Sunday, 13 January 2013

Ada yang Rindu







aku akan pulang semula ke Australia pada 1 Februari ni.. bertolak dari Kota Kinabalu, Sabah, then ke KLIA sebelum berlepas ke Melbourne.. aku just nak cerita tentang seorang lelaki ni.. biar aku gelar dia dalam blog ni dengan nama Fiq.. kita orang mula kenal waktu aku mula-mula masuk asasi di IPTA.. kami berdua takde lah kenal or rapat sangat.. sebab berjumpa or kenal pun sekejap je.. ye lah.. aku dulu ambil asasi dalam tempoh sebulan macam tu je lah.. then aku pindah ke IPTS.. 

tapi kan, yang peliknye dia ni macam lain sikit.. nak explain macam mana, aku tak tahu lah.. senang cakap aku dan dia macam tak rapat lah waktu aku still belajar di IPTA dulu.. sebab just jumpa kat kelas.. berborak pun tak selalu.. tapi yang aku faham, dia ni macam nak try rapat dengan aku.. then lepas tu aku pindah IPTS.. tapi hubungan kita orang tak tamat macam tu je.. macam aku cakap lah, Fiq ni macam try nak rapat dengan aku.. dia pun selalu gak contact aku lepas aku study di IPTS.. 

nak diringkaskan, dalam fikiran aku tentang Fiq ni adalah begini, 'macam dia minat dengan seseorang ni (aku lah) tapi orang yang dia minat tu tak sedar akan dia.. then dia try nak rapat dengan orang tu..' tapi aku x nak lah menuduh dia minat aku ke apa.. just sebab usaha dia nak berkawan dengan aku tu je pelik sikit bagi diri aku.. misalnya macam aku gi Genting Highland dengan kawan aku, K-Pop Kelantan.. Fiq ni macam nak sangat join kami berdua (dia pun kawan kepada K-Pop Kelantan).. kata kenapa tak bawa dia.. then aku selalu pergi ke bekas IPTA aku tu sebab nak jumpa seseorang (yang aku suka).. tapi aku dan Fiq ni tak pernah berjumpa sebab banyak hal lah.. ada satu hari tu aku just singgah IPTA tu sekejap je, then Fiq ni tanya aku, kenapa balik awal sangat? dia nak sangat-sangat jumpa dengan aku.. kata dia kecewa dan terkilan sebab tak sempat berjumpa..

last-last dia pun kata nak jumpa dengan aku di luar, 1 Utama.. aku just pelik satu perkara.. kenapa lah dia ni teringin sangat nak jumpa dengan aku ye? nak kata waktu aku di IPTA dulu dengan dia, takde lah rapat pun.. tapi aku just okay je kalau nak jumpa.. tu lah kali terakhir aku jumpa dengan dia before aku fly gi Aussie.. then bila aku dah kat Aussie, dia pun ada gak hubungi aku.. kata ada plan nak pergi Sarawak jika aku ada kat Malaysia lah.. alasannya sebab nak jumpa dengan aku.. lagi lah aku jadi pelik.. kawan-kawan aku kat Semenanjung takde pula sampai nak pergi Sarawak semata-mata nak jumpa dengan aku.. then dia pun selalu cakap kat aku yang dia nak sangat nak jumpa aku ni.. ada juga dia kata yang dia rindu aku.. bila orang kata macam tu sebenarnya buat aku rasa janggal sikit.. boleh pula dia kata dia rindu kat aku.. (sebab tak pernah pula kawan-kawan aku direct kata rindu aku sebelum ni..) tapi aku tak tahu lah sama ada dia ni anggap aku sebagai kawan je ke or ada maksud lain.. bukan nak menuduh dia suka kat aku ke apa, just sebab cara dia nak rapat dengan aku tu je lain sikit.. (or aku je terlebih fikir?)

lagi-lagi lah waktu aku nak balik Aussie 1 Feb ni.. dia ada call aku, before fly Aussie ada singgah KL tak? aku kata ada, just untuk transit kat KLIA lah.. then dia pun cakap kat aku, nanti dia akan gi KLIA jumpa aku time tu.. (sanggup pula dia nak gi KLIA semata-mata nak jumpa aku? bukannye lama pun aku kat KLIA.. just untuk transit..)

dia ni buata aku berasa pelik je.. sebab dia buat perkara macam lain dari kebiasaan.. ye lah, kawan-kawan lain takde lah sampai pergi KLIA just semata-mata nak jumpa aku before aku fly.. lagi-lagi aku just transit kat KLIA je.. kalau lama-lama kat KLIA tak hairan lah.. macam dia betul-betul nak gunakan peluang yang ada semata-mata nak jumpa dengan aku.. 


fikiran aku macam ni, 'Kita tak rapat pun dulu, tapi kenapa kau yang terlebih-lebih buat benda macam kita ni dulu adalah sahabat rapat?'..


apa-apa pun.. korang saksikan lah video di bawah ni.. ads tentang tourism kat Australia.. kalau Malaysia trademark nye Malaysia, Truly Asia.. Aussie pula, There's Nothing Like Australia..








Tuesday, 8 January 2013

Anak Ikan



tengah-tengah aku online, tiba-tiba je aku terjumpa satu benda tentang filem yang bertajuk 'Anak Ikan'.. macam biasa lah, pengarahnya adalah orang yang sama untuk cerita 'Anu dalam Botol', Raja Azmi.. dalam perancangan, sepatutnya filem 'Anak Ikan' ini ditayangkan pada hujung tahun lepas, but sampai sekarang, takde pula berita tentang filem ni.. cerita tentang apa? dah nama 'anak ikan' mestilah tentang kehidupan seorang gay.. dah tu, menurut apa yang aku baca lah, pemegang watak anak ikan itu pula adalah Sam, Bunkface.. but don't know lah kan, sebab sampai sekarang takde pula berita tentang filem ni.. jadi dibuat filem or tak.. harap-harap jadi lah.. sebab Sam Bunkface tu pun comel gak.. hehe..

actually, filem Anak Ikan ini sebenarnya diadaptasi dari sebuah cerpen dengan tajuk yang sama, Anak Ikan.. then aku apa lagi, terus lah search tentang cerpen yang dimaksudkan.. akhirnya aku dapat tahu cerpen tu adalah sebahagian dari koleksi cerpen yang menyentuh tentang dunia LGBT.. tajuk bukunya adalah 'Orang Macam Kita'... banyak cerita yang disentuh.. isu tentang gay, lesbian malahan khunsa juga diceritakan.. aku tanpa membuang masa, terus-terus je membeli buku tersebut di laman web ebay.. harga RM20.. entah kenapa aku beli.. mungkin sebab aku nak tahu dengan lebih lanjut tentang cerpen dalam buku ini.. ye lah kan.. susah nak cari buku macam ni kat pasaran.. nak beli pun kena buat pesanan dari internet.. 

berikut adalah keterangan lebih lanjut tentang buku tersebut.. (copy paste je)



Tajuk: Orang Macam Kita
Penyunting: Azwan Ismail & Diana Dirani
ISBN: 9789834484569
Mukasurat: 226
Pencetak: Academe
Rekabentuk & Rekatelak: Teck Hee
Harga: RM20 (Malaysia)/ USD$15 (Amazon)
Buku ini TIDAK akan dijual di kedai-kedai buku utama (hanya di Silverfish). Ia hanya boleh dibeli di event-event dan juga melalui pesanan pos (sila emel Amir Muhammad di info@mataharibooks.com - pengeposan percuma di seluruh 1Malaysia ).Kata pengenalan buku boleh dibaca di sini.





review tentang isi kandungan cerita ini oleh blog Zine Satu Malam


Kandungan:

Tiga Perbualan dan Satu Siri Pesanan Ringkas - Nur Fadhlin Binti Mohd Yusof
Cerpen yang mengetengahkan 4 pecahan plot di dalamnya yang paling menarik perhatian saya memandangkan gaya selamba dan tempo pantas dalam penceritaannya mengenai dialog di antara watak utama dan watak tambahan dengan menggunakan perspektif orang pertama. Dalam perbualan 1, ia mengenai cara mereka bercinta sama sahaja dengan pasangan normal yang lain. dalam satu siri perbualan ringkas, ia mengenai sahabat lamanya yang melarang watak utama daripada bergaul dengan isterinya kerana takut isterinya akan terikut-ikut perangainya. Dalam perbualan 2, ia mengenai golongan PLu menjadi begitu bukan kerana foreveralone.jpg tetapi ia punya pelbagai faktor yang mendorongnya, bukan sebagai sebuah gejala tetapi lebih kepada kecenderungan seksual. Dalam perbualan 3, ia mengisahkan hubungan percintaan di antara Lin dan Faridah dengan cara berselimut. 

Anak Ikan - Ajami Hashim & Fadli al-Akiti
Turut menggunakan perspektif orang pertama, ia sebuah cerita fantasi yang unik dan tersirat di mana watak utama, Teruna, adalah orang yang normal seksualnya tetapi dia diminati oleh sahabat baiknya yang homoseksual dengan plot cerita yang bergerak perlahan. Sahabat baiknya, Pria, telah meninggal secara mengejut. Dia telah mewasiatkan seekor anak ikan gupi kepada Teruna untuk dijaga. Tanpa disangka, ikan gupi itu bertukar kepada seorang pemuda bertelanjang, berwarna biru, berambut perang dengan kaki separa bersisik emas.Pemuda anak ikan gupi itu menjadi peneman utama Teruna sebagai tempat bercerita dan tempat mengongsikan cerita Pria yang lalu mengenai betapa dia menyukai Teruna. Akhirnya, anak ikan gupi itu menunjukkan rasa suka pada Teruna menyebabkan Teruna berasa serba salah lalu tidak balik rumah seperti selalu. Kemudian, apabila menyedari ikan gupi itu seperti Pria, dia akhirnya kembali ke rumah dan sempat menyelamatkan anak ikan gupi yang terabai. Perlahan plot cerita ini menyebabkan aku perlu tekun menelaah bait katanya. 

Sembang Ratu - Nizam ZakariaBagi yang pernah membaca Jen Jenal karya Zoul Yazix, ia menggunakan stail penceritaan yang sama dengan menggunakan ayat mak nyah (yang aku kurang faham dan asyik ter-.-) Jadi, review aku paling pendek untuk ini; sebuah monolog dari sudut seksualiti alternatif -->










Jika Itu Takdirnya - Khalid Idris
Sama seperti cerpen-cerpen sebelum ini yang menggunakan perspektif orang pertama, gaya penceritaan yang kemas dengan tempo yang sederhana pantas menceritakan tentang hubungan terlarang Arif dan Farid yang direstui oleh abang Arif, Along. Pada suatu hari secara klisenya, Farid mendapat tahu bahawa Arif merupakan saudara seemak tak sebapa menyebabkan dia mengelakkan diri daripada Arfi. Arif akhirnya ketahuan tetapi akur dengan takdir yang berlaku. 

Pangkon - Dalih Sembiring
Ceritera ini merupakan nukilan penulis dari Indonesia yang menggunakan lenggok bahasa yang semulajadi bertemakan homoseksualiti sesama gadis. Cara penceritaannya yang pantas menarik pembaca menitip-nitip ayatnya bagi mereka yang biasa menikmati karya penulis Indonesia. Nak tahu lebih lanjut, bacalah tetapi ini bukanlah karya 18 tahun ke atas dengan nada tersirat.

Hanya Jauhari Menyelindung Manikam: Memburu Ikon Gay dalam Filem Malaysia - Fadli al-Akiti
Ia merupakan sebuah esei mengenai ikon gay di Malaysia di mana penulis menekankan tentang arus ikut-ikutan dalam bidang hiburan di mana pemaparan mengenai homoseksualiti menjadi tersekat di dalam medium hiburan masyarakat dengan meletakkan faktor budaya dan agama memainkan peranan dalam perihal seksualiti alternatif. Esei ini lebih kepada sebuah kronologi dunia hibura dari sebuah sastera epik Bugis, La Liga sehinggalah kepada masa kini, antaranya filem Waris Jari Hantu dan Man Laksa.



Avatar Tekne Seksual - Clarissa Lee

Salah sebuah karya yang mungkin tidak digemari oleh pemikiran mereka yang masih suci dengan ayat ' mereka berdua tidak jemu-jemu menjamah tetek masing masing, meramas dan bermain dengan tangan, jari, lidah. ' Awal-awal saya katakan, jangan baca kalau tidak menggemari prosa sebegini. Fikyen ini berlatar belakangkan sebuah institusi pendidikan di luar negara di mana dua orang artis seni membuat sebuah persembahan seni 'perantaraan organik erotik' di mana ia cuba menyampaikan yang biseksualiti boleh hadir dalam setiap individu dengan menggunakan rangsangan tertentu untuk mengaktifkannya. 



Rabak - Mohd Zaain Bin Md ZinKisah ini merupakan sebuah konflik keluarga yang dialami oleh Pena yang menghadapi kerenah adik lelakinya yang tidak dapat menerimanya sebagai seorang gay. Dia terkantoi dengan adiknya sendiri ketika tengah elok memeluk teman lelakinya dalam keadaan telanjang. Teknik penceritaan yang pantas dengan gaya ringan serta mudah ditelusuri.

Sulalatus Anilingus - Ridhwan Saidi

Karya ini ditulis oleh penulis yang sama untuk novel Fixi - Cekik, jadi aroma gaya yang sama digarap dalam cerpen ini yang dipecahkan kepada dua plot. Plot pertama berkisar dengan kisah 'aku' si lelaki dan 'dia' si perempuan yang bergaduh kerana si perempuan hendak membuang anak yang dikandung dan plot kedua berkisar tentang sepasang kekasih , 'aku' si lelaki di plot pertama dan 'dia' si lelaki menjadi teman cinta 'aku' yang sedang membicarakan tentang filem pendek Comolot yang telah meroboh dogma perkahwinan heteroseksual.



Lurus Atau Bengkok - Dina Zaman

Ia merupakan sebuah esei huraian berdasarkan sisipan-sisipan cerita di mana permulaannya mengenai X yang telah pergi haji dua kali dan juga seorang lesbian, dalam dilema kecenderungan seksualnya yang bertentangan dengan agama lalu berusaha mendekati agama demi mencari ketenangan, sisipan kisah lain yang penulis masukkan adalah tentang kisah Haji Zainal Abidin yang homoseksual, perspektif mengenai kecenderungan seksual alternatif di Malaysia, lesbian bertudung, serta wawancara dari kalangan mereka di sisi seksualiti alternatif ini.

Pencuri Hati - Nizam Zakaria
Salah sebuah fiksyen yang saya anggap menarik dari teknik penceritaannya di mana ia mengaplikasikan Stolkholm Syndrome. Watak utama, Azwan, jatuh cinta pada perompak yang hampir membunuhnya di sebuah lorong gelap menyebabkan dia sering mendatangi lorong yang sama demi terserempak dengan perompak tersebut. Perompak tersebut akhirnya memulangkan dompet Azman dengan meletakkan dompet tersebut di dalam kotak surat flat Azman menyebabkan Azman teruja untuk bertemu si perompak yang telah mencuri hatinya sekali.



Gay.a Ke Aku? - Zulkifli Bin Mohamad

Sebuah kispen mengenai 'aku' yang menceritakan kelainan seksualnya dalam gaya yang naif sejak dari kecil sehinggalah dia dewasa. Sangat pendek dan ringkas tapi cukup menyampaikan apa yang bermain dalam jiwa mereka di sisi seksualiti alternatif.



Duyung Karuna - Chuah Guat Eng

Sebuah cerpen yang menceritakan tentang seorang ibu yang sedang nazak, menyesal kerana menganggap anak lelakinya yang bernama Cal sebagai seorang pembawa sial. Ia lebih kepada konflik keluarga yang akhirnya mengundangkan penyesalan kerana gara-gara isu homoseksualiti, Cal dikatakan membunuh diri. Kisah ini panjang dan perlahan temponya.



Indra Dan Fadil - Paul AgustaCerpen yang dialih bahasa dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ini mengisahkan permainan Sejarah Ringkas Media Cetak Tentang Orang Macam Kita - Hafidz Baharom

Tiada Sesalan - Azwan Ismail

Kisah ini merupakan kisah transformasi dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa di mana watak 'dia' menceritakan keadaan yang tidak asing dialami oleh gay yang meningkat dewasa sepertinya. Karya ini turut disuntikkan dengan unsur erotika.



Wanita Dua Wajah - Bissme S.

Cerpen ini mengenai watak Rebecca yang terpaksa melakukan sesuatu yang kejam demi cintanya kepada Jennifer yang berlatar belakangkan sebuah keluarga yang kuat beragama. Jennifer berada dalam dilema di mana dia perlu memilih sama ada menjadi seorang yang patuh kepada agama atau pun menjadi seorang homoseksual. 



Honey - Bernice Chauly

Kisah yang menggunakan konsep monolog di mana Honey merupakan seorang transeksual yang bercerita mengenai keluarganya, pekerjaannya dan pengalamannya berhadapan dengan pihak berkuasa. Cara penceritaan yang sangat menarik dan bertempo pantas serta mudah difahami. Honey turut menekankan tentang ketidak adilan yang dialaminya sebagai seorang transeksual yang ingin menjadi wanita cantik.

Sepetang Di Kafe Oedipus - Mohd Ikhwan
Cerpen yang menggunakan format dialog dalam penceritaan ini merupakan sembang-sembang di antara tiga rakan di mana mereka mengaitkan peranan agama dan budaya dalam isu seksualiti dengan politik. Boleh tahan menarik perbincangan dalam cerpen ini di mana penulis menekankan tentang peranan ahli agama dalam membantu golongan pemerintah menggunakan isu moral dalam menumpaskan musuh-musuh politik.

Syi - Mohd Syahar Azizan
Cerpen ini adalah mengenai Reza yang berkawan rapat dengan Syifa; cuba menggoda Irene si penjual belon lalu mendapatkan no telefonnya. Walang bagi Reza, kerana Irene meminati Syifa dan taktik awal Reza hanya merupakan batu loncatan untuk Irene merapati Syifa. 

Vagabundando, Vagabundando - Fernando Rosa Ribeiro
Karya ini merupakan buah tangan penulis Indonesia yang menggarapkannya dengan bahasa Indonesia yang bercampur dengan bahasa Portugis Brazil tetapi telah diterjemahkan gaya bahasa Indonesia kepada gaya bahasa Melayu sambil dikekalkan sebahagian ayat bahasa Inggeris dan Portugis Brazil. Ia kisah perspektif kehidupan kelainan seksualnya di mana dia suka merantau dan menceritakan pengalamannya ketika merantau.



Yang Sebenarnya - Adibah Yahya

Cerpen ini mengisarkan sepasang kekasih iaitu Saleh dan Ayu tetapi Salleh mempunyai kekasih gelap yang lain yang bernama Hassan. Ayu meninggal dunia akibat kemalangan ketika Salleh dan Hassan..... jeng jeng jeng. 



Sembang Ratu II - Nizam Zakaria

Seperti Sembang Ratu yang pertama, ia merupakan monolog seorang gay Melayu yang mengkritik peristiwa sekeliling dan kedengaran lawak ketika membacanya kerana aku membayangkan seorang nyah tengah bercerita dengan aku.

Sekilas Ikan Di Air, Siapa Tahu Jantan Betina: Siapa Sebenarnya Panji Semirang Asmarantaka? - Farish A. Noor
Esei ini merupakan sebuah kajian penulis tentang  kompleksiti masyarakat silam dengan karya zaman dahulu dengan mengkaji Hikayat Panji Semirang Asmarantaka di mana teks klasik ini menunjukkan kesamaran seksual dan keinginan bersama di antara watak Panji dan Raden Inul. 

Asmara Dua Vampir - Diana Dirani
Fiksyen ini mengisarkan tentang vampire homoseksual yang bernama Tijani yang tinggal bersebelahan dengan Mazin seorang penulis homoseksual yang mempunyai teman senggama bernama Irwan sedang berkhayal dalam fantasinya sambil mencuri dengar perbualan jirannya.



Monday, 7 January 2013

PLU Versi Perempuan





kali pertama aku berjumpa dengan PLU versi perempuan sewaktu aku still study kat pj.. time tu aku sedang dalam perjalanan dari stesen LRT Hang Tuah nak pergi ke Bukit Bintang.. then time tu lah aku ternampak satu pasangan sedang berpelukan di khalayak ramai di stesen LRT Hang Tuah.. kedua-duanya adalah perempuan.. seorang lagaknya seperti lelaki (pengkid) tanpa segan silu memeluk seorang perempuan yang agak manis rupanya.. kedua-dua mereka duduk manakala di sekeliling mereka penuh dengan orang ramai sedang melintas.. aku hanya memandang mereka.. nampaknya mereka langsung tidak menghiraukan akan kelibat orang ramai yang sudah pasti memerhatikan apa yang mereka sedang lakukan.. mereka nampak kelihatan mesra sekali.. nampak bahagia.. aku hanya memandang mereka dengan perasaan ingin tahu.. itu lah kali pertama aku berjumpa dengan PLU versi perempuan.. kalau tak silap terjadi pada tahun 2011 kot.. but since then, aku tak pernah lagi berjumpa dengan golongan seperti ini.. itu lah yang pertama dan still tak jumpa yang kedua..

sejujurnya, aku tak pernah nak hiraukan tentang isu pengkid or lesbian sebelum ni.. biarpun sebenarnya hal ni sama je dengan isu gay or maknyah, tapi aku jarang terdedah dengan hal yang berkaitan dengan PLU versi perempuan.. sebab bagi aku, dalam kes LGBT, usually orang akan lebih fokus pada golongan gay dan maknyah.. mungkin disebabkan golongan gay dan maknyah lebih suka mendedahkan diri dan dari ke hari semakin berani dan menjadi-jadi, so mereka lebih menjadi highlight dalam isu ini.. 

kenapa aku tiba-tiba cerita tentang PLU perempuan? sebab baru-baru ni semakin banyak PLU perempuan yang add fb aku.. dan dari profile mereka, aku terjumpa pula page golongan seperti ini lalu berjumpa pula blog mereka.. aku pula tak menyangka golongan seperti ini ada add fb aku yang turut membawa maksud mereka ada baca my blog lah.. 

dari satu blog, ada satu artikel yang cukup menarik perhatian aku.. tajuknya 'Pengkid dan Konek'..


"Sometimes aku berharap aku ada konek - bukan sebab nak main tapi more towards the right as a husband and a dad. Aku nak ada konek so that I will be called a man, instead of pengkid who can't never has a right of a husband. Aku nak ada konek so that aku boleh kahwin dengan perempuan yang aku sayang dan ada anak untuk sambung zuriat."


bagi aku ayat ni ada maksud yang mendalam.. ayat yang bagi aku sangat jujur dari hati.. cukup jelas menunjukkan apa yang penulis rasakan..

ini lah yang aku katakan sebagai 'tahap penderitaan naluri'.. sedar ataupun tidak, bagi golongan gay (bukan maknyah) patut bersyukur akan satu perkara yang kita hanya diuji dengan satu ujian iaitu, ujian mencintai golongan yang orang katakan haram buat kita.. but, bagi golongan seperti pengkid or maknyah ni pula kena menghadapi dua ujian.. pertama sama juga lah ujian mengenai 'cinta' namun kedua adalah ujian 'penerimaan terhadap diri sendiri'.. senang cakap masalah identiti.. perempuan tapi tak rasa diri perempuan.. lelaki tapi tak rasa diri lelaki.. tak seperti golongan gay (macam aku lah).. still rasa diri lelaki but nak juga mencintai lelaki.. tak ada ujian yang 'kedua' tu..





Their Blogs..







#sebenarnya aku tertanya-tanya akan satu perkara.. kalau kes mereka ni sama ke macam yang lelaki? maksud aku usually lah bagi PLU lelaki mereka prefer hubungan antara lelaki yang straight act dengan lelaki straight act yang lain.. maksudnya macam 'maskulin dengan maskulin' lah berbanding 'maskulin dengan yang agak feminim'.. so, adakah kalau kes perempuan ni dia orang lebih prefer macam 'feminim dengan feminim' berbanding yang 'feminim dengan yang agak maskulin'??

Tuesday, 1 January 2013

Perempuan PLU

SELAMAT TAHUN BARU!!

Hehe...

Untuk post paling awal aku just nak cakap tentang golongan PLU perempuan.. Sebab akhir-akhir ni banyak pula budak-budak perempuan yang ada add aku kat FB.. actually, dulu-dulu lagi memang ada perempuan yang dah add aku pun.. Waktu tu aku terkejut gak sebab tiba-tiba ada perempuan yang baca my blog and add fb aku.. Then aku kata kat dia 'x sangka pula ada pembaca perempuan...' then dia pun balas, 'actually i pun PLU gak..' aku pun balas lagi 'owh.. PLU versi perempuan lah ni? Ok2.. Faham...'
Tapi sejak kebelakangan ni banyak pula perempuan yang add aku.. Ada yang mengaku PLU gak.. Tapi ada yang senyap je.. Lepas tu aku ni mula lah terdedah dengan dunia PLU 'versi perempuan'..
Firstly.. Menurut permahaman aku lah adalah sebegini...

Tomboi- perempuan yang lasak dan kasar tapi tak semestinya mereka ni PLU.. Ada yang straight ada yang tak...

Lesbian- perempuan yang merasakan diri mereka perempuan dan berkelakuan seperti perempuan tapi memiliki perasaan suka pada perempuan juga..

Pengkid- perempuan yang merasakan diri mereka lelaki dan berkelakuan seperti lelaki tapi memiliki perasaan suka pada perempuan..

Aku nak cakap tentang hal ni dengan lebih detail lagi tapi takde kesempatan sangat.. Ni pun aku update guna phone.. Tapi aku nak cakap lah yang aku ni dah mula follow blog PLU versi perempuan.. Mungkin agak lain dengan yang lelaki.. Tapi aku percaya memang banyak persamaan sebenarnya..
Paling best aku baca tajuk entri 'aku nak konek'... Hehe.. Begitu mendalam maksudnya... Tapi aku ni faham lah apa yang dia alami.. Dan aku akan cerita hal ini dengan lebih detail lagi pada post akan datang...

Published with Blogger-droid v2.0.9