Monday 25 February 2013

Unspeakable Love -Part 18-





Part 18 : Revealed


Hari Ahad.. selepas mengerjakan solat subuh, aku tidak menyambung tidur semula.. aku hanya baring di atas katil sambil mataku memandang ke arah siling.. Saiful di sebelahku telah pun terlena selepas kami mengerjakan solat subuh bersama-sama.. dia menjadi imam dan aku makmumnya..

di sebalik suasana gelap itu, aku masih lagi sedang memikirkan apa yang telah aku saksikan pada awal subuh tadi.. fikiran aku dipenuhi dengan seribu satu soalan yang sedang bermaian.. semuanya adalah tentang diri Saiful.. mula terimbas semula akan apa yang telah kami lakukan bersama-sama.. bermula pada awal perkenalan kami di satu laman sosial bernama Planet Romeo, kemudian hubungan kami mula semakin rapat apabila hampir setiap malam kami mula bersembang bersama-sama.. dari Planet Romeo, beralih pula ke YM.. maka bermula lah kisah di mana aku mula berkongsi tentang rahsia kehidupan aku kepada dirinya.. Saiful hanya menjadi pendengar yang setia.. sampai ke hari ini, dia masih lagi sedia untuk mendengar segala luahan hatiku..

kemudian, kami mula bersemuka di mana dia membawa aku ke kawasan tepi laut.. pada saat itu lah aku mula mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi.. dia seorang yang suka bergurau dan  bersikap sambil lewa.. kadang-kadang tu gurauannya boleh menjadi terlebih-lebih.. dia juga seorang yang keras kepala.. namun dalam masa yang sama suka tersenyum.. senyuman yang nakal.. tapi, ada masanya sifatnya sukar untuk diramal dan boleh berubah-rubah.. selama aku mengenali dirinya, itu lah apa yang aku tentang diri Saiful..

tapi..

aku tak pernah terfikir pun yang dia mungkin sedang merahsiakan sesuatu daripada aku.. apa yang saksikan pada awal subuh tadi begitu di luar jangkaan aku..

aku berharap kalau satu masa nanti kau sedar ada yang begitu mengambil berat tentang diri kau

terbayang-bayang semula akan kata-katanya itu.. aku rasa aku mula faham akan apa yang dia maksudkan..

dalam gelap, aku memandang ke arah Saiful yang sedang terlena.. entah kenapa aku merasakan bila aku melihat Saiful, aku mula terbayangkan diri aku sendiri.. aku yang sedang memendam perasaan terhadap Shahir, namun begitu juga dengan Saiful terhadap diriku.. buktinya, apa yang aku lihat pada telefon bimbitnya itu..

mula terbayang lagi akan kenangan lama ketika aku mula menyedari Ihsan yang aku cintai dahulu sebenarnya menyimpan perasaan terhadap diriku.. seperti sekarang ini, aku menyedarinya bila melihat gambar aku menjadi wallpaper telefon bimbit.. dan kerana itu juga lah aku melihat Saiful, aku juga dapat melihat diri Ihsan dalam dirinya..

terdiam.. aku mula menghulurkan tangan ke arah rambut Saiful.. dengan perlahan-lahan aku mengusap rambutnya..

'oh Saiful... kenapa kau begini?'

hatiku mula berbisik..



*         *          *


pada pagi itu, aku sedang duduk di meja makan sementara menunggu Saiful siap menyediakan sarapan.. sudah tentu di fikiran aku masih ligat memikirkan hal subuh tadi.. mataku memandang setiap gerak-geri Saiful yang sedang berada di dapur.. dia kelihatan begitu bersemangat pada pagi ini.. asyik tersenyum-senyum.. aku pula hanya terdiam sejak dari pagi tadi, berterusan memandang diri Saiful..

makanan di hidangkan.. Saiful mula meletak nasi goreng yang dimasaknya.. nasi goreng ayam, mungkin.. kelihatan begitu menyelerakan.. dan seperti biasa juga, Saiful memandang aku dengan wajah yang begitu berseri-seri.. dia mula duduk berdepanan dengan aku.. kami berdua mula saling berpandangan.. aku pandang matanya dengan pandangan yang tajam..

"makan lah.." Saiful mula berbicara..

aku diam lalu mula menjamah satu persatu nasi goreng masakan Saiful ke mulut.. makan dan terus makan.. seperti semalam, Saiful tidak terus makan tapi berterusan memandang aku yang sedang makan.. aku perasan akan perbuatannya itu.. dia bertongkat dagu sambil tersenyum-senyum memandang aku.. entah kenapa tiba-tiba aku mula berasa rimas bila dia pandang aku begitu.. lalu aku pun berhenti dari menjamah makanan..

aku pandang dia..

"Saiful.." aku bersuara..

"kenapa?"

"hmm.. takde apa-apa sangat.. just nak cakap masakan kau sedap.. ikhlas dari hati aku.." kataku.. tersenyum..

Saiful mula tersengih-sengih.. mungkin mula berasa bangga bila dipuji oleh aku..

"aku just nak cakap.. kau ni kawan aku.. ya.. kau kawan aku.." sekali lagi aku bersuara..

"aku tahu aku kawan kau.. so, kenapa??" tanya Saiful..

"hurmm.. nothing.. just nak cakap, aku anggap kau seorang kawan yang baik kat aku.. tak lebih dari itu.."

"kau kan dah cakap hal tu semalam.. ya.. aku kawan kau.. kalau ada apa-apa masalah, aku akan ada untuk kau.. kenapa pula kau tiba-tiba cakap tentang hal ini??" Saiful mula berkerut dahi.. berasa pelik dengan kata-kata aku..

"just nak cakap untuk kali kedua.. kau kawan aku.." aku pandang matanya.. agak serius..

Saiful terdiam.. tunduk.. kemudian dia mula mengukirkan senyuman kembali.. dia mula menjamah nasi goreng di pinggannya... dengan wajah yang ceria, dia cuba untuk menghangatkan.. berlagak gembira bila aku menghargai dirinya sebagai seorang kawan baik untuk diri aku..

namun aku tahu...

senyuman gembiranya itu adalah palsu..

selepas selesai menjamu sarapan pagi, aku membantu Saiful untuk mencuci pinggan pula.. manakala Saiful sedang berada di dalam biliknya.. berkemas bilik ataupun sedang mandi, mungkin... sambil-sambil aku mencuci pinggan mangkuk, fikiran aku sedang memikirkan tentang apa yang aku sedang rasakan terhadap diri Saiful.. aku anggap dia siapa dalam diri aku??

aku tanya lubuk hatiku.. apa yang aku rasakan setelah mengetahui Saiful ada kemungkinan besar menyimpan perasaan terhadap aku.. apa kah reaksi aku terhadapnya? aku tanya hati, dia bagiku hanya lah seorang kawan yang mungkin istimewa buat aku.. aku tanya hati, perasaan aku terhadapnya tidak lebih dari sekadar hubungan biasa.. aku tidak dapat rasakan perkara yang sama Saiful rasakan terhadap diri aku.. dia begitu baik terhadap aku.. mungkin terlalu baik terhadap aku.. dia sentiasa ada jika aku inginkan seseorang untuk meluahkan perasaan.. dia pendengar yang setia.. sentiasa ada untuk aku..

entah kenapa aku mula berasa bersalah.. aku sering berbicara dengannya tentang Shahir.. tapi dia setia mendengarnya.. dia mungkin ada perasaan sayang terhadap aku, namun aku pula berbicara padanya tentang orang yang aku sayang.. aku tahu.. tentu sekali akan ada perasaan cemburu yang hadir dalam diri Saiful jika aku sering berbicara tentang Shahir.. namun.. dia berterusan menahan rasa dan bersedia mendengar apa yang aku ingin berbicarakan.. tentu sekali tentang diri Shahir..

selepas semua pinggan habis dicuci dan diletakkan pada di tempat yang sepatutnya, aku mula berjalan ke ruang tamu.. Saiful masih lagi berada di dalam biliknya.. dari ruang tamu, aku dapat melihatnya sedang melakukan sesuatu berdekatan dengan almari di biliknya.. entah kenapa aku mula berasa ingin tahu apa yang Saiful sedang lakukan di dalam bilik, lalu aku pun berjalan menuju ke bilik tersebut..

pintu bilik aku ketuk.. Saiful seakan terkejut dengan kehadiran aku.. dengan serta merta dia seakan menyembunyikan sesuatu pada genggaman tanggannya.. dia letak benda itu di belakang tubuhnya.. lalu dia pandang aku sambil tersenyum..

aku berkerut dahi, berasa pelik dengan kelakuannya itu.. perlahan-lahan aku mula mendekati Saiful..

"kau buat apa, Saiful?" tanya aku..

cuba berlagak biasa Saiful membalas, "takde apa-apa..eh.. kau dah siap nak balik ke uni kau? sekejap lagi aku bersiap okay.." dia tersenyum..

"kau sembunyikan apa kat belakang kau tu?" tanya aku sambil memandang ke arah dirinya.. memang ada benda yang Saiful cuba sorokkan dari aku.. tapi benda apa??

lalu aku, terpandang pula segelas cawan dengan botol air mineral di atas meja bersebelah dengan dirinya..

"owh.. yang ni.." Saiful mula menunjukkan apa yang dia sorokkan.. satu botol berwarna putih, "ubat demam.. aku baru je lepas demam beberapa hari lepas.. sekarang ni aku dah okay.. but doktor tu cakap kena habiskan semua ubat yang diberikan.. so, aku makan lah.." katanya lagi.. tersenyum..

"owh.. okay.. bagus lah kalau dah nak sembuh.. jaga juga kesihatan diri kau tu ye.. kau ni dah lah tinggal seorang diri je.. risau pula kalau jatuh sakit ke apa.." kata aku.. berasa agak bimbang juga kalau jadi apa-apa hal nanti..

"don't worry lah.. aku okay je.. kau dah siap ke??" tanya Saiful..

"aku dah siap.. kena hantar aku awal lah.. aku bermalam kat sini dah lah tak bawa baju.. aku pun nak mandi juga.."

"okay.. okay.. tapi sekejap ye.. aku nak pergi tandas jap.. nak buang air kecil.. hehe.." kata Saiful lalu beredar dari bilik itu menunju tandas..

aku masih lagi berada dalam bilik Saiful.. almarinya tadi masih terbuka.. nampak lah beberapa hela baju yang bergantungan dan tersusun kemas dalam almari.. Saiful ni bagi aku memang jenis yang kemas dan pembersih lah.. memang semuanya agak teratur.. memang berbeza dengan aku yang sedikit tidak terurus..

kemudian aku menjeling ke arah satu laci almari yang tidak tertutup habis.. botol ubat Saiful tadi dia letak dalam almari tu.. entah kenapa seperti timbul rasa ingin tahu pula terhadap botol ubat yang Saiful simpan tu... dari tempat aku berdiri sekarang, aku cuba menjeling-jeling apa yang berada dalam laci almari Saiful yang tidak ditutup habis.. kalau boleh, aku macam nak selongkar, tapi rasa tak bagus pula kan.. rumah orang lain, tak bagus buat macam tu..

aku lihat, seperti ada banyak botol yang berwarna putih juga dalam laci tersebut.. semuanya macam botol ubat je.. bukan dua atau tiga,, tapi rasanya dalam lima botol kot.. botol ubat tu pun aku rasa macam pelik.. macam bukan ubat biasa yang boleh dijumpa kat farmasi.. memang betul ke Saiful ni lepas sembuh dari demam? aku mula tertanya-tanya..

"jom!" Saiful mula mencelah..

aku sedikit terkejut.. lalu aku menoleh ke arah Saiful sambil tersenyum..

"okay.. jom gerak..." balasku..


*          *          *


sekitar pukul 10.30 pagi, aku akhirnya tiba ke universiti aku.. sudah tentu lah Saiful yang tolong hantarkan.. Saiful kata dia nak ikut aku sampai ke bilik aku tapi aku tidak benarkan.. aku berkeras tak nak benarkan dia masuk bilik aku.. sebab aku risau kalau dia dan Shahir akan terserempak lagi.. entah kenapa aku jadi takut kalau hal tu berlaku lagi.. seperti ada satu perasaan yang kuat mengatakan akan ada sesuatu yang buruk jika merek bersemuka..

akhirnya Saiful mengalah.. tapi dia nak aku berjanji untuk selalu jumpa dengan dia.. kalau tak, dia kata dia sendiri yang akan jumpa aku.. datang ke bilik aku macam tempoh hari.. aku tak boleh nak tolak dan akhirnya berjanji juga untuk selalu berjumpa dengan dia lagi.. Saiful ni memang boleh buat apa-apa di luar jangkaan kita.. tentu lah dia gembira bila aku kata macam tu.. aku kata lagi, kalau aku tak sibuk boleh lah jumpa.. dia kena faham lah sebab tahun ni adalah tahun terakhir pengajian aku.. mesti lah agak sibuk.. dia hanya mengangguk.. muka bertambah ceria.. dia ajak aku kalau boleh, jangan malu-malu untuk datang rumahnya lagi..

aku terdiam..

sebenarnya aku seakan mula kurang selesa untuk berterusan berjumpa dengannya.. setelah apa yang aku saksikan pada subuh tadi, aku dapat rasakan yang Saiful ada menyimpan perasaan kat aku.. tapi aku langsung tidak memiliki apa-apa perasaan kat dia.. hanya sekadar seorang kawan.. macam tu lah dia di hati aku.. dan kerana itu aku kalau boleh tak nak bagi dia apa-apa harapan.. sebab benda tu akan melukakan hatinya sendiri dan hatiku juga.. tapi dalam masa yang sama aku tahu yang dia faham yang aku anggap dia siapa.. mungkin dia tidak mengharap.. tapi siapa tahu apa yang dia fikirkan?

selepas Saiful pergi, aku mula berjalan menuju ke kolej kediaman aku.. tak mandi lagi.. aku pula bukan jenis yang mandi lewat.. jadi rasa pelik lah kalau masih tak mandi.. maka, aku pun mula bergegas naik menuju ke bilik aku.. dalam perjalanan nak naik tu, aku terserempak dengan Amir..

"hai.. Fahri.. dari mana ni?" tanya Amir..

"dari rumah kawan.. yang semalam tu.. aku tidur rumah dia semalam.." kata aku.. berhenti sekejap untuk bercakap dengannya..

"owh.. rumah Saiful ke?" kata Amir.. dia tersenyum.. "best tak?"

"hmm.. boleh lah juga.. first time bermalam kat rumah dia sebenarnya.."

"dia takde buat apa-apa kat kau ke??" tanya Amir lagi..

aku mula berkerut dahi, "maksud kau??" tak faham dengan soalan Amir..

"haha.. takde apa-apa lah.. saje je tanya.. okay.. aku nak pergi dulu.. bye.."

Amir mula beredar dari situ.. aku memandang dia.. mula terasa pelik dengan soalan dari Amir tu.. entah kenapa aku mula berasa tak sedap hati.. macam ada yang tak kena je..

malas nak memeningkan kepala, lalu aku pun terus menuju ke dalam bilik aku.. pintu dibuka.. kelihatan Shahir sedang berbaring di atas katilnya.. tidak memakai baju.. hanya berseluarkan boxer.. dia pandang aku.. entah kenapa aku buat-buat tak perasan yang dia sedang memandang aku.. dengan perlahan-lahan aku menuju ke almari baju aku.. pintu almari dibuka.. aku ambil sehelai tuala yang masih kering untuk bersedia nak mandi..

kemudian aku menoleh ke arah Shahir.. dia masih juga memandang aku.. aku telan liur.. entah kenapa aku rasa kurang selesa dan berdebar-debar bila dia berterusan memandang aku.. dia tidak tersenyum.. namun tidak juga serius.. aku tak tahu macam mana nak katakan tentang riaksi mukanya yang sedang memandang aku..

"semalam kau tidur mana?" Shahir mula bersuara..

"rumah kawan.. sorry lah.. aku terlupa nak beri tahu kau.."

"tak kisah pun kalau kau nak bermalam kat luar.. kawan kau yang tempoh hari tu ke? Saiful?" tanya Shahir..

aku menjadi gugup.. macam mana pula Shahir boleh agak aku tidur rumah siapa? dah tu dia ingat pula nama Saiful.. biasanya kalau hanya kenal macam tu je, kita takkan ingat pun nama orang tu.. entah kenapa aku mula berdebar-debar dengan soalan Shahir..

"ha ah.. rumah dia lah.. kenapa?" tanya aku..

"nothing.. saje tanya.." kata Shahir lagi.. kali ini dia tersenyum ke arah aku..

aku terdiam.. semakin tak sedap hati aku rasakan.. entah kenapa sejak kebelakangan ini aku seperti cuba mengelak daripada Shahir.. sebenarnya aku boleh je tanyakan soalan kepadanya tentang perkara yang telah menghantui aku.. tentang hubungan kami berdua.. apa yang sedang terjadi dan benda apa yang dia rahsiakan dari aku.. namun pada masa yang sama aku takut akan jawapannya.. aku masih belum bersedia dan tidak berani untuk mengadapinya..

aku mula membuka baju dan meletakkannya pada bakul pakaian.. aku ambil peralatan mandi aku, bersedia untuk mandi.. dengan bertuala yang berlilit di pinggang, aku mula melangkah keluar dari bilik..

tempat mandi tidak lah begitu jauh dari bilik aku.. bilik aku dan Shahir berada agak di hujung bangunan manakala bilik mandi tersebut berada di setiap sudut kolej kediaman ini.. melangkah masuk, aku lihat tidak ada sesiapa pun yang berada di tempat mandi.. kosong dan sunyi.. lalu, aku pun masuk ke ruang mandi yang berada paling hujung sekali..

pintu ditutup.. lalu aku pun membuka shower.. memberus gigi terlebih dahulu kemudian mencuci muka.. badan terasa lebih segar bila dihujani air dari shower.. hilang semua perkara yang mengganggu fikiran aku.. terasa tenang.. hanya kendengaran bunyi air yang menghujani tubuhku.. untuk tempoh lima minit, aku biarkan badan ku terus dibasahkan..

tiba-tiba pintu tempat mandi aku diketuk.. aku berasa agak terkejut sedikit.. lalu aku pun metutup shower kemudiannya membuka pintu untuk melihat siapa yang mengetuk tadi..

aku buka.. keihatan Amir di depan mata aku.. dia tersenyum...

"kenapa?" tanya aku ingin tahu..

"aku tak sangka kau pun macam aku juga.." balas Amir..

aku berkerut dahi.. kurang mengerti apa yang dia maksudkan..

"maksud kau apa??" tanya aku lagi..

Amir tidak berkata apa-apa.. lalu secara tiba-tiba dia masuk ke ruangan mandi aku itu secara kasar.. aku tidak sempat nak menghalangnya.. dengan segera dia menutup pintu.. kini, di ruangan mandi yang sempit itu hanya ada aku dan Amir..

"kau ni kenapa??!" tanya aku.. nada sedikit kasar..

Amir diam.. dia hanya memandang aku sambil tersenyum.. dia tatap tubuhku yang hanya memakai boxer.. dari bawah sehingga ke atas.. aku menjadi kurang selesa bila dia menatap tubuhku begitu.. entah kenapa jantungku mula berdegup dengan kencang.. lebih-lebih lagi bila dia tersenyum-senyum memandang tubuhku..

"cantik juga body kau.." kata Amir.. tangannya cuba untuk memeluk tubuhku.. namun dengan segera aku menepisnya dengan kasar..

"wei! kau ni kenapa, hah?! nak peluk-peluk pula!" aku mula menengking Amir..

"haha!! kau ni buat-buat tak faham lah pula.. aku tahu lah kau siapa!" sekali lagi Amir cuba memeluk tubuh aku.. tapi masih berjaya aku tangkis..

entah bagaimana, aku secara tiba-tiba menumbuk wajah Amir.. aku terkejut dengan reaksi tanpa sedar aku itu.. Amir pula memegang bahagian belah pipi kanannya yang ditumbuk aku.. dia terdiam.. namun tak lama selepas itu, dia mula ketawa kecil..

"hehe.. kau ni PLU kan, Fahri?? aku tahu lah.. sebab kau kenal dengan Saiful.." kata Amir.

aku tergamam seketika.. kenapa pula Amir ni tiba-tiba menyebut nama Saiful? apa kena-mengena Saiful dengan dirinya? sungguh, aku tidak mampu berkata-kata..

Amir mula berkata lagi, "macam mana semalam?? best tak dengan dia?? hehe.."

"best apa benda??" balasku..

"apa benda lagi?? main lah!!" Amir sekali lagi cuba memeluk aku.. "jom lah, main dengan aku pula.. aku dah lama tak main.." Amir berterusan mendesak..

entah macam mana setelah aku cuba menangkis pelukkannya, akhirnya dia berjaya juga.. aku ingin menumbuk mukanya sekali lagi, namun dia berjaya memegang tangan aku.. jantungku berdegup semakin laju.. Amir pula tidak berhenti-henti ketawa.. matanya mula disinari nafsu.. sekuat mana aku cuba melawan namun akhirnya tertewas juga oleh Amir.. tubuhku dihentakknya ke dinding..

Amir semakin buas.. tubuhku dihentaknya ke dinding berkali-kali.. aku tak tahu apa yang menguasai mindanya.. seakan dia mula hilang fikiran..

namun..

tiba-tiba pintu ruangan mandi itu dibuka..

"hei Amir!!"

kedengaran satu suara menengking Amir.. suara yang aku begitu kenali..

Amir terkejut.. namun pada saat dia mahu menoleh.. satu tumbukan mula melayang ke arah mukanya..

"kau ni kenapa, hah??!!" tengking orang itu lagi..

aku toleh.. Shahir kini berada di depan mata aku..











Tuesday 19 February 2013

Unspeakable Love -Part 17-





Part 17 : A Night with Saiful


kami duduk bersebelahan.. Saiful di sebelah kiri ku.. kami berada di tempat duduk di kawasan tengah.. tidak lah terlalu jauh, dan tidak juga terlalu dekat.. di hadapan kami, skrin wayang sedang menayangkan sebuah filem.. satu kisah komedi tempatan.. kadang-kadang, bilik panggung wayang itu bising dengan ketawa orang ramai yang menontonnya.. satu lawak yang berjaya mencuit hati penonton..

mungkin..

sebab aku tidak lah khusyuk menontonnya..

sesekali aku mencuri padang ke arah Saiful di sebelahku.. dia hanya berterusan memandang ke hadapan skrin.. matanya langsung tidak berkelip.. langsung tidak pernah menoleh ke kiri ataupun ke kanan.. dia hanya diam sejak filem itu ditayangkan.. tanpa reaksi wajah lain, dia hanya berdiam diri dengan wajah yang agak serius..

matanya melihat ke hadapan namun aku tahu mindanya tidak berada di sini sekarang.. aku tahu dia sedang memikirkan tentang sesuatu.. dirinya tidak berada di sini.. dirinya tengah berada dalam fikirannya sendiri.. 

aku mula berasa tidak sedap hati melihat perubahan perangainya itu.. sebelum ini dia lah yang bersemangat nak keluar berdua denganku, tapi sekarang keceriaan itu seakan hilang.. pudar.. dia mula berdiam diri.. namun bila aku memandangnya, dengan segera dia akan cuba tersenyum kepada aku.. namun aku tahu, ada maksud di sebalik senyumannya itu.. 

tayangan filem itu cuma dalam lebih kurang satu setengah jam.. tapi jalan cerita filem itu langsung aku tidak fahami.. aku gelisah yang kerap kali mencuri-curi pandang ke arah Saiful.. aku yakin dia sendiri juga tidak akan ingat apa yang berlaku dalam filem itu.. senang kata, dia cuma di panggung itu menghabiskan masa dengan temenung..

tayangan habis.. semua penonton mula mengosongkan bilik tayangan.. aku dan Saiful juga beredar.. kami berjalan seiringan tanpa berbicara apa-apa.. suasana menjadi sunyi.. masih lagi berada di dalam pusat membeli belah, kami mula hilang arah tujuan.. tidak tahu hendak ke mana selepas ini.. berjalan tak tentu hala.. jam sekarang menunjukkan lebih kurang pukul 8 malam..

dengan sengaja aku menghentikan langkah.. Saiful pula tanpa menyedari aku telah berhenti, dia berjalan menuju ke hadapan.. memang sah dia sedang memikirkan sesuatu sehinggakan aku di sisinya tidak disedari ketinggalan di belakangnya.. dari belakang, aku memandang Saiful..

kenapa dengan dia ni??

aku mula tertanya-tanya akan perubahan dalam diri Saiful.. terlalu tiba-tiba seakan menjadi seorang insan yang berbeza.. lebih kurang dia lima meter di hadapan, aku mula menegurnya..

"Saiful!"

dia tersentak.. dia mula sedar yang aku ketinggal di belakangnya.. dia toleh aku..

"kenapa dengan kau ni??" tanya aku sambil mula berjalan ke arahnya.. "kau nampak lain macam.."

Saiful terdiam.. namun dia cuba tersenyum..

"kau fikir apa sebenarnya?" tanya aku lagi..

"tak fikir apa-apa lah.." balasnya..

"tipu lah.. aku tahu lah kau sedang termenungkan hal lain.."

"takde lah.. aku okay je.."

"tipu lah.. kau cakap lah apa yang tak kena?" aku masih lagi mendesak..

"nothing lah.."

"kau serius??"

"aku cakap takde, so takde apa-apa lah!!" secara tiba-tiba Saiful bersuara agak kasar.

aku tergamam.. terkejut dengan suaranya yang kasar itu.. terdiam, aku tidak bersuara..

"maafkan aku Fahri.. aku takde niat nak cakap kasar kat kau.. sorry sangat-sangat.." Saiful mula cuba memujuk aku..

aku masih lagi terdiam.. tangan aku dipegang Saiful.. wajahnya aku pandang.. riak wajah yang serba salah..

"Fahri, maafkan aku.. sungguh.. aku tak berniat langsung! ya betul.. aku ada fikirkan tentang sesuatu.. but kau tak payah lah risau ye.. semuanya okay je.." Saiful masih lagi cuba memujuk..

pertama kali Saiful berkasar bahasa kat aku, memang terasa agak janggal.. selama ini dia sentiasa bersikap tak serius dan main-main.. dia juga suka tersengih dan tersenyum.. namun kali ni, sungguh aku merasakan dirinya seakan seorang yang berbeza.. seakan aku tak kenal dirinya lagi..

tapi aku cuba menenangkan diri.. cuba menjadi rasional semula.. mungkin ada sesuatu yang Saiful tengah fikirkan namun dia masih belum bersedia untuk meluahkannya kat aku.. mungkin juga aku yang terlalu memaksanya..

aku pandang mata Saiful, kemudian aku mengukirkan senyuman..

"aku okay je.. don't worry.. aku tak marah.. aku pun nak minta maaf lah kalau terlalu mendesak kau.." kataku..

"kau tak salah apa-apa.. aku yang salah.." kata Saiful..

"dah.. dah.. tak payah nak cakap siapa yang bersalah.. kita lupakan je lah.. jom, kita pergi dinner.." ajak aku..

Saiful hanya menurut.. kami mula mencari tempat makan yang sesuai dalam pusat membelah belah ini.. kalau diikutkan hati, aku memang teringin sangat nak tahu apa benda lah Saiful tengah fikirkan.. tapi aku tak nak pula desak dia.. hilang suasana untuk bergembira keluar bersama-sama.. jadi lebih baik aku lupakan sahaja.. lagi pun Saiful nampak ceria waktu mula-mula datang ke tempat kerjanya.. dia lah yang terlebih-lebih nak ajak aku keluar bersama.. sampai sanggup ponteng kerja.. terlebih-lebih pula dia ni kan?

sampai di food court.. kelihatan ramai orang sedang berada di sana.. agak penuh.. seakan susah pula nak cari tempat duduk.. mata ku meliar-liar mencari tempat yang sesuai.. lalu, aku terpandang satu meja di sadu sudut terpencil yang belum diduduki.. aku mengajak Saiful untuk duduk di sana.. dia hanya mengikut.. lalu aku pun duduk di kerusi yang disediakan namun Saiful pula masih juga berdiri..

aku memandang Saiful, "kenapa?? duduk lah.." ajak aku..

"hmm.. rasa tak selesa lah pula.." Saiful bersuara..

"maksud kau??"

"ramai orang.. aku rasa agak kurang selesa.."

"biasalah.. time-time macam ni lah orang nak dinner.. kenapa? tak nak makan sini ke? kalau tak suka, pergi tempat lain.." kata aku lagi..

pelik lah pula Saiful ni.. makan pun nak berkira ke?? macam tak biasa pula makan kat tempat orang ramai.. ada-ada je lah dia ni.. haish!

"Fahri, kau free tak esok? maksud aku ada kelas tak esok??" tanya Saiful..

"kau ni... esokkan hari Ahad.. tentu lah aku free.. kenapa??" tanya aku pula..

"ha ah lah.. hehe.. lupa pula... hmmm... malam ni kau stay rumah aku nak tak??"

"hah??"

aku terkejut.. nak bermalam kat rumah dia?? tak sangka pula aku dia akan ajak aku.. aku terdiam.. berfikir sama ada mahu ataupun tak mahu..

"macam mana?? nak tak?? aku masak untuk kau malam ni lah.." tanya Saiful.. dia pandang aku..

"hmm.. kau pandai memasak ke?? hehe.."

"haha.. kalau kau nak, dapat lah kau rasa masakan aku.."

"okay.. aku nak je.."

"yeah!!" Saiful mula berasa seronok..

aku mula berfikir.. selama ni aku tak pernah pergi rumah Saiful.. teringin juga nak tahu keadaan rumahnya macam mana.. yang aku tahu lah, berdasarkan apa yang dia cakapkan kat aku, dia lari dari rumah dan tinggal berseorangan kat kota ini.. jadi ini yang buat aku rasa betul-betul ingin tahu nak tengok keadaan tempat tinggal Saiful..

aku tengok wajah Saiful.. bersinar-sinar je matanya bila aku kata setuju.. terasa pelik lah pula aku terhadap Saiful ni.. tadi angin macam kurang elok, sekarang ni cepat je dah ceria semula..

"apa lagi, jom lah.. dah lewat ni.." ajak Saiful..

"eh, jap ye.."

"kenapa?"

"aku rasa macam nampak kawan aku.. ha ah lah.. kawan aku.. hei! Amir!!" aku melambai ke arah seseorang..

kelihatan seorang lelaki yang aku kenali turut berada di food court ini.. memang dari jauh aku dah boleh nak cam dia.. lelaki bernama Amir tu menoleh.. dia perasan aku sedang memandangnya.. dia tersenyum lalu berjalan ke arah aku.. tak sangka betul lah boleh terserempak dengan kawan satu course dengan aku kat sini..

kami berdua bersalaman.. 

"seorang je ke?" tanya aku terus kepadanya..

"ye.. seorang je lah.. nak makan tadi.. kau pun nak makan juga ke??" tanya Amir pula..

"tadi ya.. but sekarang tak.. nak pergi tempat lain.. by the way.. ni kawan aku.. Saiful namanya.."

aku memperkenalkan Saiful kepada Amir.. mereka berdua mula bersalaman.. 

"hai.." kata Saiful..

"owh.. Saiful... hmmm.. aku Amir.. kawan Fahri juga.." balas Amir.. dia menjeling ke arah Saiful.. agak tajam..

Saiful pula kelihatan seakan mengelabah..

"Fahri.. jom kita gerak.. dah lewat ni.." ajak Saiful..

aku memandang Saiful.. tiba-tiba aku berasa pelik melihat dirinya.. kenapa macam tergesa-gesa pula? rileks-rileks lah.. aku baru je jumpa kawan aku.. dia ni, tak faham-faham pula.. tentu lah aku nak berborak sekejap dengan kawan aku.. dia ni nak cepat je.. tak sabar-sabar!

"okay lah Amir.. kami nak cepat ni.. kena gerak dulu.." kataku..

sempat aku menjeling ke arah Saiful.. sebenarnya aku berasa geram.. tak sabar-sabar betul lah Saiful ni.. macam lah nak bersembang dua tiga minit pun tak boleh.. untung aku ikut apa yang dia nak.. kalau tak, boleh je aku batalkan niat aku untuk bermalam di rumahnya..

aku tersenyum ke arah Amir dan melambainya.. Amir pun sama, melambai aku.. tapi, tangan aku mula ditarik oleh Saiful.. dipaksanya aku untuk melangkah laju..


*          *          *


"makanan dah siap!!" jerit Saiful dari tempat memasak..

aku berada di ruang tamu rumahnya segera melangkah ke meja makan yang juga berada di ruang tamu.. sementara menunggu Saiful menghidangkan makanan, aku memandang sekeliling keadaan rumahnya itu.. agak sempit lah juga.. Saiful tinggal di sebuah flat berada di tingkat empat.. saiz rumah agak kecil.. ada dua buah bilik tidur, ruang tamu, bilik mandi beserta tandas dan dapur sahaja.. mungkin nampak kecil tapi kata Saiful dia tinggal di rumah tu seorang diri.. cuma satu bilik je dia gunakan.. bilik yang kedua pula kosong.. jadi kalau duduk seorang terasa besar lah..

aku ada tanya dia juga, kenapa tak nak duduk dengan orang lain? katanya, tak ada privasi.. dia lagi selesa duduk seorang.. dah tu, sewa berseorangan pula.. mampu pula dia nak bayar bulan-bulan.. kata Saiful lagi, duit yang dia ada hasil dari wasiat ayahnya masih boleh tampung semuanya.. dan lagi, seperti yang dia cakap lah, ibu tirinya pun ada juga bank in duit untuk dia.. sebab tu lah dia tak risau..

aku pun tak faham dengan cara hidup Saiful.. tak ke dia rasa bosan kalau duduk seorang diri je.. tak ada teman nak bercakap.. bagi aku agak bosan lah.. tak tahu lah pada Saiful yang katannya lebih prefer privasi untuk dirinya..

makanan dihidangkan.. ada dua hidangan.. ayam masak merah dan sayur kobis.. kedua-duanya nampak menyelerakan.. bau makanan begitu mengujakan.. sedap lah kot kalau dirasakan.. aku duduk sambil menunggu nasi yang diisi sendiri ke pinggan untuk aku oleh Saiful.. kami duduk bertentangan.. seperti kebiasaanya lah.. dia tersenyum-senyum nampak ceria.. mungkin dia seronok kot ada tetamu yang datang.. ye lah.. kalau pun dia kata lebih suka duduk seorang, mesti lah akan gembira juga kalau ada teman berbual..

aku merasa makanan yang dimasak Saiful.. ayam masak merahnya agak pedas... tapi aku memang suka makanan yang pedas-pedas ni.. sedap juga masakan Saiful.. berselera aku nak makan.. hehe..

"macam mana?? sedap tak??" tanya Saiful..

"hmm.. boleh lah.. hehe.."

"kalau kau free, tak payah lah malu-malu untuk datang rumah aku lagi.. aku suka kalau kau datang.." kata Saiful lagi.. dia tersenyum..

aku tak membalas apa-apa.. diam dan hanya menikmati hidangan di depan mata.. dua pinggan nasi juga lah makan.. memang berselera aku..

makan dan terus makan.. 

namun, baru aku perasan yang makanan di pinggan Saiful masih belum dijamah.. aku dah makan dua pinggan tapi dia masih tak makan.. dia hanya memandang aku.. sambil bertongkat dagu dia memerhatikan aku sedang makan.. bibirnya terukir senyuman..

"kenapa kau still tak makan??" tanya aku..

"entah.. dah kenyang kot.." balasnya..

"kau perhatikan aku makan kenapa? dah tu tersenyum-senyum pula.." tanya aku lagi..

"entah.. saje nak tengok kau makan.. mungkin.. hehe.."

makin pelik pula aku tengok perangai Saiful ni.. jujur aku cakap aku rasa kurang selesa bila dia pandang-pandang macam tu.. rasa takut pun ada.. rasa kekok.. entah kenapa aku mula tidak berselera nak makan.. lalu aku pun berhenti dari makan..

"dah kenyang lah.." kataku ringkas..

baru je aku nak beredar dari situ untuk ke dapur mencuci pinggan, Saiful mula mencelah..

"sekejap!"

dia bangun dari tempat duduk lalu menghulurkan tangannya ke arah muka aku.. jarinya mula disapu pada bahagian tepi bibir aku..

aku tergamam..

"kau makan dengan gelojoh.. kuah makanan pun berpalit di luar mulut.. macam budak-budak.. hehe" kata Saiful..

aku masih lagi tergamam dengan tindakannya menyapukan jarinya pada bibirku.. sisa-sia kuah di tepi bibirku dilapnya dengan jari.. muka ku bertukar menjadi merah..

"kenapa?" tanya Saiful..

"nothing.."

cepat-cepat aku beredar dari situ.. 

aku tak tahu kenapa dengan diri aku.. jantungku berdegup dengan kencang pada saat ini.. masih lagi terkena kejutan dengan apa yang Saiful telah lakukan.. aku masih lagi berdiri menghadap singki.. pinggan di tangan aku masih belum dicuci.. aku letakkan sahaja di atas singki sambil aku memandang ke arah ruang tamu.. Saiful, aku pandang.. dia masih lagi duduk di meja makan.. dia baru je nak menjamah makanannya..

entah kenapa dengan hati aku.. terasa ada satu perasaan yang mula bermain di fikiran aku namun sukar untuk diterjamahkannya.. seperti yang aku katakan, perasaan aku masih lagi tergamam dengan apa yang Saiful telah lakukakan..

pada malam itu, sekitar pukul 11.30 malam, aku mula berbaring di atas katil di bilik Saiful.. tilam katil bersaiz Queen.. agak muat untuk aku dan Saiful berbaring bersama.. Saiful masih lagi di luar bilik.. sempat juga aku curi-curi pandang apa yang sedang Saiful lakukan di luar sana.. dia sedang bergayut dengan seseorang di telefon.. riak wajahnya kelihatan ceria.. aku tak boleh nak agak siapa dengan teman dia berbual.. mungkin sahaja dia sedang bercakap dengan seorang kawan..

aku memandang sekeliling bilik Saiful.. agak kemas dan teratur. mungkin sebab dia anak orang kaya memang telah dilatih untuk bersikap begini.. walaupun kelihatan ringkas tapi agak menarik juga biliknya.. aku mula menyelimuti tubuhku.. suhu pada malam ini agak sejuk berbanding biasa.. aku mula membaringkan kepala aku pada bantal.. memandang pada lampu di siling, aku cuba mengosongkan apa yang ada di fikiran aku..

aku pejam mata..

"dah nak tidur ke?" tiba-tiba kedengaran suara Saiful..

aku bingkas bangun lalu menyandarkan tubuhku pada dinding katil.. aku tak bercakap apa-apa melainkan hanya tersenyum..

Saiful yang hanya memakai seluar pendek itu kemudiannya menanggalkan bajunya.. lalu dia mula berbaring bersebelahan dengan ku.. dia pandang aku.. tersenyum.. 

"cantik tak tubuh aku?" tanya Saiful sambil mengayakan otot pada lengannya..

memang tak dapat nak dinafikan lah, Saiful memiliki tubuh yang agak menarik.. agak solid.. tak lah begitu berotot.. senang kata, tubuh yang sesuai untuk menjadi seorang model.. ini kali pertama aku melihatnya tanpa memakai baju.. tiba-tiba aku terfikir.. kenapa pula Saiful ni tak nak jadi model?? body pun okay.. rupa pun hensem juga.. senang cakap dah sesuai lah..

"kenapa? nak goda aku ke??" tanya aku..

"mungkin.. hehe.." dia ketawa kecil..

"kau memang suka tidur tak pakai baju ke??" tanya aku lagi..

"yupp.. macam ni lah.. usually pakai boxer je lah... seksi tak?? hehe.."

"owh.. jadi sebab tu lah kau kata nak ada privasi.. senang sikit nak seksi-seksi kat dalam rumah kan??" kata aku.. tersenyum..

dia balas senyuman aku.. lalu hidung aku dicubitnya..

"sakit lah!" aku menepis tangannya, "kau ni kenapa??"

"kau nampak comel bila senyum.. rasa nak cubit.. so, aku cubit lah.." kata Saiful slumber..

"hahaha.." aku ketawa.. ketawa yang dibuat-buat..

suasana menjadi diam seketika.. aku memandang ke siling.. Saiful di sebelah aku pula juga turut diam.. hanya kedengaran bunyi kenderaan yang melintas di bawah flat.. tak ada lah bising sangat tapi jelas kedengaran lah bunyi enjin kereta..

"Shahir pun kadang-kadang suka juga tidur tak pakai baju.." aku mula bersuara..

Saiful berpaling menghadap aku, "owh, mesti kau ada curi-curi skodeng dia kan?? tengok-tengok body dia.. tak gitu?"

"hehe.. ada lah juga.. but most of the time aku tahan diri dari nak pandang lah.." jawap ku..

jujur aku katakan, memang aku ni masih lagi menjaga mata aku.. biarpun aku ni satu bilik dengan Shahir, tapi aku hormat dia sebagai seorang sahabat baik aku.. memang susah lah kalau kita satu bilik dengan orang yang kita suka tapi dalam masa yang sama kita tak buat sesuatu yang berlebih-lebih.. kerana aku takut jika nafsu lebih menguasai perasaan hormat dan sayang aku terhadapnya.. 

"body siapa yang lagi hot?? aku ke dia??" tanya Saiful lagi sambil mula menggayakan tubuhnya semula..

"haha.. kau tahu lah aku macam mana.. so, aku kena berat sebelah lah.. tentu lah Shahir.. hehe.."

"tak aci lah.. sebab kau suka dia mesti lah kau akan menang kan dia.. haish!" Saiful tak puas hati.. "nampak gayanya kena workout lebih lah ni.."

"kau ni, Saiful... ish.. ish.. tak habis-habis dengan perangai kau.."

tak faham lah Saiful ni.. perangai dia tak sudah-sudah.. suka main-main je.. kadang-kadang tu macam gurauan yang melebih-lebih.. macam sekarang ni lah..

"Fahri.."

"ye ada apa??"

"kau fikir aku orangnya macam mana??" Saiful mula bertanya..

"orang macam mana pula??"

"selama kau kenal aku lah.. apa yang kau fikir tentang aku??" tanya Saiful lagi..

"tentang kau?? hmmm... aku rasa aku benci kau.. hehe.." aku ketawa kecil..

"benci? kenapa pula??"

"benci sebab kau ni bila aku tanya, kau takkan jawab lah.. memang usually macam tu lah.. walaupun aku tanya balik-balik, tapi kau suka je jawap lain.. tak pun tanya aku pula.. macam sekarang ni lah.. kau ni kalau bergurau kadang-kadang berlebih pula.. suka je main-main.." balasku..

"owh.. ya ke?? sorry lah kalau tu buat kau benci kat aku.." suara Saiful agak sedih..

"takde lah benci pun sebenarnya.. mungkin perkataan yang sesuai rasa geram lah kot.. but, pada masa yang sama aku pun suka kau juga.." aku tersenyum sambil memandang wajah Saiful..

"suka? maksud kau apa?"

"suka sebab sebab kau selalu ada untuk dengar masalah aku.. dari awal kita berkenalan di PR dulu, kat kau lah aku banyak kongsi about my story life.. tentang rahsia perasaan sayang aku kat seseorang.. dan kau juga lah orang yang banyak mengajar aku tentang sesuatu perkara.. senang cakap, kau selalu ada bila aku memerlukan seseorang.. sebab itu lah aku suka kau.." aku pandang Saiful sambil tersenyum..

"thanks ya Fahri.. aku selalu ada untuk kau.." balas Saiful..

"sebab, kau lah kawan aku.."

"ya.. hanya sekadar kawan.." balas Saiful lagi.. agak perlahan.. dia tunduk muka ke bawah..


*          *          *


pada malam itu, aku sedang bermimpi..

ada satu padang rumput yang luas.. di selilingnya ada ada banyak bunga-bunga kecil yang tumbuh.. langit bergitu cerah dan biru.. langsung tiada awan yang melitupti langit.. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. seakan syurga.. suasananya begitu indah dan mendamaikan..

aku melangkah ke hadapan.. aku tak tahu ke mana ingin aku tuju.. namun firasat aku kuat mengatakan untuk aku terus berjalan ke hadapan.. aku melangkah dan terus mara.. tidak ada apa-apa di hadapan aku melainkan satu padang rumput yang begitu luas..

tidak sekali aku menyerah.. aku gagahkan jua diri untuk terus melangkah ke hadapan.. sehingga lah aku ternampak satu susuk tubuh manusia di depan mata aku.. dia begitu jauh dari ku.. dia melambaikan tangannya..

aku berlari.. aku cuba pergi ke tempat manusia itu.. namun sepantas mana pun aku berlari, tidak pernah jua sampai ke arahnya.. tapi manusia itu terus jua melambai kepada aku.. tidak tahu siapa dia, namun hati ku kuat mengatakan untuk sampai pada dirinya.. aku berlari dan terus berlari..

tunggu!!

aku menjerit..

tunggu!!

dan terus menjerit ke arahnya..

berlari dan terus berlari, akhirnya aku tiba-tiba rebai ke tanah.. aku menangis.. tapi aku tak tahu kenapa aku menangis.. tiba-tiba suasana yang cerah dan ceria, berubah menjadi gelap.. yang ada aku duduk kesedihan berseorangan..

perasaan takut menyelubungi diri.. aku berasa sepi dan kesunyian.. aku menangis dan terus menangis..

RING!! RING!!

mimpi ku mula hilang.. aku terjaga dari tidurku.. suasana gelap... keadaan di dalam bilik ini begitu gelap sekali.. aku memandang ke kiri dan kanan.. ada Saiful sedang tidur nyenyak di sebelah kananku.. baru aku ingat yang malam ini aku tidur bermalam di rumah Saiful..

bunyi itu masih lagi bingit dan bising.. bunyi jam lonceng seseorang.. aku capai telefon bimbit aku.. bukan dari  alarm telefon bimbit aku.. sempat aku melihat pukul berapa sekarang.. dah masuk waktu untuk solat subuh.. lalu aku mengarukan kepala. cuba untuk menghilangkan rasa mengantuk.. aku menguap..

bunyi alarm tu masih lagi tak berkesudahan.. 

"Saiful.. bangun.." aku cuba mengejutkan Saiful dari tidurnya.. tapi dia masih lagi terlena..

sekali lagi aku menguap..

bunyi alarm itu semakin bingit.. aku cuba cari dari mana datangnya bunyi itu.. dari sebelah kanan.. aku terpandang telefon bimbit Saiful di atas meja di sebelah katil.. memang sah bunyi itu dari telefon bimbit Saiful..

dengan segera aku cuba capai telefon bimbit Saiful untuk mematikan alarm.. apabila aku mahu nak mematikan alarm tersebut, aku terpandang sesuatu.. 

aku tergamam..

apasal gambar aku jadi wallpaper phone ni??!!










Sunday 17 February 2013

Ghairah ke Tak Ghairah??







bila aku jadi blogger ni and orang pun ada banyak contact aku kat fb, ada banyak soalan juga lah orang tanyakan kat aku.. dulu-dulu, orang yang contact aku just golongan PLU lelaki je.. but recently entah macam mana aku pun dihubungi oleh golongan PLU perempuan pula.. nak diringkaskan cerita, mereka sama ada lesbian tak pun pengkid...

mungkin ada timbul rasa ingin tahu dari golongan yang berbeza tapi sebenarnya sama je, just jantina je lain, then ada lah soalan yang mereka ingin tahu mungkin untuk memahami antara satu sama lain.. aku tak nak cakap banyak, hari tu ada lah satu soalan tanya tentang 'ghairah ke tak ghairah'.. dia suruh aku buat satu post kat my blog tentang hal ni tapi aku asalnya menolak lah.. takut-takut blog aku orang anggap lucah pula.. but aku fikir semula, rasanya hal ini just untuk pengetahuan umum lah kot.. terpulang pada korang untuk menilainya..

ada satu adik ni (perempuan) tanya aku satu soalan lah.. perbualan kami lebih kurang macam ni..

dia tanya, 'abang ni ada tengok blue filem tak?' (pula dah ber'abang2' dengan aku.. aku rasa lain macam pula dipanggil abang ni.. hehe)

aku pun secara jujurnya pun jawab lah "pernah je.. kenapa??" (aku rasa almost semua gay pernah layan kan.. tak gitu??)

then dia tanya lagi, "kalau lelaki gay lah tengok '.....' perempuan punya, rasa teransang tak?"

"actually lah kan, kalau yang gay ni tengok perempuan punya, dia orang rasa geli pula sebenarnya.." balas ku..

adik tu pun cakap lagi, "ya ke?? kalau saya tengok lelaki punya pun ada juga rasa teransang.." (adik ni kata dia lesbian)

"kalau saya rasa macam tu lah.. rasanya kebanyakkan yang lain pun rasa macam tu lah juga kot.."





hakikatnya kalau aku memang akan rasa geli lah.. parah sangat lah kot aku ni sampai terasa geli pula.. tapi memang macam tu lah.. nak buat macam mana kan? aku tak tahu lah orang lain.. jadi kalau perempuan dengan orang macam aku ni memang konferm tak diapa-apakan lah... selamat..


Saturday 16 February 2013

Novel PLU Percuma Lagi!!!






dalam penulisan novel yang bergenre PLU, aku rasa penulis yang paling popular sekali adalah Nizam Zakaria.. dia sudah banyak menghasil banyak novel yang menyentuh tentang dunia ini.. antara dari karya-karya dia yang dah aku beli dan miliki adalah cerita Cinta Tanpa Noktah (novel genre PLU pertama aku baca), Potret dan juga cerpen dalam buku Orang Macam Kita.. 

novel Cinta Tanpa Noktah aku beli kat kedai Popular di 1 Utama pada tahun 2011..

novel Potret pula ada orang beri aku dari Planet Romeo.. tahun 2012

manakala cerpen-cerpen PLU Nizam Zakaria pula aku beli sebagai koleksi dalam buku Orang Macam Kita.. 2013..

banyak lah yang tanya aku, macam mana nak dapatkan novel Cinta Tanpa Noktah tu sebab dah susah nak dapat di kedai sekarang.. macam tiada.. manakala novel Potret pula aku kongsikan secara percuma melalui Facebook.. sebab novel Potret tu yang aku punya dalam format Microsoft Words

so, sekarang ni aku pun dah dapat pula novel Cinta Tanpa Noktah untuk versi pdf file pula.. 

jadi macam biasalah, siapa yang berminat untuk membaca novel Cinta Tanpa Noktah dan juga Potret, boleh lah send private message kat Facebook aku.. jangan malu-malu nak minta.. aku beri je.. 

untuk novel Cinta Tanpa Noktah aku pernah buat review tentang citer ni.. kalau nak baca review boleh tengok kat tab di atas 'PLU Novel Reviews'..






#note, tajuk citer Cinta Tanpa Noktah telah ditukar jadi Cinta Nasi Lemak.. but actually kedua-duanya sama je..

Thursday 14 February 2013

Unspeakable Love -Part 16-





Part 16 : Two Probabilities


"hai.." Saiful berdiri dari duduk kemudian menghulurkan salam ke arah Shahir.. "aku Saiful.." dia tersenyum..

Shahir memandang ke arah Saiful dengan riak wajah yang tertanya-tanya..

"aku rasa aku pernah jumpa kau.." kata Shahir..

"ye.. pernah sekali.. dan.. aku juga lah yang cakap dengan kau kat telefon tempoh hari.." balas Saiful..

aku tidak berani memandang ke arah mereka berdua.. hati aku berdebar-debar.. nampak gayanya berjumpa juga mereka berdua sekali lagi.. sungguh aku berasa takut.. hati aku merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku pada pertemuan mereka berdua ini..

oh tidak! apa yang harus aku lakukan sekarang? mereka berdua tidak harus bersemuka! bukan pada saat ini... sebab... aku tidak bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku..

tubuhku mengeletar.. badanku mula berpeluh.. riak wajahku kebimbangan..

sempat Saiful menjeling ke arah wajah aku.. kemudian dia berpaling semula ke arah Shahir..

"boleh kita berbual sebentar?" tanya Shahir kepada Saiful..

"berbual tentang apa?" balas Saiful..

"ada benda yang aku nak cakapkan.. di sini.. dalam bilik ini.. kau, aku dan juga Fahri.. aku nak tahu tentang satu perkara.."

"aku rasa sekarang ni tak boleh lah.. aku baru je nak pergi.. ada urusan yang aku perlu buat.. sorry lah, bro.. lain kali lah ye.." Saiful tersenyum.. dia memandang aku..

aku terdiam sambil memandang wajah Saiful yang tersenyum memandang aku.. dia hanya berlagak slumber.. kemudian aku berpaling memandang Shahir..

"okay Fahri.. aku gerak dulu ye.. bye.." Saiful segera keluar dari bilik aku..

entah kenapa hatiku berasa tenang setelah Saiful beredar dari sini.. macam tahu-tahu pula Saiful ni baca fikiran aku.. jujur aku katakan yang aku gementar pada saat tadi.. kemudian Shahir memandang wajah aku.. ekpresi mukanya agak serius.. aku jadi kaget..

"kau nak cakap apa kat dia?" aku mula bersuara.. hatiku berdebar-debar..

"untuk kenal tentang kau.." dia pandang mata aku.. tajam..

aku tergamam.. untuk kenal tentang aku?? nak kenal tentang apa?? jantungku mula berdegup dengan laju.. aku gelisah..

"bukan ke kita berdua sama-sama dah kenal? nak kenal apa lagi??" tanya aku..

"mungkin juga aku dah kenal kau.. tapi mungkin juga tidak.." balas Shahir..

semakin gelisah aku pabila mendengar kata-kata Shahir tu.. ada sesuatu yang tak kena.. memang tentu ada yang Shahir sembunyikan dari aku.. tapi tentang apa??

aku terdiam.. tunduk memandang lantai.. tak mahu meneruskan perbualan..

kemudian, Shahir mula memegang kedua-dua belah bahu aku.. terkejut, aku pandang wajahnya.. dia tersenyum.. mesra.. tapi senyuman itu masih lagi membuatkan aku berasa gelisah..

"don't worry Fahri.. gembira lah ye.. takde benda yang kau perlu risaukan.." kata Shahir cuba mengembirakan hati aku..

terdiam.. aku masih lagi tidak bersuara.. 

ada apa dengan Shahir sebenarnya??

persoalan itu terus bermain di minda aku.. 

waktu petang.. aku duduk berseorangan di padang bola.. ada orang yang sedang bermain bola di padang.. aku menghadap mereka.. mataku memandang ke arah mereka, namun minda aku tidak berada di sana.. minda aku sedang memikirkan hal yang dah terjadi dalam hidup aku sejak kebelakangan ini..

tentang Shahir.. tentang kata-katanya kepada aku.. dan juga tentang tujuannya untuk bersemuka dengan Saiful.. kegelisahan hati ini masih lagi ada.. masih terbayang lagi dengan senyuman Shahir kepada aku.. seperti ada maksud.. bagi aku senyuman itu mempunyai seribu satu maksud yang tersirat yang Shahir rahsia kan dari aku..

kenapa harus jadi begini?? Shahir membuatkan aku mula takut padanya.. dia juga membuatkan aku mula menjauhkan diri darinya.. pada saat-saat terakhir ini.. pada saat yang masih lagi berbaki, aku seharusnya meluangkan masa bersama dengannya dengan lebih kerap.. mencipta memori dengannya sebelum aku akan meninggalkan dirinya..

namun... 

semuanya seperti tidak berjalan dengan apa yang aku rancangkan.. aku sudah bersedia untuk melupakan dirinya.. dengan hati yang terbuka luas, aku relakan hati ini untuk melepaskannya.. kerana aku percaya yang dunia kami berdua sangat berbeza.. dia tentu sekali tidak akan membalas perasaan aku.. 

namun...

ada apa dengan kucupan itu??

bila cinta tidak harus dimiliki.. ia adalah sesuatu yang menyakitkan..

teringat semula dengan kata-kata Shahir pada malam itu.. ayat itu lah dia ungkapkan di saat dia mula mencium dahiku..

teka-teki ini masih belum lagi terjawab.. boleh sahaja aku memaksa Shahir untuk menjelaskan kesemuanya tapi... aku takut.. gementar pada kemungkinan yang akan terjadi.. di sudut hati ini mengatakan ada satu kemungkinan yang negatif berlaku.. dan aku tidak ada keberanian untuk menghadapinya..



*          *          *


aku perhatikan dia.. dari jauh, aku melihat dia sedang tersenyum mesra melayan pelanggan yang datang.. bukan senyuman nakal seperti yang biasa dia berikan kepada aku, tapi senyuman yang sangat mesra.. dia nampak ceria.. dia berpakaian seragam yang khas untuk pekerja di restoran makanan segera ini.. lagaknya seperti orang kebiasaan sahaja.. tapi, siapa tak menyangka jika dia sebenarnya seorang anak yang berada..

aku mula mendekati.. aku berbaris dibelakang pelanggan untuk terima layanan darinya.. dia masih belum menyedari kehadiran aku.. mungkin terlalu sibuk mengambil pesanan pelanggan kot.. ah, tak kisah lah.. yang pasti dia nampak lain dari kebiasaanya.. aura nya di sini tidak sana ketika dia bersama dengan aku.. seperti dia adalah orang yang berbeza..

aku semakin mendekati.. barisan semakin pendek.. sekarang aku sudah boleh melihat wajahnya dengan lebih dekat lagi.. sungguh, dia nampak berbeza.. penampilannya tampak lebih kemas.. mungkin disebabkan dia memakai uniform kerja.. kebiasaanya, dia lebih suka bergaya pakaian santai dengan rambut yang sedikit tidak terurus..

aku mendekati lagi.. kini hanya seorang pelanggan sahaja di depan aku.. namun dia masih juga belum sedar.. aku tersenyum.. dia tak tahu dengan kunjungan aku.. kebiasaanya dia yang hadir kepadaku tanpa diduga.. jadi, biarlah kini aku yang memberikan kejutan kepadanya..

pelanggan di hadapan mula beredar.. lalu aku pun melangkah ke hadapan..

"hai.." kataku ringkas..

"Fahri?!" dia terkejut.. tapi suaranya masih terkawal...

"kenapa? terkejut ke?" tanyaku sambil tersenyum..

"kenapa kau ada kat sini??" tanyanya lagi..

"salah ke aku kat sini??"

Saiful terdiam.. kemudian dia tersenyum.. agak lebar.. kelihatan agak ceria melihat aku di tempat kerjanya..

"okay.. kau nak order apa?" tanya Saiful..

"hmmm.. yang Set B tu rasanya kot.. yang tu lah.. nak air Pepsi.."

Saiful mengangguk.. dalam masa seminit apa yang dah aku pesan pun dah sampai.. dihulurkan Saiful pesanan itu kepadaku.. kemudian, aku pun membayarnya.. Saiful hanya tersenyum lebar..

"wei.. aku tak sangka kau akan datang sini.. apa-apa pun thanks tau.." kata Saiful..

aku tak bercakap apa-apa.. tapi hanya membalasnya dengan senyuman.. lalu aku pun beredar dari situ mencari tempat duduk.. sengaja aku memilih tempat duduk yang membolehkan aku memerhatikan Saiful dari jauh.. aku duduk dan makan sambil memerhatikan dia bekerja.. agak tekun.. sesekali dia ada juga memandang ke arah ku..

sudah dua minggu berlalu sejak Saiful berkunjung ke bilik aku.. pada tempoh tu Saiful tak ada lagi berkunjung ataupun mengajak aku keluar bersamanya.. ada juga kalanya kami berhubung melalui telefon.. dan hubungan aku dengan Shahir menjadi agak sedikit rengang.. aku sendiri yang seperti mula menjauhkan diri darinya.. Shahir, dia layan aku seperti biasa... tiada hal yang pelik lagi berlaku di antara kami berdua.. tapi seperti yang aku katakan, untuk seseuatu sebab, aku seperti mula paranoid terhadap Shahir.. hati ini terdapat seribu satu persoalan yang sedang bermain.. sehingga sekarang, ianya juga masih begitu..

aku memandang lagi ke arah Saiful.. entah kenapa aku seakan berasa tenang dapat melihat dirinya.. walaupun kebiasaannya aku berasa geram dengan sikapnya yang acuh tak acuh, namun tidak dapat aku nafikan pada dia lah aku meluahkan segala perasaan dan masalah yang terbuku di hati ini.. dia lah pendengar yang setia.. tiada orang lain sebelum ini tempat aku mengadu masalah selain Saiful.. mungkin disebabkan itu aku datan berkunjung ke tempatnya.. untuk mencari sedikit ketenangan.. mungkin..

Saiful mula keluar dari kaunter memesan menu.. kemudian, dia mula pergi ke tempat duduk aku..

"kenapa kau datang sini?" tanya Saiful sambil tersenyum..

"takde sebab rasanya.. saje.. untuk membalas kunjungan, mungkin... hehe.." aku juga tersenyum ke arahnya..

"baiknya kau.. nak ajak aku keluar ke?" tanya Saiful lagi..

"eh, tak ada lah.. aku saja je datang.. bukan sekarang ni kau sedang bekerja ke??"

"ha ah.. sekarang ni time bekerja lah.. tapi aku boleh je ponteng kerja.."

"hah? nak ponteng? serius??" aku berasa sedikit terkejut..

Saiful tak berkata apa-apa.. dia hanya tersenyum.. kemudian dia melambai ke arah seorang pekerja perempuan..

"Wani, cakap kat pengurus aku nak off kerja hari ni.. nanti aku ganti waktu lain.. kalau dia nak potong gaji aku pun tak kisah lah.." kata Saiful slumber..

"hah?! mana boleh macam tu, Saiful.. nanti kena marah.." seperti aku juga, perempuan bernama Wani tu pun berasa terkejut..

"aku tak peduli lah.. ada hal penting sedikit ni.. kau cakap je lah.. kalau dia nak potong gaji pun tak kisah lah.." kata Saiful lagi..

aku menjeling ke arah Saiful.. tajam.. dia ni serius ke apa?

kemudian Saiful berpaling ke arahku sambil tersenyum.. "jom, Fahri.. kita pergi.. dah habis makan kan?"

aku masih tergamam di tempat duduk seakan tidak percaya apa yang aku dengar tadi.. tak mampu berkata-kata, aku hanya memandang wajah Saiful.. lalu, dia tarik tangan aku mengajak keluar dari restoran itu..

kemudian aku cuba leraikan genggaman tangan Saiful di tangan aku, lalu berkata, "kau ni kenapa?"

"kenapa apa pula?" dia pandang aku..

"kau tak boleh buat macam ni lah!"

"apa aku peduli? suka hati aku lah.." balasnya slumber..

"kau tak takut ke nanti kena buang kerja?"

"kalau jadi macam tu, then aku cari kerja lain.. apa susahnye?"

boleh pula Saiful ni cakap macam tu? dia ingat dia boleh buat suka hati dia je.. boleh keluar kerja suka hati dia je.. mana etika bekerja dia?? geram pula aku dengan Saiful ni.. setiap kali berjumpa dengan dia akan jadi macam ni lah.. dia suka je buat apa yang dia nak buat.. ikut telunjuk dia je..

"dah.. dah.. aku pun dah lari kan.. then, jom lah kita dating... hehe.." kata Saiful sambil tersengih.. langsung tak ada perasaan rasa bersalah..

"ish! bila masa pula aku jadi couple kau?"

"dating tak semestinya untuk bercouple.. ala.. maksud aku keluar bersama-sama lah.. macam biasa.."

"dengan baju macam ni?" kataku sambil memandang pakaian uniform kerja Saiful..

"ha ah.. kenapa? aku tak kisah pun.."

aku terdiam.. memang betul lah Saiful ni jenis yang tak ambil kisah sangat tentang banyak perkara.. aku menghembuskan nafas.. dah tak boleh nak buat apa dah.. Saiful kalau itu yang dia nak, kita tak boleh nak bantah.. dia akan teruskan juga buat.. kalau dia dah tarik tangan aku nak ajak keluar bersama-sama, memang dah susah aku menolak.. dia ni memang akan paksa aku juga..

"okay.. but aku rasa kita kena pergi kedai pakaian dulu.." kata aku..

"nak beli baju ke?" tanya Saiful..

"ha ah.. untuk kau.. mungkin kau lebih selesa kalau pakai baju biasa.."

"wah.. kau nak beli kan aku hadiah baju ke?? hehe.. baiknya kau.." Saiful tersenyum lebar..

"kalau kau dah fikir macam tu... lagi pun aku tak pernah beri kau apa-apa kan.. anggap sebagai balasan hadiah Samsung Galaxy S3 kau kat aku.."

semakin ceria pula aku tengok Saiful ni.. semakin panjang lah senyuman dia.. dapat hadiah dari aku kan, mesti lah dia seronok.. aku pun tak kisah juga nak beri kat dia..

selepas itu kami pun pergi ke kedai baju.. asalnya aku suruh dia pilih baju apa yang dia nak.. tapi asalkan jangan mahal sangat sudah lah.. tapi Saiful ni berkeras pula nak aku pilihkan baju kat dia.. katanya orang yang belanja lah yang sepatutnya pilihkan.. dia kata, dia akan terima je..

pilih dan pilih.. akhirnya aku pun memilihkannya satu baju polo berwarna biru.. agak simple.. tapi sesuai lah dengan bentuk tubuh Saiful yang agak menarik lah juga.. aku menunggu dia di luar bilik persalinan.. kemudian, dia pun keluar dengan memakai baju tu.. dia kata yang dia suka baju pilihan aku ni.. tak tahu lah dia memang betul-betul suka ke tak.. lalu aku pun membayar baju tu dan kami pun beredar..

lepas tu aku tanya Saiful nak pergi mana.. dia pun beri cadangan untuk pergi tengok wayang.. aku hanya menurut.. sebenarnya aku pun tak tahu nak buat apa sebab ini bukan perancangan aku untuk keluar berdua dengan Saiful.. dia sendiri yang beria-ia nak keluar dengan aku.. lalu kami pun pergi membeli tiket.. filem pun dipilih tapi akan bermula satu jam setengah lagi.. jadi kami pun pergi ke satu taman yang berdekatan sementara menunggu filem tersebut disiarkan..

di taman tersebut.. aku dan Saiful duduk di satu tempat duduk yang disediakan.. di bawah teduhan pokok, kami berdua hanya dia membisu.. aku sedang menghirup meninuman yang aku beli manakala Saiful pula hanya duduk tak berbuat apa.. dalam tempoh lima minit tu kami hanya memandang ke hadapan memerhatikan orang yang lalu lalang..

"kau nak tahu tak apa yang aku tengah fikirkan sekarang.." aku mula memecahkan kesunyian..

Saiful memandang aku, "kau fikirkan apa?"

"aku tengah fikirkan tentang teman sebilik aku tu.."

"owh.. okay.. hurm..." Saiful terdiam..

aku memandang ke arahnya.. dia ni nak dengar ke tak apa yang aku cakapkan? macam tak berminat je..

"okay.. aku tak nak cakap dah.." kataku..

"kau cakap je.. aku dengar.." balas Saiful.. kali ini dia tersenyum..

"aku fikir tentang dua kemungkinan yang telah berlaku.. tentang hubungan antara kami berdua lah.. tentang apa yang dia dah buat kat aku tempoh hari.." aku mula bercerita..

"okay.. aku dengar.." balas Saiful lagi..

"pertama, aku rasa dia mungkin dah tahu tentang diri aku macam mana.. maksud aku dia tahu lah naluri aku macam mana.. but aku still tak pasti lah tentang hal ni sebenarnya.. tapi seperti ada satu andaian yang kuat dalam hati aku mengatakan begitu.."

"tapi dia kiss kau dan peluk kau.. tak ke rasa lain macam je" tanya Saiful..

"tu lah.. kalau dia tahu aku ni siapa sebenarnya, tapi kenapa pula dia nak kiss aku pula? kenapa pula nak peluk? sebab tu lah aku keliru.. dan disebabkan itu juga lah aku seakan takut nak tanya dia.."

"lain lah kalau dia secretly ada feeling kat kau.. mungkin juga jadi macam tu.. kita tak boleh nak tahu siapa dia sebenarnya.." kata Saiful..

"mungkin begitu.. sebab tu lah itu jadi kemungkinan kedua.. aku bukannya nak perasan sendiri kalau-kalau dia memang ada feeling kat aku.. but macam yang kau cakapkan lah.. kita tak boleh nak agak orang tu macam mana.. tapi, kalau kalau hal tu benar, aku akan berasa sedih..."

"kenapa pula? sepatutnya kau gembira lah kalau perasaan kau dibalas.. bukan ke selama ni kau yang syok kat dia ke?" tanya Saiful lagi..

aku terdiam.. memang lah selama ni aku memendam rasa pada Shahir.. tapi aku langsung tak pernah mengharap balasan darinya.. biar pun perit, namun aku telah relakan jua yang dia bukan milik aku.. jujur, aku relakan.. cinta tak seharusnya memiliki..

"pertama, dia sudah ada kekasih bernama Liyana.. jadi aku tak nak lah kalau berlaku apa-apa.. tapi actually aku berasa gembira kalau dia adalah lelaki yang straight.. dan aku terus mendoakan dia macam tu.. kadang-kadang ada perkara yang lagi bagus begini.. aku rasa gembira kalau dia tidak akan membalas perasaan aku..  sebab kalau tidak begitu, dia akan jadi orang macam kita.. dia akan masuk dalam dunia seperti yang aku alami.. aku tak nak dia terseksa kerana aku memang faham dunia orang macam kita ni memang penuh dengan dugaan.. dan disebabkan itu lah aku gembira kalau dia lelaki yang straight.."

"... ada orang cakap, lagi bagus kalau kita mendoakan yang terbaik pada orang yang kita sayang.. aku cintakan dia dan disebabkan itu aku bersedih kalau dia membalas perasaan aku sebab tak nak dia terlibat dalam dunia songsang seperti aku.. dunia seperti ini agak rumit.. bagi aku ini lah sebagai tanda aku sayangkan dia.. berharap agar dia tidak membalas perasaan aku agar dia tak terlibat dalam dunia yang aku alami sekarang... kalau aku terus mengharapkan dia untuk menerima perasaan aku, maka aku adalah seorang yang pentingkan diri sendiri!"

akhirnya terluah juga ada yang selama ini tersimpan dalam hati aku.. begitu berat hati ini menangung perasaan ini.. pada hari ini, aku dapat juga berbicara tentang apa yang aku ingin luahkan.. terasa sakit.. namun kini ia berasa lebih lega.. aku seakan ingin menahan sebak.. selama ini memang begitu lah yang aku fikirkan.. aku tidak mengharapkan apa-apa balasan dari Shahir.. biar lah aku sendiri yang menahan rasa kerana ini lah yang terbaik aku boleh lakukan padanya.. tanda aku sayang padanya...

"setiap kali kau berjumpa dan bercakap dengan aku, kau mesti sebut tentang dia kan.." Saiful mula berkata..

aku memandang ke arahnya.. dia memandang ke bawah..

"aku berharap kalau satu masa nanti kau sedar ada yang begitu mengambil berat tentang diri kau.." sambungnya lagi..

Saiful tersenyum.. kelat..

hatiku berdebar-debar..

"maksud kau apa?" tanya aku..

"takde apa-apa.." Saiful memandang aku.. dia tersenyum..














Tuesday 12 February 2013

Gay dan Maknyah Bergaduh di FB



hari ni tengah aku skodeng-skodeng satu page kat FB, tiba-tiba je aku terlihat satu pergaduhan antara maknyah dengan golongan gay.. kes nya disebabkan bila admin page tu kata "PLU tu kira okay..jangan lah jadi maknyah.. buruk tau.."

then lepas tu mula lah ada yang terasa, banyak lah makyah mula nak marah..





then perang pun mula meletus..




dan lagi..





panjang lah pergaduhan mereka.. aku pun x larat nak tunjuk..


basically macam ni lah.. mereka ni bergaduh tentang sape yang lagi yang buat banyak dosa.. aku kurang berkenan lah cara Hakimie Jb tu.. sebab dia tu bagi aku menunjukkan rasa 'anti' sangat-sangat.. sebab bagi aku ia agak radikal macam tak mahu nak dengar apa yang orang lain katakan.. sebab kalau dilihat pada diskusi tu, gara-gara si Hakimie ni lah yang buat isu ni jadi panas sebab dia yang lebih-lebih nak menghina..

then aku pun mencelah...





faham tak apa yang aku maksudkan??





aku rasa aku ni lebih bersikap terbuka.. takde masalah dengan mana-mana golongan.. malah aku juga try untuk fahami mereka.. recently pun aku ada bergaul dengan golongan lesbian dan pengkid semua.. tak pernah terfikir pun nak bergaul dengan PLU versi perempuan ni, sebab mereka ni lah yang ada contact aku dulu.. then dari saat tu, aku pun mula terdedah pada dunia songsang kaum perempuan...

point aku, kita tak boleh nak adili sape yang lagi bagus.. sape yang buat banyak dosa lagi.. sebab basically kita ni menghadapi masalah yang seakan serupa juga...

yang gay-gay ni pun banyak je yang suka blog golongan maknyah.. takde pun timbul masalah kan?? korang faham lah blog maknyah yang macam mana.. hehe



nak tengok pergaduhan mereka??