Friday 29 March 2013

Unspeakable Love -Part 23-





Part 23 : The Portrait

duduk berseorangan di ruang tamu, Saiful hanya menatap tepat pada sesuatu yang tergantung pada dinding.. suasana dalam rumah Saiful ketika itu agak gelap.. langsir rumahnya masih lagi tidak dibuka.. pada saat ini, jam menunjukkan dalam pukul 2 petang.. terdiam membisu, mata Saiful merenung pada sebingkai gambar.. dalamnya ada sebuah lukisan.. potret Fahri yang telah dilukisnya pada beberapa hari lepas, telah dibingkaikannya..

Saiful kelihatan begitu comot.. rambutnya berserabut.. misai dan janggutnya juga tidak dipotong.. matanya kuyu.. bajunya lusuh.. sudah beberapa hari dia tidak mandi.. pakaianya yang dipakainya sekarang adalah pakaian yang sama ketika Fahri datang berkunjung ke rumah beberapa hari lepas..

dia masih tidak dapat melupakan apa yang telah berlaku ketika Fahri berkunjung ke rumahnya.. kata-kata yang keluar dari mulut Fahri itu masih melekat di hatinya.. satu perkataan yang telah menghiris hati, parutnya masih juga kekal meninggalkan bekas.. pada hari itu, selepas sahaja Fahri keluar dari rumahnya, dia tidak mampu menahan sebak di hatinya.. air mata lelakinya mengalir tanpa henti.. seakan dunia telah musnah, dia hanya mampu menangis..

selepas itu, Saiful kerap memandang pada lukisan Fahri yang dilukisnya.. Fahri tidak sempat untuk melihat hasil lukisan itu.. dia pergi secara tiba-tiba.. yang kini kenangan yang dia tinggalkan hanya lukisan itu.. terdiam membisu, Saiful menyentuh pada lukisan itu.. di mindanya membayangkan bahawa dia sedang menyentuh Fahri.. jarinya mula menyentuh pada bahagian wajah lukisan Fahri.. di minda Saiful membayangkan bahawa dia sedang mengusap pipi Fahri.. semuanya hanya lah ilusi.. Saiful mungkin tidak lagi dapat berjumpa dengan Fahri..

Saiful pernah membuat panggilan dan menhantar SMS kepada Fahri beberapa hari lepas.. namun seperti yang dia sangkakan, langsung tiada balasan diberikan oleh Fahri.. tertanya memang benar, Fahri akan mula menjauhkan dirinya.. Saiful mula takut jika itu berlaku..

'aku tak harapkan kau untuk membalas perasaan aku.. tapi, tolonglah, jangan lari dari aku..'

pesanan ringkas itu telah diberikannya namun sehingga kini langsung tidak mendapat sebarang jawapan..

dia tahu yang dia tidak boleh memaksa Fahri untuk jatuh cinta pada dirinya, namun pada masa yang sama, dia tidak boleh paksa dirinya dari berhenti mencintai Fahri.. dia tahu, biar pun hakikatnya begitu, hatinya masih lagi terukir nama Fahri..

pintu rumah diketuk.. seseorang telah berkunjung ke rumah Saiful pada hari itu.. Saiful teruja.. dia fikir yang datang itu adalah Fahri.. hatinya mula berbunga-bunga ceria.. berlari dia terus membuka pintu rumahnya berharap Fahri akan berada di depan matanya..

"Fahri! aku minta maaf.." kata Saiful terus memeluk orang itu..

pelukkannya semakin erat.. air matanya mula mengalir..

"please.. jangan lari dari aku.." kata Saiful lagi.. dia betul-betul tidak mahu kehilangan Fahri biarpun Fahri tidak akan membalas perasaannya.. tanpa Fahri, hidup seakan tidak bermakna lagi..

"Saiful.." orang itu mula berkata.. tangannya cuba meleraikan pelukkan Saiful.. 

Saiful tergamam.. suara itu bukan milik Fahri.. lantas dia meleraikan pelukkannya itu.. di lihatnya, bukan Fahri namun Amir yang berada di depan matanya itu..

Amir hanya terdiam membisu.. dia tatap wajah Saiful yang terkejut itu.. 

"so, kau fikir aku Fahri?" Amir mula berkata..

Saiful tidak berkata apa-apa.. dia masih lagi tidak menyangka bahawa Amir lah yang di depan matanya..

Amir mula melangkah masuk ke dalam rumah Saiful.. diperhatikannya keadaan rumah Saiful yang terumbang-ambing itu.. di atas meja makan Saiful, masih lagi ada pinggan yang langsung tak dikemaskan dan dicuci.. keadaan dalam rumah begitu gelap.. lalu Amir berjalan ke arah tingkap.. dibukanya langsir untuk membiarkan cahaya menerangkan keadaan dalam rumah itu..

"berapa lama kau sudah jadi begini?" tanya Amir tanpa memandang ke arah Saiful.. dia hanya terus memerhatikan keadaan rumah Saiful yang bersepah itu..

Saiful hanya terus diam membisu.. dia hanya terus memandang Amir..

"kalau kau ada apa-apa masalah, kau cakap je lah kat aku.." kata Amir yang kini berada di meja makan Saiful.. dikemasnya pinggan makan Saiful.. lalu dibawanya ke dapur..

setiba sahaja Amir ke dapur, dia lihat di singki dapur rumah Saiful penuh dengan pinggan mangkuk yang masih tidak dicuci.. Amir terdiam.. dia menarik Nafas.. lalu, disusunnya pinggan mangkuk itu di tepi singki.. kemudian dia mula mencuci pinggan mangkuk itu satu persatu.. 

"aku risau tentang diri kau, Saiful.. sebab tu aku datang.." kata Amir tanpa memandang Saiful..

seperti biasa Saiful kekal juga membisu.. selesai sahaja Amir mencuci semua pinggan mangkuk, dia masuk semula ke ruang tamu.. lalu dikemaskannya pula keadaan ruang tamu rumah Saiful yang berterabur itu.. selepas itu, dia masuk pula ke dalam bilik Saiful.. dikemaskan pula katil Saiful.. bantal disusun ditempat sepatutnya.. selimut pula dilipat dengan kemas.. Saiful pula hanya terus memerhatikan Amir yang mula mengemaskan rumahnya itu..

"macam aku cakap tadi lah.. aku risaukan tentang keadaan kau, Saiful.. kau pun bukannya sihat sangat.." kali ini Amir memandang wajah Saiful.. pandangan matanya serius..

"maafkan aku kalau buatkan rasa risau.." Saiful berkata jua akhirnya..

"kau dah makan ubat??" tanya Amir..

Saiful terdiam.. dia hanya tunduk membisu..

dengan serta-merta darah Amir mula naik, "kau ni kenapa, hah?! kau tak sayang diri kau ke?!!" Amir terus memarahi Saiful..

terus Amir selongkar alamari Saiful.. dibukanya laci almari lalu diambilnya beberapa botol ubat yang berada di dalam laci itu.. masih berasa marah, Amir pergi ke dapur untuk mengambil gelas dengan air mineral.. dipenuhinya gelas itu dengan air.. lalu segara dia masuk semula ke dalam bilik Saiful.. dia halakan gelas itu kepada Saiful..

"makan cepat..." pinta Amir.. dia tatap mata Saiful dengan pandangan yang tegas..

"aku tak boleh.." kata Saiful perlahan..

"kenapa pula?!" kata Amir dengan kasar..

"aku tak makan apa-apa lagi.." 

Amir terdiam.. dia mengeluh seketika.. memang ada benar juga kata-kata Saiful itu.. dari apa yang Amir lihat, Saiful nampak memang masih belum makan pada hari ini.. semakin risau pula dia melihat keadaan Saiful.. makan tak dijaga.. kesihatan pun tak dijaga.. rumah terumbang-ambing.. kalau hal ini berterusan, memang dia betul-betul tak akan sedap duduk memikirkan keadaan Saiful..

"kau pergi mandi dulu.. kita makan kat luar, okay.." kata Amir..

tapi Saiful masih juga berdiri di situ memandang Amir..

"aku tak nak keluar.." kata Saiful pula..

Amir menarik nafas.. dia nak marah Saiful sebenarnya.. tapi ditahannya dulu perasaan itu.. kenapa lah Saiful ni degil sangat.. tu lah yang Amir fikirkan..

"okay.. aku pergi keluar jap.. beli barang untuk makan.." kata Amir..

lalu Amir pun mula beredar dari situ.. Saiful hanya memandang Amir melangkah pergi.. lebih kurang lima minit selepas Amir pergi keluar, Saiful kembali termenung di ruang tamu rumahnya.. dia duduk di kerusi sambil memandang semula ke arah dinding.. bingkai gambar yang ada potret lukisan Fahri ditatapnya semula.. beterusan, dia hanya memandang ke arah lukisan itu tanpa jemu..

tiba-tiba dia tersenyum.. mula terimbas semula detik perkenalan antara dia dan Fahri di mindanya.. berjumpa di laman sosial Planet Romeo. di saat itu bermula lah hubungan antara mereka berdua.. dari Planet Romeo beralih pula ke YM.. hampir setiap malam mereka berbual bersama.. biarpun mereka tidak pernah bersemuka pada saat itu, namun setiap kali dia dapat berbual dengan Fahri, hatinya berasa begitu gembira.. dia sering ternanti-nanti kalau Fahri akan berbual dengannya lagi.. kalau sehari Fahri tidak online, hatinya seakan gelisah.. dia tidak faham akan perasaanya itu.. sehinggalah dia mula bersemuka dengan Fahri.. hatinya memang betul-betul berdebar-debar di saat dia mahu berjumpa dengan Fahri di alam nyata.. perasaan gundah itu langsung tidak ada jika dia bersemuka dengan kenalan internetnya yang lain.. bukannya ini kali pertama dia berjumpa seseorang yang dia kenali dari alam maya, namun dia sudah pun terbiasa melakukannya..

dia tidak pasti pada saat bila dia sudah jatuh hati terhadap Fahri.. apa yang dia tahu, setiap kali dia menatap gambar Fahri yang dia ambil secara diam-diam di profile Facebook Fahri, Saiful akan sentiasa tersenyum melihat wajah Fahri itu.. setiap malam, sebelum dia tidur, gambar Fahri lah dia tatap dahulu.. namun, dia tidak pasti kenapa dia berasa begitu.. dia tidak faham perasaan apakah yang melanda dirinya.. mulai saat itu, mulutnya mula kerap menyebut nama Fahri.. setiap hari, kadang-kadang tanpa dia sedari, mulutnya tetap juga menyebut nama lelaki itu.. di mana-mana sahaja.. pada bila-bila masa juga..

tapi dia juga faham yang lelaki itu jatug hati pada insan yang lain.. dia juga faham yang cinta itu tidak boleh dipaksa.. seperti mana dia mula reda bahawa dia di hati lelaki itu hanya lah seorang teman biasa, namun dia tidak boleh menipu perasaannya untuk terus mencintai dan menyanyangi insan yang dia sayangi..

biarpun cinta yang tak pernah dibalas...

Amir telah pun kembali ke rumah.. dia dengan segera mengambil pinggan untuk diletakkan makanan yang dia beli di luar tadi.. kemudian, di bawanya ke ruang tamu.. diletakkannya di meja makan yang berada di situ.. kini Amir duduk bertentangan dengan Saiful.. dia lihat Saiful masih lagi bermuram..

"aku just nak ucap terima kasih.." kata Saiful..

"tak payah kau cakap macam tu.. aku buat ni sebab aku still sayang kat kau.." kata Amir..

Saiful hanya berdiam diri.. dia masih belum lagi menjamah makanan yang ada dipinggannya.. melihat keadaan itu, Amir bingkas bangun dari tempat duduknya lalu pergi mendekati Saiful..

"nak aku tolong aku suapkan?" tanya Amir..

"eh, tak payah lah.." Saiful menolak..

"please.. aku teringat waktu dulu-dulu.. sewaktu kita masih lagi bersama.." pujuk Amir..

Saiful berdiam diri sahaja.. dibiarkannya sahaja Amir menyuapkan makanan untuk dirinya.. pada saat itu, terimbas semula kenangan sewaktu dia adalah teman lelaki Amir.. hubungan lama yang tidak berkekalan.. Amir pula kelihatan begitu gembira bila dia menyuapkan Saiful.. matanya bersinar.. namun Saiful pula langsung tidak memandang Amir.. matanya masih lagi tetap memandang ke arah dinding yang ada lukisan potret Fahri.. menyedari yang Saiful memandang ke arah sesuatu, Amir menoleh ke arah tempat yang menjadi tumpuan Saiful..

Amir terkejut.. Amir terus berdiri lalu menghampiri ke arah lukisan dalam bingkai gambar itu.. lama diperhatikannya.. dahinya berkerut..

"kenapa lukisan Fahri ada kat sini??" tanya Amir.. dia toleh ke arah Saiful..

pada saat itu, Saiful mula berasa serba salah.. pada saat itu, Amir telah pun mencapai lukisan itu.. diturunkannya dari dinding, kini lukisan itu berada di tangannya.. Amir tatap lukisan itu dengan tajam.. secara tiba-tiba darahnya mula naik.. perasaan cemburu mula menghantui dirinya..

"aku tanya lagi.. macam mana lukisan Fahri ada kat sini??" tanya Amir lagi.. matanya penuh dengan rasa marah..

"Amir, jangan sentuh lukisan itu!" Saiful cuba merampas lukisan itu dari genggaman Amir.. namun dengan segera Amir mengelaknya..

"aku tak suka lukisan ini ada kat sini!!" kata Amir dengan kasar.. lalu diangkatnya bingkai gambar yang ada lukisan itu ke atas.. dalam hatinya mahu menghempaskan lukisan itu ke lantas..

"Amir! jangan!!" Saiful terus cuba merampas lukisan itu semula..

"aku tak perduli!! aku tak nak tengok lukisan ini!!" Amir semakin menggila.. biarpun Saiful cuba merampas lukisan itu namun ternyata masih juga gagal..

pergelutan berlaku.. Amir masih juga tidak mahu melepaskan lukisan itu.. Saiful pula terus cuba merampas lukisan itu.. cuba dan terus mencuba.. akhirnya Amir berjaya menjarakkan dirinya dari Saiful.. kini dia berada berdekatan dengan tingkap rumah.. dengan perasaan marah, dia mahu melontarkan lukisan itu keluar dari rumah..

"kalau kau sayang aku, tolonglah... jangan..." kata Saiful.. entah kenapa secara tiba-tiba Saiful mula mengalirkan air mata.. dia mula sujud ke lantai merayu ke arah Amir.. "tolonglah.. jangan..." air mata Saiful mula membasahi mukanya.. mengalir dan terus mengalir..

Amir terdiam.. dia tidak menyangka yang Saiful kini telah pun mengalirkan air mata.. Amir kini terdiam kaku..

"kalau kau sayang aku, tolong lah Amir, jangan..." Saiful masih lagi merayu.. air matanya terus membasahi pipinya..

selama Amir mengenali Saiful, tidak pernah dia melihat Saiful menangis merayu-rayu sebegini.. sebetulnya dia langsung tidak pernah melihat Saiful menangis.. kini di depan matanya, lelaki itu sujud merayu menangis ke arahnya..

entah kenapa Amir mula berasa sebak.. lalu dia tunduk ke arah Saiful yang sujud pada dirinya.. diusapnya rambut Saiful lalu berkata...

"jangan menangis lagi... aku sayang kau, Saiful..."








"ask me why I keep on loving you when it's obvious you don't feel the same way for me..

the problem is that as much as I can't force you to love me, I can't force myself to stop loving you....







Tuesday 26 March 2013

Abang-abang Senior





hari tu aku adalah sembang dengan rakan blogger yang dah lama kenal.. sejak aku mula-mula start buat blog lagi lah.. aku ada cakap lah kat dia yang aku ni tak berapa suka kalau nak panggil orang dewasa dari aku dengan gelaran 'abang'.. kalau untuk saudara-mara aku tu boleh lah aku nak panggil abang.. then aku cakap lagi lah, sebab kenapa aku berat mulut nak panggil orang abang ni sebab dalam sejarah hidup aku memang ada kenangan-kenangannya lah kenapa aku kurang berkenan dengan yang lebih dewasa.. then oleh disebabkan itu, sejak aku kecil lah lagi sampai lah aku study oversea, aku memang tak bergaul pun dengan yang lebih dewasa.. cuma waktu kat aussie ni lah baru nak start bergaul semua..

senang cakap lah, aku ni kurang berkenan dengan yang lagi dewasa.. aku agak paranoid lah..

kalau ikut sejarahnya lah, waktu kecil dulu di zaman sekolah rendah, aku ni selalu juga kena kacau oleh yang dewasa.. kadang-kadang tu sampai buat aku menangis lah.. memang selalu macam tu.. even kalau aku pergi apa-apa event, kalau aku tengok orang yang dewasa aku selalu fikir yang dorang akan ejek aku or kacau aku.. tapi usually dorang akan buat macam tu juga.. then lepas tu mesti rasa macam nak elakkan diri daripada sesetengah abang-abang yang suka kacau aku tu.. 

waktu aku kat menengah rendah pula (Form 1-3), aku rapat dengan junior.. kebanyakkan junior memang suka kawan dengan aku.. hardly aku rapat dengan senior-senior.. sebabnya, kadang-kadang tu ada senior yang aku tak berapa nak berkenan dengan perangai mereka yang berlagak lah.. waktu aku form 2, aku stay hostel dan dalam bilik aku cuma aku seorang je yang muda.. yang lain budak-budak form 4 and form 5.. then ada seorang budak lelaki yang tidur sebelah katil aku ni, suka je buat sampah kat tempat katil aku.. dia sorok sampah-sarap dia kat katil aku.. kadang-kadang tu ada juga lah ahli roommate yang semuanya lagi tua dari aku kacau aku juga.. cuma beberapa orang tu je yang memang baik kat aku.. senang cakap, even aku satu roommate dengan student yang lagi tua, tapi aku kurang berkenan dengan kebanyakkan mereka lah.. then waktu aku form 3 pula, aku stay kat bilik lain pula.. ada satu kejadian tu, aku pernah gaduh dengan budak form 6.. dia marah aku sebab aku ni jenis yang keras kepala.. yang pasti waktu tu aku memang geram betul kat budak form 6 tu.. then dalam bilik tu ada juga lah beberapa budak form 6 yang kadang-kadang tu kalau cakap dengan aku agak sinis juga.. senang cakap macam mengejek lah..

then waktu aku form 4 pula aku pindah sekolah ke sekolah berasrama penuh.. waktu aku form 4 pula, senior kita orang iaitu form 5 punya lah celaka.. dorang ni terlalu pentingkan senioriti.. mereka selalu cakap junior kena selalu hormat pada senior.. selalu juga dorang ragging budak-budak junior.. sampai memang terasa ada gap antara junior yang senior.. maksud aku senior form 5 tu lah yang teruk.. aku langsung takde kawan pun dalam kalangan budak form 5.. sebab dorang pentingkan senioriti.. sampai lah waktu tiba pula giliran kami (batch aku) pula jadi form 5.. jadi paling senior kat sekolah.. then waktu tu baru lah wujud pergaulan antara senior and junior.. takde lah gap macam dulu yang pernah dibuat oleh bekas senior.. senior and junior enjoy je sesama sendiri.. kadang-kadang tu sampai junior pun boleh naik kepala..

then lepas tu aku masuk asasi pula.. tapi aku masuk asasi sekejap je, sebab aku dapat tawaran untuk study kat aussie.. so, aku pun pindah pergi IPTS sebab kena buat course AUSMAT before nak fly aussie.. waktu aku kat IPTS ni pula, senior kat sana macam ada takde je.. jumpa pun waktu solat kat surau je.. lepas tu dah blah.. takde pun pergaulan antara senior junior.. so, kiranye aku langsung tak bergaul dengan senior pun waktu aku kat IPTS.. 

then lepas tu aku fly pergi Aussie.. pada saat ni baru lah aku mula nak bergaul dengan yang paling tua.. sebab aku paling muda kan.. nak tak nak kena bergaul juga.. lebih-lebih lagi study di negara orang.. but waktu aku kat aussie ni pun ada lah dua orang abang tu suka je nak sakat aku.. memang kadang-kadang tu buat aku rasa annoying.. but mula lah aku belajar macam mana nak bergaul dengan yang lagi tua.. so, basically selama aku hidup cuma kat aussie ni lah aku bergaul dengan abang-abang, kakak-kakak semua.. selama ni tak pernah pun.. tak pun sebab aku kurang berkenan dengan bekas senior aku dulu-dulu..

pernah juga lah aku berazam, macam nak buktikan pada abang-abang yang suka kacau aku dulu tu bila aku dah berjaya nanti lah.. sebab kalau kita ni macam dah ada kedudukan or dihormati, baru lah orang nak segan kat kita.. aku fikir macam tu lah.. then last-last aku pun dah study kat aussie kan.. bila aku balik malaysia dulu, abang-abang yang punya lah berlagak kat aku dulu rasa macam mula rasa nak hormat kat aku.. ye lah kan.. orang pertama dari kampung aku yang study oversea.. selama ni tak pernah ada pun, so aku lah yang the first time and perasmiannya..

so, sebab sejarah hidup aku yang agak 'pahit' dikalangan orang yang lagi tua tu membuatkan aku macam paranoid dengan yang dewasa.. aku fikir yang dewasa ni suka berlagak lah.. nak kita hormat dia je.. dah tu suka nak kacau aku.. lama-lama aku aku jadi kurang berkenan lah dengan mereka..

aku pernah cakap dulu dalam blog ni, kalau aku fikir aku nak bercinta lah, aku tak nak dengan yang terlebih dewasa.. sebabnya aku agak kekok dengan yang tua.. (sebab sebelum ni tak pernah bergaul kan.. so memang kekok lah..).. dan lagi aku tak nak panggil orang tu abang.. sebab terasa ada gap.. aku tak nak ada gap gap ni.. macam kita terpaksa nak hormat mereka.. kena jaga cara percakapan lah.. 

aku ada baca dalam blog La Telenovela: Orang Macam kita tentang novel bersiri tu, bila watak utama si Im tu menjerit kat Fahmi kata "Abannnggg!!" waktu Fahmi nak tinggalkan dia.. actually time tu aku terbayang lah kalau aku jadi Im, then jerit macam tu... jerit "Abannngggg!!".. dalam hati aku berkata, "geli giler aku kalau cakap macam tu.. mak ai.. memang geli lah dengan word macam tu.." feeling bila aku yang terjerit kata "Abannngggg!!"

geli aku!! seriously!!



so, begitulah sejarahnye and sebab kenapa aku jadi macam ni.. tapi bila aku dah mula selalu chat dengan readers yang lagi tua, sedikit sebanyak tu ada lah juga macam menghakis paranoid aku terhadap yang dewasa.. kacuali lah ada seorang yang dewasa (abang) yang mampu ubah persepsi aku, tapi untuk saat ni takde lah orang macam tu..



#kalau yang ada chat dengan aku kat FB tapi beza umur sampai 7-8 tahun or lebih, aku still prefer nak guna 'I-you' berbanding nak panggil orang tu 'abang'.. so, ni adalah reason dia lah kenapa aku berat sangat nak panggil orang 'abang'..

Friday 22 March 2013

Unspeakable Love -Part 22-




Part 22 : The Tears

seminggu telah berlalu setelah hari aku meluahkan perasaanku terhadap Shahir.. tidak dapat aku nafikan, sejak hari itu, ada banyak perubahan yang berlaku dalam hubungan antara aku dan Shahir.. dia telah pun tahu yang aku mencintai dirinya selama ini.. namun sehingga saat ini aku seakan kurang percaya jika Shahir benar-benar telah menerima siapa aku dengan seadanya.. apa lagi apabila dia sudah tahu yang aku turut menyimpan perasaan.. seorang yang dia anggap kawan selama ini, sudah tentu lah aku di matanya akan berubah.. hubungan antara kami berdua tidak akan lagi menjadi seperti biasa..

Shahir, biar pun pada masa yang sama dia seakan menerima siapa aku yang sebenarnya, namun dapat aku rasakan yang dia seakan mula kekok dengan diriku.. layanannya terhadapku juga berbeza.. kami masih lagi berbual seperti kebiasaanya.. dia mula berlagak seperti tidak ada apa-apa yang telah berlaku di antara kamu berdua.. namun, perbualan antara kami berdua bagi aku seakan tidak semesra seperti dahulu.. mungkin aku rasakan seakan ada tembok penghalang yang mula muncul yang membuatkan Shahir seakan kekok untuk melayan diriku seperti yang sebelumnya..

tentu lah dia akan berasa janggal.. di depan matanya adalah seorang lelaki yang lain dari sekadar seorang lelaki biasa.. di depan matanya adalah seorang lelaki yang punyai naluri yang berbeza.. dan lagi, tentu lah dirinya sedikit sebanyak akan berasa kekok kerana dia tahu lelaki di depan matanya itu menaruh hati pada dirinya.. biar pun si lelaki itu mengatakan yang dia tidak mengharapkan apa-apa.. si lelaki itu tidak mahu memiliki dirinya..

di satu suduh yang lain pula, aku tahu yang hatiku berasa sedikit lega.. telah terluah semua yang terpendam, di hati ini.. penerimaan Shahir terhadap diriku membuatkanku agak tenteram.. namun, adakalanya aku tertanya-tanya jika dia betul-betul menerima siapa diriku dengan seadanya, kerana selama ini sesuatu yang berbeza dia anggap terhadap Amir setelah dia tahu siapa Amir yang sebenarnya..

"kau okay kalau aku begini?" tanya Shahir..

pada pagi itu sebelum Shahir mahu mandi, dia berdiri menghadapku tanpa memakai baju.. hanya ada tuala yang berbalut pada pinggangnya.. aku hanya duduk di katilku turut memandang dirinya.. aku terkedu.. soalannya itu membuatkan aku sedikit terkejut..

"aku takut jika kau berasa kurang selesa jika aku seperti ini, tanpa memakai pakaian.. atau mungkin, aku yang berasa agak kekok sebenarnya..." kata Shahir lagi..

persoalan timbul, bagaimana kita mahu menyesuaikan keadaan ketika berada bersama-sama dengan seorang yang kita suka dalam satu bilik? Shahir memandang mataku tajam.. aku berasa sedikit gelisah.. memang tidak dapat dinafikan, jika dia tanpa berpakaian akan membuatkanku berasa ghairah.. perasaan itu tentu lah ada dalam diri aku.. cuba aku alihkan mataku ke tempat lain daripada terus memandang dirinya.. mungkin untuk mengawal nafsuku..

aku terdiam.. tanpa membalas pertanyaannya..

"mungkin kita perlukan sedikit adaptasi.." kata Shahir.. lalu dia membuka almari bajunya.. diambilnya singlet yang berwarna putih lalu terus dipakainya.. "mungkin ini lebih menjaga mata.." katanya lagi.. dia mengukirkan senyuman ke arahku..

mulai saat itu, bermula lah satu keadaan baru dalam hubungan antara kami berdua.. Shahir yang sebelum ini agak terbiasa tidur tanpa memakai baju, sudah mula menutup tubuhnya itu.. agak kekok bagi kami berdua untuk menyesuaikan diri dengan suasan yang baru.. seperti yang aku telah katakan, hubungan antara kami berdua tidak akan lagi menjadi seperti kebiasaanya..

aku pernah terserempak dengan Amir beberapa kali.. tatkala aku bertembung dengannya, dia hanya tersenyum memandang aku tanpa berkata apa-apa.. mungkin senyumannya itu agak sinis.. kadang-kadang aku berasa sedikit takut juga ketika bersemuka dengannya.. entah kenapa aku rasakan seperti ada sesuatu yang akan berlaku nanti yang Amir boleh lakukan terhadap aku.. pada saat itu, aku teringat akan Saiful.. berkali-kali aku cuba menghubunginya untuk tempoh seminggu ini.. namun telefonnya telah dimatikan.. hal ini membuatkan aku berasa sedikit pelik dan risau.. aku takut kalau terjadi sesuatu terhadap dirinya.. lebih-lebih lagi dia tidak akan menghilang tanpa menghubungi aku seperti ini..

pada hari Khamis lepas, aku pergi ke tempat dia berkerja.. ternyata Saiful juga tidak berada di situ.. aku ada bertanya kepada salah seorang petugas di restoran makanan segera tempat Saiful bekerja.. ternyata mereka semua juga tidak tahu ke mana Saiful telah menghilang.. kata mereka lagi, Saiful tidak datang berkerja sejak hari Isnin lagi.. hal ini membuatkan aku lebih berasa tidak senang hati.. hati terasa sedikit gelisah, pada hari yang sama aku pergi ke rumah Saiful.. namun ternyata dia juga seperti tidak berada di rumah.. sudah berkali-kali aku mengetuk pintu rumahnya dan memanggil namanya, namun langsung tidak ada jawapan.. lantas aku menulis satu nota yang mengatakan yang aku pernah datang ke rumahnya pada hari itu.. nota itu aku selitkan melalui ruang kecil di bawah pintu rumahnya..

pada hari ini, Sabtu aku sedang berada di dalam bilik cuba menyiapkan design rumah aku menggunakan software ArchiCAD.. sudah lebih dua jam secara beterusan aku duduk sambil menghadap komputer riba aku berusaha menyiapkan design rumah itu dengan secepat yang mungkin.. Shahir tidak berada di dalam bilik.. mungkin dia pergi ke perpustakaan ataupun ke studio.. bersedirian di dalam bilik, fikiran aku hanya tertumpu pada assignment yang harus aku siapkan dengan segera..

tiba-tiba sahaja fokus aku diganggu apabila telefon aku mendapat panggilan dari seseorang.. lantas aku melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbit aku itu.. aku berasa terkejut, terpampang nama Saiful..

"assalamualaikum.." kedengaran suara Saiful sebaik sahaja aku mengangkat panggilannya itu..

"waalaikumsalam.. Saiful?? kau apa khabar?? kau kat mana sekarang?? mana kau pergi pada hari-hari yang lepas? puas aku cuba contact kau tau.. kau buat apa sebenarnye??" bertalu-talu soalan aku ajukan kepada Saiful.. sesungguhnya aku memang berasa risau dengan ketiadaan dirinya yang secara tiba-tiba..

"hehehe.. kau ni.. mana satu aku nak jawab dulu ni?? kenapa?? kau rindu kat aku ke?? hehehe.." jawab Saiful..

"wei.. aku risau kat kau lah.. kau ni terus-terus je hilang tanpa boleh dihubungi.. kau kat mana sebelum ni??"

"kenapa?? perlu kah kau tahu semua tu??"

"kau ni.. ishh... okay.. aku malas dah nak ambil tahu.."

"hehehe.. risau juga kau kat aku kan?? aku tak apa-apa lah.. aku okay je.. beberapa hari lepas tu aku pergi ke satu tempat.. just untuk tenangkan fikiran, mungkin..."

"iya ke?? sampai matikan telefon sekali? wei, hari tu aku ada pergi tempat kau kerja tau.. mereka cakap kau tiba-tiba je tak datang.. kau ada apa sebenarnya??" tanya aku mula curiga..

"hmm... hmmm.. aku dah tak kerja kat sana.. dah cari kerja kat tempat lain.." Saiful memberi sebab..

"kau biar betul?? kenapa tiba-tiba je?? dah tu tak cakap kat orang kat sana tu?? berhenti macam tu je??"

"suka hati aku lah nak kerja ke tak.. nak cakap ke tak.."

aku terdiam.. kadang-kadang aku kurang faham juga dengan sikap Saiful ni.. senang-senang je dia nak berhenti kerja macam tu je.. mentang-mentanglah dia anak orang kaya, mungkin dia fikir dia boleh buat suka hati dia lah kot.. tapi, dia kat sini bukannya berduit sangat pun.. title je anak orang kaya.. tapi boleh je dia buat benda suka hati dia je..

"okay.." kataku ringkas...

"kenapa??" tanya Saiful..

"nothing.."

"kau rindu aku tak?? hehehe.."

"a bit lah... hmmm.. mungkin.. hahaha.."

"waahh.. untunglah aku, ada yang rindu.. hihi!"

"kau ni... ish... ada-ada je lah.."

"hahaha.. takde apa-apa lah Fahri.. kalau kau tak rindu aku pun takpe.. but aku nak cakap something lah.. aku rindu kat kau, Fahri..."

aku terdiam... kata-kata Saiful itu membuatkan aku terdiam...

"kenapa kau diam??" tanya Saiful..

"nothing.. hmmm.. aku just nak cakap something kat kau lah.. aku risau kan kau.. tapi aku aku tak tahu kenapa rasa berasa risau.. just ada timbul feeling tu kat hati aku.."

kali ini Saiful pula yang terdiam.. aku pula mula berasa pelik..

"Fahri.. boleh kita berjumpa??" tanya Saiful..

"bila??"

"sekarang ni.. kalau kau tak busy lah.."

"kat mana?" tanya aku lagi..

"later aku SMS kau nak pergi kat mana.. kau nak keluar tak??"

"aku okay je.. but aku kena salin baju dulu lah.."

hari ini perancangan aku yang sebenarnya adalah untuk menyiapkan design rumah aku dengan segera.. namun biar pun aku agak sibuk, tapi entah kenapa aku begitu sangat ingin berjumpa dengan Saiful.. kerja aku ditangguhkan.. dengan segera aku bersiap menyalin pakaian lain..

aku pergi dengan menaiki bus.. Saiful ada menghantar SMS dan berkata mahu berjumpa dengan aku di sebuah Shopping Mall.. aku hanya bersetuju.. lebih kurang pukul 2 petang, aku pun sampai ke tempat yang dimaksudkan.. berdiri di depan pintu masuk utama, aku menunggu kehadiran Saiful.. dia akhirnya menyusul dengan berpakaian hitam.. sebaik sahaja dia memandang aku, Saiful terus mengukirkan senyuman.. kami mula bersalaman.. dia kelihatan agak ceria bila dapat berjumpa dengan aku.. namun ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya di mata aku.. wajahnya kelihatan agak pucat.. seperti seorang yang sakit.. tapi dia kelihatan begitu bersemangat dan bertenaga pada hari ini...

"kau apa khabar?" tanya aku padanya..

"aku okay.. just rasa gembira dapat jumpa dengan kau lagi.." balas Saiful..

"aku still tertanya-tanya apa benda yang kau buat pada hari-hari lepas.." kataku lagi..

"ala.. kau tak payah lah tahu.. kan sekarang ni kita dah jumpa.. jom kita masuk ke dalam dulu.." ajak Saiful..

aku tak banyak melatah melainkan menurut kehendak Saiful.. di dalam Shopping Mall itu kami berdua hanya berjalan tanpa arah tujuan.. berjalan dan terus berjalan.. memang kami langsung tidak ada apa-apa perancangan yang harus dibuat bersama melainkan hanya untuk keluar berjumpa..

akhirnya kami memutuskan untuk makan di sebuah restoran untuk mengisi perut terlebih dahulu.. kami duduk bertentangan.. seperti kebiasaanya, aku terlebih dahulu makan manakala Saiful mula akan memerhatikan aku sedang makan.. dia akan tersenyum melihat aku.. mungkin sudah terbiasa dengan tabiatnya itu, kini aku tidak lah berasa telalu kekok seperti sebelumnya..

"ada banyak benda aku nak cakapkan kat kau sebenarnya.." aku mula bersuara..

"nak cakap apa?"

"banyak lah.. salah satunya tentang kau pergi mana pada hari-hari yang lepas.. but kau tak nak pula cakap kat aku tentang hal tu.."

"lagi?? apa lagi kau nak cakap??" tanya Saiful

aku pandang mata Saiful.. agak tajam.. "aku nak tanya tentang Amir.."

Saiful terdiam mendengar soalan aku itu..

"kau kenal dengan kawan aku bernama Amir tu kan??" tanya aku lagi..

"kenal.. so, kenapa dengan dia?" Saiful kelihatan sedikit gelisah..

"aku just nak tahu, apa hubungan antara kamu berdua sebenarnya?"

"hubungan?? jujur aku cakap kita orang takde apa-apa hubungan kecuali sekadar kenalan biasa.." balas Saiful..

"dia cakap kat aku, kau adalah couple dia... betul ke??"

"dulu ya.. but sekarang tak lagi.. dia cakap apa lagi kat kau??" Saiful pula bertanya kepada aku..

"takde apa-apa.." aku pula berasa gelisah..

"dia ada apa-apa kan kau ke, Fahri??" tanya Saiful.. agak serius..

"takde apa-apa.." aku menipu..

Saiful menenung mata aku.. mungkin cuba memastikan jika aku berkata benar ataupun tidak.. aku telan liur.. agak cuak bila dia tenung aku begitu...

"kalau takde apa-apa, bagus lah.." kata Saiful.. dia kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan jawapan aku..

suasana menjadi bisu seketika.. Saiful pun mula menjamah makanan yang masih lagi tidak diusiknya.. pada saat ini, aku pula yang memerhatikannya sedang makan.. dia memakan dengan perlahan sambil memandang aku.. dia tersenyum.. mungkin suka bila aku memerhatikan dirinya..

entah kenapa dalam hatiku mula terfikir yang Saiful ni agak comel juga kalau tersenyum.. kadang-kadang dia ni agak kebudak-budakkan juga.. dia juga seorang yang agak pelik.. angin dia cepat sahaja berubah.. beberapa minit lepas dia kelihatan agak gelisah, kemudiannya agak serius, kali ini dia pula tersenyum ceria.. selam aku kenal dirinya, memang begitu lah..

"aku dah cakap pada Shahir.." aku berkata dengan perlahan..

Saiful mengerut dahi, kurang faham dengan apa yang aku katakan..

"kau cakap apa pada dia?" tanya Saiful..

dengan perlahan-lahan aku pun menjawab, "aku dah cakap yang aku suka dia.."

"seriously??" Saiful agak terkejut.. "kenapa tiba-tiba je kau cakap macam tu kat dia??"

aku terdiam.. tak tahu nak jelaskan macam mana pada Saiful.. patutkah aku cakap apa yang dah jadi pada minggu lalu? menceritakan tentang apa yang Amir dah buat kat aku.. tentang rahsia aku dibongkarnya di depan mata Shahir.. mulai detik itu lah, tiada rahsia lagi yang aku dapat sembunyikan dari Shahir.. dia sudah tahu siapa aku yang sebenarnya..

"ye.. aku dah cakap kat dia." balasku..

"then dia respond macam mana??" Saiful mula ingin tahu..

"dia terima aku.. kami masih lagi jadi kawan..."

"seriously?? kau cakap apa kat dia sebenarnya??"

"aku cakap apa yang ada di dalam hati aku.. kata, walaupun aku suka kat dia, tapi aku tak mengharapkan balasan darinya.. sebab aku tak nak dia jadi macam aku.."

Saiful terdiam seketika.. dia pandang ke arah lain.. aku pula hanya memandang wajahnya.. kemudian, Saiful memandang wajah aku semula..

"baguslah kalau macam tu.. so, macam mana lah sekarang tentang hubungan kamu berdua?" tanya Saiful..

"maksud kau?"

"lepas kau dah confess semua kan, then kau fikir apa lah? maksud aku yang akan jadi lepas tu lah.."

"ermmm.. aku still tak fikir lagi apa yang akan jadi lepas ni.. but sekarang ni macam tu lah.. aku dah confess semua but kami still jadi kawan.. tu je lah.."

aku pun tak tahu apa yang akan jadi nanti.. hubungan antara aku dan Shahir masih lagi seakan kabur.. namun tak lama lagi pengajian aku di universiti ini pun akan tamat.. pada saat tu kami berdua akan mula berpisah.. aku sudah putuskan untuk menjauhkan diri dari Shahir bila masa tu sudah tiba.. mungkin Shahir sudah boleh faham kenapa.. jadi aku pun tidak perlu nak beri pelbagai alasan nanti..

selepas selesai makan, aku dan Saiful pergi bersiar-siar di dalam pusat membeli belah itu.. terdapat satu pameran terbuka tentang galeri lukisan.. Saiful mengajak aku untuk pergi ke pameran itu.. dia kelihatan agak teruja dengan lukisan-lukisan yang dipamerkan di sana.. ada perlbagai genre lukisan.. ada yang abstrak, mahupun realistik.. dari belakang, aku hanya memerhatikan Saiful yang begitu ghairah melihat setiap lukisan yang tergantung.. aku fikir yang dia begitu meminati seni lukisan.. dari melihat keterujaannya, nampaknya seakan begitu lah..

"Fahri, kau tengok ni..." ajak Saiful..

di depan matanya tergantung satu lukisan potret seorang lelaki.. bermediumkan cat minyak.. lelaki di dalam gambar itu tidak memakai baju.. badannya agak kekar.. namun wajahnya pula agak kurang jelas dilihat kerana ditutupi bayang yang gelap.. lukisan yang sangat realistik..

"aku suka dengan lukisan ini.." kata Saiful lagi penuh keterujaan..

aku tak berkata apa-apa.. aku hanya memandang pada lukisan tersebut.. dalam fikiran aku, agak menghairahkan juga bila tengok gambar lelaki tanpa berbaju di depan mata aku itu.. memang nafsu aku ke arah lelaki.. jadi memang akan terasa begitu lah.. aku lihat, lukisan tu sangat cantik juga..

"entah kenapa aku terfikir untuk melukis sesuatu.. Fahri, jom teman aku beli peralatan melukis jap.." ajak Saiful..

"kau nak melukis?? tak tahu pula kau pandai melukis.." aku sedikit terkejut bila mendengar Saiful berkata begitu..

"boleh lah juga.. tapi takde lah hebat mana pun.."

"kau nak lukis apa??" tanya aku..

"lukis kau lah.." jawap Saiful slumber..

aku terkejut seketika.. nak lukis aku?? namun belum puas aku nak tertanya-tanya, tangan aku telah pun ditarik oleh Saiful..

kami pergi ke sebuah kedai alatan tulis.. Saiful membeli satu kertas lukisan dan pensil pelbagai gred berserta dengan pemadam dengan pengasah pensil.. itu sahaja yang dia beli.. aku pula hanya terdiam dari tadi.. masih lagi tertanya-tanya kalau benar Saiful serius dengan kata-katanya itu.. tertanya dia memang betul-betul serius.. setelah semuanya dibayar, Saiful mengajak aku untuk ke rumahnya lagi.. katanya, dia nak lukis gambar aku pada hari ni juga... aku hanya menurut... mungkin aku sudah mula teruja untuk melihat bakat yang selama ini Saiful telah rahsiakan dari aku..

sampai sahaja di rumah Saiful, dia meletakkan satu kerusi di ruang tamunya.. dimintanya aku untuk duduk di kerusi itu.. ternyata Saiful benar-benar teruja dengan keinginannya untuk melukis potret diriku.. aku hanya menurut.. sebaik sahaja aku duduk di kerusi, Saiful meminta aku untuk berundur sedikit ke belakang agar sebahagian tubuhku ditutupi bayang.. sekali lagi aku hanya menurut.. terasa sedikit mengelabah bila aku menjadi model lukisannya..

"boleh kau buka baju tak, Fahri??" pinta Saiful..

aku terkejut.. "buka? eh, tak payah lah.. aku malu lah pula.. pakai baju je tak boleh ke??"

"sebab dengan berbuka baju lagi lebih artistik.." jawab Saiful..

aku terdiam.. terasa segan pula aku nak buka baju.. aku pandang Saiful.. dia kelihatan sudah bersedia untuk melukis diriku di atas kertas lukisan.. wajahnya kelihatan tenang.. namun aku tahu, dia serius dengan arahannya itu.. malas untuk berfikir panjang, lalu aku buka juga baju aku.. terdedahlah tubuhku yang tidak lah begitu kekar berbanding Saiful dan Shahir.. tubuhku hanya sederhana... masih terasa segan, aku mula terasa kekok..

"bagus.." kata Saiful.. dia tersenyum ke arah aku...

Saiful mula melakar lukisan pada kertas lukisan.. dia pandang aku dengan penuh keterujuaan.. kadang-kala dia memandang aku, kemudiannya pula dia akan menghadap pada kertas lukisan.. aku perhatikan tangannya agak ligat melakar pada kertas lukisan itu.. dia seperti sudah terbiasa melukis.. agak pantas tangannya melakar seperti tidak ada kesilapan pada lukisannya..

dalam tempoh lima minit aku duduk di kerusi, Saiful masih lagi penuh keterujaan melukis gambar diriku.. mula muncul di fikiran aku tentang diri Saiful.. memang benar, ada banyak tentang dirinya yang masih belum aku selami.. aku langsung tak pernah terfikir kalau-kalau Saiful mempunyai bakat dalam melukis.. dia bagi aku agak berahsia juga.. atau mungkin aku yang tak pernah berkesempatan untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam..

"macam mana? cantik tak aku dalam lukisan kau?? hehe" kataku yang mula tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti..

"cantik atau buruk itu tidak lah penting.. yang utama adalah nilai dan makna dalam lukisan itu.. kalau lukisan itu cantik sekali pun tanpa ada nilai tersendiri, maka ia hanya lah satu lukisan yang kosong.."

aku terdiam bila mendengar kata-katanya itu.. mungkin memang minatnya dalam seni kot.. aku sendiri boleh merasa bertapa dia penuh dengan minat.. dia sangat bersemangat..

"dulu aku pernah terfikir untuk ambil course fine art lepas je aku tamat sekolah.. minat aku memang ke arah situ lah.. but my father tak benarkan aku ambil course macam tu.. takde masa depan katanya.. dia nak aku ambil course untuk perniagaan.. sebab boleh lah aku kerja dengan syarikat dia nanti.. but aku degil juga tak nak ambil course macam tu.. gaduh dan terus bergaduh, akhirnya aku putuskan yang aku tak nak sambung study lagi.." kata Saiful sambil melukis gambar diriku..

aku masih juga sambil mendengar apa yang Saiful ceritakan.. aku memang kadang-kadang agak teringin untuk mengetahui tentang kisah kehidupan Saiful.. tapi dalam masa yang sama kebanyakkan kisah hidupnya ada kaitan dengan keluarga dia di masa yang lampau.. ada kalanya itu, aku pun sebolehnye tak nak lah mahu mencampuri hal keluarganya sangat, walaupun aku agak teringin nak tahu tentang dirinya dengan lebih lanjut..

bila dah terpaksa duduk tanpa membuat apa-apa di kerusi, aku dah mula rasa macam letih lah pula.. dah lebih setengah jam rasanye aku duduk.. Saiful pula dari tadi terus melakar lukisan tanpa henti.. dia pandang aku, kemudian pandang pada kertas lukisan.. masih lagi bersemangat untuk melukis.. aku pula dah rasa semakin kekok yang duduk tanpa membuat apa..

"Fahri, kau seorang yang kacak.." Saiful bersuara lagi..

"hahaha.. lawak lah kau.. jangan pula nak bodek aku.."

"serius aku cakap, di mata aku kau seorang yang menarik..."

aku berdiam diri... aku memang dah tahu lah dia ada menaruh hati kat aku.. kalau dia puji aku macam tu bukannlah diluar jangkaan aku.. tapi, entah kenapa aku seakan kurang selesa bila dia puji aku macam tu.. nak kata aku benci kalau dia puji, tak juga.. just terasa agak kurang selesa.. tak tahu kenapa..

"kalau kau suka pada seseorang, but pada masa yang sama, kau tahu yang dia hanya anggap kau tak lebih dari seorang kawan, kau fikir macam mana, Fahri?" Saiful berkata lagi..

aku berkerut dahi.. agak terkejut juga bila dia tanyakan soalan tu..

"maksud kau apa?" tanya aku lagi..

"you love someone, but dalam masa yang sama kau tahu yang kau tak ada di hatinya.." sambung Saiful sambil meneruskan lukisannya.. "aku ada mengalami situasi macam tu.. agak perit lah juga aku nak tanggung.. but aku try cuba untuk jadi rasional.. sebab kita tak boleh nak paksa orang untuk suka pada diri kita.."

entah kenapa aku mula berasa tidak sedap hati bila Saiful berkata macam tu.. sebab kata-katanya itu memang merujuk pada diri aku..

"kau ada suka pada seseorang?" aku mula menduga... walaupun aku tahu dia merujuk tentang diriku..

Saiful hanya mengangguk.. dalam masa yang sama masih terus melukis..

"tak semua yang kita harapkan akan jadi milik kita.. walaupun kita begitu teringin agar di hatinya terlakar nama kita.. but untuk menerima hakikat bahawa kita bukan lah siapa-siapa di hatinya agak menyukarkan.. apa lagi kalau kau tahu yang si dia menaruh hati pada insan yang lain.. kadang-kadang aku ada terfikir yang aku lagi layak untuk dirinya.. sebab aku boleh memberikan apa yang orang yang dia sukai itu tak boleh beri pada dirinya.. sesuatu mengenai balasan perasaan.. aku boleh memberinya balasan cinta.."

Saiful berhenti melukis seketika.. dia mula terus menatap wajah aku.. pandangan mata yang agak tajam.. aku telan liur bila dia pandang aku begitu..

"kenapa kau tak cuba untuk meluahkan perasaan kau pada orang itu??" aku terus menduga dirinya..

"seperti yang aku cakap, dalam hatinya, aku bukan lah siapa-siapa.. susah untuk diterima, namun itu lah realitinya.. aku tak boleh nak paksa orang itu untuk suka aku, tapi pada masa yang sama aku tak boleh nak halang perasaan aku untuk terus mencintai dirinya.. oleh itu, dengan masa yang masih berbaki, aku mahu membuatkan dirinya bahagia.. sampai lah tiba saat itu nanti.." nada suara Saiful mula semakin sayu..

"aku nak balik.." kataku secara tiba-tiba.. aku ambil semula baju aku lalu terus memakainya..

Saiful kelihatan agak tekejut dengan perbuatan aku itu..

"kenapa Fahri??" dia mula tertanya-tanya..

"entah.. aku pun tak tahu kenapa.. aku just mula tak berasa selesa.." kataku yang telah pun berdiri lalu mula menuju ke pintu keluar..

Saiful bangun lalu cuba untuk memintas aku..

"kau marah aku ke Fahri??" tanya Saiful..

"aku tak tahu lah.. aku just fikir nak balik je.." balasku...

"aku fikir kau marahkan aku.." kata Saiful yang kini telah pun memegang tangan aku..

berhenti, aku menoleh ke arah wajahnya... "kau suka aku kan, Saiful? aku tahu kau suka aku..."

Saiful tergamam.. sungguh, dia betul-betul terkejut mendengar kata aku itu... dia kaku seketika.. genggaman tangannya di tangan aku terlepas..

"seperti yang dicakapkan, kau tak pernah ada di hati aku..." kataku dengan nada yang serius..

Saiful terdiam.. dia benar-benar terkejut dengan kata-kata aku itu.. dia semakin kaku.. dia seakan sukar percaya aku boleh berkata begitu pada dirinya..

"aku pergi dulu.. terima kasih dengan masa kau.."

lalu aku segera beredar dari situ.. Saiful tidak mengejar aku.. dia masih lagi kaku berdiri.. terdiam tidak percaya dengan kata-kata aku itu..

sebelum berpaling, sempat aku melihat wajah dirinya.. kelihatan air mata mula berlinang dari matanya.. air mata mula membasahi pipinya..








pada hari itu, aku guris hatinya.. 

di depan matanya aku berkata...

dia tidak pernah ada di dalam hati aku...

itu lah kali pertama aku melihat dirinya menangis












Friday 15 March 2013

Unspeakable Love -Part 21-





Part 21 : I Love You

tiga tahun mengenali Shahir, banyak perkara tentang dirinya telah aku pelajari.. untuk tempoh itu juga aku mula berlajar tentang perkara yang dia suka dan kurang disenanginya.. kami berkongsi banyak perkara.. kenangan suka dan duka dilalui bersama-sama.. aku sebagai seorang sahabat yang sentiasa berada di sisinya, sering kali juga Shahir berkongsi rahsia dirinya kepada aku.. rahsia tentang perasaan cintanya..

pada tahun pertama pengajian, di saat itu lah Shahir mula berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama Liyana.. pada permulaan semester, hubungan antara Shahir dan Liyana tidak lah begitu rapat seperti sekarang ini.. senang cakap, mereka hanya kenal ketika berada dalam bilik kuliah tanpa pernah berbual walaupun untuk sekali.. menurut apa yang Shahir pernah ceritakan kepada aku, dia pertama kali berjumpa dengan Liyana adalah ketika sesi pendaftaran untuk kemasukkan di universiti.. pada saat itu, dia sedang mahu membuat kad pelajar.. dan dia sedang beratur sementara menunggu tiba gilirannya untuk mengambil gambar untuk kad pelajarnya.. di saat itu lah dia berjumpa dengan Liyana buat pertama kali.. Liyana sedang duduk memandang kamera.. dia kelihatan begitu manis sekali di mata Shahir.. entah kenapa, Shahir mengatakan kepada aku, dia seakan terpegun seketika di saat dia memandang wajah manis Liyana.. dia hanya memerhatikan Liyana untuk tempoh yang agak lama.. maka, di saat itu, Shahir tahu ada sesuatu dalam hatinya mengatakan ingin berkenalan dengan gadis yang telah menarik perhatiannya itu..

namun, perkenalan antara Shahir dengan Liyana bermula agak lambat.. selama aku mengenali Shahir, aku mula tahu akan satu sikap pemalu Shahir terhadap perempuan. Shahir mungkin kelihatan begitu mesra di kalangan pelajar lelaki namun tidak dengan pelajar perempuan.. oleh kerana sikap malunya terhadap perempuan telah membuatkan Shahir agak takut untuk menengur dan berkenalan dengan Liyana.. 

pada satu malam, aku melihat Shahir sedang berbaring di atas katilnya sambil tersenyum-senyum.. di mata aku, dia kelihatan seperti seorang yang telah dilamun cinta.. apabila aku mengajukan soalan itu, Shahir sambil tersenyum malu hanya mengiakan sahaja.. maka dari saat itu lah aku mula tahu yang Shahir menaruh hati pada seseorang.. aku tanyakan padanya siapakah perempuan yang dia maksud kan? namun Shahir berkata dia masih belum lagi tahu akan nama perempuan itu.. aku tanyakan lagi, kenapa dia tak mahu saja menegur perempuan itu, lalu Shahir mula menjelaskan tentang perasaan malunya terhadap perempuan.. dari saat itu lah aku mula pelajari akan tabiat Shahir itu.. dan ia memang benar. sehingga saat ini, Shahir agak kurang bergaul dengan pelajar perempuan yang lain.. hanya segelintir sahaja pelajar perempuan termasuk Liyana yang begitu rapat dengan dirinya..

perkenalan antara mereka berdua mula bermula ketika kami mula mendapat tugasan baru oleh pensyarah yang memerlukan kami untuk membentuk kumpulan.. di saat itu, aku dan Shahir telah bersepakat untuk bersama-sama dalam satu kumpulan.. kami masih memerlukan dua orang ahli lagi.. pada saat itu, aku terpandang Liyana yang duduk berdekatan dengan aku.. tanpa membuang masa, aku dengan sengaja pergi berjumpa dengan Liyana lalu mengajaknya untuk masuk satu kumpulan dengan aku dan Shahir.. Liyana hanya setuju.. maka terbentuk lah empat orang ahli dalam kumpulan kami.. aku, Shahir, Liyana dan seorang lagi kawan perempuan Liyana.. di saat itu lah Shahir mula berbual dengan Liyana untuk buat pertama kali.. dan di saat itu juga lah Shahir mula tahu nama Liyana.. dia hanya tersipu malu.. pada awal pertemuan kumpulan kami, Shahir agak kurang bercakap.. aku tahu, dia mesti terasa kekok jika berhadapan dengan perempuan yang dia minati.. pada malam itu juga, Shahir bercakap dengan aku mengucapkan terima kasih kerana sengaja mengaturkan pertemuan antara dia dan Liyana.. aku hanya tersenyum.. lalu aku katakan padanya, guna kan lah kesempatan ini untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi..

hubungan mereka berdua mula rapat.. dari apa yang aku perhatikan, aku dapat merasakan yang Liyana juga seakan memiliki perasaan yang sama terhadap Shahir.. akhirnya tekaan aku itu betul.. pada tahun kedua kami di universiti ini, Shahir mula meluahkan perasaannya terhadap Liyana.. dia meminta jika dia diberi peluang untuk menjadi orang yang penting untuk diri Liyana.. sudah semestinya Liyana setuju dan tersenyum ceria.. pada saat itu, maka dengan rasminya  bermula lah ikatan kekasih antara Liyana dan Shahir.. sehingga pada saat ini, di tahun akhir pengajian, kini tak lama lagi mereka akan mula menjalinkan hubungan yang lebih serius lagi.. kata Liyana, mereka berdua akan melangsungkan pertunangan setelah tamat pengajian di universiti yang tak lama lagi akan berakhir.. 

aku hanya tersenyum sambil memandang Liyana dan mengucapkan tahniah kepadanya.. Liyana juga tersenyum.. aku tahu dia bahagia..

setelah kelas berakhir, aku tidak terus pulang ke koleh kediaman aku.. duduk berseorangan di dalam bilik kuliah sambil menunggu semua orang mengosongkan bilik itu.. aku duduk terdiam sambil memandang lantai.. aku tidak tahu apa yang hatiku sedang rakan pada saat itu.. datang satu perasaan hiba di hati aku.. untuk tempoh lima minit selepas itu, aku pergi ke tandas dengan perlahan-lahan.. setibanya di sana, aku terus masuk lalu duduk di mangkuk tandas.. entah kenapa, secara tiba-tiba aku mula mengalirkan air mata.. aku mula menangis.. air mata itu mula membasahi muka ku tanpa henti.. untuk kali pertama pada tahun ini aku berasa sangat hiba.. 

aku tutup muka ku dengan kedua telapak tanganku.. suaraku cuba dikawal agar tidak didengari oleh orang yang berada di dalam tandas itu.. 

dari awal lagi, aku tidak pernah mengharapkan balasan cinta darinya.. aku hanya mendoakan kebahagian dirinya bersama Liyana.. aku tahu yang aku tak akan pernah dapat memilikinya.. walaupun aku telah reda dengan apa yang telah berlaku, namun tidak dapat dinafikan, di satu sisi diriku merasakan terkilan.. kecewa dengan diriku yang tidak dapat memiliki insan yang aku sayang...


*          *         *


sekitar pukul 5 petang.. aku masih lagi tidak pulang ke kolej kediaman.. perut aku masih belum diisi.. kerana terlalu melayan perasaan, aku seakan terlupa akan segalanya.. selepas sahaja aku berada di dalam tandas, aku pergi pula ke taman di dalam universiti.. hanya duduk-duduk berseorangan untuk termenung.. sengaja aku duduk di tempat yang agak terselindung bagi mengelakkan aku bertemu dengan orang yang aku kenali.. pada saat ini, aku ingin bersendirian..

pada saat itu, aku sedang memandang pada pada skrin telefon bimbit aku.. terpampang gambar Shahir yang telah aku ambil secara diam-diam melalui profile picture di profile Facebooknya.. aku menatap gambar itu dengan wajah yang sayu.. aku tahu, pada saat ini, hatiku masih lagi bersedih..

aku tahu, ianya bukan lah sesuatu yang mengejutkan jika aku mendapat berita tentang bakal pertunangan mereka.. memang ada kemungkinan besar jika hal itu berlaku.. persoalannya sekarang ini, aku masih tidak lagi bersedia jika perkara itu berlaku.. bukan lah pada saat ini, ketika aku masih lagi dekat dengan dirinya.. walaupun aku telah merelakan semuanya sejak dulu lagi, namun perasaan ini masih ada lagi berasa susah untuk menerimanya..

aku tarik nafas dalam-dalam.. cuba aku menstabilkan perasaan diriku.. otak aku cuba aku kosongkan.. dalam masa lebih kurang lima minit, aku hanya duduk bersedirian tanpa berkata apa-apa, hanya cuba menenangkan minda.. seperti bertafakur, aku memejamkan mata tanpa memperdulikan apa yang berlaku di sekitar aku dan dalam minda aku..

aku buka mata kembali.. terasa hati sedikit tenang.. perasaan aku mula stabil.. pada saat ini, entah kenapa aku secara tiba-tiba teringatkan seseorang.. nama Saiful mula timbul hati aku.. dengan segera aku mendail nombor telefon Saiful.. dia cuba aku hubungi.. kebiasaanya, jika aku ingin meluahkan perasaan di hati aku, dia lah orang yang pertama akan mendengarnya..

panggilan pertama tidak diangkat.. aku berasa agak pelik seketika.. dalam mengikut perkiraan aku, sepatutnya pada saat ini dia dah pun habis bekerja sebab hari ni dia bekerja di sebelah siang.. aku cuba lagi menghubungi buat kali kedua.. aku fikir, mungkin dia masih lagi tidak perasan yang aku ada menelefon dirinya...

agak lama juga untuk panggilan itu dijawab.. aku seakan berasa gelisah sedikit.. namun baru je saat panggilan terhenti, panggilan aku akhirnya dianggkat..

aku terus bersuara... "Salam, Saiful??"

"hai.." terdengar suara seseorang yang bukan milik Saiful.. suara seorang lelaki..

aku sedikit terkejut kerana bukan Saiful yang mengangkat panggilan aku itu.. lalu aku pun bertanya, "boleh saya bercakap dengan Saiful??"

"kau ni Fahri.. takkan lah kau tak kenal suara aku lagi? tahu tak dengan siapa kau tengah bercakap sekarang ni??" kata orang tu lagi..

aku bekerut dahi.. yang pasti orang tu bukan Saiful.. cuba aku mengenal pasti suara orang itu, jika benar aku mengenali dirinya..

"aku Amir lah.. takkan lah kau dah lupa pula?"

"Amir?!!" aku terkejut..

"ye lah.. kenapa?? terkejut?? hehe" Amir ketawa sinis..

"mana Saiful?? macam mana kau boleh jawap panggilan aku??" aku seakan mula gelisah bila Amir yang menjawab panggilan aku itu.. macam mana pula dia boleh pegang telefon Saiful??

"kau ni Fahri... memang sah lah kau tak tahu apa-apa tentang Saiful lagi.. okay.. tu tak penting sangat.. so, ada apa kau nak cakap kat Saiful?"

"mana Saiful? biar aku bercakap dengan dia??" aku mula mendesak...

"dia tak boleh nak jawap panggilan kau sekarang ni.."

"maksud kau apa??"

"dia sedang tidur sekarang.. tengah berehat di atas katil.."

aku berkerut dahi.. aku mula berasa tidak sedap hati.. seperti ada sesuatu yang tak kena telah berlaku.. dan lagi, macam mana Amir boleh berada di sisi Saiful? mereka ada di mana sekarang ini??

"kau jangan nak tipu aku.. tolong lah... biar aku bercakap dengan Saiful.." pinta aku..

"aku kan dah kata, dia tak boleh nak bercakap dengan kau sekarang ini.. tak faham-faham ke?? dia sedang berehat.. kau jangan nak ganggu dia!"

aku terdiam seketika.. dari cara Amir bercakap seakan dia sedang bercakap benar.. apa yang dia maksudkan yang Saiful tak boleh nak bercakap dengan aku?? ini yang membuatkan aku rasa tidak sedap hati.. seperti ada sesuatu yang tak kena dah terjadi..

"ada apa dengan Saiful sebenarnya??" tanya aku..

"hahaha! kenapa pula kau nak ambil tahu?? kenapa pula kau nak ambil peduli tentang dia??" balas Amir.. bernada sinis..

"dia okay ke??" tanya aku dengan perlahan-lahan..

"kalau aku cakap dia tak okay, kau nak buat apa??"

"aku nak jumpa dia.. aku nak tengok dia.." balasku lagi..

"dia okay je lah.. kau tak payah nak risau.. dia tengah tidur sekarang.. sedang berehat.. kau mesti tak percaya aku kan? kalau tak percaya, terpulang lah.."

"aku nak datang ke sana.."

"nak datang ke mana??" tanya Amir..

"rumah dia lah.. korang ada kat sana kan??"

"haha.. tak payah lah kau nak datang.. kami takde kat sana.. kat tempat lain.."

"korang kat mana??"

"tak payah lah kau nak tahu.. kenapa pula kau nak ambil berat tentang Saiful? kau bukannye siapa-siapa terhadap dia pun.. bukannye kau kenal sangat dengan dia pun kan? kalau kau nak tahu, aku ni couple Saiful.. dia mesti tak ada cakap kat kau pun kan tentang hal ni? sebab tu aku kata, kau bukannye kenal sangat dengan dia.."

aku tergamam.. Amir kekasih Saiful?? betul ke ni?? dalam pengetahuan aku, Saiful pada saat ni tak ada hubungan dengan sesiapa pun.. kecuali lah kalau Saiful cuba menyembunyikan hal itu dari aku, ataupun Amir yang sebenarnya sedang menipu aku??

"dah! dah! tak payah lah kau nak bazirkan kredit telefon kau lagi.. aku just nak cakap something.. kau tak payah lah nak kacau Saiful lagi, Faham??!!" kata Amir dengan tegas..

panggilan itu terus dimatikannya.. aku pula masih lagi terkejut dengan apa yang Amir telah katakan.. dia kekasih Saiful.. memang betul ke?? dalam hati aku juga berasa ingin tahu, apa yang dah jadi terhadap Saiful sebenarnya.. dia kat mana sekarang? kenapa Amir yang menjawab panggilan? patutlah pagi tadi waktu kelas Amir tak datang.. walaupun hari ini agak penting.. sebab ada pembentangan.. ada markah yang akan diberikan.. tapi kenapa pula Amir sanggup tinggalkan kelas dan pembentangan tu dan pergi berjumpa Saiful? apa yang penting sangat sampai Amir sanggup ponteng kelas? aku mula rasa seperti ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku..

hatiku mula berasa tak sedap hati.. entah kenapa aku seakan mula berasa bimbang..


*        *          *


sekitar pukul 9 malam.. aku sedang berbaring di atas katil aku.. otak aku masih lagi memikirkan apa yang telah berlaku sejak kebelakangan ini.. tentang kejadian di bilik mandi.. tentang pendedahan rahsia identiti aku.. tentang pengakuan Shahir mengenai spekulasi dirinya terhadap aku.. tentang insan yang aku jumpa yang mirip seperti Ihsan.. dan kini, tentang hubungan antara Amir dan Saiful.. entah kenapa terlalu banyak pesoalan mula timbul secara berterusan.. tak habis-habis menimpa persoalan baru yang akan membuatkan aku semakin pening untuk memikirkannya..

aku pulang semula ke bilik sekitar pukul 7 malam.. ketika aku masuk, Shahir tidak ada di dalam bilik.. sehingga kini, Shahir masih lagi tidak masuk ke dalam bilik.. hal ini juga membuatkan aku semakin gelisah.. perbuatan Shahir itu seolah-olah cuba untuk menjauhkan diri dari aku.. selepas sahaja dia mendengar pengakuan tentang siapa diri aku yang sebenarnya, Shahir seakan mula dingin terhadap aku.. ini lah yang aku takutkan.. aku tahu, sebahagian dari dirinya seakan sukar untuk menerima siapa aku yang sebenarnya.. aku mula fikir yang dia mula membenci aku seperti mana dia membenci Amir..

aku memejamkan mata.. sepatutnya pada malam ini, aku perlu menyiapkan banyak tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.. namun aku seakan tidak dapat menumpukan segala minda aku untuk menyiapkan semuanya.. aku mahu berehat.. sungguh, aku tidak mampu untuk menanggung beban di fikiran aku.. otak aku seakan menjadi berat.. keras seperti batu..

aku berfikir tentang Shahir lagi.. tertanya-tanya, ke mana kah dia sekarang ini?? adakah dia pergi tidur di bilik orang lain seperti semalam? aku rasa mungkin begitu.. kalau benar, memang sah dia sudah mula menjauhkan diri dari aku.. dia dah benci aku! terasa sedih di hati aku..

tengah aku melayan perasaan aku, tiba-tiba sahaja pintu bilik aku dibuka.. jantung ku berdebar-debar.. kelihatan Shahir yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.. dia pandang aku.. dia tersenyum.. namun hanya senyuman yang agak kelat..

"dah nak tidur ke?" kata Shahir..

"tak lagi.." balas ku ringkas..

aku kalau boleh memang nak je tidur terus untuk melupakan masalah yang ada.. namun disebakan terlalu asyik melayan perasaan, langsung aku tidak boleh melelapkan mata, biar pun berkali-kali aku mencuba..

aku pandang Shahir.. dia mula duduk di atas katilnya.. dia menghadap aku.. Shahir tatap diriku..

"kau fikir aku benci kau?" Shahir bersuara lagi..

aku tidak bersuara namun, hanya menganggukan kepala.. memang itu lah yang aku fikirkan.. sebab perubahan pada dirinya seolah-olah dia cuba untuk menjauhkan diri dari aku..

"sorry lah kalau buat kau fikir macam tu.. but... aku jujur cakap, aku tak pernah pun benci kau, Fahri.. walaupun aku dah tahu diri kau siapa..." kata Shahir lagi.. dia pandang aku.. tajam..

"aku tak kisah kalau kau nak benci aku.. memang ada banyak sebab kalau kau nak ada perasaan macam tu.. aku tahu, orang macam aku ni memang di pandang hina.. banyak dosa lah.. but, aku just nak cakap something lah, aku tak minta pun untuk ada perasaan macam ini.. kalau aku boleh memilih, sudah lama aku pilih untuk tinggalkannya.." aku mula bersuara.. terluah juga sedikit apa yang aku ingin katakan..

"aku just perlukan masa untuk fikirkan tentang hal ini.. perlukan masa untuk memahami.. kau kawan aku.. sebab itu aku cuba untuk memahami diri kau.." balas Shahir..

aku terdiam.. suasana menjadi diam seketika.. Shahir masih lagi memandang aku, begitu juga lah aku masih terus menatap matanya.. kemudian, Shahir tersenyum.. hal ini membuatkan aku berasa pelik.. terfikir kenapa pula dia tersenyum secara tiba-tiba? kemudian, Shahir bangun dari katilnya lalu pergi ke katilku.. aku mula berasa sedikit takut.. entah apa yang Shahir nak buat, aku pun tak tahu.. lalu, Shahir mula berbaring di sebelah diriku.. dia mengiring menghadap diriku.. wajah kami mula bertentangan..

"kau suka aku bukan??" tanya Shahir..

aku tergamam.. sungguh aku tidak mampu berkata-kata bila dia tanyakan soalan itu.. aku hanya terdiam tanpa membalas pertanyaannya itu.. hati ku mula berdebar-debar..

"aku tahu kau suka aku.." sambung Shahir lagi.. "sebab kau pernah cium dahi aku.. pada malam kau tidur di rumah aku.. mungkin kau fikir aku tak menyedarinya.. tapi aku tahu, aku tidak bermimpi.. kau memang telah melakukannya..."

aku tergamam lagi.. mula terimbas semula pada malam ketika aku bermalam di rumahnya.. memang benar aku pernah mengucup dahinya.. aku fikir, dia sedang terlena pada malam itu.. aku mula berasa takut, jika perbuatan aku itu membuatkannya marah dan kurang selesa terhadap diri aku.. maka memang dari dulu lagi lah dia sedang menduga yang aku ada menyimpan perasaan terhadap dirinya..

"aku tanya lagi.. kau suka aku kan, Fahri??" tanya Shahir lagi..

dengan perlahan-lahan aku menganggukkan kepala.. tidak ada lagi penafian.. tiada lagi perasaan yang aku harus sembunyikan.. aku memang sayangkan Shahir.. aku memang sukakan dia.. walaupun aku tahu dia mungkin tidak ada perasaan yang sama terhadap diriku.. aku pejamkan mata.. takut-takut dia akan membenci setelah tahu mengakuan aku.. semuanya yang akan berlaku, telah aku bersedia.. jika dia mahu membenci, aku telah pun bersedia.. aku tarik nafas dalam..

namun, aku mula merasakan kedua-dua telapak tanganku mula digenggam oleh Shahir.. aku terkejut.. aku buka mata.. memang benar tanganku dingenggamnya.. dia pandang wajahku dengan serius..

"kenapa kau tak luahkan perasaan kau dulu kat aku?" tanya Shahir..

aku beranikan diri untuk menjawab, "sebab aku takut kau akan bencikan aku.."

"kenapa kau tak nak kejar dan cuba memiliki aku??" tanya Shahir lagi..

"sebab aku tak mahu memiliki kau.. kerana aku tak pernah ada harapan begitu.." balasku lagi..

"kenapa pula? kau takut menyampaikan perasaan kau sendiri??"

"tak begitu.. sebab aku tak akan gembira jika aku memiliki kau.. sebab kau bukan seperti aku.."

"maksud kau?"

"aku fikir, kau tak seperti aku.. kau lah lelaki normal biasa di mata aku.. kalau aku luahkan perasaan aku pada kau, katakan lah kau menerimanya, maka kau telah pun terjebak masuk dalam dunia seperti aku.. dunia yang aku sendiri tidak inginkan.. jika hal itu berlaku maka kerana aku, kau masuk ke dunia itu.."

aku mula meluahkan apa yang telah terpendam dalam hati aku.. sebab apa aku tak pernah mengharapkan dirinya.. sebab apa aku lebih memilih untuk memendamkan perasaan.. aku mahu dia tahu, pada malam ini semua apa yang aku rahsiakan selama ini.. tentang perasaan aku terhadap dirinya..

"kau takut aku jadi seperti kau?" tanya Shahir..

aku mengangguk.. "aku tak gembira kalau kau jadi seperti aku.. memiliki perasaan seperti apa yang aku miliki.. perasaan yang songsang.. aku nak kau menjalani kehidupan biasa.. kehidupan tanpa ada rintangan.. dan melalui cara ini lah aku menunjukkan perasaan sayangku pada diri kau.. aku harapkan sesuatu yang terbaik untuk diri kau.. sebab.. aku cintakan kau, Shahir.. I love you.. I really love you..."

secara tiba-tiba air mataku mula berlinang di saat aku meluahkan segala yang terpendam dalam hati aku.. sungguh, aku tidak mampu lagi menahan perasaanku.. semuanya yang aku telah simpan akhirnya terluah juga.. aku sayang kan Shahir, namun aku tak pernah mengharapkan balasan dari dirinya.. aku cintakan dia.. sungguh, dia lah sebahagian dari perasaan diriku.. namun aku tidak mahu hanya keinginanku untuk memilikinya, membuatkannya dia terheret ke dalam dunia yang aku sendiri tidak menyukainya..

Shahir hanya memandang wajah aku yang mula dibasahi dengan air mata.. dia hanya diam..

"seseorang pernah berkata pada aku.. ada cinta yang tidak harus dikatakan.. adakalanya lebih baik ia menjadi satu unspeakable love.. mungkin untuk situasi ini, kau lah unspeakable love bagi diriku.." sambungku lagi..

aku cuba untuk menahan sebak.. tak terkata apa yang aku sedang rasakan pada saat ini.. namun, di satu sudut yang lain, aku tahu ada secalit perasaan lega setelah aku meluahkan apa yang telah terpendam dalam hati aku..

kemudian, entah kenapa secara tiba-tiba Shahir mula mencium tanganku.. aku seakan terkejut seketika.. dia tatap mataku dengan satu pandangan yang sukar aku untuk aku fahami..

lalu, Shahir mula berkata,

"terima kasih Fahri.. terima kasih kerana menyayangiku.. terima kasih dengan apa yang kau harapkan untuk diriku..."










Friday 8 March 2013

Free PLU Novel Again





kenal siapa Nizam Zakaria?? aku rasa kebanyakkan korang dah mula nak kenal or memang dah lama kenal pun siapa Nizam Zakaria ni.. bagi siapa yang tak kenal lagi, dia adalah antara penulis novel bergenre PLU terawal di Malaysia.. mungkin aku patut cakap, dia penulis paling popular yang ada di Malaysia untuk genre ni..

tak nak bercakap banyak, aku nak terus pada niat aku..

dalam satu buku yang bertajuk Orang Macam Kita ada menyebut beberapa karya Nizam Zakaria yang telah menaikkan nama dia di kalangan golongan PLU di Malaysia.. ada empat novel yang disebut..

1. Potret

2. Nafas

3. Aku Rama-rama

4. Seluang


but sekarang ini, hampir semua novel dia dah memang susah untuk dicari lagi.. sebab ada pembaca aku cakap novel-novel dia tu dah berusia nak mencecah 10 tahun.. but akhirnya aku dah dapat beberapa novel yang telah disebutkan.. actually, ada banyak juga karya Nizam Zakaria dalam koleksi aku.. bukan just dua ni je..

dari empat di atas, dalam koleksi aku ada novel Potret dan juga Aku Rama-rama..

so, siapa yang nak baca novel Aku Rama-rama boleh lah hantar private message kat FB aku.. kalau yang masih belum baca novel Potret pun boleh request juga..





Monday 4 March 2013

Unspeakable Love -Part 20-





Part 20 : Engagement

hari Isnin, menjelang pagi kira-kira pukul 8.15, terbaring di atas katil, kelihatan Saiful sedang berbaring.. di tangannya dia memegang telefon bimbit.. bibirnya mengukirkan senyuman.. dia pandang pada skrin telefon bimbitnya itu.. matanya ceria.. di permulaan hari yang ceria ini, dia menatap wajah seseorang pada skrin telefon bimbit itu.. ada wajah Fahri.. gambar yang diambilnya melalui Facebook Fahri yang sudah ditambahnya dalam senarai rakan facebook tak lama dahulu..

jarinya mula mengusap-ngusap gambar Fahri.. dia sendang membayangkan dalam imaginasinya yang dia sedang mengusap lembut wajah Fahri.. Saiful tersenyum lagi.. dia mula ketawa kecil bila memikirkan imaginasinya terhadap Fahri.. dalam dunia fantasi yang direkanya, dia membayangkan Fahri turut tersenyum memandang dirinya.. Saiful pula berdiri sambil sebelah tangannya memegang tangan Fahri manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut pipi Fahri..

Saiful tersenyum.. dia berkata, "aku sentiasa ada jika kau ingin memerlukan.."

Fahri tersentuh dengan kata-katanya itu.. lalu dengan rela hati, Fahri terus memeluk tubuh dirinya.. Saiful tergamam.. namun dia juga tersenyum.. lalu dibalasnya pelukan Fahri itu.. alangkah bahagianya.. Saiful rasakan begitu..

namun, sedikit kesedihan mula tercalit dalam diri Saiful.. semuanya hanya lah angan-angannya yang tidak mungkin akan terjadi.. menyedari siapa dia di hati Fahri, dia telah pun menerimanya dengan hati yang terbuka.. dia tahu, Fahri hanya menganggap dirinya sebagai seorang kawan.. sudah tentu dia tidak boleh memaksa Fahri untuk memiliki perasaan yang sama kepada dirinya.. dia tahu, hati Fahri milik siapa.. dia akui tentang hal itu.. namun kebenaran juga menyakitkan.. dia telah menerima semuanya dengan seadanya.. di sebalik perasaan duka itu, Saiful mula mengukirkan senyuman..

Saiful bangun dari baringnya.. dia mahu pergi mandi untuk bersiap pergi ke tempat kerjanya.. dalam pukul 9.30 begitu, dia seharusnya telah tiba di restoran makanan segera tempat dia bekerja.. dua hari lepas, dia dengan sengaja telah melarikan diri dari kerja semata-mata mahu meluangkan masa bersama Fahri.. keesokkanya pula, dia berkerja untuk giliran waktu malam.. pengurus restorannya telah memberi amaran kepadanya agar tidak lagi membuatkan perbuatan yang sama.. Saiful masih lagi diterima bekerja di situ.. seperti yang Saiful minta, gajinya telah pun dipotong.. namun dia tidak kisah.. baginya, langsung tidak menyesal dia dapat keluar berdua-duaan dengan Fahri yang sudi datang ke tempat kerjanya..

di dalam bilik mandi, Saiful mula membasahkan tubuhnya di bawah simbahan shower.. terasa dingin namun menyegarkan.. ianya membuatkan Saiful berasa lebih bertenaga untuk memulakan hari yang baru.. selepas selesai mandi, sambil bertuala-tuala Saiful mula keluar berjalan di ruang tamu rumahnya.. keadan agak gelap kerana tingkap dan langgsir masih lagi tertutup.. lalu Saiful buka langsir itu.. sinaran matahari pagi mula menerangkan setiap ruangan sudut rumahnya.. Saiful capai sekotak rokok yang berada di atas meja ruang tamunya.. hanya memakai tuala, Saiful pergi ke balkoni rumahnya.. dia nyalakan api pada sebatang rokok di jarinya.. dia hisap, kemudian menghembuskan asapnya.. Saiful perhatikan keadaan di luar rumah.. terasa begitu tenang dan damai..

tiba-tiba telefon bimbit Saiful berbunyi.. Saiful segera masuk ke dalam bilik untuk mengangkat panggilan.. dia lihat ada nama Amir pada skrin telefon bimbitnya.. untuk seketika, dahinya berkerut. timbul rasa serba salah sama ada mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak.. dia biarkan telefon bimbitnya itu terus berdering.. akhirnya panggilan tamat.. panggilan tidak dijawab.. Saiful mula berasa lega.. namun sekali lagi, telefonnya berdering.. tertera nama Amir lagi.. untuk kali ini, Saiful pun terus menjawab panggilan itu..

"assalammualaikum.." kata Amir.

"waalaikumsalam.. ye Amir.. ada apa tiba-tiba nak call aku ni?" balas Saiful..

"takde apa-apa.. saje untuk melepaskan rindu.. dah lama kita tak berbualkan? aku rindu dengan kau, Saiful.. jujur aku cakap begitu.." kata Amir lagi..

"sudah lah Amir.. hubungan kita dah lama terputus.. kau tak payah nak mengharapkan aku lagi.. aku cakap direct je tau.. aku dah tak sayang dan cintakan kau lagi.. faham tak?" kata Saiful dengan nada yang tegas..

"sampai hati kau cakap macam tu kat aku, Saiful.. but aku still tak boleh nak lupakan kau.. walaupun kita dah tak ada apa-apa hubungan, but kau still ada di hati aku.." kata Amir bernada sayu..

"sudah! sudah! kan aku dah cakap.. kau takde dalam hati aku lagi.. kenapa susah nak terima hakikat, hah? ni call aku sebab apa sebenarnya?"

"aku nak tanya tentang Fahri.."

Saiful tergamam.. tertanya-tanya bila Amir mula menyebut tentang Fahri.. mula timbul rasa ingin tahu di hatinya..

"kenapa dengan Fahri??" tanya Saiful..

"apa hubungan antara kau dan dia?" tanya Amir.. nada yang serius..

"hubungan? dia just kawan aku lah.. kenapa?"

"kalau kawan, habis kenapa kau bawa dia balik rumah? kau ada 'main' dengan dia ke??"

"kau gila ke?? aku takkan buat benda tu kat Fahri! kau jangan nak pandai-pandai fikir yang negatif.." nada Saiful mula sedikit tinggi..

"tipu lah.. aku faham sangat dengan diri kau.. bukannya kita bersama dulu cuma sehari dua.. kau bukannya jenis yang open sangat.. kalau kau bawa orang balik rumah kau, mesti just untuk ajak main je.. kalau kau tak apa-apakan dia pada malam tu, aku rasa Fahri bukan sekadar orang biasa dalam diri kau.. tak begitu?"

Saiful terdiam.. memang ada kebenaran kata-kata Amir itu.. dia bukannya jenis yang terbuka pada sesiapa sahaja.. selama ini dia hanya mahu berseronok dengan sesiapa sahaja.. langsung tidak ada niat untuk mengadakan hubungan perasaan.. memang betul kata Amir itu.. kalau dia ajak orang luar untuk masuk ke rumahnya, kebiasaanya adalah untuk 'berseronok'.. sebab itu dia lagi selesa tinggal bersendirian.. privasi katanya.. namun kecuali lah pada saat dia bersama dengan Amir dulu.. hanya Amir sahaja yang dia ajak ke rumah untuk berbual mesra.. itu dahulu.. pada saat dia masih ada hubungan dengan Amir..

"aku kan dah kata kau dan aku dah tidak ada apa-apa hubungan.. kenapa susah sangat kau nak terima?" kata Saiful..

"so, kau pun tak nafikan lah yang kau ada perasaan kat Fahri? kau tak jawab soalan aku, so aku rasa memang betul lah jangkaan aku.." balas Amir..

"kalau benar sekali pun, kau peduli apa?? kau bukannya sesiapa dalam hati aku lagi.. siapa kau nak halang aku??!" Saiful meninggikan suara..

"jadi memang betul lah..." Amir terus terdiam..

Saiful mula berasa tidak sedap hati bila Amir tidak bersuara lagi.. seperti ada sesuatu yang tidak kena dia rasakan di hatinya.. jantungnya mula berdebar-debar.. hatinya mula seakan gelisah..

"kau ada buat apa-apa kat Fahri ke, Amir??" teka Saiful..

Amir masih lagi terdiam.. hal ini membuatkan Saiful mula semakin marah..

"kau buat apa kat Fahri, hah??! cakap! cakap kat aku, Amir!" Saiful terus meninggikan suara..

Amir ketawa kecil.. nada ketawa yang sinis.. hal ini lagi membuatkan Saiful rasa berdebar-debar..

"hehehe.. aku just beri sedikit balasan pada dia.. tak lebih dari itu.." balas Amir sinis..

"kau buat apa??!! kau jangan nak apa-apa kan Fahri! cakap kat aku, kau dah buat apa kat dia??!!" Saiful semakin marah.. perasaan geram mula memenuhi hatinya.. pada saat itu, sebelah tangannya memegang dadanya..

"perkara kecil je.. tak ada lah melampau sangat.." balas Amir..

"hei Amir!! kau jangan nak buat bukan-bukan kat Fahri!! aku tanya sekali lagi, kau buat apa kat dia??!!" Saiful genggam dadanya..

secara tiba-tiba dada Saiful terasa sakit.. Saiful mula mengerang kesakitan.. genggaman jari pada dadanya semakin kuat.. denyutan jantungnya mula menyiksakan.. jantungnya berasa sakit.. seperti mahu pecah.. jantungnya seakan mahu meletop.. Saiful mengerang lagi.. sungguh, dia terasa begitu sakit pada bahagian dadanya.. di tunduk ke bawah.. Saiful cuba menahan rasa sakit di jantung yang datang secara tiba-tiba.. 

"Saiful?? kenapa dengan kau??" tanya Amir, seakan dia boleh mendengar suara Saiful yang menahan kesakitan..

"kau sengaja nak bunuh aku kan??" balas Saiful..

"kenapa Saiful??! kenapa??!" tanya Amir lagi.. dia mula semakin gusar.. hatinya merasa tidak sedap hati.. dia mula cemas..

telefon digenggaman tangan Saiful mula terlepas lalu jatuh ke lantai.. jelas kendengaran suara Amir yang masih lagi bertanyakan kenapa.. Saiful genggam dadanya dengan kuat.. Saiful mula rebah ke lantai.. kedua-dua belah tangannya mencengkam dadanya.. rasa sakit yang keterlaluan pada jantung Saiful..

sakit dan semakin sakit..

Saiful mengerang kesakitan lagi.. kesakitan yang tidak mampu ditanggungnya..

keseorangan di dalam rumah, akhirnya Saiful hilang kesedarannya.. padangan matanya mula hitam..


*          *         *

Isnin, sekitar jam 11.00 pagi, aku sedang berada dalam bilik kuliah untuk mendengar ceramah yang diajar oleh pensyarah aku mengenai subjek Design Studio.. aku hanya memandang tepat ke hadapan sambil memerhatikan pensyarah aku yang begitu bersemangat pada hari ini untuk menyampai ilmu dan penjelasan mengenai tugasan yang telah diberikannya kepada semua mahasiswa dalam bilik itu.. suaranya agak lantang.. aku yang duduk pada barisan yang hampir ke belakang boleh juga dapat mendengar suaranya dengan begitu jelas sekali..

pada saat penyarah itu masih lagi dengan ceramahnya, sempat aku menjeling ke arah Shahir yang duduk di barisan tiga di hadapan aku.. berada di sebelah kiri.. dia kelihatan begitu tekun sekali dalam bilik kuliah itu.. aku lihat, tangannya begitu ligat menyalin segala isi penting yang dia rasa perlu di catat..

fikiran aku tidak berada dalam bilik kuliah itu.. langsung aku tidak fokus dengan apa yang telah berlaku dalam bilik kuliah.. pada saat ini, aku sedang memikirkan tentang seseorang.. aku teringatkan orang yang aku jumpa semalam.. insan yang aku rasa begitu aku kenali.. masih terasa lagi debaran di hati aku apabila terlihat wajahnya.. seakan tidak percaya jika benar orang itu adalah dirinya..

Ihsan, orang yang telah pergi meninggalkan aku selama tiga tahun, tiba-tiba aku jumpa kembali.. aku begitu pasti jika orang yang aku jumpa itu adalah dirinya.. wajah itu adalah wajah Ihsan.. namun pada masa yang sama, aku turut berasa sangsi..

kenapa dia muncul di sini?

persoalan itu lah hadir di hati aku.. selama ini dalam pengetahuan aku, dia sepatutnya sedang menyambung pelajaran di luar negara.. dan mengikut perkiraan aku juga, sepatutnya pada saat ini dia seharusnya masih lagi belajar di sana.. tapi, kenapa pula aku terlihat dia di pasar malam semalam? adakah dia datang pulang ke tanah air untuk bercuti? kalau mengikut tanggapan aku, pada saat ini juga di negara tempat yang dia belajar masih belum lagi tiba waktu cuti yang panjang.. hal ini lah yang membuatkan aku berasa sangsi..

waktu ceramah sudah tamat.. sekarang tiba pula waktu untuk membentangkan hasil tugasan yang telah diminta bagi subjek Design Studio.. pelajar mula keluar dari bilik kuliah.. aku pula turut keluar dengan keadaan yang tidak bersemangat dan lemah.. pergi masuk kumpulan masing-masing, aku hanya duduk dan terus hanyut dengan otak aku yang bercelaru.. pelajar-pelajar dalam kumpulan aku yang lainnya pula sedang sibuk berbincang mengenai hasil tugasan yang mereka telah siapkan.. aku duduk diam sambil memegang pada dahi aku.. otak terasa pening dengan apa yang telah aku lalui sejak kebelakangan ini..

"hai Fahri.. kau ada masalah ke??" tiba-tiba kedengaran suara menegur aku.. suara seorang perempuan..

aku sedikit terkejut dengan tegurannya itu.. aku pandang dia, Liyana sedang tersenyum memandang aku..

"kau tak apa-apa ke, Fahri? macam ada masalah je..." tanya Liyana lagi..

aku cuba tersenyum.. cuba untuk berlagak biasa..

"ya.. aku ada masalah sedikit lah.. something yang aku tak boleh nak handle kot.. otak ni asyik terfikirkan banyak hal.." balas ku..

"hal apa?"

"aku rasa aku tak boleh nak cakap kat kau.."

"kenapa pula??" tanya Liyana lagi..

"entah lah.. sebab ia agak complicated.."

"cakap je kat aku.. mana tahu aku boleh tolong.."

"it's okay lah Yana.. kalau aku rasa aku nak luahkan nanti, aku akan cakap lah.." kataku.. tersenyum memandangnya..

"kalau kau rasa nak share dengan aku, bila-bila masa je aku sedia nak mendengar.. aku tak nak paksa lah.. but sometime kita ni kena juga minta pertolongan orang lain untuk menghadapi sesuatu masalah.."

aku tersenyum lagi.. aku tahu yang Liyana ikhlas nak bantu aku.. tapi masalah yang aku hadapi sekarang ini bukannya boleh dikongsi dengan dia.. Liyana pasti akan terkejut kalau aku cerita tentang apa yang dah jadi kat aku.. cakap, aku pergi mandi lalu Amir secara tiba-tiba masuk tempat ruangan mandi aku.. dah tu, dia cuba nak 'serang' aku.. tiba-tiba je Shahir datang menyelamatkan keadaan.. Amir tuduh aku buat seks dengan Saiful.. di depan mata Shahir, dia bongkar rahsia aku.. namun, tanpa aku sedari, secara diam-diam Shahir dah lama buat spekulasi tentang diri aku.. akhirnya dia tanya aku tentang satu soalan.. siapa dia orang yang aku suka namun tidak dapat aku miliki.. dia kata, adakah dirinya yang aku maksudkan??

tentu sekali aku cemas bila Shahir berkata begitu.. macam mana aku nak balas soalan dia? patutkah aku akui ataupun menidakkannya?? yang pasti rahsia aku telah pun terbongkar.. namun aku tidak tahu apa yang Shahir fikirkan tentang aku sebenarnya.. bila dia tanyakan aku tentang soalan itu, sampai sekarang aku enggan mengatakan apa-apa..

semalam, aku balas begini..

"kenapa pula kau nak tahu? cukup lah apa yang kau dah tahu tentang diri aku.. sekarang ini aku dah tak sanggup untuk mendengar apa yang kau nak kata dan fikir tentang aku lagi.."

selepas itu, aku dan Shahir tidak lagi berbual.. sampai lah ke hari ini, aku dan begitu jarang bersemuka.. semalam, aku hanya tidur di dalam bilik berseorangan.. Shahir tidak lagi masuk ke dalam bilik selepas aku berkata sedemikian.. semalam dia tidur di bilik kawan yang lain.. hanya balik pada selepas solat subuh.. mungkin untuk bersedia pada pagi nanti untuk berkemas diri pergi ke kuliah.. tak tahu apa yang dia fikirkan, namun perbuatannya itu membuatkan aku lagi bertambah risau dan bimbang.. kenapa pula dia jadi begitu? adakah dia mula benci kat aku? perasaan itu lah yang bermain di fikiran aku..

"ada sesiapa tahu ke mana Amir pergi??" tiba-tiba tutor aku bersuara..

aku dan Liyana mula menghadap pada tutor kami itu.. baru aku perasan yang Amir tidak ada pada hari ini.. sebenarnya, dia juga dalam satu kumpulan yang sama dengan aku untuk sesi berkumpulan kelas Design Studio.. hari ini agak penting kerana kami perlu membentangkan hasil kerja yang telah kami siapkan.. ada permakahan akan diberikan.. namun, kenapa pula Amir tak hadir pada hari ini?

Ah! biarkan lah dia! aku peduli apa.. setelah apa yang dia buat kat aku semalam, dalam hati aku sudah mula tertanam perasaan benci pada dirinya.. dia sebagai kenalan aku sanggup melakukan aku sedemikian rupa.. apa motif dia buat macam tu kat aku?? sungguh, sikapnya begitu mengejutkan aku itu telah membuatkan aku lagi bertambah geram.. apa lagi akhirnya aku tahu yang dia lah orang yang sebenar yang cuba menggoda dan memeluk Shahir pada masa dahulu.. aku lah yang menjadi saksi sehingga membuatkan aku jadi salah faham.. cemburu? adakah aku cemburu? tidak! aku just tidak menyangka yang dia boleh berbuat perkara yang di luar jangkaan itu..

aku menggenggam jari.. entah kenapa aku seakan mula berdendam pada Amir.. aku cuba tahan diri aku.. menarik nafas panjang kemudiannya menghembuskannya.. terasa lega sedikit.. aku malas nak memikirkan tentang dirinya.. bukan pada saat ini..

tanpa kehadiran Amir, pelajar yang hadir mula membuat pembentangan masing-masing.. semua orang mula menjelaskan tentang idea yang ingin di sampaikan.. dalam pengajian bidang seni bina, yang paling penting bagi aku adalah idea kita yang bernas.. itu lagi penting berbanding design bangunan yang menarik..

Liyana mula memulakan pembentangannya.. seperti biasa, gadis semanis Liyana, nampak luaran je macam malu-malu sikit.. namun bila dah tiba dia nak jelaskan hasil kerja dia, seakan jadi manusia lain, Liyan begitu bersemangat membentangkan usaha kerjanya selama ini.. setelah itu, giliran aku pula tiba.. seperti biasa.. aku kurang bagus dengan kemahiran untuk membentangkan hasil kerja aku.. mungkin aku masih lagi kurang berkeyakinan.. kata-kata aku suka agak tersangkut-sangkut.. namun aku dah buat sehabis baik.. apa nak jadi selepas ini jadi lah.. giliran tamat.. aku mula duduk ke tempat aku semula yang bersebelahan dengan Liyana..

"hei, Fahri.. nak dengar satu rahsia tak??" kata Liyana sambil tersenyum-senyum..

"apa dia?" kataku perlahan..

pembentangan masih lagi berjalan.. kali ini ada pelajar lain mula membentangkan hasil kerja dia.. di belakang, Liyana seakan mula mengajak aku untuk berbual tentang satu perkara..

"aku tak tahu nak cakap macam mana kat kau.. rasa malu lah pula.." kata Liyana yang tiba-tiba tersipu malu..

aku berkerut dahi, "kenapa pula nak malu? kau nak cakap apa sebenarnya??"

"aku tak cakap kat sesiapa lagi.. even pada kawan perempuan aku sendiri.. so, kalau aku cakap, kau lah orang yang pertama akan tahu kot.." kata Liyana lagi..

"wah.. bertuahnya aku.. hehe.. apa rahsia kau nak beri tahu aku??"

"kau tengok ini.." kata Liyana..

berselindung di bawah meja bagi mengelakkan orang lain nampak, Liyana menghulurkan jarinya.. ada sebentuk cincin tersarung pada jari manisnya..

"kenapa?" tanya aku.. kurang faham...

"kau ni Fahri... ish... takkan lah tak faham pula.." kata Liyana..

aku berkerut dahi.. secara tiba-tiba muncul satu fikiran di minda aku..

"maksud kau?? dari Shahir ke?" jantungku mula berdebar-debar..

"ha ah.. minggu lepas.. dia yang beri aku cincin ni.. sebagai tanda pertunangan kami nanti.." Liyana tersenyum malu..

aku tergamam.. sungguh aku terkejut...