Friday, 9 October 2015

Open Minded

beberapa hari lepas roommate aku bertanya satu soalan kat aku...

"apa pendapat ko pasal menjadi orang yang open minded?"

"maksudnya?" aku mula curious..

"pasal 'orang hari' tu cakap, yang dia ada kawan gay.. dan dia tak kisah sangat pun pasal gay ni.. orang zaman sekarang sepatutnya lebih bersikap open minded dalam perkara-perkara macam ni.."


# kisahnya, kita orang tengah berbincang dan belajar mengenai iklan-iklan visual dan juga menyentuh tentang stereotype.. lalu dibincangkan lah mengenai satu iklan daripada IKEA yang mempunyai visual dua orang lelaki berpegangan tangan.. kita orang diajar untuk menghasilkan visual yang mana, kadang-kadang kita kena lari daripada stereotype.. berkenaan tentang iklan IKEA, dalam dunia sekarang, 'family/keluarga' tu bukan lagi exclusive untuk dua pasangan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan.. kini, di sesetengah negara gay marriage yang telah diiktiraf, satu pasangan sesama jantina yang berkahwin juga boleh dianggap sebagai satu unit keluarga.. 


bila ditanya soalan macam ni daripada seorang roommate straight kepada aku yang 'tak straight', aku terasa lain macam lah pula.. aku sendiri pun antara golongan yang 'tak straight'..

(hei roommate, kau tak tahu yang teman sebilik kau ni pun 'gei' je..)





jawapan aku..

"bagi aku, tak salah untuk setiap orang mempunyai pegangan sendiri.. sama ada dia nak setuju mengenai hal macam ni atau pun tak.. ada orang memang tak kisah pun berkenaan tentang gay ni, tapi ada yang tak setuju.. tapi bagi aku, katakan lah kalau kau tak setuju, tapi jangan lupa untuk melayan/lihat mereka sebagai manusia walaupun kau memang tak setuju habis-habisan hanya kerana kita mempunyai perbezaan pendapat.. bukan hanya dalam kes ini (tentang gay) tapi untuk setiap konflik perbezaan pendapat dan juga kepercayaan..












4 comments:

  1. Yap, Amir setuju dengan pandagan Putera...if someone tak suka/tak setuju dengan kehidupan LGBT...jgn lah menghina mereka sebab mereka pun manusia biasa juga...apa yang penting adalah bimbingan mungkin untuk mereka lebih sedia untuk berubah daripada diperlakukan seperti haiwan and disrespectful...

    ReplyDelete
  2. kalau kau tanya pada golongan org seperti kita, mmg kita semua tak setuju,sebab dunia2 ni mmg utk kita2 ajeeee.. haha.

    but then, the other parties, they got their own "rationale" thoughts yg kdg2 aku nk lawan menggunakan hujah "kemanusiaan" takut terpesong dari landasan sebenar "kemanusiaan"..

    aku harap kau fhm apa yg aku mksud kan. as long as kau aku dan mereka2 semua dalam dunia kita2 ajeee.. ;)

    ReplyDelete
  3. Hai admin blog ini sya hakim..saya suka ngan blog ni best..kalau ada masa email la saya yer..hakimkhairi19@gmail.com

    ReplyDelete