Part 33 : About Saiful
"jadi awak lah orang yang bernama Fahri?" kata seorang wanita yang sambil tersenyum memandang aku.. matanya berpandangan tepat ke arah mata aku.. namun sesekali dia ada juga menoleh ke arah lukisan yang mengandungi potret diri aku di sebelah kirinya..
aku jadi kekok seketika.. lebih-lebih lagi pada saat ini kami sedang berdiri bertentangan mata sedang kan potret diri aku berada di tengah-tengah antara kami berdua di sebelah kananku.. di sekitar kami pula, kelihatan beberapa orang yang turut memerhatikan lukisan itu.. mata mereka juga ternyata berpaling ke arah aku sambil mata mereka kembali berpaling ke arah lukisan itu.. mana tidak nya, orang yang dalam lukisan potret itu ada di depan mata mereka, iaitu diri aku sendiri.. maka, tidak usah aku jelas kan bertapa kekoknya diri aku diperhatikan sedemikian rupa.. wajah yang serupa.. dalam lukisan itu.. dan juga aku yang sedang berdiri dekat dengan lukisan itu..
sesekali, dapat aku mendengar bisikan pengunjung berkata dalam nada yang tidak kuat namun dapat aku dengari berkata,
'orang ni dan orang dalam lukisan ini sama lah.. dia pelukis lukisan ini ke?'
'jadi, orang ini lah bernama Saiful? pelukis lukisan ini?'
pelbagai spekulasi yang aku dengar.. namun memang ternyata lukisan ini memang ada kaitan dengan diri aku sendiri.. apabila melihat pengunjung memandang aku sedekian rupa, muka aku mula menjadi merah.. aku tidak tahu kenapa.. adakah aku berasa malu..
"salam semua..." tiba-tiba wanita di depan mata aku itu mula bersuara.. dia berpaling ke arah pengunjung.. "mungkin anda semua berfikir yang orang di sebelah saya ini adalah pelukis lukisan ini," wanita itu menunjuk jari ke arah aku, "but actually tak begitu.. saya adalah wakil kepada pelukis sebenar lukisan ini yang bernama Saiful.. sayang sekali dia tak dapat datang.. hanya saya sahaja diwakilkan sebagai ganti beliau.. but, seperti yang anda lihat sendiri, orang di sebelah saya ini lah subjek potret dalam lukisan ini.." kata perempuan itu sambil tersenyum memandang aku.. "orang ini bernama Fahri, but pelukis lukisan ini pula bernama Saiful.." jelas wanita itu lagi..
aku terdiam, hanya memerhatikan apa yang wanita di depan mata aku ini sedang jelaskan.. pada saat ini aku sedikit terkejut yang wanita itu boleh mengetahui siapa nama aku sedangkan diri aku sendiri langsung tidak pernah mengenali dirinya.. wajah yang masih merah, mungkin aku berasa sedikit malu melalui saat yang menjanggalkan ini.. baru sahaja beberapa minit lepas aku bertanya untuk berjumpa dengan pelukis lukisan ini, namun yang datang hanya lah seorang wanita yang aku tidak kenali.. sebenarnya aku fikir yang Saiful akan datang.. aku sudah mula sedikit cuak untuk bertemu dengan dirinya... berdebar-debar menanti, yang datang hanya lah seorang wanita yang tidak dikenali..
"Saiful kat mana?" terus aku tanyakan soalan itu selepas sahaja pameran lukisan mula mahu tutup.. "kenapa dia tidak datang?" tanya aku lagi..
pada saat itu, kami sedang pun berada di luar balai seni..
berhenti seketika, wanita itu mula memandang aku..
"oh.. dia tidak akan datang sebab memang niat dia awal-awal lagi untuk tidak mahu datang.. macam yang dah dijelaskan tadi, saya hanya sebagai wakil dia.. tapi tidak sangka boleh jumpa dengan awak di sini, Fahri.." balas wanita itu, tersenyum..
"saya tahu, tapi saya nak tahu, Saiful di mana? cik mesti tahu kan dia kat mana sekarang kan?" tanya aku lagi..
"maaf sebab tak kenalkan diri lagi.. saya Nora.. kawan Saiful.. awak lapar? tak kisah untuk keluar makan bersama?" tidak menjawab soalan aku itu, sebaliknya wanita bernama Nora itu mengajak aku untuk keluar makan bersama..
terdiam.. aku hanya mengganggukkan kepala tanda setuju.. aku fikir bila waktu makan nanti Nora akan mula bercerita perihal Saiful kepada aku.. menjelang pukul 7 malam, aku dan Nora kini berada di dalam sebuah pusat membeli belah.. aku ada memberi tahu kepada Ihsan dan Hafiz yang aku akan keluar makan malam di luar bersama dengan seorang wanita.. mana lah tahu kalau-kalau mereka tercari-cari aku nanti.. di dalam pusat membeli belah, berdua-duaan sambil berjalan mencari tempat untuk makan, akhirnya kami memilih untuk makan di sebuah restoran makanan segera..
usai memesan pesanan, aku dan Nora duduk bertentangan.. aku pandang wajahnya.. dia hanya senyum memandang aku..
"kali pertama melihat lukisan itu? Saiful kata yang awak tak sempat tengok lukisan itu lagi dulu.." akhirnya Nora bersuara..
pada saat ini terus tergiang semula tentang peristiwa lalu ketika aku duduk sambil Saiful melukis potret aku.. memang benar yang aku tidak sempat melihat lukisan itu lagi.. sebab.. aku melarikan diri.. pada hari ketika potret itu dilukis, pada hari itu juga lah kali terakhir aku melihat Saiful.. sebab.. aku melarikan diri.. aku yang melarikan diri darinya..
"saya fikir dulu ianya adalah dalam saiz yang lebih kecil dalam kertas lukisan.. tapi yang saya lihat tadi dilukis pada kain kanvas dan dalam saiz yang lebih besar.." kata aku..
"oh.. sebab Saiful telah melukisnya semula pada kain kanvas dan dalam saiz yang lebih besar.. saya ada juga pernah melihat lukisan itu dalam kertas lukisan.. sebab waktu Saiful melukis potret itu, maksud saya melukis dikain kanvas, dia refer pada lukisan dalam kertas lukisan itu.." balas Nora..
terdiam, aku mula mendiamkan diri.. pada saat ini entah kenapa aku mula merasakan sesuatu terhadap Nora.. sesuatu buat aku mula tertanya-tanya..
"Saiful ambil masa yang agak lama juga untuk menyiapkan lukisan ini.. selepas dia berhenti kerja, baru lah dia mula fokus untuk menyempurnakan lukisan ini.." kata Nora
"Saiful berhenti kerja? jadi dia buat apa lah sekarang?" tanya aku..
"sleeping.. tidur sepanjang hari.." jawab Nora..
aku berkerut dahi.. agak kurang mengerti..
"tidur je? takkan lah dia just tidur sepanjang hari?" tanya aku kehairanan..
"oh well.. mungkin dia adalah jenis orang yang pemalas.. but pada saat ini, dia hanya tidur.. tidur sepanjang hari... kadang-kadang, manusia juga boleh jadi seorang yang pemalas, tak begitu?" jawab Nora sambil dia menghirup air minuman.. "oh ya.. macam mana dengan keadaan awak sekarang? mungkin saya boleh cerita kan apa-apa tentang awak kat dia nanti.. tentu sekali dia mahu ambil tahu tentang perkembangan diri awak.." kata Nora lagi..
"saya? tak banyak sangat yang berlaku.. baru tamat study.. sekarang tengah menunggu untuk my graduation.. and sekarang juga sedang tinggal dengan seorang kenalan lama.. but tak lama lagi saya akan keluar lah.. maksud saya, pulang ke rumah sendiri jumpa family.. hmm.. saya nak tanya sesuatu boleh tak?" tanya aku..
"tanya lah.. apa dia?"
"hmmm.. awak nampak macam tahu banyak benda tentang kami berdua.. saya fikir, mesti Saiful ada banyak cerita tentang hal kami pada awak kot.. tak begitu?"
"owh.. pasal tu..." Nora kembali menghirup air minumannya sebelum meneruskan kata, "ha ah.. betul.. dia ada cerita tentang diri awak.. saya rasa dia memang suka bercerita tentang diri awak.."
aku terdiam.. mendengar kata-kata Nora itu mula muncul satu perkara dalam fikiran aku.. entah kenapa aku mula menjadi gelisah..
"really? dia selalu bercakap tentang saya?" tanya aku..
"ye.." balas Nora ringkas..
"saya rasa, mungkin dia masih lagi tak lupakan saya.." kata aku perlahan..
aku terdiam.. wajah tunduk ke bawah.. Nora pula hanya memandang tingkah laku aku itu..
"actually, saya sebenarnya juga tahu apa yang dah jadi antara korang berdua.. hubungan antara korang berdua bagaimana, saya tahu.. dia suka kat awak, tak begitu? dan awak juga tahu hal itu.." kata Nora..
aku sedikit terkejut bila Nora berkata begitu.. namun ia adalah sesuatu yang sudah aku jangkakan.. dapat aku rasakan dari awal tadi yang Nora memang sudah tahu banyak perkara tentang kami berdua.. malah tahu mengenai 'hubungan perasaan songsang' ini.. aku mula gelisah.. mungkin aku masih tidak terbiasa jika seorang wanita mengetahui tentang masalah 'hati' ini.. lebih-lebih lagi jika wanita itu sedang di depan mata aku.. tidak tahu kenapa, ada sedikit perasaan malu dalam hatiku terhadap Nora bila dia tahu mengenai rahsia diri ini.. terdiam seketika, aku menghembuskan nafas sedikit cuba untuk menjadi tidak begitu gelisah..
"owh well.. actually saya agak terkejut bila tahu Saiful telah berterus terang yang dia suka pada seorang lelaki pada awak.. jadi, awak pun sudah sedar yang awak sedang berdepanan dengan orang seperti dirinya pada saat ini.. saya fikir, orang tidak akan begitu open untuk insan seperti kami.." kataku..
"don't worry.. tak perlu takut pada saya.. saya okay je.. banyak benda juga yang saya belajar dari Saiful.. 'People Like Us'.. Saiful kata itu adalah antara nama untuk refer untuk golongan macam ini.. honestly, itu lah kali pertama saya dengar perkataan itu.." kata Nora..
"hehehe.. tak sangka pula Saiful ada beri tahu tentang tu.. ha ah.. kalau singkatannya adalah PLU.. awak mesti dah tahu kan?" tanya aku..
Nora hanya tersenyum.. aku duga memang dia sudah tahu pun mengenai perkataan seperti itu dari Saiful.. untuk sesuatu sebab, mula muncul perasaan ingin tahu aku terhadap Nora.. sudah seberapa banyak yang Saiful telah katakan pada dirinya? mengenai hal aku, mengenai golongan seperti aku, sudah seberapa banyak yang Nora sudah mula pelajari?
"boleh tak kalau saya pula nak tanya satu soalan?" kali ini Nora pula yang bersuara..
"boleh je.. apa dia?" tanya aku.. entah kenapa hatiku mula berdebar-debar..
"saya tahu yang Saiful suka awak.. but boleh tak beri tahu apa yang sebenarnya awak rasakan pada dirinya?" tanya Nora..
aku tergamam.. terdiam.. terus mula gelisah.. patut lah aku mula berdebar-debar.. rupa-rupanya soalan ini yang ditanya Nora.. mata meliar-liar memandang ke kiri dan ke kanan, tanda aku mula gelisah.. tanda seboleh-bolehnya aku tidak mahu menjawab soalan itu.. namun aku tahu Nora pasti mahu aku memberikan jawapannya..
"macam mana nak kata ya.. hurmmm..." mula menarik nafas, lalu terdiam seketika..
Nora pandang aku, menunggu jawapan dari mulut aku...
"saya tahu yang dia suka pada saya.. dia orang yang baik sebenarnya.. kadang-kadang agak annoying.. actually jenis yang agak susah untuk diramal.. orangnya hensem.. fizikal yang menarik.. agak menggoda juga lah.. eh? boleh pula tercakap macam ni? hehehe.." aku tergelak kecil.. "tak lah kata saya pandang pada paras rupa, but itu antara perkara yang manusia suka untuk lihat, tak begitu? so, kalau nak diringkaskan actually dia ni dah macam 'a perfect person' lah.. but..."
aku terdiam seketika.. Nora pula terus mendengar dan memandang wajah aku..
"but... kadang-kadang hati ini agak pelik tau.. kita tahu orang suka kat kita, and kita tahu gak yang orang tu ambil berat tentang diri kita.. tapi kadang-kadang tak tahu kenapa yang kita just tak boleh nak beri balasan apa yang orang itu mahukan dari diri kita.. pernah tak rasa macam tu? ada orang yang suka pada diri kita, tapi hati pula berkata 'tak boleh'.. untuk sesuatu sebab, saya just tak pasti kenapa saya tak boleh nak balas apa yang dia rasa pada diri saya... pada masa ini, saya rasa begitu lah.. saya tak kata selamanya saya rasa begini.." balas aku jujur..
Nora terdiam.. mata kami saling berpandangan.. suasana menjadi sunyi seketika.. aku mula menghirup air minuman aku.. air yang asalnya sejuk kini mula menjadi kurang sejuk.. air mula terasa sedikit tawar kerana ais sudah pun semuanya cair.. aku minum, namun mataku masih juga memandang pada wajah Nora..
"so, memang macam tu lah kan.. ada orang mahu mendapatkan seseorang ini.. but orang itu pula tak boleh nak beri balasan perasaan yang sama pada orang yang mengejarnya itu.. kita tahu benda ini berlaku.. kadang-kadang kita perlu berhenti mengejar.. tiada sesiapa boleh memaksa hati orang untuk menyukai seseorang.. sebab, masing-masing ada cinta yang mahu mereka kejar sendiri.. but dalam kes ini, apa yang dikejar itu adalah sesuatu yang bertentangan.. sungguh malang sekali.. saya rasa, Saiful faham tentang hal ini.. kalau tak, sudah tentu dia akan cari awak.. tapi saya nak cakap satu perkara, mungkin kita faham yang kita tak boleh nak dapat cinta yang kita mahukan, tapi kita juga tak boleh memaksa seseorang dari berhenti mencintai orang yang disukainya.. saya rasa awak dah faham apa yang saya maksudkan.." kata Nora..
membisu, aku faham apa yang dimaksudkan oleh Nora itu.. Saiful masih menyimpan perasaan terhadap aku.. hal ini yang buat aku mula gelisah.. kenapa lah ianya menjadi begitu rumit? aku tahu yang Saiful tidak mengejar aku.. dia lepaskan aku.. walaupun dia suka aku, dia tetap biarkan aku menentukan hala tuju cinta aku sendiri.. tapi aku juga rasa bersalah.. kerana dia tidak mahu melepaskan perasaan sukanya pada aku.. dan kerana itu, ia akan menyakitkan dirinya sendiri.. biarpun dia tidak memaksa aku, tapi selagi dia tidak melepaskan perasaan itu, selagi itu dia akan mendera dirinya sendiri.. dan semuanya juga berpunca disebabkan aku.. adakah aku pentingkan diri sendiri kerana membuatkan dirinya begitu?
"by the way.. saya nak tanya satu lagi soalan.. actually apa hubungan antara awak dengan Saiful sebenarnya?" tanya aku..
"kawan.. hanya sekadar kawan.. kawan lama.. kawan satu sekolah dulu.. awak mungkin boleh kata yang saya satu-satunya rakan baik perempuannya.. so, tak menghairankan kalau dia boleh share banyak benda pada diri saya.." balas Nora..
kemudian, aku lihat Nora mula mengambil beg tangannya yang diletakkan di atas meja di sebelah kanannya.. dibukannya zip beg, lalu dikeluarkan pula telefon bimbitnya.. aku pula hanya memandang sambil dahiku berkerut..
"nak tengok gambar terbaru Saiful? pagi tadi kami ambil gambar selfie bersama sebelum saya datang ke balai seni siang tadi.. tengok.. dia still hensem kan, walaupun dah berubah sedikit.." lalu Nora terus menghulurkan telefon bimbitnya..
aku ambil, aku lihat pada skrin telefon bimbitnya itu yang memaparkan gambar mereka berdua.. kelihatan Nora begitu manis di sebelah kanan Saiful.. turut tersenyum manis, Saiful di kiri Nora kelihatan agak selekeh dan pucat, namun masih kelihatan manis tersenyum.. melihat keadaannya itu, aku mula curiga mengenai sesuatu..
"dia nampak semakin kurus sekarang.. pucat.. macam tidak sihat.. Saiful sakit ke?" terus aku berpaling ke arah Nora..
Nora terdiam.. dan kerana dia terdiam, hatiku mula curiga..
"oh.. dia memang tak berapa sihat kebelakangan ini.. tapi dia baik-baik sahaja.. kenapa? awak risau ke?" tanya Nora..
"tentu sekali saya akan risau kalau dia sakit.. ianya tidak lah begitu teruk sangat, bukan?" tanya aku..
"owh.. well... boleh awak keluarkan telefon bimbit awak?" pinta Nora..
berkerut dahi, aku kehairanan, "kenapa?"
"kalau awak ada berhasrat untuk berjumpa dengan dia, saya boleh beri alamat rumahnya.."
terdiam.. aku hanya memandang wajah Nora..
"okay then.. hurmm.." Nora mula mengeluarkan buku nota dalam beg tangannya.. lalu dia mula menulis sesuatu pada buku nota itu.. siap sahaja, dikoyakkannya lalu dihulurkannya kertas itu kepada aku..
"alamat.. just in case kalau awak terfikir mahu berjumpa dengan dia nanti.." kata Nora..
aku ambil, mataku mula memandang pada kertas nota itu..
"dia tidak apa-apa.. dia okay je.. tapi saya mungkin rasa yang dia akan gembira kalau awak mahu berjumpa dengan dia nanti.." kata Nora lagi..
masih memandang pada kertas nota itu, aku hanya terus diam membisu...
keesokannya aku bangun agak lewat dari kebiasaanya... pagi yang agak tenang, matahari mula menerangi setiap sudut bilik.. perasaan yang agak kurang selesa kerana silauan dari matahari yang menembusi bilik telah membuatkan aku terjaga dari tidur.. bangun, aku lihat Ihsan telah tiada lagi di bilik.. lantas dengan segera aku tercari-cari telefon bimbit aku untuk melihat waktu pukul berapa sekarang ini.. jam telah pun menunjukkan pukul 11 pagi..
aku bangun.. tubuhku mengeliat seketika cuba menyedapkan diri yang sudah terlalu lama berbaring.. lantas, perlahan-lahan aku berjalan meninggalkan bilik.. menuju ke ruang tamu, aku lihat Hafiz sedang menonton TV..
"morning.." kata Hafiz, tanpa melihat aku..
"morning.." balasku..
"sarapan ada di atas meja.." kata Hafiz lagi..
aku tidak menjawab.. lantas perlahan-lahan aku pergi mendekati meja makan.. duduk, aku mula menjamah sarapan yang aku rasa telah dimasak oleh Ihsan.. makanan sudah menjadi sejuk.. tapi aku hanya terus memakannya..
"Ihsan mana?" tanya aku pada Hafiz..
"tadi rasanya ada kat luar sekejap.. nanti dia balik lah tu.." balas Hafiz..
baru sahaja aku bertanya Ihsan di mana, tiba-tiba pintu rumah dibuka.. di muka pintu kelihatan Ihsan di depan mata aku..
"oh.. baru je sebut, dah ada di depan mata..." kata aku..
"kenapa? cari aku ke?" tanya Ihsan kehairanan..
"abang Fahri cari abang tadi.." Hafiz pula berkata...
memandang aku, Ihsan menunjukkan riak wajah seperti bertanya 'kenapa'..
"oh.. takde apa-apa sangat.. saje, tanya kau kat mana tadi.." kata aku..
tidak berkata apa-apa, Ihsan kemudiannya terus masuk ke dalam bilik.. aku mula memandang pada TV menonton rancangan apa yang disaksikan oleh Hafiz.. ianya adalah sebuah dokumentari mengenai kejuruteraan bangunan.. tertarik dengan rancangan itu, lantas aku cepat-cepat pergi ke dapur untuk membasuh pinggan agar dapat menyaksikan rancangan TV itu.. namun, bila aku masuk ke dapur, aku perasan yang pinggan mangkuk masih banyak yang tidak dicuci.. fikiran aku mula berasa kehairanan.. aku hulurkan tangan pada pili air.. memutar pemulas pili air, baru aku faham yang air tiada..
"Hafiz, air takde ke?" tanya aku nada yang sedikit kuat agar di dengari Hafiz..
"ha ah.. takde air lah abang Fahri.. kalau nak mandi sekarang memang tak boleh juga.." balas Hafiz..
terdiam.. aku mula kehairanan.. pelik.. kenapa pula tiada air? semalam ada je.. tertanya-tanya pula kenapa hari ini tidak ada..
"ada kerja baik pulih sistem perpaipan kat apartment ini.. dah ada notis dah sebelum ni kata yang memang akan ada kerja menyenglenggaraan pada hari ini.. aku pun terlupa juga yang hari ini hari mereka nak buat kerja baik pulih.." tiba-tiba Ihsan berkata yang kini dia berada di dalam ruang tamu..
"kalau rasa nak mandi jangan risau, Hafiz pun tak mandi lagi, and abang Ihsan pun tak mandi lagi.. semua orang dalam rumah ini tak dapat mandi lagi.. pinggan mangkuk di dapur tu kita biarkan sahaja dulu.." Hafiz pula yang berkata..
lantas aku masuk semula ke ruang tamu..
"ada pakaian yang nak dicuci?" tanya Ihsan..
"ha ah lah.. dah nak seminggu tak cuci baju.. tapi hari ini air takde pula.." kata aku..
"aku ingat nak hantar ke dobi je hari ini.. kalau nak cuci kat rumah memang tak boleh lah kan.. so, korang semua kumpul-kumpul lah baju yang nak dicuci.. aku nak pergi keluar ke dopi lah ni.." kata Ihsan..
menurut, aku dan Hafiz mula masuk ke dalam bilik mengambil segala pakaian yang mahu dicuci.. segala pakaian aku yang telah dipakai biasanya aku letak di dalam satu bakul.. aku ambil bakul itu, lalu terus keluar ke ruang tamu..
"macam banyak je pakaian kita bertiga ini.. nak aku temankan hantar?" tanya aku..
"sure.. boleh juga.." balas Ihsan..
lalu aku dan Ihsan terus bergerak ke dalam kereta Ihsan.. segala pakaian yang mahu dihantar kami letak dibahagian penumpang belakang.. menghidupkan enjin kereta, Ihsan mula bergerak memandu ke arah kedai dobi.. sampai sahaja ke kedai dobi, kami terus masuk ke dalam kedai.. di dalamnya kelihatan banyak mesin basuh yang disediakan.. kedai dobi ini jenis yang layan diri.. kita sendiri yang akan memasukkan sendiri segala pakaian kita ke dalam mesin basuh.. tapi kedai dobi itu turut menyediakan mesin pengering pakaian sekali.. jadi agak mudah juga lah.. hantar baju, masuk dalam mesin basuh, kemudian mesin mengeringkan pakaian, selepas itu kita ambil semula pakaian kita yang sudah pun menjadi kering..
sementara menunggu pakaian yang sudah pun dimasukkan dalam mesin mencuci baju, aku dah Ihsan hanya duduk di kerusi.. aku lihat Ihsan hanya memandang ke hadapan melihat baju-baju yang sedang berputar kelihatan di sebalik cermin lut sinar mesin basuh itu.. menunggu dan menunggu.. lantas, akhirnya aku mula bersuara...
"aku rasa dah agak lama juga aku stay dengan kau.." kata aku perlahan-lahan..
berkerut dahi, Ihsan mula memandang aku..
"berfikir untuk mahu pulang ke rumah??" tanya Ihsan..
"ha ah.. dah macam sebulan kan aku stay dengan kau.. aku fikir dah tiba masanya kot untuk aku pulang ke rumah family aku.. my mom tahu yang aku stay dengan kau.. dan tak kisah sangat aku nak stay dengan kau berapa lama pun, but katanya asalkan aku balik lah.. tentu lah aku kena balik.. before my graduation of couse lah kena balik dulu.." kata aku...
"hurmm.. aku rasa bersalah pula sebab kau stay dah lama dengan aku.. ha ah.. kau memang patut balik pun.. so, kau nak balik nanti bila?" tanya Ihsan..
"hurmm.. maybe dalam tiga or empat hari nanti.. sebab aku kena buat something gak sebelum balik.." dalam fikiran aku mula teringatkan tentang ajakkan Shahir untuk mahu berjumpa dengan aku terlebih dahulu..
"owh.. okay.. hurmm.. balik nanti naik apa?" tanya Ihsan lagi..
"dengan bas lah kot.. tentu lah dengan bas.. nak naik apa lagi kan?"
"okay.. nanti kau cakap kat aku lah bila kau dah beli tiket nanti, aku hantar ke stesen bas.." kata Ihsan..
tersenyum, aku hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.. suasana menjadi sunyi seketika.. kedua-dua kami diam membisu.. hanya kedengaran bunyi mesin basuh yang sedang memutarkan segala pakaian kami di dalamnya.. aku lihat pakaian kami yang sedang berpusing-pusing di sebalik cermin lut sinar mesin basuh itu.. mulanya berpusing dari arah lawan putaran jam.. kemudiannya, berputar pula mengikut putaran jam.. dan seterusnya begitu.. berputar, dan terus berputar.. dan aku terus memerhatikan pakaian kami yang sedang berputar itu..
"oh tidak!!" tiba-tiba aku menjerit..
Ihsan di sebelah aku mula terkejut dengan aku yang begitu tiba-tiba itu..
"ada apa? kenapa Fahri?" tanya Ihsan..
lantas dengan segera aku menuju pada mesin basuh itu.. aku cuba menekan-nekan butang cuba memberhentikan mesin basuh itu.. tekan dan tekan.. akhirnya mesin basuh itu berhenti juga.. lantas dengan segera aku mengeluarkan segala pakaian di dalam mesin basuh biarpun semuanya masih lagi dalam keadaan basah.. aku tengok satu-persatu mencari sesuatu.. kehairanan melihat aku, Ihsan terus mendekati aku..
"kenapa Fahri? kenapa ni?" tanya Ihsan..
tidak memperdulikan pertanyaan Ihsan itu, aku teruskan juga mencari apa yang aku mahu cari.. akhirnya aku terjumpa.. seluar jean yang aku pakai semalam.. lantas dengan segera aku menyeluk poket seluar jean itu..
"oh no!!" jerit aku..
"kenapa, Fahri? kenapa?" tanya Ihsan lagi..
mula menutup mata dengan telapak tangan aku, wajah aku pula tunduk ke bawah dengan penuh rasa kekecewaan..
"ianya dah rosak.. ianya dah hancur.." kata aku perlahan..
"apa dia yang rosak? apa dia yang hancur?"
aku pandang wajah Ihsan.. wajahku sungguh kecewa.. lalu aku tunjukkan bekas-bekas kertas yang kini menjadi kepinggan kecil akibat termasuk dalam mesin basuh tadi.. lalu dalam hati aku berbisik,
aku malah tidak sempat meminta nombor telefon Nora, dan sekarang alamat rumah Saiful pun dah 'hilang'..
kecewa.. aku terus menundukkan wajah ke bawah..

* * *

penuh misteri.... sajer jerk nora ni....
ReplyDeletemesti x puas hati sbb pendek sgt kn? hihi
Deletealooooo.... mcm mn ni? x ingat ker alamat?
Deletekalau aku jenis org yg tak akan mudah hafal.. lagi2 klu tempat tu aku tak kenal.. but for sure, fahri akan ingat serba sedikit.. tapi akan jadi mcm ada yg dia tidak berapa nk ingat..
Deletesbb Saiful kan berada di lain bandar dari tempat Fahri berada skrg.. misalnye, klu aku memang xkn familiar dgn tempat2 kat yg aku x familiar.. mcm kat selangor, even dh dua tahun pun stay selangor, byk tempat aku aku x tahu kecuali lh klu nama mukim mcm petaling jaya, kajang, subang jaya ke, tapi klu nama bangunan ke, jln ke, memang aku x tahu..
Deletelagi2 klu nombor.. aku ni memang susah nk hafal nombor.. even nombor fon sendiri pun x hafal.. hahaha.. (true story).. nombor rumah berapa.. nama bangunan apa.. so, benda ni mcm aku jd Fahri lh.. hihi.. sbb aku memang x pandai nk hafal2 ni.. hihi
DeleteHope fahri dpt jumpe saiful
ReplyDeleteHahaha...actually aku still x leh trima yg diorang stay bertiga..raae mcm x logik...
ReplyDeleteN mase fahri dgr khabar saiful dr nora..aku rase fahri lgsung x rase trkejut..i meant ..yela..boleh lak fahri Selamba je cerite psal Plu kat nora ...haha..pdhal bnde tu mcam x sesuai lgsung utk disembgkan dgn prmpuan...
At least buat lha yg fahri tu.terkejut mean...yela kan da lame x dgr brite tntang saiful..
Last dia dgr crite dia dgn amir...
Ha...asal x mention amir??mane plak pg mamat tu?? Pdhal last crite hri tu psal dia..
Ok..maybe blum lg kot..haha...k.k...next~
haha..n aku ingat nora tu tunang saiful ke...hahaha....
Btw...nice story gak..
1. actually klu baca betul2, nora yg brbual mengenai PLU pada Fahri.. Nora dh byk tahu tentang hubungan Fahri dgn Saiful.. mcm dia ckp lh, Nora ckp yg dia tahu Saiful suka kat Fahri.. fahri dh boleh agak yg saiful mcm dh byk cerita tentang mereka pd nora, ye lah, mcm mana nora tahu nama fahri klu saiful x cerita kn? tp fahri x sangka pula yg sbnrnye nora tahu lebih byk benda dr apa yg dia fikirkn sampai dia tahu saiful suka pd fahri.. n nora pun ckp, dia x kisah sgt klu fahri ni gay ke.. bahkn nora ckp yg dia pun dh mula byk benda tentang gay ni.. sbb tu nora sebut 'people like us'.. kata nora, saiful yg ajar tentang term tu.. bukannya fahri yg slumber ckp pasal PLU.. bahkan fahri pun klu baca dgn teliti rasa agak malu bila nora tahu yg dia ni gay.. fahri pun mcm xleh percaya yg nora jenis yg agak open..
ReplyDelete2. last sekali fahri jumpa dgn saiful bila kejadian saiful sdg lukis potret fahri, then fahri lari bila saiful confess yg dia suka kat fahri.. then, lps tu, fahri hanya dgr cerita tentang saiful dr mulut amir.. tp tu pun bila amir marah2 kat fahri tentang saiful.. but amir x kata apa2 pun tentang keadaan saiful mcm mana.. but fahri pun dh x jumpa dgn amir lg lps tu.. sampai lh habis study, sampai lh skrg ni, tempoh masa yg agak lama.. so, memang fahri pun dh lama x jumpa amir.. (but dlm part 32 ada sebut yg hafiz ada kaitan dgn amir).. so memang pelik lh klu fahri akan sebut tentang amir.. lg2 time dia tgh berborak dgn Nora.. fahri pun x pasti kalau Nora kenal dgn amir ke x.. fahri mungkin fikir, antara org tahu saiful berada adalah amir.. tp kita x tahu lg hal ini sbb saiful kn telah pindah rumah.. sama ada amir sndiri tahu saiful ada d mana, itu masih kita x ketahui..
3. terkejut apa yg dimaksudkan? dlm cerita ini, fahri terkejut yg ada potret dirinya d galeri itu.. lalu terus dia menyangka yg saiful mungkin ada d situ.. dlm awal part ni menyatakan yg fahri nk jumpa dgn pelukis lukisan tu but yg dtg adalah Nora sebagai wakil saiful.. of course fahri nk tahu tentang saiful.. sbb tu dia nk cari pelukis lukisan itu.. n sbb tu dia bertanya byk kali pada nora, tanya saiful ada kat mana? knp dia x dtg? but sebaliknya nora ajak fahri utk pergi keluar makan malam.. ia menunjukkan yg fahri nk tahu apa yg jd pada saiful..
4. pasal nora ni.. actually nora ni dh muncul dlm part 29 'to love, or to be loved?'.. time saiful sdg bkrja lalu trjumpa dgn kenalan lamanya, Nora.. dlm part ni juga ada babak menceritakan bagaimana saiful ni confess yg dirinya adalah biseksual.. so, nora asalnya x menyangka, n mcm xleh terima.. tp, nora takde lah kutuk2 saiful ke apa.. nora just dgr apa yg saiful cuba ceritakan.. dlm part kali ni jg, kita dpt tahu yg nora dh mcm tahu byk tahu tentang saiful.. malah dah mula tahu tentang dunia PLU saiful.. ia menunjukkan slps pertemuan nora dgn saiful pd part 29, mereka brdua dh mula byk brbual dr hati ke hati.. malah nora juga byk tahu tentang rahsia saiful suka fahri n juga belajar tentang dunia PLU saiful.. so, dlm part 33 ni nora ada kata
"don't worry.. tak perlu takut pada saya.. saya okay je.. banyak benda juga yang saya belajar dari Saiful.. 'People Like Us'.. Saiful kata itu adalah antara nama untuk refer untuk golongan macam ini.. honestly, itu lah kali pertama saya dengar perkataan itu.." kata Nora..
so ia menunjukkan yg nora dh awal2 lg tahu n belajar srba sdikit tentang dunia plu dr saiful..
Terkejut la..yela kan bru first time meet nora n tetibe nora da cerite sgalanya...mcam pelik je...at least dia x kan selamba cerita maybe fahri akn tergamam utk jgka mase yg agak lame...yela da lame x dgr brite tntg saiful...kan...
DeletePsal.nora tu aku taw je dia da wjud lame but time tu just dia n saiful je kan...
N lg stu...aku plik fahri seolah olah bangga plak yg gmbar dia ade kat wall balai seni.tu...
..bnde tu kan da lame..x kan dia x rase mrah ke kat saiful sbb da tayang muke dia kat khalayak rmai...fahri x malu ke...plus saiful kat suke fahri...aku ingatkan yg fahri akn rase mrah kat saiful...mmmm
entah lha...
Maybe aku yg x fham cerite ni kot.....k...
kalau semua ikot idea kau tak best jugak.
Deletebro cepat2 sambung ye.. x puas la...please!!
ReplyDeleteCepat cepat jumpa syahir aku dah rindu kat dia .... but aku rindu saiful juga hahaa... alamat pulak hilang. .. but mesti jumpa nnt kt pertandingan lukisan pic fahri akan menang... yeah
ReplyDeletehye... i dont know if you could reply me back or not... ( many this "kind" people not replying my msg... bcoz im a girl.. maybe..owh pls~~ no dicsrimination pls.. sy terbuka dalam hal sebegini....)
ReplyDeletehm... may i ask your favor? im doing some research for my next manuscript project... and its about pengkid gayboy stuff ect... and i read at your blog, review about plu novel... where could i get those novel? or mybe you can buy it for me.. then i pay it to you?
ok.. ku penat gila nak beromputeh.. hahaha... mcm ni la awk... sejujurnya sy ada banyk kwn yg gay and pengkid.. but when i ask them about their lifestyle... diorg ckp " ko tak payah tahu la nemo.. ko budak baik." but i really need to know about them..
boleh tolong sy x? pls~~~~ mengharap sangat ni...
p/s::: memang dkt internet ada bnyk bahan.. tp kalau setakat baca komik yaoi tu.. lifestyle tak sama... need some1 melayu.. malaysian lifestyle...
kindly email me :: husnahamdan1987@yahoo.com
Best cerite ni tpi pnjang gilerrrr....
ReplyDeleteBtw...im a gurl n my name is liyana...haha..thts y i rlly love this story...nice
what a long story dude....~
ReplyDeletelama x mengikuti citer ne... tp rasanya bertambah 2 bab jer... tp ok la kot. buat panjang sket ar.. x puas baca...
ReplyDeleteKenapa harus mcm ni???? Dalam realiti memang xde la nak rse happy bercinta. Dalam imaginasi juga begini??? Baru nak feel ape rasenye percintaan plu... taubat aku nak bace novel plu lg.........
ReplyDeleteLamabtnye sambung die......
ReplyDeleteAri2 tunggu new episode.....
Be fast bro...ehehehe
^_^....
lmbt lg ke next episod,, x sbrrrrrrr
ReplyDeletecepat sikit update..kalau boleh bagi 3,4 episod sekali gus...heheheh
ReplyDeletelamanya next epi.. kte fhm dgn kesibukan putra, kte ni tau baca je la kan haha.. tp menunggu epi ne lebi menyeksakan dri menunggu epi drama filipino...
ReplyDeletesuka pulak dengan watak saiful terasa seperti aku berada di tempat dia
ReplyDelete