Wednesday, 5 March 2014

Sokong Zen Zyker, MR. GLOBAL Malaysia






aku ni asalnye sebenarnya takde lah follow sangat pasal pageant ni semua.. kalau difikirkan lah, aku ni start kena exposed benda-benda ni semua bila aku ada follow satu page kat Facebook ni, ASEAN Community namanya.. page ni antara page FB yang aku minat dan sentiasa follow.. nak dipendekkan cerita lah, based on apa yang aku perhatikan lah, orang Filipina ni agak obses dengan pageant semua.. aku rasa tiada rakyat negara di dunia ni yang paling obses dengan pageant berbanding orang Filipina.. so, nak disingkatkan juga, admin orang Filipina bagi page ASEAN Community tu suka je nak update pasal pageant-pageant ni.. so, bila aku dah follow page tu, so memang aku pun terdedah lah dengan benda-benda ni semua.. asal sikit Miss World lah.. Miss Universe lah.. admin Filipina tu asyik post pasal yang tu je.. aku pun boring tengok.. 

lama-lama aku pun terdedah pasal pageant ni.. dari beauty pageant perempuan jadi pageant untuk lelaki macam Manhunt International lah, Mr. International lah dan macam-macam lagi..

kali ni aku nak cakap pasal another pageant untuk lelaki iaitu Mr. Global.. apa yang menarik pasal Mr. Global ni pada aku adalah disebabkan siapa wakil Malaysia untuk pageant ni.. aku rasa banyak juga yang tahu kot pasal ni.. PLU-PLU for sure banyak yang aware pasal benda ni.. kalau yang still tak tahu wakilnya adalah 'Zen Zyker'..

Zen Zyker ni aku dah kenal lama juga lah.. kenal kat FB je.. then kenal kat Instagram.. before dia join mana-mana pageant aku dah tahu dia.. first time tengok Zen Zyker ni aku tahu yang dia ni 'muslim' tapi aku curious pasal bangsa dia.. my first impression aku bila tengok dia ni "hurmm.. macam ada kacukkan siam je..".. so aku fikir dia ni mesti melayu-siam kot.. but yang pasti orang Islam lah.. 

ini lah yang menariknye.. sebab wakil Malaysia adalah orang ISLAM untuk pageant..

haaaaaaaaahhhhhhh.... kenapa??

sebab benda ni macam 'rare' dan agak 'lain' sikit bagi aku.. ye lah.. last year kan kecoh pasal orang perempuan Islam nak join Miss World Malaysia lalu satu Malaysia kecoh pasal benda ni.. tapi kali ni orang islam juga join pageant ni tapi yang bezanya orangnya lelaki.. dah tu ada darah melayu juga.. 

so, aku rasa macam... hurmmm..

aku neutral je okay.. aku fikir macam ni.. waktu perempuan Islam join pageant orang bising pula, tapi kalau wakil lelaki Islam yang join takde pula yang nak kecoh.. kalau kata perempuan takleh join sebab dedah aurat, tapi bukan kalau lelaki pun lebih kurang sama juga ke konsep nye??

aku takde lah kata aku tak suka kalau Zen Zyker ni join pageant ke apa.. but yang aku nak sentuh pasal 'riaksi' orang Malaysia macam 'berbeza-beza' ni.. hakikatnya untuk pageant lelaki, aku pun memang harapkan kalau wakil kita adalah yang berdarah melayu tak seperti kebiasaanya orang cina.. maybe aku rasa orang melayu lagi hensem kot or sesuai.. hahaha..

but, orang melayu-islam ni kan banyak perkara taboo nya.. salah satu perkara taboo orang melayu-islam ni bila kita nak cakap pasal aurat.. 

then disebabkan faktor aurat ni lah yang sebenarnya menarik perhatian aku pasal Zen Zyker ni bila dia join Mr. Global.. 

aku tertanya-tanya macam ni..


"adakah Zen Zyker ni akan shirtless berseluar dalam je nanti bila contest tu bermula??""


ni lah yang aku jadi excited nak tahu.. sebab apa? persoalan mengenai..


"adakah dia sanggup buat nanti??"


aku rasa lah kalau ikut mana-mana pageant, memang akan ada shoot seksi-seksi ni.. aku rasa termasuk juga dengan Mr. Global..

aku pernah terbaca ayat yang Zen Zyker ni pernah tulis before dia nak join pageant..

ayat dia lebih kurang macam ni..

"teringin nak join, tapi tak nak lah buka-buka baju semua.."

kiranya apa yang aku baca tu macam dia nak join tapi tak nak seksi-seksi...

so far, kalau ikut contestant semua kan, yang lain kita google gambar wakil negara lain, memang akan ada gambar mereka tengah seksi-seksi hanya berseluar dalam sahaja.. malah wakil Indonesia pun biar pun islam tapi selesa bergambar dengan seluar dalam.. tapi kalau wakil Malaysia, Zen Zyker kalau cari-cari gambar dia memang tak ada satu pun gambar dia yang seksi-seksi.. kiranya wakil Malaysia ni paling sopan lah tak pernah ada gambar yang seksi-seksi..

so, disebabkan itu lah bagi aku hal ini jadi menarik..

"adakah dia akan bergambar hanya berseluar dalam dalam contest tu nanti??"

kalau ikut formula pageant ni memang biasalah untuk shoot seksi-seksi ni.. aku bukan kata aku ni gatal ke apa, tapi perasaan ingin tahu je.. persoalan mengenai..


"Adakah Zen Zyker akan hanya berseluar dalam di pertandingan MR. Global nanti??"


hahahaha.. sama-sama lah kita nanti sama ada wakil melayu-islam kita akan hanya berseluar dalam pada contest tak lama lagi.. aku pun teringin nak tahu apa yang Zen Zyker ni akan buat nanti pada contest tu.. but for sure, aku rasa dia ni macam unsur-unsur islamik tu macam kuat juga lah pada diri dia based on apa yang tengok pada dia lah..

but persoalan ni lagi..

"dia akan seksi-seksi ke tak nanti??"

hahaha.. ni yang buat aku excited nak tahu..

apa-apa pun sama-sama lah kita sokong wakil kita ni okay!! 

jangan lupa untuk VOTE kat SINI.. 

tekan LIKE untuk vote!!
























10 comments:

  1. kebiasannya memang kena pakai seluar dalam jer..kita tunggu dan lihat saja..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. aku asalnya ingat org Kelantan gak.. tp waktu dia join Mr. Planet Malaysia, aku tgk dia wakil 'Pahang'.. myb just membesar kat Kelantan je kot..

      Delete
    2. Kalau kao dah kenal dia nape tak terus tanya je, sanggup ke dia nk berseluar dalam je. Anyway lambat lagi ke fahri nk muncul balik ni?

      Delete
  3. ala, die leh je pakai trunk....
    swimmer malaysia leh je pakai trunk

    ReplyDelete
  4. i like his eyes when he smile..... hehe.... he will naked on that competition..... rasanye tak kan la nak fully naked kot..... cube tgok orang yang bina badan tu.... wakil Malaysia tu..... sape name die??? korang tgok dia pakai pe?? klu dia berani nak naked rasenye dia akan naked..... hehehe

    ReplyDelete
  5. Kira pakej lengkap dari atas sampai bawah. Yang mahal kening dia yang tebal tu. Bibir merah lagi, memang menepati citarasalah. Kalau tak menangpun mesti jadi mr.peberet ke mr.good pesonality ke..

    ReplyDelete
  6. Dia tarik diri dah, ada budak Mr. Planet laen yg wakilkan nnt, katanya ada kena mengena dgn isu family dia bla-bla-bla. Kemaen putra, semua gambar fb dia ko kaut ea.. hehe, dia mmg kacuk melayu *Kelantan dgn apantah lupa aku. Pglh tnya dia :) hehe.

    ReplyDelete
  7. dia memang orang kelantan... membesar di kelantan...
    bukan dia duk kt penang ker... ak pnah chat ngn dia kt fb pon sbelom dia jd Mr.Global ni...
    dia slalu je wakil2 ikut negeri lain.. xpham tol aku...

    ReplyDelete