Thursday, 31 May 2012

Are You Gay Enough?




aku ada satu permainan yang syok.. baru-baru ni aku ada baca blog orang tentang macam mana ciri-ciri lelaki.. gay.. memang betul lah yang golongan gay ni ada ciri-ciri tertentu.. tapi kita semua tahu, setiap orang berbeza.. malah antara gay dan biseksual pun berbeza... aku kadang-kadang boleh tahu sama ada orang tu biseksual or gay.. mostly tekaan aku tepat..

mungkin ini lah antara ciri-ciri orang gay di mata golongan normal.. so, are you gay enough?? haha... XD

jawab dengan jujur ye..




1. mereka ni suka pakai baju ketat-ketat.. 
- aku rasa ya.. sebab kebanyakkan baju aku saiz 'S' walaupun ketinggian aku 180cm. aku tak suka pakai baju yang lebar.. malah baju kemeja pun aku nak yang slim fit.. kebanyakkan seluar aku jenis potongan slim or skinny (not too skinny).. so, my answer is YES!

2. selalunya gay kat Malaysia biasanya berambut kemas...
- haha.. aku lagi suka dengan gaya rambut 'messy look'.. tak nak kemas-kemas sangat.. so, it is NO for me..

3. mereka berkawan dengan kelompok mereka je...
- aku tak ada kawan PLU.. obviously, NO..

4. gay ni banyak kawan perempuan...
- kawan-kawan aku mostly lelaki... you know what, aku malu dengan perempuan.. hehe.. so, NO is my answer.

5. kuat komplen sana sini... mengumpat..
- NO.. aku lagi suka pendam di hati..

6. kalau perempuan seksi lalu buat tak tahu je...
- agak lah.. dah nama gay, nak buat macam mana.. YES!

7. mereka ni suka berkumpulan, sama ada dua ataupun lebih bila keluar..
- aku lagi suka keluar seorang diri.. tak terikat sangat dengan yang lain.. bebas nak gi mana-mana.. so, it is NO!

8. adik-beradik mereka banyak perempuan...
- haha.. betul!! adik-beradik aku banyak perempuan.. YES!

9. jenis yang cakap lembut-lembut, soft spoken..
- aku jenis yang sopan.. cakap tak kasar.. tak keluar 'F' words.. so, YES!

10. tak kisah berkawan dengan lelaki gay...
- hmm.. ni susah sikit.. aku katakan NO sebab aku lebih selesa jadi gay seorang diri.. berkawan kat internet maybe boleh.. macam dalam blog ni lah..

11. suka nampak kemas dan bergaya selalu...
- of course!! gay mana yang tak suka bergaya? a big YES for my answer!! XD

12. terlalu pembersih sangat..
- tak lah sangat.. kalau masuk bilik aku orang akan kata, "ni bilik lelaki bujang, biasalah..".. then, it is NO!!

13. suka pakai minyak wangi...
- aku kadang-kadang je pakai sebab badan aku jarang bepeluh or berbau.. NO!!

14. topik perbualan banyak cerita tentang artis-artis popular.
- aku tak minat gosip.. aku suka dengan lagu je, bukan artis.. NO!!

15. sometime boleh cakap pada lelaki lain, "kau ni hensem lah.."
- tak pernah aku sebut perkataan macam tu.. aku susah nak puji orang.. NO!!

16. manja-manja dan gedik-gedik..
- macam mana nak bermanja dengan orang lain ye? kalau dengan parent, aku tahu lah.. NO!!

17. biasanya mereka ni agak sensitif.
- agak lah.. rasanya sensitif gak.. YES!

18. suka duduk kat rumah berbanding kat luar.
- hmm.. aku suka gak keluar jalan-jalan.. tapi bila difikirkan semula, mostly aku duduk kat rumah je walaupun aku suka berjalan-jalan.. so. it is YES!

19. macam bapok or lembut..-
- NOOO!!!!

20. suka pakai baju warna yang cerah, warna-warni or agak terang.
- dulu-dulu adalah.. tapi sekarang banyak baju aku warna kelabu or hitam.. so, it is NO!

21. single sentiasa..
- haha.. of course!! no gf and also bf.. YES!!

22. minat dengan artis Pop, misalnya Lady Gaga or Justin Timberlake.
- aku minat lagu je, bukan artis.. NO!!

23. minat dengan muzik genre balada yang agak sentimental.
- aku suka lagu jiwang-jiwang.. hehe.. YES!!

24. suka pergi gim, tapi jarang bersukan.
- aku tak pernah pergi gim.. tapi kalau berpeluang, mostly akan jadi macam tu lah.. YES!!

25. ketinggian jari telunjuk dan jari manis agak sama or jari telunjuk lagi tinggi.
- betul!! agaknya jari aku gay sangat-sangat.. YES!!

26. suka tunjuk body.. contohnya mendedahkan lengan yang berotot bila berpakaian.
- aku tak kisah pakai baju lengan pendek yang memang pendek.. kolar baju pun terdedah dada.. tak lah terdedah sangat.. kolar baju 'v' shape.. YES!

27. suka ambil gambar sendiri then post kat FB.
- dulu ya, sekarang tak.. NO!!

28. suka buat muka kononya comel lah..
- aku memang semula jadinya kiut pun.. hehe.. tapi kadang-kadang ada gak lah.. YES!!

29. jarang bersukan.
- boleh kata ya sebab bersukan bukan sesuatu yang buat aku teruja sangat.. tapi kalau orang ajak, aku ok je.. YES!!

30. gay ni suka pakai contact lens.
- NO!! aku tak pakai benda tu..






daripada 30 soalan, cuma 14 je yang aku kata YES.. so, am I gay enough? hehe.. mungkin ini lah orang normal fikir macam mana nak detect orang tu gay or tak, tapi perkara ni agak subjektif.. biasanya plu boleh detect siapa plu berdasarkan naluri.. kadang-kadang tak tepat gak.. yang pasti, lelaki yang ada gf or isteri x bermaksud dia normal.. boleh jadi biseksual..

so, macam mana dengan permakahan korang? are you gay enough? haha.. share2 lah dengan aku.. 

boleh gak kalau nak beri detail, contohnya,

1.Y, 2. Y, 3.N, 4,Y...........

or just cakap 13/30 je...

XD


Tuesday, 29 May 2012

That Australian Guy




rupa dia lebih kurang macam dalam picture ni..



pernah tak korang suka pada seseorang, tapi korang tak pernah tahu pun nama orang tu? then you dalam diam try nak mengetahui nama lelaki tu..

dalam universiti aku memang ramai lelaki hensem... kiri kanan hensem-hensem je.. kalau korang nak cuci mata memang senang je.. bukan nak mengata lah, tapi kalau kat Malaysia macam orang tertentu je yang terserlah ketampanannya.. yang lain nampak biasa-biasa je.. tak macam kat sini, pelbagai rupa.. yang minat rupa lelaki Korea, memang ada orang Korea asli pun.. seriously, student Korea kat universiti aku comel-comel.. kalau yang selalu tengok K-Pop, memang macam tu lah rupa mereka.. yang suka rupa lelaki Latin, kat sini pun banyak yang hensem.. pun begitu, biarpun ramai jantan hensem, mostly aku akan tertarik pada seorang je..

he is an Australian guy.. hensem? sudah semestinya! tapi benda yang membuatkan aku tertarik adalah sebab dia nampak cool.. tak banyak cakap.. aku suka tengok cara dia berpakaian.. agak kasual, tapi memang fesyen yang aku suka.. entah kenapa aku kalau tengok orang biasanya akan lihat cara orang tu berpakaian.. kat sini, ada orang berpakaian agak selekeh di mata aku.. ada yang just pakai seluar tracksuit yang guna untuk berjogging pergi kelas je.. bagi aku even kat Malaysia pun aku tak pernah tengok orang just pakai seluar tracksuit guna untuk bersenam pergi belajar di universiti.. ada juga yang berpakaian ala-ala mat rempit, bertatoo pakai subang segala.. tapi tiada orang kisah pun sebab tidak akan ada orang judge seseorang berdasarkan cara berpakaian di sini.. kalau kat Malaysia student pakai baju ala-ala mat rempit sudah dipandang serong.. sebab bagi budaya kita, student perlu kelihatan macam ni macam tu, tapi kat sini mengamalkan individualisme.. you bebas tunjukkan siapa diri you, jadi diri sendiri..

btw, this Australian guy loves to wear a very short pant. pendek macam seluar boxer.. nampak separuh peha.. aku tak tahu lah macam mana dia boleh tahan berpakaian macam tu, even aku sendiri pun pakai baju tiga empat lapis... suhu pada waktu pagi kat sini boleh mencecah sifar darjah celcius.. kalau korang pegang ais lama-lama, macam tu lah rasanya.. tangan terasa kebas dan sakit.. tu baru musim luruh, tak winter lagi.. teringat ketika perempuan dari Rusia kata 15 'C tu rasa panas, tapi kalau orang Malaysia tu dah kira sejuk.. but, aku still jaga mata lah.. hati ni kata nak curi-curi tengok peha dia tapi aku kata pada diri sendiri, kalau TERtengok tu, rezeki lah, jangan memang niat nak lihat.. 




seluar pendek paras macam ni..


back to the main topic... semalam, aku perlu buat satu presentation.. pada waktu pagi ketika nak tampal kertas kerja aku pada board, aku terlihat dia sedang memegang model design rumahnya.. for me that house model looks nice.. then aku perlu pergi ke lecture hall untuk dengar ceramah.. bila dah selesai lecture, aku balik semula ke studio nak present hasil kerja aku.. pada saat tu aku ternampaklah model design rumah dia tergantung pada board berdekatan dengan board aku.. then, aku apa lagi, pergi lah tengok kertas kerja dia, kononnya just nak tengok-tengok hasil kerja orang lain lah.. padahal dalam hati berkata lain..

"mana nama dia? kat mana dia tulis?"

haha.. memang pandai aku ambil peluang kan? finally, aku dapat tahu juga nama lelaki Aussie tu.. dan aku rasa amat gembira.. at least dapat tahu nama pun dah cukup.. bila aku tengah present design rumah aku untuk Darwin, Australia dia ada tengok.. sempat tanya aku soalan lagi.. actually aku pun nak lihat gak presentation dia tapi tiba-tiba je dia masuk group lain.. but, ketika ahli group aku tengah present, aku curi-curi menoleh ke belakang nak tengok presentation dia..

XD










#aku just suka tengok-tengok dia je, tak lebih daripada itu.. sebab aku kata pada diri aku, biar apa pun berlaku, aku still setia pada si dia yang terpisah di Malaysia.. dan lagi, aku rasa yang aku tertarik pada dia sebab dia hensem.. tak kenal hati budi lagi..

Sunday, 27 May 2012

Koleksi


asyik cerita tentang hal-hal PLU, kali ni aku nak cerita sikit tentang koleksi lens aku.. so, tak lah blog ni terasa 'gay' sangat.. 

aku memang suka hal berkaitan dengan DSLR.. walaupun hakikatnya aku tak lah pandai sangat nak ambil gambar, tapi dah banyak duit yang aku laburkan untuk memenuhi tuntutan nafsu aku ni.. padahal aku still study lagi.. tapi dah boros berbelanja...







lens ni adalah lens wide angle aku.. Tamron 17-35mm.. limited edition sebab dah tak dibuat lagi oleh kilang.. aku beli pun secara online.. yang second hand lah.. lens ni sangat berguna untuk aku sebab course yang aku study selalu ambil gambar dengan wide angle..





yang ni Tamron 18-200mm.. aku dapat lens ni sekali waktu aku beli Nikon D90.. actually, lens ni dah terbang ke Perth, Western Australia.. jurugambar video Mat Luthfi yang beli.. so, lens ni maybe akan digunakan untuk merakam video-video Mat Luthfi yang terbaru.. you guys mesti kenal dengan mamat Youtube tu.. kot-kot video yang terbaru dirakam dengan lens ni..





Nikkor 55-300mm.. guna untuk skodeng benda jauh.. aku suka skodeng burung dengan lens ni.. tapi burung yang pandai terbang lah.. hehe.. sangat berguna sekali.. lens kegemaran aku ketika outing.. tak perlu nak dekat sangat dengan subjek.. cuma ia agak berat dan besar sedikit lah.. yang lain semua ok..





Nikkor 50mm.. 'D' version.. dapat sekali waktu beli Nikon D90.. second hand lah.. aku suka lens ni kalau nak main mode manual.. entah kenapa aku suka pusing-pusing aperture ring.. terasa macam main dengan Leica.. biasa guna untuk buat bokeh pentagon..





yang ni lens kegemaran aku.. Tamron 90mm.. guna untuk skodeng serangga seperti semut.. nak tengok dedebu bunga pun boleh.. agak multi purpose.. aku suka dengan design lens ni.. mungkin, lens ni yang paling mahal aku beli.. aku order secara online dari Hong Kong..





lens pertama aku beli.. Nikkor 50mm.. 'G' version.. aku beli sewaktu aku still dengan Nikon D3100 merah aku.. beli kat TS, KL.. bagus untuk portrait.. antara lens kegemaran aku.. agak ringan dan nampak 'hensem' bila dipakai kat Nikon D90..





lens paling murah aku miliki.. harga $15 je.. Holga 60mm.. guna untuk ambil gambar ala-ala lomography.. jarang guna.. tapi recently aku try nak pratikkan lens ni.. agak unik.. berbeza dengan lens lain..











kalau difikirkan semula, dah berapa ribu duit dibelanjakan untuk hobi aku ni.. lens tahap beginner je, xlah gempak.. aku pun bukannya serius sgt dgn fotografi.. sbb aku guna bukan utk buat duit pun.. sje2 utk mengisi masa lapang.. dan kerana itu my Nikon D90 adalah 'kekasih' aku buat masa ini..





Saturday, 26 May 2012

May, The Miracle Month



aku ingat lagi waktu aku first time letak 'total pageviews' pada hujung bulan April lepas cuma berjumlah 8000 lebih pageviews.. aku mula start berblogging pada hujung bulan Ogos tahun lepas. kiranya umur blog ni sekitar 8-9 bulan lah.. bulan Mei tahun ni agak mengejutkan.. siapa sangka pada bulan lepas total pageviews hanya 8000 lebih tapi sekarang dalam masa sebulan telah menjadi 41,000 pageviews. macam tak percaya je.. lebih-lebih lagi untuk blog underground macam ni lah..

aku rasa, total pageviews mula meningkat secara mendadak apabila blog famous Hal Dunia Lelaki mula meletakkan link blog aku pada blog beliau.. kiranya blog aku maybe terkena tempias populariti blog beliau lah kot.. dan aku rasa kebanyakkan pembaca blog ni pun dapat tahu kewujudan blog aku dari blog Hal Dunia Lelaki.. untuk itu aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada KDL sebab letak link blog aku di blog beliau..

bagi pendapat aku, tak ada yang istimewa tentang blog ni pun.. ianya macam blog biasa yang menceritakan tentang kehidupan 'gay'nya (walaupun tak cukup gay) dan juga pendapat tentang satu perkara.. honestly, aku ingat orang tak suka blog aku.. entah, aku tak tahu.. aku rasa macam tu.. then aku buat chat box kat blog aku.. tak sangka pula aku mendapat komen positif daripada pembaca.. ada yang mengatakan yang mereka sanggup baca keseluruhan isi blog ni dari awal hingga terkini.. aku macam tak percaya gak lah sebab post dalam blog aku dah 80 lebih, lagi pun kebanyakan post aku tulis panjang-panjang.. siapa larat nak baca post tu semua.. kebiasaanya orang tak suka blog yang tulis panjang-panjang.. tu yang buat aku curious..

in short, aku nak ucap jutaan terima kasih sangat-sangat sebab sudi baca blog yang unknown ni.. aku memang suka bila orang beri respond dengan memberi komen pada post blog ni.. bagi aku, ia macam satu interaksi dan aku rasa lebih dihargai.. thanks a lot!        :D




bulan Mei tahun ni memang mengejutkan






Unspeakable Love -Part 1-






Part 1 : Planet Romeo

hari yang agak memenatkan.. dari pukul 9 pagi tadi sehinggalah pukul 1 petang aku perlu menghadiri kuliah dan kemudianya pada pukul 2 petang pula disambung dengan aktiviti di studio.. sebagai pelajar dalam jurusan seni bina, tidak banyak masa yang terluang untuk bergembira, bersantai dengan kawan-kawan yang lain.. hari-hari dipenuhi dengan tugasan baru yang diberikan oleh pensyarah sama ada perlu membuat kajian tentang sesuatu perkara ataupun perlu menyiapkan hasil-hasil design yang sudah semestinya memakan waktu untuk disiapkan.

mungkin pada orang lain belajar seni bina agak sibuk, no life, tidak cukup tidur dan seumpamanya.. mungkin benar, namun pada pengalaman aku kebanyakkan orang terasa diri mereka sibuk adalah disebabkan mereka selalu menangguh tugasan yang diberikan.. bila hampir tiba masa untuk dihantar semua tugasan, baru lah mereka nak berebut-rebut untuk menyiapkannya.. dan kerana itu, mereka merasakan jurusan ini sangat sibuk, tidak cukup tidur, perlu berjaga malam untuk menyiapkan semua tugasan. tapi, aku tidak begitu. aku akan pastikan yang aku tidak akan menangguhkan tugasan baru.. pagi ini diberikan kertas kerja, pada malamnya juga aku akan mula memulakan tugasan itu..

sekarang pukul 10 malam.. aku duduk berseorangan di bilik aku.. mungkin aku patut katakan bilik aku dan Shahir sebab kami berkongsi bilik di kolej kediaman universiti. Shahir masih tidak masuk bilik lagi.. barangkali dia tengah melepak di bilik kawan-kawan lain.. atau mungkin dia masih lagi berada di studio cuba untuk menyiapkan kerja-kerja designnya..

aku sudah menyiapkan kerja design aku di studio petang tadi. jadi pada malam ini aku agak bebas.. hmm.. malam ni aku nak buat apa ye? nak pergi melepak kat bilik kawan-kawan lain? hmm.. rasa malas pula.. lagi bagus aku kat dalam bilik je.. letih.. nak merehatkan badan.. nak tidur ke? tak kan lah tidur awal sangat.. masih pukul 10..

sambil berbaring di atas katil dengan memakai singlet dan seluar pendek aku mengamati putaran kipas yang berpusing laju. aku memang betul-betul tidak ada idea untuk melakukan apa pada malam ini. nak pergi keluar melepak di bilik kawan-kawan terasa malas pula.. kalau nak tidur rasa terlalu awal.. fikir dan terus berfikir.. nak buat apa ye?? hmm... better aku online je kot, buka facebook.. tengok-tengok perkembangan kawan-kawan yang lain di Facebook.

aku bangun lalu menuju ke meja belajar aku.. pada komputer riba Dell itu aku menekan papan kekunci cuba untuk mendaftar masuk akaun Facebook aku..

hmm... cuma ada lima notification.. dan semuanya tidak lah begitu penting.. pada news feed facebook, aku melihat perkembangan kawan-kawan aku melalui status mereka.. aku memberikan komen pada status mereka dan menekan butang 'like' pada gambar yang dipamerkan di news feed.

tapi, aku tetap terasa bosan. tidak ada benda yang begitu menarik di Facebook. jam sekarang menunjukkan waktu 10.30 malam. fikir dan berfikir. aku perlu melakukan sesuatu untuk mengisi masa yang terluang ini. lagipun bukan selalu aku agak bebas seperti malam ini. kalau tidak kerana aku tidak menangguh tugasan yang diberikan, mungkin pada malam ini aku tengah berada di studio universiti menyiapkan segala tugasan itu.

tiba-tiba aku teringat satu laman sosial yang sudah lama aku tidak kunjungi. mungkin sudah dua bulan aku tidak mendaftar masuk pada laman sesawang itu. macam mana lah keadaan akaun aku kat laman sosial tu agaknya sekarang ini? mungkin ada orang tengah tertunggu-tunggu kehadiran aku semula untuk online. patutkah aku membuka laman sosial tu? hmm.. fikir dan fikir.

baiklah, malam ni saja. lagi pun aku dah jarang tengok laman sosial tu. kot kot ada yang tengah rindu.. hehe.

pada papan kekunci komputer riba, aku menaip URL laman sosial itu..




rasanya dah dua bulan aku tak jenguk akaun aku kat Planet Romeo. laman sosial khusus untuk golongan lelaki yang mencintai lelaki itu rasanya sudah tidak asing bagi golongan PLU di Malaysia. mungkin orang kata website ni sudah menjadi sarang seks bagi golongan PLU. Tidak dapat dinafikan akan kebenarannya tapi kenapa aku masih terus melayari laman sesawang ini? adakah aku ingin mencari apa yang kebanyakkan PLU lain cari di laman ini? mencari kenalan? cinta? atau pun seks? 

mungkin aku patut katakan yang aku tidak perlu tiga sebab itu untuk ada di Planet Romeo. aku ada sebab aku sendiri.. ada sesuatu di Planet Romeo yang menarik perhatian aku akan laman sesawang itu. ia mengajar aku tentang sesuatu perkara.

aku menaip 'Putera7' untuk profile name manakala untuk password pula 'ihsan-hamidi' untuk mendaftar masuk. 

aku tulis nama kau lagi, Ihsan...

teringat akan si dia.. lelaki yang pertama kali membuatkan aku sentiasa berdebar setiap kali aku bertentang mata denganya.. namanya setiasa segar di minda aku dan kerana itu ia sentiasa aku sebatikan dalam kehidupan aku. nama mu adalah 'kunci' segala rahsia yang aku simpan. nama mu adalah kata laluan aku agar diri mu sentiasa mekar diingatan. dan di hari ini sekali lagi aku taip nama mu.

aku harap Allah memberikan peluang untuk kita bertemu lagi...

ada 52 orang yang telah melawat profile aku di Planet Romeo. tidak sangka, meski pun sudah dua bulan aku tidak online di Planet Romeo tapi masih ada yang sudi melihat profile aku.

ada lima mesej yang aku dapat. pertama daripada Skinboi89, kenalan yang agak baik. aku kenal dengan dia pada tahun lepas di Planet Romeo ini juga. orangnya tidaklah begitu hensem tapi tidak juga hodoh.. seorang biseksual. pada mesej itu dia katakan yang dia baru je berpisah dengan kekasih dia. pada saat ini, dia perlukan seseorang itu meluahkan perasaan hampa dia. aku lah orang itu. tempat dia mengadu masalah. untuk sesuatu sebab, dia selesa menceritakan masalah dia kepada aku. sebenarnya aku berasa agak kekok sedikit sebab aku tidak merasakan yang aku layak untuk menasihati orang lain. sebab diri aku sendiri pun mempunyai masalah aku sendiri. tapi untuk dia, aku sedaya upaya akan memberikan pendapat aku.


hi my friend.. saya tak tahu nak cakap macam mana. sebab saya perlukan keterangan yang lebih terperinci akan masalah yang awak hadapi. 

hmm.. macam ni lah.. pada 1 Jun ni saya agak free. mungkin kita boleh bincangkan hal ini kat YM pada pukul 10 malam.. apa macam? awak setuju?

btw, jgn bersedih.. sentiasa ceria selalu. hidup ini perlu opstimistik.. :D


mesej kedua pula daripada Pemuda-K, kata mahu berkenalan dengan aku. dia sempat tulis nombor telefon pada mesej itu jika aku berminat mahu berkenalan dengan dia.


hai... boleh je kalau nak kenal.. tapi rasanya better kita berkenalan kat dalam PR ni dulu.. saya lebih selesa kita kenal-kenal kat sini dulu.. :D


mesej ketiga dan keempat pula agak kurang menyenangkan.. yang ketiga bertanya sama ada aku mahu melakukan seks dengan dia ataupu tidak.. manakala mesej keempat hanya mahu berkenalan dengan aku. tapi bila aku melihat profile penghantar mesej itu, terlalu banyak gambar yang tidak begitu menyenangkan untuk dilihat. 

prinsip aku dalam Planet Romeo, aku hanya akan layan mesej orang yang aku rasa ikhlas dan tidak ada berbaur seks.. profile orang itu mestilah 'bersih' dari segala gambar yang tidak sepatutnya dilihat. dan yang pasti orang itu mesti baca keterangan di profile aku terlebih dahulu sebelum bertanyakan sesuatu.. misalnya jika aku sudah tulis kat profile aku yang aku tinggal di mana, jadi tidak perlu lah ditanya soalan itu lagi.. atau aku sudah terang-terang tulis tidak tertarik nak melakukan seks, jadi tidak perlu lah nak ajak aku buat perkara itu.. 

di Planet Romeo ada pelbagai ragam manusia. di laman sosial ini lah PLU bebas untuk bebicara mengenai banyak perkara yang tidak dapat dibincangkan di luar. ada yang mahu mencari cinta dan ramai juga yang mahu mencari teman untuk melakukan seks. mereka bebas untuk menunjukan belang mereka yang sebenar. ini lah dunia yang kami kongsi. dunia hanya untuk orang macam kita. meski pun hanya di alam maya, tapi ini lah tempat kamu ingin menjadi diri kau tanpa ada rasa takut.


assalammualaikum...

hai hensem.. suka tengok profile u.. nampak mcm org2 yang baik2..

btw, boleh kenal x?


mesej kelima aku baca. ia daripada Blueheart. aku buka profilenya, nak baca apa yang dia gambarkan tentang dirinya melalui profile. tinggi 178mm, berat pula 69kg. sebaya dengan aku lah.. rupa pada gambar pun boleh tahan juga.. kalau ditanya sama ada dia taste aku ataupun tidak, mungkin aku akan katakan 'ya'. not bad lah.. 

baca dan baca...



dia tengah online lah.. patut kah aku balas mesej dia? yang kurangnya dia letak status 'open relationship' dan 'sexdate' untuk sebab kenapa ada di sini. tapi dari gambar dia macam orang baik-baik je.. hmmm.. banyak je orang yang tulis kat profile mereka macam tu.. tulis macam tu tak semestinya dia orang yang kurang baik.. cuba layan sekejap nak tengok sama ada aku selesa nak berbual dengannya.. tapi, aku rasa dia pelik.. mesej yang dia hantar pada aku tu aku terasa pelik..

waalaikumussalam.. 

boleh je klu nk kenal.. sy x kisah nk kenal dgn ssiapa.. klu u org baik2, sy ok je..

oh ye.. about status awk.. myb sebab cara kehidupan PLU itu sendiri yang membuatkan dia x rasa happy.. as long as x melakukan sesuatu yg x elok, x ada sbb utk x brasa happy.. just nk beri pndapat lh.. XD


haha.. macam lah aku pun rasa happy dengan kehidupan aku sekarang ini.. bunyi macam aku ni bagus je.. padahal aku pun ada masalah aku sendiri.. entah lah.. tapi pun aku setuju gak dengan apa yang dia katakan. gay is happy. tapi kenapa kehidupan PLU tak gembira?


mungkin betul gak kata awk.. myb org PLU ni byk melakukan ssuatu yg mungkar, walaupun mereka tahu benda tu salah.. myb sbb kita rasa brdosa, sbb tu x happy... tp xleh nk salahkn jg sbb mostly mereka melakukan kerana tuntutan naluri..

btw, nice to know u..


hmm.. aku nak balas apa ye? hmm...


setuju.. 

hmmm...

i ada baca kat profile u tulis yg u ni biseksual.. just nk tanya something, u kat sni cari apa sbnrnya? nk cari teman hidup? reason utama kat PR ni lh mksud sy..


ha ah.. sy memang seorg biseksual.. reason kat sini?? actually xde sbb yg kukuh.. sje2 buat akaun.. 

xde lh nk cari bf sgt.. sy jenis yg open relationship.. malas nk fikir tentang bf.. cinta PLU bukannya setia pun.. so i x trasa nk trikat sgt klu nk kluar dgn ssiapa.. so, senang sikit klu nk buat benda tu.. haha

btw, u pula cari apa kat sini?


bg sy lh kan, klu u biseksual better u cari awek je.. awk faham kn mksud sy knp? so, u memang slalu buat 'benda' tu ke? 

sy pun sama mcm awk.. xde alasan yg kukuh.. sy ikut kata hati.. buat akaun kat dlm ni, then lihat apa yg akn jd seterusnya...

cinta PLU x setia? bukan u PLU juga ke? so, u ni memang x setia lh? klu u jenis setia, so memang adalh yg still setia pd cinta.. hairan lh, apasal org straight slalu brtukar2 gf, kdg2 dh ada empat ex-gf, tp org xde pula kata cinta org straight x setia? 

bg sy, straight or x, sama je.. 


x lh slalu buat.. klu x tahan, adalh jg.. tgk pd org tu jg lh, taste sy or x.. tp klu org tu xnk main, sy xkn paksa.. biar lh atas kehendak sndiri.. i x ambil kesempatan lh.. sy still hormat org.. knp tanya mcm tu? u x prnah main ke? 

no komen lh tentang cinta PLU sbb skrg ni sy lebih enjoy jd single.. bebas sikit.. 


so, klu mcm tu, sy pun x nk beri komen sama ada sy prnah main or x? hehe.. 


tiba-tiba pintu bilik aku dibuka. Shahir baru je pulang dari studio. kelihatan agak letih. dengan melihat peralatan yang dia bawa di tangan, aku boleh tahu dia baru lepas balik studio untuk menyiapkan model design rumahnya.. 

aku memandang Shahir. dia pergi meletakkan peralatan untuk membuat model rumah di atas meja belajarnya kemudian berlangkah menuju ke katilnya. dia duduk di katil lalu membuka baju. aku mengalihkan pandangan mata ku. kebiasaanya macam tu lah, Shahir suka tidur berbuka baju. panas katanya. tapi untuk sesuatu sebab aku merasakan yang aku tak boleh nak tengok dia. maksud aku melihat dirinya apabila tidak memakai baju. mata ini seakan tertarik namun secara automatik, aku akan mengalihkan pandagan untuk tidak melihatnya.

"Shahir, kau dah nak tidur ke? kalau ya, aku nak tutup lampu.. tak nak ganggu kau tidur" tanya aku tampa memandangnya.

"hmm.. boleh gak. aku pun dah mengantuk ni.. tu pasal lah balik bilik.. tapi tak kacau kau online ke?"

"tak adalah.. aku boleh je main laptop gelap-gelap." aku masih tetap memandang pada skrin laptop.

"kalau macam tu, biar aku yang tutup suiz lampu.. thanks tau.. subuh nanti jangan lupa kejutkan aku.. nanti tak pasal-pasal terlepas sembahyang subuh."

"no problem.."

suiz lampu dipadamkan. suasana menjadi gelap. Shahir kembali ke katil lalu berbaring. dalam masa 10 minit nanti, terlena lah dia. aku pula masih lagi melayan komputer riba aku. untuk sesuatu sebab, aku seakan tertarik untuk meneruskan perbualan dengan lelaki dari PR ini, Blueheart.


saya rasa u memang x pernah main lah.. dr segi gaya bhasa awk, sy agak mcm tu lh.. 

hmm.. kalau mcm tu, knp u ada kat PR.. this website is not suitable for u lh.. tempat ni adalah sarang maksiat. x baik utk org yg baik mcm u..


u rasa mcm tu ke? haha.. saya je tahu sama ada saya pernah main or x.. i xlah baik sgt sampai x layak utk ada di PR.. u know what, this website nampak negatif sebab orang kat dalam ni yang buat ia nampak negatif.. saya suka PR atas sbb trtentu.. for me PR is like a Facebook, cuma ia agak special untuk orang mcm kita..


hmm... ok.. 

u agak brbeza n i like it.. hehe..

btw, kat dlm profile u x tulis pun sama ada u ni biseksual ke or gay.. sje2 lh nk tahu.. 


nk ckp mcm mana ye? hmm.. 

sy anggap diri sy hanya ada nafsu pd lelaki.. so, u faham kn mksud sy?


faham.. you are a gay! hehe


i x guna word itu untuk describe seksualiti saya... hmm..


kenapa pula? so u apa lh?


gay is a negative connotation in our society.. every time u use it to describe about yourself, ianya mcm u sebut prkataan buruk tentang diri u.. i just rasa sebahagian drpd diri sy still xleh nk trima siapa diri sy yg sbnr.. 


hmm.. u know what, u memang brbeza drpd lelaki PR lain.. sy x prnah lg jumpa org mcm awk kat dlm PR ni.. u sangat brbeza.. sbb cara u brfikir agak lain..


kalau mcm tu, sy pun nk kata yg u pun brbeza drpd lelaki PR lain.. x prnah ada org kat sini sebut 'assalamualaikum' sblum brkenalan.. haha..

btw, it is a good thing lh... :D


haha.. no komen..

nak sesuatu brbeza? ok.. my full name is Saiful Razali bin Ghazali. .. nak tahu asal mana? awk perlu brbual slalu dgn sy dulu baru awk tahu. study ke dah kerja? sama lh, u kena slalu brbual dgn sy dulu.. just call me Saiful.. informasi lain sila refer pd profile sy.. how about u?


just call me Fahri.. yg lain u kena slalu brbual dgn sy dulu baru u akn tahu.. hehe..


alah.. kedekutnye.. at least ckp lh nama full u.. 


xnk beri tahu... haha..


ok, that's fine for me...


XD











#finally aku pun dh start tulis novel aku sendiri.. panjang giler kn part 1 nye.. sperti yg aku ckp sbelum ni tajuk citer ni aku ambil drpd satu buku.. rasanya korang semua yg dh baca blog ni akn tahu.. sbb aku suka sgt2 tajuk tu.. dn cerita ni memang akn relate dgn 'Unspeakable Love'.. hope u guys suka.. 

Wednesday, 23 May 2012

Korean Gay Short Film



















mungkin korang pernah tengok video di atas.. btw, bagi aku filem pendek di atas agak sweet.. Boy Meets Boy tu lah agak sweet.. kalau The Postcard lain sikit lah tapi still menarik.. banyak je gay short film kat youtube tapi yang ni tak menunjukkan adegan yang melampau. tak ada seks.. aku lebih suka tengok cerita yang sweet macam ni..

bagi aku, ia tak lah begitu 'mengelikan' biarpun orang straight tengok filem pendek ni.. 

aku pernah berbual dengan seorang PLU kat PR  tentang kisah dia yang jatuh suka kat lelaki kat KTM.. hampir setiap hari mereka akan berjumpa kat dalam KTM.. duduk pun selalu di tempat yang bedekatan. actually mereka saling tak mengenali.. lelaki kat dalam PR tu jatuh hati kat lelaki yang dia jumpa kat KTM.. biar pun hampir setiap hari berjumpa di dalam KTM tapi mereka tak pernah berbual.. dia just suka pada lelaki tu dalam diam.. dan dari hari ke hari, lelaki PR ni macam dah boleh jangka bila lelaki yang dia suka tu akan naik KTM.. kadang-kadang, dia akan tunggu pukul berapa lelaki yang dia suka tu akan naik KTM semata-mata mahu berjumpa dengan dia.. at least dia berasa gembira dapat tengok lelaki tu walaupun tak pernah berbual..

bagi aku, tak ke ia begitu sweet? kalau aku jumpa lelaki hensem kat dalam KTM pun memang susah nak jumpa orang tu lagi.. sekali tu lah je jumpa tapi kisah lelaki kat PR ni pula macam cerita dalam filem.. macam ada satu takdir mengatakan yang mereka akan selalu berjumpa.. 

macam best je kan kalau diri ada pengalaman macam tu semua.. bayangkan lah diri kau ada satu kisah yang seakan satu filem.. kenangan yang sweet... cerita Korea selalu tayangkan cerita yang sweet-sweet.. kadang-kadang aku macam tak percaya benda tu betul-betul terjadi ka dunia ni.. kamu suka kat seorang postman, then kamu tulis postcard dan kirim ke rumah kamu sendiri, so that orang yang kamu suka itu unofficially akan selalu datang ke rumah kamu.. or kamu jumpa seorang di dalam bus, then bila kamu turun, kamu rasa diekori oleh orang tu.. actually kamu memang berharap akan diekori.. dan perkara tu betul-betul terjadi, si dia memang mengekori kamu... 

dan kedua-dua cerita di atas menunjukkan yang kamu suka kat orang tu, dalam masa yang sama orang tu pun suka pada kamu..

btw, just enjoy the video.. actually aku pun tak tahu nak update apa.. agak busy sekarang ni.. so, untuk kekal update, aku share video ni....










Saturday, 19 May 2012

Melayu, Islam & Gay








malas nak tulis panjang-panjang.. hari ni aku nak share satu video.. aku dah lama tengok video ni.. sebelum aku tahu apa itu Seksualiti Merdeka.. sebab kalau kamu perasan lelaki cina yang menemu ramah itu adalah dari Seksualiti Merdeka. so, video ni aku rasa dari mereka lah.. waktu aku tengok video ni, Seksualiti Merdeka tak famous lagi..

ramai orang di luar sana yang benci Seksualiti Merdeka. TV3 kata NGO ni nak promote parti seks bebas.. to be honest, aku pun ada gak follow blog Seksualiti Merdeka.. actually reason NGO ni nak adakan event tahun lepas sebab nak adakan discussion mengenai isu LGBT dengan masyarakat 'normal' untuk mendapatkan kesefahaman.. tapi masyarakat 'normal' macam tak nak beri peluang untuk mengadakan perbincamgan.. then ada yang kata event tu adalah untuk parti seks bebas..

gay is taboo..

kalau benda yang dah jadi taboo, so tak perlu lah nak dibincangkan.. tak begitu?

mungkin kamu fikir yang aku ni pro-Seksualiti Merdeka.. sebenarnya aku neutral je.. kita perlu dengar penjelasan dari semua pihak sebelum kita nak adili sesuatu.. macam kes Bersih baru-baru ni.. penyokong pembangkang akan percaya semua pihak Bersih katakan.. or yang tak sokong Bersih akan percaya apa yang anti-Bersih katakan..

TAPI...

orang yang bijak akan mendengar dari kesemua sumber sebelum mengadili sesuatu..

aku rasa video ni bagus sebab mereka tanya pendapat banyak pihak..












#aku dah tambah tab baru kat blog aku.. ada nampak tab 'Video PLU' kat atas? kalau korang ingat tu nak tunjukkan koleksi video orang yang bangga tunjuk aksi seks mereka, then aku patut kata sorry lah.. tak sanggup aku nak tambah dosa share video seks orang..





Tuesday, 15 May 2012

PLU, Cinta & Cemburu








lihat pada gambar ni.. for some reason, aku suka sangat tengok picture ni.. tak tahu kenapa.. pertama kali tengok picture ni kat blog 'Hal Dunia Lelaki' hati aku dah mengatakan yang aku jatuh hati dengan gambar ni.. entah.. aku tak boleh nak jelaskan kenapa aku suka.. ianya just picture dua remaja lelaki.. sedang bergenggam tangan like a chain... aku just dapat merasakan sesuatu.. sekali hati aku kata suka, aku akan selalu tengok benda tu..

aku suka melihat bagaimana mereka tersenyum.. berpejam mata.. aku dapat merasakan kehangatan perasaan mereka.. sesuatu yang aku ingin rasakan tapi aku tak boleh.. 

tak boleh sebab aku juga seorang lelaki... di minda aku still tak boleh nak terima sesuatu yang PLU lain lakukan.. to express their feeling.. dan aku still menganggap love is taboo...




i'm jealous... 








# SOALAN!! siapakah di antara mereka top or bottom? I think the guy with the dark shirt is bottom.. yang baju jingga pula top.. haha.. saja teka...
# Apasal PLU nak bercinta mesti ada antara mereka top dan seorang lagi bottom? tak boleh ke kalau dua-dua top or bottom? haha... kalau jadi macam tu, so what will happen next? 





"kalau satu dosa boleh dihalalkan oleh Allah, aku harap Dia membenarkan aku untuk mencintai insan yang aku suka.. I'll try to forget about sex but at least I can love him tanpa ada rasa bersalah untuk mencintainya..."
-Shawn-








Monday, 14 May 2012

Buku LGBT







ingat tak hari tu aku ada kata yang aku tengah order satu buku yang bertajuk 'Unspeakable Love'? buku tu dah sampai hari ni.. aku order dari UK, pada 29/04/12... beli secara online.. tak sangka cepat juga buku ni sampai.. dari UK kirim ke Australia, rasanya agak jauh sangat-sangat.. 

btw, aku beli dengan harga $20.. mahal? rasanya harga tu standard lah kat Australia kalau nak beli buku baru.. semua benda mahal.. buku-buku kat Aussie pun harga macam tu, so harga tu kira biasalah (kira murah sebab order jauh dari UK tapi bayar $20 je)... 

untuk diringkaskan, buku ni mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat gay dan lesbian di Timur Tengah.. semuanya adalah kisah benar, so buku ni adalah jenis bukan fiction.. 

untuk masa terdekat ni, aku tak ada masa nak baca buku ni sebab agak sibuk dengan hal-hal study.. kalau ada masa lapang, aku akan baca, then aku akan buat review tentang buku ni...


isi kandungan







#kalau korang perasaan, cover buku ni agak lain dari cover buku yang aku tunjukkan dulu.. sebab buku ni adalah yang latest edition.. 

Saturday, 12 May 2012

Apabila PLU Kena Peluk






mereka kata mahu pergi bersiar-siar di Hobart. mereka ajak aku pergi dan aku pun join lah.. bosan tinggal kat rumah. nak juga merasai keindahan yang ada di Aussie ni..

dua jam perjalanan dari Launceston ke Hobart, aku menikmati pemandangan di negeri pulau ini yang dipenuhi oleh landskap gunung-ganang. actually, aku pernah pergi ke Hobart sebelum ni, tapi tak sempat nak meneroka sangat. waktu tu masa banyak diluangkan kat dalam rumah je. btw, Hobart memang sebuah bandar yang cantik..

jalan-jalan di sekitar Hobart.. suhu memang sejuk giler.. mana tak nye, bandar paling selatan sekali kat Australia, mesti lah kedudukkan menghampiri Kutub Selatan. tapi, aku rasa dah mula biasa dengan suhu sejuk macam ni.. at least pakai sweater, so dapatlah mengurangkan kesejukkan.

but...

mereka tak cakap pula kat aku yang kat Hobart mereka nak mendaki Mount Wellington. kata mereka, mahu melihat salji. aku memang pakai sweater, tapi sweater tu tidak cukup untuk menahan kesejukan suhu di bawah kosong darjah celcius. aku just pakai sweater biasa, tidak ada gloves, kasut pun berlubang.. dan aku berfikir, mati lah aku nanti kesejukan di atas puncak gunung tu nanti..


Mount Wellington


dan ia memang benar, aku seakan tidak dapat nak merasa hidung dan telinga aku... sejuk giler-giler.. aku yang orang kampung yang tak pernah pergi ke tempat sejuk macam ni lagi lah kesejukkan.. dan ketika itu lah for the first time aku melihat salji turun... tapi tak lah lebat sangat.. ketika itu still musim luruh..

sejuk! ditambah pula dengan tiupan angin kencang..

aku adalah antara orang yang pertama memasuki kereta sebab tak tahan dengan kesejukkan suhu di puncak gunung.. rasa lebih selesa sebab kat dalam kereta ada alat pemanas (tak tahu nak panggil apa).. orang lain still kat luar, tengah syok nak ambil gambar.. abang long muscle pula nak tunjuk macho buka baju kat puncak ni.. kononnya hebat lah tu.. (actually antara sebab aku lari masuk kereta kerana nak 'jaga mata' aku daripada melihat aurat lelaki.. haha..)

bila semuanya dah selesai, kami pun mula turun dari gunung tu.. semua orang still kesejukkan walaupun ada alat pemanas di dalam kereta..



then....

suddenly kawan aku memeluk aku..


satu pelukkan yang sangat erat..


honestly, aku tak pernah dipeluk oleh mana-mana lelaki sebelum ni, malah ayah aku sendiri pun tak pernah.. dan ini lah kali pertama aku kena peluk, for the first time in my life..

dan perasaan ketika dipeluk itu sangat......  



aneh....


ianya satu perasaan baru dalam hidup aku.. aku tak boleh nak jelaskan macam mana... sebab aku tidak pernah merasakannya sebelum ini... pelukan yang erat... dari seorang lelaki...

"sejuk...."

itu lah kata kawan aku...

to be honest, i think.... i love this kind of feeling...

apabila ada orang memeluk aku...



peluk macam dalam pic ni lah... tapi aku x balas pelukan lah.. XD











Wednesday, 9 May 2012

Sex or Love?







setiap orang mempunyai perwatakan yang berbeza. begitu juga lah dengan PLU yang mana tidak mungkin mereka adalah serupa. yang pasti persamaan di antara golongan PLU adalah mempunyai perasaan untuk menyukai lelaki lain.

beberapa hari lepas, aku ada melawat blog PLU lain.. blog tu lebih kurang seperti diari kehidupan beliau tetang kehidupan yang dilaluinya.. dia bercerita bagaimana dia mula terjerumus ke dalam dunia PLU apabila melakukan seks buat pertama kali ketika berada di tingkatan 2.. still muda.. tapi aku tahu banyak golongan PLU di luar sana yang pernah melakukan seks sejenis pada usia yang sebegitu muda.. sama ada di atas kehendak diri sendiri ataupun kerana 'dipaksa'..

the blogger ada berkata yang dia begitu suka tengok alat kelamin orang lain.. dan lagi dia ada berkata, tidak akan ada golongan PLU yang tidak teruja bila melihat alat kelamin lelaki... (kalau ada orang siarkan aset mereka di blog, ramai lah orang akan jadi horny, puji..) 

tapi...

hati aku berkata, "ye ke? apasal aku tidak begitu teruja bila tengok 'benda' tu?"

honestly, aku rasa aku tidak seperti PLU lain.. tipu lah kalau aku kata yang aku tidak suka tengok, tapi apa yang aku maksudkan ia bukan lah sesuatu yang membuatkan aku begitu teruja or teransang bila tengok 'benda' tu.. jujur aku mengaku yang aku pun ada tengok 'BF' gak.. tapi aku tidak tengok sangat pada 'bahagian' tu.. imaginasi aku agak lain lah.. haha

tapi, perkara ini lah yang membuatkan kita tertanya-tanya sama ada benar cinta PLU itu berlandaskan perasaan suka or seks semata-mata.. aku pernah membaca cerita tentang kisah seorang PLU yang suka dengan lelaki hensem ni, (haha.. kantoi layan cerita .... gak.. XD) mula-mula dia suka memuji lelaki pujaannya itu.. suka tengok body dan rupa.. dan dia cuba perangkap lelaki itu melakukan seks bersama dia.. then, bila semua sudah tiada benang di badan, lelaki tu mula sedar yang alat kelamin lelaki pujaanya tidaklah seperti yang diharapkannya.. "rugi lah perempuan yang kahwin dengan ko nanti.. harap muka je hensem tapi ... kecik!!"

persoalannya, atas dasar mana kah perasaan 'cinta' dalam kisah ni? mula-mula suka sebab tengok pada paras rupa.. selalu teringat, terbayang-bayang paras rupa insan yang 'dicintai'.. kata ini lah yang dinamakan 'cinta'.. but then bila tengok alat kelamin tidak seberapa, perasaan 'cinta' itu terus lenyap.. 

aku ada satu pertanyaan... sejauh mana anggapan ini benar, "hampir kesemua golongan PLU pernah beronani, dan kerap melakukannya tapi bagi golongan yang straight sebahagian sahaja yang melakukan mastubasi/seks (ada yang tidak pernah langsung) sebelum berkahwin.." 

bila kita baca ayat di atas, ia macam menjelaskan yang golongan PLU mempunyai 'keinginan seks' yang lebih tinggi berbanding dengan lelaki normal.. bagi aku, mungkin ada kebenaranya.. seks begitu sinonim dengan golongan PLU..

malah ketika nak cari partner, antara soalan pertama golongan PLU utarakan adalah 'are u top or bottom?'

pernah gak ada orang ajak aku jadi couple dia tapi dia berkata lagi, "but i'm a top.."

aku tanya, "apa jadi kalau aku pun top gak.. so, adakah ko akan terima aku jadi couple? XD"

(haha.. honestly, aku pun bingung sama ada aku ni top or bottom sebab aku tak pernah buat benda tu semua.. suci murni lagi.. haha)






until now, aku ada menyimpan perasaan suka pada seorang lelaki ni.. tapi aku tidak pernah berfikir tentang berapa besar .....nya. tidak pernah ada imaginasi seks dengan dia. (kadang-kadang, ada PLU bila dia suka dengan orang tu, dia ada berimaginasi melakukan seks dengan orang itu).. apa yang aku harapkan adalah pada saat ini aku selalu bersama dengannya.. aku dapat berbual dengan dengannya.. memandang matanya.. sebab kami telah terpisah jauh... aku telah terbang ke Australia.

kalau aku suka dengan seseorang yang aku kenali, biarpun sehebat mana body lelaki itu, menghairahkan, tapi aku tidak pernah berimaginasi seks tentang dia kerana rasa hormat aku.. for me, bila aku melakukan macam tu, ia seperti telah melakukan satu khianat..