Wednesday 29 January 2014

Rahsia

semua orang ada cara mereka sendiri bagaimana untuk menyimpan rahsia.. hari ni tengah aku sedang masuk ke dalam bilik aku, tengok-tengok barang lama.. asalnya aku nak cari komik lama.. tapi aku terpandang pula dengan diari lama aku.. masa tu aku fikir, "oh no!! malu nya!! malu nya!!" kenapa pula nak malu?? sebab kat dalam diari tu lah waktu aku still muda remaja, inesen, tak matang nak luahkan apa yang di rasakan dalam hati.. senang kata, aku banyak simpan rahsia aku pada diari aku tu.. termasuk lah perkara-perkara yang 'songsang' ni..

okay.. macam ni.. aku actually ada empat diari..


1. Diari pertama : 
buku cover beruang.. very lah 'hadek-hadek' sangat time tu.. hahaha... aku paling malu dengan diari aku yang ni.. but actually diari ni memang ada simpan banyak rahsia peribadi aku.. termasuk lah perkara yang 'songsang' ni kan.. WALAUPUN time tu aku tak tahu apa benda 'gey-gey' ni... sebab INESEN sangat..

2. Diari kedua :
buku biasa.. memang buku khas untuk diari.. still ada juga 'kesongsangannya'.. sikit-sikit je lah sebab aku tak tulis banyak.. 

3. Diari ketiga :
yang ni bukunya aku buat sendiri.. cover aku hias sendiri.. kira macam buku hasil buatan tangan lah.. i think yang ni maybe matang sikit sebab time tu umur aku dah 16 tahun.. takde lah 'hadek-hadek' sangat.. aku beri judul diari aku tu nama 'A Diary for You'.. diari ni pun i think ada juga lah 'kePLUan' sikit-sikit.. dah mula tulis dalam english sebab kononnya nak improve BI lah.. cadangan cikgu gak kata tulis diari dalam BI antara cara nak improve BI.. diari ni ada dalam simpanan aku kat Australia.. maksudnya aku bawa sekali ke Australia.. tapi aku tak nak baca.. sebab malu nak baca.. malu nak ingat benda-benda lama..

4. Diari keempat :
yang ni pula diari dalam bentuk elektronik.. aku dulu ada kamus BESTA tu.. so aku tulis diari ni dalam kamus BESTA.. simpan.. siap ada password lagi.. yang ni paling 'bahaya' sikit.. sebab lebih kepada perkara 'seksual'.. hahahaha.. apa benda tu?? korang tak payah lah nak faham okay.. tapi jangan pula fikir hal yang bukan-bukan sangat.. sebab time ni pun aku still INESEN gak..




aku berbalik kepada perkara 'setiap orang ada cara sendiri nak simpan rahsia'.. hari ni aku terjumpa lah satu kertas di sebalik diari (kedua) aku tu.. korang tengok benda kat bawah ni..





apa benda yang ditulis tu?? hahaha.. jangan tanya aku sebab aku sendiri pun dah tak tahu apa yang aku tulis, and dah tak leh nak baca tulisan pelik-pelik tu.. so, macam ni lah.. time dulu-dulu waktu aku still sekolah menengah, aku ni ada punya my own 'secret writing' sendiri.. so, apa yang ditunjukkan kat dalam gambar tu adalah sesuatu yang aku tulis dengan my 'secret writing'.. apa benda yang aku tulis?? kalau difikirkan semula, kalau aku nak tulis satu benda yang punya lah agak berahsia time tu, aku akan tulis guna 'secret writing' ni.. so, apa yang tertulis dalam kertas tu adalah satu benda yang punya lah 'rahsia'.. sebab tak nak bagi orang tahu.. most probably benda yang aku tulis tu adalah berkaitan tentang kePLUan itu sendiri.. kalau dulu-dulu aku boleh tulis guna secret writing ni dengan pantas, sebab aku dah hafal.. but sekarang aku sendiri pun dah tak leh nak baca apa yang aku pernah tulis.. 

aku saje nak kongsi 'kertas berahsia' ini.. even secara aku mula start curious apa benda lah yang aku rahsiakan dulu-dulu ni.. sebab aku sekarang kan dah tak pandai nak baca my secret writing ni.. so, berkenaan tentang rahsia, i think ini lah antara cara orang nak simpan rahsia diri.. hidup aku punya lah penuh dengan misteri time dulu-dulu.. sekarang ini, benda ni tinggal satu rahsia, yang mungkin selamanya akan jadi rahsia sebab penulisnya pun dah tak pandai nak baca..







# kalau tengok semula, macam cantik pula my secret writing ni...

Monday 27 January 2014

Baca, Baca, Baca dan Baca

aku ni dari kecil dulu memang suka baca buku.. sampai lah ke besar ni minat aku untuk baca buku tu still ada gak.. tapi kalau aku perhatikan lah, dulu dan sekarang benda apa yang aku suka baca tu berubah-ubah.. so, kiranya aku ni dah baca banyak benda lah.. so, aku nak cerita perkembangan minat aku, apa yang aku suka baca dulu, sampai lah sekarang..



Tahun 1 - 6 : (Ensiklopedia)

percaya atau tak, aku waktu kecil-kecil lagi aku dah suka baca ensiklopedia.. memang sangat berbeza dengan budak seumur aku time tu, yang suka baca buku cerita.. aku memang lagi suka ensiklopedia berbanding buku cerita.. aku masih ingat lagi, time sekolah rendah dulu, library kita orang dapat koleksi buku baru.. time aku selalu je nak skodeng-skodeng pelbagai jenis buku ensikloepedia yang baru dalam library, tak sabar sangat nak baca buku-buku tu semua.. asyik pergi library, ternanti-nanti, bila lah mereka nak keluarkan buku-buku baru tu bagi student boleh pinjam.. time mereka dah mula letakkan buku-buku tu semua, aku memang dah syok habis lah.. banyak benda aku baca.. aku minat banyak benda.. still ingat lagi dalam minda aku ni buku-buku yang aku pernah baca tu.. antara nya tentang sejarah seperti Kerajaan Aztec, Viking, Roman, India.. masih ingat lagi mengenai bab dalam buku Viking yang mereka bunuh seorang raja kristian.. masih ingat lagi dalam buku tamadun Aztec, mengenai upacara korban mereka.. buku-buku tentang angkasa lepas, tentang planet semua.. buku tentang geografi.. percaya or tak, waktu kecil lagi aku dah boleh nak hafal peta dunia.. aku suka lukis peta dunia kat atas pasir tak pun di kertas.. aku pun dah boleh tahu beberapa negara letak kat mana di atas peta dunia.. baca tentang ensiklopedia mengenai pelbagai budaya dari kaum yang berbeza.. apa beza antara Asia, Afrika, Europe or America semua tu.. dari segi cultures semua.. mengenai haiwan.. tumbuh-tumbuhan.. aku minat sekali nak baca tentang dinosaur gak.. adalah beberapa gelaran aku panggil dulu.. dinosaur kepala panjang lah.. dinosaur badak sumbu lah.. dinosaur daun lah.. (agak-agak korang boleh tahu tak apa yang aku maksudkan tu?) senang kata, aku ni waktu kecil memang dah agak kaya dengan general knowledge ni semua.. memang berbeza sangat dengan budak lain time tu.. kalau di dalam library, budak lain duduk di ruangan buku cerita, aku pula kat kawasan yang banyak buku ensiklopedia.. rasanya hampir semua buku ensiklopedia dalam library aku dah baca..



Tingkatan 1-4 : (Komik)



pada umur ni pula aku mula minat dengan baca komik.. paling aku suka dulu kumpul majalah komik Gempak Starz tu.. setiap kali ada keluaran baru, aku akan beli.. so, aku pun memang minat gak komik-komik keluaran Gempak Starz.. kalau majalah Kreko tu aku tak minat sangat.. komik macam Under 18, Le Gardenie and macam-macam lah.. banyak sangat sampai tak ingat.. senang cakap komik dari pelukis macam Zint, Kaoru, Ben, Keith and macam-macam lagi lah.. and baca gak buku dari negara lain macam 80' C.. komik '80'C' ni adalah antara genre komik percintaan pertama aku baca.. biasanya aku suka komik aksi.. so, kalau antara komik cinta pertama tu, tentu lah ia antara buku yang mempengaruhi aku mengenai soal cinta ni.. memang banyak giler lah komik aku kumpul dulu.. kalau difikirkan semula benda ni macam mengimbau nostalgia.. antaranya macam 

Helios Eclipse - Jinggo - Gengkey - Mat Gempak - 143 - Falcon - Kaoru's Cake House - Pieces - Hero - ELI - Jangka Atribut - Lawak Kampus - Fatal Chaos - Wasabi

and banyak lagi wei.. memang nostalgia ni.. hidup penuh dengan komik.. hahaha.. memang dulu memang nak beli komik je.. wajib beli kalau dah terpandang...

oh my.. memang nak sangat-sangat kalau ada antara komik ni dijadikan animasi.. contohnya Lawak Kampus ke.. memang famous kot sampai sekarang.. budak-budak tentu suka dengan karya Zint yang banyak fighting kalau dijadikan animasi gak..

and of course bila baca komik ni ada mempengaruhi aku gak.. kat my FB aku pernah update status kata dulu aku pernah ada simpan niat nak jadi illustrator nak jadi pelukis komik lah.. kiranya kalau masuk uni nak ambil course seni reka grafik semua ni lah.. then boleh lah kononnya aku lukis orang hensem-hensem.. hihi.. angan-angan dulu je lah..



Tingkatan 3 - umur 19 tahun : (Novel)



actually, aku dah mula start baca novel time tingkatan tiga.. novel pertama aku baca dulu adalah Ombak Rindu.. hahaha.. tapi tu tak habis.. selama ni memang aku tak pernah habis baca novel-novel ni.. even novel KOMSAS pun aku tak baca.. then antara novel pertama aku baca (yang tak habis baca pun) macam Pilot Cafe karya Ahadiat Akhasyah tu (betul ke ejaan ni?).. aku tak pasti lah novel apa yang first aku baca sampai habis.. mula-mula tu aku baca novel-novel kakak aku punya.. memang banyak giler novel kakak aku.. memang pengumpul novel lah.. then aku mula lah beli novel aku sendiri.. aku pun time tu jiwa remaja.. mula-mula tu aku minat baca novel bukan cinta, tapi lebih kepada fantasi.. banyak novel dari keluaran PTS ONE yang khusus untuk remaja aku mula baca.. memang pada saat aku form 4 aku memang suka beli novel.. kakak aku pun suka marah-marah sebab asyik nak beli novel je.. aku time tu suka baca novel yang sudah dialeh bahasa.. sebab time tu aku mana lah terer nak baca bahasa inggeris ni semua sangat.. contohnya novel seperti Memoirs of a Geisha.. Harry Potter.. Twilight pun aku baca yang BM punya.. hahaha.. sebab tak reti sangat nak baca english.. waktu aku time sekolah lah.. selain itu, antara novel aku suka adalah novel sejarah seperti kisah Sultan Muhammad al-Fateh.. Salahudin.. kisah di Cordova.. cinta-cintun ni aku mulanya tak minat sangat.. tapi lepas tu mula lah aku pun mula suka baca novel cinta ni.. tapi aku suka yang genre islamik.. novel yang aku baca time tu antaranya macam 

Ayat-ayat Cinta - Ketika Cinta Bertasbih - Shahadat Cinta - Musafir Cinta - Makrifat Cinta - Yusuf dan Zulaikha

memang minat kot baca novel cinta islamik dulu-dulu tu.. macam biasa lah buku-buku aku baca banyak yang mempengaruhi aku.. misalnya dalam novel aku sendiri, Unspeakable Love.. watak utama Fahri tu diambil dari nama watak utama Ayat-ayat Cinta.. sebab aku suka dengan watak Fahri dalam Ayat-ayat Cinta.. seperti aku cakap lah.. aku ni lagi suka baca novel yang sudah dialeh bahasa.. karya luar negara jadi BM.. usually aku baca keluaran PTS Litera.. for me novel macam ni konferm best sebab novel tu dah famous sebab tu mereka alih bahasa macam karya oleh John Grisham.. so, antara novel aku minat gak adalah dari tetralogi Laskar Pelangi iaitu

Laskar Pelangi - Sang Pemimpi - Edensor - Maryamah Karpov

kemudian, ada titik perubahan dalam minat aku dalam nak baca novel ni.. semuanya bila aku terjumpa novel yang berjudul Cinta Tanpa Noktah, yang agak bergenre PLU juga lah sikit-sikit.. lepas tu minat aku yang suka baca novel cinta islamik, non-cinta mula berubah kepada novel-novel bergenre 'songsang'.. nanti aku cerita tentang hal ini dengan lebih detail..



Umur 18 - 20 tahun : (Keagamaan/Teologi)



aku ni kecil-kecil dulu takde lah minat dengan 'keagamaan' ni sangat.. serius cakap aku dulu selalu je ponteng kelas mengaji semata-mata nak tengok drama kat TV.. hahahaha... even waktu aku sekolah menengah pun my interest tu takde lah ke arah keagamaan ini sangat.. but i think, for sure lah, my interest tu mula develop waktu aku Tingkatan 5 bila aku kerap berbual dengan teman rapat aku time tu seorang budak Iban, kristian mengenai agama.. ada cerita lah bagaimana benda ni start.. senang kata pada waktu malam kita orang usually macam ada satu diskusi mengenai agama ini semua.. dalam group diskusi tu dalam kelima orang.. 3 muslim, 2 kristian.. 2 muslim yang lain ini, macam agak provokasi.. maksud aku, mereka macam suka nak attack or mempengaruhi lah... macam Islam tu betul, Kristian tu salah.. gaduh-gaduh macam tu lah.. so, my christian friends dua yang lain ni for me mostly macam nak mempertahankan religion mereka lah.. aku pula kat situ bersikap neutral.. takde lah aku nak argue or gaduh-gaduh kata agama aku betul, agama kau salah.. dengar je apa yang mereka gaduh kan.. lama-lama aku mula syok lah dengan diskusi ini, sebab malam-malam kat asrama bilik kerap borak tentang hal tu.. so, my interest tu mula develop bila kawan kristian aku ni tunjuk Gospel.. (sebab kawan Islam aku tu kan gaduh siap guna dalil semua) so aku mula curious tengok Gospel tu.. sebab aku tertanya-tanya, kenapa Bible yang ini kecil je?? (sebab waktu tu aku fikir Bible = Gospel) sebelum ini aku pernah lah tengok bible yang dalam bahasa melayu, yang tu tebal je aku tengok.. bla bla bla bla.. panjang ceritanya.. senang cakap, start tu aku mula curious nak tahu, apa beza antara Bible dengan Gospel?? apa itu Psalm semua.. siapa itu Paul, Matthew , Luke, Mark and John semua.. then i realize lah actually banyak benda yang aku tak tahu tentang kristian itu sendiri.. selama ini most of the muslims (termasuk aku lah) we learn about Christianity based on apa yang orang Islam sendiri katakan.. bla bla bla.. panjang cerita nya ini.. aku malas nak cakap sangat tentang hal ini.. kalau aku nak cerita berjela-jela lah nanti..

senang kata lepas aku tamat sekolah menengah, interest aku pada 'agama' itu mula kuat gak lah.. aku start mula baca kitab Tafsir, mula nak selak-selak kitab hadis macam Hadis riwayat Muslim tu.. senang kata aku nak tahu tentang agama aku sendiri gak.. even my target lepas SPM tu nak masuk UIA.. hahaha.. macam tak caye je first choice letak UIA.. sebab aku ni bukannye jenis yang alim pun.. but i think, lepas kejadian tu 'agama' for me menjadi satu benda yang agak penting juga lah dalam pilihan aku.. so, disebabkan pernah berdiskusi mengenai bab antara agama ini semua.. bab, agama siapa yang betul, siapa yang salah.. aku mula banyak baca buku tentang benda-benda macam ini lah.. contohnya aku baca buku The Choice karya Ahmad Deedat.. beli buku tentang cerita kenapa orang itu memeluk Islam dan sebagainya.. baca buku biografi tentang Nabi Muhammad.. buku tu tebal wei.. tapi tak sangka aku boleh habiskan.. beli kitab tafsir aku sendiri.. malam-malam sebelu tidur aku akan baca.. so, aku tahu apa yang ditulis dalam al-Quran tu sendiri, takde lah kita baca (dalam bahasa Arab) tapi actually kita tak faham pun apa yang kita baca tu..

asalnya aku hanya baca buku-buku yang mengenai Islam dan ditulis oleh orang Islam.. tapi, my interest mula untuk mengetahui tentang agama orang lain gak.. start tu aku mula sedar yang aku ni jenis yang minat dengan 'teologi'.. then aku mula beli satu ensiklopedia yang menceritakan tentang agama-agama terbesar di dunia macam Islam itu sendiri, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Yahudi semua tu lah.. malah aku pun ada beli bible juga.. aku beli DVD tentang sejarah kehidupan Buddha.. beli buku karya Deepak Chopra berjudul Jesus.. buku-buku mengenai agama lain.. banyak lah buku mengenai 'World's Religions' ni.. so, kiranya aku ni dah ada sedikit-sebanyak pengetahuan mengenai agama-agama utama di dunia lah.. 

part ni kalau aku nak cerita actually panjang.. tapi aku malas je nak cerita sangat.. post-post sebelum ini pun dah ada citer gak.. sebab kalau nak citer bab agama ini agak sensitif sikit.. kena pandai tulis.. kalau aku cakap macam itu or ini, takut orang boleh salah faham..but senang cakap lah.. aku just kata, aku mula ada develop minat mengenai teologi.. but sekarang ini aku dah kurang sikit nak layan benda-benda macam ini.. sebab sekarang ini my interest mula beralih pula pada benda lain.. 



Umur 19 - Sekarang : LGBT



tadi ada cakap selepas aku baca novel Cinta Tanpa Noktah tu, ia macam jadi satu turning point gak lah.. aku start mula nak cari benda-benda yang macam ni.. maybe sebab aku suka buku tu sebab ia sedikit sebanyak boleh relate dengan diri aku sendiri gak.. manusia memang mudah suka pada benda yang ada kaitan dengan diri sendiri.. tapi disebabkan kat Malaysia buku macam ini susah nak dicari, so minat tu terbantut sekejap.. tapi tida dalam tempoh yang lama, aku mula study kat Aussie pula.. agak free kat sini.. more privacy.. bukan kata aku senang nak cari buku genre macam ini lah kat Aussie.. tapi disebabkan aku dah mula pandai beli online, so, jadi senang lah nak beli itu ini.. 


but, kalau aku nak beli, akan akan beli yang something boleh relate tentang diri aku.. maksud aku kalau buku tu berjudul LGBT then berkaitan dengan Islam or Melayu/Malaysia, baru aku akan beli.. so, agak banyak juga lah buku yang aku dah mula beli secara online.. misalnya,

Unspeakable Love : Gay and Lesbian Life in the Middle East - Homo Jihad - Orang Macam Kita 

kebiasaannya aku suka baca benda macam ini secara online.. novel PLU secara online.. sebab aku lagi suka baca kisah-kisah orang melayu yang pasti untuk novel PLU melayu agak sukar untuk dicari.. so, cara untuk mencarinya adalah secara online lah.. so, banyak juga lah cerita-cerita novel melayu yang aku dah baca.. macam,

Nafas - Potret - Aku Rama-rama - Untukmu Im - Sisi Gelapku - Asrama - Pernikahan Sulit

and banyak lagi lah.. so, sekarang ini kalau aku kat kedai buku kat Malaysia entah kenapa aku macam asyik tercari-cari buku-buku macam ni walaupun aku tahu benda tu macam susah nak dicari.. kalau ada, mesti macam terselindung kat mana-mana.. kot-kot ada novel best or buku non-fiction yang best di luar sana.. 


Tuesday 21 January 2014

Spender Lelaki VS Spender Perempuan





satu soalan..


KENAPA SELUAR DALAM LELAKI ORANG JUAL DALAM KOTAK TAPI SELUAR DALAM PEREMPUAN ORANG JUAL BERTERABUR??


benda ni kelakar.. sebenarnya aku pun baru tahu hal ini.. kenapa spender lelaki yang dijual disimpan dalam kotak tapi spender perempuan tak pula?? oh well... aku bukan perempuan.. but kalau difikirkan semula macam betul juga kan.. rasanya memang aku tengok kat bahagian perempuan mereka usually mereka jual berterabur je.. but kalau lelaki pula usually kat dalam kotak..

nak tahu apa sebabnya?? cuba banding kan situasi di bawah..




Perempuan bila nak beli spender..









Lelaki bila nak beli spender










kah kah kah.. lawak giler!! hihihi... tapi rasanye macam ada juga yang betulnye.. tak gitu??



Monday 20 January 2014

PLU Novel Review -Asrama-







dah lama aku tak buat review novel PLU kan? okay, kali ni aku nak buat review tentang satu novel ni yang berjudul 'Asrama' karya Shark..

okay.. by the way, aku rasa dah banyak juga lah kot yang dah baca novel ni sebab novel ni pun dah dari tahun lepas dah.. and aku pun dah lama gak promote blog Shark ni dalam lists senarai blog aku dah baca, tapi dah lama pun citer Asrama ni selesai, aku baru je nak baca citer tu sampai habis.. hihihi.. bukan aku dulu tak pernah nak baca, honestly dulu aku ada juga lah baca, tapi part awal-awal je.. mula-mula tu aku ada problem juga lah nak hadam citer ni disebabkan faktor gaya penulisan gaya bahasa 'indie' yang simple, santai, realistik, bersahaja gaya ala-ala dalam bahasa novel karya HLOVATE yang buat aku susah nak hadam cerita ni.. haah? kenapa pula susah nak hadam gaya bahasa punya lah simple tu? well, to be honest, aku memang agak susah nak faham cerita yang guna gaya bahasa yang tak terlalu mainstream seperti dalam novel HLOVATE.. aku bila baca novel HLOVATE pun memang aku tak boleh nak faham apa yang dia tulis, walaupun ayat dia tu punya lah simple giler.. so, senang kata, aku tak boleh nak hadam bahasa yang terlalu 'indie' sangat or tak mainstream, aku susah nak bayang apa yang sebenarnya sedang berlaku.. antara ciri-ciri bahasa 'indie' ni bagi aku adalah cara penulisan yang terlalu banyak dialog.. novel HLOVATE pun macam tu, banyak dialog berbanding penceritaan gambaran hal persekitaran.. so, bagi aku kalau banyak dialog ni, sebab banyak berbual, sampai kurang gambaran hal-hal lain, so aku tak boleh nak bayang actually macam mana keadaan kat tempat tu sebenarnya? so, dengan kata lain citer Asrama ni pun agak gaya HLOVATE gak, so mulanya susah aku nak hadam.. sebab tu aku stop baca dulu, sebab aku susah nak hadam.. tapi sekarang aku baca gak, bila baca sampai akhir tu baru lah aku boleh feel cerita tu macam mana.. aku boleh berimaginasi lah cerita ni macam mana.. aku tak kata lah style guna banyak dialog ala-ala HLOVATE or aku panggil 'indie style' punya writing ni tak bagus.. actually, ramai yang suka gaya penulisan macam ni.. lebih-lebih lagi golongan muda dan kaum lelaki sebab bahasa yang lebih santai, lebih realistik dan bersahaja.. in short, tak terlalu skema or mainstream lah.. just untuk aku je agak susah nak adapt gaya penulisan macam ni.. maybe sebab aku ni lebih prefer gaya penulisan mainstream yang lebih banyak buat gambaran keadaan lain berbanding daripada banyak dialog sangat.. misalnya dari penulis kegemaran aku seperti Andrea Hirata dengan karya seperti Laksar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor or Maryamah Karpov.. kalau novel genre PLU pula yang guna bahasa mainstream aku beri contoh adalah hasil penulisan Nizam Zakaria seperti Nafas, Aku Rama-rama dan juga Potret.. so, in short bergantung pada rasa minat masing-masing lah kan..


berbalik kepada citer Asrama.. ada 20 bahagian dan satu bahagian tambahan.. so kiranya macam ada 21 Parts lah.. very pendek.. satu hari boleh je habiskan citer ni.. kisah nya berlatarkan kehidupan budak remaja sekolah di sekolah lelaki yang tinggal di asrama.. range umur dalam 16 ke 17 tahun.. watak utama bernama Haikal, budak form 4, then ada dua watak lelaki penting iaitu Hisha dan Paan senior Haikal, budak form 5.. tema utama cerita bagi pendapat aku adalah 'puppy love'.. cinta budak remaja yang baru nak kenal apa itu cinta.. kiranya tentang budak yang still tak matang dengan maksud cinta, kadang-kadang terkeliru antara cinta dan juga nafsu.. kisahnya tentang si Haikal ni baru je masuk asrama dah mengalami banyak pengalaman pahit yang berlaku.. first, dia ni awal-awal lagi dah kena liwat oleh senior iaitu Paan.. then lepas tu budak Haikal ni selalu je jatuh sakit.. then dia kenal pula dengan seorang senior lain bernama Hisha yang baik dengan dia.. Hisha ni layan Haikal seolah-olah macam dia suka kat Haikal.. ambil berat tentang Haikal.. tapi Haikal pula percaya yang si Hisha ni budak straight.. tapi, dalam satu tempoh yang singkat, lepas je Paan liwat dia, tiba-tiba je Paan kata dia sayang kat Haikal, so lalu ajak Haikal jadi kapel.. asalnya Haikal tak nak, but lepas pujuk and pujuk, then dia pun declare juga lah jadi kapel Paan.. bila baca tentang ni kan, aku dah fikir hal yang bukan-bukan dah.. sebab bagi aku perkara ni macam agak tipikal dan tergesa-gesa bagaimana process percintaan tu berlaku.. 

sebab dalam formula percintaan PLU yang tipikal usually akan ikut langkah-langkah ni..

1. si A ni tertarik kat si B..
2. si A goda si B.. goda dan goda.. sampai lah berlaku bersetubuhan..
3. lepas buat seks, tiba-tiba je masing-masing macam jatuh cinta..
4. si A pun cuba melamar si B.. lalu masing-masing declare jadi kapel lepas baru je buat seks tak lama dulu..

so, aku fikir citer Asrama ni akan ikut formula di atas.. and aku rasa citer ni macam agak tipikal dengan cerita PLU yang aku pernah baca.. formula percintaan macam yang aku sebutkan di atas lah.. baru jumpa, tertarik atas faktor fizikal, goda-goda, buat seks, then lepas tu declare jadi couple.. bagi aku cinta macam ni tak macam ia adalah 'pure cinta'.. tapi bila aku dah baca citer Asrama ni sampai habis, baru lah aku faham actually apa yang dah jadi sebenarnya.. so, cerita ni actually takde lah follow langkah-langkah yang aku sebutkan tu..

and ada benda yang bagus disebut oleh penulis bagi adik-adik yang masih muda, bersekolah tu kalau nak involve dalam cinta-cinta ni.. macam aku cakap lah, citer ni for me temanya adalah agak macam 'puppy love'.. seperti petikan dalam novel di bawah..


Ermawan terus buat muka. “dude, apa barang nak risau masalah cinta. Kau.” Ermawan pandang atas bawah atas bawah. “baru 16 tahun. Kau bukannya da 36 tahun yang patut risau masalah cinta, atau kau bukan 23 tahun macam aku yang still single takde orang nak sebab orang ingat aku ni budak sekolah.”

ha ah.. zaman sekarang ni muda-muda bercinta mengalahkan macam drama Korea.. bukan main kan.. kalah cinta orang dewasa yang dah besar.. aku ni pun takde involve dalam cinta-cinta ni lagi.. tapi yang budak remaja ni amboi-amboi kalau bab-bab cinta ni bukan main.. aku tak payah nak beri contoh lah.. korang pun dah tahu kes macam budak kapel seminggu tu, kisah budak lelaki tu aku dah tak ingat nama, budak perempuan siap kikis-kikis kat lengan tulis dengan pisau nama BF tanda hebatnya cinta dia.. amboi-amboi.. bukan main lagi kan? so, ia adalah perkara yang bagus penulis ada selit-selitkan nasihat macam ni kepada watak utama iaitu Haikal yang baru je umur 16 tahun..

satu benda lagi cakap, honestly citer Asrama ni memang kategori 18SX.. seks golongan bawah umur.. mula-mula dulu before aku baca citer ni aku fikir citer ni takde lah 18SX.. aku takde lah bermasalah kalau nak baca citer-citer macam ni sebab umur pun dah lebih 18 tahun kan.. hihihi.. tapi bila citer ni melibatkan budak umur 16 tahun, secara tak langsung buat aku relate dengan diri aku sendiri ketika aku still umur 16 tahun gak.. siapa aku pada umur 16 tahun?  well... aku ni jenis super INESEN.. hahaha.. seriously wei, kalau budak Haikal, Paan or Hisha dalam novel ni dah tahu hal-hal semua, aku pula pada umur tu memang still tak tahu seks tu apa benda.. kalau ditanya pada aku "seks tu apa benda?"

jawapan aku, "seks tu process buat anak bila lelaki and perempuan tidur bersama.."

tapi, takkan lah kalau tidur bersama pun dah boleh buat anak.. so, dulu-dulu waktu aku still sekolah menengah aku tak tahu pula process buat anak tu kena main lubang bawah.. bila aku start tahu benda ni aku fikir macam ni..

"OMG!! kenapa lah buat seks ni sangat menakutkan?" <------ (fikiran budak minda inesen)

tapi aku tahu juga lah.. citer dalam citer Asrama ni boleh berlaku di dunia realiti.. muda-muda lagi dah buat seks.. memang perkara yang sepatutnya tak mengejutkan.. cuma bila aku baca citer ni aku rasa proud pada diri aku time muda remaja sekolah fikiran memang inesen giler-giler.. tak tercemar.. hihihi.. (cuma sekarang dah jadi advance sikit)

so, kesimpulannya cerita Asrama ni bagus.. aku tengok dari komen pembaca banyak yang komen positif.. ada yang berangan nak jadi macam Haikal lah.. nak jadi Paan lah.. jadi Hisha lah.. banyak yang suka scene yang sweet-sweet, kata romantik manja gitew.. tapi aku takde lah terasa sweet or jadi angau bila baca scene-scene macam tu.. sebab aku ni kan hati kering.. tak romantik.. kadang-kadang aku gelak-gelak je bila Paan tu panggil Haikal dengan perkataan 'Sayang..' lagi-lagi part marah-marah... "Sayang!!"

hahaha.. aku tak boleh lah dengan bahasa manja-manja ni.. 


Wednesday 15 January 2014

Memahami Maksud (Part 1)

ada terlalu banyak term yang digunakan.. dalam dunia PLU pun ada guna pelbagai term perkataan yang membawa maksud tersendiri.. misalnye kalau bagi PLU lelaki lah perkataan macam bottom, top or flexi.. kalau PLU perempuan pula guna perkataan butch dan femme.. kadang-kadang, ada orang tak faham dengan term-term ni.. even ada juga orang PLU sendiri tak tahu apa maksud PLU.. ada yang pernah tanya aku, apa beza antara PLU dengan gay?

dulu aku pernah chat dengan seorang adik ni, bercakap lah tentang perkataan-perkataan yang banyak digunakan dalam golongan PLU.. dia cakap lah kalau boleh aku tulis satu post tentang segala term yang usually digunakan dalam golongan PLU.. aku pun actually plan nak tulis post tentang tu lah dulu tapi tak jadi-jadi.. so sekarang aku nak tulis lah serba sedikit tentang pengunaan terms ni semua.. just the basic terms je lah..


-------------------------------------------------------





PLU

apa yang korang faham dengan maksud PLU? PLU tu datang dari perkataan 'People Like Us'.. pendapat orang mengenai PLU tu apa benda berbeza-beza.. ada yang mengatakan PLU tu exclusive untuk gay.. maksudnya 'gay = PLU'.. so, ada yang kata lah, yang biseksual tu bukan dari kalangan PLU.. ada pula yang pernah chat dengan aku kata bagi dirinya 'gay dengan PLU' tu pula berbeza maksudnya.. gay tu macam orang yang dah terlalu songsang sangat.. tapi kalau PLU mereka takde lah songsang sangat.. songsang di sini merujuk kepada lifestyle.. maksudnya 'gay' adalah individu yang suka cari seks, banyak skandal, jenis yang memang sosial.. tapi PLU pula jenis yang moderate.. takde lah expose-expose sangat.. mungkin lebih kepada discreet macam tu lah.. tu mengikut pendapat orang yang aku pernah chat lah.. ada pula yang kata, PLU ni exclusive untuk golongan songsang lelaki je.. lesbian, pengkid tu semua, bukan sebahagian dari PLU.. but then, ada pula perempuan lesbian and pengkid pun guna perkataan PLU tu untuk refer golongan mereka gak..

so, apa yang dimaksudkan dengan PLU?

for me lah (PLU according to Encik Putera) PLU tu sama ertinya dengan LGBT..

PLU = LGBT

so, dengan kata lain, PLU tu merujuk kepada empat kolongan ini iaitu Lesbian, Gay, Bisexual dan juga Transgender.. so, kalau mengikut permahaman dan pendapat aku, keempat-empat golongan ni juga adalah sebahagian dari PLU.. maka, PLU tu tak exclusive untuk gay sahaja, tapi juga merujuk kepada golongan lesbian, biseksual dan juga transgender.. so, sekali lagi, PLU tu sama sahaja bila kita fikir mengenai term LGBT..

for me,      PLU = LGBT

but, PLU dan LGBT pun ada bezanya juga dari segi level nye..

term LGBT bagi aku mempunyai maksud yang terlalu formal, PLU pula lebih santai.. pun begitu, PLU dari segi tanggapan orang pula macam satu perkataan yang lebih sopan/polite berbanding kalau dengan perkataan LGBT.. usually lah kalau kita guna perkataan LGBT, ianya bunyi yang agak kasar, provokatif dan negatif.. tapi kalau kita guna perkataan PLU pula, ianya bunyi yang lebih sopan dan santai.. kalau nak faham macam perbezaan antara perkataan 'saya' dengan 'aku' lah.. 'saya' lebih sopan, tapi 'aku' macam kasar bunyi nye.. so, bagi golongan ini di Malaysia khususnya, mereka lebih prefer kata 'aku ni orang PLU' berbanding 'aku ni orang LGBT'.. sebab LGBT ni aura nya agak negatif dan provokatif, tapi PLU pula aura yang lebih sopan dan santai.. so, tu lah yang membezakan antara PLU dengan LGBT..




--------------------------------------------




then aku nak discuss mengenai perbezaan antara perkataan 'pondan, lelaki lembut, maknyah, bapok, transgender'...


(according to Encik Putera)

pondan : 
merujuk kepada lelaki yang bersikap seperti wanita.. mereka mungkin suka memakai pakaian perempuan, mungkin ada memakai rambut palsu, dan sebagainya.. tapi for me lah, yang penting mengenai maksud pondan ni adalah mereka yang still tak pernah melakukan apa-apa perubahan dalam fizikal mereka.. maksudnya, mereka tak membuat pembedahan jantina, buat buah dada.. so, dari segi kelakuan mungkin bersikap keperempuanan, tapi still tak pernah ubah apa-apa di bahagian tubuh mereka untuk menjadikan mereka lebih kepada wanita..

example : watak citer Sutun




lelaki lembut/sissy :
bersikap lembut.. dari segi percakapan dan mungkin juga cara berjalan.. ada yang kata mereka ni pasti dalam golongan gay, but for me, tak semua lelaki lembut itu adalah gay.. beza antara lembut dengan pondan adalah yang lembut ni lebih prefer untuk berpakaian lelaki.. mereka tak suka berpakaian seperti seorang perempuan.. dan actually mereka tak nak jadi seorang perempuan.. lebih prefer untuk jadi lelaki.. so, lembut di sini bermaksud dari segi tingkah laku mungkin seperti seorang perempuan, tapi dari segi dalaman pula, hati lebih prefer untuk jadi lelaki berbanding nak jadi perempuan..

example : watak dalam citer Hantu Kak Limah.. watak je.. bukan pelakonnye..



maknyah :
seorang lelaki yang dari segi fizikal dan dalaman seperti seorang perempuan.. sekali pandang kadang-kadang boleh tertipu yang mereka ni sebenarnya asalnya lelaki.. mereka ni sudah pun menyimpan rambut panjang, mengubah fizikal diri seperti membuat buah dada dan mungkin juga ada yang sudah buat pembedahan jantina.. so, dengan kata lain, mereka ini perempuan yang sebenarnya adalah seorang lelaki..

bapok :
bapok dengan maknyah berbeza.. ini menurut dari apa yang dikatakan oleh seorang maknyah, bapok adalah seorang lelaki yang mahu jadi perempuan.. tapi aura lelaki mereka itu lebih kuat.. so, kalau mereka nak jadi perempuan, memang nampak tak kena sebab memang obvious mereka ni adalah lelaki.. berbeza dengan maknyah, sekali pandang kita boleh salah anggap yang maknyah ni perempuan.. tapi bapok pula sekali pandang pun dah tahu mereka ni asalnya lelaki.. senang cakap, bapok ni yang tak lawa.. tapi maknyah pula yang cantik-cantik..


perbezaan antara maknyah dengan bapok




yang ni maknyah







yang ni pula bapok






Transgender :
untuk term ni pula, for me merujuk kepada mana-mana jantina yang telah menjalani pembedahan ubah jantina.. tak kira lah lelaki jadi perempuan ke, or perempuan jadi lelaki.. so, mereka ini digelar sebagai golongan transgender..








bersambung...




Sunday 12 January 2014

Unspeakable Love -Part 33-







Part 33 : About Saiful


"jadi awak lah orang yang bernama Fahri?" kata seorang wanita yang sambil tersenyum memandang aku.. matanya berpandangan tepat ke arah mata aku.. namun sesekali dia ada juga menoleh ke arah lukisan yang mengandungi potret diri aku di sebelah kirinya..

aku jadi kekok seketika.. lebih-lebih lagi pada saat ini kami sedang berdiri bertentangan mata sedang kan potret diri aku berada di tengah-tengah antara kami berdua di sebelah kananku.. di sekitar kami pula, kelihatan beberapa orang yang turut memerhatikan lukisan itu.. mata mereka juga ternyata berpaling ke arah aku sambil mata mereka kembali berpaling ke arah lukisan itu.. mana tidak nya, orang yang dalam lukisan potret itu ada di depan mata mereka, iaitu diri aku sendiri.. maka, tidak usah aku jelas kan bertapa kekoknya diri aku diperhatikan sedemikian rupa.. wajah yang serupa.. dalam lukisan itu.. dan juga aku yang sedang berdiri dekat dengan lukisan itu..

sesekali, dapat aku mendengar bisikan pengunjung berkata dalam nada yang tidak kuat namun dapat aku dengari berkata,

'orang ni dan orang dalam lukisan ini sama lah.. dia pelukis lukisan ini ke?'

'jadi, orang ini lah bernama Saiful? pelukis lukisan ini?'

pelbagai spekulasi yang aku dengar.. namun memang ternyata lukisan ini memang ada kaitan dengan diri aku sendiri.. apabila melihat pengunjung memandang aku sedekian rupa, muka aku mula menjadi merah.. aku tidak tahu kenapa.. adakah aku berasa malu..

"salam semua..." tiba-tiba wanita di depan mata aku itu mula bersuara.. dia berpaling ke arah pengunjung.. "mungkin anda semua berfikir yang orang di sebelah saya ini adalah pelukis lukisan ini," wanita itu menunjuk jari ke arah aku, "but actually tak begitu.. saya adalah wakil kepada pelukis sebenar lukisan ini yang bernama Saiful.. sayang sekali dia tak dapat datang.. hanya saya sahaja diwakilkan sebagai ganti beliau.. but, seperti yang anda lihat sendiri, orang di sebelah saya ini lah subjek potret dalam lukisan ini.." kata perempuan itu sambil tersenyum memandang aku.. "orang ini bernama Fahri, but pelukis lukisan ini pula bernama Saiful.." jelas wanita itu lagi..

aku terdiam, hanya memerhatikan apa yang wanita di depan mata aku ini sedang jelaskan.. pada saat ini aku sedikit terkejut yang wanita itu boleh mengetahui siapa nama aku sedangkan diri aku sendiri langsung tidak pernah mengenali dirinya.. wajah yang masih merah, mungkin aku berasa sedikit malu melalui saat yang menjanggalkan ini.. baru sahaja beberapa minit lepas aku bertanya untuk berjumpa dengan pelukis lukisan ini, namun yang datang hanya lah seorang wanita yang aku tidak kenali.. sebenarnya aku fikir yang Saiful akan datang.. aku sudah mula sedikit cuak untuk bertemu dengan dirinya... berdebar-debar menanti, yang datang hanya lah seorang wanita yang tidak dikenali..

"Saiful kat mana?" terus aku tanyakan soalan itu selepas sahaja pameran lukisan mula mahu tutup.. "kenapa dia tidak datang?" tanya aku lagi..

pada saat itu, kami sedang pun berada di luar balai seni.. 

berhenti seketika, wanita itu mula memandang aku..

"oh.. dia tidak akan datang sebab memang niat dia awal-awal lagi untuk tidak mahu datang.. macam yang dah dijelaskan tadi, saya hanya sebagai wakil dia.. tapi tidak sangka boleh jumpa dengan awak di sini, Fahri.." balas wanita itu, tersenyum..

"saya tahu, tapi saya nak tahu, Saiful di mana? cik mesti tahu kan dia kat mana sekarang kan?" tanya aku lagi..

"maaf sebab tak kenalkan diri lagi.. saya Nora.. kawan Saiful.. awak lapar? tak kisah untuk keluar makan bersama?" tidak menjawab soalan aku itu, sebaliknya wanita bernama Nora itu mengajak aku untuk keluar makan bersama..

terdiam.. aku hanya mengganggukkan kepala tanda setuju.. aku fikir bila waktu makan nanti Nora akan mula bercerita perihal Saiful kepada aku.. menjelang pukul 7 malam, aku dan Nora kini berada di dalam sebuah pusat membeli belah.. aku ada memberi tahu kepada Ihsan dan Hafiz yang aku akan keluar makan malam di luar bersama dengan seorang wanita.. mana lah tahu kalau-kalau mereka tercari-cari aku nanti.. di dalam pusat membeli belah, berdua-duaan sambil berjalan mencari tempat untuk makan, akhirnya kami memilih untuk makan di sebuah restoran makanan segera..

usai memesan pesanan, aku dan Nora duduk bertentangan.. aku pandang wajahnya.. dia hanya senyum memandang aku..

"kali pertama melihat lukisan itu? Saiful kata yang awak tak sempat tengok lukisan itu lagi dulu.." akhirnya Nora bersuara..

pada saat ini terus tergiang semula tentang peristiwa lalu ketika aku duduk sambil Saiful melukis potret aku.. memang benar yang aku tidak sempat melihat lukisan itu lagi.. sebab.. aku melarikan diri.. pada hari ketika potret itu dilukis, pada hari itu juga lah kali terakhir aku melihat Saiful.. sebab.. aku melarikan diri.. aku yang melarikan diri darinya..

"saya fikir dulu ianya adalah dalam saiz yang lebih kecil dalam kertas lukisan.. tapi yang saya lihat tadi dilukis pada kain kanvas dan dalam saiz yang lebih besar.." kata aku..

"oh.. sebab Saiful telah melukisnya semula pada kain kanvas dan dalam saiz yang lebih besar.. saya ada juga pernah melihat lukisan itu dalam kertas lukisan.. sebab waktu Saiful melukis potret itu, maksud saya melukis dikain kanvas, dia refer pada lukisan dalam kertas lukisan itu.." balas Nora..

terdiam, aku mula mendiamkan diri.. pada saat ini entah kenapa aku mula merasakan sesuatu terhadap Nora.. sesuatu buat aku mula tertanya-tanya..

"Saiful ambil masa yang agak lama juga untuk menyiapkan lukisan ini.. selepas dia berhenti kerja, baru lah dia mula fokus untuk menyempurnakan lukisan ini.." kata Nora

"Saiful berhenti kerja? jadi dia buat apa lah sekarang?" tanya aku..

"sleeping.. tidur sepanjang hari.." jawab Nora..

aku berkerut dahi.. agak kurang mengerti..

"tidur je? takkan lah dia just tidur sepanjang hari?" tanya aku kehairanan..

"oh well.. mungkin dia adalah jenis orang yang pemalas.. but pada saat ini, dia hanya tidur.. tidur sepanjang hari... kadang-kadang, manusia juga boleh jadi seorang yang pemalas, tak begitu?" jawab Nora sambil dia menghirup air minuman.. "oh ya.. macam mana dengan keadaan awak sekarang? mungkin saya boleh cerita kan apa-apa tentang awak kat dia nanti.. tentu sekali dia mahu ambil tahu tentang perkembangan diri awak.." kata Nora lagi..

"saya? tak banyak sangat yang berlaku.. baru tamat study.. sekarang tengah menunggu untuk my graduation.. and sekarang juga sedang tinggal dengan seorang kenalan lama.. but tak lama lagi saya akan keluar lah.. maksud saya, pulang ke rumah sendiri jumpa family.. hmm.. saya nak tanya sesuatu boleh tak?" tanya aku..

"tanya lah.. apa dia?"

"hmmm.. awak nampak macam tahu banyak benda tentang kami berdua.. saya fikir, mesti Saiful ada banyak cerita tentang hal kami pada awak kot.. tak begitu?"

"owh.. pasal tu..." Nora kembali menghirup air minumannya sebelum meneruskan kata, "ha ah.. betul.. dia ada cerita tentang diri awak.. saya rasa dia memang suka bercerita tentang diri awak.."

aku terdiam.. mendengar kata-kata Nora itu mula muncul satu perkara dalam fikiran aku.. entah kenapa aku mula menjadi gelisah..

"really? dia selalu bercakap tentang saya?" tanya aku..

"ye.." balas Nora ringkas..

"saya rasa, mungkin dia masih lagi tak lupakan saya.." kata aku perlahan..

aku terdiam.. wajah tunduk ke bawah.. Nora pula hanya memandang tingkah laku aku itu..

"actually, saya sebenarnya juga tahu apa yang dah jadi antara korang berdua.. hubungan antara korang berdua bagaimana, saya tahu.. dia suka kat awak, tak begitu? dan awak juga tahu hal itu.." kata Nora..

aku sedikit terkejut bila Nora berkata begitu.. namun ia adalah sesuatu yang sudah aku jangkakan.. dapat aku rasakan dari awal tadi yang Nora memang sudah tahu banyak perkara tentang kami berdua.. malah tahu mengenai 'hubungan perasaan songsang' ini.. aku mula gelisah.. mungkin aku masih tidak terbiasa jika seorang wanita mengetahui tentang masalah 'hati' ini.. lebih-lebih lagi jika wanita itu sedang di depan mata aku.. tidak tahu kenapa, ada sedikit perasaan malu dalam hatiku terhadap Nora bila dia tahu mengenai rahsia diri ini.. terdiam seketika, aku menghembuskan nafas sedikit cuba untuk menjadi tidak begitu gelisah..

"owh well.. actually saya agak terkejut bila tahu Saiful telah berterus terang yang dia suka pada seorang lelaki pada awak.. jadi, awak pun sudah sedar yang awak sedang berdepanan dengan orang seperti dirinya pada saat ini.. saya fikir, orang tidak akan begitu open untuk insan seperti kami.." kataku..

"don't worry.. tak perlu takut pada saya.. saya okay je.. banyak benda juga yang saya belajar dari Saiful.. 'People Like Us'.. Saiful kata itu adalah antara nama untuk refer untuk golongan macam ini.. honestly, itu lah kali pertama saya dengar perkataan itu.." kata Nora..

"hehehe.. tak sangka pula Saiful ada beri tahu tentang tu.. ha ah.. kalau singkatannya adalah PLU.. awak mesti dah tahu kan?" tanya aku..

Nora hanya tersenyum.. aku duga memang dia sudah tahu pun mengenai perkataan seperti itu dari Saiful.. untuk sesuatu sebab, mula muncul perasaan ingin tahu aku terhadap Nora.. sudah seberapa banyak yang Saiful telah katakan pada dirinya? mengenai hal aku, mengenai golongan seperti aku, sudah seberapa banyak yang Nora sudah mula pelajari?

"boleh tak kalau saya pula nak tanya satu soalan?" kali ini Nora pula yang bersuara..

"boleh je.. apa dia?" tanya aku.. entah kenapa hatiku mula berdebar-debar..

"saya tahu yang Saiful suka awak.. but boleh tak beri tahu apa yang sebenarnya awak rasakan pada dirinya?" tanya Nora..

aku tergamam.. terdiam.. terus mula gelisah.. patut lah aku mula berdebar-debar.. rupa-rupanya soalan ini yang ditanya Nora.. mata meliar-liar memandang ke kiri dan ke kanan, tanda aku mula gelisah.. tanda seboleh-bolehnya aku tidak mahu menjawab soalan itu.. namun aku tahu Nora pasti mahu aku memberikan jawapannya..

"macam mana nak kata ya.. hurmmm..." mula menarik nafas, lalu terdiam seketika..

Nora pandang aku, menunggu jawapan dari mulut aku...

"saya tahu yang dia suka pada saya.. dia orang yang baik sebenarnya.. kadang-kadang agak annoying.. actually jenis yang agak susah untuk diramal.. orangnya hensem.. fizikal yang menarik.. agak menggoda juga lah.. eh? boleh pula tercakap macam ni? hehehe.." aku tergelak kecil.. "tak lah kata saya pandang pada paras rupa, but itu antara perkara yang manusia suka untuk lihat, tak begitu? so, kalau nak diringkaskan actually dia ni dah macam 'a perfect person' lah.. but..."

aku terdiam seketika.. Nora pula terus mendengar dan memandang wajah aku..

"but... kadang-kadang hati ini agak pelik tau.. kita tahu orang suka kat kita, and kita tahu gak yang orang tu ambil berat tentang diri kita.. tapi kadang-kadang tak tahu kenapa yang kita just tak boleh nak beri balasan apa yang orang itu mahukan dari diri kita.. pernah tak rasa macam tu? ada orang yang suka pada diri kita, tapi hati pula berkata 'tak boleh'.. untuk sesuatu sebab, saya just tak pasti kenapa saya tak boleh nak balas apa yang dia rasa pada diri saya... pada masa ini, saya rasa begitu lah.. saya tak kata selamanya saya rasa begini.." balas aku jujur..

Nora terdiam.. mata kami saling berpandangan.. suasana menjadi sunyi seketika.. aku mula menghirup air minuman aku.. air yang asalnya sejuk kini mula menjadi kurang sejuk.. air mula terasa sedikit tawar kerana ais sudah pun semuanya cair.. aku minum, namun mataku masih juga memandang pada wajah Nora..

"so, memang macam tu lah kan.. ada orang mahu mendapatkan seseorang ini.. but orang itu pula tak boleh nak beri balasan perasaan yang sama pada orang yang mengejarnya itu.. kita tahu benda ini berlaku.. kadang-kadang kita perlu berhenti mengejar.. tiada sesiapa boleh memaksa hati orang untuk menyukai seseorang.. sebab, masing-masing ada cinta yang mahu mereka kejar sendiri.. but dalam kes ini, apa yang dikejar itu adalah sesuatu yang bertentangan.. sungguh malang sekali.. saya rasa, Saiful faham tentang hal ini.. kalau tak, sudah tentu dia akan cari awak.. tapi saya nak cakap satu perkara, mungkin kita faham yang kita tak boleh nak dapat cinta yang kita mahukan, tapi kita juga tak boleh memaksa seseorang dari berhenti mencintai orang yang disukainya.. saya rasa awak dah faham apa yang saya maksudkan.." kata Nora..

membisu, aku faham apa yang dimaksudkan oleh Nora itu.. Saiful masih menyimpan perasaan terhadap aku.. hal ini yang buat aku mula gelisah.. kenapa lah ianya menjadi begitu rumit? aku tahu yang Saiful tidak mengejar aku.. dia lepaskan aku.. walaupun dia suka aku, dia tetap biarkan aku menentukan hala tuju cinta aku sendiri.. tapi aku juga rasa bersalah.. kerana dia tidak mahu melepaskan perasaan sukanya pada aku.. dan kerana itu, ia akan menyakitkan dirinya sendiri.. biarpun dia tidak memaksa aku, tapi selagi dia tidak melepaskan perasaan itu, selagi itu dia akan mendera dirinya sendiri.. dan semuanya juga berpunca disebabkan aku.. adakah aku pentingkan diri sendiri kerana membuatkan dirinya begitu?

"by the way.. saya nak tanya satu lagi soalan.. actually apa hubungan antara awak dengan Saiful sebenarnya?" tanya aku..

"kawan.. hanya sekadar kawan.. kawan lama.. kawan satu sekolah dulu.. awak mungkin boleh kata yang saya satu-satunya rakan baik perempuannya.. so, tak menghairankan kalau dia boleh share banyak benda pada diri saya.." balas Nora..

kemudian, aku lihat Nora mula mengambil beg tangannya yang diletakkan di atas meja di sebelah kanannya.. dibukannya zip beg, lalu dikeluarkan pula telefon bimbitnya.. aku pula hanya memandang sambil dahiku berkerut..

"nak tengok gambar terbaru Saiful? pagi tadi kami ambil gambar selfie bersama sebelum saya datang ke balai seni siang tadi.. tengok.. dia still hensem kan, walaupun dah berubah sedikit.." lalu Nora terus menghulurkan telefon bimbitnya..

aku ambil, aku lihat pada skrin telefon bimbitnya itu yang memaparkan gambar mereka berdua.. kelihatan Nora begitu manis di sebelah kanan Saiful.. turut tersenyum manis, Saiful di kiri Nora kelihatan agak selekeh dan pucat, namun masih kelihatan manis tersenyum.. melihat keadaannya itu, aku mula curiga mengenai sesuatu..

"dia nampak semakin kurus sekarang.. pucat.. macam tidak sihat.. Saiful sakit ke?" terus aku berpaling ke arah Nora..

Nora terdiam.. dan kerana dia terdiam, hatiku mula curiga..

"oh.. dia memang tak berapa sihat kebelakangan ini.. tapi dia baik-baik sahaja.. kenapa? awak risau ke?" tanya Nora..

"tentu sekali saya akan risau kalau dia sakit.. ianya tidak lah begitu teruk sangat, bukan?" tanya aku..

"owh.. well... boleh awak keluarkan telefon bimbit awak?" pinta Nora..

berkerut dahi, aku kehairanan, "kenapa?"

"kalau awak ada berhasrat untuk berjumpa dengan dia, saya boleh beri alamat rumahnya.."

terdiam.. aku hanya memandang wajah Nora..

"okay then.. hurmm.." Nora mula mengeluarkan buku nota dalam beg tangannya.. lalu dia mula menulis sesuatu pada buku nota itu.. siap sahaja, dikoyakkannya lalu dihulurkannya kertas itu kepada aku..

"alamat.. just in case kalau awak terfikir mahu berjumpa dengan dia nanti.." kata Nora..

aku ambil, mataku mula memandang pada kertas nota itu..

"dia tidak apa-apa.. dia okay je.. tapi saya mungkin rasa yang dia akan gembira kalau awak mahu berjumpa dengan dia nanti.." kata Nora lagi..

masih memandang pada kertas nota itu, aku hanya terus diam membisu...


*          *          *


keesokannya aku bangun agak lewat dari kebiasaanya... pagi yang agak tenang, matahari mula menerangi setiap sudut bilik.. perasaan yang agak kurang selesa kerana silauan dari matahari yang menembusi bilik telah membuatkan aku terjaga dari tidur.. bangun, aku lihat Ihsan telah tiada lagi di bilik.. lantas dengan segera aku tercari-cari telefon bimbit aku untuk melihat waktu pukul berapa sekarang ini.. jam telah pun menunjukkan pukul 11 pagi..

aku bangun.. tubuhku mengeliat seketika cuba menyedapkan diri yang sudah terlalu lama berbaring.. lantas, perlahan-lahan aku berjalan meninggalkan bilik.. menuju ke ruang tamu, aku lihat Hafiz sedang menonton TV..

"morning.." kata Hafiz, tanpa melihat aku..

"morning.." balasku..

"sarapan ada di atas meja.." kata Hafiz lagi..

aku tidak menjawab.. lantas perlahan-lahan aku pergi mendekati meja makan.. duduk, aku mula menjamah sarapan yang aku rasa telah dimasak oleh Ihsan.. makanan sudah menjadi sejuk.. tapi aku hanya terus memakannya..

"Ihsan mana?" tanya aku pada Hafiz..

"tadi rasanya ada kat luar sekejap.. nanti dia balik lah tu.." balas Hafiz..

baru sahaja aku bertanya Ihsan di mana, tiba-tiba pintu rumah dibuka.. di muka pintu kelihatan Ihsan di depan mata aku..

"oh.. baru je sebut, dah ada di depan mata..." kata aku..

"kenapa? cari aku ke?" tanya Ihsan kehairanan..

"abang Fahri cari abang tadi.." Hafiz pula berkata...

memandang aku, Ihsan menunjukkan riak wajah seperti bertanya 'kenapa'..

"oh.. takde apa-apa sangat.. saje, tanya kau kat mana tadi.." kata aku..

tidak berkata apa-apa, Ihsan kemudiannya terus masuk ke dalam bilik.. aku mula memandang pada TV menonton rancangan apa yang disaksikan oleh Hafiz.. ianya adalah sebuah dokumentari mengenai kejuruteraan bangunan.. tertarik dengan rancangan itu, lantas aku cepat-cepat pergi ke dapur untuk membasuh pinggan agar dapat menyaksikan rancangan TV itu.. namun, bila aku masuk ke dapur, aku perasan yang pinggan mangkuk masih banyak yang tidak dicuci.. fikiran aku mula berasa kehairanan.. aku hulurkan tangan pada pili air.. memutar pemulas pili air, baru aku faham yang air tiada..

"Hafiz, air takde ke?" tanya aku nada yang sedikit kuat agar di dengari Hafiz..

"ha ah.. takde air lah abang Fahri.. kalau nak mandi sekarang memang tak boleh juga.." balas Hafiz..

terdiam.. aku mula kehairanan.. pelik.. kenapa pula tiada air? semalam ada je.. tertanya-tanya pula kenapa hari ini tidak ada..

"ada kerja baik pulih sistem perpaipan kat apartment ini.. dah ada notis dah sebelum ni kata yang memang akan ada kerja menyenglenggaraan pada hari ini.. aku pun terlupa juga yang hari ini hari mereka nak buat kerja baik pulih.." tiba-tiba Ihsan berkata yang kini dia berada di dalam ruang tamu..

"kalau rasa nak mandi jangan risau, Hafiz pun tak mandi lagi, and abang Ihsan pun tak mandi lagi.. semua orang dalam rumah ini tak dapat mandi lagi.. pinggan mangkuk di dapur tu kita biarkan sahaja dulu.." Hafiz pula yang berkata..

lantas aku masuk semula ke ruang tamu..

"ada pakaian yang nak dicuci?" tanya Ihsan..

"ha ah lah.. dah nak seminggu tak cuci baju.. tapi hari ini air takde pula.." kata aku..

"aku ingat nak hantar ke dobi je hari ini.. kalau nak cuci kat rumah memang tak boleh lah kan.. so, korang semua kumpul-kumpul lah baju yang nak dicuci.. aku nak pergi keluar ke dopi lah ni.." kata Ihsan..

menurut, aku dan Hafiz mula masuk ke dalam bilik mengambil segala pakaian yang mahu dicuci.. segala pakaian aku yang telah dipakai biasanya aku letak di dalam satu bakul.. aku ambil bakul itu, lalu terus keluar ke ruang tamu..

"macam banyak je pakaian kita bertiga ini.. nak aku temankan hantar?" tanya aku..

"sure.. boleh juga.." balas Ihsan..

lalu aku dan Ihsan terus bergerak ke dalam kereta Ihsan.. segala pakaian yang mahu dihantar kami letak dibahagian penumpang belakang.. menghidupkan enjin kereta, Ihsan mula bergerak memandu ke arah kedai dobi.. sampai sahaja ke kedai dobi, kami terus masuk ke dalam kedai.. di dalamnya kelihatan banyak mesin basuh yang disediakan.. kedai dobi ini jenis yang layan diri.. kita sendiri yang akan memasukkan sendiri segala pakaian kita ke dalam mesin basuh.. tapi kedai dobi itu turut menyediakan mesin pengering pakaian sekali.. jadi agak mudah juga lah.. hantar baju, masuk dalam mesin basuh, kemudian mesin mengeringkan pakaian, selepas itu kita ambil semula pakaian kita yang sudah pun menjadi kering..

sementara menunggu pakaian yang sudah pun dimasukkan dalam mesin mencuci baju, aku dah Ihsan hanya duduk di kerusi.. aku lihat Ihsan hanya memandang ke hadapan melihat baju-baju yang sedang berputar kelihatan di sebalik cermin lut sinar mesin basuh itu.. menunggu dan menunggu.. lantas, akhirnya aku mula bersuara...

"aku rasa dah agak lama juga aku stay dengan kau.." kata aku perlahan-lahan..

berkerut dahi, Ihsan mula memandang aku..

"berfikir untuk mahu pulang ke rumah??" tanya Ihsan..

"ha ah.. dah macam sebulan kan aku stay dengan kau.. aku fikir dah tiba masanya kot untuk aku pulang ke rumah family aku.. my mom tahu yang aku stay dengan kau.. dan tak kisah sangat aku nak stay dengan kau berapa lama pun, but katanya asalkan aku balik lah.. tentu lah aku kena balik.. before my graduation of couse lah kena balik dulu.." kata aku...

"hurmm.. aku rasa bersalah pula sebab kau stay dah lama dengan aku.. ha ah.. kau memang patut balik pun.. so, kau nak balik nanti bila?" tanya Ihsan..

"hurmm.. maybe dalam tiga or empat hari nanti.. sebab aku kena buat something gak sebelum balik.." dalam fikiran aku mula teringatkan tentang ajakkan Shahir untuk mahu berjumpa dengan aku terlebih dahulu..

"owh.. okay.. hurmm.. balik nanti naik apa?" tanya Ihsan lagi..

"dengan bas lah kot.. tentu lah dengan bas.. nak naik apa lagi kan?"

"okay.. nanti kau cakap kat aku lah bila kau dah beli tiket nanti, aku hantar ke stesen bas.." kata Ihsan..

tersenyum, aku hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.. suasana menjadi sunyi seketika.. kedua-dua kami diam membisu.. hanya kedengaran bunyi mesin basuh yang sedang memutarkan segala pakaian kami di dalamnya.. aku lihat pakaian kami yang sedang berpusing-pusing di sebalik cermin lut sinar mesin basuh itu.. mulanya berpusing dari arah lawan putaran jam.. kemudiannya, berputar pula mengikut putaran jam.. dan seterusnya begitu.. berputar, dan terus berputar.. dan aku terus memerhatikan pakaian kami yang sedang berputar itu..

"oh tidak!!" tiba-tiba aku menjerit..

Ihsan di sebelah aku mula terkejut dengan aku yang begitu tiba-tiba itu..

"ada apa? kenapa Fahri?" tanya Ihsan..

lantas dengan segera aku menuju pada mesin basuh itu.. aku cuba menekan-nekan butang cuba memberhentikan mesin basuh itu.. tekan dan tekan.. akhirnya mesin basuh itu berhenti juga.. lantas dengan segera aku mengeluarkan segala pakaian di dalam mesin basuh biarpun semuanya masih lagi dalam keadaan basah.. aku tengok satu-persatu mencari sesuatu.. kehairanan melihat aku, Ihsan terus mendekati aku..

"kenapa Fahri? kenapa ni?" tanya Ihsan..

tidak memperdulikan pertanyaan Ihsan itu, aku teruskan juga mencari apa yang aku mahu cari.. akhirnya aku terjumpa.. seluar jean yang aku pakai semalam.. lantas dengan segera aku menyeluk poket seluar jean itu..

"oh no!!" jerit aku..

"kenapa, Fahri? kenapa?" tanya Ihsan lagi..

mula menutup mata dengan telapak tangan aku, wajah aku pula tunduk ke bawah dengan penuh rasa kekecewaan..

"ianya dah rosak.. ianya dah hancur.." kata aku perlahan..

"apa dia yang rosak? apa dia yang hancur?"

aku pandang wajah Ihsan.. wajahku sungguh kecewa.. lalu aku tunjukkan bekas-bekas kertas yang kini menjadi kepinggan kecil akibat termasuk dalam mesin basuh tadi..  lalu dalam hati aku berbisik,

aku malah tidak sempat meminta nombor telefon Nora, dan sekarang alamat rumah Saiful pun dah 'hilang'..

kecewa.. aku terus menundukkan wajah ke bawah..


Tuesday 7 January 2014

Boxer VS Seluar Dalam





AWAS! 

mungkin tidak sesuai dibaca oleh sesetengah orang..



beberapa hari lepas aku pergi ke KK, Sabah nak hantar my sisters pergi ke airport.. kita orang bermalam lah dulu, then ada lah pergi jalan-jalan jap kat KK.. okay, nak dipendekkan cerita lah kan, aku nak bercerita mengenai 'boxer vs seluar dalam'.. hahaha 

pada hari aku pergi KK tu, untuk pakaian dalam, aku pakai boxer warna putih.. aku pernah dengar satu ceramah ini kata, lelaki dalam sehari secara purata mereka 'teransang' dalam 60 kali sehari.. aku tak ingat sangat lah.. but aku rasa tu macam agak hyperbola.. maybe dalam 30 kali sehari lah kot.. so, bila aku cakap macam ni lah kan, entah kenapa waktu aku pergi KK tempoh hari tu aku macam agak selalu gak 'teransang'.. hahaha.. aku pula time tu pakai jean potongan skinny.. takde lah skinny sangat.. tak sendat sangat.. just tak loose sangat lah.. so, bila dah macam tu, dalam hati jerit 'oh no!!' then pandang bawah 'ianya dah semakin 'membesar'..' hahahaha.. bersilang ke kanan.. hahaha.. so, dalam hati pun mula lah fikir lagi 'macam nak cover ni?' (kalau perempuan ada baca artikel ni, actually ni antara problem yang dihadapi oleh lelaki)

so, aku nak bercerita mengenai 'boxer'..

for me, boxer ni kalau dipakai mempunyai ada masalahnye.. orang pakai boxer sebab kata ia lagi 'loose'.. ada lah yang kata kalau pakai seluar dalam actually tak elok sangat sebab 'kurang loose', nanti-nanti boleh ada beri kesan sampingan pada alat kelamin.. entah.. maybe boleh jadi mandul lah kot.. ada lah pernah dengar orang kata macam tu.. but disebabkan boxer ni 'loose' sangat, banyak juga masalah yang timbul.. 

sebelum aku nak bercerita mengenai hal ni.. actually korang prefer yang mana? boxer ke seluar dalam? lain orang lain pula cita rasa mereka.. ada orang yang lebih suka pakai boxer berbanding seluar dalam.. so, koleksi pakaian dalam tu lagi banyak boxer dari seluar dalam.. ada orang pula prefer seluar dalam berbanding boxer.. ada pula tak kisah mana-mana sangat.. 50/50.. but kalau ditanya pada aku lah, adakah aku ni 'boxer person' or 'underwear person'? aku akan cakap, aku ni lagi prefer seluar dalam berbanding boxer.. kalau dulu, aku memang tak pakai boxer langsung.. but then mula lah try pakai, lama-lama dari 10% jadi 20% aku akan pakai boxer..

so, aku nak bercerita mengenai boxer.. aku ni pada awal-awal dulu memang menganggap boxer ni sebagai sesuatu yang 'menakutkan'.. ada banyak cerita juga lah kenapa aku kata boxer ni 'menakutkan'.. waktu sekolah dulu aku memang sejak dari awal lagi jadi student asrama.. so, bila dah jadi student hostel, memang biasa lah kan kalau duduk campur dengan budak lain.. ada budak yang memang suka seksi-seksi di asrama, jalan-jalan merayap tanpa baju, just pakai boxer je.. very common lah kan benda macam ni.. so, adalah satu story ni sewaktu aku dalam perjalanan nak masuk ke bilik aku, di depan aku ada my friend yang shirtless hanya pakai boxer berjalan bertentangan dengan aku.. nak tahu apa yang aku terlihat? secara tak sengaja aku terpandang pula pada bahagian bawah.. sesuatu yang menegak ke depan secara 90 darjah, memang jelas aku nampak dia punya ___ di sebalik boxer dia.. tapi my friend tu rileks je berjalan-jalan di asrama biar pun 'benda' tu 90 darjah menegak ke hadapan.. so, sudah pasti lah aku terkejut bila tertengok benda tu.. but disebabkan aku jenis yang berhati 'suci murni', bak kata orang, sekali pandang tak berdosa, dua kali pandang berdosa, so dengan pantas aku terus mengalihkan pandangan mata, menjaga kesucian pandangan mata kononnya.. hehehe.. so, aku terus jadi malu.. malu bukan sebab apa, malu bila fikir macam mana lah dia boleh slumber je jalan-jalan dengan keadaan macam tu? dia sedar ke tak ni? at least cuba lah cover sikit, biar pun sesama lelaki.. that's why aku anggap yang boxer ni 'menakutkan' sebab loose sangat sampai boleh jadi benda macam ni..

yang aku perasan lah, lelaki memang ada yang suka just pakai boxer dalam bilik biar pun bilik tu berkongsi dengan orang lain.. maksud aku memang suka shirtless just pakai boxer.. but kalau aku pula memang jenis orang yang memang akan sentiasa tutup tubuh, biar pun waktu tidur, tak pernah nak shirtless time tidur ke.. kena pakai baju gak..

walaupun aku kata boxer ni 'menakutkan', but then aku mula lah terdetik cuba nak pakai boxer.. alasannya sebab usually boxer ni banyak yang comel-comel.. banyak yang ada design yang comel-comel.. so, aku terfikir lah kalau aku pakai benda ni mesti kelihatan comel.. hahaha.. so, mula start nak pakai, lalu aku pun mula lah merasa bagaimana bila pakai boxer.. so, komen aku, for me boxer ni kurang selesa berbanding seluar dalam.. 

1. bila pakai boxer, disebabkan loose sangat, most of the time kita punya ___ akan bengkok ke bawah, (kalau seluar dalam 'benda' tu menegak ke atas disebabkan 'dikurung' oleh seluar dalam.. usually aku buat posisi macam tu)... so bila dah bengkok ke bawah, ia jadi bebas, kadang-kadang tu kita boleh rasa yang ia bergoyang ke kiri and ke kanan.. hahaha.. so, aku rasa tak selesa lah.. goyang kiri.. goyang kanan.. hahaha.. even dalam seluar jean sekali pun.. 
2. bila dah bergoyang ke kiri dan ke kanan, kadang-kadang tu ia bergesel dengan peha pula.. bergesel.. dan bergesel.. aku tak suka lah rasa macam tu.. rasa tak selesa.. gesel.. gesel.. dan gesel..
3. and then, bila kita 'teransang' pula, kalau seluar dalam, ia tetap akan menegak ke atas.. for me, kalau menegak ke atas takde lah di risaukan sangat.. but kalau boxer, kadang-kadang tu ia menyilang ke keri or ke kanan.. bila jadi macam tu, kadang-kadang tu memang boleh nampak dari luar 'shape' yang terbentuk yang bersilang ke kiri or ke kanan pada seluar kita.. memang kelihatan obvious berbanding kalau 'ia' sewaktu dalam posisi menegak..


so, konklusinye, for me disebabkan boxer ni loose sangat, kita tak boleh nak kawal 'benda' yang kita punya ni.. hihihi.. so 'benda' tu agak bebas nak buat apa benda yang dia suka.. boleh bergerak bebas.. goyang kiri, goyang kanan.. hahahaha.. memang di luar kawalan kita.. tapi kalau seluar dalam, 'benda' tu pula dalam keadaan yang terkawal.. so, kita lebih kurang risau kalau 'benda' tu nak buat perangai..

ni just pendapat aku lah kenapa aku kata prefer seluar dalam berbanding boxer.. tapi lain orang lain pendapat mereka.. so, aku nak tanya lah, 

"korang prefer boxer ke seluar dalam?"








Friday 3 January 2014

Unspeakable Love -Part 32-





Part 32 : The Ending


ada yang mengatakan, adakalanya kita tidak perlu ambil peduli tentang apa orang lain fikirkan tentang diri kita.. ada yang mengatakan mengenai hak kebebasan setiap individu dalam menpunyai sesuatu pendapat.. kata orang, jangan ambil peduli apa orang kata, yang penting adalah diri kita sendiri.. kita bebas untuk memiliki pendapat diri kita sendiri kerana itu adalah hak kita.. lalu ada yang mengaitkannya dengan kepercayaan.. tidak kisah lah jika orang lain percayakan apa pun sekali pun ia adalah bertentangan dengan apa yang kita percayakan.. seperti mana seorang saintis dalam mencari jawapan dalam ilmu pengetahuan, bermula dengan sesuatu yang tidak pasti, tidak diketahui, sekali pun apa yang saintis itu percayakan adalah sesuatu yang tidak masuk akal, tapi adakalanya kepercayaan itu akhirnya menunjukkan kebenaran diluar jangkaan.. kerana itu kepercayaan ditafsirkan sebagai 'keimanan'.. dalam bahasa mat salleh pula disebut sebagai 'faith'.. 'percaya biarpun tanpa melihat bukti'.. seperti mana seorang manusia percaya pada Tuhannya biarpun dirinya tidak pernah melihat Tuhannya itu..

namun adakalanya kepercayaan adalah satu yang mengelirukan kerana tidak semua apa yang kita percaya itu betul.. apa jadi jika pendapat kita itu adalah sesuatu yang salah kerana semuanya adalah batasan di luar kemampuan minda manusia untuk memikirkannya.. lalu ada yang mengatakan, jangan berfikir terlalu banyak.. ada perkara yang biarpun kita mahu mengetahuinya, namun ia tetap berada di luar kemampuan manusia untuk berfikir tentangnya..

pertanyaan aku pada dirinya dahulu,

"adakah aku tidak cinta pada-Nya hanya kerana aku juga mahu mencintai seorang manusia?"

Ihsan mengatakan aku seorang yang gila, namun mungkin juga ada kebenarannya.. aku ada mengatakan yang aku mahu merasakan nikmat cinta.. aku cinta pada-Nya, namun aku juga mahu merasai bagaimana rasa mencintai seorang manusia.. obsesi.. mungkin kah aku terlalu obses dengan cinta? tapi bukan kah semua manusia mahu menikmatinya? jadi, adakah aku obses dengan cinta jika aku juga mahu mengejar cinta manusia sama seperti orang lain..

sesungguhnya, aku tidak tahu...



*          *          *


ianya adalah imej dua lelaki.. satu lakaran yang masih tidak siap dengan sempurna, namun imejnya adalah jelas menunjukkan ada nya dua orang lelaki yang berdekatan.. wajah mereka tidak boleh aku perhatikan dengan teliti kerana ditutupi oleh bayang yang gelap.. mereka berdepanan dalam posisi yang dekat.. tidak memakai sebarang baju, hanya menunjukkan tubuh yang terdedah.. imej mereka adalah satu lakaran yang tidak penuh.. hanya di lihat bermula dari paras pinggang sehingga lah bahagian kepala.. di sebelah kanan, kelihatan seorang lelaki yang wajahnya hanya tunduk ke bawah.. sebelah tangannya pula sedang menyentuh dada lelaki di sebelah kirinya.. manakala tangan yang sebelah lagi sedang menggenggam rapat bersama-sama dengan lelaki di sebelahnya itu.. seakan satu ikatan yang mengikat rapat, ianya adalah satu pegangan yang cukup erat.. menoleh ke arah lelaki di sebelah kiri pula, aku lihat dirinya sedang mendongak ke atas.. sedang sebelah tangannya bergenggaman dengan tangan lelaki sebelah kanan, tangan sebelah lagi aku lihat sedang memegang bahu pasangannya itu.. satu lakaran yang kelihatan intim.. apa yang aku lihat adalah jelas begitu..

namun ada satu perkara yang membuatkan aku tertanya-tanya.. mata mereka yang dikaburkan oleh bayangan gelap membuatkan aku sukar untuk mentafsirkan apa kah emosi mereka.. adakah mereka gembira ataupun sedih membuatkan aku tertanya-tanya.. yang hanya dapat aku lihat adalah bibir mereka.. satu perkara yang sukar untuk aku terjemahkan.. bibirnya tidak lah tersenyum.. bibirnya hanya tertutup rapat.. aku teliti lagi, aku rasakan ada lengkokkan ke bawah pada hujung bibir sekali gus membuatkan aku mula dapat menterjemahkannya.. ianya adalah satu imej yang suram.. biarpun warna yang menghiasi imej itu masih belum siap, namun ianya adalah satu atmosphera yang hiba dan sayu.. keintiman dalam kesayuan.. aku terjemahkan, begitu lah..

"ia hasil kerja yang menakjubkan. tapi aku tak tahu kenapa aku tidak menyukainya.. bukan sebab aku tak suka lukisan ini.. ianya adalah satu lukisan yang cantik.. tapi aku tak tahu kenapa.. aku rasa tidak selesa melihatnya..?" akhirnya aku berkata..

aku pandang ke arah Hafiz.. dia sedang berada di satu sudut sedang membancuh cat pewarna yang digunakan untuk lukisannya itu.. pada saat ini, hanya ada kami berdua di dalam studio Hafiz di universitinya..

selepas kejadian semalam, pencarian Ihsan sudah pun berakhir.. Hafiz sudah mula kurang berasa bimbang apabila aku memberi tahu keadaan Ihsan baik-baik sahaja biarpun aku sendiri tidak mengetahui di mana dia berada sekarang.. kami hanya pulang ke rumah dan hanya menunggu kepulangan Ihsan semula.. menunggu jika-jika Ihsan akan cuba menghubungi aku lagi, namun masih belum ada khabar berita darinya.. aku cuba bersikap tenang.. aku tak mahu jika aku sendiri yang bersikap bimbang, Hafiz juga akan menjadi bimbang.. maka, aku langsung tidak menyebut tentang hal Ihsan di depan Hafiz..

aku ada bertanyakan kepada Hafiz mengenai art competion nya itu jika dia masih lagi mahu meneruskannya.. pada asalnya Hafiz seakan tidak mahu meneruskannya kerana asyik terfikirkan hal Ihsan.. namun setelah aku cuba memujuknya, akhirnya dia mahu meneruskan niatnya itu.. maka pada hari ini, aku di bawanya ke studio seni tempat dia melakukan segala projek seninya...

"kenapa tidak menyukainya?" tanya Hafiz tanpa menoleh ke arah aku.. dia masih lagi membancuh cat pewarna lukisannya.. "kerana ia adalah satu perkara yang 'mengganggukan?' Hafiz rasa abang Fahri dapat faham akan maksud di sebalik lukisan itu.. namanya adalah 'The Ending'.." kata Hafiz lagi..

kemudian dia mula pergi mendekati lukisannya itu setelah cat pewarna lukisan itu siap dibancuh dengan kadar tona warna yang dimahukannya.. Hafiz sempat memandang aku sambil tersenyum nipis.. aku pula hanya berdiam diri kemudiannya berlajan ke tepi bagi memberi ruang kepada Hafiz.. duduk di kerusi, Hafiz mula memberus cat pewarna kepada lukisannya itu dengan berhati-hati..

"orang kata, tiada siapa yang boleh menentukan takdir kita melainkan Tuhan.. jika Tuhan mahu hidup kita gembira, maka gembira lah hidup kita dan begitu juga lah yang sebaliknya.. tapi Hafiz ada terasa yang Tuhan telah takdirkan kita hanya dengan satu takdir.. iaitu perpisahan dalam perhubungan.. ketakutan.. takut dan terus bersembunyi dalam mempamerkan hubungan perasaan mereka.. ditakuti dalam bayang-bayang masyarakat jika diketahui kewujudan diri mereka.. pergolakkan dalam diri jika mahu mengecapi 'perasaan' itu kerana khuatir dibenci oleh Tuhannya.." kata Hafiz sambil meneruskan lukisannya.. dia tidak menoleh memandang aku..

terdiam membisu, aku langsung tidak memberikan sebarang balasan.. mataku mula memandang ada lukisan Hafiz..

"Hafiz ingat lagi yang abang Fahri ada bercakap, kadang-kadang ada benda yang kita mahu, namun ia adalah benda harus tinggalkan.. tapi dalam situasi ini, Hafiz hanya fikir yang kita hanya ada satu pilihan, iaitu 'untuk meninggalkannya'.. hal ini membuatkan Hafiz tertanya.. kenapa? kenapa kita hanya ada satu pilihan?" Hafiz pandang aku..

aku terkedu seketika.. untuk seketika, kedua-dua mata kami saling berpandangan.. susah aku mahu terjemahkan di sebalik mata yang memandang wajah aku itu.. ianya seolah satu pandangan yang menikam.. ianya adalah pandangan yang mahu kan jawapan.. entah kenapa, pada saat ini, hatiku mula berdebar-debar..

"Hafiz nak tanya satu soalan.. adakah abang Fahri mahu menikmati cinta? ada banyak jenis nikmat cinta but yang Hafiz maksudkan adalah hubungan cinta sesama manusia.." tanya Hafiz..

sekali lagi soalannya itu membuatkan aku terdiam.. pada saat ini, aku mula memikirkan tentang diri aku.. bertanya pada hati mengenai kehendak diri.. lalu aku mula teringat dengan kata hati yang pernah aku ungkapkan dulu.. ianya mula tergiang dalam minda..

aku mahu menikmati cinta... biar pun hanya sekali, tapi aku mahu merasakannya..

masih saling berpandangan mata, jantungku semakin berdegup kencang.. sebolehnya aku hanya mahu mendiamkan diri sahaja, tapi pandangan mata Hafiz membuatkan aku lemah.. ianya pandangan mata yang memaksa mahukan jawapan dari mulutku.. cuba untuk mengalihkan pandangan ke arah lain, selangkah, aku berundur sedikit ke belakang.. kemudian, aku menjeling semula memandang Hafiz.. pandangan matanya tetap sama.. pandangan mata yang memaksa..

perlahan-lahan, aku mula menghembuskan nafas sebelum mula berkata-kata..

"aku rasa, tiada sesiapa di dalam dunia ini yang tidak mahu menikmati cinta sesama manusia.. ianya adalah satu kehendak.. ianya adalah satu keinginan.." ujarku perlahan..

Hafiz terdiam, terus memandang aku untuk mendengar apa yang aku mahu katakan...

"jujur aku kata yang aku pernah berkata pada diri aku sendiri yang kalau boleh aku mahu menikmatinya.. biar pun sekali, aku mahu juga menikmatinya.. tapi..." aku mula terdiam..

dahi Hafiz mula berkerut.. aku pula mula teragak-agak untuk meneruskan kata-kata.. namun aku tahu, orang di depan mata aku ini tidak akan suka jika aku akan terus diam sahaja..

"tapi.. ianya adalah satu perkara yang complicated.. maksud aku.. antara kehendak diri dan juga cubaan diri untuk cuba yang terbaik di mata Tuhan membuatkan aku mula jadi teragak-agak.. aku tidak kata yang aku jenis orang yang begitu taat.. tapi perasaan itu masih ada yang kuat untuk takut pada diri-Nya.. tapi dalam masa yang sama aku juga mahu mengejar apa yang aku mahu inginkan.. dan hal ini membuatkan aku terasa diri aku agak selfish.. menolak kehendaknya hanya kerana mahu mengejar kehendak aku sendiri.." balasku.. jujur..

"selfish? adakah kita selfish kalau kita buat macam tu?" tanya Hafiz..

teragak-agak, aku membalasnya, "mungkin.. sebab aku sendiri juga teragak-agak.. tapi jujur aku kata, aku mahu merasakan 'cinta' itu.. dan aku akan mengejarnya juga.. manusia itu bersikap selfish.. dan aku juga adalah sebahagian dari manusia.. punya sikap pentingkan diri sendiri.. selama ini, aku memang begitu.. aku selfish pada Tuhan sebab aku mahu mengejar cinta sesama manusia.. tapi adakah itu satu yang keterlaluan? but.. entah kenapa sejak kebelakangan ini aku mula takut dengan kemahuan aku sendiri.. aku takut jika ia adalah satu obsesi.."

mendengar kata-kata aku itu, Hafiz hanya mula tersenyum nipis.. aku berkerut dahi berasa pelik apabila melihat dirinya senyum begitu.. kemudiannya, Hafiz kembali menoleh ke arah lukisannya.. berus lukisan dicapai semula lalu dia pun mula meneruskan kembali apa yang seharusnya dia siapkan hari ini.. dia hanya mendiamkan diri dan hal ini membuatkan aku semakin pelik.. aku mula ragu-ragu pada dirinya.. sejujurnya pada saat ini aku pula hanya mahu agar Hafiz pula yang bersuara..

"selfishness.. obsesi..." kata Hafiz perlahan-lahan.."kenapa ianya adalah sesuatu yang tidak adil bagi kita? kalau benar ia adalah satu obsesi, adakah mereka yang bukan dari kalangan jenis kita apabila mereka juga mahu mengejar cinta manusia mereka juga dilabelkan terlalu obses dengan cinta? bukan kah itu perkara biasa kalau kita memiliki perasaan itu? semua orang ada perasaan itu, jadi kenapa abang kata ia adalah satu obsesi?" tanya Hafiz..

terdiam, aku hanya memandang pada lukisan Hafiz.. berus sedang mewarna lembut pada lukisan itu.. untuk seketika, suasana bertukar menjadi sunyi.. Hafiz tidak lagi bersuara hanya memberi tumpuan pada lukisan di depan matanya itu.. aku rasa begitu lah.. tapi yang sebenarnya minda Hafiz tidak lah begitu tertumpu pada lukisan itu, namun mindanya berfikir mengenai apa yang aku telah katakan..

berdiri hanya memerhatikan Hafiz sedang melukis membuatkan aku sedikit berasa kekok dengan kesunyian ini.. Hafiz tiba-tiba bangun semula lalu berjalan ke arah meja tempat dia meletakkan cat untuk lukisannya.. dia mula membancuh semula cat yang baru.. diambilnya warna yang baru.. dilarutkan dengan air, kemudian Hafiz memberus cat yang baru dibancuhnya itu pada sehelai kertas putih yang kosong.. kemudian, dia tambah air sedikit lagi.. aku fikir mungkin dia cuba mahu mendapatkan tona warna yang dimahukannya.. apabila puas hati dengan kadar tona warna yang dimahukan, Hafiz kembali ke arah lukisannya itu.. duduk, lalu terus memberus semula..

"nak tahu kenapa lukisan ini tajuknya adalah 'The Ending'?" tiba-tiba Hafiz bertanya sambil dia mewarna lukisan..

dia tidak memandang aku.. terdiam, aku hanya tidak bersuara..

"sebab begini lah keadaan yang selalunya terjadi pada penghujung cerita.." kata Hafiz lagi..

aku pandang pada lukisan.. aku melihat pada imej kedua-dua lelaki itu.. mataku tertumpu pada bibir lelaki di sebelah kanan.. bibir yang pada hujung bibir yang melengkok ke bawah, ianya adalah sesuatu yang suram.. hiba.. aku rasa, aku tahu apa yang Hafiz maksudkan dengan 'penghujung cerita' itu..

"untuk percintaan macam ini, mereka tak akan pernah bersama sampai ke penghujungnya.. dan kita juga mengetahuinya.. dan paradoks nya adalah kita still juga mahu mengejarnya.. tidak akan pernah berkahwin.. tidak akan boleh menjadi satu ikatan kekeluargaan.. tiada anak.. tiada pengiktirafan.. dalam kebanyakkan cerita kehidupan, perpisahan adalah perkara biasa yang berlaku.. mungkin ada yang akan terus menjadi single sehingga ke penghujung hayat, dan mungkin ada yang sudah mendirikan rumah tangga sendiri.. tapi bukan dengan orang yang dicintainya, tapi dengan insan yang tiada wujud dalam hatinya.. mungkin di atas desakan keluarga, mungkin sekadar untuk melitupi kelemahan diri kerana malu jika orang ramai tahu akan rahsia dirinya.. yang pasti tidak akan bersama dengan orang yang dicinta.. alasanya adalah orang kata 'cinta ini' adalah cinta yang harus ditinggilkan.. dan hal ini membuatkan Hafiz tertanya-tanya.. kenapa hanya ada satu pilihan sahaja? kenapa harus ditinggalkan?"

Hafiz memandang aku.. sesuatu yang mula membuatkan aku sedikit gelisah bila mendengar kata-katanya itu.. kemudian, Hafiz kembali menyambung lukisannya itu.. mula memberus secara perlahan-lahan.. sambil itu, dia berkata lagi..

"kenapa percintaan untuk 'cinta' macam ini harus diakhiri dengan 'bad ending'? Hafiz tak suka dengan hal ini.. kerana kita hanya dipaksa memilih satu pilihan.. tiada pilihan lain.. dan orang kata ini lah yang Tuhan mahukan.. kita harus meninggalkannya.. kecuali kalau kau mahu ingkar apa yang dipinta-Nya.. dan Hafiz terus akan tertanya-tanya.. kenapa hanya ada satu pilihan?"

terdiam.. tiba-tiba suasana bertukar menjadi sunyi lagi.. sama seperti tadi, Hafiz masih lagi dengan kerja lukisannya.. aku pula hanya berada di tepinya sambil memerhatikan dia yang sedang cuba menyiapkan lukisannya itu.. namun pada kali ini, biarpun mataku memandang ke arah lukisan, minda aku pula sedang berada di dunia lain.. mindaku asyik mula terfikirkan kata-kata Hafiz itu..

"kalau 'cinta' seperti ini adalah satu dosa.. kalau lah kita boleh halalkan sesuatu dosa, Hafiz harap, kita boleh terus dengan 'cinta' ini tanpa ada rasa teragak-agak dan rasa bersalah pada diri-Nya.. katakan lah 'cinta' ini adalah satu dosa.." Hafiz berkata lagi

seperti biasa, aku masih lagi mendiamkan diri.. sebetulnya aku memang tidak ada jawapan pada segala pertanyaan Hafiz itu.. aku keliru.. aku mula berasa keliru.. pada saat ini, kata-kata Hafiz itu mula membuatkan aku mula tertanya-tanya akan banyak perkara.. sebetulnya, aku tidak pernah memikirkan hal seperti ini, dan apabila mendengar segala apa yang Hafiz katakan, aku mula jadi keliru.. memang betul seperti yang Ihsan pernah katakan, Hafiz ni orangnya agak lain sedikit.. cara dia berfikir memang lain dari apa yang orang lain fikirkan.. dan ia juga boleh membuatkan seseorang itu mula keliru.. dan memang benar, aku sendiri juga mula jadi keliru.. suasana terus menjadi sunyi.. tiada sesiapa lagi yang berkata-kata..

jam mula menunjukkan pukul 11 malam.. aku dan Hafiz masih lagi berada di studio seninya.. Hafiz masih belum lagi dapat menyiapkan lukisannya itu.. aku lihat ia sudah kelihatan sempurna.. tapi kata Hafiz, masih banyak lagi yang dia patut perhalusi.. dia memang mahu menyiapkan lukisan dengan pernuh sempurna.. aku mula berasa mengantuk.. Hafiz perasan yang aku mula menguap.. lalu dia mula berkata sekiranya aku rasa nak tidur, dia akan berhenti awal, dan pulang ke rumah bersama-sama untuk tidur.. namun aku berkeras yang aku tidak akan apa-apa.. aku kata yang aku masih boleh terjaga.. namun tidak seperti apa yang mulut katakan, tanpa aku sedari, akhirnya aku terlelap duduk bersebelahan dengan Hafiz.. mungkin sebab terlalu khusyuk dengan lukisannya, akhirnya Hafiz perasan yang aku sudah pun terlelap.. kasihan melihat aku yang sedang tertidur, Hafiz cuba mengejutkan aku.. dia mengajak aku untuk pulang ke rumah.. namun aku masih juga terlelap.. lalu Hafiz mula berfikir, nampak gayanya malam ini mereka akan tidur di studio lah.. ianya bukan lah satu hal yang baru, selama ini Hafiz memang sudah biasa tidur di studio seni nya.. membuat keputusan seperti itu, Hafiz mula menyiapkan semula kerja nya itu yang sudah mula sempurna..

jam sekarang menunjukan hampir pukul 1 malam.. Hafiz masih juga tidak terlelap, sibuk kosentrasi dengan lukisannya.. berus dan terus memberus.. berhenti seketika lalu memerhatikan lukisannya itu.. dilihat sekiranya ada cacat cela.. dilihat sekiranya ada benda yang harus ditambah lagi untuk mencantikkan lagi lukisan itu.. selepas itu, dia menyambung lagi apa yang perlu ditambah.. kerana terlalu khusyuk, tanpa Hafiz sedari ada seseorang berada di belakangnya.. ada seorang yang sedang memerhatikan dirinya.. perlahan-lahan orang itu mula mendekati Hafiz.. dekat dan semakin mendekati.. dia berhenti seketika lalu memerhatikan lukisan Hafiz.. tersedar pula yang aku sedang tertidur bersebelahan dengan Hafiz.. tersenyum nipis, kemudian matanya beralih memandang Hafiz yang dari tadi tidak menyedari kehadirannya di situ..

"ianya adalah satu lukisan yang cantik.." akhirnya orang itu berkata..

terkejut, Hafiz mula menoleh ke belakang.. satu suara yang begitu dia kenali..

"Abang Ihsan?!" Hafiz sedikit menjerit..

lantas Hafiz terus mendekati Ihsan.. cuba untuk memeluk Ihsan, namun Ihsan berundur sedikit ke belakang.. Hafiz berhenti, dia faham yang Ihsan tidak mahu dipeluk.. Ihsan hanya tersenyum nipis..

"maafkan Hafiz dengan apa yang sudah berlaku.. tapi percaya lah, ada benda yang Hafiz harus katakan dulu.." kata Hafiz lagi..

"tak perlu meminta maaf.. aku rasa yang aku pun bersalah juga dalam hal ini.. sebab tak mahu mendengar apa yang Hafiz mahu jelaskan.. maaf sebab tengking Hafiz tempoh hari.." kata Ihsan perlahan..

Ihsan mula bersikap tenang.. dia mula menyalahkan dirinya sendiri.. tidak tahu kenapa dia boleh menjadi seorang yang tidak penyabar.. selama ini, dia tidak pernah sekasar begitu pada Hafiz.. dalam tempoh beberapa hari dia lari dari rumah, dia mula memikirkan hal ini.. dia mula membuat refleksi dengan apa yang sudah terjadi.. lalu dia rasa yang dirinya seharusnya bersikap tenang dalam hal ini..

"tapi Hafiz tetap rasa bersalah.. maafkan Hafiz.. maafkan Hafiz.." kata Hafiz dengan nada penyesalan..

"jangan bising.. nanti Fahri terjaga.." balas Ihsan sambil dia menoleh ke arah diri aku yang sedang nyenyak tidur..

Hafiz terdiam.. dia pandang wajah Ihsan.. wajah Ihsan berpandang ke arah pintu keluar tanpa mengajar Hafiz untuk berbincang di luar studio.. memahami bahasa tubuh Ihsan itu, Hafiz mengikuti sahaja.. kedua-dua mereka mula keluar dari studio meninggalkan aku terus terlena berseorangan..

berada di luar tidak jauh dari studio seni, mereka berdua mula berpandangan..

"beri tahu aku apa yang aku tidak ketahui.. yang pasti aku lihat dengan mata aku sendiri yang Hafiz pergi ke kelab malam itu lagi.. Hafiz tipu kata pergi ke tempat lain.. tapi aku dapat tahu yang Hafiz pergi ke kelab gay itu.." kata Ihsan.. "Hafiz minum arak, bukan? Hafiz tidak boleh tipu.. memang malam tu Hafiz berbau arak.. Hafiz memang tak boleh nak tipu hal itu.." Ihsan terus dengan pertanyaannya..

rasa bersalah yang teramat sangat, Hafiz menundukkan muka.. perlahan-lahan dia mengganggukkan kepala tidak menafikan apa yang Ihsan telah ketahui.. ianya adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.. dia memang sedar yang dia terlihat Ihsan ada memerhatikan dirinya dari jauh selepas sahaja dia keluar dari kelab gay itu.. dia juga tidak boleh menipu yang dia pulang ke rumah berbau arak.. Ihsan tahu itu.. Ihsan boleh hidu bau arak itu..

"so, apa alasan Hafiz? apa yang Hafiz mahu katakan dengan apa yang telah aku saksikan?" entah kenapa darah Ihsan mula naik.. namun dia cuba bersikap tenang.. dia mahu penjelasan dari Hafiz..

perlahan-lahan, Hafiz mula bersuara.. "ianya adalah kerana Amir.. dia yang buat Hafiz macam tu.."

terkejut, dahi Ihsan terus berkerut..

"Amir? budak tu?? apa yang Amir sudah buat sebenarnya??"

terdiam.. Hafiz masih terus menundukan wajahnya...


*         *        *


hari pertandingan seni yang diikuti oleh Hafiz sudah tiba.. pada saat ini, aku sedang berada di pameran seni di balai seni negeri tempat pertandingan itu berlangsung.. keadaan tidak lah begitu banyak orang sebab hari masih lagi terlalu awal.. kami telah berada di balai seni negeri pada awal pagi lagi untuk persiapan Hafiz.. lukisannya telah digantung pada hari semalamnnya.. aku tidak datang semalam, hanya Hafiz yang pergi sendiri..

mula teringat kejadian hari sewaktu aku menemani Hafiz yang cuba menyiapkan lukisan itu.. aku yang tertidur di dalam studio seni Hafiz, apabila aku terjaga pada keesokkan pagi nya, hal mengejutkan terlihat di mata aku.. kelihatan Ihsan turut berada di dalam bilik itu ketika aku mahu bangun untuk solat subuh.. tidak tahu bila dia datang ke studio, aku hanya mengejutkannya untuk mengajak solat bersama-sama.. sudah pasti aku akan bertanya pada dirinya bila dia datang ke studio.. kata Ihsan, sewaktu aku sedang tertidur, pada lewat malam dia datang.. dia tahu yang Hafiz akan berada di situ..

mula terfikir tentang konflik antara dirinya dengan Hafiz, aku mahu menanyakannya tentang hal itu.. tapi entah kenapa aku teragak-agak untuk bertanya soalan itu.. pada hari-hari seterusnya, yang aku perhatikan hubungan antara Ihsan dan Hafiz seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.. mereka mungkin kelihatan agak kurang bercakap seperti hari kebiasaannya, tapi tidak pula menunjukkan sebarang konflik telah berlaku.. sebetulnya aku mahu tahu apa yang sudah jadi sebenarnya, tapi melihat mereka yang sudah berbaik seperti biasa, aku senang melihatnya dan berasa lega.. biarpun aku ingin tahu, tapi aku pendamkan sahaja niat untuk bertanya..

pada saat ini, mataku tertumpu pada lukisan Hafiz yang sedang bergantung di dinding.. memang tidak dapat dinafikan, ianya adalah satu lukisan yang cantik.. untuk seorang yang masih lagi belajar seperti Hafiz, dari segi teknik lukisan, ianya kelihatan sungguh menakjubkan untuk orang seperti dirinya.. kelihatan sempurna dan penuh artistik.. aku fikir ia mampu menarik perhatian juri yang mengadilinya.. ianya sudah tentu.. apa lagi dengan tema 'berat' yang Hafiz mahu bawakan.. ianya sudah pasti akan jadi satu tarikkan..

judulnya adalah 'The Ending'.. satu kisah tentang hubungan manusia dalam menghadapi penghujung cerita cinta mereka.. 

kisah tentang manusia yang mahu mengikuti jalan-Nya..

mereka hanya ada satu pilihan.. iaitu, perpisahan...

aku terdiam..

ianya adalah satu kisah cinta yang dipendam.. satu kisah cinta tanpa suara.. unspeakable love..

keraguan... ketakutan... rasa bersalah.. mungkin juga ia adalah satu pengorbanan... 

saya juga baru pelajari, mungkin ia juga adalah satu benda yang kita sebagai 'selfishness'.. mungkin juga ia adalah satu obsesi.. dan kisah ini adalah mengenai kisah mereka yang mahu lari dari sikap pentingkan diri sendiri itu.. dan penghujungnya adalah perpisahan.. ini lah penghujung cerita..

tapi adakah mengejar cinta adalah satu sikap pentingkan diri sendiri?

aku masih terdiam..

mungkin orang mengatakan, ini lah jalan terbaik untuk mereka, tapi diri saya tetap tidak boleh dari mempersoalkan tentang soalan tentang 'kenapa'..

kenapa... kenapa hanya ada satu pilihan? 

kenapa sesetengah orang boleh memilki, tapi satu golongan lain dikecualikan? orang kata sebab 'ia' adalah nafsu.. sebab itu ia harus ditinggalkan.. 

tapi benar kah ia adalah nafsu?

ianya adalah kisah mengenai insan yang cuba mengetahui apa yang dimahukan oleh Tuhannya.. kerana manusia itu ada kelemahan.. ada batas permikiran yang kita tidak boleh jangkau biarpun kita mahukan jawapannya..

maka, persoalan itu akan terus hidup.. 

persoalan mengenai 'kenapa'.. 

kenapa? dan kenapa?

pada saat ini aku seolah-olah sedang menghadapi deja-vu membayangkan apa yang Hafiz bakal katakan nanti.. pada saat ini, aku nampak seolah-olah Hafiz sedang berdiri di hadapan bersebelahan dengan lukisannya bertanya mengenai soalan dari hatinya itu.. terdiam.. aku tunduk.. kemudian, hatiku mula berbisik..

sungguh.. kehidupan ini penuh dengan tanda tanya...

menghembuskan nafas, aku mula berlalu dari situ.. berseorangan, aku berjalan-jalan di sekitar balai seni itu.. memerhatikan segala apa yang sedang dipamerkan.. pelbagai jenis lukisan yang mempunyai pelbagai tema.. aku perhatikan dari satu ke satu lukisan..

tiba-tiba ada satu panggilan dari telefon bimbit aku.. terkejut kecil, aku dengan segera mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.. aku lihat nama pemanggil di skrin telefon.. serta-merta hati aku berdebar-debar.. ianya adalah panggilan dari Shahir..

teragak-agak untuk menggangkatnya, akhirnya panggilan itu terhenti sendiri.. hati yang cemas tiba-tiba menjadi reda seketika.. namun tidak untuk tempoh yang lama, telefon bimbit aku sekali lagi berbunyi.. nama yang sama.. aku pandang pada skrin.. mataku hanya memandang pada nama Shahir yang terpampang pada skrin telefon.. jantung mula berdebar-debar lagi.. teragak-agak, dengan perlahan aku menghulurkan jari aku pada skrin untuk menekan butang menjawap panggilan.. namun dengan serta merta panggilan itu terhenti lagi.. aku terus terdiam..

mata memandang pada skrin telefon.. tidak lama selepas itu, masuk satu pesanan ringkas dari Shahir.. dengan segera aku buka, lalu membacanya..

-harap boleh jumpa kau kalau ada masa yang terluang..

aku terdiam.. terus aku memikirkan yang aku sudah agak lama tidak berjumpa dengannya.. mula terbayang tentang kejadian kali terakhir aku keluar dengan dia.. tentang kata-katanya untuk menjadi 'pembimbing' aku.. entah kenapa aku mula tersenyum kecil.. tapi aku tak tahu kenapa aku tersenyum.. yang pasti ianya bukan lah satu senyuman gembira..

tidak membalas pesanan ringkas dari Shahir itu, aku mula bergerak perlahan bersiar di dalam balai seni itu.. aku fikir yang aku akan balas mesej itu kemudian nanti.. mata aku kini mula menumpukan pada setiap lukisan yang dipamerkan dalam balai seni.. dari satu lukisan ke satu lukisan yang lain.. aku lihat nama lukisan dan nama pelukisnya, kemudian aku cuba tafsirkan apa yang dimaksudkan di sebalik lukisan itu..

"maafkan saya.." tiba-tiba ada seorang bersuara di belakang aku... "nama encik ni Saiful ke?" kata orang itu lagi..

terasa seakan ada seorang sedang menegur aku lalu aku menoleh ke belakang.. kelihatan seorang wanita dalam umur sekitar usia aku di depan mata..

"maaf.. cik sedang bercakap dengan saya ke?" tanya aku mahukan kepastian..

"ye.. jadi anda ni bernama Saiful lah?" tanya wanita itu lagi, "by the way, ianya adalah satu lukisan yang cantik.. anda sungguh berbakat.." wanita itu tersenyum..

"maafkan saya ya cik.. nama saya bukan Saiful.. rasanye cik sudah tersalah orang.." kata aku

"oh ya ke? jadi, bukan lah anda yang lukis lukisan ini? saya ingat ia adalah self portrait.." balas wanita itu sedikit terkejut bila aku menafikan aku bukan orang yang bernama Saiful.. jari wanita itu menunjukan ke arah satu lukisan.. apabila aku menoleh, sesuatu telah membuatkan aku sungguh terkejut... hati aku terus berdebar-debar..

di depan mata aku, kelihatan satu lukisan potret seorang lelaki.. wajah imej lelaki itu memang adalah wajah aku.. ternganga, hatiku mula menjerit..

Saiful??!!