Tuesday, 24 September 2013

Semakin Nakal







waktu zaman sekolah menengah dulu kawan perempuan aku ada bercakap lebih kurang macam ni..

"kat dalam kelas ni kan, kau seorang je budak lelaki yang baik.. yang lain semua nakal, perangai gatal-gatal lah, suka kacau orang lah.."

tu just nak menunjukkan tentang persepsi orang di sekitar aku terhadap aku sendiri.. nak dipendekkan cerita, orang cop aku ni budak baik lah.. memang budak baik ke?? hahahaha.. baik lah sangat.. aku ni sebenarnya macam ada dual personaliti.. kalau depan perempuan aku jadi baik.. dengan orang lain pun baik gak.. but kalau dengan orang yang aku rapat dorang tahu lah perangai aku macam mana.. aku ni suka membuli juga tahu.. but kebanyakkan orang tak tahu tentang tu.. so, aku ni selalu digambarkan sebagai budak yang baik lah..

tapi memang aku budak baik pun.. hehehe.. sebab even kalau aku suka buli orang pun, memang aku baik dengan yang kena buli tu juga.. just aku ni just jenis yang suka ambil kesempatan lah.. dulu dulu aku macam tu but sekarang tak lagi lah..

even sampai aku study kat IPTS pun, orang cop aku budak baik antara kalangan student lelaki.. yang lain perangai tak leh pakai katanya.. baik ke aku?? hahaha.. hanya aku yang tahu apa yang aku dah buat..

okay, nak diringkaskan cerita lah.. selama aku study kat Australia ni, ada banyak juga lah perubahan dalam diri aku ni.. ada yang baik, ada yang tak elok.. aku nak cerita tentang benda yang tak elok..

ada orang kan suka dengan perkataan 'mencarut'.. ayat macam 'babi' 'fuck' 'kimak' 'bodoh' 'tolol' 'stupid' and apa-apa je lah.. korang tahu lah kan apa maksud aku.. honestly aku tak suka orang yang kerap guna ayat macam tu.. asal sikit nak kata 'babi' lah.. dalam kelas aku waktu sekolah menengah ada lah member ni sikit-sikit nak 'fuck' lah.. tak habis-habis kalau mencarut nak sebut 'fuck'.. aku tak suka giler dengan ayat mencarut ni.. so, nak diringkaskan cerita lah, boleh lah dikatakan yang aku ni mulut bebas dari perkataan 'mencarut' tak elok tu.. even aku kalau marah pun takde lah mencarut semua..

but..

semua dah berubah dah..

aku mula sedar yang aku mula dah berubah.. sedar tak sedar mulut aku macam dah terbiasa nak sebut satu perkataan iaitu 'shit'.. seriously wei, aku pun tak tahu macam mana aku dah terbiasa dengn word tu.. macam kalau aku main game lah kan, kalau lawan aku tu buat marah kat aku, kadang-kadang aku ni mula lah nak sebut 'shit'... then aku mula sedar yang aku dah tak 'sebaik' dulu.. dah upgrade pula.. sesuatu yang tak elok pula tu.. sekarang ni aku tengah try dari tak nak sebut word tu kalau aku nak marah ke apa..

but ada satu lagi yang dah upgrade.. benda yang tak elok lah..

apa benda yang dah upgrade??

hehehe..

korang tengok gambar bawah ni..






koarang nampak tak apa benda tu??

actually tu adalah contengan yang aku telah buat di pintu tandas universiti aku.. senang kata aku ni dah pandai-pandai nak buat vandalisme pula.. alahai... hahaha..

entah  apa-apa lah aku ni kan.. dah semakin nakal dah.. actually contengan tu aku buat minggu lepas.. but then minggu ni aku tengok still ada lagi..but aku buat dengan pensil lah..

aku fikir macam ni time aku buat vandalisme.. mesti mat salleh semua yang tengok benda tu tertanya-tanya apa benda lah yang dimaksudkan dengan 'SAYA COMEL' ni?? orang Malaysia pula mesti tercari-cari siapa punya angkara lah buat ayat 'perasan giler' ni kat tandas universiti.. yang pasti orang buat tu orang adalah orang Malaysia.. but orang suspect aku ke tak sebab aku ni kan 'cop budak baik'.. tak kan lah budak baik ni nak buat vandalisme lah pula.. hahaha.. dah tu ayat tak boleh blah perasan giler pula tu.. hehehe..

but yang dah pasti aku dah upgrade pandai-pandai nak buat vandalisme lah pula..




Saturday, 21 September 2013

Terkantoi









nothing much to say.. tapi just nak kata semalam aku bermimpi pelik.. nak consider mimpi ni sebagai 'bad dream' juga ke? mimpi apa? mimpi yang rahsia aku ni 'yang sesesuatu' ni kan telah terbongkar.. hahaha.. dah tu semua orang tahu tentang tu lalu aku terus dipulaukan.. adeh! yang pasti time tu aku macam rasa sedih juga lah kot.. bagai mana boleh orang lain tahu hal ni? dalam mimpi aku tu lah, mungkin disebabkan dua sebab.. aku rasa yang aku ada lukis sesuatu yang agak pornografik tentang lelaki kot, then ada yang jumpa lukisan tu lalu siapa mulut tempayan yang jumpa tu terus heboh pada semua orang lain.. sebab kedua pula kalau tak silap lah, aku ada tulis satu ayat kata sayang pada seseorang lelaki.. and lagi orang yang sama jumpa pun hebohkan hal ni pada semua orang ramai.. maka bermula lah moment aku dipulaukan oleh orang ramai.. but you know what, nasib baik mimpi tu time aku masih lagi di zaman sekolah menengah.. hahaha.. ye lah, kadang-kadang mimpi ni macam boleh jadi satu kebenaran lah kan? macam deja vu semua tu.. prediction of the future.. so, kalau mimpi tu dah berlaku time aku zaman sekolah menengah, so mimpi tentu lah just sekadar mimpi je.. yang pasti, lepas aku kena pulau oleh semua orang, aku tak nak pergi sekolah dah.. time tu pula nak dekat dengan peperiksaan yang penting but aku stop belajar.. tapi dalam mimpi tu juga adalah beberapa orang yang try mendekati aku cuba memahami orang seperti aku.. bla bla bla.. macam tu je lah mimpi aku... 












Saturday, 14 September 2013

Unspeakable Love -Cycle of Love-








i know.. i know.. banyak tak puas hati dengan aku sebab citer Unspeakable Love tu tak berupdate-updatekan.. pejam celik pejam celik baru sedar rupanya dah sebulan lebih citer tu takde sambungan.. memang tak hairan lah kalau banyak yang tanya kat aku, citer bila nak update ye?? aku pula tersenyum nipis je, diam membisu.. 

dalam facebook aku kata, soalan cepu emas ni.. hehehe.. bila nak update??

adeh!

hahaha

I cant give the answer yet.. but kalau ditanya alasan aku sebab apa tak update selama ni, aku just beri dua sebab..



1. aku baru je habis Semester break minggu ni.. so, dalam dua minggu sebelum tu memang aku busy nak siapkan dengan assignment semua.. (but update tentang lain dalam blog ni boleh pula kan??) hahahaha.. 

2. actually aku dah macam ketandusan idea juga lah.. biasanya kalau dulu-dulu memang idea tu akan datang kat otak ni, but sekarang ni macam I dont know nak sambung citer ni macam mana lagi dah.. tu lah masalah utamanya.. 

tak banyak benda yang aku nak cakapkan just nak tunjuk gambar kat bawah ni.. ada pembaca yang post gambar ni kat FB aku.. mengenai cycle of relationship/love yang berlaku dalam citer Unspeakable Love.. tak sangka pula aku ada yang sanggup buat gambar ni.. hehehe.. 







tapi memang benarkah apa yang ditunjukkan dalam gambar ni?? okay, jom kita discuss satu-persatu..

-Fahri suka Shahir tu memang dah boleh dinafikan dah.. even Shahir pun sekarang dah tahu kan..
-Saiful suka Fahri, but Fahri takde hati kat dia pun memang obvious dah walaupun dalam citer ni macam Saiful je yang benar-benar nak kan Fahri, but Fahri pula reject dia.
-Fahri dengan Ihsan pula?? kalau dulu Fahri memang suka Ihsan tu memang betul lah.. but macam mana pula dengan sekarang ni? but kemungkinan besar yang akan ada perasaan sayang tu boleh jadi juga lah kan.. then macam mana Ihsan pada Fahri pula? Ihsan still sayang Fahri ke?
-tentang Hafiz suka Ihsan pula, I think ramai yang beranggapan macam tu kan? but hubungan antara Ihsan dan Hafiz ni macam kabur sikit.. apa sebenarnya berlaku pada mereka berdua ni pun tak pasti lagi.. but satu soalan lah yang tak ditunjukkan dalam gambar di atas, siapa Hafiz pada diri Ihsan pula?
-pasal Liyana suka Shahir, and Shahir suka Liyana pula memang dah pasti lah kan.. sama juga lah tentang Amir suka Saiful..







ok.. dah.. dah.. tulis macam ni bukannya ada update pun kan?? hahaha.. but aku boleh kata bila, tapi aku akan update juga cerita tu.. sekarang ni aku just perlukan 'enlightenment' sikit..




Monday, 9 September 2013

Gambar Kapel PLU










ada yang tanya aku di mana aku dapat semua gambar-gambar 'couple PLU' ni? 

kalau aku cakap aku dapat kat internet macam celaka lah kan.. ye lah, internet tapi kat mana?? hahaha.. kalau anda perasan, lebih-lebih lagi yang ada baca citer Unspeakable Love (yang tak sambung-sambung lagi tu) setiap bab akan ada satu picture gambar couple PLU.. aku rasa ada je yang suka tengok gambar-gambar tu.. sebab aku pun boleh trace gambar apa yang ada dalam blog ni telah 'didownload'.. mungkin ada yang tengok gambar tu rasa sweet je.. bayang bestnya kalau jadi orang dalam picture tu.. tu terpulang pada imaginasi masing-masing.. yang pasti aku tahu ada yang suka tengok gambar-gambar macam ni..

pernah sekali tu aku kat dalam PR, jumpa satu profile ni guna gambar-gambar yang menarik perhatian aku.. aku terkejut lah tengok sebab gambar-gambar tu adalah pictures yang pernah aku gunakan dalam setiap bab Unspeakable Love.. then aku tanya orang tu.. 'dari mana dapat gambar-gambar ni?' dia jawab dapat kat internet.. then aku tak nak cakap sangat lah.. but aku rasa website tempat yang dia maksudkan tu adalah dari blog ni.. memang aku rasa orang tu ambil gambar dari blog ni.. aku tak nak pula mengaku yang aku ni sebenarnya pemilik blog ni pada orang tu.. just diam je lepas tu.. kalau dia ambil dari tempat aku ambil gambar ni agak mustahil lah sebab semua gambar yang ada dalam profile dia tu 100% ada juga dengan gambar yang aku pernah guna dalam blog ni.. ye lah, kalau dia pun ambil tempat aku ambil pictures ni, mesti akan ada satu dua gambar yang aku still tak pernah guna untuk my blog.. so, memang konfirm orang dalam PR tu ambil gambar dari blog ni..

kalau anda perasan lah.. dalam banyak-banyak gambar yang aku pernah guna, hardly aku guna gambar yang orang sedang bercium.. nak diberi tahu juga, sebenarnya dalam website aku ambil gambar ni mostly banyak gambar orang sedang bercium.. then, kenapa aku tak letak gambar-gambar yang ada scene bercium? ada sebab-sebabnya..




1. firstly, aku ni tak rasa yang 'cium-cium' ni nampak sweet pun.. aku nampak biasa-biasa je.. and to be honest juga, aku tak pernah ada imaginasi or keinginan nak cium orang.. mungkin orang lain kalau suka kat seseorang tu macam ada feeling nak cium orang.. tapi kalau kes aku pula, takde pula feeling macam tu.. maybe aku ni jenis yang tak romantik kot.. so, sebab tu lah kot aku tak tertarik sangat dengan gambar cium-cium ni.. takde pula nak kata aku tak suka dengan ciuman.. just pada saat ni, aku langsung takde terfikir hal-hal cium-cium ni even pada seseorang yang aku suka.. honestly juga pada saat ni dalam hati aku macam timbul rasa geli sikit tengok orang bercium ni..

2. secondly, memang aku tak nak guna gambar lelaki berciuman pun dalam blog ni.. sebabnya? sebab aku tak nak ada pembaca yang akan rasa 'geli' tengok gambar-gambar macam tu.. maksud aku pembaca yang straight lah.. kalau PLU yang tengok akan rasa sweet je, but kalau yang straight pula lain cerita lah kan.. 



























































website tempat aku ambil gambar-gambar ni