Thursday 19 June 2014

Architecture

beberapa hari lepas ada yang chat dengan aku kat FB.. berbual and berbual, then ada sebut pasal architecture sikit, sebab aku kan belajar architecture.. and then dia tanya, architecture ni lebih focus pada rupa dan estetik, bukan pada how we are going to build it lah kan? hurmm.. sebenarnya benda ni ada betul ada tak juga.. sebab architect buat design, yang buat bukan architect sebenarnya.. ingat lagi dengan ayat seorang pakcik ni, dia cakap lah.. ayat dia best kot..


"architect's dream is engineer's nightmare.."


(angan-angan seorang arkitek, adalah mimpi buruk seorang jurutera..)

hahahaha

kenapa pula macam tu ek? sebab architect kan yang buat design bangunan.. kadang-kadang architect ni buat design pelik-pelik.. so, kalau kita nak 'merealisasikan' design yang 'pelik-pelik' tu kadang jadi masalah juga sebenarnya.. and yang nak 'merealisasikan' 'impian' design seorang architect ni adalah engineer/builders.. so, engineers lah yang stress nak fikir macam mana nak merealisasikan 'idea design pelik-pelik' architect tu.. tapi sebenarnya architect ni kalau mereka nak design something tak leh lah nak over sangat sampai macam tak logik tak ikut hukum-hakam fizik.. sebab tu dalam nak study 'architecture' ada lah belajar sikit-sikit pasal construction.. aku tak sure lah uni kat Malaysia macam mana.. but berdasarkan apa yang aku dengar lah, uni kat Malaysia mostly focus pada design je.. kurang sikit bab construction.. tapi kalau kat uni aku, bab-bab nak belajar hal construction ni macam agak detail juga lah.. and ia adalah jadi course yang aku kurang suka.. aku tak suka nak belajar pasal hal-hal construction ni..

so, senang cakap, seorang arkitek tu kena tahu juga pasal bab-bab 'bagaimana nak buat bangunan' or construction, tapi dorang tak perlu nak tahu secara detail sangat..

okay, berbalik kepada soalan di atas.. architect ni just focus pada rupa or estetik je ke, or tak ambil tahu sangat pasal bagaimana nak buat design mereka tu.. aku balas macam ni, sebenarnya benda ni bergantung pada prinsip seorang architect tu sendiri.. actually, tak semua architect nak pentingkan sangat pasal rupa or estetik.. bergantung pada permahaman 'mazhab' juga sebenarnya.. sebab dalam architecture pun ada pelbagai 'mazhab'.. ada yang percaya 'estetik' tu penting, ada yang kata tak penting.. but maksud 'rupa or estetik' ni sangat subjektif.. apa pandangan ko pasal 'rupa or estetik' dalam architecture? adakah ko maksudkan ia ada banyak hiasan or just simple je?

tapi apa yang membezakan mengenai itu architecture dengan benda lain juga sebenarnya pada 'rupa'.. ada seorang architect ni cakap, aku tak ingat nama architect tu siapa.. tapi ayat dia lebih kurang macam ni... apa itu dimaksudkan dengan architecture?

'bila kita lihat bangunan tu, kita dapat merasakan 'soul', bila seni diadaptasikan padanya, maka itu lah architecture..'

so, maksudnya, apa-apa pun architecture memang ada kaitan dengan 'rupa/estetik' juga.. ada beza design yang dicipta oleh seorang engineer dengan seorang architect.. sebenarnya engineer boleh je design bangunan sendiri.. tapi apa beza design yang dicipta oleh engineer dengan architect? aku beri contoh gambar di bawah..







okay.. dalam picture ni contoh design jambatan.. hahaha.. ada dua jambatan.. gambar di atas, tu design oleh seorang engineer.. memang basic je.. kita tengok macam jambatan kat Pulau Pinang tu... very simple je lah kan.. but kalau architect yang design jambatan, contohnya kan jadi macam gambar kat bawah lah.. ada lengkung-lengkung sikit.. so, nampak tak bezanya? architect ni akan bermain dengan geometri semua.. bentuk-bentuk.. tapi kalau engineer hanya akan design berdasarkan hukum-hukum fizik semua.. sebab tu lah ada ayat,

"architect's dream is engineer's nightmare.."

sebab architect kadang-kadang suka design pelik-pelik.. so, nak me'logik'kan design seorang architect tu, dorang macam kena ada minta nasihat pada seorang engineer juga.. sebab engineer ni lagi pakar dalam bab sama ada benda tu boleh dibuat or tak.. tapi, kebiasaanya engineer yang kena fikir bagaimana nak merealisasikan design seorang architect tu.. kalau design tu pelik sangat, lagi lah pening engineer nak fikir.. sebab tu dalam kebanyakkan kes, architect tu sendiri kena tahu juga lah pasal design dorang tu masuk akal ke tak masuk akal.. tapi sesetengah kes, architect tu tetap berkeras gak.. kata, aku nak bentuk dia macam ni juga.. aku tak kira, aku nak macam ni juga.. so, ko engineer kena fikir lah bagaimana nak buat solusinya..


Designed by an Engineer







yang dua ni pula designed oleh architect, Zaha Hadid


so, berbalik kepada apa yang aku dah cakapkan.. semuanya bergantung pada prinsip seorang architect tu.. ada yang suka nak design over-over.. ada yang nak simple-simple je.. ada yang design actually takde lah focus pada 'rupa' sangat, tapi benda lain.. sebab tu dalam architecture ada pelbagai jenis 'mazhab' gak.. school of thought. atau kita panggil sebagai 'movement'..

macam aku cakap juga lah, ada beza antara engineer dengan achitect ni.. architect ni bukan just hanya focus pasal design sesuatu bangunan tu je.. but banyak berkait dengan aspek-aspek luaran seperti budaya dan sosial.. so, bagaimana mereka nak menterjemahkan pendapat mereka, kita boleh lihat dengan apa yang mereka telah designed.

actually, benda ni dah lama dah aku plan buat satu entri.. tapi tak buat-buat juga.. aku nak sentuh tentang jenis-jenis architecture dalam zaman modern.. atau aku boleh kata jenis-jenis 'mazhab' lah sebab setiap architect tu ada pendapat mereka sendiri.. tapi kalau kita nak tahu pasal 'modern' ni kan, actually kita kena faham dengan maksud 'modern' itu sendiri..

kalau aku, aku membahagikan architecture ni dalam empat bahagian..

1. Classical
2. Post-Classical
3. Modern
4. Post-Modern


apa itu classical architecture? dah nama klasik, so maksudnya architecture pada zaman-zaman lama lah.. aku beri contoh macam gothic, baroque, renaissance, moorish, mughal, ottoman, roman and macam-macam lagi..

apa itu post-classical architecture pula? benda ni pula bermaksud architecture yang lama-lama itu telah dihidupkan semula.. maksudnya macam architecture tamadun kuno mesir.. benda tu dah wujud lama dah.. tapi ada architect ni cuba menghidupkan balik architecture lama.. so, disebabkan architect ni bukan lah architect yang hidup di zaman architecture itu diperkenalkan, maka walaupun dorang nak tiru gaya classic yang lama, tapi akan ada 'benda baru' yang dorang akan add sekali.. kebiasaanya akan ada perkataan seperti 'neo', 'revival'.. misalnya macam neo-baroque or gothic revival..

kalau nak faham, aku beri contoh dua gambar bawah ni..



Lincoln Cathedral
type : Gothic
year built : 1185-1311




Palace of Westminster
type : Gothic revival
year built : 1840-1870



Gothic architecture ni dah lama wujud.. sekitar tahun 1100 macam tu dah ada.. tapi kalau ikut sejarah, gothic architecture ni mula jadi kurang popular tak lama selepas itu.. mula muncul pula architecture yang baru iaitu renaissance architecture.. lepas renaissance pula, mula muncul baroque architecture.. but then, pada tahun 1700-1800 kebiasaanya orang mula nak hidupkan balik architecture yang lama-lama.. so, ada lah yang mula hidupkan gothic architecture.. seperti contoh di atas, Palace of Westminster.. pun begitu, disebabkan pada masa ini, (around tahun 1800) orang-orang dah terdedah dengan idea baru, so maksudnya walaupun dorang nak buat ala gothic architecture, tapi akan ada kelainan daripada gothic architecture yang 'original' punya.. 

dan contoh yang seterusnya adalah kat bawah ni..



type : Mughal




type : Mughal revival



contoh seterusnya..







untuk penjelasan kepada Sunway Pyramid Shopping Mall ni, sebenarnya kategori architecture untuk bangunan ni adalah sebahagian daripada Egyptian revival architecture..




so, apa itu modern dan apa itu post-modern? sebelum kita nak faham yang ni, kita kena faham apa itu classical..

apa itu zaman Classic?

dari sudut falsafah, zaman klasik ni adalah zaman di mana manusia sangat dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti :

1. Agama
2. Budaya/adat
3. Alam semula jadi
4. Sejarah


maksudnya, pada zaman ini unsur-unsur di atas sangat mempengaruhi kehidupan manusia.. tidak kira lah dari segi architecture, kesenian, cara hidup mahu pun politik.. sebagai contohnya, zaman dahulu golongan agama sangat berpengaruh.. misalnya macam Pope ini lebih berkuasa dari pada raja-raja Eropah.. dari sudut Islam pula, dalam pentadbiran memang banyak dipengaruhi oleh agama.. dari segi kesenian pula, lukisan yang lama dulu banyak mempamerkan kisah-kisah keagamaan, budaya dan sejarah.. dan manusia pada zaman ini memang sangat mengikuti tradisi.. so, senang cakap, they always referring back to the history semua tu.. so, secara tidak langsung benda ni pun mempengaruhi architecture juga.. bukan itu sahaja, malah fine arts, music semua tu banyak dipengaruhi unsur-unsur seperti ini.. decoration semua berdasarkan unsur alam semula jadi dan geometri..

but, apa itu zaman modern pula?

zaman modern ni bermula pada penghujung tahun 1800an mcm tu.. dan mula popular pada tahun 1900an.. berbeza dengan zaman klasik yang kuat dipengaruhi oleh unsur keagamaan, budaya dan sejarah, manusia zaman modern pula kurang dipengaruhi oleh unsur-unsur sebegini.. mungkin aku nak cakap zaman modern ni dah macam agak Sekular sikit.. bukan kata dorang dah ignore unsur agama secara total lah, tapi kira macam agama tu benda lain.. kehidupan kita pula benda lain.. kalau dulu dari segi politik, raja or orang agama kira macam ada kuasa yang tinggi, but sekarang dah ada reformasi.. orang tak ikut lagi tradisi lama.. mula diperkenalkan lah sistem macam Raja Berpelembagaan semua tu.. or, orang gulingkan sistem beraja dan gantikan dengan sistem Presiden.. dan dari segi politik juga, unsur agama dan adat resam dalam politik tu dah mula nak kurang pengaruh..

orang pada zaman ini dah mula nak fikirkan tentang kemajuan, humanity, future, inovasi, new idea, individualism.. sudut kerohanian tu dah berkurangan sikit.. bukan nak kata orang zaman ni dah jadi atheist, macam aku cakap lah.. mungkin keadaan sudah jadi lebih Sekular.. bila sebut perkataan Sekular ni, dalam kalangan masyarakat Malaysia, ia membawa maksud yang negatif.. dalam konteks ni, aku tak rasa ia adalah benda yang negatif pun.. tapi korang kena faham maksud apa kat sini.. aku beri contoh, kalau nak buat masjid, wajib tak kalau buat masjid kena ada buat kubah, menara masjid semua tu? kalau kita buat benda tu semua, so, kita memang terikat dengan tradisi.. masjid kena ada kubah, kena ada menara.. so, orang zaman modern tak terikat dengan 'tradisi' ini semua.. they are not afraid to break the tradition.. suka hati dia lah kalau dia nak buat masjid tanpa ada kubah or kubah tu tak macam kubah kebiasaanya.. and benda tu tak salah pun kan? so, antara ciri-ciri zaman modern ni, mereka dah tak terikat dengan tradisi lah..

aku beri contoh sekular dari konteks yang aku maksudkan ini..

kalau kita buat masjid, dan masjid tu tak macam masjid yang tipikal, takde kubah semua.. and then decoration dalam masjid tu tak de hiasan seperti ayat-ayat khat al-quran semua.. just simple je, takde hiasan dengan ayat-ayat khat al-quran.. korang rasa benda ni salah tak?

aku beri contoh seperti kat bawah ni..




church yang 'berat' dengan dekorasi keagamaan








church yang hampir/tiada langsung dekorasi keagamaan








so, bagi aku kadang-kadang tak salah pun kalau kita tak nak terapkan unsur keagamaan dalam apa benda yang kita buat.. (bergantung pada situasi juga sebenarnya).. macam contoh di atas lah.. katakan lah untuk kes masjid, adakah salah kalau kita tak nak buat decoration yang islamic dalam masjid? but decoration tu benda-benda yang secular yang takde kaitan langsung dengan agama.. salah ke buat benda macam tu? kalau ditanya pendapat aku, benda tu tak salah pun..

so, apa benda yang secular dalam konteks modern ni lebih kurang macam ni lah.. kita tak terikat dengan tradisi, keagamaan dalam apa benda yang kita buat.. and actually benda tu tak salah pun.. (bergantung pada situasi juga sebenarnya).. so, kalau nak faham maksud apa benda 'modernism' antara ciri-cirinya adalah..

tiada pengaruh

1. agama
2. budaya/adat
3. sejarah/tradisi

but bila dikatakan tiada pengaruh agama tu, bukan sebab atheist ke benda tu.. macam contoh di atas lah.. actually kadang-kadang tak salah pun kalau kita tak dipengaruhi dengan benda-benda kerohanian dalam setiap keputusan yang kita buat.. sebab modernism ni lebih kepada the new idea.. tak ikut tradisi..


benda ni complicated nak cakap juga sebenarnya untuk nak faham apa benda itu 'modernism'? but dalam architecture, benda ni memang macam kena tahu juga lah sebab pengaruh nya ada dalam architecture...

tapi selepas zaman modern, ada pula zaman seterusnya.. apa benda?




Post-modernism..



apa benda post-modernism ni?

aku pernah update status kat FB dulu kata,

"actually kita sekarang bukan berada di zaman modern lagi dah.. tapi zaman 'selepas modern'..."

so, apa benda pula zaman 'post-modern' ni?

kalau modernism takde pengaruh keagamaan, budaya, tradisi semua tu, tapi post-modern pula manusia mula nak menghargai semula unsur-unsur semua ini.. dan berkata,

"actually tak salah pun kalau kita nak aplikasikan unsur-unsur ini dalam perkara yang kita buat.."

so, apa benda sebenarnya 'Post-modernism' ni??






to be continued.....