Saturday, 2 March 2013

Unspeakable Love -Part 19-






Part 19 : The Secrets


dia tidak memakai baju, hanya ada tuala yang berlilit di pinggangnya.. aku rasa dia muncul di sini kerana untuk mandi namun tiba-tiba menyedari sesuatu telah berlaku pada diriku.. dia di depan mataku menunjukkan riak muka yang marah.. tapi amarah itu bukan terhadap diriku.. ianya kepada Amir yang cuba menodai diriku..

sambil bersandar di dinding, aku memandang Shahir.. aku memeluk tubuhku yang terasa sakit akibat dihentak berkali-kali oleh Amir ke dinding.. pada saat itu juga tubuhku terhentak pada pili shower.. terasa sakit yang teramat sangat.. aku rasa belakang tubuhku yang terhentak pili itu telah berdarah.. lalu aku cuba memegang kawasan yang sakit itu.. terasa ada satu cecair yang mengalir.. aku lihat jari aku.. memang sah, telah berdarah.. aku mengerang kesakitan.. terasa begitu pedih pada bahagian luka itu..

"kau ni tak bertaubat lagi ye?!" kata Shahir dengan nada tinggi.. dia memandang ke arah Amir yang terduduk di lantai akibat ditumbuk olehnya.. pandangan matanya tajam..

Amir masih lagi terdiam.. aku tidak tahu apa riaksi mukanya.. sebab dia membelakangi aku.. lalu Amir cuba berdiri untuk menghadap Shahir.. mereka berdua mula bertentangan mata.. agak lama.. namun selepas itu, sekali lagi Shahir menumbuk muka Amir sehingga membuatkannya terduduk semula.. Amir cuba bangun lagi.. dia tidak membalas tumbukkan Shahir itu.. dia hanya berdiam diri..

"selepas kau cuba nak goda aku dulu, sekarang ni kau nak serang Fahri pula ye? apa jenis manusia lah kau ni, huh?? insaf lah wei!! jijik aku melihat manusia macam kau ni!!" kata Shahir dengan nada tinggi..

aku tergamam.. aku agak terkejut dengan kata-kata Shahir 'selepas kau cuba nak goda aku dulu'.. apa yang dia cuba maksudkan? apa yang pernah berlaku antara Shahir dan Amir?? aku cuba memikirkan dan menjangka apa yang pernah terjadi dulu.. entah kenapa aku mula teringatkan akan satu perkara.. jangan-jangan... oh tidak! aku mula memandang ke arah Shahir..

dengan senyuman yang sinis, Amir mula mendekati Shahir.. dia cuba memeluk Shahir.. namun secara kasar Shahir menangkis perbuatannya itu..

pada saat ini, mula terimbau kembali di minda aku dengan satu peristiwa yang telah berlaku dulu..  aku melihat Shahir dengan seorang lelaki.. di dalam bilik, aku menyaksikan Shahir sedang bercumbu dan berpelukkan dengan lelaki itu.. aku tidak dapat memastikan siapakah identiti lelaki yang seorang lagi.. entah kenapa pada saat ini, aku mula terbayang wajah Amir sebagai perlakunya.. mungkin kah begitu??

"aku teringin sangat nak kiss and peluk kau macam dulu.. nak try sekali lagi??" Amir cuba mendekati Shahir.. cuba memeluk Shahir..

sekali lagi Shahir menangkis perbuatan Amir itu..

"kau memang betul-betul tak insaf lagi.. aku ingat lepas aku tumbuk kau hari tu, kau dah takut nak buat benda macam ni lagi.. aku kalau tak fikir kau ni kenalan aku, dah lama aku report perbuatan kau ni.. aku dah beri kau peluang.. aku tak nak rosakkam nama dan memalukan kau.. sebab tu aku tak nak report or dedahkan perbuatan kau ni.. but aku rasa sedikit pun kau tak menyesali perbuatan jijik kau ni.. blah lah kau!!" tengking Shahir..

Amir meludah.. dengan tiba-tiba dia ketawa besar.. aku terkejut reaksinya itu.. entah kenapa hati ku mula berdegup dengan lebih kencang lagi..

"hahaha!! jijik kau kata? okay.. aku tak kisah kalau kau nak kata macam tu kat aku.. but kalau kau rasa jijik kat aku ni, kau patut rasa benda yang sama pada roommate kau juga.." Amir mula memandang aku, "kau ingat Fahri ni baik sangat ke? dia sama je dengan aku.. bahkan semalam dia dah pergi buat seks dengan kawan dia.."

"tipu!! kau jangan nak fitnah aku!!" secara tiba-tiba aku bangun lalu bersuara dengan lantang.. "apa bukti kau??!"

"wei! aku kenal sangat dengan Saiful tu.. dia takkan bawa kau balik ke rumah kalau tak nak ajak main.. kau jangan nak berlagak suci lah Fahri.. entah-entah.. dengan jantan lain pun kau dah selalu buat.. kalau dah PLU tu, perangai pun macam PLU juga!"

semakin naik darah aku bila mendengar fitnah Amir yang dilemparkannya kepada aku.. di depan mata Shahir, dia cuba merosakkan nama aku.. apa motif dia buat aku begini? apa salah aku kat dia? aku langsung tak mengerti apa tujuan sebenar dia lakukan aku sedemikian rupa.. selama ini aku anggap dia kawan aku.. langsung tak terlintas di fikiran aku dia sanggup fitnah aku macam ni..

hati ku semakin tak tahan untuk menanggung rasa marah.. baru sahaja aku cuba melemparkan tumbukan kepada Amir, namun tanganku terus dipegang oleh Shahir..

"sudah Fahri! sudah!" Shahir pandang wajah aku.. kemudian dia berpaling menghadap Amir.. "kau pergi sekarang! blah lah wei!!" tengking Shahir..

Amir hanya tersenyum sinis.. langsung tidak ada rasa timbul rasa bersalah dalam dirinya.. baru sahaja dia melangkah pergi, dia sempat berpaling semula..

"hati-hati pada Fahri tu.. dah nama PLU.. nanti-nanti kau pula dia goda.." kata Amir..

"blah lah kau!!" tengking Shahir lagi..

Amir tersenyum.. kemudian dia pun keluar pergi..

Shahir mula memandang aku.. satu pandangan mata yang begitu sukar untuk aku terjemahkan maksudnya.. entah kenapa aku mula berasa begitu bimbang.. riak wajah Shahir itu membuatkan aku berasa tidak sedap hati..

Oh Tuhan! selama ini aku cuba nak rahsiakan siapa aku yang sebenarnya, namun pada hari ini rahsia itu telah terbongkar jua akhirnya.. di depan mata Shahir, insan yang aku suka secara diam, rahsia aku ketahuan jua olehnya.. aku mula memejamkan mata.. aku tidak sanggup untuk menghadapi realiti.. aku mula berasa malu terhadap diri aku.. aku malu dengan perasaan songsang yang ada dalam diri aku.. aku malu untuk menghadap Shahir.. persepsi dirinya terhadap aku pasti akan berubah selepas ini..

aduh! aku mula mengerang kesakitan.. aku terduduk.. luka akibat badan aku terpukul pada pili shower mula terasa lagi.. aku pegang kawasan yang terluka itu.. darah masih lagi mengalir.. agak banyak..

"Fahri? kau tak apa-apa?" Shahir cuba memegang aku..

namun secara kasar aku menepisnya, "jangan sentuh aku lah!"

tidak menghiraukan, Shahir cuba menyentuh aku sekali lagi..

"aku kata jangan sentuh, jangan lah!! kau juga benci orang macam aku kan?" aku masih lagi berdegil..

Shahir masih juga tidak mahu mengalah.. biarpun aku cuba menangkis sentuhannya, namun dia berkeras mahu memapah aku.. tak boleh aku nak nafikan.. tubuhku berasa lemah dan sakit pada saat itu.. mahu tidak mahu terpaksa juga aku terima pertolongan Shahir untuk aku berdiri dan berjalan..

"aku bawa kau ke klinik okay.. kau perlukan rawatan.." kata Shahir...


*          *          *


sekitar pukul 5 petang, di dalam bilik, aku sedang terbaring dalam posisi meniarap di atas katil aku.. tidak memakai baju, terdapat balutan tertampal di belakang tubuhku.. terdiam tanpa kata, aku asyik memikirkan apa yang telah terjadi pada aku hari ini..

persoalan tentang diri Amir.. aku masih tidak menyangka yang dia sanggup buat aku begini.. dia sudah memalukan aku di depan mata Shahir.. dia dah bongkar rahsia siapa aku yang sebenarnya.. dan yang lebih perit lagi, dia tanpa rasa malu begitu berkeyakinan menfitnah aku telah melakukan seks bersama Saiful.. sesuatu yang langsung tidak pernah aku terfikir untuk buat.. apa tah lagi bersama Saiful yang aku anggap seorang kawan..

hal ini juga membuatkan aku mula memikirkan tentang diri Saiful.. apa kaitan antara Saiful dan Amir? macam mana mereka boleh kenal? langsung aku tidak menyangka mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.. patutlah Saiful berkelakuan sedikit pelik ketika aku memperkenalkannya pada Amir semalam.. mereka berlagak tidak menengenali.. dan lagi, aku juga mula curiga tentang diri Saiful.. siapa dia yang sebenarnya? kenapa Amir boleh tahu yang aku seorang PLU hanya dengan menjadi kenalan Saiful? fitnah Amir itu juga membuatkan aku tertanya-tanya tentang Saiful..

wei! aku kenal sangat dengan Saiful tu.. dia takkan bawa kau balik ke rumah kalau tak nak ajak main.. kau jangan nak berlagak suci lah Fahri.. 

maksud Amir apa? oh Saiful.. siapa kau yang sebenarnya?? apa yang buat Amir boleh mengatakan begitu tentang diri kau? aku memang sedar ada banyak rahsia tentang diri Saiful yang masih belum aku ketahui.. namun hal seperti ini membuatkan aku betul-betul curiga dan mula sangsi pada dirinya.. aku mula terfikir jika Saiful betul-betul ikhlas dengan perbuatannya terhadap aku..

lalu aku mula terfikirkan tentang Shahir.. kenangan lepas mula terimbas semula dan aku mula tahu akan jawapannya.. aku tahu yang Shahir pernah mengatakan bahawa ada seorang lelaki yang pernah menggodanya pada waktu dahulu.. aku lah menjadi saksi kejadian itu.. dan mulai saat itu, dia mula tidak menyukai apa-apa yang berkaitan dengan homoseksual.. dia benci dan cuba untuk mengelakkan diri daripada berbicara tentang isu ini.. dan pada saat itu lah aku mula takut yang Shahir akan turut membenci aku sekiranya dia dapat tahu siapa aku yang sebenarnya.. dan sekarang, dia katakan perkara yang sama terhadap Amir.. dia benci Amir kerana cuba menggodanya dahulu.. katanya, dia berasa jijik dengan orang seperti Amir.. sungguh, aku juga terasa.. kerana aku juga sama seperti Amir..

"kau dah okay sekarang?" tiba-tiba Shahir bersuara memecahkan kesunyian..

dia baru sahaja masuk ke dalam bilik.. aku rasa dia faham yang aku perlukan masa untuk bersendirian.. sebab itu selepas sahaja balik dari klinik, dia tinggalkan aku seorang diri.. memang betul, aku perlukan masa dan ruang untuk melayan perasaan yang melanda diriku..

aku menoleh Shahir namun langsung aku tidak berkata apa-apa.. dia kemudiannya duduk di atas katilnya lalu menghadap aku.. 

"kau nak apa?" aku mula bersuara..

"aku tak nak apa-apa.. aku just risaukan kau.. kau dah okay ke, Fahri??" balas Shahir..

"aku tak okay.. luar dan dalam.."

"aku just nak cakap sekali lagi.. aku betul-betul ambil berat tentang kau.. kalau kau nak cakap or share something kat aku, jangan segan-segan nak luahkan.." balas Shahir lagi..

aku terdiam seketika.. aku lihat wajah Shahir memang betul-betul serius dan ikhlas mengambil berat tentang diri aku.. namun, tak tahu kenapa, aku seakan berasa malu untuk menghadap wajahnya.. aku malu dengan diri aku.. malu dengan kenyataan sebenar dan rahsia aku yang terpedam.. aku tunduk ke bawah..

"kau benci aku ke Shahir?" dengan perlahan aku bersuara..

"maksud kau apa? aku tak benci kau pun.. kenapa pula nak cakap macam tu??"

"kau kata yang kau benci orang seperti Amir.. kalau macam tu, sepatutnya kau pun benci kat aku juga.."

Shahir terdiam.. dia tidak memandang aku namun memandang ke lantai.. aku mula berasa gusar terhadap dirinya.. aku mula taku jika benar dia akan turut membenci aku seperti mana yang dia rasa terhadap Amir.. memang tak ada ragu-ragu lagi.. memang Shahir akan membenci aku.. sungguh aku berasa takut dan bimbang.. aku memejamkan mata.. hati ku seakan mula gentar untuk mendengar apa yang Shahir ingin katakan selepas ini..

aku sedia jika kau nak benci aku.. namun aku juga takut akan hakikat itu..

Shahir mula memandang wajah aku.. riak wajahnya agak serius.. degupan aku mula berdegup dengan kencang.. hatiku mula berasa tidak tenang..

"sebenarnya... aku dah lama tahu kau siapa... Fahri.." kata Shahir dengan perlahan..

aku tergamam.. sungguh aku terkejut dengan kata-kata Shahir itu.. ianya adalah sesuatu yang di luar jangkaan aku.. dah tahu siapa aku? maksud dia apa?? macam mana dia boleh tahu?? aku semakin berdebar-debar..

"maksud kau apa?? bila?? macam mana kau boleh tahu??" bertalu-talu soalan aku mula tanyakan..

"selama ini aku just buat spekulasi.. namun aku tak sangka jika hal itu adalah benar.." kata Shahir lagi..

"cakap kat aku apa yang kau maksudkan.. please, Shahir.. jelaskan aku semuanya.."

Shahir terdiam lagi.. aku pula mula tidak senang duduk.. macam mana dia boleh tahu?? sungguh, aku mula berasa ingin tahu dengan penjelasan Shahir.. dalam masa yang sama aku juga mula berasa semakin takut.. perasaan gusar dan bimbang mula meresap dalam diri aku.. terlalu banyak persoalan yang mula timbul dan terlalu banyak juga kejutan yang sudah terjadi menimpa diriku pada hari ini.. dan sekarang ini, Shahir mengatakan dia sudah lama mengetahui tentang diriku?? sungguh, aku seakan tidak dapat percaya..

"pada malam sewaktu kau tidur di rumah aku.. di saat kau bercakap kat aku persoalan tentang naluri.. aku merasakan kau sedang bercakap tentang diri kau sendiri.." kata Shahir..

"persoalan tentang naluri?"

"ya.. tentang kes seorang maknyah hari tu.. kau seakan terlalu memahami apa yang dia rasakan.. lalu kau cerita kat aku tentang penderitaan naluri.. tentang apa yang kau fikirkan tentang hal seperti itu.." kata Saiful lagi..

aku mula cuba mengingati apa yang telah berlaku pada malam itu.. mengingati kata-kata yang aku pernah luahkan..

"aku tertanya-tanya.. kenapa kau begitu mengambil kisah? kemudian kau berkata tentang percintaan yang tidak boleh dinikmati.. jika cinta tidak harus dimiliki.. saat itu, aku melihat kau seperti berbicara tentang diri kau.." kata Shahir..

dari nada Shahir bersuara, aku tahu dia mula semakin serius.. hatiku semakin berdebar-debar..

"lalu, dari saat itu, aku mula tertanya-tanya tentang diri kau.. aku dapat rasakan yang kau ada sembunyikan sesuatu dari aku.. sesuatu yang kau takut bicarakan dan tunjuk kat orang lain.. kemudian, kawan kau mahu bercakap dengan aku di telefon.. di saat dia bercakap dengan aku, dari gaya bahasa dan apa yang dia mahu katakan, aku seakan merasakan yang dia bukan sekadar seorang kawan terhadap kau.. namun mungkin lebih dari itu.. bila dia berkata, 'aku harap kau boleh ceriakan Fahri pada saat-saat ini.. sebab kau lah yang paling dekat dengan dirinya.. lebih dekat berbanding aku.. kalau boleh, aku nak jadi kau.. tapi aku tahu ianya mustahil.. tak tahu lah sama ada kau sedar ataupun tidak yang hati Fahri sedang bersedih.. dia cuba untuk melupakan seseorang yang ingin dia miliki tetapi sesorang yang harus ditinggalkan juga.. dan aku rasa, hanya kau yang boleh faham dirinya'..." sambung Shahir lagi..

"maksud kau, Saiful?"

"ye.. dia lah yang aku maksudkan.. dan kerana itu, kenapa aku rasakan seorang lelaki sepertinya seakan ada hubungan perasaan terhadap diri kau.. dan di sebabkan itu, aku mula tertanya-tanya siapa kah diri kau yang sebenarnya.. apa yang kau maksudkan dengan 'cinta yang tidak harus dimiliki'.. dan lagi, kawan kau itu turut berkata hal yang sama kepada aku.. tentang sesuatu yang kau alami.."

aku terdiam.. aku tidak dapat menyangka Shahir ada berfikir sedemikian rupa terhadap aku.. mungkin aku terlepas cakap.. namun niat aku hanya lah sekadar untuk meluahkan apa yang aku tengah fikirkan.. persoalan tentang naluri.. aku hanya mahu dia faham tentang apa yang 'orang macam kita' rasa dan alami.. konflik yang melanda diri mereka.. langsung tidak pernah terfikir bahawa Shahir akan mengaitkannya terhadap diri ku.. mungkin juga benar kata-kata Shahir itu.. apa yang aku katakan adalah apa yang hati ingin luahkan..

namun..

tentang Saiful.. kenapa pula dia nak berkata macam tu pada Shahir? kenapa dia harus katakan hal itu kepada Shahir?? apa yang dia fikirkan sebenarnya? mengambil berat tentang perasaan aku, mahukan Shahir membahagiakan aku.. kenapa pula dia harus berkata begitu?

"Fahri.." Shahir berkata lagi.. matanya mula memandang aku dengan tajam..

untuk seketika, diriku seakan kaku bila melihat Shahir pandang aku begitu.. hati semakin gelisah.. seperti ada sesuatu yang tidak kena Shahir bakal katakan.. aku telan liur.. bersedia untuk mendengar apa yang dia ingin luahkan..

"tentang orang yang harus kau lupakan itu.. aku tertanya-tanya siapakah orang yang dimaksukan itu.. adakah.. ia merujuk kepada aku??" kata Shahir lagi..

aku tergamam.. sungguh, aku tidak mampu berkata apa-apa...


*          *          *


pada malam itu, aku pergi keluar bersendirian ke pasar malam.. sekitar pukul 9.15, keadaan di pasar malam itu dipenuhi oleh kehadiran ramai manusia.. suasana begitu bising.. di kiri dan kanan orang sedang berbual.. ada yang cuba untuk tawar menawar bersama penjual.. ada pula sedang berbual mesra dengan kenalan masing-masing.

biarpun begitu, di fikiran ku pula sedang memikirkan perkara yang telah berlaku pada diri aku.. keadaan yang riuh rendah itu langsung tidak masuk dalam fikiran aku.. bayangan otak aku bercelaru.. bersendirian, aku berterusan melangkah ke hadapan..

kebiasaannya aku memang begini.. sekiranya aku dilanda apa-apa masalah ataupun tertekan, aku akan pergi bersiar-siar ke tempat umum untuk merehatkan minda.. tanpa ada arah tujuan, aku selalunya akan terus berjalan sambil memerhatikan ragam manusia yang berada di sekitar aku.. mungkin keadaan yang riuh rendah ini mampu membuatkan aku lupa apa yang aku fikirkan.. segala tekanan akan hilang bersama suasana yang meriah.. kebiasaanya macam itu lah..

namun, tidak untuk kali ini.. sungguh, beban fikiran aku pada saat ini seakan tidak mampu aku tampung lagi.. kapasiti otak aku mungkin tidak lagi mampu menampung tekanan yang menimpa.. kesannya, aku seperti seorang zombie yang berkeliaran.. berjalan tanpa arah tuju.. seakan melihat, namun kesedaran aku tiada.. pandangan aku hanya lah pada bayangan dalm fikiran aku..

hari ini... aku dapat tahu yang Saiful mungkin telah menyimpan perasaan terhadap diriku.. apa yang aku lihat pada subuh tadi lah buktinya.. mungkin itu sudah menjawab kenapa Saiful begitu baik dengan diriku.. biarpun aku tidak pernah merasakan apa-apa perasaan sayang pada dirinya, namun dia masih sudi mendengar luahan hatiku terhadap segala masalah yang telah menimpa aku.. dia sayangkan aku.. mungkin.. tapi dia di hatiku hanya sekadar seorang kawan..

kemudiannya, Amir pula muncul lalu merosakkan apa yang telah aku rahsiakan.. di depan mata Shahir dia memalukan aku.. dan hal yang membuatkan aku mula tertanya-tanya juga adalah siapa Amir dan kaitannya dengan Saiful? kenapa dia sanggup menfitnah aku dengan yakinnya mengatakan aku telah melakukan hubungan intim dengan Saiful? dan hal ini juga membuatkan timbul keraguan dan rasa sangsiku terhadap Saiful.. rahsia apa tentang dirinya yang aku masih lagi tidak ketahui?

lalu, Shahir pula dengan pengakuannya tentang rahsia diriku.. sesuatu yang sungguh aku tidak jangkakan.. selama ini dia berspekulasi tentang diriku.. dalam masa yang sama aku berahsia pada dirinya, tanpa aku sedari dia cuba untuk mengetahui apa yang aku sembunyikan.. dan kini, dia sudah tahu siapa aku yang sebenarnya.. namun pertanyaan darinya kepada aku mula membuatkan aku tertekan dan serba salah..

aku terus melangkah ke hadapan.. berjalan dan terus berjalan.. kehadiran orang ramai semakin banyak.. orang mula bersempit-sempit untuk melintas di kawasan pasar malam itu.. sampai lah aku secara tiba-tiba tidak sengaja terlanggar seorang lelaki di hadapan aku kerana terlalu asyik melayan perasaan di minda..

"buta ke??!" katanya kasar..

"maaf.." balasku ringkas..

aku menoleh ke arah orang itu yang kini di belakang aku.. nampak benar dia berasa geram kat aku.. namun salah aku juga terlalu berkhayal dengan minda aku sendiri.. sampai dah tak perasan yang aku melanggar orang.. aku menundukkan sedikit kepada sebagai menunjukkan aku minta maaf.. kemudian aku memandang ke hadapan semula.. entah secara kenapa tiba-tiba seperti ada sesuatu yang menarik pandangan mata aku yang berada di hadapan..

jantungku mula berdegup dengan kencang.. aku mula melangkah ke hadapan untuk memastikan jika benar apa yang aku telah lihat.. melangkah dan terus melangkah.. dari gerak yang perlahan, aku mula mempercepatkan pergerakkan ku..

mungkin kah dia?

dalam kesesakan orang ramai, seperti ada seseorang yang begitu aku kenali di hadapan aku.. jantungku berdegup dengan lebih kencang..

aku melangkah dan terus melangkah.. cuba aku mengejar orang itu yang jaraknya mungkin dalam lima meter di hadapan aku.. melangkah dengan lebih laju lagi.. namun orang ramai di hadapan aku menjadi penghalang.. aku cuba jua untuk maju ke hadapan..

pagar manusia masih jua jadi  penghalang.. orang ramai di hadapan aku seakan tidak mahu aku untuk mengejar orang itu.. aku gagahkan diriku untuk menembusi pagar manusia itu.. mengejarnya dengan berjalan di setiap ruang sempit yang ada..

namun, akhirnya aku gagal menembusi pagar manusia yang semakin banyak membanjiri laluan di pasar malam itu.. tanpa aku sedar, aku telah hilang jejak orang itu.. dia mula hilang dari pandangan mata aku..

di kelilingi oleh orang ramai, aku mula menjerit, "Ihsan!!"

aku jerit lagi, "Ihsan!!"

namun dia terus hilang dari pandangan aku..

Friday, 1 March 2013

Siapa Nak Hadiah dari Australia??



aku tak pasti lah sama ada benda ni dapat sambutan ke tak.. so, aku just try lah uar-uarkan..

okay.. macam ni.. tentang novel bersiri aku tu Unspeakable Love sekarang ni aku try nak kumpul dalam satu file.. senang cakap nak buat dalam pdf version lah kot yang complete semua parts dalam satu file.. tu pun kalau citer Unspeakable Love aku dah habis lah..

so, perancangannya, aku terfikir nak buat cover untuk buku Unspeakable Love.. but aku ni takde lah terer sangat part nak buat cover buku lah.. banner blog aku ni dah nampak sangat amatur gila aku buat.. hahaha.. nak diringkaskan cerita, aku pun terfikir nak buat satu contest (tu pun kalau dapat sambutan lah) untuk buat cover buku citer Unspeakable Love.. jadi kepada readers blog ni yang terer or teringin nak bantu aku buat cover buku Unspeakable Love tersangat lah dialu-alukan..

sebab...

kalau terpilih, aku akan beri hadiah yang khas didatangkan dari Australia kepada cover terpilih secara percuma.. korang pun tahukan aku stay kat Aussie sekarang ni?? hadiah apa?? tu tak boleh beri tahu lagi lah sebab aku pun tak beli lagi.. haha.. but aku akan try beri hadiah yang berbaloi lah.. so, apa lagi? kalau korang teringin nak tolong aku, boleh lah send private message kat fb aku untuk tunjuk..

ciri-cirinya aku nak..

1 : mesti lah ada tajuk Unspeakable Love
2 : then ada link blog aku 'di-satu-sudut.blogspot.com.au'
3 : nama penulis aku rasa tak payah letak.. just dua perkara di atas lah..
4 : caption.. "sebuah kisah cinta yang dipendam.." (optional.. nak tambah ok.. x tambah pun ok..)
5 : caption.. "bila cinta tidak harus dimiliki, ia adalah sesuatu yang menyakitkan.." (optional.. nak tambah ok.. x tambah pun ok..)
7 : caption.. mana2 ayat dari citer ni yang anda suka.. (optional juga)
8 : design tu seboleh2nye menepati tajuk cerita Unspeakable Love.. menepati tema cerita..
9 : Idea yang menarik dan mempunyai maksud tersendiri lagi penting bebanding design yang cantik.. kalau cantik itu satu bonus lah

PENYERTAAN TERBANYAK JUGA MENDAPAT HADIAH
(cuma hadiah kurang best sikit berbanding yang menang..)

tarikh tutup 31 March 2013

simple je kan??



kat bawah ni boleh jadi contoh untuk cover buku tu nanti.. 














Monday, 25 February 2013

Unspeakable Love -Part 18-





Part 18 : Revealed


Hari Ahad.. selepas mengerjakan solat subuh, aku tidak menyambung tidur semula.. aku hanya baring di atas katil sambil mataku memandang ke arah siling.. Saiful di sebelahku telah pun terlena selepas kami mengerjakan solat subuh bersama-sama.. dia menjadi imam dan aku makmumnya..

di sebalik suasana gelap itu, aku masih lagi sedang memikirkan apa yang telah aku saksikan pada awal subuh tadi.. fikiran aku dipenuhi dengan seribu satu soalan yang sedang bermaian.. semuanya adalah tentang diri Saiful.. mula terimbas semula akan apa yang telah kami lakukan bersama-sama.. bermula pada awal perkenalan kami di satu laman sosial bernama Planet Romeo, kemudian hubungan kami mula semakin rapat apabila hampir setiap malam kami mula bersembang bersama-sama.. dari Planet Romeo, beralih pula ke YM.. maka bermula lah kisah di mana aku mula berkongsi tentang rahsia kehidupan aku kepada dirinya.. Saiful hanya menjadi pendengar yang setia.. sampai ke hari ini, dia masih lagi sedia untuk mendengar segala luahan hatiku..

kemudian, kami mula bersemuka di mana dia membawa aku ke kawasan tepi laut.. pada saat itu lah aku mula mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi.. dia seorang yang suka bergurau dan  bersikap sambil lewa.. kadang-kadang tu gurauannya boleh menjadi terlebih-lebih.. dia juga seorang yang keras kepala.. namun dalam masa yang sama suka tersenyum.. senyuman yang nakal.. tapi, ada masanya sifatnya sukar untuk diramal dan boleh berubah-rubah.. selama aku mengenali dirinya, itu lah apa yang aku tentang diri Saiful..

tapi..

aku tak pernah terfikir pun yang dia mungkin sedang merahsiakan sesuatu daripada aku.. apa yang saksikan pada awal subuh tadi begitu di luar jangkaan aku..

aku berharap kalau satu masa nanti kau sedar ada yang begitu mengambil berat tentang diri kau

terbayang-bayang semula akan kata-katanya itu.. aku rasa aku mula faham akan apa yang dia maksudkan..

dalam gelap, aku memandang ke arah Saiful yang sedang terlena.. entah kenapa aku merasakan bila aku melihat Saiful, aku mula terbayangkan diri aku sendiri.. aku yang sedang memendam perasaan terhadap Shahir, namun begitu juga dengan Saiful terhadap diriku.. buktinya, apa yang aku lihat pada telefon bimbitnya itu..

mula terbayang lagi akan kenangan lama ketika aku mula menyedari Ihsan yang aku cintai dahulu sebenarnya menyimpan perasaan terhadap diriku.. seperti sekarang ini, aku menyedarinya bila melihat gambar aku menjadi wallpaper telefon bimbit.. dan kerana itu juga lah aku melihat Saiful, aku juga dapat melihat diri Ihsan dalam dirinya..

terdiam.. aku mula menghulurkan tangan ke arah rambut Saiful.. dengan perlahan-lahan aku mengusap rambutnya..

'oh Saiful... kenapa kau begini?'

hatiku mula berbisik..



*         *          *


pada pagi itu, aku sedang duduk di meja makan sementara menunggu Saiful siap menyediakan sarapan.. sudah tentu di fikiran aku masih ligat memikirkan hal subuh tadi.. mataku memandang setiap gerak-geri Saiful yang sedang berada di dapur.. dia kelihatan begitu bersemangat pada pagi ini.. asyik tersenyum-senyum.. aku pula hanya terdiam sejak dari pagi tadi, berterusan memandang diri Saiful..

makanan di hidangkan.. Saiful mula meletak nasi goreng yang dimasaknya.. nasi goreng ayam, mungkin.. kelihatan begitu menyelerakan.. dan seperti biasa juga, Saiful memandang aku dengan wajah yang begitu berseri-seri.. dia mula duduk berdepanan dengan aku.. kami berdua mula saling berpandangan.. aku pandang matanya dengan pandangan yang tajam..

"makan lah.." Saiful mula berbicara..

aku diam lalu mula menjamah satu persatu nasi goreng masakan Saiful ke mulut.. makan dan terus makan.. seperti semalam, Saiful tidak terus makan tapi berterusan memandang aku yang sedang makan.. aku perasan akan perbuatannya itu.. dia bertongkat dagu sambil tersenyum-senyum memandang aku.. entah kenapa tiba-tiba aku mula berasa rimas bila dia pandang aku begitu.. lalu aku pun berhenti dari menjamah makanan..

aku pandang dia..

"Saiful.." aku bersuara..

"kenapa?"

"hmm.. takde apa-apa sangat.. just nak cakap masakan kau sedap.. ikhlas dari hati aku.." kataku.. tersenyum..

Saiful mula tersengih-sengih.. mungkin mula berasa bangga bila dipuji oleh aku..

"aku just nak cakap.. kau ni kawan aku.. ya.. kau kawan aku.." sekali lagi aku bersuara..

"aku tahu aku kawan kau.. so, kenapa??" tanya Saiful..

"hurmm.. nothing.. just nak cakap, aku anggap kau seorang kawan yang baik kat aku.. tak lebih dari itu.."

"kau kan dah cakap hal tu semalam.. ya.. aku kawan kau.. kalau ada apa-apa masalah, aku akan ada untuk kau.. kenapa pula kau tiba-tiba cakap tentang hal ini??" Saiful mula berkerut dahi.. berasa pelik dengan kata-kata aku..

"just nak cakap untuk kali kedua.. kau kawan aku.." aku pandang matanya.. agak serius..

Saiful terdiam.. tunduk.. kemudian dia mula mengukirkan senyuman kembali.. dia mula menjamah nasi goreng di pinggannya... dengan wajah yang ceria, dia cuba untuk menghangatkan.. berlagak gembira bila aku menghargai dirinya sebagai seorang kawan baik untuk diri aku..

namun aku tahu...

senyuman gembiranya itu adalah palsu..

selepas selesai menjamu sarapan pagi, aku membantu Saiful untuk mencuci pinggan pula.. manakala Saiful sedang berada di dalam biliknya.. berkemas bilik ataupun sedang mandi, mungkin... sambil-sambil aku mencuci pinggan mangkuk, fikiran aku sedang memikirkan tentang apa yang aku sedang rasakan terhadap diri Saiful.. aku anggap dia siapa dalam diri aku??

aku tanya lubuk hatiku.. apa yang aku rasakan setelah mengetahui Saiful ada kemungkinan besar menyimpan perasaan terhadap aku.. apa kah reaksi aku terhadapnya? aku tanya hati, dia bagiku hanya lah seorang kawan yang mungkin istimewa buat aku.. aku tanya hati, perasaan aku terhadapnya tidak lebih dari sekadar hubungan biasa.. aku tidak dapat rasakan perkara yang sama Saiful rasakan terhadap diri aku.. dia begitu baik terhadap aku.. mungkin terlalu baik terhadap aku.. dia sentiasa ada jika aku inginkan seseorang untuk meluahkan perasaan.. dia pendengar yang setia.. sentiasa ada untuk aku..

entah kenapa aku mula berasa bersalah.. aku sering berbicara dengannya tentang Shahir.. tapi dia setia mendengarnya.. dia mungkin ada perasaan sayang terhadap aku, namun aku pula berbicara padanya tentang orang yang aku sayang.. aku tahu.. tentu sekali akan ada perasaan cemburu yang hadir dalam diri Saiful jika aku sering berbicara tentang Shahir.. namun.. dia berterusan menahan rasa dan bersedia mendengar apa yang aku ingin berbicarakan.. tentu sekali tentang diri Shahir..

selepas semua pinggan habis dicuci dan diletakkan pada di tempat yang sepatutnya, aku mula berjalan ke ruang tamu.. Saiful masih lagi berada di dalam biliknya.. dari ruang tamu, aku dapat melihatnya sedang melakukan sesuatu berdekatan dengan almari di biliknya.. entah kenapa aku mula berasa ingin tahu apa yang Saiful sedang lakukan di dalam bilik, lalu aku pun berjalan menuju ke bilik tersebut..

pintu bilik aku ketuk.. Saiful seakan terkejut dengan kehadiran aku.. dengan serta merta dia seakan menyembunyikan sesuatu pada genggaman tanggannya.. dia letak benda itu di belakang tubuhnya.. lalu dia pandang aku sambil tersenyum..

aku berkerut dahi, berasa pelik dengan kelakuannya itu.. perlahan-lahan aku mula mendekati Saiful..

"kau buat apa, Saiful?" tanya aku..

cuba berlagak biasa Saiful membalas, "takde apa-apa..eh.. kau dah siap nak balik ke uni kau? sekejap lagi aku bersiap okay.." dia tersenyum..

"kau sembunyikan apa kat belakang kau tu?" tanya aku sambil memandang ke arah dirinya.. memang ada benda yang Saiful cuba sorokkan dari aku.. tapi benda apa??

lalu aku, terpandang pula segelas cawan dengan botol air mineral di atas meja bersebelah dengan dirinya..

"owh.. yang ni.." Saiful mula menunjukkan apa yang dia sorokkan.. satu botol berwarna putih, "ubat demam.. aku baru je lepas demam beberapa hari lepas.. sekarang ni aku dah okay.. but doktor tu cakap kena habiskan semua ubat yang diberikan.. so, aku makan lah.." katanya lagi.. tersenyum..

"owh.. okay.. bagus lah kalau dah nak sembuh.. jaga juga kesihatan diri kau tu ye.. kau ni dah lah tinggal seorang diri je.. risau pula kalau jatuh sakit ke apa.." kata aku.. berasa agak bimbang juga kalau jadi apa-apa hal nanti..

"don't worry lah.. aku okay je.. kau dah siap ke??" tanya Saiful..

"aku dah siap.. kena hantar aku awal lah.. aku bermalam kat sini dah lah tak bawa baju.. aku pun nak mandi juga.."

"okay.. okay.. tapi sekejap ye.. aku nak pergi tandas jap.. nak buang air kecil.. hehe.." kata Saiful lalu beredar dari bilik itu menunju tandas..

aku masih lagi berada dalam bilik Saiful.. almarinya tadi masih terbuka.. nampak lah beberapa hela baju yang bergantungan dan tersusun kemas dalam almari.. Saiful ni bagi aku memang jenis yang kemas dan pembersih lah.. memang semuanya agak teratur.. memang berbeza dengan aku yang sedikit tidak terurus..

kemudian aku menjeling ke arah satu laci almari yang tidak tertutup habis.. botol ubat Saiful tadi dia letak dalam almari tu.. entah kenapa seperti timbul rasa ingin tahu pula terhadap botol ubat yang Saiful simpan tu... dari tempat aku berdiri sekarang, aku cuba menjeling-jeling apa yang berada dalam laci almari Saiful yang tidak ditutup habis.. kalau boleh, aku macam nak selongkar, tapi rasa tak bagus pula kan.. rumah orang lain, tak bagus buat macam tu..

aku lihat, seperti ada banyak botol yang berwarna putih juga dalam laci tersebut.. semuanya macam botol ubat je.. bukan dua atau tiga,, tapi rasanya dalam lima botol kot.. botol ubat tu pun aku rasa macam pelik.. macam bukan ubat biasa yang boleh dijumpa kat farmasi.. memang betul ke Saiful ni lepas sembuh dari demam? aku mula tertanya-tanya..

"jom!" Saiful mula mencelah..

aku sedikit terkejut.. lalu aku menoleh ke arah Saiful sambil tersenyum..

"okay.. jom gerak..." balasku..


*          *          *


sekitar pukul 10.30 pagi, aku akhirnya tiba ke universiti aku.. sudah tentu lah Saiful yang tolong hantarkan.. Saiful kata dia nak ikut aku sampai ke bilik aku tapi aku tidak benarkan.. aku berkeras tak nak benarkan dia masuk bilik aku.. sebab aku risau kalau dia dan Shahir akan terserempak lagi.. entah kenapa aku jadi takut kalau hal tu berlaku lagi.. seperti ada satu perasaan yang kuat mengatakan akan ada sesuatu yang buruk jika merek bersemuka..

akhirnya Saiful mengalah.. tapi dia nak aku berjanji untuk selalu jumpa dengan dia.. kalau tak, dia kata dia sendiri yang akan jumpa aku.. datang ke bilik aku macam tempoh hari.. aku tak boleh nak tolak dan akhirnya berjanji juga untuk selalu berjumpa dengan dia lagi.. Saiful ni memang boleh buat apa-apa di luar jangkaan kita.. tentu lah dia gembira bila aku kata macam tu.. aku kata lagi, kalau aku tak sibuk boleh lah jumpa.. dia kena faham lah sebab tahun ni adalah tahun terakhir pengajian aku.. mesti lah agak sibuk.. dia hanya mengangguk.. muka bertambah ceria.. dia ajak aku kalau boleh, jangan malu-malu untuk datang rumahnya lagi..

aku terdiam..

sebenarnya aku seakan mula kurang selesa untuk berterusan berjumpa dengannya.. setelah apa yang aku saksikan pada subuh tadi, aku dapat rasakan yang Saiful ada menyimpan perasaan kat aku.. tapi aku langsung tidak memiliki apa-apa perasaan kat dia.. hanya sekadar seorang kawan.. macam tu lah dia di hati aku.. dan kerana itu aku kalau boleh tak nak bagi dia apa-apa harapan.. sebab benda tu akan melukakan hatinya sendiri dan hatiku juga.. tapi dalam masa yang sama aku tahu yang dia faham yang aku anggap dia siapa.. mungkin dia tidak mengharap.. tapi siapa tahu apa yang dia fikirkan?

selepas Saiful pergi, aku mula berjalan menuju ke kolej kediaman aku.. tak mandi lagi.. aku pula bukan jenis yang mandi lewat.. jadi rasa pelik lah kalau masih tak mandi.. maka, aku pun mula bergegas naik menuju ke bilik aku.. dalam perjalanan nak naik tu, aku terserempak dengan Amir..

"hai.. Fahri.. dari mana ni?" tanya Amir..

"dari rumah kawan.. yang semalam tu.. aku tidur rumah dia semalam.." kata aku.. berhenti sekejap untuk bercakap dengannya..

"owh.. rumah Saiful ke?" kata Amir.. dia tersenyum.. "best tak?"

"hmm.. boleh lah juga.. first time bermalam kat rumah dia sebenarnya.."

"dia takde buat apa-apa kat kau ke??" tanya Amir lagi..

aku mula berkerut dahi, "maksud kau??" tak faham dengan soalan Amir..

"haha.. takde apa-apa lah.. saje je tanya.. okay.. aku nak pergi dulu.. bye.."

Amir mula beredar dari situ.. aku memandang dia.. mula terasa pelik dengan soalan dari Amir tu.. entah kenapa aku mula berasa tak sedap hati.. macam ada yang tak kena je..

malas nak memeningkan kepala, lalu aku pun terus menuju ke dalam bilik aku.. pintu dibuka.. kelihatan Shahir sedang berbaring di atas katilnya.. tidak memakai baju.. hanya berseluarkan boxer.. dia pandang aku.. entah kenapa aku buat-buat tak perasan yang dia sedang memandang aku.. dengan perlahan-lahan aku menuju ke almari baju aku.. pintu almari dibuka.. aku ambil sehelai tuala yang masih kering untuk bersedia nak mandi..

kemudian aku menoleh ke arah Shahir.. dia masih juga memandang aku.. aku telan liur.. entah kenapa aku rasa kurang selesa dan berdebar-debar bila dia berterusan memandang aku.. dia tidak tersenyum.. namun tidak juga serius.. aku tak tahu macam mana nak katakan tentang riaksi mukanya yang sedang memandang aku..

"semalam kau tidur mana?" Shahir mula bersuara..

"rumah kawan.. sorry lah.. aku terlupa nak beri tahu kau.."

"tak kisah pun kalau kau nak bermalam kat luar.. kawan kau yang tempoh hari tu ke? Saiful?" tanya Shahir..

aku menjadi gugup.. macam mana pula Shahir boleh agak aku tidur rumah siapa? dah tu dia ingat pula nama Saiful.. biasanya kalau hanya kenal macam tu je, kita takkan ingat pun nama orang tu.. entah kenapa aku mula berdebar-debar dengan soalan Shahir..

"ha ah.. rumah dia lah.. kenapa?" tanya aku..

"nothing.. saje tanya.." kata Shahir lagi.. kali ini dia tersenyum ke arah aku..

aku terdiam.. semakin tak sedap hati aku rasakan.. entah kenapa sejak kebelakangan ini aku seperti cuba mengelak daripada Shahir.. sebenarnya aku boleh je tanyakan soalan kepadanya tentang perkara yang telah menghantui aku.. tentang hubungan kami berdua.. apa yang sedang terjadi dan benda apa yang dia rahsiakan dari aku.. namun pada masa yang sama aku takut akan jawapannya.. aku masih belum bersedia dan tidak berani untuk mengadapinya..

aku mula membuka baju dan meletakkannya pada bakul pakaian.. aku ambil peralatan mandi aku, bersedia untuk mandi.. dengan bertuala yang berlilit di pinggang, aku mula melangkah keluar dari bilik..

tempat mandi tidak lah begitu jauh dari bilik aku.. bilik aku dan Shahir berada agak di hujung bangunan manakala bilik mandi tersebut berada di setiap sudut kolej kediaman ini.. melangkah masuk, aku lihat tidak ada sesiapa pun yang berada di tempat mandi.. kosong dan sunyi.. lalu, aku pun masuk ke ruang mandi yang berada paling hujung sekali..

pintu ditutup.. lalu aku pun membuka shower.. memberus gigi terlebih dahulu kemudian mencuci muka.. badan terasa lebih segar bila dihujani air dari shower.. hilang semua perkara yang mengganggu fikiran aku.. terasa tenang.. hanya kendengaran bunyi air yang menghujani tubuhku.. untuk tempoh lima minit, aku biarkan badan ku terus dibasahkan..

tiba-tiba pintu tempat mandi aku diketuk.. aku berasa agak terkejut sedikit.. lalu aku pun metutup shower kemudiannya membuka pintu untuk melihat siapa yang mengetuk tadi..

aku buka.. keihatan Amir di depan mata aku.. dia tersenyum...

"kenapa?" tanya aku ingin tahu..

"aku tak sangka kau pun macam aku juga.." balas Amir..

aku berkerut dahi.. kurang mengerti apa yang dia maksudkan..

"maksud kau apa??" tanya aku lagi..

Amir tidak berkata apa-apa.. lalu secara tiba-tiba dia masuk ke ruangan mandi aku itu secara kasar.. aku tidak sempat nak menghalangnya.. dengan segera dia menutup pintu.. kini, di ruangan mandi yang sempit itu hanya ada aku dan Amir..

"kau ni kenapa??!" tanya aku.. nada sedikit kasar..

Amir diam.. dia hanya memandang aku sambil tersenyum.. dia tatap tubuhku yang hanya memakai boxer.. dari bawah sehingga ke atas.. aku menjadi kurang selesa bila dia menatap tubuhku begitu.. entah kenapa jantungku mula berdegup dengan kencang.. lebih-lebih lagi bila dia tersenyum-senyum memandang tubuhku..

"cantik juga body kau.." kata Amir.. tangannya cuba untuk memeluk tubuhku.. namun dengan segera aku menepisnya dengan kasar..

"wei! kau ni kenapa, hah?! nak peluk-peluk pula!" aku mula menengking Amir..

"haha!! kau ni buat-buat tak faham lah pula.. aku tahu lah kau siapa!" sekali lagi Amir cuba memeluk tubuh aku.. tapi masih berjaya aku tangkis..

entah bagaimana, aku secara tiba-tiba menumbuk wajah Amir.. aku terkejut dengan reaksi tanpa sedar aku itu.. Amir pula memegang bahagian belah pipi kanannya yang ditumbuk aku.. dia terdiam.. namun tak lama selepas itu, dia mula ketawa kecil..

"hehe.. kau ni PLU kan, Fahri?? aku tahu lah.. sebab kau kenal dengan Saiful.." kata Amir.

aku tergamam seketika.. kenapa pula Amir ni tiba-tiba menyebut nama Saiful? apa kena-mengena Saiful dengan dirinya? sungguh, aku tidak mampu berkata-kata..

Amir mula berkata lagi, "macam mana semalam?? best tak dengan dia?? hehe.."

"best apa benda??" balasku..

"apa benda lagi?? main lah!!" Amir sekali lagi cuba memeluk aku.. "jom lah, main dengan aku pula.. aku dah lama tak main.." Amir berterusan mendesak..

entah macam mana setelah aku cuba menangkis pelukkannya, akhirnya dia berjaya juga.. aku ingin menumbuk mukanya sekali lagi, namun dia berjaya memegang tangan aku.. jantungku berdegup semakin laju.. Amir pula tidak berhenti-henti ketawa.. matanya mula disinari nafsu.. sekuat mana aku cuba melawan namun akhirnya tertewas juga oleh Amir.. tubuhku dihentakknya ke dinding..

Amir semakin buas.. tubuhku dihentaknya ke dinding berkali-kali.. aku tak tahu apa yang menguasai mindanya.. seakan dia mula hilang fikiran..

namun..

tiba-tiba pintu ruangan mandi itu dibuka..

"hei Amir!!"

kedengaran satu suara menengking Amir.. suara yang aku begitu kenali..

Amir terkejut.. namun pada saat dia mahu menoleh.. satu tumbukan mula melayang ke arah mukanya..

"kau ni kenapa, hah??!!" tengking orang itu lagi..

aku toleh.. Shahir kini berada di depan mata aku..











Tuesday, 19 February 2013

Unspeakable Love -Part 17-





Part 17 : A Night with Saiful


kami duduk bersebelahan.. Saiful di sebelah kiri ku.. kami berada di tempat duduk di kawasan tengah.. tidak lah terlalu jauh, dan tidak juga terlalu dekat.. di hadapan kami, skrin wayang sedang menayangkan sebuah filem.. satu kisah komedi tempatan.. kadang-kadang, bilik panggung wayang itu bising dengan ketawa orang ramai yang menontonnya.. satu lawak yang berjaya mencuit hati penonton..

mungkin..

sebab aku tidak lah khusyuk menontonnya..

sesekali aku mencuri padang ke arah Saiful di sebelahku.. dia hanya berterusan memandang ke hadapan skrin.. matanya langsung tidak berkelip.. langsung tidak pernah menoleh ke kiri ataupun ke kanan.. dia hanya diam sejak filem itu ditayangkan.. tanpa reaksi wajah lain, dia hanya berdiam diri dengan wajah yang agak serius..

matanya melihat ke hadapan namun aku tahu mindanya tidak berada di sini sekarang.. aku tahu dia sedang memikirkan tentang sesuatu.. dirinya tidak berada di sini.. dirinya tengah berada dalam fikirannya sendiri.. 

aku mula berasa tidak sedap hati melihat perubahan perangainya itu.. sebelum ini dia lah yang bersemangat nak keluar berdua denganku, tapi sekarang keceriaan itu seakan hilang.. pudar.. dia mula berdiam diri.. namun bila aku memandangnya, dengan segera dia akan cuba tersenyum kepada aku.. namun aku tahu, ada maksud di sebalik senyumannya itu.. 

tayangan filem itu cuma dalam lebih kurang satu setengah jam.. tapi jalan cerita filem itu langsung aku tidak fahami.. aku gelisah yang kerap kali mencuri-curi pandang ke arah Saiful.. aku yakin dia sendiri juga tidak akan ingat apa yang berlaku dalam filem itu.. senang kata, dia cuma di panggung itu menghabiskan masa dengan temenung..

tayangan habis.. semua penonton mula mengosongkan bilik tayangan.. aku dan Saiful juga beredar.. kami berjalan seiringan tanpa berbicara apa-apa.. suasana menjadi sunyi.. masih lagi berada di dalam pusat membeli belah, kami mula hilang arah tujuan.. tidak tahu hendak ke mana selepas ini.. berjalan tak tentu hala.. jam sekarang menunjukkan lebih kurang pukul 8 malam..

dengan sengaja aku menghentikan langkah.. Saiful pula tanpa menyedari aku telah berhenti, dia berjalan menuju ke hadapan.. memang sah dia sedang memikirkan sesuatu sehinggakan aku di sisinya tidak disedari ketinggalan di belakangnya.. dari belakang, aku memandang Saiful..

kenapa dengan dia ni??

aku mula tertanya-tanya akan perubahan dalam diri Saiful.. terlalu tiba-tiba seakan menjadi seorang insan yang berbeza.. lebih kurang dia lima meter di hadapan, aku mula menegurnya..

"Saiful!"

dia tersentak.. dia mula sedar yang aku ketinggal di belakangnya.. dia toleh aku..

"kenapa dengan kau ni??" tanya aku sambil mula berjalan ke arahnya.. "kau nampak lain macam.."

Saiful terdiam.. namun dia cuba tersenyum..

"kau fikir apa sebenarnya?" tanya aku lagi..

"tak fikir apa-apa lah.." balasnya..

"tipu lah.. aku tahu lah kau sedang termenungkan hal lain.."

"takde lah.. aku okay je.."

"tipu lah.. kau cakap lah apa yang tak kena?" aku masih lagi mendesak..

"nothing lah.."

"kau serius??"

"aku cakap takde, so takde apa-apa lah!!" secara tiba-tiba Saiful bersuara agak kasar.

aku tergamam.. terkejut dengan suaranya yang kasar itu.. terdiam, aku tidak bersuara..

"maafkan aku Fahri.. aku takde niat nak cakap kasar kat kau.. sorry sangat-sangat.." Saiful mula cuba memujuk aku..

aku masih lagi terdiam.. tangan aku dipegang Saiful.. wajahnya aku pandang.. riak wajah yang serba salah..

"Fahri, maafkan aku.. sungguh.. aku tak berniat langsung! ya betul.. aku ada fikirkan tentang sesuatu.. but kau tak payah lah risau ye.. semuanya okay je.." Saiful masih lagi cuba memujuk..

pertama kali Saiful berkasar bahasa kat aku, memang terasa agak janggal.. selama ini dia sentiasa bersikap tak serius dan main-main.. dia juga suka tersengih dan tersenyum.. namun kali ni, sungguh aku merasakan dirinya seakan seorang yang berbeza.. seakan aku tak kenal dirinya lagi..

tapi aku cuba menenangkan diri.. cuba menjadi rasional semula.. mungkin ada sesuatu yang Saiful tengah fikirkan namun dia masih belum bersedia untuk meluahkannya kat aku.. mungkin juga aku yang terlalu memaksanya..

aku pandang mata Saiful, kemudian aku mengukirkan senyuman..

"aku okay je.. don't worry.. aku tak marah.. aku pun nak minta maaf lah kalau terlalu mendesak kau.." kataku..

"kau tak salah apa-apa.. aku yang salah.." kata Saiful..

"dah.. dah.. tak payah nak cakap siapa yang bersalah.. kita lupakan je lah.. jom, kita pergi dinner.." ajak aku..

Saiful hanya menurut.. kami mula mencari tempat makan yang sesuai dalam pusat membelah belah ini.. kalau diikutkan hati, aku memang teringin sangat nak tahu apa benda lah Saiful tengah fikirkan.. tapi aku tak nak pula desak dia.. hilang suasana untuk bergembira keluar bersama-sama.. jadi lebih baik aku lupakan sahaja.. lagi pun Saiful nampak ceria waktu mula-mula datang ke tempat kerjanya.. dia lah yang terlebih-lebih nak ajak aku keluar bersama.. sampai sanggup ponteng kerja.. terlebih-lebih pula dia ni kan?

sampai di food court.. kelihatan ramai orang sedang berada di sana.. agak penuh.. seakan susah pula nak cari tempat duduk.. mata ku meliar-liar mencari tempat yang sesuai.. lalu, aku terpandang satu meja di sadu sudut terpencil yang belum diduduki.. aku mengajak Saiful untuk duduk di sana.. dia hanya mengikut.. lalu aku pun duduk di kerusi yang disediakan namun Saiful pula masih juga berdiri..

aku memandang Saiful, "kenapa?? duduk lah.." ajak aku..

"hmm.. rasa tak selesa lah pula.." Saiful bersuara..

"maksud kau??"

"ramai orang.. aku rasa agak kurang selesa.."

"biasalah.. time-time macam ni lah orang nak dinner.. kenapa? tak nak makan sini ke? kalau tak suka, pergi tempat lain.." kata aku lagi..

pelik lah pula Saiful ni.. makan pun nak berkira ke?? macam tak biasa pula makan kat tempat orang ramai.. ada-ada je lah dia ni.. haish!

"Fahri, kau free tak esok? maksud aku ada kelas tak esok??" tanya Saiful..

"kau ni... esokkan hari Ahad.. tentu lah aku free.. kenapa??" tanya aku pula..

"ha ah lah.. hehe.. lupa pula... hmmm... malam ni kau stay rumah aku nak tak??"

"hah??"

aku terkejut.. nak bermalam kat rumah dia?? tak sangka pula aku dia akan ajak aku.. aku terdiam.. berfikir sama ada mahu ataupun tak mahu..

"macam mana?? nak tak?? aku masak untuk kau malam ni lah.." tanya Saiful.. dia pandang aku..

"hmm.. kau pandai memasak ke?? hehe.."

"haha.. kalau kau nak, dapat lah kau rasa masakan aku.."

"okay.. aku nak je.."

"yeah!!" Saiful mula berasa seronok..

aku mula berfikir.. selama ni aku tak pernah pergi rumah Saiful.. teringin juga nak tahu keadaan rumahnya macam mana.. yang aku tahu lah, berdasarkan apa yang dia cakapkan kat aku, dia lari dari rumah dan tinggal berseorangan kat kota ini.. jadi ini yang buat aku rasa betul-betul ingin tahu nak tengok keadaan tempat tinggal Saiful..

aku tengok wajah Saiful.. bersinar-sinar je matanya bila aku kata setuju.. terasa pelik lah pula aku terhadap Saiful ni.. tadi angin macam kurang elok, sekarang ni cepat je dah ceria semula..

"apa lagi, jom lah.. dah lewat ni.." ajak Saiful..

"eh, jap ye.."

"kenapa?"

"aku rasa macam nampak kawan aku.. ha ah lah.. kawan aku.. hei! Amir!!" aku melambai ke arah seseorang..

kelihatan seorang lelaki yang aku kenali turut berada di food court ini.. memang dari jauh aku dah boleh nak cam dia.. lelaki bernama Amir tu menoleh.. dia perasan aku sedang memandangnya.. dia tersenyum lalu berjalan ke arah aku.. tak sangka betul lah boleh terserempak dengan kawan satu course dengan aku kat sini..

kami berdua bersalaman.. 

"seorang je ke?" tanya aku terus kepadanya..

"ye.. seorang je lah.. nak makan tadi.. kau pun nak makan juga ke??" tanya Amir pula..

"tadi ya.. but sekarang tak.. nak pergi tempat lain.. by the way.. ni kawan aku.. Saiful namanya.."

aku memperkenalkan Saiful kepada Amir.. mereka berdua mula bersalaman.. 

"hai.." kata Saiful..

"owh.. Saiful... hmmm.. aku Amir.. kawan Fahri juga.." balas Amir.. dia menjeling ke arah Saiful.. agak tajam..

Saiful pula kelihatan seakan mengelabah..

"Fahri.. jom kita gerak.. dah lewat ni.." ajak Saiful..

aku memandang Saiful.. tiba-tiba aku berasa pelik melihat dirinya.. kenapa macam tergesa-gesa pula? rileks-rileks lah.. aku baru je jumpa kawan aku.. dia ni, tak faham-faham pula.. tentu lah aku nak berborak sekejap dengan kawan aku.. dia ni nak cepat je.. tak sabar-sabar!

"okay lah Amir.. kami nak cepat ni.. kena gerak dulu.." kataku..

sempat aku menjeling ke arah Saiful.. sebenarnya aku berasa geram.. tak sabar-sabar betul lah Saiful ni.. macam lah nak bersembang dua tiga minit pun tak boleh.. untung aku ikut apa yang dia nak.. kalau tak, boleh je aku batalkan niat aku untuk bermalam di rumahnya..

aku tersenyum ke arah Amir dan melambainya.. Amir pun sama, melambai aku.. tapi, tangan aku mula ditarik oleh Saiful.. dipaksanya aku untuk melangkah laju..


*          *          *


"makanan dah siap!!" jerit Saiful dari tempat memasak..

aku berada di ruang tamu rumahnya segera melangkah ke meja makan yang juga berada di ruang tamu.. sementara menunggu Saiful menghidangkan makanan, aku memandang sekeliling keadaan rumahnya itu.. agak sempit lah juga.. Saiful tinggal di sebuah flat berada di tingkat empat.. saiz rumah agak kecil.. ada dua buah bilik tidur, ruang tamu, bilik mandi beserta tandas dan dapur sahaja.. mungkin nampak kecil tapi kata Saiful dia tinggal di rumah tu seorang diri.. cuma satu bilik je dia gunakan.. bilik yang kedua pula kosong.. jadi kalau duduk seorang terasa besar lah..

aku ada tanya dia juga, kenapa tak nak duduk dengan orang lain? katanya, tak ada privasi.. dia lagi selesa duduk seorang.. dah tu, sewa berseorangan pula.. mampu pula dia nak bayar bulan-bulan.. kata Saiful lagi, duit yang dia ada hasil dari wasiat ayahnya masih boleh tampung semuanya.. dan lagi, seperti yang dia cakap lah, ibu tirinya pun ada juga bank in duit untuk dia.. sebab tu lah dia tak risau..

aku pun tak faham dengan cara hidup Saiful.. tak ke dia rasa bosan kalau duduk seorang diri je.. tak ada teman nak bercakap.. bagi aku agak bosan lah.. tak tahu lah pada Saiful yang katannya lebih prefer privasi untuk dirinya..

makanan dihidangkan.. ada dua hidangan.. ayam masak merah dan sayur kobis.. kedua-duanya nampak menyelerakan.. bau makanan begitu mengujakan.. sedap lah kot kalau dirasakan.. aku duduk sambil menunggu nasi yang diisi sendiri ke pinggan untuk aku oleh Saiful.. kami duduk bertentangan.. seperti kebiasaanya lah.. dia tersenyum-senyum nampak ceria.. mungkin dia seronok kot ada tetamu yang datang.. ye lah.. kalau pun dia kata lebih suka duduk seorang, mesti lah akan gembira juga kalau ada teman berbual..

aku merasa makanan yang dimasak Saiful.. ayam masak merahnya agak pedas... tapi aku memang suka makanan yang pedas-pedas ni.. sedap juga masakan Saiful.. berselera aku nak makan.. hehe..

"macam mana?? sedap tak??" tanya Saiful..

"hmm.. boleh lah.. hehe.."

"kalau kau free, tak payah lah malu-malu untuk datang rumah aku lagi.. aku suka kalau kau datang.." kata Saiful lagi.. dia tersenyum..

aku tak membalas apa-apa.. diam dan hanya menikmati hidangan di depan mata.. dua pinggan nasi juga lah makan.. memang berselera aku..

makan dan terus makan.. 

namun, baru aku perasan yang makanan di pinggan Saiful masih belum dijamah.. aku dah makan dua pinggan tapi dia masih tak makan.. dia hanya memandang aku.. sambil bertongkat dagu dia memerhatikan aku sedang makan.. bibirnya terukir senyuman..

"kenapa kau still tak makan??" tanya aku..

"entah.. dah kenyang kot.." balasnya..

"kau perhatikan aku makan kenapa? dah tu tersenyum-senyum pula.." tanya aku lagi..

"entah.. saje nak tengok kau makan.. mungkin.. hehe.."

makin pelik pula aku tengok perangai Saiful ni.. jujur aku cakap aku rasa kurang selesa bila dia pandang-pandang macam tu.. rasa takut pun ada.. rasa kekok.. entah kenapa aku mula tidak berselera nak makan.. lalu aku pun berhenti dari makan..

"dah kenyang lah.." kataku ringkas..

baru je aku nak beredar dari situ untuk ke dapur mencuci pinggan, Saiful mula mencelah..

"sekejap!"

dia bangun dari tempat duduk lalu menghulurkan tangannya ke arah muka aku.. jarinya mula disapu pada bahagian tepi bibir aku..

aku tergamam..

"kau makan dengan gelojoh.. kuah makanan pun berpalit di luar mulut.. macam budak-budak.. hehe" kata Saiful..

aku masih lagi tergamam dengan tindakannya menyapukan jarinya pada bibirku.. sisa-sia kuah di tepi bibirku dilapnya dengan jari.. muka ku bertukar menjadi merah..

"kenapa?" tanya Saiful..

"nothing.."

cepat-cepat aku beredar dari situ.. 

aku tak tahu kenapa dengan diri aku.. jantungku berdegup dengan kencang pada saat ini.. masih lagi terkena kejutan dengan apa yang Saiful telah lakukan.. aku masih lagi berdiri menghadap singki.. pinggan di tangan aku masih belum dicuci.. aku letakkan sahaja di atas singki sambil aku memandang ke arah ruang tamu.. Saiful, aku pandang.. dia masih lagi duduk di meja makan.. dia baru je nak menjamah makanannya..

entah kenapa dengan hati aku.. terasa ada satu perasaan yang mula bermain di fikiran aku namun sukar untuk diterjamahkannya.. seperti yang aku katakan, perasaan aku masih lagi tergamam dengan apa yang Saiful telah lakukakan..

pada malam itu, sekitar pukul 11.30 malam, aku mula berbaring di atas katil di bilik Saiful.. tilam katil bersaiz Queen.. agak muat untuk aku dan Saiful berbaring bersama.. Saiful masih lagi di luar bilik.. sempat juga aku curi-curi pandang apa yang sedang Saiful lakukan di luar sana.. dia sedang bergayut dengan seseorang di telefon.. riak wajahnya kelihatan ceria.. aku tak boleh nak agak siapa dengan teman dia berbual.. mungkin sahaja dia sedang bercakap dengan seorang kawan..

aku memandang sekeliling bilik Saiful.. agak kemas dan teratur. mungkin sebab dia anak orang kaya memang telah dilatih untuk bersikap begini.. walaupun kelihatan ringkas tapi agak menarik juga biliknya.. aku mula menyelimuti tubuhku.. suhu pada malam ini agak sejuk berbanding biasa.. aku mula membaringkan kepala aku pada bantal.. memandang pada lampu di siling, aku cuba mengosongkan apa yang ada di fikiran aku..

aku pejam mata..

"dah nak tidur ke?" tiba-tiba kedengaran suara Saiful..

aku bingkas bangun lalu menyandarkan tubuhku pada dinding katil.. aku tak bercakap apa-apa melainkan hanya tersenyum..

Saiful yang hanya memakai seluar pendek itu kemudiannya menanggalkan bajunya.. lalu dia mula berbaring bersebelahan dengan ku.. dia pandang aku.. tersenyum.. 

"cantik tak tubuh aku?" tanya Saiful sambil mengayakan otot pada lengannya..

memang tak dapat nak dinafikan lah, Saiful memiliki tubuh yang agak menarik.. agak solid.. tak lah begitu berotot.. senang kata, tubuh yang sesuai untuk menjadi seorang model.. ini kali pertama aku melihatnya tanpa memakai baju.. tiba-tiba aku terfikir.. kenapa pula Saiful ni tak nak jadi model?? body pun okay.. rupa pun hensem juga.. senang cakap dah sesuai lah..

"kenapa? nak goda aku ke??" tanya aku..

"mungkin.. hehe.." dia ketawa kecil..

"kau memang suka tidur tak pakai baju ke??" tanya aku lagi..

"yupp.. macam ni lah.. usually pakai boxer je lah... seksi tak?? hehe.."

"owh.. jadi sebab tu lah kau kata nak ada privasi.. senang sikit nak seksi-seksi kat dalam rumah kan??" kata aku.. tersenyum..

dia balas senyuman aku.. lalu hidung aku dicubitnya..

"sakit lah!" aku menepis tangannya, "kau ni kenapa??"

"kau nampak comel bila senyum.. rasa nak cubit.. so, aku cubit lah.." kata Saiful slumber..

"hahaha.." aku ketawa.. ketawa yang dibuat-buat..

suasana menjadi diam seketika.. aku memandang ke siling.. Saiful di sebelah aku pula juga turut diam.. hanya kedengaran bunyi kenderaan yang melintas di bawah flat.. tak ada lah bising sangat tapi jelas kedengaran lah bunyi enjin kereta..

"Shahir pun kadang-kadang suka juga tidur tak pakai baju.." aku mula bersuara..

Saiful berpaling menghadap aku, "owh, mesti kau ada curi-curi skodeng dia kan?? tengok-tengok body dia.. tak gitu?"

"hehe.. ada lah juga.. but most of the time aku tahan diri dari nak pandang lah.." jawap ku..

jujur aku katakan, memang aku ni masih lagi menjaga mata aku.. biarpun aku ni satu bilik dengan Shahir, tapi aku hormat dia sebagai seorang sahabat baik aku.. memang susah lah kalau kita satu bilik dengan orang yang kita suka tapi dalam masa yang sama kita tak buat sesuatu yang berlebih-lebih.. kerana aku takut jika nafsu lebih menguasai perasaan hormat dan sayang aku terhadapnya.. 

"body siapa yang lagi hot?? aku ke dia??" tanya Saiful lagi sambil mula menggayakan tubuhnya semula..

"haha.. kau tahu lah aku macam mana.. so, aku kena berat sebelah lah.. tentu lah Shahir.. hehe.."

"tak aci lah.. sebab kau suka dia mesti lah kau akan menang kan dia.. haish!" Saiful tak puas hati.. "nampak gayanya kena workout lebih lah ni.."

"kau ni, Saiful... ish.. ish.. tak habis-habis dengan perangai kau.."

tak faham lah Saiful ni.. perangai dia tak sudah-sudah.. suka main-main je.. kadang-kadang tu macam gurauan yang melebih-lebih.. macam sekarang ni lah..

"Fahri.."

"ye ada apa??"

"kau fikir aku orangnya macam mana??" Saiful mula bertanya..

"orang macam mana pula??"

"selama kau kenal aku lah.. apa yang kau fikir tentang aku??" tanya Saiful lagi..

"tentang kau?? hmmm... aku rasa aku benci kau.. hehe.." aku ketawa kecil..

"benci? kenapa pula??"

"benci sebab kau ni bila aku tanya, kau takkan jawab lah.. memang usually macam tu lah.. walaupun aku tanya balik-balik, tapi kau suka je jawap lain.. tak pun tanya aku pula.. macam sekarang ni lah.. kau ni kalau bergurau kadang-kadang berlebih pula.. suka je main-main.." balasku..

"owh.. ya ke?? sorry lah kalau tu buat kau benci kat aku.." suara Saiful agak sedih..

"takde lah benci pun sebenarnya.. mungkin perkataan yang sesuai rasa geram lah kot.. but, pada masa yang sama aku pun suka kau juga.." aku tersenyum sambil memandang wajah Saiful..

"suka? maksud kau apa?"

"suka sebab sebab kau selalu ada untuk dengar masalah aku.. dari awal kita berkenalan di PR dulu, kat kau lah aku banyak kongsi about my story life.. tentang rahsia perasaan sayang aku kat seseorang.. dan kau juga lah orang yang banyak mengajar aku tentang sesuatu perkara.. senang cakap, kau selalu ada bila aku memerlukan seseorang.. sebab itu lah aku suka kau.." aku pandang Saiful sambil tersenyum..

"thanks ya Fahri.. aku selalu ada untuk kau.." balas Saiful..

"sebab, kau lah kawan aku.."

"ya.. hanya sekadar kawan.." balas Saiful lagi.. agak perlahan.. dia tunduk muka ke bawah..


*          *          *


pada malam itu, aku sedang bermimpi..

ada satu padang rumput yang luas.. di selilingnya ada ada banyak bunga-bunga kecil yang tumbuh.. langit bergitu cerah dan biru.. langsung tiada awan yang melitupti langit.. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. seakan syurga.. suasananya begitu indah dan mendamaikan..

aku melangkah ke hadapan.. aku tak tahu ke mana ingin aku tuju.. namun firasat aku kuat mengatakan untuk aku terus berjalan ke hadapan.. aku melangkah dan terus mara.. tidak ada apa-apa di hadapan aku melainkan satu padang rumput yang begitu luas..

tidak sekali aku menyerah.. aku gagahkan jua diri untuk terus melangkah ke hadapan.. sehingga lah aku ternampak satu susuk tubuh manusia di depan mata aku.. dia begitu jauh dari ku.. dia melambaikan tangannya..

aku berlari.. aku cuba pergi ke tempat manusia itu.. namun sepantas mana pun aku berlari, tidak pernah jua sampai ke arahnya.. tapi manusia itu terus jua melambai kepada aku.. tidak tahu siapa dia, namun hati ku kuat mengatakan untuk sampai pada dirinya.. aku berlari dan terus berlari..

tunggu!!

aku menjerit..

tunggu!!

dan terus menjerit ke arahnya..

berlari dan terus berlari, akhirnya aku tiba-tiba rebai ke tanah.. aku menangis.. tapi aku tak tahu kenapa aku menangis.. tiba-tiba suasana yang cerah dan ceria, berubah menjadi gelap.. yang ada aku duduk kesedihan berseorangan..

perasaan takut menyelubungi diri.. aku berasa sepi dan kesunyian.. aku menangis dan terus menangis..

RING!! RING!!

mimpi ku mula hilang.. aku terjaga dari tidurku.. suasana gelap... keadaan di dalam bilik ini begitu gelap sekali.. aku memandang ke kiri dan kanan.. ada Saiful sedang tidur nyenyak di sebelah kananku.. baru aku ingat yang malam ini aku tidur bermalam di rumah Saiful..

bunyi itu masih lagi bingit dan bising.. bunyi jam lonceng seseorang.. aku capai telefon bimbit aku.. bukan dari  alarm telefon bimbit aku.. sempat aku melihat pukul berapa sekarang.. dah masuk waktu untuk solat subuh.. lalu aku mengarukan kepala. cuba untuk menghilangkan rasa mengantuk.. aku menguap..

bunyi alarm tu masih lagi tak berkesudahan.. 

"Saiful.. bangun.." aku cuba mengejutkan Saiful dari tidurnya.. tapi dia masih lagi terlena..

sekali lagi aku menguap..

bunyi alarm itu semakin bingit.. aku cuba cari dari mana datangnya bunyi itu.. dari sebelah kanan.. aku terpandang telefon bimbit Saiful di atas meja di sebelah katil.. memang sah bunyi itu dari telefon bimbit Saiful..

dengan segera aku cuba capai telefon bimbit Saiful untuk mematikan alarm.. apabila aku mahu nak mematikan alarm tersebut, aku terpandang sesuatu.. 

aku tergamam..

apasal gambar aku jadi wallpaper phone ni??!!