Monday 20 August 2012

Bila Gay Meninggal Dunia








hari ni sudah masuk raya kedua... aku memang tak beraya, kat dalam kelas dengar lecture je.. untunglah korang syok beraya dengan member-member.. aku dah mula start sibuk nak siapkan segala assignment yang berlambak aku tangguhkan.. tu lah cara aku celebrate raya tahun ni.. makan untuk hari ni pun makan mee segera MAMEE yang harga dalam RM3 lebih sebungkus.. untuk tengah hari makan mee segera, makan malam pun mee segera.. alasannya, elakkan mengantuk jika kekenyangan.. tak leh nak buat assignment..

untuk raya kedua ni juga aku mendapat satu berita mengenai orang meninggal pada pagi tadi.. aku tak kenal lah siapa orang tu.. tapi one of my FB friend yang post kata lelaki tu dah meninggal.. kawan FB aku ni PLU, dan rata-rata kawan-kawan dia pun PLU gak.. sebab bila aku skodeng profile lelaki hensem kat FB mesti ada mutual friend dengan dia... dan senang cakap lelaki yang meninggal tu pun PLU juga lah kot.. aku tak nak lah mahu menuduh, tapi mengikut firasat aku lah kata begitu...

bila aku dapat tahu orang meninggal, suddenly aku berasa takut.. maksud aku, bila seorang PLU tu meninggal secara tidak langsung turut mempunyai kaitan dengan aku gak.. suatu hari nanti aku yang songsang ni pun mesti akan meninggal gak.. sebab kita kadang-kadang berasa diri kita berdosa sebab ada perasaan songsang ni, so bila dah 'tiada' di dunia, macam mana lah nasib kita?? kita tertanya-tanya lah sama ada kita ada buat banyak salah di dunia ni.. semuanya membuatkan aku menjadi takut kalau-kalau aku dah terlalu extreme buat sesuatu yang dimurkai-Nya.. macam mana lah aku nak menghadapi di 'dunia yang seterusnya'?

so far aku rasa aku still okay-okay.. tak lah buat sesuatu yang terlalu extreme macam tu.. songsang tu memang songsang juga lah tapi still tak buat aktiviti songsang lagi.. tapi recently aku rasa yang aku dah mula nak buat benda-benda pelik yang lain.. aku dah tak innocent macam dulu lagi.. dah semakin polluted dah.. rasanya bila semakin dewasa ni rasa macam semakin tercemar je... tiba-tiba je aku ada terfikir macam nak try buat seks macam tu lah.. oh tidak.. sekali dah buat, memang susah kot nak berhenti.. kebanyakkan orang akan mula ketagih.. macam tu lah ketika pertama kali tengok blue film, macam susah nak stop daripada tengok benda tu..

tapi bila aku dengar mengenai lelaki meninggal dunia tu, aku rasa yang aku mula buat refleksi diri semula.. fikir mengenai apa yang aku telah lakukan dan mungkin bakal aku buat.. fikir kesan dan akibat.. di saat aku merasakan yang Allah still protect aku, tapi aku still macam nak buat apa yang aku rasa nak buat.. dan kerana itu aku takut untuk melihat masa depan.. takut-takut aku semakin tersesat dalam kehidupan aku...





Tuesday 7 August 2012

The First Date







cuba tengok video kat atas ni... aku rasa lelaki dalam video tu sangat comel.. hehe.. aku dah tengok semua video yang dia punya.. memang dia di mata aku nampak sangat comel.. dia pelajar kat UiTM, ambil course dalam sesuatu yang berkaitan perfileman lah kot.. nama dia Akwa Arifin.. kat FB pun guna nama Akwa Arifin gak.. aku nak add dia tapi tak leh.. kena subscribe je.. aku pun tak suka nak subscribe FB orang.. lebih-lebih lagi nak subscribe FB orang lelaki.. sebab antara ciri-ciri PLU kat FB adalah orang yang suka subscribe profile lelaki.. dan aku yang tak suka nak kelihatan 'PLU', so aku tak nak subscribe siapa-siapa.. 

by the way, kalau korang nak tahu, dia ni mengingatkan aku akan my first date lah.. rupa dia adalah sikit serupa dengan lelaki yang keluar date dengan aku dulu.. sekali je aku pernah date dengan orang.. haha.. sebelum aku fly gi Australia, aku secara rasminya telah keluar berjalan-jalan dengan  seorang lelaki.. tapi niat bukannya nak bercinta.. just nak kenal-kenal je.. actually, dia lah lelaki yang aku pernah cerita dalam 'My Unofficial Blind Date' dulu.. jumpa kat PR.. dia suka aku.. pada pertama kali kami berjumpa bila unofficial blind date dulu pun dia dah jatuh hati kat aku... tapi aku anggap dia biasa-biasa je.. sebab aku tak rasa ada perasaan 'cinta' lah.. time tu pun aku tak rasa nak bercinta pun.. so, before aku fly, dia request untuk berjumpa lagi.. aku setuju.. aku nak dia tahu sikap aku macam mana.. sebab waktu first berjumpa dulu kita orang just berjumpa kurang dari setengah jam.. mustahil lah untuk dia nak kenal aku untuk tempoh tu.. tapi bila dah berjumpa secara rasmi, aku tak sangka pula dia semakin jatuh hati kat aku.. jadi pening juga lah.. sebab aku nak tunjuk kat dia yang aku ni tak lah bagus sangat, sepatutnye dia tak harus jatuh hati kat aku lah.. entah.. sebab aku ni macam tak nak percaya je bila ada orang suka aku.. why you like me? why you like me? sebab aku rasa orang tak patut suka kat aku lah kot.. rasa macam tak nak percaya je orang boleh suka kat aku.. lebih-lebih lagi bila baru-baru nak kenal.. 

apa yang aku nak sampaikan adalah mengenai pengalaman buat pertama kali.. my first date adalah dengan lelaki.. (cis! tak guna.. my first dengan lelaki!! OMG!!) aku rasa aku tak akan dapat lupakan lelaki tu sebab dia adalah date pertama aku.. walaupun hakikatnya aku tak ada hati dengan dia.. sebab dia lah memulakan satu pengalaman baru dalam hidup aku.. pada pertama kali aku disukai oleh orang lain.. i mean disukai oleh lelaki lah.. haha.. sebab aku begitu naif mengenai cinta.. terasa agak janggal lah.. 

kadang-kadang ada orang kita tidak dapat nak lupakan sebab mereka lah permulaan satu pengalaman.. mungkin pengalaman pertama kali kita bercumbu..the first kiss.. orang yang first buat seks dengan kita (aku tak pernah buat lagi ye wahai pembaca sekalian..).. dan macam kes ni, orang yang pertama kali keluar date dengan kita.. our first love, memang susah kot nak lupakan.. aku still ingat lagi dengan lelaki yang first aku suka waktu zaman sekolah dulu.. semuanya adalah satu permulaan dalam sejarah kehidupan kita.. yang pertama akan sentiasa melekat di hati.. 

aku still ingat lagi my first kiss dengan lelaki.. haha.. amboi.. 

tapi, jangan salah faham ye, my teacher yang suruh aku cium lelaki.. tapi kat dahi je.. waktu kat sekolah dulu aku ni jadi Pembimbing Rakan Sebaya, PRS lah kononnye.. so, my guru kaunserling suruh kami anak-anak didik dia untuk cium antara satu sama lain.. lelaki dengan lelaki lah.. perempuan dengan perempuan.. my teacher kata supaya akan tercipta satu ingatan dalam minda kita, kata orang ni lah yang kita cium dulu.. haha.. then, aku perlu cium kawan lelaki aku lah.. bila diri dah songsang, tak pernah cium orang, dah tu kena suruh cium dengan lelaki pula tu, mesti lah rasa agak janggal.. walaupun cium dengan kawan-kawan sendiri, tanpa ada perasaan suka, tapi bila dah gay tu, nafsu tu sedikit sebanyak memang ada lah.. gementar lah juga.. sambil tutup mata, aku pun cium dahi kawan lelaki aku.. then, tercatat lah satu ingatan.. dia lah lelaki yang aku cium buat pertama kali.. haha.. biar pun kat dahi je...













#eh.. ter-update lagi.. kata nak berehat dari menulis blog.. haha..