Friday 11 December 2015

Hangat dan Nikmat





kalau korang pernah stay oversea di negara yang ada iklim 4 musim, air panas adalah antara salah satu perkara yang paling menyenangkan sekali.. seriously, mandi air panas ni adalah begitu nikmat, kenikmatan yang sangat membuatkan kita boleh ketagih.. maksud aku, bila kita dah start mandi air panas, kita tak tahu bila rasa nak berhenti.. nak mandi, terus nak mandi.. hati tu still terasa syok disirami oleh panas sampai lah kita boleh terleka yang air panas ni boleh buat bil jadi lebih mahal.. disirami air panas adalah salah satu perkara paling nikmat sekali, lebih-lebih lagi kalau waktu musim sejuk.. feeling mungkin sama kalau kita di tengah-tengah gurun yang kering.. tekak punya lah haus gila.. benda yang paling nikmat sekali masa tu adalah dapat minum air yang sejuk.. ianya adalah cukup nikmat yang mana kita rasa susah nak berhenti daripada menikmatinya..

bercakap tentang 'panas' ni kan.. pernah tak kalau korang ada perasaan suka kat seseorang, kalau korang bersentuhan je, kita boleh rasa dan nikmati 'kehangatan' tubuh badan orang tu.. secara terperinci kita boleh nikmati, berapa panas suhu tubuh orang tu dan ianya adalah satu 'kehangatan' yang sungguh menyenangkan seolah-olah sama seperti kita mandi air panas.. nikmat dan nyaman..

alkisahnya, aku ada kenal lah seorang mamat ni.. kiranya aku tertarik juga lah kat dia tu cuma atas dasar kawan aku anggap dia hanya sekadar kawan tanpa ada terpasang niat nak minta lebih.. senangkan kata ianya lebih kurang macam friendzone lah yang mana aku try nak anggap yang kita orang hanya sekadar kawan.. hormat dia sebagai kawan aku tanpa ada niat lebih-lebih.. namun, kalau kita dah tertarik, kita tak boleh nak elak daripada beberapa perkara.. pernah lah satu ketika ketika di dalam kuliah, dia duduk sebelah aku.. then lepas tu dia pun macam manja-manja sikit siap sandar kepala dia kat bahu aku.. dia kata terasa sejuk lah, then manja-manja masukkan tangan dia kat dalam lengan bahu baju aku.. aku pula rasa lain macam.. ye lah kalau kita ada hati sikit kat orang tu, then dia pun macam nak bermesra-mesra 'secara fizikal'.. maksud aku macam sandar kepala kat bahu, main pegang-pegang.. bila kita tertarik kat seseorang. kita akan suka bila kemesraan secara fizikal ni berlaku.. hahaha.. walaupun bagi dia takde apa-apa maksud pun tapi kalau orang yang ada hati kat orang tu, diperlakukan sedemikian, mesti akan rasa lain.. perasaan suka.. haha..

then bercakap berkenaan 'kehangatan'.. bila dia sandar kepala kat bahu aku sambil-sambil dengar kuliah, aku bola rasa seberapa hangat tubuh dirinya.. dan kehangatan tu sama seperti macam kes mandi air panas.. ianya adalah satu kehangatan yang menyenangkan.. ianya tenang dan selesa.. kita suka, dan kita nikmati.. walaupun ianya sekadar suhu tubuh badannya.. sama juga lah bila badan ni kadang-kadang selalu bersentuhan dengan tubuhnya.. aku boleh rasa kehangatan tubuhnya.. selalu juga badan ni bergesel-gesel dengan tubuhnya.. pada saat tu aku boleh rasa, sehangat mana tubuhnya pada saat itu.. dan kehangatan tu seperti yang aku sudah terangkan, seperti mandi air panas, we enjoy the heat.. kita nikmati kehangatan itu.. ianya tenang.. selesa.. kita selami dan hayati kehangatan itu..

bila kita suka kat seseorang tu, sentuhan biasa macam ni pun kita boleh nak nikmati dan enjoy.. 

ianya hanya lah sekadar kehangatan dari tubuhnya, tapi kita nikmati dan selami secara seluruhnya..

seperti disirami oleh air panas di musim sejuk.. ianya nikmat dan menyenangkan...









Friday 9 October 2015

Open Minded

beberapa hari lepas roommate aku bertanya satu soalan kat aku...

"apa pendapat ko pasal menjadi orang yang open minded?"

"maksudnya?" aku mula curious..

"pasal 'orang hari' tu cakap, yang dia ada kawan gay.. dan dia tak kisah sangat pun pasal gay ni.. orang zaman sekarang sepatutnya lebih bersikap open minded dalam perkara-perkara macam ni.."


# kisahnya, kita orang tengah berbincang dan belajar mengenai iklan-iklan visual dan juga menyentuh tentang stereotype.. lalu dibincangkan lah mengenai satu iklan daripada IKEA yang mempunyai visual dua orang lelaki berpegangan tangan.. kita orang diajar untuk menghasilkan visual yang mana, kadang-kadang kita kena lari daripada stereotype.. berkenaan tentang iklan IKEA, dalam dunia sekarang, 'family/keluarga' tu bukan lagi exclusive untuk dua pasangan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan.. kini, di sesetengah negara gay marriage yang telah diiktiraf, satu pasangan sesama jantina yang berkahwin juga boleh dianggap sebagai satu unit keluarga.. 


bila ditanya soalan macam ni daripada seorang roommate straight kepada aku yang 'tak straight', aku terasa lain macam lah pula.. aku sendiri pun antara golongan yang 'tak straight'..

(hei roommate, kau tak tahu yang teman sebilik kau ni pun 'gei' je..)





jawapan aku..

"bagi aku, tak salah untuk setiap orang mempunyai pegangan sendiri.. sama ada dia nak setuju mengenai hal macam ni atau pun tak.. ada orang memang tak kisah pun berkenaan tentang gay ni, tapi ada yang tak setuju.. tapi bagi aku, katakan lah kalau kau tak setuju, tapi jangan lupa untuk melayan/lihat mereka sebagai manusia walaupun kau memang tak setuju habis-habisan hanya kerana kita mempunyai perbezaan pendapat.. bukan hanya dalam kes ini (tentang gay) tapi untuk setiap konflik perbezaan pendapat dan juga kepercayaan..












Thursday 1 October 2015

Tersasul






beberapa hari lepas, di waktu malam aku sedang berjalan berdua-duaan dengan roommate aku.. niatnya nak pergi satu tempat makan untuk berjumpa dengan beberapa kenalan lain.. niatnya juga untuk menyiapkan beberapa tugasan bersama-sama, yang mana tugasan itu perlu dihantar pada keesokan harinya..

sedang 'khusyuk' berjalan menuju ke destinasi, untuk sesuatu sebab, tiba-tiba bibir aku melafazkan satu ungkapan..

separa berbisik, diri aku berkata seorang diri..

"aku sayang Ahmad A....."

kemudiannya, rakan di sebelah aku itu pun mula bertanya..

"eh, kau ada cakap sesuatu ke? aku rasa macam dengar kau cakap sesuatu.."

menyedari yang 'bisikan bawah sedar' aku itu didengari, dengan pantas aku pun mula menafikan..

"eh, takde lah.. mana ada.." cuba untuk menutup..

"ya ke?"

"mungkin kau salah dengar kot.. macam kat dalam lift tadi.. aku fikir kau yang bercakap, tapi kau tak bercakap pun kan?"

(beberapa jam sebelum itu, aku dengan kawan aku tu ada terperangkap dalam satu lift yang mengalami masalah teknikal.. sedang kita orang nak naik guna lift tu, di tingkat 5, lift itu tiba-tiba ter'stuck'.. tersekat, pintu tak boleh buka.. lalu kawan aku pun tekan butang kecemasan.. kedengaran suara berkata 'STUCK! STUCK!'.. tapi beberapa minit terperangkap, kemudiannya pintu lift tu pun akhirnya berfungsi.. lalu kawan aku tu pun tanya, kau dengar suara orang tadi tak, suara menjerit 'Stuck! Stuck!'.. then aku cakap, "eh, aku ingat kau yang jerit macam tu tadi nak minta tolong".. then kawan aku pun cakap, "eh, bukan lah.. suara orang lain..")

menggunakan situasi yang berlaku di dalam lift tadi sebagai alasan, kemudiannya kawan aku tu pun anggap yang dia mungkin tersalah dengar.. lalu, kejadian aku 'tersasul'  bermadah sayang mula terus dilupakan...

Friday 25 September 2015

Si Optimistik






dah lama giler tak update blog... hahaha.. dah banyak kali aku try untuk nak update blog ni tapi asyik tertangguh je.. so, kali ni aku try nak update sebagai tanda yang blog ni masih lagi hidup.. hahaha..

pernah tak korang macam sangat suka dengan sesetengah watak yang korang jumpa or kenal yang mana watak tu macam ada memberi kesan dan mempengaruhi kehidupan anda.. watak-watak ni sebenarnya tak wujud pun melainkan ianya adalah sekadar satu rekaan.. dengan erti kata lain, korang kenal watak ni dalam satu filem, drama ataupun dalam novel.. bagi sesetengah orang, ada yang sangat terkesan dengan watak fiksi/rekaan sebegini dan aku pun pernah mengalaminya.. untuk kes aku, pernah juga lah yang aku seakan 'admirer' sangat dengan satu watak fiksi ni sehingga aku pun macam buat guideline yang mana aku pun nak jadi macam watak fiksi tu..

ada beberapa watak fiksi yang meninggalkan kesan dalam hidup aku.. salah satu daripadanya adalah watak Fahri yang ada dalam novel Ayat-ayat Cinta.. entah kenapa aku macam suka sangat dengan watak tu.. aku suka dengan nama Fahri tu.. and imaginasi aku ketika aku baca novel tu telah pun boleh membayangkan watak Fahri ni macam mana.. legasi tinggal pengaruh watak Fahri ni boleh dilihat yang mana nama Fahri tu telah pun terpahat dalam novel yang sekian lama tak habis-habis lagi (hahaha) iaitu novel yang aku tulis, Unspeakable Love.. aku pun pernah cakap, yang nama Fahri dalam novel Unspeakable Love tu actually inspirasi dari nama Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta.. aku memang jenis orang yang suka nama pahat sesuatu nama yang bermana dalam sesuatu perkara sekiranya orang itu macam ada pengaruh dalam hidup aku.. contohnya lagi, dalam WeChat, aku guna nama 'Encik Biskut'.. ada sebab juga kenapa aku guna nama tu.. actually nama 'Biskut' tu adalah inspirasi daripada satu nickname Facebook seseorang yang aku kenal.. orang tu entah kenapa dia suka guna nama 'Biskut Kering'.. so, orang bernama 'Biskut Kering' ni pun kiranya meninggalkan kesan dalam hidup aku.. sebab tu lah aku dalam WeChat guna nama Encik Biskut, mungkin sebab untuk nak pahat dalam ingatan..

okay, berbalik kepada pengaruh-pengaruh watak fiksi dalam kehidupan.. alkisahnya, beberapa hari lepas aku ada pergi satu perjumpaan untuk satu persatuan.. ianya adalah kali pertama persatuan tu adakan perjumpaan.. nak dijadikan cerita, tengah-tengah AJK tertinggi nak bahagi-bahagikan ahli dalam beberapa kumpulan, aku dimasukkan dalam Krew 10.. duduk atas rumput padang time tu.. tengah-tengah setiap ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan, ada seseorang dalam ahli kumpulan yang menarik perhatian aku.. bila aku pandang dia, terus aku teringatkan sesuatu.. minda terus berputar semula kembali pada beberapa tahun yang lepas.. aku fikir, wajah orang itu seakan seperti satu wajah watak fiksi yang pernah aku kenal dahulu.. satu watak fiksi yang banyak mempengaruhi kehidupan aku dulu.. seingat aku, waktu tu mungkin ketika aku menuntut sebagai pelajar Tingkatan 3 lagi kot... aku pernah tengok satu filem ni dan kemudiannya aku tertarik dengan satu watak yang turut digelar sebagai 'Si Optimistik'.. tak tahu apa sebabnya, tapi macam ada benda mengenai watak tu yang membuatkan aku suka.. nama watak tu aku tak nak cakap lah.. kenapa? alasannya sebab actually untuk aku macam guna nama 'Si Opstimistik' ni sebagai password untuk pelbagai akaun misalnya macam Facebook, Email, Instagram and macam-macam lagi.. malah untuk blog ni pun sebenarnya guna nama 'Si Optimistik' ni.. ianya agak pelik sikit bila aku guna password dengan nama watak fiksi ni.. but seperti yang aku dah huraian sebelum ni, aku jenis yang suka nak pahat mengenai nama seseorang dalam sesuatu perkara.. misalnya macam Fahri dalam novel Unspeakable Love, nama Biskut dalam WeChat aku, malah untuk game pula, aku akan letak nama crush aku... untuk kes ni pula, aku sebatikan dalam password lah pula..

bercerita mengenai perihal 'Si Optimistik' ni.. pernah satu ketika tu kan, aku ada gaduh besar dengan my bestfriend.. puncanya pun daripada aku.. and lagi, aku pula jenis yang very ego tinggi tak nak minta maaf walaupun benda tu terang-terang memang salah aku pun.. but.. macam aku cakap, kadang-kadang ada manusia ni akan ada yang sangat menyanjung sesuatu watak fiksi sehingga mereka try cuba untuk mengikut watak dan kelakuan watak tersebut.. alkisahnya, aku pun macam tu juga lah... at that time, aku macam sangat-sangat menyanjungi watak 'Si Optimistik' ni sampai aku pun try untuk nak jadi macam dia.. so, tengah-tengah konflik berlaku antara aku dengan my best friend, for some reasons, aku yang jenis ego tinggi ni cuba buat refleksi diri, berfikir, "apa yang 'Si Optimistik' akan buat jika berlaku situasi macam ni??" fikir fikir.. akhirnya aku membuat kesimpulan, kalau 'Si Optimistik' ni bergaduh dengan kawan dia, mesti dia akan try untuk berbaik semula.. di sebabkan time tu aku try untuk jadi seperti 'Si Optimistik', jadi aku pun dengan rela hati cuba untuk buang rasa ego aku untuk memohon maaf pada my bestfriend tu.. jadi, kesimpulannya macam ni, gara-gara aku try untuk menjadi seperti Si Optimistik, akhirnya aku rela untuk buang ego aku untuk memohon maaf.. begitu lah dalam nya kesan pengaruh watak fiksi yang digelar Si Optimistik ni.. seolah-olah dia seperti satu role-model aku untuk menjadi seorang yang lebih baik.. memang ada sesetengah orang yang terkesan dengan satu watak rekaan yang dia baca kat novel, or lihat kat drama/filem yang kemudiannya akan jadi ikutan, walaupun watak tu sebenarnya tak wujud pun.. salah seorang seperti ini adalah aku..

berbalik kepada detik pertemuan aku dengan seorang yang ada wajah iras dengan watak fiksi yang kenal dulu, Si Optimistik.. seperti biasa lah kan, mesti akan ada sesi memperkenalkan diri.. jadi setiap seorang akan memberi tahu perihal masing-masing, cakap nama apa and sebagainya.. tengah-tengah orang lain mula memperkenalkan diri, aku asyik tenung dengan mamat yang ada bayangan 'Si Optimistik' ni.. sampai lah giliran lelaki tu, dia memperkenalkan diri..

lalu dia pun beri tahu nama dia apa..

dan hal yang mengejutkan berlaku.. nama lelaki tu dengan nama Si Optimistik adalah sama juga!! kebetulan apa kah ini??? macam susah nak percaya..

kalau nak bercakap mengenai kebetulan, ada banyak kebetulan yang terjadi..


1. aku join persatuan tu pun sebab pengaruh dari filem yang aku pernah tengok dulu.. dalam filem tu, Si Optimistik tu adalah antara ahli persatuan tersebut.. jadi aku pun try nak join persatuan tu lah..

2. bila dah join, tiba-tiba aku jumpa dengan seorang lelaki yang wajahnya membuatkan aku mula nak relate semula dengan satu watak fiksi yang cukup berpengaruh dalam hidup aku dulu.. 

3. kemudian, bila dah tahu nama lelaki tu, kebetulan nama dia sama dengan nama watak Si Optimistik tu!


agak susah nak percaya.. minda pun mula berputar-putar semula mengingati kenangan lama.. 








Tuesday 16 June 2015

Idris Khan








Pada minggu lepas aku ada chat dengan seorang my blog reader.. kita orang borak pasal ‘taste’.. so, my reader ni cakap kat aku yang dia suka dengan orang yang wajah macam cina.. then aku balas, minat dengan wajah ‘oriental’ lah? Sebab perkataan ‘oriental’ tu lagi sesuai.. kalau yang tak tahu, ‘oriental’ ni biasanya merujuk kepada orang-orang di Asia Timur seperti China, Taiwan, Korea, Jepun dan Mongolia.. Vietnam pun boleh diklasifikasikan sebagai ‘oriental’ juga.. so, dia pun cakap yang dia minat wajah oriental ni sebab dorang nampak comel.. then aku pun cakap, kalau waktu aku zaman sekolah menengah dulu, orang wajah oriental ni memang taste aku yang utama.. misalnya macam orang korea, di mata aku dulu tengok dorang nampak perfect sangat.. tapi sekarang dah lain.. aku lagi taste pada orang melayu lebih dari bangsa lain.. malah, kalau aku kat Aussie pun, mat salleh aku tak pandang sangat pun..

aku ada cakap lagi pada my blog reader tu, sekarang ni aku taste pada orang-orang yang ada jambang, janggut, misai.. sekarang ni pun aku tengah ‘bela’ misai aku, tak nak cukur, sekadar trim je guna trimmer.. teringin nak bela janggut tapi janggut aku tak lebat, tumbuh sikit-sikit je.. nak trim pun tak nampak apa.. jambang tu memang takde lah.. so, senang kata pada saat ni aku mudah tertarik pada lelaki yang ada memiliki kriteria begini.. tapi tak semestinya kalau ada janggut, misai or jambang memang sure aku akan minat.. tengok pada bagaimana rupa juga lah.. tapi kalau takde kriteria ni pun sebenarnya aku pun tak kisah.. just ianya sekadar macam satu ‘bonus’ yang menarik hati aku..

okay.. sekarang ni aku nak cakap pasal seorang artis lelaki yang aku baru kenal.. mungkin ada yang dah kenal kot.. nama dia Idris Khan.. sebelum ni dia ada ikut pertandingan Hero Remaja, batch Kamal Adli (kot).. then lepas tu dia mostly buat modelling.. Cuma sekarang ni baru nak mencuba dalam dunia lakonan.. kiranya dia ni boleh kata sebagai pelakon baru lah… memang masih baru sangat.. waktu aku first kenal pasal si Idris Khan ni, hati terus terpaut tertarik pada dia.. mungkin sebab dia ada kriteria seperti yang aku dah jelaskan di atas, berjambang, bermisai, berjanggut (facial hair lah), jadi terus minat kat dia.. so, dalam post ni aku nak introduce Idris Khan pada my blog readers, sebelum dia mula nak dikenali ramai setelah muncul pada kaca TV..

sebelum ni aku pernah tulis post pasal seorang artis lelaki baru bernama Hafidz Roshdi.. waktu aku buat post pasal Hafidz Roshdi, masih ramai yang tak kenal dia lagi.. mungkin aku lah antara orang pertama dalam internet yang tulis pasal Hafidz Roshdi.. then disebabkan itu, bila nama Hafidz Roshdi mula meningkat naik, blog aku mula penuh dengan ‘carian google’ orang ramai pasal Hafidz Roshdi.. banyak orang yang search kat google pasal Hafidz Roshdi then jumpa blog aku.. kiranya, dalam blog aku Hafidz Roshdi ni jadi ‘trending’.. untuk tiga bulan berturut-turut, ‘google search’ paling tinggi pada trafik blog aku adalah nama ‘Hafidz Roshdi’.. lepas dia muncul dalam drama ‘Baby Ana Milik Siapa’, mula ramai yang berkenan nak tahu pasal Hafidz Roshdi tu.. tiga bulan berturut-turut, blog aku trending pasal Hafidz Roshdi tu.. very months, google search paling tinggi kat blog aku adalah ‘Hafidz Roshdi’..

so, aku pun nak buat benda yang sama pada artis baru bernama Idris Khan ni.. for sure masih ramai yang tak kenal dia lagi.. tapi lepas ni bila dia mula muncul di kaca TV mula lah orang nak kenal.. yang pasti aku dah mula minat kat dia ni.. jarang aku nak minat pada seseorang artis sebenarnya.. lepas ni kot-kot dia mula jadi femes.. kita saksikan lah lakonannya di kaca TV nanti macam mana.. bakat lakonannya okay ke tak..








antara drama yang ada watak dia adalah,

Abang Sado Jemur Kain (slot Iriz, TV3, jam 6.30 petang)
Uda & Dara (adaptasi novel.. Slot Akasia? Tak tahu lagi bila..)
Abang Sado Ko Ado (teledrama pada bulan puasa ni..)
Puteri Gunung Ledang (di HyppTv)





















Monday 1 June 2015

Abang Bad, The Story - Part 2 -






Monday, 3/3 Summer

Kelas pertama untuk semester kali ni dah mula.. aku pergi ke kelas naik basikal.. pada hari ni kelas mula jam pukul 11 pagi.. aku bangun lewat sikit.. bangun je dari tidur nak pergi bilik mandi keadaan rumah sudah sunyi.. kedua-dua teman serumah aku, Rahman dan Badri awal-awal lagi dah pergi ke kelas..

Tidak ada apa-apa yang begitu penting yang berlaku di kelas pada hari ni.. ada beberapa kawan aku yang bertanyakan keadaan aku yang baru sahaja tinggal menyewa di luar universiti.. aku balas, untuk setakat ini tak ada masalah sangat pun.. Cuma mungkin masih terasa janggal untuk membiasakan diri dengan aktiviti harian yang kini berbeza berbanding dengan kehidupan aku di kolej kediaman pada tahun lepas.. kalau dulu boleh bangun lewat sikit.. tapi sekarang terpaksa bangun lebih awal untuk pergi ke kelas kerana jarak tempat tinggal aku yang kini lebih jauh berbanding dulu.. selesai kelas, aku mula berangkat pulang ke rumah..

Menjelang malam, seperti apa yang telah diberi tahu sebelum ini, ada giliran memasak.. tapi hari ni adalah giliran Rahman untuk memasak.. tak sabar pula nak merasakan masakan Rahman.. mesti sedap! Rahman sudah pun mula memasak sebelum kami mula menunaikan solat maghrib bersama-sama… kali ni Badri pula yang menjadi imam.. hurmm… boleh tahan juga lah abang Bad jadi imam.. tapi aku lagi suka dengan bacaan dari abang Man..

Selesai solat, ketiga-tiga kami mula berkumpul di dapur untuk menjamu selera dengan masakan Rahman.. menghidu bau sudah cukup menaikan selera.. rasa tak sabar pula untuk makan.. aku menolong Rahman untuk menyediakan hidangan yang masih lagi panas.. saje nak tunjuk sikap ringan tulang sikit.. aku kan masih lagi orang baru dalam rumah ni, kena lah tunjuk perangai yang baik sikit..

Makan malam telah pun tersedia, masing-masing mula mengambil tempat duduk di meja makan agak kecil yang berbentuk empat segi tepat.. Rahman duduk di sebelah kanan aku, manakala Badri duduk di hadapan aku.. rasa tak sabar untuk makan bila menghidu bau dari hidangan yang ada di depan mata.. aku biarkan dahulu kedua-dua mereka untuk mengambil dahulu hidangan yang tersedia.. setelah itu baru aku pula mengisikan pinggan aku dengan hidangan yang ada..

Aku makan dengan sudu.. satu suap ke mulut.. hmmm.. sedapnya! satu suap lagi.. hmmm.. memang sedap lah! Abang Man ni memang boleh tahan juga dalam bab memasak.. terleka seketika menikmati hidangan yang membuka selera aku sampai tak perasan ada mata yang memandang.. dengan renungan mata yang tajam, Badri yang fokus melihat aku.. tanpa menyedarinya, aku terus menikmati masakan dari abang Man itu..

Satu suap lagi ke mulut.. pada saat ini mula aku perasan yang Badri sedang merenung aku.. terasa pelik melihatnya yang tajam merenung aku, lalu aku berhenti dari makan..

“kau makan makan memang pakai sudu ke?” tiba-tiba Badri bersuara..

“ermmmm.. kenapa ye?” berkerut dahi aku bertanya balik..

“kalau dalam rumah pun kau memang makan pakai sudu ke? Tak pandai makan guna tangan?” tanya Badri lagi.. nada yang serius..

Aku tergamam.. tersentak dengan soalan dari Badri tu..

“biarkan je lah, Bad.. kalau dia nak pakai sudu, biar lah dia pakai..” kali ni Rahman pula yang bersuara..

Masih lagi tergamam, aku hanya berdiamkan diri.. lantas, aku letakkan sudu yang aku pegang ke atas pinggan aku..

“laaa.. aku tanya je.. kalau kau nak guna sudu, guna je lah..” kata Badri..

Masih berdiam diri, hati aku mula rasa tak kena.. tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan aku pada saat ini.. tanpa menjawab soalan Badri, aku mula meneruskan makan.. kali ni makan menggunakan tangan..

“tengok.. dah makan guna tangan.. kalau kau nak guna sudu, pakai je lah.. kalau kau rasa selesa macam tu.. aku sekadar bertanya.. tapi aku kalau kat rumah je, makan guna tangan je lah..” kata Badri lagi dengan wajah yang tersengih-sengih..

Diam.. aku hanya meneruskan makan.. dengan menggunakan tangan, aku suap makanan ke mulut aku…

“kau mesti jenis yang tak tetap pendirian kan? Tak begitu??” tanya Badri lagi sambil tersenyum sinis.. matanya memandang aku, tajam…



Tuesday, 3/3 Summer

Aku tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan aku tentang Badri.. seolah-olah banyak benda yang tak kena je.. seperti semalam, makan guna sudu pun boleh jadi satu isu.. walaupun dia kata yang dia tak ‘halang’ pun kalau aku nak makan guna sudu, tapi cara dia tu.. cara pertuturan, bahasa dan nada yang digunakan seperti tak berpuas hati dengan kelakuan aku.. nasib badan tinggal serumah dengan dia tu.. ingatkan bila dah dapat tinggal sebumbung dengan ‘crush’, boleh lah aku nak bergembira sikit.. tapi… rumah ini ada tiga orang.. kena lah terima hakikat yang aku telah tinggal sebumbung dengan Rahman dan juga Badri..

Berkenaan tentang Badri, aku bukannya benci dia tapi tapi ada satu benda yang buat aku rasa kurang berkenan dengan dia.. sejak kali pertama jumpa dengan dia pun memang timbul rasa macam tu.. kurangnya keserasian.. aku rasa macam tu lah.. apa-apa je lah.. masih tak sampai seminggu tinggal dalam rumah ni.. apa yang nak jadi lepas ni, kena hadap je lah..


+        +        +


Menjelang senja, bila aku pergi ke dapur aku lihat Badri sedang menyiapkan persediaan untuk memasak.. Nampak tekun je sampai tak perasaan dengan kehadiran aku.. hari ni memang giliran dia yang memasak untuk makan malam.. lalu terlintas dalam hati untuk menolong Badri menyiapkan bahan untuk memasak.. niat nak berbaik-baik dengan dia.. apa yang jadi selama ini, segala persepsi negatif aku pasal dia, tu semua tolak ke tepi.. kena terima hakikat sebab dah tinggal sebumbung.. kalau timbul rasa benci atau pun kurang senang, rasa tak bagus pula.. sebab dah tinggal sebumbung, kena lah berbaik dengan teman serumah..

“ermmm.. nak saya tolong apa-apa tak? Tolong macam… “ jeling, ada ayam di atas meja dapur.. “.. potong ayam ke misalnye?” tanya aku..

“eh.. tak pe.. aku boleh potong sendiri.. ermmm.. kau tolong masakkan nasi, boleh? Pandai ke tak masak nasi?” tanya Badri yang sibuk memotong bawang..

“kalau nasi, rasanye takde masalah..” jawap aku..

“rasanye?” Badri mula jeling aku..

“Boleh! Boleh! Saya pandai je masak nasi..” tegas aku..

“haaaa.. kalau pandai, kat sana ada periuk nasi..” tunjuk Badri. Dia menyambung memotong bawang.. setelah aku mengambil periuk nasi tersebut, dia mula memandang aku semula.. “beras tu jangan lupa nak bersihkan dulu.. basuh dengan air..”

“okay! Saya tahu..” getus aku..


+        +         +


Seperti biasa, setelah selesai solat manghrib bersama-sama dengan berimamkan Rahman, ketiga-tiga kami mula berkumpul di dapur untuk makan malam.. dari jauh sudah pun boleh terhidu bau yang menaikan selera.. Nampak gayanya malam ni aku dapat makan sesuatu yang sedap lagi.. rasa tak sabar pula nak makan masakan Badri, sama sedap seperti apa yang Rahman masak semalam ke tak..

Mula mengambil tempat duduk di meja makan, Badri mula meletakkan masakan yang dimasaknya di atas meja satu-persatu.. aku hanya duduk tertib sambil mataku memandang tingkah laku Badri.. bila kesemuanya telah terhidang, Badri mula mengambil tempat duduk untuk dirinya.. namun..

“lupa pula nak ambil nasi.. Ril, kau pergi ambil nasi yang kau masak tu..” arah Badri..

Aku pergi ambil periuk nasi lalu diletakkan di atas meja makan.. Badri hanya diam, merenung pada periuk nasi tersebut, kemudian merenung pada aku.. melihat kelakuannya itu, aku mula rasa ada sesuatu yang tak kena..

Ni mesti ada nak complaint sesuatu..

Aku duga begitu..

“berapa cawan beras kau guna?” Badri mula bertanya..

“ermmm.. sebab kita ada tiga orang, jadi saya guna tiga cawan.. “ balas aku..

“lain kali letak banyak sikit.. ni bukan portion aku.. orang macam aku makan nasi banyak sikit..” kata Badri lagi..

Aku terdiam.. dah agak dah.. mesti dia nak rungut sesuatu..

“sorry.. saya tak tahu..” aku mula bersuara..

Tanpa berkata apa-apa, lalu Badri mula bangun.. dia mula alihkan nasi dari periuk ke dalam satu mangkuk.. lalu dia berjalan pergi mengambil beras.. diisikan beras pada periuk nasi tersebut.. dah boleh agak, dia nak masak nasi yang baru..

Setelah kesemuanya tersedia, Badri mula menghidupkan suiz periuk nasi.. aku menundukkan wajah, namun mataku memerhatikan tingkah lakunya..

“korang berdua makan lah dulu ye.. aku nak masuk bilik jap..” kata Badri, lalu dia bergerak masuk menuju ke bilik..

Masih terdiam, aku hanya memerhatikannya pergi meninggalkan aku dengan Rahman.. makan hati aku dengan apa yang dah jadi.. memandang wajah aku, Rahman mula tersenyum nipis..

“jangan ambil hati sangat dengan perangai Badri tu.. dia memang macam tu.. jenis yang lepas, tak simpan-simpan apa yang dia rasakan.. kalau hati dia rasa ada yang dia tak puas hati, dia akan lepas kat mulut terus.. tak pendam dalam hati.. kalau kau faham dengan rentak perangai dia, kau akan faham yang dia tu sebenarnya okay je orangnya..” kata Rahman cuba memujuk hati aku..

Hanya terus membisu.. memandang pada wajah Rahman, aku mula tersenyum nipis.. lalu kedua-dua kami mula menjamah hidangan yang tersedia di atas meja..

Tapi…

Serius…

Aku makan hati sikit dengan apa yang dah terjadi tadi…



Wednesday, 3/3 Summer

Hari ni aku rasa sungguh berdebar-debar.. tiba giliran aku memasak pula hari ni.. waktu di dalam kelas, aku asyik terfikir-fikir apa benda lah yang aku nak masak dengan kemahiran memasak aku yang tak seberapa ini.. aku memang jarang memasak.. kalau aku memasak, hanya guna pes ataupun perencah yang telah segera dibuat.. memang tak boleh nak banding dengan masakan dari Rahman ataupun Badri.. mereka berdua memang sah pandai memasak.. sangat sedap pula.. jadi aku akan rasa lain macam sikit lah kalau aku masak tak sedap nanti..

Semalam aku ada lihat resepi dalam internet.. sebagai persediaan, kena lah aku bersedia untuk hari ini.. ada banyak resepi yang aku salin dalam buku catatan aku.. ingat lepas habis kelas nanti boleh lah pergi barang untuk dimasak.. tamat sahaja kelas dalam pukul 4 petang, bergegas aku mengayuh basikal menuju pasaraya berdekatan dengan flat tempat aku tinggal.. tak begitu jauh pun.. pasaraya itu memang dekat sangat dengan tempat kediaman aku.. selesai membuat pilihan barangan yang mahu dibeli, lalu aku pun segera balik untuk bersiap sedia memasak untuk makan malam..

Sampai di rumah, keadaan sangat sunyi.. hanya aku seorang je ada.. tertanya-tanya ke mana pula pergi yang lain.. mungkin ada lah mereka pergi berjalan-jalan ke tempat lain dulu.. meletakkan semua barang di dapur, aku pergi menunaikan solat Asar terlebih dahulu.. berehat sekejap di dalam bilik sebab masih awal lagi kalau nak masak.. menjelang hari menghampiri senja, aku pun mula bergegas pergi ke dapur untuk membuat persiapan memasak..

Potong bawang.. potong sayur… potong daging.. aku terleka sampai tak perasan yang Badri telah pun sampai ke rumah.. dia berdiri di satu sudut sambil memandang aku yang berada di dapur.. menyedari kehadiranya, aku hanya menjelingnya seketika lalu terus menumpukan kerja-kerja memotong..

“Rahman ada cakap yang dia balik lewat hari ni?” tanya Badri yang kini berdiri di pintu dapur..

“tak ada pula dia beri tahu apa-apa.. dia balik lewat ke hari ni?” berhenti memotong sayur, aku mula memandang wajah Badri..

“ha ah.. dia balik lewat nanti.. ada hal katanya.. jadi malam ni kita makan berdua je lah.. tapi sediakan juga makan malam untuk Rahman.. tak tahu lah kalau dia makan kat luar nanti.. apa-apa pun kau masak je lebih..” kata Badri lagi..

“okay..” balas aku sepatah..


+        +       +


Bersedia untuk solat maghrib, aku sedang berada di bilik air untuk mengambil wuduk.. sampai saat ini aku perasan yang Rahman memang betul tak ada di rumah lagi.. jadi memang benar lah yang dia balik lewat nanti.. terpaksa lah aku berdua-duaan dengan Badri buat saat ini.. masakan untuk makan malam sudah pun siap.. aku berdebar-debar sebenarnya nak tahu riaksi mereka bila marasai masakan aku itu.. taku mereka tak suka.. aku ada rasai sikit masakan yang aku masak.. nak kata sedap tu, tak juga lah.. memang jauh beza kalau nak banding dengan masakan Rahman ataupun Badri.. tapi kalau nak kata tak sedap pun, rasanya tak lah teruk sangat pun.. tekak aku masih boleh terima.. tak tahu lah tekak orang lain macam mana.. lagi-lagi dengan abang Bad tu.. mana lah tahu dia merungut je nanti, siapa tahu..

Selesai mengambil wuduk, aku mula masuk ke ruang tamu.. kelihatan Badri telah pun ada di sana bersama sejadah yang telah pun dihamparkan di atas lantai.. perlahan-lahan aku menghampiri Badri untuk sedia solat maghrib bersama..

“kau jadi imam hari ni..” arah Badri.. matanya merenung aku..

Tersentap, terus aku bersuara, “eh, tak pe lah.. abang Bad je lah jadi imam.. saya jadi makmum..”

Aku menolak permintaan dari Badri.. aku masih lagi terkejut dengan permintaan yang tidak aku sangkakan itu..

“hari tu aku dah jadi imam.. Rahman pun pernah jadi imam.. tinggal kau seorang je yang tak lagi..” kata Badri..

“tak pe lah.. abang Bad je lah jadi imam.. lagi pun abang lagi berusia.. saya ni muda lagi..” aku memberi alasan..

“nak jadi imam kena yang lagi tua ke? Kau pun dah besar pun kan.. dah akil baligh.. student universiti.. umur dah 22 tahun.. takkan tu tak cukup lagi?” tanya Badri.. matanya memandang aku, tajam..

Aku mula gelisah.. tak sangka pula ada permintaan macam ni.. selama ini memang aku tak biasa nak jadi imam.. biasa jadi makmum je.. terasa janggal.. segan..

“abang Bad je lah jadi imam.. saya jadi makmum..” aku masih menolak..

“lelaki kena belajar jadi imam.. macam mana kalau kau kahwin nanti? Siapa yang nak imamkan solat isteri dan anak-anak kau?” Badri tanya aku.. nada yang serius..

Tergamam dengan soalan itu, dalam hati aku mula berbisik..

Macam lah aku kahwin nanti.. tak tahu lah ‘orang macam aku’ ni akan kahwin atau pun tak..

Kedua-dua mata kami saling berpandangan.. menatap wajah Badri ini, memang sentiasa buat aku rasa gusar.. tak tahu kenapa..

“nak jadi imam ke tak?” tanya Badri lagi..

Aku hanya mendiam kan diri..

Kalau aku cakap tak nak, mesti kau nak paksa juga kan?

Getus hati aku..

“kenapa kau tak jadi imam, cuba kau jelas kan kat aku..” Badri bertanya lagi..

“bukan tak nak.. tapi..”

“tapi apa?”

“ermmmm.. tak biasa sebenarnya.. selalunya jadi makmum je..”

“sebab tak biasa tu lah kena biasa kan.. lelaki ni kena belajar jadi imam.. macam mana kalau kau kahwin nanti? Siapa nak imam kan solat untuk isteri dan anak-anak kau?” Badri tanya kan soalan yang sama lagi..

Kalau lah aku kahwin nanti…

Getus hati aku..

Persoalannya, aku pun tak pasti sama ada aku nak kahwin ataupun tidak..

Kedua mata kami masih lagi saling berpandangan..

“jadi, kau nak jadi imam ke tak ni?”

“baik lah.. baik lah..” balas aku..

“bagus!”

Aku mula berdiri di saf hadapan.. dalam hati aku berbisik

Aku cakap apa pun, bukannya boleh menang pun..


+        +        +


Makan malam..

Sampai sekarang Rahman masih tak balik ke rumah lagi.. duduk berdua-duaan dengan Badri di meja makan, aku mula rasa agak janggal.. tak tahu kenapa.. masakan makan malam telah pun aku hidangkan.. Badri hanya makan masakan aku itu tanpa banyak berbicara.. dia hanya fokus menikmati masakan aku.. hal ini membuatkan aku rasa gusar sedikit.. tak tahu lah apa riaksi dia bila makan masakan aku ini.. apa yang dia fikirkan? Nak kata sedap tu, memang tak lah.. nak kata teruk aku rasa tak juga.. itu pendapat aku mengenai masakan aku.. pada saat ini, aku hanya asyik terfikirkan mengenai apa yang Badri fikirkan tentang masakan aku itu.. tak senang duduk aku melihat dirinya yang hanya mendiamkan diri.. aku duga, mesti dia nak merunggut mengenai apa yang aku masak.. tapi sikapnya yang berdiam diri itu membuatkan aku tertanya-tanya..

“aku ada seorang adik bongsu.. nama dia Razif..” tiba-tiba Badri bersuara..

Berkerut dahi, aku memandang wajah Badri..

“umur dia sekarang 20 tahun.. lebih kurang macam kau sikit..” kata Badri lagi..

Semakin berkerut dahi aku.. tertanya-tanya, kenapa Badri tiba-tiba sebut pasal adik dia?

“bila aku tengok kau, aku macam boleh lihat persamaan antara kau dengan adik aku tu..” sambung Badri lagi..

“ermmmm.. persamaan yang macam mana tu?” aku mula bertanya..

“ada lah.. tapi.. aku rasa aku akan faham sikap kau macam mana.. kau ni orangnya macam mana..”

“apa yang abang Bad rasakan yang saya ni orangnya macam mana?”

“kau anak bongsu kan?” Badri tanya aku..

“ha ah.. betul.. kenapa? Mesti fikir yang saya ni jenis yang manja, tak begitu? Sebab, stereotype orang banyak yang akan fikir anak bongsu macam tu..”

“jadi kau rasa kau orang macam tu?”

“kalau waktu kecil, mungkin betul juga lah.. tapi sekarang dah besar ni rasanya tak lagi macam tu..” balas aku..

Memandang wajah Badri, aku lihat dia hanya tersengih-sengih.. hal ini membuatkan aku menjadi tertanya-tanya mengenai riaksinya itu..

“kenapa pula tersengih-sengih?” tanya aku..

“takde apa-apa.. lupa kan je lah.. oh ya.. masakan kau ni, lain kali jangan rebus sayur lama sangat.. dah kurang sedap untuk dimakan..”

Aku hanya berdiam..

Aku dah agak dah.. mesti dia akan cakap juga sesuatu mengenai masakan aku..

Getus hati aku..


Friday, 3/3 Summer..

Menjelang tengah hari, para pelajar lelaki mula berpusu-pusu menuju ke masjid universiti untuk menunaikan solat Jumaat.. kelas aku hari ni habis awal dalam pukul 11.30.. habis je kelas, awal-awal lagi aku telah pergi ke masjid.. selepas mengambil wuduk, aku mencari tempat duduk sementara menunggu masuk azan zohor.. dari detik ke detik, ruangan masjid mula dipenuhi oleh orang ramai..

Ibadah solat Jumaat bermula.. khutbah mula dibacakan.. aku sedang duduk menghadapkan wajah pada imam yang sedang berkhutbah.. hakikatnya, dalam permikiran aku sedang melayang-layang memikirkan benda lain.. khutbah yang disampaikan, langsung aku tidak dengari dengan khusyuk.. aku sedang memikirkan tentang kehidupan aku sejak beberapa hari ni.. kehidupan baru aku..

Sudah hampir seminggu aku tinggal di rumah itu.. namun sudah banyak benda berlaku.. ianya bukan satu kehidupan yang aku bayangkan.. waktu sebelum nak pindah masuk ke rumah tu, aku memang rasa teruja.. kononnya dapat tinggal sebumbung dengan ‘crush’.. tapi ada benda yang pasal kehidupan aku kat sana yang buat aku rasa kurang selesa sikit.. ianya berkenaan tentang Badri..

Tak tahu lah kenapa aku rasa macam aku tak boleh nak serasi dengan dia tu.. bukan benci.. tapi aku rasa yang aku tak boleh nak ‘ngam’ dengan dia sangat.. sebab apa? Sebab…. Hurmmm.. tak tahu nak jelaskan macam mana.. yang pasti aku tak pernah jumpa orang seperti dia.. ada sesuatu mengenai dirinya yang buat aku rasa tak selesa..

Terleka mengelamun, tak sedar pula yang khutbah jumaat telah pun habis dibacakan.. setelah itu, orang ramai mula berdiri mengikuti garisan saf.. aku pun mengambil tempat aku.. solat dilakukan.. habis sahaja solat, aku duduk seketika di dalam masjid.. malas nak bergegas keluar seperti orang lain.. lagi pun tiada benda yang aku nak kejarkan.. lepas solat ni, balik rumah je.. setelah beberapa minit duduk, akhirnya aku mula bergerak keluar..

Berjalan, aku menuju ke tempat aku meletakkan basikal aku.. memang sudah jadi kebiasaan hari-hari aku guna basikal untuk pergi dan balik dari universiti.. sedang aku berjalan keluar, tiba-tiba aku berselisih dengan Badri.. menyedari akan kehadiran aku, dia mula menegur aku..

“kau dah nak balik ke?” tanya Badri..

“ha ah.. dah nak balik lah ni..” balas aku..

“balik dengan apa? Dengan basikal?”

“macam biasa lah.. ermmm.. abang Bad balik dengan kereta ke?” aku pula bertanya pada Badri..

“ha ah.. aku balik dengan Rahman..”

“abang Man mana?”

“tak tahu lah.. dia sedang tunggu aku di kereta kot..” balas Badri..

“okay.. kalau takde apa-apa saya gerak dulu.. assalamualaikum..” aku mula menghulurkan salam..

Salaman dari tangan aku disambut.. baru je nak berpusing untuk pergi, tiba-tiba Badri bersuara lagi..

“sekejap..” dia tahan aku..

Aku menoleh.. tertanya-tanya kenapa..

“apa dia?”

“baju kau tu..” Badri tenung baju aku..

“ermmm.. kenapa?”

“kau memang suka pakai baju singkat ke? Bila kau sujud, sah sah nampak badan belakang kau.. waktu solat tadi, aku duduk belakang kau.. waktu kau duduk pun boleh nampak belakang kau tu..” kata Badri..

Aku mula memandang baju aku.. tak dinafikan memang agak singkat sebenarnya..

“bila balik rumah nanti, ganti balik solat tu.. sia-sia je kau solat jumaat tadi…” arah Badri..

Aku tak berkata-kata hanya diam membisu..

“jangan lupa pula ye.. nanti kat rumah aku nak lihat..” kata Badri lagi.. dia mula beredar meninggalkan aku..

Melihat Badri yang semakin menjauh, hati aku berbisik..

Entah kenapa aku rasakan lelaki ini selalu nampak kelemahan dan kesilapan aku…





bersambung...









Wednesday 27 May 2015

Abang Bad, The Story - Part 1 -



Gambar sekadar hiasan



Tuesday, 3/3 Summer

Semester baru bagi tahun kedua pengajian aku akan bermula tak lama lagi, tapi aku masih lagi tak dapat tempat tinggal.. sungguh malang bagi aku sebab tak terpilih untuk tinggal di kolej kediaman di universiti.. aku dah memohon dah lama tapi ditolak.. jadi, nak tak nak untuk tahun kedua ini, aku memang kena menyewa di luar lah.. leceh pula.. nak mencari tempat nak menyewa tu yang leceh.. dan sekarang ni pun aku masih tak dapat tempat untuk disewa.. aku nak yang murah dan dekat dengan uni.. ada juga lah beberapa buah rumah aku telah tengok tapi entah kenapa aku macam kurang berkenan pula kalau difikirkan tentang soal harga sewa dan juga jarak perjalanan ke uni.. jadi aku masih lagi mencari tempat tinggal untuk disewa.. nak cari tempat betul-betul biar hati puas.. sebab tinggal nanti untuk tempoh yang lama, jadi biar lah tempat memang selesa untuk aku..

Beberapa hari ni aku tinggal kat bilik kawan aku, Fahri di kolej kediaman.. dia beruntung sebab masih dapat  tinggal  kat  kolej.. dia benarkan aku untuk bermalam kat bilik dia seketika sebab teman sebilik dia, Shahir masih tak datang lagi.. jadi dalam masa tu aku pun kena lah cari tempat tinggal untuk disewa..

Bersendirian, aku melihat pada papan notis yang ada di salah sebuah bangunan di universiti aku.. seperti biasa, aku mencari kot-kot ada pelajar yang tinggal luar universiti yang mencari teman serumah yang baru.. mata aku meliar-liar memandang pada papan notis itu.. sebelum ni aku dah tengok kat papan notis tu, tapi mana lah tahu hari ni ada notis cari teman serumah yang baru.. tengah aku memandang pada papan notis itu, aku terpandang pada satu notis yang sebelum ini aku tak pernah lihat lagi.. aku duga ia baru sahaja ditampalkan.. notis mencari teman serumah.. aku tengok info harga sewa menarik tumpuan aku.. tidak lah terlalu mahal.. lantas aku cepat-cepat mendial nombor telefon yang tertera dengan harapan aku mungkin masih boleh menyewa di rumah itu.. harga sewa macam tu, tentu sahaja ramai yang nak.. jadi aku harus dapatkannya secepat yang mungkin..

Beberapa minit kemudian, panggilan telefon aku masih juga tidak dijawab.. aku cuba mendial sekali lagi.. tunggu dan menunggu.. beberapa minit selepas itu akhirnya panggilan diangkat..

“Assalamualaikum..” kata aku..

“Waalaikumsalam.. maaf sebab lambat angkat panggilan..”

“eh.. tak mengapa..” aku terdiam seketika.. aku seakan macam pernah dengar suara orang itu.. “erm… saya ada terbaca kat papan notis pasal nak cari teman serumah yang baru.. jadi saya call ni sebab nak tanya pasal tu lah..” kata aku lagi..

“owh.. pasal rumah.. ada satu bilik yang masih kosong lagi..”

“masih available tak?” tanya aku..

“ya.. jadi berkenan ke nak sewa bilik tu?”

“saya mesti tengok rumah tu macam mana sebelum beri kata putus..”

“itu sudah semestinya.. jadi, bila nak datang untuk lihat-lihat keadaan rumah?”

“awak bila free?” tanya aku

“ermm.. selepas jam 2 petang.. rasanya kalau nak datang selepas masa itu tidak jadi masalah..”

“pukul 2.30 nanti saya datang, okay?”

“okay.. tahu alamat kan?”

“ha ah.. kat notis tu ada sertakan sekali..”

“okay.. nama siapa?”

“Hairil..”

“okay, Hairil jumpa jam 2.30 nanti..”

Panggilan berakhir.. aku terdiam seketika.. dalam fikiran aku mula terfikirkan sesuatu.. entah kenapa aku macam kenal suara orang itu sebelum ini.. tapi bila aku tengok pada notis tersebut, No. Tel = Rahman Razak, rasanya aku tak pernah kenal sesiapa yang bernama Rahman Razak suara macam tu.. tapi.. entah kenapa suara dia tu buat aku seakan cukup kenali.. hati aku mula berdebar-debar.. mula muncul bayangan seseorang di dalam minda aku..

Suara itu..                                  

Bisik hati aku..

Terdiam.. di fikiran mula mengenal pasti jika aku memang pernah kenali suara itu sebelum ini ataupun tidak.. aku mula rasa gemuruh..

Takkan lah kot dia orangnya?      

Bisik hati aku lagi..


+          +         +


Jam hampir 2.30 petang,

Aku mula sampai di kawasan rumah tersebut.. ianya adalah sebuah rumah flat berkos rendah.. jaraknya tidak lah begitu jauh dari universiti.. aku datang bersendirian dengan menaiki basikal aku.. basikal ini juga lah yang biasa aku pakai jika nak pergi ke kelas.. jadi, kalau ikut jarak perjalanan untuk sampai ke rumah ini tidak lah terlalu jauh.. rasanya aku masih boleh ulang alik dari kelas berbasikal kalau aku betul menyewa kat rumah ni..

Okay, soal jarak perjalanan tu dah tak jadi masalah.. sekarang hanya perlu tengok keadaan dalam rumah pula.. kalau dilihat dari keadaan luar, kawasan flat ni takde lah teruk sangat.. lalu aku pun mula berjalan naik menuju ke arah bilik rumah sewa tersebut.. Nombor 2.10.. itu lah rumah yang aku cari.. berdiri di luar rumah, aku memastikan berulang kali jika aku memang sudah berada di tempat yang betul.. entah kenapa dalam hati aku mula timbul rasa gemuruh semula.. aku tidak pasti kenapa aku seakan mula berasa teragak-agak dan seakan mula berpeluh.. malas nak berfikir panjang, lalu aku mula mengetuk pintu rumah..

Ketuk sekali.. tidak berjawab..

Aku ketuk lagi..

“Assalamuaikum..” kata aku..

“Walaikumsalam…” kedengaran suara dari dalam..

Lalu pintu rumah dibuka.. kelihatan seorang lelaki yang lebih berusia dari aku di depan pintu.. terus aku tergamam.. wajah aku mula berubah merah.. aku cuba mengalihkan muka menahan rasa segan..

“jadi kau Hairil kan?” tanya lelaki yang bernama Rahman Razak itu..

“ye.. betul..” aku cuba berlagak biasa..

“sila lah masuk.. tengok keadaan rumah sama ada kau berkenan ke tak menyewa kat sini..”

Aku mula melangkah masuk.. berlagak biasa tapi hati tersipu-sipu malu..

So, nama dia Rahman Razak lah rupanya..

Hati aku berbisik..

“ni lah ruang tamu.. takde lah besar mana..” kata Rahman menunjukkan keadaan dalam rumah itu kepada aku..

“okay lah ni..” kata aku.. hati masih lagi menahan rasa segan..

Puas melihat keadaan di ruang tamu dan kawasan dapur, Rahman mula menujukkan aku bilik yang masih lagi kosong dalam rumah itu..

“dalam rumah ni ada tiga buah bilik.. kalau kau jadi nak menyewa, kau lah orang yang ketiga penghuni rumah ni.. sebelah ni bilik aku..” Rahman mula menunjukkan biliknya.. aku jelling, kelihatan keadaan dalam bilik agak kemas dan tersusun.. “ni master bedroom.. tapi dah ada yang pakai lah.. orangnya takde kat rumah sekarang.. ada kat luar..” jelas Rahman lagi..

Aku hanya mendiamkan diri..

“ni lah bilik yang masih kosong tu.. so, kau rasa macam mana? Berkenan?” soal Rahman..

Aku mula memandang keadaan di dalam bilik.. saiz bilik tidak lah kecil sangat.. saiz yang masih lagi buat aku rasa selesa.. not bad.. bisik hati aku..

“harga sewa seperti yang tertera kat notis tu kan?” tanya aku..

“ha ah.. kalau kau kata setuju, kau akan dapat bilik ni lah.. sebab ada orang lain juga selain kau yang berkenan nak sewa kat bilik ni.. tapi sebab kau yang datang dulu, kalau kau setuju kau akan dapat lah.. so, macam mana?”

“erm.. aku setuju.. rasanya rumah ni okay je.. jarak nak gi uni pun tak lah jauh sangat.. okay, aku setuju nak sewa bilik ni.. kelas pun dah nak mula.. kena ada tempat tinggal terus..” balas aku..

“kau student apa?” tanya Rahman..

“architecture.. second year degree..” balas aku..

“owh.. budak archi.. aku pun archi gak.. second year master.. elok betul lah tu.. semua orang dalam rumah ni belajar archi.. hehehe.. kalau kau ada benda nak minta ajar, aku boleh tunjuk.. Bad pun boleh tolong ajar kan.. dia tu terer gak tu..”

“ermm.. siapa Bad?” tanya aku..

“owh.. orang yang satu lagi yang tinggal kat bilik master bedroom tu..”





Wednesday, 3/3 Summer

Dalam hati seakan sukar untuk percaya dengan ‘kebetulan’ yang telah berlaku.. Senior yang selama ni aku selalu skodeng, siapa sangka kali ni aku berpeluang untuk tinggal sebumbung dengan dia.. satu kebetulan yang semestinya mengujakan! Ianya sudah semestinya telah membuatkan hati aku berasa teruja..

jadi nama dia Rahman rupanya.. Puas juga aku cuba nak tahu nama dia siapa.. aku memang dah lama tahu yang dia adalah pelajar jurusan senibina dan mengambil Master untuk tahun kedua.. tinggal dalam satu falkuti yang sama membuatkan kadang-kadang aku ada terserempak dengan dirinya beberapa kali.. nak kata selalu sangat terjumpa tak juga lah.. tapi kalau kebetulan terserempak mata ini akan sering kali juga menjeling ke arahnya.. sekadar jelling dan pandang.. tak lebih daripada itu.. sekadar meminati dari jauh tanpa mengharapkan apa-apa..

tapi…

aku tak sangka pula boleh jadi macam ni, dapat peluang tinggal sebumbung pula… siapa yang tak berasa teruja? Memang tak sangka betul.. asalnya aku rasa mengeluh sebab tak dapat tinggal di kolej kediaman pelajar di universiti.. sebab aku pun lagi suka kalau terus dapat tinggal kat sana.. banyak kawan.. dekat kalau nak pergi kelas.. tapi.. mungkin ada hikmah disebalik apa yang dah berlaku.. macam… dapat tinggal sebumbung senior bernama Rahman tu.. hehehe



Saturday, 3/3 Summer

“ada lagi tak barang yang tertinggal dalam kereta?” tanya Rahman bila aku masuk ke dalam rumah sambil mengangkut beberapa barang milik kepunyaan aku..

“semua dah diangkut.. rasanya dah tak ada yang tertinggal’.. balas aku..

“barang kau aku dah letak kat dalam bilik kau..” kata Rahman lagi yang sebelum ni turut tolong aku membawa barang untuk pindah ke dalam rumah ini..

Aku mula masuk ke dalam bilik lalu melihat barang aku yang telah diangkut oleh Rahman.. kemudian, aku alihkan pandangan aku melihat kepada Rahman yang sedang berdiri berdekatan dengan aku..

“Terima kasih sebab tolong..” kata aku..

“tak ada hal pun.. dah nak jadi bakal housemate pun kan..”

Aku tersenyum..

Hari ni hari pertama aku akan memulakan hidup di dalam rumah ni.. pagi tadi, Rahman datang jemput aku di kolej kediaman di universiti tempat aku menumpang seketika.. selama ni aku simpan barang-barang aku di dalam bilik kawan aku, Fahri.. dia benarkan aku menumpang seketika sementara teman sebilik dia, Shahir masih belum datang.. dalam pukul 9 pagi tadi Rahman datang untuk jemput aku.. tengah menunggu kedatangan dia, hati aku terasa berdebar-debar sikit.. sebabnya, ini kali pertama aku akan menginap di luar tempat belajar.. selama ini aku memang tinggal di kolej kediaman yang disediakan.. waktu sekolah dulu pun memang aku tinggal di asrama.. jadi aku terasa agak janggal sikit sebab akan mengalami pengalaman hidup yang baru.. tinggal di rumah sewa dengan tempat kediaman pelajar memang dua perkara berbeza.. suasana lain.. tapi ini adalah realiti kehidupan.. sebab bila aku kerja nanti, kalau aku bekerja di tempat jauh dari keluarga, kebiasaanya orang akan tinggal menyewa rumah dengan orang lain lah.. jadi, sekarang ini aku akan bakal merasai ‘pengalaman’ itu..

Di dalam bilik, aku mula mengemas barang-barang peribadi aku.. kelengkapan aku boleh kata agak sempurna.. ianya bukan lah satu bilik yang betul-betul kosong.. sudah ada kelengkapan seperti katil, meja belajar dan almari yang cukup besar untuk diri aku.. rasanya itu sudah mencukupi.. Cuma aku mungkin memerlukan satu meja belajar yang lebih luas.. sebagai pelajar jurusan senibina, kerja-kerja melukis tu memang menjadi satu perkara biasa.. sebab tu aku memerlukan meja yang lebih besar berbanding dengan meja yang sedia ada.. satu meja rasa kurang mencukupi.. tapi tak mengapa lah.. buat masa ini masih tidak menjadi masalah kot..

Selesai mengemas, aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.. kelihatan Rahman sedang duduk sambil memejamkan mata.. menyedari kedatangan aku, dia mula menoleh memandang aku.. berdiri diam, aku juga memandang pada wajah Rahman..

“rumah ni takde lah besar sangat pun.. harap-harap kau selesa lah tinggal kat sini..” kata Rahman..

“rasanye rumah ni dah okay.. dah cukup selesa.” balas aku..

Aku mula berjalan menghampiri tingkap rumah.. cuba untuk menyelesakan diri dengan keadaan rumah.. dalam masa yang sama sebenarnya aku masih juga berasa agak janggal dan malu-malu dengan teman serumah aku yang baru itu, Rahman.. ye lah.. baru nak kenal, (walaupun sebelum ni memang dah kenal pun).. jadi memang akan terasa janggal sikit berdepanan dengan orang yang bakal aku hadapi setiap hari.. memandang permandangan di luar tinggap, dapat aku perhatikan bangunan universiti kelihatan yang terletak tidak begitu jauh dari rumah ini..

“abang student Master kan.. saya nak tanya, umur abang berapa ye?” tanya aku yang mula memanggil Rahman dengan gelaran abang.. tiba-tiba aku terfikir nak tanya tentang soal umur.. masa ni lah nak kenal-kenal.. sebelum ni tak ada peluang untuk berkenalan.. hanya mampu memandang dirinya dari jauh..

“26 tahun..” balas Rahman..

“owh.. okay.. saya baru 22 tahun.. hurmm… jadi lepas abang habis Degree, Part 1 Archi, abang kerja dulu lah sebelum Master?” tanya aku lagi..

“ha ah.. kerja dulu.. kalau boleh nak je sambung terus Part 2 Archi.. tapi tu lah.. masalah duit.. jadi, kerja dulu nak kumpul duit, baru boleh sambung Master..” balas Rahman..

“kalau saya pun fikir macam tu juga.. nak kerja dulu.. ambil pengalaman.. hurm.. oh ya.. saya nak tanya something.. rumah ni ada tiga orang kan, campur saya sekali.. tapi.. penghuni yang seorang lagi kat mana ye? Saya tak pernah jumpa lagi..” tanya aku mula teringat akan teman serumah aku yang satu lagi..

sejak aku mula pertama kali datang rumah ni sampai sekarang memang aku tak pernah bersemuka dengan dia lagi.. tiba-tiba aku ingin tahu pasal orang tu.. nak juga kenal dengan dia, teman serumah aku..

“owh.. Bad ke? Dia ada je.. tapi dia tengah kerja sekarang..” balas Rahman..

“kerja apa?” tanya aku..

“kerja sambilan sebenarnya.. penghantar pizza.. petang nanti dia balik lah..”

“owh.. ya ke.. rajin pula buat kerja sambilan.. saya teringin juga nak buat kerja sambilan.. tapi kalau waktu study terasa macam susah sikit.. kerja sambil belajar.. macam susah nak fokus.. sebab saya tak pandai nak urus masa…” kata aku..

“sebenarnya lagi elok tak buat kerja sambilan waktu belajar.. kalau waktu cuti, mungkin elok lah kalau nak buat.. tumpukan pada study je.. terpulang pada masing-masing.. Cuma, kadang-kadang ada orang perlukan duit extra sikit.. macam Bad tu.. tak lama lagi dah nak kahwin lah tu.. hehehe.. abang pun ada buat kerja sambilan juga..” kata Rahman yang mula membahasakan dirinya sebagai ‘abang’…

“kumpul duit untuk kahwin juga ke?” tanya aku cuba menduga..

“ermmm.. tak semestinya.. tak rugi pun kalau ada duit lebih.. tapi kalau ada duit lebih tu, boleh lah tambah-tambah sikit kalau nak kahwin nanti..” balas Rahman.. muka dia mula berubah merah sedikit..

Aku terdiam.. hati aku seakan boleh menduga bila melihat riaksi wajah Rahman..

Owh.. dah berpunya ke? Tak tahu pula aku.. ye lah.. selama ni aku bukannya kenal sangat pasal dia pun.. aku ni sekadar macam ‘fan’ dia je kot yang hanya memerhatikan dari jauh.. persoalan tentang kalau dia dah berpunya ke belum tu memang aku tak tahu.. tapi.. kalau dah berpunya…. Hurmmm…

“okay lah.. saya nak masuk bilik dulu ye.. nak sambung mengemas barang.. ada benda yang tak siap lagi..” kata aku meminta diri..


+         +         +


Aku baru je selesai kesemua kerja mengemas bilik… cadar tilam dan bantal dah pasang.. pakaian semua sudah disimpan kemas dalam almari.. badan terasa letih.. asalnya sekadar mahu berbaring seketika di atas katil untuk merehatkan badan.. tapi tak sangka pula boleh sampai terlena.. terbangun sahaja daripada tidur, aku terus memandang ke arah luar tingkap.. hari telah pun senja.. terus aku memandang pada skrin telefon bimbit aku untuk melihat jam.. pukul 6.10 petang..

Tersedar yang aku masih belum lagi menunaikan solat waktu Asar, aku bingkas bangun dari katil lalu menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.. sempat aku menjeling memerhatikan jika ada kelibat Rahman, namun tiada.. Nampak gayanya, aku seorang je lah kot dalam rumah ni.. selesai mengambil wuduk, aku terus masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat..

Habis sahaja solat lalu aku duduk di meja belajar aku mula menghidupkan komputer riba milik aku.. namun tengah-tengah aku duduk menghadap skrin laptop, tiba-tiba kedengaran satu suara dari belakang aku..

“hei kau!”

Terkejut, aku mula menoleh ke arah belakang..

Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki di muka pintu bilik aku.. orangnya nampak berusia dari aku.. berjambang serta rambut yang sedikit serabai.. dia sedang berdiri sambil memeluk tubuh.. tertera satu ayat ‘Pizzacom’ pada bajunya.. pandangan matanya yang tajam merenung aku, membuatkan aku berasa cuak sedikit..

“hei.. jadi kau lah ahli rumah baru ni…” lelaki itu bersuara lagi.. nada suara yang sangat maskulin.. “kau siapa? Nama kau apa?” tanya lelaki itu..

“saya Hairil..” balas aku.. tak tahu kenapa.. aku seakan berasa sedikit gementar sedikit bila melihat kehadiran lelaki itu.. entah.. Nampak macam garang..

“owh.. Aku Badri.. mari sini.. salam dulu..” katanya mula mengarah aku..

Terasa takut-takut sikit, namun aku bangun juga.. salam dihulurkan.. dia tersenyum kecil merenung aku lalu mula menyambut salaman tanganku.. dapat aku rasai sentuhan kulit tangannya yang kasar.. aku kenali rasa sentuhan ini.. tangan yang biasa bagi orang kuat bekerja.. genggaman tangannya erat dan padat, kukuh menyambut salaman tanganku.. lalu.. entah kenapa aku mula timbul rasa malu sedikit..

Merenung wajah aku, lalu dia berkata, “muda lagi.. umur kau berapa?” tanya lelaki yang bernama Badri itu..

“masuk tahun ni 22 tahun lah..” jawab aku..

“aku 27.. tua lagi dari kau.. jadi kena hormati orang yang lebih tua macam aku ni.. faham?” pintanya..

Aku hanya mendiamkan diri.. tapi dalam hati mula berbisik..

Amboi.. kekwat lah dia ni! aku tahu lah dia lagi tua.. tak payah ingatkan pun aku dah tahu untuk jaga perangai..

“ermmm… baru balik kerja ke?” tanya aku sambil memandang pada baju Badri yang tertulis ayat ‘Pizzacom’.. teringat kata Rahman.. teman serumah yang lain, Badri buat kerja sambilan jadi penghantar pizza..

“ha ah.. baru je balik kerja..” Badri tenung aku lagi.. “kau dah solat Asar ke belum? Ke jenis yang tak solat?” tanya dia mencurigai..

“dah solat dah.. baru je sebenarnya..” balas aku..

“elok lah tu.. kalau dah Islam tu kena lah melakukan solat.. aku tak suka kalau ahli rumah ni ada yang tak solat..”

“saya solat je.. full.. lima waktu!” kata aku bersungguh-sungguh.. terasa geram sikit bila terasa diri dicurigai..

Muka aku ni muka orang tak solat ke? Bisik hati aku..

“okay.. bagus! Okay.. aku masuk bilik dulu..” namun baru sahaja beberapa langkah, Badri mula berpusing balik, “oh ya! Baru nak pesan.. maghrib nanti solat berjemaah.. peraturan dalam rumah ni, selagi kau tak berseorangan di dalam rumah, kalau nak solat dan ada orang, solat kena berjemaah.. faham??” Badri mula memberi pesanan..

“faham..” balas aku ringkas..

“kalau dah faham, bagus.. okay.. aku masuk bilik dulu..”

Badri mula melangkah masuk ke dalam biliknya.. melihat dirinya dari belakang dalam hati aku mula berbisik..

Kenapa aku rasa dia ni jenis yang suka mengarah orang lain??

Hurmm…

Aku mula merungut…


+        +        +


Solat maghrib..

Seperti apa yang dipinta oleh Badri, aku menunaikan solat bersama dirinya dengan Rahman.. solat diimamkan oleh Rahman.. pertama kali aku berimamkan Rahman, lelaki yang menarik perhatian aku sebelum ini.. tak sangka pula Rahman ni mempunyai suara yang merdu.. terbuai seketika mendengar bacaan surah yang dibacakan oleh Rahman..

Waktu aku masih tinggal di kolej kediaman pelajar dulu, kebiasaanya aku akan solat bersendirian di dalam bilik sendiri.. kebanyakkan pelajar pun macam tu juga.. lebih suka solat bersendirian dalam bilik sendiri walaupun surau ada disediakan berhampiran dengan blok kolej.. tapi sekarang, aku seakan mula nak adaptasi cara kehidupan yang baru.. pada hari ini aku rasakan begitu.. biasanya jarang aku nak solat berjemaah.. walaupun hanya tiga orang sahaja.. sejujurnya aku terasa janggal sedikit.. sebab cara kehidupan yang baru.. kalau itu sudah ‘peraturan’ yang ditetapkan dalam rumah ini, aku ikutkan sahaja..

Selesai sahaja solat, kami bertiga mula berkumpul di dapur untuk makan malam.. hari ni Badri ada bawakan pizza untuk dikongsikan bersama.. pizza dari kedai tempat Badri bekerja, Pizzacom.. ini pertama kali aku merasakan pizza dari kedai itu.. boleh tahan juga sedapnya.. tengah menjamu selera aku lebih banyak berdiam diri dan mendengar sahaja apa yang Badri dan Rahman borakkan.. mungkin masih malu sikit dengan mereka.. ye lah.. aku ni kan orang baru.. jadi memang akan terasa kekok sikit..

“Hairil asal mana.. lupa nak tanya pula..” tiba-tiba Rahman mula bertanyakan soalan..

“asal dari Legana..” jelasku..

“Legana? Abang pernah datang ke sana naik roda ferris.. best! Rasa nak pergi lagi..” kata Rahman sambil menaikkan ibu jarinya..

“cantik kan.. lagi-lagi kalau malam.. saya walaupun dah tinggal lama kat sana tapi still tak rasa bosan untuk tengok atau pun menaiki roda ferris tu..” jelas ku mengenai roda ferris besar yang sudah sinonim dan menjadi mercu tanda untuk bandar Legana..

“Seronok.. dah pergi dua kali sebenarnya.. tapi still nak rasa naik roda ferris tu lagi..” kata Rahman..

“kalau abang nak datang lagi, saya boleh jadi tourist guide bawa jalan-jalan.. ermm.. oh ya.. abang Man pula asal dari mana?” tanya aku yang mula memanggil Rahman sebagai ‘abang Man’..

“asal dari San Kilda.. tapi tak tinggal kat bandar.. orang kampung je sebenarnya..” jelas Rahman..

“owh.. okay.. abang Bad pula?” tanya aku pada Badri yang mula aku panggil sebagai ‘abang Bad’..

“Newnham..” jelas Badri sepatah..

“dekat je lah.. boleh balik selalu…” kata aku..

“oh ya.. lupa nak cakap.. kau pandai masak tak?” Badri mula tanya aku..

“ermmm.. tak lah sangat.. kenapa ye?”

“lepas ni kau kena belajar memasak lah.. sebab kita orang ada giliran memasak malam.. jadi sebab kau dah jadi ahli rumah ni kena join sekali lah.. ke kau tak nak join?” tanya Badri lagi..

“ermmm.. maksudnya?” aku agak keliru..

“untuk makan malam, kita orang kongsi bersama.. jadi kalau nak adil kena ada giliran memasak lah kan.. untuk makan malam je.. boleh jimat sikit kalau berkongsi banding makan kat luar.. jadi, apa pandangan kau?” Badri tanya aku lagi..

“okay kot… tapi.. saya tak pandai masak sangat..”

“kalau yang tu kau fikir kemudian.. jadi maksudnya setuju lah kan?




 Sunday, 3/3 Summer

Hari kedua aku tinggal di rumah ini.. untuk setakat ini rasanya boleh kata aku mula selesa tinggal di sini.. Cuma ada beberapa perkara yang aku fikirkan.. ianya adalah berkenaan tentang orang-orang di sekeliling aku, teman serumah.. sejujurnya aku masih terasa janggal.. sebabnya, aku adalah yang paling muda sekali.. dua orang yang lain tu pangkat ‘abang’ untuk aku dan sebenarnya aku tak biasa sangat bergaul dengan orang yang berusia berbanding aku.. kebiasaanya aku hanya bergaul dengan kelompok sebaya aku je.. terasa lebih selesa.. tapi.. sebab dah tinggal sebumbung.. nak tak nak kena juga bargaul dengan teman serumah..

Abang Man.. aku dah kenal lama sejak tahun lepas.. walaupun dulu hanya kenal gitu-gitu je.. tapi sekarang bila ada peluang untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat apa yang boleh aku katakan, orangnya baik je.. peramah.. aku mudah selesa dengannya.. dia sangat mengalu-alukan kewujudan aku di rumah ini.. dulu aku ni boleh kata macam ‘fan’ dia juga lah, suka skodeng dia dari jauh.. bila dah boleh dekat-dekat macam ni, membuatkan aku jadi lebih ‘tertarik’.. aku suka dengan dirinya yang peramah.. aku suka dengan cara dia bercakap yang sangat sopan.. tapi perasaan minat kat dia tu hanya sekadar minat je lah.. tak lebih dari itu.. sebab.. aku dapat tahu yang dia sebenarnya dah bertunang.. aku tak tahu pula sebelum ni.. jadi… dah milik orang.. tak payah lah aku nak kacau daun kan… sekadar meminati dia seperti mana kita minat pada artis.. hehehe..

Abang Bad.. dia ni aku tak tahu nak jelaskan macam mana.. jujur aku cakap penilaian pertama aku pada dia mungkin ada negatif sikit.. tapi negatif macam mana yang ni aku tak tahu nak jelaskan.. apa yang aku boleh cakap, orangnya macam agak kasar.. cara dia bercakap.. wajah dia yang agak garang di mata aku.. untuk sesuatu sebab, aku rasa yang aku macam tak boleh nak masuk dengan perangai dia.. sesetengah orang bila kita kenal mereka untuk kali pertama, kita boleh rasakan yang kita boleh nak selesa, rapat, sehaluan dengan mereka terus.. tapi dengan Abang Bad ni, walaupun baru je kenal hati rasa macam susah nak sehaluan dengan persoanaliti dirinya.. tak tahu kenapa.. macam ada yang tak kena je.. ada sesuatu pasal dirinya yang membuatkan aku kurang selesa..

Apa-apa pun ini semua adalah penilaian pertama aku pada mereka.. bukan kenal sangat pun kan.. masih banyak masa untuk mengenali mereka..






bersambung...













ini adalah cerpen berikutnya yang aku tulis.. maksudnya ianya hanya lah sekadar cerita pendek yang tak panjang seperti novel.. inspirasi dari kisah sebenar berkenaan tentang 'Abang Bad'.. tapi ianya tidak lah 100% betul.. ada yang rekaan ada yang betul.. hanya aku seorang je yang tahu..