Thursday 27 February 2014

Peluk Erat







"dah nak hujan lah.. pegang aku kuat-kuat tau.. aku nak pecut.." kata Shahir..

aku hanya mendiamkan diri.. dengan serta-merta Shahir dah tekan minyak.. aku mula cuak.. tanpa aku sedari, tanganku telah pun terus memeluk tubuh Shahir dari belakang.. motorsikal memecut dengan pantas.. hujan yang pada asalnya hanya rintik-rintik, kini mula semakin lebat..

memecut laju, tapi kami masih lagi berada di lebuh raya yang panjang.. tiada tempat yang boleh jadi perhentian di tepi dan kanan.. kereta juga bergerak laju tak putus-putus di kiri dan kanan.. tidak boleh berhenti.. terpaksa memecut laju juga..

semakin lebat.. kami berdua mula basah kuyup dimandikan hujan yang seakan ribut.. kami dah terperangkap dalam hujan.. 

Shahir tekan minyak lagi.. semakin laju, motorsikal dibawa mencari tempat untuk berhenti dan berteduh..

basah dan sejuk.. gementar dengan kelajuan ini, tanganku semakin erat memeluk tubuh Shahir.. aku peluk.. tidak mahu melepaskan dirinya.. peluk sekuat hati aku..

bergerak dan terus bergerak laju..

kemudian, aku terdiam..

masa seakan terhenti seketika..

Aku peluk dirinya?

terdiam lagi..

untuk pertama kali, aku memeluk dirinya.. di bawah simbahan hujan lebat, aku telah memeluk dirinya.. untuk sesuatu yang aku sukar tafsirkan, entah kenapa aku rasa masa seakan terhenti seketika...

hujan dan terus menghujani.. kedua-dua pemuda ini telah terperangkap dalam hujan.. sejuk mula dapat dirasakan.. apa lagi pada kelajuan ini, hembusan bayu membuatkan lagi kersejukan itu dapat di rasai.. namun pada saat ini, ada 'kehangatan' yang aku mula rasakan.. ianya hangat yang menyenangkan.. kehangatan yang membuatkan aku lupa akan kesejukan.. 

terdiam.. aku peluk lagi tubuh dirinya..

erat.. dan semakin erat..






Unspeakable Love Part 34....

Coming soon....








Friday 21 February 2014

The Secret Admirer (Part 3) FINAL





The Secret Admirer
(Part 3 - FINAL)



(kalau boleh start baca dari awal2 lagi bagi yang dah baca.. untuk ambil feeling.. citer pendek je pun..)



Day 72 : Friday, 26 July 2013


sekarang ini aku mula doubt tentang banyak perkara mengenai apa yang aku sudah lakukan sekarang... kadang-kadang aku mula rasa yang aku ni begitu naif dan tidak rasional.. terkejar-kejar orang yang aku sendiri pun tak kenal sangat.. dan lagi, aku mula mempersoalkan mengenai perasaan sebenarnya yang aku hadapi sekarang.. yang pasti aku memang jatuh hati pada lelaki itu.. tapi aku mula was-was kalau perasaan ini adalah jatuh cinta ataupun tak.. ada yang mengatakan, kadang-kadang hanya satu saat diperlukan untuk membuat seseorang itu jatuh cinta.. orang kata, ini lah cinta pandang pertama.. aku tahu aku minat dia.. tapi persoalannya sekarang adakah aku suka dia hanya sekadar paras rupa sahaja? aku sendiri pun tak kenal sangat yang peribadi dia macam mana.. tapi berdasarkan apa yang aku perhatikan, dia kelihatan seperti insan yang berhati mulia je.. tapi itu apa yang aku perhatikan, masalahnya itu tidak cukup untuk membuatkan aku kenal si dia..

dan lagi.. persoalan tentang dirinya.. kalau aku suka dia pun, tak semestinya dia akan suka kat aku gak.. dan yang menjadi soalan penting juga adalah, adakah dia ni jenis yang boleh suka pada seorang lelaki gak? kalau dia seorang lelaki yang straight, for sure aku dah takde peluang kot.. dan lagi, aku pun tak berapa berkenan dengan tindakan nak 'mengsongsangkan' seorang lelaki straight.. aku tak rasa ia adalah satu tindakkan yang betul semata-mata hanya mahu merebut cinta seseorang tu.. for me, orang buat macam tu adalah orang yang selfish, hanya kerana mahu mengejar cinta, sanggup mengheret insan yang dicintainya itu masuk ke dunia songsang ini.. 

hurmm.. tak pernah pula alami benda macam ni..

mula mempersoalkan lagi mengenai tanda tanya ini..

anyway.. aku just skodeng dia je pun.. takde buat benda yang harm pun kan? kalau dia tak suka aku pun, tak kisah lah.. aku just suka perhatikan dia.. aku pun tak pernah rasa teruja macam ni.. dapat jumpa dia pun dah buat aku happy.. tak kisah lah kalau perasaan ini akan berbalas atau pun tak.. asalkan aku boleh jumpa dengan dia lagi..




Day 77 : Wednesday, 31 July 2013

berlari laju..

macam dah tak sempat!!...

lari dan lari lagi dari Central Market menunju ke stesen LRT.. jam sekarang menunjukkan pukul 5.45 petang.. aku kena bekerja terlebih masa pula hari ni.. ada hal sikit yang pakcik aku suruh buat.. sampai je jalan raya, aku tak boleh nak lintas sebab kereta tak putus-putus melintas.. berdiri sambil memerhatikan pada lampu trafik.. kaki aku pun dah macam nak terhentak-hentak tanda menahan kesabaran..

cepat lah.. haish! lambatnya!!

lampu trafik masih belum menyala hijau bagi pejalan kaki.. 

sabar.. time bulan puasa ni mesti kena banyak bersabar..

cuba menenteramkan diri.. aku pandang lampu trafik.. yes! dah boleh melintas.. terus tergesa-gesa aku berjalan laju menuju ke stesen LRT.. berada di ruangan menunggu, sekarang kena tunggu pula ketibaan LRT.. 

semalam, aku tak dapat jumpa dengan dia.. agak lama aku menunggu, tapi dia tak muncul-muncul juga.. biasa lah, kadang-kadang tu memang tak berpeluang untuk bertemu.. pada bulan puasa ni pun aku rasa dah macam semakin susah sikit nak berjumpa dengan dia lagi.. mungkin dia adalah pergi kat mana-mana.. untuk berbuka puasa di mana-mana restoran, barangkali.. aku pun faham tentang tu.. 

kenapa lah aku ni tak sabar-sabar je? macam lah tak leh jumpa pada hari lain..

entah, kenapa sekarang ni aku semakin tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan dia lagi.. walaupun dah banyak kali aku ni asyik nak skodeng dia je, pulang sama-sama dalam satu LRT sambil aku memandang dirinya dari satu sudut.. aku tak sangka yang aku masih juga tidak jemu-jemu buat 'kegilaan' ini..

raya dah dekat kot.. dan aku sedar tentang perkara ini.. dan bila saat itu tiba nanti, aku takkan dapat jumpa dengan dia lagi dah.. dia mesti akan pulang beraya.. dan aku pun kena balik ke kampung gak time tu.. so, pada saat ini lah kena tatap wajah dia habis-habisan untuk stok menanggung rindu nanti.. (yang ni memang tak boleh blah.. hahaha)

LRT datang.. aku terus masuk.. bergerak.. lalu mula menuju ke KL Sentral.. sampai je, terus aku melangkah keluar.. jam dah menunjukkan pukul 6.02 petang.. aku duduk di satu sudut terus menanti kalau-kalau dia akan muncul.. tungu dan terus menunggu.. sampai pukul 6.30 petang, semua nya hampa..

hurmmm.. maybe dia dah pergi awal kot.. or mungkin dia ada pergi jalan-jalan kat tempat lain.. siapa tahu..

dan pada hari itu, sekali lagi aku tak dapat menemui dirinya...




Day 80 : Sunday, 3 August 2013

"aku ada terfikir nak wish selamat hari raya pada seseorang ni.. tapi aku tak tahu nak buat macam mana..." kata aku sambil berbaring di atas katil..

"owh.. pada lelaki yang kau minat tu ke? hahaha... macam susah je.." balas Fahmi yang juga berbaring di atas katilnya yang bersebelahan di kanan katil aku..

memusingkan badan sambil lalu mula menatap wajah Fahmi..

"minggu depan dah nak raya dah.. aku pun tak pasti sama ada aku berpeluang untuk berjumpa dengan dia lagi ke tak.. kot-kot dia dah balik raya awal.. but, kalau dapat berjumpa, aku harap boleh wish selamat hari raya pada dia..." kata aku..

"hahaha.. lawak lah kau.. ops! sorry.. jangan marah pula okay.. kau pun tak pernah berbual dengan dia lagi pun kan.. dah tu, nak wish selamat hari raya.. tak ke benda tu macam tiba-tiba je?"

"tu lah.. memang impossible.. but kalau ikut hati ini, memang ada hasrat nak wish macam tu lah.. kalau aku ada number phone, tak pun email, apa-apa je lah.. Facebok, Twitter semua, nak je aku send satu mesej dari unknown pada dia kata wish selamat hari raya.. at least dia tak tahu mesej tu dari aku.. kalau lah boleh macam tu.. hurmmm..."

"tak sangka boleh jadi angau macam ni ye? tak pernah pula aku tengok kau berkelakuan macam ni.." kata Fahmi lagi..

"ha ah.. sejak aku jumpa dengan dia, aku pun tak tahu kenapa aku mula jadi macam ni..."




Day 83 : Tuesday, 6 August 2013

duduk di satu sudut di ruangan menunggu di KL Sentral, mata ku sedang tercari-cari kelibat dirinya.. raya dah nak dekat dah.. kalau ikut kalendar 8 Ogos ni dah masuk raya dah.. aku was-was kalau dia masih ada kat KL ni.. boleh jadi dia dah balik bercuti pulang ke rumah kot.. kalau aku, esok aku akan baru nak start balik kampung.. so, hari ini adalah hari terakhir sebelum raya tiba.. jadi, aku harap betul-betul sebelum aku nak pulang kampung nanti, aku boleh jumpa dengan lelaki tu sekali lagi, untuk kali terakhir sebelum raya..

tengok jam kat telefon bimbit.. dah menunjukkan pukul 5.34 petang.. aku fikir, mungkin dia masih lagi dalam perjalanan untuk ke KL Sentral.. atau mungkin juga yang dia balik lewat untuk hari ni, (kalau dia masih tak pulang beraya)..

okay.. kena optimis! kena optimis! even kalau aku tak jumpa dia hari ni, aku kan dah banyak curi-curi ambil gambar dia.. tu pun boleh jadi stok untuk melepas rindu.. hahahaha

tersenyum.. cuba berfikiran positif.. aku plan nak tunggu sampai lewat sikit kot hari ni... sampai aku dah betul-betul rasa yang dia memang takkan datang ke KL Sentral ni lagi dah.. jadi kena harus bersabar.. lagi pun aku bukannya ada apa nak dibuat sangat pun lepas ni.. makanan untuk berbuka dah dibeli dah.. tadi dah beli kat KFC.. jadi, takde lah aku nak berebut-rebut fikir pasal nak makan apa nanti..

hurmm... sambil tunggu-tunggu ni, aku nak tengok gambar dia lah..

buka galeri gambar dalam telefon bimbit.. aku buka folder gambar yang khusus ada koleksi gambar si dia yang dah banyak aku curi-curi ambil gambar.. tersenyum.. ada gambar dia sedang tersenyum sambil sedang menjawap telefon.. ada gambar si dia nampak muram je.. ada gambar si dia dengan riak wajah yang bersahaja je.. ada pelbagai macam ragam yang telah berjaya aku rakamkan.. dan melihat gambar-gambar ini mula menyerikan hidup aku.. sebelum nak tidur, memang akan tatap gambar ni terlebih dahulu..

eh! tu dia lah!!

mula ternampak kelibat si dia..

jadi, dia still tak pulang ke rumah lah?

gembira, aku mula teruja dapat melihat dirinya lagi sebelum tibanya hari raya.. dia sedang berdiri sambil wajahnya memandang ke arah landas LRT.. aku pula, mula melangkah perlahan-lahan mendekati dirinya.. lebih kurang 3 meter di kanannya, aku mula bersiap sedia untuk pulang bersama dalam satu LRT dengan dirinya lagi..

LRT tiba.. orang ramai mula berebut-rebut nak masuk.. aku pun apa lagi, mula lah tertolak kiri, tertolak kanan nak cuba masuk ke dalam.. aku lihat, dirinya telah pun berjaya masuk ke dalam.. jadi, aku memang kena masuk juga.. berjaya, aku pun mula menyelitkan diri aku berdiri lebih kurang 2 meter jaraknya dari dirinya.. sambil memandang dirinya yang sedang berpaut pada pemaut, aku tersenyum puas.. puas sebab dapat melihat dirinya lagi..

LRT mula bergerak.. aku cepat-cepat berpaut menguatkan genggaman aku pada pemaut.. bergerak sehingga lah sampai ke stesen LRT Universiti, ada tempat duduk kosong berdekat dengan diri aku.. lalu aku pun cepat-cepat merebut tempat duduk.. boleh rileks-rileks duduk sambil curi-curi pandang dirinya.. lalu LRT menuju ke Stesen Taman Jaya.. berhenti, makcik melayu yang duduk tepi aku pun mula melangkah keluar..

kemudian..

aku tengok dia memandang ke arah aku.. aku tergamam.. cepat-cepat aku buat-buat tidak menoleh dirinya.. jantungku mula berdegup laju.. fikir, kenapa dia pandang arah aku?

dup.. dup.. dup...

semakin gelisah.. aku takut untuk memandang dirinya.. aku pandang ke depan, buat-buat berlagak seperti normal.. tapi dalam masa yang sama, aku macam cuba perhatikan dirinya di sebalik pantulan bayang pada cermin.. aku lihat, dia semakin mendekati.. semakin dekat mula menghampiri..

dup.. dup.. dup..

aku pejam mata.. aku dapat lihat bayang dirinya melintas di depan mata aku..

kemudian..

wangi..

bau ini.. bau haruman yang biasa dipakainya..

aku hidu.. aku hirup..

ianya dekat.. cukup dekat...

aku membuka mata.. lalu baru aku sedar yang dirinya telah pun duduk bersebelahan dengan diri aku.. terkejut habis.. aku dah mula mengeletar.. aku tak tahu apa yang aku rasakan sekarang.. nervous.. seakan tidak percaya yang dia kini duduk begitu dekat dengan aku.. gelisah.. aku tak tahu yang aku kini hilang kawalan..

dia menjeling ke arah aku.. mungkin perasan dengan keadaan aku yang begitu gelisah.. terus aku menjadi malu.. muka merah.. dia berkerut dahi.. mungkin curiga dengan diriku.. aku tundukkan muka, malu untuk memandang dirinya.. lantas dia pun memandang ke arah lain.. mungkin tidak mahu menghiraukan aku..

bertenang! bertenang! jangan mengelabah!

cuba menenteramkan diri.. tarik nafas jap.. cuba belagak biasa..

LRT bergerak.. menuju dari satu stesen ke stesen yang lain.. bergerak pantas.. tapi, bagi aku masa seakan terhenti seketika..

pada saat ini, seolah-olah dunia menjadi gelap.. yang kelihatan hanya ada aku dan dirinya yang duduk bersebelahan dengan aku.. dia memandang ke arah kanan sambil tangannya memegang pada dagu berjanggutnya.. aku pula sedang menundukkan muka, malu-malu..

satu saat.. dua saat..

semuanya seakan berdetik perlahan.. aku mula menjadi tenang.. bibir mula mengukir senyuman..

akan aku nikmati saat ini sepenuhnya..

memenjamkan mata, aku nikmati saat duduk dekat dengan dirinya..

indah.. itu lah yang aku katakan.. indah dan menenteramkan.. satu detik untuk selamanya.. detik yang akan terpahat di memori..

diam.. aku terus tersenyum..

berhenti, akhirnya LRT sampai ke Stesen Taman Paramount.. dia mula bangun melangkah keluar.. aku pandang dirinya dari belakang.. pandang dan terus memerhatikan.. dia semakin menjauh.. LRT pun dah mula bergerak.. kami semakin berjauhan.. jauh dan semakin jauh..

dari ke jauhan ini, aku tersenyum sambil terus memandang ke arah dirinya di luar sana.. di bibir aku mula berbisik..

Selamat Hari Raya...

semakin jauh, dia mula hilang dari pandangan.. aku tenang.. memejamkan mata sambil tersenyum..



Day 99 : Thursday, 22 August 2013

cuti raya dah habis.. sekarang dah kembali bekerja semula.. semuanya menjadi seperti kebiasaan yang berlaku sebelum ini.. aku pergi kerja pada shift siang pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.. dan pada hari ini seperti kebiasaanya aku akan buat apa yang dah menjadi tabiat kegemaran aku sebelum ini.. menunggu si dia untuk balik bersama dalam satu LRT yang sama.. memerhatikan dirinya, biarpun si dia tak tahu akan kewujudan aku.. cuma sekarang ni, aku dah mula mengharap sesuatu yang lebih pula.. berharap kalau akan jadi seperti hari tak lama dulu.. saat ketika si dia duduk dekat dengan ku..

pada saat ini, aku sedang memerhatikan dirinya lagi.. LRT sedang bergerak laju.. kedua-dua kami sedang berdiri sambil berpaut pada pemaut.. aku berada lebih kurang 2 meter dari kirinya.. mataku juga terliar-liar memandang pada keadaan sekeliling, berharap akan ada tempat duduk yang kosong.. LRT berhenti.. ada orang yang keluar, ada pula yang masuk.. dengan pantas aku merebut tempat duduk yang berdekatan dengan dirinya.. sebelah tempat duduk aku kosong.. namun tak lama selepas itu, datang seorang lelaki terus merebut tempat duduk itu.. terus aku mengeluh.. kecewa kerana tempat duduk di sebelahku telah pun direbuti..

LRT bergerak lagi.. dan kini singgah di Stesen Taman Jaya... orang yang duduk di sebelahku mula melangkah keluar.. kosong.. tempat duduk ku terbiar kosong.. hati berbunga-bunga..

come! duduk sebelah aku.. hahaha

pintu LRT ditutup.. bergerak, LRT mula menuju ke stesen yang berikutnya.. tempat duduk di sebelah aku masih juga terbiar kosong... aku pandang ke depan.. dari pantulan cermin, aku perhatikan dirinya yang berdiri dekat diriku..

kenapa tak duduk? 

berharap...

duduk lah sebelah aku..

masih berharap...

dia kekal juga berdiri, biar pun ada tempat duduk kosong di sebelah aku yang dekat dengan dirinya..

tunggu dan terus menunggu.. sehinggalah sampai ke Stesen Taman Paramount, akhirnya dia melangkah keluar..

melihat dirinya dari jauh, hati ku kecewa yang dia tidak duduk di sebelah aku lagi..



Day 108 : Sunday, 31 August 2013

hari kemerdekaan.. aku sekarang berada di Putrajaya.. bermalam kat sini.. kat rumah kawan.. nama dia Shafiq.. dia yang ajak aku stay kat rumah dia.. katanya, best sambut merdeka kat sini.. aku pun kata okay je.. lagi pun aku tak pernah sambut hari kemerdekaan kat Putrajaya.. nak merasa juga lah suasananya macam mana..

okay lah.. best gak waktu siang tadi.. orang ramai gak.. kita orang just lepak-lepak dengan member.. banyak juga member aku yang sambut merdeka kat sini.. most of them student universiti.. aku ni je yang jenis yang tak pandai sikit dah tak study lagi dah.. lepas lepak-lepak semua, kita orang ada lah jalan siar-siar sekejap kat sekitar Putrajaya.. pergi ke Dataran Putra semua.. and tak sah lah kalau pergi Putrajaya tak ambil gambar kan.. lagi pun aku ni bukannya selalu sangat pergi sini.. ambil gambar selfie jap berlatarkan bangunan Perdana Putra tu sambil tangan tunjuk jari peace.. memang Asian style giler.. hahaha..

jalan-jalan, pergi solat jap kat masjid besi tu.. best.. aku ni jenis yang suka dengan arts semua.. tak kira lah seni yang macam mana.. architecture semua tu pun aku minat gak lah.. kagum gak tengok interior masjid besi tu.. ni kali kedua aku solat kat sini.. first time dulu waktu solat ihsyak time aku ada lepak dengan member malam-malam naik kereta singgah ke Putrajaya..

then, petangnya pula kita orang pergi pusat beli belah Alamanda.. makan-makan kat sana.. melepak sampai jam pukul 11, lepas tu baru kami balik..

di rumah kawan aku, Shafiq.. aku sedang berbaring di atas katil nya.. memandang pada siling, sambil kedua-dua telapak tangan aku letakkan di bawah kepala.. kipas di depan mata aku itu sedang berpusing laju.. Shafiq tak masuk bilik lagi.. letih sebab banyak berjalan siang tadi sampai ke malam.. rasa mengantuk..

hurmm.. rasa nak tidur lah..

terus berpusing badan jadi mengiring ke kanan.. aku ambil telefon bimbit aku.. buka, aku lihat pada galeri gambar.. buka folder, mula tengok gambar dirinya.. sudah jadi kebiasaan sebelum aku tidur, aku akan tatap gambar dirinya terlebih dahulu.. tatap-tatap gambar, aku mula mengukirnya senyuman.. tersenyum seorang diri.. tak sangka yang aku masih tidak bosan melihat gambar itu berulang kali.. pada saat itu aku mula berfikir..

agak-agak dia sambut Hari Kemerdekaan kat mana ye hari ni?



Day 113 : Thursday, 5 September 2013

bermimpi..

dalam mimpi itu aku seperti biasa berada di dalam LRT sambil dirinya aku perhatikan sedang berdiri di kanan aku.. ada sesuatu yang berlainan kali ini.. di sebalik timbunan manusia yang sesak memenuhi LRT, dapat aku perhatikan si dia sedang rancak berbual dengan seseorang.. si dia tidak keseorangan seperti biasa.. si dia ada berteman.. kedua-dua mereka kelihatan cukup mesra.. dan teman si dia itu adalah seorang perempuan..

aku pandang perempuan itu.. orangnya kelihatan manis dan ayu.. si gadis itu saling berpandangan dengan lelaki itu.. lelaki itu juga memandang si gadis dengan seukir senyuman yang manis dan mesra.. aku rasa lain.. hatiku terasa senyuman pada si lelaki yang aku suka itu mempunyai satu maksud yang mendalam.. ia bukan sekadar satu senyuman mesra sahaja, kerana dari pandangan matanya aku rasa ada sesuatu yang lebih dari mereka berdua.. mereka berdua ketawa.. si gadis tersipu malu.. si lelaki itu juga pipinya juga seakan merah..

kekasih dia kah?

aku terdiam.. terus memandang mereka, kemudian aku alihkan wajah aku.. tunduk.. aku pandang lantai.. diam dan terus terdiam..

mungkin ada benda yang aku masih tak tahu lagi.. mungkin dirinya telah pun berpunya...

diam dan terus mendiamkan diri.. sehingga lah tanpa aku sedari, kedua-dua mereka telah pun hilang dari pandangan.. aku sedar yang LRT telah pun meninggalkan stesen Taman Paramount.. mengangkat wajah memandang ke hadapan.. mataku memerhatikan keadaan di luar tingkap sambil mula termenung..

aku rasa perempuan tadi tu kekasih dirinya...

bangun dari tidur.. lantas terus aku terfikirkan apa yang aku mimpikan tadi.. sewaktu mahu mandi, aku memandang cermin.. memandang lama... fikiranku masih lagi terbayangkan apa yang aku telah bermimpi.. tenung cermin dan terus merenung..

ada kemungkinan juga sebenarnya.. sebab aku sendiri tidak tahu dirinya yang sebenar..

di tempat kerja.. aku masih lagi terbayang-bayang akan mimpi itu.. tertanya-tanya apa akan jadi kalau benda itu betul-betul berlaku? aku akan rasa macam mana? kecewa? cemburu? termenung lagi.. kemudian aku pejamkan mata.. cuba tidak mahu memikirkan hal ini.. hirau dan terus menghiraukan..

hari itu, aku tidak turun di KL Sentral untuk menunggunya lagi.. di dalam LRT, mataku aku merenung pada papan tanda yang bertulis KL Sentral.. namun aku hanya terus memandang.. diriku tidak melangkah keluar seperti kebiasaanya.. lalu pintu LRT ditutup.. perlahan-lahan, LRT membawa aku jauh meninggalkan KL Sentral.. terdiam, aku tertanya-tanya kenapa kali ini aku tidak turun menunggu dirinya?




Day 118 : Tuesday, 10 September 2013

masih terfikirkan tentang kebarangkalian kalau dirinya telah pun berpunya, aku mula menanyakan pada diri aku sendiri..

kalau betul lah dia dah ada orang yang dia suka sendiri dan orang tu adalah seorang perempuan, patutkah aku rasa cemburu? tak patut kot.. aku sepatutnya rasa gembira.. sebab tu mungkin bermaksud yang dia adalah lelaki straight dan aku sepatutnya gembira kalau dia seorang yang straight.. aku patut gembira yang dia tidak terjebak dalam dunia songsang seperti aku ini.. siapa yang gembira rasai dunia macam ni??

terdiam, aku masih terus memikirkan hal ni..

lagi pun, aku selalu skodeng dia bukannya ada harap apa-apa dari dia pun.. aku tahu yang aku suka dia, but to be honest aku sendiri pun tak pasti apa yang harapkan dari dirinya.. yang aku tahu, aku suka perhatikan dirinya.. suka perhatikan wajahnya.. dia yang wujudkan 'kegilaan' ini.. mungkin aku telah pun jatuh cinta pada pandangan pertama.. tapi hakikat yang patut aku sedari juga, kalau kita jatuh hati pada orang itu, tak bermaksud dia ada perasaan yang sama terhadap diri kita.. barangkali, si dia telah pun ada cinta dia sendiri..

tersenyum nipis.. sedikit kelat..

mungkin aku cemburu dalam rela jika si dia sudah ada hati pada seorang perempuan..

Chill okay! kena happy selalu!! hahaha.. lagi pun ini semua tak pasti lagi kan?

seperti biasa, aku teruskan juga rutin kebiasaan aku.. kali ini aku turun semula di KL Sentral menunggu ketibaannya lagi.. jam menunjukkan pukul 5.27 petang.. aku dah berada di KL Sentral menunggu dari pukul 5.12 petang.. kena sabar menunggu sebab dia pasti akan datang kat KL Sentral lagi (kalau dia tak singgah pergi mana-mana lah)..

menunggu dan menunggu.. balik-balik memandang pada skrin telefon bimbit melihat jam.. dan balik-balik juga memandang pada eskalator untuk melihat kelibat si dia.. pukul 5.44 petang.. dari timbunan manusia yang menaiki escalator, aku dapat perhatikan si dia di sebalik timbunan tubuh manusia itu.. tersenyum, lantas aku terus berdiri untuk bersiap sedia masuk LRT pulang bersama-sama dengan dirinya lagi..

dia berdiri di belakang garisan kuning.. aku perlahan-lahan berjalan di kirinya.. LRT sampai.. orang berebut-rebut untuk masuk termasuk juga lah aku.. dia telah pun masuk.. aku pula masih lagi berusaha cuba untuk masuk...

tolak tepi, tolak kanan..

bersempit-sempit kiri, bersempit-sempit kanan..

lolos.. akhirnya aku berjaya masuk.. aku kini berada di ruangan antara dua coach LRT.. pandang ke hadapan.. Ya Allah!! terkejut aku.. tak perasan pula yang dia ada di depan mata..

ini terlalu dekat!

serta-merta jantung aku berdebar-debar.. serta-merta juga wajah aku berubah merah, menahan malu.. aku takut untuk terus memandang ke hadapan.. lalu aku pandang ke arah kanan.. LRT bergerak.. tiba-tiba aku terasa nak terjatuh.. baru perasan aku tak sempat nak berpaut pada mana-mana.. dek leka menahan malu sampai terlupa nak berpaut.. tangan aku dipegang.. seseorang telah menarik tangan aku dari terus terjatuh..

"terima kasih.." kata aku..

aku menoleh.. tergaman terus.. terkejut bila yang menahan aku dari terjatuh tu adalah dirinya..

"hati-hati.." katanya..

aku terdiam.. muka terus merah habis.. terus aku berpaling pada arah lain.. malu habis aku saat ini.. malu untuk memandang dirinya..

semakin jauh meninggalkan KL Sentral.. dan semakin menebal juga rasa maluku.. tubuh dah mula nak berpeluh.. malu sebab si dia betul-betul di depan aku di jarak yang dekat.. malu sebab tadi nak terjatuh dan si dia yang tolong tarik tangan aku.. bergerak dan terus bergerak.. sampai lah dia pergi dan aku telah pun sampai di Kelana Jaya..

di rumah, dalam bilik, aku terbayang-bayang kejadian tadi.. sambil berbaring di atas katil, aku tatap tangan aku.. tersenyum.. aku berbisik..

ianya hangat.. aku masih boleh rasa tangannya memegang tanganku..

pertama kali tubuh ini bersentuhan, aku tahu yang aku seakan 'lumpuh' seketika..

malam itu, aku tidur sambil memegang tangan aku yang telah disentuhnya...



Day 120 : Thursday, 12 September 2013

aku rasa apa yang telah terjadi semakin menguatkan lagi keterujaan untuk terus menanti dan pulang bersama dengan si dia lagi.. aku tahu aku malu dengan apa yang dah jadi beberapa hari lepas.. tapi aku tahu juga dalam rasa malu itu juga turut hadir perasaan suka.. dan kerana itu 'kegilaan' ini tidak pernah pudar malah semakin membara..

seperti hari kebiasaannya, aku akan menunggu si dia pada petang Khamis.. sabar menunggu sehingga lah dia sampai.. masuk di dalam LRT, si dia sedang berdiri di sebelah kanan aku jarak lebih kurang dua meter.. aku pula seperti biasa akan curi-curi pandang dirinya di sebalik timbunan tubuh manusia.. aku pandang wajahnya dan terus tersenyum.. memang aku tak pernah jemu untuk terus memandang wajah itu.. terleka memuji indahnya ciptaan dari Allah ini, tiba-tiba..

ops!!

terus aku mengalihkan pandangan.. muka menjadi merah lagi..

oh tidak! dia pandang aku lah pula!

dah mula rasa berpeluh..

tentu dia sedar yang aku ada pandang dia..

wajah dah semakin merah..

bawa bertenang! bertenang!

cuba berlagak biasa, aku pandang ke arah lain..

tapi aku mula rasa tak sedap hati.. jantung ini terus je berdegup dengan lebih kencang.. sesuatu yang buat aku menjadi lebih mengelabah. di sebalik pantulan cermin LRT di hadapan aku, dapat aku perhatikan yang si dia berterusan memandang ke arah aku..

cemas! hati dah tak tenteram..

kenapa dia terus pandang aku??

aku mula menjeling ke arah diri untuk memastikan kalau betul si dia memandang aku.. tak sampai satu saat aku dah larikan jelingan aku..

memang dia pandang aku lah! 

dari jelingan kurang dari satu saat itu, aku dapat tangkap si dia memandang ke arah aku dengan jelingan mata yang tajam..

macam mana ni? macam mana? habis lah kalau si dia sedar kalau aku skodeng dia!

cuba bertenang lagi.. sampai lah ke stesen Taman Paramount, akhirnya si dia telah pun melangkah keluar.. dia pergi, tapi aku sedar yang selama tempoh perjalanan tadi, dia terus memandang ke arah aku..



Day 125 : Tuesday, 17 September 2013

sedang menunggu si dia lagi di KL Sentral sejak pukul 5.09 petang tadi.. pada saat ini aku mula risau yang kalau-kalau si dia memang sedar aku selama ini ada skodeng dia dalam diam-diam.. kejadian tempoh hari membuatkan aku mula berasa teragak-agak. apa jadi kalau si dia sedar aku skodeng dirinya? tapi tu semua tak pasti lagi kan? dia pun tersedar aku pandang dia sekali tu je.. tu tak bermakna apa-apa.. mungkin selepas ini aku just perlu berhati-hati sedikit..

tapi...

aku mula bimbang.. entah lah.. aku just cuma start rasa lain macam je.. duduk termenung mula memikirkan hal ini..

maybe aku patut stop 'kegilaan' ini kalau benar yang dia dah realize tentang aku kot?

fikir dan fikir..

tapi terasa awal pula buat spekulasi macam tu.. aku rasa aku just patut berhati-hati dalam bab nak skodeng dirinya lagi lepas ni..

pukul 5.27 petang.. si dia telah pun muncul.. berdiri di belakang garisan kuning, si dia memandang ke arah landasan LRT.. aku pula kini berada lebih kurang 5 meter jauh di kanannya.. jarak yang lebih jauh sedikit berbanding kebiasaannya.. diam, aku pandang ke hadapan buat-buat biasa.. sesekali aku ada juga mencuri pandang ke arahnya.. aku lihat si dia macam tak sedar tentang aku ada di sekitar dirinya..

tenang, aku mula berlagak biasa.. tunggu dan terus menunggu ketibaan LRT seterusnya.. aku jeling lagi ke arahnya.. dia masih lagi memandang ke arah landasan.. alihkan pandangan semula.. memandang ke hadapan.. pandang lurus.. kedengaran bunyi LRT datang.. aku jeling lagi ke arahnya.. dia nampak tenang sahaja.. kemudian..

ops!!

cepat-cepat aku alihkan pandangan..

oh tidak! dia terperasan lagi!

serta-merta aku jadi cemas..

apasal kali ni bila aku pandang dia, dia macam sedar pula??

aku gementar.. aku takut nak pandang dia lagi.. LRT dah berada di depan mata.. aku jeling sekali lagi.. tak sampai satu saat aku dah alihkan pandangan..

dia memang sedang tenung aku lah!

yang pasti keningnya berkerut memandang aku.. cepat-cepat aku masuk ke dalam LRT.. kali ini aku masuk dalam coach berasingan dari dirinya..

dalam LRT jauh darinya, aku dah mula gementar,,,

memang sah dia tenung aku dan sedar aku ada pandang dia..

dah mula rasa tak sedap hati.. ini kali kedua aku rasa yang dia realize aku ada pandang dia.. ke selama ni dia memang dah tahu dah? tapi aku tak rasa macam tu..

aku rasa maybe dia tahu tentang aku sejak kes aku nak jatuh dalam LRT tempoh hari kot.. kejadian pun baru je berlaku.. maybe dia perasan, aku ni lah orang yang dia yang nak terjatuh dalam LRT tempoh hari.. kalau macam tu, aku jadi lagi malu lah..

berdiri, masih lagi terfikirkan tentang hal itu.. ini kali pertama sejak aku mengekorinya pulang bersama dalam LRT aku berada di coach LRT berasingan.. takut.. itu sudah pasti lah.. ini dah masuk kali kedua dia terperasan.. aku ingat dia takkan sedar lagi.. pandang-pandang dari jarak yang jauh ini, aku cuba-cuba melihat kelibat dirinya di coach sebelah sana.. tapi timbunan tubuh manusia telah menghalang pandangan aku.. pandang-pandang mencari kelibat dirinya, tapi dalam masa yang sama, hati agak was-was gak..

sampai ke beberapa stesen berikutnya, akhirnya orang dalam LRT dah semakin berkurang.. dan kini semakin jelas, aku boleh perhatikan dirinya di sebelah sana.. dia sedang berdiri.. memandang aku!

oh tidak! dia memang pandang aku lah!

tak berani untuk melihat dirinya, muka ku hanya merah, hati berdegup kencang.. untuk kali pertama aku mula jadi tidak selesa berada dalam satu LRT yang sama dengan dirinya.. jika dia terus memandang aku begitu, aku jadi tidak selesa.. diam.. tangan dah berpeluh dah..

sampai je ke Stesen Taman Paramount, akhirnya si dia mula melangkah keluar..

menarik nafas, dari jauh aku melihat dirinya di luar tingkap.. lega.. lega yang dia kini telah pun pergi..



Day 133 : Wednesday, 25 September 2013

aku dah mula berhenti dari melakukan 'kegilaan' yang biasa aku buat.. Khamis minggu lepas, aku dah mula doubt untuk melakukan kebiasaan ini.. aku takut kalau aku ekori dirinya lagi, dia akan sedar.. dan lepas tu dah tentu dia dah syak sesuatu kat aku.. dan memang pasti, dia dah dua kali sedar aku ada asyik pandang dia beberapa hari lepas.. aku tak nak lah, tak lama lepas tu dia sedar lagi.. aku rasa benda ni dah tak boleh jadi seperti biasa.. kalau dia terperasan kehadiran aku, biarpun masa tu aku tak skodeng dirinya, sudah pasti dia akan ingat tentang aku semula..

aku patut hentikan 'kegilaan' ini kot?

terdiam..

but.. aku dah mula rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.. bila aku dah berhenti buat 'kegilaan' ini seperti ada yang tak lengkap... mungkin aku sudah terbiasa melakukannya.. dan bila aku tak lagi tengok dirinya di depan mata, aku rasa seperti ada sesuatu yang hilang.. padahal baru je start tak nak 'jemput' dia di KL Sentral..

aku takut nak melakukan semula.. takut kalau dia perasan lagi.. dan fikir hal yang bukan-bukan.. atau aku sendiri yang sedang berfikir hal yang bukan-bukan?

okay.. dia sedar aku pandang dia.. dan dua kali dia sedar tentang hal tu.. tapi tu tak membawa maksud apa-apa kan? kalau aku perasan ada orang asyik pandang aku sebanyak dua kali, aku sendiri pun boleh fikir banyak benda..

apasal orang ni pandang aku?

budak ni lagi? tak sangka boleh jumpa dengan dia lagi..

kebetulan kot terserempak dengan dia ni... 

aku dah mula banyak benda bayangkan kalau aku jadi dirinya.. fikir, sudah tentu aku pun boleh fikir banyak benda kalau ada orang tu asyik pandang kita.. mungkin kebetulan je jumpa.. baru je dua kali sedar orang pandang, tak membawa maksud apa-apa.. eh! tak! tiga kali sebenarnya.. campur waktu dia tahan aku dari nak jatuh.. for sure dia akan ingat benda tu.. then, fikir,

eh, budak ni lah yang aku tolong hari tu..

so..

tu tak bermakna dia tahu yang aku suka pada dirinya!! hahahaha.. kan? kan? kan?

dah mula timbul rasa keyakinan diri..

tapi..

terdiam lagi..

dia memang pandang aku tak putus-putus pada tempoh hari.. mata dia.. mata yang dia yang memandang aku.. sukar untuk aku terjemahkan.. hurmm...



Day 140 : Wednesday, 2 October 2013

baru je seminggu aku 'rehat' dari melakukan 'kegilaan' yang biasa aku buat.. hati aku dah mula rasa rindu dah.. aku dah rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam hidup aku bila aku tak lagi 'menjemput' dirinya di KL Sentral.. semakin kerap aku asyik tatap wajah dirinya pada album gambar di telefon bimbit aku, tapi benda tu tak cukup untuk melepaskan rindu.. aku teringin nak tatap dirinya lagi.. teringin nak lihat dia di depan mata aku lagi.. tapi, dalam masa yang sama, aku sebenarnya rasa takut.. aku takut kalau aku buat benda ni lagi, then dia sedar, lepas tu benda ni dah jadi kerap berlaku, lalu dia tentu akan rasa sesuatu.. fikir, "apasal aku selalu je jumpa dengan mamat ni? tentu benda ni bukan hanya satu kebetulan.."

aku dah fikir yang dia mungkin akan fikir macam tu.. lambat-laun memang akan jadi macam tu lah.. awal-awal mungkin dia tak kisah sangat, tapi lama-lama tentu dia akan suspect ada sesuatu yang tak kena.. kalau aku pun akan rasa macam tu..

so, macam mana sekarang??

berada di KL Sentral sedang menanti si dia, aku kini berada di jarak yang lebih jauh dari kebiasaanya.. aku duduk di kawasan hujung ruangan menunggu.. tapi dalam masa yang sama mata meliar-liar mencari kelibat dirinya..

ternampak si dia, aku dah mula senyum sendiri.. dapat juga rindu ini terubat bila melihat si dia.. tapi kali ini aku hanya boleh melihat si dia dari jarak yang jauh.. si dia sedang berdiri di belakang garisan kuning.. sampai sahaja LRT, si dia masuk, aku pun masuk.. cuma kali ini aku masuk di coach berlainan yang jauh sedikit darinya..

bergerak, LRT mula meninggalkan KL Sentral.. sesak dengan tubuh manusia, aku tidak mampu melihat si dia di ruangan yang satu lagi.. bila masa orang dah semakin berkurangan, aku pun dah boleh melihat si dia di ruangan sana.. dari jauh, aku tersenyum..

mungkin sekarang, aku dah tak boleh nak duduk dekat-dekat dengan dia kot.. nanti dia perasan..

biar dari jauh, tapi aku dah rasa gembira biar pun tak boleh berdekatan dengannya, asalkan aku boleh melihta dirinya di depan mata.. aku rasa hari ini, dia tidak perasan yang aku ada di satu sudut memerhatikan dirinya..



Day 141 : Thursday, 3 October 2013

dah rasa kurang was-was sikit.. aku fikir, aku masih boleh lagi teruskan 'kegilaan' ini asalkan aku kena berhati-hati.. jangan buat dia sedar sudah lah.. macam semalam, formulanya, aku kena berada di jarak yang lebih jauh.. kalau dekat-dekat, nanti dia perasan.. jadi, aku dah rasa yakin sikit untuk 'menjemput' si dia lagi biar pun aku hanya boleh tengok si dia dari jauh, asalkan aku tengok dia pun dah cukup dah..

sedang berada di dalam LRT, si dia berada di coach yang berasingan.. aku pula di tempat lain.. seperti biasa, di antara jarak kami berdua akan ada himpunan tubuh manusia yang memisahkan dan menghalang pandangan dari aku boleh melihat si dia di ruangan sana.. jadi, pada saat ini aku hanya kena sabar menunggu.. bila dah kurang orang, baru lah aku boleh tengok si dia..

terdiam, aku dah mula termenung.. lama juga lah aku termenung, sampai aku tak perasan orang ramai dalam LRT dah pun mula berkurang..

kemudian..

ada seseorang duduk di sebelah aku.. tapi aku pula masih lagi termenung..

jadi tenang.. menghirup nafas.. ada bau..

bau ini.. macam familiar je..

menghirup lagi..

oh tidak!!

dup.. dup.. dup..

serta-merta jantung dah mula berdebar-debar..

aku tengok bawah.. pandang kasut..

dup.. dup.. dup...

macam kenal..

telan liur aku dibuatkan.. dah mula rasa cuak..

dup.. dup.. dup..

perlahan-lahan aku cuba menjeling ke arah orang yang duduk di sebelah aku ni.. tak sampai satu saat, aku terus melarikan pandangan

memang sah! memang dia lah!

terus berpeluh.. mengeletar.. cuak.. diri dah tak terkawal..

aku pasti yang dia ada kat coach satu lagi, jauh kat sebelah sana.. tapi macam mana dia tiba-tiba boleh ada kat sini??

jeling-jeling kat tempat lain.. ada banyak tempat duduk kosong.. tapi apasal dia duduk sebelah aku juga??

aku cuba jeling dirinya lagi.. perasan yang dia pun sedang menjeling ke arah aku, tapi serta-merta dia melarikan pandangan..

muka aku dah terus jadi merah.. entah kenapa aku terus rasa malu.. terdiam.. mengeletar.. memang cuak habis.. nak je aku lari tempat itu.. tapi kaki aku dah macam kaku tak dapat nak bergerak dah..

"ada orang tu suka jeling banyak kali, dan saya sedar hal ini dah lama.." tiba-tiba dia bersuara tanpa memandang ke arah aku..

terus tergamam..

"tapi tertanya-tanya lah pula.. kenapa minggu lepas dah tak jumpa dengan budak tu.. sekarang baru saya tahu.. dia ada je.. tapi jauh sikit.." dia berkata lagi..

aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dah.. memang saat ni aku dah kaku habis..

tiba-tiba si dia menjadi senyap.. dia memandang lurus ke hadapan, aku pula tundukkan wajah.. LRT terus bergerak.. sehingga lah sampai ke Stesen Taman Paramount si dia pun mula melangkah keluar.. aku pula kekal kaku diam membisu seperti tidak percaya apa yang dah berlaku tadi..



Day 148 : Tuesday, 8 October 2013

sekarang aku dah tahu dia selama ini sedar yang aku selalu perhatikan dirinya.. dia sedar yang aku ada bersama dirinya, 'menjemput' dia untuk pulang bersama-sama dalam satu LRT.. dan persoalan yang timbul pada diri aku sekarang adalah macam mana dia boleh tahu? sejak bila? dah lama ke dia sedar hal ni.. memikirkan hal ni, aku dah jadi malu-malu.. aku dah segan pada diri aku sendiri.. dah mula fikir hal yang bukan-bukan.. fikir, mesti dia fikir aku ni orang gila yang asyik ekori dia je tak jemu-jemu.. mesti dia sudah menyampah dengan aku..

sejak bila dia dah tahu?? bagaimana?

persoalan itu kerap bermain di fikiran aku sejak hari ini.. tanda tanya yang aku betul-betul ingin tahu.. aku ingat, selama ni dia just sedar aku skodeng dia beberapa kali je.. but.. sekarang.. aku pun tak tahu nak cakap apa lagi dah.. speechless!! speechless habis lah..

baru sekarang aku nak buat refleksi diri cuba fikir tentang apa yang aku dah buat ni betul ke tak betul.. dia fikir apa tentang aku? dia rasa aku macam mana bila dia dapat tahu hal ni? mesti dia fikir aku ni orang giler kan? tak begitu?

hurmmm...

tapi hari ini aku gagahkan diri juga biarpun aku malu (tapi masih mahu).. aku tak sangka yang aku masih juga turun di KL Sentral untuk 'menjemput' dirinya lagi.. sudah tentu aku ni jenis yang tak tahu malu kan? bebal sangat, nak juga buat lagi..

tunggu dan tunggu.. sampai dah pukul 6.30 petang dia tak muncul-muncul juga..

mana dia ni?

tunggu sekejap lagi.. sampai lah pukul 7.00 malam.. tapi si dia tak muncul-muncul juga..

mungkin dia ada singgah kat mana-mana dulu kot.. hurmm..

hampa, akhirnya aku pulang bersendirian...



Day 162 : Tuesday, 22 October 2013

dah lebih seminggu sejak kejadian dalam LRT tempoh hari, aku masih juga setia menunggu si dia di KL Sentral.. tapi entah kenapa dalam tempoh ini, biar pun seberapa lama aku menunggu, si dia tidak lagi muncul-muncul di KL Sentral.. hal ini membuatkan aku mula berasa tidak hati.. mula tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba je dia takde lagi singgah di KL Sentral?

awalnya aku sedapkan hati aku mungkin dia ada singgah kat mana-mana, sebab tu dia tak balik pada waktu kebiasaannya.. awalnya aku fikir begitu lah.. tapi sekarang bila hitung hari, kenapa tiba-tiba je dia tak pernah nak datang lagi? kalau betul pun dia ada hal, takkan lah setiap hari biasa dia sepatutnya ada, tapi tak muncul-muncul juga..

dan hal ini membuatkan aku mula fikir benda lain.. semua jadi selepas bila dia duduk tepi aku lalu bercakap kata yang dia sedar aku ada skodeng dirinya.. lepas hari tu, esoknya aku menunggu, dia dah tak datang lagi di KL Sentral.. aku sabar tunggu lagi.. hari-hari seterusnya, aku setia menunggu.. tapi dia memang dah tak aku jumpai lagi dah.. hal ini yang buat aku tertanya-tanya..

dia dah benci aku kot?

perkara ini yang mula bermain di fikiran aku..

mungkin dia benci aku.. rasa 'geli' kat aku.. ya lah.. aku lelaki.. dia pun lelaki.. dah tu, aku suka pula skodeng dia kan.. tentu lah dia rasa macam tak suka..

aku terdiam..

pada saat ini, aku sedang duduk di ruangan menunggu LRT di KL Sentral lagi.. jam dah menunjukkan pukul 7.23 malam.. aku dah ada kat sini duduk menunggu si dia sejak pukul 5.15 petang lagi..

dia benci kat aku.. dia cuba hindari aku...

aku mula buat spekulasi.. tapi memang ada benarnya juga.. boleh jadi macam tu kan? mesti dia cuba nak lari kan diri dari aku.. kata-kata tempoh hari waktu dia bercakap dengan aku tak lama dulu, mungkin tu tanda peringatan yang aku sepatutnya jangan ekori dia lagi kot.. entah.. aku tak tahu..

aku tak kenal dia sangat pun.. peribadi dia macam mana.. dia boleh terima ke orang macam aku ni? dan lagi, aku pun tak boleh nak tahu apa yang dia fikirkan tentang aku.. benci? itu yang aku fikirkan.. hati aku kuat mengatakan begitu lah..

entah.. aku pun tak tahu..



Day 178 : Thursday, 7 November 2013

di KL Sentral lagi.. aku tak tahu yang aku masih lagi setia berada di sini menunggu si dia... namun, seberapa lama pun aku menunggu, si dia tidak lagi pernah muncul di KL Sentral seperti hari-hari kebiasaanya.. tapi, rutin aku masih juga sama, berada di sini dalam jam pukul 5.00 petang, menunggu, dan setia menanti kehadiran dirinya.. cuma yang bezanya sekarang, si dia dah tak lagi muncul.. aku kini keseorangan.. dalam tempoh ini aku dah mula rasa kekosongan.. ketiadaan dirinya secara tiba-tiba membuatkan aku cukup tidak bersedia untuk mengisi rasa kekosongan di hati ini..

tunggu dan terus menunggu.. tapi si dia tidak juga muncul..



Day 190 : Tuesday, 19 November 2013

kenapa dia tak muncul?

kenapa dia tak datang lagi?

kenapa? 

kenapa dia dah macam cuba larikan diri dari aku?

kenapa?

persoalan itu terus muncul di minda aku..

aku terus setia menunggu.. biar pun kini dia dah tak lagi muncul-muncul..



Day 198 : Wednesday, 27 November 2013


memandang pada gambar-gambar si dia dalam telefon bimbit aku.. satu-persatu aku perhatikan.. aku mula tersenyum.. mula mengimbau semula tentang apa yang aku pernah lakukan selama ini.. mula mengingati semula di saat pertama kali aku jumpa dengan dirinya.. dia adalah seorang random stranger yang aku kenal beberapa minit, dan aku fikir, dia akan hilang dari ingat selepas itu.. tapi hakikatnya, aku bertemu dengan dirinya semula.. seakan takdir.. aku rasakan begitu lah.. bukan sekali, tapi kerap kali bila aku bermain dengan persoalan takdir, jawapannya aku dapat bertemu dengan dirinya lagi.. sebab itu aku rasa dirinya istimewa.. seakan ada takdir yang ditentukan dalam jodoh pertemuan kami berdua..

tersenyum lagi.. mengingati saat-saat ketika aku cuba merakamkan memori aku bersama si dia.. tidak jemu-jemu menjemput dirinya di KL Sentral.. biar pun hanya seketika, biar pun aku fikir yang dia tidak aku ketahui, tapi ia adalah sesuatu yang indah.. biar pun tanpa balasan, yang penting biar aku sendiri yang gembira..

menghafal segala pakaian yang dia biasa pakai.. bau minyak wanginya cukup aku kenali.. memori aku dengan dirinya mungkin tidak banyak.. lokasinya hanya terhad.. dalam LRT.. hubungan yang bisu.. tiada suara, hanya mata yang memerhati.. perasaan malu-malu.. aku tahu, memori ini adalah terhad kerana aku sendiri tidak mengenal dirinya.. namanya siapa? orang dari mana? umurnya berapa? dia suka apa? dia benci apa? aku tidak tahu.. aku sedar, aku hanya kenal dirinya mungkin sebanyak satu peratus sahaja..

kenangan ini mungkin sikit.. tapi, bila kenangan ini hanya sedikit, kita akan belajar bagaimana untuk menghargai setiap satu kenangan ini sepenuhnya.. kita belajar menghargai, bila kita tidak memiliki..

air mata mengalir..

pertama kali, tanpa aku sedari yang setitis air jernih mengalir dari mata aku..

mungkin ini lah pengakhirannya..

aku rindu..

aku rindu pada dirinya...

diam, aku kekal juga menanti si dia, biar pun dia mungkin takkan muncul kembali..




Day 213 : Thursday, 12 December 2013

pasrah.. dah cukup lama dia tidak lagi muncul.. aku hampir menyerah kalah.. aku mula terima kenyataan yang dia mungkin sudah pergi dari aku..

mungkin aku patut hentikan semua ini.. terima lah kenyataan, semuanya telah berakhir..

terdiam.. aku menunggu si dia untuk entah buat keberapa kali..



Day 219 : Wednesday, 18 December 2013

ada yang mengatkan cinta itu boleh membuatkan orang sanggup melakukan apa sahaja.. cinta itu mampu merubah perilaku seseorang.. cinta itu ada pelbagai jenis.. dan untuk jatuh cinta, adakalanya hanya satu saat diperlukan untuk membuatkan seseorang itu jatuh cinta.. perasaan itu wujud, cuma waktu yang menanti untuk seseorang itu menyedari akn wujudnya perasaan itu.. orang kata, ini lah cinta pandang pertama.. hanya satu saat diperlukan untuk mewujudkan perasaan itu pada hati manusia.. tapi, kadang-kadang, perasaan itu akan berbaur.. sama ada ia adalah hanya sekadar perasaan suka, tertarik seperti yang biasa manusia rasakan.. maka, saat itu, kita tertanya-tanya tentang persoalan perasaan ini.. betul kah ini cinta? betul kah aku cinta padanya?

waktu berlalu.. dari 15 Mei aku temukan dirinya sehingga lah sekarang.. cukup berbulan-bulan lamanya tapi perasaan itu masih juga hadir di hati aku.. tidak jemu-jemu.. aku sentiasa menanti, biar pun kini dia tidak lagi pernah kembali.. maka, boleh kah aku klasifikasi kan perasaan ini sebagai cinta?

aku tidak tahu.. sungguh aku kabur.. yang pasti, dia buat aku jadi 'gila'.. dia buat aku teruja.. dan dia juga lah yang mampu membuatkan aku kekal dengan 'kegilaan' ini..

tapi, kadang-kadang semuanya akan berubah.. satu lembaran baru harus dibuka.. ada perkara yang kita tidak mahu lupakan, namun ia adalah sesuatu yang harus kita tinggalkan.. hidup haru diteruskan.. hati kena harus terima penolakkan..

terdiam.. saat ini aku duduk di ruangan menunggu LRT di KL Sentral.. mendongak ke atas, tersenyum.. aku cuba imbau kembali apa yang dah jadi selama ini...

memenjamkan mata.. pandangan menjadi gelap.. hanya kedengaran bunyi bising orang ramai di sekitar aku..

"tengah tunggu seseorang ke?"

ada suara kedengaran

aku berkerut dahi..

"boleh saya duduk di sebelah?"

suara itu lagi..

aku buka mata.. perlahan.. aku pandang..

tergamam..

"tempat ni dah jadi rutin awak kan.. tak sangka yang awak masih tak jemu.." kata dia sambil memandang ke hadapan..

".. awak macam mana sekarang? sihat?" katanya lagi.. dia pandang aku.. tersenyum..

".. nama saya Adam.. nama awak pula apa?" tanya lagi sambil tanganya kini menghulurkan salam kepada aku..

aku kaku, masih tidak percaya yang dia sedang bercakap di depan mata aku..

"Ash.. Ashraf.." gugup, aku tak boleh nak bercakap dengan betul..

salamnya aku balas.. terketar-ketar tangan aku di saat aku membalas salam tangannya itu..

"hehehe.. gugup? rileks lah.. salam je pun kan?" dia tersenyum.. manis..

muka aku dah jadi merah habis..

LRT datang.. orang ramai mula berpusu-pusu masuk..

"jom.. mahu masuk bersama? pulang seperti kebiasaannya?" ajak dirinya..

tersenyum.. akhirnya aku mampu menganggukkan kepala..




panas.. hangat yang menyenangkan.. 
salaman tangan darinya, masih aku boleh rasakan kehangatannya....





-TAMAT-












# okay.. citer ni kata based on true story kan? but actually, untuk part last ni lagi banyak yang dibuat-buat based on imaginasi aku daripada kisah sebenar sebab, kalau yang betul sebenarnya aku pun tak tahu apa yang jadi pasal mamat yang suka skodeng lelaki dia suka kat LRT, balik sama-sama... sebab kita orang dah lost contact.. jumpa dia kat PR.. so, aku pun dah tak tahu apa jadi pada dia sekarang.. so, kiranya Part 3 ni banyak yang ditokok tambah lah.. tapi memang benar lah actually dalam true story pun lelaki yang dia disukai tu tahu yang dia telah diskodeng..


# sebenarnya waktu aku plan tulis citer ni, aku plan nak hantar citer ni kat web Penulisan2u.. hantar bagi kategori cerpen.. bagi orang (straight) baca.. then nak tengok apa riaksi mereka.. but then, aku tak rasa citer ni macam satu cerpen sebab macam panjang kalau nak jadi cerpen seperti cerpen yang ada kat dalam web tu.. entah.. aku pun tak tahu nak hantar citer ni ke tak.. sebab was-was gak sebenarnya.. sebab komen-komen kat sana bukan main pedasnya.. walaupun citer straight biasa pun banyak komen pedas.. (perempuan pula tu yang dok komen pedas-pedas.. kalau lelaki, aku tak hairan sangat lah).. kalau aku hantar citer ni, lagi lah akan ada komen pedas tu.. so, sekarang, aku pun tak pasti nak hantar ke tak.. sebab even dalm Part 1 dan Part 2 pun orang dah ada komen macam-macam.. kalau aku hantar, aku sure akan edit banyak gaya bahasa sebab Part 1 dan 2 banyak rojak sangat.. english.. BM... takut yang konservatif ni tak leh terima.. kena ikut standard bahasa gak..

Wednesday 12 February 2014

Melayu-Brunei



kali ni aku nak tulis tentang orang Melayu Brunei.. kenapa je tiba-tiba nak tulis hal ni?? sebab waktu aku nak fly dari Kota Kinabalu, Sabah nak gi KLIA, dari atas kapal terbang tu, nampak lah ada banyak kampung yang didirikan di atas air di sekitar KK dari atas.. banyak giler kot.. bila teringat pasal kamung atas air or selalu dipanggil kampung air ni, memang agak sinonim dengan masyarakat melayu Brunei yang suka buat rumah atas air..

okay, siapa mereka yang dipanggil melayu Brunei?? orang melayu Brunei ni macam orang Siam lah.. kenapa? kalau kita cakap orang Siam, tak semestinya mereka orang Thailand, tapi kat Malaysia pun ada gak.. so, sama gak lah dengan melayu Brunei orang kadang-kadang just dipanggil orang Brunei, mereka tak semestinya orang warganegara Brunei je, tapi turut refer masyarakat melayu di sekitarnya seperti di Sarawak, Sabah dan Labuan.. 

macam aku lah.. aku pun orang melayu Brunei gak.. tapi aku orang Sarawak, Malaysia.. bukan orang warganegara Brunei pun.. even waktu RTM datang kat kampung aku, orang-orang kampung suka sebut "kami ni orang (melayu) brunei.." entah.. tak tahu kenapa orang suka nak tambah perkataan 'brunei' tu.. even kat Sabah pun selalu juga orang cakap macam ni "Kau bangsa apa?" "aku orang Brunei.." tak pun orang cakap macam ni lah "aku orang melayu brunei.." ingat lagi waktu aku pergi muzium di Sabah pun, orang kat muzium tu ada tunjuk sambil cakap, "ini lah contoh pakaian baju pengantin orang (melayu) brunei.." macam nak tekan kan yang perlu nya disebut perkataan Brunei tu gak.. walaupun actually nationality bukan warganegara Brunei pun.. seolah-olah macam satu bangsa lain pula.. macam kat Kalimantan, Indonesia.. ada kaum Banjar.. tapi actually orang Banjar ni pun satu kelompok melayu gak.. kadang-kadang di sebut orang melayu banjar.. tapi kerap disebut sebagai kaum Banjar sahaja.. walaupun actually Banjar tu sebahagian dari melayu.. sama lah orang melayu Brunei.. hanya disebut sebagai kaum Brunei.. tapi actually kaum Brunei tu pun sama masuk dalam golongan Melayu gak.. 








so, tak kira lah melayu brunei yang tinggal di Brunei, Sarawak, Sabah or Labuan pun, bagi aku ada persamaan yang membuatkan mereka ni unik berbanding melayu lain.. selain dari bahasa pertuturan yang berbeza, iaitu dialek Melayu Brunei (yang aku pun cakap guna bahasa ni.. Melayu Sarawak aku tak pandai sangat, walaupun aku orang Sarawak) orang melayu brunei ni yang aku perasan lah, mereka suka tinggal atas air.. banyak perkampungan mereka didirikan atas air.. even kampung aku pun lebih kurang macam tu.. 

misalnya cuba tengok kat gambar ni semua.. ini antara perkampungan atas air di Brunei, Sarawak, Sabah dan Labuan yang menjadi tempat tinggal khususnya orang melayu Brunei itu sendiri...











so, adalah orang ramai akan rasa amaze bila tengok keadaan macam ni sebab pertama kali tengok kampung macam ni.. tapi bagi aku lah, benda ni dah jadi common untuk aku.. permandang macam ni tak asing bagi aku.. and sangat jarang dilihat ada di Semenanjung (aku rasa takde kot).. aku pun dah biasa pergi tempat-tempat macam.. so, aku sesaje nak share culture orang (melayu) brunei ni.. sebab aku sendiri pun orang (melayu) brunei gak (tapi warganegara Malaysia).. 























and satu benda lagi yang bagi aku sinonim dengan masyarakat (melayu) brunei ni, tak kira lah orang brunei yang di Brunei, Sarawak, Sabah or Labuan ke, ialah makanan tradisi mereka yang dipanggil sebagai 'ambuyat'.. kiranya ambuyat ni adalah makanan 'signature' orang brunei lah.. apa benda tu sebenarnya? ambuyat ni sebenarnya adalah dari tepung sagu yang dituang dengan air panas, digaul kemudiannya menjadi seakan satu gam yang melekit.. memang melekit kalau terkena kat jari pun jadi rimas.. so, kita orang makan dengan penyepit yang dipanggil 'candas'.. lebih kurang macam chopstick tapi candas ni hanya satu kayu yang dilengkukkan.. tak macam chopstick guna dua batang yang terpisah.. ambuyat ni adalah makanan pengganti nasi.. maksudnya, kalau takde nasi, makan dengan ambuyat.. or ada yang cakap, kalau makan ambuyat, jangan pula makan nasi.. and then disertakan juga dengan 'cecah' yang ada perlbagai jenis.. ada yang masam, pedas, manis dan sebagainya.. then ambuyat yang 'digulung' dengan candas tadi pun dicecahkan pada cecah yang ada.. lalu ditelan terus (bukan gigit/kunyah) bila nak makan..  kalau dah makan ambuyat ni, kita orang makan tak guna sudu atau tangan lagi.. kita orang makan guna candas iaitu (penyepit).. so, kalau nak ambil sayur semua pun guna candas (penyepit).. ikan pun makan dengan candas.. usually makanan yang dihidangkan bersama ambuyat adalah makanan yang senang kita nak makan guna penyepit candas tu.. bukan seperti ayam, misalnya.. sebab susah nak kepit.. kalau nak bayang macam mana keadaannya, bayang macam mana orang cina makan guna chopstick.. 



















tiba-tiba aku post pasal budaya pula kali ni.. hahaha.. ye lah.. lain tempat, lain budaya.. so, aku pun nak share juga budaya orang aku sendiri...



populasi kaum (melayu) brunei..




Monday 3 February 2014

The Secret Admirer (Part 2)





The Secret Admirer
(Part 2)





Day 10 : Friday,  24 May 2013

hari ni Hari Wesak.. kebanyakkan orang akan bercuti.. tapi aku still bekerja pada hari ini.. berkerja shift malam.. pada waktu pagi itu aku masih lagi terbayangkan apa yang dah jadi semalam mengenai mamat hensem yang aku jumpa.. masih sukar percaya, aku tak sangka yang aku boleh berjumpa dengan dia lagi.. seakan takdir, aku rasakan begitu lah.. 

semalam, aku membuat pertaruhan sama ada kalau aku akan jumpa lagi, aku rasa memang ada takdir antara kami berdua.. aku pilih LRT yang betul.. dan memang benar dia ada di dalam LRT itu.. sudah tentu aku rasa ia adalah satu keajaiban.. satu takdir yang aku akan bertemu dengan dia lagi.. dan aku rasa itu bukan lah kali terakhir aku dapat bertemu dengan lelaki itu.. hati ini mengatakan, aku akan bertemu dengan dirinya lagi..

tapi hari ini aku berasa agak kecewa.. alasannya kerana aku kena bekerja pada waktu malam.. aku percaya, yang lelaki itu akan menaiki LRT lagi pada hari ini dalam tempoh pukul 5.00 petang lebih.. tapi aku hanya akan dapat pulang pada pukul 10.00 malam.. jadi sudah tentu hari ini aku tidak dapat menemukan dirinya..

bersabar, aku bisikkan pada hati..

mungkin bukan hari ini... mungkin pada hari yang akan datang..




Day 11 : Saturday, 26 May 2013

kerja shift malam lagi.. entah kenapa aku mula sedikit merungut apabila aku kena bekerja pada shift malam.. ianya adalah satu perasaan yang tidak sabar-sabar menunggu hari yang aku akan menemukan dirinya lagi.. but then, tiba-tiba aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri..

hei! kenapa aku excited sangat dengan mamat ni? bukan ke dia hanya sekadar seorang random stranger yang aku sendiri pun tak kenal dia tu siapa?

ha ah.. memang betul lah kan? aku sendiri pun tak kenal sangat yang dia tu siapa.. jumpa pun sekali tu je.. maksud aku berjumpa waktu bertentangan mata lah.. but aku tak leh nak nafikan yang aku dah mula rasa teruja.. ye lah, apa yang dah berlaku tempoh hari macam satu keajaiban.. dapat aku rasakan yang ada banyak benda yang akan berlaku nanti.. aku rasa ini hanya lah baru satu permulaan..

pada waktu malam, aku sedang berada di dalam LRT menuju ke Stesen Kelana Jaya.. termenung seketika.. aku hanya memandang pada permandangan di luar tingkap yang dah pun gelap..

'stesen berikutnya, Taman Paramount... next station, Taman Paramount..'

aku tatap pada papan tanda nama stesen.. pandang dan pandang..

oh well.. kita tunggu dan lihat je nanti, apa yang akan berlaku...




Day 12 : Sunday, 27 May 2013

cuti.. aku tak kerja hari ni.. asalnya aku malas nak pergi ke luar rumah.. mahu duduk dalam rumah je.. Rizal, housemate aku ada ajak aku untuk makan kat luar.. dia pun tak kerja hari ni.. aku hanya bersetuju.. then kami berdua pun keluar makan di gerai mamak yang berdekatan..

pukul 2.00 petang.. aku dah kembali di rumah.. baring-baring di atas katil.. buat aktiviti kegemaran aku masa nak rileks-rileks macam ni.. buat apa? main game of course.. aku main Candy Crush lagi.. main dan main.. but then lepas tu aku dah mula rasa letih asyik berbaring je.. aku bangun dari katil.. aku memandang keluar tingkap.. (kita orang tinggal di rumah flat).. then aku termenung seketika.. dagu bersandar pada tangan.. terasa syok pula merasa tiupan angin bayu yang sedap hari ni.. hampir terlelap aku dibuatknya.. but then, suddenly aku mula terfikir tentang sesuatu.. tiba-tiba aku teringat tentang mamat hensem tu..

agak-agak dia naik LRT lagi tak hari ni? but aku rasa yang dia macam cuti gak hari ni..

aku berfikir.. cuba untuk mengagak kalau-kalau dia kerja hari ni or tak..

hurmm.. maybe dia pun tak kerja hari ni.. aku pasti.. dia tak kerja hari ni..

aku baring atas katil.. cuba untuk melelapkan mata..

but entah kenapa, pada pukul 3.00 petang, aku keluar rumah lalu ambil LRT menuju ke Pasar Seni.. sampai je di sana, aku pun tak tahu nak tuju ke mana.. so, aku putuskan untuk jalan-jalan di Petaling Street dan area yang berdekatan.. dari Petaling Street aku berjalan kaki ke Masjid Jamek.. solat Asar di sana.. then dalam pukul 5.00 petang aku ambil LRT dari Masjid Jamek lalu pulang ke Kelana Jaya..

kenapa aku keluar rumah hari ni? ke sebab aku nak jumpa lelaki tu lagi??

aku terdiam.. dalam LRT, aku hanya memerhatikan orang sekeliling aku.. sampai je ke Stesen Taman Paramount, aku pun jeling-jeling keadaan di luar.. tercari-cari kalau lelaki tu akan turun di sana lagi.. tapi.. hampa..

pintu LRT ditutup, LRT mula menuju ke stesen berikutnya sehingga sampai ke stesen terakhir di Kelana Jaya..

i think, dia memang tak kerja hari ni lah.. or aku je yang tersalah ambil LRT??

hurmmm....




Day 13 : Monday, 28 May 2013

aku angau ke apa ni? apasal aku asyik terfikirkan tentang lelaki tu lagi ye?

entah.. aku tak tahu hari ni aku rasa yang aku dah jadi lain sikit.. aku kerja macam biasa.. kerja shift malam.. ada banyak juga lah lelaki hensem yang datang ke kedai aku.. tapi sekarang ni aku just pandang mereka biasa-biasa je.. dah takde dah excited sangat macam dulu-dulu.. sekarang ni aku rileks je.. another random strangers yang hensem-hensem.. mereka datang cuma seketika dalam hidup kita, lepas tu dah blah dari hidup kita.. cuma sekarang ni keterujaan tu dah semakin kurang dah..

entah kenapa, aku seperti tak sabar menunggu hari esok..

angau ni sekejap je kot.. lepas tu hilang lah nanti lah kot..




Day 14 : Tuesday, 29 May 2013

okay.. hari ini aku nak cuba main teka-teka takdir aku.. hari ini aku kerja shift siang.. jadi, aku dah mula teruja nak main teka-teka takdir ni.. nak tahu sama ada aku akan ada luck seperti tempoh hari ke tak.. dapat kah aku jumpa lelaki tu lagi? well, kita tunggu dan lihat je.. tunggu dan tunggu.. aku kerja seperti biasa.. dah masuk pukul 5.00 petang, terus aku mempercepatkan langkah kaki aku menuju ke stesen LRT..

berada di bahagian menunggu, aku lihat sudah ada LRT yang tiba.. namun aku biarkan sahaja LRT tu berlalu.. bermain dengan luck.. adakah aku akan bertuah seperti tempoh hari? aku biarkan LRT tadi tu pergi.. but aku pun tak pasti sama ada tindakkan aku itu betul atau pun tak.. dia mungkin sahaja naik LRT itu.. aku bertaruh pada nasib aku..

LRT yang seterusnya pun datang.. aku pun mula tertanya-tanya kalau aku patut naik LRT ni lagi? masalah nya sekarang macam ni, aku tak tahu yang lelaki tu turun LRT dari stesen mana.. adakah sebelum stesen LRT Pasar Seni atau pun tak.. kalau sebelum ni, sudah pasti dia sudah pun berada di dalam LRT sebelum aku masuk.. dan mungkin aku dah boleh lihat dia dari luar LRT bila LRT tu sampai.. tapi kata hatiku kuat mengatakan yang dia turun selepas LRT Pasar Seni.. sebab biasanya aku tak jumpa dia bila aku mula-mula masuk LRT sebelum ni.. bila aku dah masuk, singgah beberapa stesen, baru aku nampak dia..

aku pandang LRT itu.. patut kah aku masuk LRT ini? tengok jam pada handphone.. terasa macam masih awal sangat.. dia mungkin masih dalam perjalanan naik ke stesen LRT.. lalu aku biarkan sahaja LRT itu berlalu..

okay.. tunggu LRT yang seterusnya pula..

LRT ketiga sampai.. aku mula masuk.. tapi hatiku masih berasa was-was kalau lelaki itu akan naik LRT yang ini.. pintu ditutup, lalu LRT pun mula meninggalkan stesen Pasar Seni.. aku jeling-jeling juga lah keadaan sekeling.. kot-kot ada dia.. tapi takde..

mula menuju Stesen KL Sentral.. pintu dibuka.. aku mula berdebar-debar.. entah kenapa aku kuat rasakan yang dia akan turun dari KL Sentral.. aku pandang-pandang keadaan di luar.. tercari-cari kelibat si dia.. pandang kiri, pandang kanan.. pandang orang yang dah mula beratur nak masuk LRT.. pandang dalam LRT kalau dia dah ada di dalam.. tapi tiada.. merasa hampa hati aku.. pintu LRT ditutup.. LRT mula meninggalkan KL Sentral perlahan-lahan..

tapi hati aku rasa was-was.. macam rasa ada sesuatu yang tertinggal.. aku masih memandang keadaan di luar.. kot-kot dia baru je nak datang.. LRT bergerak, tapi mata aku tetap tercari-cari dia di luar sana..

mula menjauh.. tiba-tiba aku mula terlihat kelibat susuk tubuh yang menarik perhatian aku yang baru sahaja sampai di ruang menunggu..

oh tidak!! lelaki tu lah!!

terlepas..

cis!! terlepas lah pula! macam mana ni?? hurmm...

aku mula cemas.. mula tak tentu arah..

okay.. bawa bertenang.. fikir dan fikir.. hurmm....

cuba memikirkan cara..

'stesen berikutnya, Bangsar... next station, Bangsar...'

kedengaran pengumuman.. pintu LRT dibuka.. orang mahu turun ke stesen ni mula melangkah keluar.. aku hanya terpinga-pinga.. memerhatikan orang yang mula bergerak keluar.. then, yang nak masuk pula mula berebut melangkah masuk ke dalam LRT.. aku masih lagi terdiam.. pintu LRT mahu ditutup.. dengan serta merta aku berebut untuk melangkah keluar..

"sorry.. tumpang lalu.." kata aku..

fuh!! sempat gak keluar.. LRT mula bergerak pergi..

okay.. sekarang, kena tunggu LRT seterusnya datang.. konferm dia naik LRT yang itu.. pandai juga aku ni ye.. hihihi

tersengih-sengih aku.. tak sangka yang aku ni persistent giler! tak nak mengalah, nak juga tengok mamat tu.. degil sungguh aku ni, tak nak mengalah!! tapi dalam masa yang sama aku terasa diri aku bijak lah pula..

tunggu aku ya.. tunggu aku..

tak sabar untuk menunggu LRT seterusnya.. memandang ke aral rel LRT yang menunggu ke sini.. dari jauh mula kelihatan LRT seterusnya mula menghampiri..

okay.. ini aku datang!!

sampai ke stesen Bangsar.. pintu LRT mula dibuka..

but pintu yang mana satu aku patut masuk??

melihat keadaan di dalam kalau-kalau ada dia.. tapi pintu LRT mula nak ditutup, tak boleh nak pilih-pilih, aku terus je masuk pintu yang terdekat.. masuk..

mana dia?  mana dia??

mula mata aku tercari-cari kelibat dirinya... aku bergerak perlahan-lahan dalam keadaan sesak penuh tubuh manusia di dalam LRT.. mata aku melihat dengan teliti pada setiap wajah yang ada di depan mata aku.. pandang kiri.. pandang kanan.. gerak perlahan-lahan dalam sehingga aku dah tak boleh nak bergerak lagi dah.. aku mula dihalang oleh tubuh manusia..

sampai di Stesen Universiti, agak banyak juga orang turun.. di kesempatan ini aku pun mula bergerak lagi menuju ke ruangan lain dalam LRT.. aku pasti yang dia ada dalam LRT ini.. dan ia memang betul..

aku berhenti.. tersenyum apabila melihat si dia yang kini berada di depan mataku.. si dia sedang berdiri sambil berpaut pada tiang.. tunduk sambil dia bermain dengan handphone.. jeling-jeling.. iPhone rasanya.. iPhone 5 ke 4?? melihat kehadirannya di depan mata sudah cukup membuatkan aku berasa berpuas hati..

hatiku mula tergelak-gelak kecil

persistent giler lah aku ni kan.. sanggup pula buat macam ni semata-mata nak skodeng orang.. bahaya betul aku ni.. bahaya!! hahahaha

tersenyum, aku terus memandang dia dari jauh..

hari ini dia memakai baju kameja hitam, bertali leher merah gelap.. 




Day 15 : Wednesday, 30 May 2013

hari ini, aku mula sedar yang aku punyai satu hobi yang baru.. setiap kali lepas balik kerja adalah saat yang mengujakan.. setiap kali aku berdiri menunggu LRT untuk pulang ke rumah adalah satu perkara yang mengujakan.. hatiku mula sentiasa berdebar-debar.. aku tak sangka bahawa sekarang menaiki adalah perkara yang buat aku penuh teruja.. semuanya hanya semata-mata untuk melihat si dia.. lelaki yang aku sendiri pun tak kenal.. mungkin nampak aku ini sudah giler.. tapi hakikatnya begitu lah.. mungkin aku ini sudah hilang kewarasan hanya kerana mahu melihat seorang lelaki yang asing bagi diriku.. katakan lah apa sahaja, kerana hal ini telah pun berlaku pada diriku..

di ruangan menunggu, aku sudah tak sabar untuk menanti kehadiran LRT.. sekarang aku sudah tahu yang dia akan naik LRT dari KL Sentral.. dan mengikut jangkaan aku, dalam pukul 5.00 petang macam tu si dia pasti akan berada di KL Sentral menunggu LRT.. tapi masalah nya sekarang adalah aku tidak boleh nak pastikan bila dia akan berada di KL Sentral dalam tempoh pukul 5.00 petang itu.. mungkin jadi pukul 5.15, tak pun 5.30.. aku tahu semuanya tidak akan tetap..

tapi untuk hari ini, aku sudah pun bersedia.. aku teringin mahu melihat dirinya lagi.. kerana itu aku patut awal bertindak..

sampai sahaja LRT, aku terus masuk lalu bergerak lah LRT menuju ke KL Sentral.. pintu dibuka, aku cepat-cepat keluar dari LRT.. berdiri, aku tidak turun ke bawah, tapi masih lagi berada di ruangan menunggu.. aku tahu dia akan datang nanti.. jadi kerana itu aku patut tunggu dirinya datang..

berdiri di satu sudut, aku menjeling-jeling ke arah escalator kalau-kalau akan kelihatan kelibat dirinya.. datang lagi sebuah LRT, orang ramai mula berpusu-pusu masuk.. tapi aku biarkan sahaja.. aku mahu menunggu lelaki itu.. jika dia masuk, aku akan masuk.. LRT pun mula meninggalkan KL Sentral.. mataku masih lagi memandang pada eskalator..

mana dia ni? mana??

aku melihat jam pada telefon bimbit aku.. jam menunjukkan pukul 5.23 petang.. namun si dia masih jua belum muncul-muncul..

sabar okay.. sabar...

kesabaran berbaloi, mataku terus dapat melihat kehadirannya yang mula datang dari eskalator.. terus gembira hati aku..

itu pun dia! itu pun dia!!

aku tergelak kecil.. dia berdiri di satu sudut menanti ketibaan LRT.. aku pula bediri dari jauh melihat dirinya.. entah kenapa aku mula berasa malu-malu.. padahal bukannya dia melihat aku pun.. kenapa pula aku nak malu pula?

LRT mula sampai.. pintu dibuka.. si dia mula masuk ke dalam.. dari belakang, aku mula mengkori dirinya.. masuk dan terus masuk.. mencari kelibat dirinya dari himpunan tubuh manusia dalam LRT.. aku pandang, dia berada di sebelah kiriku.. berdiri sambil tangannya berpaut pada pemaut, aku perhatikan dirinya dari jarak lebih kurang dua meter.. dapat aku perhatikan wajahnya dengan jelas..

aku tersenyum.. puas sebab dapat melihat dirinya lagi.. dia kelihatan tenang dan bersahaja.. tali lehernya kelihatan telah dilonggarkan sedikit.. pandang pandang dan aku terus menjeling di sebalik himpunan tubuh manusia.. sesekali aku teragak-agak untuk terus menatap dirinya kerana aku khuatir jika dia akan sedar tentang aku yang memerhatikan dirinya..

pada hari ini, dia memakai baju kemeja biru lembut, dan bertali leher biru gelap..




Day 16 : Thursday, 31 May 2013

entah kenapa aku mula memikirkan mengenai apa yang telah aku lakukan.. semalam, sebelum aku mahu tidur, di minda aku terfikir-fikir mengenai adakah apa yang aku buat kebelakangan sesuatu yang rasional ataupun sesuatu obsesi? entah kenapa mula muncul sedikit keraguan dengan apa yang aku telah buat.. aku tahu yang aku dah syok kat dia, tapi persoalannya kenapa pula aku nak syok kat dia? adakah hanya kerana dia seorang yang hensem? kalau begitu, aku suka pada dirinya hanya lah disebabkan faktor luaran dirinya sahaja.. bagaimana pula mengenai personaliti dan sikap dalaman dirinya? dan lagi, aku baru je jumpa dia.. bukannya dah lama jumpa pun..

jangan tanya aku jika aku mengetahuinya, sebab saat ini yang aku tahu mengenai dirinya hanya sesuatu yang sangat sedikit.. dia bagaimana, adakah seorang yang baik? adakah orangnya pemarah, pendendam? aku tak tahu siapa dirinya, tapi kenapa pula aku nak syok pada dirinya?

aku tak pernah pula jadi macam ni.. tergila-gila pada seorang random stranger yang aku sendiri pun tak kenal dirinya siapa..

pada hari ini, berdiri menunggu kedatangan LRT di Stesen Pasar Seni, keraguan itu telah membuatkan aku mula teragak-agak untuk meneruskan untuk bertemu dengan dirinya lagi..

LRT datang.. pintu dibuka di depan mata.. aku telan liur.. masih lagi teragak-agak dengan tindakanku.. melangkah, akhirnya aku masuk juga ke dalam LRT.. pintu ditutup.. LRT mula bergerak ke KL Sentral.. pada saat ini hatiku mula berdebar-debar lagi.. sampai, pintu LRT dibuka..

keraguan datang.. tertanya-tanya patutkah aku teruskan semua ini? terdiam.. aku pejamkan mata.. akhirnya aku melangkah keluar jua dari LRT..

jadi aku putuskan untuk meneruskan 'kegilaan' ini?

mula tertanya-tanya pada hatiku.. memandang pada escalator, kelihatan dia mula datang.. semakin menghampiri, malah dia mula bergerak mendekati aku.. aku tersentak.. aku terus berdegup kencang.. semakin dekat.. akhirnya dia melintasi diriku..

kemudian...

harum... 

saat terhenti seketika..

dapat aku hidu satu bau haruman dari tubuhnya.. tubuhnya berbau harum.. aku pasti ia bukan minyak wangi sebarangan.. berdebar-debar hatiku.. namun kini hati mula menjadi tenang.. mataku terpejam.. menghidu bau haruman itu.. aku mula jadi tenang.. seakan dunia berhenti seketika.. masa terhenti.. hanya ada aku dan dia..

bau ini..

hatiku berbisik..

diri cuba menikmati wangian dari tubuh dirinya.. tenang aku rasakan..

menghirupkan nafas dalam.. mahu menikmati bau wangian itu secara total.. aku tahu yang diriku telah tergoda..

membuka mata semula, aku toleh pada dirinya yang telah melintasi diriku..

pada diri, aku mula berkata..

aku rasa, aku akan teruskan dengan 'kegilaan' ini..

tersenyum.. mataku terus memandang dirinya...

pada hari ini, dia memakai baju kemeja warna krim, tapi tidak memakai tali leher pula..




Day 34 : Tuesday, 18 June 2013

aku kira-kira, sudah lebih sebulan sejak pertemuan kali pertama aku temukan lelaki itu.. dan dalam tempoh ini, hobi aku untuk memerhatikan si dia sudah mula menjadi satu kebiasaan.. Selasa, Rabu, Khamis.. hari ketika aku berkerja pada shirt siang.. pada hari-hari ini adalah hari yang aku gunakan untuk memerhatikan dirinya.. aku perhatikan, memang si dia akan berada di KL Sentral dalam tempoh bermula dari pukul 5.00 petang.. dan pada saat-saat ini, aku akan segera bergegas menaiki LRT dari Pasar Seni ke KL Sentral untuk menunggu kehadiran si dia.. dan memang benar, dia akan berada di KL Sentral dalam tempoh itu.. walaupun kadang-kadang dia akan datang lewat.. pernah sekali itu aku menunggu sehingga pukul 5.45 petang hanya kerana untuk menanti dia akan datang..

tapi kadang-kadang dia tidak datang juga.. biar pun aku menunggu sehingga pukul 6.00 petang, tapi kelibat dirinya tidak kelihatan juga.. lalu aku putuskan untuk terus pulang tanpa menunggu dirinya.. aku tahu, dia mungkin sahaja boleh pergi ke tempat lain untuk jalan-jalan dahulu sebelum pulang.. jadi, aku akan menunggu dirinya sehingga lah pukul 6.00 petang, jika dia tidak ada, baru lah aku akan pulang bersendirian, biar pun hati berasa sedikit hampa..

saat ini, aku sedang berada di KL Sentral menunggu kehadiran si dia.. menunggu dan terus menunggu.. sabar aku tetap juga bersabar.. jam menunjukkan pukul 5.18 petang.. terpandang-pandang dari jauh melihat kalau-kalau si dia akan datang dari eskalator.. sudah banyak LRT yang datang dan pergi.. tapi aku biarkan sahaja.. aku hanya akan masuk, hanya bila dia masuk..

pukul 5.20 petang, tersenyum, aku mula terlihat si dia mula naik di ruangan menunggu.. hatiku puas.. aku tidak tahu yang kenapa aku tidak bosan menunggu dirinya.. melihat dirinya telah cukup membuatkan aku berasa puas..

LRT mula datang.. pintu dibuka.. aku biarkan dahulu dia masuk, kemudian aku ekori dari belakang.. dan ini lah yang mula jadi rutin aku yang terbaru.. menunggu si dia.. menunggu untuk bersama-sama naik satu LRT yang sama dalam perjalanan untuk mahu pulang..

pada hari ini aku perhatikan, dia memangkai baju kameja biru gelap bersama tali leher hitam..




Day 43 : Thursday, 27 June 2013

bila aku fikirkan semula, sudah dapat aku menghafal baju apa yang dia pakai.. aku sudah biasa memerhatikan dirinya dengan penuh teliti.. apa yang dia pakai, aku rasa aku sudah boleh hafal.. dia akan memakai baju kameja yang akan bewarna seperti ini, biru gelap, warna krim, biru lembut, hitam, biru, kelabu gelap dan juga putih.. koleksi tali lehernya pula adalah yang berwarna kelabu gelap, hitam, merah gelap dan biru gelap.. tentu lah tali leher tu tidak hanya sekadar satu warna sahaja, ada juga corak-corak yang lain.. tapi aku hanya sebut warna yang dominan..

aku gelak-gelak dalam hati.. gelak sebab aku begitu teliti sehingga boleh menghafal warna baju yang dia miliki.. handphone yang dia pakai aku sudah pasti ia adalah iPhone 5.. but aku rasa yang aku masih banyak benda yang masih tidak tahu mengenai dirinya.. (tentu lah banyak yang still tak tahu.. kalau just skodeng-skodeng macam mana nak tahu?).. sesuatu yang penting.. nama.. siapa nama si dia? pernah hari itu aku cuba-cuba curi dengar sewaktu dia sedang berbual guna handphone, kalau-kalau dia ada sebut nama nya.. tapi setakat ini, memang aku still tak tahu lagi lah nama si dia.. dan aku rasakan ini adalah satu kekurangan yang yang sangat besar.. nama.. aku perlu tahu, apa nama dia..



Day 49 : Wednesday, 3 July 2013

berdiri menunggu ketibaan LRT.. si dia berada lebih kurang empat meter di sebelah kananku.. sedang berdiri sambil tangannya dimasukkan dalam poket seluar.. dia masih lagi kelihatan hensem biarpun sudah banyak kali aku memerhatikan dirinya.. aku rasa, mungkin dia sudah menjadi seorang yang paling hensem di mata aku.. biar pun pada waktu kerja, ada datang beberapa pelanggan hensem di kedai tempat aku bekerja, tapi sekarang aku pandang mereka seperti biasa-biasa sahaja.. tiada lagi perasaan teruja.. dan perasaan teruja itu hanya untuk si dia.. kini hanya melihat dirinya yang boleh buat aku berasa teruja..

aku mengambil Samsung Galaxy Note 2 aku.. mula teragak-agak.. aku halakan pada dirinya.. ragu-ragu, entah kenapa aku mula memberanikan diri untuk mengambil gambar si dia.. dan saat itu jadi kali pertama aku mengambil gambarnya secara curi-curi.. aku malu, tapi aku mula tergelak dalam hati.. sekarang aku sudah mula buat begitu padanya.. curi-curi ambil gambar.. aku takut.. mungkin sebab ini kali pertama.. tapi selapas itu, aku mula jadi berasa gembira.. dan aku pasti, ini bukan kali terakhir aku akan curi-curi ambil gambar si dia.. dan itu sudah semestinya...



Day 55 : Tuesday, 9 July 2013

dari jauh aku memerhatikan dirinya yang sedang duduk menunggu ketibaan LRT.. dia sedang membaca sesuatu.. dari jarak lebih kurang lima meter darinya, agak sukar untuk aku mengenal pasti apa yang sedang dibacanya.. tapi yang aku boleh pastikan adalah, wajahnya khusyuk membaca buku itu.. hal ini membuatkan aku mula menjadi serba ingin tahu buku apakah yang dibacanya itu.. namun, tiba-tiba LRT telah pun sampai.. aku sangka, dia pasti akan berhenti membaca untuk segera masuk ke dalam LRT..

orang ramai telah pun berlumba-lumba berebut masuk.. tapi aku hanya akan masuk sekiranya dia masuk.. tapi aku pelik, dia masih juga tidak berganjak dari tempat duduknya.. aku pandang dia lagi, masih lagi khusyuk terus membaca tanpa menghiraukan ketibaan LRT itu.. jadi aku pun terus berdiri juga membiarkan orang ramai yang berpusu-pusu untuk masuk LRT.. pintu ditutup, lalu LRT mula meninggalkan Stesen KL Sentral.. dia pula masih lagi duduk khusyuk membaca..

lalu aku mula melangkah sedikit.. sedikit demi sedikit menghampiri dirinya.. tapi aku tidak memandang terus pada dirinya.. takut-takut kalau dia akan perasan nanti.. sesekali aku ada juga menjeling pada dirinya.. mula hampir, aku berada dua meter di sebelah kanannya.. aku pandang, wajah tunduk menghadap pada buku itu..

apa benda itu?

aku mula tertanya-tanya..

eh.. eh.. macam komik!

aku berkerut dahi, cuba memastikan jika benar apa yang aku nampak.. memang jelas, dari cover buku itu menunjukkan ia adalah senaskah komik..

oh.. paradoks nya... 

bisik hatiku...

dia langsung tak nampak seperti seorang yang akan baca komik.. umur aku jangka dalam lingkungan 27 or 28 tahun.. muka maskulin.. macho.. nampak matang.. tapi dia sedang membaca komik??

sesuatu yang bertentangan..

tapi komik apa tu? komik dari keluaran MARVEL kah?

lalu aku hulurkan telefon bimbit aku.. lantas terus curi-curi mengambil gambar si dia.. pada saat itu juga LRT seterusnya datang.. terus dia berhenti membaca lagi bangun bersedia untuk masuk.. orang ramai keluar, yang sedang menunggu kemudiannya terus berasak-asak untuk masuk.. aku pun masuk juga.. masuk di ruangan LRT yang sama dengan dirinya..

pintu ditutup.. dari dalam LRT, aku lihat semula hasil gambar aku tadi.. aku cuba lihat pada komik yang dibacanya itu.. aku zoom, nak tengok tajuk komik itu.. zoom dan terus zoom.. kurang jelas, tapi aku boleh sedikit sebanyak boleh lihat cover komik itu beserta dengan tajuk nya..

komik apa ini??

aku mula tertanya-tanya...



Day 60 : Sunday, 14 July 2013

pada waktu malam.. di dalam bilik rumah sewa.. hari ini dah masuk bulan puasa.. aku tak solat terawih.. hehehe.. okay.. aku jawab jujur je lah kan.. tapi solat yang lain aku tak tinggal kan lah..

"wei, ko baca apa benda tu?" tiba-tiba roommate aku, Fahmi bertanya..

berbaring di atas katil sambil membaca sebuah komik, aku tidak hiraukan soalan dari Fahmi.. masih khusyuk membaca komik yang aku beli pada siang tadi.. puas aku cari di kedai-kedai buku yang besar.. aku ada pergi ke 1 Utama.. aku singgah ke kedai Popular dan MPH nak cari sebuah komik.. akhirnya aku menemukan ia di kedai MPH..

"ko baca komik ek??" tanya Fahmi lagi..

"ha ah.." aku jawab ringkas sambil mataku menghadap pada komik..

"komik apa? nak tengok jap.." Fahmi cuba rampas komik itu dari tangan aku..

aku halang.. aku tatap mata Fahmi tajam.. sedikit berasa marah..

"aku tengah membaca lah.. ko, jangan lah kacau.." tegas aku..

"wow.. wow.. garangnya! takut aku.. hahaha.. kedekut lah ko ni! aku nak tahu tajuk je pun!"

meluat.. aku pandang wajah Fahmi..

"nah! tengok.." aku beri komik tu, sedikit kasar..

Fahmi ambil.. dia pun tengok-tengok cover komik itu.. tajuknya 'Le. Gardenie'.. tertanya-tanya, mula ingin tahu, Fahmi mula menyelak-nyelak setiap lembaran komik itu.. dia baca sedikit..

"ni komik drama-drama ni.. sejak bila pula ko suka baca benda macam ni? aku ingat ko minat yang aksi-aksi je, lawan-lawan or gaduh-gaduh macam Naruto or One Piece ke.. apa angin ko tiba-tiba baca komik genre macam ni?" Fahmi dah mula ingin tahu..

"aku baca sebab 'si dia' baca komik ni.." jawab aku..

"eh.. eh.. aku rasa aku macam terdengar sesuatu yang interesting.. apa maksud ko dengan 'si dia' tu??" Fahmi dah mula tersengih memandang wajah aku..

"ops!" aku jawab ringkas... terlepas cakap lah pula.. terus muka jadi merah..

"haaahhhh.. aku rasa aku dah boleh agak dah.. ko nak cakap aku ke tak? baik ko cakap kat aku.." Fahmi masih lagi tersengih-sengih..

aku hanya diam.. malu... Fahmi terus desak aku.. desak dan terus mendesak.. aku hanya tersenyum malu-malu..

ha ah lah.. aku pun tak sangka aku akan layan komik macam ni.. maybe sebab aku tengok dia baca komik ni, nampak khusyuk membaca pada tempoh hari, jadi aku pun mula curious nak tahu apa benda yang dia baca.. aku rasa, dia suka komik.. sebab hari tu nampak khusyuk je.. seriously cakap, aku memang takde lah minat benda-benda drama ni macam drama kat TV ke tak pun novel or komik.. aku suka yang aksi-aksi je.. lawan-lawan..

but aku baca komik ni actually komik ni best juga sebenarnya.. ke sebab ia best sebab si dia baca komik ni??

orangnya nampak matang.. macho.. maskulin.. memang kita tak akan sangka dia akan baca benda-benda macam ni.. ye lah.. mungkin nampak macam kebudak-budakan sedikit.. sebab itu aku kata ia adalah satu paradoks..

tapi, bila aku fikirkan semula, untuk orang yang seperti dia, boleh baca benda yang kita tak sangka dia akan baca seperti komik.. entah kenapa aku mula rasakan.. yang dia ni.. sebenarnya.. orang yang sweet...

sweet juga dia ni sebenarnya...

aku tersenyum..



Day 69 : Tuesday, 22 July 2013

pada waktu malam...

Putera : aku rasa kisah ko ni mcm citer satu manga jepun ni tajuk 'Midori no Hibi' (Hari-hari Midori/Midori's Days).. sbb kisah ko kan banyak berlaku di stesen LRT.. jd secret admirer semua.. so, mcm dlm permulaan citer Midori no Hibi tu. watak utama, Midori syok kat seorang lelaki ni, Seiji namanya.. kiranya awal2 tu si Midori mcm jd secret admirer si Seiji ni lah.. and then, Midori ni pula pd permulaan cerita suka skodeng Seiji pun d stesen LRT.. lebih kurang mcm kisah ko juga lah..

aku baca mesej itu.. saat ini aku sedang berbual dengan seorang lelaki di Planet Romeo.. nama lelaki tu Putera Mahkota.. tapi itu tentu lah bukan nama sebenar dia.. katanya, just panggil je Putera.. discreet kononnya.. hahahaha..

(#note : Planet Romeo merujuk kepada laman sosial khusus untuk golongan 'lelaki yang suka lelaki')

lalu, aku pun taip-taip nak balas mesej itu..

Aku : but ko rasa mcm mana tentang kes aku ni? mksud aku, suka pd orang yg actually ko sndiri pun x kenal.. terkejar-kejar.. ternanti-nanti.. skodeng semua.. kdg2 aku rasa yg aku ni mcm buat benda yg x elok je.. mcm satu obsesi..

Putera : honestly, mungkin satu obsesi lah kot.. tp aku rasa klu org yg jatuh cinta ni byk cara mereka nk express perasaan cinta mereka tu.. and mungkin ko mcm terlebih sikit lh kot.. hihihi.. but ko xde lh susah kn sesiapa pun.. for me benda ni mcm normal je.. byk org sbnrnya pernah jd seorang secret admirer.. tp cara je berbeza..

Aku : nk tanya lah.. apa pendapat ko tentang hal ni.. aku ada terfikirkan satu perkara.. kalau difikirkan semula, aku start suka kat dia pun based on paras rupa.. so, benda ni actually mcm buat aku tertanya-tanya gak.. kalau-kalau aku ni just suka dia sbb dia hensem.. boleh kh ini dinamakan cinta?

Putera : hurmm.. bergantung pd org gak.. kita start jatuh cinta ni dgn cara berbeza.. ada yg start dgn dia suka kat org tu sbb dia hensem or cantik.. ada pula tersentuh hati dgn perangai org tu.. ada pula mula jatuh cinta bila dia kena selamatkn oleh seseorang.. for me, takde masalah tentang bagaimana kita start jatuh cinta tu.. based on paras rupa dulu ke, or peribadi org tu dulu.. even dlm kbykan drama pun dorg start jatuh cinta based on paras rupa gak.. but lama-lama, cinta tu jd 'true love' gak.. klu sama2 saling mencintai.. but aku nk tanya something lh.. ko rasa dia mcm mana?

Aku : mcm mana apa yg ko mksdkn?

Putera : ko rasa dia tu straight ke tak? ko tentu suka kat dia kn.. so, aku rasa ni satu soalan yg penting gak..

aku terdiam.. kemudian aku pun balas semula..

Aku : actually aku pun pernah fikirkan hal ni.. and aku pun sbnrnya keliru gak.. sbb aku tak tahu sgt tentang dia.. and lagi pun aku takut nk tegur dia..

Putera : tu lah.. kalau dia 'bengkok'.. maybe ko ada peluang lh kot nanti.. tp klu dia tu straight, aku harap xde lh usaha nk 'membengkokkan' org lain.. aku x rasa itu sesuatu yg baik.. just my personal opinion..

aku terdiam.. mula memikirkan tentang perkara ini..




(bersambung...)






# nantikan part final nanti pada part 3 yang akan datang.. pendek je cerita ni..

# citer ni memang based on true story tp actually banyak juga yg diubah2.. contonhnya,

-- setting : LRT dari Pasar Seni ke Kelana Jaya, or senang kata guna LRT Kelana Jaya Line..
-- but true story sebenarnya bukan di antara LRT Kelana Jaya  Line.. tapi LRT Ampang Line..


# memang dalam citer tu si jejaka tu ada baca satu komik ni, tapi sebenarnya aku pun tak tahu dia baca komik apa.. aku sesaje je tambah2 nak sedapkan cerita.. hahaha