Friday 11 April 2014

The Rainbow Wheel









memandang tepat ke arahnya..

Roda Pelangi.. 

hatiku berbisik...

mata aku terus tetap memandang ke arah roda besi itu...

"kau pandang apa, Fahri?" Shahir mula tertanya..

dia mendekati aku lalu turut memandang ke arah tempat yang aku pandang..

"roda ferris.." Shahir tersenyum... 

kelihatan satu roda ferris yang besar yang cukup indah disinari oleh lampu neon yang bewarna-warni..

"ia memang kelihatan cantik pada malam ini kan.." kata Shahir lagi..

aku hanya terdiam tapi tersenyum.. mataku masih lagi memandang ke arah roda ferris itu..

"ko pernah naik roda ferris tu tak, Fahri?" tanya Shahir..

entah kenapa aku terus tersentak dengan soalannya itu.. memandang wajahnya, kini mata kami saling berpandangan..

"nak naik tak?" ajak Shahir..

tersentak, aku tak mampu berkata-kata...



*         *         *



ianya adalah satu roda besi yang besar.. berukuran lebih kurang 70 meter tinggi, ianya adalah roda ferris terbesar di negara ini.. ia menjadi mercu tanda kota raya ini.. sesiapa yang datang kota ini, apa bila melihat ia buat pertama kali, pasti akan terdetik di hati mereka untuk mahu menaikinya.. ianya adalah satu tarikan pelancong.. sesiapa sahaja pasti akan jatuh cinta padanya bila melihat buat pertama kali.. apa lagi, jika melihatnya di depan mata..

ia sangat menarik perhatian.. lokasinya yang strategik, berada di kawasan yang tidak mempunyai begitu banyak bangunan tinggi membuatkannya ia menjadi lebih terselah.. apa lagi ia turut terletak di satu bukit, membuatkan roda ferris itu boleh kelihatan dari jauh..

pada waktu malam, ia menjadi kegemaran aku.. lampu-lampu neon berwarna-warni pasti akan menerangi dan menghiasi roda ferris itu.. lampu-lampu itu juga berkelipan seolah-olah mengikut rentak irama.. kadang-kadang lampu itu berkelipan dengan rentak yang berputar mengikut lawan arah putaran roda ferris itu.. dan rentak kelipan lampu itu akan sentiasa berubah-ubah dan begitu juga lah dengan nyalaan warna lampu neon yang menerangi.. 

ia sungguh kelihatan ceria.. pada saat kali pertama aku melihatnya, aku tahu yang aku sudah jatuh cinta pada roda ferris itu.. aku gelarkannya sebagai 'Roda Pelangi'.. mungkin kerana ia adalah sebuah roda besi yang disinari oleh lampu neon yang berwarna-warni yang ceria.. aku suka memerhatikannya apabila aku berada di kota itu.. namun, biarpun aku 'cinta' padanya, tapi aku langsung tidak pernah mendekatinya, apa lagi untuk menaikinya.. aku hanya memerhatikan roda ferris itu dari jauh mengagumi kecantikkannya..

bukan aku tidak mahu untuk menaikinya, malah kenalan aku juga pernah mengajak aku untuk menaiki roda ferris itu.. tapi aku menolak ajakan itu.. tersenyum, aku hanya akan terus memerhatikan Roda Pelangi itu.. dalam hati, diriku berbisik..

"tunggu aku.."

"nanti..."

"nanti aku akan menaiki juga..."

bila aku melihat roda ferris, aku selalu mengganggapnya sebab sebagai simbol yang romantik.. ianya adalah satu simbol yang hangat dan mengujakan.. mungkin kerana aku terdedah dengan pelbagai cerita dari filem atau pun novel yang mempunyai adegan romantis yang melibatkan roda ferris telah membuatkan aku berfikir roda besi ini mempunyai aura romantis yang tersendiri.. mungkin aku telah terpengaruh dengannya.. maka, aku ada menyimpan satu impian..

satu hari nanti, aku akan menaiki Roda Pelangi itu dengan insan yang aku cintai..

aku simpan hasrat ini, aku tangguhkan keinginan untuk menaikinya sehingga tiba masanya nanti..

jadi untuk saat ini...

"tunggu..."

"tunggu aku..."

"aku akan menaiki juga nanti..."











Unspeakable Love -Part 34-

coming soon...




Wednesday 9 April 2014

Dari Hati ke Hati






: sekarang ko ada suka kat seseorang tak?

rasanya aku ada suka kat seorang mamat ni lah... hihihi



: dia siapa? boleh citer sikit pasal dia tak? macam mana boleh kenal?

dia adalah kenalan aku jumpa waktu aku study kat asasi dulu.. my roommate.. senang cakap, kita orang sama umur.. at first, even kita orang dulu duduk dalam satu bilik (ada 9 orang masa tu), to be honest aku tak perasan pula akan kewujudan dirinya dalam minggu pertama aku masuk asasi dulu, walaupun actually dia punya katil just sebelah satu katil dari aku punya katil.. maksudnya katil aku, sebelah katil aku ada katil orang lain, then ada dinding, sebelah dinding tu pula katil dia... maybe sebab aku ni pemalu kot.. duduk diam-diam je kat bilik.. tak berapa nak pandai cari kawan sebenarnya.. hahaha.. lone ranger sikit pada minggu pertama asasi.. then aku baru sedar kehadiran dia bila dia pasang lagu 'Baby' oleh Justin Bieber.. aku rasa lagu tu annoying.. so, aku tercari-cari lah, siapa lah pasang lagu annoying ni? rupa-rupanya dia.. so, senang cakap, lagu Justin Bieber, Baby tu adalah 'titik permulaan' perkenalan kami.. hahahaha.. so, aku fikir macam ni.. dia ni mesti jenis yang 'celaka' sebab pasang lagu Justin Bieber tu.. hahaha.. apa pula kaitan orang 'celaka' bila pasang lagu Baby? entah.. maybe sebab aku tak suka lagu tu kot... bila ada orang yang pasang, so aku pun pandang semacam je kat orang tu.. 



: then, apa lagi yang jadi seterusnya?

kalau bab berkawan ni, aku jenis yang tunggu orang tegur aku dulu, so senang cakap dia adalah yang tegur aku dulu.. dia datang kat tempat katil aku.. then minta muzik lagu piano dari aku.. macam ni lah.. dulu-dulu tu, before aku tidur, kebiasaannya aku akan pasang muzik piano dari my phone.. maybe dia dengar, then tertarik, so dia datang kata nak minta muzik piano tu.. to be honest, pada saat tu lah kali pertama aku face to face dengan dia.. then mula lah kenal-kenal.. pada hujung minggu lepas tu, dia ajak aku untuk keluar bersama-sama dengan his friends kat Mid Valley.. aku masa tu still lagi lone ranger takde kawan sangat, so aku pun join je lah.. nak diringkaskan lagi, dia adalah antara yang pertama (or maybe yang first) yang layan aku macam kawan lah.. kiranya macam my first friend kat asasi.. another roommates macam takde lah layan aku sangat time tu.. maybe masing-masing masih malu.. dia dengan geng Kelantan dia (he is a Kelantanese lah maksudnya).. then masa gi jalan-jalan kat Mid Valley tu dorang pot pet pot pet dalam bahasa Kelantan.. aku pun macam... apa benda lah dorang borakkan ni? 



: bila ko sedar yang ko macam ada menaruh hati kat dia?

actually benda ni macam ambil masa juga lah yang aku realize aku ada hati kat dia.. unfortunately, aku kat asasi tak lama.. sebab aku dapat offer biasiswa untuk study kat Australia.. and then, tempat preparation course tu kat kolej lain.. aku dah macam ada konflik sikit nak terima biasiswa ke tak? sebab time tu aku dah suka sangat dengan tempat asasi aku.. the friends.. persekitaran semua.. aku dah mula suka banyak benda dengan tempat asasi aku.. but then aku decide kononnya jadi professional lah.. maybe ini lah peluang aku untuk berjaya.. so, even aku suka tempat asasi aku, suka dengan kawan-kawan semua, but aku kena lepas kan untuk mengejar 'peluang'.. kononnya lah.. so, aku stop asasi.. study kat tempat lain.. but aku still contact-contact dengan my friends kat asasi dulu (termasuk dia..).. kadang-kadang aku ada juga pergi lawat asasi aku tu dulu.. to be honest, aku pun tak sure sangat bila aku macam start taruh hati kat dia.. but satu benda yang pasti, one day, dia jatuh sakit.. agak kritikal juga orang kata.. sampai dia tak leh teruskan study.. so, dia stop study, balik to his hometown untuk berubat.. pada masa tu aku tak tahu lah kenapa aku macam really worried.. my friend kat asasi tu ada cakap, ada kemungkinan yang dia tu maybe akan stop belajar.. tak sambung study lagi dah.. one night, entah kenapa aku menangis bila fikirkan pasal ni.. aku risau kalau dia stop belajar, dia akan remain kat negeri dia and takkan lagi datang KL lagi dah.. kalau jadi macam tu, aku takkan dapat jumpa dengan dia lagi dah.. aku risau pasal keadaan dia.. and aku juga nak dia 'kembali' belajar agar aku boleh jumpa dengan dia lagi.. maybe pada moment ni lah aku macam boleh agak yang actually aku ni ada hati kat dia.. sebab aku nak sangat-sangat dia untuk 'kembali' semula.. dia skip satu semester untuk berehat.. then untuk second semester, dia datang semula untuk sambung study.. aku pun happy lah.. then baru semangat nak datang ke tempat asasi aku tu lagi semata-mata nak jenguk dia..



: boleh describe tak dia macam mana? apa yang boleh ko katakan pasal dirinya?

yang pasti, aku lagi taller than him.. hensem ke tak hensem? benda ni subjektif.. at first, aku anggap dia biasa-biasa je.. tak pernah fikir tentang apa-apa tarikan fizikal pasal dia.. kiranya macam aku anggap dia sebagai kawan je.. but then, bila dah lama-lama, and hati pun dah mula suka, then I think bila aku kerap tengok gambar dia actually dia boleh tahan juga sebenarnya.. so, untuk ditegaskan di sini! aku suka dia, bukan berdasarkan paras rupa lah.. sebab aku suka kat dia before aku realize yang actually dia ni sebenarnya boleh tahan lah 'sweet'nye.. kiranya macam, awal-awal tengok dia biasa-biasa je.. then dah lama-lama mula rasa... hurmm... actually dia ni boleh tahan juga sebenarnya, and it's true yang dia actually agak ada rupa.. not too hensem ke apa.. waktu asasi dulu dia sama macam aku ambil course yang sama.. asasi sama course aku.. but bila dah masuk degree, dia ambil Art and Design.. dia tak suka bola.. hahaha.. dia tak minat bola pun.. kalau lelaki tak minat bola orang rasa pelik sikit.. then mungkin fikir orang tu gay ke apa kalau tak minat bola.. but hey!! ada kah lelaki wajib minat bola? orang cina mana minat sangat bola kan? but apa yang aku tahu lah.. dia minat main badminton.. waktu aku jenguk-jenguk dia kat asasi dulu dia kerap gak main badminton.. mat salleh pun tak mana minat bola.. maksud aku orang US or Australian.. orang Europe je minat bola ni.. so, bagi aku takde masalah pun kalau lelaki tak minat bola.. I think, ada PLU lain yang suka kat dia kot.. entah.. sebab aku ada syak beberapa orang ni yang macam menaruh hati kat dia.. ada seorang pensyarah Law tu, lain semacam je aku tengok.. aku macam tak berapa nak berkenan lah dengan pensyarah Law tu.. maybe sebab aku jeles.. hahahaha... sebenarnya ada kejadian gak yang dia pernah cakap kat aku yang ada lelaki (gay) yang nak kenal dia kat FB.. and dia pun macam tak berapa nak suka..




waktu dia cakap tu, then aku ada cakap something kat dia.. aku cakap lah lebih kurang macam ni..

"aku rasakan, maybe sebab ko ni jenis type yang orang gay akan suka kot.. hahahaha.."

kiranya macam aku gurau-gurau je lah.. but i think, it's true juga.. kadang-kadang aku tak rasa yang aku seorang je yang macam ada taruh hati kat dia.. maybe ada persaing lain.. BUT.. for sure pensyarah Law tu macam ada benda je yang buat aku tak suka.. aku tak suka lah tengok pensyarah Law tu.. macam ada maksud tersembunyi.. ke sebab aku jeles??


: so, ko bermaksudkan, actually dia ni straight lah?

satu benda yang aku boleh jamin, there's no doubt that he likes girls.. dia pernah ada gf.. but then lepas tu aku dengar dia dah clash.. dia sayang gf dia.. and then frust waktu dia clash.. sekarang ni aku macam tak sure sama ada dia dah ada gf baru ke tak.. but aku rasa dia still single lagi kot.. i dont know.. but.. kadang-kadang... aku pun sometime curious tentang dia sama ada dia hanya suka kat perempuan je ke or.... hurmmm....



: haaaah.. apa benda yang ko curious tu?

kadang-kadang aku ada fikir yang actually, semua manusia ni adalah biseksual.. semua orang ada kemungkinan untuk suka pada orang sama jenis gak.. or yang gay tu ada kemungkinan untuk boleh suka kat perempuan gak.. but aku tak kata aku percaya benda macam ni.. just kadang-kadang aku fikir macam tu.. pasal dia.. kadang-kadang dia macam ada buat benda yang macam agak 'PLU'.. sebab dia pernah cakap yang dia suka lelaki (tapi dengan nada main-main..) aku rasa benda tu just gurauan je...



macam status FB dalam pic atas ni lah.. but aku just percaya yang dia hanya main-main je.. or maybe aku yang berharap agar dia betul-betul tak bermaksud seperti itu... but to be honest, sometime dia ni jenis yang agak 'curious' maybe.. sebab, 'actually' memang dia pernah cakap direct kat aku kata lebih kurang...

"kadang-kadang aku rasa pelik pada diri sendiri.. kadang-kadang aku suka tengok pada lelaki yang hensem.."

riaksi aku pula macam... okay.. terdiam je..

and disebabkan aku suka stalk his FB, pernah hari tu aku tersedar yang dia ada 'like' page yang tak sepatutnya.. page gay.. bukan satu.. but aku rasa ada tiga kot.. bila aku realize tentang perkara ni, aku pula fikir macam ni..

okay... dia ni sebenarnya tengah 'confuse' kot.. confuse pada diri sendiri.. confuse pada perasaan..

ye lah.. kadang-kadang bila orang dalam process jadi PLU ni, ada process jadi 'confuse' dulu.. macam betul ke aku suka kat lelaki? process nak kenal hati dan perasaan.. aku percaya maybe dia ni tengah 'confuse'.. but aku pun percaya gak yang actually yang dia still straight... or aku yang nak percaya, or mahu kekal percaya yang dia still lelaki yang straight.. hahahaha... so, kiranya macam aku ni agak menafikan kalau ada kemungkinan yang dia pun suka kat lelaki gak.. berharap yang dia kekal straight.. tak suka lelaki.. hahahahaha



: kenapa pula ko harap macam tu? bukan ke kalau dia 'suka kat lelaki', macam ko ada peluang untuk bersama dengan dia?

sebab aku ni jenis yang fikir jadi PLU bukan lah sesuatu yang orang akan suka.. aku ada pendapat yang mengatakan, kalau ko suka pada lelaki straight, biarkan lah dia kekal straight.. tak payah lah nak 'songsangkan' dia semata-mata sebab ko cinta kan dia gila-gila ke apa... biarkan je dia macam tu.. ko jadi happy lah kalau dia jadi PLU? and dia jadi PLU disebabkan ko? ada kes aku dengar macam ni..

"dulu aku ni takde lah suka kat lelaki.. tapi gara-gara seorang mamat ni (goda aku), aku dah suka kat lelaki pula.. disebabkan dia aku jadi PLU.."

then ko happy lah dapat memiliki cinta dia? but then ko tak sedar pula DOSA ko yang 'meng'gay'kan insan yang ko suka tu.. gara-gara ko membawa dia masuk dunia songsang.. hanya kerana sebab ko nak rebut cinta dia, then ko bawa dia masuk dunia 'gelap' ini.. so, aku rasa orang macam ni orang yang selfish.. sepatutnya kita happy yang orang yang kita sayang/cinta tu still remain straight.. walaupun dia takkan pernah nak balas perasaan kita, but kita patut happy yang dia tak jadi macam kita.. ko pun tahu jadi PLU ni tak best.. apa susahnya jadi PLU.. so tak payah nak drag orang yang ko sayang tu masuk ke dunia songsang ko juga.. ianya adalah rahmat yang dia still straight.. kalau ko betul-betul sayang kat dia, betul-betul cinta kat dia.. sepatutnya ko happy yang dia still straight.. cinta ada lah pengorbanan.. (aduh!! jiwang pula aku kali ni.. hahahaha).. even orang yang ko sayang tu takkan pernah balas cinta ko, but ko patut happy yang dia masih 'selamat' dari dunia yang ko rasa kan...



: but dalam kes dia, ko bukannya macam nak meng'gay'kan dia pun kan.. dia yang macam jenis yang 'curious' sikit.. bukannya disebabkan oleh siapa-siapa..

benda ni konsepnya lebih kurang sama gak.. konsep mengatakan,

biarkan orang yang ko suka tu kekal straight..

dia 'straight' lagi bagus kalau dia yang PLU.. and kita sepatutnya tak harap yang dia PLU.. kecuali kalau kalau orang tu betul-betul memang PLU yang dah declare diri dia PLU dah..

"okay.. i'm a gay now..." bwa hahahahahahhahahahahahahhahahahahahahahahha

so, maksudnya di sini, aku ni mengharapkan yang dia tak kan involve dalam dunia songsang ni.. berharap sangat-sangat yang dia still straight.. suka kat perempuan.. bukan kat lelaki!! sebab aku sayang dia.. sebab aku sayang lah aku tak dia jadi macam aku..

so, apa yang aku boleh simpulkan adalah macam ni.. there's no doubt yang dia suka kat perempuan.. but ada kemungkinan juga yang dia mungkin ada sedikit perasaan suka kat lelaki.. tapi, apa yang aku harapkan adalah dia masih kekal 'normal'.. aku tak nak dia suka kat lelaki..



: okay.. katakan lah... katakan lah kalau dia tu sebenarnya PLU gak.. mungkin dia memang dari dulu memang PLU ke.. so, adakah ko akan kejar dirinya? ko nak ajak dia jadi kapel tak?

hahahahahaha.. kalau dia PLU sekali pun, tak bermaksud aku suka dia, dia pun akan suka kat aku gak.. tak begitu??



: okay.. kalau dia suka kat ko, macam mana? ko nak terima dia ke tak?

to be honest, kalau nak berkapel-kapel ni lah kan.. kapel PLU, kapel sesama lelaki lah kalau nak lebih spesifik.. aku tahu aku suka dia.. aku sedar yang aku sayang dia.. sebab mulut ni sebenarnya selalu gak sebut "aku sayang dia.. aku sayang dia..." hahahahaha.. tapi.... to be honest, aku tak rasa ia adalah satu keperluan untuk jadi or declare jadi kapel ke apa.. to be honest, aku tak pernah harap untuk jadi kapel dia pun.. dan aku tak rasa ia adalah penting untuk jadi kapel ke apa.. apa yang aku harapkan adalah yang aku mahu dekat dengan dia.. buat benda bersama dengan dia.. gelak-gelak dengan dia.. luangkan masa bersama-sama.. benda ni pun dah cukup buat aku happy.. aku tahu aku sayang dia.. dia pun tahu yang aku sayang dia.. dia sedar yang aku akan akan 'stick' dengan dia.. but the relationship takkan pernah ada gelaran kapel pun.. but aku still akan 'stick' dengan dia.. he is the only one.. and aku pun harap yang dia akan 'stick' dengan aku gak.. maybe.. hahahaha..



: kenapa pula ko fikir macam ni?

aku pernah bercakap dengan seorang abang ni (my blog reader gak..) aku cakap lebih kurang macam ni..

"manusia ni memang takkan pernah puas tau.. bila mereka dah dapat satu benda, mereka nak benda lain lagi.. and benda ni takkan berhenti.. manusia ni akan sentiase meminta lebih.. takkan pernah puas.. macam pernah ada satu ayat ni lah kata, kalau orang itu dapat gunung emas sekali pun, manusia akan minta benda lain pula.. they will always want something else.. tak kan pernah cukup..

pernah tak ko ada jumpa seorang ni.. suddenly ko macam ada perasaan suka kat orang tu.. then fikir

1. "aku harap lah kalau aku boleh berkenalan dengan orang tu... tu pun dah kira okay dah.."

then.. katakan lah, satu hari ko berpeluang untuk kenal-kenal dengan orang tu.. so, harapan ko pun dah tercapai.. ko dapat kenal dengan orang tu..

but then, ko rasa ada benda yang kurang.. okay.. sekarang ko dah kenal dengan mamat tu.. but then, ko macam kenalan biasa-biasa dia je.. bukannya rapat apa pun.. jumpa-jumpa mungkin macam tu je.. bagi dia lah, anggap macam ko just tahap kenalan biasa-biasa je.. bukan rapat mana pun..

then ko ada fikir lagi..

2. "aku harap kalau boleh aku nak berkawan dengan dia.."

so, sekali lagi, ko pun macam menaruh harapan lagi..

then... ia jadi kenyataan.. ko pun dah mula maju selangkah ke hadapan.. dia anggap ko macam kawan.. boleh gelak-gelak.. main sama-sama.. tapi tak sampai tahap macam dia boleh share masalah dengan ko lagi.. kira macam dah jadi kawan, but bukan jadi kawan yang sampai tahap dia share banyak benda dengan ko.. benda pribadi.. kongsi masalah semua..

then ko pun rasa macam ada benda yang kurang lagi.. sebab ko macam tak puas hati bila ko tak tahu sangat pasal diri dia.. benda yang private.. masalah peribadi semua.. kalau boleh, ko nak jadi orang yang pertama dengar kalau dia nak minta tolong nasihat ke apa.. lalu ko pun ada buat another wish..

3. "aku harap lah kalau boleh aku nak jadi yang terbaik pada dirinya.. menjadi seorang yang penting bagi dia.. orang yang dekat di hati.. orang yang dia percaya...."

kiranya macam jadi kawan yang terbaik lah pada dia..

lalu dari hari ke hari.. hubungan korang mula jadi semakin rapat.. dari kawan biasa, ko dah mula nak dapat his trust.. sampai lah satu hari dia dapat problem.. then orang yang pertama dia nak cari untuk share masalah adalah ko.. then hubungan korang semakin rapat lagi.. semakin 'kamceng'.. nak pergi mana-mana je mesti berdua.. tak pernah renggang.. dah rapat gila dah ni.. ko dah jadi macam kawan yang paling dia rapat.. paling dia trust..

but then.. ko mula dah rasa sesuatu yang kurang..

korang berdua memang rapat giler.. but hati ko macam memberontak nak dirinya.. sebab pada asalnya memang ko dah target kat dia.. ko memang menaruh hati kat dia.. even walaupun ko dah dapat his trust semua, but ko tetap rasa ada benda yang kurang..

ko still lagi tak dapat memiliki hatinya..

lalu, mula lah ko nak wish lagi..

4. "aku harap sangat-sangat yang aku boleh memiliki dirinya.. aku nak cinta dirinya.."

then, ini lah kali keempat ko buat 'harapan' lagi.. you want more.. selepas ko dah capai 'harapan' ko dulu, then ko nak benda lain pula.. mulanya dari 'harapan',

"kalau aku dapat kenal dengan dia ni pun dah cukup.."

ada perkataan 'cukup' kat situ.. but then, bila ko dah dapat kenal, ada tak benda tu jadi sekadar 'cukup'? tak pula jadi macam tu.. ko nak benda lain pula.. ko rasa nak rapat dengan dia.. kiranya 'harapan' ko yang pertama, Tuhan dah tunai kan.. but then you want something else.. then keluar pula 'harapan' kedua.. then tercapai.. Tuhan dah tunai kan.. tapi ko rasa ada benda yang kurang lagi.. so, keluar lah 'harapan' ketiga.. Tuhan tunaikan lagi.. tapi ko still tak rasa cukup gak.. ko nak dia.. ko nak cinta dia.. ko nak hati dia.. so, keluar lah 'harapan' keempat..

kadang-kadang, adalah lebih bagus kita bersyukur dengan apa yang kita sudah dapat.. dan kerana itu, aku berhenti berharap pada harapan yang ketiga.. jadi orang yang dia paling trust sekali, orang yang paling rapat dengan dia.. orang yang terbaik pada dirinya.. aku dah rasa bersyukur kalau aku dah capai tahap ini di hatinya.. biarpun tanpa ada talian percintaan, aku dah rasa bahagia.. aku tak perlukan sebab lain untuk meminta yang lebih...

and aku percaya juga dengan satu benda..

"untuk 'hubungan seperti ini" (hubungan antara sesama lelaki), kita tak patut untuk meminta lebih.."

kerana itu, aku berhenti berharap untuk 'harapan' yang ketiga.. syukur dengan apa yang dah dimiliki.. aku dah rapat dengan dia, jadi yang terbaik dengan dirinya pun dah buat aku happy..



: so, apa yang ko nak cakapkan kat sini adalah, even kalau ko suka kat seseorang tu, ko tak nak jadi his BF ke apa, just setakat his bestfriend je lah?

aku still percaya, kalau kita ada perasaan suka kat orang tu, hubungan takkan hanya setakat 'kawan rapat'... jadi, ianya akan jadi 'more than just a friendship, but will never more than a relationship..'

but apa yang aku nak tegaskan kat sini adalah perkataan 'bersyukur.." bersyukur dengan apa yang kita dah ada.. seperti apa yang aku ceritakan mengenai kisah 'empat harapan' di atas.. kadang-kadang kita patut rasa cukup dengan apa yang kita dah miliki..

sebab tu aku kata, to be honest, aku tak rasa bila kita suka kat seorang tu, patut diakhiri dengan hubungan kapel pun.. aku tak rasa jadi kapel adalah benda yang important..



: kenapa pula hubungan kapel ni tak penting?

aku pernah baca buku novel ni, tajuknya 'Tuesdays with Morrie..' actually novel ni sebahagian daripada bahan bacaan wajib aku baca sewaktu kelas preparation untuk study kat Aussie.. kita orang kena study isi kandungan novel ni.. and resultsnya, aku rasa novel ni memang banyak memperngaruhi cara aku berfikir..

ianya adalah bagaimana cara kita berfikir.. kadang-kadang, ada benda yang macam ni, kena jadi macam tu.. permikiran yang agak reverse..

dalam kes ini, tak semestinya bila kita sayang/suka/cinta kat orang tu, kita patut jadi kapel orang tu.. dan ini lah permikiran orang ramai selalunya.. and bila kita tak buat macam tu, kita tak happy..

kadang-kadang kita patut fikir, untuk jadi gembira, untuk sayang kat orang tu, untuk mencintai, tak semestinya kita patut declare or mengadakan hubungan kapel ke apa.. kita dah happy pun kan kalau kita dah rapat dengan orang tu? but macam yang aku cakap lah..

sebab manusia tidak akan pernah berasa cukup..

benda ni sangat susah aku nak explain.. aku pun tak tahu, tak pandai nak explain apa benda yang aku fikirkan..



: so, apa pendapat ko pasal berkapel?

sebab benda ni adalah 'common culture'.. bila kita suka/sayang/cinta kat seseorang, akan ada perasaan untuk memiliki, and kerana itu orang berkapel.. untuk memiliki orang itu.. aku tak nak kritik or tak setuju pasal benda ni.. and aku faham gak kenapa ia berlaku.. but aku ni jenis yang cuba try untuk berfikir cara lain..

okay.. aku ni bukannya religious or devout pun.. but somehow, aku rasa apa benda yang aku buat macam kena berpandukan dengan apa yang agama kita larang.. okay.. lelaki dengan lelaki kalau bercinta ni, haram.. berkapel sesama lelaki ni haram.. itu apa yang kita dah tahu, but at the same time, aku pun nak rasa 'selesa' dengan diri aku sendiri, sebab bila kita dah sayang kat orang tu, memang tak boleh ditipu pun kan? sebab itu aku ada sebut ayat 'untuk hubungan seperti ini, kita tak sepatutnya meminta lebih..' so, aku percaya hubungan seperti ini ada limitnya..

aku dah rasa happy sangat-sangat kalau aku dah rapat giler-giler dengan orang yang aku sayang.. aku rasa itu dah cukup.. aku tak minta lebih.. kenapa jangan sampai jadi 'kapel'? sebab bila dah declare kapel ni ada benda yang boleh buat kita macam boleh buat benda yang lebih..

ko kapel aku.. kalau aku minta, ni ko sepatutnya beri.. aku nak pegang tangan ko.. aku nak seks dengan ko.. aku nak ni.. aku nak tu..

declaration of kapel tu macam 'peruntuh kepada batasan-batasan' yang ko takkan buat pada orang lain.. nak bersayang-sayang lah.. berhoney-honey lah.. darling.. sayang.. ayang...

aku just tak nak melampaui batasan.. bukan sebab aku religious or devout pun.. seriously aku cakap aku ni jenis yang 'LA-ROO'..

kadang-kadang gay ni blames pada Tuhan kata "kenapa Tuhan ni tak adil sebab tak bagi aku bercinta/berkapel dengan orang yang aku cinta?"

for me, ko nak blame tu sebab ko still ada permikiran yang fikir "bila ada perasaan cinta, patut memiliki.."

macam aku cakap lah.. benda ni macam permikiran yang reverse.. tak semestinya kita cinta orang tu, kita patut berkapel, memiliki and then kita akan happy.. kadang-kadang kita pun akan still happy tanpa 'memiliki' gak.. bergantung pada cara kita berfikir..



: okay.. jom discuss benda yang lebih serius pula.. bagaimana pula dengan seks? ko kata ko tak nak melebih-lebih lah.. so, ko kata ko tak nak buat seks dengan orang yang ko suka lah?

biar aku rumuskan kat sini.. anggap sahaja aku ni jenis yang naif.. apa yang aku fikirkan tu macam 'it's too good to be true..' macam hanya indah pada pendapat, but in reality tak macam tu.. i know.. kadang-kadang kita kena back to reality gak.. just kata macam ni lah.. i'm still young.. nak kata matured tu tak rasa matured lagi pun.. still ada feeling perasan diri still comel lagi ni hah... hahahahahaha.. walaupun tubuh pun dah besar, kulit pun semakin nak kendur kan..

and disebabkan aku ni yang still comel (tak berapa nak matang sangat), so aku pun mungkin berfikir dengan secara tak matang gak.. so, aku pun ada fikir benda-benda pelik macam ni.. just nak kata, kenapa aku boleh jadi macam ni disebabkan faktor, 'I'm searching for the solution..'... aku percaya, orang Gay/PLU ni dorang hidup macam kena cari solution pada hidup masing-masing.. ko pilih jalan apa? ko nak jadi macam mana? apa yang aku fikir adalah bagaimana aku boleh jadi 'to be true' pada diri sendiri, but at the same time tak nak melebihi larangan-Nya..

kiranya apa yang aku fikir macam 'I think, this is the right way for me' lah.. (pada saat ini).. maybe i'll change. my opinion pun akan berubah.. manusia akan sentiasa berubah-ubah kan..

eh.. eh.. eh.. aku macam tak jawab soalan pula.. hahahahahahahhahaha

boleh tak aku 'save' soalan ni? bukan sebab aku tak nak jawab lah.. sebab aku rasa apa yang aku tulis ni dah panjang sangat.. orang yang baca mesti dah letih nak baca.. so, aku rasa better stop dulu kot... mesti nak tanya pelbagai soalan lagi kan? so, better save soalan tu pada hari lain.. lagi pun aku nak save 'tenaga' aku untuk sambung citer Unspeakable Love yang lambat giler nak update tu kan.. hahahaha.. so, aku nak tumpukan pada novel tu dulu.. sebab my target, any new post after this, mesti dahulukan or update Unspeakable Love dulu.. aku dah agak free juga sekarang.. so, boleh lah kot nak sambung citer tu...

okay lah.. sambung pada hari lain nanti...