Saturday, 12 May 2012

Apabila PLU Kena Peluk






mereka kata mahu pergi bersiar-siar di Hobart. mereka ajak aku pergi dan aku pun join lah.. bosan tinggal kat rumah. nak juga merasai keindahan yang ada di Aussie ni..

dua jam perjalanan dari Launceston ke Hobart, aku menikmati pemandangan di negeri pulau ini yang dipenuhi oleh landskap gunung-ganang. actually, aku pernah pergi ke Hobart sebelum ni, tapi tak sempat nak meneroka sangat. waktu tu masa banyak diluangkan kat dalam rumah je. btw, Hobart memang sebuah bandar yang cantik..

jalan-jalan di sekitar Hobart.. suhu memang sejuk giler.. mana tak nye, bandar paling selatan sekali kat Australia, mesti lah kedudukkan menghampiri Kutub Selatan. tapi, aku rasa dah mula biasa dengan suhu sejuk macam ni.. at least pakai sweater, so dapatlah mengurangkan kesejukkan.

but...

mereka tak cakap pula kat aku yang kat Hobart mereka nak mendaki Mount Wellington. kata mereka, mahu melihat salji. aku memang pakai sweater, tapi sweater tu tidak cukup untuk menahan kesejukan suhu di bawah kosong darjah celcius. aku just pakai sweater biasa, tidak ada gloves, kasut pun berlubang.. dan aku berfikir, mati lah aku nanti kesejukan di atas puncak gunung tu nanti..


Mount Wellington


dan ia memang benar, aku seakan tidak dapat nak merasa hidung dan telinga aku... sejuk giler-giler.. aku yang orang kampung yang tak pernah pergi ke tempat sejuk macam ni lagi lah kesejukkan.. dan ketika itu lah for the first time aku melihat salji turun... tapi tak lah lebat sangat.. ketika itu still musim luruh..

sejuk! ditambah pula dengan tiupan angin kencang..

aku adalah antara orang yang pertama memasuki kereta sebab tak tahan dengan kesejukkan suhu di puncak gunung.. rasa lebih selesa sebab kat dalam kereta ada alat pemanas (tak tahu nak panggil apa).. orang lain still kat luar, tengah syok nak ambil gambar.. abang long muscle pula nak tunjuk macho buka baju kat puncak ni.. kononnya hebat lah tu.. (actually antara sebab aku lari masuk kereta kerana nak 'jaga mata' aku daripada melihat aurat lelaki.. haha..)

bila semuanya dah selesai, kami pun mula turun dari gunung tu.. semua orang still kesejukkan walaupun ada alat pemanas di dalam kereta..



then....

suddenly kawan aku memeluk aku..


satu pelukkan yang sangat erat..


honestly, aku tak pernah dipeluk oleh mana-mana lelaki sebelum ni, malah ayah aku sendiri pun tak pernah.. dan ini lah kali pertama aku kena peluk, for the first time in my life..

dan perasaan ketika dipeluk itu sangat......  



aneh....


ianya satu perasaan baru dalam hidup aku.. aku tak boleh nak jelaskan macam mana... sebab aku tidak pernah merasakannya sebelum ini... pelukan yang erat... dari seorang lelaki...

"sejuk...."

itu lah kata kawan aku...

to be honest, i think.... i love this kind of feeling...

apabila ada orang memeluk aku...



peluk macam dalam pic ni lah... tapi aku x balas pelukan lah.. XD











15 comments:

  1. Gatal ko.....orang suh pi study hang dok peluk2 orang na....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwn aku yg peluk aku lh.. x prnah aku nk peluk org..

      Delete
  2. First time aku melalui pengalaman tu September last year. Tak pernah before ni kena peluk, apabila kena peluk memang best..suka sgt rasa kehangatan..lagi2 kalo dipeluk dari belakang masa tidur..(tapi "adik" aku akan ikut mencanak kalo kena peluk..haha. tidur pun tak boleh nak lelapkan mata..memeluk dan dipeluk..both I like..merindui kehangatan badan seseorang ini..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ingat kali prtama adalah dgn 'kwn' ko yg sorang tu.. XD

      Delete
    2. pengalaman pertama tu aku tak cerita lagi kt blog aku putera, pengalaman pertama tu just biasa2..takde adegan peluk memeluk. my sleeping partner masa last year tu lah yg my first ever experience kena peluk dan memeluk..tapi sekarang dah takde lagi dah..tinggallah diri sorang2..sekarang ni tidur bertemankan bantal peluk jer lah.sedih..huhu

      Delete
  3. mai aku peluk..sapa nk..wakakka...aku suka kna peluk msa tertentu jer...aku suka peluk bantal..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dh lama x peluk bantal waktu tidur... waktu kecil2 dulu slalu lh..

      Delete
  4. Untung ko Putera kena peluk, free plak tu..hak..hak..hak
    Lepas ni, jangan pulak ko yang aturkan 'strategi' lain supaya kene peluk lagi... mentang-mentanglah 'strategi' pertama berjaya..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. no komen lh..

      yg pasti aku xkn peluk org.. mungkin aku ni jenis yg x pandai nk express perasaan melalui prbuatan..

      Delete
  5. pakcik suka je pelok org..
    lg2 org yg dah pakcik anggap sgt rapat dgn pakcik..
    pakcik suka manjakan mrk2 yg rapat dgn pakcik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu aku peluk utk org yg special je.. XD

      Delete
  6. aku suka dipeluk dan memeluk..aku selalu peluk bestfriend aku bila naik motor dengan dia..hehe..aku peluk sebab aku sayang dy as a very best friend i had..
    bila aku dipeluk, aku rasa dihargai dan disayangi..kadang2 sampai air mata nak menitis..huhu~ dahsyat..paling aku suka bila dipeluk oleh mak aku..huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. bagus lh..
      aku jenis yg x pandai nk express perasaan melalui prbuatan..

      Delete
  7. i think i know that feeling. perasaan ketika kena peluk ialah terkejut, blur, and a question 'what is this for?'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mcm tu lah... lebih2 lg bila x prepare diri nk dipeluk org.. XD

      Delete