Monday, 31 October 2011

Aku Jatuh Cinta

2005.. di satu malam.. pukul berapa, aku pun tak pasti.. agak lewat kerana semua bilik di asrama aku sudah gelap.. hanya ada beberapa orang yang masih berkeliaran di sekitar asrama.. tapi di bilik aku hanya sunyi... mungkin, pelajar lain sudah nyenyak tidur ataupun berpura-pura tidur.. aku pun tidak pasti kerana ini hanya imbasan secebis memori aku di masa lepas.. 

hatiku berbunga-bunga.. ingin meluahkan sesuatu yang aku rasa telah 'menyentuh' hati ini.. perasaan yang ganjil.. satu perasaan yang tidak pernah aku alami sebelum ini.. perasaan yang aneh namun mengujakan.. namun aku sendiri tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan 'kata hati' ini.. ergh... terasa ingin meluahkan segala apa yang aku rasakan ini..

aku menuju ke katil teman baik ku.. dia sedang berselimut.. mungkin sudah bersedia untuk tidur.. 

aku memandang wajahnya sambil tersenyum..

"aku ada benda nak cakap ni..."

dia hanya terdiam.. tapi memandang aku.. bersedia untuk mendengar apa yang aku ingin sampaikan..

"macam mana nak cakap ye.. ergh.. hmm... aku rasa aku sudah jatuh cinta.."

dia hanya memandang aku.

"tapi... dia seorang lelaki.."

!!!

aku terdiam.. tiba-tiba terasa amat ganjil apabila aku mengatakan bahawa aku sudah jatuh cinta.. lebih ganjil lagi apabila aku memberi tahu bahawa orang itu adalah seorang lelaki.. perasaan yang agak aneh.. aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh berkata sedemikian rupa..

teman aku hanya berdiam diri.. reaksi dirinya, aku tidak ingat.. aku juga mendiamkan diri... satu perasaan aneh mula muncul dalam diri... kemudian, aku beredar dari tempat tidur teman ku... fikiran aku kosong...

ini kali pertama aku berkata, "aku jatuh cinta..."









First Love, Utada Hikaru (english version)








# haha.. kalau difikirkan semula, aku ni macam shinchan gak... muda-muda lagi dah cakap diri sudah jatuh cinta.. kelakar... tak tahulah macam mana aku boleh cakap benda macam tu... lebih-lebih lagi beri tahu pada teman sendiri yang aku 'jatuh cinta dengan seorang lelaki'.. bwa haha...

# muda-muda lagi, still innocent lah.. tak faham apa benda yang dimaksudkan dengan 'gay' ni.. aku rasa teman aku tu pun still tak faham gak.. tapi, seriously, bila aku cakap macam tu tiba-tiba aku berasa pelik.. memang patut aku berasa pelik pun... tapi aku memang tak faham sangat dengan hal-hal ni semua.. memang tak faham pun..

# eh.. jap... kata nak offline.. tapi still update blog gak.. bwa haha... rasa pelik lah bila tengok blog sendiri takde update terbaru...


Thursday, 27 October 2011

the Unmarried Father



waktu aku tengah online PR, tiba-tiba ada seorang lelaki ni tengok profile aku.. aku lihatlah siapa dia.. buka profile dia.. tengok dan baca profile dia.. umur 30 tahun.. dalam profile ada tulis dia adalah seorang unmarried father.. ada seorang anak lelaki yang sekarang ni sudah berumur 3 tahun.. baca status seksualiti dia, seorang gay.. dalam hati aku berkata, "menarik ni.."

then aku cuba tegur dia..

aku: macam mana unmarried father tu? ambil anak angkat ke?
dia: yupp..
aku: ok.. btw, that's nice!!


satu persoalan yang menarik.. sebelum ni aku ada baca dekat blog Mus cakap pasal hal perkahwinan.. ini adalah antara konflik yang melanda golongan yang macam aku ni.. honestly, aku pun teringin gak nak ada family.. teringin nak ada anak sendiri.. (padahal aku muda lagi.. tapi ini isu pada masa hadapan) persoalannya, dengan siapakah aku akan membina 'family' aku? honestly, aku ada fikir yang aku akan try kahwin dengan perempuan.. tak kisahlah perempuan macam mana.. cantik or tak cantik.. so, bila aku dah kahwin nanti, aku akan try jaga isteri aku dengan baik.. jaga makan minum dia.. and bla bla bla...

tapi bila aku baca komen Prince Patrick, tiba-tiba aku terfikir, "kenapa nak rosakkan kehidupan orang lain, i mean bakal isteri aku kalau diri sebenarnya takde nafsu dengan perempuan? mampu kah aku memberi kebahagian kepada isteri aku, malah kebahagian buat diri aku sendiri?"

ergh... rumitnya hidup ini...

tak nak fikir dah.. umur masih muda tapi dah fikir macam-macam... haish..

sejujurnya, aku mengharapkan di satu masa nanti aku akan merasai bagai manakah perasaan apabila kita sudah bergelar seorang ayah.. mencium dahi dia sebelum tidur.. memberikan kasih sayang dan perhatian buat dirinya.. mengajar dia akan erti kehidupan.. mengatakan kepada dirinya bahawa "ayah sayangkan kamu..."

memberi kasih sayang yang selama ini aku tak pernah merasai dari seorang ayah...

ada tapi seakan tidak pernah wujud...

tapi aku tidak akan membuat perkara yang sama kepada 'kurniaan' ini..

itu janji aku...



Monday, 24 October 2011

Cinta Tanpa Noktah



siapa pernah baca buku ini? kalau siapa tak pernah baca lagi biar aku jelaskan sikit mengenai kisah dalam novel ini.. 

novel ini bertemakan kehidupan lelaki yang homoseksual (walaupun aku pun tak sure hero dalam novel ini seorang yang abnormal juga).. aku ringkaskan, si hero bernama Art seorang lelaki berumur 20 tahun yang belajar di sebuah kolej.. seperti biasalah, kalau dah nama hero tu, mestilah dia seorang yang hensem dan diminati ramai.. pendek kata, dia ni dah cukup pakej lah.. mula-mula Art ni seorang budak baik je, tapi tidak lama lepas itu dia berubah menjadi seorang yang bermasalah.. dia ni ada seorang kawan lelaki bernama Jali yang homoseksual.. Jali ni memang dah lama suka dengan Art dan sanggup melakukan apa saja demi Art.. pun begitu, Art ni jenis yang tidak mengambil berat akan perasaan kawan dia ni.. hakikatnya, dia sendiri pun tahu yang Jali memang suka dengan dia.. so, dia selalu mengambil kesempatan ke atas kebaikan Jali.. pun begitu, dalam diam, Art sebenarnya mengambil berat terhadap Jali..

ada lagi satu watak bernama Zul.. agak berusia dalam umur 30 macam tu kot.. not sure lah.. Zul ni sama juga lah macam Art, hensem dan diminati ramai.. tapi Zul ni sebenarnya sama macam Jali, seorang yang homoseksual.. pada masa yang sama, Zul ada kekasih sendiri dan kekasih dia ni memang tak tahu yang Zul ni sebenarnya suka dengan lelaki.. konflik yang dihadapi oleh Zul iaitu kekasih dia sering kali mendesak agar perkahwinan mereka dipercepatkan.. sejujurnya, Zul sayang akan kekasih dia ni tapi dia tidak pastilah sama ada dia mampu untuk menipu diri sendiri malah kepada kekasih dia sendiri..

nak dipendekkan cerita, Art dengan Zul telah dipertemukan pada satu peristiwa.. dari saat tu, Zul dengan Art mulai rapat malah mereka juga mula tinggal serumah.. Zul ni dalam diam ada juga menyimpan perasaan terhadap Art tapi dia kawal perasaan suka tu.. kira, Zul ni walaupun dia seorang yang homoseksual, tapi semangat dia untuk melawan nafsu tu memang kuat.. so, dia just anggap Art sebagai adiknya je, tak lebih dari itu.. 

ergh... hmm.. macam mana nak cerita ye? aku tak pandai nak beri ringkasan cerita novel ini.. dalam novel ini, langsung tidak ada perkataan macam 'gay' or ''homoseksual'.. tapi dari segi cerita, kita boleh faham akan naluri watak tu sebenarnya.. Art pula bagi satu kes berbeza.. honestly, aku pun tak pasti sama ada dia seorang yang homoseksual or tidak sebab dia sebenarnya jatuh cinta dengan seorang perempuan.. dia memang sayang sangat-sangat dengan kekasih dia itu.. tapi, dalam masa yang sama, dia juga memberikan perkhidmatan seks kepada lelaki.. malah, abang angkat dia, Zul sendiri pernah dirogolnya.. tapi pada saat tu, Art ni dalam keadaaan separuh sedarlah.. kalau nak dikatakan Art ni seorang yang biseksual, bagi aku, dia just layan lelaki bukan disebabkan nafsu tapi sebab nak duit.. not sure lah..

secara keseluruhannya, bagi aku novel ini agak bagus juga untuk dibaca.. tak sangka aku di Malaysia pun ada novel macam ni.. i mean novel genre yang taboo tapi diluluskan untuk dipasarkan.. memang susah nak cari novel genre macam ni.. aku suka akan novel ini sebab ia tidak begitu direct.. i mean, bagaimana penulis menceritakan lelaki itu adalah seorang homoseksual tanpa menggunakan perkataan 'gay', 'homo' or 'plu'.. ada banyak isu juga yang menarik perhatian aku seperti kes perkahwinan antara Zul dengan kekasih dia.. bagi aku, hal ini adalah perkara yang sangat serius sebab mungkin di satu masa lagi, aku mungkin menghadapi masalah yang sama.. katakanlah, kamu seorang yang homoseksual tapi mempunyai kekasih perempuan dan akan melangsungkan perkahwinan.. pilihan cuma ada dua, pertama meneruskan perkahwinan itu or menolaknya... inilah konflik yang melanda diri Zul.. 

adakah kamu ingin berkahwin semata-mata nak tunjuk pada semua orang bahawa diri kamu normal? kalau kamu berkahwin, mampukah kamu memberi nafkah batin? beranikah kamu memberi tahu kepada calon isteri bahawa kamu sebenarnya seorang homoseksual?? persoalan-persoalan inilah menjadi satu isu yang amat penting kepada diri aku.. dalam novel ini pula langsung tidak menyentuh mengenai bab-bab agama.. ia adalah sebuah novel yang neutral.. akan tetapi, dipengakhiran novel ini masih lagi tidak dapat memceritakan nasib lelaki yang bergelar homoseksual.. tiada jalan penyelesaian yang begitu kukuh kerana ia hanya tergantung begitu sahaja.. mungkin begitulah pengakhiran kehidupan manusia seperti ini.. manusia seperti aku...

mungkin kerana itu lah tajuk novel ini "Cinta Tanpa Noktah" sebab tiada perakhiran yang pasti...

Friday, 21 October 2011

Make Me Strong

aku tahu kehidupan ini tidak semestinya indah.. dan aku juga tahu, tidak akan ada manusia ini yang akan terlepas daripada cubaan-Nya..

namun...

adakalanya aku merasakan dugaan ini terlalulah sukar buat diriku... biarpun aku tahu hakikat bahawa setiap ujian yang diberikan-Nya tidak akan melampaui batas kemampuan diriku...

namun...

aku masih tercari-cari akan jalan itu.. panduan yang mana membuatkan aku melihat dugaan ini tidaklah sesukar mana.. aku harap diriku tabah menghadapi dugaan ini.

biarpun mungkin di satu saat nanti aku mungkin akan tertewas...

aku harap, Engkau akan sentiasa memaafkan hamba-Mu yang lemah ini....



I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok



I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me





Help me find my way








aku suka lagu ini.. salah satu artis kegemaran aku, Sami Yusuf.. dan lagu ini, Make Me Strong aku rasa memang kena mengena dengan diri aku.. setiap lirik lagu membuatkan aku berfikir akan hal diriku.. dalam diam, aku mengalirkan air mata di saat ku menghayati lagu ini...

ya Allah...

Make Me Strong...

I know the road is long


I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok



I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me





Help me find my way



:-(