Saturday, 1 February 2014

The Secret Admirer (Part 1)




(berdasarkan kisah sebenar yang diolah semula mengikut imaginasi penulis..)





'The Secret Admirer'








Prologue : The Random Strangers

nama aku Ashraf.. berumur 23 tahun.. ketinggian 175, berat pula dalam 65 kg.. bentuk badan yang still ideal.. nak kata bermuscle-muscle ke takde lah sangat.. tapi takde lah perut buncit ke apa.. senang kata just okay lah.. manis dipandang kata orang.. hihihi..  tona kulit pula bagi aku just biasa-biasa je.. tapi orang selalu kata yang aku ni jenis yang berkulit cerah.. but i think kalau kulit cerah ke tak tu, maybe sebab aku ni nampak berkulit cerah untuk seorang lelaki.. ye lah.. lelaki kan usually macam a bit darker sikit banding dengan perempuan.. so, kalau aku dengan geng lain, yang lelaki lah.. nampak lah aku paling cerah kot.. yang lain macam just tipikal kulit melayu.. aku pula, putih-putih melayu.. so takde lah 'fair' sangat banding dengan cina.. pasal rupa? hensem ke tak hensem?? okay lah.. just average kata orang.. senang kata just sweet lah kot.. sedang-sedang sahaja.. hahaha.. 

aku ni bukan budak pandai.. takde lah macam kawan lain yang boleh terus sambung study kat uni semua.. aku pula just sangkut kat Tingkatan 6 je.. then nak sambung study payah, sebab keputusan STPM tak berapa nak bagus sangat.. so, aku decide lepas je aku habis STPM, aku kerja dengan pakcik aku yang ada jual barangan kraf tangan di Central Market kat KL tu.. oh well.. maybe aku ni otak tak genius kot, tapi dari segi pratikal, kreatif ke tak kreatif, aku ni suka pula or nak kata agak handal gak nak buat barangan kraft negara ni.. aku pandai nak ukir-ukir kayu dan buat batik.. maybe kelebihan aku kat sana lah kot.. so, sebab tu lah aku kerja dengan pakcik aku.. bantu perniagaan dia kat Central Market tu.. design-design kat kedai pakcik aku tu banyak hasil design aku gak sebenarnya.. so, senang kata, aku dah mula start kerja kat Central Market tu sejak aku tamat STPM sampai lah aku cecah 23 tahun.. most of the time, hidup aku dihabiskan kat Central Market je lah.. dah nama tempat kerja kan... memang lah.. but aku suka je dengan kerja aku tu.. nak tahu antara alasan kenapa aku suka kerja kat sana?? sebab senang nak usha-usha orang.. hahaha.. aku ni dah jumpa dengan pelbagai pelanggan.. datang dari seluruh pelusuk dunia yang berkujung untuk cuti-cuti Malaysia.. Central Market kan tempat tourist attraction.. so, banyak juga lah aku jumpa mat salleh hensem semua.. japanese, korean, indian or sebut-sebut mana-mana bangsa je yang hensem-hensem datang kat kedai pakcik aku.. kadang-kadang aku ni cair gak kalau tengok mamat hensem masuk kedai.. mata ni nak skodeng je.. hihihi.. aku tahu kerja kat tempat macam ni actually boring.. just tunggu and jaga kedai je kan.. actually boring gak lah.. so, perkara-perkara macam ni je lah yang hiburkan hati.. bila mamat hensem datang ke kedai.. hahahaha.. kadang-kadang aku angau gak.. fikir best nya kalau mamat hensem ni jadi BF aku.. but aku tahu benda ni macam merepek.. sebab usually kita just aku pernah tengok orang tu sekali je.. lepas tu dah tak tengok lagi dah.. orang kata macam ungkapan 'kita datang, dan pergi..' 

pernah tak bila kita jumpa satu mamat ni.. kita tiba-tiba syok kat orang tu.. tapi mamat ni macam seorang random strangers yang kita jumpai kat mana-mana je.. kita jumpa orang tu saat tu, lepas tu kita dah tak kan pernah jumpa lagi dah dengan orang tu.. so, maksudnya orang tu just muncul dalam beberapa minit je dalam hidup kita.. lepas tu tak jumpa lagi.. but sometime, aku macam pernah teringin gak, fikir aku wish lah kalau aku boleh jumpa mamat tu untuk kali kedua.. orang kata, kalau dah ada takdir, ada lah pertemuan semula.. but aku jamin sebanyak lebih dari 90% memang dah tak pernah jumpa lagi dengan mamat random strangers ni... aku ni pelik.. aku ni selalu je suka pada seorang random stranger je kat hidup aku.. orang yang datang dalam hidup kita just untuk beberapa minit je.. lepas tu memang takkan pernah jumpa lagi dah.. that's why aku tak ambil berat sangat pasal perasaan suka kat seseorang yang random strangers ni.. sebab mereka just datang dan pergi.. but aku takleh nak nafikan, yang aku berharap yang aku akan jumpa a random strangers (yang aku suka) for the second times.. kalau jadi macam tu, maybe lah itu yang dinamakan sebagai takdir..



Day 1 : Wednesday, 15 May 2013

"ada yang boleh saya bantu?" tanya aku.

lelaki tu sedang memandang pada beberapa koleksi lukisan batik dalam kedai pakcik aku.. belek-belek, cari beberapa corak yang disukainya.. semua lukisan batik itu dilukis pada helaian kain putih yang dipotong empat segi khas untuk dibingkaikan.. pelbagai jenis lukisan yang ada.. pemandangan, bentuk haiwan, organik mahu pun sesuatu yang geometri, ada banyak pilihan yang boleh dipilih..

"cantik lah.. but it's quite expensive.." kata pelanggan tu tanpa melihat wajah aku.. matanya asyik memandang pada lukisan batik tu..

dalam hati aku berkata, 'of course lah mahal.. dah nama kraft buatan tangan kan.. hand made kot.. perlu banyak skill nak buat ni.. hihihi'

aku just tersenyum tak berkata apa-apa sebab benda tu sudah jadi sesuatu yang biasa aku dengar.. kata mahal lah.. mahal tapi berkualiti okay!!

lelaki itu belek-belek lagi.. terpegun dengan kecantikkan lukisan batik (hasil kerja tangan aku) itu.. memang boleh dijadikan satu cendera mata yang esklusif dan bergaya.. dia belek lagi.. belek dan belek..

"actually, kita orang ada banyak lagi pattern yang menarik.. yang penting dengan harga yang lebih murah.. tapi dalam saiz yang lebih murah.. nak tengok?" tanya aku..

pelanggan lelaki itu teruja.. "sure.. sudah tentu" katanya.. so, aku pun terus lah ambil beberapa lukisan yang lain.. tinggalkan pelanggan tu seketika

baru je aku berpatah semula, aku tengok pelanggan tadi dah ada seorang teman dah.. kawan seorang lelaki gak.. entah kenapa aku macam berkerut dahi seketika.. mata aku tertumpu pada kawan dia itu.. macam hensem je.. bisik hati aku.. hahaha.. dah mula dah gatalnya..

datang, lalu aku pun tunjukkan kan corak-corak yang lebih murah tu..

"wah.. yang ni pun cantik juga!" si lelaki tu teruja..

aku tersenyum bila pelanggan aku macam impress tengok hasil kerja aku.. sesekali aku cuba nak menjeling pada kawan dia yang berada di sebelah kanan.. aku masih belum dapat lagi melihat wajahnya dengan sepenuhnya sebab dia sedang menjenguk ke arah lukisan batik itu..

mereka pun masih belek dan membelek nak cari lukisan batik yang disukai.. aku pula masih nak terjeling-jeling pada mamat sebelah kanan tu.. susah pula nak pandang wajah dia ni.. asyik pandang kat bawah je.. aku sedikit merungut..

"so, macam mana? nak beli ke tak," mamat kat kanan tu mula bertanya pada kawannya yang nak beli lukisan batik tu..

eh.. eh.. suara sweet lah.. suara jantan.. takde lah kasar sangat.. tapi boleh lah mencairkan hati aku bila mendengarnya.. hahaha.. aku mula tersenyum sikit.. 

"hmmmm... tengah fikir lah ni.." kawannya mula membuat keputusan.. "but teringin sangat nak beli kan lukisan batik ni untuk my girlfriend.. dia memang suka benda kreatif macam ni.."

"so? ko takkan datang KL lagi dah lepas ni.. tak lama lagi dah nak balik Johor kan? so, decide lah sekarang kalau nak beli.." mamat di kanan tu berkata lagi..

"okay.. okay.. aku akan beli.. ermmm... yang ni okay.. yang ni.." terus lelaki itu tunjukkan aku pada sebuah lukisan batik corak pemandangan KL yang abstrak..

aku ambil.. kemudian aku bukus baik-baik.. selesai sahaja bila dah dibayar semua, dengan senyuman mesra aku pun hulurkan semula lukisan tu pada si pembeli.. 

"terima kasih.. sila datang lagi.." kata aku

kedua-dua mereka tersenyum.. sempat aku menjeling ke arah mamat yang aku nak skodeng rupa dia tu.. tersentak dalam hati seketika.. wah.. memang taste aku ni.. sweet je rupa.. hensem.. bisik hati aku mula mengada-ngada.. hahaha..

selesai urusan membeli, kedua-dua mereka mula beredar meninggalkan kedai.. dari belakang, aku hanya memerhatikan mamat yang hensem tu berlalu.. pandang-pandang.. apabila mereka semakin jauh, mula hilang dari pandangan aku, hati aku sedikit mengeluh..

oh well.. another handsome random stranger.. bisik hati aku..

beberapa minit, mereka datang seketika, kemudian berlalu pergi dari memori..


*          *          *


pukul 5.00 petang.. kebiasaanya masa ini aku akan dah start nak balik ke rumah aku kat Kelana Jaya.. kedai pakcik aku sebenarnya still buka gak pada waktu malam.. tapi shift aku biasanya waktu siang.. so, aku memang akan balik petang pada hari ini lah.. sebab kerja shift siang.. berjalan kaki je nak pergi ke stesen LRT Pasar Seni.. sebab dekat je kan.. senang.. best pula kerja dekat-dekat LRT ni.. balik rumah nanti pun rumah dekat-dekat stesen LRT Kelana Jaya gak.. but kena jalan kaki jauh sikit lah..

sampai je kat stesen LRT, imbas kad RapidKL tu lalu aku pun bergerak naik ke bahagian atas tempat nak tunggu LRT.. ramai orang wei kat atas.. penuh orang yang baru je lepas habis kerja.. aku plan nya nak duduk pun tak jadi sebab kerusi semua habis kena conquer.. so, tak leh buat apa.. berdiri je lah.. tapi takpe.. LRT boleh tunggu kejap je.. tak macam KTM.. lambat giler!! jadi kena bersabar je lah menunggu train seterusnya.. 

aku berdiri kat sebelah tiang sambil main handphone.. main game of course!! hahaha.. okay.. aku guna Samsung Galaxy Note 2 je.. (JEE??) aku suka handphone skrin besar-besar ni.. syok kalau nak main game.. aku main apa, aku main apa?? hahahaha.. main game Pokemon Black & White.. hahaha.. jiwa still kanak-kanak Ribena gitew.. hihihi.. sekarang memang boleh kot main game Pokemon kat smartphone.. tak kisah lah orang nak kata apa.. janji aku syok main.. aku still tersangkut nak lawan Pokemon Champion tu.. yang Elite Four tu aku dah boleh tewaskan dah.. pandang skrin.. tekan-tekan pada skrin.. tiba-tiba Train dah nak datang dah.. cepat-cepat aku tutup game.. kena pantas ni.. orang ramai.. memang sardin lah kat dalam LRT nanti.. so, apa lagi?? kena jalan cepat-cepat.. 

serang!!

yeaahhhh!! (berasak kiri, berasak kanan)

errghhhh!!! (bersempit-sempit kiri, bersempit-sempit kanan)

then.. fuhh!! selamat.. dapat juga menyelit kat dalam LRT biar pun punya lah sardin kat dalam ni.. pandang kiri, pandang kanan.. jadi aku pun kena berdiri.. tempat duduk dah semua kena conquer.. then, train pun mula bergerak.. disebabkan faktor inertia, badan aku sedikit terundur ke belakang.. cepat-cepat aku berpaut pada tiang takut jatuh nanti.. 

'stesen berikutnya, KL Sentral.. next station, KL Sentral..'

kedengaran suara pengumunan.. sampai je kat KL Sentral, tentu lah akan banyak giler orang turut kat sini.. berebut-rebut manusia keluar, legang sedikit kat dalam LRT... tapi tentu juga kalau dah kat KL Sentral akan ramai juga orang yang nak masuk.. so, sekejap mata je dah penuh semula kat dalam LRT.. aku nak rebut kerusi pun dah tak sempat.. actually aku kesian gak kat makcik or pakcik yang tak larat.. so better tempat tu untuk mereka je.. walaupun aku ni dari Pasar Seni nak ke Kelana Jaya.. jauh juga tu.. sabar je lah wei.. nanti-nanti kurang lah orang dalam LRT..

berdiri dan terus berdiri.. 

sampai dah ke Stesen Taman Jaya kat dalam LRT dah kurang sikit.. cepat-cepat aku ambil tempat duduk.. hahaha.. dah legang sikit.. boleh lah nak duduk-duduk.. rileks-rileks jap.. renggangkan kaki jap yang letih berdiri.. fuhh!! sedapnye rasa badan boleh rileks-rileks.. nak buat apa ye? nak buat apa ye?? aku mula fikir nak buat apa..

nak main game ke tak? nak main game ke tak? ermmm.. nanti lah kot.. jadi, aku hanya duduk je kat kerusi sambil jeling kat depan.. padang depan.. ada makcik india duduk dengan husband dia (eh eh.. betul ke husband.. pandai-pandai je aku ni.. hahahaha) pandang kanan.. ermm.. banyak orang.. so tak leh nak describe satu persatu macam mana.. pandang kiri pun ramai orang.. jeling-jeling, ada juga lah beberapa orang yang tengah berdiri.. ambil nafas jap.. then aku pun mula pandang skrin telefon aku semula.. sebenarnya tak tahu nak buat apa pun.. pandang skrin, just pandang-pandang je..

'stesen berikutnya, Taman Paramount.. next station, Taman Paramount..'

kedengaran lagi pengumunan.. train berhenti.. yang nak turun kat stesen ni pun mula keluar.. beberapa minit lepas tu, pintu pun ditutup semula.. perlahan-lahan train nak bergerak semula, aku just pandang-pandang kat luar tingkap.. mata aku kuyu sebab letih sebenarnya.. LRT mula nak menjauhi Stesen Taman Paramount.. tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian aku di luar sana.. aku pandang-pandang nak pastikan betul ke tak apa yang aku nampak tu.. aku seakan hendak berdiri sebab nak pastikan.. dan memang pasti, orang tu macam aku pernah nampak..

eh eh.. mamat hensem siang tadi lah.. 

bisik hati aku..

dia turun kat sini rupanya..

bisik hatiku lagi..

tak sangka wei boleh jumpa sekali lagi.. tak sangka boleh jumpa that random stranger yang hensem tu.. takdir ni wei! takdir ni wei!!

dan hatiku terus berbisik...




Day 2 : Thursday, 16 May 2013

pukul 6.00 petang.. aku sekarang berada di Stesen LRT Pasar Seni baru je lepas habis kerja.. hari ni pun aku kerja shift siang gak.. actually aku habis kerja pada pukul 5.00 petang.. tapi disebabkan ada hal yang jadi, my friend tiba-tiba je ajak untuk makan dulu dekat KFC yang berdekatan, so aku macam lewat sejam lah dari waktu usually aku akan pulang..

so, sekarang ni aku tengah nak menunggu train untuk balik semula ke Kelana Jaya.. seperti kebiasaanya, aku sedang bermain game Pokemon sementara nak menunggu ketibaan train.. tapi kali ni aku sedang duduk kat kerusi.. saat ni masih banyak juga orang yang sedang beratur untuk nak masuk LRT.. so, tunggu dan tunggu.. lalu datang lah train seterusnya..

seperti biasa, aku kena berasak-asak nak masuk LRT yang memang dah sempit tu.. memang sardin giler dalam tu.. ni yang malas ni.. sebenarnya aku tak suka giler nak bersempit-sempit ni.. bau peluh semua lah kan.. rimas.. tu lah.. kalau boleh aku akan balik lewat sikit dekat-dekat nak pukul 8 ke.. time tu LRT macam dah kurang sempit sikit.. tapi aku malas lah nak balik lewat sangat.. takut terlepas drama pukul 7 TV3 katanya.. hahaha.. (sebenarnya takde lah follow sangat drama tu.. hanya nak tengok pelakon utama yang hensem.. hahaha)

okay, aku dah masuk dah dalam LRT.. kena berdiri dulu.. nanti-nanti bila LRT dah mula nak clear, so, aku pun mula lah rebut tempat duduk.. selesanya duduk.. aku mula menyandarkan tubuhku.. rileks-rileks jap selepas penat berdiri.. letih.. rasa nak terlena pula..

'stesen berikutnya, Taman Paramount.. next station, Taman Paramount..'

bunyi pengumunan kedengaran.. terjaga dari hampir terlena.. tak perasan pula dah sampai Stesen Taman Paramount... dah nak dekat Kelana Jaya dah ni, bisik hati aku.. kena standby.. lalu LRT pun mula meninggalkan steset Taman Paramount.. hampir meninggalkan jauh, tiba-tiba hati aku mula berbisik..

di stesen ni lah mamat hensem hari tu turun.. agak-agak dia stay area kat sini tak?

pada saat ini, tak sangka pula aku mula teringatkan tentang mamat hensem tempoh hari.. boleh pula aku ingat tentang dia? ingatkan dah lupa dah..

ala.. lupakan je lah mamat tu.. kenapa pula aku nak ingat pasal dia?




Day 3 : Friday, 17 May 2013

aku kerja shift malam hari ni.. balik pukul 10.. kalau dah lewat ni memang kat stesen LRT tak ramai orang lah.. so, gelap-gelap, macam biasa aku still akan main game kat handphone aku dulu sambil-sambil nak tunggu train nak datang.. semalam aku dah berjaya kalah kan Pokemon Champion tu.. so, misi aku kali ni nak tangkap Legendary Pokemon pula.. but sebelum tu aku kena naik level pokemon aku dulu lah sebelum nak cabar Legendary Pokemon yang punya lah high level kan? main game and terus main game.. tak lama lepas tu, train pun datang.. jadi aku pun berjalan berlenggang sikit sebab kali ni tak payah nak berebut-rebut macam biasa.. masuk je ke dalam LRT, tengok konferm lah kat dalam banyak ruang kosong.. jadi aku pun duduk di kerusi lalu mula sambung main game semula..

main dan terus bermain..

dari satu stesen ke stesen yang lain mula ditinggalkan..

aku main dan terus main..

'stesen berikutnya, Taman Paramount.. next station, Taman Paramount..'

mula sampai ke Stesen LRT Taman Paramount.. entah kenapa perhatian aku hilang sekejap dari terus bermain game.. aku pandang pada luar LRT.. aku tatap pada papan tanda yang menyatakan nama stesen..

Stesen Taman Paramount..

entah kenapa, aku tersebut-sebut nama stesen itu..

hahaha.. aku tergelak dalam hati.. kenapa pula aku macam sedikit excited dengan stesen ni? sebelum ni tak pernah pun ambil peduli.. ke sebab mamat tempoh hari turun kat sini?? aku berfikir.. hurmmm...

well.. maybe dia juga adalah another random stranger yang hanya datang seketika, kemudian lepas tu dah tak pernah nampak lagi dah.. turun kat sini tak bermaksud dia stay area sini.. or akan turun kat stesen ni juga.. atau mungkin kali tu je kot je dia turun kat stesen ni.. lepas tu dah tak lagi dah..

anyway... kenapa pula aku nak ambil hirau pasal dia? okay, main game, terus lupa kan je.. lupa kan je..

terus sambung main game..




Day 4 : Saturday, 18 May 2013

aku kerja shift malam lagi.. seperti biasa, seperti rutin harian kebiasaan aku, pukul 10 baru balik ke rumah aku di Kelana Jaya.. dan seperti kebiasaan juga, kena naik LRT untuk nak ke Kelana Jaya.. duduk di dalam LRT yang agak legang pada waktu malam aku hanya duduk berseorangan termenung..

dari satu persatu stesen yang lain telah ditinggalkan.. dan kemudiannya..

'stesen berikutnya, Taman Paramount.. next station, Taman Paramount..'

kedengaran suara pengumunan..

I wish kalau boleh jumpa mamat tu lagi.. eh! eh! apasal aku fikir pasal ni lagi? sudah! lupa kan! lupa kan je..




Day 5 : Sunday, 19 May 2013

hari ni aku tak kerja.. cuti.. memang aku tak kerja hari ni.. pagi-pagi aku stay kat rumah sewa kat Kelana Jaya.. aku malas nak pergi KL hari ni.. tapi boring-boring di dalam rumah, member serumah ajak ke luar.. aku tanya nak pergi mana? kata nak pergi 1 Utama, tengok wayang malam nanti.. aku kata aku ON je.. tak kisah.. 

tapi kita orang pergi lewat sikit lah.. pergi 1 Utama dengan naik kereta member.. Rizal namanya.. member serumah aku ada empat orang, campur aku sekali lah.. aku, Rizal (yang ada kereta sendiri), Amir dan Fahmi.. siang sampai tengah hari aku takde buat apa-apa sangat.. just duduk kat bilik je.. aku ni kongsi bilik dengan Fahmi.. Fahmi ni kerja dekat-dekat Kelana Jaya.. kerja dekat Seven Eleven tu.. kami berdua ni memang tak macam budak lain, budak takde ijazah katakan.. sebaya dengan aku.. dan sama juga 'songsang' nya dengan aku.. hahahaha.. budak dua yang lain tu takde lah.. mereka straight je..

bila masa nya dah tiba, mula lah empat jejaka ini berjimba-jimba di 1 Utama.. berseronok.. melupakan hal yang lain..




Day 6 : Monday, 20 May 2013

aku kerja shift malam hari ni.. so, maksudnya, kalau ikut jadual aku, shift kerja malam aku start hari Jumaat, Sabtu dan Isnin.. Ahad aku tak kerja.. hari lain pula aku kerja waktu siang.. macam rutin kebiasaan aku, sepanjang hari kebanyakkannya aku habiskan masa di Central Market.. pagi tadi aku ada jalan-jalan di Bukit Bintang.. buat apa kat sana?? ada blind date dengan orang yang aku kenal dari FB.. orang tu PLU.. dah agak lama juga kita orang kenal di FB.. dia yang mula tegur aku dulu hantar mesej kat my FB.. aku layan je.. then kita orang berborak.. lama-lama jadi syok pula chat dengan dia.. tapi kau nak tahu, honestly aku macam ada pernah terdetik perasaan suka juga kat dia.. tapi aku tak nak ambil serius sangat.. just kenal di FB je kan.. tak kenal lagi orangnya macam mana...

(#note : PLU = People Like Us, kata lain merujuk golongan 'songsang' di Malaysia)

so, kita orang jumpa dekat depan pintu utama Pavilion. jumpa kena lah bersalam dulu.. then jadi malu-malu sikit.. biasa lah kalau rasa janggal time awal-awal jumpa.. orangnya okay.. dia takde lah hensem sangat.. just sweet kata orang.. so, kita orang jalan-jalan jap kat dalam Pavilion.. time ni macam malu-malu nak bertentang mata dan nak borak-borak.. but lama-lama tu mula okay lah.. 

takde apa sangat yang berlaku.. actually yang ni bukan kali pertama aku keluar date dengan orang (PLU) lain.. and tentu juga, jumpa just untuk nak kenal-kenal je.. date tak semestinya nak cari kapel.. so, maksudnya walaupun nak jumpa tu just untuk kenal-kenal je, my first impression I think lah, aku takkan anggap dia lebih dari sekadar kawan lah kot.. hihihi..

but lepas tengah hari aku kena masuk kerja semula.. kita orang berpisah dalam pukul 1.30 tengah hari.. so, seperti rutin kebiasaan aku, kena lah duduk jaga kedai layan-layan pelanggan.. and sudah tentu syok nak usha-usha orang yang lalu lalang dalam Central Market.. banyak juga yang hensem.. kena dengan taste aku.. tapi seperti another random strangers yang lain.. mereka datang dan pergi.. mereka hanya akan hadir dalam hidup kita cuma untuk beberapa minit sahaja.. lepas tu dah tak kan pernah jumpa lagi dah..

pukul 10 malam.. macam biasa, kena tunggu LRT di Stesen Pasar Seni kalau nak balik rumah.. masuk LRT aku duduk di kerusi.. rasa letih pula hari ni.. agak sedikit terlena.. dari satu stesen ke satu stesen yang lain.. akhirnya sampai lah tiba di Stesen Kelana Jaya.. dengan rasa lemah, aku pun melangkah keluar dari LRT dengan perlahan-lahan.. then balik rumah, terus tidur..

(pada hari ni takde pula aku teringat tentang Stesen Taman Paramount tu.. dah mula nak lupa kot..)




Day 7 : Tuesday, 21 May 2013

kerja shift pagi hari ni.. aku bangun sedikit lewat.. memang terkejar-kejar aku berlari nak pergi ke Stesen Kelana Jaya.. pagi-pagi memang sempit giler dalam LRT.. memang aku lewat sampai setengah jam pergi tempat kerja.. nasib baik boss aku pakcik aku sendiri kan.. so, takde lah nak bising-bising sangat..

takde apa yang berlaku sangat hari ni.. kerja macam biasa lah.. dalam nak pukul 5.00 petang tu aku dah mula nak balik.. but aku rasa malas pula nak pergi balik rumah awal hari ni.. so, lepas tu je aku ambil LRT menuju ke KLCC.. buat apa kat sana? sesaje.. nak lepak-lepak.. solat asar di Masjid As-Syakirin dekat KLCC.. then lepak-lepak duduk di sana sampai maghrib.. bukan duduk je sebenarnya.. baring-baring.. best.. tenang.. memang aku suka lepak di masjid As-Syakirin ni.. solat Maghrib bila dah masuk waktu, lepas tu aku jalan-jalan kat tepi kolan air pancut KLCC tu.. pandang-pandang orang yang banyak pelancong bergembira, lepas duduk di tepi kolam.. aku suka suasana macam tu.. suasana bila orang ramai tengah nak rileks-rileks.. tengok kiri, ada pelancong sedang ambil gambar selfie.. tengok kanan, ada pula pelancong sedang nak ambil gambar Petronas Tower.. lalu aku pandang pada menara berkembar megah tu yang mula diterangi lampu.. biar pun dah lama stay kat KL ni, aku still rasa ia nampak begitu gah dan cantik.. senang kata KLCC antara tempat favorite lepak aku.. dalam pukul 8.30 malam, aku pun mula lah ambil LRT dari KLCC menuju ke Kelana Jaya..

dari satu stesen ke satu stesen lain.. sampai lah ke Stesen Kelana Jaya.. then aku pun melangkah keluar.. terus bergerak balik rumah.. 

(hari ni aku dah tak ingat dah pasal mamat hari tu.. I think aku dah mula lupa tentang dia kot..)




Day 8 : Wednesday, 22 May 2013

"hei Ashraf!!" tiba-tiba ada suara mengejukan aku..

tersentak, aku toleh, aku lihat roommate aku, Fahmi tu sedang tersengeh-sengeh memandang aku..

"wei.. terkejut aku sial.. ko buat apa kat sini? tak kerja ke??" tanya aku..

"ko ni.. aku kan OFF kerja hari ni.. tak kerja pun.. aku pergi Petaling Street tadi, dah dekat alang-alang jumpa dengan kau lah.. hihi.." kata Fahmi..

"Petaling Street? buat apa?" 

"ada lah aku nak beli.. spec mata hitam.. sesaje nak bergaya gak.. hahaha.. ada lah benda lain aku usha-usha juga.."

"sorang je ke?" tanya aku..

"tengah dating sebenarnya.. hehehe.."

"laaa.. kata je lah tengah dating.. mana orangnya? siapa?" tanya aku..

"tu.. tengah tengok-tengok barangan kedai ni.."  Fahmi tunjuk pada orang yang dimaksudkan..

aku jeling-jeling.. lelaki.. dia sedang pandang-pandang pada satu ukiran kayu gaya melayu di dalam kedai pakcik aku..

"hensem juga wei.. pandai kau pilih.. ni jumpa dia kat mana ni?" tanya aku lagi..

"Facebook lah, of course.. macam kau hari tu juga lah kan.. keluar dating juga kan.."

aku diam.. aku jeling-jeling pada mamat yang dating dengan Fahmi tu.. memang hensem juga lah orang nya.. tapi tak masuk taste aku sangat.. ke-K-Pop-an sangat gayanya.. jambu.. Fahmi ni aku tahu dia memang taste dengan lelaki jambu-jambu ni... mujur aku tak taste, kalau tak jeles aku kat Fahmi.. hehehe..

"okay.. okay.. aku pergi dulu ek.. kerja elok-elok tahu.. hahaha.." kata Fahmi..

then, mereka berdua pun mula blah dari kedai.. aku pandang-pandang dari belakang.. fikir, rasanya Fahmi ni macam syok kat lelaki tu.. tapi tak sure juga lah.. sebab Fahmi ni jenis yang touch and go juga lah orangnya.. tak kekal sangat dengan mana-mana orang.. jenis yang banyak skandal.. malas dah nak fikirkan tentang hal dia, aku pun terus dengan kerja aku..

pukul 5.00 petang, saat ni aku tengah berdiri menunggu train di Stesen Pasar Seni.. aku buat apa? aku buat apa? sambil-sambil tunggu tu aku main game handphone aku.. kali ni aku sedang main Candy Crush.. ketagih juga dengan game ni.. bila train dah sampai, aku pun mula nak berasak-asak nak masuk LRT.. sardin lagi..

pintu ditutup then LRT pun start gerak menuju ke Stesen KL Sentral..

orang ramai banyak yang turun kat stesen ni, dan banyak juga yang masuk LRT.. biasa lah.. KL Sentral, pusat pengangkutan kan.. biasa lah tu.. aku malas je nak skodeng-skodeng orang sekeliling.. tengah syok main Candy Crush..

bergerak dan bergerak.. menuju ke Bangsar.. kemudian ke Abdullah Hukum.. sampai je kat Stesen Universiti, aku terus rebut tempat duduk.. dapat juga aku duduk.. renggangkan kaki dulu.. game aku stop dulu.. aku pun mula nak jeling-jeling orang sekeliling aku.. kot-kot ada 'permandangan indah' yang boleh ditatap.. hahaha

jeling depan dulu.. ada kakak dengan uniform kameja.. sebelahnya ada makcik melayu tua, dan sebelah lagi pula perempuan india umur dalam 30an.. 

jeling kanan pula.. eh.. eh.. ada abang melayu hensem lah.. janggut agak lebat.. jenis yang ada goatee.. syok ni.. syok ni nak skodeng.. hihihi.. hensemnya abang ni.. taste aku tengok.. but sampai je Stesen Taman Jaya abang hensem tu dah mula keluar dah.. merungut hati ku sekejap.. hilang pula 'permandangan indah' nak diskodeng.. 

kemudian aku jeling ke kanan.. tiba-tiba jantung aku berdebar-debar.. aku berkelip mata nak pastikan betul ke tak siapa yang aku tengok tu.. pejam celik, pejam celik.. aku tenung betul-betul.. memang sah! mamat hensem tempoh hari!! mamat hensem yang temankan kawan dia beli lukisan batik minggu lepas..

terus aku teruja.. tersengih-sengih aku.. pandang.. dia sedang berdiri.. berbaju kameja biru pudar.. kerja orang pejabat kot, fikir aku.. memang hensem lah dia ni.. cair aku.. mamat tu hanya sedang berdiri berpaut pada tiang..

wei.. tak sangka wei.. jumpa dia kali ni lagi..

aku memang teruja.. mata aku tak berkelip syok nak pandang dia.. syok dan tak sangka boleh jumpa dengan dia lagi..

dia turun kat mana nanti.. Stesen Taman Paramount ke?? 

aku mula tertanya-tanya..

'stesen berikutnya, Taman Paramount.. next station, Taman Paramount..'

bunyi pengumuman kedengaran.. hatiku mula berdebar-debar.. tengok mamat tu dah mula nak melangkah keluar..

memang sah lah dia akan turun kat stesen ni!

dia dah melangkah keluar.. tapi mataku masih lagi memandang dirinya.. pandang dan terus memandang.. sampai lah dia mula hilang dari pemandangan aku..

LRT dah mula menjauhi Stesen Taman Paramount..

kalau dia stay dekat-dekat Taman Paramount tu, memang dekat lah dengan tempat tinggal aku.. terasa macam satu takdir pula bila jumpa dia untuk kali ketiga.. hahahaha

aku dah mula gelak-gelak dalam hati.. tersenyum..




Day 9 : Thursday, 23 May 2013

sejak pertemuan kali ketiga semalam, hati aku ni macam mula menaruh harapan lah pula.. macam tak sangka boleh terserempak dengan mamat tu lagi.. waktu aku tengah berkerja macam selalu gak aku mula terfikirkan tentang mamat tu.. entah kenapa aku macam mula nak menaruh harapan untuk dapat berjumpa dengan dia lagi.. 

so, hari ni aku agak excited nak habis kerja.. tak sabar nak masuk LRT lagi.. kot-kot boleh jumpa dengan mamat tu lagi.. masuk je pukul 5.00 petang aku dah terus segera menuju ke stesen LRT Pasar Seni.. kali ni aku tak main game.. kali ni aku tak sabar nak tunggu LRT datang.. entah kenapa nak menunggu LRT tu sampai aku terasa amat lama sekali.. dan entah kenapa pula saat ni aku pun dah mula berdebar-debar.. sedikt berpeluh.. cuak sidikit.. dalam hati tertanya-tanya..

aku pasti ke akan jumpa dengan dia kali ni lagi?

LRT dah sampai.. orang ramai telah berpusu-pusu nak masuk tapi aku pula masih terjegat tak bergerak.. 

patutkah aku ambil LRT yang ini?

aku mula tertanya-tanya.. entah kenapa aku macam tiba-tiba ragu-ragu nak masuk LRT itu..

pintu LRT ditutup lalu mula meninggalkan Stesen Pasar Seni.. aku pula masih tercegat berdiri sambil melihat LRT tadi yang mula menjauh..

apa jadi, kalau mamat tu actually ambil LRT yang tadi tu?

aku mula tak sedap hati.. 

apa jadi, kalau aku sepatutnya ambil LRT yang tadi tu?

aku masih lagi ragu-ragu..

LRT seterusnya mula sampai.. pintu dibuka depan-depan di mata aku..

kalau lah ini dikatakan takdir, even aku ambil LRT yang ini, aku pasti akan ketemui dia lagi.. 

lalu aku pun mula masuk melangkah.. masuk dan terus tercari-cari mamat tu..

tengok lah kalau aku akan dapat jumpa dia lagi.. kalau terserempak lagi, aku pasti yang ini lah yang dinamakan takdir..

jalan-jalan dalam LRT terjeling-jeling mencari-cari mamat tu kalau dia ada dalam LRT ini.. pandang-pandang tak jumpa.. aku dah mula gelisah.. aku mula tertanya-tanya kalau-kalau dia actually berada di ruangan LRT yang lain.. mungkin dia ada terselindung dalam LRT ini yang dah sardin ini.. masih tak mengalah, aku masih juga try nak cari mamat tu.. but masih tak kelihatan pun dirinya..

sampai ke Stesen KL Sentral.. orang ramai keluar dari LRT, banyak juga yang masuk.. aku terpandang-pandang kalau-kalau mamat tu ada.. pandang dan terus memandang.. tapi memang tak ada pun.. aku mula kecewa.. mula terfikir mungkin yang aku ni dah tersalah ambil LRT kot.. mungkin dia dah balik awal.. mungkin juga yang dia still menunggu LRT.. mula kecewa.. mungkin bukan takdir lah kot aku akan jumpa dengan dia lagi.. 

aku memang dah takde takdir nak jumpa dengan dia lagi kot..

mengeluh.. aku pandang ke kanan..

tersentak.. terus jantung aku berdegup kencang.. hampir terjerit.. tiba-tiba aku lihat dia sedang berada disebalik timbunan manusia di sebelah kanan ku sedang berdiri..

ITU DIA! ITU DIA!!

aku tersenyum..

ITU DIA!! ITU DIA!!

tersenyum mula nampak gigi..

pada hari itu, aku tak tahu yang menaiki LRT adalah sesuatu yang mengujakan.. 

dia memakai kemeja biru gelap, bertali leher kelabu gelap.. satu saat yang tidak akan aku lupakan...





(bersambung...)






# aku tahu, ramai yang tak puas hati bila aku tulis benda ni.. mesti ada yang ternanti-nanti sambungan Unspeakable Love macam mana? oh well.. sabar ye.. aku tengah syok nak tulis citer True Story ni.. jangan risau.. citer ni takkan panjang.. aku akan try habiskan dalam next week.. harap sabar menunggu..

# aku tak kata citer ni semuanya True Story 100%.. aku kata 50/50 sebab aku yang jadi penulis, tapi pengalaman bukan dari aku.. dari kisah orang lain yang pernah chat dengan aku.. so aku try tulis guna imaginasi aku, inspirasi dari kisah cerita dia..

17 comments:

  1. thank god.. another nice story.. nak lagi nak lagi.. hahahha :D

    ReplyDelete
  2. en writer, mungkin en writer boleh kaji lagi tentang perbezaan percakapan base on gender, sebab melalui apa yang en writer tulis, semua watak lelaki kn? tapi struktur ayat serta pemilihan perkataan terlalu feminine. kekerapan selingan bahasa melayu dan english juga antara punca yang membuatkan sesuatu ayat itu keperempuanan. saya juga tak mahir, tapi adalah benarnya sikit-sikit. seterusnya perulangan 'of course' yg terlalu banyak dan digunakan oleh hampir semua character en writer. perasan tak? maaf kalau terguris, sekadar teguran untuk karya yang lebih baik dari en writer. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually utk citer kali ni aku nk try guna gaya bahasa 'Indie'.. bahasa yg x ikuti gaya bahasa yg mcm mana kita nk karang dlm karangan ujian BM lh.. so, x kisah sgt pasal grammar semua ke.. kira mcm agak rojak lh..

      so, memang citer ni bahasa sgt rojak.. campur english.. campur BM.. x follow sistem bahasa yg sepatutnya.. ha ah.. pasal byk guna 'of course' tu aku pun perasan mcm byk sgt kekerapannya.. aku x rasa bahasa yg tercampur2 english dlm BM nya tu keperempuanan..

      myb mcm ni lh... aku pun study kat Aussie kn.. memang dh trbiasa campur2 english dlm bahasa prbualan.. org2 lain pun sama.. but sometime aku pun mcm dh x ingat satu perkataan tu dlm BM (fikir "apa ya nama nya dlm BM? apa ya nama nya dalam BM??), then aku ckp dlm english je.. ni honestly aku ckp tau..

      contohnya dlm minggu ni aku ada dtg satu program.. aku ada ckp dlm BM standard.. aku ckp mcm ni..

      "actually, masalah org takut dgn binantang mcm kucing ni, sbbnya mereka takde trust tau.. dorang takde trust pada kucing tu takut klu dorang akan cakar nanti.. so, kucing pun xde trust kat diri kita.. so, memang penting lh kita nk develop trust tu dlm diri kita.. kalau kita ada trust, binantang pun xde trust, jd benda ni tak kan ada problem lh.."

      aku ckp mcm tu sambil ada trcampur2 english sikit..

      honestly before aku study kat aussie, aku takkan ckp mcm tu.. xde lh aku nk trcampur2 english semua.. semua ayat dlm BM je..

      so, senang kata benda ni mcm faktor suasana gak.. even klu cina dgn india pun bila ckp melayu pun dorang akan mixed ayat dgn english gak.. sbb mcm ayat pertama mereka fikir adalah english utk satu perkataan tu.. so, sama gak lah dgn situasi mcm ni..

      Delete
    2. pembetulan ayat # kalau kita ada trust, binantang pun ada trust, jd benda ni tak kan ada problem lh..


      nk tambah lg.. mcm ni lah.. klu dulu aku biasa sebut "ya Allah.." but skrg ni nk sebut pula jd "oh my God.." see.. benda ni mcm ada kesan pengaruh dr suasana lh kn.. just ayat je brtukar..

      and seriously wei, chinese memang suka campur2 perkataan klu dorang nk ckp BM.. teringat pula waktu ada satu pembentangan ni, org cina ni nk try speaking BM lh.. tp dia ckp apa??

      "anasir-anasir ini adalah contoh wira negara.."

      but kita org gelak2 kecil je sbb sbnrnya ayat yg dia nk sebut tu sepatutnya

      "tokoh-tokoh ini.." bukannya 'anasir'..

      so cina ni prefer klu ckp akan mixed2 perkataan utk elak benda mcm ni lh.. sbb aku byk kwn cina.. memang biasa lh dgr klu mereka nk speaking BM akan campur2 perkataan BM-BI.. tp xde lh aku cop bahasa feminim ke apa pun.. ayat mcm

      "you know what, hari tu kami orang jalan2 pergi melbourne tau. but then, adalah kami orang......"

      aku dh biasa bahasa rojak sikit2 ni..

      ayat brmula dgn BI seperti, "so, but then, after that, well, maybe lah, i think, of course, that's why lah...." lepas tu disambung dgn prkataan melayu..

      Delete
    3. anonymous yg sama, kat sini cuma nak cakap. watak tu bukanlah En. Writer, kan? membesar di Malaysia, bukanlah budak pandai (macam yg diambil dr atas), erti kata lain background nya adalah seorang lelaki Melayu yg tidak berpendidikan tinggi. En Writer kene ingat semua perkara ni bila nk tulis sesuatu watak, supaya pembaca yg kritikal barulah dapat relate dengan cerita En. Writer. Maaf skali lagi, aku kritik cuma untuk menambah baikkan karya En. Writer.

      Tambahan, di dalam Sociolinguistic, penukaran code (bahasa) di dalam ayat dengan kerap adalah sesuatu yg dilakukan oleh wanita majoritinya. Mungkin perlu dilakukan lagi research tentang orang yg berhijrah di negara orang.... tapi pada pendapat aku, kita sbg golongan gay, mungkin sebab itulah kerap melakukan code switching (penukaran dua atau lebih bahasa di dalam ayat) sbb kita pon ada jiwa feminine kn?

      Delete
  3. aku suke cerite yg x sebut spesifikasi name tmpat..baru lha boleh mghayati dgn baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm citer ni aku nk buat plot lokasi berlaku di KL.. dan memang citer ni sbnrnya berlaku d KL jg sbnrnya.. kisah mengenai pertemuan d LRT.. byk bahagian cerita ni akan diceritakan kat LRT gak..

      aku rasa aku patut sebut nama tempat gak. sbb dlm citer Unspeakable Love, aku ada masalah nk mention nama2 tempat sbb plot lokasi Unspeakable Love xde.. hanya rekaan..

      Delete
    2. sebab tu aku suke UL...senang nk hayati tnpa prlu memikirkan 'tempat tu kat ne ye sebenanrnye?'....
      ha kalaw kite da mule terfikir mcam tu, kite juga akn mule hilang fokus n tumpuan nk mmbaca....tmbahan plak klaw kite dok kmpung tpi novel tu mention tmpat2 kat bndar lgi lha buat kite rase harmful n hamble plak sekali gus menjejaskan tumpuan kite....
      hehe..x begitu mister writer?

      Delete
    3. ada yg suka klu x payah sebut nama tempat mcm UL.. so, kita guna imaginasi sndiri or fantasy sndiri nk bayang keadaan tu mcm mana.. sbb citer UL tu pun hanya lh skadar rekaan je..

      tp citer yg ni pula based on true story.. so, kena perinci kn keadaan yg sbnrnya yg trjd d KL.. setting tempat, byk dlm pengunaan LRT.. kalau senang nk byg mcm org tgh guna bus utk pergi kerja or balik.. so, citer ni mcm berlaku d bus stop time nk tunggu bus n juga dlm bus tu sndiri..

      Delete
  4. pokemon... itu kegemaran ang... melukis juga mungkin...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. aku minat gak pokemon ni.. melukis tu just biasa2 je lh.. aku tulis based on apa yg aku tahu, lg senang nk bayangkn semua nanti..

      Delete
  5. Jalan cerita yg menarik..
    Go on..

    ReplyDelete
  6. best la...memang semua plu agaknya pernah lalui perasaan dan degupan jantung, excitement seperti ini bila tgk mamat hensem dan taste. tak sabar2 nak baca part2....nak gi baca nih..x sabar...bergetar-getar jantung...hehehe

    ReplyDelete
  7. What a nice story, hey guys, I am a thai and would love to make more gay friends, add me on instagram @kai_hiranyawongkul

    ReplyDelete
  8. waaa...stesen turun uma aq pon trsenarai jugak.. ^_^

    ReplyDelete