Tuesday, 20 December 2011

Gay Muslim and Faith




Aku masih ingat lagi waktu pertama kali aku membuat account kat dalam PR, antara soalan yang pertama orang tanya pada aku daripada seorang atheist adalah, “kenapa awak masih percaya dengan Islam walaupun awak tahu Nabi Muhammad benci dengan orang-orang gay?”

“He hates gays..”

Satu soalan yang pada aku agak mengejutkan kerana ia adalah sesuatu yang tak pernah aku sangkakan.. pada masa yang sama, ia adalah satu soalan yang cukup menarik kerana membuatkan aku tersedar akan realiti kehidupan di dunia ini..

Dunia ini begitu rumit kerana banyak benda yang kita tidak tahu dan faham.. sama lah mengenai hakikat kenapa golongan gay ini wujud di dunia? Kenapa kita dilahirkan sebegini walaupun hakikatnya kita tidak meminta kita dilahirkan untuk menjadi seorang gay? Kemudiannya, orang sekitar mu mengatakan bahawa Tuhan membenci golongan seperti kamu.. dan menjadi lebih ironi lagi apabila kamu mempercayai dengan Tuhan, sedangkan begitu sukar untuk kita mencari pada mana-mana kitab suci yang mengatakan Tuhan ada memihak pada golongan gay ini..

“tunjukkan pada aku jika ada ayat dalam al-Quran ataupun hadis mengatakan Allah menyukai orang seperti kamu (homoseksual)” ayat seorang yang anti golongan LGBT yang aku terbaca dalam salah satu page dalam FB..

“hukuman bagi orang gay adalah MATI..”  kata seorang ulama arab yang aku dengar dalam sebuah video..

Di PR juga baru-baru ini aku terjumpa dengan seorang melayu yang meletakkan status agamanya sebagai seorang yang agnostic.. perbuatannya itu menarik perhatian aku kerana begitu sukar untuk menemukan seorang melayu yang berani meletakkan status agamanya sebagai seorang agnostic ataupun atheist secara terbuka..

Agnosticism tidaklah sama dengan atheist.. kalau ‘theist’ bermaksud orang yang mempecayai dengan agama dan kewujudan Tuhan manakala ‘atheist’ pula sebaliknya.. Agnosticism pula agak kompleks kerana kita tidak boleh nak mengklasifikasikan sama ada seseorang itu mempercayai akan kewujudan Tuhan ataupun tidak.. in short, aku katakana agnostic adalah orang yang tidak mempercayai Tuhan dan mempercayai Tuhan.. macam mana tu?

Aku beri satu contoh mengenai seorang pensyarah cina aku.. dia pernah mengatakan yang dia mempercayai akan hari kiamat.. dunia ini akan berakhir suatu hari nanti.. namun, dia tidak pasti sama ada dia patut percaya akan kewujudan Tuhan..

“saya tidak boleh melihat, menyentuh, merasa melalui hati akan kewujudan Tuhan..” itulah apa yang dia katakan..

Namun, dia sendiri tidak menolak akan kewujudan perkara-perkara ghaib di dunia ini seperti mana dia mempercayai akan hari kiamat.. dengan kata lain, dia tidak menolak jika kewujudan Tuhan itu adalah benar, namun dia cuma inginkan kepastian..

Agnosticism bagi aku adalah satu keadaan yang keliru mengenai kebenaran kewujudan Tuhan.. sama ada mempercayai ataupun tidak..

Jadi, kenapa aku bercerita mengenai agnosticism? Sejujurnya aku ingin mengatakan aku sendiri pernah menjadi seorang yang agnostic.. namun dalam kes aku pula boleh diklasifikasikan sebagai ‘theist agnosticism’ yang mana aku lebih menjurus kepada mempercayai kewujudan Tuhan..

Kenapa aku boleh menjadi seorang yang agnostic? Jawapannya adalah mudah, kerana aku seorang yang gay.. homoseksual dengan agama adalah sesuatu yang taboo..  begitu sukar untuk mencari apa-apa perkara yang positif mengenai homoseksual dalam mana-mana agama.. walau kita bertanya pada golongan yang pakar agama, mereka akan mengatakan banyak hal-hal negatif mengenai golongan yang gay..

“tunjukkan pada aku jika ada ayat dalam al-Quran ataupun hadis mengatakan Allah menyukai orang seperti kamu (homoseksual)”

“hukuman bagi orang gay adalah MATI..”

Aku menjadi seorang theist agnostic kerana aku tidak faham akan ketentuan-Nya.. popular culture mengatakan Tuhan itu membenci golongan gay ini.. ironinya, aku tetap mempercayai akan kewujudan-Nya.. namun, adakah Tuhan memang membenci aku? Aku tetap percaya Dia tetap menyayangi aku.. Cuma aku tidak faham akan ketentuan-Nya..

Kenapa aku tidak boleh mencintai orang yang aku cintai?

Kalau mencintai seorang lelaki biar diriku sendiri adalah seorang lelaki adalah satu dosa, aku harap Engkau akan mengampunkan diriku.. kerana aku akan menghampiri ‘dosa’ itu.. aku hanya tidak tahu apa yang Engkau inginkan..

Pernah kamu menonton cerita Immortal? Dalam cerita itu ada mengisahkan mengenai seorang raja yang telah hilang keimanannya akan kewujudan Tuhan kerana apa yang dia harapkan tidak pernah dimakbulkan oleh Tuhan.. dia berdoa kepada Tuhan agar menyelamatkan nyawa isterinya.. dia berdoa banyak benda namun tidak satu pun doanya dimakbulkan.. hinggalah pada satu ketika, dia telah hilang kepercayaan akan kewujudan Tuhan.. perperangan meletus akibat kejahatan yang dilakukan oleh raja tersebut.. banyak rakyat yang terkorban.. ibu kepada Hero dalam cerita itu sentiasa percaya Tuhan akan sentiasa ada di sisi orang-orang yang teraniaya.. dia tidak berhenti-henti berdoa kepada Tuhan untuk melindungi dirinya dan anaknya.. si ibu itu tetap percaya Tuhan akan menolongnya.. namun hakikatnya, di dalam cerita itu, si ibu akhirnya terbunuh..  sejak hari itu si hero pula hilang keimananya terhadap Tuhan.. kalau Tuhan wujud, kenapa Dia tidak mahu menyelamatkan ibunya? Walaupun ibunya ada keimanan yang kuat terhadap diri-Nya? Kenapa Tuhan tidak mahu menyelamatkan manusia daripada perperangan ini?

“aku hanya ingin manusia tetap percaya akan kewujudan aku.. hinggalah sampai saat itu (apabila Titan dilepaskan oleh si raja)” kata Zeus, Tuhan dalam cerita itu..

Bila kita melihat cerita ini, perkara yang ingin disampaikan adalah mengenai keimanan.. jangan sesekali hilang keimanan.. walaupun adakalanya benda yang berlaku di sekeliling kita seakan mengatakan apa yang kita percaya adalah ‘blind faith’ semata-mata.. sama lah seperti hal ini.. tidak kisah lah apa yang orang lain katakan, aku tetap yakin akan kewujudan-Nya..

Sama lah seperti gay dan agama.. mungkin kita lihat banyak benda negatif daripada agama mengenai orang-orang gay.. namun aku percaya seorang gay itu tidak lah negatif tapi cara hidup gay itu sendiri mempunyai banyak ‘hitamnya’.. adakah kamu setuju?  Aku sedar mengenai perkara ini namun bagaimana pula mengenai perasaan cinta?

Adakah kamu percaya Tuhan akan menghukum manusia hanya kerana mereka mencintai seseorang? Aku percaya Tuhan tidak begitu.. perasaan adalah sesuatu yang hadir secara sendirinya.. kita tidak boleh nak paksa diri untuk membenci seseorang malah juga mencintai orang..

Kamu boleh mengatakan Nabi Muhammad membenci orang-orang gay.. namun aku percaya apa yang Nabi kita benci itu bukan lah pada orangnya, namu pada sifat dan cara hidup gay itu sendiri..

“jangan membenci orangnya, namun benci pada kelakuan buruknya..” salah satu ungkapan ustaz aku yang tetap aku ingati..

Banyak benda yang berlaku di dunia ini yang kita tidak faham.. hal ini kerana limitasi minda kita yang tidak mampu menjangkau dan memahami ketentuan-Nya.. ianya adalah mengenai soal keimanan.. jangan sesekali hilang keimanan.. biarkan saja apa yang orang kata mengenai diri kita.. persoalannya, adakah mereka itu Tuhan untuk menghukum kita? Malah, mereka sendiri tidak tahu apa yang telah dirancang oleh Tuhan..



Don’t lose your faith...







#terlalu banyak orang-orang gay yang telah hilang keimanan.. ada yang terus tidak mempercayai akan kewujudan Tuhan dan ada juga yang murtad dan memeluk agama lain.. kita sendiri tahu bertapa taboonya gay dalam mana-mana agama sekali pun.. namun, bagi yang memeluk agama lain, sekurang-kurangnya mereka tetap percaya akan Tuhan.. tidak ada yang rugi jika kamu mati dalam keimanan mempercayai Tuhan..

#aku menjadi seorang theist agnostic hanya untuk beberapa tempoh.. bagi aku ianya bukanlah perkara yang memalukan kerana apabila seseorang menjadi agnostic, bagi aku ia menunjukkan orang itu memikirkan tentang Tuhan.. tapi ianya hanya untuk beberapa tempoh yang agak singkat ketika aku masih tertanya-tanya mengenai diri aku, tertanya-tanya mengenai kehendak Allah.. but, until now, i'm still a muslim..

#menjadi seorang gay dan seorang muslim hakikatnya adalah begitu sukar.. kita tidak boleh menafikan perkara ini.. but, if you chose to be a muslim, jadi tunjukkan lah dirimu sebagai seorang muslim.. 

22 comments:

  1. kamu,minta maaf kalo bertanyer,tapi knape kamu memilih utk menjadi gay?perasaan cinta itu terbahagi kepada 3,cinta kerana nafsu,cinta kerana syaitan dan yang paling mulia cinta kerana Allah s.w.t...kamu mempercayai Allah alhamdulillah masih ader lagi keimanan di hati kamu..tapi kenapa kamu menyakiti cinta yang abadi dengan mencari cinta yang palsu?mengenai cerita kamu tentang seorang raja dan hero yang kehilangan ibunya kerana menjadi mangsa korban,kamo benar tentang 'dun lose faith'..tapi kamu terlupakah tentang erti syukur?manusia sering meminta dan meminta tanpa penat lelah mengharap dan terus mengharap,tapi berapa banyakkah nikmat yang Allah beri kita dustakan..kamu tahu setiap sesuatu di jadikan ada tujuannya..tiaada satu pun adalah sia2..dan kita di jadikan atas 2 tujuan,beribadah dan menjadi khalifah..bagaimana seseorang itu meletakkan dirinya sebagai muslim sedang dia melakukan satu dosa yang besar..maaf jika hati kamo terusik..cuma ak bnr2 confius dgn corak pemikiran kamu..kamu adalah seorang lelaki..yakinlah bahawa pasti ada seorang wanita yang terbaik utk kamu..dont lose ur faith..yakin yg setiap satu pasti ader tujuannya..have patience..berusahalah utk mendalami ilmu agamamu dengan hati..semoga kamo istiqamah dlm usahamu..kamu adalah islam maka kamu adalah saudaraku..yakinlah Allah bersamamu..innaAllah maa'na..dan aku pasti kamu menyayangi Allah dan Rasululluh,maka ikutilah Al-Quran dan as sunnah..maaf kalo aku sakitkan hati kamo..tapi 'sampaikan pesananku walaupun satu ayat'sabda Rasulullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. im sorry to interrupt. u cant say that as ur not in our place. u dont know how we feel. being a gay isnt a choice. it comes naturally, lika a man loves a woman. being gay means to be attracted to those of the same sex. cinta kaum sejenis sje x slh, even para shbt sgt mncintai nbi lbh dr wife n their fmily. yg slh tu practice homosexuality. perasaan yg ktowg ade ni is a test of faith from Allah the Almighty. He wants to see if we could fight the temptation. Dia uji hmba Nya dgn mcm2 care. gay yg kuat iman n x pnah buat mcm kaum nbi Luth AS buat, x bdose n lps ngn ujian yg Allah bg. org yg pass ujian mse kt dunia akn ringan ujian at akhirat nti. the same applies, kalo org pkse ko ske pmpuan yg ko xde perasaan kt die, msti ko x leh kn? bcos perasaan cinta n syg dtg dgn sndiri. even die pmpuan tp ko still x ske die. sme mcm gay. perasaan ske kt pmpuan tu xde. kalo jd gay is a choice, no one would choose to be gay even the gays themselves. kalo da ske pmpuan buat ape nk ske laki, xleh kawen pun, n prbuatan tu pun dose. xde spe at dunie ni nk plih bnde yg x sptotnye buat. ade jgak gay yg remain celibate bcos die twu prbuatan tu haram. sme jgak laki cinta pmpuan x dose tp brzina dgn pmpuan yg bdose. dlm AQ Allah forbid prbuatan kaum nbi Lut bkn org yg cinta kaum sejenis. org normal memg pndai ckp tp dowg tatau ape yg ktowg rase. ko kne phm gay n practice homosexuality. my advice to gays out there keep trying your best to stay on the right path, Allah will never leave your side. be a good gay muslim. check out this site.. http://www.missionislam.com/knowledge/homosexuality.htm
      http://www.islamawareness.net/Homosexuality/homo.html
      http://muslimvillage.com/2011/07/02/tackling-homosexual-feelings-an-islamic-perspective/

      -a good gay muslim

      Delete
  2. Putera,
    Aku baru baca artikel ko pasal gay muslim ni. Aku rasa pemikiran kau masa kau tulis artikel ni mungkin berbeza dengan pemikiran kau sekarang. Cuma aku agak 'takut' bila ko kata kau adalah theist agnostic pada ketika itu. Aku rasa amatlah tidak wajar kau keluarkan statement tu sebab ia menggambarkan akidah kita. Setiap orang Islam mesti hafal surah Al-Ikhlas kan. Surah ni pendek je tapi membaca 3x surah ni seumpama kita khatam Al-Quran (hadis nabi). Surah ni tidak langsung membincangkan tentang sikap ihklas walaupun surah ini namanya surah Al-Ikhlas (pelik bukan). Ini kerana dalam bahasa Arab Ikhlas tu bermaksud sari pati/ 'core'/ teras. Ia menceritakan Allah itu ada, Allah itu Esa, Allah itu tiada anak (rujuk maksud surah utk lebih penerangan). Bila kita muslim wajib kita percaya kewujudan Allah 100%. Tak boleh 99.9%/90%/80%/50%.Ini soal akidah, bukan soal main-main. Persoalan ni antara Islam vs Kafir, Syurga Vs Neraka. Aku bukan nak menghukum sesiapa sebab kadang-kadang iman kita naik turun. Kadang-kadang kita kuat, kadang kadang kita lemah. Daripada artikel lepas yang engkau tulis (aku tak baca semua lg), aku dapat bayangkan engkau seorang yg teguh agama dan tak tinggal solat. Tapi, komen aku mungkin tersilap sebab tak faham apa maksud sebenar yg kau tulis.

    ReplyDelete
  3. Kalau ko x gay ko x akan pikir hal2 yg akan mengelirukan mcm ni. Ok back to basic. Islam haramkan gay. Disbbkan ko gay ko nk cari salah islam knp x halalkan.gay. Ko nmpk trafik light merah tp ko jln jugak mmg la kena langgar. Simple. Jgn kusut2kan kepala pikir benda2 yg mmg xboleh. Syaitan mmg suka menyesatkan org2 spt kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My simple word... Nampak sgt x membaca...

      Delete
    2. for your information not you putera .. for all yg ckp gay adlh satu pilihan .. tidak gay bukan pilihan .. kalau kami diberi pilihan kami akan memilih .. kami hanya boleh memilih cara hidup kami ke arah negatif or positif .. seriez .. walaupun aku gay(actually aq xsuke nk ckp aq gay) aku ttp percayakan Allah .. tdk semua perkara yg Dia suka akan diberitahu tapi ingat dlm al quran ada ayat yg mnyatakan yg 'JIHAD PLG BESAR IALAH JIHAD MELAWAN NAFSU' bg aku ayat ni sbenarnye sngt kena dgn org macm aku sbb walaupun yg normal fikir kata-kata ni utk dieorg tapi ingat yg normal masih boleh kahwin ,masih boleh melepaskan nafsu .. tapi kami ??? hmm

      Delete
  4. ive definitely been there myself. i always knew i was gay right from as early as childhood. i didnt know it was homo feeling, what i knew was that i was attracted to boys not girls. i did try to like girls but it didnt work out. i always ask myself why Allah put "opposite attraction" into a persons heart? its something i was born with. ive never had any sort of attraction towards girls. the only feeling that i feel for girls is of a friendly affection, nothing more and nothing less.i feel theres small chance i could fall for a girl someday. Alhamdulillah, up to now, ive never has sexual relationship with any boys. the homo lifestyle is destructive. i dont wanna follow sinful lifestyle. im not willing to sin bcos of the pleasure and benefits it gives me. weve to struggle against homosexuality for the sake of Allah. i wanna be a good gay muslim. may Allah the Merciful save us all from the punishment of the hell fire, ameen~

    ReplyDelete
    Replies
    1. May Allah swt protect and bless u always. Why can't all gays think the way u do?

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Just my 2 cents opinion :

    For me, bukanlah satu dosa sekiranya memiliki perasaan atau naluri gay. Tapi adalah menjadi satu dosa yg besar sekiranya kamu mengamalkannya. Maka akan menjadi jihad terhadap diri kamu sendiri untuk mengawal perasaan ini daripada ia mendorong kamu mengamalkannya... & itu yang amat susah dilakukan.

    Anyway we shall try and push ourselves to be good muslim..

    ReplyDelete
  7. aku plu, tpi aq nk berubah.. tpi perassan aq still pda lelaki.. kadang2 aq terpkir , aq ade 5 adek-beradek.. kenape aq, knape aq kene berubah..???, aq minx ke.., knape aq kne lalui sume nih...??? aq tau ini ade kene mengene dgn keturunan aq, tpi aq x tau... sbb aq jdi gay secare semula jdi, bukannye kene liwat..

    ReplyDelete
  8. Setiap orang ada dugaan nya masing2. Kalau kamu tidak boleh mencintai pasangan oposite then pilih jalan mencintai allah bermakna kamu stay single and stay being a UNICORN. XD (no ini bukan lawak ok!)

    Saya cantik, straight tapi punya kekurangan. Saya cacat dan punca mengapa saya masih single walau umur hampir suku abad kerana sesungguhnya manusia hanya pandang pada luaran sahaja. Saya terima hakikat itu. Tak pernah sekali pun saya menyalahkan allah. Syukur, setiap kali saya buka mata setelah mati beberapa jam "Ya allah syukur alhamdulillah aku masih hidup!"

    Masih banyak nikmat dunia yang saya boleh terokai kecuali cinta dari seorang lelaki. So kamu masih berpikir diri kamu terlalu malang? think again!


    ReplyDelete
  9. why on earth i been reading this in the middle of night? please dear author, Allah sedang menguji kamu. kita semua diuji. Sama ada kamu terus hanyut dengan nafsu atau berfikir dengan landasan agama kamu iaitu, Islam, you are a good muslim i am sure of that. Dan seorang muslim yang baik melakukan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala larangannya. practice with that. Semoga kamu kuat hadapi ujian Allah ini.

    ReplyDelete
  10. Honestly... sya x nk menghukum mane2 pihak.. but... selepas membaca statement ni... i`ve thought something... that... i didnt know about it....what is the real meaning of gay... some of their comment says that "x salah jadi gay.... yg salah tu cara hidup gay" then some of them make a declaration bg Title "gay Muslims"..Muslims Doesnt have GAYs.. what is that... what is GAY actually??? can someone make me understand ?? stahu saya... kpd manusia hnya layak kita beri kasih sayang... and not CINTA... no one ever deserve to get CINTA... even our parent... CINTA is not for anyone... and please... pray for changes is the best for all.. Wallahu`alam....

    ReplyDelete
  11. Aku tertarik dengan perempuan dan lelaki. Aku seorang muslim. Aku pilih allah s.w.t. Aku doakan saudara yang terbaik. Jangan berputus asa. Jaga diri. Bey.

    ReplyDelete
  12. dalami ilmu agama lebih lagi, jgn ikut nafsu

    ReplyDelete
  13. Aku dulu mampu jaga, tpi skarang, aku da lain. Aku da x dapat tahan. Aku da terjebak. Mula2 rasa besalah jugak. Lama2 da biasa. Aku tahu hidup aku seolah2 da hancur, tapi aku puas setiap kali lepas main. Dan aku rasa nak dan nak lagi. Terima kasih pada kaum wanita yang suka game lelaki yg setia mrncari cinta. Kerana apabila lelaki2 ini terlalu kesal dan benci. Mereka akan mencari cinta dari teman sejenis. Ternyata, berbaloi , mereka tidak mengharap untuk kahwin atau apa pun, sekadar secicip kasih sayang yg tidak pernah mereka peroleh sebelum ini. Khairunnas anfa ahum binnas. Orang yang baik adalah orang yang memberi manfaat kepada org lain. Cuma bercanggah dgn ayat, waja alnakum azwaja. Dan Kami jadikan kamu berpasang pasangan. Kesian. Jadilah kami di kalangan org yg rugi tiada anak lagi tiada tempat di sisi Tuhan. Dulu aku cinta Allah dan Rasul tp skarang aku da hanyut dalam arus deras cinta terlarang. Nak main jom la datang dekat senai, area saleng. Main ringan2 sampai main berat2 haha. Mula2 ase sakit, lama2 sedap gila, kena point, check anal masturbation. Ada spot yg lelaki x tahu, bila kena point tu, memang menggelitat xD

    ReplyDelete
  14. Salam... Bukan niat aku nak menunjuk atau buat prangai x malu dgn mngatakan aku PLU.. Tapi tuhan jer tahu keperitan kesedihan hidup sebagai PLU.. Kesunyian.. Penuh lakonan.. N rasa rendah diri membuatkan hidup ni x seindah kehidupan org lain.. Dosa n ketakutan atas ape yg kita lalui sering kali merundum jiwa.. Syukur walaupun sudah berusia 26 tahun hidup aku.. Tp aku tetap berusaha untuk cuba memperbaiki dan berharap aku akn kembali ke pangkal jln.. Dan aku berharap cabaran mendatang x akan melemahkan aku utk menjadi yg lebih baik...

    ReplyDelete
  15. Aku tak gay, straight guy..selalu joking pasal gay tapi aku tak benci gay, asalkan jangan rogol laki straight dah la (it's a joke but seriously, don't!), bagi aku, aku tak boleh judge korang sebab aku tak dilahirkan dengan naluri suka lelaki, and i don't even know how you think or feel. Aku tak kisah pun kalau kawan aku gay, aku secretly tau yang ada family member aku yang gay tapi aku buat bodoh je, lantaklah tu hidup dia..aku simpati yang korang selalu dipandang serong masyarakat tapi ada sesuatu yang kita tak boleh elak dalam hidup ni..be strong..aku tak cakap aku support hubungan sejenis tp i'm more like.."gay or not, well whatever"..if boleh layan arus masyarakat, layankan je. Sama mcm religion, ada orang yang atheist tp kena pandai2 adapt society environment la..opinion kdg2 baik simpan sendiri tgk keadaan. Tp aku rasa penggunaan word 'gay' tu bg aku hnye untuk bnda2 yg kdg2 tak gay pun, more kpade lame..sorry kalo trase offensive dgn komen aku ni..just 5 cent opinion and aku tal reti elaborate something politely

    ReplyDelete
  16. Hi. I'm a plu. Hidup sebagai seorang plu mmg cukup terseksa n very much lonely. Xde sesiapa akan faham betapa peritnya untuk fake diri sendiri bile berdepan dengan kawan-kawan and saudara mara. WE HAVE TO TELL LIES ABOUT OURSELVES JUST TO BE ACCEPTED BY THE PUBLIC.

    ReplyDelete