Monday, 8 July 2013

Unspeakable Love -Part 28-





Part 28 : About Love



"kau dah tidur ke Fahri?" tanya Ihsan sambil memandang ke arah aku..

pada saat itu, lampu bilik telah pun terpadam.. aku sedang berbaring di atas katil Ihsan manakala pula dia berbaring di atas tilam di lantai bersebelahan dengan aku.. suasana yang sunyi mula dipecahi dengan soalan dari Ihsan itu.. agak lama aku diam membisu.. setelah sahaja habis makan malam bersama dengan Ihsan dan Hafiz, aku hanya terus masuk ke bilik lalu terus berbaring di atas katil.. mengangkat telefon bimbit di jari aku, mataku hanya terus memandang pada skrin telefon itu.. Ihsan kemudiannya masuk lalu menyapa aku.. namun aku hanya membalas ringkas.. hanya sepatah dua perkataan sahaja keluar dari bibir aku.. mataku pula langsung tidak menoleh ke arahnya.. apabila dia berbicara dengan aku, mataku berterusan hanya terus memandang pada skrin telefon bimbit.. tidak ada interaksi antara mata ke mata.. apabila Ihsan mula keluar semula dari bilik, baru lah aku mula curi-curi menjeling ke arahnya.. terdiam.. aku hanya memerhatikan dia dari belakang..

pada saat ini, aku terus membisu juga.. berbaring sambil badanku mengiring ke arah bertentangan dengan Ihsan.. sudah lama begini.. aku seolah-olah cuba tidak mahu wajahnya melihat wajahku.. tidak mahu muka kami bertentangan.. aku mula bersikap agak dingin.. aku tahu, Ihsan pasti menyedari perkara itu..

"aku ingat kita akan bersembang lama pada malam ini.." kata Ihsan lagi.. 

namun seperti biasa, aku terus juga membisu..

"aku tahu yang kau still tak tidur lagi.. kalau kau tak nak layan aku takpe lah.." kata Ihsan perlahan.. "tapi aku nak cakap something lah.. I'm sorry okay.. sangat-sangat lah.. aku tahu kau pasti tak puas hati dengan apa yang dah jadi selama ini.. but, kadang-kadang ada perkara yang kita rancang tapi semuanya tak akan menjadi.. to be honest, aku memang fikir untuk takkan bersemuka dengan kau lagi sebelum ini.."

kata-kata Ihsan itu mula menarik perhatian aku.. namun aku masih juga enggan berpusing menoleh ke arahnya.. aku masih juga enggan berbicara.. hanya terus diam membisu..

"tapi.. kita bersemuka lagi juga.. sesuatu yang aku sendiri pun tak menjangkakan.. tapi aku tahu memang ada kemungkinan hal itu berlaku.. pada saat itu, aku hanya mula berfikir yang maybe ada di sebalik sebab kenapa pertemuan ini akan jadi semula.. lalu aku fikir kita boleh bersama semula.. maksud aku, seperti sekarang ini, you are in my house, stay together closely.."

"aku kadang-kadang fikir yang aku dah tak kenal kau lagi dah.." akhirnya aku bersuara juga..

"maksud kau?" tanya Ihsan..

aku mula berpusing menghadap Ihsan.. aku tatap wajahnya.. aku tatap wajah yang sudah lama aku tidak ke temui itu.. dari segi wajah, hanya sedikit yang berubah.. dia kelihatan lebih matang dari sebelumnya.. namun dari segi perwatakkannya, entah kenapa aku seakan berasa kekok.. ada sesuatu yang asing bagi diriku.. sesuatu yang membuatkan aku melihat Ihsan sebagai orang yang berbeza dengan Ihsan yang aku kenal dahulu..

"aku tak tahu.. tapi aku fikir kau dah berubah.." balasku..

"semua orang akan berubah juga.. kenapa, kau risau ke?" Ihsan tenung mata aku.. tenungan yang tajam.. "ya, memang benar.. aku memang berubah.. sebab kita akan tetap belajar dari segala pengalaman di masa lampau.. dan pasti lah sedikit sebanyak akan mempengaruhi diri kita.. sama ada ia membuatkan kita menjadi lebih baik, ataupun sebaliknya.. terpulang lah pada setiap individu.."

aku terdiam.. memang benar kata-kata Ihsan itu.. manusia tidak akan selamanya sama.. seperti aku juga lah.. aku kalau nak dibandingkan dengan dahulu, sedikit sebanyak memang berubah lah juga.. mungkin aku je yang terlebih berfikir.. aku baru jumpa Ihsan beberapa hari, namun sudah mula banyak spekulasi yang bermain di minda aku terhadap dirinya.. aku tak tahu kenapa.. mungkin aku sendiri yang berfikir bukan-bukan..

"macam mana hubungan kau dengan dia?" tanya Ihsan..

"hubungan dengan siapa?"

"dengan teman sebilik kau tu.. Shahir kan namanya? kalau tak silap aku lah.." balas Ihsan..

"ha ah.. betul lah tu.. kenapa kau tanya hal ni pula?"

"saje.. maybe sebab aku pernah menjadi orang yang kau ingin miliki dulu.. someone yang pernah kau sayangi.."

aku terdiam.. kata-kata Ihsan itu membuatkan aku terdiam.. suasana menjadi seketika sambil mata kami saling bertentangan.. Ihsan tenung aku tajam.. aku tak faham apa yang di sebalik tenungan matanya itu.. entah kenapa lahir satu perasaan yang membuatakan aku berasa sedikit gundah..

"cepat juga kau jumpa yang lain ye.." kata Ihsan lagi.. tersenyum nipis..

aku terdiam lagi.. kali ini, aku alihkan mata aku melihat ke tempat lain.. entah kenapa aku seakan gundah dari terus memandang tenungannya itu..

"cinta itu sesuatu yang subjetif juga.. kadang-kadang hanya satu saat boleh membuatkan kita terus jatuh cinta, namun ada juga yang mengambil masa untuk menyedari bahawa perasaan itu hadir dalam hati.. bagi aku ia bukan lah satu yang mengejutkan.." kata Ihsan lagi..

"sorry.." kali ini aku pula yang meminta maaf..

"kenapa pula?"

"i don't know.. aku just fikir untuk kata sorry.. minta maaf jika kau fikir aku orang yang mudah untuk beralih perasaan..."

Ihsan terdiam.. dia ketawa kecil seketika.. kemudian baru lah dia berkata semula..

"kau risau tentang tu ke? kenapa pula kau nak risau? bukan selama ini aku yang meninggalkan kau bersendirian ke? ianya bagus lah kalau kau mahu terus mencari kebahagian kau sendiri.."

"Ihsan.."

"ya... kenapa?"

"kau anggup aku apa? maksud aku sekarang ni lah.."

Ihsan terdiam sekejap.. matanya memandang ke arah lain.. kemudian dia kembali merenung mataku dengan tajam..

"I don't know.." balas Ihsan..

"kenapa pula macam tu?"

"a friend, maybe.."

"kenapa pula 'mungkin'?"

"I don't know..."

"sebab kau still sayang aku juga kan?" aku tenung mata Ihsan.. pandangan mata yang serius.. sungguh aku inginkan kepastian itu..

"kau tahu yang aku sentiasa sayang kau.. even after aku tinggalkan kau, that feeling still ada juga.. but..."

kata-kata Ihsan terhenti.. hatiku mula berdebar-debar...

"kenapa?" tanya aku..

"perhaps you hate a thing and it is good for you.. and perhaps you love a thing and it is bad for you.. and God knows, while you know not.."

"maksudnya?" aku berkerut dahi..

"2:216..." balas Ihsan..

"hah?"

"nothing..." Ihsan tersenyum.. "it's complicated..." sambungnya lagi..

"okay... hurmm.."

"nak main satu game?"

"game apa?" tanya aku..

"hurmm.. actually ia bukan lah satu game pun, but lebih kepada satu soalan.."

"okay.. then soalannya apa?" tanya aku lagi..

"ia berkenaan tentang to love or to be loved.. dua perkara yang sentiasa diinginkan dalam setiap manusia.. tapi kalau kau kena pilih hanya satu, kau akan pilih apa? kau ingin mencintai or dicintai seseorang?"

"hurmm.. soalan yang agak susah juga.. maksudnya apa yang aku lebih inginkan daripada dua tu lah kan? sama ada aku lebih mahu ada orang mencintai aku or aku sendiri yang akan memberi cinta pada orang itu.. macam tu?"

"ha ah.. tapi kau kena pilih satu sahaja.. sama ada kau mahu mencintai seseorang ataupun kau mahu orang yang mencintai kau.."

"okay.. hurmm.. soalan yang susah.. tak pernah terfikir pula hal ni.. jap.. aku tengah fikir ni..."

"kau tak perlu berikan jawapannya sekarang.." kata Ihsan.. "esok.. give me the answer tomorrow.. "


*          *          *


terbangun dari tidur, sekitar jam hampir pukul 10 pagi, aku mendapati Ihsan sudah tidak ada lagi tidur bersebelahan dengan aku.. tilam di atas lantai yang digunakannya sudah tidak kelihatan lagi tanda dia sudah pun bangun lebih awal dari aku.. berasa badan sedikit lemah, aku mengeliat seketika.. kemudian terus aku melangkah kaki ke lantai.. aku kemaskan dulu tempat tidurku.. setelah semuanya selesai, terus aku melangkah keluar dari bilik.. dalam minda aku mahu mencari Ihsan..

masuk ke ruang tamu, namun tak kelihatan kelibat Ihsan di sana.. aku jeling pula di bahagin dapur, langsung sunyi tanpa kehadiran sesiapa.. hari mula semakin cerah.. langsir tingkap di ruang tamu telah pun dibuka luas.. aku menutup sebahagian dari mata aku dengan tangan kerana terasa agak silau.. mataku masih belum terbiasa dengan cahaya yang terang secara tiba-tiba.. lalu aku menghembuskan nafas seketika.. aku kembali masuk ke dalam bilik untuk mencapai telefon bimbit aku.. saja nak tengok kot-kot Ihsan tinggalkan SMS memberi tahu dia pergi ke mana sekarang ini.. aku lihat, namun ternyata kosong.. tidak ada mesej baru yang aku terima..

tidak tahu mahu berbuat apa, aku memutuskan untuk segera mandi.. perlahan-lahan aku membuka baju sehinggalah hanya memakai boxer.. aku capai tuala mandiku.. masuk ke bilik mandi, aku mula dengan berberus gigi.. aku pandang cermin.. melihat wajahku yang kusut, muka sedikit berminyak.. kemudian aku pun mencuci muka dengan gel pembersih muka.. mandi di bawah teduhan paip hujan.. terasa begitu segar sekali aku rasakan.. pada saat itu, hatiku mula teringat semula tentang perbualan antara aku dan Ihsan semalam..

to love or to be loved?

yang mana satu yang akan aku pilih?

tapi, kenapa pula Ihsan bertanya soalan macam tu? semalam, sebelum tidur, aku mula memikirkan tentang perkara ini.. antara dua perkara itu, yang mana satu aku paling mahukan sebenarnya? lalu cuba pula aku mengaitkan dengan hubungan aku sebelum ini.. sama ada sewaktu aku bersama dengan Ihsan dulu, dan juga tentang hubungan antara aku dan Shahir.. apa yang aku kejar sebenarnya? terdiam seketika.. lalu aku pun mula tersenyum.. aku rasa yang aku telah pun mendapatkan jawapan aku sendiri.. mahu segera aku beri tahu jawapan itu kepada Ihsan namun pada pagi ini tidak pula kelihatan kelibat dia di rumah ini..

selesai sahaja mandi, aku mula menyarungkan pakaian aku.. sambil-sambil itu, aku menjeling-jeling sekeliling dalam bilik Ihsan.. entah kenapa aku suka memerhatikan barang-barang yang ada dalam biliknya itu.. mungkin dengan melihat koleksi barang yang dia miliki di dalam bilik, mungkin ia menggambarkan tentang bagaimana personaliti seseorang itu.. secara tiba-tiba, aku teringat semula tentang sekeping gambar yang aku terlihat pada papan meja belajarnya.. lantas, aku segera melangkah perlahan-lahan untuk melihatnya sekali lagi..

aku lihat.. aku sentuh dengan jari perlahan-lahan gambar itu.. memang benar, gambar itu adalah gambar wajah diriku.. gambar aku ketika masih lagi bersama dirinya.. riak wajah yang masih muda.. aku tersenyum.. mengingatkan semula wajah aku pada saat itu, nampak masih lagi terlalu mentah dan naif.. cukup berbeza dengan diriku sekarang ini.. jadi memang benarlah Ihsan ada mengingati tentang diriku selama tempoh berjauhan itu.. aku terdiam lagi.. agak lama..

"abang Ihsan tak balik lagi ke?" tiba-tiba datang satu suara terus mematikan suasana sunyi itu..

aku terkejut sedikit.. aku toleh, kini kelihatan Hafiz berada di depan pintu bilik..

"tak lagi rasanya.. actually, aku tak jumpa dia lagi sejak pagi lagi.." balasku..

"Hafiz lapar lah.. lama pula abang Ihsan ni nak datang.." rungut Hafiz..

"kau tahu dia pergi mana?" tanya aku..

"dia pergi beli barang for sarapan lah.. tapi dah lewat ni.. tak datang-datang lagi.." balas Hafiz..

"owh.. ya ke??"

"ha ah... biasanya macam tu.. hurmmm... macam mana semalam?"

"kenapa dengan semalam?" tanyaku.. dahiku berkerut..

"dengan abang Ihsan lah.. hehehe.."

"owh.. nothing happened lah.. just berborak-borak biasa.."

"so, macam mana lah?" tanya Hafiz lagi..

"macam mana apa?"

"do you still love him?"

terus aku terdiam.. aku pandang wajah Hafiz.. wajahnya kelihatan sedikit serius..

"kenapa pula kau tanya macam tu?" kataku..

"nothing.. saje nak tahu kalau-kalau cinta lama berputik kembali.. hehehe.." balas Hafiz..

"boleh tak kita tak payah discuss tentang macam ni? sebab bagi aku macam agak kekok pula kalau aku nak fikirkan hal macam ni.. sebab.. kalau kau nak tahu, aku pun tak berapa nak pasti apa yang aku rasakan sekarang ni.." balasku..

"owh.. okay.. sorry kalau buat kurang selesa.. but Hafiz nak cakap something juga lah.. Hafiz pun sayang abang Ihsan..."

aku terdiam.. terkejut seketika mendegar kata-kata Hafiz itu..

"really?" tanyaku yang masih lagi terkejut..

aku tak sangka pula si Hafiz ni ada hati pada Ihsan.. selama ni aku fikir hubungan mereka berdua lebih kurang macam adik beradik angkat.. tapi kalau difikirkan semula memang ada kemungkinan jika hal itu berlaku.. dari segi tingkah laku, kemungkinan itu memang ada lah..

aku tenung matanya.. riak wajahnya nampak agak serius..

"sayang itu adalah sesuatu yang subjektif.. jangan pula fikir yang bukan-bukan.." Hafiz mula tersenyum.. "kita boleh sayang pada sesiapa je kan, tak begitu?" katanya lagi..

aku terdiam sahaja.. kemudian aku lihat Hafiz yang mulanya berdiri di depan pintu mula melangkah masuk ke dalam bilik perlahan-lahan.. aku hanya memerhatikan dia.. sampai sahaja berdekatan dengan katil Ihsan, perlahan-lahan dia mula merebahkan tubuhnya ke atas tilam.. Hafiz pandang aku.. dia tersenyum kecil..

"abang Ihsan tu memang pelik kan?" tanya Hafiz sambil dia berbaring di atas katil..

"maksud kau?"

"bila dia jatuh hati kat someone lah, dia macam tak nak beri perasaan cinta dia tu pada orang tu secara menyeluruh.. dengan erti kata lain, sebahagian dari cintanya itu, dia simpan dalam hati.." kata Hafiz lagi..

"itu lah Ihsan yang aku kenal.. dia memang macam tu.." balasku..

"kenapa dia tak nak lepaskan semua sahaja? kalau kita jatuh cinta pada seseorang, apa salahnya kita beri perasaan itu secara total?" tanya Hafiz lagi sambil matanya merenung ke arah siling..

aku terdiam.. kemudian perlahan-lahan aku duduk di kerusi meja belajar Ihsan.. badan aku menghadap Hafiz.. aku tersenyum kecil.. Hafiz pula merenung aku.. sebelum meneruskan kata, aku menghembuskan nafas terlebih dahulu..

"selama aku kenal dia lah, apa yang aku pelajari Ihsan tu sebenarnya teragak-agak dengan perasaannya.. maksudnya, dia tak pasti sama ada dia harus selasa dengan perasaan itu, yakni perasaan cinta lah.. kau tahu, hubungan jenis cinta apa yang aku maksudkan?" kataku sambil mata kami berdua bertentangan..

"kenapa ada orang yang boleh mencintai tanpa rasa bersalah pun? maksud Hafiz, kenapa ada orang boleh menikmati indahnya cinta, tapi bagi satu golongan yang lain pula tidak dibenarkan untuk merasainya? hanya gara-gara cinta untuk orang macam ini berdasarkan nafsu semata-mata, itu apa yang orang katakan lah.. tapi bagi Hafiz, kedua-dua golongan sama je.."

aku menggaru kepala sedikit.. susah pula soalan Hafiz ni bagi aku nak jawab.. aku ada jawapan aku sendiri dalam minda aku, namun untuk melafaskannya dalam bentuk perkataan agak susah pula..

aku pandang mata Hafiz.. begitu jelas pandangan yang serius dari matanya memandang aku..

"hidup ni agak rumit.. ada sesuatu yang kita mahu, tapi kadang-kadang ia adalah sesuatu yang harus kita tinggalkan.." balasku..

"okay.. so, jangan pernah untuk jatuh cinta lagi lah lepas ni.." kata Hafiz..

"maksud kau?" tanya aku.. dahi aku berkerut..

"sebab kalau jatuh cinta tapi wajib untuk tinggalkan perasaan tu.. kalau kita nak ikut peraturan macam tu lah.." balas Hafiz..

aku terdiam seketika.. tak tahu nak balas apa..

"Fahri, kau percaya tentang Tuhan tak?" tanya Hafiz..

aku terkejut.. mataku terus memandang ke arah Hafiz..

"mesti lah aku percaya.. kenapa pula kau kata macam tu??" hatiku mula berasa tidak sedap hati..

"to tell you the truth, kadang-kadang aku ni agak agnostik juga.. sebab kita adalah His unwanted creation, tak begitu?"

aku tergamam.. sungguh aku terkejut bila mendengar kata dari mulut Hafiz itu.. aku tatap wajahnya jika dia benar-benar serius dengan kata-katanya itu.. namun dari air mukanya, ternyata dia kelihatan begitu serius..

"then, kau tak percayakan Tuhan ke?" tanya aku mula ingin tahu.. hatiku sangat berdebar-debar..

"aku percaya tentang Tuhan namun aku tertanya-tanya apa tujuan-Nya untuk cipta orang seperti kita ini? aku tertanya-tanya jika Dia sayang seperti aku.."

"mesti lah Dia sayang.. God will always love His creations tak kira buruk macam mana pun mereka.."

"then, show me the prove yang Dia sayang pada orang macam kita.." kata Hafiz.. nada yang serius..

"ia adalah persoalan tentang keimanan.. kita mungkin tak boleh nampak, tapi kau kena tetap terus percaya akan kasih sayang-Nya.." balasku..

Hafiz ketawa kecil.. hal ini membuatkan aku terkejut sedikit.. tak lama selepas itu baru lah dia berhenti.. wajahnya kini tidak lagi kelihatan serius.. namun nampak lagi tenang dan bersahaja.. dia mula tersenyum, namun begitu sukar untuk aku tafsir akan maksud senyumannya itu..

"kita ni adalah golongan yang paradoks kan? masih lagi optimistik dengan kasih-sayang-Nya even apa yang kita ditunjukkan adalah bertapa Tuhan itu membenci orang seperti kita.. apa yang Hafiz tahu lah, apa yang diberi tahu oleh orang ramai selama ini, kita adalah golongan yang dilaknat-Nya, tak begitu??"

aku tergamam.. sungguh aku tak mampu nak berkata apa-apa..











Saturday, 6 July 2013

Seluar Dalam Aussie



kalau yang masih ingat lah, dulu aku ada buat satu contest untuk buat cover buku Unspeakable Love.. memang dah lama pun.. pemenangnya pun dah ada.. 

tapi..

actually aku still tak hantar hadiah kepada pemenang tu.. aku ada cakap lah, yang aku akan beri kemudian nanti.. bila aku pergi travel for my winter trip senang nak cari barang menarik.. alasan aku kata in my place kurang benda-benda macam ni.. so bila aku travel nanti baru senang nak cari.. sebab ada banyak pilihan.. 

then aku pun terbang gi Melbourne.. kalau korang baca post tentang my trip tu, aku ada cakap tentang aku bermalam kat airport sebab nak temankan kawan perempuan yang beria-ria nak bermalam kat airport.. so, waktu tu takde benda nak buat sangat kan.. just duduk je kat airport.. lalu aku pun pergi jalan-jalan sekejap nak tengok-tengok kedai kat sana..

nak dipendekkan cerita lah, aku masuk lah satu kedai cenderahati.. pada saat tu aku terpandang something yang menarik perhatian aku.. ternampak koleksi seluar dalam cap Aussie yang bergantungan.. entah kenapa aku mula teruja.. terus aku tengok seluar dalam tu.. ambil, tengok harga dulu.. $19 satu.. hurmm.. not bad lah.. lalu tengok saiz, ada dua je iaitu saiz kecil (S to M) dan besar (L to XL).. aku fikir macam ni..

comelnya! comelnya!

hahaha.. dalam pandangan mata aku rasa seluar dalam tu comel lah.. tak tahu di mata korang.. aku teruja sebab selama aku gi jalan-jalan tengok barang cenderahati, tak pernah lagi ternampak seluar dalam macam ni.. memang betul lah.. lepas aku dah gi round-round Aussie selama seminggu lepas tu memang dah tak jumpa dah.. 

so, aku pun terus ambil lah.. pilih yang saiz kecil (S to M) sebab for me sesuai untuk saiz badan average orang Asian.. selama aku beli seluar dalam or baju ke, memang usually aku pilih yang kecil-kecil lah.. saiz S kat Aussie macam M kat Malaysia.. so, Saiz M macam saiz L lah.. 

lalu aku pun beli dua helai.. sebab comel-comel kot.. 

satu nak beri pada pemenang contest, satu lagi untuk aku lah.. hihi.. but of course lah aku nak pemenang yang pilih yang mana satu dia nak.. so, macam mana?? nak yang atas ke yang bawah??


comel tak? comel tak??



but of course lah seluar dalam ni bukan the only one hadiah aku nak beri.. ada lagi sebenarnya.. yang pasti semuanya from Australia lah..









# Unspeakable Love Part 28 akan dipost esok okay.. harap sabar menunggu..

Friday, 5 July 2013

Unspeakable Love Part 28 -Teaser-










"Fahri, kau percaya tentang Tuhan tak?"

aku terkejut.. mataku terus memandang tajam ke arah Hafiz.

"mestilah aku percaya.. kenapa kau cakap macam tu?" hatiku mula rasa tak sedap hati..

"to tell you the truth, kadang-kadang aku ni agak agnostik juga.. sebab kita adalah His unwanted creation, tak begitu??"









Unspeakable Love Part 28




coming soon....







Sunday, 23 June 2013

Unspeakable Love -Part 27-





Part 27 : The Housemate


"kau tunggu dalam kereta dulu boleh tak? aku nak pergi cari my housemate dulu.." kata Ihsan..

aku hanya mengangguk.. kemudian, Ihsan pun terus keluar untuk mencari teman serumahnya itu.. pada saat ini, kami sudah pun sampai di tempat Ihsan belajar.. di universiti yang dia katakan pada aku di luar negara, padahal sebenarnya berada di negara ini juga.. kalau nak diikutkan jarak antara universiti aku dengan kat sini, tidak lah begitu jauh sangat.. masih lagi berada di negeri yang sama.. cuma universiti Ihsan berada di daerah selatan, aku pula berhampiran dengan ibu kota..

aku terdiam sambil memerhatikan keadaan universiti Ihsan.. sebenarnya dalam hati ini rasa kecewa sedikit sebab telah ditipu olehnya.. tapi dalam masa yang sama, aku tidak lah marah sangat padanya.. aku cuma terkilan sangat-sangat bila dia buat macam tu pada aku..

masih menunggu, namun kelibat Ihsan dan teman serumahnya masih belum juga muncul.. lebih kurang 15 minit berlalu, tapi aku masih lagi sabar menunggu.. pada saat itu, mataku mula berliar-liar melihat keadaan dalam kereta Ihsan.. kemudian, tiba-tiba telefon ku berbunyi.. ada satu pesanan ringkas masuk.. aku lihat, tertera nama Shahir.. lalu aku buka untuk membaca mesej darinya..

-salam.. mcm mana dgn cuti ko? okay? ko kat mana skrg?

kemudian, aku pun terus membalas mesejnya itu..

-wasalam.. aku ok je ni hah.. aku skrg ni dgn my friend gi jln jap.. knp ye? ada apa2 ke nk inform?

-ada chance utk kita brjumpa x?

-jumpa? nk buat apa?

-saje je.. just nk brborak tentang sesuatu.. perhaps..

aku terdiam.. lantas teringat semula kejadian pada malam sebelum aku pergi ke rumah Ihsan.. kata-kata Shahir tu sungguh memeranjatkan aku.. bila dia berkata nak jadi 'pembimbing' aku.. memang terkejut habis aku pada masa tu.. teringat lagi, pada saat tu, aku terus ketawa.. agak kuat juga lah.. Shahir pula terus pandang aku dengan riak wajah yang kehairanan.. namun dia masih juga dengan wajah yang serius.. lalu aku terdiam.. aku tahu yang dia serius dengan kata-katanya itu.. lalu aku pun berhenti ketawa, kemudian berkata yang kita akan bincangkan tentang hal ni pada masa lain nanti..

-later aku akan inform klu aku ada masa k..

balasku..

-ok lah... hurmm..

-aik? mcm merajuk je?

-takde lah.. aku xnk kacau ko dulu.. have fun dgn kwn ko okay.. 

perbualan terhenti.. aku pandang ke hadapan.. mula kelihatan Ihsan datang bersama dengan seorang lelaki dari jauh.. dahi aku berkerut, cuba untuk melihat dengan lebih jelas rupa wajah teman sebilik Ihsan itu.. tak lama selepas itu, mereka berdua mula sampai ke kereta..

"sorry sebab buat kau menunggu.." kata Ihsan..

"eh, tak pe lah.. aku tak kisah.." balasku..

mataku masih lagi memerhatikan secara curi-curi rupa wajah teman serumah Ihsan itu di sebalik 'front mirror' kereta.. dia sedang masuk duduk di bahagian tempat duduk belakang.. aku terkejut sekejap.. macam pernah lihat wajanya itu.. memang sama dengan orang dalam bingkai gambar di rumah Ihsan.. jadi lelaki dalam gambar tu teman serumah Ihsan lah ye..

rupa jambu.. bottom ni..

bisik hati aku... hahaha..

"lupa pula nak kenal kan.. ni housemate aku.. nama dia Hafiz.." kata Ihsan sambil menunjuk jari ke arah Hafiz yang duduk berlakang..

"salam.. Fahri kan nama?" tanya Hafiz sambil menghulurkan salam..

"ha ah.. nama aku Fahri.. nice to meet you.." balasku sambil tersenyum..

"abang Fahri ni PLU kan.." kata Hafiz lagi..

aku tergamam seketika.. terkejut dengan soalan dari Hafiz tu.. 

"hahahaha.." tiba-tiba Ihsan ketawa besar..

kali ini aku pula terkejut melihat Ihsan yang tiba-tiba ketawa itu..

"kau jangan ambil kisah sangat dengan si Hafiz ni.. dia memang suka je tanya soalan macam tu terus.. direct je kan.." kata Ihsan sambil tersenyum..

"macam waktu Hafiz first time jumpa abang lah kan.." kata Hafiz..

aku terdiam.. dalam hati aku mula bermonolog..

pelik lah budak ni.. tiba-tiba je tanya aku ni PLU ke tak? eh jap... abang? apasal panggil Ihsan abang? aku pun dia dia panggil abang.. tengok rupa macam sebaya dengan aku je..

"ha ah.." balas Ihsan.. "memang si Hafiz ni tak segan nak tanya orang tu PLU ke tak.. direct je terus.. aku pun dulu terkejut juga.. tiba-tiba je tanya soalan macam tu.. kenal pun tak lagi, terus tanya soalan macam tu.." Ihsan tersenyum..

"Hafiz ni umur berape ye?" terus je aku ajukan soalan yang buat aku tertanya-tanya..

"dia muda setahun dari kita" Ihsan pula yang menjawab.."mesti kau terkejutkan, siap panggil abang lagi.. dia ni memang mengada-ngada sikit.. nak panggil abang lah.. padahal umur beza setahun je kot.." kata Ihsan sambil tersenyum memandang ke arah Hafiz..

wajah Hafiz aku tengok mula berubah merah.. menahan malu lah kot..

"abang.. kita nak pergi mana lepas ni?" tanya Hafiz..

"pergi makan kat luar.. Hafiz tak makan lagi kan?" tanya Ihsan..

"ha ah.." balas Hafiz ringkas..

Ihsan terus menghidupkan enjin kereta.. tak lama selepas itu kami pun mula beredar dari situ.. duduk termenung di sebelah Ihsan, aku hanya memandang keluar tingkap.. suasana jadi sunyi seketika.. hanya kedengaran bunyi lagu di radio kereta.. takde perbualan lagi..

lalu, aku kembali curi-curi pandang untuk melihat teman sebilik Ihsan di belakang melalui 'front mirror' kereta.. dia hanya duduk diam sambil jarinya memegang telefon bimbit.. kemudian, aku menjeling pula ke arah Ihsan yang sedang memandu.. dia perasan yang aku menjeling ke arahnya.. lalu dia tersenyum seketika.. aku terdiam.. kemudian, aku memandang tepat ke hadapan..

dalam otak aku mula bermain seribu satu persoalan.. entah kenapa aku mula berasa ingin tahu mengenai apakah hubungan sebenar antara Ihsan dan Hafiz.. yang aku tahu mereka teman serumah lah.. tapi seperti ada sesuatu yang lebih dari itu.. sebab mereka nampak terlalu rapat.. gaya bukan seperti kawan rapat biasa.. jangkaan pertama aku begitu lah..

jangan-jangan mereka ni...

otak aku mula menduga..

aku pandang mereka berdua sekali lagi..

Ihsan ni abang angkat Hafiz kot..

entah lah.. aku pun tak pasti.. hanya tekaan aku sahaja.. tapi mungkin benar sangkaan aku.. rasa-rasanya begitu lah kot.. mungkin..

terdiam.. aku terus memerhatikan mereka berdua...


*          *          *


pada sebelah malam, aku duduk berseorangan di ruang tamu rumah sambil mataku menonton siaran di TV.. Ihsan pada saat ini sedang berada di dapur untuk memasak makan malam.. Hafiz pula sedang mandi.. keseorangan, tiba-tiba aku mula berasa bosan pula.. kemudian, aku pun mengambil telefon bimbit aku dari poket seluar.. tengok-tengok kalau aku terlepas pandang ada mesej yang datang ke.. aku lihat.. kosong.. tak tahu nak buat apa, aku pun terus online FB sekejap..

"dah solat?" tiba-tiba Ihsan bersuara dari dapur..

"apa dia? tak dengar lah.." balasku yang tak berapa nak dengar apa yang Ihsan katakan..

"aku tanya, kau dah solat ke belum?" tanya Ihsan lagi..

"owh.. dah.. dah.. baru je sebenarnya.."

"bagus lah.. so, kau dah berubah lah juga.." kata Ihsan..

aku pandang ke arah Ihsan.. dia juga memandang aku dari dapur sambil tersenyum..

"macam memerli nampak.." balasku mula berasa malu sedikit..

"takde lah.. aku puji lah.."

terdiam.. mula teringat kembali tentang diri aku pada waktu dahulu.. aku ni secara jujurnya dulu tak mengambil berat sangat tentang solat.. sejujurnya juga banyak solat aku tinggalkan.. memang tak penuh lima waktu lah.. Ihsan pula dulu selalu ajak aku.. tapi kadang-kadang tu aku beri pelbagai alasan lah.. memang teruk aku dulu.. tapi sejak aku asyik berkepit dengan Ihsan je dulu, memang aku terdedah dengan cara hidupnya lah.. lama-kelamaan macam dah mula terbiasa.. masih ingat lagi.. Ihsan tak pernah nak paksa aku pun.. tapi lepas tu, aku ni mula lah ikut solat sekali.. sebab waktu tu, aku rasa kekok kalau aku tak solat, tapi dia je yang solat.. rasa macam serba salah lah.. masih teringat lagi lah, waktu tu kalau tidak ada orang, Ihsan biasanya akan jadi imam.. aku pula kat belakang jadi makmum.. satu saat yang entah kenapa aku mula berasa rindu..

"hai.. tengok apa?" tiba-tiba Hafiz datang lalu terus duduk sebelah denganku..

"tak tengok pun sebenarnya.. just terpasang je.. mata tak lihat sangat sebenarnya.. hehehe.." balasku..

"okay..." Hafiz tersenyum.. "bosankan.. rumah kita orang ni takde apa-apa pun.. usually aku dan abang Ihsan akan pergi keluar lah.. waktu malam hujung minggu biasanya.." kata Hafiz lagi..

"ya ke? biasanya pergi mana?" tanya aku..

"jumpa member.. people like us.. hehehe.."

"really?" aku terkejut sekejap.. sambil-sambil itu terus aku memandang ke arah Ihsan di dapur..

"ha ah.. kenapa? abang Fahri macam terkejut je.."

"honestly terkejut lah.. maksud aku terkejut tentang Ihsan.." sambungku lagi masih lagi menjeling ke arah Ihsan..

"kenapa?"

"sebab... hurmm... memang korang banyak kawan PLU ke?"

"ye.. banyak je.. kenapa? abang Fahri takde ke?"

"kalau aku takde lah expose sangat lah.. maksud aku diam-diam je.. and.. aku fikir Ihsan pun akan kekal macam tu gak.." aku masih lagi memandang ke arah Ihsan..

teringat lagi tentang waktu aku dengan Ihsan dulu-dulu.. kita orang berdua agak 'tertutup' lah juga.. takde bergaul sangat dengan PLU-PLU lain.. maksudnya waktu tu lah, aku rasa dia seorang je yang tahu tentang aku ni macam mana.. dan aku rasa juga yang aku seorang je yang tahu dia macam mana.. kita orang selesa je jadi begini.. tapi tu dulu lah.. tak tahu lah sekarang.. malah aku sendiri pun dah ikut PR semua.. kenal dengan Saiful.. tapi tak tahu pula dengan Ihsan.. nampaknya dia pun dah mula 'berkembang' juga..

"kita orang banyak je kawan PLU.. lebih-lebih lagi kawan satu universiti lah.. abang Fahri tak macam tu ke?" tanya Hafiz..

"tak.." aku menggelengkan kepala.. "aku ni agak discreet lah sikit.. takde lah discreet sangat.. eh jap.. tak payah lah panggil aku abang.. kekok lah pula.. sebab umur beza setahun je kan.. panggil Fahri je lah okay.." pintaku..

"hehehe.. okay.. okay.. tapi abang Ihsan tak kisah pun..." balas Hafiz tersenyum..

"kenapa kau panggil dia abang ye? no lah.. sebab aku ni sebenarnya curious gak.. sebab.. agak janggal lah kot.. lebih-lebih lagi lelaki kan.. umur beza setahun je.. tapi ko panggil dia abang.. for me agak kekok lah.." tanya aku mula ingin tahu..

"owh.. sebab mungkin Hafiz anak tunggal kot.. teringin nak panggil orang abang.."

"owh, really? sama lah.. aku pun anak tunggal gak.. so... hurmm.. kiranya Ihsan tu macam... abang angkat ko lah ye??"

"hahahaha..." tiba-tiba Hafiz ketawa..

aku pula menjadi tergamam seketika melihat riaksi Hafiz tu.. kemudian Hafiz tersenyum memandang aku..

"kita orang tak pernah declare pun jadi adik-beradik angkat ke apa... Hafiz panggil dia abang je.. then, abang Ihsan tak kata apa-apa sangat.. so, terus jadi macam tu lah.. kenapa? jeles ek?" Hafiz tenung mata aku.. "abang Ihsan banyak cerita kat Hafiz tentang kisah korang berdua.."

aku terdiam seketika.. Hafiz pula terus memandang wajah aku..

"dia ada cerita kat ko ke?" aku mula bersuara..

"ha ah.. banyak je.."

"cerita tentang apa?" tanya aku..

"banyak lah.. tak tahu nak cakap yang mana satu.. tapi apa yang Hafiz nak cakap, korang memang rapat sangatkan lah dulu-dulu tu.. but until abang Ihsan tinggalkan abang Fahri.. then the relationship stop kat situ.."

"Fahri je, okay.. Fahri.. tak payah nak abang-abang ni.." kata aku yang still berasa kekok..

"okay.. okay... hahaha.."

aku terdiam lagi.. kali ini aku pula memikirkan tentang Ihsan.. aku pandang dia yang sedang sibuk di dapur.. dalam hati aku tertanya-tanya apa yang dia sedang fikirkan selama tempoh kami berdua berjauhan.. namun, apa yang aku boleh simpulkan adalah, dia still teringatkan tentang aku.. sedikit sebanyak kiranya dia memang ada fikir tentang aku lah juga.. kalau tak, takkan lah dia boleh cerita tentang aku pada Hafiz.. lalu dalam hati ini mula terfikir.. kalau... dia.. pernah merindui aku atau pun tak?

aku tatap Ihsan dengan pandangan tajam..

"abang Fahri ni flexi kan?" tiba-tiba Hafiz bertanya lagi..

"haaah???" aku tergamam seketika dengan soalan Hafiz tu.. "kenapa tanya soalan macam tu?"

"saje teka.. but Hafiz rasa macam tu lah.. Hafiz ni pandai nak detect-detect semua.. pandai nak bezakan orang lah.."

"haish.. kalau aku tak beri jawapan boleh tak?"

"okay.. but Hafiz confirm rasa macam tu lah.. by the way.. kalau Hafiz, bottom.. bottom with proud.. hahaha.."

"dah agak dah.. hehehe.."

"owh.. abang Fahri ni ada buat spekulasi juga.." Hafiz tersengih memandang aku..

"okay.. okay.. stop citer tentang hal macam ni okay.." pinta aku.. kurang senang sikit nak bincang tentang isu macam ni..

"abang Ihsan pula top.. or maybe, flexi juga but more to top lah.." kata Hafiz lagi..

aku yang cuba tak nak bincangkan hal ini, tiba-tiba mula tertarik bila Hafiz cakap macam tu.. dahiku mula berkerut..

"kalau Hafiz nak cakap sesuatu boleh? tapi abang Fahri jangan marah lah.." Hafiz berkata lagi.. kali ini entah kenapa nadanya agak serius sikit..

"nak cakap apa?" hatiku mula berdebar-debar..

Hafiz mula menarik nafas.. agak dalam.. kemudian, dia mula berkata, "actually kan, Hafiz dan abang Ihsan pernah 'buat' sekali.. once only lah.. last year.. in this house juga.."

aku tergamam.. sungguh aku terkejut bila mendengar pengakuan Hafiz itu.. dengan serta merta aku memandang terus ke arah Ihsan lagi.. sungguh, aku tak tahu nak berkata apa..

"Hafiz nak tanya something juga.." Hafiz bertanya lagi..

aku yang masih lagi tergamam, hanya memerhatikan wajah Hafiz yang terus merenung tajam ke mata aku..

"do you love him?" tanya Hafiz.. nada yang serius..

aku tetap membisu.. kaku dengan soalan Hafiz, masih tergamam dengan pengakuannya sebentar tadi..

"Hafiz tahu dulu, absolutely lah yang perasaan cinta tu ada.. tapi, Hafiz just nak tahu macam mana dengan sekarang ni? still ada perasaan cinta tu ke??" tanya Hafiz.. matanya menatap mataku tajam..

"I don't know..." balasku perlahan..

"okay.. saje nak tanya.." tiba-tiba Hafiz tersenyum.. riak wajahnya berubah serta merta.. dari wajah yang agak serius menjadi wajah slumber seperti biasa.. namun, aku pula masih lagi dalam keadaan terkejut..

aku tak salah dengar ke? Hafiz tak tipu aku ke?? betul kah semua ni???

otak aku terus dipenuhi oleh tanda tanya..

but.. kenapa dengan aku ni?? apa yang aku rasakan sebenarnya?

aku genggam dada.. lahir satu perasaan aneh dalam hati aku, namun perasaan itu sukar untuk aku fahami..

"dinner dah wei! jom makan!" tiba-tiba Ihsan menjerit dari dapur lalu keluar bersama mangkuk berisi makanan..

"yeah! Hafiz tolong bawa pinggan sekali okay.. " tiba-tiba Hafiz terus berlari perlahan-lahan ke dapur untuk menolong Ihsan..

makanan sudah pun tersedia di atas meja.. aku duduk di kerusi bertentangan dengan Ihsan.. Hafiz pula berada di sebelah kanan aku.. masih lagi terkesan dengan soalan dari Hafiz itu, aku hanya duduk diam membisu.. Ihsan menghulurkan pinggan yang sudah pun diisinya dengan nasi kepada aku.. tersenyum sedikit kelat, aku pun mengambilnya..

"kau okay ke Fahri?" tanya Ihsan.. dia berkerut dahi..

"okay.. aku okay je.." balasku lalu mula tersenyum..

"budak ni ada cakap apa-apa ke?" tanya Ihsan sambil menjeling ke arah Hafiz..

"eh, nothing.. borak-borak biasa je.." balasku..

"kau jangan layan sangat budak ni.. dia ni memang agak mengada-ngada sikit.. tapi dia ni terlalu honest lah.. cakap direct je.. and... manja.. hahaha.." kata Ihsan sambil tersenyum ke arah Hafiz..

aku hanya tersenyum.. lalu, masing-masing mula menjamah hidangan makan malam yang Ihsan sediakan.. sambil-sambil itu, mataku asyik memerhatikan mereka berdua.. entah kenapa aku mula berasa sesuatu yang membuatkan aku tertanya-tanya.. antara Ihsan dan Hafiz.. mengenai hubungan antara mereka berdua.. apakah hubungan sebenar antara Ihsan dan Hafiz sebenarnya.. seperti ada sesuatu yang 'lebih' antara mereka berdua yang aku masih lagi tak ketahui..

dan..

dalam masa yang sama, aku mula berfikir semula.. tentang soalan dari Hafiz..

soalan mengenai cinta..

pada saat ini, masih wujud kah perasaan itu dalam hatiku?