Saturday, 26 November 2016

Kau Hensem

beberapa minggu lepas, pada waktu petang aku ada satu event formal. tapi sebelum tu, pada waktu pagi aku ada pergi ke shopping mall. jadi pakaian aku pada waktu pagi takde lah berpakaian formal pun. pakai pakaian yang orang biasa pakai untuk pergi shopping.. takde lah bergaya sangat. but yang pasti at that time aku pakai seluar khaki potongan skinny warna macam warna maroon.. takde lah skinny sangat pun.. aku suka pakai seluar skinny.. malah, kalau aku beli seluar jenis potongan tu sama ada jenis skinny atau pun jogger pant tu. tapi aku tak pernah lah beli seluar skinny yang sangat-sangat skinny yang macam seluar perempuan tu.. just skinny biasa-biasa yang masih ada ruang untuk kaki nak bernafas..

untuk dipendekkan cerita, aku lepas balik dari shopping mall tu sepatutnya akan pergi terus ke event formal tu.. balik je, masuk bilik aku terus tukar baju pakai baju kemeja tapi entah kenapa aku rasa malas nak tukar seluar slack.. rasa seluar skinny maroon aku ni dah macam okay kot.. bukannya jean pun.. so, terus lah nak gerak pakai baju kemeja dengan seluar skinny aku tu.. tengah-tengah nak jalan tu, aku ada lah curi-curi pandang diri aku kat mana-mana cermin.. baru terasa macam pakaian aku tu rasa tak kena je.. kemeja yang aku pakai tu macam tak sesuai dengan seluar yang aku pakai.. bila kau pakai baju kemeja company dipadankan pula dengan seluar skinny warna maroon.. memang nampak tak sepadan dan tak sesuai.. tapi aku fikir, ah lantak je lah.. dah bergerak pun kan.. jadi terus terus lah pergi ke event tu..

Seluar aku pakai tu lebih kurang macam ni. aku rasa
sebenarnya takde lah teruk sangat pun macam boleh
je lagi nak pakai formal dengan seluar ni. tapi mungkin
sebab semua yang lain pakai seluar hitam tapi aku
sorang pakai warna lain and potongan skinny sikit jadi
aku macam tarik perhatian orang sikit.
sampai-sampai kat event tu, bila event pun dah start semua, aku macam seolah-olah rasa orang-orang padang aku semacam je.. aku fikir, ke sebab aku pakai seluar skinny warna maroon ni menarik perhatian sangat? ye lah, aku jeling-jeling orang lain semua pakai pakaian formal warna gelap.. sepatutnya memang aku kena pakai seluar slack hitam pada waktu tu.. sebab dress code time tu sepatutnya pakai seluar slack hitam tapi aku je tak ikut.. aku rasa macam diperhatikan je.. dan memang pun.. kawan-kawan perempuan kat belakang aku entah kenapa macam tersengih-sengih semacam je pandang aku.. adalah mereka tergelak-gelak kecil.. aku pula buat macam biasa-biasa je..

"wah.. seluar skinny you.." suddenly ada kawan perempuan tegur..

aku pun cakap, "aku malas nak tukar seluar, sebab baru lepas dari shopping mall tadi.."

jadi memang betul lah kot yang seluar aku pakai mungkin menarik perhatian kot. sebab memang tak kena dengan majlis dan pakaian kameja yang aku pakai. tapi bagi aku seluar aku pakai tu takde lah teruk sangat. tapi lepas tu aku buat-buat tak kisah pun.

tapi lepas tu kawan-kawan perempuan kat belakang aku ni masih juga tersenyum-senyum tersengih-sengih.. ada juga yang panggil-panggil nama aku.. bila aku toleh, perempuan lain kata takde apa-apa.. aku pun rasa pelik lah.. apasal lah mereka ni macam tenung and tersengih kat aku semacam je.. pasal seluar aku pakai ni ke? lepas tu ada yang panggil aku.. pergi ke arah mereka, salah seorang dari mereka pun cakap..

"Wana (bukan nama sebenar) kata kau hensem lah.."

mereka semua terus tergelak-gelak.. budak yang nama Wana tu pun macam malu-malu..

riaksi aku pula macam takde apa-apa.. aku just anggap mereka sekadar bergurau.. terkejut tu ada lah.. tiba-tiba je kata aku hensem.. sebelum ni tak pernah-pernah pun kata macam tu.. aku fikir mereka hanya nak bergurau.. jadi macam tak ambil serius pun lepas tu..

tapi lepas habis event, ada meeting jap.. tengah-tengah nak tunggu meeting nak start, kawan perempuan yang lain pun adalah cakap kat aku yang si Wana tu tertarik kat aku.. dia kata aku hensem.. aku pula macam masih terkejut.. fikir tu hanya gurauan.. macam kenapa tiba-tiba boleh kata macam tu? selama ni berkawan, kenal tak pernah pun macam ada benda-benda macam ni.. pelik tu memang pelik lah.. tapi si Wana tu pun macam takde pula nak menafikan..

ingat perkara ni macam habis kat situ je.. tapi rupa-rupanya masih berlarutan sampai ke hari ni.. kawan-kawan perempuan lain kata yang si Wana tu crush kat aku.. and si Wana ni pula macam tak menafikan.. kalau jumpa aku macam tersenyum-senyum.. aku pula anggap yang dia hanya lah sekadar bergurau.. it's just a joke lah kot.. kawan rapat lelaki aku pun adalah main-main buat satu soalan kat aku..

"cuba teka siapa yang tertarik kat kau" kawan aku tu tanya..

aku pun buat-buat macam tak tahu.. tanya, "siapa dia?"

"dia orang Perak.. bla bla bla bla..."

aku pun buat-buat tak tahu.. sebab aku cuma rasa semuanya hanya lah gurauan.. but at the same time jauh kat dalam hati aku ada lah berbisik..

Betul ke dia tertarik kat aku??

ye lah.. kadang-kadang kita fikir orang tu main-main je.. but mungkin juga benda tu boleh jadi betul.. sebab semua benda boleh jadi.. aku still anggap yang semuanya cuma lah satu joke je.. entah lah..

tapi...

actually kan.. ni lah kali pertama setelah sekian lama orang ada kata yang dia tertarik aku.. walaupun mungkin perkara tu just main-main je.. setelah sekian lama bila dah capai usia aku ni, orang ada kata aku hensem.. dah lama tak dengar pujian macam.. aku takde lah kata aku ni hensem pun.. cuma memang dah lama tak dengar ayat tu.. (sebab aku just biasa-biasa je tak hensem pun).. kalau dulu-dulu time sekolah menengah ada juga lah orang puji macam tu.. last sekali orang kata aku hensem waktu aku tingkatan 4 kot.. lepas tu takde dah.. nak kata orang ada tertarik kat aku tu pun memang dah takde lah.. rasa macam diri ni tak menarik.. takde market.. baik kat perempuan, apa lagi kat lelaki.. hahaha..

entah lah..

pernah tak korang tertanya-tanya kat diri sendiri.. kadang-kadang kita pun curious juga, orang macam aku ni ada ke yang suka? ada tak orang crush kat aku? yang aku tahu, aku tertarik kat orang lain tu memang biasa terjadi lah.. tapi, orang yang tertarik kat aku tu ada ke??

ada tak lelaki yang tertarik kat aku?? hahaha.. so far yang ni memang tak pernah berlaku.. tak pernah lagi ada lelaki yang tertarik kat aku.. kalau ada yang tertarik tu, aku akan rasa pelik sangat-sangat.. macam akan tanya... apasal?? sebab memang tak pernah-pernah berlaku..










5 comments:

  1. Wahh Ada crush.. Memang perempuan ke? Bukan laki?

    ReplyDelete
  2. haha..aku yg buruk nih pun ada pompuan nak gak, adalah sedikit bangga..kihkih

    ReplyDelete
  3. mesti handsome ni tu yang ada orang tertarik tu...hehehe..kadang-kadang cara kita membuatkan orang lain tertarik dengan kita..hehehe

    ReplyDelete
  4. Cer tgk2 balik. Kot2 ade perubahan fizikal ke baru2 ni.. style rambut ke haha

    ReplyDelete
  5. Lupa tarik zip seluar kut, tu pasal semua pandang semacam..hahaha

    Perasaan tu amat normal pada orang2 yang ada masalah self-esteem, contoh mcm aku..hehehe..so aku faham.

    ReplyDelete