Saturday, 19 May 2012

Melayu, Islam & Gay








malas nak tulis panjang-panjang.. hari ni aku nak share satu video.. aku dah lama tengok video ni.. sebelum aku tahu apa itu Seksualiti Merdeka.. sebab kalau kamu perasan lelaki cina yang menemu ramah itu adalah dari Seksualiti Merdeka. so, video ni aku rasa dari mereka lah.. waktu aku tengok video ni, Seksualiti Merdeka tak famous lagi..

ramai orang di luar sana yang benci Seksualiti Merdeka. TV3 kata NGO ni nak promote parti seks bebas.. to be honest, aku pun ada gak follow blog Seksualiti Merdeka.. actually reason NGO ni nak adakan event tahun lepas sebab nak adakan discussion mengenai isu LGBT dengan masyarakat 'normal' untuk mendapatkan kesefahaman.. tapi masyarakat 'normal' macam tak nak beri peluang untuk mengadakan perbincamgan.. then ada yang kata event tu adalah untuk parti seks bebas..

gay is taboo..

kalau benda yang dah jadi taboo, so tak perlu lah nak dibincangkan.. tak begitu?

mungkin kamu fikir yang aku ni pro-Seksualiti Merdeka.. sebenarnya aku neutral je.. kita perlu dengar penjelasan dari semua pihak sebelum kita nak adili sesuatu.. macam kes Bersih baru-baru ni.. penyokong pembangkang akan percaya semua pihak Bersih katakan.. or yang tak sokong Bersih akan percaya apa yang anti-Bersih katakan..

TAPI...

orang yang bijak akan mendengar dari kesemua sumber sebelum mengadili sesuatu..

aku rasa video ni bagus sebab mereka tanya pendapat banyak pihak..












#aku dah tambah tab baru kat blog aku.. ada nampak tab 'Video PLU' kat atas? kalau korang ingat tu nak tunjukkan koleksi video orang yang bangga tunjuk aksi seks mereka, then aku patut kata sorry lah.. tak sanggup aku nak tambah dosa share video seks orang..





16 comments:

  1. Homoseksualiti perlu dibincangkan untuk bagaimana menangani isu ini supaya tidak merebak dan menjdi kebiasaan dalam klgn org Islam.

    tak perlu sebarang fatwa krn ia mmg haram. Sebenarnya persaan songsang ini ujian dan dugaan drp Allah. Kita perlu berubah dan bertaubat. Saya sendiri juga mcm tu..

    Kita bukan spt negara2 bkn Islam yg spt menerima keadaan yg salah ini. Mereka bukan Islam, tujuan hidup mereka hanya untuk dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup setuju dengan FBI...

      Tidak perlu fatwa untuk membincangkan hukum homoseksualiti sebab pengharamannya adalah jelas. Ia bukan perkara khilaf dalam Islam.

      Sekarang kecoh dengan Irshad Manji yang masuk ke Malaysia dan telah melancarkan buku Allah, Cinta dan Kebebasan. Tapi ada sesuatu yang bercanggah dengan pendapat dia bila mana dia mengatakan orang Islam perlu mengikut ajaran dalam Al-Quran, tapi dalam masa yang sama dia sendiri tidak ikut (tidak tutup aurat, perjuangkan cinta sejenis). Apakah wujud versi Al-Quran lain yang dirujuk oleh Manji?

      Apa yang kita mahukan adalah masyarakat perlu sedar wujudnya segolongan manusia dalam masyarakat yang diuji dengan naluri songsang. Mereka mungkin adik beradik kita, saudara kita atau kawan-kawan kita. Mereka tak minta dilahirkan dengan naluri songsang. Jangan pandang masalah ini dengan hanya sapu bawah karpet. Tak guna buat demonstrasi sana-sini kutuk LGBT atas dasar politik. Lepas tu, kumpulan ini diamkan diri. Sebagai contoh, di UPM (rujuk akhbar/blog) pada bulan lepas, mereka buat perhimpunan kutuk LGBT (baguslah kalau niat mereka nak kekang aktiviti songsang dalam masyarakat) tetapi peliknya, kenapa perlu pijak gambar Sasterawan Negara A Samad Said dalam majlis tu? Apa kene mengena dia dengan LGBT. Mungkin dia kene hemtam sebab jadi pengerusi bersama BERSIH dan Ambiga kot...... Nampak sangat ada 'tangan2' ghaib yang cuba campur adukkan isu politik dengan isu masalah sosial ummat Islam.

      Kita nak langkah mengatasi yang konkrit. Bukan hangat2 tahi ayam. Aku rasa ramai 'orang macam kita' yang nak berubah dan keluar dari masalah ini, tapi tiada ruang dan saluran untuk mereka.

      Delete
    2. Well menyentuh org bukan muhrim juga ternyata haram ..
      xperlu fatwa or anything..sah2 ternyata HARAM...
      but knape bnda nie x di jadi kn isu..hurrmmm...adakah umat islam zaman skrng boleh pilih suka suki mereka utk menetap kn mane satu halal & haram..?

      Delete
    3. ya betul ia memang haram.. tapi kalau orang itu adalah dari golongan LGBT, dia tahu brtapa sukarnya untuk menjalani kehidupan apabila sesuatu yg manusia secara semula jadinya inginkan, mereka x boleh lakukkan.. isu menyentuh org bukan muhrim ni sgt brbeza skali dgn isu LGBT.. masalah yg dihadapi lain.. isu homoseksual lebih kpd soal perasaan n dlm masa yg sama nk adapt dgn kehendak agama..

      Delete
    4. Owh..betapa untung nya ade sedikit diskusi di sini.mencari solusi menyelesai mslh.

      Yup. gay is taboo. tapi selalu nye demonstrasi/ceramah xbyk yg betul2 fahamkan masy normal ttg mslh "kita" ini. selalu nmpk sisi yang jijik saje. Perempuan/Laki beromen xjiji kah? tangani isu secara adil. Amik lebih informasi, then baru tahu mcm mane nak cure kan problem ni. Lagi set normal ni maki-hamun, lagi la set2 kita ni keras kepala...wel..ade jer nk berubah...

      Delete
    5. You guys are just taking Islam as the main reference on this matter but why not taking other religion views too?? According to Hinduism and Buddhism, it clearly says that you may find anyone to be your other significant and it doesn't mention anything about the gender. So why are you guys taking away the rights of non Muslims?? It doesn't make any sense to me!! I'm a Chinese middle aged woman and I'm married having 3 children. If any of my kids come up to me and say they're gay I'll gladly accept it bcos it's who they are!! YOU DO YOUR RELIGION BUT NEVER FORCE YOUR BELIEVES ONTO ANYONE!! GET THE FACTS RIGHT

      Delete
  2. ye, saya sangat setuju dengan komen2 di atas..antara komen org yg paling 'berakal' yg pernah saye bace. Sebagai muslim dan di dalam islam,kite selalu sebut..'yang baik datangnya dari Allah dan yg buruk adalah dari syaitan dan diri kite sendiri'..jadi saye berpendapat,bila Allah melarang homoseksual, ia adalah sesuatu yg tidak elok dan sesetengah org di uji dgn homoseksual dan sejauh mana kite berjaya menepisnya.. saya tahu ia bukanlah sesuatu yg mudah dan sangat susah untuk melawan ujian ini kerana ia membabitkan seksualiti..bayangkan sekiranya lelaki dilarang mendampingi wanita tetapi perasaannya tetap kepada wanita..cuma apa yg saye tidak bersetuju bila masyarakat mengambil pendekatan 'tutup pintu' terhadap golongan ni dan adakah kata2 kesat tu dapat membantu mereka kembali kepada agama?mmg senang untuk mengutuk dan mengeji kalau tak kena batang hidung sendiri..waahualam..

    ReplyDelete
  3. aku memang setuju yg hal ini sebenarnya haram.. tapi kebanyakkan orang trlalu 'tertutup' tidak mahu nak bincangkan hal seperti ini.. bincangkan tentang hal apa? adakah ia halal or haram? sudah semestinya ia haram.. pembincangan itu adalah brkenaan masalah golongan PLU hadapi.. misalnya kalau seorang plu diketahui ramai dia gay, walaupun dia x prnah buat seks songsang mcm tu, tp nescaya kwn2 dia akan pulaukan dia.. sikap prejudis akan ada.. org normal perlu dgr apa yg golongan plu ni hadapi.. kbykkan org zaman skrg lebih suka menghukum drpd membimbing..

    tentang Irshad Manji tu, aku x tahu lah sgt tentang kes ni.. to be honest, first impression aku kata yg Irshad Manji ni mcm ada unsur 'negatif' je.. tapi aku bukan jenis org yg judge org sebarangan.. korang pernah baca ke buku tulisan dia? walaupun kita fikir negatif tentang Irsyad Manji tp kita perlu dengar penjelasan dia.. bukannya dgr penjelasan org lain tentang diri dia.. aku lebih suka dgr dari pelbagai sumber.. then, selepas itu baru akan buat keputusan sndiri tentang pendapat aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...masyarakat malaysia lebih suka mengangap perkara ini seperti langsung tak wujud...orang yg bercakap dlm video itu menyebut perkataan "pengamal gay" dan itu satu perkataan yg berbeza dgn perkataan "bernaluri gay"...cuma kaunselor yg aku jumpa menasihatkan golongan bernaluri mcm kita adalah golongan yg diharamkan berkahwin...supaya pasangan wanita tak "tersiksa" kerana tak mendapat layanan batin...yg selebihnya terserah pada diri sendiri samada nak kawal naluri ini atau tidak...

      Dan setahu aku hukuman kalau dalam hudud pun kalau buat seks baru ada hukuman, bukan kalau kita mempunyai naluri tersebut...itu urusan kita dgn tuhan...cuma masyarakat mengada-ngada nak melebih tanpa usul periksa...menindas dan menyeksa golongan plu tapi tak pernah cuba nak memahami...

      Bagus ada blog seperti ini yg menyediakan platform utk berbincang isu seperti ini...kita bukan nak menyebarkan budaya plu tapi sudah di cipta dgn naluri ini...so kita cuma mencari jalan utk hidup dgn bahagia seperti insan lain...

      Delete
  4. jgn nak heboh2 tak boleh ker?? Ko tertarik dgn same sex, then just lead your life..do u hv to announce it the world? If u meet another guy n both of u click together, then pandai2 la cover line..pandai2 la discreet & enjoy the discreetness. You'll get used to it. Discuss it with only those who understand.

    Bila tiba masanya ko rasa insaf then bertaubatlah dgn Allah, tak payah la nak announce jugak to the whole world yg ko dah bertaubat, its between you and HIM.

    ... kalo tak insaf2 juga, then tanggung la sendiri..

    Just remember that the fact you're in the world as it is, is a result of the union of a man and a woman. So how long can you go against & protest your very existence?



    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dituju khas utk aku ke??

      ok.. kalau khas utk aku, then aku rasa you patut baca blog ni secara menyeluruh sblum judge aku..

      aku x faham apa yg dimaksudkn dgn nk hebohkan pd sluruh dunia tu..

      Delete
  5. just remember that sex and the 'love' between mortals aren't everything - they are not the BE ALL & END ALL of things. There will come a time when you have to proceed & move on to 'higher plains' then just your own selfish needs for gratification. The same too goes for heterosexual relationships.

    ReplyDelete
  6. Namun yg terbaik adalah mereka yg memang sudah terdidik imannya dari kecil dan tak mudah/tak akan terjerumus atau menjerumuskan diri dalam homoseksualiti, sbb dia lebih terlatih dari kecil dan tahu membezakan antara yg hak dan yg batil, yg boleh dan yg ditegah. Maknanya dia tidak lalai dan mudah dilalaikan.

    I'm talking from experience and observation as I've been in & out of it all.

    It's all about the temptation for the satisfaction of the flesh, not the soul. The soul need more than just the fleeting needs of dreamers and sexual fantasisers.

    ReplyDelete
  7. Jgn rajin sgt lyn stimmm.. Bykn pose sudey...

    ReplyDelete
  8. Aku boleh accept yg org gay menderita batin n tak minta dilahirkan begini. Aku simpati pd such person butbyg aku tak boleh terima ialah korang tak boleh accept yg bende ni tak normal n cari justifikasi spy org lain terima cara hidup korang.. Tolongla... Aku tak kondem naluri korang tapi aku benci dan jijik bile u guys start making sex with each other.. Aku boleh kawan dgn lelaki gay.. Tapi korang ikhlas ke bile kawan dgn lelaki ... Xde niat nak menggoda? Ikhlas ke kawan dengan perempuan? Takde niat nak tipu mereka? First of all.. Tolongla terima kenyataan yg korang perlu pertolongan dan tolong tolong tolong jangan pergi atau buat perkara yg lagikorang tak boleh nak control nafsu tu cthnye tengok video lucah ke hape. Please la..

    ReplyDelete
  9. Agreed dengan comment kat atas. Nak tambah sikit, bukan korang dilarang berkahwin. Kalau korang nak kahwin, taubat nasuha then start a new life. Kalau niat nak kahwin, sekadar nak berlakon atas pentas dunia nie baik tak payah. Yes, u guys akan menyusahkan isteri dan anak2. Kalau niat tulus insya'Allah.... betul2 nak berubah, jangan lah plak still layan gayporn, masih hang out and meet those gays from social networks. Berubah ke tue? I believe org straight pun ada sex fantasies diorang sendiri, we all are adults, think wisely. Yg salah tetap salah, takde apa2 lagi yg perlu di bincangkan. Move on and fix urself.
    Let me tell u all, I am married with 3 kids. Dah kahwin almost 13 years. Dan dalam masa 13 tahun tue jugak tertipu dan ditipu dengan lakonan tak pernah tinggal sembahyang dan baik tingkah laku. Almost terkantoi a few time, kantoi dua kali dengan bukti, still tak insaf2 lagi? Mmg tak tahu malu, tak malu dengan Allah swt satu, dengan sesama manusia pun tak malu? Allah swt dah bagi peluang banyak dah, still tak nak berubah jugak. Ini, I tujukan khas kepada suami2 dan bapa2 yang selfish kat luar sana. Berubah lah sebelum terlambat. I tak kerja, how do I support my kids nanti? I will be moving to my parent house soon. Tak nampak ke menyusahkan banyak pihak kat sini? Minta maaf kalau sakit hati, sbb I lagi sakit hati. I am a mother, u all pun ada emak kan?

    ReplyDelete