Monday, 4 June 2012

Unspeakable Love -Part 2-






Part 2 : The First Rule

aku tengah duduk di meja belajar sambil memandang keadaan di luar melalui tingkap. hujan turun agak lebat hari ini membataskan banyak akiviti yang boleh dilakukan. hari ini hari Sabtu. kebiasaanya pada saat ini aku akan mengabiskan masa dengan merayau-rayau di kota raya.. tidak ada tujuan yang tertentu selain aku suka memerhatikan gelagat pelbagai manusia. tapi hari ini aku hanya berkurung di dalam bilik.

jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Shahir masih lagi terlena di katilnya tidak memakai baju.. sejujurnya aku katakan yang aku kurang selesa dengan keadaan ini.. orang seperti aku boleh teruji imannya.. lebih-lebih lagi jika yang dilihat itu mempunyai tubuh yang ideal.. pada awal pagi pula kebiasaanya Shahir akan keluar berjogging .. lebih-lebih lagi pada pagi Sabtu ataupun Ahad. jadi, tidak hairan lah kalau bentuk tubuh badannya agak menarik.. tapi, mungkin kerana cuaca pada hari ini tidak begitu ceria, jadi dia lebih suka untuk terus tidur sahaja. lagipun, semalam dia tidur lewat kerana cuba menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.. tidak hairan lah kalau saat ini dia masih terlena.

aku terfikirkan hal yang dibincangkan di antara aku dan lelaki yang aku baru kenal di Planet Romeo semalam.. Saiful, lelaki dari PR itu bertanya banyak soalan mengenai hal diri aku.. banyak di antara soalan itu yang menyentuh hal peribadi aku.. kadang-kadang ia membuatkan aku berasa sedikit bimbang, kerana banyak informasi tentang diri aku dikongsikan dengannya. tapi, kenapa aku harus bimbang? bukankah dirinya sama seperti aku? kami adalah serupa, lelaki yang boleh jatuh cinta pada seorang lelaki.. tambahan pula, dia hanya lah orang yang agak asing dalam hidup aku, bukannya siapa-siapa, sama ada saudara mara aku ataupun kenalan aku.. mungkin aku takut yang rahsia aku akan diceritakannya pada orang lain, tapi aku percaya dengannya.. dalam kehidupan dunia 'orang macam kita', semuanya bergantung pada kepercayaan antara satu sama lain.. kamu tahu diri aku begini, begitu juga dengan aku tahu tentang rahsia diri kamu..

aku memandang Shahir yang sedang tidur itu.. ada satu satu soalan yang ditanyakan oleh Saiful membuatkan aku berfikir tentang diri aku dengan teman sebilik aku itu. soalan daripada Saiful membuatkan aku sedikit teragak-agak mengenai perasaan yang aku simpan selama ini.. tapi, dalam masa yang sama aku berharap yang semuanya tidaklah jadi begitu.. namun, memang betul kah apa yang aku pendam ini? adakah aku betul-betul percaya dengan perasaan ini?

Shahir, kau membuatkan aku teringat akan Ihsan...

tiba-tiba kesedihan mula aku rasakan dalam diri aku. nostalgia lama mula bermain difikiran mengingatkan saat-saat manis ketika aku masih lagi bersama Ihsan tiga tahun dahulu.. aku masih boleh merasakan sentuhan Ihsan pada bahu aku di saat dia berbicara mengenai realiti kehidupan ini. Ihsan akan sentiasa memandang tepat pada mata aku ketika dia mahu berbicara.. aku pula hanya akan membalas pandangan matanya itu.. renungan tajam dan kata-katanya sering kali membuatkan aku terdiam, memasang telinga mendengar apa yang dia mahu katakan.

"semua orang mempunyai perasaan untuk mencintai orang lain.. ianya adalah fitrah.. tapi adakalanya dunia ini berlaku tidak seperti yang kita harapkan, di mana ada yang patut berhenti untuk terus mencintai.. ini lah hakikat yang telah ditakdirkan untuk kita.. jika Dia membenarkannya, pada saat ini, kau lah kekasih aku..."

Ihsan adalah lelaki pertama yang telah membuatkan aku jatuh hati dengan seorang manusia.. dia agak berbeza dengan orang lain, termasuk juga dengan diri aku.. mungkin aku patut katakan pada saat akhir aku masih bersama dengannya, dia mula berubah.. dia mula berbicara mengenai banyak benda tentang hubungan aku dan dia.. persepsi dia mengenai golongan seperti kami berdua mula berbeza.. dulu, kami berdua begitu mesra.. banyak hari-hari yang kami lalui dikongsikan bersama.. setiap hari begitu indah.. tapi sehinggalah di satu saat dia mula serius mengenai kehidupannya.. dan, mulai detik itu, aku katakan hari-hari kami mula dingin, namun kami masih lagi bersama.. cuma dia mula kerap termenung memikirkan tentang sesuatu yang aku sendiri tidak fahami..

pada saat ini, aku mula teringatkan Ihsan.. aku semakin rindu dengannya.. aku ingin berada disampingnya.. tapi, semuanya sudah berlalu.. kita tidak akan selamanya dengan seseorang.. perpisahan tetap akan berlaku.. walaupun perit, tapi aku pendam sahaja..

hujan masih lagi berterusan turun di pagi hari ini.. aku tidak tahu pada pukul berapa ia akan berhenti.. sudah dua jam hujan berterusan namun masih tidak juga menunjukan tanda untuk berhenti.. suhu terasa sejuk.. aku terasa ingin berselimut dan tidur sahaja pada hari ini.. tapi, jam sekarang sudah menunjukkan pukul 11 lebih.. aku masih belum berkemas, mandi membersihkan diri.. tapi, tidak kah aku akan terasa lebih sejuk jika mandi pada saat ini? mungkin aku patut tangguhkan sahaja kerana aku tidak sanggup untuk menahan kesejukkan. jadi, apa yang aku patut lakukan?

aku mula termenung.. hari ini agak membosankan.. hujan yang turun membataskan banyak aktivi yang boleh aku lakukan.. sepatutnya hari ini aku patut pergi ke kota raya untuk membeli beberapa peralatan untuk keperluan pelajaran aku.. dakwat pen teknikal aku sudah mahu habis dan aku juga perlu membeli gam PVA yang baru untuk model bangunan aku.. kedai yang menjual peralatan itu di universiti ini harga agak mahal.. tambahan pula, kualiti tidak begitu bagus.. 

tiba-tiba pintu bilik aku diketuk.. aku lantas berdiri lalu menuju ke pintu bilik untuk melihat siapakah orang yang mengetuk pintu tadi. Amir, kawan sekuliah aku berdiri di luar bilik sambil tersenyum..

"Fahri, aku nak minta tolong sikit lah.. boleh tak kau ke bilik sekejap.. ada hal yang aku nak minta kau tunjuk ajar kat aku.." kata Amir.

"Hmm.. hal apa ye? sekarang ke nak pergi? aku tak mandi lagi lah.."

"Ye, sekarang lah.. tu pasal datang bilik kau.. tak payah lah mandi dulu.. aku pun sebenarnya still tak mandi gak.. hujan-hujan macam ni memang sejuk.."

"okay.. tapi kau pergi dulu.. nanti sekejap nanti aku ikut kau.. aku nak cuci muka dulu.. baru bangun tidur sebenarnya.."

"tak ada hal.. okay.. aku tunggu kau di bilik aku.."

Amir berlalu pergi.. aku pula mula bersiap ke bilik mandi sambil membawa pencuci muka dan berus gigi.. hari ini memang betul-betul sejuk.. apabila aku melangkah masuk ke bilik mandi, aku terus mengigil.. lebih-lebih lagi apabila kaki aku terkena air.. bahagian kaki memang begitu sensitif dengan suhu.. aku tidak tahan.. dalam tempoh lima minit, aku terus balik semula ke dalam bilik.

sempat aku menjeling ke arah Shahir yang sedang tidur itu.. Shahir tidur dengan lena tanpa berselimut.. aku tertanya-tanya juga adakah dia tidak merasa sejuk pada saat ini? kebiasaanya dia memang tidur tanpa berselimut tapi dengan melihat cara dia tidur aku tahu dia sedang kesejukkan. jadi, apakah yang patut aku lakukan? 

aku terpandang selimut yang berada kakinya yang masih lagi berlipat kemas.. di minda aku terfikir untuk mengambil selimut itu lalu menyelimuti Shahir daripada kesejukkan.. ya.. aku patut melakukan begitu.. tidak pasal-pasal nanti Shahir terkena selesma.. tapi apabila aku cuba menyelimuti Shahir dengan selimunya, tangan aku tersentuh bahagian badannya.. ada sesuatu yang aku rasa tentang Shahir.. sesuatu yang tidak kena.. sentuhan itu terasa panas.. lalu aku meletakkan telapak tangan aku di dahinya untuk memastikannya..

"Ya Allah.. Kau deman, Shahir?"

seperti yang aku jangkakan.. dahi Shahir terasa gak panas.. teman sebilik aku ini telah jatuh sakit.. patutlah aku tengok dia nampak tidak bermaya.. rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.. 

aku berasa bimbang.. cuba aku kejutkan Shahir daripada tidurnya.. tubuhnya agak lemah dan panas.. dia betul-betul tidak bermaya..

"Shahir.. bangun.. kau tak apa-apa ke?" 

Shahir masih juga tidak terjaga daripada tidur. biarpun aku menolak tubuhnya berkali-kali tapi dia terus begitu, terbaring di atas katil.. 

aku perlukan sesuatu.. Shahir perlu dirawat segera.. perlu di bawa ke klinik dengan segera.. tapi.. aku tidak ada kereta.. nak pinjam kereta orang lain? tapi siapa kah yang masih ada di kolej kediaman ini? tambahan pula hujung minggu macam hari ini kebanyakkan pelajar akan bermalam di luar.. kecuali lah sesetengah pelajar yang tidak punya sesiapa di kota raya ini.. tidak ada keluarga ataupun saudara-mara yang tinggal berhampiran.. 

klinik universiti? tapi sekarang tengah hujan..macam mana aku hendak meredah hujan lebat begini? lagipun aku tidak memiliki payung dan jarak dari kolej kediaman aku ke klinik universiti agak jauh.. 

aku berfikir seketika.. mungkin ada cara lain yang aku masih tidak terfikir.. oh ya! aku patut menelefon seseorang untuk meminta bantuan.. tiba-tiba aku teringat akan Kamil.. dia memiliki kereta.. aku tahu semalam dia balik ke rumah dia tapi jarak rumah dia dengan universiti ini tidak lah begitu jauh.. mungkin dia boleh tolong.. tapi.. dia ada kat rumah dia ke sekarang ini? mungkin juga dia berada di tempat lain.. hmm.. macam mana ye? tapi.. tak salah jika aku cuba telefon dia dulu..

aku pergi ke meja belajar aku untuk mengambil telefon bimbit aku.. cuba aku menelefon Kamil tapi tidak diangkat.. aku telefon sekali lagi, namun masih sama juga.. pangilan telefon aku tidak dijawab.. aku semakin gusar.. aku semakin bimbang dengan keadaan Shahir.. dia perlu dirawat dengan segera.. yang aku perlukan sekarang ini sekurang-kurangnya ubat yang boleh mengurangkan rasa demam itu.. aku perlukan paracetamol.. ya.. sekurang-kurangnya Panadol..

tiba-tiba aku teringat akan sebotol Panadol yang aku simpan di dalam almari.. begegas aku membuka almari lalu menyelongkar untuk mencari ubat itu.. apabila aku sudah menjumpai, dengan segera aku pergi ke arah Shahir..

botol Panadol itu masih lagi baru dan tidak dibuka... untuk seketika, aku memandang pada botol ubat itu.. ada sesuatu mula bermain difikiran aku.. minda aku mula bernostalgia.. botol ubat ini mempunyai kenangannya yang tersendiri.. kenangan antara aku dan Shahir..

sambil tersenyum, aku bermonolog,"akhirnya ubat ini kembali kepada si pembelinya.."

aku membuka botol ubat itu lalu mengambil dua biji ubat.. Shahir, cuba aku kejutkan semula.. dia terjaga tapi kelihatan begitu lemah..

"Shahir, aku ada bawa Panadol.. kau makan ubat ni dulu, nanti aku bawa kau pergi klinik.."

Shahir bersandar pada diding di katilnya.. dia kelihatan agak pening.. wajahnya agak sedikit pucat..

"Fahri... aku still tak makan lagi.. macam mana nak makan ubat kalau tak makan?" kata Shahir dengan pelahan..

" ye  lah.. terlupa pula aku.. hmm.. kau tunggu kat sini.. aku nak pergi keluar beli makanan untuk kau.."

belum sempat aku melangkah keluar Shahir berkata lagi,"Fahri, tak payah lah belikan aku makanan.. aku pun tak berselera nak makan.. aku nak minum air je.."

"okay.. ni dia air..." aku hulurkan sebotol air mineral, "kau pasti ke tak nak makan dulu?"

Shahir menganggukkan kepala.. diambilnya botol air itu lalu dimakannya ubat yang aku beri..

aku memandang wajah Shahir.. ada sesuatu yang membuatkan aku teringat tentang kisah lama.. kenangan ketika aku mula-mula berkenalan dengannya.. tentang ubat yang dia telan itu, tentang macam mana ia mula mengubah persepsi aku mengenai diri Shahir.. ubat itu dia beli untuk aku.. tapi sekarang, dia lah orang yang pertama memakannya..

entah kenapa hari ini aku bernostalgia banyak kenangan lama.. lelaki di depan mata aku ini mengingatkan aku mengenai Ihsan.. dan hari ini juga sekali lagi membuatkan aku teringat detik awal perkenalan antara kami berdua..

"terima kasih.." kata Shahir perlahan..

"that's okay.." jawabku ringkas sambil tersenyum..






*     *     *





malam itu, aku sedang menghadap komputer riba aku.. lampu bilik aku padamkan awal.. Shahir sedang tidur nyenyak merehatkan diri.. hari ini dia tidur awal.. memang patut pun begitu.. petang tadi aku menemankannya pergi ke klinik.. mujurlah Kamil menelefon aku semula bertanya kenapa aku menelefon dia.. aku jelaskan yang Shahir jatuh sakit.. dia bergegas-gegas kembali ke universiti untuk membawa Shahir ke Klinik..

Shahir ada menjamah sedikit makanan tadi.. walaupun sedikit, tapi sekurang-kurangnya boleh memberikan sedikit tenaga untuknya.. keadaannya tidak lah begitu baik, tapi aku dapat rasakan demamnya berkurang.. walaupun sedikit.. dia masih lagi terbatuk-batuk.. dia perlukan rehat yang mencukupi..

pada skrin komputer riba itu, terpampang laman sosial Facebook.. aku sedang melawati profil seseorang.. kelihatan gambar seorang lelaki yang berpakaian hitam.. rambut lelaki itu agak ikal.. ada sedikit janggut pada dagunya.. berkulit cerah.. dalam gambar itu dia sedang tersenyum.. aku merasakan yang dia tersenyum memandang aku.. tertulis nama Ihsan Hamidi pada profilnya.. ya.. dia adalah Ihsan..

aku rasakan satu kebahagiaan di dalam hati aku tatkala aku memandang gambar Ihsan di profil Facebooknya.. senyuman di gambarnya membuatkan aku terbayang yang dia sedang berada di depan mata aku.. aku membayangkan yang dia sedang memandang tepat ke arah mata aku.. bahu aku terasa disentuhnya seperti mana yang biasa dia lakukan.. untuk seketika, seperti ada satu perasaan yang menusuk jauh ke dalam hati aku.. perasaan itu agak pedih.. aku tahu, hati aku menangis..


pada awal perkenalan kami, dia kelihatan agak dingin.. dia jarang bercakap dengan aku walaupun aku adalah teman sebiliknya.. kadang-kadang dalam satu hari, kami cuma bercakap untuk satu dua patah perkataan sahaja.. aku terasa asing kepada dirinya.. aku tidak terbiasa begini.. maksud aku, memiliki teman sebilik yang bisu terhadap diri aku.. tapi yang membuatkan aku terasa adalah dia boleh berbicara mesra dengan teman-teman yang lain, tidak kepada aku.. seakan hantu, itulah yang aku rasakan tentang kehadiran aku dalam hidupnya.. kami berdua dekat, tapi terasa begitu jauh.. kehadiran aku seperti tidak dirasakannya.. bilik ini seperti hanya didiami oleh seorang penghuni sahaja.. aku adalah hantu, sesuatu yang tidak nampak dan dirasai, tapi kewujudannya tetap ada.. itu lah yang aku rasakan ketika kami berdua berada di dalam bilik.. jarang sekali dia memandang aku.. 

kadang-kadang, aku fikir ada sesuatu tentang diri aku yang tidak disenanginya.. kadang-kadang aku fikir yang dia tahu siapa diri aku yang sebenarnya.. maksud aku diri aku yang menyukai lelaki.. aku tertanya-tanya, kenapa dia bersikap begitu?? agak dingin kepada diri aku, tapi tidak kepada yang lain..

kau nak tahu, hari ini dia jatuh sakit.. tubuhnya panas.. aku tidak menyangka yang dia demam sebab kebiasaanya dia sentiasa sihat.. aku beri kepadanya Panadol.. tiba-tiba ia mengingatkan aku semula tentang peristiwa lalu.. Panadol itu sebenarnya adalah pemberiannya kepada aku ketika aku jatuh sakit dulu..

kau nak tahu, dulu aku pernah jatuh sakit, tapi aku tidak pernah cakap pada sesiapa.. aku hanya pendam.. mungkin aku patut katakan yang aku menyeksa diri aku sendiri.. aku tidak mahu makan ubat dan berehat kerana pada masa itu banyak hal pelajaran aku yang perlu disiapkan.. aku terlalu mendesak diri aku biarpun aku tahu yang aku kurang sihat.. untuk dua hari berturut-turut, aku langsung tidak tidur kerana mahu menyiapkan projek model bangunan aku.. kau tentu tahu diri aku macam mana.. degil dengan diri sendiri.. aku tahu yang badan aku kian lemah tapi entah kenapa aku tidak memperdulikannya.. tidak ada sesiapa yang tahu aku sakit.. sehingga lah pada hari ketiga aku tertidur kerana terlalu letih.. apabila aku terjaga daripada tidurku, aku terpandang sebotol ubat Panadol yang diletakkan hampir dengan tempat tidur aku.. ianya masih baru, bertanda harga.. aku tertanya-tanya siapakah yang meletakkan botol ubat ini??

kemudian, dia masuk ke dalam bilik melihat aku yang masih terpinga-pinga berfikir tentang pembeli ubat ini.. dia tersenyum ke arah aku sambil berkata, "tak bagus menyeksa diri sendiri.. kau terlalu rajin tapi kadang-kadang kita kena faham juga batas kemampuan kita."

selama ini aku fikir yang dia tidak pernah memandang aku.. selama ini aku fikir dia tidak pernah menghiraukan aku... tapi.. pada hari ini.. 

aku tidak pernah memberi tahu sesiapa tentang keadaan aku.. dan aku merasakan yang dia membutakan mata daripada menyedarinya.. tapi disebalik mata yang buta itu lah dalam diam dia mengetahui tentang keadaan aku.. dia memerhatikan aku!! dia memahami keadaan aku!!

Ihsan, pada saat itu dia telah mengubah persepsi aku tentang dirinya.. aku memandang dirinya dengan pandangan yang berbeza.. entah kenapa aku rasa datang satu perasaan yang sama aku alami ketika bersama kau dulu, Ihsan.. perasaan itu sangat membahagiakan.. sikap prihatinnya itu membuatkan aku seakan... tertarik...

aku tidak pernah guna ubat yang dia beri itu.. ia pada aku sangat istimewa.. tapi pada hari ini akhirnya si dia lah yang pertama memakan ubat itu.. ubat 'keprihatinan' dirinya...

Ihsan, aku harap pada saat ini kau masih boleh membimbing aku seperti mana dahulu.. perasaan ini begitu membahagiakan tapi aku teringat akan pesanan diri mu sebelum kita terpisah.. aku takut perasaan ini akan menyeksa diri aku sendiri.. 

aku tidak setabah kau Ihsan.. insan ini agak lemah.. adakalanya dia terlalu menurut kata hatinya.. dia keliru dengan apa yang dia inginkan sebenarnya.. dia takut tersesat ke lembah hina..

bantu lah aku, Ihsan...


mesej itu aku hantar kepada Facebook Ihsan.. malam semakin gelap.. tapi mata aku masih lagi segar.. hari ini bukan hari seperti kebiasaanya.. malam yang tenang..

aku menoleh ke arah Shahir yang sedang tidur itu.. aku tatap wajahnya dari tempat duduk ku.. kejadian pada siang hari mengimbau semula kenangan lama.. dia nampak dingin dan pendiam.. tapi hatinya sebenarnya mesra.. cuma aku sahaja yang tidak menyedarinya dulu..

aku selalu berfikir menantikan agar dia mula berbicara dengan aku dahulu.. tapi, adakalanya kita patut berhenti berharap agar si dia yang memulakannya, tapi mungkin juga kita yang patut melakukan langkah pertama.. yang pasti, dia tidak seperti yang aku fikirkan.. dia tetap memandang aku, mengambil tahu tentang keadaan diriku disebalik matanya yang 'tidak melihat'..

malam semakin dingin.. tapi di satu sudut, aku masih lagi menatap wajah Shahir..







*     *     *




malam semalam...



u dah ada partner ke?

tak lah.. still single lagi.. knp? 

saje nk tanye.. sbb org mcm u mustahil lh klu still single lg.. u hensem apa..

haha.. no komen... 
u pun hensem gak lh.. so, knp u still single lg?

kn ke dh ckp yg i skrg ni open relationship je.. still xnk hubungan yg serius sgt.
btw, i tahu u mesti skrg ni ada suka sama seseorang kn?

haha.. maybe lah.. yg pasti still x berpunya...

u nk beri tahu sy x? about that guy.. org yg u suka tu..

hehe.. u ni...
ok lh.. sy akan ckp..
hmmm... mcm mana ye.. 
i think... i like my roommate.. XD

haha.. that's interesting!! tell me more about him! 

x tahu lh nk ckp mcm mana.. 
dulu sy xlh suka dgn dia.. sbb sy fikir dia benci sy.. 
i ingat dia tahu tentang seksualiti sy, sbb tu dia dingin dgn sy..

wait! wait!
so, that guy is a straight guy lh??

sy rasa dia straight.. sy x ada rasa aura songsang pd dirinya.. lagi pun, sbnrnya dia sudah ada gf..

hmm..
you know what... i just nk ckp satu benda je pd u.. 
u jgn brkecil hati lh.. sbb realitinya memang begini.. u nk tahu apa peraturan yang pertama dlm hubungan songsang ini? sekali peraturan ni tak lepas, semuanya x akan brjln.. or maybe diri u yg merana.. klu u betul2 nk involve dlm hubungan songsang ni lh..

apa dia the first rule tu?

the first rule is... jgn prnah jatuh cinta dgn lelaki straight.. or u sndiri yg nk merana....











aku masih lagi dapat merasakan sentuhan itu.. pandangan mata itu, sentiasa membuatkan aku terpaku...

dia terdiam sambil memandang aku.. 

".... jika Dia membenarkannya, pada saat ini kau lah kekasih aku.."


malam itu, aku bermimpikan Ihsan.. seakan dia hadir di depan mata aku.. cuba aku panggil namanya tapi aku seakan tidak bersuara.. aku jadi bisu..

Ihsan hanya menuju ke satu arah cahaya.. aku mahu mengejarnya tapi kaki aku terpaku tidak mampu bergerak..

malam itu terasa dingin.. aku masih lagi terjaga.. dalam diam aku tahu yang hati aku sedang menangis...

19 comments:

  1. cukup detail. cukup penjelasan..
    dan panjang... i like it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diperlukan nasihat n kritikan yg brguna dgn tentang cara penyampaian sy.. i'm a writer..

      btw, thanks..

      Delete
  2. fantastic... tpi aq rasa x kena ngan format novel la..he3... sory lau clap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cant deny it.. sometime i like to use different approaches to convey the meaning.. x mcm novel sgt...

      Delete
  3. best cara penyampaian ;)

    malam itu terasa dingin.. aku masih lagi terjaga.. dalam diam aku tahu yang hati aku sedang menangis : terasa dekat sgt ngan ayt nih.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara penyampaian x seperti dlm novel sgt.. i think lh.. it is a bit weird..

      btw.. thanks a lot..

      Delete
    2. ;) agak novel la..
      tanak wat cre novel..cre cmne lg?

      Delete
    3. xtahu lh.. rasanya cara penulisan lbh mcm tulis cerpen brbanding novel..

      Delete
  4. Ya Allah, panjangnya, dah mcm novel...tp xtaulah, sy bc jugak sampai habis..hehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. but, i think ianya mcm pendek je.. mungkin dh trbiasa baca benda yg panjang2 kot.. hehe

      Delete
  5. oo..i taula u ni pandai n rajin membaca orgnya...
    i meant, 1st time bc blog yg panjang mcm ni utk blog mcm ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog plu yg panjang ke?? x tahu lh knp sy suka tulis panjang2.. takut ada yg x suka pula..

      Delete
  6. takpe, biar pnjang bermakna...u pandai gk olah supaya sedap dibaca :)

    ReplyDelete
  7. Nice story bro...sometimes if we tell our story to other, its relieving how hard we keep the story.... But for me, im better keep it as secret bcos secret makes a man.. Man.. Love to read ur story ... N it will make me to remmber my true story... PLU, gay or str8 act still need to be loved by the one u love.. Terima kasih di atas cerita

    ReplyDelete
  8. Terharu n sedih sgt baca cter ni.. Menyentuh hati sgt.. Sumpah best! :')

    ReplyDelete
  9. And know what ? I'm crying when I'm reading your chat abt "jangan pernah jatuh cinta pada lelaki str8" and I'm facing that way now :'(

    ReplyDelete