Friday, 5 April 2013

Abang Long Muscle -Part 2-





beberapa hari lepas tengah aku online, aku terjumpa satu gambar yang telah menarik perhatian aku.. gambar yang dimaksudkan adalah gambar yang di atas ini lah.. jangan pula tanya di mana aku jumpa gambar ni.. hehehe.. actually apabila aku pandang je gambar di atas ni, kat minda aku terus teringat akan seseorang.. fikir apasalah orang dalam pic ni lebih kurang sama macam Abang Long??

sebelum ni aku kan baru je tulis satu entri tentang Abang Long ni.. so, kalau korang nak imagine lah macam mana rupa paras Abang Long yang dimaksudkan adalah sama seperti dalam gambar di atas ni.. aku kata dalam 80% ada persamaan fizikal dan paras rupa dengan Abang Long.. body pun lebih kurang sama je.. ada sedikit bulu-bulu halus pada bahagian dada, sama macam Abang Long juga.. just perbezaannya Abang Long kulit lagi coklat lah.. Facial hair Abang Long lagi tebal dan serabai.. muka Abang Long mungkin macho and hensem sikit kot.. muka lagi ganas dan maskulin dari dalam gambar di atas ni.. sebab Abang Long kadang-kadang macam gangster.. dah tu kadang-kadang muka serius je.. aku pun takut hadap muka dia.. serious, aku takut nak jumpa or bersemuka dengan dia.. sebab dia usually cakap dengan aku macam nak marah-marah..

perlu ditekankan kat sini ye yang aku takde feeling apa-apa pun kat dia.. sebab seperti yang aku cakapkan dulu yang aku kurang berkenan dengan sikap dia yang asyik nak sakat and kacau aku.. dah tu macam marah-marah dan suka sindir aku lah.. ditambah pula lagi aku kan kurang selesa sikit dengan yang lebih dewasa.. aku paranoid dengan yang dewasa.. 

tapi tu dulu lah.. sekarang ni aku dah mula respect kat dia sebab aku baru terbuka mata hati aku untuk melihat dia sebenarnya baik je kat aku.. ambil berat tentang hal aku.. aku rasa antara semua orang kat sini dia lah yang macam ambil kisah tentang diri aku.. sambil-sambil dia kacau aku, tapi pada masa yang sama sebenarnya dia ambil berat juga.. sebab tu lah hati aku yang mulanya keras tak suka kat dia, sekarang ni dah mula naik cair lah.. maksud aku takde dah rasa tak suka kat dia tu.. kecuali sekarang dalam hati aku dah mula rasa hormat kat dia sebenarnya..

kadang-kadang aku bayang dia macam seorang ayah tau.. ini jujur aku cakap lah.. seorang ayah yang tegas pada anak dia.. marah-marah, tapi sebenarnya ambil berat.. ajar itu ini.. walaupun cara dia tu kasar, tapi sebenarnya dia memang bermaksud nak tolong aku.. tapi, aku pula jenis yang macam susah nak terima cara kasar dia tu.. sebab aku 'anak manja'.. hehehe.. dimanjakan dalam family aku lah.. sebab tu lah aku terfikir kalau ayah aku perangai macam Abang Long, aku rasa sekarang ini dah jadi lain dah.. sebab ayah aku mana lah tegas kat aku.. 

untuk sesuatu sebab, aku rasa dia tahu banyak perkara tentang diri aku.. pertama, aku rasa dia memang dah tahu aku PLU.. sebab dia kan suka nak 'menggaykan' aku kat depan orang ramai.. aku tahu lah dia buat macam tu just main-main je.. perangai dia kat aku memang macam tu, sebab tu dulu aku malas nak ambil peduli tentang dia.. kadang-kadang dia macam boleh tahu pada siapa aku pernah ada hati kat orang tu lah.. misalnya macam satu kejadian ketika aku naik kereta berdua-duaan dengan Abang Long.. usually, aku kalau nak pergi ke surau untuk solat Jumaat, aku akan tumpang naik kereta Abang Long.. then pada hari tu, waktu nak balik just ada aku dan Abang Long je lah.. lepas habis solat, dia hantar aku balik rumah aku.. then dalam kereta hanya ada aku dan dia, tiba-tiba je Abang Long cakap satu benda kat aku.. dia tanya something lah..

"kau sayang Hafiz kan?"

aku ni sebenarnya tergamam juga bila dia tanya aku soalan macam tu.. tapi aku tak cakap apa-apa.. just tak ambil peduli apa yang dia cakapkan.. macam buat-buat tak dengar..

siapa Hafiz? seorang senior yang aku gelar sebagai Abang Hensem dalam blog ni.. jujur aku cakap yang aku memang ada juga tertarik hati kat Abang Hensem.. but just suka-suka macam tu je lah.. sebab aku anggap dia sebagai seorang senior yang paling aku hormat kat sini.. tak lebih dari itu.. 

tapi, macam mana lah Abang Long ni macam boleh tahu benda tu?? 

ada yang orang komen kat entri sebelum ni kata Abang Long tu mungkin ada hati kat aku.. tapi kalau ditanya pendapat aku lah, jawapannya tak.. aku tak rasa Abang Long tu PLU.. tak juga biseksual.. sebab aku kenal dia macam mana, sebab tu aku fikir dia tidak akan masuk dalam kategori lelaki PLU.. 

dan lagi, sebenarnya Abang Long pun dah ada calon isteri dia sendiri.. dia bukan main bangga lagi dengan girlfriend dia tu.. anak kacukan Jerman pula.. cantik lah juga girlfriend dia tu.. sekarang ni pun Abang Long sambil-sambil study selalu juga buat kerja sambilan.. aku rasa dia nak kumpul duit untuk kahwin nanti kot.. memang rasa macam tu.. kerja sambilan kat sini gaji memang lumayan... kawan aku duit kerja sambilan dia dah boleh beli kereta kancil.. 








#sekarang ni aku mula berfikir macam mana lah life aku kalau aku terima pelawaan Abang Long untuk ajak aku jadi roommate dia dulu??

Wednesday, 3 April 2013

Unspeakable Love -Part 24-





Part 24 : The Dream


"kau tahu yang aku sayangkan kau?" aku berkata..

dia hanya diam membisu tanpa memandang ke arah diriku..

berdua-duaan di taman, kami duduk bersama-sama sambil memerhatikan suasana senja pada hari itu.. tangannya aku pegang.. kepala aku dilabuhkan pada bahunya.. sesuatu yang tidak pernah kami lakukan sebelum ini.. maksud aku, dia tidak pernah sesekali akan membenarkan aku melakukan sedemikian rupa pada dirinya.. dia membenci keadaan itu.. mempamerkan rasa sayangku pada dirinya membuatkannya tidak selesa.. namun berbeza untuk hari ini.. dia hanya membiarkan aku berbuat begitu.. mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir sebelum dia pergi meninggalkan aku..

"aku just nak cakap lagi, aku sayangkan kau, Ihsan.. sungguh.. walaupun kau tak pernah mengatakannya tapi aku tahu dalam hati mu ada diriku.." kataku lagi..

"Fahri.." akhirnya Ihsan bersuara..

aku pandang wajahnya.. sedia untuk mendengar apa yang dia ingin katakan..

"ia tidak akan kekal buat selamanya bukan?" Ihsan berkata lagi.. "kau pun tahu hubungan seperti ini tidak akan berkekalan.."

aku terdiam.. tangan Ihsan semakin aku genggam erat..

ada kebenaran disebalik kata-kata Ihsan itu.. seberapa lama hubungan seperti ini akan bertahan? tapi dalam masa yang sama, aku tak mampu nak tipu diri aku dari terus menyayangi dirinya.. aku tidak boleh tipu perasaan aku.. dia telah pun bertahta di hati aku.. tidak mampu aku hilangkan jejak dirinya yang telah berada dalam hati ku selama ini..

"aku takut..." Ihsan bersuara dengan perlahan.. "aku takut untuk mencintai kau..." Ihsan bersuara lagi..

"kenapa kau takut?" aku pandang Ihsan

Ihsan terdiam.. dia pandang aku dengan tajam..

"kadang-kadang ada sesuatu yang kita betul-betul ingin kan, namun ia juga lah sesuatu yang harus kita lepaskan.." Ihsan genggam tangan aku.. "tapi Fahri.. seperti yang kau katakan.. aku juga menyayangi dirimu.."

berlinang air mataku bila dia berkata begitu..

pada hari terakhir aku berjumpa dengan dirinya, dia kata yang dia sayangkan aku...


*          *          *


lebih kurang sebulan sahaja lagi masa yang tinggal sebelum aku menamatkan zaman belajar aku di universiti ini.. keadaan juga semakin bertambah sibuk berbanding hari-hari kebiasaanya.. ada banyak benda yang harus disiapkan.. tidur juga semakin tidak terjaga.. sehari langsung tidak tidur sudah menjadi kebiasaan.. aku juga semakin serius untuk menyiapkan semua projek yang harus aku siapkan.. assignment terakhir aku di universiti ini, perlu aku siapkan dengan sebaik-baiknya..

kehidupan aku pada saat ini sedikit tenang berbanding beberapa minggu lepas yang aku lalui.. tiada lagi tanda tanya aku terhadap diri Shahir.. semuanya sudah terjawab.. dia tahu aku menyukai dirinya yang secara tidak langsung dia juga tahu siapa diri aku yang sebenarnya.. namun hubungan kami masih berjalan seperti biasa.. aku fikir Shahir mula cuba melayan aku seperti mana seperti orang yang dia kenali dahulu.. sejak hari itu, dia langsung tidak menyentuh apa-apa lagi yang berkaitan tentang kejadian tempoh hari.. mungkin dia tidak mahu mengingati semuanya.. lupakan apa yang dah terjadi, hadapi masa yang akan datang..

kehidupan tenang dan aman.. mungkin setelah aku tidak lagi berhubung dengan Saiful, jiwaku lebih berasa tenteram.. dia pernah cuba menghubungi aku beberapa kali, namun aku teragak-agak untuk membalasnya.. untuk sesuatu sebab yang aku sendiri tidak pasti, aku fikir yang aku mahu menjauhkan diri daripada Saiful.. di Facebook, aku telah pun membuang dirinya dari senarai kawanku di Facebook.. mungkin aku tidak mahu melihat dirinya muncul kembali.. aku takut, jika aku online dia akan cuba menghubungi aku.. mungkin Saiful juga akan cuba membalas komen pada status di Facebook aku.. oleh sebab itu lah aku putuskan solusi tu.. aku takut jika aku akan terus dibayangi oleh dirinya..

mahu sahaja aku menukar nombor telefon aku agar aku boleh terus menjauhkan diri darinya.. namun aku biarkan sahaja dan terus memakainya.. cuma pada saat-saat awal sejak kejadian aku lari dari rumahnya Saiful ada cuba untuk menghubungi aku.. namun kini dia sudah kembali diam.. tiada lagi SMS dan panggilan dari Saiful.. aku fikir yang dia mulai faham.. tentang telefon bimbit Samsung Galaxy S3 yang dihadiahkannya dulu pula, aku gantikan dengan telefon bimbit yang asalnya aku beli untuk mengantikan telefon aku yang telah terendam ke laut pada saat pertama kali aku keluar dengan Saiful.. seperti yang aku katakan, mungkin aku tidak mahu dibayangi oleh Saiful..

pada saat ini, aku berasa lebih tenang tanpa ada kaitan dengan dirinya..

semalam, aku dan Shahir telah berjaga malam cuba untuk menyiapkan design masing-masing.. aku kalau di campur dengan semalam sudah dua hari berturut-turut tidak langsung.. Shahir ada menasihatkan aku untuk tidur seketika.. katanya untuk jaga kesihatan aku.. namun aku katakan yang aku masih lagi larat untuk berjaga malam.. aku kata lagi yang dia tidak perlu risau tentang diri aku.. namun Shahir tetap berkeras juga meminta aku berehat dahulu.. aku akhirnya mengikut apa yang Shahir pinta.. dalam pukul 4 pagi, akhirnya aku pergi ke katil aku untuk berbaring.. aku perhatikan Shahir yang masih lagi berjaga.. cuba aku lenakan mata aku.. akhirnya, mungkin sebab terlalu letih, aku tertidur juga..

pada saat itu, aku mula bermimpi..

aku sedang berada di satu ruang yang putih.. keadaan begitu sunyi.. aku berjalan berseorangan menuju ke hadapan.. aku pandang pada lampu yang menyinari bilik itu.. kemudian aku pandang pada tubuhku.. berpakaian serba putih.. tanganku berbalut dengan kain putih.. lengan aku yang berbalut itu pula disangkut dengan kain berwarna putih yang disangkut pada leher aku.. terasa sakit pada lengan aku itu.. aku fikir, sekarang ini aku sedang berada di sebuah hospital..

ternyata tekaan aku itu betul.. sebaik sahaja aku melangkah ke satu ruang yang lain lagi, aku lihat seorang jujurawat berpakaian putih sedang berada di satu sudut.. aku rasa jururawat itu berada di meja receptionist.. mungkin.. lalu aku berjalan maju ke hadapan semula ke arah jururawat itu.. dia memandang aku.. jururawat itu hanya tersenyum manis melihat aku..

aku hanya terdiam sambil memerhatikan ruang di sekitar aku.. memang benar aku sedang berada di hospital..  ada beberapa orang yang hadir menunggu giliran mereka dipanggil.. mereka duduk bertentangan menghadap aku.. 

tiba-tiba aku terdengar bunyi orang berlari.. di satu sudut, kelihatan beberapa orang sedang berlari dengan agak cemas.. mereka kelihatan sedang membawa seorang pesakit.. suasana yang kelam kabut itu telah menarik perhatian aku.. lalu aku mula melangkah untuk menyaksikannya dengan lebih dekat lagi.. mereka sedang menghala ke arah aku.. semakin laju, mereka mula mendekati aku lalu akhirnya berlalu melintasi aku.. mereka berkejar-kejaran membawa pesakit itu ke satu bilik..

entah kenapa hatiku mula berdebar-debar.. sekilas pandang ketika mereka melintasi aku bersama persakit yang sorong di atas katil, aku sempat melihat keadaan pesakit itu.. dia kelihatan begitu lemah.. kelihatan begitu sukar untuk bernafas.. tidak sempat aku melihat pada wajahnya dengan teliti.. pada saat yang kurang dari satu saat aku melihat pesakit itu, dia telah pun dibawa pergi dari situ..

entah kenapa aku berterusan memandang ke arah pesakit yang di sorong ke satu bilik.. seperti timbul sesuatu di dalam hati aku membuatkan aku mula berasa bimbang.. seakan gelisah, entah kenapa aku mula berasa tidak sedap hati bila melihat pesakit itu.. aku mula melangkah ke arah pesakit itu di bawa.. hatiku berdebar-debar.. namun aku tidak tahu kenapa hatiku mula berasa cemas..

berjalan dengan perlahan-lahan sambil terus menghadap ke arah pintu bilik tempat pesakit itu di bawa masuk.. setiap langkahku seakan membuatkan aku mula berasa takut.. namun aku terus ke hadapan juga.. melangkah, semakin bertambah perasaan tidak sedap hati dalam diriku.. akhirnya sampai lah aku di luar pintu bilik itu.. aku pandang ke atas.. ada tanda 'Kecemasan' yang bersinar dengan lampu yang berwarna merah di atas pintu bilik itu.. kemudian, mataku memandang pula ke arah pintu bilik..

hatiku berasa begitu bimbang.. tapi aku tidak tahu kenapa aku berasa begitu..

Fahri...

tiba-tiba seakan kedengaran satu suara berbisik..

aku pandang sekelilingi aku namun tiada sesiapa yang berada di sekitar aku..

Fahri..

suara itu kedengaran lagi..

satu suara yang seakan aku kenali.. namun entah kenapa aku seakan tidak boleh mengenal pasti suara siapa kah itu.. 

aku sayang kau...

dan suara itu terus kedengaran..

aku terus memandang sekeliling aku cuba mencari suara yang berbisik di telinga aku itu..

lama aku berada di luar bilik itu berterusan memandang ke arah pintu bilik.. namun lampu kecemasan masih belum juga terpadam.. aku tidak tahu, kenapa aku terus menunggu di situ.. kenapa aku terus menunggu sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apa yang ada di dalam..

secara tiba-tiba, dari belakang bahuku telah disentuh.. aku mula menoleh ke belakang.. pada saat itu juga aku mula terjaga dari tidurku..

aku terkejut.. sebaik sahaja aku tersedar dari tidurku, kelihatan Amir kini berada di depan mata aku sambil tersenyum sinis..

lantas, dengan segera aku bangun dari berbaring lalu bersandar pada dinding sambil memang ke arah Amir yang turut memandang aku.. hati mula berdebar-debar melihat kemunculan dirinya yang tiba-tiba.. agak menakutkan pula bila dia ada di tepi aku ketika aku sedang lagi tidur..

aku pandang ke sekitar bilik aku.. hari sudah pun siang.. langsung tiada kehadiran Shahir di dalam bilik itu.. lalu aku pandang semula ke arah Amir yang masih lagi tersenyum nakal ke arah aku.. terasa jantung masih berdebar-debar dengan kehadirannya yang tak disangka itu..

"kau ni kenapa?!" tanya aku.. masih lagi terkejut melihat diri Amir..

"kenapa? terkejut?" Amir tersenyum..

"memang aku terkejut.. kenapa kau kat sini?!" tanya aku dengan nada sedikit kasar.. agak menyeramkan pula bila aku tahu Amir memerhatikan aku sedang tidur.. serius, dia buat aku rasa agak takut..

Amir tersenyum dengan riak yang agak membuatkan aku berasa cuak.. aku mula fikir, dah berapa lama dia berada kat dalam bilik ini? dah berapa lama dia perhatikan aku sedang tidur?? dan yang paling penting lagi, kenapa dia berada kat dalam bilik ni??

"kau takut??" Amir mula mendekati aku.. kemudian dia mula cuba sentuh aku namun dengan segera aku menepisnya.. "hehehe.. nak sentuh sikit pun tak boleh ke??"

"wei! kau ingat aku takut kat kau ke??!" aku bersuara keras..

tiba-tiba teringat semula kejadian tempoh hari di bilik mandi.. pengalaman yang tentu aku tidak dapat lupakan.. aku telan liur.. aku mula bertekat.. kali ni kalau dia cuba nak buat apa-apa kat aku, takkan aku biarkan.. akan aku lawan bersungguh-sungguh!

"aku harap aku ada banyak masa untuk buat hidup kau merana.. tak sangka pula dah nak sebulan lagi, lepas tu kau pun akan pergi dari uni ni.." kata Amir sambil memandang aku tajam..

seram pula aku dengar bila Amir kata begitu pada aku.. nak buat hidup aku merana??

"kau nak buat apa, hah?! aku takde kacau hidup kan?!" aku masih berani berkasar dengan dirinya..

"memang kau takde buat masalah kat aku.. tapi kau dah buat someone yang aku sayang merana.." Amir berkata dengan aku dengan nada yang sangat serius..

aku terdiam.. terus terlintas semula Saiful dalam fikiran aku.. tiba-tiba aku tertanya-tanya apa yang sudah jadi pada Saiful.. orang yang telah aku lupakan..

"kenapa dengan Saiful?' tanya aku mula ingin tahu..

"aku akan balas apa yang kau dah buat kat Saiful, Fahri!!" Amir kini meninggikan suara..

"aku tak kacau hubungan antara kamu berdua kan? kalau kau nak sangat kat Saiful tu, kau ambil lah dia!! ambil!! ambil lah Saiful tu!!" aku terus meninggikan suara..

dengan serta-merta Amir terus menumbuk muka aku..

aku memegang pipi aku.. terasa sakit..

aku tatap wajah Amir.. badan Amir mula bergetar-getar.. dadanya kembang kempis.. ternyata Amir sedang betul-betul marah sekarang ini..

"aku tak faham kenapa dia sayang pada orang yang langsung tak fikirkan tentang diri dia pun..." Amir berkata.. perlahan..

aku lihat Amir.. matanya mula berkaca..

aku tersentak.. seakan sukar percaya apa yang aku lihat di depan mata aku ini..  air mata Amir mula mengalir..

"kau jangan ingat hidup kau mudah lepas ni, Fahri.. hati-hati dengan aku! kau ingat tu!!" kata Amir seakan menjerit..

Amir mula beredar mula beredar dari bilik.. aku pula masih lagi terdiam duduk kaku... namun, sebelum Amir mula melangkah keluar, aku pula terus berkata..

"kenapa dengan Saiful?" hatiku mula berdebar-debar..

Amir berhenti.. dia kembali menoleh aku..

"Amir.. kenapa dengan Saiful?" kataku dengan perlahan..

Amir tatap wajah aku.. tajam... "kau jangan ingat dapat jumpa dia lagi.."

lalu Amir terus beredar dari bilik.. aku pula masih lagi kaku.. seakan sukar percaya dengan apa yang telah terjadi..

tak lama selepas itu, Shahir pula masuk ke dalam bilik.. dia terkejut melihat keadaan ku.. lantas dia terus mendekati aku..

"aku nampak Amir keluar dari bilik ni tadi.. dia ada apa-apa kan kau ke, Fahri??" tanya Shahir mula berasa bimbang.. kemudian dia ternampak kesan bengkak di pipi aku.. "dia pukul kau, Fahri??!"

Shahir mula naik angin.. dia menggenggam jari.. lalu dia mula mahu keluar dari bilik itu cuba untuk mengejar Amir..

belum sempat Shahir keluar, aku terus menghalangnya.. "Shahir!! jangan!!"

Shahir menoleh seketika.. namun dia langsung tidak memperdulikan apa yang aku pinta.. lalu Shahir terus keluar dari bilik untuk mengejar Amir..

aku terdiam kaku.. fikiran aku menjadi kosong..

terduduk bersendirian, tiba-tiba bibir aku mula mengukir kata..




Saiful....














Monday, 1 April 2013

Abang Long Muscle







Aku : salam abg Bad.. just nk jemput to our house warming dlm pukul 7 ni nanti..
Abang Long : sori Sing, aku kije boh..
Aku : Ok.. just inform klu berkesempatan.. takde lah fikir sombong ke apa..

(eh, sejak bila pula nama aku dipanggil Sing??)



aku just nak buat entri khas tentang seorang abang ni yang aku gelar abang long muscle.. dari mana datangnye nama tu, sebab dulu waktu aku sampai Aussie orang kat sini panggil lah abang long muscle sebab dia yang paling tua dalam house aku tinggal dulu.. then badan pun bermuscle lah.. jarak umur aku dan dia 8 tahun.. 


about him

okay, aku nak cerita dari segi fizikal dia lah.. sekali pandang ada orang akan fikir dia ni macam abang-abang askar lah.. muka pun ganas.. badan tegap.. tinggi? aku lagi tinggi sebenarnya sebab aku 180cm.. aku rasa kalau ikut standard orang PLU banyak yang akan suka kat dia gak ikut standard fizikal.. kalau orang taste kat lelaki yang macam yang ni lah.. ganas.. kasar.. maskulin.. macho? hmmm.. walaupun aku susah nak admit (sebab aku ego nak puji dia) tapi aku akan katakan ya lah.. muka abang-abang lah.. 

kalau dari segi sikap pula, dia ni sangat tegas orangnya.. cakap direct je.. kalau ada benda tak kena dia akan terus cakap lah.. perangai poyo.. haha.. dah tu suka berlagak macho misalnya macam tayang body or tunjuk muscle dia.. contohnya time main salji then buka baju lalu tangkap gambar.. tunjuk hebat lah kononnya.. dia ni agak sinis (kepada aku je..).. cakap tu main-main tapi sebenarnya ada maksud yang mendalam.. but perangai pun for me macam berubah-rubah.. satu masa dia main-main, lepas tu jadi serius.. orangnya pandai memasak.. event-event semua dia usually yang lead lah.. orangnya rajin.. sangat rajin lah.. di kalangan perempuan pula, actually banyak perempuan macam tak berapa nak senang dengan perangai dia.. sebab dia poyo kan.. 


about me and Abang Long..

hubungan antara aku dan dia ada banyak konflik juga sebenarnya.. aku waktu first kenal dengan dia macam susah nak masuk lah dengan dia yang perangai kasar tu.. lagi-lagi jarak umur besar beza 8 tahun.. post sebelum ni kan aku dah cakap aku tak berapa suka dengan yang dewasa ni.. awal-awal tu kita orang okay je.. dia antara orang yang aku panggil 'abang' kat sini.. yang lain aku panggil nama je.. but bila dah lama-lama tu dia ni suka sakat and kacau aku.. dah tunjuk belang kan.. awal-awal mesti lah baik-baik dulu.. sebab tu aku mula tak berapa nak selesa and suka kat dia.. sebab dia ni asyik-asyik nak kacau aku.. kacau dari segi words lah.. bukan perbuatan.. ada-ada je dia ni macam nak cakap tentang diri aku ni.. tu tak kena lah.. ini tak kena lah.. kalau apa-apa event, dia mula lah nak sakat kat depan orang ramai.. asyik-asyik sebut nama aku je.. susah aku nak explain dia sakat tu macam mana.. but kalau korang kena buat macam tu pun mesti juga rasa kurang senang.. 

dia ni kalau cakap dengan aku agak sinis.. dia suka buat aku terasa.. actually dia ni cakap kat aku sebenarnya nak nasihatkan aku... but cara dia tu sangat sinis.. ada-ada saje konflik antara aku dan dia.. even waktu aku join pergi Sydney backpacking dengan dia pun ada-ada je dia nak cakapkan kat aku ni..

dia ni layan aku ni macam aku ni orang yang gay..

aku rasa dia memang macam agak aku ni gay sebenarnya.. maybe sebab dia dah agak dewasa (beza umur pun 8 tahun) aku rasa memang dia berpengalaman kot nak detect-detect sape gay ni.. then kenapa aku kurang senang kat dia sebab dia suka nak 'menggaykan aku'..

misalnya cakap 

"jaga-jaga nanti (nama aku) goda kau.." 

"hei Hazim, (nama aku) suka kat kau..."

ayat-ayat nak 'menggaykan' aku lah dengan nada yang main-main.. then lepas tu dia cakap yang dia just bergurau je.. dah tu kat depan orang ramai.. so, of course lah sebab perangai dia nak 'menggaykan' aku tu buat aku kurang senang kat dia..

then disebab aku geram kat dia, bila dia nak cakap apa-apa kat aku or nak sakat aku, otak aku ni dah set macam tak ambil kisah.. keluar telinga kiri then keluar telinga kanan.. memang tak lekat kat otak pun.. kadang-kadang tu bila dia cakap sesuatu yangs serius kat aku, aku tak dengar sangat apa yang dia katakan.. then lepas tu dia pun marah-marah kata,

"kau dengar tak apa yang aku cakap ni??"

dah kau (abang long) suka sangat nak cakap benda main-main kat aku, of course lah aku tak terbiasa malas nak layan kalau nak bercakap dengan aku.. so, bila dia cakap serius pun aku pun tak ambil peduli lah..

tu lah perangai Abang Long kat aku.. senang cakap aku kurang senang kat dia.. sebab dia suka kacau aku..

then dia suka kata aku sombong sebab kalau jumpa kat uni buat-buat de je.. dah nama aku malas nak layan dia kan.. kalau dilayan, ada-ada je lah benda yang dia nak buat.. sebab tu aku ni macam sombong juga lah dengan dia..

actually tak sombong pun.. just malas nak layan perangai dia..


second year...

bila dah masuk tahun kedua kat Aussie, Abang Long ada offer aku untuk stay kat rumah dia.. jadi housemate dia lah.. tapi pada saat tu aku kata nanti aku confirm kan.. actually aku macam kurang berkenan nak stay dengan dia sebab dia kan asyik nak kacau aku.. so, kalau aku dah duduk sebumbung dengan dia, habis lah aku ni kena hadap dengan words dia yang sinis tu.. kena hadap perangai dia yang buat aku tak senang..

kalau korang nak tahu, waktu second year ni, actually dia dah mula dapat my respect lah.. sebelum ni kan aku malas nak layan or perduli tentang dia.. perangai aku kat dia pun macam celaka juga sebenarnya.. 

tahun kedua ni lah sebenarnya aku mula nak sedar yang Abang Long ni sebenarnya baik kat aku.. dalam dia suka kacau aku tu Abang Long ambil berat tentang diri aku juga sebenarnya.. mungkin sebab dia lah antara orang yang dekat kat aku kot.. 

contohnya waktu kes awal tahu ni.. aku finally dapat seorang junior untuk stay dengan aku.. jadi aku pun senang hati lah sebab tak payah nak jadi housemate dengan Abang Long (aku kata aku tak jadi stay rumah dia..).. so aku happy sangat-sangat.. but tiba-tiba je junior aku ni melarikan diri dua hari sebelum aku nak sign kontrak rumah.. punya lah celak junior aku tu.. lari macam tu je.. then aku pun mula emo marah-marah.. sebab orang yang sepatutnya stay dengan aku melarikan diri macam tu je.. kalau nak lari pun lari lah awal-awal.. ni buat menyusahkan aku nak cari tempat ganti dia lagi.. kalau tak dapat habis lah aku nak tanggung sewa seorang diri.. 

tengah-tengah aku dalam masalah, satu-satunya orang yang tampil nak tolong aku adalah Abang Long.. kau fikir macam mana? kau reject orang tu sebab tak nak stay dengan dia kononnya tak suka cara layanan dia kat kau.. but last-last bila kau dapat masalah orang yang kau tak suka tu tiba-tiba tampil nak tolong kau.. so, dalam kes aku ni, orang yang aku tak suka tu tanpa disangka adalah satu-satunya manusia yang tampil nak bantu aku ketika dilanda masalah.. aku punya punya lah celaka kat dia sebelum ni, but... dia tolong aku gak.. dia tolong aku.. 

dia offer aku untuk stay kat rumah dia semula.. tapi tu sebenarnya rumah dia dah penuh pun sebab place aku sebelum ni dah diganti dengan orang baru.. then dia cakap, "kau ni dulu jual mahal kata tak nak.. kalau kau join aku dulu dah okay dah.."

then pada saat tu mula terluah segala di hati aku ni kat dia.. aku kata..

"aku kurang senang dengan perangai kau (eh? eh tak cakap 'abang').. jujur aku cakap aku tak nak stay rumah ni dulu sebab aku kurang selesa perangai kau yang suka nak kacau aku..."

Abang Long cakap lagi.. "orang yang 'jahat' kat kau ni lah tolong kau.. yang baik dengan kau tu ada tolong kau sekarang ni? aku kacau takde lah pukul semua kan?? tengok, yang 'jahat' ni juga lah banyak bantu kau.."

time tu aku sebenarnya mula tersentuh juga sebenarnya.. 'jahat-jahat' dia pun sebenarnya ambil berat.. aku sedar tentang hal tu.. tapi aku ego sangat nak iktiraf yang Abang Long ada banyak tolong aku sebelum ni.. sebalik kata-katanya yang sinis tu ada tersirat rasa ambil berat.. dia ambil berat kat aku ni (yang bukan sape-sape pun pada dia) tapi dengan cara yang kasar.. 

aku ni macam butakan mata aku untuk lihat kebaikan yang dia buat kat aku sebab dalam masa yang sama tu dia kacau aku juga.. kena dia suka kacau, menggaykan aku depan orang ramai dan kata-kata sinis dia tu buat aku tutup hati aku untuk lihat kebaikankan yang dia dah buat aku..

pada hari tu, bila dia offer aku untuk stay dengan dia, aku mula open hati aku untuk lihat kebaikan dirinya...


the new house

then aku pun mula lah terima untuk stay dengan dia.. tapi aku kena kongsi bilik dengan Abang Long dengan seorang abang lagi.. kiranya satu bilik kongsi tiga orang lah kalau aku join sekali.. jadi sempit lah.. tapi Abang Long tak kisah pula nak aku join masuk bilik dia.. dah tu dia pun offer aku untuk tidur atas katil.. dia pula kata akan tidur kat lantai.. tersentuh juga hati aku sebenarnya.. tak sangka pula dia buat macam tu kat aku.. ye lah sebelum ni kan aku tak suka kat dia..

but..

aku akhirnya tak jadi join rumah Abang Long tapi pindah ke rumah stay sekarang ni.. ada banyak sebab kenapa aku akhirnya pindah ke rumah lain walaupun aku memang dah terbuka hati untuk stay satu bilik dengan Abang Long..

sebab-sebabnya..

-bilik Abang Long dah sempit.. kalau aku join jadi sempit lagi lah.. bilik rumah (yang aku stay sekarang ni) aku akan dapat satu bilik khas untuk aku je tanpa kongsi sape-sape.. 
-aku perlukan privasi.. kalau aku stay dengan Abang Long, susah lah aku nak blogging semua.. nak buka FB PLU aku.. 
-reason utamanya juga sebab aku nak jaga mata dan nafsu aku.. walaupun aku takde apa-apa feeling kat Abang Long tapi aku takut aku tak leh nak kawal pandangan dan nafsu aku.. sebab Abang Long ni badan pun cun.. dah tu suka pula seksi-seksi kat rumah.. sebab aku hormat kat dia, then aku tak nak lah stay satu bilik dengan dia.. sebab aku nak jaga pandangan mata aku lah.. kalau aku satu bilik dengan Abang Long nanti takut aku kurang selesa.. kurang selesa sebab 'tengok benda2 yang akan menaikkan nafsu lah'.. sedikit sebanyak memang akan ada benda juga kan.. 

(kalau roommate kau badan ketak-ketak maybe ada lah yang happy.. boleh jeling-jeling.. tapi aku ni still jenis yang tahan nafsu.. sebab tu aku prefer untuk tak stay dengan Abang Long.. )


dari saat tu aku mula respect kat Abang Long.. sebab dia sebenarnya baik.. cuma aku je yang tutup mata aku untuk lihat kebaikkan dirinya..





Kadang-kadang kalau seorang PLU nak hormat seorang lelaki straight, for me adalah dengan cara jangan ambil kesempatan untuk skodeng auratnya.. aku tahu aku still berbeza dengan PLU yang lain.. sebab aku ni masih lagi terkawal..

Friday, 29 March 2013

Unspeakable Love -Part 23-





Part 23 : The Portrait

duduk berseorangan di ruang tamu, Saiful hanya menatap tepat pada sesuatu yang tergantung pada dinding.. suasana dalam rumah Saiful ketika itu agak gelap.. langsir rumahnya masih lagi tidak dibuka.. pada saat ini, jam menunjukkan dalam pukul 2 petang.. terdiam membisu, mata Saiful merenung pada sebingkai gambar.. dalamnya ada sebuah lukisan.. potret Fahri yang telah dilukisnya pada beberapa hari lepas, telah dibingkaikannya..

Saiful kelihatan begitu comot.. rambutnya berserabut.. misai dan janggutnya juga tidak dipotong.. matanya kuyu.. bajunya lusuh.. sudah beberapa hari dia tidak mandi.. pakaianya yang dipakainya sekarang adalah pakaian yang sama ketika Fahri datang berkunjung ke rumah beberapa hari lepas..

dia masih tidak dapat melupakan apa yang telah berlaku ketika Fahri berkunjung ke rumahnya.. kata-kata yang keluar dari mulut Fahri itu masih melekat di hatinya.. satu perkataan yang telah menghiris hati, parutnya masih juga kekal meninggalkan bekas.. pada hari itu, selepas sahaja Fahri keluar dari rumahnya, dia tidak mampu menahan sebak di hatinya.. air mata lelakinya mengalir tanpa henti.. seakan dunia telah musnah, dia hanya mampu menangis..

selepas itu, Saiful kerap memandang pada lukisan Fahri yang dilukisnya.. Fahri tidak sempat untuk melihat hasil lukisan itu.. dia pergi secara tiba-tiba.. yang kini kenangan yang dia tinggalkan hanya lukisan itu.. terdiam membisu, Saiful menyentuh pada lukisan itu.. di mindanya membayangkan bahawa dia sedang menyentuh Fahri.. jarinya mula menyentuh pada bahagian wajah lukisan Fahri.. di minda Saiful membayangkan bahawa dia sedang mengusap pipi Fahri.. semuanya hanya lah ilusi.. Saiful mungkin tidak lagi dapat berjumpa dengan Fahri..

Saiful pernah membuat panggilan dan menhantar SMS kepada Fahri beberapa hari lepas.. namun seperti yang dia sangkakan, langsung tiada balasan diberikan oleh Fahri.. tertanya memang benar, Fahri akan mula menjauhkan dirinya.. Saiful mula takut jika itu berlaku..

'aku tak harapkan kau untuk membalas perasaan aku.. tapi, tolonglah, jangan lari dari aku..'

pesanan ringkas itu telah diberikannya namun sehingga kini langsung tidak mendapat sebarang jawapan..

dia tahu yang dia tidak boleh memaksa Fahri untuk jatuh cinta pada dirinya, namun pada masa yang sama, dia tidak boleh paksa dirinya dari berhenti mencintai Fahri.. dia tahu, biar pun hakikatnya begitu, hatinya masih lagi terukir nama Fahri..

pintu rumah diketuk.. seseorang telah berkunjung ke rumah Saiful pada hari itu.. Saiful teruja.. dia fikir yang datang itu adalah Fahri.. hatinya mula berbunga-bunga ceria.. berlari dia terus membuka pintu rumahnya berharap Fahri akan berada di depan matanya..

"Fahri! aku minta maaf.." kata Saiful terus memeluk orang itu..

pelukkannya semakin erat.. air matanya mula mengalir..

"please.. jangan lari dari aku.." kata Saiful lagi.. dia betul-betul tidak mahu kehilangan Fahri biarpun Fahri tidak akan membalas perasaannya.. tanpa Fahri, hidup seakan tidak bermakna lagi..

"Saiful.." orang itu mula berkata.. tangannya cuba meleraikan pelukkan Saiful.. 

Saiful tergamam.. suara itu bukan milik Fahri.. lantas dia meleraikan pelukkannya itu.. di lihatnya, bukan Fahri namun Amir yang berada di depan matanya itu..

Amir hanya terdiam membisu.. dia tatap wajah Saiful yang terkejut itu.. 

"so, kau fikir aku Fahri?" Amir mula berkata..

Saiful tidak berkata apa-apa.. dia masih lagi tidak menyangka bahawa Amir lah yang di depan matanya..

Amir mula melangkah masuk ke dalam rumah Saiful.. diperhatikannya keadaan rumah Saiful yang terumbang-ambing itu.. di atas meja makan Saiful, masih lagi ada pinggan yang langsung tak dikemaskan dan dicuci.. keadaan dalam rumah begitu gelap.. lalu Amir berjalan ke arah tingkap.. dibukanya langsir untuk membiarkan cahaya menerangkan keadaan dalam rumah itu..

"berapa lama kau sudah jadi begini?" tanya Amir tanpa memandang ke arah Saiful.. dia hanya terus memerhatikan keadaan rumah Saiful yang bersepah itu..

Saiful hanya terus diam membisu.. dia hanya terus memandang Amir..

"kalau kau ada apa-apa masalah, kau cakap je lah kat aku.." kata Amir yang kini berada di meja makan Saiful.. dikemasnya pinggan makan Saiful.. lalu dibawanya ke dapur..

setiba sahaja Amir ke dapur, dia lihat di singki dapur rumah Saiful penuh dengan pinggan mangkuk yang masih tidak dicuci.. Amir terdiam.. dia menarik Nafas.. lalu, disusunnya pinggan mangkuk itu di tepi singki.. kemudian dia mula mencuci pinggan mangkuk itu satu persatu.. 

"aku risau tentang diri kau, Saiful.. sebab tu aku datang.." kata Amir tanpa memandang Saiful..

seperti biasa Saiful kekal juga membisu.. selesai sahaja Amir mencuci semua pinggan mangkuk, dia masuk semula ke ruang tamu.. lalu dikemaskannya pula keadaan ruang tamu rumah Saiful yang berterabur itu.. selepas itu, dia masuk pula ke dalam bilik Saiful.. dikemaskan pula katil Saiful.. bantal disusun ditempat sepatutnya.. selimut pula dilipat dengan kemas.. Saiful pula hanya terus memerhatikan Amir yang mula mengemaskan rumahnya itu..

"macam aku cakap tadi lah.. aku risaukan tentang keadaan kau, Saiful.. kau pun bukannya sihat sangat.." kali ini Amir memandang wajah Saiful.. pandangan matanya serius..

"maafkan aku kalau buatkan rasa risau.." Saiful berkata jua akhirnya..

"kau dah makan ubat??" tanya Amir..

Saiful terdiam.. dia hanya tunduk membisu..

dengan serta-merta darah Amir mula naik, "kau ni kenapa, hah?! kau tak sayang diri kau ke?!!" Amir terus memarahi Saiful..

terus Amir selongkar alamari Saiful.. dibukanya laci almari lalu diambilnya beberapa botol ubat yang berada di dalam laci itu.. masih berasa marah, Amir pergi ke dapur untuk mengambil gelas dengan air mineral.. dipenuhinya gelas itu dengan air.. lalu segara dia masuk semula ke dalam bilik Saiful.. dia halakan gelas itu kepada Saiful..

"makan cepat..." pinta Amir.. dia tatap mata Saiful dengan pandangan yang tegas..

"aku tak boleh.." kata Saiful perlahan..

"kenapa pula?!" kata Amir dengan kasar..

"aku tak makan apa-apa lagi.." 

Amir terdiam.. dia mengeluh seketika.. memang ada benar juga kata-kata Saiful itu.. dari apa yang Amir lihat, Saiful nampak memang masih belum makan pada hari ini.. semakin risau pula dia melihat keadaan Saiful.. makan tak dijaga.. kesihatan pun tak dijaga.. rumah terumbang-ambing.. kalau hal ini berterusan, memang dia betul-betul tak akan sedap duduk memikirkan keadaan Saiful..

"kau pergi mandi dulu.. kita makan kat luar, okay.." kata Amir..

tapi Saiful masih juga berdiri di situ memandang Amir..

"aku tak nak keluar.." kata Saiful pula..

Amir menarik nafas.. dia nak marah Saiful sebenarnya.. tapi ditahannya dulu perasaan itu.. kenapa lah Saiful ni degil sangat.. tu lah yang Amir fikirkan..

"okay.. aku pergi keluar jap.. beli barang untuk makan.." kata Amir..

lalu Amir pun mula beredar dari situ.. Saiful hanya memandang Amir melangkah pergi.. lebih kurang lima minit selepas Amir pergi keluar, Saiful kembali termenung di ruang tamu rumahnya.. dia duduk di kerusi sambil memandang semula ke arah dinding.. bingkai gambar yang ada potret lukisan Fahri ditatapnya semula.. beterusan, dia hanya memandang ke arah lukisan itu tanpa jemu..

tiba-tiba dia tersenyum.. mula terimbas semula detik perkenalan antara dia dan Fahri di mindanya.. berjumpa di laman sosial Planet Romeo. di saat itu bermula lah hubungan antara mereka berdua.. dari Planet Romeo beralih pula ke YM.. hampir setiap malam mereka berbual bersama.. biarpun mereka tidak pernah bersemuka pada saat itu, namun setiap kali dia dapat berbual dengan Fahri, hatinya berasa begitu gembira.. dia sering ternanti-nanti kalau Fahri akan berbual dengannya lagi.. kalau sehari Fahri tidak online, hatinya seakan gelisah.. dia tidak faham akan perasaanya itu.. sehinggalah dia mula bersemuka dengan Fahri.. hatinya memang betul-betul berdebar-debar di saat dia mahu berjumpa dengan Fahri di alam nyata.. perasaan gundah itu langsung tidak ada jika dia bersemuka dengan kenalan internetnya yang lain.. bukannya ini kali pertama dia berjumpa seseorang yang dia kenali dari alam maya, namun dia sudah pun terbiasa melakukannya..

dia tidak pasti pada saat bila dia sudah jatuh hati terhadap Fahri.. apa yang dia tahu, setiap kali dia menatap gambar Fahri yang dia ambil secara diam-diam di profile Facebook Fahri, Saiful akan sentiasa tersenyum melihat wajah Fahri itu.. setiap malam, sebelum dia tidur, gambar Fahri lah dia tatap dahulu.. namun, dia tidak pasti kenapa dia berasa begitu.. dia tidak faham perasaan apakah yang melanda dirinya.. mulai saat itu, mulutnya mula kerap menyebut nama Fahri.. setiap hari, kadang-kadang tanpa dia sedari, mulutnya tetap juga menyebut nama lelaki itu.. di mana-mana sahaja.. pada bila-bila masa juga..

tapi dia juga faham yang lelaki itu jatug hati pada insan yang lain.. dia juga faham yang cinta itu tidak boleh dipaksa.. seperti mana dia mula reda bahawa dia di hati lelaki itu hanya lah seorang teman biasa, namun dia tidak boleh menipu perasaannya untuk terus mencintai dan menyanyangi insan yang dia sayangi..

biarpun cinta yang tak pernah dibalas...

Amir telah pun kembali ke rumah.. dia dengan segera mengambil pinggan untuk diletakkan makanan yang dia beli di luar tadi.. kemudian, di bawanya ke ruang tamu.. diletakkannya di meja makan yang berada di situ.. kini Amir duduk bertentangan dengan Saiful.. dia lihat Saiful masih lagi bermuram..

"aku just nak ucap terima kasih.." kata Saiful..

"tak payah kau cakap macam tu.. aku buat ni sebab aku still sayang kat kau.." kata Amir..

Saiful hanya berdiam diri.. dia masih belum lagi menjamah makanan yang ada dipinggannya.. melihat keadaan itu, Amir bingkas bangun dari tempat duduknya lalu pergi mendekati Saiful..

"nak aku tolong aku suapkan?" tanya Amir..

"eh, tak payah lah.." Saiful menolak..

"please.. aku teringat waktu dulu-dulu.. sewaktu kita masih lagi bersama.." pujuk Amir..

Saiful berdiam diri sahaja.. dibiarkannya sahaja Amir menyuapkan makanan untuk dirinya.. pada saat itu, terimbas semula kenangan sewaktu dia adalah teman lelaki Amir.. hubungan lama yang tidak berkekalan.. Amir pula kelihatan begitu gembira bila dia menyuapkan Saiful.. matanya bersinar.. namun Saiful pula langsung tidak memandang Amir.. matanya masih lagi tetap memandang ke arah dinding yang ada lukisan potret Fahri.. menyedari yang Saiful memandang ke arah sesuatu, Amir menoleh ke arah tempat yang menjadi tumpuan Saiful..

Amir terkejut.. Amir terus berdiri lalu menghampiri ke arah lukisan dalam bingkai gambar itu.. lama diperhatikannya.. dahinya berkerut..

"kenapa lukisan Fahri ada kat sini??" tanya Amir.. dia toleh ke arah Saiful..

pada saat itu, Saiful mula berasa serba salah.. pada saat itu, Amir telah pun mencapai lukisan itu.. diturunkannya dari dinding, kini lukisan itu berada di tangannya.. Amir tatap lukisan itu dengan tajam.. secara tiba-tiba darahnya mula naik.. perasaan cemburu mula menghantui dirinya..

"aku tanya lagi.. macam mana lukisan Fahri ada kat sini??" tanya Amir lagi.. matanya penuh dengan rasa marah..

"Amir, jangan sentuh lukisan itu!" Saiful cuba merampas lukisan itu dari genggaman Amir.. namun dengan segera Amir mengelaknya..

"aku tak suka lukisan ini ada kat sini!!" kata Amir dengan kasar.. lalu diangkatnya bingkai gambar yang ada lukisan itu ke atas.. dalam hatinya mahu menghempaskan lukisan itu ke lantas..

"Amir! jangan!!" Saiful terus cuba merampas lukisan itu semula..

"aku tak perduli!! aku tak nak tengok lukisan ini!!" Amir semakin menggila.. biarpun Saiful cuba merampas lukisan itu namun ternyata masih juga gagal..

pergelutan berlaku.. Amir masih juga tidak mahu melepaskan lukisan itu.. Saiful pula terus cuba merampas lukisan itu.. cuba dan terus mencuba.. akhirnya Amir berjaya menjarakkan dirinya dari Saiful.. kini dia berada berdekatan dengan tingkap rumah.. dengan perasaan marah, dia mahu melontarkan lukisan itu keluar dari rumah..

"kalau kau sayang aku, tolonglah... jangan..." kata Saiful.. entah kenapa secara tiba-tiba Saiful mula mengalirkan air mata.. dia mula sujud ke lantai merayu ke arah Amir.. "tolonglah.. jangan..." air mata Saiful mula membasahi mukanya.. mengalir dan terus mengalir..

Amir terdiam.. dia tidak menyangka yang Saiful kini telah pun mengalirkan air mata.. Amir kini terdiam kaku..

"kalau kau sayang aku, tolong lah Amir, jangan..." Saiful masih lagi merayu.. air matanya terus membasahi pipinya..

selama Amir mengenali Saiful, tidak pernah dia melihat Saiful menangis merayu-rayu sebegini.. sebetulnya dia langsung tidak pernah melihat Saiful menangis.. kini di depan matanya, lelaki itu sujud merayu menangis ke arahnya..

entah kenapa Amir mula berasa sebak.. lalu dia tunduk ke arah Saiful yang sujud pada dirinya.. diusapnya rambut Saiful lalu berkata...

"jangan menangis lagi... aku sayang kau, Saiful..."








"ask me why I keep on loving you when it's obvious you don't feel the same way for me..

the problem is that as much as I can't force you to love me, I can't force myself to stop loving you....