Wednesday 26 November 2014

Sesi Berjumpa Dengan Readers (Part 2)








Perjumpaan Kelima

Dia ni orang yang paling muda yang jumpa dengan aku.. Umur 20.. so, disebabkan dia lagi muda, jadi aku takde lah rasa segan sangat pun kalau nak jumpa.. perjumpaan kat Avanue K sebelah KLCC, but then lepas tu jalan-jalan memang kat area kat KLCC tu lah.. jumpa dalam jam 6.00 petang rasanya lepas dia habis kelas.. first jumpa tu dia macam Nampak segan-segan sikit.. lepas beberapa perbualan time kita orang makan, baru aku tahu yang actually aku ni adalah orang yang pertama dia pergi jumpa.. maksud aku macam orang yang kita tak kenal sangat yang jumpa kat internet.. so, dia kata asalnya dia pun berbelah bagi sama ada nak jumpa aku ke tak.. aku faham je lah, kalau untuk first time ni, memang feeling macam doubt sikit.. so, aku ada cakap kat dia, usually aku mudah nak ingat dengan ‘orang pertama’ dalam hidup aku.. first time aku jumpa dengan kenalan internet (dari PR) adalah pada 2011.. and aku still ingat dia sampai ke saat ini.. kadang-kadang aku ada skodeng juga profile mamat yang first keluar dengan aku tu kat FB.. sebab dia orang pertama keluar dengan aku, so aku memang akan ingat selalu..

So, seperti biasa, untuk membuatkan masing-masing berasa selesa untuk perjumpaan kali pertama, antara langkah awal adalah lepak di tempat makan.. aku ada cakap kat dia, based on experienced aku, perkara yang paling awkward time jumpa orang ni adalah bila jumpa orang soalan pertama adalah ‘okay, nak pergi ke mana?’ benda ni memang awkward sangat-sangat sebab kita plan nak jumpa orang tu, but actually kita tak tahu nak pergi ke mana.. so, cara terbaik adalah ajak orang tu lepak kat tempat makan untuk berbual dulu.. untuk hilangkan rasa awkward semua..

Kita orang borak banyak benda time kat food court.. but then perbualan tu mula menjadi ‘deeper’ bila aku ajak dia berborak kat taman KLCC.. kat sana kita orang borak pasal ‘soal hati dan perasaan’.. pasal feeling dia kat orang yang dia suka.. dia pernah tanya aku nak minta nasihat macam mana nak hilangkan perasaan macam jeles ke apa, perasaan untuk merelakan orang tu, Cuma berharapkan kebahagiaan orang tu tanpa menjalinkan apa-apa hubungan kapel semua.. aku cakap kat dia, actually banyak juga orang minta nasihat dari aku pasal ‘soal hati dan perasaan’ ni but kadang-kadang aku rasa aku tak layak untuk cakap sebab aku sendiri pun tak pernah bercinta.. but aku cakap kat dia kalau ikut keadaan aku sekarang, bagaimana feeling aku kat orang yang aku suka, sampai sekarang ni aku tak boleh nak kata sama ada aku jatuh cinta kat dia or tak.. so, aku tak tahu lah feeling dia kat orang tu macam mana, but for me kita kena pasti kan betul-betul feeling tu macam mana dulu..

Mostly topic perbualan kita orang time tu adalah mengenai topic ‘hati dan perasaan’ ni lah.. entah kenapa aku terfeeling macam orang yang lebih berpengalaman then kongsi cerita, nasihat semua pada yang lebih muda.. maybe aku lebih berusia, and experienced lagi banyak benda banding dengan dia.. lagi pun based on apa yang aku perhatikan dia ni masih lagi ‘inesen’ dalam banyak perkara.. for me maybe disebabkan factor family background semya yang sedikit sebanyak mempengaruhi dirinya.. dia curious pasal macam mana PLU kat Malaysia ni macam boleh kenal antara satu sama lain.. then aku cakap lah, ‘ada je caranya, but kau je (yang still inesen) yang tak tahu caranya..
Dia ada tunjuk gambar lelaki yang dia suka tu kat aku.. bila aku tengok gambar tu, aku cakap kat dia orang yang dia suka tu macam aku sedikit.. maybe sebab kening tebal, terasa macam ada persamaan dengan aku.. antara reason kenapa aku aku suka nak berambut panjang dan rambut depan menutup dahi disebabkan aku macam ala-ala nak cover sikit my kening yang tebal tu.. aku takde lah kata tak suka dengan kening tebal aku tu.. suka je sebenarnya.. but kadang-kadang bila kening tebal ni, kening tu macam jadi ‘fokus’ kat muka.. so, aku macam nak seimbangkan kening yang tebal tu dengan rambut..




Perjumpaan Keenam

Jumpa pada waktu malam.. asalnya aku cakap macam ni, aku kalau malam tak boleh nak balik lewat sangat.. sebab kata kawan aku, bus untuk masuk UIA (tempat aku curi-curi tinggal) takkan masuk ke dalam UIA kalau lewat sangat.. then, berlaku lah kelewatan komunikasi sebab dia tertinggal telefon kat rumah semasa sedang bekerja.. aku time tu ada kat Mid Valley.. so, bila dia tak balas apa-apa mesej aku, jadi mula curious sama ada perjumpaan ni akan jadi ke tak.. tambahan lagi masa mula semakin gelap.. and aku pun tak boleh nak balik lewat sangat.. but then lepas tu baru dapat mesej dia.. dia kata telefon tertinggal semua.. aku takde lah marah pun.. walaupun balas lewat sikit..but aku cakap je lah kat dia, aku tak boleh balik lewat sangat.. then, dia cakap, takpe, nanti dia boleh hantar masuk ke UIA semua.. so, dah settle satu masalah, lalu aku tunggu dia untuk jemput aku kat Mid Valley..

Pasal naik kereta ni sebenarnya macam aku tengah lari daripada antara ‘peraturan aku’ bila nak jumpa strangers.. antara peraturan tu adalah ‘elakkan diri daripada memasuki/menaiki kenderaan strangers yang kita baru kenal buat pertama kali..’ reason kenapa aku kata jangan naik kenderaan orang yang kita tak kenal sangat ni adalah kerana once kita naik kereta/motor orang, kita sudah berada di bawah kawalan orang tu.. orang tu yang akan decide ke mana dia nak bawa pergi semua.. kalau dia kata nak pergi KLCC, but suddenly pergi tempat lain, kena tipu semua or berhenti kat tepi jalan, semuanya bergantung pada pemandu kenderaan tu.. dia yang akan control kita once kita dah tumpang.. benda ni sebenarnya based on my experienced aku sewaktu aku still umur 19 tahun kat Putrajaya.. ada benda yang terjadi, yang membuatkan aku mula belajar satu perkara iaitu ‘elakkan diri daripada menaiki kenderaan orang yang kita tak kenal sangat lagi’.. but pada malam tu, aku naik je kereta reader aku.. maybe sebab aku percaya kat dia kot.. aku percaya readers yang nak jumpa aku adalah atas niat yang baik-baik je nak jumpa..

So, dia bawa aku pergi makan kat satu tempat yang aku still tak pernah pergi lagi.. yang bestnya dia belanja aku makan.. dapat juga jimat duit sikit.. hehehe.. orangnya lagi dewasa banding aku.. beza umur dalam 6 tahun.. aku guna word ‘kau-aku’ dengan dia.. but dia pula guna word ‘I-you’ dengan aku.. actually ni macam first time juga aku berbual panjang dengan orang yang guna word ‘I-You’.. but lepas aku jumpa dia, aku curious pula kalau aku macam ‘rude’ di mata dia sebab guna ‘kau-aku’ dengan dia.. sebab memang ada yang tak ambil kisah pasal benda ni, but I know ada yang akan ambil kisah.. but setakat ni aku jumpa dengan readers lain aku dah terbiasa guna ‘kau-aku’ walaupun ada yang jauh dewasa banding aku.. and dorang pun macam tak kisah pun.. aku ni memang prefer guna ‘’kau-aku’ je, but at the same time aku tak nak kelihatan rude pada sesetengah orang..

Mostly topic perbualan kita orang time tu adalah berkenaan tentang travel-travel semua dan juga dunia pekerjaan.. dia yang aku perasan memang macam agak kerap juga travel.. kadang-kadang tu aku terperasan juga gambar-gambar dia travel kat my FB.. then kita orang bertukar-tukar hadiah bila dia beri aku barangan yang dia beli waktu travel yang terkini, then aku pun beri hadiah yang aku beli dari Australia kat dia.. dia tanya aku kalau nak gi Australia perlu Visa ke?  Then aku cakap, setahu aku orang Malaysia tak perlukan Visa kalau nak gi Australia.. rasanya dalam 30 hari pengecualian Visa untuk yang datang Australia kalau datang sekadar untuk melancong.. but topic dunia pekerjaan pula aku dapat tahu yang dia asalnya budak architecture juga macam aku, but sekarang ni  dia kerja benda lain pula yang langsung takde kena mengena dengan architecture.. lalu aku tanya lah bagaimana dia boleh tukar pekerjaan walaupun tanpa memiliki another sijil Degree semua.. then dia tanya aku pasal ‘Abang Long Muscle’ yang aku ada cerita dalam blog.. then aku pun curious apasal banyak orang nak tahu pasal abang long tu? Bukan dia je, but ada juga readers lain yang tanyakan pasal hal ni..




Perjumpaan Ketujuh

Pagi sebelum aku jumpa dengan the next reader, kawan aku tanya “hari ni nak ke mana pula?” then aku balas, plannya nak pergi ke Istana Negara yang lama.. dengar cerita Istana Lama tu dah dijadikan muzium.. so, semalamnya aku ada google sikit pasal Istana Negara lama ni.. betul ke tak dah dijadikan muzium.. then paginya tu aku ada google juga tentang cara-cara nak pergi ke sana (dengan jalan kaki)… tapi time aku google tu macam takde exactly cara yang bagus dan mudah untuk pergi ke Istana Negara lama tu dengan jalan kaki melainkan pergi dengan kenderaan.. based on apa yang aku google, kalau nak jalan kaki ke sana harus stop kat monorail stesen Tun Sabamtham.. then jalan kaki kena melintasi lebuhraya.. plan asalnya nak pergi ke Istana Negara lama tu ajak the next reader sekali pergi sana berjalan kaki.. but then aku fikir, “tak semua orang berfikiran seperti aku..” aku ni memang suka nak pilih ‘jalan susah’.. kalau yang kenal aku, kalau nak pergi ke satu tempat, aku memang suka berjalan kaki kalau bab travel ni semua.. kalau tempat tu orang rasa jauh, but usually bagi aku terasa dekat je.. sebab aku ni kaki ‘bertenaga’ sangat untuk berjalan-jalan.. time kat Melbourne, jalan-jalan aku mana ader guna Tram semua.. memang jalan kaki terus.. jauh-jauh but still tak kisah jalan kaki.. so, disebabkan ‘tak semua orang berfikir seperti aku..’ jadi aku putuskan tak payah lah kot ‘menyusahkan’ orang lain untuk ikut cara aku nak pergi jalan kaki ke Istana Negara yang aku sendiri pun tak sure sangat nak pergi ke sana macam mana.. bab-bab nak cari jalan ni aku memang minat lah.. ditambah lagi cuaca panas Malaysia, orang lain memang tak sanggup kot, but aku boleh je.. kebetulan pada pagi tu aku dapat tahu ada carnival buku kat KLCC.. so, aku decided untuk pergi KLCC je lah.. banyak tempat duduk, boleh borak-borak dengan the next reader..

Jumpa dengan dia kat KLCC.. dia kata dia pakai baju yang sama dalam profile picture FB nya.. so, aku datang cari lah.. terserempak dengan orang berpakaian yang seakan sama dari jauh.. but then aku lintasi je orang tu.. lepas tu dari jauh aku perhatikan sambil tengok kat handphone.. betul ke orangnya? Baju dah sama tapi wajah macam lain sikit lah.. actually aku tak pernah Nampak wajah full dia.. just wajah yang separuh-separuh je.. based on apa yang aku gambarkan dalam otak aku, fikir dia ni macam orangnya Chinese look macam tu.. tapi orang kat depan mata aku ni jenis yang ‘wajah melayu’ yang ada janggut panjang.. so, aku mula nak doubt, betul ke tak orangnya? Aku mula mendekati, rasa dia lah orangnya.. so, bila dah dekat tu aku pun tanya lah, “so.. you??” and betul dia lah orangnya.. lari sikit dari imaginasi aku.. tapi nasib aku tegur orang yang betul.. kalau tersalah, sure jadi segan..

Lalu aku pun ajak dia pergi ke KLCC.. kata ada carnival buku kat sana.. dia macam tak familiar sangat dengan kawasan kat KL ni.. walaupun pernah study somewhere around Selangor, but maybe dia jarang keluar ke KL kot, so macam tak tahu sangat area kat KL ni.. mula tu ajak dia pergi ke carnival buku kat KLCC but tak jumpa so, kita orang pun mula duduk di kawasan sekitar air pancut tu.. pada saat tu, mula lah nak berborak semua.. untuk kenal diri masing-masing.. orangnya lagi dewasa banding aku.. beza umur 3 tahun.. kita orang mostly borak pasal cerita kehidupan yang menyentuh tentang dunia PLU ni.. pasal pengalaman dia semua.. and mostly seperti biasa aku macam lebih kepada nak ‘dengar’ banding nak bercerita.. dengan readers lain pun macam tu lah.. maybe aku ni memang jenis ‘pendengar’ kot.. aku mula perasan yang dia suka nak usha-usha orang yang lalu di sekitar.. then dia pun cakap lah orang yang mana satu dia usha tu.. dari situ aku mula tahu bagaimana taste orang lain.. for me, based on my impression semua, dia ni minat dengan lelaki yang ada ‘beautiful face’ lah kot.. aku rasa dia mungkin jenis yang suka nak ‘approach’ banding di’approach’ lah kot..

Then lepas tu ajak makan kat food court.. sambung berborak kat sana pula.. before nak solat Zohor, dia ada bisik kat aku kata dia ada satu soalan sensitive sikit nak tanya aku.. harap aku tak marah lah kalau dia tanya.. aku cakap je lah kat dia, tanya je apa-apa.. aku tak marah.. aku expect soalan sensitive ni macam soalan tanya aku ni pernah main ke tak main, top ke bottom semua tu.. benda-benda macam ni lah.. but rupanya soalan dia, “kalau pergi solat Zohor nanti, ikut solat sekali tak?” okay.. yang ni aku terkejut sikit.. then aku jawab je lah.. ye.. aku solat Zohor sekali.. then aku mula tanya diri sendiri, muka aku muka orang tak solat ke? Dia kata, ada orang yang stay oversea ni yang dah tak solat semua.. so maybe fikir aku pun macam tu.. and ada je orang yang tak solat even stay Malaysia.. but honesly, kalau bab-bab solat ni, nak kata aku ni jaga solat lima waktu sangat honestly tak juga.. lebih-lebih lagi kalau solat subuh.. ikut tempat, and ikut keadaan..

So far orangnya okay je.. but kadang-kadang aku pula terfikir kalau-kalau dia tak selesa keluar dengan aku.. mungkin maybe aku bila bercakap kuat sangat ke apa, aku berjalan laju sangat lah.. aku pun try nak buat orang selesa jumpa dengan aku.. bila aku keluar dengan mana-mana readers, aku try untuk jadikan perjumpaan tu tak macam obvious sangat macam ‘perjumpaan golongan PLU’.  Tak nak lah bila orang pandang macam pandang semacam je.. tup.. tup.. tup.. terkeluar dalam blog KDL dalam snap gambar dia.. hahaha.. mana lah tahu kan..




Perjumpaan Kelapan

Dia ni actually aku dah jumpa dah sebelum ni.. so, kiranya ni macam perjumpaan untuk kali kedua lah pula.. dia teman kan aku pergi ke carnival buku kat KLCC tu.. aku tahu carnival tu pun dari dia.. so, jalan-jalan kat dalam tempat pameran.. ada pelbagai publisher buku.. so, dia pun ada lah mencadangkan beberapa buah buku kat aku.. aku sekadar nak tengok-tengok je.. then aku ada bisik kat dia, dulu aku memang suka sangat nak baca novel ni semua.. but sekarang ni bila aku masuk kedai buku, aku macam tercari-cari novel genre PLU lah pula.. aku sedar benda macam tu macam susah giler nak mampus untuk dicari, but still aku tak tahu kenapa kalau aku masuk kedai buku aku tercari-cari novel macam tu.. mana lah tahu ada disebalik tajuk buku yang macam ‘straight’ but isi kandungan lain sikit.. then dia pun ada cadangkan beberapa buah buku yang bergenre lain yang tak tipikal sangat, buku-buku yang bertema berat dan Bahasa kasar mostly daripada publisher FIXI.. lalu cadangkan juga, kalau aku nak terbitkan buku, boleh try kat FIXI.. but then aku cakap lah, even novel aku sendiri pun tak tamat-tamat lagi, tak payah nak fikir pasal nak publish semua.. actually novel Unspeakable Love tu pun pernah tersiar kat Penulisan2u iaitu sebuah satu web novel terfemes kat Malaysia dan kini juga mula menjadi publisher.. but then, baru sampai part 10 rasanya, penyiaran novel Unspeakable Love tu pun dah diberhentikan.. aku kecewa juga lah, but at the same time aku pun faham.. even aku sendiri tak sangka yang dorang boleh publish citer Unspeakable Love tu pada awalnya..

Kita orang borak banyak benda lepas tu.. pergi lepak and cari tempat duduk untuk bersembang.. aku ada bertanya kat dia pasal satu benda.. aku tanya apa first impression dia pasal aku bila dah jumpa semua.. but dia keras-keras kata itu adalah rahsia.. aku pun juga bertanya satu soalan yang menyentuh tentang ‘soal suka kat seseorang’ ni.. aku curious pasal benda tu.. ingat kan nak tanya kat FB, but alang-alang dia di depan mata, so, better aku tanya direct je.. bersembang dan bersembang.. dia ada tunjuk gambar bf dia.. aku tengok, Nampak hensem juga di mata aku.. hehehe.. lalu aku bertanya lah tentang bagaimana dia boleh kenal dengan orang ni, orang tu.. orang-orang yang actually aku kenal juga.. kenal kat internet je lah.. lepas tu dia temankan aku shopping barang mainan yang aku nak beli untuk anak buah aku.. kita orang pergi ke keda I-Setan kat KLCC cari barang mainan..












Friday 21 November 2014

Sesi Bertemu dengan Readers







Kalau yang still tak tahu lagi, aku sebenarnya sekarang ni sudah ada kat Malaysia, lebih spesifik kat KL.. aku nak cakap direct je, pada saat ni aku sudah membuat beberapa perjumpaan untuk bertemu dengan my blog readers sementara untuk mengisi masa lapang aku kat KL.. pada awal tu, aku memang reluctant sangat-sangat untuk jumpa orang.. bukan atas factor takut nak jumpa orang.. but mostly pasal diri aku sendiri.. aku ni macam insecure dengan diri sendiri.. aku ni ada satu masalah yang dipanggil sebagai ‘anxiety’ dari sudut psikologi.. sebelum ni kalau yang sempat baca, aku ada cakap yang aku ada kerap berjumpa dengan kaunselor di atas perkara peribadi.. dan dari situ aku mula faham yang aku ni dari segi mentalnya ada masalah mengenai anxiety.. kalau nak faham anxiety ni macam bila kita start fikir satu perkara yang still lagi belum terjadi, but kita fikir hanya perkara yang negative je.. perkara ni menimbulkan perasaan ‘ragu-ragu’, ‘fikir hal yang bukan-bukan’ yang kemudiannya membuatkan hilang keyakinan diri.. pada hal perkara tu still belum lagi terjadi, but kita dah fikir hal yang merepek, fikir perkara negative je yang akan terjadi.. so, ini lebih kurang sebagai ‘anxiety’..

So, dalam bab nak jumpa orang ni kan, aku bukan takut nak jumpa orang pun.. but mostly aku rasa yang aku macam ‘tak bagus sangat’ untuk jumpa orang.. dari segi personality, fizikal, perwatakan semua tu macam aku fikir membuatkan orang lain maybe takkan suka aku lagi dah.. rasa diri tak hensem lah.. rasa diri buruk lah.. nanti bila lepas jumpa ‘kena reject’.. and aku pula jenis yang ‘fear of rejection’.. lepas orang jumpa aku maybe dorang tak nak contact or nak kenal aku lagi dah.. fikir aku macam ‘tak cukup menepati standard’ pada orang lain.. takut nak tunjuk ‘kekurangan’ diri.. takut bila tunjuk buat orang macam ‘turn off’.. takut aku tak seperti dalam expectation mereka.. bla bla bla bla… banyak benda lah yang aku fikir..

So, bagi aku, jawapan kepada ‘anxiety’ seperti ni adalah dengan ‘berhenti daripada berfikir’.. sebab kalau berfikir, takut akan fikir hal yang bukan-bukan yang menimbulkan rasa ragu-ragu dan hilang keyakinan.. so, berhenti berfikir, kita lihat dulu apa yang akan jadi.. apa yang jadi usually tak semestinya seburuk apa yang kita bayangkan pun.. so, aku just biarkan fikiran aku ‘kosong’..
Untuk saat ini, aku baru jumpa dengan empat orang, jadi aku nak share kisah aku..




Perjumpaan Pertama

Pada hari tu aku ada kat KL Sentral dengan niat nak pergi ke Batu Caves (nak tengok kuil and panjat tangga).. but then aku nak makan-makan dulu before nak gerak ke Batu Caves.. tengah makan tiba-tiba dapat satu mesej dari reader kata dia ada kat KL Sentral, and nak jumpa aku.. so, aku macam terkejut juga lah sebab kebetulan aku pun kat KL Sentral pada masa tu.. rasa macam serba salah pula kalau aku tak nak jumpa sebab dah berada di tempat yang sama kan.. malas nak fikir sangat, then aku pun kata setuju je nak jumpa.. macam biasa, sebab aku bukannya biasa sangat nak jumpa dengan random people ni.. last and kali pertama aku jumpa orang random stranger ni pun pada tahun 2011.. tu lah satu-satunya aku jumpa orang kenalan internet (sebelum ni).. so, aku pun cari lah tempat dia berada, kata tengah duduk kat depan pintu masuk.. datang anxiety tu jap, aku pun keluar masuk tandas nak tengok cermin, nak tengok wajah.. hensem ke tak hensem.. rupa elok tak.. penampilan macam mana, selekeh ke tak.. then bila dah rasa diri ‘okay’ je, lalu aku mula nak jumpa orang tu.. terpandang dia tengah duduk.. but aku tak gi terus nak tegur.. aku macam ‘serigala’ yang nak tengok mangsa dia.. hahahaha.. aku dari jauh mengelilingi dia, macam serigala nak terkam mangsa.. mengelilingi, berpusing dari tempat dia duduk, sebenarnya nak cam betul ke tak dia orangnya.. and dalam masa yang sama nak bina keyakinan sikit.. but then, last-last aku terus maju ke hadapan, tegur dia..

Tegur.. then dia kata dia dah perasan aku dah.. lalu aku cakap, ‘sorry lah sebab aku berkelakuan agak aneh sikit (seperti serigala mengelilingi mangsa)’… kemudian aku duduk sebelah dia.. mula-mula bercakap tu dia kata lah dia boleh kenal aku walaupun sebenarnya dia tak pernah tengok wajah aku pun.. aku tanya macam mana boleh tahu, dia kata salah satu sebabnya adalah ‘mata aku’.. dalam blog aku pernah kata yang aku ada mata yang agak special sikit.. yang lain dari yang lain.. orang kalau jumpa kadang-kadang fikir aku macam letak something kat mata aku, but actually ianya natural je.. mata aku ni susah nak explain macam mana nak describe.. kena jumpa aku baru boleh faham, and maybe tu pertama kali korang jumpa orang bermata seperti aku and ianya adalah natural.. aku tak terkejut pun pasal benda ni sebab dah jadi common thing bila first orang jumpa aku.. my eyes macam satu ‘signature’ aku.. identity aku.. yang membuatkan aku berbeza dengan orang lain disebabkan mata aku juga yang ‘special’ sikit.. and honestly sebenarnya benda ni buat rasa insecure sikit.. entah lah.. aku macam rasa a bit insecure juga sebenarnya..

Then lepas tu kita orang mostly borak pasal Unspeakable Love sebenarnya.. reason dia nak jumpa aku pun nak tanya pasal benda tu.. novel bila nak update.. kenapa lambat update.. perkara yang common sangat orang tanya aku.. bukan tu sahaja, but kita orang discuss pasal citer tu secara keseluruhannya.. kiranya macam satu komen pasal novel tu.. aku faham, novel tu tak perfect pun.. ada lah yang terkurang hasil daripada penulisan penulis amatur macam aku ni. Sentuh pasal beberapa watak yang ‘hilang’, sentuh pasal ‘persoalan’ yang tak terjawab.. perkara ni lah macam jadi satu problem dalam novel tu, berkenaan bagaimana aku handle jalan cerita.. for me, benda ni jadi susah disebabkan mostly citer tu hanya focus pada ‘pandangan dunia dari mata Fahri..’ and aku pula takde plot yang kukuh buat cerita tu macam lacking banyak benda.. tak tahu hala tuju.. citer yang asalnya best, but sekarang macam boring.. macam dah hilang ‘sengat’ cerita.. aku pun sedar akan hakikat ini.. but dalam masa yang sama aku macam terharu gak sebab orang bila kata macam tu, kiranya macam my novel tu sebenarnya ‘disukai’ dan ‘dihargai’.. so, orang nak yang terbagus daripada cerita tu.. terasa diri seolah-olah seorang penulis novel yang berjumpa dengan peminatnya pun ada.. hahaha..
Daripada novel Unspeakable Love, mula nak relate pada kehidupan peribadi pula.. bercakap pasal kenapa Amir perangai macam tu, dia mula nak relate cerita tu dengan orang-orang yang dia kenali.. bagi dia watak Amir tu takde lah jahat mana pun.. sebab dia kata dia pernah jumpa watak Amir tu dalam hidup dia.. watak yang mana takde lah jahat sangat, but bila terdesak (disebabkan cinta) jadi macam boleh lalukan apa-apa je.. tu pada pandangan dia lah.. bagaimana watak Amir tu sebenarnya, hanya aku je yang tahu.. lalu sentuh pula pasal cerpen The Secret Admirer.. kata yang tu best.. orang banyak boleh nak relate pada diri masing-masing sebab tu citer best..

So, basically, first ‘meeting’ ni mostly sentuh pasal citer Unspeakable Love tu dan perkara-perkara yang relate pada real life.. oh ya! Lupa pula.. dia ada tanya aku pasal lelaki yang aku suka.. kata nak tengok rupa dia macam mana.. aku asalnya segan nak tunjuk, last-last aku tunjuk je gambar dia yang aku selitkan pada satu novel.. lalu dia tanya, “so orang macam ni lah taste ko?” aku balas, aku ni prefer yang sebaya aku..

Bila dah berpisah tu aku ada cakap kat dia.. “all good.. at least Bahasa yang digunakan adalah ‘kau-aku’.. kalau guna Bahasa panggilan ‘abang’ ni aku terjadi awkward sikit..”
Sebenarnya dia jauh berusia daripada aku.. dia dalam more than 30.. tapi kita orang guna ‘kau-aku’ je yang membuatkan aku jadi selesa.. sebab aku tak selesa sangat nak panggil orang ‘abang’.. jadi, bila ‘kau-aku’ je takde lah terasa sangat perbezaan umur tu.. sebab tu aku rasa selesa sikit bila berbual dengan dia.. sebab ada je orang yang prefer dipanggil abang.. and aku pula terpaksa nak guna perkataan ‘saya’..



Perjumpaan Kedua

Jumpa kat NU Sentral lepas aku balik dari Balai Seni Visual Negara.. petang tu aku macam takde benda nak dibuat, so aku terasa pula nak jumpa orang.. lalu buat lah temu janji dengan seorang ni, kata kalau dia still kat KL area, boleh je kalau nak jumpa dengan aku.. so, dia setuju nak jumpa, aku pula yang tunggu dia sambil duduk kat NU Sentral.. asalnya aku segan juga nak jumpa orang, but hari tu aku beli baju baru, then bila pakai tu terasa diri hensem sikit.. hahaha.. so, bila terasa diri hensem sikit, datang keyakinan diri.. kalau aku tak beli baju baju (yang kemudiannya aku pakai terus) maybe aku segan nak jumpa.. aku ni bila terasa diri ‘hodoh’ jadi segan nak jumpa orang..
Kali ni orang yang cari aku, tak seperti yang lepas, aku cari dorang.. bila aku yang kena cari, jadi feeling nervous tu tak terasa sangat.. sebab aku just kena tunggu je untuk ditegur.. kalau aku yang kena cari orang bila, bila dah terjumpa orang tu aku jadi nervous sikit.. tak tahu nak tegur macam mana.. biasanya aku akan jadi ‘serigala’ yang akan mengelilingi mangsanya sebelum nak terkam.. dah jumpa, but ambil masa sikit (mengelilingi orang tu dari jauh) sebelum nak tegur.. but aku yang kena tunggu orang, so tak payah lah nak jadi serigala ke apa.. hihihi

Lalu jumpa, antara soalan pertama yang diajukan adalah ‘umur’ berapa? Aku ada lah teka-teka umur dia berapa.. aku teka umur yang lebih berusia sedikit padahal sebenarnya dia muda lagi, tapi dia still tua dari aku lah.. dalam hati aku macam ‘alaa.. jahatnya aku.. hihihi.’ Kadang-kadang kalau kita teka umur yang tua dari umur sebenarnya takut orang berkecil hati lah pula, but biasanya kalau teka umur yang lebih muda usually orang suka je.. semua orang mudah suka terasa muda lah kan.. maksud aku macam kalau umur orang tu 28 tahun, but kita teka umur 24 misalnya.. usually orang tu kembang hidung terfeeling awet muda.. tapi kalau 28, but teka 34 lah misalnya, jadi macam ‘tua sangat ke aku ni?” faham tak?

So, kita orang makan sama-sama kat food court.. lalu borak lah.. topic perbualan kita orang ada pelbagai.. daripada hal-hal kekeluargaan, novel aku, pasal travel kat oversea and banyak lagi.. seperti biasa, usually aku macam lebih banyak mendengar berbanding nak bercakap.. aku boleh je layan pelbagai topic perbualan.. maybe aku lebih kepada ‘pendengar’ banding daripada nak bercakap.. or aku je yang tak nak cakap hal peribadi aku sangat..

Lepas tu kita orang pergi jalan-jalan sekitar NU Sentral tu.. actually ni kali kedua (rasanya) dia pergi NU Sentral biar pun dia ni macam orang KL je.. dia tanya aku, kenapa asyik lepak kat NU Sentral je? Balas aku, KL Sentral ni macam ‘hub’ aku.. kalau nak gi mana-mana akan singgah KL Sentral.. so, bila dah ada mall baru tu, jadi macam aku lepak-lepak juga lah kat sana.. and then mula lah borak yang dia actually jarang pergi KL Sentral.. sebab dia tak guna public transport.. sebab ada kenderaan sendiri.. LRT or KTM tu jarang naik.. so, kita orang ronda-ronda NU Sentral.. then temankan dia untuk beli kek sebagai hadiah kepada kenalan dia..

Sebelum berpisah, dia minta nombor aku kalau rasa nak contact lagi.. actually pada asalnya aku macam tak nak beri nombor contact aku pada sesiapa.. but bila orang dah request kat depan mata ni aku macam susah pula nak kata NO.. tapi takpe lah.. lepas ni dia tahu lah WeChat or Whatsapp aku apa.. but Instagram aku still tak tahu lagi.. tapi tak kisah lah.. maybe aku kena jadi lebih friendly sikit.. lagi pun aku jumpa orang ni pun atas factor untuk mengasah kemahiran bersosial..



Perjumpaan Ketiga

Jumpa waktu tengah hari time launch hour.. kata dia hanya boleh jumpa dari jam 12 – jam 2.. tapi disebabkan kelewatan komunikasi, waktu tu dah pukul 1 tengah hari dah.. so, aku tanya dia masih sempat lagi ke kalau nak jumpa.. aku kat KLCC time tu.. kebetulan pula dia kerja kat KLCC.. so, walaupun hanya boleh jumpa dengan aku sejam je, tapi takpe lah kan.. yang ni agak lain sikit.. sebab aku tak pernah tengok wajah dia.. and aku rasa dia pun tak pernah Nampak wajah aku.. so, aku macam tak tahu orang dia macam mana.. ianya macam kedua-dua saling tak pernah Nampak wajah masing-masing.. orang-orang sebelum ni aku boleh tengok wajah dia, but dorang tak pernah tengok wajah aku.. so, agak suspen juga untuk menanti orang yang kita tak pernah tengok wajah dia..
Last-last jumpa juga.. bila jumpa tu dia tak seperti apa yang aku gambarkan.. kadang-kadang kita imagine juga kalau tak pernah tengok wajah orang tu.. tapi ianya sesuatu perkara yang neutral lah.. tak semestinya lari daripada ‘jangkaan’ kita tu adalah sesuatu yang negative or positif.. just neutral je.. so, jumpa then dia bawa aku minum kat kafe dalam Kinokuniya tu.. asalnya aku keberatan nak masuk disebabkan kalau aku masuk mesti penggera anti-kecurian tu berbunyi walaupun aku tak beli or curi apa-apa pun dalam Kinokuniya.. sebelum jumpa dia pun, memang macam tu.. masuk Kinokuniya berbunyi, aku pun jadi pelik.. malas nak disiasat pak guard, tu yang aku malas nak masuk Kinokuniya.. but dia ajak aku minum dalam kafe tu, aku pun masuk je lah, biarpun penggera tu berbunyi ke apa..

Sampai kat Kafe.. aku jadi awkward sikit.. sebab aku tak biasa pergi tempat macam tu.. membuatkan aku teringat akan memori kat Hobart, Tasmania bila seorang abang ni ajak aku pergi minum kat kedai kopi.. ala-ala nak mimum latte, cappuccino semua benda alah tu.. aku mana lah biasa.. aku orang kampong minum teh BOH je.. dulunya aku mana lah tahu beza latte, cappuccino semua tu.. expresso lah.. apa benda entah.. Starbucks or Coffee Bean semua tu mana lah aku nak layan sangat.. kalau masuk kedai macam tu jadi awkward.. tak tahu nak order apa.. so kali ni pergi kedai ala-ala macam tu sikit, jadi aku mula rasa awkward sikit.. dah lah aku tengok harga satu meal dalam RM20.. aku diam je lah.. terlupa nak cakap, kalau nak ajak makan bawa tempat yang murah sikit.. but dah sampai kan.. layan je lah.. tapi baru nak pilih menu, but orang yang aku jumpa ni macam nak ‘belanja’ je.. aku pun ON je lah.. kalau orang nak belanja aku tak kisah.. boleh save duit.. tapi rasa bersalah pula bila diri kena belanja.. fikir dan fikir.. buang je lah rasa bersalah tu.. dah nama rezeki kan.. hahahaha..
So duduk lalu makan.. aku rasa awkward nak makan.. tapi kena buat-buat rileks.. lepas tu mula lah perbualan antara kita orang.. kalau nak diringkaskan.. topic perbualan kita orang menyentuh tentang architecture dengan movie.. dia minat dengan architecture walaupun pekerjaan dia tak arah tu.. sebab dia tahu aku budak architecture, so aku pun boleh juga layan benda-benda macam ni.. cakap pasal bangunan, ciri-ciri bangunan yang dia suka.. cerita pasal kecil-kecil suka nak lukis plan bangunan.. kadang-kadang aku curious pula, kenapa tak nak study architecture je kalau dah minat? Aku suka je dengan hal-hal macam ni.. but kalau aku cakap pasal Post Modernism, Modernism, Functionalism, Brutalism, High-Tech, Deconstructuvist Metabolism semua, maybe dia tak faham kot.. sebab dia tak study architecture.. tapi ada je yang tahu benda ni semua.. cerita juga sikit pasal dia pernah jadi exchange student study kat Sydney.. lepas tu cerita pasal movie.. aku bukannya layan movie sangat, tengok sekadar nak tengok.. lepas tu sebut-sebut pasal nama-nama pelakon.. aku sebenarnya blur sebab aku tak kenal sangat dengan para pelakon.. tapi layan je lah.. nak diringkaskan topic perbualan berunsur perkara ilmiah da nada informasi.. aku fikir dia ni mesti golongan cemerlang, gemilang, terbilang.. sebab aku rasa dia macam golongan yang suka cerita pasal perkara yang bermanfaat ada info..

Tapi sebenarnya aku macam curious pasal beberapa hal.. sebab sebenarnya dia dah kahwin.. aku kalau yang dah kahwin ni akan membuatkan aku curious nak tanya sesuatu.. persoalan dari golongan yang tak kahwin lagi kepada yang dah kahwin.. tapi aku rasa benda ni macam agak tak elok untuk ditanya, dan tak semua orang suka ditanya soalan macam tu.. and aku pun rasa yang dia maybe tak suka kalau aku ajukan soalan seperti tu.. sebab agak sesitif sikit.. lagi pun kita orang tengah makan kat kafe, jadi agak open.. takut orang boleh dengar ke apa.. so, tak pe lah.. kita menghormati kehidupan peribadi..



Perjumpaan Keempat

Dia ni sebenarnya orang pertama yang request untuk jumpa aku.. tapi aku macam tak kata YES or NO pun.. ada banyak alasan juga lah aku beri kan kat dia.. but then aku terasa macam unfair pula kalau aku jumpa dengan orang lain, but tak jumpa dengan dia.. so, aku pun cakap je lah kata setuju untuk jumpa.. nak diringkaskan jumpa kat KLCC gak.. awal-awal jumpa tu terus dia tanya pasal mata aku ni ‘natural’ ke tak natural.. aku macam.. hurmmm.. dah letih dah dengan soalan macam ni.. my eyes ni macam identity aku.. yang membuatkan aku berbeza dari orang lain.. my eyes macam dah jadi trademark signature aku.. orang ingat aku disebabkan mata..

Lepas tu kita orang makan kat KLCC.. disebabkan dia lagi muda daripada aku, terasa diri lebih selesa untuk berbual.. berbanding dengan orang sebelum ni mereka lagi dewasa berbanding aku.. and dia pun macam happy go lucky.. jadi ada perbezaan kalau banding orang sebelum ni, bagaimana aku bercakap, more friendlier macam bercakap dengan kawan sebaya je.. sebab tu aku kata aku prefer dengan golongan sebaya.. kalau dengan yang lebih dewasa ni aku jadi kekok sikit.. aku kalau jumpa dengan orang dewasa terasa didominasi.. and aku tak suka bila diri didominasi.. dan tu tak bermakna aku suka nak mendominasi orang pula.. dan tak bermakna aku tak suka dengan orang dewasa, just kena respect dorang yang membuatkan satu pihak mendapat privilege.. senang kata perbualan antara aku dengan dia lebih macam berborak dengan kawan-kawan sebaya je..

Lepas makan aku ajak dia pergi pergi melepak kat kawasan air pancut di luar KLCC.. aku memang suka nak lepak kat sana.. then aku cakap kat dia macam ni, for me melepak kat depan air pancut tu ada unsur-unsur ‘sweeet’ or romantic sikit.. aku teringin untuk ajak someone yang aku suka untuk melepak depan air pancut tu.. but asalnya dia tak faham sangat ‘apa yang special’ sangat dengan air pancut tu.. but aku faham je, lain orang lain pandangan.. bagi orang lain mungkin ‘sweet-romantik’ tu macam kiss, berpelukan, tidur bersama ke.. but bagi aku ‘sweet-romantik’ tu adalah bagaimana kita spend masa kita dengan orang tu.. suddenly macam air pancut tu mula berwarna-warni sambal didendangkan dengan irama lagu.. keadaan sekeliling menjadi mempersonakan dengan manusia terpukau dengan melihat air pancut yang menari-nari, very colourful dan yang harmoni dengan music.. then aku cakap, sebab tu aku kata ianya ‘sweet-romantik’.. bila kau duduk berdua-duaan sambal perhatikan benda ni semua.. ianya macam dalam citer Unspeakable Love, yang mana Fahri teringin nak bawa orang yang dia suka menaiki satu ferris wheel.. but untuk kes aku pula, one day aku teringin nak spend masa dengan orang yang aku suka menyaksikan air pancut itu pada waktu malam..

Kita orang borak banyak benda.. mostly pasal hal kehidupan lah.. dia ada tanya aku pasal bila aku kata nak gi kelab malam gay.. aku cakap lah, aku dah pergi dah pun sebenarnya, but just depan pintu je.. and waktu siang.. and aku terkejut bertapa tempat tu memang betul-betul tengah-tengah Bukit Bintang.. sebab expectation aku untuk kelab malam ‘gay’ ni sepatutnya macam terselit-selit.. kena jalan jauh sikit baru boleh jumpa.. but yang ni memang dekat sangat Pavillion.. so, aku cakap lah asal tu memang keinginan nak masuk tu kuat, but then aku fikir macam satu tanggungjawab social.. aku kalau dah masuk aku akan share pengalaman aku kat dalam blog.. but aku tak nak kalau orang baca blog aku macam jadi satu galakan untuk orang lain pergi pula.. ye lah.. sebelum ni orang tak kenal Planet Romeo tu apa benda mula tahu benda tu dari blog aku.. sebenarnya aku nak masuk kelab gay tu selain daripada untuk melihat ‘gay scene’, but aku macam teringin pula nak test market.. hehehehe.. sebab aku feeling tak hensem kan, jadi mana lah tahu ada yang tertarik kat aku ke apa kan.. kononnya lah.. but orang kat sana maybe ada niat tak elok macam nak seks je.. lalu budak yang keluar dengan aku ni kata yang dia teringin nak masuk juga kelab tu kata nak test market juga.. but aku cakap lah, so.. aku ko tak suruh pula aku pergi, but kalau ko boleh pula pergi ek? Lalu dia cakap, sebab aku ‘inesen’ lagi..

Lepas tu kita orang banyak borak benda lain.. pasal hal-hal kapel semua.. kata macam at least aku kena try lah.. but aku cakap, aku walaupun aku suka kat orang, aku tak nak berkapel.. benda ni complicated sikit dan susah untuk dijelaskan. Kalau aku nak try ada hubungan perasaan dengan orang pun, biar lah benda tu jadi atas sebab memang aku suka kat orang tu, bukan sebab atas kerana nak mencuba je..





Bersambung…



ada je aku jumpa orang lain.. but nanti cerita lagi..


aku free Ahad ni kalau sesiapa nak ajak jumpa.. inbox FB aku kalau nak urus hal perjumpaan.. 

Wednesday 12 November 2014

Drama Melayu - Baby Ana Milik Siapa






Hafidz Roshdi ni memang nampak macam sebaya aku.. takde lah dewasa sangat takde lah muda juga.. but actually he is still 20!!




dah lama giler tak layan drama melayu.. bukan kata drama melayu ni tak best.. sebenarnya bagi aku drama Melayu lagi berkualiti kalau nak banding dengan drama terlebih zoom kat muka citer Indon yang banyak fairy tales.. aku bukan jenis layan drama/movie sangat.. but waktu zaman sekolah dulu, kecil-kecil memang minat layan drama kat TV.. but bila dah masuk asrama, tak boleh nak layan TV sangat, mula lah tak follow apa-apa drama and mula jadi kebiasaan sebab takde kesempatan nak layan drama-drama ni semua kat TV... I think, drama melayu yang last sekali aku follow adalah citer AdaMaya.. dah lama giler citer ni kan.. and disebabkan drama ni budak perempuan kecil Mia Sara tu jadi femes.. lepas tu semua nak ambil budak Mia Sara tu nak berlakon.. okay, aku bukan kata tak suka kat budak tu.. actually memang dia talented pun.. but bagi aku macam mula nak boring dah tengok budak tu asyik dijadikan watak dalam movie/drama.. macam takde budak lain lagi nak diambil.. apa-apa citer yang melibatkan budak kecil, mesti budak Mia Sara ni yang berlakon.. bila asyik tengok muka tu je, walaupun talented kadang-kadang kita jadi bosan gak tengok.. but at least aku tengok drama Baby Ana Milik Siapa ni guna budak perempuan lain.. kira bagus lah kalau asyik nak guna Mia Sara je.. but aku tak kata tak suka kat Mia Sara.. just macam dia sudah terlalu kerap digunakan pada setiap drama/filem..




Mia Sara



eh jap.. bukan AdaMaya drama melayu last aku layan.. actually ada satu drama realiti TV ni, tajuknya Gadis Semasa Sunsilk.. kalau sesiapa tak tahu citer Gadis Semasa Sunslik ni pasal Imelda yang ditawarkan kontrak untuk menjadi artis/penyanyi.. berbeza dengan program realiti TV lain macam Akademi Fantasia orang bertanding nak jadi artis.. but citer ni, dorang macam buat ala-ala drama bagaimana si Imelda ni mula kena offer jadi penyanyi (asalnya dia artis YouTube ala-ala Najwa Latiff lah) dalam bentuk drama sampai lah dapat kontrak jadi penyanyi (kontrak betul-betul.. bukan sekadar lakonan..).. but lepas tu aku tak dengar khabar perkembangan tentang budak Imelda tu dah.. macam susah nak femes kot dalam dunia hiburan Malaysia..






but now setelah bertahun-tahun tak layan drama Melayu, finally aku teringin nak layan satu citer ni.. sebelum ni aku dah sebut pasal drama ni.. tajuknya Baby Ana Milik Siapa.. dapat tahu pasal drama ni daripada one of my blog reader, then aku terskodeng pula seorang pelakon baru ni, Hafidz Roshdi.. hati tertarik pula bila tengok dia.. lagi-lagi time aku fikir dia macam sebaya je dengan aku (but actually dia muda lagi..) aku kan mudah nak tetarik pada golongan sebaya aku.. (satu bonus kalau sebaya).. takde lah lebih-lebih.. maybe aku macam 'tertarik', so aku curious lah nak tengok lakonan dia.. jadi aku layan citer Baby Ana Milik Siapa ni atas niat nak tengok budak Hafidz Roshdi tu berlakon.. hahahaha.. nak tengok pandai berlakon ke tak..





so, my first impression bila tengok episod satu drama ni...


hurmm.. I think aku suka jalan ceritanya.. first episod bagi aku macam rasa nak stick layan drama ni juga.. tema utama cerita tentang 'Love vs Friendship'.. tu apa yang aku faham.. benda ni susah nak seimbangkan.. lagi-lagi bila melibatkan kawan baik kita sendiri, but at the same time percintaan itu terlibat sama.. yang merumitkan bila kau kawan baik dengan orang ni, but kau suka kat orang yang dia suka.. so, bagaimana nak balance hubungan cinta dalam masa yang sama nak jaga persahabatan.. adakah kita nak bergaduh dengan kawan baik kita sendiri.. sahabat baik bermusuhan disebabkan cinta? bagaimana kita nak buat agar ia lebih menjadi harmoni?

sebelum tu kita kenal-kenal dulu dengan setiap watak..






Rihana (Christina Suzanne)
- seorang minah tomboy.. kasar.. pun begitu dia tak suka orang panggil dia pengkid.. and tak keberatan untuk tumbuk orang kalau digelar dengan panggilan tu.. dalam episod satu ni, aku boleh tahu yang dia macam ada 'love hate' relationship dengan Reza.. sebenarnya suka, but macam tak nak admit.. tu waktu zaman sekolah lah.. but then bila tengok pada episod satu, Rihana ni macam tengah ada relationship dengan Edry pula.. aku rasa dia dah berkapel dengan Edry (zaman lepas sekolah)

Reza (Hairul Azreen)
- sekarang dah jadi seorang jurugambar.. seperti yang dijelaskan, dia macam ada 'love hate' relationship dengan Rihanna minah tomboy.. suka nak kacau, suka nak ganggu.. but actually dalam hati tu minat je kat Rihanna.. dalam diam dia ni sebenarnya macam ambil berat pasal Rihanna..

Edry (Hafidz Roshdi)
- kawan kepada Reza.. budak lelaki yang femes kat sekolah.. diminati banyak perempuan dan juga lelaki.. hahaha.. but biarpun begitu, taste dia lain sikit.. dia openly kata yang dia minat kat Rihanna minah tomboy tu.. but tak tahu apa dah berlaku, selepas sekolah, finally dia dah berkapel dengan Rihanna.. but apa yang aku boleh tengok, actually hati Rihanna macam ada kat Reza bukan kat Edry.. 

Salina (Zika Xiandra)
- kawan baik Rihana.. dia ni openly kata suka kat Edry.. tapi Edry tak minat kat dia, just layan sebagai sekadar seorang kawan sahaja.. dalam episod satu boleh diketahui yang Salina ni ada close relationship dengan ibu Edry.. disebabkan itu, dia macam mempengaruhi ibu Edry agak dia dan Edry boleh bersama.. dia sanggup lakukan apa sahaja untuk miliki Edry.. and minta kat ibu Edry agar dapat ditunangkan dengan Edry..

Qaisara ( Ardell Aryana)
- adik angkat Edry dan juga kawan baik kepada Salina dan Rihana.. asalnya anak yatim tapi telah diasuh oleh ibu Edry.. dibesarkan dalam suasana yang strict oleh ibu angkatnya (dan juga ibu Edry), mulanya Qaisara ni jenis perempuan bertudung yang mementingkan agama.. namun masih tidak diketahui apa sebabnya, pada episod satu boleh diketahui yang Qaisara sudah berubah.. jadi free hair.. mula menjadi seorang gadis sosial..






so, komen aku...

tak boleh nak cakap banyak sebab still episod satu.. then tak tahu apa yang ada pada perkembangan cerita.. but so far bila tengok episod satu macam boleh tarik perhatian aku untuk nak ketahui jalan cerita seterusnya.. not bad.. permulaan yang menarik.. 

pasal lakonan pula.. aku suka dengan perwatakkan emak Edry dan Qaisara.. dia jenis ibu yang mengongkong.. i think disebabkan itu macam ada reason kenapa Qaisara boleh berubah perwatakkan.. Ibu Edry dan Qaisara ni ada personality yang menarik dan kelakar.. aku suka tengok watak macam tu..

pasal Hafidz Roshdi.. aku tengok drama ni pun asalnya nak tengok lakonan dia.. so, apa yang aku cakap, actually dia boleh tahan juga lah.. bagi aku lagi 'better' kalau nak banding dengan senior macam Hairul Azreen tu.. Hairul Azreen tu bagi aku macam tak natural sangat cara lakonan dia.. but Hafidz Roshdi ni bagi aku agak bagus untuk seorang pelakon baru.. aku sebenarnya macam gelak-gelak juga bila tengok si Hafidz ni... sebab apa? sebab at the moment bila kita curious nak tahu suara dia macam mana.. hahaha.. ye lah.. sebelum ni aku just tengok gambar-gambar dia je.. tapi tak tahu suara dia macam mana.. faham tak maksud aku? kadang-kadang bila kita curious nak tahu suara orang tu macam mana, sedikit sebanyak macam kita ada pelbagai expectation.. wajah macam ni, suara macam ni.. suara macam tu.. but then bila dah dengar suara dia dan cara dia bercakap, aku just terbayangkan kawan aku.. sebab gaya dan nada lebih kurang sama dengan kawan aku.. cara dia bercakap macam cara kawan aku bercakap..

aku suka dengan watak Edry yang dimain oleh Hafidz ni.. watak seorang lelaki yang minat kat seorang perempuan.. but perempuan tu minat kat orang lain.. watak lelaki yang baik, guna cara yang baik untuk merebut perempuan yang dia suka.. but bila dia dah miliki perempuan tu, actually dia still tak boleh nak miliki hati perempuan tu.. watak seperti ini aku gelar sebagai 'second character'.. watak 'kesian' yang mana dia baik je, ikhlas mencintai perempuan tu, but walaupun bagaimana pun usaha dia untuk memiliki, dia still tak boleh nak rebut hati perempuan tu yang ada kat orang lain.. and usually, kat penghujung cerita watak 'second character' ni akan menyerah dan redha melepaskan perempuan tu merebut cinta dia sendiri.. entah lah.. aku memang suka watak yang aku gelar sebagai 'second character' yang baik tapi akhirnya terpaksa menyerah kalah sebab 'cinta tak boleh nak dipaksa'.. 

perkara ni sama dengan satu falsafah 'cinta' dari aku..

"kadang-kadang kita kena sedar juga.. dalam masa kita nak mengejar cinta orang tu, but si dia pun ada cinta yang dia nak kejar sendiri.."

and yang sedihnya orang yang dia nak kejar tu bukan diri kita.. so, kita kena redha je lah.. nasib jadi 'Second Character' memang macam tu..

so, kesimpulannya drama Baby Ana Milik Siapa dimulakan dengan episod satu yang menarik.. aku rasa aku akan continue untuk layan.. OST lagu pun boleh tahan best.. suka lagu-lagu yang didendangkan.. Hafidz Roshdi tu pun okay... good impression dari aku pasal dia.. terasa nak masuk MSU pula.. hahaha.. 















I really like this picture.. nampak cute bila lelaki yang cute berpegangan tangan dengan seorang budak kecil.. and at the same time he's looking at a painting.. bagi aku macam ada satu 'aura' berseni yang buat aku suka tengok gambar ni.. I dont know.. I just think I really like this picture.. ada satu yang 'special' bila aku tengok gambar ni.. bukan sebab orang tu lah.. tapi disebabkan setting, keadaan yang ada pada gambar, yang membuatkan ia bukan lah sekadar gambar biasa sahaja di mata aku.. tak sabar nak tahu ni scene tentang apa dalam drama tu nanti.. 













Sunday 9 November 2014

Aku Tak lah Gay Sangat Kot..







kalau nak kata aku ni completely 'gay' dulu, rasanya tak lah juga kot.. waktu aku masuk tingkatan 2, aku pernah juga suka kat seorang perempuan.. kes nya macam ni.. asalnya tak minat pun kat dia.. macam tak ada fikir apa-apa.. just kawan.. so, satu hari aku macam depressed sangat.. sebabnya aku pun tak sure sangat aku macam takde semangat and sedih time tu..but aku rasa ianya disebabkan oleh dua faktor..

1. tak terpilih jadi pengawas.. hahaha.. tak tahu lah.. nak kata gila kuasa tu, tak juga... but ianya ada berkenan tentang sebab ni juga.
2. ada kaitan dengan seorang abang Tingkatan 6 ni.. aku waktu tu minat kat dia juga (awal-awal lagi memang suka kat lelaki.. time ni tak tahu pun gay tu apa benda..) and sesuatu berlaku buat aku kecewa.. but aku tak tahu lah apa benda yang buat aku kecewa tu.. 

so, kesimpulannya atas dua perkara ni lah.. and aku sedih.. then ada seorang perempuan ni classmate aku jenis yang sentiasa happening, ceria.. nak dipendekkan cerita, kiranya dia lah yang macam nak hiburkan dan beri aku semangat.. untuk sesuatu sebab, lepas apa yang dah jadi hubungan antara aku dengan dia mula semakin rapat.. sebelum biasa-biasa je.. nak cakap pasal perempuan ni, dari segi personaliti, dia tak macam perempuan lain.. dia jenis kasar.. minah brutal katakan.. tapi kasar takde lah macam tomboy... tak macam lelaki.. perempuan yang rasa diri dia perempuan, but berpelakuan agak kasar.. at that time, dia takde nak minat sangat dengan apa yang perempuan suka.. macam pakai kasut tumit tinggi.. rambut pendek (aku dengar cerita lah.. sebab tak pernah nampak rambut dia).. tak suka warna pink.. but sekarang ni dia dah mula nak belajar untuk jadi 'ayu' sikit.. baru nak guna kasut tumit tinggi.. so, nak dipendekkan cerita juga, actually aku ni mudah nak 'tertarik' dengan perempuan yang berpewatakkan kasar.. tertarik masuk aku mudah nak dapat attention aku.. tak semestinya aku nak jatuh hati ke apa.. aku just rasa mostly perempuan macam ni jenis yang ada personaliti yang menarik dan menghiburkan.. 

so, lepas apa yang dah jadi, and dia jadi orang yang 'sokong' aku.. our friendship mula nak develop.. kita orang mula nak bertukar-tukar diari.. sebenarnya mula tu aku yang just ada diari sendiri.. but then aku hadiahkan dia satu diari.. then lepas tu kita orang banyak kongsi banyak benda.. and kelakarnya juga, dia jadi 'adik angkat' aku.. walaupun kita orang sama umur, tapi dia lagi muda aku, so aku macam jadi 'abang angkat' dia.. hahahaha.. dulu aku suka tulis novel.. aku suka buat novel yang mana aku ada dalam watak novel tu.. nak dipendekkan cerita juga, dia pun ada dalam antara watak novel yang aku buat.. ada empat orang sebenarnya.. dua watak, aku dan dia.. dua watak lain kawan aku yang lain pula.. novel aku buat tu berkisahkan pasal dunia sains fiksyen.. citer pasal zombie ala-ala kita orang lah pemburu zombie.. zombie hunters.. watak aku beri nama watak dia sebagai 'Rain'.. aku tak ingat pula nama watak aku nama apa.. aku start ajar dia cara bagaimana untuk menulis cerita.. aku cakap, tulis macam mana kau tulis diari.. (seperti yang korang perhatikan, gaya penulisan aku mudah ke arah macam ni.. dalam citer Unspeakable Love misalnya..) then lepas tu dia mula nak terer dalam nak tulis cerita..

jadi, kita orang asalnya mula tak de rapat pun.. then lepas tu mula nak rapat.. tak lama lepas tu mula nak develop benda lain pula.. aku tak rasa yang aku seorang je ada feeling macam tu.. actually dalam masa yang sama aku tahu yang dia mula nak start suka kat aku.. benda ni complicated sikit.. aku pun macam tak sure sangat apa feeling aku kat dia masa.. tak perlu nak ambil serius sangat.. Tingkatan 2, cinta-cinta di usia sebegini mostly hanya sekadar mainan perasaan lah kan.. but yang pasti, aku pernah ada imaginasi yang aku kahwin dengan dia.. hahahaha.. time tu lah.. aku imagine banyak benda juga.. perkara yang melibat kan antara aku dengan dia.. i know, at that time aku macam ada hati kat dia, and aku tahu dia pun suka kat aku, but kita orang tak pernah nak admit or declare pun... and maybe aku juga konfius dengan diri aku sendiri.. sebab at the same time aku suka kat lelaki juga.. feeling suka kat lelaki tu lagi kuat sebenarnya.. aku rasa aku tertarik dia kalau dari segi personaliti, but bukan dari segi macam sexually attracted lah.. but kalau kat lelaki ada dua.. suka sebab persoaliti dan juga faktor fizikal/sexually.. 

so, waktu tingkatan 4.. our hubungan mula nak renggang bila aku pindah ke sekolah lain.. jadi aku study kat tempat lain for two years, feeling aku kat dia macam dah completely gone dah.. but.. feeling dia kat aku masih lagi ada.. 

one day.. waktu lepas habis SPM kot.. dia pernah hubungi aku.. pada hari tu dia admit yang dia suka kat aku.. aku takde lah terkejut sebab aku dah boleh tahu.. aku tak ingat lah apa jawapan aku kat dia waktu tu.. but yang pasti aku macam me'reject' dia juga sebenarnya.. secara baik.. tak berapa nak ingat apa yang aku katakan, but aku rasa maybe time tu aku pun admit yang aku pernah ter'ada hati kat dia dulu-dulu.. then lepas tu macam kita orang takde lah berhubung sangat lagi dah.. bukan sebab bergaduh ke apa.. just sebab aku study tempat lain, dia tempat lain.. masing-masing ada kehidupan sendiri.. 

tapi disebabkan kita orang ni asal satu daerah.. jadi, akan berjumpa juga lah lebih-lebih lagi pada waktu Hari Raya.. dia kunjungi rumah aku, and aku pernah pergi ke rumah dia.. sebenarnya aku macam boleh rasakan yang dia still suka kat aku.. kawan-kawan kita orang sebenarnya tahu yang dia suka kat aku.. last year aku pernah jumpa dengan kat dia kat Kuching.. ianya sangat awkward sebenarnya nak jumpa dengan dia.. kenapa? sebab dia pernah suka kat aku.. and pada masa ni aku tak sure lah sama ada dia still ada feeling tu lagi.. tapi aku rasa maybe ada kot.. bila tengok gaya kawan-kawan aku.. sebab bila keluar berjumpa dengan dia tahun lepas, kawan-kawan lain nak biar kan aku dengan dia berjalan berdua-duaan.. 

aku rasa dia still suka kat aku.. sebab dia lah yang 'berusaha' untuk nak mendekati aku.. nak mesej aku.. nak tanya khabar aku.. pada hal aku macam dah 'ignore' dia dah.. aku tak tahu lah aku anggap dia macam mana.. bagi aku dia macam sebahagian daripada 'memori' aku yang dulu yang mana actually aku pernah juga jatuh hati kat perempuan.. but sekarang ni just macam i dont know feeling tu macam takde lagi dah.. aku terkejut juga bila tahu yang dia ambil course fine arts... aku tak sangka yang dia akan ambil course tu.. sebab selama aku kenal dia, tak pernah terfikir pun dia minat benda tu.. then aku mula nak skodeng FB dia.. apa yang dia buat.. hasil kerja seni dia.. aku jeles juga sebenarnya.. sebab macam aku patut ambil course tu bukannya ambil course yang ambil sekarang ni.. dia tahu yang aku minat benda-benda seni.. so, aku tak sangka yang dia ambil yang aku minat.. and aku tak sangka yang actually dia ada bakat seni..



bercakap pasal yang aku ada terfikir nak ambil course lain, aku ada terfikir nak ambil course sama seperti dia.. dia still lagi diploma.. ada sebab kenapa dia still ambil diploma walaupun umur sebaya aku.. tak lama lagi nak sambung degree lah.. aku ada terfikir, apa kata aku kalau aku ambil course seperti dia, and study di tempat yang sama dengan dia? kalau dia sambung degree.. lagi seronok kalau study di tempat kawan-kawan kita berada.. but aku ada fikir juga.. apa jadi kalau aku mula nak 'dekat-dekat' dengan dia?

aku sebenarnya macam curious juga pasal dia ni.. macam tak sangka yang dia ada hati kat aku.. okay, aku mengaku waktu aku zaman sekolah menengah aku macam jenis syok sendiri juga.. feeling budak perempuan akan jatuh hati bila tengok aku.. hahaha.. but then bila dah semakin dewasa ni, bila kita mula mendapat kesedaran diri, bila aku tengok diri aku dulu, siapa aku waktu sekolah menengah tu, aku buruk je.. serius cakap.. buruk je.. aku just tak rasa yang aku ada ciri-ciri lelaki yang perempuan akan suka... so, pada saat sekarang ni aku mula nak curious apa benda lah yang buat dia tertarik kat aku dulu tu?

pada masa sekarang ni aku pun tak sure sama ada dia still ada hati kat aku or tak.. aku suspect still ada.. feeling tu mungkin ada cuma tak 'diaktifkan'.. maksud aku, kalau aku 'tak balas', maybe ianya akan still tersimpan pasif lah.. but kalau aku macam beri balasan, maybe that feeling akan develop semula.. entah lah.. aku still rasa yang aku macam still ada dalam sebahagian daripada hatinya.. cuma aku tak berapa nak beri response je, so ianya kekal jadi pasif.. kadang-kadang aku nak tanya juga direct dia dengan soalan ni.. "ko still suka kat aku ek?" serius cakap, aku pun curious tentang benda ni..

kalau diimbas semula, bagaimana feeling aku kat dia mula nak 'malap' start aku mula berjauhan dari dia.. bila aku pindah sekolah.. kadang-kadang aku curious, apa yang jadi kalau aku still kat sekolah lama tu dengan dia.. I know, at that time aku dengan dia, sebenarnya saling-menyukai.. but masing-masing tak admit or nak ambil tindakkan.. but orang sekeliling actually aware pasal benda ni.. mungkin dulu tu aku ni biseks lah kot.. but sekarang ni.. entah lah.. tak tahu nak cakap macam mana.. aku tak consider diri aku gay 100% sebenarnya.. 95% more kepada lelaki but 5% tu maybe ada lah kat perempuan.. but kalau kat perempuan ni, aku kalau nak suka kat dorang macam ianya mostly atas faktor personaliti.. bukannya ada faktor seksual.. for me, bila missing faktor 'seksual' sebenarnya boleh jadi problem.. bila sebut pasal tarikan seksual, bukan sebab nak seks ke apa.. just bagi aku ianya still macam satu faktor penting dalam satu hubungan juga.. i mean, apa yang aku percaya adalah, yang membeza 'love' 'hubungan perasaan sesama manusia berbeza' dengan 'love' yang lain (macam love kat family, love kat negara, love kat Tuhan, love kat kawan) adalah kerana adanya faktor 'seksual'.. kita tak perlukan daya tarikan seksual untuk mencintai family, Tuhan, kawan.. but for me, ianya macam satu komponen yang penting bagi kes 'cinta sesama manusia untuk hubungan heart to heart'.. kalau takde benda ni (tarikan seksual) susah nak jalan..

but to be honest, kalau aku ni straight, aku maybe dah lama terima dia.. aku imagine juga akan perkara yang indah sekiranya aku ambil course yang sama dengan course dia ambil sekarang (fine art), dah berkapel dengan dia, ianye mesti macam sweet bila kita orang melakukan aktiviti seni bersama.. aku melukis.. dia melukis di sisi aku.. sibuk dengan sculpture, dan si dia pun sibuk dengan arca dia.. berbincang mengenai idea masing-masing.. lalu kahwin.. masing-masing minat dengan art.. dapat anak, then dia boleh kata yang dia anak seni sebab ibu bapa kerja dalam bidang tu..

aku melukis.. dia melukis..

aku mengukir.. dia mengukir..

aku ambil gambar.. dia ambil gambar...

ianya sangat indah bila kita melakukan perkara yang kita minat bersama-sama.. 






aku sebenarnya tak sangka yang dia ada talent melukis.. sebelum ni aku tak tahu pun..









Monday 3 November 2014

Gay Club dan Jumpa Orang








15/11/14 aku akan balik Malaysia.. seperti tahun yang lepas, aku stay kat KL dulu before nak balik tempat asal aku.. kenapa nak stay KL dulu tak balik terus?

hmm..

1. aku ada hal yang nak dibuat kat KL
2. I miss KL.. nak tengok perubahan yang ada.. mall sebelah KL Sentral tu dah siap.. waktu aku pergi dulu, still tak siap lagi.. aku banyak memori kat KL yang nak diimbas semula.. rindu dengan life waktu dulu-dulu..
3. selain daripada itu takde apa-apa sangat pun..


so, actually aku macam takde solid reason untuk stay lama-lama kat KL.. and aku akan stay kat KL lebih kurang seminggu.. my family macam tak berapa nak suka aku stay KL tanpa sebarang reasons sangat.. prefer aku balik Sarawak secepat mungkin.. and aku pun sebenarnya takde solid reasons untuk stay KL lama-lama melain disebabkan 'reason number one' nak discuss something dengan seseorang.. but tu pun boleh siap satu hari.. so, most of the time aku macam takde benda nak dibuat sangat pun bila aku dah sampai KL.. macam takde matlamat sangat..

at that time, most of my friends (kat KL area) memang akan sibuk dengan hal kehidupan sendiri (belajar/kerja) so most of the time dorang tak boleh nak layan aku sangat.. then, aku akan macam akan menghabiskan masa mostly bersendirian.. aku takde lah kisah sangat pun sebenarnya, sebab aku jenis yang suka nak habis kan masa bersendirian juga.. tapi tak kisah kalau ada yang nak teman.. 

so, aku fikir macam ni.. apa benda yang aku harus buat bila aku sampai KL nanti?

sebab aku takde reasons sangat pun untuk stay KL.. so, aku macam clueless juga apa benda yang aku nak buat nanti bila dah sampai KL.. but usually aku memang jenis yang tak rancang.. I love to discover thing macam tanpa aku rancang benda tu.. kira macam I just follow my heart, ke mana aku nak pergi, ke mana aku nak habis kan masa..

aku stay kat KL dari 15 - 24 of November.. 10 hari...so, aku tahu dalam tempoh 10 hari ni aku mostly akan bersendirian most of the time.. kawan-kawan lain tengah belajar/kerja.. aku je yang cuti and free.. 

jadi aku kena fikir lah, apa benda yang aku nak buat dalam tempoh 10 hari tu..

aku nak beri tahu satu rahsia.. aku tak kata aku nak buat or tak.. just benda ni terlintas dalam permikiran aku.. ianya bukan lah sesuatu yang elok sebenarnya.. kalau nak tahu apa benda yang terlintas dalam permikiran aku tu adalah terfikir untuk pergi ke 'gay spots' yang ada kat KL.. hahahaha.. aku pun tak tahu kenapa aku boleh terfikir macam tu.. and antara 'gay spots' tu adalah macam kelab-kelab malam PLU yang aku ada terbaca dalam novel PLU melayu.. macam aku cakap, aku tak tahu kenapa aku boleh terfikir benda macam tu.. ianya bagi aku tak elok kot.. and aku perlukan sebab kenapa aku nak pergi.. just nak tengok-tengok? sebab curious? ianya bergantung pada niat aku juga lah kan.. sebab sebenarnya aku tak pernah pun pergi tempat macam ni.. and aku tak pernah fikir yang aku pergi tempat macam tu.. and aku tak cakap pun yang aku konfirm akan pergi.. just benda ni ada terlintas dalam permikiran... maybe sebab aku pun macam takde plan sangat kat KL.. tak tahu nak pergi mana.. and idea-idea tak elok ni terlintas..

actually aku tak takut pada niat aku kalau aku pergi tempat macam tu.. aku tahu aku jenis yang baik.. aku tak ambil alkohol.. tak buat tak elok kat random people.. just, tak semestinya kita baik and jaga diri sendiri and orang lain akan baik dengan kita juga.. maksud aku, kata kan lah aku pergi tempat tu, we just dont know apa intention orang lain pula.. ada orang pergi tempat tu untuk cari kapel, keseronokkan.. aku ada baca kat internet ni (aku buat research juga pasal Gay Club kat KL ni), ada yang kata kadang-kadang orang ni suka nak ramas-ramas tanpa sebab.. and ini antara benda yang aku tak suka (melainkan kalau korang suka diramas).. sebab kita tak tahu intention orang lain ni lah yang bahaya.. aku tahu aku baik, aku tak buat harm kat orang lain, but orang lain maybe akan buat benda tak elok dengan kita.. so, cara mudah nak elak daripada benda tak elok daripada berlaku, jangan pergi tempat tak elok tu.. hahahaha..

entah lah.. sebab maybe ada 'sikap ingin tahu' dalam diri tu juga.. manusia ni mudah nak curious.. macam aku cakap, kenapa aku nak pergi tempat macam tu? apa reason aku? so, aku tak cakap yang aku nak pergi.. but idea tu memang ada terlintas juga sebenarnya.. maybe atas faktor 'aku tak tahu nak buat apa kat KL and nak cari benda yang nak dibuat..' hmmm.. then tunggu lah apa yang akan jadi kat KL nanti..

bercakap pasal perkara yang aku perlu isi ketika aku stay kat KL.. actually ada reader blog aku yang ajak untuk berjumpa.. and maybe benda ni adalah perkara yang bermanfaat untuk dilakukan banding kalau aku nak lawat tempat tak elok kat 'gay spots' around KL.. to be honest, aku teringin juga nak jumpa orang untuk tambah kenalan.. but the problem pasal diri aku sendiri..

aku ni ada satu masalah yang tak yakin dengan diri sendiri.. bukan aku takut nak jumpa orang.. but pasal aku sendiri..

aku takut apa yang orang akan fikir pasal aku nanti bila berjumpa? aku fikir negatif je.. fikir macam aku serba kekurangan.. bila orang jumpa akan jadi kecewa tengok aku.. tak seperti apa yang mereka fikirkan.. rasa diri tak hensem untuk jumpa dengan orang.. entah lah.. benda ni macam satu problem pada diri aku sendiri.. bagi aku penampilan diri aku tu adalah sangat penting.. bukan sebab atas dasar untuk impress orang.. ianya macam kalau diri aku rasa lack something jadi kurang konfident..

macam ni.. aku tak kisah kalau orang lain hensem ke tak hensem.. sebab aku tak judge pun orang lain berdasarkan paras rupa.. but kalau aku diri aku tak hensem, ianya macam jadi satu isu.. bukan lah kata nak jadi hensem ke apa.. just rupa biasa-biasa pun okay.. but kalau aku rasa diri aku 'hodoh' confident level tu jadi kurang.. segan nak jumpa orang.. and ianya bukan disebabkan faktor penampilan juga.. aku just fikir dari segi personaliti semua, aku takut orang tak suka.. so, secara keseluruhannya aku segan nak jumpa orang bukan sebab takut nak jumpa orang.. but mostly sebab atas faktor kalau orang 'tak boleh nak terima aku' or 'aku tak seperti apa yang mereka fikirkan', ditambah lagi dengan keadaan diri aku yang 'tak hensem' pada masa sekarang.. kusut.. selekeh.. dah kurus.. messy... dari segi penampilan fizikal yang tak berapa nak elok.. kena buat makeover kalau nak jumpa orang.. kena betul kan diri sendiri dulu, kemaskan penampilan, potong rambut.. benda ni boleh buat dalam masa sehari je kalau nak uruskan penampilan, but dari segi tubuh badan yang dah kurus ni bukannya boleh diubah terus.. kena ambil masa..

so, kalau pada masa ini aku terasa diri aku hensem, rambut elok, kemas, body pun okay, personaliti menarik, kalau ada yang ajak berjumpa tu maybe aku tak segan nak kata ya..

but disebabkan keadaan aku sekarang ni yang bagi aku 'tak elok' sangat, buat aku segan nak jumpa orang..

i just think it's very important untuk aku kelihatan menarik, dari segi fizikal dan personaliti, so orang lihat aku sebagai sesuatu yang positif.. aku ni ada fear of rejection.. terasa diri akan di reject.. terasa diri tak bagus di mata orang..

so, itu antara problem aku yang buat aku teragak-agak jumpa orang lain yang ajak berjumpa..

macam..

oh tidak!

aku kena betulkan rambut..

aku kena jaga gaya permakaian..

aku kena kemas kan diri..

aku kena perbaiki personaliti..

aku kena perbaiki tubuh badan..

aku kena jaga cara aku bercakap..

aku kena betul kan ini.. betul kan itu...

bla bla bla bla bla


so faham tak maksudnya kat sini? aku just takut apa yang orang akan fikir pasal aku.. so, aku nak diri aku kelihatan positif dan menarik.. but pada masa ni aku tak rasa diri aku cukup memenuhi standard diri aku sendiri.. siapa aku yang aku nak macam mana.. rasa diri still tak kelihatan menarik.. bukan atas dasar nak impress orang.. maybe ada juga sebab nak impress.. but sebab aku nak diri aku menarik di mata orang, ada aura positif..

aku ni just fikir too much kot.. ada orang boleh je open hati seluas-luasnya siapa kita seadanya.. kalau yang tak boleh nak terima kita tu mereka tak layak untuk kenali.. buang masa je nak kenal orang macam tu..

kadang-kadang kita takde lah 'sehodoh' apa yang kita sangka kan.. sebab kalau ikut pengalaman aku.. satu-satunya pengalaman aku jumpa dengan 'random' people ni (atas dasar nak kenal-kenal) adalah waktu aku keluar blind date dulu.. jumpa sekali tu, then orang tu jatuh hati kat aku.. buat aku pelik juga lah.. apa lah yang menariknya pasal aku ni buat ko jatuh hati terus?

aku tahu kalau aku kata macam "siapa nak jumpa dengan aku?" maybe ada lah yang akan angkat tangan kata teringin nak jumpa.. kalau orang ajak jumpa, aku macam tak beri jawapan.. actually jawapan aku macam ni..

"sebenarnya aku nak juga jumpa orang.. but aku just tak rasa diri aku ready dari segi personaliti dan fizikal.. but bergantung pada confident level aku.. kalau aku comfortable dengan diri aku, maybe aku akan kata ya.."