Monday 27 October 2014

Unspeakable Love -Part 36-






Part 36 : The Promises


beberapa minggu yang lalu...




sekitar pukul 5.00 petang, kelihatan Hafiz sedang berada di dalam sebuah kedai.. ianya adalah kedai yang menyediakan pelbagai alatan yang sering digunakan oleh pelukis ataupun arkitek.. kedai itu adalah kedai kegemaran Hafiz kerana harga barang lebih murah sedikit dan ada pilihan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan di kedai yang lain.. pada saat ini Hafiz datang untuk membeli alatan baru untuk menghasilkan karya seni nya.. dia ada bercadang untuk mengikuti satu art competition, jadi dia mahu membeli peralatan yang lebih berkualiti untuk menghasilkan kualiti karya yang lebih bagus.. lebih kurang setengah jam dia berada di dalam kedai itu memilih peralatan yang bagus.. terlalu banyak pilihan, sehingga dia agak sukar untuk membuat pilihan..

harga bukan lah satu isu bagi dia kerana dia telah pun bersedia dengan duit yang mencukupi.. lagi pun dia tidak kisah untuk berbelanja lebih pada barangan yang lebih berkualiti semata-mata untuk art competition yang dia ikuti.. dia mahu melakukan yang terbaik dengan menghasilkan karya yang akan memuaskan hatinya..

sepuluh minit berlalu, setelah memilih alatan yang dia rasa dia perlukan, akhirnya Hafiz membawa peralatan itu ke kaunter bayaran.. setelah membuat pembayaran, Hafiz keluar dari kedai itu dengan tangan memegang beg plastik yang penuh peralatan melukisnya..

perlahan-lahan Hafiz mula menuju ke stesen monorail yang berdekatan.. mula berada di tempat menunggu, apabila monorail sampai, Hafiz pun mula berebut-rebut untuk memasuki.. sampai di stesen yang dituju, Hafiz terus melangkah keluar.. dia mempercepatkan langkahnya menuju ke stesen LRT yang berdekatan.. 

tiba-tiba telefon bimbitnya berdering..

berhenti, Hafiz menjawab panggilan telefon itu.. ianya adalah daripada Ihsan..

"Hafiz kat mana sekarang?" tanya Ihsan

"Hafiz still kat bandar lagi.. dalam perjalanan untuk balik lah.. tengah nak pergi ke stesen LRT.." balas Hafiz..

"aku pun ada kat bandar juga sekarang.. ingat kalau Hafiz nak balik boleh ikut aku sekali.."

"oh.. ya ke.. hmm.. abang Ihsan buat apa kat bandar? dengan abang Fahri sekali ke?" 

"tak.. seorang diri je.. dia kata nak stay kat rumah je.. aku ada hal juga nak dibuat kat bandar.. sekali itu nak beli barang dapur sekali untuk dinner nanti.. macam mana? nak ikut aku balik sekali tak?" tanya Ihsan..

"hmm.. boleh juga.. tapi abang kat mana?"

"aku.. hmmm.. macam ni lah.. kita jumpa kat Central Station, boleh? nanti aku ambil kau kat sana.."

"boleh juga.. okay.. nanti kita jumpa kat sana.." balas Hafiz..

mula menukar niat, Hafiz mula berpusing menuju ke Central Station.. tidak lah begitu jauh sangat dari tempat dia berada sekarang.. bergegas dia melangkah laju.. tapi pada waktu sekarang keadaan di sekeliling agak sibuk kerana pada waktu ni adalah waktu puncak orang ramai baru sahaja habis kerja.. jadi, keadaan trafik agak sibuk.. sesekali apabila Hafiz terpaksa untuk menyeberangi jalan, dia terpaksa menunggu seketika sebelum dapat melangkah ke hadapan..

jam sekarang tengah menunjukkan pukul 5.30 petang.. tiba-tiba Hafiz mendapat pesanan ringkas daripada Ihsan kata yang keadaan trafik agak sibuk.. mungkin dia akan datang lewat sikit.. Hafiz balas tak apa.. lagi pun dia masih lagi belum sampai ke Central Station.. dan lagi, dia tak kisah untuk menunggu..

sedang berdiri sambil matanya memandang pada lampu trafik, Hafiz ternanti-nanti menunggu agak lampu trafik itu menyala warna hijau bagi perjalan kaki.. setelah lampu bertukar warna hijau, Hafiz seperti orang ramai di sekelilingnya mula berpusu-pusu melintasi jalan raya.. di hadapan, sudah kelihatan bangunan Central Station yang sudah dekat..

sampai di kawasan luar Central Station, Hafiz memutuskan untuk masuk ke dalam bangunan dahulu kerana dia tahu yang Ihsan sudah tentu masih belum sampai lagi.. dia mahu membuang air besar terlebih dahulu.. bergegas masuk mencari tandas awam.. jumpa, lalu Hafiz pun mencari ruangan tandas yang masih lagi kosong.. ada banyak yang tak digunakan.. keadaan di dalam tandas itu agak sunyi daripada kehadiran orang.. ianya agak pelik sedikit sebab kebiasaanya pada waktu begini memang banyak orang akan mengunakan tandas.. lebih-lebih di tempat yang banyak orang seperti Central Station.. setelah selesai membuang air besar.. Hafiz mula memandang pada cermin tandas.. dia kemaskan rambut seketika dan cuba membetulkan pakaian.. 

pada saat ini, datang seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari ruangan tandas lalu berdiri di sebelah Hafiz turut memandang cermin.. Hafiz pada mulanya tidak menghiraukan akan kehadiran lelaki di sebelahnya, leka memandang dirinya sendiri pada cermin.. namun, tiba-tiba lelaki di sebelahnya itu mula menegurnya..

"eh, Hafiz!" kata lelaki itu..

tersentap, Hafiz mula memandang lelaki di sebelahnya itu.. tergamam, terkejut melihat seorang lelaki yang cukup dikenalinya kini berada di sebelahnya..

"eh.. abang Amir.." balas Hafiz..

"dah lama giler tak jumpa dengan kau.. tak sangka pula jumpa kat sini.." kata Amir yang teruja dengan pertemuan tak disangkakan ini..

Amir menghulurkan salam.. Hafiz balas salaman tangan itu..

"ha ah.. dah lama tak jumpa.. abang Amir macam mana sekarang? okay?" tanya Hafiz..

"owh.. aku baru je habis study.. tengah nak tunggu untuk graduasi.. kau macam mana? tiba-tiba je menghilang.. dah tak pernah jumpa lagi dah.." kata Amir..

"Hafiz okay je.. hurmn.. kita borak kat luar lah ye.. ada orang.." bisik Hafiz bila ada orang lain mula masuk ke dalam tandas..

Amir hanya mengangguk.. lalu kedua-dua mereka mula beredar dari situ..

"kau nak pergi mana lepas ni.. banyak barang nampak.." kata Amir sambil matanya memandang pada beg plastik Hafiz..

"just nak balik rumah.. barang ni untuk my work nanti.. Hafiz ada join satu art competition.." balas Hafiz..

"nak keluar dengan aku jom? kau takde apa-apa kan nak dibuat lepas ni? just nak balik rumah? kau temankan aku, then aku hantar kau balik.." pelawa Amir..

"hurmm.. tak pe lah.. ada orang nak jemput Hafiz.. Hafiz tengah tunggu orang sebenarnya.." 

"alaa.. kita baru je jumpa lagi.. dah lama kot tak jumpa.. jom lah temankan aku.. kau cakap lah kat orang tu, kata nak keluar dengan kawan.. kau jangan risau.. nanti aku boleh hantar kau balik.." desak Amir..

Hafiz mula rasa tak sedap hati untuk tolak ajakan Amir itu.. 

"jom lah.. jom lah.." Amir masih lagi mendesak..

"errmmm.. tapi nak pergi mana?" tanya Hafiz

"ada lah.. kau teman kan aku je.. kita pergi dinner sama-sama.. macam mana? nak tak?"

Hafiz hanya diam.. dia tahu yang Amir ni jenis yang mendesak sikit.. nak tolak perlawaan tu takut kecil hati lah pula.. lagi pun memang dah lama mereka tak berjumpa.. dia pun sebenarnya macam hampir terlupa pasal Amir.. tak fikir langsung pun pasal Amir sepanjang mereka tak berjumpa sebelum ni..

"okay lah.. but Hafiz kena beri tahu abang Ihsan dulu.." balas Hafiz..

"owh.. so, Ihsan lah yang nak jemput ambil kau?" tanya Amir..

"ha ah.. kita orang dah tinggal bersama sekarang.. jap ye.. aku nak beri tahu abang Ihsan kata tak payah ambil.." kata Hafiz...

lalu Hafiz pun mendial nombor telefon Ihsan..

"hello.. abang Ihsan kat mana sekarang?" tanya Hafiz..

dalam panggilan, Ihsan membalas, "sorry Hafiz.. aku still dalam kereta.. stuck kat jalan raya.. trafik tak elok lah.. tak lama nanti akan sampai lah.. Hafiz kat mana? dah kat Central Station dah?"

"ha ah.. dah sampai sini.. hurmm.. Hafiz nak cakap something ni.. sorry tiba-tiba cakap macam ni.. Hafiz nak keluar dengan orang.. " kata Hafiz tanpa menyebut orang yang keluar dengan dia adalah Amir.. mata Hafiz mula menjeling ke arah Amir.. "jadi.. sorry lah tiba-tiba cakap macam ni.. abang Ihsan tak payah lah datang jemput Hafiz.. kawan Hafiz nanti kata nak hantar balik.."

"owh.. okay.. jangan balik lewat sangat tau.. apa-apa hal nanti call aku.." balas Ihsan..

"sorry abang Ihsan.." 

"eh.. tak pe.. jaga diri elok-elok okay.." balas Ihsan lagi..

perbualan terhenti.. Hafiz mula memandang wajah Amir..

"so.. nak pergi mana?" tanya Hafiz..

"kita pergi masuk kereta aku dulu.. simpan barang-barang kau.. nanti kita borak dalam kereta.." kata Amir..

Hafiz hanya menurut.. kedua-dua mereka mula menuju ke tempat letak kereta.. setelah mereka masuk ke dalam kereta, Amir mula pandang wajah Hafiz..

"so, kau dengan Ihsan lah sekarang?" tanya Amir..

"ha ah.. jadi housemate.. abang Ihsan yang pinta macam tu.." balas Hafiz..

"so, dia terima kau lah?" tanya Amir lagi..

Hafiz hanya mendiamkan diri.. pandang wajah Amir..

"korang dah jadi couple ke apa?" tanya Amir lagi..

"hurmm.. tak lah macam tu.. just tinggal sama-sama je.. takde apa-apa hubungan pun.."

"tapi, kalau dah tinggal sama-sama tu takkan lah takde apa-apa hubungan kot.. dia terima kau tak?"

sekali lagi Hafiz hanya mendiamkan diri.. wajah mereka saling berpandangan..

"abang Ihsan tu complicated sikit.. Hafiz tak tahu lah nak kata macam mana.. Hafiz rasa dia still ada hati kat orang yang dia suka dulu.. kalau nak tahu, orang yang abang Ihsan dulu tu tiba-tiba muncul balik.. sekarang ni actually orang tu tinggal kat rumah kita orang.." balas Hafiz..

"owh.. interesting.. jadi kau macam ada cemburu ke apa?" tanya Amir lagi mula ingin tahu akan cerita Hafiz..

"hurmm.. a bit lah, mungkin.. but Hafiz faham, abang Ihsan tu bukannya nak terima orang.. kalau dia ada hati kat orang tu, bukannya dia nak terima macam nak berkapel ke apa.. macam sekarang.. even orang yang abang Ihsan pernah suka dulu tu datang balik, Hafiz tak rasa pun yang abang Ihsan nak dapatkan orang tu semula walaupun mungkin dia still ada perasaan kat orang tu.. macam.. suka, tapi tak lah nak kapel-kapel ni.." 

"jadi kau rasa macam mana?"

"rasa apa pula?"

"kau tak cuba nak rebut hati dia ke? rasa orang yang dia suka tu macam satu penghalang ke?"

"takde lah macam tu.. orang yang dia suka tu okay je.. baik orangnya.. Hafiz dah kenal dah abang Ihsan tu macam mana.. dia tu complicated orangnya.. macam tak nak involve dengan hubungan perasaan ni, walaupun mungkin sebenarnya dia ada hati kat seseorang.."

"owh.. okay.. so, in conclusion, memang takde apa-apa hubungan lah.. okay.. kesian kau.. jadi skandal aku balik nak, macam mana?"

Hafiz terdiam..

"ermm.. tak nak lah abang Amir.. Hafiz tak buat dah benda-benda macam tu.." balas Hafiz..

"seriously? sejak bila pula kau jadi macam ni?" tanya Amir..

"sejak tinggal dengan abang Ihsan.."

"sebab dia minta kau macam tu?"

"hurmm.. lebih kurang lah.."

"owh.. okay.. interesting.."

"so.. nak pergi mana sebenarnya?" tanya Hafiz..

"cari tempat makan dulu, then lepas tu pergi tempat lain.."

"owh.. okay.."




*         *         *



sekitar pukul 8.45 malam.. Hafiz dan Amir baru sahaja selesai makan malam di sebuah restoran.. sekarang ini, mereka berdua sedang berjalan bersama-sama di sebuah pusat membeli belah.. agak lama juga mereka berdua tak keluar bersama.. sebenarnya Hafiz dah kenal lama dengan Amir.. dengan sikap Hafiz yang dulunya agak liar sedikit, dia memang memiliki banyak kenalan PLU.. banyak kenalan PLU dia kenal melalui kenalan sendiri.. bila dah kenal dengan seorang PLU lain, maka akan mula kenal lagi dengan PLU yang lain.. bagaimana dia kenal dengan Amir adalah ketika dia berada di sebuah kelab malam gay di pusat bandar.. kenal melalui kenalan.. kawan Hafiz juga adalah kawan kepada Amir.. jadi, dari situ lah bagaimana mereka boleh kenal satu sama lain.. tambahan pula, Hafiz memang kerap sangat mengunjugi kelab malam gay itu dulu.. memang sudah menjadi aktiviti kegemaran Hafiz.. hampir setiap minggu akan mengunjugi tempat-tempat sebegitu..

"Hafiz, kau kata kau ada join satu art competition kan? "sambil berjalan, tiba-tiba Amir bertanya satu soalan..

"ha ah.. kenapa? keluar bandar siang tadi pun sebab benda ni lah.." balas Hafiz..

"so, bila tarikh nak exhibit semua?" tanya Amir lagi..

lalu, Hafiz pun memberi tahu bila tarikh dia patut pamerkan hasil karya dia, di mana tempat pameran.. dah semakin dekat dah.. jadi memang dia nak fokus untuk siapkan..

"owh.. so, salah seorang yang aku kenal pun join art competition yang sama dengan kau lah.." kata Amir..

"really? kebetulan pula.. dia mesti terer melukis kan.." balas Hafiz..

"hurmm.. pandai juga lah.. actually, dia adalah ex-boyfriend aku.." kata Amir lagi..

"ex-boyfriend yang mana satu? abang Amir ada banyak sangat ex-boyfriends.. ke ni yang terbaru?"

"ni perli aku ke apa?"

"hahaha.. reality macam tu lah kan.. abang Amir asyik tukar pasangan je.. bukannye nak stick pun.."

"Saiful namanya.. kenal? maybe kau tak kenal kot.. tak pernah jumpa.."

"hurmm.. tak kenal rasanya.."

"kau memang tak kenal pun.. aku just rasa geram sikit pasal dia ni.." kata Amir yang mula bernada geram..

"marah pasal apa?"

"kau nak tahu tak, dia buat satu potret.. dan aku tak suka dia buat potret tu.."

"potret siapa? his new boyfriend?" Hafiz mula mengagak..

"tak lah boyfriend dia pun.. but senang kata aku tak suka potret orang tu.. rasa nak musnahkan je lukisan dia tu.." balas Amir yang mula berasa geram..

"so, cemburu lah ni? ermmm.. jadi, abang Amir musnah kan tak?"

"tak.. kalau ikut hati memang lah macam tu.."

"owh.. tak sangka pula.. apa yang Hafiz kenal dengan abang Amir ni, Hafiz fikir, for sure abang akan musnah kan.."

"tak tahu lah.. aku just tak boleh nak buat macam tu.. but aku memang tak suka tengok potret tu.."

"kenapa? biasanya abang Amir kalau tak suka, akan buat cara tak suka.."

"ada benda jadi kat dia.. and aku just tak nak dia buat benda bodoh ke apa.. or something bad berlaku kat dia.. so, aku tahan je lah daripada nak musnah potret tu.."

"wow.."

"apa nye yang wow?"

"Hafiz just fikir yang abang Amir tak seperti yang Hafiz kenal.. jadi abang Amir still sayang kat dia lagi lah kan?"

Amir hanya mendiamkan diri.. dia alihkan pandangan daripada memandang wajah Hafiz.. tak lama selepas itu kedua-dua mereka mula tiba di tempat letak kereta.. masuk, lalu masing-masing memasang tali kaledar.. 

"so, nak pergi mana sekarang? Hafiz tak boleh nak keluar sampai lewat sangat lah.. nanti abang Ihsan marah.." kata Hafiz..

"kenapa kau nak ikut sangat apa yang Ihsan tu cakap? dia kata jangan balik lewat, then kau nak ikut juga.. kalau dia nak marah kau, biar lah dia nak marah.. apa hak dia untuk kongkong kau? apa hak dia untuk arah itu, arah ini? dia siapa? BF kau? kau pun kata yang antara kau dengan dia takde apa-apa hubungan kan.. so, kenapa kau nak dengar kata dia? dia siapa? kau dan dia takde apa-apa hubungan pun kan?" tiba-tiba Amir mula bernada tinggi..

Hafiz hanya mendiamkan diri.. takut tengok wajah Amir yang tiba-tiba angin tak elok..

"jom.. kita pergi Apollo.. malam ni ada event menarik.." kata Amir merujuk kepada Apollo, iaitu salah sebuah kelab malam gay terkenal di kota raya itu..

"Apollo? tak nak lah.. Hafiz tak nak pergi.."

"apasal tak nak pergi? bukan tempat favorite kau ke? kenapa? sebab Ihsan tak suruh pergi?"

Hafiz hanya mendiam kan diri..

"okay.. jadi memang betul lah kan sebab Ihsan suruh jangan pergi.. so, apa benda lagi yang dia suruh kau jangan buat? jadi sebab ni lah dah lama tak nampak batang hidung kau kat mana-mana kelab, sebab Ihsan tak suruh pergi?"

seperti biasa, Hafiz hanya mendiamkan diri..

"aku pelik lah.. kenapa kau nak patuh sangat dengan dia? kau bukannya BF dia pun untuk nak kongkong kau.. so, dia takde hak pun untuk buat macam tu.."

"tak boleh lah abang Amir.. Hafiz dah janji dengan abang Ihsan untuk tak pergi tempat macam tu lagi dah.."

"janji? bukannya dia tahu pun kalau dia pergi.. kau kata kau kenal aku kan.. so, kalau aku kata pergi.." Amir pandang Hafiz dengan pandangan mata yang tajam.. "..jadi nak tak nak kau kena ikut aku juga.." lalu terus Amir tekan minyak.. kereta mula meninggalkan tempat letak kereta tersebut..

Hafiz mula berdebar-debar.. tak boleh nak lari ke mana-mana.. terkurung di dalam kereta yang dipandu oleh Amir..

"kau tak payah nak risau.. Ihsan takkan tahu kalau takde sesiapa yang beri tahu kat dia.." kata Amir sambil memandu kereta.. "have fun okay! have fun! macam tak biasa pula.. bukan tempat tu tempat favorite kau ke?" Amir pandang Hafiz..

"tak boleh lah abang Amir.. serius tak boleh.. please.." rayu Hafiz..

"apasal kau takut sangat ni? Ihsan tu bukannya tahu pun.. dia takkan tahu kalau kau tak buka mulut.."

kereta mula dipandu semakin laju.. Hafiz mula semakin takut.. dia tahu dengan Amir ni susah sikit.. kalau dia paksa, memang susah nak tolak.. 

"okay.. aku tanya kau something.." kali ni tiba-tiba nada Amir seperti normal sedikit..

Hafiz pandang Amir yang sedang menghalakan wajahnya memandang ke hadapan..

"kau suka kat Ihsan kan?" tanya Amir..

Hafiz hanya mendiamkan diri..

"kau ikut apa yang dia nak.. kau beri apa yang dia nak.. but, kau buat macam tu, kau dapat tak apa yang kau nak dari dia?" pada saat ini kereta yang dipandu oleh Amir berhenti di saat lampu telah pun bernyala warna merah.. wajah Amir memandang tajam ke arah wajah Hafiz.. "aku just tak rasa ianya adil untuk kau untuk terus jadi macam tu.." kata Amir lagi..

Hafiz hanya kaku.. tak mampu nak berkata apa-apa..

"I hate this! I really hate this! kenapa aku still nak follow apa yang dia nak? aku tak dapat apa pun yang aku nak daripada dia!" kata Amir yang tiba-tiba jadi emosi..

Hafiz kaku.. takut tengok Amir yang tiba-tiba emosi..

lampu trafik mula bernyala warna hijau.. lantas, Amir pun mula memandu kereta semula..

dalam lima minit selepas itu, akhirnya mereka sampai ke tempat kelab malam yang dituju.. Amir telah pun keluar dari kereta.. namun Hafiz masih lagi tercegat tidak berganjak keluar.. dia pandang akan papan tanda kelab malam yang disinari dengan lampu neon.. hatinya mula berdebar-debar.. ada sesuatu memori mula teringat semula pada permikiran..

"kau nak keluar ke nak aku paksa keluar.. jangan fikir untuk terlepas nak melarikan diri pula.. aku nak berseronok ni.. kau jangan nak kacau mood aku!" tengking Amir dari luar kereta..

"kalau abang nak pergi, abang Amir pergi lah.. Hafiz tak nak dah pergi tempat macam ni.. abang pergi lah.. Hafiz tunggu dalam kereta.. Hafiz janji, takkan lari.."

"kenapa tak nak? kita dah sampai pun.." kata Amir..

"sebab.." Hafiz terdiam.. dia pandang lagi pada papan tanda kelab malam itu..

dalam fikiran Hafiz mula terimbas semula apa yang telah berlaku sebelum ini.. di kelab malam ini juga lah semuanya telah terjadi..

"minum ni.. kalau abang berani..."

kata-kata itu mula terimbas semula..

"Hafiz tahu abang tak pernah minum benda ni.. sentuh tin dia pun rasanya tak pernah kot.. kalau abang berani habis kan semua, minum air syaitan ni, then Hafiz kata okay.. Hafiz akan follow semua yang abang cakap kan itu.."

dan.. semuanya terus terimbau semula..

takkan dia melupakan apa yang telah terjadi pada malam itu.. asalnya memang sekadar untuk suka-suka.. sebab dia fikir, Ihsan takkan buat apa yang dia suruh itu.. tapi..

"then.." Ihsan mula mengambil satu tin.. "this is our agreement.." dia mula membuka tin tersebut.. lantas terus meminumnya..

Hafiz terdiam.. memori lama itu tergiang semua.. di tempat ini lah ianya berlaku.. di saat dia telah membuat 'perjanjian' dengan Ihsan.. dia tidak sangka yang Ihsan akan minum air syaitan itu.. dia kata begitu sebab dia ingat Ihsan memang tak kan berani minum.. tapi, Ihsan minum juga.. sesuatu yang dia tidak sangka kan.. dan membuatkan dia menyesal kerana membuatkan Ihsan sentuh air syaitan itu semata-mata kerana tawaran bodohnya.. dia tahu, Ihsan bukan orang yang liar seperti dia.. tak pernah dia terfikir yang Ihsan buat macam tu hanya kerana dirinya..

"this is our agreement.." kata Ihsan lagi lalu membuka tin yang baru.. "for you, to be a better person.."

habis sekali teguk, lalu Ihsan terus mengambil tin yang baru...

terdiam.. Hafiz mula memejamkan mata.. dia menyesal kerana buat permitaan bodoh macam tu.. dia menyesal kerana permintaan bodoh dia itu, Ihsan sanggup buat.. sesuatu yang Ihsan takkan pernah buat.. tapi.. ianya adalah kerana dirinya.. Ihsan buat kerana dirinya.. Ihsan mahu dirinya berubah.. dan kerana itu, Hafiz berjanji, yang dia takkan buat perkara bodoh lagi.. dia ambil apa yang dah jadi sebagai satu 'pengorbanan'.. satu janji, yang dia tak nak musnahkan.. 

"arghh! ni yang kacau mood aku.. orang nak berseronok, budak ni spoil mood aku betul lah.. keluar cepat! have fun sama-sama!" Amir tengking lagi..

"kalau abang Amir nak pergi, pergi je lah.. jangan lah paksa-paksa!" nada Hafiz naik sedikit

"owh.. dah pandai melawan sekarang.. okay tak pe..." lantas Amir mula masuk dalam kereta.. dia mula memasang semula tali kaledar.. 

Hafiz hanya pandang Amir.. dalam hatinya berasa pelik sedikit, kenapa Amir tiba-tiba masuk kereta, tak nak paksa dia lagi..

"okay.. rumah kau kat mana sekarang?" tanya Amir.. nada mula seperti normal..

Hafiz hanya terdiam, memandang Amir..

"kau kata nak balik kan? so, aku nak hantar kau balik lah.." kata Amir..

Hafiz masih terdiam.. mula ragu-ragu dengan sikap Amir yang tiba-tiba mengalah..

"cakap lah cepat.. kau tunjuk jalan.. elok lah, aku dah mengalah ni nak hantar kau balik.."

masih terdiam..

"sejak bila kau bisu ni?! orang nak hantar balik, dah bisu bisu pula!" nada suara Amir terus naik..

Hafiz dah mula kecut perut.. perlahan-lahan dia mula sebut nama tempat dia tinggal..

"kan elok cakap.. takde aku nak tengking-tengking.. so, kau dan Ihsan tu dah tinggal kat tempat tu lah ye?" tanya Amir..

"ha ah.." jawab Hafiz sepatah..

Amir mula menghidupkan enjin kereta.. kemudian tak lama selepas tu, kereta mula bergerak lalu meninggalkan kelab malam tu.. sepanjang pejalanan Hafiz hanya curi-curi pandang wajah Amir.. dalam hati dia sebenarnya mula rasa takut dan ragu-ragu dengan Amir.. dia dah lama kenal dengan Amir.. perangai baik dia.. perangai buruk dia.. biasanya Amir ni bukan jenis yang mengalah.. mungkin ada sesuatu benda yang tersembunyi yang dia tak ketahui apa yang Amir sembunyi kan..

suasana sunyi seketika.. Amir hanya fokus memandu memandang ke hadapan..

"abang Amir..." tiba-tiba Hafiz mula buka mulut..

"ye.. kenapa?" balas Amir sambil wajahnya masih lagi memandang ke cermin kereta..

"kita kawan kan?" kata Hafiz lagi..

Amir mula pandang Hafiz.. dia tak cakap apa-apa.. keningnya berkerut...

"ermmm.. ermmm.. Hafiz just nak cakap sorry.."

Amir tak cakap apa-apa.. tekun memandu..

"ada benda yang Hafiz tak nak buat dah.. dan pergi tempat tu adalah salah satu daripada nya.." luah Hafiz..

"sebab Ihsan tak benar kan? and kau just nak follow je? Ihsan tu siapa? bukan BF kau pun kan? apa hak dia nak kongkong kau?" nada Amir dah mula berubah sedikit..

"ya.. sebahagian daripadanya adalah disebabkan abang Ihsan juga.. but Hafiz fikir ianya untuk kebaikan Hafiz.."

"oh.. jadi kau budak baik lah sekarang? bagitu?" Amir pandang wajah Hafiz, tajam..

"tak juga kata macam tu.. but Hafiz pun fikir yang buat benda macam tu adalah tak elok.. Hafiz pun rasa nak berubah kepada sesuatu yang lebih baik.." kata Hafiz..

"nak berubah konon.. kau tu hanya terikat dengan Ihsan tu.. sebab kau suka kat dia.. then dia pergunakan perasaan kau untuk kongkong kau.. dia hanya ambil kesempatan kat kau.. sebab kau akan follow kata-kata dia.. sebab kau suka dia.." balas Amir yang tiba-tiba beremosi sedikit..

"takde lah macam tu.. " balas Hafiz..

"kau tak payah nak ikut apa yang Ihsan tu suruh.. kau ikut, kau dapat apa? tak dapat apa-apa pun kan? kau nak dia, but dia tak balas pun perasaan kau.. sebab dia tahu kau suka kat dia, then dia mempergunakan perasaan kau kat dia tu untuk tunduk kat dia.."

"tak.. bukan macam tu..." balas Hafiz lagi..

"hahahaha.." tiba-tiba Amir ketawa..

Hafiz hanya pandang Amir.. sedikit berasa pelik melihat Amir yang tiba-tiba ketawa.. 

"Hafiz.. Hafiz.." Amir tersengih.. dia mula pandang Hafiz sambil mula tersenyum sinis..

Hafiz kecut perut.. takut melihat senyuman sinis Amir itu.. lalu selepas itu Amir mula diam.. dia hanya terus memandu kereta.. suasana menjadi sunyi seketika.. sehingga lah mula sampai di kawasan tempat Hafiz tinggal.. 

"dah sampai dah.. so, ni lah tempat tinggal kau sekarang?" tanya Amir..

"ha ah.." balas Hafiz sepatah.. "thanks sebab hantar balik.."

"Ihsan ada kat dalam?" tanya Amir lagi..

"tentu lah ada.. thanks sebab hantar"

baru nak membuka pintu kereta, Hafiz mula ditahan oleh Amir.. 

"jangan keluar dulu.." Amir pegang tangan Hafiz..

kedua-dua mereka mula berpandangan..

"kau kata, pergi kelab malam tu adalah salah satu perkara yang kau tak nak buat lagi dah.. dan semuanya sebab Ihsan suruh macam tu..." kata Amir..

diam.. Hafiz hanya memandang Amir..

"Aku nak kau pergi tempat tu esok.. walaupun kau tak nak pergi, but aku nak kau pergi.. aku akan tunggu.. kalau tak nampak batang hidung kau.." tiba-tiba Amir mula menunjukkan sesuatu dalam telefon bimbitnya.. "kau tahu yang kau takkan bebas daripada aku.." Amir pandang wajah Hafiz tajam.. dia memperlihatkan lagi sesuatu yang ada dalam bimbitnya itu.. kemudian, perlahan-lahan Amir mula tersenyum sinis..

"aku nak sesuatu daripada kau.. but not today.. lepas kau datang esok nanti, kau akan tahu lah.. kau akan datang.. dan itu sudah semestinya" kata Amir lagi..

Hafiz mula berdebar-debar..

"okay.. selamat malam.." kata Amir tersenyum..




*          *         *



sekitar pukul 12 malam.. niat Amir untuk pergi bersuka ria di kelab malam gay pada hari ini mula terbantut.. lepas dia hantar Hafiz balik, dia fikir dia nak pergi ke kelab malam itu semula.. namun tiba-tiba dia bertukar fikiran.. ketika sedang memandu, dia mula menukar arah ke jalan yang berlainan.. mula meninggalkan kota raya, dan kini mula berada di kawasan perumahan.. 

kereta yang dipandu sampai di sebuah kawasan rumah pangsa.. Amir meletak kereta di kawasan yang disediakan.. lantas, perlahan-lahan dia mula menaiki rumah pangsa itu menunggu ke satu tingkat.. keadaan di sekeliling sangat sunyi.. hanya ada terlihat kelibat Amir.. berjalan dan terus berjalan, sehingga lah sampai di satu pintu rumah.. Amir menyeluk poket seluar mengambil kunci rumah.. pintu rumah dibuka, lalu Amir terus masuk ke dalamnya..

keadaan dalam rumah masih lagi terpasang lampu.. agak sunyi.. kipas di siling ruang tamu juga masih lagi berputar laju.. keadaan di dalam ruang tamu itu agak tidak terurus.. ada banyak peralatan melukis yang berselerak di atas lantai.. kertas surat khabar yang tercalit dengan cat pewarna juga bertaburan.. di satu sudut, kelihatan satu susuk tubuh seorang lelaki yang sedang duduk.. lelaki itu sedang terlena dalam posisi sedang duduk.. tangannya masih lagi memengang berus lukisan.. melihat keadaan orang itu, Amir berhenti seketika untuk memerhatikan.. Amir tarik nafas.. perlahan-lahan Amir mula masuk ke dalam bilik.. diambilnya selimut, kemudian kembali semula ke ruang tamu.. Amir mula mendekati lelaki itu.. berus lukisan yang dipegang lelaki itu diambilnya perlahan-lahan lalu diletakkan pada satu bekas.. 

"Saiful.. bangun.." Kata Amir perlahan-lahan juga mengejutkan lelaki itu... tapi lelaki itu masih lagi terlena..

Amir mula mengeluh.. kemudian, dengan perlahan-lahan dia cuba memimpin tubuh Saiful untuk dibawa ke arah sofa yang berdekatan.. dibaringkannya Saiful di atas sofa itu..

"kalau nak tidur pun, tidur lah atas sofa ni.." bisik Amir.. 

kemudian dia mula menyelimuti tubuh Saiful dengan selimut yang diambilnya tadi.. dia pandang wajah Saiful yang keletihan.. jarinya mula mengusap wajah Saiful yang penuh dengan janggut dan misai yang sudah lama tidak dipotong.. lalu bibir Amir mula tersenyum sedikit.. untuk seketika, Amir duduk di sebelah Saiful yang sedang terbaring.. wajah Amir masih terus memandang wajah Saiful..

tak lama selepas itu, Amir mula bangun mula mengemas keadaan ruang tamu yang tidak terurus itu.. berus-berus yang bertaburan, diletakkan pada satu bekas.. botol cat pewarna yang terbuka, ditutup dengan penutup.. kertas surat khabar yang bertaburan di lantai juga dikemaskan.. dalam hati Amir mula mengeluh..

"setiap hari, macam ni lah.. aku juga yang kemas..." bisik hati Amir..

setelah semuanya dikemaskan, Amir mula memandang pada satu papan lukisan.. dia tatap lukisan itu tajam.. hatinya mula berasa beremosi bila pandang lukisan itu.. dia mengepit bibir, dahinya sedikit berkerut.. 

"tak tahu lah kenapa aku still tak musnahkan lukisan ni.." bisik hati Amir lagi..

lalu perlahan-lahan dia mula memusingkan papan lukisan itu pada arah lain..













Friday 24 October 2014

Umur 20 Tahun



semalam aku ada beborak dengan seorang ni kat FB.. mulanya dia cakap pasal seorang pengarah filem dan juga seorang penulis, kata pengarah tu buat satu drama baru kat TV3.. then cakap lah, kata pengarah tu hensem.. but then aku cakap, bagi aku biasa-biasa je.. tak taste.. tapi aku tahu ramai kata pengarah tu hensem.. aku tak minat dengan 'abang-abang' sangat.. then dia cakap lah pasal satu drama baru arahan dari pengarah tu, namanya Baby Ana Milik Siapa.. lalu aku pun search lah pasal drama tu.. search then jumpa dengan salah seorang pelakon ni..

aku kata kat dia.. kalau yang ni aku taste pula tengok pelakon ni.. hahaha.. sebab rupa macam sebaya aku je.. sebab aku lebih prefer orang yang sebaya or around my age...

bila aku tengok pelakon ni aku macam familiar pula.. sebab blog KDL pernah sebut pasal dia.. nama pelakon tu Hafidz Roshdi.. tapi memang betul lah budak lelaki tu Hafidz Roshdi..

then dia pun cakap.. pelakon tu still umur 20 tahun lagi..

aku tersentap jap.. tak macam 20 tahun pun pada pandangan aku.. dia takde lah nampak matured sangat, tak juga nampak muda sangat untuk still 20 tahun.. rupa macam sebaya dengan umur aku je.. kalau dia tak cukur janggut nampak 'dewasa sikit'.. but kalau cukur baru nampak muda.. bergantung pada gambar.. sesetengah gambar tu bagi aku tak macam 20 tahun pun.. but macam sebaya aku je.. umur dalam around 22-24.. bergantung.. kalau simpan janggut, nampak lebih dewasa.. kalau buang janggut, hmm.. okay.. nampak umur muda juga lah dalam 20-21..

apa pun umur dia, but aku rasa aku jatuh hati tengok mamat ni.. kena tengok lakonan dia.. elok ke tak elok berlakon.. macam ada personaliti yang bagus.. macam orang 'baik-baik' je.. 






























bercakap umur still 20 ni.. kat FB aku ada update status seperti berikut...




actually ada reason juga aku kata macam tu.. biar aku share salah satu rahsia aku.. hehehehe.. 

okay, macam ni... actually aku tak sure lah sama ada aku suka dengan course yang aku ambil sekarang ni.. iaitu architecture.. tapi disebabkan aku ni dibawah scholarship, ianya macam susah untuk aku nak tentu kan apa yang aku nak buat.. honestly, aku rasa macam scholarship ni seolah-olah satu problem bagi aku.. ia macam 'kekang' aku.. buat aku tak bebas.. memang lah bagus kalau dapat scholarship ni.. but bagi aku ianya bagus kalau kau memang betul-betul nak ambil course tu.. so, kau dah tahu tujuan kau macam mana.. but kalau kes macam aku ni, aku ni seolah-olah clueless.. tak tahu lah sama ada pilihan aku untuk ambil course ni betul ke tak.. sebab ia akan tentu kan kerjaya kita pada akan datang.. entah lah.. diri aku macam ada 'memberontak' juga sebab terpaksa dengan course ni.. memang salah aku juga sebenarnya.. sebab aku yang decide untuk terima scholarship, but macam orang kata, tak kenal maka tak cinta.. before this memang aku rasa nak study architecture.. but bila kita dah kenal course tu macam mana, baru kita rasa benda lain.. rasa macam aku tak bagus sangat dengan course ni.. kadang-kadang aku jeles tengok pada sesetengah orang yang boleh je tukar course.. but aku tak boleh nak buat macam tu.. so, aku rasa macam a bit menyesal juga sebab terima scholarship ni awal sangat.. 

so, bagi aku macam ni.. kalau kau dah dapat tawaran biasiswa, and suka course yang kau ambil tu, it's better kau terima je.. but kalau kau tak sure, better kau tangguhkan dulu.. bagi aku better kau ambil biasiswa/pinjaman bila kau nak buat Master, banding untuk Degree.. sebab bila dah ambil Master, kau dah tahu yang kau minat dengan course tu, and cemerlang dengan course tu.. but kalau untuk Degree ni, kadang-kadang orang masih lagi tercari-cari apa benda yang dorang nak sebenarnya.. sebab tu ada yang drop course tu, and ambil course lain waktu still lagi Degree.. tapi bila kau ambil scholarship untuk Degree pilihan kau untuk tukar course macam susah.. and kau pun tak sure lagi sama ada kau cemerlang dengan course tu or tak.. 

so kesimpulannya macam ni..

1. kalau kau plan untuk dapatkan biasiswa (untuk Degree), and kau memang dah sure nak ambil course tu.. rasa kau akan cemerlang habis-habis.. so, tak salah untuk kau terima..

2. but kalau kau still clueless lagi sama ada kau nak ambil course tu or tak, better kau tangguh kan niat dulu untuk dapatkan apa-apa tajaan.. try dulu mana-mana course Degree yang kau rasa nak ambil.. and kalau kau dah jumpa course yang kena dengan diri kau, and kau pun cemerlang habis-habis dengan course tu, so then kalau nak study Master baru lah try untuk dapatkan apa-apa tajaan/pinjaman.. 

untuk kes macam aku.. sebab aku terima scholarship awal sangat di saat aku still lagi unsure dengan apa yang aku nak buat, jadi aku telah 'terikat' dengan scholarship tu.. susah nak lari bila aku rasa aku nak buat benda lain.. 

so, nak dipendekkan cerita.. aku kalau dah complete dengan course architecture ni, mostly rakan-rakan aku yang ambil course yang sama juga akan sambung Master sekali.. but aku macam fikir yang aku nak buat course yang aku suka.. kiranya macam instead of sambung Master seperti kawan-kawan lain, but aku maybe akan buat another Degree lain pula.. course yang aku nak buat.. kiranya macam jadi first year Degree balik lah.. 

but benda ni hanya boleh dibuat kalau aku dapat 'perlepasan'.. kalau aku dah tak terikat dengan apa-apa, aku dah bebas untuk pilih benda yang aku nak buat.. 

jadi, menyentuh pasal umur 20 tahun.. soalan tentang

"agak-agak kalau aku cakap aku umur 20 tahun orang percaya tak?"

sebenarnya aku macam a bit segan juga kalau aku plan nak buat first year Degree balik.. entah.. sebab terasa aku 'berusia' sikit bila mana usually orang untuk first year Degree ni biasanya umur dalam 19/20/21 tahun.. jadi macam terasa diri jadi 'abang' and yang lain pula 'adik-adik'.. walaupun sebenarnya benda ni tak de lah jadi satu isu sangat.. sebab ada je yang dah berusia but baru nak start study.. kalau tempat uni aku, ada je student umur dalam 40 still lagi buat Degree.. golongan nenek or datuk yang sepatutnya jaga cucu, but still lagi buat Degree.. entah lah.. aku just macam a bit segan kalau aku lebih dewasa pangkat 'abang' dah but yang lain adik-adik je pada aku.. but still, aku memang ada plan untuk buat another Degree kalau aku dapat 'perlepasan'.. 

tapi, kalau tengok diri aku ni takde lah nampak 'berusia' sangat.. still comel apa.. hahahaha.. mungkin takde lah beza sangat kalau aku bergaul dengan umur 20 or 21 tahun.. nak kata pasal nak hide umur tu takde lah.. just main-main je.. kalau orang tanya, aku akan cakap.. but kalau takde yang tanya, so tak payah lah cakap.. hahahaha.. (I'm still 20.. just nampak matured je.. hahahaha)

by the way, aku ada satu plan ni.. kalau aku betul lah buat another Degree (kat Malaysia) aku ada satu plan ni bila waktu sesi nak kenal-kenal, orientasi, bila orang tanya aku, fikir nak balas macam ni..

"Hi.. My name is David/Kevin... I'm from Sarawak.."

hahaha.. kenapa pula macam tu? sebab kadang-kadang orang tak fikir aku ni melayu sangat.. biasanya macam tu lah.. so, aku terfikir nak buat 'nakal-nakal' jap.. tipu roommate pada awal perjumpaan kata nama David/Kevin sampai dorang discover sendiri nama betul aku.. or dorang jadi curious sama ada aku cakap betul or tak.. tengok tiba-tiba terlihat aku ada sembahyang kat masjid ke.. tu plan aku.. so tengok lah nanti macam mana.. but kalau jadi macam tu, maybe aku patut start untuk fikir nama apa aku patut guna kan.. hehehehe..










Tuesday 21 October 2014

Dog Meat Festival






pada sesiapa yang tak sanggup untuk tengok video orang potong anjing/kucing, jangan tengok video ni.. ada satu budaya masyarakat cina di wilayah Yulin yang menyambut satu perayaan dengan memakan daging yang 'unik' seperti anjing or kucing.. to be fair, not all chinese yang ada budaya seperti ni pun.. kiranya macam ada wilayah kat China masyarakat kat sana yang mempunyai budaya pelik seperti ini..

to be fair juga, aku tak nak lah judge dorang yang memiliki budaya ni macam golongan kejam.. sebab bergantung pada budaya juga.. bagi dorang anjing tu macam lembu je.. tak salah pun nak makan.. tak beza pun.. cuma dalam budaya kebanyakkan orang fikir ianya macam tak elok untuk dimakan.. macam orang Islam, kata babi tu tak elok untuk dimakan.. nak tengok babi pun geli.. but pada masyarakat lain babi tu tak dianggap taboo.. biasa-biasa je.. and seperti lembu dalam masyarakat Hindu.. ianya adalah satu taboo bagi orang Hindu untuk makan daging lembu.. but bagi orang Islam pula, tak salah pun nak makan lembu ni.. aku pernah baca satu atikel ni, kalau orang Hindu ayat macam "you eat beef" tu macam satu penghinaan yang tinggi.. macam kalau orang tu macam lembu adalah satu dosa besar.. tapi bagi kita orang Islam pula, tak salah pun.. elok je kalau nak makan..

so, terpulang pada persepsi budaya bagi sesetengah masyarakat.. sebab moral tu berbeza mengikut ideologi.. 










Thursday 16 October 2014

FREE MOVIE ONLINE








bagi yang suka tengok movie, aku nak share satu website tempat aku selalu layan movie.. sebenarnya aku ni bukan lah kaki movie pun. kalau aku teringin nak layan movie, aku akan visit website ni.. ada pelbagai movie.. dari yang lama sampai yang latest.. ada yang kualiti okay, boleh tengok HD, ada yang tak okay, just video cam.. bergantung pada movie tu.. biasanya kalau aku nak tengok movie, aku layan kartun or horror movie je.. 

website ni best.. percuma boleh tengok sampai puas.. asalkan korang ada connection internet yang bagus lah.. sebab tengok online je.. tak payah nak download... 

orang kata sharing is caring.. so aku pun share lah website pada penggemar movie yang still tak tahu akan kewujudan website ni.. jangan lupa ucap terima kasih.. hehehehe
















Tuesday 7 October 2014

Untuk yang Ketagih Seks


terbaca pasal artikel ni kat FB mengenai rawatan bagi mereka yang ketagih seks.. hahaha.. aku tergelak juga lah.. ada benda yang aku fikir bila aku baca pasal artikel ni.. but sebelum tu korang baca lah dulu okay...







Doktor Rawat Ketagihan Seks & Arak Pakai Rotan

Seorang doktor menemui cara rawatan yang ganjil untuk membantu penagih merotan mereka.

Pesakit yang termasuk penagih seks dan ketagih bekerja, kini boleh menemui kaunselor untuk disebat dengan rotan sebanyak 60 kali.

Kini, terapi aneh itu diisytiharkan sebagai pencapaian baru dalam rawatan psikologi oleh pakar selepas satu cubaan merawat menggunakan teknik itu dilakukan di Siberia, Russia.

Dalam satu temu janji, pesakit akan dirotan sebelum sesi konvensional bercakap dan meluahkan perasaan mereka.

Rawatan itu diasaskan oleh Pengarah Pengajian Biologi di Institut Perubatan Novosibirsk, Dr Sergei Speransky, yang mengaku pernah dirotan bagi mengatasi tekanan dihadapinya.

“Pesakit berpendapat rawatan itu berjaya memulihkan mereka selepas rawatan lain gagal. Saya juga berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini. Saya bukanlah kejam tetapi saya mengesyorkan ia cara terbaik untuk merawat ketagihan,” katanya kepada akhbar The Siberian Times..

Teori yang diasaskannya itu kini diteruskan oleh pakar psikologi, Dr German Pilipenko dan Profesor Marina Chukhrova yang mendakwa sudah merawat lebih 1,000 pesakit.

Pasangan itu mendakwa hampir semua pesakit yang mereka rawat berjaya mengatasi ketagihan masing-masing.

“Kami merotan pesakit pada punggung dengan tujuan perubatan semata-mata,” katanya.

Untuk satu sesi rawatan, pesakit dikenakan 3,000 rouble (RM275).

Mereka perlu menjalani rawatan rotan itu dua kali seminggu selama tiga bulan dan rawatan susulan setiap empat minggu pada tahun berikutnya.

Pesakit terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia antara 17 dan 70 tahun.

Penagih tegar, termasuk penagih heroin, biasanya dirotan 60 kali sementara kaki botol dan penagih lain, 30 kali.

Dahan pokok biasanya digunakan untuk tujuan itu kerana ia mudah lentur dan tidak menyebabkan berdarah.

Pesakit akan menjalani elektrokardiogram terlebih dulu untuk memastikan sebatan itu tidak akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.

Menurut kedua-dua pakar perubatan itu, beberapa pelanggan mereka terdiri daripada selebriti dan warga asing sudah mula datang ke Siberia untuk menjalani rawatan itu.

Rawatan itu mungkin dilihat kejam tetapi kedua-dua pakar itu menegaskan, ia bukan hukuman untuk memalukan mereka.









okay.. bila aku baca artikel ni first benda yang aku fikir adalah mengenai satu term yang dipanggil 'Masochism'.. pernah tahu tak akan maksud term ni? aku rasa yang berhati inesen mostly tak tahu akan term ni.. okay kalau yang tak tahu aku jelaskan maksudnya..

orang yang buat dipanggil sebagai 'Masochist'

so, Masochist ni bermaksud = someone who obtains (sexual) pleasure from receiving punishment or pain



okay kalau nak faham, orang yang digelar sebagai masochist ni adalah orang yang suka menikmati keghairahan bila dia kena pukul, abused, didera, diseksa, dimalukan.. kalau dia kena seksa, dipukul, dalam sakit tu actually dia semakin suka and ghairah lah pula.. so, kalau nak relate dengan perlaku masochist ni dengan teknik rawatan memukul seperti dalam artikel tersebut, aku jadi curious pula akan keberkesanannya.. ye lah.. kena pukul.. ingat orang jadi insaf bila kena pukul, but ada jenis orang bukannya jadi 'insaf' bila kena pukul, but actually semakin 'suka' and 'ghairah' lah pula.. semakin sakit, semakin suka pula perlaku masochist ni..

actually aku ada plan nak tulis pasal benda macam ni.. iaitu mengenai pasal Sadomasochism.. tapi aku berbelah bagi sama ada nak tulis entri pasal ni or tak.. sebab bagi aku benda ni macam tak elok juga lah untuk dipelajari.. tapi sekadar untuk general knowledge, mungkin tak salah kot.. hahaha.. 

okay, Sadomasochism ni berasal daripada dua perkataan iaitu Sadism + Masochism

singkatan kepada ayat sadomasochism ni adalah seperti SM or S&M

aku dah explain dah akan maksud masochism, jadi maksud sadism pula adalah lawan kepada maksud masochism.. kiranya macam kalau masochist, suka nak kena pukul, didera, diseksa, but sadist pula orang yang suka nak pukul, seksa dan dera.. ianya melibatkan tentang 'ghairah'.. maksudnya bagaimana orang menikmati 'ghairah' itu adalah dengan melakukan hal macam ni, kena dera/mendera, kena seksa/menyeksa... nak kata macam 'rough sex' tu tak juga sangat.. sebab biasanya ianya tak melibatkan berlakunya seks secara direct.. sebenarnya ada juga lah seks tu terjadi.. tapi aku tak boleh nak klasifikasikan S&M ni sebagai 'rough sex' sebab bagi aku 'rough sex' ni macam seks secara normal cuma dengan kelakuan kasar.. but S&M tak macam tu.. it's different thing.. dorang menikati 'ghairah' tu dengan cara 'kasar' yang lain.. bukan secara normal..

okay, aku tak nak explain panjang pasal benda ni.. maybe aku akan explain lebih detail sikit pada entri yang lain.. tapi kalau aku nak tulis entri tu, aku akan buat macam satu protected post.. maksudnya macam kena ada password, baru boleh baca.. hahahaha.. kenapa nak buat post berpassword pula? sebab bagi aku benda ni macam tak elok sangat untuk semua orang tahu.. and lagi, ianya macam ada relate dengan diri aku juga sebenarnya.. hahaha.. sebab tu aku boleh tahu pasal benda ni.. jadi benda ni macam aku tak boleh bagi tahu orang secara open sangat.. 

benda ni ada kaitan dengan hidup aku sebab aku pun ada sejarah berkaitan dengan Sadomasochism ni.. terfikir pasal benda ni bila aku mendapat a very popular question daripada orang ramai yang bertanya kan tentang soalan 'top ke bottom' ni.. even ada perempuan sendiri yang tanya aku akan soalan macam ni.. 

aku tak nak jawab lagi lah akan soalan tu.. ada banyak macam juga lah spekulasi orang pasal soalan 'top or bottom'.. but bagi aku kalau nak explain benda ni kena menceritakan tentang sejarah hidup aku yang sebenarnya pernah berkait dengan term iaitu sadomasochism.. ianya adalah diri aku pada masa yang lepas.. maksudnya, benda tu adalah benda yang dulu, bukan sekarang ni.. ya, aku dulu boleh dimasukkan dalam golongan S&M ni.. but entah kenapa, secara magik nya aku tak tahu ke mana hilangnya sudut S&M aku.. kiranya dulu aku suka juga dengan S&M ni, but sekarang secara magik nya tak tahu kenapa dah tak layan lagi dah.. ianya macam almost 95% hilang.. still ada 5% juga maybe.. 

okay.. aku tak nak cakap panjang.. aku nak save benda ni pada protected post yang aku tak tahu sama ada aku nak tulis ke tak nanti.. so, setakat tu je lah kot..


oh.. kalau curious pasal S&M ni tentang aku, apa yang aku boleh cakapkan adalah, 

"aku rasa dulunya aku jenis yang sadistik.. ianya agak macam pelik, sebab aku dengan wajah comel-comel aje, tak mean, dan perangai yang actually boleh dikategorikan sebagai 'budak baik'.. and aku still percaya yang aku budak baik je.. ianya macam paradoks dengan imej dan personaliti aku.. mungkin sebab aku juga ada sejarah sebagai seorang pembuli kot.." 

"if you cry, I like it more.."


vote jangan tak vote.. aku nak survey jap..