia patut rasakn mcm mana yg i rasa waktu first time i dpt tahu dia main dgn lelaki lain.. 

i think situasi akan jd lebih bagus klu u x khianati dia.. jgn balas perbuatan buruk dia.. tapi.. entah.. i pun x tahu apa yg akan i lakukan klu sy dlm sistuati u rasakan dulu.. sbb, i x pernah brcinta..

entah kenapa aku teringat akan hubungan antara aku dan Ihsan.. adakah aku patut katakan yang kami bercinta? aku tahu perasaan itu ada dalam hati Ihsan tapi dia tidak pernah mengatakan 'perkataan' itu kepada aku.. tapi, kami bukan pasangan kekasih.. dia tidak pernah anggap aku sebagai kekasih.. walaupun jauh di sudut hati aku menganggap dia adalah kekasih aku... he is my unofficial lover..

perkara yg dh lepas, x boleh nk diubah smula.. tapi, agak lama lah juga kitorang bercinta.. setahun lebih.. banyak juga kenangan manis antara kami berdua.. pd awal hubungan tu semuanya manis je, then... hmmm.. i dh x nk fikirkan pasal tu lg.. skrg ni pun i happy dgn cara i.. open relationship je.. xde komitmen.. hehe.. btw, u still nk mengharap lelaki tu ke?

lelaki mana?

your roommate lh.. lelaki mana lg? u still nk tunggu dia balas perasaan u? jgn wei.. silap besar.. silap hari bulan u yg jd org yg dia benci.. kecuali lh u memang nk dia terjerebak dlm dunia kita ni.

sy still x fikirkn tentang hal tu lg.. sy memang ada kata yg sy suka dia tp, xde pula ckp nk dia jd partner sy.. 

then... apa lah?? cinta tanpa balasan??

seriously, i still x tahu apa yg i nk skrg ni.. apa yg i harap daripada dia masih lagi kabur.. hmm.. i nk tanya sesuatu.. boleh ke kalau kita sayang dan cinta dengan seseorang tapi tidak menjadi kekasih dia? 

aku teringat akan kata-kata Ihsan.. penjelasannya itu adalah satu yang tidak akan aku lupakan.. kamu tahu hati kamu merasakan cinta, tapi tidak mahu ada ikatan cinta dengan insan yang istimewa.. boleh kah begitu?

cinta tidak semestinya harus memiliki.. haha.. tiba2 tringat ayat tu.. hmmm.. mungkin boleh tapi ada satu masalah..

masalah apa?

cemburu.. masalah cemburu.. bagi sy, kalau u bukan partner org tu, u x layak untuk ada rasa cemburu.. knp pula u nk cemburu klu u x nk anggap or ingin dia jd kekasih u?

aku terdiam.. kata-kata Saiful itu menyedarkan aku tentang hakikat bahawa Shahir sebenarnya sudah ada kekasih perempuan.. Liyana.. itu lah nama kekasih Shahir.. kata-kata Saiful itu adalah benar.. aku bukan lah sesiapa di hati Shahir.. kami berdua mempunyai dua dunia yang berbeza.. 

tentang hubungan antara Shahir dan Liyana, adakah ia membuatkan aku cemburu? aku tidak memiliki Shahir, tapi Liyana telah berjaya mendapat tempat di hati Shahir.. itu sangat munasabah sekali, sebab Shahir bukan seperti aku.. tidak mungkin dia akan jatuh hati kepada aku.. 

oh hati.. kenapa soal hati dan perasaan begitu rumit. aku mengharapkan sesuatu yang pasti tidak akan aku miliki.. aku menyedari hakikat itu tapi hati ini begitu sukar untuk menafikan perasaan ini.. aku bukan lah seorang insan yang senang melupakan perasaan suka.. sebegitu lah bagaimana aku merasa perit untuk melupakan Ihsan.. tiga tahun aku cuba memadamkan perasaan aku terhadap Ihsan dan kini aku sudah bersedia untuk membuka lembaran baru dalam hidup aku.. tapi kenapa aku jatuh hati kepada Shahir? 

tenang lah kawan.. u lupakan sahaja dia.. banyak je lelaki lain u boleh cari.. kat negara ni ada belambak PLU.. kalau u nk brcinta, cari lh yg sama dunia dgn kita.. or.. u just perlu jd mcm i, open relationship je.. x payah nk jiwang2.. hehe..

aku bermonolog.. memang betul ke aku nak bercinta? aku tahu yang aku ada suka pada seseorang, tapi aku tidak pasti sama ada aku betul-betul mahu bercinta.. aku sebenarnya bingung tentang kemahuan aku yang sebenar.. apa yang aku harap kan sebenarnya?

bila difikirkan semula, benda ni macam stupid je...

stupid tentang apa pula?

u percaya x yg lelaki ada jodoh dgn lelaki lain? ada je PLU yg kata nk cari jodoh lh.. cari lelaki pula tu.. kdg2 ada yg boleh ckp, klu dh ada jodoh x akan ke mana.. jodoh dgn lelaki?? mcm stupid je kn.. i rasa yg i lahir kat dunia ni memang tanpa jodoh.. or sy yg lari drpd jodoh?

entah lh kwn.. i sendiri pun x faham... tp walaupun org mcm kita ni ada perasaan songsang, tp bila jatuh cinta, kita memang betul2 sudah jatuh cinta.. tentang jodoh tu i x nk komen lh... i pun skrg ni bukannya ada fikir tentang cinta2 ni.. hehe..

aku berfikir sejenak.. kenapa lah baru-baru ni aku asyik berfikir tentang diri aku dengan Shahir.. sebelum ni aku memang sudah lama suka kat dia tapi langsung tidak memikirkan tentang hal ini.. memang benar apa yang dikatakan oleh Saiful.. aku tidak harus menunggu sesuatu yang sudah tentu aku tidak akan miliki.. aku perlu melupakan perasaan ini.. biarkan lah dia dengan dunianya, dan aku dengan dunia aku sendiri.. sesungguhnya dunia kami begitu berbeza..

klu u betul2 nk brcinta, i ada je kat sini.. hehe

bukan u nk single je ke?

bergurau je lah.. hehe..

ok.. :)




*     *     *





pagi itu aku bersiap awal untuk pergi ke kelas.. hari ini aku kena hantar model bangunan aku untuk kelas Design Studio.. agak lama juga lah aku cuba menyiapkan model bangunan aku itu.. dalam masa seminggu.. dan dalam masa seminggu tu juga lah hampir setiap malam aku akan berjaga malam untuk menyiapkannya.. biasalah.. kalau ambil course architecture memang rutin harian akan tidur lewat lah.. lebih-lebih lagi waktu dah nak hantar hasil projek kita..

Shahir sudah sembuh dari demamnya.. dan sekarang dia sudah mula nampak bertenaga dan ceria.. sama seperti aku, dia pun kena hantar hasil model bangunannya pada hari ni.. pada malam untuk seminggu ni aku dan dia bersama-sama menghabiskan masa di studio.. cuba untuk menyiapkan assignment tu lah.. kalau nak buat kat dalam bilik sebenar boleh je, tapi kami lagi selesa buat kat studio sebab ruang kat sana agak besar.. dan lagi, ramai kawan-kawan pun berada di studio gak.. boleh lah sembang-sembang.. tak lah cepat rasa mengatuk..

sambil memandang cermin, aku cuba menggayakan rambut aku.. hari ni aku nak cuba gaya rambut yang berbeza.. aku memang macam tu.. setiap hari gaya rambut akan berubah-rubah.. hari ni gaya rambut lain, esok pula fesyen yang berbeza.. aku tak nak nampak muka aku asyik sama je hari-hari.. bagi aku macam bosan juga lah kalau asyik nak gaya yang sama je.. kadang-kadang aku ni dah macam perempuan gak.. pagi-pagi menghadap cermin memang lama.. nak 'berhias' lah katakan.. aku ni agak cerewet sikit.. setiap  hari semua nak kelihatan sempurna.. 

"nak pergi sama-sama ke tak?" kata Shahir yang sudah lama bersiap..

"wait! wait!"

aku cepat-cepat berkemas.. segera aku memastikan semua kelengkapan sudah tersedia.. perlatan untuk kelas Design Studio lah.. takut-takut ada yang tertinggal.. aku malas nak patah balik ke bilik.. 

"ok, done.. jom pergi." kata aku sambil membawa model bangunan aku..

"hari ni tiru gaya rambut siapa pula?" tanya Shahir..

"gaya Fahri.. original daripada aku sendiri.. hehe.."

"cantik giler lah design bangunan kau.. kalah aku."

"cantik-cantik tapi kalau takde functions pun  tak guna gak. kau punya pun hebat gak."

"sebenarnya aku cemburu gak dengan kau... aku punya ni macam tak siap je.. tak cukup masa lah"

"tu lah.. asyik nak tangguh.. aku dah start buat awal.."

aku tersenyum.. design bangunan Shahir sebenarnya lagi hebat dari aku.. tapi dia ni agak malas sikit.. suka nak tangguhkan kerja.. mungkin bukan sebab malas, tapi dia suka buat kerja lain.. petang-petang pergi main bola, malam pula kadang-kadang main badminton.. aku patut katakan yang Shahir kurang bijak untuk membahagikan masa..

kami bersama-sama pergi ke studio untuk buat pembentangan.. hari ni agak cerah.. kalau hujan memang susah lah.. takut model bangunan kami habis musnah terkena hujan.. sia-sia je usaha yang dilakukan.. biasanya kalau hujan kami akan tumpang kereta Kamil.. tapi hari ni kami berjalan kaki je.. jarak kolej kediaman dengan bangunan studio seni bina bukannya jauh pun..

"eh.. tu macam Liyana.." kata Shahir sambil menunjuk ke arah seorang perempuan di depan kami..

"ha ah lah.. tu memang Liyana."

"sekejap ye.. aku nak pergi jumpa Liyana jap."

Shahir berlari menuju ke arah Liyana.. aku hanya memandang mereka.. ada sesuatu yang mereka bualkan dan mereka kelihatan begitu mesra.. memang patut pun.. Liyana tu kekasih Shahir.. orangnya cantik, manis.. putih gebu.. sopan santun pula tu.. kalau ketawa pun hanya tersenyum nipis.. tak macam perempuan lain, kalau boleh nak semua orang dengar dia ketawa.. kalau aku ni suka perempuan, mungkin dah lama aku bergaduh dengan Shahir sebab nak berebutkan Liyana.. tapi hakikatnya tidak begitu.. nafsu aku ke arah lain..

aku memadang mereka berdua dari jauh.. sambil berbual, mereka ketawa mesra.. aku perhatikan bahasa tubuh mereka.. gerak tubuh itu aku faham seperti nak bermanja-manja.. entah kenapa aku tiba-tiba melarikan pandangan aku ke arah lain..

cemburu kah aku?

kenapa you nak cemburu kalau you tak nak anggap or ingin dia jadi kekasih you?

lantas aku teringat akan kata-kata Saiful semalam.. ya betul.. kenapa aku patut rasa cemburu?? adakah aku ingin Shahir jadi kekasih aku? kalau benar, aku bukan lah siapa-siapa di hatinya.. dan agak mustahil untuk dia membalas perasaan aku.. hakikatnya aku sahaja yang keberatan untuk menerima hakikat bahawa dunia kami berbeza dan dia sudah pun dimiliki.. aku patut lupakan perasaan ini.. aku patut melupakan Shahir dan biarkan dia bahagia dengan Liyana.. ya.. itu sudah tentu..

"Fahri! jom pergi.." ajak Shahir..

kami bertiga berjalan bersama-sama menuju ke studio masing-masing.. Shahir berada di studio yang berasingan manakala aku dan Liyana kebetulan berada di studio yang sama.. kami datang lebih awal dari kebiasaanya.. jarang sekali pada saat submission macam ni kami datang awal..

aku menampal kertas kerja aku pada board, bersiap sedia untuk memberikan pembentangan tentang design bangunan aku.. sempat juga aku mencuri pandang ke arah Liyana untuk melihat hasil kerjanya.. model bangunannya agak cantik, kemas dan digam secara terperinci.. biasalah, tangan perempuan.. mereka lebih kemas untuk hal seperti pembuatan model bangunan.. aku memandang ke arah hasil kerja aku..hmm.. not bad lah.. aku berpuas hati dengan hasil usaha aku.. harap dapat lah markah yang bagus untuk design kali ni..




satu jam berlalu, seorang demi seorang mula memberikan pembentangan hasil kerja mereka.. aku berasa berdebar-debar untuk menuggu giliran aku.. di otak aku tengah ligat memikirkan komen yang bakal pensyarah tanyakan tentang hasil design aku.. adakah ia menepati topik yang diberikan? aku rasa yang aku sudah mengikuti semua kehendak yang disuruh pensyarah dulu.. sekarang ini hanya mampu berserah dan melakukan yang terbaik..

sampat aku memerhatikan ke arah Liyana ketika dia memberikan pembentangan.. dia bercakap dengan penuh keyakinan.. siapa sangka gadis yang manis, sopan dan kurang bercakap seperti Liyana bila melakukan pembentangan kelihatan seperti seorang yang professional.. jadi gementar pula aku dibuatnya.. serius aku cakap yang aku kalau hal macam buat pembentangan aku kurang sikit.. mungkin hasil kerja aku sangat bagus tapi untuk pembentangan perlu banyak yang harus diperbaiki..

aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskan nafas.. ingin aku kurangkan rasa gementar aku.. takut bila bercakap nanti suara terketar-ketar.. bagaimana lah keadaan Shahir sekarang ni ye? tiba-tiba sahaja aku terfikirkan tentang Shahir.. aku harap dia buat dengan sebaik-baiknya..

giliran aku sudah tiba.. aku berdiri menghadap ke arah pensyarah aku.. sekali lagi aku menarik nafas yang agak dalam.. lalu aku pun memulakan pembentangan aku.. cakap dan terus bercakap.. cakap tanpa berhenti sekali pun.. orang lain hanya mendengar apa yang aku sampaikan dengan teliti.. entah dari mana aku mendapatkan keyakinan ini.. tiba-tiba sahaja aku berasa cukup selesa untuk berkata-kata.. sempat juga aku menjelimg ke arah Liyana.. dia hanya tersenyum-senyum.. aku tahu yang dia mahu memberi sokongan kepada aku..

"kau nampak hebat tadi.." kata Liyana kepada aku selepas semua pembentangan selesai..

aku hanya tersenyum..

"serius aku cakap.. mesti kali ni kau dapat markah tinggi punya lah.." kata Liyana lagi..

"thanks a lot.. biasa-biasa je.. hehe.. kau pun apa kurangnye.." aku cuba merendah diri..

"by the way, aku nak minta tolong sesuatu sikit, boleh?"

"tolong apa?"

"tolong berikan sesuatu kat Shahir.." Liyana mengeluarkan sesuatu dari begnya..

aku memandang benda apa kah itu.. ada dua anak patung beruang.. kedua-keduanya seperti hasil kraftangan seseorang.. pada bahagian badan beruang itu tertulis huruf 'S' dan yang satu lagi huruf 'L'..

"comelnye.. kau buat sendiri ke Yana?" puji aku.. memang betul patung beruang tu comel.. tak sangka pula Liyana tahu buat benda macam ni..

"ha ah.. aku buat sendiri.. Shahir yang suruh.."

"really? so, kau nak aku berikan patung ni kat dia lah?" tanya aku..

"ha ah.. patung yang ada huruf 'L' tu lah.. yang ada huruf 'S' tu Yana yang simpan.. hehe.."

tiba-tiba sahaja muka Liyana jadi merah.. baru aku faham kenapa.. jadi, patung ni jadi simbol hubungan mereka lah kot.. hmm.. memang macam tu lah kot..

"okay.. tapi apasal Yana tak beri sendiri je?" tanya aku lagi..

"lepas ni Yana nak terus pergi bandar.. tak sempat nak jumpa dengan Shahir.. kau roommate dia boleh lah tolong sampaikan.. terima kasih ye.."

aku hanya tersenyum.. tak lama selepas itu Liyana pun berdar dari studio.. aku memandang ke arah anak patung beruang di tangan aku..

untuk seketika aku bermonolog, "aku rasa yang aku patut lupakan Shahir lah.. dia bukan milik aku.. tak ingin aku nak rosakkan hubungan orang lain.. memang betul kata Saiful.. jangan mengharap sesuatu yang sudah pasti aku tidak akan dapat..."

aku terdiam sambil memandang ke arah patung beruang yang tertulis huruf 'L' tu.. agak lama aku termenung.. mungkin pada saat ini aku patut sedar akan hakikat yang sebenar.. Shahir harus aku lupakan..

jujur aku kata yang aku berasa keberatan untuk memberikan hadiah Liyana kepada Shahir.. hadiah tanda hubungan mereka.. tapi apa boleh buat.. Shahir milik Liyana.. aku patut sedar akan hakikat itu..

perlahan-lahan aku beredar dari studio.. aku menuju ke arah studio Shahir untuk mencarinya namun langsung aku tidak nampak susuk tubuhnya.. aku mula hairan.. biasanya Shahir akan tunggu aku untuk balik ke kolej kediaman bersama-sama.. mungkin dia sudah pun balik sebab ada hal penting.. tapi kebiasaanya dia akan hantar sms kat aku dulu untuk memberi tahu dulu.. hmm.. atau mungkin dia pergi ke tempat lain..

ah! biarkan je lah.. tahu lah dia nak pergi ke mana.. bukannya jauh sangat pun kolej kediaman dengan studio.. suka hati dia lah nak pergi ke mana.. aku pun rasa nak balik ke bilik.. badan rasa letih.. semalam tidur lewat.. aku rasa mengatuk.. nak ganti balik waktu tidur yang tidak cukup semalam..

aku menuju ke bilik aku yang berada ditingkat tiga.. tak sabar rasanya nak merebahkan badan di atas tilam.. mesti tidur mati lah aku lepas ni.. mungkin juga sekarang ni Shahir sudah pun melelapkan mata.. sebab tu lah kot dia balik awal sebab nak terus tidur.. hmm.. rasanya macam tu lah..

setibanya aku berada di depan pintu, aku dapati pintu masih lagi terkunci..

"eh? takde orang ke?" aku mula tertanya-tanya..

ke mana pula Shahir ni? pintu masih berkunci, jadi dia pergi ke tempat lain lah kot.. hmm.. biarkan je lah.. adalah hal yang dia nak buat.. sekarang ni aku hanya fikir untuk sambung tidur je.. anak patung beruang Liyana tu nanti-nanti lah aku beri.. rasa nak tidur dulu..

namun, tatkala aku hendak membuka kunci pintu bilik, tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu.. seperti bunyi orang sedang bercakap.. dan bunyi itu datang dari dalam bilik..

aku mula curiga.. siapa pula yang berada kat dalam bilik? kalau bukan Shahir siapa pula?? jangan-jangan?

lantas aku cuba untuk melihat siapa yang berada di dalam bilik melalui tingkap.. aku takut ada orang yang tidak dikehendaki telah menceroboh masuk.. baru-baru ni pun aku selalu dengar banyak kes curi berlaku.. harap-harap tidak begitu..

melalui tingkap, pandangan aku dihalang oleh langsir menyebabkan aku sukar untuk mengenal pasti orang di dalam.. nasib baik tingkap itu tidak di tutup rapat, aku buka sedikit lalu aku selak langsir itu sedikit..

aku cuba perhatikan.. kelihatan dua susuk tubuh manusia di dalam bilik.. kedua-duanya lelaki.. namun pandangan aku kabur kerana tidak dapat melihat wajah mereka.. aku selak sedikit lagi langsir tingkap untuk pandangan yang lebih luas..

hal mengejutkan berlaku, tiba-tiba sahaja aku melihat kedua-dua lelaki itu terus berpelukkan.. mereka bercumbu.. dan pada saat itu, aku dapat melihat wajah salah seorang daripada mereka.. jantung aku berdegup kencang.. seperti wajah yang aku cukup kenali.. tapi itu tidak mungkin.. sekali lagi aku cuba perhatikan.. dan orang itu memang tidak salah lagi adalah...

"Shahir!!"

untuk sekatika, aku dapat rasakan hati aku seperti jatuh berkecai...










Thursday 21 June 2012

basah





semalam aku bermimpi basah..

dan untuk kali pertama aku bermimpi yang aku 'main' dengan lelaki.. XD

dah lama bertahun rasanya aku tak bermimpi basah..

tapi...

jujur aku kata, pun begitu, aku tidak lah begitu teruja sangat..

mimpi yang senang je aku lupakan..

tak begitu melekat di minda..

mungkin sebab aku ada baca satu novel PLU online,
buat aku terbawa-bawa bermimpi..

novel tu seriously bawa banyak kejutan untuk aku..

aku mengeleng-gelengkan kepala sambil membaca...

otak berkata, "ish.. ish.. ish.."

tapi, aku still baca juga.. XD

biasalah.. orang baru nak expose..

hati ini still ada 'kesuciannya'..

biar pun usia sudah meningkat dewasa...




then, hari ni entah kenapa semua orang cakap tentang tu..

abang long dan abang hensem asyik sebut tentang mimpi basah je..

sebab, my friend ada pinjam seluar abang hensem,

takut-takut ada tompokan air mani, kata abang long..

aku just tersenyum-senyum..

sebab semalam aku ada bermimpi basah.. XD





Wednesday 20 June 2012

Euthanasia



ni bukan kucing2 yg tgh tidur, tp telah dikenakan euthanasia




aku pernah ada cerita yang dulu aku pernah buat dokumentari tentang nasib kucing dan anjing liar di Malaysia.. tajuk dokumentari ialah 'Vagabonds', hasil daripada idea aku sendiri.. waktu first time dapat idea tu, aku langsung tak terfikir bahawa hal ini sebenarnya lebih serius daripada apa yang kita jangkakan.. aku memang teruja sangat untuk buat dokumentari ini.. pergi ke mana-mana sahaja aku akan membawa kamera untuk merakam kehidupan kucing-kucing dan anjing-anjing liar di Malaysia.. sampai aku tak sengaja masuk ke dalam pasar babi.. haha.. (aku ada cerita dalam post Gay and Pig)...

btw, kebanyakkan orang agak naif tentang satu perkara.. aku nak cerita mengenai pusat perlindungan haiwan.. kadang-kadang kita fikir pusat sebegini adalah bertujuan untuk menyelamatkan haiwan-haiwan terbiar ataupun didera.. kadang-kadang, kalau kita terlihat seekor kucing, misalnya anak kucing yang telah kehilangan 'parent', then kita fikir untuk menghantar anak kucing tu ke tempat pusat perlindungan haiwan, dengan harapan agar kucing tu terselamat.. tapi memang betul kah kucing tu akan selamat??

pernah tak korang dengar perkataan 'euthanasia'? kalau tak tahu, euthanasia is a practice of intentionally ending a life in order to relieve pain and suffering.. dengan kata lain memang berniat untuk membunuh, atas alasan tertentu.. euthanasia biasanya dilakukan oleh pusat perlindungan haiwan.. jika pusat perlindungan itu sudah penuh, binatang-binatang kat dalam tu akan di bunuh melalui kaedah euthanasia.. jadi kalau kita fikir dengan menghantar haiwan ke pusat perlindungan ini binatang itu akan selamat, boleh jadi binatang itu akan 'dibunuh' sendiri oleh pusat perlindungan..

i think you all perlu tengok video ni then baru korang akan faham...





satu je aku nak cakap, kalau korang nak bela kucing, dont buy it from the pet shop, but adopt it..


kalau korang pernah pergi ke pusat perlindungan haiwan korang akan dapat rasakan macam mana kucing-kucing tu mahu korang 'selamatkan' mereka.. dari mata kucing tu korang akan dapat rasakan seperti mereka mahu berkata, "please... adopt me..".. seriously, aku rasa macam nak menangis je...

kalau mereka tidak 'diambil', kucing-kucing tu akan 'dibunuh'..







A Letter from a Shelter Manager - anonymous


I think our society needs a huge "Wake-up" call. As a shelter manager, I am going to share a little insight with you all...a view from the inside if you will.



First off, all of you breeders/sellers should be made to work in the "back" of an animal shelter for just one day. Maybe if you saw the life drain from a few sad, lost, confused eyes, you would change your mind about breeding and selling to people you don't even know.


That puppy you just sold will most likely end up in my shelter when it's not a cute little puppy anymore. So how would you feel if you knew that there's about a 90% chance that dog will never walk out of the shelter it is going to be dumped at? Purebred or not! About 50% of all of the dogs that are "owner surrenders" or "strays", that come into my shelter are purebred dogs.

The most common excuses I hear are; "We are moving and we can't take our dog (or cat)." Really? Where are you moving too that doesn't allow pets? Or they say "The dog got bigger than we thought it would". How big did you think a German Shepherd would get? "We don't have time for her". Really? I work a 10-12 hour day and still have time for my 6 dogs! "She's tearing up our yard". How about making her a part of your family? They always tell me "We just don't want to have to stress about finding a place for her we know she'll get adopted, she's a good dog".

Odds are your pet won't get adopted & how stressful do you think being in a shelter is? Well, let me tell you, your pet has 72 hours to find a new family from the moment you drop it off. Sometimes a little longer if the shelter isn't full and your dog manages to stay completely healthy. If it sniffles, it dies. Your pet will be confined to a small run/kennel in a room with about 25 other barking or crying animals. It will have to relieve itself where it eats and sleeps. It will be depressed and it will cry constantly for the family that abandoned it. If your pet is lucky, I will have enough volunteers in that day to take him/her for a walk. If I don't, your pet won't get any attention besides having a bowl of food slid under the kennel door and the waste sprayed out of its pen with a high-powered hose. If your dog is big, black or any of the "Bully" breeds (pit bull, rottie, mastiff, etc) it was pretty much dead when you walked it through the front door.

Those dogs just don't get adopted. It doesn't matter how 'sweet' or 'well behaved' they are.

If your dog doesn't get adopted within its 72 hours and the shelter is full, it will be destroyed. If the shelter isn't full and your dog is good enough, and of a desirable enough breed it may get a stay of execution, but not for long . Most dogs get very kennel protective after about a week and are destroyed for showing aggression. Even the sweetest dogs will turn in this environment. If your pet makes it over all of those hurdles chances are it will get kennel cough or an upper respiratory infection and will be destroyed because shelters just don't have the funds to pay for even a $100 treatment.

Here's a little euthanasia 101 for those of you that have never witnessed a perfectly healthy, scared animal being "put-down".

First, your pet will be taken from its kennel on a leash. They always look like they think they are going for a walk happy, wagging their tails. Until they get to "The Room", every one of them freaks out and puts on the brakes when we get to the door. It must smell like death or they can feel the sad souls that are left in there, it's strange, but it happens with every one of them. Your dog or cat will be restrained, held down by 1 or 2 vet techs depending on the size and how freaked out they are. Then a euthanasia tech or a vet will start the process. They will find a vein in the front leg and inject a lethal dose of the "pink stuff". Hopefully your pet doesn't panic from being restrained and jerk. I've seen the needles tear out of a leg and been covered with the resulting blood and been deafened by the yelps and screams. They all don't just "go to sleep", sometimes they spasm for a while, gasp for air and defecate on themselves.

When it all ends, your pets corpse will be stacked like firewood in a large freezer in the back with all of the other animals that were killed waiting to be picked up like garbage. What happens next? Cremated? Taken to the dump? Rendered into pet food? You'll never know and it probably won't even cross your mind. It was just an animal and you can always buy another one, right?

I hope that those of you that have read this are bawling your eyes out and can't get the pictures out of your head I deal with everyday on the way home from work.

I hate my job, I hate that it exists & I hate that it will always be there unless you people make some changes and realize that the lives you are affecting go much farther than the pets you dump at a shelter.

Between 9 and 11 MILLION animals die every year in shelters and only you can stop it. I do my best to save every life I can but rescues are always full, and there are more animals coming in everyday than there are homes.

My point to all of this DON'T BREED OR BUY WHILE SHELTER PETS DIE!

Hate me if you want to. The truth hurts and reality is what it is. I just hope I maybe changed one persons mind about breeding their dog, taking their loving pet to a shelter, or buying a dog. I hope that someone will walk into my shelter and say "I saw this and it made me want to adopt". THAT WOULD MAKE IT WORTH IT.

~ UNKNOWN AUTHOR







Monday 18 June 2012

Falling Heart







"... dan aku mula rasakan yang hati aku mula gugur..
perasaan ini agak aneh.. ia menghantui aku..

cemburu...

mungkin aku cemburu..."




-Fahri-






Sunday 17 June 2012

Jalan-jalan

















Seksualiti Merdeka






baru-baru ni aku mendapat tahu daripada seseorang yang blog aku telah dibaca oleh pengasas kepada NGO Seksualiti Merdeka.. dan lagi, pengasas tu sendiri yang post sesuatu tentang blog aku kat group FB mereka.. seriously, aku curious nak tahu yang dia post apa sebenarnya tentang blog aku kat group FB tu.. patut lah aku rasa lain macam je.. ada satu hari aku menyedari akan banyak kunjungan visitors melalui link kat FB.. then aku sedar yang ada seseorang telah post link blog aku kat FB.. tapi aku tak tahu siapa orang tu.. aku nak siasat tapi tak boleh.. then akhirnya aku mengetahui daripada seorang pembaca blog ini.. 

korang nak tahu apa yang aku fikirkan sekarang?? 

aku rasa yang blog aku ni dah macam blog LGBT.. blog tempat orang nak menegakkan hak golongan LGBT.. aku define blog LGBT beza dengan blog PLU macam tu lah, yang mana blog PLU just cerita tentang kehidupan mereka je, tempat meluahkan perasaan.. bagi aku blog aku ni lebih kepada tempat aku berkongsi pendapat mengenai isu golongan PLU macam dalam post Gay & Senses, Gay & Pig dan yang lain-lain.. malah terkini Unspeakable Love dari part 1 ke 3 adalah medium aku untuk menyampaikan mesej tentang satu perkara, yang mana aku berubah cara penyampaian melalui tulisan pendapat ke arah penceritaan bagi menyampaikan mesej.. 

seriously, aku tertanya-tanya apakah yang dipost oleh pengasas Seksualiti Merdeka tentang blog aku dalam group FB mereka..