Wednesday 25 January 2012

Peraturan Nombor Satu

lama dah x tegur ko...sje2 nak wish selamat tahun baru kat fb ko sbb klu sms dah xleh contact... <---- (nak minta nombor baru lah tu)

rindu dengan ko... dgn yang lain gak... <---- (ayat nak cover.. sebenarnya rindu lebih kepada dia)



dah hampir sebulan aku hantar message tu kat FB dia... namun sejak dari tahun baru tu, dia tak pernah nak balas mesej yang aku beri.. malah, kat FB pun dia dah tak meng'like' or comment status aku... aku tak tahu kenapa... biasanya dia akan menjadi begitu mesra.. kalau aku send message kat dia, pasti akan ada balasan.. malah waktu aku sms kat dia tanya, "bagus tak kalau aku nak cukur misai? (first time nak cukur misai.. haha.. gementar kot!! btw, aku jenis yang kurang 'bulu' di muka)", walaupun lambat, dia pasti akan balas gak sms aku... tapi kali ni dah lain... balas mesej tak pernah... meng'like' or comment  status di FB aku pun dah tak ada... aku rasa yang aku dah buat satu kesilapan...

dia adalah lelaki yang straight...

aku suka dia... dia adalah my ex-ex-roommate.. mula-mula jumpa dengan dia dulu aku tak lah tertarik dengan dia namun last-last rasa macam ada sesuatu tentang dia yang telah menarik perhatian aku.. btw, aku tahu dia adalah lelaki yang normal yang memiliki girlfriend dia sendiri, dia sayangkan girlfriend dia walaupun sekarang dah putus... aku tahu, kami mempunyai dua dunia yang berbeza.. dan kerana itu, aku tidak lah menyimpan harapan pada dia...

peraturan nombor satu dalam percintaan dunia PLU, "pastikan orang yang disukai itu adalah 'normal' ataupun tidak.. jika dia adalah straight, walaupun pahit, anda kena melepaskannya pergi.."

aku faham akan peraturan ini... dan aku tidak mahu dia telibat dalam dunia PLU yang amat sukar ini... aku tidak pernah mengharap agar dia menyukai aku.. kerana jika dia membalas, dia telah selakah memasuki dunia gelap ini...



"ada orang gay yang nak kenal dengan aku di FB.. geli sial!! terus aku remove dia!" kata si dia..

"haha... macam ni lah... kalau ada orang gay yang nak kenal dengan kau, maksudnya dia suka pada kau.. jangan marah ok.. aku just nak cakap, maybe kau ni jenis orang yang disukai oleh orang gay... XD"

memang kebiasaanya macam tu.. menurut pemerhatian aku, orang PLU ni kebiasaanya akan suka pada orang yang sama.. maksud aku, si PLU A akan suka pada insan lelaki ni, dan ada pula si PLU B.. kebiasaanya si PLU B pun mesti ada perasaan suka pada lelaki yang si PLU A suka... kalau ada PLU lain suka pada kau, aku tak hairan lah... sebab dalam diam, aku pun suka pada kau gak...

tapi aku melihat pada realiti.. ia adalah mustahil untuk kita memiliki apa yang pasti tidak akan dapat dimiliki.. oleh kerana itu, aku melepaskan kau.. aku tahu ia adalah sukar, namun begini lah caranya.. this is my unspeakable love... cinta yang tak boleh dikatakan... biar pun aku menyedari hakikat ini, aku tak boleh nak tipu diri aku bahawa aku memang betul-betul rindu pada awak..

i miss you....

dan aku betul-betul bermaksudkannya...

kalau awak nak tahu, awak lah orang yang pertama aku katakan rindu.. malah kepada ibu bapa aku sendiri aku tak pernah cakap yang aku rindu.. walaupun aku tahu yang aku rindu namun aku tak pernah mengatakan yang aku rindu pada mereka.. tidak kepada adik beradik aku.. tidak kepada kawan baik aku... dan akhirnya perkataan ini aku katakan pada awak..

ia tidak murah, awak tahu? malah perkataan 'maaf' sekalipun aku cuma pernah katakan sekali.. malah perkataan sayang sekalipun aku tak pernah katakan pada sesiapa... kepada ibu bapa aku sendiri, di Hari Ibu ataupun Hari Bapa aku tak pernah mengatakan "Mom... Dad... saya sayang awak berdua..." walaupun aku tahu aku sayangkan pada mereka berdua, namun untuk mengukir kata 'sayang' tidak pernah sekali ada...

aku adalah orang yang paling ego yang kamu pernah kenal...

namun hakikatnya, pada awak aku telah mengatakan bahawa aku rindu..





dan aku memang penakut,
mengakui cinta kepadamu...
seribu kali ku cuba ucapkan bila bersamamu...
kau bukan milik ku...
dan engkau pun tahu...
kau bukan milik ku....


Yuna, Penakut



aku rasa di antara kami berdua, aku seakan memainkan watak kedua.. berkata kepada orang yang dia cintai , his new girlfriend,

"awak tahu aku sayang pada dia, namun dia cuma sayang pada awak saja... I hope, awak akan jaga dia betul-betul.. jaga perasaan dia.. kalau awak betul-betul sayangkan dia, please take care of him... lakukan untuk aku atau pun kerana perasaan sayang telah dia berikan pada awak.."


Friday 13 January 2012

Imam yang Gay




Sejujurnya, dalam setiap solatku, lebih daripada 80% aku akan memikirkan diri aku sebagai seorang PLU.. dengan peratusan ini kamu boleh tahu bertapa aku mengambil berat akan masalah yang menimpa diri aku sebagai seorang PLU.. dan kamu boleh tahu juga yang aku kadang-kadang tidak begitu kusyuk dalam setiap solat yang aku lakukan.. hampir di setiap sujud aku memikirkannya.. entah kenapa aku akan berfikir masalah PLU ni sewaktu melakukan solat, namun di waktu yang lain tidak pula begitu.. dan adakalanya aku seakan ingin mencakar diri aku sendiri ketika melakukan solat.. mungkin orang yang melihat berfikir yang aku cuma menggaru badan namun hakikatnya aku mencakar dan menggenggam kuat di bahagian dada ataupun buah pinggang.. dan kelakuan ini terjadi secara automatik.. aku mencakar diri aku ketika solat... (Nampak sangat solat tak kusyuk kan? Hehe)


 *     *     *


Hujung bulan November, 2011... aku baru je habis menduduki external exam... tamat pengajian.. menunggu masa untuk mengikuti kursus Bina Tatanegara, BTN..


Housemate: asyik aku je yang jadi imam.. aku ni sebenarnya teringin nak jadi makmum kau..
Aku: ish.. tak nak lah.. kau je jadi imam..
Housemate: alah.. sekali ni je.. lepas ni aku janji tak akan paksa kau.
Aku: tak nak lah.. aku serius ni.

Housemate: aku pun serius juga ni.. ni permintaan aku yang paling last.. lepas ni kita mungkin dah tak berjumpa dah..
Aku: tak nak lah.. jangan lah macam ni..
Housemate: kau ni kenapa sebenarnya? Kenapa kau menolak sangat bila disuruh jadi imam? Kau ada masalah ke?
Aku: tak de.. hmm.. sebab better kau jadi imam berbanding aku.
Housemate: kalau ada masalah, kau cakap je dengan aku..
Aku: tak de apa-apa..
Housemate: atau, kau mahu makmum pertama kau adalah isteri kau?
Aku: kau ni.. macam tu pula? cepat lah jadi imam.. dah lewat ni..
Housemate: aku tak akan jadi imam melainkan kau yang jadi imam.
Aku: alah.. jangan lah macam ni.. aku serius ni.. sampai pukul 12 malam pun aku tak akan jadi imam..
Housemate: okay.. kalau macam tu aku akan tunggu sampai pukul 12 malam.
Aku: (mendesak betul dia ni!) Kamil! Jangan lah macam ni...



Seriously, dia masih juga mendesak aku untuk menjadi imam.. dia masih menunggu.. dan aku pula masih berdiri bersandarkan dinding sambil menarik-narik rambut macam orang gila.. honestly, aku tak sangka aku berkelakuan sedemikian.. housemate aku tu memang mendesak aku untuk kali ni.. sebelum ni, dia pernah menyuruh aku untuk mengimami solat tapi aku mendesak dengan bersungguh-sungguh.. dalam post The Sin aku pernah bercerita hal ini.. (klik di sini ).. tapi pada malam tu dia memang betul-betul serius mahu aku jadi imam.. dan aku pula seperti biasa akan menolak sekeras-kerasnya.. apabila dua orang yang degil bertemu, dia dengan kemahuannya meminta aku jadi imam, dan aku pula sebaliknya.. masing-masing tidak mahu mengalah..

Jam telah menunjukkan pukul 12 tengah malam.. solat isyak masih juga tidak dilakukan.. aku dan housemate aku masih lagi berkurung di bilik aku.. masing-masing tidak mahu mengalah.. sehinggalah housemate aku membuka pintu bilik aku kerana kepanasan, peluang ini aku gunakan untuk terus berlari keluar rumah meninggalkan housemate bersendirian.. akhirnya, aku terlepas daripada paksaan ini..






Pelik? Ya, memang pelik! Aku kadang-kadang berpelakuan pelik.. dan sikap pelik ini membuatkan seorang housemate aku berasa curiga dengan aku.

“kenapa aku tidak mahu menjadi imam?”

Aku cuma rasa yang aku tidak layak.. ia adalah berkaitan dengan masalah aku sebagai seorang PLU.. sesuatu yang menghantui aku dan membuatkan aku berasa berdosa.. aku pernah mengatakan pada housemate aku itu bahawa takde sesiapa dalam rumah ni tahu yang aku ni sebenarnya orang ‘jahat’.. setiap hari aku melakukan dosa.. dan dari hari ke hari, aku menghampiri dosa..

Aku sendiri tidak faham dengan pendirian aku ini.. aku faham, perkara ini hanya akan merumit aku sahaja.. namun, aku cuma tidak tahu kenapa aku bertindak sedemikian..

“hai kawan yang alim... imam kau ni (aku) sebenarnya adalah seorang gay..”

Aku ingin tahu reaksi dia jika aku berkata sedemikian... bolehkah dia menerimanya? Mungkin juga dia akan menolaknya dengan sekeras-kerasnya.. dan yang pasti, pandangan kawan aku yang alim ini akan berubah dan melihat aku sebagai sesuatu yang berbeza.. ini adalah pasti!!

Mungkin, aku berfikir terlalu banyak...










Akhirnya, kira-kira pukul 2 pagi aku balik semula ke rumah setelah berkeliaran di sekitar perumahan, taman rekreasi, lebuh raya dan shopping mall tanpa arah tujuan..