Monday, 2 April 2012

Jual Kekasih


aku sekarang ni nak jual harta kesayangan aku, my beloved red Nikon D3100.. seriously aku sayang sangat-sangat dengan DSLR merah aku ni.. beli pun pada bulan December lepas.. still baru gak.. kadang-kadang aku boleh bawa 'kekasih' aku ni tidur bersama-sama.. lecturer Aussie aku kata ia macam Ferrari.. aku pula kata kamera aku seksi sangat-sangat.. aku beli yang warna merah pun sebab aku ni jenis yang pentingkan gaya.. tak nak lah common sangat warna hitam.. Nikon D3100 bagus apa??

antara benda yang buat aku teruja sangat-sangat adalah DSLR.. kadang-kadang aku tak boleh tidur sebab fikir tentang DSLR je.. walaupun aku pun tak lah pandai nak ambil gambar, tapi at least aku puas hati lah.. aku beli pun sebab untuk kepuasan hati.. 

banyak gak lah aku laburkan duit untuk kamera ni.. aku beli lens 50mm f/1.8G harga RM750.. tambah lagi 55-300mm aku beli March lepas harga $330.. then aku beli lens Holga lagi.. tapi aku still tak rasa cukup gak.. macam nak tambah lens lagi.. bila difikirkan semula dah beribu duit aku laburkan.. 

last-last aku fikir macam nak jual je.. aku jual kat kawan aku yang kat Adelaide $500.. rasa sayang pula.. dah lah kamera tu cantik giler-giler.. aku jual sebab aku rasa nak upgrade body.. sebab hari tu aku sudah 'terbeli' Nikon D90 harga $700 (RM2226) campur skali dengan 18-200mm dan 50mm.. online shopping selalu buat aku rambang mata.. fikir-fikir, tak kan lah nak simpan dua kamera?? 

seriously, aku kena kawal nafsu aku daripada berbelanja.. harga sewa rumah dah $420 (RM1335.60).. bil elektrik bulan lepas pula $162.87 (RM517.93), lagi-lagi aku tinggal sorang diri dan bayar semuanya sendirian.. tak campur lagi bayaran telefon, internet segala.. MAKANAN!! telur 12 biji harga lebih belasan ringgit!! tu lah yang paling murah.. kualiti barang compare kat Malaysia sama je..

but, still... aku obses berbelanja... 

bila lah aku nak berubah?? 

masa untuk mematangkan diri tapi aku still tak matang-matang gak.. kalau hal-hal duit ni aku memang tak pandai nak urus.. sepatutnya aku tak dapat biasiswa sejak dari lepas SPM lagi.. sebab bila aku dapat duit, aku akan berbelanja sakan.. tak perlu risau sebab biasiswa cover semua.. (habis duit rakyat dibelanjakan.. :D)

aku ingat bila aku tinggal sorang diri kat Aussie aku mula sedar untuk belajar berjimat.. hakikatnya tabiat buruk aku tu still tak dapat nak dibuang.. 

honestly, aku tak fikir serious tentang duit.. macam tahun lepas, aku tak kisah sangat duit aku hilang RM650.. rileks je.. padahal keluarga aku pun tak kaya.. miskin je.. entah.. aku ni memang tak sedarkan diri.. bil elektrik RM517.93 pun tak rasa mahal sangat.. padahal aku orang miskin je.. kerja pun tak..

doa-doakan lah aku berubah....







#sekarang ni aku tengah pasang niat nak beli Nikon D7000 pula.. harga mencecah RM4000.. idea giler mana pula merasuk minda aku?? seriously, aku perlu dapatkan kerjaya yang betul-betul dapat menampung nafsu berbelanja aku..

jangan risau.. aku guna duit aku sendiri bila beli kamera, lens segala.. tak bagus lah guna duit rakyat.. entah lah.. duit tu sepatutmye aku guna untuk hal-hal penting bila biasiswa aku rasa tak mencukupi.. hakikatnya aku dah guna awal untuk kepuasan sendiri..

sebenarnya aku dah mula start nak berjimat.. kadang-kadang aku dah mula berkira kalau menyentuh hal duit.. kawan aku yang lain banyak yg beli iPhone 4S, aku still dengan handset RM350.. just, kalau hal tentang kamera aku memang x boleh nak tahan.. kalau kat Malaysia Nikon D90 harga nk cecah RM3000.. siapa tak tahan bila orang jual harga RM2226 sekali dengan 18-200mm dengan 50mm??

5 comments:

  1. Owh ko guna Nikon ekk, aku pulak guna Canon. Hari tu nafsu aku membuak2 nak beli lens baru. tp bila mengenangkan nak byr keta ddgn road tax yg nak mati tu, terpaksa batalkan niat, ambik gmbar bukan utk kareer pun,, just ambik gambar as hobby.

    ReplyDelete
  2. aku sbnrnya 'convert' dr Canon ke Nikon.. haha

    nafsu aku nk beli lens memang susah nk dkawal.. entah lh.. kena kawal nafsu ni.. lebih2 lg stay sorg2 kat aussie..

    ReplyDelete
  3. aku plan nak tukar beli Nikon jugak, tp tengok lah.,dah mcm biasa guna Canon dah. I'm desperately nak beli lens tamron 18-270 mm tu..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku x prnah guna Tamron.. bagus ke?? sebab kebiasaannya design lens Tamron nampak buruk.. aku suka pakai lens yang design cantik.. kah kah.. design lens Nikon cantik2.. tp biasanya mahal lah.. Tamron biasanya murah..

      Delete
  4. what if u start buat duit guna camera tuh...i dunno...think of something...at least berbaloi gak spending mahal2 tuh

    ReplyDelete