Thursday 11 December 2014

The Vagabond - Part 1 -







Di pertengahan musim luruh, kota metropolitan Melbin dihiasi dedaunan perang mewarnai seluruh kota raya itu.. pada musim ini, di kota Melbin kebiasaanya keadaan lebih berangin berbanding musim-musim yang lainnya.. di lantai kota telah pun dipenuhi dedaunan yang layu.. keadaan berangin adakalanya menerbangkan daun-daun itu bersama suhu dingin angin yang menyejukkan.. hari semakin senja, aku berjalan berseorangan memerhatikan kota metropolitan itu yang masih lagi asing pada diriku.. baru dua minggu aku menetap di kota ini.. untuk hari-hari seterusnya, hidup aku akan mencipta lakaran kehidupan di bandar besar ini yang aku mula dekati.. selama 23 tahun umurku, dari kecil aku lahir dan membesar di luar Negara.. kini, keluarga aku telah berpindah ke kota Melbin, tempat kelahiran ayah aku setelah lama menetap di luar Negara.. ayah aku seorang pensyarah ekonomi yang sudah sekian lama menabur bakti berkongsi ilmu di sebuah universiti di kota Rokyo tempat aku membesar.. dan kini dia mahu kembali ke tanah air tercinta menabur bakti pada Negara kelahirannya.. maka kerana itu aku di sini, bersama ahli keluarga aku menjalani kehidupan baru di kota Melbin..

Aku memandang pada bangunan pencakar langit kota Melbin yang ternyata lebih padat dan tinggi jika dibandingkan dengan kota Rokyo, kota kelahiranku.. suasana di kota Melbin ternyata lebih sibuk dengan kehadiran orang ramai serta keadaan trafik yang lebih sesak dengan kenderaan.. cuba mengingati semula kenangan lama, seingat aku, ada tiga kali aku pernah datang ke kota ini ketika kami sekeluarga menetap di Rokyo.. itu pun ketika aku masih lagi berumur belasan tahun, muda remaja.. biarpun ayah aku berasal dari Melbin, namun memang begitu jarang sekali dia kembali ke tanah kelahirannya.. tapi aku tahu dalam hati ayah rindu akan kota ini.. dia sering berkongsi cerita tentang kisah-kisah hidupnya ketika membesar di kota Melbin.. dan sering kali juga dia berkata bahawa suatu hari nanti, kami sekeluarga akan berpindah ke kota ini, namun hanya menunggu waktu untuk dilaksanakan.. kata-kata ayah itu telah terlaksana, kini aku berada di kota ini yang begitu asing bagi diriku.. kota kelahiran ayah..

Berjalan berseorangan, aku melangkah tanpa arah tujuan yang tetap bekeliaran di pelusuk kota.. aku cuba membiasakan diri dengan keadaan kota ini.. di tangan kanan, aku memegang peta kota Melbin yang aku dapat secara percuma di Central Station.. dengan berpandukan peta ini, seumpama seorang pelancong aku berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.. menerokai satu tempat yang baru memang sudah menjadi satu kegemaran.. aku lebih suka berseorangan dan berjalan kaki ketika menerokai tempat yang asing bagi diriku.. di leher aku tergantung sebuah kamera rangefinder, Leica M9 yang aku gunakan untuk mengambil gambar apa-apa sahaja yang menarik perhatian aku.. kamera ini adalah antara harta paling berharga yang aku sayangi.. ianya adalah tinggalan daripada arwah datuk kesayangan aku yang hobinya suka mengambil gambar.. kegemarannya itu, diwarisi oleh aku.. dan kini, setelah dia meninggal dunia, kamera miliknya itu menjadi milik aku..

Angin dingin musim luruh mula bertiup.. pada saat itu, daun-daun pokok yang memayungi aku turut berguguran.. tubuhku mula mengigil sedikit membuatkan aku berpeluk tubuh.. lantas, aku mempercepatkan langkahku untuk pergi ke sebuah stesen monorail berdekatan untuk berlindung daripada tiupan angin yang dingin.. sampai sahaja di sana, aku mula berdiri di belakang dinding yang menjadi sebagai perisai menghadang angin.. pada masa yang sama, telefon bimbit dalam poket seluar aku mula bergetar.. ada satu panggilan diterima.. aku lihat, ianya daripada emak aku..

-          ‘Hello.. Haris kat mana?’ pertanyaan daripada emak aku..

-          ‘Haris masih lagi kat bandar.. jalan-jalan jap..’ balas aku

-          ‘seorang je? Hakim mana? Tak temankan?’

-          ‘ha ah.. seorang je.. abang Hakim ada kat rumah rasanya..’

-          ‘kenapa keluar seorang diri je ni? Bahaya! Haris bukannya biasa sangat dengan Melbin ni lagi..’

-          ‘sebab tak biasa tu lah nak kena biasakan.. Haris nak kenal tempat-tempat kat sini..’

-          ‘tapi, jalan seorang diri tu bahaya! kena ada yang temankan!’

-          ‘mak.. Haris dah besar lah mak.. pandai lah Haris nak jaga diri.. lagi pun Haris bukannya ada kenal sesiapa sangat kat sini.. kawan pun macam tak ada lagi.. tiada yang nak temankan..’

-          ‘sebab tu mak kata jangan jalan seorang diri.. kalau berlaku apa-apa nanti, susah.. Haris bukannya kenal sangat dengan tempat ni.. bila nak balik? Jangan balik lewat-lewat!
-          dah nak balik dah.. sekejap lagi balik lah..

setelah berbual dengan emak, aku membuat keputusan untuk meneruskan ‘penerokaan’ aku sebelum balik ke rumah sebelum pukul 11 malam.. niat aku untuk pergi ke satu kawasan yang digelar sebagai Haig Street.. berdasarkan peta yang aku miliki, tempat tersebut terkenal dengan pasar malam yang meriah di waktu malam.. mengunakan monorail, aku menunju ke stesen monorail berdekatan dengan Haig Street.. setibanya di sana, aku berjalan kaki lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke tempat yang dituju.. memang benar apa yang dikatakan pada peta panduan yang aku miliki.. keadaan di tempat itu memang cukup meriah sekali dengan kehadiran orang yang begitu ramai..

berjalan, aku meneroka tempat baru aku kenali itu sambil memerhatikan keadaan sekeliling yang penuh dengan peniaga gerai yang menjual pelbagai jenis jualan.. keadaan yang begitu sesak adakalanya memaksa aku untuk bersempit-sempit dengan tubuh manusia untuk mara maju ke hadapan.. ada sesuatu yang menarik perhatian aku.. di satu sudut, langkah aku mula terhenti tatkala aku melihat sekumpulan manusia seakan satu band muzik bebas dikelilingi oleh orang ramai yang memerhatikan mereka.. penghibur jalanan, itu lah yang boleh aku jelaskan.. terdiam, aku hanya memerhatikan mereka.. ada tiga orang kesemuanya.. seorang lelaki yang aku duga berusia dalam umur 25 tahun sedang menyanyi dengan suara merdu yang mengasyikkan.. dua orang lain pula sedang bermain gitar melengkapi alunan suara penyanyi jalanan itu.. mereka mendendangkan lagu-lagu popular yang membuatkan aku terpesona..

seketika, aku teringat akan kenangan aku ketika berada di Rokyo.. dulu aku pernah melakukan perkara yang sama, penghibur jalanan bersama-sama teman rapatku mendendangkan lagu kepada orang ramai secara terbuka.. aku sebagai pemain gitar mengiringi teman rapatku, Ikhwan yang bersuara medu sebagai penyanyi utama.. sesekali aku turut menemani sebagai penyayi latar.. teman-teman aku yang lain mengiringi Ikhwan dengan bermaian gitar serta keyboard.. ianya adalah aktiviti masa lapang yang biasa kami lakukan pada setiap hujung semester selepas tamat minggu peperiksaan ketika menuntut di universiti..

kekal memerhatikan, mata ku tertumpu pada pemuzik jalanan itu yang ternyata amat berbakat sekali.. telinga aku tekun menikmati alunan suara penyanyi lelaki itu yang ternyata memiliki vocal yang cukup bagus.. setiap rentak lagu.. setiap alunan muzik dari gitar yang dimain, semuanya aku nikmati dari hati.. terdiam, aku terus teruja memerhatikan gelagat penghibur jalanan itu..

selesai.. mereka akhirnya berhenti.. orang ramai yang terhibur dengan persembahan mereka mula menghulurkan wang lalu meletakkannya wang itu pada beg gitar yang  ada di atas jalan.. aku juga melakukan perkara yang sama, memberikan sedikit duit seikhlasnya sebagai tanda penghargaan kepada pemuzik jalanan itu.. aku, ternyata mula merindui akan kehidupanku di kota Rokyo yang telah aku tinggalkan.. mula aku ingati akan teman-temanku yang kini entah bila aku akan temui lagi.. pemuzik jalanan itu mula mendendangkan lagu yang baru, namun aku mula beredar dari tempat itu.. aku perhatikan di kawasan itu memang menjadi tempat popular bagi penghibur jalanan membuat persembahan.. selain daripada band muzik itu, ada penghibur jalanan lain seperti seorang budak perempuan kecil yang comel bermain viola yang cukup berbakat sekali sambil ditemani oleh ibunya di sisi.. pada sudut yang lain pula ada pelukis jalanan yang bersedia untuk melakar lukisan potret kepada yang meminta.. satu pemandangan yang aku sukai.. ternyata kota ini memiliki banyak seniman jalanan yang berbakat..

pukul 8.30 malam, aku baru sahaja selesai makan malam di sebuah gerai tepi jalan.. berseorangan, aku berjalan kaki dengan niat untuk pergi ke Central Station untuk pulang ke rumah.. berdasarkan peta yang aku miliki, jarak untuk pergi ke Central Station tidak lah begitu jauh lagi dari tempat aku berada sekarang.. aku hanya perlu melalui beberapa jalan sebelum aku tiba ke sana.. dalam masa itu, ingin aku nikmati permandangan keadaan di sekeliling yang masih lagi asing buat diriku..

dari satu jalan ke jalan yang lain, aku kini tiba di satu kawasan yang agak sunyi berbanding tempat yang lain.. tidak banyak kedai yang buka di kawasan itu biarpun dalam masa sekarang tidak lah terlalu lewat untuk kedai tutup daripada berniaga.. aku perhatikan di kawasan ini banyak kedai bengkel kenderaan yang telah pun tutup dari beroperasi.. hanya kelihatan beberapa orang yang lalu lalang di sekitar ku..

angin dingin musim luruh bertiup lagi.. aku mula mengigil sekejukkan.. sambil memeluk tubuh, aku mula mempercepatkan langkah aku kerana tidak selesa dengan tiupan angin sejuk, mencari tempat untuk berlindung.. angin bertiup lagi dengan tiupan agak kencang yang seolah-olah aku berada di tepi pantai.. dedaunan pokok mula berguguran.. dedaunan yang telah jatuh di jalan mula berterbangan berselerak dibawa tiupan angin.. aku mula berlari mencari perlindungan.. kini aku berdiri sudut yang terlindung daripada tiupan angin sejuk.. masih memeluk tubuh, aku hanya berdiri berdiam diri menunggu keadaan berangin itu akan berhenti..

sambil aku berdiri, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang bergesel pada bahagian kaki aku.. terkejut dengan sentuhan secara tiba-tiba itu, aku memandang ke bawah untuk memeriksa.. kelihatan seekor kucing yang menyandarkan tubuhnya pada kaki aku.. teruja melihat kehadiran kucing itu, aku mula mencakung lalu mengosok kepala kucing jinak yang bergesel tubuh pada kaki aku..

“hai..” kata aku sepatah..

Aku mula mengarukan jari pada bawah dagu kucing itu.. memerhatikan, kucing itu bewarna putih serta ada warna kelabu pada bahagian atas kepalanya.. keadaannya agak comot dan tidak terurus.. aku duga, ia pasti kucing jalanan yang tidak bertuan..

Kucing itu mula menyandarkan tubuhnya pada kaki aku..

“sejuk?” tanya aku..

Aku faham akan tingkah laku kucing itu.. ia pasti merasa kesejukan lalu menyandarkan tubuhnya padaku untuk mendapatkan sedikit haba.. aku angkat kucing itu, kemudian aku peluk ia pada tubuhku untuk memberikan sedikit kepanasan.. kucing itu ternyata menyukainya..

“pada musim macam ni memang sejuk lah kan.. belum musim sejuk lagi, pasti lagi dingin..” kataku pada kucing itu biarpun ia pasti tidak mengerti apa yang aku katakan..

Kucing itu tidak berbunyi.. ia seakan mula leka dalam pelukkanku.. tersenyum, aku hanya memandang kucing itu.. aku usap beberapa kali.. entah kenapa aku mula teringat akan kucing belaan aku dulu yang telah mati.. aku beri nama kucing aku itu si Puteh.. pada asalnya Puteh adalah kucing yang tidak aku tahu dari mana datangnya sedang berlindung di depan rumah aku di saat musim sejuk di Rokyo.. pada saat itu lah aku menemukannya.. kasihan melihat keadaan kucing ‘asing’ itu, lalu aku bawa ia masuk ke dalam rumah.. dari saat itu lah aku membela Puteh.. kucing comot pada asalnya mula bertukar menjadi kucing yang cukup sihat dan cantik yang cukup lincah.. Puteh sudah menjadi sebahagian daripada keluarga aku.. kedua ibu dan ayah aku pun suka akan kucing.. tapi malangnya, hayat kucing tidak panjang seperti manusia.. Puteh akhirnya pergi buat selama-lamanya pada tahun lepas kerana sakit tua..

Memerhati, mata aku hanya memandang kucing dalam pelukan aku itu yang seakan hampir terlena.. aku usap lembut tubuh kucing itu dan ia ternyata amat menyukainya..

“kau nak balik dengan aku tak?” bisik aku pada kucing itu.. “kau takde tuan kan? Nak aku bela kau?”

Entah kenapa tiba-tiba timbul niat aku untuk membela kucing yang baru aku temui itu..

“musim sejuk bakal tiba.. kalau dah musim sejuk nanti, mesti kau akan kesejukkan kat luar..” kata aku lagi..

Tersenyum, aku memandang kucing itu.. aku sudah memutuskan bahawa aku ingin membawanya pulang.. aku ingin membelanya.. kucing jalanan yang aku temukan, sama seperti Puteh dulu.. kasihan melihatnya yang kesejukkan, sama seperti ketika aku menjumpai Puteh dulu.. aku peluk kucing itu dengan kasih sayang, memberikan haba untuk memanaskannya.. nanti, aku akan bawa ia pulang ke rumah dijadikan binatang perliharaan aku yang baru..

Tiba-tiba, seakan mendengar sesuatu, kucing itu yang tadinya seakan terlena mula menoleh ke arah satu sudut.. dengan pantas, kucing itu terus melompat dari dakapan berlari meninggalkan aku..

Tergamam seketika, lantas aku mula bangun..

“nak lari ke mana tu?” lalu aku mula melangkah cuba untuk mengejar kucing tersebut..

Aku lihat ia berlari ke arah satu lorong, aku ikuti mengekorinya masuk ke lorong itu.. kucing itu berlari dengan pantas memaksa aku turut berlari sama.. aku kehairanan dengan kucing itu yang tiba-tiba lari dari aku.. ke mana ia mahu pergi? Apa yang telah menarik perhatiannya?

Mengekori dan terus mengekori.. dari satu lorong, ke satu lorong yang lain.. tanpa aku sedari, kini aku mula jauh dari tempat aku menjumpai kucing itu.. keadaan menjadi lebih gelap tanpa ada nya lampu-lampu jalan yang menerangi.. namun entah kenapa, aku gagah kan diri juga terus mengejar kucing tersebut..

Mengejar dan terus mengejar, sehingga lah kucing itu tiba-tiba  berhenti membuatkan aku dapat mengejarnya.. lalu dengan pantas aku mengambilnya.. aku peluk.. aku usap bulunya..

“dapat pun.. nak lari ke mana?” tanya aku walaupun aku tidak akan dapat jawapannya..

Aku mula memandang keadaan sekeliling yang agak gelap.. baru aku tersedar yang aku mengekori kucing itu sehingga jauh ke tempat ini.. sunyi.. keadaannya sekeliling di lorong itu agak kotor dengan sampah yang berteraburan..

“jom ikut aku balik.. aku nak bela kau..” kata aku sambil mataku meliar-liar memerhatikan keadaan sekeliling yang tidak terurus itu..

Hatiku mula tidak berasa selesa berada di tempat itu.. mahu aku meninggalkan tempat itu secepatnya.. memusingkan badan, namun tiba-tiba kedengaran satu jeritan suara yang memecahkan kesunyian dari belakang aku..

“nak bawa ke mana kucing itu!!” kata suara itu, kasar..

Terkejut, aku menoleh mencari arah datangnya suara.. kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang berpenampilan selekeh dan tidak terurus di depan mata aku.. telan liur, aku memandang lelaki itu..

“itu kucing aku!! Kau nak bawa ia ke mana?!” katanya lagi dengan nada yang kasar..

Terasa kecut perut bila ditengking kasar.. hatiku mula berdebar-debar..

“maaf..” kata aku perlahan.. “saya cuma pegang sahaja.. tak bawa ke mana-mana pun..” jawab aku perlahan-lahan dengan nada sedikit ketakutan..

Lalu aku mula melepaskan kucing itu dari pelukan, lantas entah kenapa aku mula berlari meninggalkan tempat itu secepatnya..

“hei!!” tengking lelaki itu lagi..

Aku terus berlari laju meninggalkan lelaki tersebut.. entah kenapa aku mula takut kepadanya.. aku tetap juga berlari dan terus berlari pantas.. dari satu lorong ke lorong lain.. mula meninggalkan tempat itu.. namun aku perasan yang diri aku turut dikejar oleh lelaki tersebut..

“hei!!” jerit lelaki tersebut yang jelas kedengaran..

Aku telan liur.. semakin hati aku berdebar-debar bila dia mengejar aku.. takut lelaki tersebut akan mengapa-apa kan aku.. dengan penampilannya sebegitu, berada di tempat yang gelap dan kotor membuatkan aku berfikir yang dia mungkin sahaja bukan orang-orang yang baik.. hati semakin cuak.. aku mempercepatkan lagi larian aku.. dalam kegelapan, berlari menuju mengikut kata hati aku.. sekali sekala aku cuba untuk memandang ke belakang sekiranya lelaki tersebut dapat menghampiri aku..

Namun, ketika aku menoleh ke belakang, di satu persimpangan tiba-tiba tubuh aku mula berlanggar dengan seseorang.. aku hampir rebah ekoran pelanggaran itu namun sempat aku mengimbangkan badan daripada terjatuh.. kamera Leica  M9 yang bergantung pada leher aku juga hampir melayang, namun mujur tali kamera memautnya kukuh pada leher aku.. kamera tersebut mula terhempas pada dada aku membuatkan aku mula menjerit kesakitan.. terus aku mula menjadi cuak sekiranya berlaku kerosakkan pada kamera Leica M9 kesayangan aku itu.. gelisah, aku terus memeriksa kamera itu..

“arghhh!!” kedengaran suara jeritan..

Tersedar akan jeritan itu, aku menolehkan wajah mencari arah suara itu.. dapat aku perhatikan seorang lelaki yang mula terduduk di satu sudut.. hati aku mula menjadi cuak melihat keadaan lelaki tersebut.. dengan serta-merta aku berlari mendekati lelaki tersebut yang telah aku langgar, khuatir jika dia mengalami kecederaan yang teruk..

“awak tak apa-apa?” tanya aku dengan hati yang gelisah.. aku memeriksa keadaan lelaki tersebut..

“beri aku duit!” tiba-tiba lelaki tersebut mula bersuara kasar..

Aku tergamam.. namun aku cuba memimpin dia untuk bangun..

“awak tak apa-apa? Maaf sebab saya terlanggar awak..” kata aku mula berasa serba salah..
“beri aku duit!” kata lelaki itu lagi..

“awak cedera ke? Biar saya bawa awak ke klinik.. jangan risau, saya akan bayarkan untuk awak nanti..” kata aku..

Namun lelaki tersebut mula bertindak kasar.. dia terus menolak aku sehingga membuatkan aku tersungkur.. kamera yang tersangkut pada leher aku mula terputus talinya membuatkannya ia terpelanting..

“aku nak duit!” kata lelaki tersebut mula berjalan mendekati aku..

Dalam gelap aku cuba memerhatikan wajah lelaki tersebut.. wajahnya kelihatan pucat dan cangkung.. penampilan yang tidak terurus dan tubuh yang berbau busuk.. badannya kurus, kelihatan dirinya tidak sihat.. ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya..

“aku nak duit..” katanya lagi..

Aku telan liur.. mula aku fahami bahawa lelaki tersebut bukan manusia normal yang biasa.. aku duga bahawa dia mungkin seorang penagih dadah.. dari segi penampilan tubuh dan wajahnya cukup aku kenali.. ini bukan kali pertama aku bertemu dengan penagih dadah.. sebelum ini, di Rokyo aku pernah melihat golongan penagih yang ada di kaki lima.. entah kenapa, hati aku mula berdegup kencang..

Lelaki tersebut terus mendekati aku… dengan pantas aku cuba mengambil dompet aku lalu mengeluarkan beberapa wang kertas..

“ini dia.. ambil lah..” kata aku, berharap lelaki tersebut mengambil duit tersebut lalu meninggalkan aku..

Dengan kasar lelaki itu mengambil wang dari tangan aku.. namun, ternyata ia tidak dapat memuaskan hatinya..

“aku nak lagi!” katanya kasar..

Mengeluarkan beberapa wang kertas lagi dari dalam dompet, aku menghulurkan padanya..

“nah.. ini sahaja yang aku ada..” kata aku dalam ketakutan..

Dia mengambilnya dengan serta-merta.. aku telan liur.. aku cuba bangun.. mata aku mula menjeling keadaan sekeliling cuba mencari peluang untuk melarikan diri sementara lelaki tersebut leka melihat wang yang aku berikan.. namun, mata aku terpandang pada kamera kesayangan aku itu yang telah tercampak pada satu sudut.. mula gelisah, aku segera mengambilnya.. hati aku cemas sekiranya telah berlaku kerosakkan pada kamera warisan datuk aku itu.. memeriksa, ternyata telah ada kesan calar pada badan kamera..

“aku nak itu!” tiba-tiba lelaki tersebut bersuara lagi..

Tergamam.. aku menoleh memandangnya.. jarinya sedang menunjuk pada kamera yang sedang aku pegang..

“beri aku yang itu!” tengking lelaki tersebut..

“tak boleh! Aku tak boleh serah kan yang ini..” balas aku..

“aku nak yang itu! Berikan kepada aku!” lelaki itu mula mendesak..

Lalu, dia terus menerkam aku cuba untuk merampas kamera yang aku genggam kuat pada tangan aku.. pergelutan mula berlaku.. dia masih berkeras mahu merampas kemera tersebut, namun aku cuba melawan agar kamera tersebut tidak diambil.. dalam pergelutan, secara tidak sengaja aku menolak lelaki tersebut sehingga membuatkannya jatuh tersungkur..

Melihat dirinya yang telah rebah, aku dengan pantas mengambil peluang ini cuba untuk melarikan diri.. namun, sedang aku menoleh ke arah bertentangan cuba untuk berlari pergi, secara tiba-tiba baju di bahagian belakang aku ditarik kasar.. ternyata lelaki tersebut sempat mengejar aku.. badan aku terundur ke belakang bila ditariknya.. mula berpaling tubuh mengarah pada lelaki tersebut, tiba-tiba ada satu tusukan tajam mula menikam pada bahagian perut aku.. mata aku terbeliak.. aku mula menjerit kesakitan akibat tikam pada bahagian perut.. memandang pada perut aku, tertikam sebilah pisau yang membuatkan darah mula mengalir dengan banyak pada perut aku..

“arghhhh!!” aku meraung kesakitan..

Lelaki penagih itu mula mengambil kamera yang telah terjatuh.. aku pula meronta kesakitan yang tidak terkata mula rebah di atas jalan..

“sakit!!!” raung aku lagi..

Lelaki penagih itu langsung tidak memperdulikan aku.. dia cukup puas akhirnya dapat merampas kamera milik aku itu.. di fikirannya mahu menjual saja kamera tersebut nanti.. aku pula mula menjadi lemah hanya mampu melihat lelaki tersebut yang tersenyum-senyum seorang diri.. penglihatan aku mula menjadi kabur..

“woi!!” tiba-tiba kedengaran satu suara jeritan..

Aku hanya mampu terbaring, namun aku jelas dapat mendengar suara jeritan itu.. lelaki penagih itu mula melarikan diri.. akan tetapi, dapat aku lihat akan satu susuk tubuh mula mengejar penagih itu.. di satu sudut, dapat aku perhatikan satu pergelutan mula berlaku setelah penagih itu dapat dikejar pantas oleh seorang lelaki lain..

Pandangan mata aku mula semakin kabur.. mata aku memandang pada pergelutan itu.. telinga aku mendengar bunyi yang ada.. semakin kabur.. tubuh semakin lemah.. darah semakin banyak mengalir dari tubuh.. untuk beberapa detik, akhirnya mata aku terpejam jua…


+         +          +


Terbangun.. mata aku memandang pada siling putih di atas aku.. cahaya lampu yang ada pada siling membuatkan mata aku terasa silau sedikit membuatkan aku mula memejamkan mata.. terasa sedikit pada bahagian mata.. masih tidak terbiasa dengan sinaran lampu, namun untuk kali kedua, aku membuka mata aku sekali lagi.. kali ini tidak aku tumpu kan pandangan aku terus pada lampu yang bercahaya.. aku mula memandang keadaan di sekiling aku.. di sebelah kanan aku kelihatan susuk tubuh seorang wanita yang sedang terlena duduk di sebuah kerusi.. cukup aku kenali dirinya.. dia adalah emak aku.. mula memandang ke bahagian kiri pula adanya tingkap yang tertutup rapat.. di hadapan aku ada kaca televisyen yang sedang terpasang.. sambil terbaring di atas katil, aku mula memerhatikan tubuh aku yang kini sedang memakai pakaian yang berwarna putih.. aku mula sedar yang aku sedang berada di dalam sebuah hospital.. fikiran aku mula menjadi runsing memikirkan bagaimana aku boleh berada di sini..

Mula membangunkan tubuh sedikit daripada terus berbaring, namun tiba-tiba mula terasa sakit di bahagian perut.. aku mengerang seketika.. cuba untuk menahan kesakitan.. aku membaringkan tubuhku semula di atas katil membatalkan hasrat untuk bangun.. rasa sakit di bahagian perut itu masih terasa.. tangan aku cuba meramas bahagian itu.. baru aku sedar yang tubuhku telah dibaluti kain membaluti luka pada perutku.. terbaring, aku hanya mendiamkan diri cuba untuk mengingati semula tentang apa yang telah berlaku.. bagaimana perut aku boleh mendapat luka.. bagaimana aku boleh terlantar di hospital ini.. minda aku cuba mengimbas semula..

Mula terbayang akan satu pergelutan dua orang manusia.. bayangan itu kabur.. aku tidak dapat memikirkan dengan jelas tentang bagaimana pergelutan itu berlaku.. aku mula menggelengkan kepala.. cuba untuk mengingati lagi apa yang telah terjadi.. namun permikiran aku masih tetap kabur..

“Haris?” kedengaran satu suara..

Aku menoleh.. emak aku rupa-rupanya telah tersedar dari tidurnya..

Dengan serta-merta emak memeluk aku.. dikucupnya pipi aku berulang kali..

“kau sedar juga akhirnya..” kata emak..

Aku hanya terdiam.. cuba untuk tersenyum memandang dirinya..


+         +         +


Seminggu berlalu.. aku masih lagi berada di dalam wad hospital.. keadaan diriku mula beransur pulih namun masih boleh terasa sakit pada bahagian perut aku.. dalam tempoh aku mula beransur sembuh, emak aku mula memarahi aku kerana tidak mengikut nasihatnya agar jangan suka berjalan berseorangan.. dia menasihatkan aku agar jangan pergi ke tempat-tempat yang tidak ramai orang.. kawasan seperti itu boleh berlaku apa-apa sahaja.. lalu dia mengingatkan aku lagi tentang apa yang pernah berlaku semasa kami tinggal di Rokyo.. sebenarnya, ini bukan kali pertama aku bertembung dengan penagih dadah yang mengugut untuk meminta wang, tapi semasa di Rokyo juga pernah berlaku perkara yang hampir sama.. pada waktu itu, aku berusia 19 tahun.. dikejar oleh seorang penagih ketika aku melalui satu lorong sunyi, namun mujur aku sempat melarikan diri.. emak aku berkata yang aku patut ambil iktibar akan apa yang telah terjadi sebelum ini.. tersenyum, aku hanya menggangukkan kepala tanda aku akan dengar kata-katanya itu..

Setelah beberapa hari cuba mengingati semula tentang apa yang telah berlaku, akhirnya aku mula dapat membayangkan semula kejadian yang telah terjadi.. di saat aku berlari sehingga berlanggar dengan seseorang, lalu orang itu mengugut aku untuk diberikan wang.. cubaan aku untuk melarikan diri, kemudian aku ditarik mendapat tikaman di bahagian perut.. semuanya mula dapat aku ingati semula.. malah, aku juga mengingati apa yang terjadi selepas itu.. ketika aku mengerang kesakitan di atas jalan, masih aku ingat akan datang seorang pemuda.. pegelutan mula berlaku di antara pemuda itu dengan penagih yang menikam aku.. bayangan itu kabur, namun aku percaya mata aku menyaksikan apa yang telah berlaku sebelum aku mula pengsan tidak menyedarkan diri.. ada sesuatu perkara mengenai pemuda itu membuatkan aku seakan pernah jumpa dengan dia.. pakaian yang dipakainya.. rupa parasnya.. dan suara.. ianya seakan pernah aku kenali untuk beberapa detik sebelum pergelutan itu berlaku.. aku rasa yang aku mengenalinya untuk beberapa detik sebelum itu.. dia lah pemuda yang menengking aku ketika aku mahu membawa balik seekor kucing jalanan yang aku jumpa.. tidak salah lagi, dia lah orangnya..

Terdiam, aku hanya membisu sambil terbaring di atas katil..

Pada saat ini, aku sedang berseorang di dalam wad.. ada perkara lain yang membuatkan aku berfikir.. entah kenapa aku mula terfikirkan akan pemuda itu.. aku percaya bahawa dia lah menyelamatkan aku.. dalam masa yang sama aku mula berasa bersalah.. sebenarnya aku melarikan diri darinya kerana aku takut bahawa dia bukan lah orang yang baik.. penampilannya yang tidak terurus ketika pertama kali mata melihat, membuatkan aku jadi cemas.. kenangan lama ketika dikejar penagih sewaktu di Rokyo dulu membuatkan aku agak trauma dengan orang.. aku lari kerana aku takut jika orang yang tidak baik.. namun dia pemuda yang menyelamatkan nyawa aku.. hati aku percaya, dia lah orangnya.. mata aku.. ingatan aku.. telinga aku.. semuanya begitu tajam untuk mengingati pemuda itu..

Sedang aku mengelamun berfikir, datang masuk seorang jururawat wanita mahu memeriksa keadaan diri aku.. membiarkan dia memeriksa tubuhku, aku jawab segal pertanyaan yang dilontarkan oleh jururawat itu.. kemudian dia merekodkan satu catatan di dalam satu kertas.. setelah dia melakukan kesemuanya, jururawat itu meminta izin untuk pergi.. namun sebaik sahaja dia menolehkan tubuhnya bertentangan dari aku, dengan serta merta aku menahannya untuk berhenti seketika..

Aku bertanya, “saya nak tahu bagaimana saya boleh berada di hospital ini? Kalau cik tahu sesuatu tentang perkara ni..”

Jururawat itu mula membalas.. “encik dibawa ke bilik kecemasan.. ada panggilan kecemasan diterima.. lalu encik dikejarkan ke sini dengan menaiki ambulans..”

“tapi, bagaimana panggilan kecemasan boleh dibuat? Siapa yang buat panggilan itu?” tanya aku..

“hurmm… kalau yang itu saya kurang pasti.. siapa yang buat panggilan saya kurang pasti.. maaf.. tapi saya boleh tanyakan pada unit kecemasan.. rasanya mereka mesti tahu sesuatu tentang perkara ini..” balas jururawat itu lagi..

“owh.. okay.. saya cuma terfikirkan tentang seseorang.. saya terbayangkan seorang lelaki.. saya rasa dia lah yang selamatkan saya.. dan dia juga mungkin yang membuat panggilan kecemasan itu.. saya tertanya-tanya kalau saya boleh tahu apa-apa mengenai lelaki tersebut..” tanya aku lagi..

“lelaki? Oh ya! Baru saya teringat sesuatu.. sewaktu encik dikejarkan ke hospital, memang ada seorang lelaki yang datang sama.. tapi setelah encik dibawa ke dalam bilik kecemasan saya dah tak terserempak lagi dengan lelaki itu.. tapi saya boleh tanyakan sebarang info pada pihak hospital jika mereka boleh tahu akan maklumat mengenai lelaki tersebut..”

“terima kasih.. saya berharap sangat untuk berjumpa dengan lelaki tersebut..” kata aku..


+        +         +


Musim sejuk mula bermula.. aku telah cukup sembuh untuk dibenarkan pulang ke rumah.. namun di badan aku masih lagi berbalut kain yang melilit luka pada perut aku.. tapi secara keseluruhannya, aku sudah sembuh sedikit biarpun boleh terasa sakit sedikit jika aku berlaku pergerakkan yang banyak di perut aku.. emak aku meminta aku untuk terus berehat di rumah sehingga sembuh sepenuhnya, ditambah lagi pada musim sejuk begini.. tapi aku berkeras mahu untuk bersiar-siar di luar.. alasan aku kata aku sudah cukup dengan kebosanan hanya terlantar berbaring di atas katil sahaja.. aku mahu menghirup udara segar di luar.. sebagai anak bongsu yang degil, nasihatnya tidak aku patuhi.. aku masih juga mahu keluar bersendirian biarpun emak meminta agar aku ditemani oleh abang aku, Hakim..

Pada saat ini, aku sedang berada di tengah-tengah kota Melbin bersendirian.. cuaca sejuk pada musim sejuk membuatkan orang ramai kurang kelihatan berada di luar biar pun pada waktu siang pada saat ini.. rata-rata orang mahu memanaskan badan mereka dengan berada di dalam bangunan.. musim sejuk di kota Melbin tidak bersalji, namun masih cukup sejuk untuk sesetengah orang yang tidak tahan sejuk.. salji hanya turun dipergunungan.. suasana agak muram sedikit dengan langit yang sentiasa mendung.. hari yang tidak begitu ceria.. biar pun jam tengah menunjukkan pukul 12 tengah hari, tapi suasana agak mendung..

Berseorangan, aku pergi ke satu jalan ke satu jalan yang lain.. cuba aku ingati tentang satu kawasan yang aku pernah kunjungi dahulu.. ada memori yang aku mahu ingati semula.. hati aku kuat berkata untuk pergi ke tempat itu kembali biar pun satu tragedi telah berlaku padaku di kawasan itu.. kini, aku tiba di satu lorong yang sunyi.. di kawasan ini lah semuanya berlaku.. terdiam, aku hanya memandang keadaan di sekeliling.. suasana siang membuatkan kawasan itu nampak berbeza jika dibanding dengan waktu malam.. pada waktu siang, ianya hanya seakan satu lorong biasa yang kosong.. namun pada waktu malam, keadaannya mungkin membuatkan sesetengah berasa tidak selesa untuk berada di situ..

Aku meneruskan langkah aku menuju ke lorong yang lain.. cuba aku ingati semula kawasan di mana aku berjumpa dengan pemuda yang menyelamatkan aku itu.. fikiran aku runsing sedikit untuk mencari kawasan itu kerana seingat aku, pada malam tersebut aku lari sekuat-kuat hati meninggalkan dirinya sebelum aku bertembung dengan seorang penagih dadah.. maka, aku tidak dapat ingati dengan baik setiap jalan yang aku lalui..

Entah kenapa selepas apa yang telah berlaku, dalam minda aku mula terbayang-bayangkan akan pemuda itu.. dalam memori, aku hanya dapat berjumpa dengan dirinya hanya untuk beberapa detik, namun ingatan aku kuat untuk mengingati dirinya.. wajahnya.. tubuh.. suara.. entah kenapa minda aku tidak dapat melupakannya.. usaha aku untuk mendapat tahu tentang lelaki itu ketika di hospital ternyata sia-sia bila pihak hospital mengatakan mereka tidak dapat sebarang info mengenai lelaki itu.. siapa namanya.. di mana dia berada.. tiada siapa yang tahu.. namun yang pasti memang ada seorang lelaki yang membuat panggilan kecemasan menggunakan telefon bimbit aku dan lelaki itu turut mengiringi aku sewaktu aku dihantar ke hospital.. namun, setelah aku dibawa masuk ke dalam bilik kecemasan, tiada siapa yang tahu ke mana lelaki itu mula pergi.. dia hilang begitu sahaja..

Mengeluh.. aku kecewa kerana gagal mendapatkan sebarang info mengenai pemuda itu.. aku datang ke kawasan ini semula dengan harapan jika aku boleh bertemu dengan dirinya lagi.. aku tidak tahu ke mana aku boleh mencari dirinya.. hanya di tempat ini lah detik pertemuan itu bermula.. dan kerana itu aku berharap agar aku menemuinya dirinya lagi.. walaupun ianya agak mustahil.. dia boleh sahaja pergi ke mana-mana di tempat lain.. tapi aku terus berharap agar dapat bertemu dengannya lagi..

Entah mengapa hati aku kuat untuk bertentang mata dengan pemuda itu.. minda aku asyik terbayangkan dirinya.. tapi otak aku hilang akal untuk mencari di mana dia berada.. mungkin sahaja itu adalah detik terakhir aku bertemu dengan nya.. kota ini terlalu besar.. dia boleh sahaja pergi ke mana-mana, pergi dan datang meninggalkan kota ini..

Akhirnya, bila menjelang senja, aku mula beredar dari tempat itu.. musim sejuk yang siangnya begitu singkat membuatkan hari menjadi gelap dengan lebih pantas.. jam masih sahaja menunjukkan waktu 3 petang, namun suasana langit sudah mula keperangan.. aku bergerak semula pergi ke pusat kota mahu menghabiskan sisa hari bersiar-siar di sana..

Setibanya di pusat kota, aku mula berjalan tanpa arah tujuan yang tetap.. mata aku hanya memerhatikan keadaan sekeliling.. minda aku cuba mengingati segala apa yang aku perhatikan.. bangunan yang ada.. nama jalan.. arca yang ada di jalanan.. semuanya membuatkan aku mula mengingati semula dengan tempat-tempat yang aku pernah lintasi.. aku adalah seorang ‘visual thinker’ yang muda ingat dengan melihat sesuatu.. biar pun aku baru sahaja menetap di kota Melbin ini, aku sudah mula dapat menghafal selok belok kawasan di sekitar itu melalui pemerhatian.. aku mudah ingat sesuatu jalan dengan melihat sesuatu imej.. bangunan yang aku lihat, papan tanda yang ada dijalanan, membuatkan aku mudah ingat bagaimana untuk pergi ke satu kawasan itu..

Hari semakin malam.. kini aku berada di Haig Street.. keadaan di tempat ini tidak lagi semeriah seperti sebelumnya.. sangat kurang peniaga yang beniaga di pasar di kawasan itu.. ianya cukup difahami.. keadaan dingin musim sejuk membuatkan sesetengah orang tidak berasa selesa untuk terus berada di luar secara terbuka.. namun, biarpun begitu, aku masih lagi menyukai kawasan ini.. biarpun tidak semeriah seperti sebelumnya, tapi keadaan kawasan itu yang dipenuhi oleh lampu-lampu neon masih mampu menceriakan sesuasana.. seakan sedang berpesta, keadaan ditempat itu diterangi oleh lampu neon yang pelbagai.. keadaan yang kurang sesak dengan orang ramai membuatkan aku berasa lebih selesa untuk terus berada di tempat itu.. Haig Street sudah menjadi antara tempat kegemaran aku di kota Melbin.. ianya bagi aku adalah kawasan yang penuh dengan kesenian.. di kawasan ini terletaknya juga National Art Gallery dan juga National Theater of Melbin.. ianya adalah kawasan untuk para seniman.. di dinding bangunan juga dihiasi oleh gravity yang pelbagai warna..

Sedang aku duduk memerhatikan keadaan di sekeliling, tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian aku.. ada seekor kucing di satu sudut.. lantas aku terus bangun mula menuju ke arah kucing itu.. aku mendekati kucing tersebut dan memanggilnya.. ternyata kucing tersebut seekor kucing yang jinak dan mesra mula mendekati aku yang memanggilnya.. ia kucing tersebut mengeselkan tubuhnya di kaki aku.. ianya adalah seekor kucing yang agak comot.. entah kenapa aku mula terkejut bila melihat kucing tersebut.. dahi aku berkerut, lalu aku mula mengcangkung untuk mengosok kucing tersebut.. aku mula memerhatikan tubuh kucing itu.. ia adalah seekor kucing yang berwarna putih da nada warna kelabu di bahagian kepalanya.. entah kenapa ia membuatkan aku teringat akan sesuatu.. seakan kucing itu pernah aku temui..

“apasal aku macam familiar dengan kau?” bisik aku pada kucing tersebut..

Kucing itu hanya terus mengeselkan tubuhnya pada kaki aku.. lalu aku angkat ia.. aku gosok.. aku peluk.. kucing itu mula mengiaw..

“bunyi kau pun macam aku pernah dengar.. aku ada telinga yang tajam.. aku suka muzik.. aku boleh ingat bunyi dengan baik..” bisik aku lagi walaupun kucing itu tidak akan pernah mengerti..

Aku gosok dan terus membelai kucing tersebut.. memori aku mula mengimbas semula.. cuba untuk memastikan sesuatu..

“bukan, kau kucing yang aku jumpa tempoh malam itu ke?” aku ingat, memang tak salah lagi kucing itu lah yang aku jumpa.. warna bulu.. bunyi dan tubuhnya.. aku cukup kenali..

“memang betul lah kau kucing tu.. tapi macam mana kau boleh berada jauh sampai ke sini?” tanya aku pada kucing itu.. “melainkan ada yang bawa kau ke sini…”

Secara tiba-tiba hati aku mula berdebar-debar…

“mungkin kah??!”

Aku terus bangun.. mata aku mula memandang sekeliling kiri dan kanan.. aku mula mencari sesuatu.. jantung aku mula berdegup dengan lebih kencang.. namun tiada sesiapa yang menarik perhatian aku ada di sekeliling aku.. lalu aku memandang semula ke arah kucing itu lagi..

“tuan kau mana?” tanya aku biar pun kucing itu tidak akan pernah menjawab..

Kucing itu berterusan mengeselkan tubuhnya pada kaki aku meminta untuk dibelai.. entah kenapa hati aku mula berbunga-bunga..

“tuan kau mana? Tunjukkan aku! Bawa aku jumpa tuan kau!” aku mula teruja..

Seakan mengerti, lalu kucing tersebut mula berlari ke arah satu tempat.. jantung aku berdegup dengan lebih kencang lagi.. aku mula mengekori kucing tersebut.. berlari dan terus mengikuti.. jatung terus berdegup degup dengan lebih pantas..

Mengekori, dan terus mengekori.. sehingga pada satu saat, langkah aku mula terhenti..

Mula kedengaran satu bunyi petikan gitar.. satu muzik mula dimainkan..

Aku kaku dan terus kaku..

Seorang pemuzik jalanan di hadapan aku sedang mula bermain dengan gitar.. dari satu alunan muzik ke satu rentak yang lain.. kemudian, pemain gitar itu mula bernyanyi..


Tak pernah aku.. terfikirkannya..
Kerana kamu.. dalam hidupku..


Satu nyayian dari pemuda itu.. suara serak basah..

Aku terdiam.. hanya menikmati nyanyian darinya itu.. memejamkan mata.. bibirku mula tersenyum..

Memandang pemuzik jalanan itu, aku hanya memandang dirinya dari jauh.. dirinya cukup aku kenali.. tidak salah lagi.. dia lah orangnya.. orang yang aku cari-cari, kini ada di hadapan mata..








bersambung...





# sorry sebab lambat update.. sepatutnya dah update minggu lepas.. tapi aku pergi Brunei then Miri pula waktu itu.. takde kesempatan sangat untuk tulis dan update.. apa-apa pun ini adalah cerpen kedua aku selepas The Secret Admirer.. aku jangka hanya akan ada tiga parts cerita sahaja untuk cerpen ini.. 

Monday 1 December 2014

Cerpen PLU Baru - The Vagabond







Kisah perkenalan antara Haris dengan seorang lelaki 'homeless' yang dipanggilnya sebagai 'Tanpa Nama'.. pertemuan yang tidak dirancang di mana si 'Tanpa Nama' menjadi pewira yang menyelamatkan Haris.. dari saat itu mula wujud keinginan Haris untuk mendekati orang yang telah menyelamatkan nyawanya itu.. namun, si 'Tanpa Nama' bukan lah seorang yang senang untuk didekati.. ditambah lagi si 'Tanpa Nama' seorang yang begitu berahsia.. usaha Haris untuk mendekati si 'Tanpa Nama' atas alasan untuk berkawan dengannya, namun dalam diam Haris tidak menyedari bahawa hatinya telah pun terpaut pada 'penyelamat' nya itu.. 





akan datang....



a short story, The Vagabond...












# selepas cerpen The Secret Admirer, tiba-tiba aku teringin nak buat satu lagi cerpen yang baru.. mungkin ada yang tak puas hati kenapa aku tiba-tiba nak tulis cerpen yang baru, kenapa tak sambung citer Unspeakable Love saje.. jawapan aku, tak tahu.. tiba-tiba terfikir nak tulis cerpen.. hahahaha... cerpen ni sebenarnya aku dapat ilham ketika aku dalam perjalanan balik ke Malaysia dari Melbourne then singgah KL.. apa yang aku perhatikan semasa tempoh balik itu membuatkan aku dapat ilham terbaru untuk tulis satu cerita.. so, sama ada orang nak terima or tak terima cerita ini, apa-apa pun nantikan kemunculan terbaru cerpen PLU daripada aku.. harap, cerpen ni mendapat respons yang positif seperti cerpen The Secret Admirer.. memang ramai yang suka dengan cerpen The Secret Admirer tu.. so, kali ini aku sajikan cerpen terbaru yang berjudul 'The Vagabond'..

Wednesday 26 November 2014

Sesi Berjumpa Dengan Readers (Part 2)








Perjumpaan Kelima

Dia ni orang yang paling muda yang jumpa dengan aku.. Umur 20.. so, disebabkan dia lagi muda, jadi aku takde lah rasa segan sangat pun kalau nak jumpa.. perjumpaan kat Avanue K sebelah KLCC, but then lepas tu jalan-jalan memang kat area kat KLCC tu lah.. jumpa dalam jam 6.00 petang rasanya lepas dia habis kelas.. first jumpa tu dia macam Nampak segan-segan sikit.. lepas beberapa perbualan time kita orang makan, baru aku tahu yang actually aku ni adalah orang yang pertama dia pergi jumpa.. maksud aku macam orang yang kita tak kenal sangat yang jumpa kat internet.. so, dia kata asalnya dia pun berbelah bagi sama ada nak jumpa aku ke tak.. aku faham je lah, kalau untuk first time ni, memang feeling macam doubt sikit.. so, aku ada cakap kat dia, usually aku mudah nak ingat dengan ‘orang pertama’ dalam hidup aku.. first time aku jumpa dengan kenalan internet (dari PR) adalah pada 2011.. and aku still ingat dia sampai ke saat ini.. kadang-kadang aku ada skodeng juga profile mamat yang first keluar dengan aku tu kat FB.. sebab dia orang pertama keluar dengan aku, so aku memang akan ingat selalu..

So, seperti biasa, untuk membuatkan masing-masing berasa selesa untuk perjumpaan kali pertama, antara langkah awal adalah lepak di tempat makan.. aku ada cakap kat dia, based on experienced aku, perkara yang paling awkward time jumpa orang ni adalah bila jumpa orang soalan pertama adalah ‘okay, nak pergi ke mana?’ benda ni memang awkward sangat-sangat sebab kita plan nak jumpa orang tu, but actually kita tak tahu nak pergi ke mana.. so, cara terbaik adalah ajak orang tu lepak kat tempat makan untuk berbual dulu.. untuk hilangkan rasa awkward semua..

Kita orang borak banyak benda time kat food court.. but then perbualan tu mula menjadi ‘deeper’ bila aku ajak dia berborak kat taman KLCC.. kat sana kita orang borak pasal ‘soal hati dan perasaan’.. pasal feeling dia kat orang yang dia suka.. dia pernah tanya aku nak minta nasihat macam mana nak hilangkan perasaan macam jeles ke apa, perasaan untuk merelakan orang tu, Cuma berharapkan kebahagiaan orang tu tanpa menjalinkan apa-apa hubungan kapel semua.. aku cakap kat dia, actually banyak juga orang minta nasihat dari aku pasal ‘soal hati dan perasaan’ ni but kadang-kadang aku rasa aku tak layak untuk cakap sebab aku sendiri pun tak pernah bercinta.. but aku cakap kat dia kalau ikut keadaan aku sekarang, bagaimana feeling aku kat orang yang aku suka, sampai sekarang ni aku tak boleh nak kata sama ada aku jatuh cinta kat dia or tak.. so, aku tak tahu lah feeling dia kat orang tu macam mana, but for me kita kena pasti kan betul-betul feeling tu macam mana dulu..

Mostly topic perbualan kita orang time tu adalah mengenai topic ‘hati dan perasaan’ ni lah.. entah kenapa aku terfeeling macam orang yang lebih berpengalaman then kongsi cerita, nasihat semua pada yang lebih muda.. maybe aku lebih berusia, and experienced lagi banyak benda banding dengan dia.. lagi pun based on apa yang aku perhatikan dia ni masih lagi ‘inesen’ dalam banyak perkara.. for me maybe disebabkan factor family background semya yang sedikit sebanyak mempengaruhi dirinya.. dia curious pasal macam mana PLU kat Malaysia ni macam boleh kenal antara satu sama lain.. then aku cakap lah, ‘ada je caranya, but kau je (yang still inesen) yang tak tahu caranya..
Dia ada tunjuk gambar lelaki yang dia suka tu kat aku.. bila aku tengok gambar tu, aku cakap kat dia orang yang dia suka tu macam aku sedikit.. maybe sebab kening tebal, terasa macam ada persamaan dengan aku.. antara reason kenapa aku aku suka nak berambut panjang dan rambut depan menutup dahi disebabkan aku macam ala-ala nak cover sikit my kening yang tebal tu.. aku takde lah kata tak suka dengan kening tebal aku tu.. suka je sebenarnya.. but kadang-kadang bila kening tebal ni, kening tu macam jadi ‘fokus’ kat muka.. so, aku macam nak seimbangkan kening yang tebal tu dengan rambut..




Perjumpaan Keenam

Jumpa pada waktu malam.. asalnya aku cakap macam ni, aku kalau malam tak boleh nak balik lewat sangat.. sebab kata kawan aku, bus untuk masuk UIA (tempat aku curi-curi tinggal) takkan masuk ke dalam UIA kalau lewat sangat.. then, berlaku lah kelewatan komunikasi sebab dia tertinggal telefon kat rumah semasa sedang bekerja.. aku time tu ada kat Mid Valley.. so, bila dia tak balas apa-apa mesej aku, jadi mula curious sama ada perjumpaan ni akan jadi ke tak.. tambahan lagi masa mula semakin gelap.. and aku pun tak boleh nak balik lewat sangat.. but then lepas tu baru dapat mesej dia.. dia kata telefon tertinggal semua.. aku takde lah marah pun.. walaupun balas lewat sikit..but aku cakap je lah kat dia, aku tak boleh balik lewat sangat.. then, dia cakap, takpe, nanti dia boleh hantar masuk ke UIA semua.. so, dah settle satu masalah, lalu aku tunggu dia untuk jemput aku kat Mid Valley..

Pasal naik kereta ni sebenarnya macam aku tengah lari daripada antara ‘peraturan aku’ bila nak jumpa strangers.. antara peraturan tu adalah ‘elakkan diri daripada memasuki/menaiki kenderaan strangers yang kita baru kenal buat pertama kali..’ reason kenapa aku kata jangan naik kenderaan orang yang kita tak kenal sangat ni adalah kerana once kita naik kereta/motor orang, kita sudah berada di bawah kawalan orang tu.. orang tu yang akan decide ke mana dia nak bawa pergi semua.. kalau dia kata nak pergi KLCC, but suddenly pergi tempat lain, kena tipu semua or berhenti kat tepi jalan, semuanya bergantung pada pemandu kenderaan tu.. dia yang akan control kita once kita dah tumpang.. benda ni sebenarnya based on my experienced aku sewaktu aku still umur 19 tahun kat Putrajaya.. ada benda yang terjadi, yang membuatkan aku mula belajar satu perkara iaitu ‘elakkan diri daripada menaiki kenderaan orang yang kita tak kenal sangat lagi’.. but pada malam tu, aku naik je kereta reader aku.. maybe sebab aku percaya kat dia kot.. aku percaya readers yang nak jumpa aku adalah atas niat yang baik-baik je nak jumpa..

So, dia bawa aku pergi makan kat satu tempat yang aku still tak pernah pergi lagi.. yang bestnya dia belanja aku makan.. dapat juga jimat duit sikit.. hehehe.. orangnya lagi dewasa banding aku.. beza umur dalam 6 tahun.. aku guna word ‘kau-aku’ dengan dia.. but dia pula guna word ‘I-you’ dengan aku.. actually ni macam first time juga aku berbual panjang dengan orang yang guna word ‘I-You’.. but lepas aku jumpa dia, aku curious pula kalau aku macam ‘rude’ di mata dia sebab guna ‘kau-aku’ dengan dia.. sebab memang ada yang tak ambil kisah pasal benda ni, but I know ada yang akan ambil kisah.. but setakat ni aku jumpa dengan readers lain aku dah terbiasa guna ‘kau-aku’ walaupun ada yang jauh dewasa banding aku.. and dorang pun macam tak kisah pun.. aku ni memang prefer guna ‘’kau-aku’ je, but at the same time aku tak nak kelihatan rude pada sesetengah orang..

Mostly topic perbualan kita orang time tu adalah berkenaan tentang travel-travel semua dan juga dunia pekerjaan.. dia yang aku perasan memang macam agak kerap juga travel.. kadang-kadang tu aku terperasan juga gambar-gambar dia travel kat my FB.. then kita orang bertukar-tukar hadiah bila dia beri aku barangan yang dia beli waktu travel yang terkini, then aku pun beri hadiah yang aku beli dari Australia kat dia.. dia tanya aku kalau nak gi Australia perlu Visa ke?  Then aku cakap, setahu aku orang Malaysia tak perlukan Visa kalau nak gi Australia.. rasanya dalam 30 hari pengecualian Visa untuk yang datang Australia kalau datang sekadar untuk melancong.. but topic dunia pekerjaan pula aku dapat tahu yang dia asalnya budak architecture juga macam aku, but sekarang ni  dia kerja benda lain pula yang langsung takde kena mengena dengan architecture.. lalu aku tanya lah bagaimana dia boleh tukar pekerjaan walaupun tanpa memiliki another sijil Degree semua.. then dia tanya aku pasal ‘Abang Long Muscle’ yang aku ada cerita dalam blog.. then aku pun curious apasal banyak orang nak tahu pasal abang long tu? Bukan dia je, but ada juga readers lain yang tanyakan pasal hal ni..




Perjumpaan Ketujuh

Pagi sebelum aku jumpa dengan the next reader, kawan aku tanya “hari ni nak ke mana pula?” then aku balas, plannya nak pergi ke Istana Negara yang lama.. dengar cerita Istana Lama tu dah dijadikan muzium.. so, semalamnya aku ada google sikit pasal Istana Negara lama ni.. betul ke tak dah dijadikan muzium.. then paginya tu aku ada google juga tentang cara-cara nak pergi ke sana (dengan jalan kaki)… tapi time aku google tu macam takde exactly cara yang bagus dan mudah untuk pergi ke Istana Negara lama tu dengan jalan kaki melainkan pergi dengan kenderaan.. based on apa yang aku google, kalau nak jalan kaki ke sana harus stop kat monorail stesen Tun Sabamtham.. then jalan kaki kena melintasi lebuhraya.. plan asalnya nak pergi ke Istana Negara lama tu ajak the next reader sekali pergi sana berjalan kaki.. but then aku fikir, “tak semua orang berfikiran seperti aku..” aku ni memang suka nak pilih ‘jalan susah’.. kalau yang kenal aku, kalau nak pergi ke satu tempat, aku memang suka berjalan kaki kalau bab travel ni semua.. kalau tempat tu orang rasa jauh, but usually bagi aku terasa dekat je.. sebab aku ni kaki ‘bertenaga’ sangat untuk berjalan-jalan.. time kat Melbourne, jalan-jalan aku mana ader guna Tram semua.. memang jalan kaki terus.. jauh-jauh but still tak kisah jalan kaki.. so, disebabkan ‘tak semua orang berfikir seperti aku..’ jadi aku putuskan tak payah lah kot ‘menyusahkan’ orang lain untuk ikut cara aku nak pergi jalan kaki ke Istana Negara yang aku sendiri pun tak sure sangat nak pergi ke sana macam mana.. bab-bab nak cari jalan ni aku memang minat lah.. ditambah lagi cuaca panas Malaysia, orang lain memang tak sanggup kot, but aku boleh je.. kebetulan pada pagi tu aku dapat tahu ada carnival buku kat KLCC.. so, aku decided untuk pergi KLCC je lah.. banyak tempat duduk, boleh borak-borak dengan the next reader..

Jumpa dengan dia kat KLCC.. dia kata dia pakai baju yang sama dalam profile picture FB nya.. so, aku datang cari lah.. terserempak dengan orang berpakaian yang seakan sama dari jauh.. but then aku lintasi je orang tu.. lepas tu dari jauh aku perhatikan sambil tengok kat handphone.. betul ke orangnya? Baju dah sama tapi wajah macam lain sikit lah.. actually aku tak pernah Nampak wajah full dia.. just wajah yang separuh-separuh je.. based on apa yang aku gambarkan dalam otak aku, fikir dia ni macam orangnya Chinese look macam tu.. tapi orang kat depan mata aku ni jenis yang ‘wajah melayu’ yang ada janggut panjang.. so, aku mula nak doubt, betul ke tak orangnya? Aku mula mendekati, rasa dia lah orangnya.. so, bila dah dekat tu aku pun tanya lah, “so.. you??” and betul dia lah orangnya.. lari sikit dari imaginasi aku.. tapi nasib aku tegur orang yang betul.. kalau tersalah, sure jadi segan..

Lalu aku pun ajak dia pergi ke KLCC.. kata ada carnival buku kat sana.. dia macam tak familiar sangat dengan kawasan kat KL ni.. walaupun pernah study somewhere around Selangor, but maybe dia jarang keluar ke KL kot, so macam tak tahu sangat area kat KL ni.. mula tu ajak dia pergi ke carnival buku kat KLCC but tak jumpa so, kita orang pun mula duduk di kawasan sekitar air pancut tu.. pada saat tu, mula lah nak berborak semua.. untuk kenal diri masing-masing.. orangnya lagi dewasa banding aku.. beza umur 3 tahun.. kita orang mostly borak pasal cerita kehidupan yang menyentuh tentang dunia PLU ni.. pasal pengalaman dia semua.. and mostly seperti biasa aku macam lebih kepada nak ‘dengar’ banding nak bercerita.. dengan readers lain pun macam tu lah.. maybe aku ni memang jenis ‘pendengar’ kot.. aku mula perasan yang dia suka nak usha-usha orang yang lalu di sekitar.. then dia pun cakap lah orang yang mana satu dia usha tu.. dari situ aku mula tahu bagaimana taste orang lain.. for me, based on my impression semua, dia ni minat dengan lelaki yang ada ‘beautiful face’ lah kot.. aku rasa dia mungkin jenis yang suka nak ‘approach’ banding di’approach’ lah kot..

Then lepas tu ajak makan kat food court.. sambung berborak kat sana pula.. before nak solat Zohor, dia ada bisik kat aku kata dia ada satu soalan sensitive sikit nak tanya aku.. harap aku tak marah lah kalau dia tanya.. aku cakap je lah kat dia, tanya je apa-apa.. aku tak marah.. aku expect soalan sensitive ni macam soalan tanya aku ni pernah main ke tak main, top ke bottom semua tu.. benda-benda macam ni lah.. but rupanya soalan dia, “kalau pergi solat Zohor nanti, ikut solat sekali tak?” okay.. yang ni aku terkejut sikit.. then aku jawab je lah.. ye.. aku solat Zohor sekali.. then aku mula tanya diri sendiri, muka aku muka orang tak solat ke? Dia kata, ada orang yang stay oversea ni yang dah tak solat semua.. so maybe fikir aku pun macam tu.. and ada je orang yang tak solat even stay Malaysia.. but honesly, kalau bab-bab solat ni, nak kata aku ni jaga solat lima waktu sangat honestly tak juga.. lebih-lebih lagi kalau solat subuh.. ikut tempat, and ikut keadaan..

So far orangnya okay je.. but kadang-kadang aku pula terfikir kalau-kalau dia tak selesa keluar dengan aku.. mungkin maybe aku bila bercakap kuat sangat ke apa, aku berjalan laju sangat lah.. aku pun try nak buat orang selesa jumpa dengan aku.. bila aku keluar dengan mana-mana readers, aku try untuk jadikan perjumpaan tu tak macam obvious sangat macam ‘perjumpaan golongan PLU’.  Tak nak lah bila orang pandang macam pandang semacam je.. tup.. tup.. tup.. terkeluar dalam blog KDL dalam snap gambar dia.. hahaha.. mana lah tahu kan..




Perjumpaan Kelapan

Dia ni actually aku dah jumpa dah sebelum ni.. so, kiranya ni macam perjumpaan untuk kali kedua lah pula.. dia teman kan aku pergi ke carnival buku kat KLCC tu.. aku tahu carnival tu pun dari dia.. so, jalan-jalan kat dalam tempat pameran.. ada pelbagai publisher buku.. so, dia pun ada lah mencadangkan beberapa buah buku kat aku.. aku sekadar nak tengok-tengok je.. then aku ada bisik kat dia, dulu aku memang suka sangat nak baca novel ni semua.. but sekarang ni bila aku masuk kedai buku, aku macam tercari-cari novel genre PLU lah pula.. aku sedar benda macam tu macam susah giler nak mampus untuk dicari, but still aku tak tahu kenapa kalau aku masuk kedai buku aku tercari-cari novel macam tu.. mana lah tahu ada disebalik tajuk buku yang macam ‘straight’ but isi kandungan lain sikit.. then dia pun ada cadangkan beberapa buah buku yang bergenre lain yang tak tipikal sangat, buku-buku yang bertema berat dan Bahasa kasar mostly daripada publisher FIXI.. lalu cadangkan juga, kalau aku nak terbitkan buku, boleh try kat FIXI.. but then aku cakap lah, even novel aku sendiri pun tak tamat-tamat lagi, tak payah nak fikir pasal nak publish semua.. actually novel Unspeakable Love tu pun pernah tersiar kat Penulisan2u iaitu sebuah satu web novel terfemes kat Malaysia dan kini juga mula menjadi publisher.. but then, baru sampai part 10 rasanya, penyiaran novel Unspeakable Love tu pun dah diberhentikan.. aku kecewa juga lah, but at the same time aku pun faham.. even aku sendiri tak sangka yang dorang boleh publish citer Unspeakable Love tu pada awalnya..

Kita orang borak banyak benda lepas tu.. pergi lepak and cari tempat duduk untuk bersembang.. aku ada bertanya kat dia pasal satu benda.. aku tanya apa first impression dia pasal aku bila dah jumpa semua.. but dia keras-keras kata itu adalah rahsia.. aku pun juga bertanya satu soalan yang menyentuh tentang ‘soal suka kat seseorang’ ni.. aku curious pasal benda tu.. ingat kan nak tanya kat FB, but alang-alang dia di depan mata, so, better aku tanya direct je.. bersembang dan bersembang.. dia ada tunjuk gambar bf dia.. aku tengok, Nampak hensem juga di mata aku.. hehehe.. lalu aku bertanya lah tentang bagaimana dia boleh kenal dengan orang ni, orang tu.. orang-orang yang actually aku kenal juga.. kenal kat internet je lah.. lepas tu dia temankan aku shopping barang mainan yang aku nak beli untuk anak buah aku.. kita orang pergi ke keda I-Setan kat KLCC cari barang mainan..












Friday 21 November 2014

Sesi Bertemu dengan Readers







Kalau yang still tak tahu lagi, aku sebenarnya sekarang ni sudah ada kat Malaysia, lebih spesifik kat KL.. aku nak cakap direct je, pada saat ni aku sudah membuat beberapa perjumpaan untuk bertemu dengan my blog readers sementara untuk mengisi masa lapang aku kat KL.. pada awal tu, aku memang reluctant sangat-sangat untuk jumpa orang.. bukan atas factor takut nak jumpa orang.. but mostly pasal diri aku sendiri.. aku ni macam insecure dengan diri sendiri.. aku ni ada satu masalah yang dipanggil sebagai ‘anxiety’ dari sudut psikologi.. sebelum ni kalau yang sempat baca, aku ada cakap yang aku ada kerap berjumpa dengan kaunselor di atas perkara peribadi.. dan dari situ aku mula faham yang aku ni dari segi mentalnya ada masalah mengenai anxiety.. kalau nak faham anxiety ni macam bila kita start fikir satu perkara yang still lagi belum terjadi, but kita fikir hanya perkara yang negative je.. perkara ni menimbulkan perasaan ‘ragu-ragu’, ‘fikir hal yang bukan-bukan’ yang kemudiannya membuatkan hilang keyakinan diri.. pada hal perkara tu still belum lagi terjadi, but kita dah fikir hal yang merepek, fikir perkara negative je yang akan terjadi.. so, ini lebih kurang sebagai ‘anxiety’..

So, dalam bab nak jumpa orang ni kan, aku bukan takut nak jumpa orang pun.. but mostly aku rasa yang aku macam ‘tak bagus sangat’ untuk jumpa orang.. dari segi personality, fizikal, perwatakan semua tu macam aku fikir membuatkan orang lain maybe takkan suka aku lagi dah.. rasa diri tak hensem lah.. rasa diri buruk lah.. nanti bila lepas jumpa ‘kena reject’.. and aku pula jenis yang ‘fear of rejection’.. lepas orang jumpa aku maybe dorang tak nak contact or nak kenal aku lagi dah.. fikir aku macam ‘tak cukup menepati standard’ pada orang lain.. takut nak tunjuk ‘kekurangan’ diri.. takut bila tunjuk buat orang macam ‘turn off’.. takut aku tak seperti dalam expectation mereka.. bla bla bla bla… banyak benda lah yang aku fikir..

So, bagi aku, jawapan kepada ‘anxiety’ seperti ni adalah dengan ‘berhenti daripada berfikir’.. sebab kalau berfikir, takut akan fikir hal yang bukan-bukan yang menimbulkan rasa ragu-ragu dan hilang keyakinan.. so, berhenti berfikir, kita lihat dulu apa yang akan jadi.. apa yang jadi usually tak semestinya seburuk apa yang kita bayangkan pun.. so, aku just biarkan fikiran aku ‘kosong’..
Untuk saat ini, aku baru jumpa dengan empat orang, jadi aku nak share kisah aku..




Perjumpaan Pertama

Pada hari tu aku ada kat KL Sentral dengan niat nak pergi ke Batu Caves (nak tengok kuil and panjat tangga).. but then aku nak makan-makan dulu before nak gerak ke Batu Caves.. tengah makan tiba-tiba dapat satu mesej dari reader kata dia ada kat KL Sentral, and nak jumpa aku.. so, aku macam terkejut juga lah sebab kebetulan aku pun kat KL Sentral pada masa tu.. rasa macam serba salah pula kalau aku tak nak jumpa sebab dah berada di tempat yang sama kan.. malas nak fikir sangat, then aku pun kata setuju je nak jumpa.. macam biasa, sebab aku bukannya biasa sangat nak jumpa dengan random people ni.. last and kali pertama aku jumpa orang random stranger ni pun pada tahun 2011.. tu lah satu-satunya aku jumpa orang kenalan internet (sebelum ni).. so, aku pun cari lah tempat dia berada, kata tengah duduk kat depan pintu masuk.. datang anxiety tu jap, aku pun keluar masuk tandas nak tengok cermin, nak tengok wajah.. hensem ke tak hensem.. rupa elok tak.. penampilan macam mana, selekeh ke tak.. then bila dah rasa diri ‘okay’ je, lalu aku mula nak jumpa orang tu.. terpandang dia tengah duduk.. but aku tak gi terus nak tegur.. aku macam ‘serigala’ yang nak tengok mangsa dia.. hahahaha.. aku dari jauh mengelilingi dia, macam serigala nak terkam mangsa.. mengelilingi, berpusing dari tempat dia duduk, sebenarnya nak cam betul ke tak dia orangnya.. and dalam masa yang sama nak bina keyakinan sikit.. but then, last-last aku terus maju ke hadapan, tegur dia..

Tegur.. then dia kata dia dah perasan aku dah.. lalu aku cakap, ‘sorry lah sebab aku berkelakuan agak aneh sikit (seperti serigala mengelilingi mangsa)’… kemudian aku duduk sebelah dia.. mula-mula bercakap tu dia kata lah dia boleh kenal aku walaupun sebenarnya dia tak pernah tengok wajah aku pun.. aku tanya macam mana boleh tahu, dia kata salah satu sebabnya adalah ‘mata aku’.. dalam blog aku pernah kata yang aku ada mata yang agak special sikit.. yang lain dari yang lain.. orang kalau jumpa kadang-kadang fikir aku macam letak something kat mata aku, but actually ianya natural je.. mata aku ni susah nak explain macam mana nak describe.. kena jumpa aku baru boleh faham, and maybe tu pertama kali korang jumpa orang bermata seperti aku and ianya adalah natural.. aku tak terkejut pun pasal benda ni sebab dah jadi common thing bila first orang jumpa aku.. my eyes macam satu ‘signature’ aku.. identity aku.. yang membuatkan aku berbeza dengan orang lain disebabkan mata aku juga yang ‘special’ sikit.. and honestly sebenarnya benda ni buat rasa insecure sikit.. entah lah.. aku macam rasa a bit insecure juga sebenarnya..

Then lepas tu kita orang mostly borak pasal Unspeakable Love sebenarnya.. reason dia nak jumpa aku pun nak tanya pasal benda tu.. novel bila nak update.. kenapa lambat update.. perkara yang common sangat orang tanya aku.. bukan tu sahaja, but kita orang discuss pasal citer tu secara keseluruhannya.. kiranya macam satu komen pasal novel tu.. aku faham, novel tu tak perfect pun.. ada lah yang terkurang hasil daripada penulisan penulis amatur macam aku ni. Sentuh pasal beberapa watak yang ‘hilang’, sentuh pasal ‘persoalan’ yang tak terjawab.. perkara ni lah macam jadi satu problem dalam novel tu, berkenaan bagaimana aku handle jalan cerita.. for me, benda ni jadi susah disebabkan mostly citer tu hanya focus pada ‘pandangan dunia dari mata Fahri..’ and aku pula takde plot yang kukuh buat cerita tu macam lacking banyak benda.. tak tahu hala tuju.. citer yang asalnya best, but sekarang macam boring.. macam dah hilang ‘sengat’ cerita.. aku pun sedar akan hakikat ini.. but dalam masa yang sama aku macam terharu gak sebab orang bila kata macam tu, kiranya macam my novel tu sebenarnya ‘disukai’ dan ‘dihargai’.. so, orang nak yang terbagus daripada cerita tu.. terasa diri seolah-olah seorang penulis novel yang berjumpa dengan peminatnya pun ada.. hahaha..
Daripada novel Unspeakable Love, mula nak relate pada kehidupan peribadi pula.. bercakap pasal kenapa Amir perangai macam tu, dia mula nak relate cerita tu dengan orang-orang yang dia kenali.. bagi dia watak Amir tu takde lah jahat mana pun.. sebab dia kata dia pernah jumpa watak Amir tu dalam hidup dia.. watak yang mana takde lah jahat sangat, but bila terdesak (disebabkan cinta) jadi macam boleh lalukan apa-apa je.. tu pada pandangan dia lah.. bagaimana watak Amir tu sebenarnya, hanya aku je yang tahu.. lalu sentuh pula pasal cerpen The Secret Admirer.. kata yang tu best.. orang banyak boleh nak relate pada diri masing-masing sebab tu citer best..

So, basically, first ‘meeting’ ni mostly sentuh pasal citer Unspeakable Love tu dan perkara-perkara yang relate pada real life.. oh ya! Lupa pula.. dia ada tanya aku pasal lelaki yang aku suka.. kata nak tengok rupa dia macam mana.. aku asalnya segan nak tunjuk, last-last aku tunjuk je gambar dia yang aku selitkan pada satu novel.. lalu dia tanya, “so orang macam ni lah taste ko?” aku balas, aku ni prefer yang sebaya aku..

Bila dah berpisah tu aku ada cakap kat dia.. “all good.. at least Bahasa yang digunakan adalah ‘kau-aku’.. kalau guna Bahasa panggilan ‘abang’ ni aku terjadi awkward sikit..”
Sebenarnya dia jauh berusia daripada aku.. dia dalam more than 30.. tapi kita orang guna ‘kau-aku’ je yang membuatkan aku jadi selesa.. sebab aku tak selesa sangat nak panggil orang ‘abang’.. jadi, bila ‘kau-aku’ je takde lah terasa sangat perbezaan umur tu.. sebab tu aku rasa selesa sikit bila berbual dengan dia.. sebab ada je orang yang prefer dipanggil abang.. and aku pula terpaksa nak guna perkataan ‘saya’..



Perjumpaan Kedua

Jumpa kat NU Sentral lepas aku balik dari Balai Seni Visual Negara.. petang tu aku macam takde benda nak dibuat, so aku terasa pula nak jumpa orang.. lalu buat lah temu janji dengan seorang ni, kata kalau dia still kat KL area, boleh je kalau nak jumpa dengan aku.. so, dia setuju nak jumpa, aku pula yang tunggu dia sambil duduk kat NU Sentral.. asalnya aku segan juga nak jumpa orang, but hari tu aku beli baju baru, then bila pakai tu terasa diri hensem sikit.. hahaha.. so, bila terasa diri hensem sikit, datang keyakinan diri.. kalau aku tak beli baju baju (yang kemudiannya aku pakai terus) maybe aku segan nak jumpa.. aku ni bila terasa diri ‘hodoh’ jadi segan nak jumpa orang..
Kali ni orang yang cari aku, tak seperti yang lepas, aku cari dorang.. bila aku yang kena cari, jadi feeling nervous tu tak terasa sangat.. sebab aku just kena tunggu je untuk ditegur.. kalau aku yang kena cari orang bila, bila dah terjumpa orang tu aku jadi nervous sikit.. tak tahu nak tegur macam mana.. biasanya aku akan jadi ‘serigala’ yang akan mengelilingi mangsanya sebelum nak terkam.. dah jumpa, but ambil masa sikit (mengelilingi orang tu dari jauh) sebelum nak tegur.. but aku yang kena tunggu orang, so tak payah lah nak jadi serigala ke apa.. hihihi

Lalu jumpa, antara soalan pertama yang diajukan adalah ‘umur’ berapa? Aku ada lah teka-teka umur dia berapa.. aku teka umur yang lebih berusia sedikit padahal sebenarnya dia muda lagi, tapi dia still tua dari aku lah.. dalam hati aku macam ‘alaa.. jahatnya aku.. hihihi.’ Kadang-kadang kalau kita teka umur yang tua dari umur sebenarnya takut orang berkecil hati lah pula, but biasanya kalau teka umur yang lebih muda usually orang suka je.. semua orang mudah suka terasa muda lah kan.. maksud aku macam kalau umur orang tu 28 tahun, but kita teka umur 24 misalnya.. usually orang tu kembang hidung terfeeling awet muda.. tapi kalau 28, but teka 34 lah misalnya, jadi macam ‘tua sangat ke aku ni?” faham tak?

So, kita orang makan sama-sama kat food court.. lalu borak lah.. topic perbualan kita orang ada pelbagai.. daripada hal-hal kekeluargaan, novel aku, pasal travel kat oversea and banyak lagi.. seperti biasa, usually aku macam lebih banyak mendengar berbanding nak bercakap.. aku boleh je layan pelbagai topic perbualan.. maybe aku lebih kepada ‘pendengar’ banding daripada nak bercakap.. or aku je yang tak nak cakap hal peribadi aku sangat..

Lepas tu kita orang pergi jalan-jalan sekitar NU Sentral tu.. actually ni kali kedua (rasanya) dia pergi NU Sentral biar pun dia ni macam orang KL je.. dia tanya aku, kenapa asyik lepak kat NU Sentral je? Balas aku, KL Sentral ni macam ‘hub’ aku.. kalau nak gi mana-mana akan singgah KL Sentral.. so, bila dah ada mall baru tu, jadi macam aku lepak-lepak juga lah kat sana.. and then mula lah borak yang dia actually jarang pergi KL Sentral.. sebab dia tak guna public transport.. sebab ada kenderaan sendiri.. LRT or KTM tu jarang naik.. so, kita orang ronda-ronda NU Sentral.. then temankan dia untuk beli kek sebagai hadiah kepada kenalan dia..

Sebelum berpisah, dia minta nombor aku kalau rasa nak contact lagi.. actually pada asalnya aku macam tak nak beri nombor contact aku pada sesiapa.. but bila orang dah request kat depan mata ni aku macam susah pula nak kata NO.. tapi takpe lah.. lepas ni dia tahu lah WeChat or Whatsapp aku apa.. but Instagram aku still tak tahu lagi.. tapi tak kisah lah.. maybe aku kena jadi lebih friendly sikit.. lagi pun aku jumpa orang ni pun atas factor untuk mengasah kemahiran bersosial..



Perjumpaan Ketiga

Jumpa waktu tengah hari time launch hour.. kata dia hanya boleh jumpa dari jam 12 – jam 2.. tapi disebabkan kelewatan komunikasi, waktu tu dah pukul 1 tengah hari dah.. so, aku tanya dia masih sempat lagi ke kalau nak jumpa.. aku kat KLCC time tu.. kebetulan pula dia kerja kat KLCC.. so, walaupun hanya boleh jumpa dengan aku sejam je, tapi takpe lah kan.. yang ni agak lain sikit.. sebab aku tak pernah tengok wajah dia.. and aku rasa dia pun tak pernah Nampak wajah aku.. so, aku macam tak tahu orang dia macam mana.. ianya macam kedua-dua saling tak pernah Nampak wajah masing-masing.. orang-orang sebelum ni aku boleh tengok wajah dia, but dorang tak pernah tengok wajah aku.. so, agak suspen juga untuk menanti orang yang kita tak pernah tengok wajah dia..
Last-last jumpa juga.. bila jumpa tu dia tak seperti apa yang aku gambarkan.. kadang-kadang kita imagine juga kalau tak pernah tengok wajah orang tu.. tapi ianya sesuatu perkara yang neutral lah.. tak semestinya lari daripada ‘jangkaan’ kita tu adalah sesuatu yang negative or positif.. just neutral je.. so, jumpa then dia bawa aku minum kat kafe dalam Kinokuniya tu.. asalnya aku keberatan nak masuk disebabkan kalau aku masuk mesti penggera anti-kecurian tu berbunyi walaupun aku tak beli or curi apa-apa pun dalam Kinokuniya.. sebelum jumpa dia pun, memang macam tu.. masuk Kinokuniya berbunyi, aku pun jadi pelik.. malas nak disiasat pak guard, tu yang aku malas nak masuk Kinokuniya.. but dia ajak aku minum dalam kafe tu, aku pun masuk je lah, biarpun penggera tu berbunyi ke apa..

Sampai kat Kafe.. aku jadi awkward sikit.. sebab aku tak biasa pergi tempat macam tu.. membuatkan aku teringat akan memori kat Hobart, Tasmania bila seorang abang ni ajak aku pergi minum kat kedai kopi.. ala-ala nak mimum latte, cappuccino semua benda alah tu.. aku mana lah biasa.. aku orang kampong minum teh BOH je.. dulunya aku mana lah tahu beza latte, cappuccino semua tu.. expresso lah.. apa benda entah.. Starbucks or Coffee Bean semua tu mana lah aku nak layan sangat.. kalau masuk kedai macam tu jadi awkward.. tak tahu nak order apa.. so kali ni pergi kedai ala-ala macam tu sikit, jadi aku mula rasa awkward sikit.. dah lah aku tengok harga satu meal dalam RM20.. aku diam je lah.. terlupa nak cakap, kalau nak ajak makan bawa tempat yang murah sikit.. but dah sampai kan.. layan je lah.. tapi baru nak pilih menu, but orang yang aku jumpa ni macam nak ‘belanja’ je.. aku pun ON je lah.. kalau orang nak belanja aku tak kisah.. boleh save duit.. tapi rasa bersalah pula bila diri kena belanja.. fikir dan fikir.. buang je lah rasa bersalah tu.. dah nama rezeki kan.. hahahaha..
So duduk lalu makan.. aku rasa awkward nak makan.. tapi kena buat-buat rileks.. lepas tu mula lah perbualan antara kita orang.. kalau nak diringkaskan.. topic perbualan kita orang menyentuh tentang architecture dengan movie.. dia minat dengan architecture walaupun pekerjaan dia tak arah tu.. sebab dia tahu aku budak architecture, so aku pun boleh juga layan benda-benda macam ni.. cakap pasal bangunan, ciri-ciri bangunan yang dia suka.. cerita pasal kecil-kecil suka nak lukis plan bangunan.. kadang-kadang aku curious pula, kenapa tak nak study architecture je kalau dah minat? Aku suka je dengan hal-hal macam ni.. but kalau aku cakap pasal Post Modernism, Modernism, Functionalism, Brutalism, High-Tech, Deconstructuvist Metabolism semua, maybe dia tak faham kot.. sebab dia tak study architecture.. tapi ada je yang tahu benda ni semua.. cerita juga sikit pasal dia pernah jadi exchange student study kat Sydney.. lepas tu cerita pasal movie.. aku bukannya layan movie sangat, tengok sekadar nak tengok.. lepas tu sebut-sebut pasal nama-nama pelakon.. aku sebenarnya blur sebab aku tak kenal sangat dengan para pelakon.. tapi layan je lah.. nak diringkaskan topic perbualan berunsur perkara ilmiah da nada informasi.. aku fikir dia ni mesti golongan cemerlang, gemilang, terbilang.. sebab aku rasa dia macam golongan yang suka cerita pasal perkara yang bermanfaat ada info..

Tapi sebenarnya aku macam curious pasal beberapa hal.. sebab sebenarnya dia dah kahwin.. aku kalau yang dah kahwin ni akan membuatkan aku curious nak tanya sesuatu.. persoalan dari golongan yang tak kahwin lagi kepada yang dah kahwin.. tapi aku rasa benda ni macam agak tak elok untuk ditanya, dan tak semua orang suka ditanya soalan macam tu.. and aku pun rasa yang dia maybe tak suka kalau aku ajukan soalan seperti tu.. sebab agak sesitif sikit.. lagi pun kita orang tengah makan kat kafe, jadi agak open.. takut orang boleh dengar ke apa.. so, tak pe lah.. kita menghormati kehidupan peribadi..



Perjumpaan Keempat

Dia ni sebenarnya orang pertama yang request untuk jumpa aku.. tapi aku macam tak kata YES or NO pun.. ada banyak alasan juga lah aku beri kan kat dia.. but then aku terasa macam unfair pula kalau aku jumpa dengan orang lain, but tak jumpa dengan dia.. so, aku pun cakap je lah kata setuju untuk jumpa.. nak diringkaskan jumpa kat KLCC gak.. awal-awal jumpa tu terus dia tanya pasal mata aku ni ‘natural’ ke tak natural.. aku macam.. hurmmm.. dah letih dah dengan soalan macam ni.. my eyes ni macam identity aku.. yang membuatkan aku berbeza dari orang lain.. my eyes macam dah jadi trademark signature aku.. orang ingat aku disebabkan mata..

Lepas tu kita orang makan kat KLCC.. disebabkan dia lagi muda daripada aku, terasa diri lebih selesa untuk berbual.. berbanding dengan orang sebelum ni mereka lagi dewasa berbanding aku.. and dia pun macam happy go lucky.. jadi ada perbezaan kalau banding orang sebelum ni, bagaimana aku bercakap, more friendlier macam bercakap dengan kawan sebaya je.. sebab tu aku kata aku prefer dengan golongan sebaya.. kalau dengan yang lebih dewasa ni aku jadi kekok sikit.. aku kalau jumpa dengan orang dewasa terasa didominasi.. and aku tak suka bila diri didominasi.. dan tu tak bermakna aku suka nak mendominasi orang pula.. dan tak bermakna aku tak suka dengan orang dewasa, just kena respect dorang yang membuatkan satu pihak mendapat privilege.. senang kata perbualan antara aku dengan dia lebih macam berborak dengan kawan-kawan sebaya je..

Lepas makan aku ajak dia pergi pergi melepak kat kawasan air pancut di luar KLCC.. aku memang suka nak lepak kat sana.. then aku cakap kat dia macam ni, for me melepak kat depan air pancut tu ada unsur-unsur ‘sweeet’ or romantic sikit.. aku teringin untuk ajak someone yang aku suka untuk melepak depan air pancut tu.. but asalnya dia tak faham sangat ‘apa yang special’ sangat dengan air pancut tu.. but aku faham je, lain orang lain pandangan.. bagi orang lain mungkin ‘sweet-romantik’ tu macam kiss, berpelukan, tidur bersama ke.. but bagi aku ‘sweet-romantik’ tu adalah bagaimana kita spend masa kita dengan orang tu.. suddenly macam air pancut tu mula berwarna-warni sambal didendangkan dengan irama lagu.. keadaan sekeliling menjadi mempersonakan dengan manusia terpukau dengan melihat air pancut yang menari-nari, very colourful dan yang harmoni dengan music.. then aku cakap, sebab tu aku kata ianya ‘sweet-romantik’.. bila kau duduk berdua-duaan sambal perhatikan benda ni semua.. ianya macam dalam citer Unspeakable Love, yang mana Fahri teringin nak bawa orang yang dia suka menaiki satu ferris wheel.. but untuk kes aku pula, one day aku teringin nak spend masa dengan orang yang aku suka menyaksikan air pancut itu pada waktu malam..

Kita orang borak banyak benda.. mostly pasal hal kehidupan lah.. dia ada tanya aku pasal bila aku kata nak gi kelab malam gay.. aku cakap lah, aku dah pergi dah pun sebenarnya, but just depan pintu je.. and waktu siang.. and aku terkejut bertapa tempat tu memang betul-betul tengah-tengah Bukit Bintang.. sebab expectation aku untuk kelab malam ‘gay’ ni sepatutnya macam terselit-selit.. kena jalan jauh sikit baru boleh jumpa.. but yang ni memang dekat sangat Pavillion.. so, aku cakap lah asal tu memang keinginan nak masuk tu kuat, but then aku fikir macam satu tanggungjawab social.. aku kalau dah masuk aku akan share pengalaman aku kat dalam blog.. but aku tak nak kalau orang baca blog aku macam jadi satu galakan untuk orang lain pergi pula.. ye lah.. sebelum ni orang tak kenal Planet Romeo tu apa benda mula tahu benda tu dari blog aku.. sebenarnya aku nak masuk kelab gay tu selain daripada untuk melihat ‘gay scene’, but aku macam teringin pula nak test market.. hehehehe.. sebab aku feeling tak hensem kan, jadi mana lah tahu ada yang tertarik kat aku ke apa kan.. kononnya lah.. but orang kat sana maybe ada niat tak elok macam nak seks je.. lalu budak yang keluar dengan aku ni kata yang dia teringin nak masuk juga kelab tu kata nak test market juga.. but aku cakap lah, so.. aku ko tak suruh pula aku pergi, but kalau ko boleh pula pergi ek? Lalu dia cakap, sebab aku ‘inesen’ lagi..

Lepas tu kita orang banyak borak benda lain.. pasal hal-hal kapel semua.. kata macam at least aku kena try lah.. but aku cakap, aku walaupun aku suka kat orang, aku tak nak berkapel.. benda ni complicated sikit dan susah untuk dijelaskan. Kalau aku nak try ada hubungan perasaan dengan orang pun, biar lah benda tu jadi atas sebab memang aku suka kat orang tu, bukan sebab atas kerana nak mencuba je..





Bersambung…



ada je aku jumpa orang lain.. but nanti cerita lagi..


aku free Ahad ni kalau sesiapa nak ajak jumpa.. inbox FB aku kalau nak urus hal perjumpaan..