Wednesday, 27 May 2015

Abang Bad, The Story - Part 1 -



Gambar sekadar hiasan



Tuesday, 3/3 Summer

Semester baru bagi tahun kedua pengajian aku akan bermula tak lama lagi, tapi aku masih lagi tak dapat tempat tinggal.. sungguh malang bagi aku sebab tak terpilih untuk tinggal di kolej kediaman di universiti.. aku dah memohon dah lama tapi ditolak.. jadi, nak tak nak untuk tahun kedua ini, aku memang kena menyewa di luar lah.. leceh pula.. nak mencari tempat nak menyewa tu yang leceh.. dan sekarang ni pun aku masih tak dapat tempat untuk disewa.. aku nak yang murah dan dekat dengan uni.. ada juga lah beberapa buah rumah aku telah tengok tapi entah kenapa aku macam kurang berkenan pula kalau difikirkan tentang soal harga sewa dan juga jarak perjalanan ke uni.. jadi aku masih lagi mencari tempat tinggal untuk disewa.. nak cari tempat betul-betul biar hati puas.. sebab tinggal nanti untuk tempoh yang lama, jadi biar lah tempat memang selesa untuk aku..

Beberapa hari ni aku tinggal kat bilik kawan aku, Fahri di kolej kediaman.. dia beruntung sebab masih dapat  tinggal  kat  kolej.. dia benarkan aku untuk bermalam kat bilik dia seketika sebab teman sebilik dia, Shahir masih tak datang lagi.. jadi dalam masa tu aku pun kena lah cari tempat tinggal untuk disewa..

Bersendirian, aku melihat pada papan notis yang ada di salah sebuah bangunan di universiti aku.. seperti biasa, aku mencari kot-kot ada pelajar yang tinggal luar universiti yang mencari teman serumah yang baru.. mata aku meliar-liar memandang pada papan notis itu.. sebelum ni aku dah tengok kat papan notis tu, tapi mana lah tahu hari ni ada notis cari teman serumah yang baru.. tengah aku memandang pada papan notis itu, aku terpandang pada satu notis yang sebelum ini aku tak pernah lihat lagi.. aku duga ia baru sahaja ditampalkan.. notis mencari teman serumah.. aku tengok info harga sewa menarik tumpuan aku.. tidak lah terlalu mahal.. lantas aku cepat-cepat mendial nombor telefon yang tertera dengan harapan aku mungkin masih boleh menyewa di rumah itu.. harga sewa macam tu, tentu sahaja ramai yang nak.. jadi aku harus dapatkannya secepat yang mungkin..

Beberapa minit kemudian, panggilan telefon aku masih juga tidak dijawab.. aku cuba mendial sekali lagi.. tunggu dan menunggu.. beberapa minit selepas itu akhirnya panggilan diangkat..

“Assalamualaikum..” kata aku..

“Waalaikumsalam.. maaf sebab lambat angkat panggilan..”

“eh.. tak mengapa..” aku terdiam seketika.. aku seakan macam pernah dengar suara orang itu.. “erm… saya ada terbaca kat papan notis pasal nak cari teman serumah yang baru.. jadi saya call ni sebab nak tanya pasal tu lah..” kata aku lagi..

“owh.. pasal rumah.. ada satu bilik yang masih kosong lagi..”

“masih available tak?” tanya aku..

“ya.. jadi berkenan ke nak sewa bilik tu?”

“saya mesti tengok rumah tu macam mana sebelum beri kata putus..”

“itu sudah semestinya.. jadi, bila nak datang untuk lihat-lihat keadaan rumah?”

“awak bila free?” tanya aku

“ermm.. selepas jam 2 petang.. rasanya kalau nak datang selepas masa itu tidak jadi masalah..”

“pukul 2.30 nanti saya datang, okay?”

“okay.. tahu alamat kan?”

“ha ah.. kat notis tu ada sertakan sekali..”

“okay.. nama siapa?”

“Hairil..”

“okay, Hairil jumpa jam 2.30 nanti..”

Panggilan berakhir.. aku terdiam seketika.. dalam fikiran aku mula terfikirkan sesuatu.. entah kenapa aku macam kenal suara orang itu sebelum ini.. tapi bila aku tengok pada notis tersebut, No. Tel = Rahman Razak, rasanya aku tak pernah kenal sesiapa yang bernama Rahman Razak suara macam tu.. tapi.. entah kenapa suara dia tu buat aku seakan cukup kenali.. hati aku mula berdebar-debar.. mula muncul bayangan seseorang di dalam minda aku..

Suara itu..                                  

Bisik hati aku..

Terdiam.. di fikiran mula mengenal pasti jika aku memang pernah kenali suara itu sebelum ini ataupun tidak.. aku mula rasa gemuruh..

Takkan lah kot dia orangnya?      

Bisik hati aku lagi..


+          +         +


Jam hampir 2.30 petang,

Aku mula sampai di kawasan rumah tersebut.. ianya adalah sebuah rumah flat berkos rendah.. jaraknya tidak lah begitu jauh dari universiti.. aku datang bersendirian dengan menaiki basikal aku.. basikal ini juga lah yang biasa aku pakai jika nak pergi ke kelas.. jadi, kalau ikut jarak perjalanan untuk sampai ke rumah ini tidak lah terlalu jauh.. rasanya aku masih boleh ulang alik dari kelas berbasikal kalau aku betul menyewa kat rumah ni..

Okay, soal jarak perjalanan tu dah tak jadi masalah.. sekarang hanya perlu tengok keadaan dalam rumah pula.. kalau dilihat dari keadaan luar, kawasan flat ni takde lah teruk sangat.. lalu aku pun mula berjalan naik menuju ke arah bilik rumah sewa tersebut.. Nombor 2.10.. itu lah rumah yang aku cari.. berdiri di luar rumah, aku memastikan berulang kali jika aku memang sudah berada di tempat yang betul.. entah kenapa dalam hati aku mula timbul rasa gemuruh semula.. aku tidak pasti kenapa aku seakan mula berasa teragak-agak dan seakan mula berpeluh.. malas nak berfikir panjang, lalu aku mula mengetuk pintu rumah..

Ketuk sekali.. tidak berjawab..

Aku ketuk lagi..

“Assalamuaikum..” kata aku..

“Walaikumsalam…” kedengaran suara dari dalam..

Lalu pintu rumah dibuka.. kelihatan seorang lelaki yang lebih berusia dari aku di depan pintu.. terus aku tergamam.. wajah aku mula berubah merah.. aku cuba mengalihkan muka menahan rasa segan..

“jadi kau Hairil kan?” tanya lelaki yang bernama Rahman Razak itu..

“ye.. betul..” aku cuba berlagak biasa..

“sila lah masuk.. tengok keadaan rumah sama ada kau berkenan ke tak menyewa kat sini..”

Aku mula melangkah masuk.. berlagak biasa tapi hati tersipu-sipu malu..

So, nama dia Rahman Razak lah rupanya..

Hati aku berbisik..

“ni lah ruang tamu.. takde lah besar mana..” kata Rahman menunjukkan keadaan dalam rumah itu kepada aku..

“okay lah ni..” kata aku.. hati masih lagi menahan rasa segan..

Puas melihat keadaan di ruang tamu dan kawasan dapur, Rahman mula menujukkan aku bilik yang masih lagi kosong dalam rumah itu..

“dalam rumah ni ada tiga buah bilik.. kalau kau jadi nak menyewa, kau lah orang yang ketiga penghuni rumah ni.. sebelah ni bilik aku..” Rahman mula menunjukkan biliknya.. aku jelling, kelihatan keadaan dalam bilik agak kemas dan tersusun.. “ni master bedroom.. tapi dah ada yang pakai lah.. orangnya takde kat rumah sekarang.. ada kat luar..” jelas Rahman lagi..

Aku hanya mendiamkan diri..

“ni lah bilik yang masih kosong tu.. so, kau rasa macam mana? Berkenan?” soal Rahman..

Aku mula memandang keadaan di dalam bilik.. saiz bilik tidak lah kecil sangat.. saiz yang masih lagi buat aku rasa selesa.. not bad.. bisik hati aku..

“harga sewa seperti yang tertera kat notis tu kan?” tanya aku..

“ha ah.. kalau kau kata setuju, kau akan dapat bilik ni lah.. sebab ada orang lain juga selain kau yang berkenan nak sewa kat bilik ni.. tapi sebab kau yang datang dulu, kalau kau setuju kau akan dapat lah.. so, macam mana?”

“erm.. aku setuju.. rasanya rumah ni okay je.. jarak nak gi uni pun tak lah jauh sangat.. okay, aku setuju nak sewa bilik ni.. kelas pun dah nak mula.. kena ada tempat tinggal terus..” balas aku..

“kau student apa?” tanya Rahman..

“architecture.. second year degree..” balas aku..

“owh.. budak archi.. aku pun archi gak.. second year master.. elok betul lah tu.. semua orang dalam rumah ni belajar archi.. hehehe.. kalau kau ada benda nak minta ajar, aku boleh tunjuk.. Bad pun boleh tolong ajar kan.. dia tu terer gak tu..”

“ermm.. siapa Bad?” tanya aku..

“owh.. orang yang satu lagi yang tinggal kat bilik master bedroom tu..”





Wednesday, 3/3 Summer

Dalam hati seakan sukar untuk percaya dengan ‘kebetulan’ yang telah berlaku.. Senior yang selama ni aku selalu skodeng, siapa sangka kali ni aku berpeluang untuk tinggal sebumbung dengan dia.. satu kebetulan yang semestinya mengujakan! Ianya sudah semestinya telah membuatkan hati aku berasa teruja..

jadi nama dia Rahman rupanya.. Puas juga aku cuba nak tahu nama dia siapa.. aku memang dah lama tahu yang dia adalah pelajar jurusan senibina dan mengambil Master untuk tahun kedua.. tinggal dalam satu falkuti yang sama membuatkan kadang-kadang aku ada terserempak dengan dirinya beberapa kali.. nak kata selalu sangat terjumpa tak juga lah.. tapi kalau kebetulan terserempak mata ini akan sering kali juga menjeling ke arahnya.. sekadar jelling dan pandang.. tak lebih daripada itu.. sekadar meminati dari jauh tanpa mengharapkan apa-apa..

tapi…

aku tak sangka pula boleh jadi macam ni, dapat peluang tinggal sebumbung pula… siapa yang tak berasa teruja? Memang tak sangka betul.. asalnya aku rasa mengeluh sebab tak dapat tinggal di kolej kediaman pelajar di universiti.. sebab aku pun lagi suka kalau terus dapat tinggal kat sana.. banyak kawan.. dekat kalau nak pergi kelas.. tapi.. mungkin ada hikmah disebalik apa yang dah berlaku.. macam… dapat tinggal sebumbung senior bernama Rahman tu.. hehehe



Saturday, 3/3 Summer

“ada lagi tak barang yang tertinggal dalam kereta?” tanya Rahman bila aku masuk ke dalam rumah sambil mengangkut beberapa barang milik kepunyaan aku..

“semua dah diangkut.. rasanya dah tak ada yang tertinggal’.. balas aku..

“barang kau aku dah letak kat dalam bilik kau..” kata Rahman lagi yang sebelum ni turut tolong aku membawa barang untuk pindah ke dalam rumah ini..

Aku mula masuk ke dalam bilik lalu melihat barang aku yang telah diangkut oleh Rahman.. kemudian, aku alihkan pandangan aku melihat kepada Rahman yang sedang berdiri berdekatan dengan aku..

“Terima kasih sebab tolong..” kata aku..

“tak ada hal pun.. dah nak jadi bakal housemate pun kan..”

Aku tersenyum..

Hari ni hari pertama aku akan memulakan hidup di dalam rumah ni.. pagi tadi, Rahman datang jemput aku di kolej kediaman di universiti tempat aku menumpang seketika.. selama ni aku simpan barang-barang aku di dalam bilik kawan aku, Fahri.. dia benarkan aku menumpang seketika sementara teman sebilik dia, Shahir masih belum datang.. dalam pukul 9 pagi tadi Rahman datang untuk jemput aku.. tengah menunggu kedatangan dia, hati aku terasa berdebar-debar sikit.. sebabnya, ini kali pertama aku akan menginap di luar tempat belajar.. selama ini aku memang tinggal di kolej kediaman yang disediakan.. waktu sekolah dulu pun memang aku tinggal di asrama.. jadi aku terasa agak janggal sikit sebab akan mengalami pengalaman hidup yang baru.. tinggal di rumah sewa dengan tempat kediaman pelajar memang dua perkara berbeza.. suasana lain.. tapi ini adalah realiti kehidupan.. sebab bila aku kerja nanti, kalau aku bekerja di tempat jauh dari keluarga, kebiasaanya orang akan tinggal menyewa rumah dengan orang lain lah.. jadi, sekarang ini aku akan bakal merasai ‘pengalaman’ itu..

Di dalam bilik, aku mula mengemas barang-barang peribadi aku.. kelengkapan aku boleh kata agak sempurna.. ianya bukan lah satu bilik yang betul-betul kosong.. sudah ada kelengkapan seperti katil, meja belajar dan almari yang cukup besar untuk diri aku.. rasanya itu sudah mencukupi.. Cuma aku mungkin memerlukan satu meja belajar yang lebih luas.. sebagai pelajar jurusan senibina, kerja-kerja melukis tu memang menjadi satu perkara biasa.. sebab tu aku memerlukan meja yang lebih besar berbanding dengan meja yang sedia ada.. satu meja rasa kurang mencukupi.. tapi tak mengapa lah.. buat masa ini masih tidak menjadi masalah kot..

Selesai mengemas, aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.. kelihatan Rahman sedang duduk sambil memejamkan mata.. menyedari kedatangan aku, dia mula menoleh memandang aku.. berdiri diam, aku juga memandang pada wajah Rahman..

“rumah ni takde lah besar sangat pun.. harap-harap kau selesa lah tinggal kat sini..” kata Rahman..

“rasanye rumah ni dah okay.. dah cukup selesa.” balas aku..

Aku mula berjalan menghampiri tingkap rumah.. cuba untuk menyelesakan diri dengan keadaan rumah.. dalam masa yang sama sebenarnya aku masih juga berasa agak janggal dan malu-malu dengan teman serumah aku yang baru itu, Rahman.. ye lah.. baru nak kenal, (walaupun sebelum ni memang dah kenal pun).. jadi memang akan terasa janggal sikit berdepanan dengan orang yang bakal aku hadapi setiap hari.. memandang permandangan di luar tinggap, dapat aku perhatikan bangunan universiti kelihatan yang terletak tidak begitu jauh dari rumah ini..

“abang student Master kan.. saya nak tanya, umur abang berapa ye?” tanya aku yang mula memanggil Rahman dengan gelaran abang.. tiba-tiba aku terfikir nak tanya tentang soal umur.. masa ni lah nak kenal-kenal.. sebelum ni tak ada peluang untuk berkenalan.. hanya mampu memandang dirinya dari jauh..

“26 tahun..” balas Rahman..

“owh.. okay.. saya baru 22 tahun.. hurmm… jadi lepas abang habis Degree, Part 1 Archi, abang kerja dulu lah sebelum Master?” tanya aku lagi..

“ha ah.. kerja dulu.. kalau boleh nak je sambung terus Part 2 Archi.. tapi tu lah.. masalah duit.. jadi, kerja dulu nak kumpul duit, baru boleh sambung Master..” balas Rahman..

“kalau saya pun fikir macam tu juga.. nak kerja dulu.. ambil pengalaman.. hurm.. oh ya.. saya nak tanya something.. rumah ni ada tiga orang kan, campur saya sekali.. tapi.. penghuni yang seorang lagi kat mana ye? Saya tak pernah jumpa lagi..” tanya aku mula teringat akan teman serumah aku yang satu lagi..

sejak aku mula pertama kali datang rumah ni sampai sekarang memang aku tak pernah bersemuka dengan dia lagi.. tiba-tiba aku ingin tahu pasal orang tu.. nak juga kenal dengan dia, teman serumah aku..

“owh.. Bad ke? Dia ada je.. tapi dia tengah kerja sekarang..” balas Rahman..

“kerja apa?” tanya aku..

“kerja sambilan sebenarnya.. penghantar pizza.. petang nanti dia balik lah..”

“owh.. ya ke.. rajin pula buat kerja sambilan.. saya teringin juga nak buat kerja sambilan.. tapi kalau waktu study terasa macam susah sikit.. kerja sambil belajar.. macam susah nak fokus.. sebab saya tak pandai nak urus masa…” kata aku..

“sebenarnya lagi elok tak buat kerja sambilan waktu belajar.. kalau waktu cuti, mungkin elok lah kalau nak buat.. tumpukan pada study je.. terpulang pada masing-masing.. Cuma, kadang-kadang ada orang perlukan duit extra sikit.. macam Bad tu.. tak lama lagi dah nak kahwin lah tu.. hehehe.. abang pun ada buat kerja sambilan juga..” kata Rahman yang mula membahasakan dirinya sebagai ‘abang’…

“kumpul duit untuk kahwin juga ke?” tanya aku cuba menduga..

“ermmm.. tak semestinya.. tak rugi pun kalau ada duit lebih.. tapi kalau ada duit lebih tu, boleh lah tambah-tambah sikit kalau nak kahwin nanti..” balas Rahman.. muka dia mula berubah merah sedikit..

Aku terdiam.. hati aku seakan boleh menduga bila melihat riaksi wajah Rahman..

Owh.. dah berpunya ke? Tak tahu pula aku.. ye lah.. selama ni aku bukannya kenal sangat pasal dia pun.. aku ni sekadar macam ‘fan’ dia je kot yang hanya memerhatikan dari jauh.. persoalan tentang kalau dia dah berpunya ke belum tu memang aku tak tahu.. tapi.. kalau dah berpunya…. Hurmmm…

“okay lah.. saya nak masuk bilik dulu ye.. nak sambung mengemas barang.. ada benda yang tak siap lagi..” kata aku meminta diri..


+         +         +


Aku baru je selesai kesemua kerja mengemas bilik… cadar tilam dan bantal dah pasang.. pakaian semua sudah disimpan kemas dalam almari.. badan terasa letih.. asalnya sekadar mahu berbaring seketika di atas katil untuk merehatkan badan.. tapi tak sangka pula boleh sampai terlena.. terbangun sahaja daripada tidur, aku terus memandang ke arah luar tingkap.. hari telah pun senja.. terus aku memandang pada skrin telefon bimbit aku untuk melihat jam.. pukul 6.10 petang..

Tersedar yang aku masih belum lagi menunaikan solat waktu Asar, aku bingkas bangun dari katil lalu menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.. sempat aku menjeling memerhatikan jika ada kelibat Rahman, namun tiada.. Nampak gayanya, aku seorang je lah kot dalam rumah ni.. selesai mengambil wuduk, aku terus masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat..

Habis sahaja solat lalu aku duduk di meja belajar aku mula menghidupkan komputer riba milik aku.. namun tengah-tengah aku duduk menghadap skrin laptop, tiba-tiba kedengaran satu suara dari belakang aku..

“hei kau!”

Terkejut, aku mula menoleh ke arah belakang..

Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki di muka pintu bilik aku.. orangnya nampak berusia dari aku.. berjambang serta rambut yang sedikit serabai.. dia sedang berdiri sambil memeluk tubuh.. tertera satu ayat ‘Pizzacom’ pada bajunya.. pandangan matanya yang tajam merenung aku, membuatkan aku berasa cuak sedikit..

“hei.. jadi kau lah ahli rumah baru ni…” lelaki itu bersuara lagi.. nada suara yang sangat maskulin.. “kau siapa? Nama kau apa?” tanya lelaki itu..

“saya Hairil..” balas aku.. tak tahu kenapa.. aku seakan berasa sedikit gementar sedikit bila melihat kehadiran lelaki itu.. entah.. Nampak macam garang..

“owh.. Aku Badri.. mari sini.. salam dulu..” katanya mula mengarah aku..

Terasa takut-takut sikit, namun aku bangun juga.. salam dihulurkan.. dia tersenyum kecil merenung aku lalu mula menyambut salaman tanganku.. dapat aku rasai sentuhan kulit tangannya yang kasar.. aku kenali rasa sentuhan ini.. tangan yang biasa bagi orang kuat bekerja.. genggaman tangannya erat dan padat, kukuh menyambut salaman tanganku.. lalu.. entah kenapa aku mula timbul rasa malu sedikit..

Merenung wajah aku, lalu dia berkata, “muda lagi.. umur kau berapa?” tanya lelaki yang bernama Badri itu..

“masuk tahun ni 22 tahun lah..” jawab aku..

“aku 27.. tua lagi dari kau.. jadi kena hormati orang yang lebih tua macam aku ni.. faham?” pintanya..

Aku hanya mendiamkan diri.. tapi dalam hati mula berbisik..

Amboi.. kekwat lah dia ni! aku tahu lah dia lagi tua.. tak payah ingatkan pun aku dah tahu untuk jaga perangai..

“ermmm… baru balik kerja ke?” tanya aku sambil memandang pada baju Badri yang tertulis ayat ‘Pizzacom’.. teringat kata Rahman.. teman serumah yang lain, Badri buat kerja sambilan jadi penghantar pizza..

“ha ah.. baru je balik kerja..” Badri tenung aku lagi.. “kau dah solat Asar ke belum? Ke jenis yang tak solat?” tanya dia mencurigai..

“dah solat dah.. baru je sebenarnya..” balas aku..

“elok lah tu.. kalau dah Islam tu kena lah melakukan solat.. aku tak suka kalau ahli rumah ni ada yang tak solat..”

“saya solat je.. full.. lima waktu!” kata aku bersungguh-sungguh.. terasa geram sikit bila terasa diri dicurigai..

Muka aku ni muka orang tak solat ke? Bisik hati aku..

“okay.. bagus! Okay.. aku masuk bilik dulu..” namun baru sahaja beberapa langkah, Badri mula berpusing balik, “oh ya! Baru nak pesan.. maghrib nanti solat berjemaah.. peraturan dalam rumah ni, selagi kau tak berseorangan di dalam rumah, kalau nak solat dan ada orang, solat kena berjemaah.. faham??” Badri mula memberi pesanan..

“faham..” balas aku ringkas..

“kalau dah faham, bagus.. okay.. aku masuk bilik dulu..”

Badri mula melangkah masuk ke dalam biliknya.. melihat dirinya dari belakang dalam hati aku mula berbisik..

Kenapa aku rasa dia ni jenis yang suka mengarah orang lain??

Hurmm…

Aku mula merungut…


+        +        +


Solat maghrib..

Seperti apa yang dipinta oleh Badri, aku menunaikan solat bersama dirinya dengan Rahman.. solat diimamkan oleh Rahman.. pertama kali aku berimamkan Rahman, lelaki yang menarik perhatian aku sebelum ini.. tak sangka pula Rahman ni mempunyai suara yang merdu.. terbuai seketika mendengar bacaan surah yang dibacakan oleh Rahman..

Waktu aku masih tinggal di kolej kediaman pelajar dulu, kebiasaanya aku akan solat bersendirian di dalam bilik sendiri.. kebanyakkan pelajar pun macam tu juga.. lebih suka solat bersendirian dalam bilik sendiri walaupun surau ada disediakan berhampiran dengan blok kolej.. tapi sekarang, aku seakan mula nak adaptasi cara kehidupan yang baru.. pada hari ini aku rasakan begitu.. biasanya jarang aku nak solat berjemaah.. walaupun hanya tiga orang sahaja.. sejujurnya aku terasa janggal sedikit.. sebab cara kehidupan yang baru.. kalau itu sudah ‘peraturan’ yang ditetapkan dalam rumah ini, aku ikutkan sahaja..

Selesai sahaja solat, kami bertiga mula berkumpul di dapur untuk makan malam.. hari ni Badri ada bawakan pizza untuk dikongsikan bersama.. pizza dari kedai tempat Badri bekerja, Pizzacom.. ini pertama kali aku merasakan pizza dari kedai itu.. boleh tahan juga sedapnya.. tengah menjamu selera aku lebih banyak berdiam diri dan mendengar sahaja apa yang Badri dan Rahman borakkan.. mungkin masih malu sikit dengan mereka.. ye lah.. aku ni kan orang baru.. jadi memang akan terasa kekok sikit..

“Hairil asal mana.. lupa nak tanya pula..” tiba-tiba Rahman mula bertanyakan soalan..

“asal dari Legana..” jelasku..

“Legana? Abang pernah datang ke sana naik roda ferris.. best! Rasa nak pergi lagi..” kata Rahman sambil menaikkan ibu jarinya..

“cantik kan.. lagi-lagi kalau malam.. saya walaupun dah tinggal lama kat sana tapi still tak rasa bosan untuk tengok atau pun menaiki roda ferris tu..” jelas ku mengenai roda ferris besar yang sudah sinonim dan menjadi mercu tanda untuk bandar Legana..

“Seronok.. dah pergi dua kali sebenarnya.. tapi still nak rasa naik roda ferris tu lagi..” kata Rahman..

“kalau abang nak datang lagi, saya boleh jadi tourist guide bawa jalan-jalan.. ermm.. oh ya.. abang Man pula asal dari mana?” tanya aku yang mula memanggil Rahman sebagai ‘abang Man’..

“asal dari San Kilda.. tapi tak tinggal kat bandar.. orang kampung je sebenarnya..” jelas Rahman..

“owh.. okay.. abang Bad pula?” tanya aku pada Badri yang mula aku panggil sebagai ‘abang Bad’..

“Newnham..” jelas Badri sepatah..

“dekat je lah.. boleh balik selalu…” kata aku..

“oh ya.. lupa nak cakap.. kau pandai masak tak?” Badri mula tanya aku..

“ermmm.. tak lah sangat.. kenapa ye?”

“lepas ni kau kena belajar memasak lah.. sebab kita orang ada giliran memasak malam.. jadi sebab kau dah jadi ahli rumah ni kena join sekali lah.. ke kau tak nak join?” tanya Badri lagi..

“ermmm.. maksudnya?” aku agak keliru..

“untuk makan malam, kita orang kongsi bersama.. jadi kalau nak adil kena ada giliran memasak lah kan.. untuk makan malam je.. boleh jimat sikit kalau berkongsi banding makan kat luar.. jadi, apa pandangan kau?” Badri tanya aku lagi..

“okay kot… tapi.. saya tak pandai masak sangat..”

“kalau yang tu kau fikir kemudian.. jadi maksudnya setuju lah kan?




 Sunday, 3/3 Summer

Hari kedua aku tinggal di rumah ini.. untuk setakat ini rasanya boleh kata aku mula selesa tinggal di sini.. Cuma ada beberapa perkara yang aku fikirkan.. ianya adalah berkenaan tentang orang-orang di sekeliling aku, teman serumah.. sejujurnya aku masih terasa janggal.. sebabnya, aku adalah yang paling muda sekali.. dua orang yang lain tu pangkat ‘abang’ untuk aku dan sebenarnya aku tak biasa sangat bergaul dengan orang yang berusia berbanding aku.. kebiasaanya aku hanya bergaul dengan kelompok sebaya aku je.. terasa lebih selesa.. tapi.. sebab dah tinggal sebumbung.. nak tak nak kena juga bargaul dengan teman serumah..

Abang Man.. aku dah kenal lama sejak tahun lepas.. walaupun dulu hanya kenal gitu-gitu je.. tapi sekarang bila ada peluang untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat apa yang boleh aku katakan, orangnya baik je.. peramah.. aku mudah selesa dengannya.. dia sangat mengalu-alukan kewujudan aku di rumah ini.. dulu aku ni boleh kata macam ‘fan’ dia juga lah, suka skodeng dia dari jauh.. bila dah boleh dekat-dekat macam ni, membuatkan aku jadi lebih ‘tertarik’.. aku suka dengan dirinya yang peramah.. aku suka dengan cara dia bercakap yang sangat sopan.. tapi perasaan minat kat dia tu hanya sekadar minat je lah.. tak lebih dari itu.. sebab.. aku dapat tahu yang dia sebenarnya dah bertunang.. aku tak tahu pula sebelum ni.. jadi… dah milik orang.. tak payah lah aku nak kacau daun kan… sekadar meminati dia seperti mana kita minat pada artis.. hehehe..

Abang Bad.. dia ni aku tak tahu nak jelaskan macam mana.. jujur aku cakap penilaian pertama aku pada dia mungkin ada negatif sikit.. tapi negatif macam mana yang ni aku tak tahu nak jelaskan.. apa yang aku boleh cakap, orangnya macam agak kasar.. cara dia bercakap.. wajah dia yang agak garang di mata aku.. untuk sesuatu sebab, aku rasa yang aku macam tak boleh nak masuk dengan perangai dia.. sesetengah orang bila kita kenal mereka untuk kali pertama, kita boleh rasakan yang kita boleh nak selesa, rapat, sehaluan dengan mereka terus.. tapi dengan Abang Bad ni, walaupun baru je kenal hati rasa macam susah nak sehaluan dengan persoanaliti dirinya.. tak tahu kenapa.. macam ada yang tak kena je.. ada sesuatu pasal dirinya yang membuatkan aku kurang selesa..

Apa-apa pun ini semua adalah penilaian pertama aku pada mereka.. bukan kenal sangat pun kan.. masih banyak masa untuk mengenali mereka..






bersambung...













ini adalah cerpen berikutnya yang aku tulis.. maksudnya ianya hanya lah sekadar cerita pendek yang tak panjang seperti novel.. inspirasi dari kisah sebenar berkenaan tentang 'Abang Bad'.. tapi ianya tidak lah 100% betul.. ada yang rekaan ada yang betul.. hanya aku seorang je yang tahu..


6 comments:

  1. Uuuuuu. Kisah bang bad. Uuuuu. Hahahahahaha. Tapi skang bang bad da kawen kan? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. dah kahwen.. watak Rahman in real life pun dh kahwin n ada anak.. subur je.. hihihi.. baru kahwin dh dpt anak..

      Delete
  2. Bestlah cerita awak..tentang abg bad tu, mungkin dah peragai dia macam tu.

    ReplyDelete
  3. Hmm..saya nk tanya..saya pompuan and ade pakwe..tapi saya suke baca and tgok vid psal gay couple..lagi2 yaoi..fans setia yaoi..hmm..adakah saya sonsang or biseksual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaoi ni usually memang jenis manga yg mostly dilukis oleh perempuan tp genre gay.. dan biasanya memang khusus utk bacaan perempuan.. ianya lebih feminin sesuai utk jiwa perempuan dr segi jln cerita n watak dlm manga tu..

      Tp, satu lg genre adalah 'Bara' yg bersifat lebih maskulin yg biasanya dilukis oleh org gay sndiri utk bacaan org gay..

      So, klu minat manga Yaoi adalah x pelik sgt sbb Yaoi ni sperti yg dinyatakn kartunisnya adalah (mostly) perempuan.. jln cerita memang kena dgn minat perempuan..

      Delete
  4. hehehe best citer abg bad.... nak lagi

    ReplyDelete