Tuesday, 7 October 2014

Untuk yang Ketagih Seks


terbaca pasal artikel ni kat FB mengenai rawatan bagi mereka yang ketagih seks.. hahaha.. aku tergelak juga lah.. ada benda yang aku fikir bila aku baca pasal artikel ni.. but sebelum tu korang baca lah dulu okay...







Doktor Rawat Ketagihan Seks & Arak Pakai Rotan

Seorang doktor menemui cara rawatan yang ganjil untuk membantu penagih merotan mereka.

Pesakit yang termasuk penagih seks dan ketagih bekerja, kini boleh menemui kaunselor untuk disebat dengan rotan sebanyak 60 kali.

Kini, terapi aneh itu diisytiharkan sebagai pencapaian baru dalam rawatan psikologi oleh pakar selepas satu cubaan merawat menggunakan teknik itu dilakukan di Siberia, Russia.

Dalam satu temu janji, pesakit akan dirotan sebelum sesi konvensional bercakap dan meluahkan perasaan mereka.

Rawatan itu diasaskan oleh Pengarah Pengajian Biologi di Institut Perubatan Novosibirsk, Dr Sergei Speransky, yang mengaku pernah dirotan bagi mengatasi tekanan dihadapinya.

“Pesakit berpendapat rawatan itu berjaya memulihkan mereka selepas rawatan lain gagal. Saya juga berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini. Saya bukanlah kejam tetapi saya mengesyorkan ia cara terbaik untuk merawat ketagihan,” katanya kepada akhbar The Siberian Times..

Teori yang diasaskannya itu kini diteruskan oleh pakar psikologi, Dr German Pilipenko dan Profesor Marina Chukhrova yang mendakwa sudah merawat lebih 1,000 pesakit.

Pasangan itu mendakwa hampir semua pesakit yang mereka rawat berjaya mengatasi ketagihan masing-masing.

“Kami merotan pesakit pada punggung dengan tujuan perubatan semata-mata,” katanya.

Untuk satu sesi rawatan, pesakit dikenakan 3,000 rouble (RM275).

Mereka perlu menjalani rawatan rotan itu dua kali seminggu selama tiga bulan dan rawatan susulan setiap empat minggu pada tahun berikutnya.

Pesakit terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia antara 17 dan 70 tahun.

Penagih tegar, termasuk penagih heroin, biasanya dirotan 60 kali sementara kaki botol dan penagih lain, 30 kali.

Dahan pokok biasanya digunakan untuk tujuan itu kerana ia mudah lentur dan tidak menyebabkan berdarah.

Pesakit akan menjalani elektrokardiogram terlebih dulu untuk memastikan sebatan itu tidak akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.

Menurut kedua-dua pakar perubatan itu, beberapa pelanggan mereka terdiri daripada selebriti dan warga asing sudah mula datang ke Siberia untuk menjalani rawatan itu.

Rawatan itu mungkin dilihat kejam tetapi kedua-dua pakar itu menegaskan, ia bukan hukuman untuk memalukan mereka.









okay.. bila aku baca artikel ni first benda yang aku fikir adalah mengenai satu term yang dipanggil 'Masochism'.. pernah tahu tak akan maksud term ni? aku rasa yang berhati inesen mostly tak tahu akan term ni.. okay kalau yang tak tahu aku jelaskan maksudnya..

orang yang buat dipanggil sebagai 'Masochist'

so, Masochist ni bermaksud = someone who obtains (sexual) pleasure from receiving punishment or pain



okay kalau nak faham, orang yang digelar sebagai masochist ni adalah orang yang suka menikmati keghairahan bila dia kena pukul, abused, didera, diseksa, dimalukan.. kalau dia kena seksa, dipukul, dalam sakit tu actually dia semakin suka and ghairah lah pula.. so, kalau nak relate dengan perlaku masochist ni dengan teknik rawatan memukul seperti dalam artikel tersebut, aku jadi curious pula akan keberkesanannya.. ye lah.. kena pukul.. ingat orang jadi insaf bila kena pukul, but ada jenis orang bukannya jadi 'insaf' bila kena pukul, but actually semakin 'suka' and 'ghairah' lah pula.. semakin sakit, semakin suka pula perlaku masochist ni..

actually aku ada plan nak tulis pasal benda macam ni.. iaitu mengenai pasal Sadomasochism.. tapi aku berbelah bagi sama ada nak tulis entri pasal ni or tak.. sebab bagi aku benda ni macam tak elok juga lah untuk dipelajari.. tapi sekadar untuk general knowledge, mungkin tak salah kot.. hahaha.. 

okay, Sadomasochism ni berasal daripada dua perkataan iaitu Sadism + Masochism

singkatan kepada ayat sadomasochism ni adalah seperti SM or S&M

aku dah explain dah akan maksud masochism, jadi maksud sadism pula adalah lawan kepada maksud masochism.. kiranya macam kalau masochist, suka nak kena pukul, didera, diseksa, but sadist pula orang yang suka nak pukul, seksa dan dera.. ianya melibatkan tentang 'ghairah'.. maksudnya bagaimana orang menikmati 'ghairah' itu adalah dengan melakukan hal macam ni, kena dera/mendera, kena seksa/menyeksa... nak kata macam 'rough sex' tu tak juga sangat.. sebab biasanya ianya tak melibatkan berlakunya seks secara direct.. sebenarnya ada juga lah seks tu terjadi.. tapi aku tak boleh nak klasifikasikan S&M ni sebagai 'rough sex' sebab bagi aku 'rough sex' ni macam seks secara normal cuma dengan kelakuan kasar.. but S&M tak macam tu.. it's different thing.. dorang menikati 'ghairah' tu dengan cara 'kasar' yang lain.. bukan secara normal..

okay, aku tak nak explain panjang pasal benda ni.. maybe aku akan explain lebih detail sikit pada entri yang lain.. tapi kalau aku nak tulis entri tu, aku akan buat macam satu protected post.. maksudnya macam kena ada password, baru boleh baca.. hahahaha.. kenapa nak buat post berpassword pula? sebab bagi aku benda ni macam tak elok sangat untuk semua orang tahu.. and lagi, ianya macam ada relate dengan diri aku juga sebenarnya.. hahaha.. sebab tu aku boleh tahu pasal benda ni.. jadi benda ni macam aku tak boleh bagi tahu orang secara open sangat.. 

benda ni ada kaitan dengan hidup aku sebab aku pun ada sejarah berkaitan dengan Sadomasochism ni.. terfikir pasal benda ni bila aku mendapat a very popular question daripada orang ramai yang bertanya kan tentang soalan 'top ke bottom' ni.. even ada perempuan sendiri yang tanya aku akan soalan macam ni.. 

aku tak nak jawab lagi lah akan soalan tu.. ada banyak macam juga lah spekulasi orang pasal soalan 'top or bottom'.. but bagi aku kalau nak explain benda ni kena menceritakan tentang sejarah hidup aku yang sebenarnya pernah berkait dengan term iaitu sadomasochism.. ianya adalah diri aku pada masa yang lepas.. maksudnya, benda tu adalah benda yang dulu, bukan sekarang ni.. ya, aku dulu boleh dimasukkan dalam golongan S&M ni.. but entah kenapa, secara magik nya aku tak tahu ke mana hilangnya sudut S&M aku.. kiranya dulu aku suka juga dengan S&M ni, but sekarang secara magik nya tak tahu kenapa dah tak layan lagi dah.. ianya macam almost 95% hilang.. still ada 5% juga maybe.. 

okay.. aku tak nak cakap panjang.. aku nak save benda ni pada protected post yang aku tak tahu sama ada aku nak tulis ke tak nanti.. so, setakat tu je lah kot..


oh.. kalau curious pasal S&M ni tentang aku, apa yang aku boleh cakapkan adalah, 

"aku rasa dulunya aku jenis yang sadistik.. ianya agak macam pelik, sebab aku dengan wajah comel-comel aje, tak mean, dan perangai yang actually boleh dikategorikan sebagai 'budak baik'.. and aku still percaya yang aku budak baik je.. ianya macam paradoks dengan imej dan personaliti aku.. mungkin sebab aku juga ada sejarah sebagai seorang pembuli kot.." 

"if you cry, I like it more.."


vote jangan tak vote.. aku nak survey jap..




3 comments:

  1. love the neww header... i bet u lukis sendiri kan?

    ReplyDelete
  2. kau ni pernah dera orang ke ????

    ReplyDelete
  3. probably why orang yg committed zina zaman dulu bila dorg laksana hudud kena sebat.as it will cure them.orang yg belum nikah la,kalau dah nikah stoned to death.

    ReplyDelete