Monday, 2 April 2012

Gay as a Best Friend



Khairul seorang lelaki yang agak popular.. bukan kerana paras rupanya yang hensem, namun hatinya yang cukup baik dan lembut membuatkan semua orang menyenanginya.. dia begitu mesra dengan semua orang.. junior, senior malah warga pendidik cukup senang dengan dia.. lelaki yang cukup sopan.. banyak juga perempuan yang menyimpan perasaan suka kepadanya secara diam-diam.. 

"You berbeza dengan budak lelaki yang lain.. to be honest, I rasa you ni gentleman sangat-sangat.. mesti bertuah jika ada perempuan jadi gf you.." akui Aisyah..

Khairul hanya tersenyum malu.. tunduk tanpa ada bicara..

seperti seorang kaunselor, Khairul sering sahaja menjadi tempat teman-temannya meluahkan masalah.. Khairul akan buat sedaya upaya yang dia mampu untuk membantu teman-temanya itu.. nasihat yang dia berikan begitu berguna.. dan kerana itu, teman-teman semua semakin sayang dengan Khairul.. dia adalah teman sejati.. dia hadir di saat susah dan senang.. dia akan melakukan apa sahaja asalkan teman-temannya gembira.. biarpun begitu banyak pujian orang berikan kepada Khairul, namun Khairul tidak berasa angkuh.. dia kata hadirnya dia di dunia ini adalah untuk membawa kebahagian kepada orang lain.. jika orang lain bahagia, dia turut bahagia.. 

seakan sempurna.. bagus paras rupanya, akhlaknya juga disenangi ramai..

namun.. hakikatnya tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.. Khairul adalah seorang PLU.. hatinya hanya tertarik kepada manusia sejenisnya.. dia cuba untuk menafikan perasaan ini.. namun semakin dia menafikan, semakin terseksa jiwanya... dalam diam, dia menyimpan perasaan suka kepada kawan baiknya sendiri, Amir.. hatinya mengatakan rindu kepada Amir, namun Khairul cuba memberontak untuk menafikannya.. hatinya mengatakan sayang kepada Amir, namun Khairul menafikan, ia cuma sekadar bisikan syaitan...

Khairul cuba pendam perasaan ini.. dia merasakan dirinya sesat.. baginya, dirinya adalah hina jika dia menyimpam perasaan suka kepada Amir.. dia rasa bersalah.. dia merasakan dirinya berdosa... 

Khairul cuba untuk menjauhi Amir.. dia tidak mahu perasaan ini akan menghantuinya.. Amir cuba dia lupakan.. namun, semakin Khairul cuba menjauhi Amir, teman baiknya itu mula berasa curiga.. Amir tertanya-tanya, "Kenapa Khairul seakan menjauhkan diri daripada aku?"

Amir inginkan kepastian.. dia inginkan penjelasan teman baiknya, Khairul kenapa dia menjauhkan diri daripadanya? namun, Khairul hanya tersenyum tanpa ada bicara.. 

Amir semakin memdesak.. baginya, Khairul tak macam dulu lagi.. dingin terhadap dirinya namun tidak kepada orang lain.. Khairul masih lagi jadi teman sejati kepada semua orang, namun tidak kepada Amir. hatinya tertanya-tanya, adakah dia pernah berbuat salah kepada Khairul? dia tetap juga inginkan penjelasan.. dia tahu, jika dia ada berbuat salah sekali pun, Khairul tetap akan memaafkan silapnya.. itu lah Khairul yang dia kenali.. itu lah Khairul yang semua temannya ketahui...

"Aku nak kita putus kawan.." akhirnya Khairul bersuara..

Amir terkejut.. dia inginkan kepastian.. baginya jawapan itu sungguh di luar jangkaan..

"Kau main-main ke?? sejak bila pula kau dah pandai tak nak kawan sesiapa? aku nak kau beri penjelasan yang betul-betul solid apasal kau dah tak nak kawan dengan aku?"

Khairul hanya diam...

"Jangan macam ni lah, kawan.. aku kenal kau dah lama.. kau dah berubah sekarang ni.. tak macam dulu.. aku minta lah sangat-sangat tolong jelaskan kepada aku kenapa kau macam cuba jauhkan diri daripada aku? please lah.. kau lah teman terbaik yang aku pernah ada..." Amir masih inginkan penjelasan..

Khairul tak tahu kenapa, namun hatinya mula menangis.. dia cuba untuk menaham perasaanya itu.. dia tidak mahu memandang Amir, namun digagahkan juga hatinya untuk berdepan dengan Amir.

"You'll hate me..." jawab Khairul ringkas..

"Ok.. fine!! kau memang betul-betul dah berubah.. aku dah tak kenal dengan kau sekarang ni.. kau bukan Khairul yang aku kenal dulu lagi.. Khairul yang sentiasa ada di sisi teman-temanya.. tapi sekarang kau dah buat exception yang aku bukan lagi kawan kau.. kenapa kau boleh terus jadi baik kepada semua orang tetapi tidak kepada aku?? aku rindu Khairul yang dulu tapi sekarang..." Amir mula mengalirkan air mata.. "ah! sudah lah! kau memang betul-betul dah berubah!"

Amir lantas meninggalkan Khairul bersendirian.. hatinya begitu marah.. ketidak jujuran Khairul membuatkanya berasa marah.. hatinya terkilan kerana dia tahu Khairul sebenarnya masih lagi mahu berkawan dengannya.. tapi kenapa dia buat dirinya sebegitu? Amir mahukan penjelasan..



*    *    *




Assalammualaikum...

Amir, aku tidak tahu macam mana keadaan kau di UK sekarang ni.. aku harap pelajaran kau di sana berjalan dengan lancar.. maafkan aku kerana sikap dingin aku dulu membuatkan kau terluka.. sejujurnya aku tidak berniat untuk membuatkan kau marah dan tertanya-tanya atas segala yang pernah aku lakukan dulu.. aku insan yang hina.. aku tak layak untuk menjadi kawan baik kau.. aku berbeza dengan orang yang lain.. dan akhirnya kau mengerti juga kenapa aku jadi dingin terhadap kau.. kalau kau nak tahu, selepas kita putus kawan, aku berasa sunyi sangat-sangat.. aku menderita... perasaan ini semakin aku cuba nafikan, semakin kuat ia menghiris perasaan aku.. ia tersangat pedih bila aku cuba menipu yang aku membenci kau.. 

aku begitu sayangkan kau, Amir.. betul-betul sayang.. tapi aku tahu perasaan ini salah.. dan kerana itu aku menjauhkan diri.. ia adalah jalan terbaik bagi aku untuk melupakan kau.. kerana setiap hari jika kita bersama hati ini semakin berbunga bahagia.. serius, aku sangat bahagia namun aku juga rasa bersalah.. aku berasa hina kerana jatuh suka kepada kau, Amir.. kau adalah kawan baik aku dunia dan akhirat.. namun bagi aku, perasaan suka aku kepada kau adalah satu pengkhianatan dalam hubungan kita.. 

Amir, sejak hari tu kau mula menjauhkan diri daripada aku.. sungguh, aku berasa sedih, namun itu lah apa yang aku inginkan.. tapi keadaan ini membuatkan aku betul-betul terseksa.. aku ingin mememui kau.. aku ingin kita bersama sama seperti dulu.. hakikatnya, ini lah yang terjadi.. kita betul-betul sudah putus persahabatan.. kau tidak memperdulikan aku lagi.. untuk tempoh satu tahun itu, begitu sukar untuk aku menemui kau.. khabar berita langsung aku tidak tahu mengenai kau lagi.. aku cuba untuk tidak ambil tahu tentang diri kau dan aku ingat aku sudah berjaya..

Amir, ingat tak lagi pada hari tu aku mengatakan "You'll hate me" jika aku memberikan penjelasan? Ya.. akhirnya kau dah tahu kenapa aku kata kau akan membenci aku.. khabar berita mengatakan yang kau akan pindah belajar ke UK membuatkan aku betul-betul terkejut.. aku hanya dapat tahu di saat-saat akhir ketika kau ingin berlangkah pergi dari tanah air.. maafkan aku atas kelakuan yang memalukan aku telah lakukan.. aku berlari menemui kau lantas memelukmu dengan penuh erat.. di depan mata teman-teman kita yang lain aku mengatakan, "aku sayangkan kau, Amir... maafkan aku.." semua orang terkejut termasuklah kau.. sungguh aku tidak tahu macam mana aku boleh melakukan sedemikian.. namun, aku betul-betul sayangkan kau dan tak ingin kau meninggalkan aku.. dan ia adalah benar.. You will hate me..

lantas kau tolak aku dengan kekerasan.. kau katakan kepada aku "manusia dilaknat Allah!!" di depan mata semua teman-teman kita.. semua orang mendengarnya dengan jelas.. aku hanya menangis.. sungguh, aku begitu lemah.. kata-kata mu itu betul-betul membuatkan hati ku terluka.. aku berasa malu terhadap diriku.. malu kerana memeluk dirimu.. sungguh, aku tidak bermaksud untuk memalukan diri kau... aku hanya ingin kau tahu yang aku betul-betul sayangkan kau... maafkan aku, Amir kerana menyayangimu... maafkan aku...

Amir... kini semuanya sudah menjadi kenangan.. kau adalah kawan baik aku dunia akhirat.. dan tetap akan jadi kawan aku selamanya.. maafkan aku kerana telah menjadi sejarah hitam dalam diri mu.. aku tahu yang aku bersalah kerana memalukan kau di depan mata-mata teman kita.. kalau kau nak tahu kini aku sudah tidak ada sesiapa.. semua orang membenci aku.. peristiwa hitam itu membuatkan semua orang kenal akan siapa aku yang sebenarnya.. semua orang membenci aku.. biarpun selama ini aku cuba menjadi teman sejati kepada semua orang, namun status "manusia dilaknat Allah" telah merubah segalanya...

hati ini terasa pedih.. 

aku tidak menyalahkan kau.. memang layak aku kau benci.. hakikatnya begitulah yang sepatutnya terjadi.. salah aku semuanya... tapi kau buat aku bahagia.. sehingga kini kau sentiasa membuatkan aku bahagia, Amir.. aku tidak menyesal mengenali mu...




Regards,

From Your Best Friend :D
          Khairul

25 comments:

  1. Cerita ko ni sama seperti cerita yang berlaku terhadap aku. Azri yg aku ceritakan seperti watak ko dlm cerita ni, Dia tiba2 menghantar msg kepada ku untuk tidak berkawan rapat dengan nya lagi, dia katakan kepadaku sama seperti ko jugak "You will hate me the most once you know the truth"..dia tinggalkan aku sebegitu sahaja tanpa ada apa2 penjelasan. Walaupun hakikatnya aku dapat merasakan dia juga seorang PLU (kerana aku juga seorang PLU) mungkin disebabkan diriku yg mempunyai seorang teman wanita, dia menganggap diriku adalah straight sedangkan diriku adalah sebaliknya, Biseksual. Mungkin itu sebab dia tinggalkan aku tanpa apa2 penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni xde kaitan antara hidup dan mati.. :D

      mesej yg ingin disampaikan adalah klu kamu PLU, even sblum ni kamu kwn yg paling baik skali pun but bila akhirnya org tahu kamu PLU org akan layan kamu brbeza...

      Delete
  2. iye ke..haha..mcm citer betul jer tu..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sj nk tukar gaya penyampaian mesej.. kena guna teknik brbeza... :D

      Delete
  3. aku hilang satu kawan lepas dy tahu aku PLU dan minat kat dy...padahal dy sangat baik..dan semua orang menyukainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mesej aku nk sampaikan dlm citer ni.. org akan layan brbeza jika tahu kwn dia actually PLU..

      Delete
  4. Aku lak akan tinggalkan kawan2 yang aku tau rupe2 nya dia tue songsang dan berperangai awkward ...hahaha .. walaupon diri sendiri a bit songsang jugakkkk ..hak hak ..

    Dan juga, klu ader kawan2 straight dapat tau aku songsang juga, xperlu diorang tinggalkan aku kerana aku juga x sanggup nak berkawan lagi .. hahahaha

    It's really hard to live in a real world as a different person when u're disapprove the presence of urself as abnormal as well .. huh .

    NU'man

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku klu aku tahu seseorang tu gay (kwn aku lh), aku just diam kn diri je.. byk je kwn2 aku sbnrnya PLU gak tp aku still keep their secret.. actually mereka pun x tahu aku pun PLU gak.. biar lh semuanya jd mcm biasa..

      Delete
  5. Tadi balik dari dinner, tiba2 aku terfikirkan topik ini. wat if my very close friend know who am I yg sebenarnya..nampak sempurna di depan mata, mempunyai awek tetapi masih bernafsukan songsang. Kadang2 kita seperti hidup dlm dunia khayalan setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. brgantung kpd diri sndiri mcm mana nk cover lh... tp bagus cuba elak dr diketahui.. layanan org pd ko konferm akn brbeza... ada rahsia yg harus drahsiakn klu ingin smuanya akn mjd sperti biasa...

      Delete
  6. xtau la klu aku plk brada dlm situasi gnie...hnya mmpu ktwa...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada perasaan terhadap kawan, that's it. straight and plu memang x bleh jadi kawan.

      Delete
  7. .. sedihnya citer ni.

    ReplyDelete
  8. i think some people just had a stupid crush which eventually gone forever and things will be back to normal. whether u like it or not, PLU shud not make a public confession. let it be your lil secret. let people discover themselves, but not you are the one make a public announcement...just my 2 cent

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. tp x dapat bayangkn mcm mana klu org dh tahu rahsia aku...

      Delete
  9. penah merasakan yg sama. btw one of my friends dah tahu my status. tpi alhamdulillah la dia dpt terima spt mana dia terima aku masa dulu. ada jugak yg x dpt terima. mmng susah simpan rahsia diri sendiri. so just simpan dalam hati je. btw nice blog putera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku x tahulh mcm mana jika satu hari nanti rahsia aku trbongkar.. tp klu kwn ko boleh accept diri ko, kira ok lh..

      Delete
  10. Eh...tp,cmne klau dia plu gak?
    Tp,aq ....xbg 'part' yg dia nk...
    Haru weyhhh,aq bkan xnk bg tp gabra ngan mamt tueee

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'part' apa? x faham lh.. cuba citer sikit..

      Delete
  11. Ak ada sorg kwn ni..kitaorg study sama2 kt oversea, same uni, same class, mostly la..awal2 ak anggap dy hensem je pon, so ada la little crush...tp ak kwn dy mcm biasa la la,mybe sometimes ak pay more attention to him and layan dy lebih dri org lain..so lama2 yg crush became bigger..ak dh develop feeling for him..2 yg mslahnya..ak xtw la dy st8 ke ape sbb sometimes, kitaorg ada mcm satu moment..tp dy xpnh kutuk org gay, n dy tgok je pon cita yg ak pon rasa malas nk tgok sbb ak rasa mcm super gay mcm glee ..keh3..tp dy org sport la, main bola, mnat bola, fanatic bola, bukan macam ak..so 2 yg ak konfius..tp ak kdg2 dpt je gay vibe dri dy...ok back to my prob..ak igt ni crush je..tp dh dekat setahun lebih dh ak ada crush or to be more precisely setahun 8 bulan la..ntoh le, ak rasa ak dh ada feeling for him..n dy ada kawan baik...n kawan baik dy pon kwn baik ak jgk..sb awal2 2 ak igt nk rapat ngn dy, so ak rapat la dgn kwn baik dy..n ak tw jgk psal rhsia kwn baik dy yg ak x confirm dy tahu ke x..iaitu kwn baik dypon plu mcm ak...n kwn baik dy pon x tahu ak tahu, sbb bnda ni terkntoi bila ak terguna laptop kwn baik dy wk2 kwn baik dy tidor n terjumpa bnd2 yg tuttt...if u know what i mean..hehe..tp ak xbgtw la ak tw..sbb ak pon malu ngn diri ak, nk bgtw org lain lg la ak x mau.ak try lawan bnda ni, cth bila ak try avoiding dy, tp ak dpt rasa yg dy perasan ak avoid dy..tp dy try bt cool n lepas 2 dy bt macm biasa tegur ak balik..ak pulak xpndi nk bt krg hajar, bila org tgur ak, ak layan blik..so ak backfire plan ak sendri...ak ada ja perempuan yg ak suka secara feeling but not sexually at all, sbb ak mmg sexually not attracted to women, n satu hari dy suruh ak xyh tunggu dy ..tp ak xsedih lgsg, mybe sbb pda masa 2 ak mmg dh in love sgt ngn mamat ni..kmi ni nk kta kwn baik ke x xtw la..tp agak rapat la...n sometimes, ak tw byk jgk rhsia dy..n kdg2 tertahu byk rhsia susah jgk..dy ni sorg yg agk secretive la psl love story dy, tp ak korek2 jgk la, n ak dpt tahu yg dy ada jgk prmpn yg dy suka, n one day pompn 2 stop pay attention kt dy mcm ak n dy sedih sgt..n bnda ni berlku before ak ada deep feeling kt dy so ak xkisah sgt..n bru2 ni ak dpt tw yg dy secretly ada relationship ngn prmpuan lain yg sekali uni n class sbb ak check dy pnya inbox fb..hehe..but the problem when i read that message, ak rasa sgt2 la sakit hati cemburu n berbagai..n lepas 2 ak sje2 sindir dy and dy bt xtw je..tp dlm hati ak sedih sgt..n 2 yg bhya..ak xsuka bila feeling ak ni terlalu mnganggu ak pnya hidup..kdg terlupa Tuhan..so feeling ni mmg susah to get over it..lagi2 bila besday dy yg akan dtg ni..mcm2 ak rncg nk bt..n ak dpt rasa yg relationship dy prmpuan yg bru2 ni dh over sbb perangai dy sama mcm wk2 dy break up ngn prmpuan awal2 dulu..tp ak xla try ambek kesempatan ke ape...ak penah decide bila ak balik malaysia tahun ni, ak nk tell him the truth about my feeling, because i think that i wont ever get over this feeling until i confess to him..sbb ak susah sgt nk let go this feeling..sbb ak try nk avoid dy, tp ,mslahnya kmi akan hidup sama2 lg berapa2 tahun kt oversea ni, ak jumpa dlam kelas la...so ak mst xbole nk avoid dy..so ak pikir kalo ak confess kt dy, mybe somehow dy akan avoid ak, n ak akan sng lupakan dy, so apa pndpt korg?Btw sori cerita pnjg, ak sorg plu, n ak malu mnjd plu, n ak xpnh bgtw org ak plu, n ak really2 need to let it out from chest a while..

    ReplyDelete
  12. aku pon gitulaa.Tapi aku gurlah, pernah satu sekolah ejek aku les, tapi adelaw gak 2-3 org rapat ngan aku even diorang ejek aku les, tapi aku bukan leslah...adew org tue samapi ewww, eww ngan aku..babi betul diorang tu..hishhh

    ReplyDelete
  13. yup..
    kawan2 straight kita kalau tau kita PLU memang akan berbeza layanan diorang kat kita.aku tak buat apa2 confession pun.kalau boleh just nak keep it secret.cukup la aku dgn sayang aku je tau.tapi ada satu pompuan bangang ni dia syak la hubugan aku dgn sayang aku ni.dia pergi heboh.habis semua orang tau.yang tak pernah kenal aku pun jadi kenal.haram betul la.tapi lantak la diorang.malas aku nak layan.certain2 tu konon2 mcm boleh terima kita,tapi belakang kita.korang pikir la.ada yang siap hasut sayang aku suruh tinggalkan aku lagi.depan aku punya la konon2 macam baik.tapi boleh nampak diorang ikhlas ke tak kawan dengan kita.memang berbeza sgt.lantak korang la.itu hak korang.

    ReplyDelete
  14. yup susah kalau jadi mcm nieh sbb once kita rapat dgn seseorg kita akan mula develop perasaan kasih dan sayang.tanpa sedari kita mula menyanyangi dia lebih daripada org lain.so kdang3 cara kita akan membuatkan dia akan berasa pelik.tp pada fikiran kita itu adalah the best way.hakikatnya ianya betul3 menyeksa jiwa dan raga.

    ReplyDelete
  15. Aku ada member sorang ni yg aku baru kenal dekat 2 tahun,dari dulu lagi aku nak kawan dgn dia so satu hari tu aku just tegur dia sbb dia ni jenis introvert sikit n aku mcm extrovert ar,so aku tegur je la.Since then kitorang jadi kawan rapat,sometimes im a bit confuse sbb aku suka perempuan but aku suka laki jugak so i considered myself as bisex.Tp aku xnk suka kat laki ni,aku cuba nak avoid this emotion tp selalu xleh.Nak dijadikan cerita,member aku ni for me dia ni hensem ar mcm kalau aku tgk dia aku cair,xtahu la org lain.Member aku ni mcm aku gak single xde gf,not to say that we are not good looking but ntahle xde lak yg lekat haha.So,aku pon try cari awek tp aku selalu nak keluar dgn dia mcm aku kerja 9-5 tp dia kerja sendiri so kitorang akan jumpa twice a week ar,wajib.Days goes by,makin lama aku develop feeling teruk dgn dia mcm aku dah anggap dia tu awek aku ar.The thing is aku x tahu yg dia suka ke atau dia x suka kat aku,aku confuse.Sbb gaya dia mcm aku gak kitorang selalu mesra bersama maybe for him its normal la kan laki tp aku lak igt fia syok kat aku.Everyday i have the urge to tell him that i like him,tp aku takut once aku bgtahu,nti dia xnk kawan dgn aku,aku suka kawan dgn dia.Tp kalau dia xnk kawan dgn aku senang ar,xyah lg nak menyeksa diri ni nakkan dia,dah boleh move on katanya.Should i confess to him or not?

    ReplyDelete