Saturday, 23 June 2012

Unspeakable Love -Part 4-





Part 4 : Falling Heart


i tahu yg u dulu ada kata skrg ni u x nk cari partner.. u lebih selesa jd open relationship je.. hmm.. i'm just curious, apasal u kata mcm tu? knp u x nk cari partner?

aku bertanyakan soalan itu kepada Saiful.. sekarang ini, kami mula berbual melalui YM, bukan di PR lagi.. entah kenapa aku rasakan yang aku mula selesa berbual dengannya.. mungkin aku patut katakan yang aku mula tertarik untuk berbual dengan Saiful.. 

i think u dh lupa sesuatu yg i pernah ckp dulu.. cinta org PLU ni bukannya setia sgt pun.. semuanya penuh dengan kepura-puraan.. masing-masing mahu mengkhianati pasangan sendiri.. 

so, sblum ni u pernah ada couple lh?

yupp.. dulu-dulu lh.. kita org putus pd bulan ogos tahun lepas.. 

tapi knp putus?

sbb i dlm diam mengkhianati dia.. i slalu main dgn PLU lain.. hehe.. dan akhirnya dia dpt tahu, then dia nk hubungan kami diputuskn.. so, nk buat mcm mana klu tu yg dia nk.. putus je lah.. btw, actually i pun tahu gak yg dia dlm diam pun main dgn PLU lain.. dia yg khianat dulu.. sbb tu i khianat gak..

u sblum dpt tahu pengkhianatan dia, u memang betul2 syg dia x? i mean, cinta...

x tahu nk ckp mcm mana... entah.. dulu memang i slalu ckp pd dia yg i betul2 cinta kn dia tp bila i dpt tahu tentang... hmmm.. malas nk ungkit semula.. tp yg pasti i betul2 marah sgt.. then pd saat tu i dh mula x prcayakn dia.. klu dia boleh mengkhianati i, mcm tu lh i akn buat kat dia.. bila dia dpt tahu yg i khianat, dia betul2 marah.. tp, x adil giler kn? i mean, dia yg mulakn dulu.. dia patut rasakn mcm mana yg i rasa waktu first time i dpt tahu dia main dgn lelaki lain.. 

i think situasi akan jd lebih bagus klu u x khianati dia.. jgn balas perbuatan buruk dia.. tapi.. entah.. i pun x tahu apa yg akan i lakukan klu sy dlm sistuati u rasakan dulu.. sbb, i x pernah brcinta..

entah kenapa aku teringat akan hubungan antara aku dan Ihsan.. adakah aku patut katakan yang kami bercinta? aku tahu perasaan itu ada dalam hati Ihsan tapi dia tidak pernah mengatakan 'perkataan' itu kepada aku.. tapi, kami bukan pasangan kekasih.. dia tidak pernah anggap aku sebagai kekasih.. walaupun jauh di sudut hati aku menganggap dia adalah kekasih aku... he is my unofficial lover..

perkara yg dh lepas, x boleh nk diubah smula.. tapi, agak lama lah juga kitorang bercinta.. setahun lebih.. banyak juga kenangan manis antara kami berdua.. pd awal hubungan tu semuanya manis je, then... hmmm.. i dh x nk fikirkan pasal tu lg.. skrg ni pun i happy dgn cara i.. open relationship je.. xde komitmen.. hehe.. btw, u still nk mengharap lelaki tu ke?

lelaki mana?

your roommate lh.. lelaki mana lg? u still nk tunggu dia balas perasaan u? jgn wei.. silap besar.. silap hari bulan u yg jd org yg dia benci.. kecuali lh u memang nk dia terjerebak dlm dunia kita ni.

sy still x fikirkn tentang hal tu lg.. sy memang ada kata yg sy suka dia tp, xde pula ckp nk dia jd partner sy.. 

then... apa lah?? cinta tanpa balasan??

seriously, i still x tahu apa yg i nk skrg ni.. apa yg i harap daripada dia masih lagi kabur.. hmm.. i nk tanya sesuatu.. boleh ke kalau kita sayang dan cinta dengan seseorang tapi tidak menjadi kekasih dia? 

aku teringat akan kata-kata Ihsan.. penjelasannya itu adalah satu yang tidak akan aku lupakan.. kamu tahu hati kamu merasakan cinta, tapi tidak mahu ada ikatan cinta dengan insan yang istimewa.. boleh kah begitu?

cinta tidak semestinya harus memiliki.. haha.. tiba2 tringat ayat tu.. hmmm.. mungkin boleh tapi ada satu masalah..

masalah apa?

cemburu.. masalah cemburu.. bagi sy, kalau u bukan partner org tu, u x layak untuk ada rasa cemburu.. knp pula u nk cemburu klu u x nk anggap or ingin dia jd kekasih u?

aku terdiam.. kata-kata Saiful itu menyedarkan aku tentang hakikat bahawa Shahir sebenarnya sudah ada kekasih perempuan.. Liyana.. itu lah nama kekasih Shahir.. kata-kata Saiful itu adalah benar.. aku bukan lah sesiapa di hati Shahir.. kami berdua mempunyai dua dunia yang berbeza.. 

tentang hubungan antara Shahir dan Liyana, adakah ia membuatkan aku cemburu? aku tidak memiliki Shahir, tapi Liyana telah berjaya mendapat tempat di hati Shahir.. itu sangat munasabah sekali, sebab Shahir bukan seperti aku.. tidak mungkin dia akan jatuh hati kepada aku.. 

oh hati.. kenapa soal hati dan perasaan begitu rumit. aku mengharapkan sesuatu yang pasti tidak akan aku miliki.. aku menyedari hakikat itu tapi hati ini begitu sukar untuk menafikan perasaan ini.. aku bukan lah seorang insan yang senang melupakan perasaan suka.. sebegitu lah bagaimana aku merasa perit untuk melupakan Ihsan.. tiga tahun aku cuba memadamkan perasaan aku terhadap Ihsan dan kini aku sudah bersedia untuk membuka lembaran baru dalam hidup aku.. tapi kenapa aku jatuh hati kepada Shahir? 

tenang lah kawan.. u lupakan sahaja dia.. banyak je lelaki lain u boleh cari.. kat negara ni ada belambak PLU.. kalau u nk brcinta, cari lh yg sama dunia dgn kita.. or.. u just perlu jd mcm i, open relationship je.. x payah nk jiwang2.. hehe..

aku bermonolog.. memang betul ke aku nak bercinta? aku tahu yang aku ada suka pada seseorang, tapi aku tidak pasti sama ada aku betul-betul mahu bercinta.. aku sebenarnya bingung tentang kemahuan aku yang sebenar.. apa yang aku harap kan sebenarnya?

bila difikirkan semula, benda ni macam stupid je...

stupid tentang apa pula?

u percaya x yg lelaki ada jodoh dgn lelaki lain? ada je PLU yg kata nk cari jodoh lh.. cari lelaki pula tu.. kdg2 ada yg boleh ckp, klu dh ada jodoh x akan ke mana.. jodoh dgn lelaki?? mcm stupid je kn.. i rasa yg i lahir kat dunia ni memang tanpa jodoh.. or sy yg lari drpd jodoh?

entah lh kwn.. i sendiri pun x faham... tp walaupun org mcm kita ni ada perasaan songsang, tp bila jatuh cinta, kita memang betul2 sudah jatuh cinta.. tentang jodoh tu i x nk komen lh... i pun skrg ni bukannya ada fikir tentang cinta2 ni.. hehe..

aku berfikir sejenak.. kenapa lah baru-baru ni aku asyik berfikir tentang diri aku dengan Shahir.. sebelum ni aku memang sudah lama suka kat dia tapi langsung tidak memikirkan tentang hal ini.. memang benar apa yang dikatakan oleh Saiful.. aku tidak harus menunggu sesuatu yang sudah tentu aku tidak akan miliki.. aku perlu melupakan perasaan ini.. biarkan lah dia dengan dunianya, dan aku dengan dunia aku sendiri.. sesungguhnya dunia kami begitu berbeza..

klu u betul2 nk brcinta, i ada je kat sini.. hehe

bukan u nk single je ke?

bergurau je lah.. hehe..

ok.. :)




*     *     *





pagi itu aku bersiap awal untuk pergi ke kelas.. hari ini aku kena hantar model bangunan aku untuk kelas Design Studio.. agak lama juga lah aku cuba menyiapkan model bangunan aku itu.. dalam masa seminggu.. dan dalam masa seminggu tu juga lah hampir setiap malam aku akan berjaga malam untuk menyiapkannya.. biasalah.. kalau ambil course architecture memang rutin harian akan tidur lewat lah.. lebih-lebih lagi waktu dah nak hantar hasil projek kita..

Shahir sudah sembuh dari demamnya.. dan sekarang dia sudah mula nampak bertenaga dan ceria.. sama seperti aku, dia pun kena hantar hasil model bangunannya pada hari ni.. pada malam untuk seminggu ni aku dan dia bersama-sama menghabiskan masa di studio.. cuba untuk menyiapkan assignment tu lah.. kalau nak buat kat dalam bilik sebenar boleh je, tapi kami lagi selesa buat kat studio sebab ruang kat sana agak besar.. dan lagi, ramai kawan-kawan pun berada di studio gak.. boleh lah sembang-sembang.. tak lah cepat rasa mengatuk..

sambil memandang cermin, aku cuba menggayakan rambut aku.. hari ni aku nak cuba gaya rambut yang berbeza.. aku memang macam tu.. setiap hari gaya rambut akan berubah-rubah.. hari ni gaya rambut lain, esok pula fesyen yang berbeza.. aku tak nak nampak muka aku asyik sama je hari-hari.. bagi aku macam bosan juga lah kalau asyik nak gaya yang sama je.. kadang-kadang aku ni dah macam perempuan gak.. pagi-pagi menghadap cermin memang lama.. nak 'berhias' lah katakan.. aku ni agak cerewet sikit.. setiap  hari semua nak kelihatan sempurna.. 

"nak pergi sama-sama ke tak?" kata Shahir yang sudah lama bersiap..

"wait! wait!"

aku cepat-cepat berkemas.. segera aku memastikan semua kelengkapan sudah tersedia.. perlatan untuk kelas Design Studio lah.. takut-takut ada yang tertinggal.. aku malas nak patah balik ke bilik.. 

"ok, done.. jom pergi." kata aku sambil membawa model bangunan aku..

"hari ni tiru gaya rambut siapa pula?" tanya Shahir..

"gaya Fahri.. original daripada aku sendiri.. hehe.."

"cantik giler lah design bangunan kau.. kalah aku."

"cantik-cantik tapi kalau takde functions pun  tak guna gak. kau punya pun hebat gak."

"sebenarnya aku cemburu gak dengan kau... aku punya ni macam tak siap je.. tak cukup masa lah"

"tu lah.. asyik nak tangguh.. aku dah start buat awal.."

aku tersenyum.. design bangunan Shahir sebenarnya lagi hebat dari aku.. tapi dia ni agak malas sikit.. suka nak tangguhkan kerja.. mungkin bukan sebab malas, tapi dia suka buat kerja lain.. petang-petang pergi main bola, malam pula kadang-kadang main badminton.. aku patut katakan yang Shahir kurang bijak untuk membahagikan masa..

kami bersama-sama pergi ke studio untuk buat pembentangan.. hari ni agak cerah.. kalau hujan memang susah lah.. takut model bangunan kami habis musnah terkena hujan.. sia-sia je usaha yang dilakukan.. biasanya kalau hujan kami akan tumpang kereta Kamil.. tapi hari ni kami berjalan kaki je.. jarak kolej kediaman dengan bangunan studio seni bina bukannya jauh pun..

"eh.. tu macam Liyana.." kata Shahir sambil menunjuk ke arah seorang perempuan di depan kami..

"ha ah lah.. tu memang Liyana."

"sekejap ye.. aku nak pergi jumpa Liyana jap."

Shahir berlari menuju ke arah Liyana.. aku hanya memandang mereka.. ada sesuatu yang mereka bualkan dan mereka kelihatan begitu mesra.. memang patut pun.. Liyana tu kekasih Shahir.. orangnya cantik, manis.. putih gebu.. sopan santun pula tu.. kalau ketawa pun hanya tersenyum nipis.. tak macam perempuan lain, kalau boleh nak semua orang dengar dia ketawa.. kalau aku ni suka perempuan, mungkin dah lama aku bergaduh dengan Shahir sebab nak berebutkan Liyana.. tapi hakikatnya tidak begitu.. nafsu aku ke arah lain..

aku memadang mereka berdua dari jauh.. sambil berbual, mereka ketawa mesra.. aku perhatikan bahasa tubuh mereka.. gerak tubuh itu aku faham seperti nak bermanja-manja.. entah kenapa aku tiba-tiba melarikan pandangan aku ke arah lain..

cemburu kah aku?

kenapa you nak cemburu kalau you tak nak anggap or ingin dia jadi kekasih you?

lantas aku teringat akan kata-kata Saiful semalam.. ya betul.. kenapa aku patut rasa cemburu?? adakah aku ingin Shahir jadi kekasih aku? kalau benar, aku bukan lah siapa-siapa di hatinya.. dan agak mustahil untuk dia membalas perasaan aku.. hakikatnya aku sahaja yang keberatan untuk menerima hakikat bahawa dunia kami berbeza dan dia sudah pun dimiliki.. aku patut lupakan perasaan ini.. aku patut melupakan Shahir dan biarkan dia bahagia dengan Liyana.. ya.. itu sudah tentu..

"Fahri! jom pergi.." ajak Shahir..

kami bertiga berjalan bersama-sama menuju ke studio masing-masing.. Shahir berada di studio yang berasingan manakala aku dan Liyana kebetulan berada di studio yang sama.. kami datang lebih awal dari kebiasaanya.. jarang sekali pada saat submission macam ni kami datang awal..

aku menampal kertas kerja aku pada board, bersiap sedia untuk memberikan pembentangan tentang design bangunan aku.. sempat juga aku mencuri pandang ke arah Liyana untuk melihat hasil kerjanya.. model bangunannya agak cantik, kemas dan digam secara terperinci.. biasalah, tangan perempuan.. mereka lebih kemas untuk hal seperti pembuatan model bangunan.. aku memandang ke arah hasil kerja aku..hmm.. not bad lah.. aku berpuas hati dengan hasil usaha aku.. harap dapat lah markah yang bagus untuk design kali ni..




satu jam berlalu, seorang demi seorang mula memberikan pembentangan hasil kerja mereka.. aku berasa berdebar-debar untuk menuggu giliran aku.. di otak aku tengah ligat memikirkan komen yang bakal pensyarah tanyakan tentang hasil design aku.. adakah ia menepati topik yang diberikan? aku rasa yang aku sudah mengikuti semua kehendak yang disuruh pensyarah dulu.. sekarang ini hanya mampu berserah dan melakukan yang terbaik..

sampat aku memerhatikan ke arah Liyana ketika dia memberikan pembentangan.. dia bercakap dengan penuh keyakinan.. siapa sangka gadis yang manis, sopan dan kurang bercakap seperti Liyana bila melakukan pembentangan kelihatan seperti seorang yang professional.. jadi gementar pula aku dibuatnya.. serius aku cakap yang aku kalau hal macam buat pembentangan aku kurang sikit.. mungkin hasil kerja aku sangat bagus tapi untuk pembentangan perlu banyak yang harus diperbaiki..

aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskan nafas.. ingin aku kurangkan rasa gementar aku.. takut bila bercakap nanti suara terketar-ketar.. bagaimana lah keadaan Shahir sekarang ni ye? tiba-tiba sahaja aku terfikirkan tentang Shahir.. aku harap dia buat dengan sebaik-baiknya..

giliran aku sudah tiba.. aku berdiri menghadap ke arah pensyarah aku.. sekali lagi aku menarik nafas yang agak dalam.. lalu aku pun memulakan pembentangan aku.. cakap dan terus bercakap.. cakap tanpa berhenti sekali pun.. orang lain hanya mendengar apa yang aku sampaikan dengan teliti.. entah dari mana aku mendapatkan keyakinan ini.. tiba-tiba sahaja aku berasa cukup selesa untuk berkata-kata.. sempat juga aku menjelimg ke arah Liyana.. dia hanya tersenyum-senyum.. aku tahu yang dia mahu memberi sokongan kepada aku..

"kau nampak hebat tadi.." kata Liyana kepada aku selepas semua pembentangan selesai..

aku hanya tersenyum..

"serius aku cakap.. mesti kali ni kau dapat markah tinggi punya lah.." kata Liyana lagi..

"thanks a lot.. biasa-biasa je.. hehe.. kau pun apa kurangnye.." aku cuba merendah diri..

"by the way, aku nak minta tolong sesuatu sikit, boleh?"

"tolong apa?"

"tolong berikan sesuatu kat Shahir.." Liyana mengeluarkan sesuatu dari begnya..

aku memandang benda apa kah itu.. ada dua anak patung beruang.. kedua-keduanya seperti hasil kraftangan seseorang.. pada bahagian badan beruang itu tertulis huruf 'S' dan yang satu lagi huruf 'L'..

"comelnye.. kau buat sendiri ke Yana?" puji aku.. memang betul patung beruang tu comel.. tak sangka pula Liyana tahu buat benda macam ni..

"ha ah.. aku buat sendiri.. Shahir yang suruh.."

"really? so, kau nak aku berikan patung ni kat dia lah?" tanya aku..

"ha ah.. patung yang ada huruf 'L' tu lah.. yang ada huruf 'S' tu Yana yang simpan.. hehe.."

tiba-tiba sahaja muka Liyana jadi merah.. baru aku faham kenapa.. jadi, patung ni jadi simbol hubungan mereka lah kot.. hmm.. memang macam tu lah kot..

"okay.. tapi apasal Yana tak beri sendiri je?" tanya aku lagi..

"lepas ni Yana nak terus pergi bandar.. tak sempat nak jumpa dengan Shahir.. kau roommate dia boleh lah tolong sampaikan.. terima kasih ye.."

aku hanya tersenyum.. tak lama selepas itu Liyana pun berdar dari studio.. aku memandang ke arah anak patung beruang di tangan aku..

untuk seketika aku bermonolog, "aku rasa yang aku patut lupakan Shahir lah.. dia bukan milik aku.. tak ingin aku nak rosakkan hubungan orang lain.. memang betul kata Saiful.. jangan mengharap sesuatu yang sudah pasti aku tidak akan dapat..."

aku terdiam sambil memandang ke arah patung beruang yang tertulis huruf 'L' tu.. agak lama aku termenung.. mungkin pada saat ini aku patut sedar akan hakikat yang sebenar.. Shahir harus aku lupakan..

jujur aku kata yang aku berasa keberatan untuk memberikan hadiah Liyana kepada Shahir.. hadiah tanda hubungan mereka.. tapi apa boleh buat.. Shahir milik Liyana.. aku patut sedar akan hakikat itu..

perlahan-lahan aku beredar dari studio.. aku menuju ke arah studio Shahir untuk mencarinya namun langsung aku tidak nampak susuk tubuhnya.. aku mula hairan.. biasanya Shahir akan tunggu aku untuk balik ke kolej kediaman bersama-sama.. mungkin dia sudah pun balik sebab ada hal penting.. tapi kebiasaanya dia akan hantar sms kat aku dulu untuk memberi tahu dulu.. hmm.. atau mungkin dia pergi ke tempat lain..

ah! biarkan je lah.. tahu lah dia nak pergi ke mana.. bukannya jauh sangat pun kolej kediaman dengan studio.. suka hati dia lah nak pergi ke mana.. aku pun rasa nak balik ke bilik.. badan rasa letih.. semalam tidur lewat.. aku rasa mengatuk.. nak ganti balik waktu tidur yang tidak cukup semalam..

aku menuju ke bilik aku yang berada ditingkat tiga.. tak sabar rasanya nak merebahkan badan di atas tilam.. mesti tidur mati lah aku lepas ni.. mungkin juga sekarang ni Shahir sudah pun melelapkan mata.. sebab tu lah kot dia balik awal sebab nak terus tidur.. hmm.. rasanya macam tu lah..

setibanya aku berada di depan pintu, aku dapati pintu masih lagi terkunci..

"eh? takde orang ke?" aku mula tertanya-tanya..

ke mana pula Shahir ni? pintu masih berkunci, jadi dia pergi ke tempat lain lah kot.. hmm.. biarkan je lah.. adalah hal yang dia nak buat.. sekarang ni aku hanya fikir untuk sambung tidur je.. anak patung beruang Liyana tu nanti-nanti lah aku beri.. rasa nak tidur dulu..

namun, tatkala aku hendak membuka kunci pintu bilik, tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu.. seperti bunyi orang sedang bercakap.. dan bunyi itu datang dari dalam bilik..

aku mula curiga.. siapa pula yang berada kat dalam bilik? kalau bukan Shahir siapa pula?? jangan-jangan?

lantas aku cuba untuk melihat siapa yang berada di dalam bilik melalui tingkap.. aku takut ada orang yang tidak dikehendaki telah menceroboh masuk.. baru-baru ni pun aku selalu dengar banyak kes curi berlaku.. harap-harap tidak begitu..

melalui tingkap, pandangan aku dihalang oleh langsir menyebabkan aku sukar untuk mengenal pasti orang di dalam.. nasib baik tingkap itu tidak di tutup rapat, aku buka sedikit lalu aku selak langsir itu sedikit..

aku cuba perhatikan.. kelihatan dua susuk tubuh manusia di dalam bilik.. kedua-duanya lelaki.. namun pandangan aku kabur kerana tidak dapat melihat wajah mereka.. aku selak sedikit lagi langsir tingkap untuk pandangan yang lebih luas..

hal mengejutkan berlaku, tiba-tiba sahaja aku melihat kedua-dua lelaki itu terus berpelukkan.. mereka bercumbu.. dan pada saat itu, aku dapat melihat wajah salah seorang daripada mereka.. jantung aku berdegup kencang.. seperti wajah yang aku cukup kenali.. tapi itu tidak mungkin.. sekali lagi aku cuba perhatikan.. dan orang itu memang tidak salah lagi adalah...

"Shahir!!"

untuk sekatika, aku dapat rasakan hati aku seperti jatuh berkecai...










27 comments:

  1. Dugaan, dugaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer ni baru je nk start.. aku pun x explain sgt tentang diri Shahir or watak2 lain..

      Delete
  2. Tak suka bila org ckp smer plu curang..
    Aku pun plu. Dan aku tak macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp, dlm crita ni Fahri kata dia x prcaya pun yg smua PLU curang.. dlm part 1 ada ckp..

      Delete
    2. Aku tak curang.....

      hak hak hak

      Delete
    3. Ehhhh kenapa nampak banyak je....

      Delete
  3. sila sambung dengan segera..
    arahan : PakCik.. ;P

    ReplyDelete
  4. Best.. cuma satu je nak bg nasihat.. better ko wat backup blog ko nih... bukan pe.. now byak blog cam nih kena hack.. blog Dunia lelaki pown dah kena hack..

    apepown.. x sabar tunggu part 5..nice novel..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut lh i tgk blog KDL dh deactivate, rupanya kena hack.. trkejut gak sbb tiba2 je xde.. tp, x hairan sgt lh, sbb blog KDL pun ada byk haters gak.. mungkin ada yg try nk kena kn kot..

      blog x femes mcm ni pun ada yg nk hack ke? myb patut buat back up.. btw, thanks..

      Delete
    2. Kalau blog nih x femes, xde la saya pown selongkar balik baca dr 1st post...

      Blog nih ramai peminat... x semua suka blog yg expose terang2an.. aku lg prefer blog camnih..

      Agak2 bila keluar part-5?...next month?,,:)

      Delete
    3. i dont know yet, bcoz i'll have a trip around aussie next to weeks.. tunggu je lh ye.. :)

      Delete
  5. SHAHIR??!!! seriously??!!!hahaha~

    nk komen skit..harap2 membina..jalan cerita dan teknik sangat2 best dan mantap! cuma dlm part4 ni, part shahir jumpa liyana tu cm x ok..part yg dia ckp 'tu mcm liyana'.. mustahil dy x brapa nk cam awek sndri kn..kcuali dy rabun..hehe~

    sorry kalo ter-over komen..tp cerita ni sangat3 best.. :)

    please continue..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pon nak komen gak...
      bilik fahri kat tingkat 3 kan??
      mcm ner dia skodeng melalui tingkap??
      spiderman ke ape??
      ;P

      Delete
    2. pakcik, sbb asrama sy dulu ada tingkap kat bahagian tepi pintu.. jd dari sna lah.. mestilah bukan dr tingkap yg menghadap pandangan satu lg..

      Delete
    3. erie, thanks for ur comment.. biasalah, baru2 nk tulis..

      Delete
    4. its ok bha! yang penting cerita ni superb..hehe~ x sabau nunggu~ hehe

      Delete
  6. ooo...asrama kat malaysia...
    seingat pakcik kalu asrama kat oversea mana ada tingkap tepi pintu..
    kat hall tu dinding n pintu jek..
    xpon bilik mcm kat rumah..
    kan kan kan??

    ReplyDelete
  7. Nanti aku komen .. sebab aku nak kena baca dari part 1 dulu ... dah ramai memuji .. baru trigger aku nak baca ..hehehehe ..

    Nu'man

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..dah abes baca ..cepat hapdate .. nak tahu Shahir sedang bercumbu dengan jantan mana la pulak ?? -kalau x der nama lagi untuk jantan yang bercumbu dengan fahri tue , aku x kesah ko letak nama Nu'man ..hahahaahhahaa

      Sia2 saja perasaan Fahri
      Moral untuk Fahri : Jangan pernah jatuh cinta dengan lelaki ..kalau x bleh kontrol rasa sayang pon, yakinkan la diri nya untuk tekad apa yang dirasai nya itu bukan cinta ..hanya cebisan emosi yang akan pudar di telan masa .. ye itu bukan cinta !! percaya lah ...

      hahahahaha ...

      Delete
    2. cerita ni sbnrnya biasa2 je.. klu nk baca pun ok gak.. :)

      Delete
  8. kisah ko dgn ihsan mcm kisah aku dgn dieee.kiteorg dpt rase prasaan itewww...tp kiteorg x pn ucapkan...biarlahhh.....prassan sygni kepada die dtg tibe2....bukan mintak pn...argghhh......smpi bile ak dpt lupekan dieeee......kdgh2 bole bt ak gilerrrr......setiap hr ak jumpe dieee...ak cube menjauhkan diri, die lak makin rapat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm not fahri lh.. cerita ini hanya sekadar rekaan.. aku ada buat post mengenai hal ini, 'antara realiti dan fiksi'..

      Delete
  9. AKU TAK PUAS HATI, ASAL SEMASA BERMONOLOG AYAT TAK FORMAL?

    ReplyDelete