Tuesday, 30 September 2014

Takleh Nak Kawal Diri


aku ada kata tentang yang aku ni risau kalau-kalau aku ter'over ambil berat dia buat dia macam suspect something kat aku.. ye lah.. aku ni siapa je pada dia.. tapi ter'over ambil berat pula kan.. macam yang aku dah cakap kan, aku ni tak boleh nak tipu or halang diri aku daripada nak ambil berat pasal dia.. dah tak boleh nak cover dah.. 

entah lah.. aku jujur, honest, sincere je nak ambil berat pasal dia.. no hidden meaning.. try untuk rebut hati dia ke apa, seriuously takde macam tu.. tapi, cara aku mungkin sesuatu yang salah.. macam aku cakap, aku ni siapa je kat dia.. then ambil berat sangat kat dia.. so, benda ni jadi naturally.. bukannya aku buat-buat konon ambil berat ke apa..

aku dah tak kisah dah apa yang dia fikir tentang aku.. memang aku jujur nak ambil tahu pasal dia.. walaupun aku rasa yang aku tak layak untuk buat macam tu.. aku ni siapa-siapa je pada dia.. but aku takleh nak kawal diri untuk ambil berat pasal dia..







(dia tahu aku ada blog, sebab aku ada cakap.. but aku tak kasi tengok pun blog aku kat dia.. lepas post yang sebelum ni, aku ingat ada ramai lah yang boleh beri iktihar, tapi-tapi tengok-tengok takde orang balas apa-apa pun.. maybe orang lain jadi clueless macam aku tak tahu nak buat apa.. but then ada lah yang pm aku kat FB sebut satu website.. thanks tau sebab inform aku pasal website.. sangat membantu..)













Sunday, 28 September 2014

Antara Aku dengan Dirinya







ada yang tanya aku, kenapa private kan blog? sekejap private, sekejap tak.. kenapa buat macam tu?

entah lah, aku sejak kebelakangan ni emosi macam tak stabil sikit.. sekejap okay, sekejap tak okay.. just sebab kebelakangan ni banyak benda yang jadi kat hidup aku.. dari satu benda ke satu benda.. aku ada masalah aku sendiri, but then at the same time aku pun 'sibuk' je nak fikirkan tentang hal orang lain.. aku pun tak sure sama ada aku patut tulis benda macam ni lagi or tak.. or sepatutnya aku just buat macam takde benda yang berlaku pun seperti sebelum ni aku buat..

kalau nak ikut kronologi lah kan, aku start ada masalah aku sendiri sejak bulan Julai lepas.. sampai sekarang dah dekat nak tiga bulan aku dilanda masalah.. pada awal-awal tu aku macam buat-buat takde apa benda berlaku pun.. macam hanyut dengan benda lain.. padahal dalam hati ada timbul 'kerisauan' tu.. just aku macam 'disturb' perhatian aku buat benda lain.. sebab aku tak nak rasa stress bila aku fikir pasal benda tu.. jada korang pun tak leh nak syak apa-apa sangat pun pasal perubahan aku.. kata ada masalah, but boleh pula aku macam rileks-rileks.. siap boleh tulis blog lagi, tengok movie, main game.. macam takde apa-apa berlaku.. but then aku ni dalam keadaan 'depression' juga sebenarnya.. tapi, macam aku cakap, aku disturb perhatian aku dengan buat benda lain, macam tulis blog, layan movie or sebagainya.. sebab aku tak lah aku sedih all the time, aku simpan 'kerisauan' aku dengan buat benda lain.. but sekarang ni, bila dah lama kumpul, ianya macam dah nak menuju kepada klimaks masalah tu.. pada masa ni lah aku macam hilang permikiran rasional tu sikit, sampai terfikir nak bunuh diri pun ada.. aku dah jumpa dengan kaunselor sejak dari minggu lepas.. dah ada tiga sesi perjumpaan dah, and tak habis lagi.. minggu depan ni dia nak bawa aku jumpa doktor.. aku pun tak sure sangat untuk apa, just macam sesuatu yang ada relate dengan 'depression'.. last perjumpaan pada sesi kali ketiga, aku menangis.. hahaha.. menangis habis lah.. buruk je aku menangis.. aku pun tak tahu lah sejak bila kali terakhir aku menangis macam tu.. sebab lelaki kan jarang menangis.. and ditambah aku ni jenis yang super ego, memang aku tak sangka pun yang aku boleh menangis time tu.. orang kata, kalau perempuan menangis, perkara biasa je.. but, kalau lelaki menangis, air mata memang air mata 'keikhlasan'.. sebab air mata lelaki ni mahal.. lagi-lagi jenis yang super ego macam aku.. menangis sebab apa? about my own problem lah.. problem apa benda? sebab aku jenis super ego, so aku tak nak cakap.. hahahaha... so, cukup lah korang sekadar faham yang aku ada problem, and still tengah menghadapi problem tu..

but then, walaupun aku ada problem aku sendiri, aku ni mula pula melibatkan diri dengan masalah orang lain.. masalah siapa? masalah 'si dia'..

kalau ikut kronologinya, kena imbas semula tentang apa yang dah jadi sebelum ni..

aku kenal 'si dia' ni dah lama.. aku banyak kali juga cerita pasal benda ni kat dalam blog.. aku kenal dia waktu aku study kat Asasi dulu.. and nasib tak berapa nak menyebelahi, aku pindah tempat lain (sebab dapat biasiswa).. and waktu 'long distance friendship' (yang tak lah rapat pun) aku tak tahu yang macam mana aku mula ada hati kat dia.. so, aku simpan feeling tu.. sampai lah aku study kat Aussie semua, aku still simpan feeling tu.. orang kata, kadang-kadang perasaan suka ni boleh pudar bila dah semakin lama berlaku.. bila ko ada crush kat orang ni, but lama-lama ia jadi hilang.. so, aku fikir ia akan jadi macam tu lah.. but then feeling tu aku rasa macam still melekat.. nak kata feeling tu macam 'cinta' aku ragu-ragu pula benda tu.. sebab kalau aku fikir dalam-dalam serius aku tak sure sama ada aku nak anggap ianya adalah cinta or tak.. ia macam satu perasaan yang kita suka kat orang tu yang maybe lebih dari sekadar suka.. but ia tak sampai lagi boleh diconsider sebagai cinta.. maybe sebab aku rasa ada benda yang kurang, jadi aku tak lah nak declare that feeling macam aku ni fall in love kat orang.. lagi-lagi aku kenal dia untuk beberapa tempoh je pun.. and aku tak kenal sangat pasal dia, but aku memang teringin sangat nak tahu.. tapi sebab 'jarak' ianya macam jadi satu penghalang.. but si dia memang membuatkan aku buat banyak perkara yang agak 'crazy' juga.. aku bayak kali sebut nama dia kat mulut.. lukis potret wajah dia.. stalk his FB setiap hari.. tengok gambar dia sebelum tidur.. letak gambar dia kat tepi meja study... guna nama dia sebegai karakter game aku.. banyak benda lah.. even nak pergi KL hari tu pun antara sebabnya adalah untuk berjumpa dengan si dia.. and maybe ada yang akan tanya sama ada aku ni fall in love kat dia or tak sampai buat macam tu.. jawapan aku, I dont know.. I'm not sure.. aku just rasa ada benda yang kurang yang membuatkan aku tak boleh nak cakap yang aku ni fall in love.. but aku admit, yang aku buat banyak benda 'crazy' sebab dia.. 

so, alkisah nya bila satu hari aku memberi komen kat status FB nya.. then ianya jadi satu turning point.. dari situ lah aku mula dapat tahu hal dirinya dengan lebih dekat lagi.. sesuatu yang aku tak tahu sebelum ini, sesuatu yang hilang dalam pengetahuan aku, rahsia tentang perjalanan kehidupan dia, pada almost 4 tahun dah tak berjumpa.. semuanya bila aku tanya satu soalan, "kenapa jadi macam tu?" then tak sangka dia pun jawab soalan aku.. sebelum ni memang ada suspect something berlaku kat dia pun, tapi tak sangka lah yang ianya lagi worst.. lalu bermula beberapa siri sesi deeper conversation antara aku dengan dirinya.. pada saat ini, aku mula mengetahui kisah-kisah yang aku tak pernah ketahui.. mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi.. personaliti.. perangainya.. sesuatu yang aku telah terlepas sebelum ni.. kalau aku nak singkatkan punca utama masalah dia adalah disebabkan rasa 'kehilangan'.. feeling bila kita 'kehilangan' sesuatu yang amat bermakna dalam hidup kita.. dan ianya lagi worst bila ia jadi satu benda yang berterusan.. bila ko hilang satu benda ni, belum je reda kesedihan tu, then lepas tu ko hilang benda lain yang ko sayang pula.. bergantung pada orang bagaimana mereka boleh menerima kehilangan itu, ada yang boleh kekal rasional, but then ada yang mula kurang rasional.. dalam kes ini, rasa kehilangan tu telah membuatkan kesan yang mendalam dalam hidup dia yang menjadikan dia agak hilang daya permikiran yang rasional.. kehilangan pertama itu, bila emak dia meninggal dunia.. dia lebih kurang macam anak emak lah.. paling rapat dengan emak berbanding ayah... sayang sangat dengan emak dia.. then masih berbekas rasa kehilangan itu pada hati, then lepas tu dia hilang cinta dia.. hubungan dia dengan perempuan yang betul-betul dia suka telah pun terputus.. sebab apa, aku pun tak tahu sangat.. aku ada baca blog dia, (dia yang tunjuk) bila aku baca aku boleh rasa kan bertapa 'honestnya' feeling tu antara dia dengan perempuan tu.. lagi teruk lagi dia macam tak boleh nak lari daripada nak hadap perempuan tu, sebab satu kelas, setiap hari kena jumpa.. then ada perempuan lain muncul macam jadi 'heroin' yang nak selamatkan hati dia yang tengah bersedih tu.. so, bila 'si dia' macam mula nak buka hati dia untuk terima orang lain, suddenly perempuan ni macam kata 'aku rasa macam feeling ni bukan cinta lah'.. then si dia terasa diri dia macam dipermainkan, "kenapa ko muncul time aku sedih, nak tolong aku.. dan bila aku dah mula terima ko dalam hidup aku, suddenly ko kata macam nak lari begitu je?" terasa perempuan tu hadir untuk menyakitkan hati dia je.. diri macam dipermainkan perasaan..

so, ada orang tak boleh nak handle kesedihan.. si dia try nak lupakan kesedihan tu dengan mengambil sesuatu yang tak sepatutnya.. mula-mula dengan weed/ganja/marijuana... then lama-lama sesuatu yang lebih berat lagi.. so benda ni macam akan 'menghantui' sekali kita dah mula terlibat dengan ia.. jadi, lama-lama ianya macam telah merosakkan kehidupan dia.. ianya bukan lah dia macam tak ada azam untuk berhenti daripada ambil benda macam tu.. just, ia keep menghantui.. susah untuk lari..

so, tiba-tiba aku muncul dalam hidup dia. seorang insan yang dia kenali beberapa tahun yang lepas.. probably dia dah lupa pasal aku, tapi aku still mengingati dia.. aku yang consider diri aku lebih kurang macam 'stranger' hadir dalam hidup mula nak dengar apa yang dah jadi kat hidup dia.. padahal pada saat ni, aku sendiri pun menghadapi masalah aku sendiri.. just bila aku realize yang dia sedang hadapi masalah seperti ini, aku tak boleh nak halang diri aku untuk ambil tahu keadaan dirinya.. aku sedar, aku ada masalah aku sendiri (yang sebenarnya maybe lagi worst), but at the same time, aku nak ambil berat pasal keadaan diri dia juga.. so, setelah beberapa kali aku ada deeper conversation dengan dia, aku mula realize mengenai satu perkara.. ianya adalah mengenai 'love'.. 

salah satu sebab kenapa dia jadi macam tu adalah disebabkan love.. aku ada baca blog si dia.. dan ada baca blog perempuan yang dia sukai.. feeling tu macam, aku ada hati kat orang ni, suddenly aku dengar pasal kisah hati dia dengan seorang perempuan.. aku mula belajar bagaimana feeling dia kat perempuan sebenarnya adalah sesuatu yang honest.. but at the same time, aku pun ada feeling kat si dia (feeling maybe bukan tahap cinta).. so, aku mula nak relate and bandingkan sekuat mana feeling aku kat dia, dengan sekuat mana feeling dia dekat perempuan yang dia cintai.. aku rasa macam tak boleh nak banding.. feeling dia kat perempuan tu adalah sesuatu yang honest, mencintai.. but feeling aku kat dia pula adalah perasaan yang ragu-ragu.. and at the same time aku pun mula belajar mengenai satu perkara..

'kadang-kadang kita pun kena sedar juga, dalam masa kita nak mengejar cinta orang itu, si dia pun ada cinta dia sendiri yang dia ingin kejar..'

maksudnya kat sini, dia ada cinta dia sendiri, dia ada feeling dia sendiri, aku kena sedar mengenai hakikat itu.. dia ada kisah cinta dia sendiri, dan aku langsung tidak termasuk dalam cinta dia itu.. 

aku pun macam... hmmmm..

"aku tahu yang aku ada hati kat dia.. but dia pun ada cinta dia sendiri.. dia pun ada orang yang dia impikan.."

so macam... terima lah hakikat yang sebenarnya.. dengan rela hati.. aku langsung pun tak ada dalam hati dia.. sekuat mana feeling aku kat dia, kuat lagi feeling dia kat perempuan yang wujud di hatinya dulu itu, dan ia still ada lagi.. rasa tak boleh nak bandingkan.. sekarang ni aku telah menjadi saksi 'kekuatan' cinta.. bagaimana cinta itu boleh membahagiakan.. but at the same time cinta itu juga boleh membunuh.. dan sekarang apa yang aku saksikan ianya telah membunuh dirinya..

aku pun realize tentang diri aku.. I know I like him.. dah bertahun-tahun aku memang ada feeling ni kat dia.. walaupun feeling tu maybe tak tahap cinta pun.. sebenarnya aku takde lah mengharapkan apa-apa dari dia pun.. seperti mana apa yang telah aku ceritakan dalam blog ini, mengenai pendapat aku dalam percintaan 'cinta pelik' ini... mengenai 'rule number one..'.. aku tak harap apa-apa lebih kat dia pun.. takde pun rasa macam nak jadi kapel kat dia.. aku suka dia, tapi aku tak fikir pun sampai nak jadi kapel ke.. serius cakap, aku tak harap apa-apa kat dia..

but at the same time aku tak boleh nak tipu hati aku mengambil berat tentang dirinya.. aku ambil berat bukan sebab aku nak rebut hati dia.. aku ambil berat sebab aku ikhlas risau pasal diri dia.. 

bila wajah yang aku selalu tatap almost setiap hari.. gambar si dia yang aku sentiasa bawa jika aku balik Malaysia and kembali ke Aussie semula.. gambar si dia yang aku ada letak di meja belajar aku.. gambar si dia yang aku tatap sebelum aku tidur.. suddenly aku melihat, wajah dirinya yang terkini, dengan wajah yang pucat, kurus, tak terurus, hati aku memang menangis melihatnya.. di mana hilangnya wajah yang aku tatap almost setiap hari? di mana hilangnya wajah itu? kenapa aku lihat wajah yang begitu berbeza sekarang? ia macam buat aku sedih sangat.. hati aku menangis bila tengok wajah dia yang sekarang.. wajah yang tidak sama lagi dengan gambar-gambar dirinya yang aku ada simpan..

so, even aku takde mengharapkan apa-apa dari dia pun, melainkan hati aku memang ikhlas untuk ambil berat pasal diri dia, tapi keikhlasan aku ini mungkin sepatutnya aku tak pamerkan.. benda berlaku bila mana aku jujur ambil berat tentang dirinya, ianya mula nak menjadi satu pentunjuk pada dia yang aku sebenarnya aku ada feeling kat dia.. dan ia mungkin sesuatu yang tak bagus.

ya lah.. aku lelaki.. dia pun lelaki.. benda ni jadi complicated bila hal macam ni berlaku.. aku nak ambil berat pasal dia, tapi kerana itu, ia macam jadi satu petunjuk yang menunjukkan aku ada hati kat dia (walaupun mungkin bukan tahap cinta).. dan dia seakan mula sedar akan hal ini.. sebab melalui deeper conversation antara kami, aku mungkin terlepas pertunjuk yang membuatkan dia boleh agak aku.. 

memang rasanya aku telah terlepas banyak petunjuk..

suddenly dalam deeper conversation antara aku dan dia, si ada cakap macam ni..

"aku ada kawan lelaki yang sangat rapat dengan aku masa kat PJ lagi.. Then end up dengan dia suka aku.. and ada lah lelaki salah sangka aku yang aku ni gay.. hahaha.. aku tanya sebab aku takut.. sorry, aku rasa kau bukan yang macam tu kan? aku agak trauma juga dengan lelaki actually.."

bagi aku soalan macam 'are you a gay or not' ni macam satu soalan yang powerful yang mostly orang PLU sendiri tak pandai nak balas macam mana.. walaupun soalannya tak lah begitu direct dalam kes ini.. so, aku tak jawab pun nak kata 'YES' or 'NO'.. tapi aku alihkan perhatian pada benda lain tanpa memberi sebarang jawapan.. usually bila aku ditanyakan soalan ni, aku jadi macam tu lah.. tak cakap apa-apa pun.. or senang kata macam, 'don't know how to react or answer the unexpected question'..

so, ni lah jadi problem nya.. hati aku memang terasa nak ambil berat pasal dia... but aku takut kalau aku terlebih ambil berat ia boleh macam disalah tafsirkan oleh dirinya.. lagi-lagi bila dia soal aku dengan soalan yang tak dijangkakan itu, aku tahu hidden meaning ayat tu macam bawa maksud, "better kau jangan suka kat aku.."

tapi masalahnya, aku serius cakap memang tak ada harap apa-apa lebih dari dia pun.. takde lah keinginan nak rebut hati dia.. sebab aku lebih gembira jika dia boleh pilih cintai yang diredha Allah berbanding daripada dia terlibat dengan kehidupan songsang macam aku ni.. walaupun aku macam merelakan, tapi aku tak boleh nak tipu or halang diri aku sendiri untuk terus nak ambil berat pasal dirinya.. aku ambil berat tentang dirinya, bukan lah untuk merebut hati, tapi aku jujur risau mengenai dirinya..

so, aku just risau kalau-kalau dia finally discover yang aku macam ada feeling pada dirinya.. apa yang akan jadi selepas itu, ini yang buat aku risau.. aku tak nak lah dia terasa dirinya telah 'dikhianati' oleh aku kerana aku ada perasaan kat dia (walaupun mungkin bukan tahap cinta).. sebab aku dapat rasakan bagaimana dia telah pun membina 'kepercayaan' terhadap aku.. rasanya, pada saat ini aku lah telah menjadi tempat dia mengadu untuk luahkan hati.. tempat dia nak ceritakan segala-galanya.. aku tak nak lah kalau dia dapat tahu yang aku ada feeling kat dia lalu ia akan merosakan 'kepercayaan' itu dan kemudiannya merosakan friendship antara aku dengan dirinya.. so, benda ni lah yang buat blog ni kadang-kadang jadi private, kadang-kadang jadi tak private.. sebab aku risau kalau dia terjumpa blog ni.. and lepas tu.... hmmm.. tak tahu lah apa akan jadi..

seperti yang aku dah cakapkan.. aku rasa yang aku ni dah terlepas cakap banyak pertunjuk kat dia.. sebenarnya aku ada mentioned yang aku ada memiliki satu blog.. daripada benda ni lah aku mula tahu yang dia pun ada blog juga.. dia benarkan aku tengok blog dia.. tapi aku tak nak benarkan dia tengok blog aku.. so, benda ni lah yang buat dia curious pasal aku.. kenapa aku tak benarkan dia untuk tengok blog aku? ye lah.. aku kan dah banyak tulis pasal diri dia dalam blog aku, so kalau dia baca pasal tu, habis lah.. tu lah yang tiba-tiba blog ni sekejap private sekejap tak private.. aku just risau pasal hal ni...

and aku buat satu perkara yang aku rasa bodoh.. dalam entri sebelum ni aku ada post tentang mesej aku beri pada perempuan yang menjadi 'punca' kepada semua masalah yang dia hadapi sekarang.. aku tak tahu lah kenapa aku buat macam tu.. aku just buat mengikut kata hati aku yang berkata, "aku nak contact perempuan tu.." dan bila aku dah fikir semula, beberapa hari selepas aku hantar mesej tu pada perempuan tersebut, aku mula rasa yang ia sepatutnya bukan lah perkara yang aku patut buat.. rasa tak sedap hati pula aku buat macam tu.. lagi-lagi bila aku baca mesej tu semula.. ayat yang seolah-olah aku merayu-rayu kat perempuan tu.. then aku mula fikir, tak ke mesej yang aku hantar seolah-olah menunjukkan yang aku ni gay? ye lah.. tak kan lah seorang lelaki nak buat mesej macam tu.. ayat seolah-olah merayu-rayu.. takkan orang tulis mesej macam tu melainkan orang tu sebenarnya ada hati and feeling terhadap 'insan' yang dia ingin 'selamatkan'.. so, aku just rasa aku buat benda yang stupid..





okay.. aku tak nak cakap panjang lagi.. tapi aku nak minta tolong sikit.. sebab aku sendiri pun buntu.. ini lah kali pertama aku terlibat dengan situasi macam ni.. 

apa yang korang boleh katakan bila 'orang yang korang ada hati kat dia' telah pun terlibat dengan ketagihan dadah? aku dah jelaskn sebab kenapa dia boleh terlibat dengan benda macam ni.. dia pun teringin nak berubah dan tinggalkan benda jahanam tu.. tapi, bila kita dah terlibat, ia macam telah menghantui.. susah nak tinggalkan... aku risau pasal dia.. aku ambil berat pasal dia walaupun sebenarnya pada saat ini aku sendiri pun ada masalah aku sendiri (minggu depan kena jumpa kaunselor lagi and jumpa doktor) tapi aku tak boleh nak halang diri aku daripada terus untuk ambil tahu tentang keadaan dirinya.. 















Friday, 26 September 2014

I Want You to Help Him







assalamualaikum..

trlebih dahulu sy just nk ckp 'sorry' sbb tiba2 je ada 'stranger' mcm sy ni send private message kat u.. nk kata kita pernah brjumpa tu, x pernah pun.. but probably akan pernah berjumpa sy pilih utk kekal di sana, kat UIA.. mksdnya kat sni sy pernah lh study kat UIA dulu but skjp je, then pindah tempat lain.. lebih kurang kita sebaya juga lah.. 2- tahun, klu awak pun 2- tahun.. sy kenal awak ni pun disebakan oleh seorang rakan.. dan knp sy tiba2 je nk contact awk ni pun disebabkan seorang rakan tu jg.. honestly, sy pun x tahu klu tindakan sy nk menghubungi awk ni adalah satu satu tindakkan betul or x.. sbb rakan sy ni pun x tahu yg sy ada send mesej kat awk.. sy just ikut kata hati sy, fikir sy ingin tolong sesuatu..

ok, xnk byk ckp sgt, rakan yang dimaksudkan tu adalah org yg pernah berada di hati awk.. your ex-bf.. x tahu lah sama ada awk ada ex-bf yg lain.. but yg ni nama dia adalah 'A---- A---- S---- B----'.. still kenal lagi?

sy pun x tahu sgt apa yg dah jd antara awk berdua sblum ni.. sbb sy pun bukannya ada kat UIA tu utk tahu apa benda yg dh jd.. and sy pun x pasti sgt apa yg buat korang terpisah.. salah siapa? sy pun x tahu sgt.. jd, kita lupakan apa yg dah berlaku.. sbb benda dh jd kn.. nk buat mcm mana.. sy pun xnk lah salah kn sesiapa.. but skrg ni sy just nk sentuh benda yang tgh terjadi skrg ni.. ianya adalah mengenai rakan sy dan juga kenalan awk, A----..

I dont know klu awk aware pasal apa yg dia dah jadi pd dia skrg.. awk mungkin dah tahu, mungkin juga x tahu lagi, or buat2 x nk ambil tahu.. klu awk tak tahu lg, sy just nk ckp keadaan dia 'sangat teruk' sekarang ni.. teruk mcm mana? sesuatu yg dia buat yg boleh menghancurkan kehidupan dia sendiri.. and knp dia boleh buat mcm tu? ianya adalah disebabkan rasa 'kehilangan'.. dia ada ckp kat sy yg dia mcm rasa 'kehilangan' byk benda yg dia syg.. dan antara orang yg dia rasa 'kehilangan' itu adalah diri awak.. bagaimana dia merasakan awk begitu penting dlm hidup dia.. dan bila dia kehilangan awk, ia ada membawa kesan kehidupan yg besar dlm hidup dia.. sy x faham apa yg A---- rasakan.. sbb sy x pernah bercinta, and x rasa diri pernah jatuh cinta lg.. jd senang kata, sy x boleh mengenali apa itu cinta.. tp sy rasa skrg ni, sy telah menyaksikan bagaimana 'kuasa' cinta tu boleh mengubah seseorang.. cinta itu boleh membahagiakan.. tapi cinta itu juga boleh membunuh.. dan skrg sy saksikan yg cinta itu telah 'membunuh' dirinya.. sy x kata lah yg awak satu-satunya sbb knp dia jd mcm tu.. and ia bukan salah awk pun.. tp awk still juga menjd salah satu sbb knp dia jd mcm tu.. tp sekali lg sy ckp, sy x salahkn awk pun.. serius ckp, sy x blame awk pun..

sy x tahu knp sy nk ambil berat mengenai dirinya.. sbb sbrnya sy lebih kurang seperti seorang 'stranger' juga dalam hidup dia.. and lg sy ni sbnrnya jenis yg selfish.. but i dont know why.. sy just rasa nk tolong dia.. nk bantu dia.. walaupun sy rasa sy bukan lh org yg layak utk buat mcm tu pun.. but skrg, sy x kisah.. sy just rasa nk tolong dia.. dan ia adalah sesuatu yg jujur..

dia dah terlibat dgn dadah dah skrg ni, klu awk still x tahu mengenai hal ni lg.. dia dh kurus.. wajah pucat.. probably wajah yg x sama dgn wajah kali terakhir awk pernah lihat dulu.. sy sndiri pun 'menangis' hati bila melihat perubahan dia.. org yg sy kenal dulu, dah x sama dgn keadaan dia skrg.. dia kata nk baiki diri.. tp kdg2 dia x rasa cukup kuat utk bangkit smula.. dia rasa hopeless.. dan disebabkan rasa hopeless ni lah yg buat dia terlibat dgn perkara mcm ni.. but sy still percaya yg dia masih boleh lg diselamatkan.. sy ada ckp yg future kita xde sesiapa pun yg tahu apa akan jd.. so, jgn berhenti berharap.. 

sy pun x tahu knp sy nk hubungi awk.. apa yg sy nk? sy pun x pasti sgt.. seperti yg sy ckpkan, sy just rasa nk tolong dia je.. dan hati sy terdetik nk hubungi awk.. mungkin ada sesuatu sesuatu yg awk 'ada' yg boleh bantu dia.. sesuatu yg tiada pd diri sy.. I really want to help him, tp sy x rasa yg sy ada 'sesuatu' itu.. klu awk boleh menjd salah satu 'kelemahan' dia, mungkin juga awk boleh jd 'kekuatan' pd dirinya smula.. sy nk awk cuba 'selamatkn' dia.. mungkin awk dah x suka kat dia lg pun.. or dh x kisah pun apa nak jd kat dia.. klu awk still ada hati, buat sbb kerana dia pernah menjd 'org yg pernah berada di hati awk dulu'.. klu awk still ada hati..

sy x kata awk kena berbalik pd dia.. sy x minta mcm tu pun.. but i really hope klu awk boleh 'selamatkan' dia.. dgn cara bagaimana, sy sendiri pun x tahu.. sy just rasa probably awk ada satu benda yg boleh pulihkn keadaan dia..

btw, ni link blog dia.. rasanya awk x tahu kot pasal blog.. tp sy ada baca your blog.. so, I know yg dia memang pernah berada di hati awk seperti mana apa yg awk tulis dlm blog awk dulu.. blog dia ni kata nk dijadikan wasiat kalau2 lah dia dah takde dalam dunia ni lagi.. kata kalau benda tu terjadi tu nanti, dia nk awk baca.. tp, bila sy dah share blog dia ni kat awk, ianya bukan lah jd satu rahsia lg.. but i just want to let u know, yg awk pernah menjd seorang yg begitu penting dalam kehidupan dia..
so, sy harap, awk boleh 'selamatkan' dia..

(btw, sila tolong rahsiakan apa yg dah jd antara sy dan awak.. jgn beritahu dia yg sy ada hubungi awk.. jgn beri tahu yg sy tunjuk blog dia kat awak..)

assalamualaikum..







(aku sendiri pun tengah dilanda masalah, but aku nak tolong dia juga..)

Tuesday, 23 September 2014

Panggilan Telefon







tiba-tiba aku mula teringat tentang aku pernah meminta nombor telefon 'si dia' di saat aku datang ke universiti si dia pada tahun lepas, (dengan antara hidden agenda memang nak jumpa dia setelah bertahun-tahun tak jumpa).. tetapi semuanya tak menjadi, senang kata kita orang berjumpa pun pada waktu lepas, dan ia membuatkan aku terkilan sedikit.. pada saat ini setelah beberapa 'deeper conversation ' antara aku dengan si dia pada FB, mendengar tentang si dia mengalami masalah, lalu aku mula teringin untuk menelefon si dia untuk nak dengar suara dia (setelah bertahun-tahun tak dengar) dan mendengar secara lebih terperinci apa yang dah jadi kat dia sebenarnya.. 

lalu, aku pun mencari nombor telefon yang dia pernah beri pada tahun lepas.. jumpa, then cuba try untuk contact nombor tu.. tapi nombor tu dah mati.. kecewa.. tapi, tengah-tengah aku buka Whatsapp, baru perasan yang nombor tu ada akaun Whatsapp, so aku pun fikir lah kalau-kalau aku boleh hubungi dia dengan Whatsapp.. lalu aku buka profile Whatsapp dia, dan perkara yang mengejutkan telah aku lihat.. ianya adalah berkenaan gambar profile dia.. 

aku nampak wajah yang aku memang kenali, namun dengan penampilan yang membuatkan hatiku menangis melihatnya.. wajahnya dah jadi kurus, cangkung, rambut tak terurus.. aku yang selama ni memang selalu menatap gambar-gambar  nya sebelum ni, hati rasa sedih tengok bila, wajah yang selama ini aku tengok tidak lagi sama dengan apa yang aku sudah lihat sekarang.. untuk seketika aku macam nak mengalirkan air mata pada saat aku melihat gambar profilenya pada akaun Whatssapp.. tapi sebab aku lelaki kot, so macam.. takde lah nak emo sangat.. tapi serius aku cakap, memang hati aku sedih bila tengok gambar tu..

dia ada cakap kat aku yang dia dah hilang berat badan.. dah jadi kurus sekarang.. tapi bila kita sekadar mendengar melalui ayat, jadi kita tak boleh nak bayang lah.. suddenly bila ko dapat tengok gambar keadaan dia tu sekarang, perasaan macam lain sikit..

but gambar tu gambar beberapa bulan lepas.. jadi aku curious nak tahu macam mana 'rupa, wajah, tubuh' dia sekarang, pada saat ini.. aku nak tengok.. aku sangat-sangat nak tahu dan tengok bagaimana keadaan dia sekarang ni.. 

lalu, aku mesej lagi kat dia, "boleh tak aku request untuk tengok gambar ko yang sekarang ni?"

pada masa yang sama aku pun minta nombor telefon si dia..

dia tak tunjuk pun gambar dia yang terkini, namun memberi nombor telefon dirinya..

pada saat itu, aku tengah busy buat laporan aku untuk kaunselor.. fikir lah, nanti malam aku akan buat panggilan sebab nak uruskan tentang 'masalah aku sendiri' dulu.. 

jadi depression sikit bila aku fikirkan tentang masalah aku.. aku just mula realize, yang aku bukannya fix masalah aku, ia menjadi lebih baik, tapi semakin worst pula sebenarnya.. jadi aku mula depress sangat-sangat, mula berkurung dalam tandas untuk tempoh yang lama.. 

mungkin aku ni tak nak lah sedih setiap masa, aku try jadi positif sedikit, so aku pun try nak ignore apa yang dah jadi kat aku sebenarnya.. balik kat rumah sekitar pukul 6 petang.. then pada pukul 7 aku terus tidur.. kalau dah depress, nak tidur je terus.. terbangun pada pukul sekitar 10.30 malam.. teringat tentang plan aku nak call dia.. aku try untuk dial nombor dia, letak kat telinga, panggilan mula berhubung, but suddenly aku terus matikan panggilan aku tu.. for some reason, aku mula jadi nervous pula bila aku nak call dia.. setelah bertahun-tahun tak dengar suara dia, buat aku jadi nervous.. rasa diri tak bersedia untuk bercakap dengan si dia.. pada saat tu, kat Malaysia adalah dalam pukul 7.30 malam.. so, aku pun rasa maybe saat ni tak lah begitu sesuai kot untuk bercakap kat dia.. maybe kena pada jam yang lebih lewat sedikit, baru sesuai.. untuk ambil mood.. sebab biasanya pada lewat malam, masing-masing dah berada dalam bilik masing-masing berseorangan.. so, baru lah ada mood nak 'deeper conversation'..

tunggu jap.. kat tempat aku dah pukul 1.00 am. kat Malaysia sekitar pukul 10.00 malam.. lalu aku pun mula memberani kan diri untuk menelefon si dia setelah bertahun-tahun lamanya tidak mendengar suaranya.. aku pejamkan mata seketika, mula membayangkan bagaimana kah suara si dia yang aku pernah dengari di satu ketika dahulu.. mula nak imagine, di saat dia berkata-kata kat aku.. suara itu, aku mula cuba ingati semula..

dub.. dub.. dub..

jantung dah berdebar-debar..

dub.. dub.. dub..

pejamkan mata..

"hello?"

aku mula dengar satu suara..

setelah bertahun-tahun lamanya, aku dapat dengar suara itu...

tiba-tiba aku tidak tahu kenapa aku macam tak boleh nak bercakap..






pada malam itu, kita orang mula berborak tentang banyak perkara.. lebih kurang satu jam aku berbual dengan dirinya.. aku mula bertanya kan banyak soalan yang aku nak tahu padanya.. apa benda yang dah jadi sebenarnya, about the weed, apa yang dah jadi pada yang lepas-lepas, misinformation yang aku mula tahu apa yang sebenarnya berlaku.. aku tidak sangka yang aku boleh ada perbualan sebegitu dengan dirinya.. berkali-kali aku berkata kat dia, aku ni macam 'stranger' yang dia tak lah kenal sangat pun, but terima kasih sebab sudi layan panggilan telefon dari aku.. sebab aku terasa diri aku macam 'tak layak'.. sebab aku bukannya siapa-siapa pun kat dia.. orang yang dia tak kenal sangat, bukan kenalan rapat pun.. ianya agak kekok sedikit.. sebab aku pun kat dia macam ni, "aku tak tahu kenapa aku nak call ko, walaupun aku sebenarnya macam tak tahu nak tanya apa.. aku just rasa nak call ko.."

but then, kita orang boleh juga meneruskan perbualan sehingga tempoh lebih kurang satu jam.. dia pula tanya kat aku, tak mahal ke call dia? kira-kira dalam satu jam panggilan dari Australia ke Malaysia.. aku kat takpe, aku ada kredit, tapi bukannya aku guna selalu pun.. tiada sesiapa pun aku nak call.. better aku habiskan kredit tu.. (lagi pun bukannya selalu aku berpeluang call ko..) 

then aku berkali-kali juga cakap macam ni "suara ko dah macam lain dah lah.. tak macam suara yang aku pernah dengar dulu.."

maybe sebab dah besar kan.. bertahun-tahun kot tak dengar.. but aku just macam still remember his voice yang dulu.. sebab aku pun ada bayang 'bagaimana dia bercakap kat aku dulu-dulu tu..'

so, kita orang pun mula banyak berbual.. aku tak sangka yang dia boleh share problem dia kat aku.. sesuatu yang lebih detail lagi.. sebab aku sebenarnya rasa diri tak layak untuk dengar sebab rasa aku macam bukan siapa-siapa kat dia, tapi he can still talk to me about almost everything.. 

berkali-kali juga aku berkata macam ni

"Aku risau pasal kau.. walaupun aku ni macam bukan lah siapa-siapa kat ko pun (sebab rasa diri tak layak).. but aku nak cakap, yang aku memang risau pasal ko.."

terasa diri tak cukup rapat dengan dia, tapi aku pula macam terhegeh-hegeh nak risau pasal dia..

but then setelah berbual lama, sebenarnya memang lah dia ada masalah, tapi tidak lah seteruk seperti apa yang aku bayangkan.. aku maybe ter over imagine kot, bayang hal yang bukan-bukan sangat.. sebab tu rasa macam mula lega juga lah bila aku dapat berbual dengan dia melalui telefon.. senang nak faham lagi berbanding ayat dari mesej, usually senang nak salah faham.. dia nampak okay.. suara dia macam okay je.. but aku tak tahu lah, betul-betul okay ke, sebenarnya tak okay.. sebab aku tak ada kat sana, jadi susah juga nak faham keadaan dirinya..

then aku pun relate lah dengan problem aku sendiri.. rasa sebenarnya aku lah yang betul-betul in trouble.. patut selamatkan diri sendiri.. 

but at least, bila boleh berbual dengan dia, aku rasa lega sikit.. rasa macam boleh tenang.. percaya yang dia akan baik-baik sahaja, kalau lah dia still nak berada di landasan yang betul.. terlupa seketika masalah yang aku hadapi.. 

dia ada juga tanya pasal keadaan aku macam mana, tapi aku cakap macam ni,

"tak tahu kenapa aku macam teragak-agak nak cerita, tapi aku boleh pula tanya kat ko macam-macam, and ko beri jawapan.. macam unfair pula.. hahah"

then dia cakap, "kalau ada apa-apa ko nak share, boleh je cakap kat aku.."

maybe..

kalau aku still masih hidup.. :D