Tuesday 29 July 2014

Raya Kedua

terlebih dahulu, seperti perkara yang tipikal lah kan, dah masuk bulan raya ni kena lah buat ucapan,

"Selamat Hari Raya.."

dah masuk raya kedua dah (kat Aussie pun raya sama waktu dengan Malaysia.. eh, maybe tempat aku.. sebab kadang-kadang kat negeri lain kat Aussie, raya hari lain..).. macam tahun-tahun sebelum ni, aku tak excited pun nak sambut raya.. hahaha.. raya ke tak raya sama aje.. takde feeling pun kat sini.. first day raya mesti dalam kelas.. hahahaha.. nak kata aku feeling sedih or rindu tu honestly takde lah.. to be honest aku takde rasa apa pun.. sedih pun takde.. rindu, excited tu lagi lah takde.. so, feeling tu just macam biasa-biasa je.. aku tahu dah raya, and that's all je lah.. takde rasa apa pun.. macam hari-hari biasa je..

so, sekarang ni dah masuk raya kedua.. 29 Julai.. kenapa aku mention tarikh hari ni? hahahaha.. actually hari ni adalah hari jadi aku.. hahaha.. ni untuk kali pertama birthday aku masuk pada hari raya.. so, apa lagi..




Happy Birthday to me..

Happy Birthday to me..

Happy Birthday, Happy Birthday..

Happy Birthday to me..

(sambil nyanyi dalam hati..)









okay.. soalan.. ada sambut tak?

aku sentiasa sambut birthday aku.. but kalau orang lain nak sambut tu lain cerita lah.. maksudnya aku sambut sendiri-sendiri lah.. secret-secret.. aku beli kek coklat.. orang lain mana tahu aku birthday hari ni.. kat FB pun aku terus 'sembunyikan' birthday aku.. so, nyanyi lah "Happy Birthday to me.." hahahaha



okay.. birthday hari ni lah kan.. untuk umur yang ke berapa?

agak-agak boleh tahu tak umur aku berapa? maybe ada yang dah tahu.. but entah kenapa aku lebih selesa kalau aku nak 'hide' umur aku berapa.. hahaha



laaa.. sambut birthday seorang diri je? sedihnya.. kawan-kawan tak sambut ke?

biasanya kalau birthday kena sambut ni oleh orang-orang yang rapat dengan kita je.. kawan-kawan rapat yang sambut.. so, maksudnya kat sini aku takde lah kawan-kawan yang aku rapat sangat kat sini.. and aku mesti rasa benda ni pelik kalau-kalau ada orang kat sini yang celebrate birthday aku.. but yang pasti, orang tak tahu pun aku birthday hari ni.. plus, bukannya kita kena sambut birthday untuk setiap tahun.. tak begitu?



so, bila kali terakhir orang sambut birthday ko?

ketika aku umur 19 tahun.. dah lama juga lah.. still ingat my housemate ada beli kek Secret Recipe untuk aku.. lepas tu sampai sekarang dah takde dah.. kalau aku nak sambut, aku sambut sendiri-sendiri.. 



so, dah ada ke yang wish 'Happy Birthday' kat ko?

hahaha.. so far takde lagi.. aku pun takde lah nak mengharapkan orang untuk wish.. lagi pun bukannya orang tahu birthday aku hari ni.. and aku pun simpan ia sebagai 'rahsia'.. bukannya semua kawan-kawan kita ingat birthday kita bila.. but usually my sisters ingat bila birthday aku and akan wish. but kali ni takde lah pula.. but i think semua orang tengah 'busy' sambut hari raya.. hahahaha..



okay.. sekarang dah tambah 'tua' setahun.. apa beza ko yang sekarang dengan yang dulu..

for sure lah kan.. banyak benda yang dah berubah.. kalau nak explain satu-satu, banyak benda juga tu..



dah rasa diri menjadi lebih matang?

aku rasa benda ni agak subjektif.. sebab setiap orang matang pada sesetengah hal... so, aku rasa aku dah jadi lebih matang untuk sesuatu hal, but still childish pada sesetengah hal.. and yang pasti, kalau aku tengok cermin, feeling diri still lagi comel.. hahahaha.. but yang pasti, aku macam 'hate' tengok diri aku pada tahun-tahun sebelum ni.. kalau tengok gambar semua.. rasa macam childish.. hahaha.. maybe aku rasa tahun ni macam rasa matang sikit.. but bila next year, rasa tahun 2014 ni aku macam childish juga.. but for sure, aku malu tengok my previous photos semua.. apa-apa pun, aku still comel lagi.. hahahaha



apasal kalau perasan lah, kenapa ko suka nak self-claim diri comel lah?

hahahaha.. yang ni maybe sebab benda ni macam 'childish' side pada aku yang still ada lagi.. but honestly lah kan, ia bukan macam aku nak perasan yang aku comel ke apa.. but usually benda yang aku suka nak orang annoyed kat aku.. misalnya macam,

Aku : aku ada satu soalan yang serius, but aku takut kalau ko marah nanti.. (nada yang serius)
Kawan : apa dia?
Aku : but aku still hesitate nak cakap.. takut ko marah..
Kawan : ye lah apa benda?
Aku : ko pasti tak marah nanti?
Kawan : kalau ko tak cakap, lagi lah aku marah..
Aku : tengok.. ko dah marah dah..
Kawan : aku marah kalau ko tak cakap..
Aku : okay.. okay.. hurmm... kenapa aku sangat comel? (sambil memuncungkan mulut buat muka hodoh)

then lepas tu kawan aku akan rasa annoyed, then aku pun gelak-gelak.. so benda ni adalah antara benda yang still tak matang kat diri aku.. kadang-kadang 'comel' dalam 'bahasa aku' merujuk kepada 'masih muda'..

macam dalam ayat di atas.

"apa-apa pun, aku still comel lagi.." (maksud di sebaliknya adalah macam 'apa-apa pun, aku still 'muda' lagi..)



so, apa benda yang ko rasa diri ko lebih matang dari sebelumnya?

banyak juga lah.. kalau bab-bab PLU ni, daripada zero knowledge sekarang ni pun dah banyak benda yang dah tahu.. cara permikiran pun dah lain.. lebih macam 'bebas' sikit.. tak mudah nak dipengaruhi oleh 'popular opinion'.. sekarang pun dah mula fikir benda-benda yang lebih matang sikit.. kalau nak kahwin pun usia pun dah boleh kahwin.. kawan-kawan sebaya pun dah mula nak berkahwin.. but still, even kalau aku rasa nak kahwin pun, aku still tak rasa cukup matang untuk kahwin.. maksud aku kata kan lah kalau aku ni macam 'normal-normal' je, aku still tak rasa aku dah ready untuk kahwin pada usia ni.. but kawan-kawan pun ada je dah kahwin.. and orang-orang pun mula nak panggil aku 'abang'.. hahahaha.. lain macam sikit kena panggil 'abang' ni.. kalau budak-budak sekolah rendah yang panggil abang tu aku rasa biasa je, but budak-budak umur bawah dekat-dekat bawah 20 or awal 20 panggil aku abang aku rasa awkward sikit.. sebab aku ni langsung bukan jenis yang 'seniority', so lebih prefer tak payah nak 'berabang-abang'  kat aku.. but aku faham juga, usia pun dah semakin meningkat, lama-lama kena biasa juga kena panggil 'abang' oleh orang..



ko rasa diri ko jadi lebih baik daripada sebelum ni tak?

entah.. aku tak pasti.. for this year i think aku jadi agak 'teruk' kot.. not productive.. ada benda lah yang tak berapa elok sangat aku buat.. probably aku tak ready nak share.. but i think this year macam bukan tahun yang elok sangat untuk aku.. but aku harap semuanya akan jadi okay-okay je nanti.. even blog ni pun macam dah tak productive sangat.. and aku kat FB pun macam 'layan tak layan' je kan.. maybe aku sekarang dah jadi too secretive.. jadi tertutup.. 



so apa harapan ko untuk masa akan datang?

disebakan aku rasa this year bukan lah tahun terbaik untuk aku, so aku harap untuk masa yang akan datang semuanya akan just okay-okay je.. aku try nak follow 'kata hati' aku dengan apa decision yang telah aku buat.. a big decision juga sebenarnya yang sebenarnya akan jadi satu turning point yang besar dalam kehidupan aku.. so, aku harap my decision tu adalah betul.. i know, ianya akan buat sesetengah pihak sedih, but aku just rasa sepatutnya aku dah buat benda ni lama dah.. so, maybe aku try nak dapatkan benda tu semula.. probably aku patut kena jadi lebih matang kot..



apa benda sebenarnya?

probably aku tak ready untuk share..




bagaimana pula mengenai hal-hal tentang 'perasaan'? ada apa-apa perkembangan?

i think bila kita semakin dewasa ni kan, feeling untuk berkasih sayang sebenarnya sebenarnya semakin menebal..  sebelum ni aku rasa benda-benda love semua ni macam taboo or agak cliche.. aku tak fikir sangat pun sebelum ni, but even sekarang aku takde lah fikirkan hal tu sangat.. i think benda ni ada lah feeling yang dimiliki oleh orang dewasa dalam umur 20 ke 40 rasanya.. sehingga lah kita dah bosan dengan benda ni semua.. actually it's common kalau kita dah involve dalam hal-hal macam ni sebab usia pun dah boleh kahwin.. and it's common juga kalau kita nak bercerita tentang hal macam ni.. waktu aku umur belasan tahun macam 18 or 19, aku just rasa benda ni weird bila orang citer pasal hal love problem dorang.. rasa macam bukan berada dalam umur sepatutnya 'bercinta'.. but now, i realize, actually aku dah cukup matang untuk involve dalam perkara macam ni.. just realize, sesetengah kawan aku pun dah ada suami or isteri, so aku sedar yang actually aku ni bukannya budak bawah umur lagi.. sebab aku rasa dewasa adalah pada umur 25 tahun ke atas.. aku fikir dulu macam tu lah.. but actually pada umur bawah 25 pun sebenarnya tak salah pun and ianya common kalau kita terlibat dalam perkara yang aku anggap sebagai 'masalah orang dewasa'..

so dengan kata lain, aku bukannya masih muda lagi.. hahahaha






akhir kata, aku nak nyanyi lagi....






Happy Birthday to me..

Happy Birthday to me..

Happy Birthday, Happy Birthday..

Happy Birthday to me..
















# by the way, memang raya tahun ni banyak konsep bergambar guna monopod ek?? 

Saturday 19 July 2014

Terperangkap





Cataract Gorge

cuaca pada hari itu sangat elok.. tak seperti kebiasaanya.. kalau dua hari sebelumnya agak mendung.. dalam minggu tu pun asyik nak hujan je.. baju yang aku jemur pun dah lebih tiga hari tak bangkit sebab basah kena hujan.. plan nak pergi main salji pada hari sebelumnya pun tak berapa nak best sebab salji tak tebal.. takleh nak meluncur.. but bagi kawan-kawan kunjungan dari melbourne dan new castle yang baru pertama kali tengok salji mungkin okay lah.. so, tak leh nak meluncur, mendaki ke puncak pun okay juga lah.. banyak kali juga aku terjatuh sebab licin.. and secara tak sengaja my friend terakam video aksi aku jatuh tergolek.. hahaha.. macam yang aku jangkakan, kalau yang tak pernah tengok or main salji, mesti macam excited giler teringin nak main or tengok salji lah.. but kalau dah ada peluang, macam takde rasa apa pun.. excited pun takde.. biasa-biasa je.. my friends yang first time tengok salji ni begitu lah.. takde lah excited sangat.. sama macam aku, bila tengok salji for the first time, takde lah benda yang special sangat pun.. macam ABC je.. 

perancangan untuk winter break ni macam banyak yang tak menjadi.. tu lah.. sape suruh datang kat tempat aku kat pulau selatan Aussie ni time winter.. siang pendek.. pukul 5 dah gelap habis dah.. nak jalan-jalan kat luar pun tak best.. dah tu suhu sejuk pula.. pagi-pagi bawah negatif darjah celcius.. but, apa-apa je lah.. kawan datang berkunjung.. so, layan je lah 'tetamu'..


semalamnya aku bercakap..

"ada cable chair kat sana.. but aku tak pernah naik lah.. sebab aku takut ketinggian.. gayat.."

so, pada hari itu kami berada di Cataract Gorge.. 

kawan-kawan semua dah excited nak nak cable chair.. but aku seorang je yang diam sikit.. maybe macam was-was juga lah nak naik.. so, sampai je kat sana, yang dah beratur dah untuk naik.. but aku still diam.. takde pula nak menolak.. turut beratur sama.. kami ada lima orang.. dan cable chair tu hanya muat untuk dua orang untuk sekali naik.. disebabkan aku yang beratur di barisan yang paling belakang, so, kena single-single lah.. kawan-kawan lain dah 'terbang' naik cable chair.. 

aku sebenarnya agak sedikit takut dalam diam.. aku memang jenis yang gayat sikit dengan ketinggian.. but tak cakap apa pun.. dah beratur and tiket pun dah bayar, nak tak nak kena naik juga lah.. pegang kuat-kuat pada tiang cable chair tu, then perlahan-lahan aku pun mula 'terbang' perlahan-lahan di udara melintasi Cataract Gorge..

dup.. dup.. dup..

hahahaha.. tangan aku memang genggam kuat pada tiang wei.. tanda ada perasaan takut juga lah.. terasa lama pula kat udara.. tak sabar-sabar nak sampai kat penghujung.. dah lah tempat seat dia ni tak save.. penghadang kerusi takleh lock pun.. memang kalau orang nak jatuh, akan jatuh habis lah.. dah tak selamat dah.. kerusi nya terasa kecil sangat untuk tubuh aku.. jadi kurang rasa selesa untuk bersadar.. takut terjongket pula.. 

still menggenggam kuat pada tiang.. aku buat-buat biasa.. tak elok pula kalau orang dewasa macam aku ni takut untuk naik benda ni kalau budak kecil bawah umur rileks je aku tengok.. but masing-masing ada benda yang dorang takut kan.. and aku mungkin jenis yang takut ketinggian sikit.. 

bergerak perlahan-lahan.. akhirnya sampai kat kat penghujung.. lalu my friends pun tanya..

"macam mana naik tadi? takut?"

so, aku pun jawab..

"when we are trapped.. we cant do anything pun kan.. so, berserah je lah.."

lalu kawan-kawan semua tergelak.. hahaha.. betul lah kan.. kalau aku dah naik, jadi takut terasa nak turun lah, bukannye boleh buat apa pun kan.. nak terjun lagi lah kerja bodoh.. so, kena 'baik-baik' je lah.. duduk diam.. rileks-rileks.. tak boleh lah nak gemuruh nak bergoyang-goyang.. hanya akan memburukkan keadaan je..

so, selepas tu kita orang pun bersiar-siar kat Cataract Gorge.. hiking semua.. agak letih juga.. tambahan lagi time puasa.. beberapa jam kat sana, dalam nak pukul 1 macam tu baru nak bergerak pulang.. so, kena naik cable chair tu lagi untuk turun.. aku perasan actually kalau nak turun sebenarnya lagi tinggi.. so, dalam diam sebenarnya aku macam was-was juga kalau nak naik.. suara hati ada berbisik.. seolah-olah macam mahu bercakap,

"wei, aku jalan kaki turun bawah je lah.. korang je lah naik.."

hahaha.. kiranya macam ada juga lah perasan takut tu sikit.. but seperti biasa.. aku simpan dalam hati.. tak cakap pun.. but aku beratur gak.. maybe sebab aku ni kadang-kadang optimistik gak.. cara aku kalau nak tenteramkan rasa gemuruh ke, aku biasa akan fikir macam ni...

misalnya kalau naik roller coaster, "kena rileks je.. bukan aku seorang je yang mula-mula takut nak naik.. banyak orang rasa yang sama gak.. but bila dah naik semua selamat je.."

untuk kes cable chair ni "duduk macam kita duduk biasa je pun.. kalau kita duduk takde pun nak jatuh-jatuh.. cuma yang ni sebab duduk kat udara.. but actually macam duduk kat kerusi biasa je.. kalau tak gundah, takdenya nak jatuh.."

biasanya kalau kita ni macam takut sikit kita usually banyak fikir yang bukan-bukan.. actually benda tu takde apa pun.. kena rileks je.. and lagi, macam aku dah cakap, budak bawah umur pun rileks je, apasal aku yang dah besar, hensem dan comel ni nak takut pula.. hahaha.. so, aku pun beratur sama untuk naik lagi..

but kali ni aku berteman lah pula.. takde lah seorang diri waktu awal-awal.. duduk dengan my friend yang actually ex-roommate aku waktu kami study kat malaysia.. and sekarang dia dah study kat melbourne.. so, wow... bekas roommate controversial ni duduk sama-sama kat atas cable chair.. hahahaha.. tak sangka pula.. actually ada cerita juga pasal aku dengan budak dari Perak ni.. panjang juga ceritanya.. aku jadi roommate dia selama setahun setengah.. so, macam-macam hal juga yang dah berlaku..

kalau nak dipendekkan cerita adalah macam ni.. kita orang satu roommate, but honestly kita orang tak macam satu roommate pun.. sebab dalam bilik masing-masing buat hal sendiri.. macam hantu.. macam tinggal seorang diri je walupun sebenarnya dalam bilik tu ada dua orang.. hahaha.. 

berbual pun punya lah jarang.. kadang-kadang satu minggu tu kurang dari sepuluh perkataan yang dibualkan.. or kadang-kadang dalam dua minggu baru sedar, "oh, ni baru kali pertama aku bercakap dengan dia dalam masa dua minggu ni.." hahahaha.. dia akan sepi menyepi kalau dengan aku, but kalau dengan orang lain banyak pula dia bercakap.. padahal kita orang satu bilik and satu kelas juga.. sebab tu aku pernah tulis dalam my blog (bukan blog ni, but my first blog yang lain) kata kadang-kadang aku rasa aku ni macam hantu.. ada kat dalam bilik, tapi macam takde.. bilik, tu ada dua orang, but macam seorang je yang tinggal.. 

but aku tak leh nak salahkan dia lah.. salah aku juga.. sebab aku pun diam-diam juga.. so, kalau dua-dua nak diam, akan jadi diam lah.. kadang-kadang kita orang berdua ni macam ada konflik yang tak dicakapkan.. macam pendam kat dalam hati.. sebab secara tak sengaja aku dapat tahu dia ada remove aku dari friend list kat FB dulu.. hahahaha.. aku pun terkejut lah kan.. kenapa ye? aku tahu aku ni 'hantu' kat dalam bilik, but aku takde lah buat hal dengan dia pun.. benda-benda tak elok rasanye tak kacau dia pun.. but kalau dia dah remove aku dari friend list kat FB tu tandanya ada benda yang dia tak puas hati kat aku lah.. for sure lah kan.. sebab tu aku cakap, kita orang berdua ni nampak macam takde apa-apa problem, but actually maybe ada internal conflict yang masing-masing tak cakap.. 

lepas aku dapat tahu dia secretly remove aku dari friend list tu, aku macam mula dah tak suka kat dia.. actually takde lah benci pun.. maybe sebab tak puas hati sebab tak tahu apa benda yang dia tak puas hati kat aku.. and disebabkan aku ni jenis yang simpan dalam hati, so aku tak puas hati kat dia pun, aku akan just simpan dalam hati lah.. but honestly lah dulu tu actually aku ada mengharapkan ada hubungan yang mesra yang baik antara aku dengan dia.. aku rasa diri aku teruk lah.. sebab bagi biasanya kita mudah nak rapat dengan teman sebilik.. but untuk kes ni, aku rasa diri aku teruk sebab tak rapat dengan dia.. but aku tak tahu macam mana nak buat benda yang menimbulkan rasa 'mesra' tu.. 

so, kita orang satu bilik, tapi dia dah remove aku dari FB friendsnya sampai lah kita orang masing-masing study kat Aussie.. bila dah kat Aussie baru muncul bibit mesra antara aku dan dia bila aku datang gi melbourne and stay kat rumah dia.. and lepas tu dia pun ada hantar friend request semula...

okay.. cukup cerita pasal sejarah ringkas antara aku dengan ex-roommate aku budak Perak tu.. so, naik cable chair tu aku pun naik sekali dengan dia.. so, suddenly aku pun terfikir, wah.. bekas roommate bilik 'berhantu' ni duduk sekali.. hahaha..

so, naik.. mula bergerak..

aku genggam tiang agak erat..

lalu aku pun bercakap..

"honestly, aku rasa aku still macam takut sikit.." 

"buat rileks je.. kalau takut, jangan pandang bawah.. pandang depan je.." kata dia..

aku pun diam jap..

lepas tu kita orang pun ada juga berborak sikit sambil-sambil kat cable chair tu.. berbual-bual macam seorang kawan bercakap kawan yang lain..

so, suddenly aku terfikir.. bila kita orang berada dalam keadaan macam tu aku terfikir..

"wah.. memang tak pernah pun kita berbual mesra macam ni dulu.. kan bagus kalau kita macam ni sewaktu kita satu bilik kat Malaysia dulu.."

sejak dah study kat aussie ni, hubungan kita orang berdua baru nampak macam orang berkawan.. hahaha.. teringat pula waktu first time gi melbourne dulu and dia yang jemput aku kat Southern Cross Station kat melbourne.. memang bila jumpa awkward lah.. sebab time tu dia still remove aku dari FB friend list dia.. nak kata kita orang ni bergaduh, takde lah.. memang dia ada remove aku dari FB friends nya.. tapi kami tak pernah pula bergaduh.. hahaha.. so, nak bercakap pun rasa janggal sebab even kalau kita orang tinggal sebilik waktu kat Malaysia pun punya lah jarang sangat nak bercakap.. but tak tahu apa benda yang dah jadi, maybe masing-masing dah melupakan internal conflict yang lepas, so kita orang pun mula jadi biasa-biasa.. lama-lama baru nampak macam orang berkawan..

so, kali ni dia datang kat tempat aku.. sebagai tuan rumah, kena layan lah.. teringat pula dia ada minta request kat kata nak guna desktop aku untuk layan Final FIFA.. sebab kalau kat Malaysia dulu kat mesti dia teragak-agak kalau nak tanya something kat aku ke.. macam takut-takut fikir banyak kali.. boleh pula kita orang rileks je berborak kat Aussie ni.. setahun setengah kat Malaysia tinggal bersama takde pula.. hahahaha...

so, cable chair bergerak.. sekarang kita orang dah terapung di udara.. aku yang dah mula teringat tentang kes aku dengan dia sebelum ni and mula boleh 'mesra' dah sekarang.. suddenly aku mula terfikir benda lain pula..

when we are trapped.. we cant do anything pun kan..

terperangkap di tengah-tengah udara, tak boleh nak buat apa-apa.. duduk berdua-duaan dengan seseorang kat sebelah.. hanya ada aku dan orang di sebelah aku.. untuk seketika aku mula terfikir..

"apa jadi kalau yang duduk di sebelah aku ni adalah orang yang aku suka?"

suddenly aku teringat akan seseorang.. suddenly aku terfikir kalau dia yang duduk sebelah aku.. dan suddenly aku teringat pasal cerita yang aku pernah tulis, Unspeakable Love bila Fahri naik ferris wheel dengan Shahir.. hahahahaha..

"oh tidak.. boleh pula aku terfikir pasal benda macam ni.. aku ingat aku bukan jenis yang romantik..." hahahaha

perlahan-lahan terapung di udara bersama si dia.. we are trapped.. we cant do anything.. aku tak boleh nak explain macam mana.. but aku rasa aku suka perasaan macam tu.. mungkin sebab kalau kita 'terperangkap' di udara, kita tak boleh nak buat apa pun, and ada seseorang yang duduk di sebelah kita, and orang tu orang yang kita suka.. suddenly aku rasa macam ada ada benda yang lebih 'mendekatkan' kita dengan si dia..

pada saat kita tak boleh nak buat apa (sebab terperangkap di udara), hanya mampu duduk sementara menunggu tiba ke destinasi.. perasaan ni macam seakan dunia macam hanya ada kita dan orang tu je.. kita lebih rasa kehadiran orang tu, sebab dia satu-satu orang yang ada dekat dengan kita..

dan pada saat yang ko mungkin jenis yang takut sedikit dengan ketinggian.. lalu orang yang di sebelah mula berkata..

"jangan takut.. semuanya akan okay.." kata ex-roommate orang Perak..

teringat pasal hubungan hambar kita orang sebelum ni bila dia cuba nak tenteramkan aku (dalam keadaan macam malu-malu) buat aku mula tersentuh sikit..

okay.. apasal aku macam tersentuh sikit bila dia try nak buat aku rileks..

then... aku terfikir..

apa jadi kalau orang sebelah aku ni adalah orang yang aku suka..

bila aku macam takut-takut sikit.. and then orang tu try nak beri semangat kat aku..

entah..

suddenly aku macam....

rasa benda lain..

perasaan yang mungkin sesuatu yang aku suka..

aku tak rasa aku ni jenis yang jiwang sangat..

but aku rasa aku suka dengan perasaan itu...







terperangkap di udara..

tak mampu berbuat apa-apa..

gentar.. takut dengan ketinggian..

tapi ada benda yang aku rasa agak 'selesa' sekali..

aku rasa lebih dekat dengannya..

di saat kami 'terperangkap' di udara..












Friday 4 July 2014

Architecture -Part 2-


kalau puasa tahun lepas, aku ada buat entri pasal architecture masjid sempena menyambut bulan puasa lah katanye..




so, kali ni aku nak buat entri pasal jenis-jenis architecture pada zaman moden pula.. tapi sebelum ni aku ada cakap, yang actually kita sekarang bukan lagi berada di zaman modern, tapi dah zaman post-modern.. okay, sebenarnya benda ni macam mix juga lah.. kita still di zaman modern juga tapi pada masa yang sama berada di zaman post-modern juga.. benda ni macam dah jadi campuran antara modern dengan post-modern.. but kenapa pula aku kata kita berada di zaman post-modern? hal ini kerana populariti post-modernism ni lebih meningkat lah.. orang macam mudah nak ke arah post-modern berbanding modern..

benda ni susah nak faham kalau kita tak berapa nak faham apa benda 'modern' dengan 'post-modern' ni.. sebab benda ni sebenarnya lebih kepada falsafah.. and benda ni mempengaruhi corak kehidupan manusia.. ada membawa kesan pada banyak aspek seperti muzik, seni, architecture, literature, and banyak lagi..

modern ni bagi aku lebih kepada sesuatu yang secular, sesuatu yang baru, inovasi, rational, empirik, logic, future, sains, teknologi dan kemajuan.. modern ni tiada pengaruh unsur-unsur kerohanian, agama, sejarah, budaya dan adat semua tu..

so, apa benda Post-modernism pula?

disebabkan 'modernism' ni macam dah tak nak aplikasikan unsur-unsur kerohanian, sejarah, agama, budaya semua yang sebelum ni banyak memperngaruhi manusia, post-modernism pula macam mula dah nak start untuk menghargai unsur-unsur ni semula.. post-modernist tak kata modernist ni salah, tapi mereka just rasa modernist ni kekurangan sesuatu disebakan mereka tak begitu menghargai unsur-unsur lama dan lebih kepada idea baru, logik, saintifik, teknologi semua tu.. 

kiranya macam,

modernism = dorang nak buat benda sesuatu yang completely baru.. so, kebiasaanya mereka ni ignore idea-idea lama dan lebih kepada new idea.. 

post-modernism = pula menganggap idea-idea or pengaruh lama itu penting dalam masa yang sama kita buat sesuatu yang baru..


so, senang cakap post-modernism ni macam sesuatu yang modern tapi still ada idea-idea/pengaruh lama.... kiranya macam hybrid lah ni.. 



okay, benda ni sebenarnya susah juga nak faham.. but kiranya benda ni macam benda yang basic lah.. and disebabkan architecture dipengaruhi oleh perkara macam ni, jadi memang macam kena tahu juga lah.. aku tak tahu lah yang study architecture kat Malaysia macam mana sistem pembelajaran mereka.. but uni aku dorang ajar macam ni lah.. lagi pun uni aku macam Western based sikit... kalau kat UIA, mungkin lebih kepada Islamic sikit, and aku dengar ada uni kat Malaysia lebih tekankan kepada local punya architecture.. so, apa yang kita orang belajar mungkin berbeza dengan apa yang orang study kat Malaysia..

aku pun suka gak study pasal jenis-jenis architecture ni.. bagaimana ciri-ciri mereka.. so, jom kita mempelajari hal-hal basic mengenai dunia architecture..







1. Futurism

nama pun dari perkataan 'future'.. so, mesti lah ada kaitan dengan masa depan.. Futurist architecture ni mula muncul di Italy pada awal tahun 1900.. disebabkan Italy adalah salah satu pusat yang banyak mempunyai classical architecture macam gereja semua tu, tapi ada beberapa architects yang tak berapa nak gemar dengan benda-benda klasik ni.. so, mereka ni macam hate benda-benda klasik.. ada juga lah mereka tulis puisi macam kata nak letupkan bangunan-bangunan lama.. so, futurist architects ni nak buat sesuatu yang menjangkaui zaman sekarang.. sesuatu yang macam bukan wujud di zaman kita.. benda yang maju di hadapan lah.. dorang memang tak nak ada relation dengan benda-benda lepas.. so, pada awal tahun 1900, antara design-design bangunan oleh architects ni adalah seperti berikut..







kalau ikut zaman dorang benda macam ni macam futuristic lah, sebab pada zaman tu mungkin bangunan macam ni sangat rare tambahan lagi Italy pada masa itu dipenuhi oleh bangunan klasik lama.. kalau zaman kita pula, mungkin benda yang futuristic tu adalah benda macam bawah ni..





kalau ikut definisi Futurist architecture dalam laman web World Architecture Map, maksud futurist architecture tu adalah seperti berikut


"Futurist architecture generally resembles a space-age aesthetic with sleek curving forms, smooth surfaces and faceted planes. metal and plastic are generally the preferred materials, while concrete is somewhat common as well. Gestures of speed and motion are the driving forces, sometimes resembling automobiles in aesthetic"


so, dari segi material, dorang tak guna kayu papan ni.. prefer concrete, steel or glass.. bagaimana kita nak faham mengenai Futurism ni key pointnya dorang tak nak ada relation dengan benda-benda lama.. takde kaitan dengan sejarah or tradisi.. seperti yang dikatakan oleh antara pengasas gerakan futurist ni, Antonio Sant’Elia

"Architecture now makes a break with tradition. It must perforce make a fresh start."

yang bawah ni pula contoh bangunan futurist yang wujud pada masa sekarang...









2. Constructivism

yang ni honestly aku susah nak faham sikit.. gerakan ni mula di Soviet Union, and ia memang ada kaitan dengan Sosialisme juga.. aku susah nak faham mengenai aspek luaran contoh bangunan yang boleh dikategorikan sebagai constructivist.. but bila aku dengar lecture dulu, ianya lebih macam kaitan antara bangunan itu sendiri dan bagaimana ia relate dengan masyarakat, komuniti or penghuni bangunan itu sendiri... so, constrcutivist architecture ni lebih kepada perkara aspek sosial dan architecture tu sendiri antara sebagai bahan medium dalam sosial aspek ini.. kiranya macam bagaimana bangunan itu memainkan peranan dalam membentuk aspek sosial penghuni bangunan or masyarakat.. so, kadang-kadang constructivist architecture ni macam berkenaan susun atur dalaman bangunan tu.. sebab ia ada kaitan dengan sosialisme maka macam bangunan tu milik komuniti bukan pada sesetengah orang je.. so, kebiasaanya bangunan yang dibinan dengan style macam ni adalah community buildings.. dari segi pengunaan material, concrete adalah popular.. kadang-kadang penggunaan warna merah pada bangunan juga sesuatu yang common disebabkan Soviet Union adalah negara komunis.. so, bangunan sebagai alat penyebaran propaganda juga adalah sesuatu yang biasa..

aku pernah terlintas idea mengenai kes 'rumah panjang' orang iban dan juga constructivist architecture ni.. bagaimana rumah panjang itu membentuk komuniti yang tinggal di dalamnya.. sebab bila aku fikir pasal bangunan dan aspek sosial ni, benda yang aku fikir adalah rumah panjang orang iban.. sebabkan rumah panjang ni satu komuniti ni tinggal sebumbung.. and rumah panjang juga ada ruang sosial di dalamnya untuk penghuni dalamnya berinteraksi.. macam ada satu galakan penghuni dalamnya saling kenal-mengenali.. takde lah macam rumah teres biasa yang mostly kita tak rapat pun or kenal pun orang jiran sebelah.. so, bila aku cakap pasal rumah panjang ni kat my tutor dulu, dia puji aku je.. my tutor tahu pasal rumah panjang juga sebenarnya.. so, sedikit sebanyak idea pasal bangunan dengan social structure dalam constructivist architecture ni lebih kurang macam rumah panjang orang iban lah kot..










3. Functionalism

yang ni satu gerakan yang famous.. berasal dari perkataan 'function' maka ada kaitan dengan fungsi juga.. so, the main key pasal functionalist architecture adalah berdasarkan dari ayat..

"form follows function.."

sesuatu bentuk yang kita buat tu kena lah ada fungsi.. kalau ko design sesuatu tu hanya sekadar 'hiasan' sahaja, maka tu adalah sesuatu yang tidak disukai oleh functionalist architects.. kalau bangunan classic dulu penuh dengan decoration, tapi pada pandangan functionalist architects, decoration ni adalah sesuatu yang salah dan pembaziran.. maka, dalam functionalism, ada juga perkataan famous, iaitu,

"ornament is crime.."

mereka kata bila kita add decoration pada bangunan itu dan decoration tu takde fungsi pun macam ianya adalah satu yang sia-sia dan pembaziran tenaga buruh.. jadi, functionalist ni lebih kepada sesuatu yang simple dan minimal.. so, dengan kata lain, memang takde ornaments pada bangunan.. mereka kata 'keindahan architecture bangunan itu adalah pada bagaimana bentuk mempengaruhi fungsi bangunan itu sendiri'.. kenapa ko buat benda ni melengkung, menegak, memanjang semua.. kenapa ko tambah tiang, kenapa tak tambah tiang or kenapa tiang ko macam tu.. semuanya mesti ada sebab-sebab tertentu dan bukan lah sesuatu yang 'sia-sia' sekadar aesthetic sahaja..

antara contoh functionalist ni macam kenapa functionalist architect ni suka buat bumbung yang flat? sebab kalau bumbung tu flat, kita boleh buat benda lain pada bumbung tu.. mungkin nak tambah taman ke.. tempat nak rileks-rileks or ruang tempat tinjau.. so macam ada benda yang dimanfaatkan lah kat situ..

so, functionalist architecture ni lebih kepada bagaimana bentuk bangunan itu dibina berdasarkan fungsi.. takde ornament semua.. simple.. sesuatu yang tidak 'sia-sia'.. maksudnya benda yang ko buat mesti kena ada fungsi tertentu..











4. Brutalism

Brutalist architecture ni senang je kalau nak kenal pasti.. sekali tengok kita dah tahu bangunan tu kategori brutalist architecture.. antara ciri-ciri brutalist ni adalah dorang suka dengan benda yang 'buruk' or 'berkarat'.. maksudnya dorang suka guna rough concrete yang nampak kasar macam berdaki-daki or berkulat.. kenapa pula dorang suka benda macam ni? waktu lecture dulu ada cakap lah sebab kalau kita tengok pada ancient building macam yang ada di zaman Roman Empire, zaman sekarang macam dah berkarat.. but bagi mereka 'berkarat' tu nampak cantik.. so, kiranya memang dorang sengaja nak buat bangunan tu macam berkarat.. and aku rasa ianya cantik juga sebenarnya..

antara ciri-ciri lain brutalist architecture ni ianya macam sebuah fortress/kubu.. nampak massive, very solid, big and heavy.. kiranya macam ko tengok bangunan tu macam sebuah batu yang besar..













5. Rationalism

aku mungkin tak berapa nak faham tentang rationalist architecture ni.. but yang aku faham mengenainya adalah ia wujud di Italy sebagai macam nak lawan kepada futurist architecture.. sebab waktu tu futurist architects macam tak suka dengan benda-benda lama, tak suka history, culture or tradition semua but lebih kepada new invention or new idea.. but rationalist architects ni macam bangkit dan berkata ada benda yang kita boleh pelajari dari architecture sebelum ini.. so, kiranya rationalist architecture ni bagi aku macam sebahagian daripada post-modernism juga lah..

so, antara ciri-ciri rationalist architecture ni adalah bagaimana bangunan tu sebenarnya still ada unsur-unsur lama yang ada pada classical buildings.. misalnya dari segi proportion, classical buildings biasanya bersifat simetri.. so, dalam kebanyakkan bangunan rationalist ni juga bersifat simetri.. bangaimana plan bangunan itu dibentuk juga macam ada refer pada classical buidings.. so, rationalist architecture ni still ada unsur-unsur classsic padanya seperti hukum-hukum proportion but dalam keadaan yang lebih minimal macam takde decoration or ornament pun..


















6. Metabolism

metabolist architecture ni berasal dari Jepun.. ianya adalah idea mengenai bagaimana kita boleh 'tambah' or 'buang' sesuatu komponen bangunan itu pada bangunan mengikut keperluan.. contohnya, ko nak tambah lebih bilik, ko just tambah satu komponen bilik.. ianya macam Lego.. anggap satu blok Lego tu adalah sebuah bilik, kalau ko nak tambah, ko tambah lah satu blok lagi pada 'main' structure bangunan ko.. so, ideanya macam satu blok tu adalah sebuah rumah, so macam boleh tambah beberapa buah blok rumah pada bangunan or alihkan blok tu pada tempat lain.. macam mana ko bermain dengan Lego, lebih kurang macam tu lah..

idea ni muncul disebabkan Tokyo ni selalu ada masalah kekurangan tanah.. so, ada lah metabolist architects ni dapat idea mengenai capsule house ni untuk mengatasi masalah macam ni.. (but actually ianya macam kurang praktikal juga in realtinya.. idea bagus tapi juga masalah sebenarnya).. so, macam satu rumah tu adalah satu komponen, and ko boleh nak alih kan komponen ni nak tambah ke nak buang pada bangunan.. 












7. Critical Regionalism

critical regionalist ni pula dari perkataan 'region' maka ia ada kaitan dengan tempat persekitaran.. maksudnya kat sini, bagaimana sesebuah bangunan itu boleh mengambarkan unsur-unsur or identiti setempat.. critical regionalist ni lebih kepada the choice of materials yang kita nak guna kan pada bangunan kita yang mana sesuatu unsur setempat adalah satu priority.. so, dengan kata lain, critical regionalist ni macam bermain dengan landscape di sekitarnya.. bagaimana kesesuaian bangunan yang kita bina tu in relation pada keadaan sekeliling.. misalnya kalau tempat kita nak buat tu adalah dalam hutan hujan tropika, ada kah ko akan guna material seperti concrete di tengah-tengah hutan or guna batu or kayu? probably akan guna kayu disebabkan unsur-unsur setempat.. tapi tak juga semestinya macam tu.. yang pasti, biarkan ia harmoni dengan keadaan landscape setempat..

kalau kat Malaysia, mungkin kita takkan guna batu marmar semua tu sebab benda tu macam bukan local.. disebabkan kat Malaysia ni macam unsur-unsur tropika, maka macam lebih sesuai lagi lah guna benda-benda local seperti pengunaan kayu tu semua..

so, senang cakap, critical regionalist ni tied dengan geographical and cultural context pada sesuatu tempat tul..












8. High-tech

waktu buat assignment dulu, tajuk yang aku pilih adalah berkenaan tentang High-tech architecture.. so, maybe aku macam tahu pasal movement ni lebih sikit berbanding movements yang lain.. High-tech ni didorong oleh satu konsep iaitu 'spirit of the age' yang mana mereka ni memang suka pada teknologi.. High-tech ni dikategorikan sebagai 'late-modern' maksudnya transition antara 'modern' ke 'post-modern'.. so, disebabkan mereka ni memang fanatik dengan teknologi, maka dari segi architecture, dorang suka nak expose-expose rangka-rangka bangunan biar bagi orang lain nampak.. so, ini antara ciri-ciri High-tech architecture, ada expose service components macam perpaipan, bracing semua tu, air duct.. dari choice of materials pula, suka guna steel dan glass.. High-tech ni ada pelbagai style juga sebenarnya mengikut architects itu sendiri..

kenapa ia dikategorikan sebagai 'late-modern' bukan 'modern' walaupun mereka ni macam mengagungkan teknologi? probably sebab mereka still bermain dengan 'decoration' semua tu.. keindahan High-tech ni adalah pada bagaimana kita boleh tahu rangka bangunan itu macam mana dari luaran.. kita boleh tahu yang ini support yang itu, or yang ini support yang tu.. kadang-kadang, High-tech architect ni buat benda yang complicated semata-mata nak ada unsur aesthetic juga melalui bagaimana mereka bermain dengan rangka bangunan, service structures semua tu.. so, sometime memang akan ada aplikasi aesthetic dalam High-tech yang mana ia bukan lah sesuatu yang begitu disukai oleh 'modernism'.. kadang-kadang service components pada bangunan High-tech takde function pun.. macam sekadar aesthetic.. and ianya sangat mahal dibuat disebabkan priority High-tech architecture ni bukannya nak save budget sangat pun, tapi lebih kepada representation of technology macam tu. so, memang akan sentiasa cheap option berbanding kalau kita nak buat High-tech style..




















9. Post-modernism

so, apa benda pula post-modernism dalam architecture.. aku rasa banyak benda bangunan yang iconic pada zaman sekarang adalah kategori post-modernism.. seperti yang aku dah jelaskan lah, post-modernism ni macam kita dah mula nak menghargai nilai-nilai 'lama', traditional, budaya semua tu dalam aplikasi teknologi modern kita.. so, aku beri contoh salah sebuah bangunan post-modernism adalah Petronas Twin Towers..


reka bentuk plan Petronas Towers ni berasal daripada geometri islam Rub el Hizb.. dari bentuk geometri ini mula berkembang kepada bentuk lain dan lalu menjadi lah seperti mana yang kita lihat sekarang.. so, kat sini kita boleh tahu, menara tu bukan lah hanya sebuah menara.. actually ia macam ada mengambil unsur setempat iaitu Islamic geometri.. dan Malaysia juga majorit adalah orang islam.. so, kiranya Petronas Twin Towers ni macam mengambarkan identiti masyarakat setempat.. sebab itu ia dikategori kan sebagai post-modernism architecture disebabkan ada unsur-unsur budaya diterapkan.. 





contoh yang lain pula seperti berikut.. 


Burj al Arab yang berbentuk seperti sebuah kapal layar.. kenapa ye? ianya macam mengambarkan tentang sejarah Dubai yang asalnya adalah sebuah tempat perlabuhan..




Esplanade di Singapore yang diinspirasikan oleh bentuk durian iaitu king of the fruits, buah yang paling digemari oleh masyarakat Asia Tenggara..



stadium kat Beijing yang berbentuk sarang burung.. kita semua tahu yang 'sarang burung' ni macam agak sinonim dengan masyarakat orang cina.. macam lambang kekayaan juga lah..


Taipei 101, design diambil daripada seolah-olah sebuah pagoda cina dan seakan buluh.. pagoda dan buluh ni macam agak sinonim dengan masyarakat setempat.. menara ni ada lapan segments.. dan nombor lapan ni bagi masyarakat cina kan nombor bertuah..


so, kita boleh nak faham yang post-modernism ni akan relate dengan budaya sesuatu tempat itu.. biarpun ia still modern, tapi still ada unsur-unsur yang melambangkan identiti masyarakat sesuatu tempat dan ia bukan lah hanya sekadar sebuah bangunan yang 'kosong' tanpa membawa maksud apa-apa.. so, bagi aku kenapa post-modernism ni mudah nak popular, banyak iconic buildings sekarang adalah kategori post-modernism disebabkan faktor ni lah.. sebab kita suka nak nak tunjuk indentiti kita sendiri.. mengenai budaya semua tu.. so, sebab itu post-modernism ni mudah nak popular..






10. Deconstructivism

deconstuctivist architecture pula adalah sesuatu yang macam yang tidak munasabah.. macam mencabar kerasionalan sesuatu benda itu.. identiti bangunan deconstructivist sangat organik.. bila ko tengok bangunan ni buat ko macam fikir seketika fikir betul ke tak apa aku tengok ni? macam mana dorang boleh buat macam tu? ko pun curious macam ko tak boleh nak bayang macam mana lah keadaan kat dalam bangunan tu.. sebab kebiasaannya kalau kita buat bangunan akan still juga buat bentuk-bentuk yang geometri tapi deconstructivist ni tak macam tu.. dorang macam oppose benda-benda yang rational.. so, kadang-kadang kita rasa benda ni macam surreal.. pelik.. lari dari akal.. kadang-kadang ko rasa bangunan tu tak seimbang.. merepek lah.. so, deconstructivist ni tak ikut hukum-hukum geometri.. and nampak sangat pelik but actually it's very awesome..