Thursday, 3 May 2012

Gay and Pig




tahun lepas aku bersama dua orang kawan lelaki dan seorang kawan perempuan telah membentuk satu kumpulan bagi membuat dokumentari mengenai isu-isu sosial.. dokumentari ini adalah salah satu benda wajib yang kami perlu buat... 'Vagabonds'... itu lah tajuk nama dokumentari kami yang mengupas mengenai nasib kucing-kucing dan anjing-anjing liar di Malaysia.. isu ini adalah idea aku sendiri dan aku tersangat teruja untuk membuat penggambaran dokumentari tersebut...

so, untuk menyiapkan dokumentari tu kami perlu lah merakam banyak video kehidupan kucing-kucing dan anjing-anjing yang berkelana di sekitar KL. dalam masa yang sama, kami juga perlu menemu ramah beberapa NGO dan bertanya pendapat orang di sekitar KL akan isu ini.. antara lokasi pengambaran kami adalah di Petaling Street.. di sana kami sempat menemu bual beberapa pelancong asing berkenaan tentang 'stray cats and dogs'.. dan itu lah kali pertama aku menjejak kaki di Petaling Street.. biarpun aku sudah lama tinggal di sekitar KL namun INI KALI PERTAMA aku pergi ke Petaling Street.. seriously?? haha.. (dulu aku fikir Petaling Street ni tak best.. dan lagi aku ni dulu 'bajet orang kaya2' kononya just pergi tempat-tempat yang standard je.. but now, I love to visit Petaling Street sebab aku suka tengok 'culture' yang ada pada area di sekitar tempat tu..)

pertama kali pergi ke tempat tu, mestilah aku tak tahu sangat dengan area kat sana.. salah seorang ahli kumpulan aku adalah orang cina (of course lah dia familiar dengan kawasan tu..), jadi, dia lah yang lead kami semua meronda di sekitar sana.. jalan dan jalan.. masuk sana, masuk situ.. ikut lorong itu ini..

then...

kami memasukki area yang cukup gelap.. seperti pasar yang terlindung tapi dipenuhi oleh ramai orang... 

teka apa, kawasan apa kah itu??

kami telah memasukki 'Wet Market' kat Petaling Street dengan kata lain, pasar tempat orang menjual daging babi.. so banyaklah aku tengok kepala babi yang hanya beberapa meter dari aku.. kaki-kaki babi yang bergantungan, daging berbulu pink di sekitar aku... dan aku melihatnya dengan jelas sekali.. macam mana rupa bentuk kepala babi, hidung macam mana, kaki, badan apa-apa je lah.. semuanya masih lagi FRESH!!

untuk aku seorang Islam, babi adalah sesuatu yang taboo.. dan aku merasa jijik bila melihat semua benda itu.. tapi bagi kawan aku yang cina, semua itu adalah biasa..




*     *     *


Kuching, Sarawak..

aku datang berkunjung semula ke ibu kota Bumi Kenyalang ini setelah dua tahun tidak tidak menjejak kaki di sana.. pada saat itu, aku agak sedikit sibuk untuk menyediakan persiapan sebelum berangkat terbang ke Australia untuk sambung belajar.. 

aku pernah tinggal di Kuching untuk tempoh dua tahun ketika aku belajar di sekolah menengah berasrama penuh.. jadi, aku lihat tidak begitu banyak perubahan yang berlaku di Bandaraya Kuching bila aku datang berkunjung semula.. still the same.. dan family aku still suka membeli di tempat yang sama.. kedai bernama Dragon... (kalau tidak silap lah..).. area sekitar Tabuan Jaya.. (kalau tidak silap lah.. aku bukan orang Kuching..)

aku berkeliaran di sekitar bangunan kedai Dragon, tengok-tengok jika ada sesuatu yang menarik.. tak tahu lah apa benda yang aku nak cari.. then, aku follow emak aku dari belakang.. follow dan follow sehinggalah emak aku masuk ke dalam satu kedai.. grocery shop.. agak bersih.. aku pun masuklah kedai tu..

tengok-tengok apa yang ada di dalam.. then aku beli biskut.. beratur nak bayar di kaunter.. emak aku keluar dari kedai dan aku terlihat kakak aku yang menunjukkan muka yang agak pelik ke arah aku.. aku tertanya-tanya kenapa.. fikir dan fikir.. akhirnya aku sedar kenapa kakak aku menunjukkan muka 'buruk' macam tu..

di bahagian luar kedai itu tertulis dengan perkataan yang amat besar, "Pembekal Daging Babi.. TIDAK HALAL"

aku dah rasa lain semacam.. tiba-tiba aku terasa geli bila aku sedar yang aku berada di kedai yang jual daging babi.. biarpun hakikatnya aku tidak melihat daging babi yang dijual, tapi bila menyedari yang aku berada di kedai jual daging babi, aku terasa jijik...

BUT....

suddenly aku terfikir sesuatu...

"mungkin ini lah perasaan orang yang straight bila dia dapat tahu seseorang yang dia kenal adalah gay?"

seriously, pada saat itu aku terfikir tentang hal ini.

dalam minda kita fikir babi itu menjijikkan biarpun kita tak sentuh babi tu tapi kita sudah berasa geli.. sama lah anggapan orang straight terhadap golongan PLU.. mereka melihat kita sebagai sesuatu yang negatif, walaupun tanpa memahami diri kita tapi di minda mereka sudah mengatakan yang kita ini 'tercemar'.. we do something yang 'buruk' yang membuatkan mereka terasa geli terhadap kita..

gay dan babi dua-duanya adalah taboo, khususnya bagi masyarakat muslim.. 

mungkin kalau kita nak tahu macam mana perasaan golongan straight bila dapat tahu kita yang dikenal mereka adalah gay, mungkin kita patut fikir macam itu lah perasaan yang kita bila kita tengok babi.. sebab dua-duanya adalah taboo.. perasaan geli itu datang secara automatik.. sesuatu yang tidak boleh dibincangkan kerana ia adalah bergantung kepada minda masyarakat terhadap sesuatu perkara..

lalu aku berfikir, "aku sendiri pun gay.. so, kenapa pula aku patut berasa geli??"

then aku membayar biskut itu lalu meninggalkan kedai itu sambil tersenyum...









# ergh... hmmm.. aku rasa mesej yang aku nak sampaikan agak complicated sedikit.. harap-harap korang semua faham dan tidak tersalah tafsir... aku tak sama kan yang PLU tu babi tapi macam mana minda kita akan automatik fikir tentang sesuatu yang taboo dalam masyarakat...


kalau lelaki straight tengok cerita PLU, lelaki meluahkan perasaan pada seorang lelaki, tentu sekali mereka akan cakap, "euw.. gelinya aku dengar.." mungkin yang PLU dengar rasa romantik tapi tidak bagi yang straight.. misalnya dalam cerita Anu Dalam Botol.. or mungkin cerita Sutun.. haha.. seriously aku pun terasa geli bila dengar lelaki hero citer Sutun meluahkan perasaanya... 

btw, try to read these posts too..







19 comments:

  1. Walaupun berbandingan agak extreme, tapi ada kebenarannya sebab kedua-duanya ada persamaan:
    1)Kedua-duanya haram dan dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran (Babi haram dan najis mughalazah; Homeseksual haram dan banyak cerita tentang kaum Nabi Luth).
    2)Kedua-duanya isu yang sangat sensitif dan taboo dalam masyarakat Melayu (Isu makan babi dan isu pondan/lelaki lembut/gay).

    Tapi bukan semua yang bernaluri songsang budak jahat. Ramai mereka budak baik-baik, cuma naluri je tak normal. Bagi yang dah mungkin tersesat tu, sama-sama la kita pimpin mereka sebab mereka pun tak suka hidup dalam dunia ni.
    Kadang-kadang, tergelak juga baca cadangan oleh orang 'straight' untuk menukar seorang 'gay' kepada 'straight'. Cadangan mereka ada yang tak relevan. Banyak perkara yang mereka salah faham tentang kecelaruan identiti. Mereka tidak memahami kita kerana bukan dunia mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi aku majoriti plu baik je... yg trsesat tu pun kbanyakknnye baik2 tp still x tahu jln yg trbaik dlm dirinya...

      haha.. aku setuju sgt2 tentang 'kaedah' nk jd straight semula yg diajar oleh mereka yg normal.. org yg bukan plu xkn faham apa yg plu rasakn.. ingat mcm mudah je nk berubah..

      Delete
  2. hakimi: saya setuju part ini.. "Tapi bukan semua yang bernaluri songsang budak jahat. Ramai mereka budak baik-baik, cuma naluri je tak normal."

    putera: saya faham dan saya pernah mengalami. sebaik mana pun hubungan orang 'straight' itu dengan kita, bila dia tahu kita 'gay' kita akan jadi hina pada pandangan matanya. betul kata hakimi, 'Mereka tidak memahami kita kerana bukan dunia mereka.'

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far aku still x pernah diketahui yg aku sbnrnya plu.. tp aku x dpt bayangkn mcm mana bila akhirnya org dapat tahu rahsia aku.. bersediakh aku utk menghadapinya?

      Delete
    2. lebih baik tidak ada yang tahu melainkan orang itu pemegang rahsia yang paling setia dan dia juga PLU..atau kalau hati kau betul2 kental..

      Delete
  3. betul tu... ada jugak kalangan gay yang berlatar belakang agama yang kuat.. 'mereka tak memahami kita'.... So true,,.. hanya orang yang ada naluri sebegini yang faham...

    orang straight memang akan sentiasa geli dengan golongan LGBT,tapi kadang-kadang agak kelakar bila mereka x geli pula untuk ber'zina' , bunuh anak haram... tapi x boleh salahkan mereka juga sebab kalau kita straight kita pun mungkin akan pandang hina kepada golongan sonsang jugak kan...

    aku sendiri pernah rasa geli dengan diri sendiri macam kau putera,tapi aku dah 'termasuk' pun dalam dunia ni.. aku rasa aku mungkin akan geli dengan diri sendiri sepanjang hayat aku sebab aku dah buat benda yang salah.. tapi ,.. selagi ada masa selagi tu kita ada peluang tuk berubah!Ganbatte!! Hahak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi aku normal or 'abnormal' sama je... klu brzina, yg normal dgn prempuan tp yg plu dgn jantan... semuanya sama.. just dilakukan pd org yg brbeza..

      Delete
  4. :)

    dulu aku pun konpius....a very confused mature guy...

    ReplyDelete
  5. Ye..aku setuju...But now, aku ada kawan str8 (sorang je) yg still boley terima aku even dia tahu aku gay..Dan dia wartawan kt Kosmo.. dia tahu semua rasia aku.. entah la.. aku selesa bercerita dengan dia.. harap2 dia x masukan kisah aku dalam Kosmo sudah.. mau aku serang bg tendangan maut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung lh klu kwn ko dapat trima ko.. tp memang susah nk cari kwn mcm tu.. penerimaan dr kwn satu hal.. tapi mcm mana pula dgn family? dpt kh mereka trima?

      Delete
  6. sejujurnya i tak pernah terfikir pun akan hal nih tapi ada betulnya jugak...gay dan babi kedua2 haram dan dipandang jijik oleh org2 Islam..tapi tuhan kan maha adil dan penyayang, i percaya dia takkan jugde kita base on our orientataion..yg menjijikkan adalah "perbuatan" itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah memang sntiasa adil.. tp 'pengadilan' manusia amat brbeza skali... manusia xkn lepas dr sikap bias..

      Delete
  7. klu kita fikir mmg ad btol nyer...tp bg aku la xsmua org str8 bila tau kita gay or bisex dorg akn geli atau pndang hina...hnya segelintir (bole kira dgn jari) yg bajet str8 sgt2 yg merasa jijik n geli klu tau kita gay atau bisex..aku rsa hnya org yg btol2 brpikir matang n positif yg dpt kwn dgn kita..

    (tp jgn silap bkn nyer aku suka sap2 gay or bisex..pandangan jijik trhdp golongan gay n bisex)..

    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. brgantung pd tempat lh.. klu d Barat mungkin bg mereka hal mcm ni xlah serius sgt.. tp bg masyarakat muslim kita ada culture brbeza.. tp aku still prcaya klu aku umumkn pd kwn2 aku yg aku ni plu, 9/10 dr mereka konferm mempunyai tanggapan negatif trhadap aku..

      then mula nk 'brain wash' aku.. or myb kena pulau..

      Delete
    2. klu barat xyah ckp ar..mmg sna ok jr...aku mksd kn suasana masyarkat kita Malaysia Muslim..pasti ad org yg akn bawa ke pngkal jln... :)

      Delete
    3. kalau kawan kita tu stra8 dan berada pada jalan yang betul, dia pasti terima kita seadanya..mula2 memang dy x terima kita.tapi lama2 dy sedar yg kita juga manusia dan dia akan cuba bimbing kita..it happens to me..

      Delete
  8. kadang2 gologan str8 yg kononnnya seperti jijik dgn kita tu lah orang seperti kita jugak..pandai cover line..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwn aku yg aku target plu pun suka gak brkata buruk tentang plu.. XD

      Delete