Tuesday 16 June 2015

Idris Khan








Pada minggu lepas aku ada chat dengan seorang my blog reader.. kita orang borak pasal ‘taste’.. so, my reader ni cakap kat aku yang dia suka dengan orang yang wajah macam cina.. then aku balas, minat dengan wajah ‘oriental’ lah? Sebab perkataan ‘oriental’ tu lagi sesuai.. kalau yang tak tahu, ‘oriental’ ni biasanya merujuk kepada orang-orang di Asia Timur seperti China, Taiwan, Korea, Jepun dan Mongolia.. Vietnam pun boleh diklasifikasikan sebagai ‘oriental’ juga.. so, dia pun cakap yang dia minat wajah oriental ni sebab dorang nampak comel.. then aku pun cakap, kalau waktu aku zaman sekolah menengah dulu, orang wajah oriental ni memang taste aku yang utama.. misalnya macam orang korea, di mata aku dulu tengok dorang nampak perfect sangat.. tapi sekarang dah lain.. aku lagi taste pada orang melayu lebih dari bangsa lain.. malah, kalau aku kat Aussie pun, mat salleh aku tak pandang sangat pun..

aku ada cakap lagi pada my blog reader tu, sekarang ni aku taste pada orang-orang yang ada jambang, janggut, misai.. sekarang ni pun aku tengah ‘bela’ misai aku, tak nak cukur, sekadar trim je guna trimmer.. teringin nak bela janggut tapi janggut aku tak lebat, tumbuh sikit-sikit je.. nak trim pun tak nampak apa.. jambang tu memang takde lah.. so, senang kata pada saat ni aku mudah tertarik pada lelaki yang ada memiliki kriteria begini.. tapi tak semestinya kalau ada janggut, misai or jambang memang sure aku akan minat.. tengok pada bagaimana rupa juga lah.. tapi kalau takde kriteria ni pun sebenarnya aku pun tak kisah.. just ianya sekadar macam satu ‘bonus’ yang menarik hati aku..

okay.. sekarang ni aku nak cakap pasal seorang artis lelaki yang aku baru kenal.. mungkin ada yang dah kenal kot.. nama dia Idris Khan.. sebelum ni dia ada ikut pertandingan Hero Remaja, batch Kamal Adli (kot).. then lepas tu dia mostly buat modelling.. Cuma sekarang ni baru nak mencuba dalam dunia lakonan.. kiranya dia ni boleh kata sebagai pelakon baru lah… memang masih baru sangat.. waktu aku first kenal pasal si Idris Khan ni, hati terus terpaut tertarik pada dia.. mungkin sebab dia ada kriteria seperti yang aku dah jelaskan di atas, berjambang, bermisai, berjanggut (facial hair lah), jadi terus minat kat dia.. so, dalam post ni aku nak introduce Idris Khan pada my blog readers, sebelum dia mula nak dikenali ramai setelah muncul pada kaca TV..

sebelum ni aku pernah tulis post pasal seorang artis lelaki baru bernama Hafidz Roshdi.. waktu aku buat post pasal Hafidz Roshdi, masih ramai yang tak kenal dia lagi.. mungkin aku lah antara orang pertama dalam internet yang tulis pasal Hafidz Roshdi.. then disebabkan itu, bila nama Hafidz Roshdi mula meningkat naik, blog aku mula penuh dengan ‘carian google’ orang ramai pasal Hafidz Roshdi.. banyak orang yang search kat google pasal Hafidz Roshdi then jumpa blog aku.. kiranya, dalam blog aku Hafidz Roshdi ni jadi ‘trending’.. untuk tiga bulan berturut-turut, ‘google search’ paling tinggi pada trafik blog aku adalah nama ‘Hafidz Roshdi’.. lepas dia muncul dalam drama ‘Baby Ana Milik Siapa’, mula ramai yang berkenan nak tahu pasal Hafidz Roshdi tu.. tiga bulan berturut-turut, blog aku trending pasal Hafidz Roshdi tu.. very months, google search paling tinggi kat blog aku adalah ‘Hafidz Roshdi’..

so, aku pun nak buat benda yang sama pada artis baru bernama Idris Khan ni.. for sure masih ramai yang tak kenal dia lagi.. tapi lepas ni bila dia mula muncul di kaca TV mula lah orang nak kenal.. yang pasti aku dah mula minat kat dia ni.. jarang aku nak minat pada seseorang artis sebenarnya.. lepas ni kot-kot dia mula jadi femes.. kita saksikan lah lakonannya di kaca TV nanti macam mana.. bakat lakonannya okay ke tak..








antara drama yang ada watak dia adalah,

Abang Sado Jemur Kain (slot Iriz, TV3, jam 6.30 petang)
Uda & Dara (adaptasi novel.. Slot Akasia? Tak tahu lagi bila..)
Abang Sado Ko Ado (teledrama pada bulan puasa ni..)
Puteri Gunung Ledang (di HyppTv)





















Monday 1 June 2015

Abang Bad, The Story - Part 2 -






Monday, 3/3 Summer

Kelas pertama untuk semester kali ni dah mula.. aku pergi ke kelas naik basikal.. pada hari ni kelas mula jam pukul 11 pagi.. aku bangun lewat sikit.. bangun je dari tidur nak pergi bilik mandi keadaan rumah sudah sunyi.. kedua-dua teman serumah aku, Rahman dan Badri awal-awal lagi dah pergi ke kelas..

Tidak ada apa-apa yang begitu penting yang berlaku di kelas pada hari ni.. ada beberapa kawan aku yang bertanyakan keadaan aku yang baru sahaja tinggal menyewa di luar universiti.. aku balas, untuk setakat ini tak ada masalah sangat pun.. Cuma mungkin masih terasa janggal untuk membiasakan diri dengan aktiviti harian yang kini berbeza berbanding dengan kehidupan aku di kolej kediaman pada tahun lepas.. kalau dulu boleh bangun lewat sikit.. tapi sekarang terpaksa bangun lebih awal untuk pergi ke kelas kerana jarak tempat tinggal aku yang kini lebih jauh berbanding dulu.. selesai kelas, aku mula berangkat pulang ke rumah..

Menjelang malam, seperti apa yang telah diberi tahu sebelum ini, ada giliran memasak.. tapi hari ni adalah giliran Rahman untuk memasak.. tak sabar pula nak merasakan masakan Rahman.. mesti sedap! Rahman sudah pun mula memasak sebelum kami mula menunaikan solat maghrib bersama-sama… kali ni Badri pula yang menjadi imam.. hurmm… boleh tahan juga lah abang Bad jadi imam.. tapi aku lagi suka dengan bacaan dari abang Man..

Selesai solat, ketiga-tiga kami mula berkumpul di dapur untuk menjamu selera dengan masakan Rahman.. menghidu bau sudah cukup menaikan selera.. rasa tak sabar pula untuk makan.. aku menolong Rahman untuk menyediakan hidangan yang masih lagi panas.. saje nak tunjuk sikap ringan tulang sikit.. aku kan masih lagi orang baru dalam rumah ni, kena lah tunjuk perangai yang baik sikit..

Makan malam telah pun tersedia, masing-masing mula mengambil tempat duduk di meja makan agak kecil yang berbentuk empat segi tepat.. Rahman duduk di sebelah kanan aku, manakala Badri duduk di hadapan aku.. rasa tak sabar untuk makan bila menghidu bau dari hidangan yang ada di depan mata.. aku biarkan dahulu kedua-dua mereka untuk mengambil dahulu hidangan yang tersedia.. setelah itu baru aku pula mengisikan pinggan aku dengan hidangan yang ada..

Aku makan dengan sudu.. satu suap ke mulut.. hmmm.. sedapnya! satu suap lagi.. hmmm.. memang sedap lah! Abang Man ni memang boleh tahan juga dalam bab memasak.. terleka seketika menikmati hidangan yang membuka selera aku sampai tak perasan ada mata yang memandang.. dengan renungan mata yang tajam, Badri yang fokus melihat aku.. tanpa menyedarinya, aku terus menikmati masakan dari abang Man itu..

Satu suap lagi ke mulut.. pada saat ini mula aku perasan yang Badri sedang merenung aku.. terasa pelik melihatnya yang tajam merenung aku, lalu aku berhenti dari makan..

“kau makan makan memang pakai sudu ke?” tiba-tiba Badri bersuara..

“ermmmm.. kenapa ye?” berkerut dahi aku bertanya balik..

“kalau dalam rumah pun kau memang makan pakai sudu ke? Tak pandai makan guna tangan?” tanya Badri lagi.. nada yang serius..

Aku tergamam.. tersentak dengan soalan dari Badri tu..

“biarkan je lah, Bad.. kalau dia nak pakai sudu, biar lah dia pakai..” kali ni Rahman pula yang bersuara..

Masih lagi tergamam, aku hanya berdiamkan diri.. lantas, aku letakkan sudu yang aku pegang ke atas pinggan aku..

“laaa.. aku tanya je.. kalau kau nak guna sudu, guna je lah..” kata Badri..

Masih berdiam diri, hati aku mula rasa tak kena.. tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan aku pada saat ini.. tanpa menjawab soalan Badri, aku mula meneruskan makan.. kali ni makan menggunakan tangan..

“tengok.. dah makan guna tangan.. kalau kau nak guna sudu, pakai je lah.. kalau kau rasa selesa macam tu.. aku sekadar bertanya.. tapi aku kalau kat rumah je, makan guna tangan je lah..” kata Badri lagi dengan wajah yang tersengih-sengih..

Diam.. aku hanya meneruskan makan.. dengan menggunakan tangan, aku suap makanan ke mulut aku…

“kau mesti jenis yang tak tetap pendirian kan? Tak begitu??” tanya Badri lagi sambil tersenyum sinis.. matanya memandang aku, tajam…



Tuesday, 3/3 Summer

Aku tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan aku tentang Badri.. seolah-olah banyak benda yang tak kena je.. seperti semalam, makan guna sudu pun boleh jadi satu isu.. walaupun dia kata yang dia tak ‘halang’ pun kalau aku nak makan guna sudu, tapi cara dia tu.. cara pertuturan, bahasa dan nada yang digunakan seperti tak berpuas hati dengan kelakuan aku.. nasib badan tinggal serumah dengan dia tu.. ingatkan bila dah dapat tinggal sebumbung dengan ‘crush’, boleh lah aku nak bergembira sikit.. tapi… rumah ini ada tiga orang.. kena lah terima hakikat yang aku telah tinggal sebumbung dengan Rahman dan juga Badri..

Berkenaan tentang Badri, aku bukannya benci dia tapi tapi ada satu benda yang buat aku rasa kurang berkenan dengan dia.. sejak kali pertama jumpa dengan dia pun memang timbul rasa macam tu.. kurangnya keserasian.. aku rasa macam tu lah.. apa-apa je lah.. masih tak sampai seminggu tinggal dalam rumah ni.. apa yang nak jadi lepas ni, kena hadap je lah..


+        +        +


Menjelang senja, bila aku pergi ke dapur aku lihat Badri sedang menyiapkan persediaan untuk memasak.. Nampak tekun je sampai tak perasaan dengan kehadiran aku.. hari ni memang giliran dia yang memasak untuk makan malam.. lalu terlintas dalam hati untuk menolong Badri menyiapkan bahan untuk memasak.. niat nak berbaik-baik dengan dia.. apa yang jadi selama ini, segala persepsi negatif aku pasal dia, tu semua tolak ke tepi.. kena terima hakikat sebab dah tinggal sebumbung.. kalau timbul rasa benci atau pun kurang senang, rasa tak bagus pula.. sebab dah tinggal sebumbung, kena lah berbaik dengan teman serumah..

“ermmm.. nak saya tolong apa-apa tak? Tolong macam… “ jeling, ada ayam di atas meja dapur.. “.. potong ayam ke misalnye?” tanya aku..

“eh.. tak pe.. aku boleh potong sendiri.. ermmm.. kau tolong masakkan nasi, boleh? Pandai ke tak masak nasi?” tanya Badri yang sibuk memotong bawang..

“kalau nasi, rasanye takde masalah..” jawap aku..

“rasanye?” Badri mula jeling aku..

“Boleh! Boleh! Saya pandai je masak nasi..” tegas aku..

“haaaa.. kalau pandai, kat sana ada periuk nasi..” tunjuk Badri. Dia menyambung memotong bawang.. setelah aku mengambil periuk nasi tersebut, dia mula memandang aku semula.. “beras tu jangan lupa nak bersihkan dulu.. basuh dengan air..”

“okay! Saya tahu..” getus aku..


+        +         +


Seperti biasa, setelah selesai solat manghrib bersama-sama dengan berimamkan Rahman, ketiga-tiga kami mula berkumpul di dapur untuk makan malam.. dari jauh sudah pun boleh terhidu bau yang menaikan selera.. Nampak gayanya malam ni aku dapat makan sesuatu yang sedap lagi.. rasa tak sabar pula nak makan masakan Badri, sama sedap seperti apa yang Rahman masak semalam ke tak..

Mula mengambil tempat duduk di meja makan, Badri mula meletakkan masakan yang dimasaknya di atas meja satu-persatu.. aku hanya duduk tertib sambil mataku memandang tingkah laku Badri.. bila kesemuanya telah terhidang, Badri mula mengambil tempat duduk untuk dirinya.. namun..

“lupa pula nak ambil nasi.. Ril, kau pergi ambil nasi yang kau masak tu..” arah Badri..

Aku pergi ambil periuk nasi lalu diletakkan di atas meja makan.. Badri hanya diam, merenung pada periuk nasi tersebut, kemudian merenung pada aku.. melihat kelakuannya itu, aku mula rasa ada sesuatu yang tak kena..

Ni mesti ada nak complaint sesuatu..

Aku duga begitu..

“berapa cawan beras kau guna?” Badri mula bertanya..

“ermmm.. sebab kita ada tiga orang, jadi saya guna tiga cawan.. “ balas aku..

“lain kali letak banyak sikit.. ni bukan portion aku.. orang macam aku makan nasi banyak sikit..” kata Badri lagi..

Aku terdiam.. dah agak dah.. mesti dia nak rungut sesuatu..

“sorry.. saya tak tahu..” aku mula bersuara..

Tanpa berkata apa-apa, lalu Badri mula bangun.. dia mula alihkan nasi dari periuk ke dalam satu mangkuk.. lalu dia berjalan pergi mengambil beras.. diisikan beras pada periuk nasi tersebut.. dah boleh agak, dia nak masak nasi yang baru..

Setelah kesemuanya tersedia, Badri mula menghidupkan suiz periuk nasi.. aku menundukkan wajah, namun mataku memerhatikan tingkah lakunya..

“korang berdua makan lah dulu ye.. aku nak masuk bilik jap..” kata Badri, lalu dia bergerak masuk menuju ke bilik..

Masih terdiam, aku hanya memerhatikannya pergi meninggalkan aku dengan Rahman.. makan hati aku dengan apa yang dah jadi.. memandang wajah aku, Rahman mula tersenyum nipis..

“jangan ambil hati sangat dengan perangai Badri tu.. dia memang macam tu.. jenis yang lepas, tak simpan-simpan apa yang dia rasakan.. kalau hati dia rasa ada yang dia tak puas hati, dia akan lepas kat mulut terus.. tak pendam dalam hati.. kalau kau faham dengan rentak perangai dia, kau akan faham yang dia tu sebenarnya okay je orangnya..” kata Rahman cuba memujuk hati aku..

Hanya terus membisu.. memandang pada wajah Rahman, aku mula tersenyum nipis.. lalu kedua-dua kami mula menjamah hidangan yang tersedia di atas meja..

Tapi…

Serius…

Aku makan hati sikit dengan apa yang dah terjadi tadi…



Wednesday, 3/3 Summer

Hari ni aku rasa sungguh berdebar-debar.. tiba giliran aku memasak pula hari ni.. waktu di dalam kelas, aku asyik terfikir-fikir apa benda lah yang aku nak masak dengan kemahiran memasak aku yang tak seberapa ini.. aku memang jarang memasak.. kalau aku memasak, hanya guna pes ataupun perencah yang telah segera dibuat.. memang tak boleh nak banding dengan masakan dari Rahman ataupun Badri.. mereka berdua memang sah pandai memasak.. sangat sedap pula.. jadi aku akan rasa lain macam sikit lah kalau aku masak tak sedap nanti..

Semalam aku ada lihat resepi dalam internet.. sebagai persediaan, kena lah aku bersedia untuk hari ini.. ada banyak resepi yang aku salin dalam buku catatan aku.. ingat lepas habis kelas nanti boleh lah pergi barang untuk dimasak.. tamat sahaja kelas dalam pukul 4 petang, bergegas aku mengayuh basikal menuju pasaraya berdekatan dengan flat tempat aku tinggal.. tak begitu jauh pun.. pasaraya itu memang dekat sangat dengan tempat kediaman aku.. selesai membuat pilihan barangan yang mahu dibeli, lalu aku pun segera balik untuk bersiap sedia memasak untuk makan malam..

Sampai di rumah, keadaan sangat sunyi.. hanya aku seorang je ada.. tertanya-tanya ke mana pula pergi yang lain.. mungkin ada lah mereka pergi berjalan-jalan ke tempat lain dulu.. meletakkan semua barang di dapur, aku pergi menunaikan solat Asar terlebih dahulu.. berehat sekejap di dalam bilik sebab masih awal lagi kalau nak masak.. menjelang hari menghampiri senja, aku pun mula bergegas pergi ke dapur untuk membuat persiapan memasak..

Potong bawang.. potong sayur… potong daging.. aku terleka sampai tak perasan yang Badri telah pun sampai ke rumah.. dia berdiri di satu sudut sambil memandang aku yang berada di dapur.. menyedari kehadiranya, aku hanya menjelingnya seketika lalu terus menumpukan kerja-kerja memotong..

“Rahman ada cakap yang dia balik lewat hari ni?” tanya Badri yang kini berdiri di pintu dapur..

“tak ada pula dia beri tahu apa-apa.. dia balik lewat ke hari ni?” berhenti memotong sayur, aku mula memandang wajah Badri..

“ha ah.. dia balik lewat nanti.. ada hal katanya.. jadi malam ni kita makan berdua je lah.. tapi sediakan juga makan malam untuk Rahman.. tak tahu lah kalau dia makan kat luar nanti.. apa-apa pun kau masak je lebih..” kata Badri lagi..

“okay..” balas aku sepatah..


+        +       +


Bersedia untuk solat maghrib, aku sedang berada di bilik air untuk mengambil wuduk.. sampai saat ini aku perasan yang Rahman memang betul tak ada di rumah lagi.. jadi memang benar lah yang dia balik lewat nanti.. terpaksa lah aku berdua-duaan dengan Badri buat saat ini.. masakan untuk makan malam sudah pun siap.. aku berdebar-debar sebenarnya nak tahu riaksi mereka bila marasai masakan aku itu.. taku mereka tak suka.. aku ada rasai sikit masakan yang aku masak.. nak kata sedap tu, tak juga lah.. memang jauh beza kalau nak banding dengan masakan Rahman ataupun Badri.. tapi kalau nak kata tak sedap pun, rasanya tak lah teruk sangat pun.. tekak aku masih boleh terima.. tak tahu lah tekak orang lain macam mana.. lagi-lagi dengan abang Bad tu.. mana lah tahu dia merungut je nanti, siapa tahu..

Selesai mengambil wuduk, aku mula masuk ke ruang tamu.. kelihatan Badri telah pun ada di sana bersama sejadah yang telah pun dihamparkan di atas lantai.. perlahan-lahan aku menghampiri Badri untuk sedia solat maghrib bersama..

“kau jadi imam hari ni..” arah Badri.. matanya merenung aku..

Tersentap, terus aku bersuara, “eh, tak pe lah.. abang Bad je lah jadi imam.. saya jadi makmum..”

Aku menolak permintaan dari Badri.. aku masih lagi terkejut dengan permintaan yang tidak aku sangkakan itu..

“hari tu aku dah jadi imam.. Rahman pun pernah jadi imam.. tinggal kau seorang je yang tak lagi..” kata Badri..

“tak pe lah.. abang Bad je lah jadi imam.. lagi pun abang lagi berusia.. saya ni muda lagi..” aku memberi alasan..

“nak jadi imam kena yang lagi tua ke? Kau pun dah besar pun kan.. dah akil baligh.. student universiti.. umur dah 22 tahun.. takkan tu tak cukup lagi?” tanya Badri.. matanya memandang aku, tajam..

Aku mula gelisah.. tak sangka pula ada permintaan macam ni.. selama ini memang aku tak biasa nak jadi imam.. biasa jadi makmum je.. terasa janggal.. segan..

“abang Bad je lah jadi imam.. saya jadi makmum..” aku masih menolak..

“lelaki kena belajar jadi imam.. macam mana kalau kau kahwin nanti? Siapa yang nak imamkan solat isteri dan anak-anak kau?” Badri tanya aku.. nada yang serius..

Tergamam dengan soalan itu, dalam hati aku mula berbisik..

Macam lah aku kahwin nanti.. tak tahu lah ‘orang macam aku’ ni akan kahwin atau pun tak..

Kedua-dua mata kami saling berpandangan.. menatap wajah Badri ini, memang sentiasa buat aku rasa gusar.. tak tahu kenapa..

“nak jadi imam ke tak?” tanya Badri lagi..

Aku hanya mendiam kan diri..

Kalau aku cakap tak nak, mesti kau nak paksa juga kan?

Getus hati aku..

“kenapa kau tak jadi imam, cuba kau jelas kan kat aku..” Badri bertanya lagi..

“bukan tak nak.. tapi..”

“tapi apa?”

“ermmmm.. tak biasa sebenarnya.. selalunya jadi makmum je..”

“sebab tak biasa tu lah kena biasa kan.. lelaki ni kena belajar jadi imam.. macam mana kalau kau kahwin nanti? Siapa nak imam kan solat untuk isteri dan anak-anak kau?” Badri tanya kan soalan yang sama lagi..

Kalau lah aku kahwin nanti…

Getus hati aku..

Persoalannya, aku pun tak pasti sama ada aku nak kahwin ataupun tidak..

Kedua mata kami masih lagi saling berpandangan..

“jadi, kau nak jadi imam ke tak ni?”

“baik lah.. baik lah..” balas aku..

“bagus!”

Aku mula berdiri di saf hadapan.. dalam hati aku berbisik

Aku cakap apa pun, bukannya boleh menang pun..


+        +        +


Makan malam..

Sampai sekarang Rahman masih tak balik ke rumah lagi.. duduk berdua-duaan dengan Badri di meja makan, aku mula rasa agak janggal.. tak tahu kenapa.. masakan makan malam telah pun aku hidangkan.. Badri hanya makan masakan aku itu tanpa banyak berbicara.. dia hanya fokus menikmati masakan aku.. hal ini membuatkan aku rasa gusar sedikit.. tak tahu lah apa riaksi dia bila makan masakan aku ini.. apa yang dia fikirkan? Nak kata sedap tu, memang tak lah.. nak kata teruk aku rasa tak juga.. itu pendapat aku mengenai masakan aku.. pada saat ini, aku hanya asyik terfikirkan mengenai apa yang Badri fikirkan tentang masakan aku itu.. tak senang duduk aku melihat dirinya yang hanya mendiamkan diri.. aku duga, mesti dia nak merunggut mengenai apa yang aku masak.. tapi sikapnya yang berdiam diri itu membuatkan aku tertanya-tanya..

“aku ada seorang adik bongsu.. nama dia Razif..” tiba-tiba Badri bersuara..

Berkerut dahi, aku memandang wajah Badri..

“umur dia sekarang 20 tahun.. lebih kurang macam kau sikit..” kata Badri lagi..

Semakin berkerut dahi aku.. tertanya-tanya, kenapa Badri tiba-tiba sebut pasal adik dia?

“bila aku tengok kau, aku macam boleh lihat persamaan antara kau dengan adik aku tu..” sambung Badri lagi..

“ermmmm.. persamaan yang macam mana tu?” aku mula bertanya..

“ada lah.. tapi.. aku rasa aku akan faham sikap kau macam mana.. kau ni orangnya macam mana..”

“apa yang abang Bad rasakan yang saya ni orangnya macam mana?”

“kau anak bongsu kan?” Badri tanya aku..

“ha ah.. betul.. kenapa? Mesti fikir yang saya ni jenis yang manja, tak begitu? Sebab, stereotype orang banyak yang akan fikir anak bongsu macam tu..”

“jadi kau rasa kau orang macam tu?”

“kalau waktu kecil, mungkin betul juga lah.. tapi sekarang dah besar ni rasanya tak lagi macam tu..” balas aku..

Memandang wajah Badri, aku lihat dia hanya tersengih-sengih.. hal ini membuatkan aku menjadi tertanya-tanya mengenai riaksinya itu..

“kenapa pula tersengih-sengih?” tanya aku..

“takde apa-apa.. lupa kan je lah.. oh ya.. masakan kau ni, lain kali jangan rebus sayur lama sangat.. dah kurang sedap untuk dimakan..”

Aku hanya berdiam..

Aku dah agak dah.. mesti dia akan cakap juga sesuatu mengenai masakan aku..

Getus hati aku..


Friday, 3/3 Summer..

Menjelang tengah hari, para pelajar lelaki mula berpusu-pusu menuju ke masjid universiti untuk menunaikan solat Jumaat.. kelas aku hari ni habis awal dalam pukul 11.30.. habis je kelas, awal-awal lagi aku telah pergi ke masjid.. selepas mengambil wuduk, aku mencari tempat duduk sementara menunggu masuk azan zohor.. dari detik ke detik, ruangan masjid mula dipenuhi oleh orang ramai..

Ibadah solat Jumaat bermula.. khutbah mula dibacakan.. aku sedang duduk menghadapkan wajah pada imam yang sedang berkhutbah.. hakikatnya, dalam permikiran aku sedang melayang-layang memikirkan benda lain.. khutbah yang disampaikan, langsung aku tidak dengari dengan khusyuk.. aku sedang memikirkan tentang kehidupan aku sejak beberapa hari ni.. kehidupan baru aku..

Sudah hampir seminggu aku tinggal di rumah itu.. namun sudah banyak benda berlaku.. ianya bukan satu kehidupan yang aku bayangkan.. waktu sebelum nak pindah masuk ke rumah tu, aku memang rasa teruja.. kononnya dapat tinggal sebumbung dengan ‘crush’.. tapi ada benda yang pasal kehidupan aku kat sana yang buat aku rasa kurang selesa sikit.. ianya berkenaan tentang Badri..

Tak tahu lah kenapa aku rasa macam aku tak boleh nak serasi dengan dia tu.. bukan benci.. tapi aku rasa yang aku tak boleh nak ‘ngam’ dengan dia sangat.. sebab apa? Sebab…. Hurmmm.. tak tahu nak jelaskan macam mana.. yang pasti aku tak pernah jumpa orang seperti dia.. ada sesuatu mengenai dirinya yang buat aku rasa tak selesa..

Terleka mengelamun, tak sedar pula yang khutbah jumaat telah pun habis dibacakan.. setelah itu, orang ramai mula berdiri mengikuti garisan saf.. aku pun mengambil tempat aku.. solat dilakukan.. habis sahaja solat, aku duduk seketika di dalam masjid.. malas nak bergegas keluar seperti orang lain.. lagi pun tiada benda yang aku nak kejarkan.. lepas solat ni, balik rumah je.. setelah beberapa minit duduk, akhirnya aku mula bergerak keluar..

Berjalan, aku menuju ke tempat aku meletakkan basikal aku.. memang sudah jadi kebiasaan hari-hari aku guna basikal untuk pergi dan balik dari universiti.. sedang aku berjalan keluar, tiba-tiba aku berselisih dengan Badri.. menyedari akan kehadiran aku, dia mula menegur aku..

“kau dah nak balik ke?” tanya Badri..

“ha ah.. dah nak balik lah ni..” balas aku..

“balik dengan apa? Dengan basikal?”

“macam biasa lah.. ermmm.. abang Bad balik dengan kereta ke?” aku pula bertanya pada Badri..

“ha ah.. aku balik dengan Rahman..”

“abang Man mana?”

“tak tahu lah.. dia sedang tunggu aku di kereta kot..” balas Badri..

“okay.. kalau takde apa-apa saya gerak dulu.. assalamualaikum..” aku mula menghulurkan salam..

Salaman dari tangan aku disambut.. baru je nak berpusing untuk pergi, tiba-tiba Badri bersuara lagi..

“sekejap..” dia tahan aku..

Aku menoleh.. tertanya-tanya kenapa..

“apa dia?”

“baju kau tu..” Badri tenung baju aku..

“ermmm.. kenapa?”

“kau memang suka pakai baju singkat ke? Bila kau sujud, sah sah nampak badan belakang kau.. waktu solat tadi, aku duduk belakang kau.. waktu kau duduk pun boleh nampak belakang kau tu..” kata Badri..

Aku mula memandang baju aku.. tak dinafikan memang agak singkat sebenarnya..

“bila balik rumah nanti, ganti balik solat tu.. sia-sia je kau solat jumaat tadi…” arah Badri..

Aku tak berkata-kata hanya diam membisu..

“jangan lupa pula ye.. nanti kat rumah aku nak lihat..” kata Badri lagi.. dia mula beredar meninggalkan aku..

Melihat Badri yang semakin menjauh, hati aku berbisik..

Entah kenapa aku rasakan lelaki ini selalu nampak kelemahan dan kesilapan aku…





bersambung...