Sunday, 27 May 2012

Koleksi


asyik cerita tentang hal-hal PLU, kali ni aku nak cerita sikit tentang koleksi lens aku.. so, tak lah blog ni terasa 'gay' sangat.. 

aku memang suka hal berkaitan dengan DSLR.. walaupun hakikatnya aku tak lah pandai sangat nak ambil gambar, tapi dah banyak duit yang aku laburkan untuk memenuhi tuntutan nafsu aku ni.. padahal aku still study lagi.. tapi dah boros berbelanja...







lens ni adalah lens wide angle aku.. Tamron 17-35mm.. limited edition sebab dah tak dibuat lagi oleh kilang.. aku beli pun secara online.. yang second hand lah.. lens ni sangat berguna untuk aku sebab course yang aku study selalu ambil gambar dengan wide angle..





yang ni Tamron 18-200mm.. aku dapat lens ni sekali waktu aku beli Nikon D90.. actually, lens ni dah terbang ke Perth, Western Australia.. jurugambar video Mat Luthfi yang beli.. so, lens ni maybe akan digunakan untuk merakam video-video Mat Luthfi yang terbaru.. you guys mesti kenal dengan mamat Youtube tu.. kot-kot video yang terbaru dirakam dengan lens ni..





Nikkor 55-300mm.. guna untuk skodeng benda jauh.. aku suka skodeng burung dengan lens ni.. tapi burung yang pandai terbang lah.. hehe.. sangat berguna sekali.. lens kegemaran aku ketika outing.. tak perlu nak dekat sangat dengan subjek.. cuma ia agak berat dan besar sedikit lah.. yang lain semua ok..





Nikkor 50mm.. 'D' version.. dapat sekali waktu beli Nikon D90.. second hand lah.. aku suka lens ni kalau nak main mode manual.. entah kenapa aku suka pusing-pusing aperture ring.. terasa macam main dengan Leica.. biasa guna untuk buat bokeh pentagon..





yang ni lens kegemaran aku.. Tamron 90mm.. guna untuk skodeng serangga seperti semut.. nak tengok dedebu bunga pun boleh.. agak multi purpose.. aku suka dengan design lens ni.. mungkin, lens ni yang paling mahal aku beli.. aku order secara online dari Hong Kong..





lens pertama aku beli.. Nikkor 50mm.. 'G' version.. aku beli sewaktu aku still dengan Nikon D3100 merah aku.. beli kat TS, KL.. bagus untuk portrait.. antara lens kegemaran aku.. agak ringan dan nampak 'hensem' bila dipakai kat Nikon D90..





lens paling murah aku miliki.. harga $15 je.. Holga 60mm.. guna untuk ambil gambar ala-ala lomography.. jarang guna.. tapi recently aku try nak pratikkan lens ni.. agak unik.. berbeza dengan lens lain..











kalau difikirkan semula, dah berapa ribu duit dibelanjakan untuk hobi aku ni.. lens tahap beginner je, xlah gempak.. aku pun bukannya serius sgt dgn fotografi.. sbb aku guna bukan utk buat duit pun.. sje2 utk mengisi masa lapang.. dan kerana itu my Nikon D90 adalah 'kekasih' aku buat masa ini..





2 comments:

  1. sama minat dengan KDL ... suka dengan kamera juga!!! sedang menambahkan koleksi yang ada!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KDL pakai brand apa? lens apa yg dh jd koleksi?

      Delete