Friday 18 March 2016

Pendek

blog aku ni semakin hari semaki suram je.. hehe.. takde update.. macam dah tak hidup dah blog ni.. hahaha

by the way.. kali ni aku nak cerita berkenaan tentang ketinggian.. pada sesetengah orang memang ambil perduli pasal ketinggian ni.. ada yang nak pasangan mereka tu lebih tinggi daripada mereka.. ada yang nak lebih kurang sama je ketinggian.. ada yang lagi suka pada yang pendek.. ada pelbagai alasan dan sebab kenapa orang suka pada tinggi atau pun rendah.. tapi yang pasti, memang ada sesetengah orang ambil kisah tentang ketinggian..

aku honestly, macam agak jarang nak jumpa dengan orang yang lagi tinggi dari aku.. rata-rata orang yang jumpa mesti lagi pendek dari aku.. tinggi aku sekitar 180cm.. so, aku macam jarang juga lah jumpa orang yang lagi tinggi dari aku sampai aku terpaksa nak jenguk leher ke atas bila nak tengok wajah dan berbual dengan orang tu dalam posisi berdekatan.. ada tu pernah je.. tapi jarang.. so, mostly aku tak expect sangat yang orang akan lagi dari aku..

tapi disebabkan aku tinggi, bila aku jumpa orang bawah 170cm ni memang aku akan terpaksa juga lah untuk menundukkan kepada kalau face to face.. dan disebabkan aku macam terpaksa menundukan wajah 45 darjah ke bawah, secara tidak officiallnya, mungkin aku lagi suka dengan orang yang ketinggiannya lebih kurang macam aku.. 170cm ke atas.. takde lah aku macam asyik nak tundukkan kepala bila bersemuka.. hahaha.. so, pernah juga lah aku berkata, antara ciri-ciri orang idaman aku ni kononnya hendak lah ketinggian lebih dari 170cm.. bukan kemestian, tapi kalau boleh begitu lah hendaknya.. sebab takde lah aku nak asyik nak 45 darjah tunduk ke bawah je.. hahaha.. kononnya lah..


tapi sekarang aku dah mula rasa pula yang pendek-pendek ni pun sebenarnya nampak comel.. kenal Mark Adam kan? dia adalah antara contoh lelaki yang pendek.. waktu first tengok dia di kaca TV dulu terus sedar yang dia ni pendek orangnya.. kalau dia berdiri dengan perempuan, sama ada ketinggian mereka nampak sama je or si Mark Adam ni yang lagi pendek dari orang tu.. senang kata Mark Adam ni antara contoh lelaki pendek lah.. aku tak sure dia tinggi berapa, tapi dia obviously nampak pendek.. tapi kependekkan dia tu sebenarnya menampakkan dia lagi kelihatan comel.. Mark Adam ni kalau dia bercakap melayu, cara dia bercakap bunyi agak pelik sikit.. tapi cara dia bercakap yang pelik tu pun aku rasa macam comel je didengari.. dah lah dia ni rupa macam asyik tersenyum tersengih je.. tapi di mata aku, dia adalah contoh lelaki pendek dan comel..


aku jarang nak crush pada orang yang pendek ni.. rasanya sebelum ni tak pernah langsung kot.. bukan selama ni macam aku limit kan untuk tak memilih yang pendek.. tapi secara naturally, disebabkan aku tinggi, jadi secara natural nya aku macam lagi selesa nak jatuh suka pada yang tinggi takde lah pendek sangat..

tapi..

ada lah satu kisah ni aku mula kenal dengan seseorang ni pada tahun lepas.. kenal-kenal macam tu je sebab ada event hari tu.. nak dipendekan cerita kita orang ni macam buat satu performance.. dan ada ramai orang join.. so, aku pun takde lah nak berbual-bual dengan dia.. sebab aku pun bukannya jenis yang friendly sangat nak tegur orang lain dulu.. tapi yang pasti, bila pertama kali aku jumpa dia, terus aku dah feeling yang dia ni 'PLU'.. gaydar aku hebat juga sebenarnya nak cam PLU ni.. tapi aku pun buat tak ambil kisah lah.. kononnya aku macam ni..

"mesti dia ni gay.. malas lah nak kenal dengan orang gay ni..."

hahahah.. seriously aku ada permikiran macam tu juga lah pada saat tu.. kita tahu orang tu gay, and kita pun macam tak nak berkawan dengan yang gay ni, walhal diri sendiri pun gay juga.. hahaha.. celaka betul kan? hahaha.. so, senang cakap aku yang aku hanya pandang dia sebelah mata je sebab aku ada feeling yang dia ni mungkin gay..

"saya gay.. tapi saya tak kawan dengan gay..."

hahaha.. celaka betul!!

aku takde lah macam tu sebenarnya.. aku kawan je dengan semua orang.. sebenarnya dalam kalangan kawan-kawan aku pun ada je yang aku tahu yang dia tu gay.. so, pendek kata aku tak kisah nak kawan dengan sesiapa.. cuma mungkin pada ketika tu aku jadi orang celaka sikit kononnya tak nak kawan dengan gay gay ni..

dari segi penampilan.. dia macam lelaki straight biasa je sebenarnya.. takde lah perangai macam adik-adik.. disebabkan post kali ni pasal orang pendek, senang cerita dia ni pun orang yang pendek sebenarnya.. ketinggian bawah dagu aku.. memang pendek lah..

diceritakan lah juga satu hari dia mendapat satu jawatan yang tinggi dari aku.. and aku pula macam jadi orang berada di bawah dia.. entah kenapa aku pula macam jenis ego sikit macam tak berapa nak iktiraf yang dia pegang jawatan dari tinggi aku.. mungkin sebab aku lihat dia ni pendek, so nampak kebudak-budakan sikit dan tak berpengalaman, so aku pun macam agak memandang rendah juga pada dia.. and aku pun tak sangka yang si gay ni akan jadi ketua aku.. hahaha.. tapi aku biar kan je lah.. kita orang teruskan tugasan dan jawatan kami seperti biasa.. sampai lah satu tahap aku dinaikkan pangkat pegang jawatan yang setaraf dengan dia.. dari moment tu, aku dah mula kerap juga lah bersemuka dengan dia.. sebab atas urusan kerja kan.. selalu meeting.. sebelum ni, aku berada di bawah dia, just terima arahan dari dia, then lakukan tugas masing-masing..

sampai lah satu ketika...

aku online Grindr..

tengok satu profile ni..

gambar muka tak ditunjukkan.. cuma badan je nampak.. tapi aku rasa macam pernah tengok je gambar tu. kat whatsapp macam ada orang guna pic sama.. tup.. tup.. bila cek rupanya 'si gay' ni yang punya gambar.. hahaha.. dari saat tu, memang tak salah lagi dah tekaan aku.. dia ni memang PLU pun.. gaydar aku tak salah teka.. dari moment tu, aku pun mula excited sikit bila dapat tahu yang dia ni ada Grindr.. terus lah aku pun chat dengan dia guna Grindr aku.. (aku punya profile tak letak gambar pun)..

aku tanya...

"hei Haziq..."

dapat response, "ini siapa?"

"ko Haziq kan?"

response "eh.. salah orang kot.."

"gambar profile pic ko tu.. aku kenal lah.. pernah tengok sebelum ni.."

"gambar yang apa ni?"

"gambar profile pic ko.. aku pernah nampak.."

"nampak dari mana?"

"whatsapp.. ko memang Haziq kan?"

"bukti?"

(aku pun screenshot gambar whatsapp dia.. then hantar.. gambar whatsapp dia ada full pic yang ada rupa sekali..)

"tengok.. gambar sama kan.. hahahaha.. ko memang Haziq lah kan?"

"cakap.. ni siapa?"

"tak payah cakap lah aku siapa.. kita bukan nya rapat pun.. tapi ko ni memang Haziq kan? kecuali lah kalau ko guna fake picture.. tapi aku memang rasa ko memang Haziq pun.. first time jumpa pun dah agak ko ni sesuatu.. tup.. tup.. jumpa dalam Grindr ni.. memang sah tekaan aku.."

"ko salah orang ni.. macam mana boleh kenal?"

then aku pun cakap lah yang aku mula kenal dia macam mana.. first time jumpa waktu kat satu event.. tapi aku tak nak cerita lah yang aku ni ada 'kerja' sekali dengan dia.. tak nak dia tahu yang aku ni siapa.. tapi dia terus terusan tak nak mengaku yang dia ni orang yang bernama 'Haziq' tu.. walhal memang aku dah tunjuk bukti yang gambar whatsapp dia tu sama dengan gambar kat Grindr.. aku pun tak nak cakap yang aku ni siapa sebenarnya.. 

lepas tu, aku ada contact dengan dia beberapa kali kat Grindr.. dia pun rasa annoying kat aku sebab aku tak nak cakap yang aku ni siapa.. sampai lah satu hari dia dah delete account Grindr dia.. sejak hari tu, aku pun mula nak padang-pandang kat dia.. kiranya dia dah mula nak dapat perhatian aku.. sebelum ni aku hanya pandang dia sebelah mata je.. tapi sekarang, sejak dia terkantoi oleh aku kat Grindr tu, aku macam mula nak perhatikan dia..

dan entah kenapa, sedikit sebanyak aku macam mula ada perasaan suka kat dia.. walhal sebelum ni kan aku macam pandang rendah terhadap dia.. pernah sekali tu kita orang duduk bersebelahan di dalam bus.. dia macam nak bawa aku berbual.. tapi aku macam buat-buat malas nak berbual.. pandang wajah dia pun tak.. tapi sejak dia terkantoi oleh aku kat Grindr, aku macam mula nak tertarik dengan dia sedikit.. entah kenapa perasaan tu boleh muncul.. tak tahu kenapa..

kita orang jarang nak bersemuka sangat.. kalau jumpa pun atas urusan kerja.. lepas tu jarang jumpa.. tapi disebabkan aku macam mula nak suka kat dia, entah kenapa aku macam mula nak ringan tangan nak tolong dia buat kerja sedikit.. pernah sekali dia nak minta pertolongan.. aku pun macam, okay aku boleh tolong kau.. pergi lah ke tempat dia.. boleh nak face to face berdua-duaan.. tak pernah pergi ke tempat dia.. berdiri di depan pintu.. tunggu... pintu dibuka, tengok dia tengah shirtless.. tak pernah tengok dia shirtless sebelum ni.. aku takde lah nak perhatikan body dia macam mana sebab aku ni memang pandai berlagak normal.. kalau terjeling-jeling tengok body, kantoi pula kang.. tapi sambil-sambil aku berbual dengan dia tanpa memandang terus pada body dia, tapi aku rasa body dia nampak besar and tough berbanding apa yang aku nampak bila dia berpakaian.. sebab dia pendek.. tapi tak sangka pula bila dia shirtless body dia takde lah kelihatan small sangat..  aku pergi tempat dia atas dasar nak tolong dia lah (kononnya), jadi kita orang borak pasal hal kerja juga.. tapi dalam masa yang sama aku pun macam terfikir-fikir sama ada dia ni boleh nak kenal aku ke tak.. kenal orang yang tegur kat Grindr sebelum ni.. yang kacau-kacau dia di Grindr..

so, kesimpulannya, hubungan aku dengan dia ni mostly memang hanya berdasarkan atas urusan kerja je lah.. kalau bersemuka, face to face, mesti sembang pasal hal kerja je.. takde lah jadi taraf kawan lagi yang mana kita boleh sembang hal-hal lain.. pergi keluar jalan or makan sama-sama.. or mungkin kita orang takde peluang nak sembang-sembang macam tu.. 

sebelum ni aku yang tak ambil perduli langsung pasal dia, tapi sekarang dah macam mula nak ambil tahu.. kadang-kadang aku selalu juga stalk FB dia.. tapi aku tak add pun FB dia.. and aku pun tertanya-tanya, apasal aku asyik nak stalk FB dia pula dah?? ke sebab aku dah mula tertarik kat dia?? 

sampai sekarang aku tak pernah nak admit or confess pasal dia tu pernah terkantoi oleh aku kat Grindr.. tak pernah nak admit yang aku ni pun gay macam dia juga.. pernah juga terfikir untuk nak admit kat dia yang aku lah yang kacau dia kat Grindr hari tu, admit yang aku pun gay juga.. tapi bila difikirkan semula, atas sebab apa aku nak admit benda tu? apa reason aku nak confess yang aku pun gay, and aku lah orang yang kat Grindr tu?? so, aku buat keputusan better buat biasa-biasa je.. aku tahu rahsia dia, tapi aku just buat macam takde apa-apa yang berlaku.. 

tapi yang pasti, sebelum peristiwa kat Grindr tu, aku memang hanya pandang dia sebelah mata je.. tak nak ambil perduli pun pasal dia tu.. langsung takde.. aku hanya pandang dia sebagai 'si gay' yang tak matang (sebab memang sejak first jumpa dia aku dah boleh rasa yang dia tu gay).. and aku pun macam malas nak ambil tahu pasal 'si gay' tu..

tapi lepas kejadian dia kantoi di Grindr, aku pula macam mula nak tertarik kat dia.. sebelum ni tak pernah rasa dia hensem, sekarang dah boleh pula terasa yang dia ni hensem juga sebenarnya.. hahaha.. selalu juga mula nak stalk FB dia.. pernah tengok hari tu dia sedang sibuk angkat-angkat barang sampai berpeluh-peluh.. entah kenapa aku boleh terasa yang dia kelihatan seksi pula dalam keadaan berpeluh basah macam tu..

dan aku pun tak faham kenapa aku ada perasaan macam tu...






dia orangnya pendek.. kalau diikutkan, aku (180cm) memang jauh beza tinggi
banding dengan dia.. kepala dia memang bawah dagu aku.. dan aku suka buat
aksi yang mana aku letakkan tangan pada dagu kemudian aku luruskan tangan aku..
then imagine kepala dia di bawah tangan aku tu..

"ko memang pendek dowh.."