Saturday, 14 April 2012

Gay and 1% to Love





dia kata dia seorang PLU.. hatinya hanya akan tertarik kepada lelaki sahaja.. tapi dia tetap menipu perasaannya.. dia cuba bercinta dengan seorang perempuan.. Nora, itulah nama kekasih hatinya..

aku katakan kepadanya, kau sedang buat kerja gila.. kau cuba untuk menipu diri sendiri, menyeksa perasaan hati sendiri.. bagaimana kau ingin bercinta dengan insan yang tidak mungkin kau dapat lafazkan perkataan 'cinta' dengan seikhlasnya? kau menyeksa diri sendiri.. dan lebih pedih lagi kau menyeksa perasaan Nora sebenarnya..

aku fikir dia sedang buat kerja gila.. Haris, pilihan kau memang sukar.. kau sedang memilih satu jalan yang begitu banyak cabaran.. cuba mencintai insan yang mungkin tidak dapat kau cintai.. aku tidak pernah mendengar cerita seorang PLU yang gay dapat mencintai seorang perempuan.. adakah kau mampu buat begitu?

"Nora sayangkan aku.. dia cinta aku, dan aku dapat rasakan dia betul-betul ada perasaan tu pada aku..."
kata Haris..

"tapi, aku nak tanya lah, kalau sekali pun Nora cintakan kau, tapi bolehkah kau membalas perasaanya? kawan, soal perasaan ni bukan main-main.. aku tahu siapa kau.. kau seperti buat kerja gila.. banyak je orang PLU yang gay cuba untuk bercinta dengan perempuan.. ada yang sampai berkahwin.. hasrat kata ingin berubah.. tapi akhirnya mereka tetap tidak dapat menipu diri sendiri.. dan yang menjadi mangsanya adalah perempuan yang cuba mereka cintai tu.. kau ingin jadi macam tu? kau sedang menyeksa Nora sebenarnya.."

Haris terdiam.. dia tahu apa yang aku maksudkan.. dia tahu kebenaran peringatan yang aku berikan.. memang sukar jalan yang dipilihnya.. ia bukan sahaja melibatkan dirinya, namun akan memberi kesan kepada diri Nora... untuk seketika, Haris cuba untuk berfikir panjang...

"aku percaya adalah mustahil untuk seorang gay untuk mencintai seorang perempuan.. aku katakan 99% adalah mustahil untuk ia berlaku.. tapi, masih ada 1% peluang aku untuk berjaya mencintai Nora.." kata Haris.

"kau tahu pun.. 99% adalah angka yang sangat besar.. kemungkinan untuk kau 'tewas' adalah sangat besar sekali.. aku katakan lagi, kau sedang buat kerja gila, Haris.. tiada sesiapa yang berani menanggung risiko 99% kegagalan.. aku bukan cuba untuk menghasut kau untuk tidak mencintai perempuan.. dan aku tidak pula kata yang kau patut mencintai seorang lelaki.. tapi, aku takut yang kau akan buat satu kesilapan besar.. Haris, kau betul-betul tetap dengan pendirian kau sekarang ni? mencuba 1% untuk mencintai Nora?"

Haris terdiam.. dia berfikir panjang semula.. cuba mempertimbangkan pilihannya.. untuk tempoh tiga minit kemudian, tiba-tiba Haris tersenyum kecil.. 

"hehe.. kau benar, kawan... mungkin aku gila sebab cuba untuk memilih jalan ni.. tapi kebanyakkan orang terlalu takut untuk mencuba.. di dunia ni terlalu banyak kemungkinan yang akan berlaku.. walaupun 1% kejayaan, tapi ia masih lagi menunjukkan yang aku ada peluang.. tidak ada yang 100% di dunia ni.. 100% kejayaan mahu pun kegagalan.. kebanyakkan orang PLU telah menerima diri mereka PLU 100%.. dan kerana itu, mereka terlalu takut untuk mencuba.. dan mereka pilih 99% daripada 1% yang mustahil untuk berlaku.. tapi aku tidak seperti mereka.. aku akan ambil risiko 99% tu kerana aku percaya tidak ada yang mustahil untuk berlaku.. one piece at a time.. aku tidak akan berhenti mencuba.. dan aku percaya Allah akan menunjukkan jalan terbaik untuk aku.. mungkin 1% tu adalah jalan terbaik untuk aku... dan aku akan tetap kejar 1% itu.. one percent to love you, Nora..."








#setiap orang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian mereka tersendiri.. begitu lah juga dengan Haris.. dia berani memcuba 1% kejayaan.. dia mempunyai azam yang sangat tinggi.. keyakinannya amat mengagumkan biarpun dia tahu ada 99% kegagalan yang menanti.. one piece at a time, dia cuba untuk melakukan sesuatu yang mustahil.. mungkin aku patut katakan 'sesuatu yang orang anggap mustahil'.. kalau lah kemungkinan untuk berjaya adalah 0.001% sekali pun, dia tetap berani mencuba menanggung risiko 99.999% kegagalan.. hakikatnya, tidak ada kemungkinan yang 100% untuk setiap masalah yang dihadapi.. begitu lah juga dengan mencintai seorang wanita.. 


satu peratus untuk mencintai...


#hakikatnya, aku sendiri pun masih tidak bersedia untuk menanggung 99%  kegagalan.. XD

2 comments: