Tuesday 18 December 2012

7 Ciri-ciri Lelaki Gay di Facebook






ada orang tanya aku, 

"macam mana nak tahu lelaki tu straight or tak melalui Facebook?"


aku sebenarnya ada banyak cara kalau nak tahu sama ada orang tu gay or tak hanya berpandukan pada FB mereka.. mungkin artikel ini berguna bagai pembaca perempuan yang takut-takut lelaki idaman sebenarnya tak straight.. tapi, aku nak cakap lah, apa yang aku senaraikan ni tak semestinya betul.. ianya just berdasarkan pengalaman aku..


1. mula-mula sekali kalau aku nak detect orang tu straight or tak, usually aku akan tengok pada 'subscription' orang tu.. bagi aku, yang ni paling obvious sekali lah.. kalau dalam list subscription tu ada banyak lelaki yang hensem-hensem, badan sasa, jambu-jambu, memang aku kata dalam 85-90% kemungkinan lelaki tu adalah PLU.. lebih-lebih lagi kalau semua dalam list subscription tu langsung takde seorang perempuan pun..

2. then, biasanya aku akan tengok pada subscriber orang tu.. kena hati-hati gak kalau anda tengok jumlah subscriber orang tu agak banyak.. sampai beribu-ribu.. bila dilihat siapa yang subscribe orang tu, jika terlalu banyak lelaki, haaahhh.. mesti ada yang tak kena.. aku kata dalam 50-80% kemungkinan.. jaga-jaga dengan profile yang ada nama 'FULL'.. misalnya macam 'Abu Bakar Full'.. kalau ada 'full' ni... hehe.. faham-faham je lah.. usually 'ada sesuatu' je...

3. kemudian, lihat pada profile picture.. kalau anda lihat jumlah gambar dalam profile picture dah sampai beratus-ratus, asyik nak tukar profile picture je, haaahhhh.. ada yang tak kena ni.. usually lah lelaki straight ni jarang nak tukar-tukar profile picture, tapi yang PLU ni selalu.. sebab mudah bosan kot, asyik nak tukar-tukar profile picture je.. kemungkinan dalam 60-85% kot orang tu PLU...

4. tengok pada album orang tu... kalau ada satu album yang penuh gambar dia, gambar posing-posing misalnya, takde gambar orang lain.. maksud aku satu album yang khusus ada rupa dia je.. nama album mungkin macam 'this is me', 'only me' yang khusus untuk dia je.. dah tu dalam gambar, asyik penuh gambar yang dia ambil sendiri.. macam kat cermin tandas dengan handphone misalnya.. haaaah.... dalam 75-85% orang tu memang PLU.. Instagram pun sama.. kalau banyak sangat picture kat instagram dia asyik muka dia je ambil pic sendiri.. cuba banding dengan lelaki straight.. yang lurus ni instagram tak banyak sangat muka dia.. kalau ada pun usually dengan kawan.. posing lelaki straight biasa-biasa je.. tapi yang PLU asyik pose ala-ala comel or macho gitu.. kat blog pun sama.. kalau kat blog kiri kanan penuh pic dia je.. haaahhh..... 

5. then, bila dah tengok gambar tu, tengok sekali siapa-siapa yang komen.. tengok juga siapa-siapa yang ada like picture tu.. kalau banyak lelaki yang anda rasa dia sendiri pun tak kenal dengan lelaki-lelaki tu, kemungkinan besar dia tu gay.. lebih-lebih lagi kalau ada komen dari lelaki puji kata hensem or comel lah.. sebab maksudnya orang tu ada kenalan FB yang gay gak.. and dia tak kisah lelaki gay lain asyik nak puji.. kenal pasti ayat macam 'PLU', 'orang macam kita', 'top', 'bottom' dalam komen-komen tersebut.. ada yang siap bagi nombor phone lagi.. kadang-kadang ada je ayat macam tu kluar.. kalau ada... haaaahhhh.....

6. tengok-tengok juga lelaki yang suka post gambar kat FB.. gambar dia seorang lah.. tengah-tengah posing, usually ambil pic sendiri dengan phone, then post kat FB.. PLU ni ada perasaan macam syok sendiri gak kot.. haha.. perasaan hensem lah, perasan comel.. bila ambil pic sendiri, then post kat FB, lepas tu nak orang lain like pic tu banyak-banyak.. kat tandas ambil pic sendiri, then post kat FB.. suka je posing-posing dengan phone.. bagi aku 80% lelaki macam ni adalah PLU..

7. satu lagi, ada PLU suka letak gambar sendiri sebagai cover photo.. memang jarang lelaki straight letak pic sendiri sebagai cover photo.. tapi picture macam mana?? picture yang cuma ada seorang je.. bukannya gambar dia ramai-ramai dengan kawan ke.. just dia single dalam picture tu.. dah tu buat muka ala-ala kiut lah konon.. macho lah.. kalau cover photo dalam satu picture tu berderet gambar dia je, haaaahhh... lagi lah...




percaya ataupun tak, 1 dari 10 lelaki adalah gay/biseksual..




(senarai di atas tak semestinya betul, tapi aku katakan kemungkinan besar adalah ya..)





ada banyak lagi sebenarnya, tapi aku just letak tujuh.. sebab bagi aku nombor tujuh ni macam nombor yang special.. 7 benua, 7 keajaiban dunia, 7 tingkat langit..



kepada PLU yang takut kena detect, pandai-pandai lah buat setting FB tu macam tak terlalu obvious seperti ciri-ciri di atas.. 

Friday 14 December 2012

Cinta Si Gay Lembut






tengah-tengah aku menulis cerita Unspeakable Love Part 12, aku ada check blog aku dulu.. tiba-tiba je aku tengok ada orang key in satu keywords yang menarik untuk berjumpa blog aku..




lalu aku pun cuba google dengan 'keywords' tu, then jumpa lah satu blog yang mempunyai artikel yang menarik perhatian aku.. mengenai cinta seorang gay lembut.. entah kenapa aku rasa cerita si gay lembut ini macam ada kesinambungan dengan artikel yang baru je aku tulis sebelum ni, "Cinta pada Lelaki Straight'.. kedua-duanya macam ada kaitan..

aku buat satu konklusi tentang hal ini.. pernah ada pembaca chat dengan aku yang percaya PLU ni ada dua jenis.. PLU yang terus hanyut dengan dunia songsang dan PLU yang sentiasa bermunasabah diri.. maksudnya macam ada PLU yang 'Upgrade' dan PLU yang 'Downgrade'.. bagi aku PLU yang downgrade ni adalah PLU yang tahu dia ni songsang, tapi terus hanyut dengan dunia songsang dengan mengamalkan gaya kehidupan songsang.. manakala PLU yang upgrade adalah PLU yang terus mencuba untuk memperbaiki diri sendiri dan cuba untuk menghidari perbuatan yang tak elok..

cerita lelaki gay lembut ini mempunyai yang mendalam yang harus kita fikirkan.. sebab itu bagi aku ia macam ada kaitan dengan post 'Cinta pada Lelaki Straight'..









WARNING!!!

18SX




"Yang!! kalau u nak kawen, kawen aje la.. i relakan.. i tak sanggup nak tengok u menderita macam i ni aje.. i nak u bahagia bersama anak dan isteri u.."


http://djilat.blogspot.com/2011/03/kenangan-terindah.html


tak dapat nak copy.. sila lihat pada link di atas..









#nampak gayanye Unspeakable Love Part 12 kena tangguhkan dulu... bukan malam ni or esok sebab aku kena beri laluan pada artikel ini terlebih dahulu...

Monday 10 December 2012

Cinta pada Lelaki Straight








dulu aku pernah cakap sesuatu dalam blog ini mengenai cinta pada lelaki straight..


"kalau kamu jatuh cinta pada lelaki straight, sepatutnya kamu gembira dia adalah lelaki straight biarpun dia takkan pernah membalas cinta kamu.."

maksudnya macam kita jatuh cinta pada lelaki ni, dan kebiasaannya kita akan mengharapkan dia akan membalas cinta kita.. dia straight, tapi ada di sudut hati kita mengharapkan dia ni adalah gay supaya kita ada peluang untuk bercinta dengan lelaki tu.. tapi bagi aku, kita sepatutnya gembira dia adalah lelaki straight sebab dia tak jadi macam kita yang songsang ni.. walaupun ada desas-desus mengatakan si dia adalah gay juga but kita patut mendoakan agar rumor tu tak benar.. sebab kita berharap dia takkan jadi macam kita..

aku pun pernah mengalami situasi ini.. rasanye semua PLU pernah jatuh hati or cinta pada mana-mana lelaki straight.. pun begitu, aku langsung tak mengharapkan agar dia akan membalas cinta aku, sebab macam perkara yang aku sebutkan tadi lah.. malah, aku dapat tahu si dia ada kemungkinan adalah seorang yang biseksual (kiranya macam ada peluang lah nak bercinta), but aku just tak nak percaya akan rumor tu, sebab aku tak nak dia jadi macam aku.. 

PLU ni bagi pendapat aku ada dua jenis.. pertama memang dari lama lagi dia dah ada perasaan songsang ini.. bila dah baligh dia dapat tahu nafsunya hanya pada yang sejenis dan aku adalah dalam kategori ini.. PLU jenis kedua pula mengatakan dahulunya mereka adalah lelaki straight yang hanya mencintai perempuan.. tapi, atas sesuatu sebab tiba-tiba nafsu mereka berubah dan mula mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis sendiri.. kiranya macam dari straight tiba-tiba jadi PLU.. memang ada pun kes macam ni..

untuk PLU kategori kedua ni, usually mereka berubah menjadi PLU adalah disebabkan oleh sesorang yang ada menaruh hati pada orang tu.. misalnya macam, ada seorang PLU yang menggoda lelaki straight (usually dengan kaedah seksual) yang akhirnya berjaya merubah lelaki straight itu untuk jatuh cinta pada lelaki PLU tersebut.. usually kat asrama macam main raba-raba kemaluan, melancapkan then lelaki straight tu pun jadi suka...

sebab tu lah ada ayat "kerana lelaki ni, aku jadi gay.."

kaedah nak tukar lelaki straight untuk jadi gay tu memang banyak macam lah.. aku pun percaya memang boleh jadi benda macam ni.. sebab dulu aku pernah berkata sesuatu..

'kita pernah dengar cerita lelaki normal tiba-tiba menjadi homoseksual, tapi agar sukar untuk mendengar cerita lelaki homoseksual menjadi normal'

boleh tak korang faham mesej yang aku katakan? ianya adalah berkenaan cinta seorang PLU terhadap lelaki straight yang akhirnya berjaya mendapat cinta lelaki straight tu,.. ada PLU yang begitu mengharapkan cinta orang tu sehingga mampu merubah sesualiti lelaki tersebut.. but, bagi aku kalau kita mempunyai perasaan cinta pada seorang lelaki straight, kita sepatutnya gembira dia tak jadi macam kita.. biarpun dia takkan pernah membalas perasaan kita terhadap si dia.. 

tiba-tiba aku bercakap tentang hal ini.. actually sebab pagi ni aku terbaca satu ayat ni kat FB.. then perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah tentang cinta PLU pada lelaki straight...









'jangan disebabkan kita, si dia bergelumang dengan dosa..'






Monday 3 December 2012

Love, to Forget








"...bila kau bersama dengan dirinya, kau akan cipta satu memori.. dan kenangan antara kau dan dia akan mula bertambah.. tapi adakah kau sedar segala kenangan itu akan menjadi satu ikatan antara kamu berdua? segala memori itu akan menjadi satu beban bila tiba hari kau nak tinggalkannya nanti.. 

semakin banyak kenangan tercipta, semakin sukar untuk kau melupakan dirinya..."



-Saiful-









Unspeakable Love Part 12

'Love, to Forget'








coming soon...



Sunday 2 December 2012

Di Semenanjung Takde Benda Ni



apa yang ada di Borneo tapi tak ada di Semenanjung? (kalau ada pun susah nak dicari)..

untunglah aku balik Malaysia waktu musim buah.. jadi ada peluang lah nak makan buah-buahan tempatan.. tengah-tengah aku makan tu, aku bertanya lah kat kakak aku, tanya kalau buah ni ada kat Semenanjung or tak, dia kata takde.. then aku tanya lagi, buah tu pula.. jawapanya kat Sabah dan Sarawak je ada.. so, maksudnye ada banyak jenis buah kat Borneo tapi kat Semenanjung takde.. kiranya kat Borneo ni buah-buahan lagi pelbagai jenis lah.. banyak variasi..

aku beri contoh paling mudah adalah durian..

kat Semenanjung cuma ada satu warna sahaja, tapi kat Borneo ada TIGA warna..



putih kekuningan (tipikal)

Jingga - tempat daerah aku producer durian jenis ni

merah - usually kat Sabah



then aku makan lagi sejenis buah, yang kami panggil sebagai buah tarap.. kakak aku kata lagi, buah ni pun takde kat Semenanjung..



Buah tarap



then aku tanya lagi, buah apa lagi takde? dia jawap 'kembayau'.. (orang kat Kuching panggil buah dabai..)













(tiba-tiba cerita tentang buah.. tengah dalam mood makan buah sebenarnya,, hehe)



Saturday 1 December 2012

E-Novel PLU







Cerita Unspeakable Love aku baru je masuk part 11.. first sekali aku tulis pada 26 Mei 2012.. sekarang ni dah masuk bulan 12.. cerita aku macam slow je.. hehe.. tak boleh nak dinafikan.. lambat nak update.. memang slow lah..

aku nak ucapkan terima kasih kat korang semua sebab sudi baca cerita tu.. dan kepada yang ada tulis komen pun aku rasa happy sangat.. sebab penulis ni mengharapkan response pembaca sebenarnye.. to be honest lah.. haha.. 

kepada yang suka nak baca citer2 macam ni, kat sini aku nak share beberapa blog yang turut tulis novel PLU.. mungkin korang dah pernah tahu, mungkin juga tak.. aku saje-saje nak share blog mereka kat blog aku sebab aku percaya jadi blogger ni perlu selalu bantu membantu promote blog orang lain.. macam blog aku juga lah dulu.. asalnya agak 'hidden' tapi sebab blogger lain ada juga lah tolong promote, sekarang ni untuk bulan November total pageviews pun dah meningkat lebih 100,000 sebulan.. kali pertama sebenarnya sebulan ada 100,000 pageviews.. bulan September lepas dalam 70,000 lebih.. 

so, daripada korang tertunggu cerita Unspeakable Love nak update, better juga korang baca blog lain.. aku rasa cerita yang mereka tulis lagi bagus berbanding cerita aku punya.. sebab cerita mereka lagi mencerminkan macam mana kehidupan orang PLU yang sebenar.. cerita aku pula lain.. macam tak 'PLU' sangat.. sebab aku percaya orang PLU itu sendiri pun berbeza-beza.. maksudnya cerita Unspeakable Love adalah berdasarkan kehidupan PLU yang still 'virgin'.. 

so, kalau korang nak baca cerita yang 'pure' PLU, boleh lah baca novel blogger ni.. tapi jujur aku kata, aku kurang senang sebenarnya nak baca adegan-adegan yang 'TOOTH!!!'.... haha.. faham-faham je lah apa.. tapi citer mereka best sebenarnya.. boleh baca kecuali kalau korang tak suka baca adegan yang 'tak ditapis'...

(ada pembaca blog aku yang perempuan sebenarnya..)




http://setitikdakwatpena.blogspot.com
http://ceritatentangakudandia.blogspot.com
http://rodakarma.blogspot.com





Happy Reading... :)


Wednesday 28 November 2012

Unspeakable Love -Part 11-






Part 11 : Complicated Love


aku sedang berada di kedai farmasi tempat aku bekerja.. pada hari ini, sama seperti semalam aku akan bekerja untuk sesi siang.. maksudnya aku akan tamat bekerja pada pukul 3 petang nanti.. jam sekarang menunjukkan pukul 1.30 petang.. masih lama lagi sebelum aku boleh beredar dari kedai farmasi ini..

untuk seketika, aku teringatkan akan kejadian yang berlaku semalam.. aku bertemu seorang yang asing bagi diri aku, Saiful.. biarpun baru kali pertama berjumpa, entah kenapa aku begitu berani untuk mengikuti dia ke satu tempat yang aku sendiri tak ketahui.. kemudian di tempat itu kami berbual mengenai dirinya sebagai seorang yang biseksual.. lalu bila kami mahu beredar, tiba-tiba dia menolak aku ke dalam laut.. dan.. aku lemas.. ya.. aku lemas..

apa yang sebenarnya berlaku selepas itu??

minda aku masih lagi kabur dengan apa yang telah terjadi.. semuanya berlaku dengan pantas sekali.. ketika di dalam laut, yang aku ingat hanya lah buih-buih air yang begitu banyak sekali di mata aku ketika cuba untuk terapung di permukaan air.. kemudian, pandangan aku mula menjadi gelap.. aku tidak tahu untuk tempoh berapa lama, namun bila aku membuka mata, di depan mata aku ada wajah Saiful.. mukanya basah.. air menitik-nitik dari rambutnya yang basah ke muka aku.. di saat itu, badan aku terbaring di atas jambatan bulatan manakala dia pula berada di samping aku.. masih ingat lagi, di saat itu juga kelihatan orang ramai mula mengelilingi melihat aku..

"sorry.." Saiful mula berkata.

itu lah ayat pertama aku dengar.. Saiful berterusan meminta maaf tapi aku pula terus terdiam tanpa memberi tindak balas apa-apa.. aku sebenarnya bingung terhadap diri aku.. aku tidak tahu apa perasaan aku terhadap Saiful atas apa yang dia telah lakukan.. semalam, aku menolak pelawaan Saiful untuk menghantar aku untuk pulang.. sebaliknya aku balik dengan menaiki bas.. pada malamnya pula, aku mahu terus tidur tanpa mahu mengingati apa yang telah terjadi..

pada hari ini pula, ketika tiba waktu untuk aku berehat, aku menuju ke tempat ejen syarikat telekomunikasi kad sim yang aku pakai.. alasannya, mahu menghidupkan kembali nombor kad sim aku yang telah basah sebab terendam bersama-sama di dalam laut.. sudah tentu sekali telefon aku juga turut rosak.. aku begitu kecewa sekali kerana begitu banyak benda penting yang tersimpan dalam telefon bimbit aku itu.. telefon bimbit itu sudah lama aku pakai.. sejak aku masih lagi bersama dengan Ihsan.. gambar ketika aku dengan Ihsan.. dan yang terbaru ini, gambar aku bersama Shahir turut tersimpan dalam telefon bimbit itu.. akhirnya, semuanya telah hilang begitu sahaja.. 

adakah aku marahkan Saiful? entah.. aku pun tahu.. tapi, jujur aku katakan mungkin ada perasaan itu tersimpan dalam hati aku terhadap diri Saiful.. sebab kerana dia, segala benda yang mempunyai nilai nostalgia hilang begitu sahaja.. dan lagi, cara dia itu sememangnya salah.. suka hati je dia nak tolak aku.. apa jadi kalau aku betul-betul telah lemas?? adakah ini cara dia untuk perkenalan pertama kali bagi kami berdua? main tolak-tolak ke laut, bawa motor laju-laju di jalan raya, aku rasa semuanya terlalu berlebih-lebih..

kemudian, apabila nombor kad sim aku telah berjaya dihidupkan semula, aku membeli telefon bimbit baru bagi mengantikan yang lama.. telefon murah je.. fesyen lama.. cuma boleh membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas.. itu pun sudah cukup bagi aku kerana aku takut jika keluarga aku akan membuat panggilan kepada aku.. takut-takut ada panggilan penting.. sebab itu aku terus-terus membeli telefon bimbit baru..

salam.. Fahri.. mcm mana dgn kerja kat sna?? ok ke? esok ko cuti kan? xde apa2.. ingat nk ajak ko stay kat rumah aku.. bosan lah kat sni..

tiba-tiba aku mendapat satu pesanan ringkas.. aku tengok nombor yang tertera.. dari Shahir.. 

dengan segera aku membalas SMS itu.

ye.. esok aku cuti.. x buat apa2 pun esok.. ingat just nak berehat je.. rumah ko ke? erm.. aku mcm malu lah..

x payah nak malu2.. aku sorang2 je kat rumah ni.. my parent pergi oversea.. rasa lonely lh pula.. klu ko ada nk teman, boleh lh ada kwn nk borak2.. apa mcm? nanti aku jemput ko kat sna k..

erm.. mlm ni ke? klu mcm tu, aku kena balik dulu.. nk ambil baju.. aku ok je kot..

ok.. ko tunggu je kat sna.. nanti aku bawa kereta.. then pergi balik semula kat kolej kita utk ambil apa yg patut.. btw, thanks ye Fahri.. :)

aku tersenyum.. biarpun tak lah begitu lama aku tak berjumpa Shahir, tapi aku seakan rindu mahu bertemu dengan dia.. aku tidak menyangka pula dia boleh terfikirkan tentang aku.. maksudnya dia ada terfikirkan tentang diri aku seperti mana aku sering memikirkan dirinya.. maksudnya juga, aku mungkin antara orang yang begitu penting dalam dirinya.. kami adalah kawan baik.. mungkin aku tidak seperti Liyana dalam hatinya, namun sekurang-kurangnya hati aku terasa dekat dengan dirinya.. tidak sudah lebih dari mencukupi..

aku semakin tidak sabar untuk beredar dari kedai farmasi ini.. aku semakin bersemangat untuk pulang.. banyak kali juga lah aku memandang jam, namun terasa masa berlalu dengan begitu lambat sekali.. tunggu dan sabar menunggu.. akhirnya masanya telah tiba.. aku mula pergi ke pintu utama shopping mall ini.. kata Shahir, dia akan menunggu di sana.. 

setibanya aku di pintu utama, kelihatan seorang lelaki berpakaian hitam sedang menanti aku.. lelaki itu sedang duduk, namun apabila terlihat kehadiran aku, dia bangun lalu pergi menghampiri aku.. tapi, dia bukan lah Shahir.. aku kenal dengan wajah itu.. dia adalah Saiful..

"dah lama aku tunggu kau kat sini.. macam mana keadaan kau sekarang?" kata Saiful lalu menghulurkan salam..

"kau buat apa kat sini? kau nak apa?" kataku yang sedikit kasar.. salam Saiful tidak aku balas..

"okay.. kau benci aku bukan? aku datang ni untuk meminta maaf untuk entah ke berapa kali.. I'm sorry Fahri.. forgive me, please..." rayu Saiful..

"don't worry lah.. aku tak marah pun.. kau jangan risau lah.."

"aku tak percaya kau tak marah.. aku tahu kau marah.. paling kurang pun kau mesti kecewa dengan tindakan aku... betul tak, Fahri?"

macam tahu je Saiful ni membaca fikiran aku.. aku tahu yang aku ada marahkan dia.. namun perasaan marah itu tidak lah sampai menjadi benci... aku hanya terkilan.. aku kecewa dengan kelakuan Saiful..mungkin perasaan kecewa itu lebih banyak berada di hati aku..

aku memandang wajah Saiful.. aku tahu dia ikhlas meminta maaf.. aku faham semuanya bukan salah dia pun.. cuma bagi aku mungkin dia sudah berlebih-lebih.. dia suka bergurau.. tapi gurauannya itu kadang-kadang boleh membawa padah.. 

"Fahri.. terima ini.." Saiful menghulurkan sesuatu.. satu telefon bimbit.. model Samsung Galaxy S3.. "sebagai ganti telefon kau yang rosak sebab aku.."

"eh, apa ni? aku tak boleh nak terima lah.." aku cuba untuk menolak..

"aku tahu kau marahkan aku.. ini sebagai tanda aku nak minta maaf kat kau lah.."

Saiful mula mendesak.. ditariknya tangan aku agar aku mahu mengambil telefon bimbit itu, tapi aku masih lagi menolak..

"aku dah beli yang baru pun.. kau tak payahlah beri benda macam ni kat aku.. lagi pun aku dah maafkan kau.." kata aku..

"aku tak kisah lah.. aku harap kau terima hadiah dari aku ni.." Saiful masih enggan mengalah..

"this is too much.. aku tak boleh terima..." dalam hati aku berkata, mahal sangat ni..

"it's nothing selagi kau tak maafkan aku.."

"aku dah maafkan kau pun.."

"then, kau terima lah hadiah aku ni.."

aku menjadi serba salah.. bukannya aku tak mahu menerima.. dalam hati memang teruja juga lah pemberian Saiful tu.. model telefon bimbit idaman aku tu.. hehe.. tapi ia terlalu mahal untuk aku terima.. aku dah maafkan dia.. tapi tak lah sampai mengharapkan benda macam ni dia beri kat aku.. benda macam ni sebenarnya buat aku jadi lebih serba-salah.. 

"Fahri.."

tiba-tiba kedengaran satu suara menyebut nama aku.. sungguh aku kenal dengan suara itu, lalu aku menoleh ke kanan arah suara itu.. begitu juga dengan Saiful, sama-sama menoleh ke kanan.. Shahir.. ya.. orang itu adalah Shahir.. dia berjalan menghanpiri kami berdua..

aku memandang wajah Shahir.. entah kenapa tiba-tiba aku berasa gementar seketika.. jantung aku berdegup kencang dengan kehadiran Shahir ketika aku sedang bersama Saiful.. Shahir hanya tersenyum manakala Saiful seperti tertanya-tanya siapakah lelaki ini.. 

"hai.. " kata Shahir lalu menghulurkan salam kepada Saiful. "kawan Fahri ke?"

aku masih lagi terdiam tanpa berkata-kata.. Saiful pula kelihatan keliru..

"ya.. aku kawan Fahri.. then kamu..."

"aku Shahir.. kawan Fahri gak.. kamu?"

"Saiful.. Saiful nama aku.." balas Saiful yang memandang tetap ke wajah Shahir..

"wah, Fahri.. dah ada handphone baru nampak.. bila beli??" tiba-tiba Shahir bertanyakan tentang telefon bimbit itu..

aku terkejut seketika.. entah macam mana tanpa aku sedari, aku sedang memegang telefon pemberian Saiful itu.. 

"sebenarnya, ini bukan.." 

belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Saiful dengan pantas terus mencelah..

"ya.. itu handphone baru dia.. hari ni aku temankan dia membeli.." kata Saiful menipu..

aku menjeling tajam ke arah Saiful.. dia pula buat-buat tak perasan..

"okay.. then, korang ni ada hal nak dibuat ke?" tanya Shahir..

aku menggelengkan kepala namun Saiful pula berkata, "ya... lepas ni kami berdua nak tengok wayang.."

sekali lagi aku menjeling tajam ke arah Saiful.. tapi dia pula buat muka slumber pura-pura tak tahu..

"owh.. ya ke?? Fahri tak cakap apa-apa pun kat aku.." Shahir memandang aku, "kalau macam tu, aku tak nak kacau kamu berdua... pukul berapa wayang tu habis? kalau awal, aku datang jemput kau, Fahri.."

"unfortunately, lewat kot.. sampai tengah malam.. tapi kau jangan risau lah.. aku akan bawa Fahri pulang.." sekali lagi Saiful menipu..

aku memandang tajam ke arah Saiful.. okay.. sekarang betul-betul bengang.. marah dengan penipuan Saiful..

"owh.. ya ke?? sorry lah kalau kacau.." Shahir memandang aku.. wajahnya sedikit kecewa.. "Fahri, aku balik dulu ye..."

aku terdiam.. tak tahu nak buat apa.. Shahir mula pergi meninggalkan kami berdua.. kemudian, aku memandang Saiful dengan perasaan marah..

"kenapa kau menipu?" tanya aku..

"entah..." balas Saiful tanpa rasa bersalah..

"bila masa pula kita nak tengok wayang?"

"sekarang... sekarang ni aku ajak tengok wayang.."

"okay.. aku dah betul-betul bengang dengan kau, Saiful.."

aku memandang tajam matanya.. dia pula menjadi serba salah..

"eh sorry.. aku tak bermaksud apa-apa.. aku just fikir kita masih perlu berbincang.."

"bincang apa lagi? nak minta maaf? aku dah maafkan kau, so kau nak apa lagi?"

"but kau tak nak terima pemberian aku.."

aku memandang telefon bimbit yang aku pegang itu, "okay, aku terima.. puas hati?"

"yippie.. hehe" Saiful tersenyum.. "macam ni lah.. ya.. aku puas hati.."

aku hanya terdiam.. sebenarnya aku sedikit kecewa dengan Saiful.. dia telah merosakkan perancangan aku untuk bersama dengan Shahir.. tapi aku tak tahu nak cakap macam mana..

"ini sebagai tanda perkenalan kita.." kata Saiful..

"owh.. ya ke? thanks.." balas aku ikhlas tak ikhlas..

"by the way.. so, lelaki tu Shahir lah ye? lelaki yang kau cakap kat aku hari tu.." tiba-tiba Saiful bertanya tentang Shahir..

entah kenapa aku menjadi kaku seketika dengan soalan itu.. 

"ya.. kenapa?" kata aku dengan pelahan..

Saiful mendekati aku.. 

di telinga aku dia berbisik, "hensem je.. no wonder lah kau boleh jatuh suka.. hehe.."



*          *          *


pada malam itu, aku berada di rumah Shahir.. sebenarnya ini kali pertama aku datang ke rumah Shahir.. rumahnya agak besar.. anak orang kaya katakan.. Shahir sebenarnya terkejut dengan aku.. sebab petang tadi Saiful menipu kata kami berdua nak tengok wayang.. jadi, rancangan nak bermalam di rumah Shahir macam tak jadi lah sebab Saiful kata wayang tu habis tengah malam.. tapi aku kata pada Shahir wayang tu terpaksa dibatalkan.. kata kami belum beli tiket pun, dan tiket pun dah habis.. satu jam selepas Shahir pergi, aku terus menelefon dia.. kata tak jadi tengok wayang..

Shahir seperti mahu bertanya banyak perkara kepada aku tapi dia hanya diam membisu.. aku pula malas nak fikirkan apa yang telah berlaku petang tadi.. aku malas nak fikirkan tentang Saiful.. 

aku sedang duduk di ruang tamu sambil menonton tv.. sebenarnya aku berasa malu juga berada di rumah Shahir.. pertama kali katakan.. biarpun di rumah ini hanya ada Shahir dan pembantu rumah tapi tetap berasa kekok.. nak tukar siaran tv pun aku malu-malu.. biarpun siaran yang aku tengok ni agak membosankan, malu punya hal, aku layan juga lah..

Shahir pula berada di dapur.. katanya mahu memasak untuk makan malam.. aku ingin membantu, tapi katanya tetamu tak harus buat kerja.. katanya lagi kedatangan aku ni pun dah buat dia rasa gembira.. tak lah dia rasa keseorangan..

jujur kau katakan rumah Shahir memang cantik.. berganda-ganda besar dari rumah aku kat kampung.. Shahir ni memang orang bandar.. dari dulu lagi membesar kat kotaraya ini.. hidup senang tapi tak pula sombong.. keluarga dia pun tak lah sombong.. pernah juga aku bertemu dengan ibu bapa Shahir waktu di kolej kediaman.. mereka nampak baik je.. macam anak lelaki mereka juga..

"sila makan.." ajak Shahir yang baru masuk ke ruang tamu sambil membawa pinggan yang berisi makanan..

"biar aku tolong.." pinta aku..

bila semua makanan diletakkan di atas meja di makan kami pun mula duduk.. aku duduk berdepanan dengan Shahir.. suasana menjadi diam seketika.. aku memandang wajah Shahir, manakala dia pula sedang tunduk menjamu makan malam..

"macam mana dengan kerja? okay??" tiba-tiba Shahir bersuara..

"okay lah.. tak lah penat sangat.." balasku ringkas..

"aku pun ada fikir nak cari kerja sambilan.. tapi tak tahu kerja apa.." kata Shahir lagi..

"tak payah lah.. letih tau buat kerja ni.. kalau bukan sebab duit, aku takde nak buat kerja time cuti ni.."

"nanti lepas habis study pun akan kerja juga.. at least ada benda yang nak dibuat.. stay kat rumah tak buat apa-apa memang bosan.."

aku terdiam.. betul juga kata Shahir tu.. jadi aku tak mahu nak komen apa-apa.. tak salah pun kalau dia nak cari kerja.. sebenarnya bagus..

aku meneruskan makan hidangan makan malam.. sedap juga.. berselera aku makan..

"pandai kau masak ye, Shahir.. hehe.." puji aku..

"haha.. orang lelaki pun kena pandai memasak gak.. bila bini sakit ke apa, siapa yang nak memasak.. tak begitu?"

aku hanya mengganguk.. 

"Fahri, bila kau nak ada girlfriend ye?"

tiba-tiba aku seakan tersedak bila mendengar pertanyaan Shahir itu.. dengan segera aku meminum air..

"kenapa?" kata Shahir..

"nothing.." balasku ringkas..

"kau macam terkejut.."

"eh takde lah.." aku jadi malu-malu, "takde jodoh lagi kot.. muda lagi lah.. bila dah kerja nanti baru aku start cari.." jawap aku.. saja nak mengelak.. sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana..

"kau ada alasan yang bagus.. haha.." Shahir tersenyum.. "takde lah.. sebab aku pun teringin gak tengok kau bahagia.."

"bahagia? aku bahagia sekarang ni.. kenapa kau cakap macam tu?" tanya aku.

"takde lah.. jujur aku kata, aku rasa kau nampak macam lonely..."

aku terdiam.. terasa sunyi kah aku? mungkin.. mungkin benar.. selama ini jauh di sudut aku memang wujud perasaan itu..

"kalau ada jodoh, nanti datang lah tu.." balasku..

jodoh? memang benar kah jodoh itu ada? aku seakan tidak percaya.. aku rasa seperti tengah melarikan diri dari jodoh.. siapa kah jodoh aku? siapa kah cinta aku? dengan lelaki? tidak kah ia seperti sesuatu yang gila? jodoh dengan lelaki?

kami meneruskan menjamu hidangan makan malam.. aku mula makan dengan pelahan sebab memikirkan soalan dari Shahir itu.. terfikir tentang jodoh.. terfikir tentang hati yang kesunyian.. sampai bila kah aku terus begini? sungguh aku tidak tahu..

'seorang lelaki telah disimbah dengan asid dipercayai disebabkan cemburu merebutkan seorang maknyah..'

kata-kata dari pemberita di kaca tv itu mula menarik perhatian aku.. pandangan aku teralih ke kaca tv untuk mendengar berita tersebut dengan lebih lanjut.. begitu juga dengan Shahir, seakan tertarik untuk mengetahui berita tersebut..



kisahnya adalah berkenaan tentang seorang lelaki yang diserang dengan disimbahi asid pada muka.. hampir keseluruhan muka lelaki itu hangus.. alasannya sebab berebutkan seorang maknyah.. kerana cemburu, lelaki itu diserang.. kemudian maknyah itu pula menjaga lelaki itu.. banyak golongan agama tampil hadir untuk membimbing pasangan tersebut untuk kembali ke fitrah masing-masing.. terutama sekali maknyah itu.. 

aku pula serius mendengar berita tersebut.. kemudian berita selanjutnya mengenai golongan homoseksual.. satu pasangan lelaki telah ditangkap ketika melakukan seks di hotel.. kedua-dua mereka lebih kurang umur seperti aku... masih lagi muda.. sempat aku menjeling ke arah Shahir.. dia juga kelihatan begitu serius mendengar berita itu..

"kenapa perkara ini semakin menjadi-jadi?" tiba-tiba Shahir bersuara..

aku memandang wajah Shahir.. dia tekun memandang pada skrin tv.. mukanya berkerut.. aku seperti faham akan maksud wajahnya itu.. kurang senang.. ya.. dia memang tidak suka sekali dengan isu seperti homoseksual.. lebih-lebih lagi apabila kes hari itu berlaku, apabila seorang lelaki yang telah datang ke bilik kami di kolej kediaman.. ketika dia dicium lelaki itu dan dipeluk.. dan aku pula adalah saksinya..

aku tidak tahu nak kata apa.. yang pasti aku yakin berita ini pasti akan membuatkan dia teringat akan kes tempoh hari..

"aku nak masuk bilik.." kata Shahir secara tiba-tiba.. dia dengan segera mengemaskan pinggan makan yang dia guna.. basuh dan cuci di dapur kemudian berlalu masuk ke dalam bilik..

aku tinggal keseorangan.. di otak aku memikirkan perubahan sikap Shahir yang secara drastik... aku tahu dia akan hilang mood dengan hal-hal macam ni.. dengan segera aku mengemaskan pinggan dan membawanya ke dapur untuk dicuci.. apabila semuanya selesai, aku terus masuk ke dalam bilik Shahir..

"apa yang berlaku?" tanya aku ketika berada di pintu bilik Shahir.. dia sudah pun terbaring di atas tilam katil..

"takde apa-apa.." jawabnya ringkas..

"aku tahu kau tak suka bila dengar berita macam tu.." kata aku sambil menghampiri Shahir..

aku kemudiannya turut berbaring di atas katil Shahir..

"dunia ini agak rumit sebenarnya.. pelbagai ragam dan cabaran.." kataku lagi..

Shahir hanya terdiam namun wajahnya memandang aku..

aku kemudian berbaring mengiring menghadap Shahir.. begitu juga dengan dirinya berbaring mengiring memadang wajah aku..

"tak kisah jika aku kongsi satu cerita?" tanya aku kepada Shahir..

"apa dia?"

"bukanlah satu cerita sangat.. tapi sesuatu mengenai 'tahap penderitaan naluri'.." kataku lagi..

Shahir seakan mula tertarik.. "teruskan.." dia mula memasang telinga..

"aku bahagikan penderitaan itu kepada lima tahap.. daripada yang tak menderita sehingga lah yang lebih terseksa.. apa kau fikir mengenai berita tentang maknyah tadi?" tanya aku..

"apa kena mengena dengan maknyah tu?"

"for me, maknyah tu sangat amazing.."

"seriously kau kata macam tu?" kata Shahir yang terkejut dengan kenyataan aku..

"yupp.. sebab dia sangat setia.. dia masih lagi bersama dengan teman lelakinya itu biar pun lelaki itu sudah memiliki wajah yang buruk kerana simbahan asid.. hilang kesempurnaan.. namun maknyah tu tetap tidak meninggalkannya.. bahkan dia menjaganya.."

"tapi, tak bagus maknyah it bercinta dengan lelaki itu sebab maknyah itu juga adalah lelaki.." balas Shahir..

"tu lah.. sebab itu aku katakan nalurinya menderita.. dia tidak boleh mencintai orang yang dia cintai.. bahkan orang mahu dia kembali kepada fitrah dia sebagai seorang lelaki.. tapi aku tanya, adakah dia mencintai teman lelakinya itu disebabkan nafsu? kebiasaannya orang kata macam tu lah.. cinta macam ni adalah disebabkan nafsu semata-mata.. but, kalau benar, kenapa maknyah itu begitu setia?"

"i don't know.." jawap Shahir ringkas..

"aku ada dengar berita tentang hal ini pagi tadi.. kebanyakkan orang asyik nak mengutuk.. tapi aku nak cakap sesuatu, kalau maknyah itu benar-benar seorang perempuan, orang akan menganggapnya sebagai seorang hero.. pencinta setia.. tapi kerana dia seorang maknyah, orang hanya melihat pada keburukkannya.. tiada siapa yang mahu melihat kesetiaan cintanya.."

Shahir hanya terdiam..

"kenapa aku bercerita mengenai maknyah tersebut? sebab bagi aku, untuk tahap penderitaan naluri, mereka adalah golongan paling menderita sekali.." aku meneruskan kata-kata..

"kenapa jadi macam itu?" Shahir bertanya..

"sebab secara luar dan dalam mereka menderita.. orang asyik mengutuk cara penampilan mereka.. dihina.. dicaci.. dari segi cinta pula, kata tentu sekali orang sekeliling mengatakan cinta mereka itu salah.. sama seperti seorang yang homoseksual, yang ingin dincintai oleh seorang lelaki.. tapi, kenapa golongan seperti maknyah itu lebih terseksa berbanding seorang yang gay? berbeza dengan yang homoseksual, golongan maknyah ni fikir diri mereka adalah wanita, tapi lahir pada tubuh yang salah.. sebab itu mereka lebih menderita.."

Shahir mula serius memandang aku, "apa yang kau ingin sampaikan sebenarnya, Fahri?" tanya Shahir..

"tak kiralah jika mereka adalah golongan maknyah ataupun homoseksual, ada sesuatu yang kau tak mungkin faham tentang apa yang mereka alami.. kerana, kedua-duanya adalah sama, cinta songsang.. tapi aku tanya kau, Shahir.. jika kau seperti mereka... mencintai tapi tidak harus mencintai.. cinta yang tidak harus dimiliki.. apa yang kau akan rasakan, Shahir?" tanya aku sambil memandang serius ke wajah Shahir..

suasana menjadi sunyi seketika.. Shahir hanya terdiam membisu tanpa menjawab persoalan aku... dia hanya memandang ke atas seperti tengah memikirkan sesuatu.. begitu juga dengan aku, hanya terdiam..

aku tidak tahu kenapa.. tapi malam itu seolah-olah aku ingin Shahir tahu apa yang aku rasakan... aku ingin dia tahu bagaimana sukarnya hidup yang aku sedang jalani.. aku tidak mengharapkan belas kasihan darinya.. tapi yang aku harap agar dia boleh memahami..


kau lakukan apa... 

jika cinta itu tidak harus dimiliki?



*          *          *



orang kata, cintai itu adalah satu perasaan yang suci.. namun bagi aku, cinta membuatkan aku menjadi serba salah.. mencintai membuatkan aku rasa berdosa.. aku benci dengan diri aku.. aku benci kerana perasaan ini wujud di hati aku..

namun...

adakalanya kita perlu belajar untuk menerima diri sendiri.. dan kerana itu, biarpun aku tidak menyukainya tapi aku belajar untuk menerima siapa aku seadanya..

aku pernah bertanya dalam diri aku tentang satu perkara.. jika cinta aku adalah satu dosa, aku harap Tuhan akan mengampunkan aku.. kerana aku terlalu lemah dari melarikan diri daripada mencintai..

aku memandang pada wajah Shahir yang sedang tidur nyenyak.. di minda aku memikirkan tentang siapakah diri aku yang sebernanya.. apakah yang aku inginkan? apakah yang aku harapkan? 

sungguh, aku tidak tahu...

yang pasti di hati aku terasa kosong.. aku ingin bahagia.. 

aku tidak tahu adakah ini nafsu ataupun cinta..

kerana pada malam itu.. aku cium Shahir untuk kali pertama...













Monday 26 November 2012

I Kiss Him







kami tidur bersama di atas katil dalam biliknya.. Shahir telah pun lama terlena.. namun aku masih lagi terjaga sambil memandang wajah dirinya.. aku tidak tahu adakah ini nafsu ataupun cinta..

kerana pada malam itu.. aku cium dirinya..


-Fahri-









-Unspeakable Love Part 11-
'I Kiss Him'




coming soon...



Skodeng2 Orang Aussie


waktu aku di aussie, aku memang suka ambil gambar.. lebih-lebih lagi bila aku dah ada DSLR sendiri.. dulu aku punya Nikon D3100.. tapi aku jual then upgrade guna Nikon D90.. dulu aku ada lapan lens.. tapi sekarang dah tinggal 4 lens je.. yang lain aku dah jual.. yang tinggal lens Nikon 50mm 1.8G, Tamron 17-35mm 2.8-4, Sigma 85mm 1.4 dan Holga toy lens.. lens kegemaran aku tentulah Sigma 85mm 1.4 sebab kualti gambar yang menarik dan bokeh yang menghairahkan.. sesuai untuk gambar potret dan aku memang suka ambil gambar potret pun.. dan lagi ia adalah lens paling mahal aku pernah beli.. kat Malaysia harga dalam RM2000 lebih macam tu lah..

dari semua genre fotografi, aku suka ambil gambar candid.. aku jarang ambil gambar pemandangan sebab aku lagi suka tengok eksperesi muka orang.. dengan kata lain, aku memang gemar main curi-curi gambar orang.. untuk tahun ni je, aku dah ambil gambar lebih 10,000 gambar.. just for fun lah.. banyak juga lah orang aku skodeng.. then snap gambar mereka..

tapi, korang ingat aku suka ambil gambar mat salleh yang hensem-hensem ke?? hehe.. jujur aku kata tak.. mungkin ada orang yang suka ambil gambar lelaki hensem yang mereka jumpa kat mana-mana je.. tapi aku pula tak macam tu.. aku lagi suka ambil gambar benda lain.. dari 10,000 gambar yang aku pernah snap, aku rasa cuma satu je gambar lelaki mat salleh yang niat aku memang nak ambil gambar dia.. tu pun sebab aku just ambil gambar untuk suka-suka je.. 


ni lah satu2nya pic yang dimaksudkan


so, aku suka snap gambar siapa? 

budak-budak! hehe..

aku suka main curi-curi gambar budak-budak kat sini..




















oh ya! sekarang ni dah musim buah.. untunglah kat aku, balik waktu musim buah.. dah puas makan durian, rambutan semua.. sampai dah tak larat nak makan.. tapi ada satu benda aku nak tanya.. korang pernah makan tak buah rambutan macam dalam gambar di bawah ni?? aku rasa durian macam ni takde kat semenanjung.. kat Sabah dan Sarawak je ada.. i mean kat Borneo lah.. termasuk Brunei dan Kalimantan.. 

mostly orang kat sini lagi prefer durian kuning ni.. sebab kata mereka rasa lagi sedap.. tapi bagi aku lagi suka durian yang tipikal isi warna putih tu.. sebab aku tak minat sangat makan durian kuning ni.. rasa 'gas' nye kuat sangat..





Wednesday 21 November 2012

Video tentang Gay dan Lesbian






aku sekarang dah berada kat Malaysia.. kat kampung aku lah.. dah lama stay kat Aussie, tempat sendiri juga terasa dekat di hati.. sebagai orang pertama dari kampung aku yang belajar di oversea, rasanye tak boleh nak lari daripada menjadi 'center of attraction' kot.. orang asyik tanya aku banyak hal.. tapi kebanyakkan orang mula-mula tak kenal aku.. seriously, mereka tak boleh nak cam aku.. muka pun dah berubah kot.. badan pun berisi sikit.. i gain 6kg you know waktu stay kat Aussie.. tapi sebab utama orang dah tak leh nak cam aku sebab rambut aku ni hah.. dah panjang.. orang fikir aku ni perempuan.. seriously.. haha..

entah lah wei.. aku rasa rambut aku tak lah panjang sangat pun.. just rambut aku dah cover keseluruhan telinga aku je.. dah tak nampak telinga.. bagi aku rambut aku dah jadi macam ala-ala indie singer macam tu lah.. style lah katakan.. tapi bagi orang kampung kat tempat aku, terutama my parent memang tak biasa tengok style-style macam ni.. suruh aku gunting rambut.. but hei! aku dah gunting rambut tiga minggu lepas, dan sengaja pun nak biar panjang macam ni.. and i love my hair.. orang-orang muda pula macam my kampung friends faham lah yang panjang macam ni sebab style lah.. ala-ala Korea gitu.. hehe.. no lah.. aku tak ikut style Korea pun.. tapi terasa diri macam penyayi dalam indie band.. haha.. amboi-amboi..

bila dah lama stay kat negara orang, dua perkara utama yang aku rasa perlu adapt semula dengan keadaan di Malaysia.. pertama mestilah tentang cuaca.. PANAS!! hehe.. macam gedik-gedik je kata panas lah.. tapi jujur aku cakap bila keluar dari kapal terbang memang tu lah yang aku rasakan dulu.. walaupun time tu dah nak maghrib.. ambil rasa dua hari nak adapt dengan cuaca panas kat Malaysia.. lepas tu dah mula okay.. then kedua pula air mandi.. kat sini biarpun tak sejuk sangat, tapi kulit aku tak tahan.. badan mengigil je sebab kesejukkan.. biar air tu tak lah sejuk sangat pun.. tapi aku kat Aussie dah terbiasa mandi dengan air panas.. sejuk sedikit pun dah tak tahan.. tu lah dua perkara utama yang aku perlu nak adapt semula bila dah kembali di tanah air.

aku sebenarnya nak tulis banyak perkara tapi malas nak taip.. haha.. sekarang ni tengah mood nak bersembang-sembang dengan kawan sekampung.. tunggu ada mood nak menulis dulu, baru boleh menulis.. hari tu ada yang tanya aku satu soalan mengenai macam mana nak hidup sebagai GAY + MUSLIM.. soalan yang susah sebenarnya, sebab aku sendiri pun tengah mencari solusi.. and aku pun bukannya bagus sangat pun.. tapi aku kata kat dia, aku akan buat satu post tentang hal itu nanti kat dalam blog ni.. 

and one more, aku dah mula nak bukukan citer Unspeakable Love tu.. tapi sekarang ni tengah proses nak edit lah.. ada orang suggest aku buat macam tu.. i mean buat macam PDF file dalam bentuk buku citer tu ke.. kira-kira macam tu lah.. so, sape-sape yang nak, boleh send mesej aku kat aku di my FB..



so, aku nak re-post semula satu video ni.. post lama.. tapi aku rasa most of you memang tak tengok video ni pun.. sebab waktu tu blog ni still tak banyak pengunjung.. purata visitor dulu dalam kurang 200 visitors sehari.. sekarang ni dah meningkat menjadi dalam 3000 lebih visitors sehari.. so, aku nak tunjukkan semula satu video documentari yang agak kontrovesi yang telah menarik perhatian aku.. mengenai gay dan lesbian.. then, korang nilai-nilai lah sendiri..