Wednesday 29 February 2012

Abang-abang



dah hampir dua minggu aku jadi perantau di negara kangaroo ini... untuk tempoh itu, aku masih tidak dapat nak menyesuaikan diri dengan cuaca 'empat musim' dalam satu hari di sini.. sejuk yang melampau di waktu pagi.. lebih-lebih lagi selepas mandi.. dan apabila berjalan kaki ke universiti, tiupan angin yang kuat lagi menyejukkan membuatkan aku sentiasa berpeluk tubuh di sepanjang perjalanan.. rasa sejuk yang tak begitu menyenangkan... dan bila tiba waktu tengah hari, panas terik membuatkan diri terasa terbakar.. suhu panas yang memedihkan.. namun begitu sukar untuk tubuh berpeluh.. biarpun berapa lama berjemur.. panas dan kering.. dan apabila tiba waktu petang, tiupan angin kencang mula kembali... tiupan yang sangat kuat lagi sejuk.. namun untuk kali ini, suhu sejuk di waktu petang adalah menyenangkan... bila malam menjelma, suhu mula jatuh dan selimut menjadi teman sejati... inilah keadaan cuaca musim panas di Launceston.. kadang-kadang terlalu panas, kadang-kadang dingin sampai ke tulang..

pada minggu pertama aku menjejakkan kaki di Launceston, aku menumpang tinggal di sebuah rumah senior.. dia berusia lapan tahun lagi tua daripada aku.. student master tahun terakhir... tentu sekali dia orang Malaysia... hensem? tentu sekali!! dia adalah jenis lelaki yang aku suka... kami  berkenalan di FB sebelum aku terbang ke Australia.. to be honest, kadang-kadang aku selalu gak melihat koleksi gambar dia di FB.. hensem pula mamat ni.. aku semakin tak sabar untuk sampai ke Launceston kerana akan disambut oleh abang hensem dan juga dapat bermalam di rumah dia.. :D

dia orang yang sangat baik... walaupun usia kami jauh berbeza tapi dia melayan aku sama seperti orang seusianya.. to be honest, aku menjadi kekok bila bersama dengan dia.. dari segi bahasa dan budaya aku dipengaruhi oleh bahasa dan budaya orang Brunei... oleh kerana itu, walaupun aku orang Sarawak, tapi aku tidak pandai bertutur dalam bahasa melayu Sarawak... apa yang membuatkan aku kekok bila bersama abang hensem ini adalah cara aku membahasakan diri aku, sama ada nak guna 'aku' ataupun 'saya'... bagi orang semenanjung, ia adalah mudah, gunakan 'saya' bila bercakap dengan orang yang lebih berusia.. dan bagi orang melayu sarawak, perkataan 'kamek' nampak lagi sopan berbanding 'aku'.. tapi bagi orang melayu brunei seperti aku, perkataan 'aku' tidak dianggap sebagai sesuatu yang tidak sopan.. bila bercakap dengan ibu bapa, kami mengunakan 'aku'... dengan datuk, nenenk, pakcik, makcik semua guna 'aku'.. bila berurusan dengan pejabat kerajaan, kami menggunakan 'aku'... dan bila bercakap dengan cikgu di sekolah, ada orang turut membahasakan diri sebagai 'aku'... bagi orang semenanjung bila mendengar situasi ini, mungkin dianggap sebagai tidak sopan tapi bagi orang melayu brunei seperti aku, bila mengunakan perkataan 'saya', orang akan menganggap kita sebagai orang yang skema.. "skemanya ko kan bersaya-saya..."

corak permikiran orang adalah berbeza-beza mengikut tempat, budaya dan bahasa...

in short, kadang-kadang aku menggunakan 'saya' bila bercakap dengan abang hensem, tapi kebiasaanya aku membahasakan diri sebagai 'aku'... :D

dari segi fizikal, aku rasa abang hensem ni lah yang paling hensem sekali berbanding dengan senior-senior melayu lain yang ada di Launceston... dia mata aku, dia paling hensem lah... tapi aku bukanlah jenis yang nak menggatal.. aku just anggap dia sebagai seorang abang, tempat aku meminta pertolongan dan tunjuk ajar.. tapi tak ada dinafikan bila aku melihat dia tersenyum dan dengan gaya bahasa dia membuatkan aku berkata di dalam hati, 'comel pula abang ni.." hehe.. btw, dia dah ada tunang di Malaysia...

ada empat orang junior yang tinggal di rumah abang hensem ni.. termasuk aku lah... bila berada di Launceston, kadang-kadang mereka berbual mengenai perempuan di Launceston.. "kenapa awek-awek kat sini cantik-cantik ye?" "perempuan kat Launceston memang cantik-cantik pun.. kat tempat lain biasa-biasa je.." balas abang hensem...

tapi bagi aku seorang PLU yang hanya suka pada lelaki berasa agak kekok bila duduk bersama mendengar perbualan mereka... aku hanya mendiamkan diri.. hanya tersenyum-senyum...

orang yang paling kerap bercakap tentang awek di Launceston adalah abang long muscle.. haha... kenapa nama abang long muscle?? sebab dia paling berusia, badan tegap.. nama tu bukan aku yang beri tapi orang lain.. dia ni jenis lelaki yang jantan habis... macho... pernah gak aku terfikir, kalau dengan dia ni nak beromen memang best giler-giler!! kah kah kah.. tapi bukan aku membayangkan aku beromen dengan dia tapi kalau sesiapa yang nak beromen dengan abang long muscle ni lah... dia pun junior macam aku gak sebab first time pergi Launceston... orangnya sempoi... ada awek kat Malaysia... kacukan Jerman lagi tu...

dan pernah sekali ketika kami berlima, abang hensem memandu kereta dan empat lainya adalah junior, abang long muscle ternampak awek Launceston berjalan di tepi jalan raya dan dia menjerit, "nice ass!!" haha..

kadang-kadang aku tak faham gak mengenai lelaki normal.. apa yang ada di fikiran mereka ketika melihat wanita cantik... sebab aku hanya melihat perempuan sebagai sesuatu yang neutral tanpa konek terangkat.. apa tah lagi bila bersama dengan lelaki yang dah matang seperti abang hensem dan abang long muscle yang sepatutnya dah kahwin, tapi nak study dulu sebelum kahwin... dan aku yang masih muda, muka masih lagi baby face, innocent pula tu (konon lah) hanya mampu memerhatikan dan memperlajari tindak tanduk orang di sekeliling...

to be honest, ini lah kali pertama aku bergaul dengan orang lebih berusia dengan aku.. orang pangkat abang... jarak usia lapan tahun.. sebelum ini aku memang kurang suka bergaul dengan orang yang lebih berusia.. aku lebih senang dengan junior-junior... jadi aku berasa agak kekok bila bergaul dengan mereka.. tapi, ini adalah pengalaman baru, and i start to learn to enjoy the learning...

Tuesday 21 February 2012

Password

Aku sekarang sudah berada di Australia.. Keadaan di sini? Hmm... Entah lah... Aku tak suka dengan cuaca kat tempat aku study.. Tempat aku amat sejuk walaupun sekarang ni masih lagi dalam musim panas.. Tak rasa macam summer sangat.. Cuma waktu tengah hari je panas, waktu lain, ya Allah! Aku tak tahan!! Sejuk!! Mungkin sebab tak biasa lagi kot... Kalau summer pun sejuk tak tahu lah kalau winter... Ok, sekarang aku dah faham kenapa orang putih suka dengan tempat panas.. Orang Malaysia patut rasa bersyukur... Aku dah start benci dengan cuaca sejuk..


Berbalik kepada tajuk post ni... Apa benda sebenarnya dengan password? Kalau korang nak tahu sebelum aku fly gi Australia aku bertukar laptop dengan kakak aku... Alasannya sebab laptop aku dah macam celaka.. Rosaklah.. Tapi tak rosak sangat.. Then kakak aku bertukar laptop dengan aku sebab dia dah tak pakai laptop sangat.. So aku apa lagi, kena lah transfer semua dokumen, video dan gambar ke laptop dia... Termasuklah gambar2 'jejaka impian'... Hehe.. Just nak hilangkan jejak identiti aku lah..


Ingat semuanya dah ok, tapi waktu aku d KL sebelum fly kakak aku tu tiba-tiba call aku bertanyakan password laptop aku.. Sebab dia nak pakai..


Aku teragak-agak nak beri tahu password aku..


Sebabnya? Kerana password aku adalah nama lelaki yang aku suka.. X<


Aduhai... Macam mana lah aku boleh terlupa nak buang password tu... Ada juga orang tulis password guna nama orang yang dia suka... Aku lah orang tu... X<


Tapi aku beri tahu je password tu sebab dia asyik nak tahu.. Sebab dia nak guna laptop aku.. Berserah je lah agar dia tak fikir bukan-bukan.. Siapa tak rasa pelik kalau orang tu letak password nama orang lain? Apa tah lagi aku lelaki dan password tu nama lelaki lain.. X<


Berserah je lah... Mungkin dia fikir nama tu nama samaran lain aku kot.. Siapa tahu? Semuanya ada banyak kemungkinan.. Just perlu jadi optimistik...


Then aku suruh kakak aku format kakak aku format laptop aku tu.. Dengan harapan dapatlah erase semua info pasal identiti aku.. Then aku mula sedar yang aku tak erase semua link web PLU yang aku pernah lawati.. Aku ingat dengan format semula laptop dapat lah buang semua link tu.. Tapi actually link tu semua still ada... X<


Ok... Perlu jadi optimistik... Ada banyak kemungkinan akan berlaku..

X semestinya akan jadi negatif.. Tapi, to be honest aku memang takut... Siapa yang tak takut?


Berserah je lah... X<


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 15 February 2012

American High School





aku duduk bersendirian di dalam bilik kakak aku.. tidak ada orang lain di rumah, cuma aku, emak dan ayah sahaja.. pada malam aku berasa agak bosan kerana tidak ada benda yang aku boleh buat.. tiba-tiba sahaja aku teringat yang aku banyak menyimpan movie yang telah lama aku kumpul sewaktu kat KL dulu.. so, daripada bosan lebih baik aku layan movie yang sudah ada lama dalam laptop aku...

berbaring di atas katil bilik kakak, aku pun memilih movie yang mahu dilihat.. banyak giler, honestly aku pun tak tahu nak lihat yang mana satu.. lama-lama memikir, aku membuat keputusan untuk menonton movie english yang bertajuk American High School..

siapa pernah menonton cerita ini? haha.. to be honest, bagi aku ini lah movie yang paling tak ada nilai murni langsung yang aku pernah lihat.. giler! memang cuma untuk dilihat oleh orang yang cukup umur.. banyak babak dan penggunaan bahasa yang tidak enak untuk dilihat dan didengari.. aku tak mahu nak cerita panjang lah.. in short, movie ni tidak sesuai untuk orang-orang yang baik.. (aku pun budak baik lagi 'suci' gak.. tapi boleh pula aku tonton cerita ni.. XD)

ada satu babak ni ketika waktu kelas pendidikkan seni, cikgu seni tu mahu student lukis satu benda... kamu nak cikgu tu suruh lukis apa? pornografi!! giler wei!! suruh student lukis benda lucah.. tambahan lagi, pakaian cikgu yang mengajar tu punya lah seksi giler!! cikgu tu perempuan.. pakaian macam pelacur je...

dan ada satu student lelaki ni bertanya kepada cikgu seni tu, dia nak ilham lah.. dia kata boleh tak cikgu berikan dia ilham ke macam mana nak lukis lukisan porno.. and then... suddenly cikgu tu buka baju dalam dia... habis semua nampak ****.... dan student lelaki tu pun terkejut.. aku sudah semestinya terkejut beruk... ternganga... babak menampakkan **** tu memang lama giler.. cikgu seni tu selamba je jalan-jalan tunjuk dia punya aset... 

"dah dapat ilham??"

aku yang tak biasa tengok **** memang terkejut giler lah.. tapi dalam hati aku berkata, "ok, so, that is ****... hmmm.... ok.... " 

to be honest, aset aku tak 'mengeras' bila tengok benda tu.. hehe.. memang parah giler naluri aku ni kan? entah lah.. tapi memang macam tu lah... XD






#btw, aku sebenarnya tak tengok cerita tu sampai habis... bagi aku cerita ni merepek je... memang tak sesuai dengan aku sebagai budak 'baik'.. (konon lah..) hehe

Monday 13 February 2012

K-Pop Kelantan






Aku sampai di KL kira-kira dalam pukul 4 petang pada 8 Feb lepas.. kemudiannya aku segera ke Jalan Masjid India untuk menyewa hotel.. harga sewa untuk semalam bagi bilik single adalah RM90 namun aku cuma perlu bayar sebanyak RM80.. dan lebih menarik, aku yang mahu menyewa bilik single diberikan pula bilik yang lebih besar yang mempunyai dua katil.. namun harga sewa yang perlu dibayar masih lagi sama iaitu RM80.. menarik bukan? :D

Tapi, disebalik keistimewaan ini banyak benda yang aku tidak puas hati dengan bilik yang diberikan.. katil dalam bilik aku tu suka je ‘berjalan’.. macam mana tu? Bawah katil tu ada roda.. kalau aku bergerak sedikit pun katil tu akan turut bergerak sama.. macam kerusi pejabat yang ada roda.. sangat sensitif dengan pergerakkan.. jadi aku berasa tidak selesa lah.. ye lah kan, nak tidur pun katil bergerak-gerak.. tapi aku tak kisah sangat lah.. stay di KL pun sekejap je.. bukanye lama-lama dalam hotel pun...

Lepas aku check in, aku cepat-cepat pergi ke KLCC sebab kawan aku nak jumpa.. dia ni kawan aku sewaktu aku ambil asasi di IPTA.. orang Kelantan.. tapi kami belajar bersama-sama sekejap je sebab aku kena pindah study di IPTS.. alasannya sebab aku dapat biasiswa dan tempat pengajian aku pula di IPTS.. pun begitu, kami still berhubung dan sering berjumpa.. kadang-kadang aku ada gak jemput dia untuk bermalam di rumah tempat aku stay di PJ.. kan aku orang Sarawak, kalau waktu cuti aku jarang balik Sarawak.. jadi aku jemput dia lah stay dengan aku..

Dia ni bagi pendapat aku hensem lah juga.. body pun okay.. dia ni ada kacukan cina sikit... dalam diam aku panggil dia sebagai K-Pop Kelantan.. haha.. kenapa? Sebab dia ni minat giler-giler dengan K-Pop.. obses sangat-sangat.. siap belajar bahasa Korea lagi.. dari segi permakaian, style dia pun ala-ala K-Pop.. tapi bagi aku style K-Pop dia agak nice lah.. tak macam sesetengah orang yang perasan style K-Pop tapi sebenarnya tak macam K-Pop.. K-Pop tak menjadi lah.. XD .. dia suka keluar dengan aku sebab aku ni kira macam perunding fesyen dia lah.. selalu je shopping dengan aku.. kan aku ni PLU, taste aku high sikit lah hal-hal fesyen ni.. sebab tu dia suka keluar dengan aku kalau nak beli baju.. nak minta pendapat aku.. cakap je yang mana kasut sesuai denga seluar ni, warna apa yang bagus, aku akan beri pendapat.. sambil pejam mata macam orang tengah menikmati rasa makanan, aku akan membayangkan padanan yang sesuai untuk baju ni, untuk seluar tu..

usually aku akan kata, “kalau nak beli baju or seluar sebenarnya kita kena tengok dengan apa yang kita dah ada.. tak semestinya yang cantik tu akan cantik dipakai.. kalau tak ada padanan dengan koleksi yang kita ada akan nampak janggal..”

Berbalik kepada hal di KLCC tadi, dia datang lewat sebab nak gunting rambut kat Wangsa Maju..  (gaya rambut mestilah ala-ala K-Pop.. haha..) dalam pukul 9.30 malam dia baru sampai di KLCC.. lewat kan? Haha.. tapi aku tak kisah lah.. kami berjumpa di kedai ZARA selepas aku membeli kasut kulit hitam ZARA untuk hadir ceramah esok.. bila berjumpa tu mestilah kena berjabat tangan dulu.. bila aku tengok dia, hati aku berkata, “wow.. dah semakin trendy sekarang dia ni..” dia dah tak macam dulu lagi sewaktu mula-mula jumpa di IPTA.. dah pandai bergaya dan memadankan pakaian.. ada kemajuanlah..

Apa yang aku nak katakan tentang K-Pop Kelantan ni adalah satu perasaan yang janggal akan muncul setiap kali aku berjumpa dengan dia.. to be honest, bila aku keluar dengan dia aku rasa diri aku gay sangat-sangat.. tak pernah aku merasakan diri aku seorang gay yang teramat sangat kecuali bila berjumpa dengan dia.. entah.. tak tahu kenapa... bermula dari saat kami berjabat tangan sehingga lah saat melambai tangan ketika berpisah..

Apabila aku keluar dengan dia, aku merasakan yang kami ni seakan pasangan gay.. padahal kami kawan je tanpa ada perasaan suka sedikit pun.. btw, dia seorang yang straight.. kadang-kadang selalu gak tengok dia menggatal dengan perempuan kat FB.. dia ni memang benci betul-betul dengan orang PLU.. setiap kali aku keluar shopping dengan dia, kalau ada orang sekitar kami yang menunjukkan perwatakkan PLU, dia akan berbisik kepada aku dengan kata-kata kesat menghina orang tu... aku just tak kata apa-apa.. ye lah kan, aku sendiri pun PLU gak... hati terasa lain lah bila dia cakap bukan-bukan pada orang PLU tu padahal kawan dia sendiri (aku) yang selalu temankan dia shopping pun PLU gak..

Bila aku dengan dia, aku memang rasa-rasa diri aku gay sangat-sangat... rupa dia ada market dan rupa aku pun ada market gak.. (perasan!! :D  ) bila dua lelaki hot keluar berdua-duaan ni bagi pandangan aku nampak macam pasangan gay sangat-sangat.. aku berasa tak cukup selesa.. seakan orang disekitar aku memandang kami sebagai pasangan gay.. (aku seorang je yang gay.. dia straight..) to be honest, aku tak suka dengan perasaan ini.. perasaan bila kita merasakan diri kita gay.. aku tahu yang diri aku sendiri adalah seorang yang gay tapi tak setiap masa kita akan merasakan diri kita adalah gay... namun dia buat aku terasa diri aku gay sangat-sangat.. dia membuatkan aku mengingati diri aku yang sebenar... dan aku tidak suka dengan perasaan ini...

Aku tak suka nak add orang PLU dalam FB.. dan aku juga cuba elakkan daripada berkawan dengan orang PLU in real life.. kerana bagi aku bila aku buat semua ini aku telah selangkah memasuki dunia PLU yang sebenar.. kehidupan gay aku in real life hanya aku hadapi bersendirian.. tanpa ada kawan PLU in real life.. tambahan pula aku memang suka menyembunyikan identiti aku... bila aku terasa diri aku gay apabila bersama dengan K-Pop Kelatan ini, ia adalah sesuatu perasaan yang baru aku rasai... when you feel you are a gay in people’s eyes.. padahal orang pandang kita biasa je... and again, aku katakan yang aku tidak suka dengan perasaan ini...


Friday 3 February 2012

A New PLU in Australia

aku berada di Brunei untuk tempoh yang agak lama dan pulang ke tanah air pada 29 Januari lalu.. sepatutnya aku pulang pada 30 Januari namun kerana ingin menguruskan sesuatu hal yang penting, mahu tidak mahu aku harus pulang juga...

aku perlu menguruskan hal pengajian aku untuk belajar di Australia...

ia adalah sesuatu yang amat mengujakan apabila pihak penaja masih ingin memberikan biasiswa kepada aku untuk belajar di Australia.. keputusan ujian aku tidaklah begitu membanggakan namun masih melayakkan aku untuk belajar di negara kangaroo itu.. dan kini yang tinggal hanyalah untuk menguruskan hal-hal seperti mendapatkan Visa dan mengisi banyak document penting yang lain..

apabila aku memikirkan hal ini, banyak perkara bermain di minda aku.. boleh kah aku survive di sana nanti? boleh kah aku perform dengan bagus dalam study nanti? dan yang pasti aku juga memikirkan hal berkenaan dengan PLU...

seorang PLU dari Malaysia yang mempunyai budaya yang berbeza, corak permikiran yang lain dan akhirnya akan bertembung dengan masyarakat yang sudah semestinya mempunyai pemahaman mereka sendiri...

aku mengklasifikasikan diri aku sebagai seorang PLU yang konservatif, PLU yang tak cukup sifat... belajar di peringkat pengajian tinggi sudah semestinya aku akan berjumpa dengan PLU yang lain.. malah ketika aku masih belajar di IPTS di Malaysia pun aku telah bertemu dengan golongan ini.. housemate aku, malah kawan duduk sebelah meja aku pun rupa-rupanya seorang PLU gak.. walaupun mereka tak tahu yang aku ni sebenarnya macam mereka.. in short, PLU ni ada di mana-mana...

aku tak tahu macam mana kehidupan aku di Australia nanti.. sudah semestinya aku akan berjumpa dengan golongan PLU.. bukan sahaja mereka berasal dari Australia, malah dari seluruh pelusuk dunia.. aku tidak tahu sama ada mereka sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda aku.. tanggapan aku mengenai PLU itu sendiri.. semua orang mempunyai pandangan berbeza.. homoseksual yang taboo di Malaysia namun mungkin bukan lah satu masalah yang besar di Australia... 

sejak aku tinggal di Kuala Lumpur, banyak perkara yang mula pelajari dalam dunia PLU ini.. aku yang mulanya tersangatlah 'suci' sehingga tidak tahu bagaimana seks itu terjadi... tidak pernah menyangka bahawa proses untuk 'membuat' anak itu adalah ketika alat kelamin lelaki memasuki kemaluan perempuan.. to be honest, aku tak tahu semua ini sehinggalah aku mempelajarinya dengan tidak sengaja apabila aku membaca buku tentang manusia dalam perpustakaan... 

aku yang mulanya tidak tahu akan apa itu top dan bottom dan akhirnya tahu akan istilah seks seperti rimming, fisting, 69 dan lain-lain.. semuanya bermula ketika aku tinggal di Kuala Lumpur... cuba fikir jika aku di Australia nanti, apa benda lagi yang aku akan belajar? aku tak tahu... yang pasti aku merasakan permikiran aku mula dicemari dari hari ke hari... hati semakin hitam...

tapi bila aku memikirkan semula, Allah mula melindungi aku dengan meletakkan aku untuk belajar bukan di bandar-bandar besar seperti Sydney, Melbourne or Perth... aku akan belajar di satu tempat yang agak sunyi dengan jumlah penduduk cuma sebanyak 100, 000 lebih sahaja.. malah Kuching sahaja mempunyai penduduk seramai 600, 000 lebih... dalam jangkaan aku, tempat itu tidak kurang seperti bandar kecil yang tidak lah begitu sibuk... dan yang pasti corak kehidupan mereka adalah sederhana seperti mana kehidupan di bandar-bandar kecil di Malaysia... kurang hiburan namun tempat yang bagus untuk belajar.. di fikiran aku, golongan PLU di sana tidak lah seperti di Sydney or bandar-bandar besar yang lain.. mungkin mereka masih lagi golongan PLU yang moderate.. tapi memang kah begitu? 

seriously, aku takut akan banyak perkara... aku tahu untuk menjaga diri aku sendiri.. namun siapa tahu akan godaan yang bakal ditempuhi? dan siapa tahu selama mana aku mampu untuk menyelamatkan diri daripada godaan ini? atau mungkin aku menjadi lebih teruk di Australia nanti? aku harap tidak begitu... 











#btw, aku akan belajar di kawasan yang banyak gunung di Australia.. kawasan beriklim sejuk... so, I'll be a part of nature lah lepas ni...