Monday 23 December 2013

Siapa Top, Siapa Bottom?


jom kita main satu permainan.. main teka-teka.. ada orang kata yang sometime kita boleh nak agak orang tu bottom ke top berdasarkan paras rupa.. semuanya bergantung pada 'gaydar' dan 'firasat' kita nak fikir orang tu macam mana.. ada orang memang hebat dalam teka-teka ni.. so, apa kata kita practice kan 'firasat' kita tu sama ada kita ni handal tak nak tentu kan orang tu top or bottom.. 

permainannya amat mudah.. di bawah ni ada 24 gambar lelaki (pinoy).. sumber aku dapat dari Planet Romeo.. asalnya aku ingat nak guna orang melayu but takut pula nanti orang marah kalau terguna gambar mereka.. so cara yang paling save guna orang 'luar' lah.. berbalik pada permainan tadi.. ada 12 top dan 12 bottom kesemuanya yang disusun secara rawak.. so gunakan lah firasat masing-masing untuk tentukan siapa top siapa pula yang bottom..

misalnya macam:

top : 1, 2, 3.....
bottom: 24, 23, 22.....


so, macam mana? korang rasa korang boleh teka tak? siapa yang paling handal main teka-teka ni?? sila lah tinggal kan jawapan anda untuk dikongsi bersama...













Sunday 22 December 2013

Jangan Berkentut di Hadapan Gay





ada satu cerita ni yang bagi aku sangat melucukan.. mungkin ada yang dah pernah baca, mungkin juga ada yang tak baca lagi.. so aku nak share pada yang still tak pernah baca lagi lah.. btw, aku nak cakap yang aku tak leh nak sambung citer Unspeakable Love untuk minggu ni disebabkan kesibukan yang melanda diri aku dalam seminggu ini.. busy jadi jurugambar orang kahwin.. actually aku nak buat post tentang hal perkahwinan tu.. ada benda lah aku nak cakapkan apa yang dah jadi dalam tempoh seminggu ni.. but then aku fikir maybe lain kali lah kot aku cerita.. nak tulis post ni pun actually sebab nak inform pasal aku tak leh tulis citer Unspeakable Love untuk minggu ni..




AWAS : Jangan berkentut dihadapan GAY


Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.
"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.
Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.
Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.
"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.
Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.
"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.
Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!

Tuesday 17 December 2013

Soalan Untuk Kekasih






aku teringat pula time sekolah dulu aku pernah buat satu benda dengan kawan yang duduk sebelah meja dengan aku (kawan perempuan).. kita orang duduk dekat-dekat.. dua meja di satukan, then setiap pelajar kena padankan lelaki dengan perempuan oleh guru kelas.. then perempuan tu antara reason yang dia duduk sebelah aku sebab aku top student dalam kelas time tu.. (time tu je.. sekarang tak lah).. senang nak belajar lah kot.. but kita orang boleh lah agak rapat juga sebab aku ni honestly susah juga nak rapat dengan perempuan ni.. walaupun usually orang kata yang PLU ni banyak or senang rapat dengan perempuan.. tapi aku tak lah macam tu..

memandang dia, aku hulurkan satu kertas kosong perlahan-lahan pada kawan perempuan aku itu di atas meja..

"tulis apa perkara yang kau kurang senang tentang aku.." kata aku..

terkejut, lalu kawan aku tanya lah kenapa pula tiba-tiba buat macam tu..

"manusia tak sempurna kan. mesti lah ada benda yang jadi kekurangan.. sometime kita nak tahu gak apa yang orang fikir tentang kita.. dari tu boleh lah kita nak improve diri masing-masing.."

then dia tanya lah.. tak salah ke kalau buat macam tu.. so aku jawab lah, nak salah apa nye kan, kalau aku yang suruh.. bukannye aku nak marah pun.. sebab aku dah ready dah accept untuk tahu apa yang orang kurang senang pada diri kita sendiri.. aku katakan lagi lah, benda actually elok je untuk mendekatkan lagi hubungan.. sebab kita belajar nak terima and cuba untuk jadi lebih baik tu..

so, kawan aku pun ambil lah kertas then tulis.. tulis.. tulis.. and tulis.. kemudianya dia beri lah kat aku semula.. so aku pun baca..

(actually aku tak ingat pun dia tulis apa pun dulu... hahaha.. perkara yang dah lepas..)

okay, apa yang aku nak kaitkan dengan cerita di atas adalah mengenai dalam hubungan perasaan.. sometime aku rasa lah kan, agak elok juga kalau kita tanya pada pasangan kita tentang soalan-soalan macam ni.. ye lah, semua orang pun tak sempurna kan, mesti lah ada benda yang orang tak suka pada diri kita. walaupun orang tu sayang, rasanya dia lah yang lebih tahu sikap buruk kita macam mana.. so, dalam menjaga hubungan perasaan ni, kadang-kadang kita kena sentiasa upgrade.. kita pun kena juga lah acknowledge kekurangan kita tu, and jadi kan nye sebagai satu lists yang kita rasa perlu dibaiki lah.. agar kita menjadi seorang yang lebih baik.. untuk siapa? untuk diri sendiri and orang yang kita sayang.. adeh.. tiba-tiba pula aku jadi jiwang hari ni, walaupun hakikatnya takde partner pun.. hahaha..

so, kepada pasangan kekasih di luar sana mungkin boleh lah melakukan kaedah ni.. mungkin nampak agak leceh dan simple, buat kadang-kadang benda ni juga lah yang jadi satu titik perubahan.. kita mana lah tahu apa yang orang fikir tentang diri kita.. mungkin kita tahu apa kelemahan kita, but trust me ada banyak kelemahan juga yang kita tak tahu but diketahui oleh orang lain.. tak begitu?

sambil memandang pada lists tu lalu kita berfikir seketika.. mula bermunasabah diri.. buat refleksi diri.. fikir apa yang kita boleh lakukan yang terbaik pada diri sendiri dan juga untuk yang tersayang.. adeh.. hahahahaha..

Saturday 14 December 2013

Unspeakable Love -Part 31-






Part 31 : The Arts


ada satu kisah mengenai satu pasangan manusia.. aku kenalkan, yang pertama adalah si Jejaka, dan keduanya pula adalah si Teruna.. dua insan yang mempunyai hubungan yang rapat.. umur mereka masih lagi muda.. si Teruna adalah seorang insan yang pendiam dan agak pemalu, manakala si Jejaka adalah sebaliknya.. ibarat konsep 'yin' dan 'yang' dalam kepercayaan masyarakat cina, personaliti mereka bedua adalah berlawanan.. si Jejaka adalah pemuda yang amat ramah dan suka berkata-kata berbual mesra.. dalam hubungan mereka, apabila dalam pertemuan, si Jejaka akan lebih suka berkata-kata manakala si Teruna hanya lebih suka mendiamkan diri menjadi seorang pendengar yang setia.. sambil tersenyum, si Teruna akan terus melayan karenah si Jejaka..

dalam usia yang muda ini, Si Jejaka ada mempunyai satu pandangan peribadinya mengenai konsep 'keseimbangan'.. katanya, untuk mencapai satu kesempurnaan, perlu adanya sesuatu yang 'pasif' dan juga yang 'aktif'.. perbezaan ini jika disatukan akan mencipta satu kesempurnaan.. ibarat konsep 'yin' dan 'yang', ideologi si Jejaka seakan begitu.. kata si Jejaka, sama lah seperti dalam hubungan manusia.. jika seorang yang pemarah bertemu dengan orang yang sama sepertinya, 'keseimbangan' itu agak sukar untuk dicapai.. kerana itu padanan yang sesuai untuk si panas baran itu adalah dengan seorang yang begitu tinggi sikap sabarnya.. maka dengan itu keseimbangan akan dapat dicapai.. 

namun si Teruna tiba-tiba bertanya, "apa salahnya jika seorang yang sabar disatukan dengan seorang yang sama penyabar seperti dirinya? tidak ada yang salah bukan?" 

maka, jawab si Jejaka, "memang tidak ada yang salah pun.. namun adakalanya lagi bagus jika setiap individu itu mampu menyempurnakan setiap kekurangan dalam diri masing-masing dengan kelebihan yang ada dalam diri sendiri.."

maka si Jejaka bercerita mengenai kisah tentang dua manusia.. kisahnya adalah mengenai tentang seorang lelaki dan seorang wanita.. si lelaki adalah seorang yang taat akan perintah Tuhannya.. manakala si wanita adalah seorang hamba yang leka dengan keseronokkan dunia.. biarpun begitu, si lelaki telah jatuh hati pada si wanita.. ramai yang berkata pada si lelaki, seorang yang taat pada perintah Tuhan sepertinya sepatutnya hanya layak untuk wanita yang taat kepada Tuhan seperti dirinya.. 

namun si lelaki itu berkata, 

"aku tidak hanya cinta pada dirinya, namun harapan aku juga agar aku mampu memimpin dirinya kearah jalan-Nya kembali.. jika aku mencintai seorang wanita yang berhati mulia, memang benar ia tidak salah.. namun cita-cita aku itu agar aku turut mampu jadi seorang pembimbing kepada seorang yang lebih memerlukan.. kerana itu aku memilih dirinya.."

si Jejaka menjelaskan kepada si Teruna, dengan memilih si wanita yang leka itu, si lelaki lebih belajar erti kesabaran dan tidak putus asa dalam memikat dan melayan karenah si wanita.. manakala si wanita pula akhirnya mula belajar untuk kembali semula pada jalan diredhai Tuhan.. maka dengan itu satu 'keseimbangan' telah tercapai.. yang 'sakit' itu perlu lah dengan 'ubat'nya.. seperti konsep 'yin' dan 'yang', perlunya ada keseimbangan.. jika semua lelaki yang baik hanya mahu mengahwini seorang wanita yang baik, maka tiada lah ruang untuk wanita yang leka untuk dibimbing semula ke arah jalan-Nya..

lalu si Teruna terdiam.. dalam mindanya mula memikirkan mengenai ideologi si Jejaka mengenai konsep 'keseimbangan'..

"kerana itu kita tidak harus bersama.. kerana kita adalah sesuatu yang sama.. lelaki tidak harus bersama dengan seorang lelaki.. kerana kita adalah sesuatu yang sama.. kerana lelaki itu adalah untuk wanita.." tiba-tiba si Jejaka berkata lagi..

namun si Teruna terus berkata,

"tapi aku mencintai dirimu.."

"tidak kah engkau takut dengan larangan-Nya? tidak kah engkau cinta pada diri-Nya?" tanya si Jejaka..

"adakah aku tidak mencintai diri-Nya hanya kerana aku juga mahu mencintai seorang manusia?"

pertanyaan dari si Teruna itu terus membuatkan si Jejaka terdiam.. saling berpandangan, mata bertemu mata, dari pandangan mata si Teruna itu dapat dipastikan oleh si Jejaka bahawa dia benar-benar serius dengan pertanyaannya itu..

"engkau sudah gila.." akhirnya si Jejaka berkata..

"aku tahu, hatimu juga punya perasaan yang sama padaku.. aku tahu.. engkau tidak boleh menipu.." kata si Teruna lagi..

terdiam lagi, akhirnya si Jejaka hanya mampu memalingkan pandangannya dari terus menatap mata si Teruna..






diari lama, kisah silam..

si Teruna adalah aku,
si Jejaka adalah Ihsan




aku mahu merasakan cinta..

biarpun sekali,



namun aku mahu merasakannya...



*          *          *


"abang Fahri.. bangun abang Fahri.."

tidurku dikejutkan.. bahuku ditepuk-tepuk lembut.. perlahan-lahan aku membuka mata, di depan ku, kelihatan wajah Hafiz yang beriak wajah kebimbangan..

"dah pukul 10 pagi dah.." kata Hafiz lagi..

aku mula bangun dari tidurku.. masih berasa mengantuk, aku menguap seketika.. mataku masih lagi kuyu.. tanganku mula mengusap-usap pada rambutku.. lalu aku menoleh pada Hafiz.. dahiku berkerut, aku pandang pada wajah Hafiz..

"abang Ihsan tak balik lagi.." kata Hafiz dengan nada kebimbangan..

teringat mengenai Ihsan yang masih belum lagi pulang, serta-merta rasa mengantuk ku menjadi hilang.. dengan segera aku mengambil telefon bimbitku.. memandang pada skrin telefon, kalau-kalau aku mendapat pesanan ringkas dari Ihsan, namun ternyata tiada..

"dia still tak contact Hafiz ke?" tanya aku..

"Hafiz tak rasa yang abang Ihsan akan contact Hafiz.. macam mana ni? dah tiga hari dah abang Ihsan keluar dari rumah, menghilangkan diri.. Hafiz risau..." riak wajah Hafiz memang jelas terpancar rasa kebimbangan..

memikirkan seketika menengenai Ihsan, selepas pergaduhan antara dia dan Hafiz tempoh hari, Ihsan terus beredar dari rumah dalam keadaan marah.. sesuatu yang amat mengejutkan diri aku sebab selama tempoh aku mengenali dirinya aku langsung tak pernah melihat dia naik angin sedemikian rupa.. semuanya berpunca gara-gara Hafiz yang membuatkan Ihsan betul-betul rasa kecewa.. namun apa yang sebenarnya telah berlaku, apa yang Hafiz sedang lakukan sebenarnya masih belum aku ketahui.. Hafiz juga masih belum menceritakan hal yang sebenarnya dengan lebih terperinci pada aku..

bangun dari katil, lalu aku sandarkan tubuhku pada dinding katil.. Hafiz pula dari tadi kelihatan cukup cemas memikirkan tentang Ihsan yang masih lagi tidak pulang ke rumah.. Hafiz mula mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar lalu jarinya mula mendial nombor telefon Ihsan..

"telefon masih lagi dimatikan.." luah Hafiz dengan rasa kecewa.. "macam mana ni? Hafiz risau.."

"bawa bertenang.."dengan nada yang tenang aku berkata.. "jangan risau.. semuanya tak kan jadi apa-apa.." pujukku cuba menenangkan hati Hafiz..

"dah tiga hari dah abang Fahri.. tiga hari.. tak boleh contact, dia tak pun tak contact langsung.. Hafiz risau kalau terjadi apa-apa kat abang Ihsan tu.." kata Hafiz dengan nada yang cemas..

"dia merajuk je tu.." aku masih lagi memujuk.. "aku yakin dia tak apa-apa.."

"baguslah kalau macam tu.. tapi kalau jadi apa-apa macam mana? kita tak tahu pun kan?" Hafiz masih lagi berfikiran yang bukan-bukan..

aku terdiam.. memang benar kata Hafiz tu.. apa-apa boleh jadi.. kita hanya boleh mengagak, tapi apa-apa sahaja juga boleh terjadi..

"kita lapor pada polis.." kata Hafiz lagi..

"rasanya tak perlu lah sampai macam tu sekali.." kataku..

"kenapa pula? dah tiga hari dah dia tak balik rumah.. kita patut buat laporan.."

"maybe dia ada kat somewhere kat luar sana je.. can we wait for him first before Hafiz buat macam tu?"

"tunggu? sampai bila?"

"esok.. kalau esok takde, aku pun tak tahu nak cakap apa-apa dah.. so, sekarang kita just cari dia ada di mana sekarang.. but don't worry lah.. I think dia still merajuk lah.. adalah dia kat mana-mana di luar sana.." aku masih lagi memujuk Hafiz..

Hafiz hanya terdiam.. lalu dengan segera dia beredar dari bilik lalu masuk ke dalam biliknya.. aku pula terus bangun berdiri dari katil.. tak lama selepas itu, Hafiz kembali semula masuk ke dalam bilik..

"cepat.. kita patut cari dia.." kata Hafiz..

"but kita nak cari dia di mana?" tanya aku..

terdiam, Hafiz hanya memandang aku..



*          *           *


"hello? ada orang tak?"

Hafiz mula mengetuk pada pintu di sebuah rumah.. berkali-kali diketuknya namun masih belum lagi datang isi rumah membuka pintu tersebut.. masih tidak mahu berputus asa, Hafiz mengetuk pintu itu sekali lagi.. namun masih belum juga pintu itu dibuka..

"kau pasti ke Ihsan ada kat sini?" tanya aku sambil memandang wajah Hafiz..

"i don't know.. rumah ni rumah best friend abang Ihsan.. mungkin dia tahu sesuatu abang Ihsan ada kat mana.." balas Hafiz..

lalu, Hafiz mula mendial telefon bimbitnya.. menunggu panggilan untuk dijawab, namun langsung tidak diangkat.. Hafiz memhembuskan nafas rasa kecewa, namun dicubanya juga untuk kali yang kedua.. tunggu dan tunggu.. masih juga tidak diangkat..

"maybe tiada orang di rumah.." kataku..

Hafiz hanya terdiam, dengan rasa hampa dia mula mengajak aku untuk beredar dari situ.. namun, baru sahaja kami berdua mahu melangkah keluar, tiba-tiba pintu rumah itu mula dibuka.. tersedar, Hafiz mula menoleh ke belakang semula.. kelihatan seorang lelaki yang hanya bertuala di muka pintu.. rambutnya basah.. memang jelas dia baru lepas mandi.. lelaki itu memandang ke arah kami..

"sorry wei sebab lambat buka pintu.. aku baru je lepas mandi tadi.. ni pun bergegas nak siap nak buka pintu.." kata lelaki tu..

"ada nampak abang Ihsan?" serta merta Hafiz menanyakan soalan..

"Ihsan? hmm.. takde pula nampak dia.. kenapa?" tanya lelaki itu balik..

"dia dah tak balik rumah dalam tiga hari dah.." balas Hafiz..

"biar betul? apa yang dah berlaku sebenarnya?" lelaki itu mula ingin tahu..

Hafiz terdiam.. dia memandang aku.. wajahnya kelihatan hiba.. kemudian dia mengalihkan pandangan semula ke arah lelaki itu..

"sebab dia marah pada Hafiz.. ada yang dah berlaku.. then dia keluar rumah.. tapi dah masuk tiga hari, dia still tak datang ke rumah semula.. Hafiz risau kalau jadi apa-apa pada dia.."

"sila masuk dulu.. beri tahu aku apa yang dah jadi sebenarnya.." pelawa lelaki itu..

masuk ke dalam rumah, Hafiz terlebih dahulu memperkenalkan aku pada lelaki itu.. dari itu, aku mula berkenalan dengan rakan baik kepada Ihsan.. namanya Irsyad.. umurnya sebaya dengan aku.. tinggal bersendirian di dalam rumah ini manakala teman serumah yang lain ada urusan lain di tempat lain.. tak sempat berkenalan dengan lebih lanjut, Hafiz mula menceritakan apa yang dah berlaku.. tapi cerita Hafiz aku rasa agak banyak yang ditapisnya.. aku tak tahu kenapa, biar pun asalnya aku pun tak tahu apa yang dah jadi sebenarnya, tapi aku rasakan begitu lah.. Hafiz masih lagi merahsiakan tentang satu perkara..

apa yang aku tahu adalah mengenai 'pernjanjian' yang dibuat antara Hafiz dan Ihsan.. Hafiz yang dahulunya budak liar, namun tingkah lakunya akhirnya dikawal oleh Ihsan.. semalam, Hafiz ada bercerita pada aku yang memang selepas kejadian bila perjanjian itu dibuat, dia memang betul-betul tak sentuh minuman keras lagi.. malah dia memang sudah berhenti dari mengunjungi kelab malam yang kebiasaanya jadi tempat dia melepak.. namun entah kenapa dia tiba-tiba telah melanggar 'perjanjian' itu dan akhirnya dapat diketahui oleh Ihsan.. tapi Hafiz berkata pada aku, semuanya adalah 'tidak disengajakan'.. namun aku tidak pula mengerti dengan apa yang dia maksudkan dengan 'tidak disengajakan'.. kerana sampai hari ini, Hafiz masih juga agak berkeberatan untuk bercerita tentang hal itu dengan lebih mendalam..

"so, Hafiz nak cari Ihsan kat mana lagi?" tanya Irsyad..

"I don't know.. Hafiz sebenarnya buntu.. Hafiz langsung tak leh contact dia.. abang Ihsan pun takde contact Hafiz langsung.. Hafiz rasa risau.."

"bawa bertenang okay.. dia tak apa-apa.." aku masih lagi memujuk Hafiz untuk tidak begitu gelisah.. "dia merajuk je tu.." kataku lagi..

"Hafiz takleh bertenang selagi tak jumpa dia.. macam mana abang Fahri boleh kata bertenang kalau kita sendiri pun tak tahu apa yang jadi pada dia.. di mana dia berada sekarang.. kita tak tahu pun kan??"

aku terdiam.. Hafiz memandang mata aku tajam.. entah kenapa aku mula rasa bersalah.. pada saat ini aku mula menjadi teragak-agak.. namun akhirnya aku berkata juga..

"actually, semalam Ihsan ada contact aku.." kata aku perlahan.. kepala aku tundukkan ke lantai..

Hafiz terkejut.. begitu juga dengan Irsyad..

memang benar, semalam Ihsan ada menghubungi aku.. tapi hanya seketika.. aku juga terkejut bila dia akhirnya menghubungi aku.. lalu aku katakan pada dia yang Hafiz jadi risau sangat-sangat.. tapi balas Ihsan dia kata dia tak apa-apa.. tidak ada benda yang harus dirisaukan.. dia kata yang dia hubungi aku pun sebab nak cakap dia tak apa-apa..

"kenapa abang Fahri tak cakap pada Hafiz?" Hafiz inginkan kepastian..

"sebab dia kata jangan beri tahu Hafiz.." balasku..

Hafiz terdiam.. hatinya timbul rasa sedikit marah namun dalam masa yang sama mula timbul perasaan lega di hatinya..

"so, kita patut pergi tempat dia.." kata Hafiz..

"but aku pun tak tahu dia di mana sekarang.. dia ada contact aku, tapi dia tak cakap pun dia ada kat mana sekarang.." balasku jujur.. memang benar Ihsan ada hubungi aku tapi dia langsung tak beri tahu yang dia ada di mana..

Hafiz mengeluh.. separuh hatinya memang rasa marah pada Ihsan sebab membuatkan dia berasa bimbang.. dan separuh lagi dari hatinya mula merasa lega bila mendengar apa yang telah aku beri tahu padanya.. tapi sekarang ni adalah persoalan di mana Ihsan berada sekarang ni.. di mana dia tinggal dalam tempoh tiga hari ni langsung tidak kami ketahui.. hanya sekali dia menghubungi aku, sekadar memberi tahu yang dia tidak apa-apa..

dalam saat ini, aku mula berfikir mengenai Ihsan.. sikapnya agak membuatkan aku tertanya-tanya.. seolah-oleh aku seakan mula memperlajari dirinya kembali.. orang kata setiap manusia akan berubah juga pada satu hari nanti.. dan pada saat ini aku mula sedar yang aku mungkin perlu mempelajari sikapnya semula.. insan yang kini aku rasa lain dari dirinya yang aku kenal dahulu..

"so, nak buat apa lah sekarang?" tanya Irsyad.. "Fahri kata Ihsan just takde apa-apa je.. kalau nak cari di mana dia berada sekarang, rasanya tiada sesiapa pun yang tahu di mana dia berada sekarang ni pun kan.. so, macam mana lah sekarang.. "Irsyad memandang ke wajah Hafiz..

"nampak gaya nya kita just perlu tunggu dia.. tunggu kalau dia akan contact sesiapa pada masa nanti.. so sekarang, Hafiz pun tak nak buat apa lagi dah.. just hanya menunggu perkhabaran dari abang Ihsan.." balas Hafiz..

"macam mana dengan projek kau, Hafiz? dah siap? rasanya minggu depan kan kena hantar.." tiba-tiba Irsyad bertanya semula..

"oh, pasal tu.. Hafiz fikir mungkin akan tarik diri.. pada saat ni Hafiz asyik fikir tentang abang Ihsan je.. tak boleh nak fokus.."

"rugi lah kalau macam tu.. bukan dulu kau yang beria-ia nak join kan.. tak kan lah nak stop pula.. aku pun ada juga tengok hasil kerja kau setakat ni.. nampak menarik je.. tentu akan jadi sesuatu yang 'mengujakan' bila kau dah hantar nanti.." kata Irsyad lagi..

dahi aku berkerut.. dalam otak aku berfikir, projek apa pula yang mereka bincangkan ini? Hafiz ada masuk dalam sesuatu perkara ke? lalu aku memandang pada wajah Hafiz.. sebenarnya aku mahu dia beri tahu aku apa yang dimaksudkan dengan projek oleh Irsyad itu..

"projek apa?" akhirnya aku bertanya..

"arts competition.. budak Hafiz ni join satu arts competition.." balas Irsyad..

terus aku pandang wajah Hafiz lagi.. dia masih lagi mendiamkan diri..

"macam menarik je.. tak tahu pula kau suka benda-benda macam ni.." kata aku pada Hafiz..

"ianya adalah menarik kalau kau tahu theme apa yang budak Hafiz ni cuba bawa kan.. dah tahu ke theme dia apa?" tanya Irsyad..

"apa dia? aku tak tahu.. ni first tahu Hafiz ada join benda macam ni.." aku mula ingin tahu..

"homosexuality arts.. mengujakan bukan?" Irsyad tersenyum..

aku terkejut.. biar betul itu tema yang Hafiz buat.. seakan sukar untuk aku percaya, kenapa pula Hafiz boleh berani buat tema macam tu? tema yang sangat berat.. bukan semua orang boleh menerimanya.. lebih-lebih di negara ini.. lalu serta-merta aku mengalihkan pandangan ke arah wajah Hafiz cuba inginkan kepastian..

"kau mesti terkejut, tak begitu? aku pun mulanya terkejut juga.. but last-last jadi excited nak tahu hasilnya macam mana nanti.. budak Hafiz ni memang berani.." kata Irsyad..

"kau memang terlalu open lah Hafiz.." kataku jujur..

"itu lah yang susah dengan orang seperti kita.. sentiasa menipu diri sendiri.. di kelilingi dengan ketakutan hanya kerana mempunyai perbezaan perasaan.. maka 'kisah perasaan' itu akan sentiasa terkubur dalam bayang-bayang ketakutan.." akhirnya Hafiz berkata-kata..

tergaman, aku menelan air liur.. entah kenapa pada saat ini kaku dengan kata-kata Hafiz itu.. satu nada yang serius, tapi ia juga adalah satu nada kejujuran.. pada saat ini entah kenapa perhatianku mula tertumpu pada anak muda di depan mata aku ini.. terlalu banyak kejutan yang telah dibuat oleh anak muda ini pada aku.. mengenai kepercayaannya pada Tuhan, dan kini mengenari seni 'kisah perasaan' darinya..

pada hari itu, baru lah aku tahu yang Hafiz mengambil jurusan seni halus dalam pengajiannya.. selama ini aku tidak pernah bertanya akan apa yang dipelajarinya di universiti.. tidak pernah terlintas akan soalan seperti itu di minda aku.. aku pelajari tentang Hafiz mengenai beberapa perkara mengenai dirinya.. kadang-kadang ia adalah sesuatu yang menakutkan diri aku.. mengenai kejujuran pada dirinya, mengenai sikap ingin tahu yang begitu kuat dalam dirinya, malah juga pada keberanian mengenai perasaan.. mengenai hal semua itu seakan mula menarik perhatian aku untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam lagi.. mungkin juga hal ini kenapa Ihsan memilih untuk dekat dengan dirinya.. ada sesuatu pada dirinya yang buat kita menjadi lebih ingin tahu.. sesuatu mengenai rahsia hati..

lalu Hafiz ada berkata pada aku, "seni adalah perasaan.. ia adalah sesuatu yang buta.. seni juga adalah bayangan hati.. seni adalah cerita dari hati yang jujur.."

mendengar kata-kata itu membuatkan aku berfikir mengenainya.. berulang kali, aku mula menyebut perkataan itu..

seni adalah cerita dari hati yang jujur..

menyebut, dan menyebutnya lagi..

pada malam itu, aku mula bermimpi..

duduk di satu ruangan yang agak gelap, aku sedang menghadap seseorang.. aku tidak mengenakan sebarang pakaian.. hanya berseluar sahaja.. di sebelah kiri aku terdapatnya sebuah jendela cermin yang besar.. ada langsir putih yang panjang menapis sinaran mentari dari terus menerangi isi rumah.. hanya sebahagian dari tubuhku yang menghadap jendela terdedah pada cahaya, manakala di bahagian yang bertentangan pula dengan jelas dilindungi oleh bayang.. terdiam membisu, aku memandang ke hadapana.. aku sedari yang aku sedang diperhatikan oleh seorang insan di depan mata aku membuatkan aku menjadi sedikit gemuruh..

aku tidak tahu, kenapa aku berada di sini.. kenapa aku duduk saling memandang pada insan itu.. cuba aku kenali wajah insan yang ada di depan mataku itu, namun pandangan adalah begitu kabur..

terdiam kaku di kerusi, aku hanya berterusan memandang pada insan itu..

lukis lah dengan kasih sayang..

tiba-tiba kedengaran satu suara berbisik..

aku tergamam.. aku mula tercari-cari dari mana arah suara itu.. ternyata ia datang dari insan di depan mata aku..

dia hanya memandang aku.. ada sesuatu yang dipegang pada tangannya.. lalu aku lihat insan itu mula menconteng pada satu kertas.. di sebalik pada bayangan kabur itu, cuba aku melihat wajah dirinya.. tidak begitu jelas, tapi aku rasakan yang wajahnya hanya kelihatan serius..

aku melihat pula pada tangannya yang ligat tengah menconteng sesuatu pada kertas.. satu pergerakan yang pantas, namun penuh terkawal dan berhati-hati.. kemudian, mataku teralih pula pada bibir si pelukis itu.. aku dapati akhirnya dia tersenyum..















Saturday 7 December 2013

Unspeakable Love Kembali!






ada satu kisah mengenai satu pasangan manusia.. aku kenalkan, yang pertama adalah si Jejaka, dan keduanya pula adalah si Teruna.. dua insan yang mempunyai hubungan yang rapat.. umur mereka masih lagi muda.. si Teruna adalah seorang insan yang pendiam dan agak pemalu, manakala si Jejaka adalah sebaliknya.. ibarat konsep 'yin' dan 'yang' dalam kepercayaan masyarakat cina, personaliti mereka bedua adalah berlawanan.. si Jejaka adalah pemuda yang amat ramah dan suka berkata-kata berbual mesra.. dalam hubungan mereka, apabila dalam pertemuan, si Jejaka akan lebih suka berkata-kata manakala si Teruna hanya lebih suka mendiamkan diri menjadi seorang pendengar yang setia.. sambil tersenyum, si Teruna akan terus melayan karenah si Jejaka..

dalam usia yang muda ini, Si Jejaka ada mempunyai satu pandangan peribadinya mengenai konsep 'keseimbangan'.. katanya, untuk mencapai satu kesempurnaan, perlu adanya sesuatu yang 'pasif' dan juga yang 'aktif'.. perbezaan ini jika disatukan akan mencipta satu kesempurnaan.. ibarat konsep 'yin' dan 'yang', ideologi si Jejaka seakan begitu.. kata si Jejaka, sama lah seperti dalam hubungan manusia.. jika seorang yang pemarah bertemu dengan orang yang sama sepertinya, 'keseimbangan' itu agak sukar untuk dicapai.. kerana itu padanan yang sesuai untuk si panas baran itu adalah dengan seorang yang begitu tinggi sikap sabarnya.. maka dengan itu keseimbangan akan dapat dicapai.. 

namun si Teruna tiba-tiba bertanya, "apa salahnya jika seorang yang sabar disatukan dengan seorang yang sama penyabar seperti dirinya? tidak ada yang salah bukan?" 

maka, jawab si Jejaka, "memang tidak ada yang salah pun.. namun adakalanya lagi bagus jika setiap individu itu mampu menyempurnakan setiap kekurangan dalam diri masing-masing dengan kelebihan yang ada dalam diri sendiri.."

maka si Jejaka bercerita mengenai kisah tentang dua manusia.. kisahnya adalah mengenai tentang seorang lelaki dan seorang wanita.. si lelaki adalah seorang yang taat akan perintah Tuhannya.. manakala si wanita adalah seorang hamba yang leka dengan keseronokkan dunia.. biarpun begitu, si lelaki telah jatuh hati pada si wanita.. ramai yang berkata pada si lelaki, seorang yang taat pada perintah Tuhan sepertinya sepatutnya hanya layak untuk wanita yang taat kepada Tuhan seperti dirinya.. 

namun si lelaki itu berkata, 

"aku tidak hanya cinta pada dirinya, namun harapan aku juga agar aku mampu memimpin dirinya kearah jalan-Nya kembali.. jika aku mencintai seorang wanita yang berhati mulia, memang benar ia tidak salah.. namun cita-cita aku itu agar aku turut mampu jadi seorang pembimbing kepada seorang yang lebih memerlukan.. kerana itu aku memilih dirinya.."

si Jejaka menjelaskan kepada si Teruna, dengan memilih si wanita yang leka itu, si lelaki lebih belajar erti kesabaran dan tidak putus asa dalam memikat dan melayan karenah si wanita.. manakala si wanita pula akhirnya mula belajar untuk kembali semula pada jalan diredhai Tuhan.. maka dengan itu satu 'keseimbangan' telah tercapai.. yang 'sakit' itu perlu lah dengan 'ubat'nya.. seperti konsep 'yin' dan 'yang', perlunya ada keseimbangan.. jika semua lelaki yang baik hanya mahu mengahwini seorang wanita yang baik, maka tiada lah ruang untuk wanita yang leka untuk dibimbing semula ke arah jalan-Nya..

lalu si Teruna terdiam.. dalam mindanya mula memikirkan mengenai ideologi si Jejaka mengenai konsep 'keseimbangan'..

"kerana itu kita tidak harus bersama.. kerana kita adalah sesuatu yang sama.. lelaki tidak harus bersama dengan seorang lelaki.. kerana kita adalah sesuatu yang sama.. kerana lelaki itu adalah untuk wanita.." tiba-tiba si Jejaka berkata lagi..

namun si Teruna terus berkata,

"tapi aku mencintai dirimu.."

"tidak kah engkau takut dengan larangan-Nya? tidak kah engkau cinta pada diri-Nya?" tanya si Jejaka..

"adakah aku tidak mencintai diri-Nya hanya kerana aku juga mahu mencintai seorang manusia?"

pertanyaan dari si Teruna itu terus membuatkan si Jejaka terdiam.. saling berpandangan, mata bertemu mata, dari pandangan mata si Teruna itu dapat dipastikan oleh si Jejaka bahawa dia benar-benar serius dengan pertanyaannya itu..

"engkau sudah gila.." akhirnya si Jejaka berkata..

"aku tahu, hatimu juga punya perasaan yang sama padaku.. aku tahu.. engkau tidak boleh menipu.." kata si Teruna lagi..

terdiam lagi, akhirnya si Jejaka hanya mampu memalingkan pandangannya dari terus menatap mata si Teruna..






diari lama, kisah silam..

si Teruna adalah aku,
si Jejaka adalah Ihsan




aku mahu merasakan cinta..

biarpun sekali,

namun aku mahu merasakannya...








Unspeakable Love
Part 31 : The Arts








nantikan the full version Part 31 Unspeakable Love tak lama lagi..