Friday, 13 January 2012

Imam yang Gay




Sejujurnya, dalam setiap solatku, lebih daripada 80% aku akan memikirkan diri aku sebagai seorang PLU.. dengan peratusan ini kamu boleh tahu bertapa aku mengambil berat akan masalah yang menimpa diri aku sebagai seorang PLU.. dan kamu boleh tahu juga yang aku kadang-kadang tidak begitu kusyuk dalam setiap solat yang aku lakukan.. hampir di setiap sujud aku memikirkannya.. entah kenapa aku akan berfikir masalah PLU ni sewaktu melakukan solat, namun di waktu yang lain tidak pula begitu.. dan adakalanya aku seakan ingin mencakar diri aku sendiri ketika melakukan solat.. mungkin orang yang melihat berfikir yang aku cuma menggaru badan namun hakikatnya aku mencakar dan menggenggam kuat di bahagian dada ataupun buah pinggang.. dan kelakuan ini terjadi secara automatik.. aku mencakar diri aku ketika solat... (Nampak sangat solat tak kusyuk kan? Hehe)


 *     *     *


Hujung bulan November, 2011... aku baru je habis menduduki external exam... tamat pengajian.. menunggu masa untuk mengikuti kursus Bina Tatanegara, BTN..


Housemate: asyik aku je yang jadi imam.. aku ni sebenarnya teringin nak jadi makmum kau..
Aku: ish.. tak nak lah.. kau je jadi imam..
Housemate: alah.. sekali ni je.. lepas ni aku janji tak akan paksa kau.
Aku: tak nak lah.. aku serius ni.

Housemate: aku pun serius juga ni.. ni permintaan aku yang paling last.. lepas ni kita mungkin dah tak berjumpa dah..
Aku: tak nak lah.. jangan lah macam ni..
Housemate: kau ni kenapa sebenarnya? Kenapa kau menolak sangat bila disuruh jadi imam? Kau ada masalah ke?
Aku: tak de.. hmm.. sebab better kau jadi imam berbanding aku.
Housemate: kalau ada masalah, kau cakap je dengan aku..
Aku: tak de apa-apa..
Housemate: atau, kau mahu makmum pertama kau adalah isteri kau?
Aku: kau ni.. macam tu pula? cepat lah jadi imam.. dah lewat ni..
Housemate: aku tak akan jadi imam melainkan kau yang jadi imam.
Aku: alah.. jangan lah macam ni.. aku serius ni.. sampai pukul 12 malam pun aku tak akan jadi imam..
Housemate: okay.. kalau macam tu aku akan tunggu sampai pukul 12 malam.
Aku: (mendesak betul dia ni!) Kamil! Jangan lah macam ni...



Seriously, dia masih juga mendesak aku untuk menjadi imam.. dia masih menunggu.. dan aku pula masih berdiri bersandarkan dinding sambil menarik-narik rambut macam orang gila.. honestly, aku tak sangka aku berkelakuan sedemikian.. housemate aku tu memang mendesak aku untuk kali ni.. sebelum ni, dia pernah menyuruh aku untuk mengimami solat tapi aku mendesak dengan bersungguh-sungguh.. dalam post The Sin aku pernah bercerita hal ini.. (klik di sini ).. tapi pada malam tu dia memang betul-betul serius mahu aku jadi imam.. dan aku pula seperti biasa akan menolak sekeras-kerasnya.. apabila dua orang yang degil bertemu, dia dengan kemahuannya meminta aku jadi imam, dan aku pula sebaliknya.. masing-masing tidak mahu mengalah..

Jam telah menunjukkan pukul 12 tengah malam.. solat isyak masih juga tidak dilakukan.. aku dan housemate aku masih lagi berkurung di bilik aku.. masing-masing tidak mahu mengalah.. sehinggalah housemate aku membuka pintu bilik aku kerana kepanasan, peluang ini aku gunakan untuk terus berlari keluar rumah meninggalkan housemate bersendirian.. akhirnya, aku terlepas daripada paksaan ini..






Pelik? Ya, memang pelik! Aku kadang-kadang berpelakuan pelik.. dan sikap pelik ini membuatkan seorang housemate aku berasa curiga dengan aku.

“kenapa aku tidak mahu menjadi imam?”

Aku cuma rasa yang aku tidak layak.. ia adalah berkaitan dengan masalah aku sebagai seorang PLU.. sesuatu yang menghantui aku dan membuatkan aku berasa berdosa.. aku pernah mengatakan pada housemate aku itu bahawa takde sesiapa dalam rumah ni tahu yang aku ni sebenarnya orang ‘jahat’.. setiap hari aku melakukan dosa.. dan dari hari ke hari, aku menghampiri dosa..

Aku sendiri tidak faham dengan pendirian aku ini.. aku faham, perkara ini hanya akan merumit aku sahaja.. namun, aku cuma tidak tahu kenapa aku bertindak sedemikian..

“hai kawan yang alim... imam kau ni (aku) sebenarnya adalah seorang gay..”

Aku ingin tahu reaksi dia jika aku berkata sedemikian... bolehkah dia menerimanya? Mungkin juga dia akan menolaknya dengan sekeras-kerasnya.. dan yang pasti, pandangan kawan aku yang alim ini akan berubah dan melihat aku sebagai sesuatu yang berbeza.. ini adalah pasti!!

Mungkin, aku berfikir terlalu banyak...










Akhirnya, kira-kira pukul 2 pagi aku balik semula ke rumah setelah berkeliaran di sekitar perumahan, taman rekreasi, lebuh raya dan shopping mall tanpa arah tujuan..



11 comments:

  1. perkara yg sama berlaku...dats cabaran...peace! -boy-

    ReplyDelete
  2. emm..perkara sama pun berlaku kat aq.acap kali aq yg jd imam.aq dah cuba menolak, tp kerna mereka hanya mengenal aq yg lahiriah,maka bg mereka aq selayaknya jd imam..tp sama spt ko.aq jugak bingung memikirkan betapa berdosanya aq, mengimamkan mereka ini..tp niat aq baik.hal dosa itu, aq yg diperhitungkan oleh-Nya..tp hal solat, aq hanya mampu berdoa smoga Allah menerima solat tersebut kerna aq jua berdoa sehari2 agar aq juga keluar dari hidup penuh kelalaian ini..

    ReplyDelete
  3. kita terperangkap di dunia yang kita sendiri tidak inginkan... ia adalah sukar untuk menerima dan menyukai diri sendiri, dan kerana itu adakalanya kita fikir kita x bagus brbanding dengan orang lain.. aku rasa ini lah antara faktornya...

    ReplyDelete
  4. Aku sama seperti kalian...tetapi menggalas tugas sebagai imam dan khatib membaca khutbah untuk solat hari raya suatu kebiasaan bagi aku.kadang2 aku terfikir memang aku tidak selayaknya memikul tugas tersebut, tetapi disebabkan faktor persekitaran yang menyebabkan aku tidak mampu untuk mengelak. Untuk makluman, aku bukan lah ustaz atau ahli agama. Seorang insan yang sama seperti kalian.

    ReplyDelete
  5. Allah SWT yang ilih siapa yang akan jadi imam solat.... jika pada waktu itu kamu yang dipilih.... maka... hargailah pilihan itu kerana sesungguhnya... Allah sedang menyampaikan sesuatu kepada kamu... ^_^

    ReplyDelete
  6. aku jga seperti kamu...aku takut meninggalkan solat...tp solat aku tidak pernah sempurna...fikiran aku akan celaru mengenang nasib diriku sendiri...aku pernah cuba menafikan naluri songsang ini...tp apakan daya aku insan yg hina...biarpun mencuba aku tetap gagal...biarpun berdoa namu masih tiada jawapan...aku tidak pernah menyalahkan Allah...sesungguhnya Allah maha kaya dan maha mengetahui...tp aku akan terus berdoa agar Allah akan mematikan aku dalam keadaan aku layak menikmati syurga ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguh kita sudah diberitahu yang manusia dijadikan dalam keadaan lemah, dan kita perlu terus bersama Allah dan berdoa kepadaNya.

      Delete
  7. kamu semua tahu yg mana baik dan yg mna buruk.islam itu indah.tinggalkan yg buruk.akal yg ada harus berlandaskan dgn ajaran islam...banyakkan pergi ke majlis ilmu di masjid dan surau ..

    ReplyDelete
  8. Aku pn penah kena mcm ni,tp ak jd je imam.lps 2,kwn aku ckp,sah slt berimamkn imam yg gay.sial je ada kwn cmtu.

    ReplyDelete
  9. sedih. aq juga alami perkara yang sama. sedih. kenapa bende ni perlu berlaku kat diri aq. aq sedih. aq penat. knape perlu ade naluri hina ini. aq berusaha jauh dri semua ni. tapi naluri songsang tetap ade. sakit sgt. aq solat hari2. berjemaah di nasjid hari2. tapi knpe masih ade naluri hina ni. aq rase diri aq ni hina sngat. aq selalu berdoa. Ya Allah bila semua ni akan berakhir. aq penat. Aq x nk bende ni. Aq nak berubah. tapi asal naluri songsang ni tetap ada. sakit sangat. kadang2 aq benci dgn diri aq sendiri. kenapa kau jadi mcm ni? knpe ko zalimi diri ko sendri.

    ReplyDelete