Friday, 3 January 2014

Unspeakable Love -Part 32-





Part 32 : The Ending


ada yang mengatakan, adakalanya kita tidak perlu ambil peduli tentang apa orang lain fikirkan tentang diri kita.. ada yang mengatakan mengenai hak kebebasan setiap individu dalam menpunyai sesuatu pendapat.. kata orang, jangan ambil peduli apa orang kata, yang penting adalah diri kita sendiri.. kita bebas untuk memiliki pendapat diri kita sendiri kerana itu adalah hak kita.. lalu ada yang mengaitkannya dengan kepercayaan.. tidak kisah lah jika orang lain percayakan apa pun sekali pun ia adalah bertentangan dengan apa yang kita percayakan.. seperti mana seorang saintis dalam mencari jawapan dalam ilmu pengetahuan, bermula dengan sesuatu yang tidak pasti, tidak diketahui, sekali pun apa yang saintis itu percayakan adalah sesuatu yang tidak masuk akal, tapi adakalanya kepercayaan itu akhirnya menunjukkan kebenaran diluar jangkaan.. kerana itu kepercayaan ditafsirkan sebagai 'keimanan'.. dalam bahasa mat salleh pula disebut sebagai 'faith'.. 'percaya biarpun tanpa melihat bukti'.. seperti mana seorang manusia percaya pada Tuhannya biarpun dirinya tidak pernah melihat Tuhannya itu..

namun adakalanya kepercayaan adalah satu yang mengelirukan kerana tidak semua apa yang kita percaya itu betul.. apa jadi jika pendapat kita itu adalah sesuatu yang salah kerana semuanya adalah batasan di luar kemampuan minda manusia untuk memikirkannya.. lalu ada yang mengatakan, jangan berfikir terlalu banyak.. ada perkara yang biarpun kita mahu mengetahuinya, namun ia tetap berada di luar kemampuan manusia untuk berfikir tentangnya..

pertanyaan aku pada dirinya dahulu,

"adakah aku tidak cinta pada-Nya hanya kerana aku juga mahu mencintai seorang manusia?"

Ihsan mengatakan aku seorang yang gila, namun mungkin juga ada kebenarannya.. aku ada mengatakan yang aku mahu merasakan nikmat cinta.. aku cinta pada-Nya, namun aku juga mahu merasai bagaimana rasa mencintai seorang manusia.. obsesi.. mungkin kah aku terlalu obses dengan cinta? tapi bukan kah semua manusia mahu menikmatinya? jadi, adakah aku obses dengan cinta jika aku juga mahu mengejar cinta manusia sama seperti orang lain..

sesungguhnya, aku tidak tahu...



*          *          *


ianya adalah imej dua lelaki.. satu lakaran yang masih tidak siap dengan sempurna, namun imejnya adalah jelas menunjukkan ada nya dua orang lelaki yang berdekatan.. wajah mereka tidak boleh aku perhatikan dengan teliti kerana ditutupi oleh bayang yang gelap.. mereka berdepanan dalam posisi yang dekat.. tidak memakai sebarang baju, hanya menunjukkan tubuh yang terdedah.. imej mereka adalah satu lakaran yang tidak penuh.. hanya di lihat bermula dari paras pinggang sehingga lah bahagian kepala.. di sebelah kanan, kelihatan seorang lelaki yang wajahnya hanya tunduk ke bawah.. sebelah tangannya pula sedang menyentuh dada lelaki di sebelah kirinya.. manakala tangan yang sebelah lagi sedang menggenggam rapat bersama-sama dengan lelaki di sebelahnya itu.. seakan satu ikatan yang mengikat rapat, ianya adalah satu pegangan yang cukup erat.. menoleh ke arah lelaki di sebelah kiri pula, aku lihat dirinya sedang mendongak ke atas.. sedang sebelah tangannya bergenggaman dengan tangan lelaki sebelah kanan, tangan sebelah lagi aku lihat sedang memegang bahu pasangannya itu.. satu lakaran yang kelihatan intim.. apa yang aku lihat adalah jelas begitu..

namun ada satu perkara yang membuatkan aku tertanya-tanya.. mata mereka yang dikaburkan oleh bayangan gelap membuatkan aku sukar untuk mentafsirkan apa kah emosi mereka.. adakah mereka gembira ataupun sedih membuatkan aku tertanya-tanya.. yang hanya dapat aku lihat adalah bibir mereka.. satu perkara yang sukar untuk aku terjemahkan.. bibirnya tidak lah tersenyum.. bibirnya hanya tertutup rapat.. aku teliti lagi, aku rasakan ada lengkokkan ke bawah pada hujung bibir sekali gus membuatkan aku mula dapat menterjemahkannya.. ianya adalah satu imej yang suram.. biarpun warna yang menghiasi imej itu masih belum siap, namun ianya adalah satu atmosphera yang hiba dan sayu.. keintiman dalam kesayuan.. aku terjemahkan, begitu lah..

"ia hasil kerja yang menakjubkan. tapi aku tak tahu kenapa aku tidak menyukainya.. bukan sebab aku tak suka lukisan ini.. ianya adalah satu lukisan yang cantik.. tapi aku tak tahu kenapa.. aku rasa tidak selesa melihatnya..?" akhirnya aku berkata..

aku pandang ke arah Hafiz.. dia sedang berada di satu sudut sedang membancuh cat pewarna yang digunakan untuk lukisannya itu.. pada saat ini, hanya ada kami berdua di dalam studio Hafiz di universitinya..

selepas kejadian semalam, pencarian Ihsan sudah pun berakhir.. Hafiz sudah mula kurang berasa bimbang apabila aku memberi tahu keadaan Ihsan baik-baik sahaja biarpun aku sendiri tidak mengetahui di mana dia berada sekarang.. kami hanya pulang ke rumah dan hanya menunggu kepulangan Ihsan semula.. menunggu jika-jika Ihsan akan cuba menghubungi aku lagi, namun masih belum ada khabar berita darinya.. aku cuba bersikap tenang.. aku tak mahu jika aku sendiri yang bersikap bimbang, Hafiz juga akan menjadi bimbang.. maka, aku langsung tidak menyebut tentang hal Ihsan di depan Hafiz..

aku ada bertanyakan kepada Hafiz mengenai art competion nya itu jika dia masih lagi mahu meneruskannya.. pada asalnya Hafiz seakan tidak mahu meneruskannya kerana asyik terfikirkan hal Ihsan.. namun setelah aku cuba memujuknya, akhirnya dia mahu meneruskan niatnya itu.. maka pada hari ini, aku di bawanya ke studio seni tempat dia melakukan segala projek seninya...

"kenapa tidak menyukainya?" tanya Hafiz tanpa menoleh ke arah aku.. dia masih lagi membancuh cat pewarna lukisannya.. "kerana ia adalah satu perkara yang 'mengganggukan?' Hafiz rasa abang Fahri dapat faham akan maksud di sebalik lukisan itu.. namanya adalah 'The Ending'.." kata Hafiz lagi..

kemudian dia mula pergi mendekati lukisannya itu setelah cat pewarna lukisan itu siap dibancuh dengan kadar tona warna yang dimahukannya.. Hafiz sempat memandang aku sambil tersenyum nipis.. aku pula hanya berdiam diri kemudiannya berlajan ke tepi bagi memberi ruang kepada Hafiz.. duduk di kerusi, Hafiz mula memberus cat pewarna kepada lukisannya itu dengan berhati-hati..

"orang kata, tiada siapa yang boleh menentukan takdir kita melainkan Tuhan.. jika Tuhan mahu hidup kita gembira, maka gembira lah hidup kita dan begitu juga lah yang sebaliknya.. tapi Hafiz ada terasa yang Tuhan telah takdirkan kita hanya dengan satu takdir.. iaitu perpisahan dalam perhubungan.. ketakutan.. takut dan terus bersembunyi dalam mempamerkan hubungan perasaan mereka.. ditakuti dalam bayang-bayang masyarakat jika diketahui kewujudan diri mereka.. pergolakkan dalam diri jika mahu mengecapi 'perasaan' itu kerana khuatir dibenci oleh Tuhannya.." kata Hafiz sambil meneruskan lukisannya.. dia tidak menoleh memandang aku..

terdiam membisu, aku langsung tidak memberikan sebarang balasan.. mataku mula memandang ada lukisan Hafiz..

"Hafiz ingat lagi yang abang Fahri ada bercakap, kadang-kadang ada benda yang kita mahu, namun ia adalah benda harus tinggalkan.. tapi dalam situasi ini, Hafiz hanya fikir yang kita hanya ada satu pilihan, iaitu 'untuk meninggalkannya'.. hal ini membuatkan Hafiz tertanya.. kenapa? kenapa kita hanya ada satu pilihan?" Hafiz pandang aku..

aku terkedu seketika.. untuk seketika, kedua-dua mata kami saling berpandangan.. susah aku mahu terjemahkan di sebalik mata yang memandang wajah aku itu.. ianya seolah satu pandangan yang menikam.. ianya adalah pandangan yang mahu kan jawapan.. entah kenapa, pada saat ini, hatiku mula berdebar-debar..

"Hafiz nak tanya satu soalan.. adakah abang Fahri mahu menikmati cinta? ada banyak jenis nikmat cinta but yang Hafiz maksudkan adalah hubungan cinta sesama manusia.." tanya Hafiz..

sekali lagi soalannya itu membuatkan aku terdiam.. pada saat ini, aku mula memikirkan tentang diri aku.. bertanya pada hati mengenai kehendak diri.. lalu aku mula teringat dengan kata hati yang pernah aku ungkapkan dulu.. ianya mula tergiang dalam minda..

aku mahu menikmati cinta... biar pun hanya sekali, tapi aku mahu merasakannya..

masih saling berpandangan mata, jantungku semakin berdegup kencang.. sebolehnya aku hanya mahu mendiamkan diri sahaja, tapi pandangan mata Hafiz membuatkan aku lemah.. ianya pandangan mata yang memaksa mahukan jawapan dari mulutku.. cuba untuk mengalihkan pandangan ke arah lain, selangkah, aku berundur sedikit ke belakang.. kemudian, aku menjeling semula memandang Hafiz.. pandangan matanya tetap sama.. pandangan mata yang memaksa..

perlahan-lahan, aku mula menghembuskan nafas sebelum mula berkata-kata..

"aku rasa, tiada sesiapa di dalam dunia ini yang tidak mahu menikmati cinta sesama manusia.. ianya adalah satu kehendak.. ianya adalah satu keinginan.." ujarku perlahan..

Hafiz terdiam, terus memandang aku untuk mendengar apa yang aku mahu katakan...

"jujur aku kata yang aku pernah berkata pada diri aku sendiri yang kalau boleh aku mahu menikmatinya.. biar pun sekali, aku mahu juga menikmatinya.. tapi..." aku mula terdiam..

dahi Hafiz mula berkerut.. aku pula mula teragak-agak untuk meneruskan kata-kata.. namun aku tahu, orang di depan mata aku ini tidak akan suka jika aku akan terus diam sahaja..

"tapi.. ianya adalah satu perkara yang complicated.. maksud aku.. antara kehendak diri dan juga cubaan diri untuk cuba yang terbaik di mata Tuhan membuatkan aku mula jadi teragak-agak.. aku tidak kata yang aku jenis orang yang begitu taat.. tapi perasaan itu masih ada yang kuat untuk takut pada diri-Nya.. tapi dalam masa yang sama aku juga mahu mengejar apa yang aku mahu inginkan.. dan hal ini membuatkan aku terasa diri aku agak selfish.. menolak kehendaknya hanya kerana mahu mengejar kehendak aku sendiri.." balasku.. jujur..

"selfish? adakah kita selfish kalau kita buat macam tu?" tanya Hafiz..

teragak-agak, aku membalasnya, "mungkin.. sebab aku sendiri juga teragak-agak.. tapi jujur aku kata, aku mahu merasakan 'cinta' itu.. dan aku akan mengejarnya juga.. manusia itu bersikap selfish.. dan aku juga adalah sebahagian dari manusia.. punya sikap pentingkan diri sendiri.. selama ini, aku memang begitu.. aku selfish pada Tuhan sebab aku mahu mengejar cinta sesama manusia.. tapi adakah itu satu yang keterlaluan? but.. entah kenapa sejak kebelakangan ini aku mula takut dengan kemahuan aku sendiri.. aku takut jika ia adalah satu obsesi.."

mendengar kata-kata aku itu, Hafiz hanya mula tersenyum nipis.. aku berkerut dahi berasa pelik apabila melihat dirinya senyum begitu.. kemudiannya, Hafiz kembali menoleh ke arah lukisannya.. berus lukisan dicapai semula lalu dia pun mula meneruskan kembali apa yang seharusnya dia siapkan hari ini.. dia hanya mendiamkan diri dan hal ini membuatkan aku semakin pelik.. aku mula ragu-ragu pada dirinya.. sejujurnya pada saat ini aku pula hanya mahu agar Hafiz pula yang bersuara..

"selfishness.. obsesi..." kata Hafiz perlahan-lahan.."kenapa ianya adalah sesuatu yang tidak adil bagi kita? kalau benar ia adalah satu obsesi, adakah mereka yang bukan dari kalangan jenis kita apabila mereka juga mahu mengejar cinta manusia mereka juga dilabelkan terlalu obses dengan cinta? bukan kah itu perkara biasa kalau kita memiliki perasaan itu? semua orang ada perasaan itu, jadi kenapa abang kata ia adalah satu obsesi?" tanya Hafiz..

terdiam, aku hanya memandang pada lukisan Hafiz.. berus sedang mewarna lembut pada lukisan itu.. untuk seketika, suasana bertukar menjadi sunyi.. Hafiz tidak lagi bersuara hanya memberi tumpuan pada lukisan di depan matanya itu.. aku rasa begitu lah.. tapi yang sebenarnya minda Hafiz tidak lah begitu tertumpu pada lukisan itu, namun mindanya berfikir mengenai apa yang aku telah katakan..

berdiri hanya memerhatikan Hafiz sedang melukis membuatkan aku sedikit berasa kekok dengan kesunyian ini.. Hafiz tiba-tiba bangun semula lalu berjalan ke arah meja tempat dia meletakkan cat untuk lukisannya.. dia mula membancuh semula cat yang baru.. diambilnya warna yang baru.. dilarutkan dengan air, kemudian Hafiz memberus cat yang baru dibancuhnya itu pada sehelai kertas putih yang kosong.. kemudian, dia tambah air sedikit lagi.. aku fikir mungkin dia cuba mahu mendapatkan tona warna yang dimahukannya.. apabila puas hati dengan kadar tona warna yang dimahukan, Hafiz kembali ke arah lukisannya itu.. duduk, lalu terus memberus semula..

"nak tahu kenapa lukisan ini tajuknya adalah 'The Ending'?" tiba-tiba Hafiz bertanya sambil dia mewarna lukisan..

dia tidak memandang aku.. terdiam, aku hanya tidak bersuara..

"sebab begini lah keadaan yang selalunya terjadi pada penghujung cerita.." kata Hafiz lagi..

aku pandang pada lukisan.. aku melihat pada imej kedua-dua lelaki itu.. mataku tertumpu pada bibir lelaki di sebelah kanan.. bibir yang pada hujung bibir yang melengkok ke bawah, ianya adalah sesuatu yang suram.. hiba.. aku rasa, aku tahu apa yang Hafiz maksudkan dengan 'penghujung cerita' itu..

"untuk percintaan macam ini, mereka tak akan pernah bersama sampai ke penghujungnya.. dan kita juga mengetahuinya.. dan paradoks nya adalah kita still juga mahu mengejarnya.. tidak akan pernah berkahwin.. tidak akan boleh menjadi satu ikatan kekeluargaan.. tiada anak.. tiada pengiktirafan.. dalam kebanyakkan cerita kehidupan, perpisahan adalah perkara biasa yang berlaku.. mungkin ada yang akan terus menjadi single sehingga ke penghujung hayat, dan mungkin ada yang sudah mendirikan rumah tangga sendiri.. tapi bukan dengan orang yang dicintainya, tapi dengan insan yang tiada wujud dalam hatinya.. mungkin di atas desakan keluarga, mungkin sekadar untuk melitupi kelemahan diri kerana malu jika orang ramai tahu akan rahsia dirinya.. yang pasti tidak akan bersama dengan orang yang dicinta.. alasanya adalah orang kata 'cinta ini' adalah cinta yang harus ditinggilkan.. dan hal ini membuatkan Hafiz tertanya-tanya.. kenapa hanya ada satu pilihan sahaja? kenapa harus ditinggalkan?"

Hafiz memandang aku.. sesuatu yang mula membuatkan aku sedikit gelisah bila mendengar kata-katanya itu.. kemudian, Hafiz kembali menyambung lukisannya itu.. mula memberus secara perlahan-lahan.. sambil itu, dia berkata lagi..

"kenapa percintaan untuk 'cinta' macam ini harus diakhiri dengan 'bad ending'? Hafiz tak suka dengan hal ini.. kerana kita hanya dipaksa memilih satu pilihan.. tiada pilihan lain.. dan orang kata ini lah yang Tuhan mahukan.. kita harus meninggalkannya.. kecuali kalau kau mahu ingkar apa yang dipinta-Nya.. dan Hafiz terus akan tertanya-tanya.. kenapa hanya ada satu pilihan?"

terdiam.. tiba-tiba suasana bertukar menjadi sunyi lagi.. sama seperti tadi, Hafiz masih lagi dengan kerja lukisannya.. aku pula hanya berada di tepinya sambil memerhatikan dia yang sedang cuba menyiapkan lukisannya itu.. namun pada kali ini, biarpun mataku memandang ke arah lukisan, minda aku pula sedang berada di dunia lain.. mindaku asyik mula terfikirkan kata-kata Hafiz itu..

"kalau 'cinta' seperti ini adalah satu dosa.. kalau lah kita boleh halalkan sesuatu dosa, Hafiz harap, kita boleh terus dengan 'cinta' ini tanpa ada rasa teragak-agak dan rasa bersalah pada diri-Nya.. katakan lah 'cinta' ini adalah satu dosa.." Hafiz berkata lagi

seperti biasa, aku masih lagi mendiamkan diri.. sebetulnya aku memang tidak ada jawapan pada segala pertanyaan Hafiz itu.. aku keliru.. aku mula berasa keliru.. pada saat ini, kata-kata Hafiz itu mula membuatkan aku mula tertanya-tanya akan banyak perkara.. sebetulnya, aku tidak pernah memikirkan hal seperti ini, dan apabila mendengar segala apa yang Hafiz katakan, aku mula jadi keliru.. memang betul seperti yang Ihsan pernah katakan, Hafiz ni orangnya agak lain sedikit.. cara dia berfikir memang lain dari apa yang orang lain fikirkan.. dan ia juga boleh membuatkan seseorang itu mula keliru.. dan memang benar, aku sendiri juga mula jadi keliru.. suasana terus menjadi sunyi.. tiada sesiapa lagi yang berkata-kata..

jam mula menunjukkan pukul 11 malam.. aku dan Hafiz masih lagi berada di studio seninya.. Hafiz masih belum lagi dapat menyiapkan lukisannya itu.. aku lihat ia sudah kelihatan sempurna.. tapi kata Hafiz, masih banyak lagi yang dia patut perhalusi.. dia memang mahu menyiapkan lukisan dengan pernuh sempurna.. aku mula berasa mengantuk.. Hafiz perasan yang aku mula menguap.. lalu dia mula berkata sekiranya aku rasa nak tidur, dia akan berhenti awal, dan pulang ke rumah bersama-sama untuk tidur.. namun aku berkeras yang aku tidak akan apa-apa.. aku kata yang aku masih boleh terjaga.. namun tidak seperti apa yang mulut katakan, tanpa aku sedari, akhirnya aku terlelap duduk bersebelahan dengan Hafiz.. mungkin sebab terlalu khusyuk dengan lukisannya, akhirnya Hafiz perasan yang aku sudah pun terlelap.. kasihan melihat aku yang sedang tertidur, Hafiz cuba mengejutkan aku.. dia mengajak aku untuk pulang ke rumah.. namun aku masih juga terlelap.. lalu Hafiz mula berfikir, nampak gayanya malam ini mereka akan tidur di studio lah.. ianya bukan lah satu hal yang baru, selama ini Hafiz memang sudah biasa tidur di studio seni nya.. membuat keputusan seperti itu, Hafiz mula menyiapkan semula kerja nya itu yang sudah mula sempurna..

jam sekarang menunjukan hampir pukul 1 malam.. Hafiz masih juga tidak terlelap, sibuk kosentrasi dengan lukisannya.. berus dan terus memberus.. berhenti seketika lalu memerhatikan lukisannya itu.. dilihat sekiranya ada cacat cela.. dilihat sekiranya ada benda yang harus ditambah lagi untuk mencantikkan lagi lukisan itu.. selepas itu, dia menyambung lagi apa yang perlu ditambah.. kerana terlalu khusyuk, tanpa Hafiz sedari ada seseorang berada di belakangnya.. ada seorang yang sedang memerhatikan dirinya.. perlahan-lahan orang itu mula mendekati Hafiz.. dekat dan semakin mendekati.. dia berhenti seketika lalu memerhatikan lukisan Hafiz.. tersedar pula yang aku sedang tertidur bersebelahan dengan Hafiz.. tersenyum nipis, kemudian matanya beralih memandang Hafiz yang dari tadi tidak menyedari kehadirannya di situ..

"ianya adalah satu lukisan yang cantik.." akhirnya orang itu berkata..

terkejut, Hafiz mula menoleh ke belakang.. satu suara yang begitu dia kenali..

"Abang Ihsan?!" Hafiz sedikit menjerit..

lantas Hafiz terus mendekati Ihsan.. cuba untuk memeluk Ihsan, namun Ihsan berundur sedikit ke belakang.. Hafiz berhenti, dia faham yang Ihsan tidak mahu dipeluk.. Ihsan hanya tersenyum nipis..

"maafkan Hafiz dengan apa yang sudah berlaku.. tapi percaya lah, ada benda yang Hafiz harus katakan dulu.." kata Hafiz lagi..

"tak perlu meminta maaf.. aku rasa yang aku pun bersalah juga dalam hal ini.. sebab tak mahu mendengar apa yang Hafiz mahu jelaskan.. maaf sebab tengking Hafiz tempoh hari.." kata Ihsan perlahan..

Ihsan mula bersikap tenang.. dia mula menyalahkan dirinya sendiri.. tidak tahu kenapa dia boleh menjadi seorang yang tidak penyabar.. selama ini, dia tidak pernah sekasar begitu pada Hafiz.. dalam tempoh beberapa hari dia lari dari rumah, dia mula memikirkan hal ini.. dia mula membuat refleksi dengan apa yang sudah terjadi.. lalu dia rasa yang dirinya seharusnya bersikap tenang dalam hal ini..

"tapi Hafiz tetap rasa bersalah.. maafkan Hafiz.. maafkan Hafiz.." kata Hafiz dengan nada penyesalan..

"jangan bising.. nanti Fahri terjaga.." balas Ihsan sambil dia menoleh ke arah diri aku yang sedang nyenyak tidur..

Hafiz terdiam.. dia pandang wajah Ihsan.. wajah Ihsan berpandang ke arah pintu keluar tanpa mengajar Hafiz untuk berbincang di luar studio.. memahami bahasa tubuh Ihsan itu, Hafiz mengikuti sahaja.. kedua-dua mereka mula keluar dari studio meninggalkan aku terus terlena berseorangan..

berada di luar tidak jauh dari studio seni, mereka berdua mula berpandangan..

"beri tahu aku apa yang aku tidak ketahui.. yang pasti aku lihat dengan mata aku sendiri yang Hafiz pergi ke kelab malam itu lagi.. Hafiz tipu kata pergi ke tempat lain.. tapi aku dapat tahu yang Hafiz pergi ke kelab gay itu.." kata Ihsan.. "Hafiz minum arak, bukan? Hafiz tidak boleh tipu.. memang malam tu Hafiz berbau arak.. Hafiz memang tak boleh nak tipu hal itu.." Ihsan terus dengan pertanyaannya..

rasa bersalah yang teramat sangat, Hafiz menundukkan muka.. perlahan-lahan dia mengganggukkan kepala tidak menafikan apa yang Ihsan telah ketahui.. ianya adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.. dia memang sedar yang dia terlihat Ihsan ada memerhatikan dirinya dari jauh selepas sahaja dia keluar dari kelab gay itu.. dia juga tidak boleh menipu yang dia pulang ke rumah berbau arak.. Ihsan tahu itu.. Ihsan boleh hidu bau arak itu..

"so, apa alasan Hafiz? apa yang Hafiz mahu katakan dengan apa yang telah aku saksikan?" entah kenapa darah Ihsan mula naik.. namun dia cuba bersikap tenang.. dia mahu penjelasan dari Hafiz..

perlahan-lahan, Hafiz mula bersuara.. "ianya adalah kerana Amir.. dia yang buat Hafiz macam tu.."

terkejut, dahi Ihsan terus berkerut..

"Amir? budak tu?? apa yang Amir sudah buat sebenarnya??"

terdiam.. Hafiz masih terus menundukan wajahnya...


*         *        *


hari pertandingan seni yang diikuti oleh Hafiz sudah tiba.. pada saat ini, aku sedang berada di pameran seni di balai seni negeri tempat pertandingan itu berlangsung.. keadaan tidak lah begitu banyak orang sebab hari masih lagi terlalu awal.. kami telah berada di balai seni negeri pada awal pagi lagi untuk persiapan Hafiz.. lukisannya telah digantung pada hari semalamnnya.. aku tidak datang semalam, hanya Hafiz yang pergi sendiri..

mula teringat kejadian hari sewaktu aku menemani Hafiz yang cuba menyiapkan lukisan itu.. aku yang tertidur di dalam studio seni Hafiz, apabila aku terjaga pada keesokkan pagi nya, hal mengejutkan terlihat di mata aku.. kelihatan Ihsan turut berada di dalam bilik itu ketika aku mahu bangun untuk solat subuh.. tidak tahu bila dia datang ke studio, aku hanya mengejutkannya untuk mengajak solat bersama-sama.. sudah pasti aku akan bertanya pada dirinya bila dia datang ke studio.. kata Ihsan, sewaktu aku sedang tertidur, pada lewat malam dia datang.. dia tahu yang Hafiz akan berada di situ..

mula terfikir tentang konflik antara dirinya dengan Hafiz, aku mahu menanyakannya tentang hal itu.. tapi entah kenapa aku teragak-agak untuk bertanya soalan itu.. pada hari-hari seterusnya, yang aku perhatikan hubungan antara Ihsan dan Hafiz seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.. mereka mungkin kelihatan agak kurang bercakap seperti hari kebiasaannya, tapi tidak pula menunjukkan sebarang konflik telah berlaku.. sebetulnya aku mahu tahu apa yang sudah jadi sebenarnya, tapi melihat mereka yang sudah berbaik seperti biasa, aku senang melihatnya dan berasa lega.. biarpun aku ingin tahu, tapi aku pendamkan sahaja niat untuk bertanya..

pada saat ini, mataku tertumpu pada lukisan Hafiz yang sedang bergantung di dinding.. memang tidak dapat dinafikan, ianya adalah satu lukisan yang cantik.. untuk seorang yang masih lagi belajar seperti Hafiz, dari segi teknik lukisan, ianya kelihatan sungguh menakjubkan untuk orang seperti dirinya.. kelihatan sempurna dan penuh artistik.. aku fikir ia mampu menarik perhatian juri yang mengadilinya.. ianya sudah tentu.. apa lagi dengan tema 'berat' yang Hafiz mahu bawakan.. ianya sudah pasti akan jadi satu tarikkan..

judulnya adalah 'The Ending'.. satu kisah tentang hubungan manusia dalam menghadapi penghujung cerita cinta mereka.. 

kisah tentang manusia yang mahu mengikuti jalan-Nya..

mereka hanya ada satu pilihan.. iaitu, perpisahan...

aku terdiam..

ianya adalah satu kisah cinta yang dipendam.. satu kisah cinta tanpa suara.. unspeakable love..

keraguan... ketakutan... rasa bersalah.. mungkin juga ia adalah satu pengorbanan... 

saya juga baru pelajari, mungkin ia juga adalah satu benda yang kita sebagai 'selfishness'.. mungkin juga ia adalah satu obsesi.. dan kisah ini adalah mengenai kisah mereka yang mahu lari dari sikap pentingkan diri sendiri itu.. dan penghujungnya adalah perpisahan.. ini lah penghujung cerita..

tapi adakah mengejar cinta adalah satu sikap pentingkan diri sendiri?

aku masih terdiam..

mungkin orang mengatakan, ini lah jalan terbaik untuk mereka, tapi diri saya tetap tidak boleh dari mempersoalkan tentang soalan tentang 'kenapa'..

kenapa... kenapa hanya ada satu pilihan? 

kenapa sesetengah orang boleh memilki, tapi satu golongan lain dikecualikan? orang kata sebab 'ia' adalah nafsu.. sebab itu ia harus ditinggalkan.. 

tapi benar kah ia adalah nafsu?

ianya adalah kisah mengenai insan yang cuba mengetahui apa yang dimahukan oleh Tuhannya.. kerana manusia itu ada kelemahan.. ada batas permikiran yang kita tidak boleh jangkau biarpun kita mahukan jawapannya..

maka, persoalan itu akan terus hidup.. 

persoalan mengenai 'kenapa'.. 

kenapa? dan kenapa?

pada saat ini aku seolah-olah sedang menghadapi deja-vu membayangkan apa yang Hafiz bakal katakan nanti.. pada saat ini, aku nampak seolah-olah Hafiz sedang berdiri di hadapan bersebelahan dengan lukisannya bertanya mengenai soalan dari hatinya itu.. terdiam.. aku tunduk.. kemudian, hatiku mula berbisik..

sungguh.. kehidupan ini penuh dengan tanda tanya...

menghembuskan nafas, aku mula berlalu dari situ.. berseorangan, aku berjalan-jalan di sekitar balai seni itu.. memerhatikan segala apa yang sedang dipamerkan.. pelbagai jenis lukisan yang mempunyai pelbagai tema.. aku perhatikan dari satu ke satu lukisan..

tiba-tiba ada satu panggilan dari telefon bimbit aku.. terkejut kecil, aku dengan segera mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.. aku lihat nama pemanggil di skrin telefon.. serta-merta hati aku berdebar-debar.. ianya adalah panggilan dari Shahir..

teragak-agak untuk menggangkatnya, akhirnya panggilan itu terhenti sendiri.. hati yang cemas tiba-tiba menjadi reda seketika.. namun tidak untuk tempoh yang lama, telefon bimbit aku sekali lagi berbunyi.. nama yang sama.. aku pandang pada skrin.. mataku hanya memandang pada nama Shahir yang terpampang pada skrin telefon.. jantung mula berdebar-debar lagi.. teragak-agak, dengan perlahan aku menghulurkan jari aku pada skrin untuk menekan butang menjawap panggilan.. namun dengan serta merta panggilan itu terhenti lagi.. aku terus terdiam..

mata memandang pada skrin telefon.. tidak lama selepas itu, masuk satu pesanan ringkas dari Shahir.. dengan segera aku buka, lalu membacanya..

-harap boleh jumpa kau kalau ada masa yang terluang..

aku terdiam.. terus aku memikirkan yang aku sudah agak lama tidak berjumpa dengannya.. mula terbayang tentang kejadian kali terakhir aku keluar dengan dia.. tentang kata-katanya untuk menjadi 'pembimbing' aku.. entah kenapa aku mula tersenyum kecil.. tapi aku tak tahu kenapa aku tersenyum.. yang pasti ianya bukan lah satu senyuman gembira..

tidak membalas pesanan ringkas dari Shahir itu, aku mula bergerak perlahan bersiar di dalam balai seni itu.. aku fikir yang aku akan balas mesej itu kemudian nanti.. mata aku kini mula menumpukan pada setiap lukisan yang dipamerkan dalam balai seni.. dari satu lukisan ke satu lukisan yang lain.. aku lihat nama lukisan dan nama pelukisnya, kemudian aku cuba tafsirkan apa yang dimaksudkan di sebalik lukisan itu..

"maafkan saya.." tiba-tiba ada seorang bersuara di belakang aku... "nama encik ni Saiful ke?" kata orang itu lagi..

terasa seakan ada seorang sedang menegur aku lalu aku menoleh ke belakang.. kelihatan seorang wanita dalam umur sekitar usia aku di depan mata..

"maaf.. cik sedang bercakap dengan saya ke?" tanya aku mahukan kepastian..

"ye.. jadi anda ni bernama Saiful lah?" tanya wanita itu lagi, "by the way, ianya adalah satu lukisan yang cantik.. anda sungguh berbakat.." wanita itu tersenyum..

"maafkan saya ya cik.. nama saya bukan Saiful.. rasanye cik sudah tersalah orang.." kata aku

"oh ya ke? jadi, bukan lah anda yang lukis lukisan ini? saya ingat ia adalah self portrait.." balas wanita itu sedikit terkejut bila aku menafikan aku bukan orang yang bernama Saiful.. jari wanita itu menunjukan ke arah satu lukisan.. apabila aku menoleh, sesuatu telah membuatkan aku sungguh terkejut... hati aku terus berdebar-debar..

di depan mata aku, kelihatan satu lukisan potret seorang lelaki.. wajah imej lelaki itu memang adalah wajah aku.. ternganga, hatiku mula menjerit..

Saiful??!!












18 comments:

  1. best2.... bl mn cebisan2 misteri mula berkumpul...

    👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm citer ni watak hafiz biar pun sekadar minor character je sbnrnye ada membawa byk pengaruh dlm perkembangan cerita gak.. actually, aku try nk short kn cerita takut berlarutan.. my target nk buat citer ni around 40 parts je... mungkin trlebih.. tp jgn sampai 50 lh kot..

      Delete
  2. ingatkan dah habis dah.. terkejut check

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu ada ckp kat FB.. tajuk part 32 'the ending'.. tp bukan maksud citer ni dh habis.. tp tu nama tajuk lukisan Hafiz

      Delete
    2. btw, dh lama x nmpak kat FB kebelakangan ini..

      Delete
    3. ada je...sibuk dgn asgmnt.. tegur je.. my tab akn berbunyik.. hik hik hik

      Delete
  3. sepatutnya ada sambungan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu perasan, citer ni ada byk connection gak.. dulu saiful kata yg dia suka pd arts.. then lukis potret fahri.. then dh lama x sebut tentang potret tu, tanpa disangka fahri jumpa potret tu waktu kat art competition yg hafiz join.. actually fahri x pernah tgk potret yg dilukis oleh saiful tu pun.. and dlm citer ni hafiz ada sebut tentang 'amir'.. so kita tahu yg hafiz pun ada hubungan dgn amir jg.. hubungan apa? x tahu lh kn.. and part ni juga adalah titik mula utk fahri utk brjumpa dgn shahir yg jrg muncul setakat ni.. bah kn juga fahri mungkin akan jumpa dgn saiful smula.. but kita x tahu lg apa yg akn jd lps ni.. tunggu next episode lh..

      Delete
  4. thanks abang putera...u made me wonder...why?..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually ni adalah brdasarkn opinion org.. tu adalah apa yg hafiz fikirkn.. setiap org ada permikiran sendiri.. but for my own opinion, jwpnnya adalah selalu mengenai 'faith'.. we dont know, but kita faith mengenai nya..

      Delete
    2. # but kita ada 'faith' mengenai nya..

      Delete
  5. aku rasa mcam dah hilang aura novel ni, lemas nk baca kisah hafiz ni, walaupun watak penting kenal amir n mmbawa kepada saiful, mungkin aku dah rasa jelak dah bosan ngan huraian ttg plu yg nk bercinta pun salah, x bercinta rasa salah dah klise nk ketengahkn isu ni panjang lebar, sebb semua plu merasai semua ni, mungkin nnti ngan syahir pun boring bila sentuh isu2 ke jalan yg benar..... bila mana di cerita ni di olah secara skema, i hope x lah... 40 part cukuplah... x larat dah nk ikuti novel ni...

    ReplyDelete
  6. Last je baru best... amir saiful syahir muncul.. yess

    ReplyDelete
  7. Aku ingin merasakan cinta itu, walaupun sekali... Putera, kau seolah-olah menzahirkan rasa sebenar hatiku pada part kali. Antara keinginan dan ketakutan.. Aku berperang diantaranya..

    ReplyDelete
  8. bess citer ni..bila nak abis..cepat2 larr

    ReplyDelete
  9. :-)

    makin lama follow cerita ni..makin banyak benda yang aku belajar....

    ReplyDelete
  10. bagus gk cter putera ni. Bkn senang nk jmpe cter yg bnyk cuba ingtkn kte pd pencipta kita. Nice one la. Solat suboh pun ad mention. Org kate, klo bleh lwn nafsu tido, insyaAllah bleh lwn nafsu laen gk

    ReplyDelete
  11. Satu bnde je yg aku nak ckap yg kaw ni....mmg mmpunyai imaginasi yg sngat kuat.......

    ReplyDelete