Thursday, 27 February 2014

Peluk Erat







"dah nak hujan lah.. pegang aku kuat-kuat tau.. aku nak pecut.." kata Shahir..

aku hanya mendiamkan diri.. dengan serta-merta Shahir dah tekan minyak.. aku mula cuak.. tanpa aku sedari, tanganku telah pun terus memeluk tubuh Shahir dari belakang.. motorsikal memecut dengan pantas.. hujan yang pada asalnya hanya rintik-rintik, kini mula semakin lebat..

memecut laju, tapi kami masih lagi berada di lebuh raya yang panjang.. tiada tempat yang boleh jadi perhentian di tepi dan kanan.. kereta juga bergerak laju tak putus-putus di kiri dan kanan.. tidak boleh berhenti.. terpaksa memecut laju juga..

semakin lebat.. kami berdua mula basah kuyup dimandikan hujan yang seakan ribut.. kami dah terperangkap dalam hujan.. 

Shahir tekan minyak lagi.. semakin laju, motorsikal dibawa mencari tempat untuk berhenti dan berteduh..

basah dan sejuk.. gementar dengan kelajuan ini, tanganku semakin erat memeluk tubuh Shahir.. aku peluk.. tidak mahu melepaskan dirinya.. peluk sekuat hati aku..

bergerak dan terus bergerak laju..

kemudian, aku terdiam..

masa seakan terhenti seketika..

Aku peluk dirinya?

terdiam lagi..

untuk pertama kali, aku memeluk dirinya.. di bawah simbahan hujan lebat, aku telah memeluk dirinya.. untuk sesuatu yang aku sukar tafsirkan, entah kenapa aku rasa masa seakan terhenti seketika...

hujan dan terus menghujani.. kedua-dua pemuda ini telah terperangkap dalam hujan.. sejuk mula dapat dirasakan.. apa lagi pada kelajuan ini, hembusan bayu membuatkan lagi kersejukan itu dapat di rasai.. namun pada saat ini, ada 'kehangatan' yang aku mula rasakan.. ianya hangat yang menyenangkan.. kehangatan yang membuatkan aku lupa akan kesejukan.. 

terdiam.. aku peluk lagi tubuh dirinya..

erat.. dan semakin erat..






Unspeakable Love Part 34....

Coming soon....








14 comments:

  1. haaaiiipppp...
    ni cikgu nak marah neh..
    salah tu...

    bukan tekan minyak..
    memulas minyak..
    moto kawalan minyak dia kat tangan bukan kat kaki..

    pepun..
    jgn tekan minyak moto..

    har har harrrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah lh.. bukan tekan tp pulas.. hahaha..

      Delete
  2. tak sabar ini… nk sambung baca ini….

    ReplyDelete
  3. Aku dah terlalu lama sabar menunggu tetiba cite hujan...bestnye...he..he..

    ReplyDelete
  4. 1 episod berbulan2 nk kuar.haishhhh

    ReplyDelete
  5. Putera..... macam lambat lagi jer nak publishkan unspeakable love tu...... huhuhu..... tak sabar rasenya....... cerita true story yg kat LRT tu ad sambungan lagi ker?? nampak macam orang sume mintak ko wat sambungan..... dah boleh sangat lar tu.... hehehe..... tapi abiskan unspeakable love ni dulu baru pikir yang tu ok......

    ReplyDelete
  6. 2014 ni pun blum.tntu tamat novel ni. Lambat gilerr.. cam.nk.maki je

    ReplyDelete
  7. Sakitnyer badan kene hujan bila pecut laju2... nice one...

    ReplyDelete
  8. Bila lg smbungannya nie??

    ReplyDelete
  9. Bapak lambat nk sambung *fuck

    ReplyDelete
  10. Dah la tunggu part Shahir.. muncul gak..

    ReplyDelete