Friday, 16 December 2011

Seluar Dalam

lama giler tak update blog ni.. nak kata busy tak juga.. kata takde idea nak buat post pun tak juga.. mungkin senang cerita aku malas nak update.. haha.. btw, aku tengah bercuti sekarang ni.. tu pasal kot aku malas nak update blog ni.. cuti biar buat cara bercuti.. hehe

sekarang ni aku berada di kampung aku.. baru habis study.. so, aku akan berada di kampung untuk tempoh yang agak lama sementara menunggu result exam keluar.. 

nak dipendekkan cerita, kalau aku balik kampung ada perkara yang sudah menjadi satu kebiasaan untuk berlaku.. aku tanya pada korang semua, pernah tak seluar dalam kamu pada mulanya banyak, tapi lama kelamaan semakin berkurang? haha.. macam ni, jika aku balik kampung, stok seluar dalam aku selalu je semakin berkurang.. tak tahu kenapa.. contohnye hari ni kita pakai dua, tapi yang datang balik cuma satu.. bila hari-hari, semakin berkurang lah.. 

emak aku cuci baju setiap hari, tapi kalau bab nak melipat baju biasanya dia akan tunggu untuk beberapa hari dulu.. baju-baju yang sudah dijemur tu akan dikumpulkan dalam satu bakul besar.. pasal seluar dalam ni pula, aku pun tak tahu macam mana boleh berkurang.. tapi bila aku balik kampung je, perkara ni selalu berlaku.. mungkin dah tercampur seluar dalam bapa aku kot kat bilik dia..

bila menyedari perkara ini, aku pun buat lah preparation.. tambah stok seluar dalam dengan membeli seluar dalam baru.. haha.. 

sebenarnya apa yang aku ingin sampaikan adalah perkara ini.. kamu tahu aku jenis orang yang macam mana.. kamu mesti faham apa yang aku akan rasa jika aku pergi ke ruangan tempat membeli seluar dalam di kedai.. bila melihat disekitar kamu ada gambar-gambar lelaki seksi.. dapat tak kamu bayangkan macam mana perasaan aku? hehe.. satu perasaan yang agak kurang selesa sebenarnya buat aku... 

apa yang kamu akan rasa jika kamu seorang yang suka lelaki padahal kamu sendiri adalah lelaki pergi ke tempat jual seluar dalam? untuk aku, sejujurnya jantung aku berdegup kencang.. hati tak keruan.. kadang-kadang aku tak pasti apa tujuan aku sebenarnya.. nak beli seluar dalam or tengok benda lain? hehe..  kamu mesti faham macam mana kan?

sejujurnya, dulu aku pernah beli seluar dalam sesuatu jenama sebab kat kotak seluar dalam tu ada lelaki yang jenis yang aku suka.. haha.. X-D.. then pada malamnya.... hehe.. takleh nak cakap.. haha.. 

tapi, tu dulu-dulu lah.. sekarang ni dah lain.. aku sekarang ni boleh rileks je.. pasal nak beli seluar dalam, aku just pilih randomly je.. tengok design seluar dalam tu macam mana.. pelik ke tak.. warna macam mana.. kalau ok, aku beli.. tak memilih sangat.. sama lah macam dua hari lepas bila aku nak tambah stok seluar dalam aku yang semakin berkurangan di rumah.. haha... aku just ambil ramdomly je... 

itu lah yang aku rasakan jika aku nak beli seluar dalam... beli seluar dalam sebab kat kotak dia ada lelaki yang body cantik-cantik.. haha.. tapi tu dulu-dulu lah.. sekarang ni dah lain.. aku dah tak cerewet sangat.. X-D








# ada dua jenis lelaki.. ada yang suka pakai boxer, ada yang suka pakai seluar dalam... tapi aku jenis yang suka pakai seluar dalam.. bagi aku, pakai boxer ni macam loose sangat.. entah lah kenapa.. aku just rasa macam tu..

Friday, 2 December 2011

You Belong With Me - Gay Version

video ni aku tahu waktu tahun 2009 kot.. not sure lah.. parody lagu dari Taylor Swift.. yang pasti video parody versi gay ni sangat kelakar.. haha.. tiba-tiba aku teringat video ni then nak share pada korang semua..


Thursday, 24 November 2011

Taboo

ada dua benda yang menjadi soalan taboo buat aku.. 

pertama, sesuatu yang menyentuh hal perkahwinan...

kedua, cahaya mata...


hidup sebagai seorang yang homoseksual adalah begitu sukar.. kita secara fitrahnya ingin dicintai.. hakikatnya, aku tidak mampu untuk mencintai sesuatu yang halal buat diriku.. bukan tidak ingin mencuba.. tetapi aku tidak mampu untuk menipu diri aku sendiri.. malah, aku juga tidak ingin menipu perempuan yang cuba aku cintai.. ia akan menyakitkan dirinya..

walaupun usia aku masih lagi muda namun aku tahu inilah dugaan yang bakal aku tempuhi di masa hadapan.. sesuatu yang pasti jika seorang itu dilahirkan sebagai homoseksual.. aku tahu, aku tidak bersendirian menempuhi dugaan ini.. ada berjuta orang di luar sana yang nasibnya sama seperti aku.. bila aku memikirkan perkara ini, bertapa sedihnya aku dan bersimpati kerana ada berjuta orang yang terseksa kerana dugaan yang mereka sendiri tidak inginkan.. sesiapa sahaja tidak ingin dilahirkan dengan perasaan yang abnormal..

homoseksual bagi aku seumpama bagaimana kita belajar untuk melihat, merasa, menghidu dan mendengar.. kita tahu rasa pahit, manis dan masam macam mana.. kita tahu apa itu bunyi yang bising dan sunyi.. kerana kita secara fitrahnya lahir untuk mempelajari apa itu bau busuk, apa itu rasa pahit.. katakanlah, jika ada seseorang mahu kamu untuk melupakan apa itu rasa pahit, bunyi yang bising, bau yang busuk, bolehkah kamu melupakan semua itu? sudah semestinya tidak boleh!

kita mempelajari apa itu perasaan marah, apa itu perasaan sedih, rindu dan bahagia.. tiba-tiba kamu diminta untuk melupakan segala perasaan ini.. ia adalah mustahil! sama lah seperti bagaimana perasaan bila kita menyukai seseorang.. walaupun hakikatnya perasaan suka itu pada sesuatu yang salah.. kerana kita secara semula jadinya belajar merasai apakah itu perasaan suka pada seseorang..

kadang-kadang aku tergelak apabila melihat cerita mengenai seorang lelaki lembut yang diminta untuk menjadi lelaki sejati.. melakukan hal-hal fizikal agar perwatakan lebih maskulin.. mempelajari ilmu silat segala.. kamu mungkin mampu mengubah lahiriahnya, namun kamu tidak mampu mengubah nalurinya.. 

perkahwinan? aku tidak mampu membayangkan apa yang akan berlaku nanti.. apabila keluarga kita asyik bertanya bilakah ingin kahwin? dan sudah semestinya aku tidak mampu untuk menjawabnya.. 

cahaya mata? siapa tidak ingin! cuma aku tidak boleh... 

apakah pilihan yang terbaik untuk orang seperti aku? aku tertanya-tanya jika ada seorang yang homoseksual di luar sana mampu mengharungi dugaan ini dengan kebahagian? mengharunginya dengan status diri sebagai seorang muslim... 

aku tidak alim.. namun aku tetap takut untuk melakukan sesuatu dosa.. 

aku bukan PLU yang tipikal yang telah tewas kepada nafsu dan membiarkan diri sentiasa dihanyuti oleh gelora asmara.. 

kerana aku seorang yang penakut.. takut untuk melakukan dosa yang dikutuk itu.. walaupun hakikatnya jauh di hati aku ingin merasainya.. namun, aku takut.... 

aku hanya ingin bahagia....

Sesuatu Yang Tidak Pasti






Aku: awak buat apa je tadi?
Dia: jalan-jalan macam orang giler.. gi tengok movie..
Aku: dengan siapa?
Dia: seorang je.
Aku: tengok movie seorang je ke?
Dia: yup... kenapa? tak percaya?
Aku: tengok movie apa? di mana?
Dia: Happy Feet.
Aku: ok.. kenapa tak keluar dengan kawan?
Dia: saje..
Aku: ok..
Dia: macam mana graduasi tadi?
Aku: ok je.. sangat simple.. tak macam graduasi kebiasaannya..
Dia: kenapa? graduasi untuk apa?
Aku: graduasi tamat pengajianlah..
Dia: awak habis study ke?
Aku: ha ah.. kan dah beri tahu awak hari tu.. sekarang ni just cuti je..
Dia: kan habis exam je.
Aku: habis exam maksudnye habis study lah..
Dia: nanti tak sambung dah ke? tak faham lah.
Aku: nanti sambung lagi lah.. nak sambung degree lagi.


then, tiba-tiba kedengaran bunyi bising.. orang terjerit-jerit..


Dia: Malaysia menang! oyeh! oyeh!
Aku: menang berapa gol? saya tak tengok. saya tengah tidur kat hotel sekarang ni.. baru je balik hotel..
Dia: 4-3 kot.. jap.. awak gi hotel dengan siapa? buat apa?
Aku: dengan oranglah.. hehe
Dia: ok.. tak nak ganggu..
Aku: hehe.. dengan family lah..
Dia: family datang KL ke? kirim salam dengan emak ayah ye..
Aku: ha ah.. mereka datang KL.. mesti awak dah fikir benda lain kan? hehe
Dia: :-p owh.. datang bercuti ye? lama ke dia orang datang? awak start balik belajar bila?
Aku: kan saya graduasi.. mereka datanglah.. bulan Feb ni kot sambung belajar.
Dia: hurm.. ada rezeki jumpa lah kn.. awak dah makan? eh lupa.. awak sihat?
Aku: dah makan.. sihat je.. hm.. saya nak cakap sesuatu ni.. awak tahu ke saya berkemungkinan akan terbang jauh dari sini?
Dia: ni buat apa je?
Aku: awak tahu ke saya mungkin akan sambung study d luar negara? sebab tu saya tak nak beri harapan pada awak..
Dia: hurmm.. jauh itu hanya jarak..
Aku: boleh kah awak tunggu untuk tempoh lima tahun?
Dia: boleh kah awak pun setia untuk tempoh itu?
Aku: saya just risau pada awak.. sejujurnya saya tak tahu apa perasaan saya pada awak..
Dia: tak kisah.. lima tahun tu hanya masa..
Aku: awak tak faham..
Dia: apa yang saya tak faham?
Aku: berbaloi kah awak tunggu orang yang perasaannya tidak pasti dia anggap awak sebagai apa di hatinya?
Dia: hurm.. biarkan masa berputar dan tentukan segalanya.
Aku: menunggu sesuatu yang tidak pasti?
Dia: tidak salah kan?
Aku: ia akan 'membunuh' awak..
Dia: saya rela dibunuh...


'Si Dia' adalah orang yang aku temukan dalam post The Unofficial Blind Date.. sejak pertama kali kami berjumpa, dia menganggap aku sebagai orang yang cukup istimewa.. malah dia pernah mempost pada wall fb dia 'jatuh cinta pandang pertama' sejurus selepas kami berjumpa.. tetapi, jika dia mempunyai perasaan sedemikian, aku tidak tahu apakah yang aku anggap dia dalam hati aku? yang pasti, aku tidak berasa yang aku jatuh cinta.. bagi aku, tidak mudah hati aku untuk jatuh cinta hanya pada pertemuan pertama.. 

aku tahu dia begitu menyayangi aku.. begitu mengambil berat.. setiap pagi, akan ada ucapan 'selamat pagi' aku terima darinya.. sebelum tidur, akan ada ucapan 'good night' darinya.. namun aku tidak faham dengan diri aku.. aku seakan cuba untuk menjauhkan diri daripada dirinya..

aku just tidak dapat menipu diri aku sendiri...

namun dia tetap setia menunggu.. ini lah yang aku risaukan.. ia akan 'membunuh' dirinya.. aku rasa dia tahu kedudukan dirinya di hatiku bagaimana.. namun dia tetap menunggu..

menunggu sesuatu yang tidak pasti..